Saturday, August 28, 2010

Hayatilah Do'a Iftitah Dalam Solat

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap kali apabila kita ingin memulakan  solat selepas takbiratul ihram maka kita akan membaca do'a iftitah. Selepas membaca do'a iftitah kita akan membaca surah al-Fatihah dan membaca surah dalam al-Qur'an. Di dalam do'a iftitah yang kita baca terdapat beberapa do'a kita mohon kehadrat  Allah s.w.t.

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah Tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim"

Sahabat yang dimuliakan,
Jika kita perhatikan dan teliti  do'a-do'a tersebut sebenarnya kita sedang bermunajat dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t.. Dan tidak ada tempat lain pergantungan kita melainkan kepada Allah s.w.t. Jika sehari semalam kita solat fardu lima waktu ini bermakna kita sedang bermunajat dan menyerahkan diri kepada-Nya sebanyak lima kali..Jika ditambah dengan solat sunat maka bertambah banyak lagi.

Do'a-do'a tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Solatku.
Kita melaksanakan solat semata-mata kerana Allah s.w.t. Solat adalah amalan yang pertama dihisap oleh Allah s.w.t dihari akhirat nanti.

Bila melaksanakan  solat hendaklah dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman dimilikinya. Pengertian khusyuk mencakupi seseorang itu memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solat. Menurut Imam al-Ghazali, dalam khusyuk itu juga harus ada rasa takut kepada Allah.

Kita memohon kepada Allah s.w.t. semoga dapat memelihara solat dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik seperti solat pada awal waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya yang mana semuanya itu sangat diberi perhatian.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
 (Hadis Riwayat Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam solatnya."

 Kedua : Ibadahku.
Kita mohon kepada Allah s.w.t semoga ibadah yang kita kerjakan semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t sesuailah dengan firman Allah bahawa kita diciptakan adalah semata-mata untuk beribadah kepada-Nya yang bermaksud,
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaku."
(Surah Azzariat ayat 56).

Konsep ibadah yang luas adalah mencakupi semua kehidupan manusia. Penciptaan manusia di bumi ini adalah mempunyai suatu tujuan dan tugas risalah yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah s.w.t. yang menciptanya iaitu tugas melaksanakan ibadah mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Melaksanakan ibdah khusus dengan mengikhlaskan hati kepada Allah s.w.t seperti  solat, puasa, berzikir, membaca al-Qur'an dan  mengerjakan haji. dan ibadah umum iaitu melaksanakan semua perintah-perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya.

Ketiga : Hidupku.
Hidup manusia di dunia hanyalah sementara dan kehidupan dihari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Di dunai adalah persingahan sementara sebelum menuju ke hari akhirat. Hidup yang bahagia adalah hidup mendapat rahmat dan redha Allah s.w.t.

Tugas kehidupan manusia di dunia adalah  sebagai khalifah Allah dalam makna mentadbir dan mengurus bumi ini mengikut undang-undang Allah dan peraturan- Nya. Firman Allah swt. maksudnya:“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah (penguasa-penguasa) di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu”. (Surahal-An’aam: 165)

Keempat : Matiku.
Kita mohon kepada Allah s.w.t semoga mati kita adalah mati yang baik. Di akhir kalam kita dapat mengucap kalimah syahadah. Berdo'alah semoga masuknya kita ke alam barzakh adalah merupakan taman-taman Syurga yang di sediakan oleh Allah untuk orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Oleh itu sebagai orang yang beriman kepada Allah s.w.t, hendaklah sentiasa berdoa agar kita mati dalam keadaan husnul khatimah (penutupan akhir hayat yang baik). Bukan dalam keadaan su'ul khatimah (penutup akhir hayat yang tidak baik)

