Sunday, December 29, 2013

Wuduk Dalam Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
‘Berwuduk’ atau mengambil air sembahyang ini bermaksud menggunakan air dengan berniat untuk membersihkan anggota wajib bagi menghilangkan hadas kecil. Ibadah solat yang dilakukan tanpa wuduk adalah tidak sah dan sia-sia. Diinsafi bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.

Jangan menganggap remeh jika anda melakukan wuduk dengan tergesa-gesa sehingga terjadi asalkan ambil sahaja. Apabila ada salah satu anggota tubuh kita yang tidak terkena air, maka astagfirullah anggota tubuh yang tidak kena air itu akan terkena api neraka.
.
“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).

Jika anda sudah berwuduk, maka wajah anda akan menampakkan cahaya, dan air bekas wuduk itu kelak di hari kiamat akan menjadi ‘nur hikmah’.
.
Kegunaan Wuduk

Wuduk merupakan salah satu ibadah khas yang dapat dipakai untuk melakukan solat, tawaf, hendak tidur, jalan keluar rumah, memegang dan membaca Al-Quran serta memelihara jiwa dan raga dari berbagai kecacatan.
.
Apabila anda telah mencampuri isteri, maka dianjurkan berwuduk, InsyaAllah anda akan kembali kuat.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang diantaramu telah mencampuri isterinya dan kemudian ingin mengulangi, hendaklah ia berwuduk.”
Disunatkan juga berwuduk sebelum memasuki masjid kerana hukumnya makruh sekiranya memasuki masjid tanpa berwuduk terlebih dahulu.
..
RUKUN WUDUK
.
1.   Niat – Berniat mengangkat wuduk atau hadas kecil ketika air sampai ke muka:
.
2.  Membasuh muka - Bahagian wajib dibasuh ialah dari sempadan tempat tumbuh rambut sehingga ke bawah dagu dan dari anak telingga kanan hingga ke anak telinga kiri.

3.  Membasuh tangan – Membasuh kedua belah tangan sampai ke siku termasuk celah-celah jari dan kuku.

4.  Menyapu kepala – Menyapu air ke atas sebahagian kepala.

5.  Membasuh kaki – Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6.  Tertib - Membasuh anggota wuduk mengikut turutan.
..
CARA DAN DOA-DOA ANGGOTA WUDUK  (Klik Di Sini)
.
SUNAT-SUNAT WUDUK
.
Baca Bismillah
Bersugi atau berkumur-kumur.
Membasuh jeri-jemari hingga pergelangan tangan.
Mencelah jari-jari tangan dan kaki.
Memasukkan air ke hidung.
Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita.
Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.
Menyelati janggut yang tebal.
Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali.
Dahulukan anggota kanan.
Menggosok-gosokkan anggota wuduk.
Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali.
Muwalat (berturutan), basuh anggota kedua sebelum pertama kering.
Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk.
Berdoa selepas wuduk.
..
BATAL WUDUK
.
Tidur baring dan tidur mengiring.
Tidur duduk yang tidak tetap punggungnya.
Hilang ingatan disebabkan gila, mabuk, atau pengsan.
Keluar benda pejal, cecair atau angin dari dubur atau qubul.
Bersentuh kulit  berlainan jantina yang bukan muhrim  tanpa berlapik.
Menyentuh kemaluan atau dubur dengan tapak tangan atau perut anak jari.
.
Perhatian:
Menurut satu pandangan dalam Mazhab al-Shafie, wuduk hanya terbatal jika bersentuhan yang menimbulkan syahwat.
Pendapat yang kedua ini yang kita pakai ketika berada di Tanah Suci Makkah semasa melaksanakan ibadat haji kerana keadaan yang terlalu sesak yang menyebabkan sukar untuk mengelak daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
..
HIKMAT WUDUK
.
1.  Menghilangkan segala kotoran badan terutama anggota wuduk.
2.  Mengembalikan kesegaran pada tubuh dan semangat beribadat.
3.  Dapat menghadap Allah SWT. dalam keadaan suci, bersih dan sempurna.
4.  Menzahirkan kesopanan hamba sewaktu menghadap penciptanya.
5.  Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat buruk.
6.  Menghilangkan rasa letih dan malas.
7.  Wajah menjadi  lebih cerah, ceria dan berseri.
8.  Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk.
.

Thursday, December 26, 2013

Soal Jawab Agama Siri 126 (Hadis Menyerupai Sesuatu Kaum, Puasa Ramadan Dan Fidyah, Penjelamaan Qareen dan Berkahwin Dengan Bunian)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal jawab Agama Siri 126 adalah membicangkan persoalan hadis mengenai menyerupai sesuatu kaum, meninggalkan puasa dan hukum fidyah, penjelmaan qareen dan berkahwin dengan bunian.

911. Soalan : Sering kali kita dengar petikan hadis - sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dikalangan kaum itu, sehinggakan bila kita membuat sesuatu hal ( bukan amalan ibadat ) yang lain sikit dari orang biasa, maka hadis ini lah yang akan diucapkan.

Soalan:


1) Bilakah seseorang itu dikatakan menyerupai sesuatu kaum?

2) Dalam hal-hal apakah yang dikatakan menyerupai sesuatu kaum?


3) Bila dan sebab apa ( asbabul wurud ) hadis ini diturunkan?


4) Berapa kali kah dan peristiwa apakah  Rasulallah SAW mengucapkan hadis ini?


Wassalam.


Jawapan :

Bilakah seseorang itu menyerupai sesuatu kaum? Ringkasnya, meniru atau mencontohi sesuatu kaum dari segi penampilan, perilaku, bahkan beriktiqad dalam perayaan mereka dan budaya mereka. Berdasar larangan meniru kaum lain daripada Nabi SAW jelas memaparkan hal ini. Termasuklah larangan itu, berdasarkan hadis yang dirujuk  seperti di bawah;

من ŰȘŰŽŰšÙ‡ ŰšÙ‚ÙˆÙ… فهو منهم

Terjemahan: "Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka."

Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.

Kemudian datang hadis lain seperti di bawah:

من Ű±Ű¶ÙŠ Űčمل قوم فهو منهم

Terjemahan: "Barangsiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia termasuk dari mereka."

Rujuk: Subulus Salam, Ű§Ù„Ű”Ù†ŰčŰ§Ù†ÙŠ, 4/1477, dari Abu Yu’la.