Husnul khatimah bermaksud berakhimya kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik sebaliknya su’ul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk. Keadaan seseorang saat tutup usia memiliki nilai tersendiri, kerana balasan baik dan buruk yang akan diterimanya tergantung pada keadaan ketika saat tutup usianya, sebagaimana dalam hadis yang shahih iaitu, “Sesungguhnya amalan itu (tergantung) dengan penutupnya.”(Hadis riwayat Bukhari dan selainnya)

Oleh sebab itulah,sebagai seorang hamba Allah yang soleh kita sangat risau akan kesudahan hidup kita nanti. Oleh itu laksanakanlah amal soleh tanpa putus, merendahkan diri kepada Allah agar Allah memberikan kekuatan untuk tetap istiqamah sampai meninggal. Kita perlu berusaha merealisasikan firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kalian mati melainkan dalam keadaan muslim (berserah diri).”
 (Surah ali-‘Imran, ayat 102)

Kelima : Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya.
Sentiasa berdo'a dan  memohon kepada Allah semoga kita tidak syirik dan menyekutukan Allah s.w.t dengan makhluk-Nya. Kerana sebesar-besar dosa adalah dosa syirik kepada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syrik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu (syirik), bagi siapa yang dikehendaki-Nya.”
(Surah An-Nisaa’ ayat 48)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah al-An'aam ayat 82)

Keenam : Dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim
Kita berdo'a kepada Allah s.w.t bahawa kita adalah dari golongan orang-orang Muslim bukannya golongan kafir, zalim dan fasik.

Seorang Muslim adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan rukun-rukun iman yang lain. Melaksanakan semua yang wajib dan meninggalkan yang haram. Sentiasa taat dan patuh kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita hayati maksud yang terkandung di dalam do'a iftitah yang kita ucapkan setiap kali apabila kita mendirikan solat lima waktu dan solat-solat sunat. Semoga dengan memahami konsep yang terkandung di dalam do'a tersebut menyebabkan solat kita akan bertambah khusyuk dan semakin hampir hati kita dengan Allah s.w.t.

Thursday, August 26, 2010

Raihlah Ampunan Allah di Fasa Ke Dua

RAMADHAN disebut juga bulan penuh berkah atau syahrul mubarak. Ramadhan memiliki keistimewaan dibandingkan bulan lainnya. Bulan ini menjanjikan penyucian diri bagi umat Islam yang memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Yakni digunakan untuk beribadah dan bertaubat kepada Allah s.w.t.

Bagi sebagian ulama, Ramadhan diklasifikasi dalam tiga fasa. Yaitu sepuluh hari pertama yang disebut syahrurrahmah atau bulan kasih sayang, lalu sepuluh hari kedua yang disebut syahrul maghfirah atau bulan pengampunan, dan sepuluh hari terakhir yang disebut idqun minannaar atau pembebasan dari api Neraka. Kini, umat Islam sedang memasuki fasa kedua Ramadhan.

Pada fasa ini, Allah menjanjikan ampunan kepada hambanya. Sepanjang digunakan secara maksima untuk ibadah. Yakni melakukan amalan-amalan yang baik sesuai dengan tuntunan Al-Qur'an dan Rasulullah s.a.w., dengan penuh kesungguhan diasaskan keimanan yang teguh, keikhlasan dalam penghambaan, dan penuh harap akan diterimanya seluruh amal ibadah oleh Allah s.w.t.

Ustaz Arifuddin Lewa menjelaskan, di fasa Ramadhan sebagai fasa magfirah atau pengampunan yang harus dilakukan adalah memperbanyak memohon ampun kepada Allah s.w.t. Apalagi kerana sebagai manusia yang selalu melakukan dosa, baik dosa kecil maupun besar. Momentum Ramadhan inilah sebagai peleburnya. Ampunan itu sendiri disediakan dan terbuka lebar kepada seluruh umat Islam kerana Allah Maha Pengampun.