Hadis ini didhaifkan Al-Albani (lihat: Silsilah Dhaifah, no: 5648, juga dalam Dhaif al-Jami’) sambil mengulas, hadis-hadis lain semakna dengannya mempunyai sanad lebih kuat menunjukkan faedah daripada maksud hadis tersebut. Dalam lafaz tambahan lain, bahawa Ibnu Mas’ud r.a diajak oleh seorang pemuda ke dalam satu majlis, lalu beliau mendengar suara-suara merintih, meratap (dalam kadar melampau) sambil berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda

, من ÙƒŰ«Ű± ŰłÙˆŰ§ŰŻ قوم فهو منهم, - 

"Barangsiapa menuruti peratapan satu kaum, dia termasuk dalam golongan mereka, ditambah lafaz - ومن Ű±Ű¶Ù‰ Űčمل قوم ÙƒŰ§Ù† ŰŽŰ±ÙŠÙƒ من Űčمل ŰšÙ‡, - Barangsiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia bersubahat dengan mereka yang melakukannya. (rujuk: ÙƒŰŽÙ Ű§Ù„ŰźÙŰ§ŰĄ, 2/274, Sakhawi, juga dinukilkan dalam Dirayah, takhrij al-Hidayah dari perkataan gurunya, Ibnu Hajar, 2/267).

Ciri-ciri menyerupai suatu kaum adalah:

1. Merayakan perayaan mereka kerana setiap kaum mempunyai perayaan tersendiri, dan ia amat jelas berdalilkan hadis yang direkodkan Imam Muslim, لكل قوم ŰčÙŠŰŻŰ§ ÙˆÙ‡Ű°Ű§ ŰčÙŠŰŻÙ†Ű§ – setiap kaum mempunyai perayaan, dan inilah perayaan kita – (Hadis Sahih Riwayat Muslim, no: 892).

2. Meniru budaya & tatacara hidup mereka

3. Meniru perkara khususnya berkaitan dengan simbol agama.

Lihat: Fatawa Islamiah, 1/115.

912. Soalan : Saya mahu tanya beberapa pertanyaan mengenai puasa Ramadan:

- Apakah membayar fidyah (orang tua yang sudah uzur) harus dibayarnya setiap hari selama bulan Ramadan? Bila waktunya?

- Apakah boleh membayar fidyah di akhir bulan Ramadan / sesudah bulan Ramadan dengan sekaligus?

- Dan bolehkah membayar fidyah dalam bentuk wang? Mohon dijelaskan dengan dalilnya sekali.

Jawapan :

Pertama : Membayar fidyah ada dua cara :

1. Cara dibayar secara satu per satu atau bertahap-tahap. Dengan syarat dia harus sudah melalui / melewati hari yang ia tidak berpuasa padanya:

Contohnya : Dia memberi makan kepada satu orang miskin untuk tiap hari yang ia tinggalkan. Misalnya : Dia tidak berpuasa pada hari ke-3, maka pada magrib hari ketiga tersebut dia memberi makan satu orang miskin. Berikutnya hari ke-4 dia juga tidak berpuasa, maka pada magrib hari ke-4 tersebut dia memberi makan satu orang miskin dan seterusnya.

Atau boleh juga dikumpulkan beberapa hari yang ia tinggalkan. Misalnya dia tidak berpuasa hari ke10 sampai ke 29. Pada hari ke-15 dia bayar fidyah untuk hari ke-10 sampai ke-15. Kemudian pada hari ke-25 dia bayar fidyah untuk hari ke-16 hingga hari ke-25. Lalu pada hari ke-29 ia bayar fidyah untuk hari ke-26 hingga ke-29.

2. Cara dibayar sekaligus. Iaitu setelah ia melalui semua hari yang ia tidak berpuasa padanya, maka ia memanggil orang miskin sesuai jumlah hari yang ia tinggalkan. Misalnya seseorang tidak berpuasa sebulan penuh. Maka dia memberi makan 30 orang miskin.

Sahabat Anas bin Malik radhiyallah ‘anhu ketika beliau sudah lanjut usia dan tidak mampu lagi berpuasa, maka beliau memberi makan 30 orang miskin. (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam Musnad-nya no. 4194. Sebagaimana pula diriwayatkan bahawa sahabat Anas bin Malik radhiyallah ‘anhu juga pernah membayar fidyah untuk tiap hari yang beliau tinggalkan. (lihat Fathul BariVII/180).

* Membayar Fidyah boleh dilakukan ketika masih dalam bulan Ramadan, boleh juga dilakukan di luar Ramadan. Ketika di luar Ramadan, boleh di bayar sekaligus.

Kedua : Adapun membayar fidyah dalam bentuk wang, maka hukumnya tidak boleh. Kerana dalam nash dalil disebutkan dengan lafazh “memberi makan”. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman :

وَŰčَلَى Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يُŰ·ِيقُونَهُ فِŰŻْيَŰ©ٌ Ű·َŰčَŰ§Ù…ُ مِŰłْكِينٍ

Maksudnya : "dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. (Surah Al-Baqarah ayat 184)

Seorang ‘ulama ahli fiqh , Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah, ketika ditanya dengan pertanyaan serupa beliau menjawab sebagai berikut :

“Wajib atas kita untuk mengetahui salah satu kaedah penting, iaitu bahawa apa yang Allah sebutkan dengan lafazh “Al-Ith’am” atau “Ath-Tha’am” (memberikan makan) maka harus benar-benar ditunaikan dalam bentuk makanan. …. Jadi jika disebutkan dalam dalil dengan lafazh “Al-Ith’am” atau “Ath-Tha’am”(memberikan makan) maka tidak boleh diganti dengan dirham (wang). Oleh kerana itu orang yang sudah lanjut usia yang berkewajiban memberi makan sebagai ganti dari puasa (yang ia tinggalkan), maka tidak boleh diganti dalam bentuk wang. Walaupun dia membayar dalam bentuk wang senilai dengan harga makanan sebanyak sepuluh kali, maka itu tidak boleh menggugurkan kewajibannya. Kerana itu merupakan perbuatan melanggar ketentuan yang ditetapkan oleh dalil.” (Majmu’ Fatawa wa Rasa`il Ibni ‘Utsaimin XVII/84).

Dari penjelasan di atas, dapat disimpulkan :

1. Fidyah untuk orang yang tidak mampu berpuasa boleh dibayarkan setiap hari selama bulan Ramadan. Waktunya adalah ketika berbuka pada hari yang bersangkutan.

2. Fidyah boleh juga dibayarkan  beberapa hari sekaligus.

3. Fidyah boleh juga dibayarkan sekaligus selama satu bulan.

4. Syarat terpenting untuk boleh membayar fidyah adalah sudah berlalu hari yang ia tidak berpuasa padanya.

5. Sahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu pernah membayar fidyah dengan satu per satu, pernah juga sekaligus.