Menurut Arifuddin, orang yang memohon ampun disebut bertaubat. Sementara orang bertaubat disebut orang yang menyucikan diri. Hal itu, kata dia, sesuai dengan Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu . Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya ." (Surah Ash-Syams ayat 9-10)

"Di fasa kedua ini banyak-banyaklah mendekatkan diri kepada-Nya melakukan taubat kepada Allah s.w.t. Kita hilangkan rasa iri hati, kesombongan, apalagi dendam dalam diri kita," kata Ustaz Arifuddin.

Berbagai penyakit yang sering bersarang dalam hati manusia turut mendatangkan  dosa seseorang. Oleh kerana Ramadhan boleh dijadikan sebagai bulan penghapus  dosa kerana Allah menyediakan hal tersebut khususnya bagi orang yang mau bertaubat secara serius. Yakni yang mau melakukan taubat nasuha atau taubat yang bersungguh-sungguh.

Tidak ada amalan khusus untuk malam magfirah. Yang penting adalah menjalankan serta memerbanyak amalan ibadah. Namun, kata Arifuddin, khusus di malam terakhir di fasa kedua, atau malam ke dua puluh, umat Islam disunatkan solat tahajjud di sepertiga malam terakhir. "Lalu banyak berzikir dan beristighfar untuk memohon keampunan di atas segala kesalahan yang telah diperbuat," tambahnya.

Kerana  syahrul magfirah adalah malam-malam pengampunan Allah, maka seterusnya beliau mengatakan  semua permohonan ampun pasti akan diterima. Taubat akan menjadi milik siapa saja yang melaksanakannya dengan taubat nasuha. "Gunakanlah sepuluh hari ini untuk memohon ampunan kepada Allah s.w.t. Kita akan disucikan kembali oleh Allah sepanjang kita mau bertaubat" jelas Arifuddin lagi.

Hal-hal yang dilakukan adalah memperbanyak ibadah, temasuk solat sunat. Baik slat sunat rawatib, terawih, dan solat sunat lainnya. Lalu memperbanyakkan membaca Al-Qur'an, zikir, dan beristighfar katanya, diucapkan dengan penuh khusyuk kepada Allah s.w.t. Ketika mengucap istighfar fikiran dan perasaan perlu diberi penumpuan sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Orang yang mengisi malamnya dengan ibadah akan mendapat kemuliaan dari Allah dalam bentuk pengampunan dosa. Sebagamana sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muttafaq ‘Alaih, yang berbunyi: “Barang siapa melakukan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala daripada Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.”

Do'a Orang di Zalimi Mustajab di Sisi Allah s.w.t.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Do'a adalah senjata orang Mukmin. Dalam kehidupan seorang Mukmin, hidupnya penuh dihiasi dengan akhlak Islam, amal soleh, amal ibadah dan peribadi mulia yang akan menjadi contoh kepada orang lain. Dalam keadaan hidup yang sukar dan perlu pengorbanan maka lidahnya sentiasa berzikir, berdo'a dan bermunajat kepada Allah s.w.t tanda pengharapannya yang mutlak kepada Allah s.w.t.

Di dalam masyarakat yang penuh tipu daya dan fitnah, orang Mukmin yang ikhlas berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan sering di fitnah dan dilemparkan berbagai tuduhan tanpa bukti dan asas yang kukuh. Mereka berkonsperasi merancangkan tuduhan demi tuduhan dengan menyediakan bukti-bukti palsu yang diciptanya sendiri supaya tuduhan tersebut seolah-olah nampak benar dan berasas. Hakikat sebenarnya ianya adalah satu dongengan yang di lakunkan oleh pelakun-pelakun yang diupah dengan bayaran yang tinggi. Demi dunia dan harta pelakun-pelakun ini sanggup mengadaikan maruah walaupun terpaksa membuat sumpah palsu yang sebenarnya mengundang laknat Allah kepada diri mereka sendiri.

Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap do'a orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah."
(Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan)

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap do'a orang dizalimi. Sesungguhnya do'a itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap do'a orang yang dizalimi. Allah s.w.t berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)

Sahabat yang dimuliakan,
Allah s.w.t telah berfirman maksudnya :
" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
(Surah an-Nisa ayat 148)

Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: " Allah tidak suka seseorang mendokan keburukan kepada seseorang yang lain kecuali orang yang dizalimi. Sesungguhnya Allah telah memberikan kebenaran kepadanya untuk mendo'akan keburukan kepada orang yang dizalimi. Jika dia bersabar maka itu lebih baik baginya."

Qatadah berkata: "Allah memberikan kelonggaran kepada orang yang dizalimi untuk mendo'akan keburukan. Ini seperti mana yang kamu dengar."

Dalam hadis yang lain  dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Tiga do'a yang diperkenankan: Do'a orang puasa, do'a orang yang dizalimi dan do'a orang yang musafir."
(Hadis riwayat Baihaqi - sahih)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Do'a orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun do'a dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada do'a tadi."  (Hadis hasan riwayat at-Tayalasi)

Sahabat yang dihormati, Imam Nawawi telah meletakkan hukum harus bagi seorang manusia untuk mendo'akan keburukan kepada orang yang menzalimi orang-orang Islam atau menzalimi dirinya sendiri.

Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata : " Maksud harus yang disebut Imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya do'a kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya do'a kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdo'a sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."

Dalil pengharusan. Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah s.a.w adalah hadis berikut:

" Sesungguhnya Nabi s.a.w mendo'akan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran r.a dan sentiasa mendo'akan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdo'a : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama-nama kabilah)."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Dizaman pemerintahan Umar r.a , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas r.a sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata-katanya:

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang Sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukum."

 Saad bin Abi Waqas r.a. berdo'a :

" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."

Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh Saad r.a berkata " Aku telah terkena bencana akibat do'a Sa'ad." Abdul Malik bin Umair r.a perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (Abu Sa'dah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad r.a telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah s.a.w?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w ?" Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah s.w.t akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."

Lalu Marwan bin Hakam berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:

"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "

Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.)

Sahabat,
Dalam masyarakat kita berita fitnah dan membuat tuduhan kepada seseorang itu  ianya telah menjadi perkara biasa oleh surat khabar arus perdana. Mereka mementingkan berita sensasi untuk melariskan jualan akhbar mereka, soal dosa pahala itu menjadi perkara kedua dan tidak termasuk dalam kiraan mereka. Mereka menjadi agen golongan tertentu untuk menjatuhkan orang lain walaupun mengunakan kaedah ' matlamat menghalalkan cara'. Sedangkan Islam mengajar kita supaya menjauhi diri daripada mengumpat, memfitnah dan mendedahkan keaibaan orang lain. Termasuk juga ingin menjatuhkan pemimpin yang telah diberi mandat oleh rakyat dengan tohmahan dan tuduhan yang tidak berasas. Golongan yang muflis disisi Allah s.w.t dihari akhirat nanti adalah golongan yang membawa amalan yang banyak tetapi pada masa yang sama membawa dosa mengumpat, memfitnah, mengaibkan orang lain dan mengambil hak orang lain secara batil dan mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”
Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Perlu di ingat mereka yang difitnahkan dan membuat tuduhan kepada seseorang tanpa bukti kukuh adalah orang yang telah dizalimi dan do'a golongan ini amat mustajab disisi Allah s.w.t.

Wednesday, August 25, 2010

Teruskan Berdo'a dan Mohon Keampunan Kepada Allah s.w.t.

Sahabat yang dimuliakan,
Kita masih berada difasa kedua dalam bulan Ramadhan al-Mubarak iaitu fasa 'pertengahannya keampunan' daripada Allah s.w.t.