Bahwa membayar fidyah harus dalam bentuk makanan. Tidak boleh digantikan dalam bentuk wang. Kaedah penting : Apa yang Allah sebutkan dengan lafazh “Al-Ith’am” atau“Ath-Tha’am” (memberikan makan) maka harus benar-benar ditunaikan dalam bentuk makanan. Wallahu a'lam.

913. Soalan : Saya ada 3 soalan bersangkut paut dengan fidyah puasa.

1. Bolehkah Fidyah dibayar oleh anaknya kerana orang tua sudah tua dan tidak berkemampuan untuk membayarnya.

2. Bagaimana menentukan acuan harga makanan yang kita berikan kepada yang berhak. (memberi makan orang mskin  itu berapa jumlahnya).

3. Adakah oarng miskin yang layak mendapat fidyah adalah seorang muslim?


Jawapan :

1. Seorang anak boleh baginya untuk membayar fidyah orang tuanya yang memang sudah tidak mampu lagi membayar fidyah.

Dalam salah satu fatwanya Al-Lajnah  Ad-Dai`imah menyatakan tentang seorang yang berkewajiban membayar fidyah :

“Ibumu wajib memberi makan seorang miskin untuk tiap hari yang ia tinggalkan, iaitu sebanyak setengah sha’ makan pokok setempat. Kalau ternyata dia tidak memiliki apa-apa untuk ia bayarkan sebagai fidyah, maka dia tidak dikenai kewajiban apa-apa. Namun jika kamu seorang anak dan ingin membayarkan fidyah untuk ibumu, maka yang demikian termasuk perbuatan ihsan(kebaikan/bakti), dan Allah mencintai orang-orang  yang berbuat ihsan.”

2. Berapa jumlah makanan yang dibayarkan untuk fidyah.?

Adapun Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullahmenjelaskan, bahawa ukuran fidyah adalah ¼ sha’ zaman Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam.
1 sha’ senilai dengan 2 Kg 40 gm = 2040 gm.

¼ sha’ bersamaan  510 gram.

Inilah ukuran fidyah yang wajib menurut beliau. Jika ditambah dalam rangkaihtiyath maka tidak mengapa. (lihat Majmu’ Fatawa wa Rasa`il Ibni ‘UtsaiminXX/95).

3. Tentunya orang miskin yang dimaksud di sini adalah seorang muslim.

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah ketika ditanya apakah boleh membayarkan fidyah kepada seorang yang bukan muslim (kafir), maka beliau menjawab :
“Adapun apabila seseorang berada di negeri kafir, dan dia berkewajiban membayar fidyah, maka kalau di negeri tersebut terdapat kaum muslimin yang boleh mendapat fidyah, maka boleh memberi makan mereka. Namun kalau tidak ada kaum muslimin maka hendaknya diberikan dengan negeri muslim lainnya yang memerlukan.”

Adapun tentang apakah harus si miskin tersebut berpuasa ataukah tidak, maka tentunya kita menginginkan bahwa orang yang memakan pemberian kita adalah seorang muslim yang taat kepada agamanya. Bukan seorang yang banyak melanggar larangan agama.

Adapun tentang kriteria miskin, maka perlu dipahami apa pengertian miskin. Secara bahasa miskin adalah : seorang yang tidak memiliki apa-apa. Berasal dari kata bahasa arab sakana yang ertinya ‘diam’. Disifati demikian, kerana keadaannya yang tidak memiliki apa-apa membuatnya tidak boleh bergerak dan merasa rendah.

Adapun secara syar’i dijelaskan oleh para ‘ulama sebagai berikut : ِ adalah seorang yang tidak boleh mencukupi keperluan asasnya.

914. Ustaz , Saya ingin bertanya suami saya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Saya redha dengan pemergiannya. Tetapi setelah beberapa hari meninggal dunia saya dapati seseorang wajahnya mirip suami saya balik kerumah saya. Tetapi bila saya perhatikan tiba-tiba dia hilang di dalam pandangan. Siapakan sebenarnya makhluk yang saya lihat itu? Minta pencerahan ustaz.

Jawapan

Orang yang telah meninggal dunia, roh mereka berada dalam alam kubur hingga ke suatu masa yang terpulang kepada Allah menentukannya.

Ada yang diseksa dalam kubur dan ada yang berbahagia. Selepas itu mereka akan di tempatkan ke alam barzakh sehingga ke hari Kiamat.

Firman Allah SWT maksudnya : “Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah Perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan”. (Surah al-Mukminun ayat 100)

Maksudnya selepas kematian mereka akan berada di alam barzakh (yang mereka akan tinggal tetap di dalamnya) sehingga pada hari mereka akan dibangkitkan semula

Dalam Tafsir Al-Qurtubi pada juzuk 18 halaman 56, dalam tafsiran ayat tersebut, bahawa selepas kematian, roh manusia masuk ke alam barzakh, mereka berada di dalamnya. Alam itu tertutup atau terdinding, tersekat daripada mereka kembali ke alam dunia hingga mereka kembali pada Hari Akhirat.

Ertinya, roh orang-orang yang mati, tidak boleh kembali ke alam dunia. Logiknya, kalau orang yang sudah mati, kembali seperti dalam bentuk yang saudari tanyakan tadi, maka mengapa orang yang mati dibunuh dengan zalim, diseksa musuh yang tidak berperikemanusiaan, dirogol dan sebagainya, mengapa mereka tidak balik semula untuk mencari orang yang menganiaya mereka dan membalas perbuatan kejam mereka?

Ini tidak pernah berlaku, kerana hakikatnya orang yang telah mati sudah berada di alam yang ‘terdinding’ dan tidak boleh kembali. Oleh itu persoalan yang ditanyakan tadi, dan hukum syaraknya ia bukan roh suami yang telah mati.

Ia bukan roh, bukan suami, besar kemungkinan ia adalah makhluk halus yang disebut sebagai Qareen (makhluk jin). Qareen memang wujud, setiap kelahiran setiap manusia, Allah SWT akan sertakan makhluk Qareen ini bersama manusia. Apabila suami telah kembali ke alam baqa’, maka makhluk tadi dengan izin Allah, dia boleh menyerupai sebagai suami untuk melakukan apa yang telah berlaku.

Oleh kerana ia bukan suami puan, tetapi makhluk halus, maka jangan sesekali melayaninya, jangan beri ruang kepadanya melakukan sesuatu yang tidak baik kepada puan, lindungilah diri puan dengan ayat-ayat al-Quran dan pesanan-pesanan daripada hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya banyak membaca dua surah terakhir daripada al-Quran, ayatul Kursi sebanyak yang mungkin, membaca Surah Al-Baqarah hingga akhir, atau membaca Khawateem Al-Baqarah (ayat 184, 185 dan 186).

1. Sebaik-baiknya sebelum tidur, saudari membaca 11 ayat dari Surah Al-Baqarah, iaitu ayat 1, 2, 3, 4, 5 dan 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286). Boleh juga membaca Surah Yaasin atau mana-mana surah, dengan memohon pertolongan Allah SWT agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.

2. Tidur dengan berwuduk terlebih dahulu. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW : “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Memulai tidur dengan membaringkan tubuh ke sisi sebelah kanan sebagaimana dalam hadis di atas.

4. Tidak tidur dengan tiarap, berdasarkan sabda Nabi SAW “Sesungguhnya itu adalah cara tidur yang dimurkai Allah ‘azza wa jalla”.(Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad yang shahih)

5. Mengumpulkan kedua telapak tangannya. Kemudian ditiup dan dibacakan: surat Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian dengan kedua telapak tangan tadi mengusap tubuh yang dapat dijangkau dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Mengibaskan tempat tidur dengan ujung sarung atau dengan pakaiannya sebanyak tiga kali.
(Hadis Riwayat Bukhari).

7. Membaca doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, seperti membaca doa “Bismika Allahumma amuutu wa ahyaa (Dengan menyebut nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup)” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Dianjurkan membaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 33 kali atau 34 kali ketika hendak tidur, sebagaimana sabda baginda kepada Ali bin Abi Thalib dan isterinya ketika mereka hendak tidur, “Maka bacalah tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, dan takbir tiga puluh tiga kali” dan dalam riwayat lain “takbirlah tiga puluh empat kali”
(Hadis Riwayat Bukhari).

9. Dianjurkan juga membaca ayat kursi, membaca dua ayat terakhir surat Al-Baqarah atau membaca surat Ali ‘Imran ayat 190-200. (Hadis Riwayat Bukhari). Wallahu a’lam

915. Soalan : Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.

1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?

Jawapan 

1. Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 .

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T." (Surah ar-Rum ayat 21)

Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.

Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin."

Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.

Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah SAW untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi SAW telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.

Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 87.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya". (Surah al-Anfal ayat 87)

Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.

Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.

2. Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.

Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah S.W.T.

Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?

Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Mintalah adik puan berjumpa pakar perbuatan Islam untuk mengenal pasti bahawa beliau mungkin sedang di ganggu oleh makhluk jin sehingga dia merasakan telah berkahwin dengan jin. Wallahu a'lam.

Sunday, December 22, 2013

Apakah Dia Saka ?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan / penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.

KENAPA SAKA DI AMBIL?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan / persaingan untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka akan ditindas. Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai contoh mengambil saka harimau untuk menjaga kebun dan sebagainya. Saka hantu raya (jin kafir) pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini dijadikan tuhan mereka. Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia tinggal di hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin. Saka ini terbahagi kepada dua;

i) Jin Islam – saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima perang dan pengamal perubatan.

ii) Jin Kafir – saka yang dimiliki oleh ahli sihir, tukang ubat atau bomoh yang merawat secara tidak Islam.

Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu ketika bertapa.Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.

Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah pihak.

Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan, sebagai alat perhubungan / telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat)

Gangguan saka bermula apabila syarat / akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat / mungkir janji. Ini kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.

Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.

3 sebab mengapa seseorang pilihan SAKA.

1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong dalam keluarga tersebut.

2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir. Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.

3- Kesayangan keluarga.

(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)



APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya di buangkan secara rawatan.
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz). Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) Melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.

2) Bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.
-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.

Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan. Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. 

Hampir 90% pesakit yang membuat rujukan kepada pusat-pusar rawatan Islam ada melibatkan SAKA.

Ramai juga yang sudah sedia tahu mereka ada saka, tapi masih ramai tidak tahu rupa-rupanya selama ini punca permasalahan adalah Saka. 

Untuk terpelihara daripada gangguan jin saka ini maka tidak ada jalan lain melainkan kita kembali kepada ajaran Islam sebenarnya, mengambil al-Quran dan as- Sunah dan yakin dan bertawkal sepenuhnya kepada Allah SWT. Haya Allah SWT sahaja akan dapat menjaga dan membantu kita untuk terselamat daripada gangguan dan tipu daya jin dan syaitan.

Firman Allah SWT :

وَŰŁَنَّهُ كَŰ§Ù†َ ۱ِŰŹَŰ§Ù„ٌ مِنَ Ű§Ù„ْŰ„ِنْŰłِ يَŰčُÙˆŰ°ُونَ Űšِ۱ِŰŹَŰ§Ù„ٍ مِنَ Ű§Ù„ْŰŹِنِّ فَŰČَۧۯُوهُمْ ۱َهَقًۧ)

Maksudnya : "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.(Surah al-Jin (72) ayat 6)

Sahabat yang dikasihi,
Dalam ayat ini Allah SWT menyatakan pengakuan jin bahawa ramai manusia berlindung   kepada laki-laki jin sehingga menyebabkan jin-jin itu bertambah ganas dan durhaka serta dapat dengan mudah menyeret orang-orang yang berlindung kepada mereka untuk berbuat kejahatan. Maksudnya, ketika orang-orang itu berlindung kepada jin kerana takut kepadanya dan tidak berlindung kepada Allah SWT, maka jin akan menghinakan mereka; dengan segala keberanian dan meningkatkan penganiayaan terhadap mereka. Oleh itu umat Islam di larang membela atau bersahabat dengan Jin Islam atau Jin Kafir walau pun dengan tujuan yang baik kerana boleh jatuh kepada syirik kerana meminta pertongan selain daripada Allah SWT. Wassalam.

Saturday, December 21, 2013

Soal Jawab Agama Siri 125 (Berdoa Mengangkat Tangan, Mandi Wajib, Surah Ketika Solat, Bulu Kucing Dan Air Mushammas)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal jawab Agama Siri 125 adalah membicangkan persoalan doa mengangkat tangan, mandi wajib mengikut sunah, surah-surah yang dibaca oleh Nabi SAW semasa solat, hukum bulu kucing dan berwuduk dengan air mushammas.

906. Soalan : Saya ada beberapa soalan untuk meminta ustaz memberi pencerahannya :

1) Adakah Nabi SAW mengangkat tangan dan kemudian menyapu muka selepas habis doa, atau adakah Nabi SAW hanya berdoa di dalam hati atau pun adakah Nabi SAW hanya melafazkan doa tersebut tanpa mengisyaratkan mana-mana anggota tubuh (i.e mengangkat tangan).?

2) Jika Nabi SAW contohnya tidak mengangkat tangan ketika dalam doa-doa tertentu, adakah salah jika kita membuatnya. Adakah ianya termasuk dalam perbuatan bid’ah?