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) :' Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
(Hadis Riwayat Imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih)

Dalam fasa kedua ini Allah s.w.t. menerima dan memberi pengampunan kepada hamba-hamba-Nya yang merayu , berdo’a dan memohon keampunan dari-Nya. Apakah ada tanda-tanda atau kesan dari fasa kedua ini yang telah memberi kesan pada kita?

Tanda Allah s.w.t.menerima dan mengampuni hamba-hamba-Nya ialah ia merasakan dalam hati tidak mahu lagi melakukan dosa-dosa samaada besar atau kecil, menginsafi akan kesalahan-kesalahan lama yang ia telah lakukan dan terus merasai seronok dengan ibadah puasa, amal ibadah, zikrullah dan amal soleh. Dalam hati dan jiwanya merasai bahawa hidup didunia hanya sementara dan kehidupan dihari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Didalam fikirannya terbayang-bayang kehidupan di Syurga yang penuh nikmat dan juga azab Neraka yang amat dahsyat sekali. Perasaan ini akan menjadi sebagai pendorong dan motivasi untuk ia terus meningkatkan amal soleh dan meninggalkan amal yang buruk dan berdosa.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap kali berdo’a dan bermunajat teruskan memohon ampun kepada Yang Maha Pengampun, kerana sifat ini amat disukai oleh Allah s.w.t. Dan kalau Allah s.w.t. menyukai kita, akan diberi-Nya rahmat dan nikmat seluas-luas-nya dan akan dibebaskan kita daripada siksaan api Neraka.

Amalkanlah membaca do’a ini sebelum membuat sebarang permohonan kepada Allah s.w.t. agar diterima oleh-Nya.

Bangunlah diwaktu dua pertiga malam, bersihkan diri dan mengambil wudhuk, solat tahajjud 2 rekaat dan solat  taubat 2 rekaat dan kemudian mengangkat tangan dan berdo'a :

“Ya Allah, ampunkanlah bagiku amalan yang telah kukerjakan dan apa yang akan kukerjakan, sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan, sesuatu yang tidak sengaja kulakukan dan sesuatu yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkau yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau.”

“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada azab api Neraka dan azab Kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal.”

“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa dan hutang.”

“Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Barangsiapa yang memohon Syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, maka Syurga itu berkata :'Ya Allah masukkanlah ia ke Syurga!' Dan barangsiapa yang memohon diselamatkan dari Neraka sebanyak tiga kali, maka Neraka itu berkata: 'Ya Allah! Selamatkanlah ia dari Neraka,"
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Mohonlah do'a ini berulang-ulang sepanjang malam dan siang di fasa kedua ini :
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni maka ampunlah aku."

"Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan Syurga, dan aku memohon perlindungan-Mu dan dari azab api Neraka."
 
Do'a untuk keselamatan dunia dan akhirat :
"Allahumma inni asalukal 'afiya fiddunia wal akhirah"
(Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kesejahteraan di dunia dan akhirat)
(Riwayat Tirmizi.)

"Rabbana atinaa fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah wakina azabannar"
(Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab api Neraka)
(Riwayat Bukhari)

Do'a yang menjadi amalan Nabi s.a.w. setiap pagi dan petang adalah membaca do'a berikut :

"Allahuma innanauzubika min annusrika bika syaian naklamuhu wanas taghfiruka limaa laa naklamu"
(Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu agar tidak menyekutukan-Mu kepada sesuatu, sedang kami mengetahuinya, dan kami memohon ampun terhadap apa-apa yang tidak kami ketahuinya."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Do'a ini perlu diulangkan setiap hari :

"Allahumma laayakti bil hasanaati illah anta walaa yazhab bissaiaati illah anta walahaulaa kuwataillah billa"
(Ya Allah! Tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau, dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, tiada upaya melainkan dengan Allah)
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Sahabat,
Marilah kita bermuhasabah dan memerhatikan kualiti ibadah puasa yang kita laksanakan dan amalan ibadah-ibadah yang lain. Adakah ibadah puasa yang dilakukan pada zahir dan batin iaitu puasa dalam erti sebenarnya?. Sekiranya kita dapat menjaganya dan mengawal hati, nafsu dan keinginan lahiriah maka kita telah berjaya meningkatkan kualiti ibadah puasa iaitu darisegi zahir dan batin.

Puasa pada hati iaitu menghidupkan hati dengan zikrullah, mengingati Allah, meningkatkan iman, takwa, tawakkal, tawaduk, sabar dan membuangkan sifat-sifat mazmumah (sifat –sifat yang dikeji seperti hasad dengki, iri hati, sombong , takbur dan buruk sangka).

Puasa pada nafsu tidak makan dan minum disiang hari dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan tidak makan dan minum berlebihan ketika berbuka. Kontrol nafsu makan dan tidak melakukan pembaziran.

Puasa pada pancaindera iaitu menjaga mulut, mata, telinga dan anggota lain supaya tidak melakukan sesuatu yang ditegah oleh syarak.

Semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita kerana peningkatan darisegi kualiti puasa dan peningkatan darisegi amal ibadah dan berdo'a dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t. sentiasa berjalan setiap masa dan ketika.

Tuesday, August 24, 2010

Faktor Faktor Gangguan Makhluk Halus

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN

A) Berpunca Daripada Jin

  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia

  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
  1. Terlalu marah.
  2. Terlalu takut.
  3. Nafsu syahawat yang tinggi.
  4. Manusia yang lalai.
  5. Jahil
  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.

TANDA-TANDA GANGGUAN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:

  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:

  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.
Sumber: Web ustaz Sharhan Shafie ---> http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/gangguan.php

Kemuliaan Mukmin Pada Qiyamullail

Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata kepada baginda, “Hai Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau kehendaki, tetapi ingat, engkau pasti akan mati. Berbuatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ingat, engkau pasti akan ditanya tentangnya. Dan cintailah sesiapa yang engkau kehendaki tetapi ingat, engkau pasti akan berpisah dengannya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang Mukmin itu terletak pada QIAMULLAIL, dan kehebatannya apabila ia tidak bergantung kepada orang lain."
(Al-Hadis)

Tiga Ikatan Syaitan Semasa Tidur Anak Adam

Dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.”
(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaih).

Ramadhan Memiliki Rahsia Kejayaan Umat Islam

Sahabat yang dikasihi,
Ramadhan adalah bulan yang mulia disisi Allah s.w.t. Kehadiran Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa dan melaksanakan ibadah dengan penuh kusyuk semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.

Namun begitu dibulan Ramadhan ini juga mengandungi rahsia kejayaan Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat dan juga para mujahid Islam dalam usaha untuk mengembalikan balik kedaulatan dan hukum-hukum Islam. Islam hanya mampu dihayati sepenuhnya apabila wujud Daulah Islamiyyah.

Perlulah kita memahami bahawa kewajipan berpuasa dengan kewajipan berjihad tidak ada bedzanya. Malah puasa yang sedang mereka lakukan benar-benar menjadi penguat ruhiyah yang jauh melebihi kekuatan fizikal. Semasa berpuasalah semangat jihad dan pengorbanan akan terbentuk didalam hati dan jiwa orang Mukmin.

Terdapat beberapa peristiwa dalam sejarah Islam, kejayaan umat Islam berjaya dalam jihad dan peperangan ketika berhadapan dengan tentera kuffar ianya berlaku didalam bulan Ramadhan. Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

1.Perang Badar al-Qubra :
Dengan pertolongan Allah Rasulullah dan sahabat-sahabat telah berjaya mengalahkan pasukan kafir Quraish meskipun secara fizikal dan material memihak kepada Quraish.

Perang Badar al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadhan. Perang itu berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.

Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdo'a kepada Allah sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika Jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di bumi ini."

Baginda terus berdo'a sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar al-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah do'amu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janji-Nya kepadamu."