3) Adakah cara berdoa yang paling baik yang patut kita lakukan kepada Allah SWT?

Jawapan:

1. Mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa :

Banyak hadis sahih menceritakan perihal Nabi S.A.W berdoa dengan mengangkat kedua tangannya, ini memang sudah betul dan tepat. Bahkan hadis-hadis tersebut mencapai taraf mutawwatir.

Disertakan hadis yang diriwayatkan oleh para imam hadis :

1. Oleh Abu Humaid r.a. (Hadis Riwayat Bukhari dan  Muslim).
2. Oleh Abdullah bin Amr bin Ash r.a. (Hadis Riwayat Bukhari dan  Muslim).
3. Oleh Anas bin Malik r.a. (Hadis Riwayat Bukhari) tentang Nabi berdoa di waktu perang Khaibar dengan mengangkat kedua tangannya.
4. Oleh Abu Musa Al-Asy’ari r.a.  (Hadis Riwayat Bukhari dan lain-lain).
5. Oleh Ibnu Umar r.a. (Hadis Riwayat Bukhari).
6. Oleh Aisyah r.ha (Hadis Riwayat Muslim).
7. Oleh Abu Hurairah r.a. (Hadis Riwayat Bukhari).
8. Oleh Sa’ad bin Abi Waqqash r.a.(Hadis Riwayat Abu Dawud).

Dan sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W, ada berdoa dengan mengangkat kedua tangannya di pelbagai tempat. Semua riwayat di atas (yakni tentang Nabi S.A.W berdoa mengangkat kedua tangannya) adalah merupakan fi'il (perbuatan) Nabi S.A.W. Adapun yang merupakan qaul (perkataan/sabda) Nabi S.A.W, ada diriwayatkan oleh Malik bin Yasar r.a, dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W :
“Apabila kamu meminta (berdoa) kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan telapak tangan kamu, dan janganlah kamu meminta kepadaNya dengan belakang tapak tangan”. (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud No. 1486).

Kata Ibnu Abbas r.a.:
“Permintaan (doa) itu, yakni : Engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua tapak tanganmu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Mengenai mengusap muka selepas berdoa, hadis-hadis tersebut adalah dha’if (lemah) (Fatwa Ibn Taimiyyah). Sungguhpun begitu, perkara ini adalah khilaf. Tak wajar digembar-gemburkan.

2. Nabi SAW jika berdoa akan mengangkat kedua tangan baginda (seperti riwayat yang dinyatakan di atas) dan amalan ini bukan amalan bid'ah.

3. Cara berdoa yang betul adalah kita berdoa dengan suara lemah lembut :

Firman Allah SWT maksudnya : “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kalian berbuat kerosakan di muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan penuh harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-A’raaf: ayat 55 -56).

Wallahu a'lam

907. Soalan : Bagaimanakah cara-cara mandi wajib mengikut sunah Rasulullah SAW?

Jawapan : 

Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunah :

Űčن Ű§ŰšÙ† Űčۚۧ۳ Ù‚Ű§Ù„: Ù‚Ű§Ù„ŰȘ Ù…ÙŠÙ…ÙˆÙ†Ű©: ÙˆŰ¶ŰčŰȘ Ù„Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Ù…Ű§ŰĄ يŰșŰȘŰłÙ„ ŰšÙ‡، ÙŰŁÙŰ±Űș Űčلى ÙŠŰŻÙŠÙ‡، فŰșŰłÙ„Ù‡Ù…Ű§ Ù…Ű±ŰȘين ŰŁÙˆ Ű«Ù„Ű§Ű«Ű§، Ű«Ù… ŰŁÙŰ±Űș ŰšÙŠÙ…ÙŠÙ†Ù‡ Űčلى ŰŽÙ…Ű§Ù„Ù‡، فŰșŰłÙ„ Ù…Ű°Ű§ÙƒÙŠŰ±Ù‡، Ű«Ù… ŰŻÙ„Ùƒ ÙŠŰŻÙ‡ ŰšŰ§Ù„ŰŁŰ±Ű¶، Ű«Ù… Ù…Ű¶Ù…Ű¶ ÙˆŰ§ŰłŰȘÙ†ŰŽÙ‚، Ű«Ù… ŰșŰłÙ„ ÙˆŰŹÙ‡Ù‡ ÙˆÙŠŰŻÙŠÙ‡، وŰșŰłÙ„ Ű±ŰŁŰłÙ‡ Ű«Ù„Ű§Ű«Ű§، Ű«Ù… ŰŁÙŰ±Űș Űčلى ŰŹŰłŰŻÙ‡، Ű«Ù… ŰȘÙ†Ű­Ù‰ من Ù…Ù‚Ű§Ù…Ù‡، فŰșŰłÙ„ Ù‚ŰŻÙ…ÙŠÙ‡

Dari Ibn ‘Abbas r.a, beliau berkata: Maimunah r. ha.  berkata: "Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

Ű«Ù… ŰŁŰȘيŰȘه ŰšŰ§Ù„Ù…Ù†ŰŻÙŠÙ„ ÙŰ±ŰŻÙ‡

Kemudian aku (Maimunah r.ha.) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam hadis sahih riwayat Bukhari:

Ű«Ù… ÙŠŰŻŰźÙ„ ۣ۔ۧۚŰčه في Ű§Ù„Ù…Ű§ŰĄ، ÙÙŠŰźÙ„Ù„ ŰšÙ‡Ű§ ŰŁŰ”ÙˆÙ„ ŰŽŰčŰ±Ù‡، Ű«Ù… ÙŠŰ”Űš Űčلى Ű±ŰŁŰłÙ‡ Ű«Ù„Ű§Ű« ŰșŰ±Ù ŰšÙŠŰŻÙŠÙ‡

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah r.a. di dalam sahih riwayat Muslim (318):

. ۚۯۣ ŰšŰŽÙ‚ Ű±ŰŁŰłÙ‡ Ű§Ù„ŰŁÙŠÙ…Ù†. Ű«Ù… Ű§Ù„ŰŁÙŠŰłŰ±

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Jika mandi untuk haid, maka wanita dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah r.ha di dalam hadis sahih riwayat Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu baginda SAW berkata sedemikian:

ŰŻŰčي ŰčÙ…Ű±ŰȘك، ÙˆŰ§Ù†Ù‚Ű¶ÙŠ Ű±ŰŁŰłÙƒ، ÙˆŰ§Ù…ŰȘŰŽŰ·ÙŠ

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Űčن Űčۧۊێ۩؛ Ù‚Ű§Ù„ŰȘ: Ű„Ù† ÙƒŰ§Ù† Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙŠŰ­Űš Ű§Ù„ŰȘيمن في ŰŽŰŁÙ†Ù‡ كله. في نŰčليه، وŰȘŰ±ŰŹÙ„Ù‡، ÙˆŰ·Ù‡ÙˆŰ±Ù‡

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Hadis Sahih Riwayat Muslim : 268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu a'lam.

Rujukan:

Ű·Ù‡ÙˆŰ± Ű§Ù„Ù…ŰłÙ„Ù… في Ű¶ÙˆŰĄ Ű§Ù„ÙƒŰȘۧۚ و Ű§Ù„ŰłÙ†Ű© مفهوم و ÙŰ¶Ű§ŰŠÙ„ ÙˆŰąŰŻŰ§Űš و Ű§Ű­ÙƒŰ§Ù…


Di petik daripada buku : Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani.

908. Soalan : Bolehkah ustaz senaraikan surah yang perlu dibaca dalam solat? Apakah benar panjang pendek sesuatu surah itu akan menentukan kedudukannya sama ada di rakaat awal atau akhir.

Jawapan :

Bacaan surah dalam solat hendaklah dibaca dengan tertib dan tartil serta dibezakan bacaan dengung suara antara sebutan rahmat dan sebutan azab, antara sebutan tahmid (memuji) dengan sebutan tamjid (memuliakan), antara sebutan wa'du (janji baik untuk yang taat) dengan wa'id (janji jahat untuk yang ingkar). Jika kita melakukan sedemikian, barulah solat kita dikatakan berbekas pada jiwa dan perasaan.
Begitu juga hendaklah kita berhenti (waqaf) pada tiap-tiap ayat, atau di tempat yang dipandang baik berhenti pada tempat itu.

Mengenai soal memanjangkan atau memendekkan surah yang dibaca iaitu Rasulullah SAW kadang-kala membaca surah panjang, sederhana dan kadang-kadang pendek. Baginda SAW membaca bersesuaian dengan keadaan ketika itu.

Rasulullah SAW juga sentiasa membaca surah dari awal, tidak pernah Baginda memulakan bacaan pada pertengahan surah atau pada akhir surah. Baginda SAW kadang-kadang menghabiskan bacaan surah di pertengahan surah itu pada satu rakaat saja, dan kadang-kadang Baginda berhenti di pertengahan surah dan Baginda menamatkannya di rakaat kedua.

Tidak ada riwayat yang menyatakan Nabi SAW membaca satu atau dua atau tiga ayat daripada satu-satu surah, atau membaca akhir surah melainkan di solat sunat fajar (Subuh).

Pada solat sunat fajar (Subuh), Nabi SAW membaca di rakaat pertama satu ayat pada surah al-Baqarah, iaitu ayat 136. Pada rakaat kedua sunat fajar (Subuh), Baginda membaca satu ayat pada surah Ali Imran ayat 64.

Rasulullah SAW pernah membaca satu surah di kedua-dua rakaat, seperti mana Baginda pernah membaca kedua-dua surah tiap-tiap rakaat. Umpamanya, Rasulullah SAW pernah membaca surah al-A'raf pada solat Maghrib, sebahagiannya Baginda baca di rakaat pertama dan sebahagian lagi dibaca pada rakaat yang kedua.

Rasulullah SAW pernah membaca surah al-Zalzalah di kedua-dua rakaat solat Subuh. Rasulullah SAW pernah membaca kedua-dua surah daripada surah al-Mufashshal, pada satu-satu rakaat.

Rasulullah SAW pernah memanjangkan bacaan ketika solat Subuh setiap hari, lebih panjang daripada solat fardu yang lain pada hari itu.

Rasulullah SAW pada setiap solat ghalibnya (lazimnya) memanjangkan bacaan surah pada rakaat pertama dibandingkan rakaat kedua.

Surah terpendek yang Baginda baca pada solat Subuh ialah Surah Qaf dan surah yang ukuran sepertinya. Menurut keterangan yang sahih, bacaan ketika solat Subuh itu, lazimnya sebanyak 60 hingga 100 ayat (iaitu bagi tiap-tiap rakaat).

Di solat Subuh pada pagi Jumaat, Baginda tetap membaca pada rakaat pertama Surah as-Sajadah dan di rakaat kedua, membaca surah al-Insan. Baginda membaca dengan lengkap, tidak pernah Baginda membaca setengahnya saja.

Pada solat Zuhur, Rasulullah SAW membaca (panjangnya) 30 ayat (seperti panjang surah as-Sajadah). Rasulullah SAW juga membaca pada solat Zuhur surah al-A'la dan al-Lail atau Surah al-Buruj dan surah At Taariq dan seumpamanya.

Ketika solat Jumaat, Rasulullah SAW biasa membaca surah al-Jumaah pada rakaat pertama dan surah al-Munafiqun pada rakaat kedua. Adakalanya Baginda SAW membaca surah al-A'la dan al-Ghasyiah.

Ketika solat Asar, Rasulullah SAW membaca sekadar 15 ayat pada tiap rakaat. Ketika solat Maghrib Rasulullah SAW membaca surah al-A'raf, surah at-Thur, surah al-Mursalat dan surah ad-Dukhan. Baginda tidaklah terus menerus membaca surah yang pendek.

Ada riwayat yang mengatakan Rasulullah SAW membaca surah al-Kaafirun dan surah al-Ikhlas. Riwayat ini hanya diterima daripada Ibn Majah, kerana itu tidak dapat dipandang sahih. Riwayat yang sahih adalah Rasulullah SAW membaca surah al-Kaafirun dan al-Ikhlas dalam solat Maghrib.


Ketika solat Isyak, Rasulullah SAW membaca surah at-Tin dan surah asy-Syams dan surah-surah seumpamanya. Apabila selesai membaca surah, berhenti atau berdiamlah sekadar senafas, iaitu sekadar membaca Subhanallah. Jangan sekali-kali disambung terus akhir surah dengan takbir dan rukuk. Wallahu a'lam

909. Soalan : Bagaimanakah status bulu yang tertanggal dari kucing yang masih hidup ?

Adakah tafsir Ibnu Abbas mahupun riwayat para sahabat mahupun tabi'in yang menyebut tentang status bulu kucing  itu sendiri?

Jawapan :

Bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut.

Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-

"Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang-pengarang al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraku?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :'Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).

Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meinggalkannya sebab menjaga kesihatan" [Fatwa IslamWeb : 52034]

Perkataan "mereka yang biasanya berada dikeliling kamu didalam hadis yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang-orang didalam rumah.

Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah SAW melakukan wuduk dengan air yang telah diminum oleh kucing" (Hadis Riwayat Abu Daud dan lain-lain)

910. Soalan : Adakah boleh berwuduk dengan air yang panas ketika berada dalam batang paip/getah paip? Perlukah tunggu hingga aliran air panas tadi bertukar menjadi sejuk?Bagaimana jika air yang panas itu terjadi kerana panas di bahagian atap yang membuatkan air di dalam tangki menjadi panas / suam-suam? Sekian, terima kasih .

Jawapan :

Menurut Dr Wahbah Zuhaily, Mazhab Syafie menghukumkan makruh tanzih kepada mereka yang bersuci menggunakan air yang terlalu panas, air yang terlalu sejuk dan air yang dijemur dibawah sinaran matahari yang dikenali dengan air mushammas.

Makruh tahzih oleh kerana ia bukanlah tegahan akan tetapi digalakkan meninggalkannya, akan tetapi hukumnya tidak putus. Ia bukanlah makruh yang mirip kepada haram.

Hukumnya makruh selama-mana air tersebut panas, dan hukumnya akan berubah apabila air tersebut menjadi sejuk. Hukum tersebut hanya berlaku kepada air yang tidak diisi didalam bekas emas atau perak. Namun demikian, bagi air yang dipanaskan oleh "water heater",jika ia tidak terlalu panas, maka hukumnya tidak memakruhkan.

Menurut Syiekh Abdul Rahman Ibn Jibrin rh, jika air tersebut terlalu panas, wuduk tersebut sah, tetapi hukumnya makruh, kerana ia mungkin akan memberi kesan kepada kulit dan menyebabkan sakit. Wallahu a'lam









Friday, December 20, 2013

Tafsir Surah Az-Zumar Ayat 53 - 59


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah Subhanahu Wa Taala :

قُلْ يَۧ ŰčِŰšَۧۯِيَ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰŁَŰłْ۱َفُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَنفُŰłِهِمْ لَۧ ŰȘَقْنَŰ·ُÙˆŰ§ مِن ۱َّŰ­ْمَŰ©ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ ŰŹَمِيŰčًۧ Ű„ِنَّهُ هُوَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ (Ù„ÙŁ)وَŰŁَنِÙŠŰšُÙˆŰ§ Ű„ِلَى ۱َŰšِّكُمْ وَŰŁَŰłْلِمُÙˆŰ§ لَهُ مِن قَŰšْلِ ŰŁَن يَŰŁْŰȘِيَكُمُ Ű§Ù„ْŰčَŰ°َُۧۚ Ű«ُمَّ لَۧ ŰȘُÙ†Ű”َ۱ُونَ (لـ) وَۧŰȘَّŰšِŰčُÙˆŰ§ ŰŁَŰ­ْŰłَنَ مَۧ ŰŁُنŰČِلَ Ű„ِلَيْكُم مِّن ۱َّŰšِّكُم مِّن قَŰšْلِ ŰŁَن يَŰŁْŰȘِيَكُمُ Ű§Ù„ŰčَŰ°َُۧۚ ŰšَŰșْŰȘَŰ©ً وَŰŁَنŰȘُمْ لَۧ ŰȘَŰŽْŰčُ۱ُونَ (لل) ŰŁَن ŰȘَقُولَ نَفْŰłٌ يَۧ Ű­َŰłْ۱َŰȘَى Űčلَى مَۧ فَ۱َّŰ·ŰȘُ فِي ŰŹَÙ†Űšِ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰ„ِن كُنŰȘُ لَمِنَ Ű§Ù„Űłَِّۧ۟۱ِينَ (لي) ŰŁَوْ ŰȘَقُولَ لَوْ ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ هَŰŻَŰ§Ù†ِي لَكُنŰȘُ مِنَ Ű§Ù„ْمُŰȘَّقِينَ (ل٧) ŰŁَوْ ŰȘَقُولَ Ű­ِينَ ŰȘَ۱َى Ű§Ù„ْŰčَŰ°ََۧۚ لَوْ ŰŁَنَّ لِي كَ۱َّŰ©ً فَŰŁَكُونَ مِنَ Ű§Ù„ْمُŰ­ْŰłِنِينَ (Ù„Ùš) Űšَلَى قَŰŻْ ŰŹَۧۥŰȘْكَ ŰąÙŠَۧŰȘِي فَكَŰ°َّŰšْŰȘَ Űšِهَۧ وَۧ۳ْŰȘَكْŰšَ۱ْŰȘَ وَكُنŰȘَ مِنَ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ِينَ ((ل٩

Yang bermaksud :

(53) Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(54) Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).

(55) Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya,

(56) Supaya jangan ada orang yang mengatakan: “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) tehadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah).

(57) Atau supaya jangan ada yang berkata: “Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa”.

(58) Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab: “Kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), nescaya aku akan termasuk orang-orang berbuat baik”.

(59) (Bukan demikian), sebenarnya telah datang keterangan-keteranganKu kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir”.

(Surah az-Zumar (39) ayat 53-59)

Sebab Turun Ayat:

Dari Ibnu Abbas (ra), katanya: Sesungguhnya penduduk Mekah berkata: “Muhammad mendakwa bahawa penyembah berhala, dan orang yang berdoa kepada selain Allah, dan orang yang membunuh, kononnya dosa-dosa mereka tidak akan diampuni oleh Allah. Oleh itu, untuk apa kita berhijrah dan memeluk agama Islam? Kita sudahpun menyembah berhala, membunuh manusia, dan kita telah melakukan syirik. Sehubungan dengan peristiwa inilah maka Allah Subhana Wa Taala turunkan ayat-ayat di atas.
(Hadis Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Mardawiyah)

Tafsir Ayat:

Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah." (Surah az-Zumar ayat 53)

Maksudnya: "Katakanlah wahai Rasul kepada orang-orang yang beriman yang telah melampaui batasan-batasan Allah, samada banyak melakukan maksiat ataupun tidak mengerjakan suruhan Allah: “Jangan kamu putus asa terhadap ampunan Allah”.

Setelah Allah SWT melarang mereka agar jangan berputus asa, lalu Allah menjelaskan kepada mereka tentang penyebab utama mereka mesti berbuat demikian sehingga tidak timbul lagi rasa ragu:

Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Maksudnya: Sesungguhnya Allah akan mengampuni segala dosa manusia tanpa mengira bagaimanapun besarnya dan banyaknya, kecuali dosa yang telah dikhaskan oleh Allah dalam Al-Quran bahwa Dia tidak akan mengampuninya, iaitu: dosa syirik.

Allah SWT berfirman:

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„ّهَ Ù„Ű§َ يَŰșْفِ۱ُ ŰŁَن يُŰŽْ۱َكَ Űšِهِ وَيَŰșْفِ۱ُ مَۧ ŰŻُونَ Ű°َلِكَ لِمَن يَŰŽَۧۥ وَمَن يُŰŽْ۱ِكْ ŰšِŰ§Ù„Ù„ّهِ فَقَŰŻِ Ű§ÙْŰȘَ۱َى Ű„ِŰ«ْمًۧ ŰčَŰžِيمًۧ

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." (Surah an-Nisaa’ (4) ayat 48)

Keterangan: Ulama Ahlus Sunnah sependapat bahawa yang dimaksudkan dengan dosa syirik tidak akan diampuni oleh Allah SWT ialah ketika ia berada di depan Allah SWT pada hari kiamat kelak, sekiranya ia tidak bertaubat daripada dosa syiriknya sebelum ia meninggal dunia.

Barangsiapa yang enggan menerima kurnia yang amat besar ini, dan justeru berpendapat sebaliknya dan mengira berputus asa dari rahmat Allah adalah lebih utama, maka ia sebenarnya telah melakukan suatu kesalahan besar. Ini kerana berita gembira tersebut bukan hanya warid (datang) dalam nash Al-Quran Al-Karim tetapi juga menjadi perjalanan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam sebagaimana sabdanya yang bermaksud :

"Permudahkanlah, dan jangan suka mempersulit-sulitkan. Sampaikanlah berita gembira, dan janganlah membuat orang lari bertempiar (dari Islam)!" (Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Tsauban Maula Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam katanya: "Tidaklah dunia dan apa yang terdapat di dalamnya lebih aku sukai jika dibandingkan dengan ayat ini: “Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah...”. Kemudian seorang lelaki bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan orang yang melakukan syirik? Lalu Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasalam) terdiam sejenak kemudian baginda bersabda: dan orang yang melakukan syirik (disebutnya sebanyak 3 kali)
(Hadis Riwayat Ahmad)

Daripada ‘Amru Bin ‘Anbasah (ra) katanya: Telah datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam seorang lelaki tua sambil bertelekan di atas tongkatnya, lalu katanya: Ya Rasulullah, saya telah banyak melakukan penipuan dan maksiat, adakah ampunan bagiku? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: "Tidakkah engkau sudah bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah?."

Jawapnya: "Sudah tentu wahai Rasul, bahkan saya juga bersaksi bahwa Tuan adalah Pesuruh Allah." Mendengar jawapan itu baginda Rasul lalu bertanya: “Penipuanmu dan maksiatmu telahpun diampuni oleh Allah”.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Hadis di atas semuanya menunjukkan bahawa Allah akan mengampuni semua dosa jika kita benar bertaubat dan ikhlas dalam beramal. Oleh itu manusia tidak sepatutnya putus asa terhadap rahmat dan ampunan Allah SWT. Sesungguhnya pintu rahmat Allah sangat terbuka luas.

Hanya saja setelah Allah SWT berjanji akan mengampuni segala dosa hamba-hambaNya, berikutnya Allah SWT menyuruh mereka agar melakukan dua perkara, iaitu:

1. Bertaubat dan kembali ke jalan Allah
2. Mengikuti ajaranNya yang terbaik (Al-Quran dan Al-Hadis)

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)" (Surah az-Zumar ayat 54)

Maksudnya: Hai sekalian manusia kembalilah kepada Tuhanmu dengan bertaubat, kembalilah kepadaNya dengan mentaatiNya, sambutlah seruanNya iaitu dengan mentauhidkanNya sebelum azab datang menimpamu yang pada waktu itu tidak akan ada seorangpun yang akan menolongmu.

"Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya."(Surah az-Zumar ayat 55)

Maksudnya: Ikutilah apa yang telah diperintahkan oleh Tuhanmu dalam tanzilNya iaitu Al-Quran dan Hadis RasulNya, dan jauhilah apa saja yang dilarangNya sebelum kedatangan azab kepadamu secara tiba-tiba, sedangkan kamu tidak menyadarinya.

Dua ayat di atas mengandungi ancaman dan amaran keras daripada Allah SWT kepada kita sekiranya kita tidak melaksanakan dua perkara di atas, iaitu: Taubat dan mengikuti sebaik-baik apa yang telah diturunkanNya.

Dan setelah memberi mereka amaran dengan azab, Allah lalu menyebut pula illat (sebab) mengapa demikian, iaitu: Supaya jangan ada di antara mereka kelak pada hari kiamat yang berkata:

1. “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam menunai kewajipanku terhadap Allah, sedang aku termasuk orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)”.

2. “Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa”.

3. “Kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang yang berbuat baik”.

Ungkapan penyesalan ini boleh kita dapati dalam ayat 56 dan 57 dari Surah Az-Zumar di atas.

Allah SWT menjawab penyesalan yang tidak berguna itu dengan firmanNya:

(Bukan demikian), sebenarnya telah datang keterangan-keteranganKu kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir” (Surah az-Zumar ayat 59)

Maksudnya: Tidak ada gunanya lagi penyesalan pada hari itu, sesungguhnya telah datang kepadamu penjelasan-penjelasanKu di dunia melalui lisan RasulKu dan dibacakannya pula kitabKu kepadamu, dan dia telahpun mengingatkan kamu kepada janji baik (wa’d) dan janji buruk (wa’iid), berita gembira (tabsyir) dan peringatan (indzar) tetapi sayangnya, kamu telah mendustakannya dan sombong terhadap ajarannya, kamu sebenarnya telah melakukan amal orang kafir dan mengikuti jejak langkah mereka yang ingkar dan durhaka.

Kesimpulannya :

1. Orang yang beriman tidak sepatutnya mempunyai sifat putus asa terhadap rahmat dan ampunan Allah, walaupun mereka telah banyak melakukan dosa, kerana rahmat Allah Maha Luas dan Allah berjanji akan mengampuni segala dosa.

2. Agar rahmat dan ampunan Allah diperolehi dengan sempurna, maka kita mestilah melakukan dua syarat yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu: Taubat Nasuha dan mengikut sebaik-baik apa yang telah diturunkanNya iaitu Al-Quran dan Al-Hadis.

3. Allah menyuruh kita melakukan dua perkara di atas agar kita kelak pada hari pembalasan tidak menyesal di atas kelalaian kita ketika di dunia.

4. Penyesalan utama manusia pada hari pembalasan nanti ialah kerana sikap mereka yang suka mendustakan ayat-ayat Allah (keterangan-keteranganNya) yang dibawa oleh RasulNya. Mereka sombong dan suka memperolok-olokkan agama Allah, kitabNya, RasulNya dan orang-orang yang beriman.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama beramal dengan ayat di atas iaitu tidak berputus asa dengan rahmat Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan sentiasa menerima taubat hamba-hamba-Nya yang bertaubat.