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): 'Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut."
(Surah al-Anfal ayat 9)

Kisah ini menggambarkan dengan jelas peranan do'a dalam kehidupan Muslim. Setiap Muslim dituntut berdo'a hanya kepada Allah. Ia juga menunjukkan betapa manusia adalah makhluk lemah dan serba dhaif. Oleh itu, manusia berhajatkan kepada pertolongan Allah sebagai Pencipta alam semesta yang Maha Berkuasa. Kepada-Nya setiap Muslim bergantung harapan dan memohon bantuan sebagaimana mafhum daripada surah al-Fatihah yang diulang-ulang sekurang-kurang 17 kali sehari semalam maksudnya: "Engkaulah saja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan."
(Surah al-Fatihah, ayat 5)

Maka tidak hairan Baginda sentiasa menggalakkan umat Islam agar tidak putus-putus berdo'a kepada Allah dalam semua keadaan tidak kira pada masa senang atau susah, kaya atau miskin dan seterusnya. Baginda pernah bersabda maksudnya: "Do'a adalah senjata Mukmin dan tiang agama serta sinaran cahaya yang menerangi langit dan bumi."
(Hadis riwayat Abu Ya'la)

2. Perang Khandak :
Pada bulan Ramadhan tahun 5H pula, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat melakukan persiapan untuk Perang Khandak. Persiapan dilakukan dengan menggali parit (khandak) di sekeliling kota Madinah. Taktik yang diusulkan oleh Salman Al-Farisi ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab sebelum ini. Peperangan Khandak akhirnya terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah dengan kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin setelah Allah menurunkan bantuan-Nya.

3. Pembukaan Kota Mekah :
Satu lagi peristiwa penting berlaku pada 21 Ramadhan 8H yakni Fathul (pembukaan) Mekah. Rasulullah s.a.w. keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Mereka berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukaddid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum Muslimin tanpa pertumpahan darah. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Peristiwa penting ini telah menyaksikan berapa ramai dari para sahabat khasnya golongan Muhajirin menitiskan air mata gembira kerana kejayaan mereka menawan¡ kembali kota yang dulunya menjadi tempat mereka dihina dan disiksa di dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

Kisah yang terjadi pada 10 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah adalah Pembukaan Kota Mekah (Fathul Makkah) di mana umat Islam telah berjaya menakluki Mekah dan ia merupakan kejayaan yang terbesar kepada umat Islam apabila berjaya menguasai Mekah dan Madinah sekaligus menjadikan kedua-duanya sebagai pusat yang penting bagi Daulah Islamiyyah di bawah kepimpinan Rasulullah s.a.w.

Kejayaan umat Islam pada waktu itu bukan sahaja dapat menakluki Mekah, bahkan hasil penaklukan kota Mekah itu telah menyebabkan penduduk Mekah yang dahulunya kafir telah berbondong-bondong memasuki agama Allah s.w.t. Ini terkandung di dalam Al-Qur'an iaitu pada Surah An-Nasr ayat 1 hingga 3.
Firman Allah s.w.t maksudnya :
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah)
Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan padaNya, Sesungguhnya, Dia Maha Penerima Taubat".

Ayat ini jelas menceritakan kisah Fathul Makkah (pembukaan Kota Mekah) dan dalam ayat ini juga, Allah s.w.t. menyeru agar hamba-hambaNya bertasbih kepadaNya apabila beroleh kemenangan sebagai tanda mensyukuri atas nikmat yang diberikan. Seperti yang kita sedia maklum, kita juga akan bertasbih, bertakbir dan bertahmid meraikan hari kemenangan seperti pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha khususnya.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi telah berkata,
"Ianya satu pembukaan teragung yang dengannya Allah memuliakan agamaNya, RasulNya, tenteraNya dan partiNya yang beramanah, dengannya juga Allah telah menyelamatkan negeri-negeri-Nya dan rumah-Nya yang telahpun ditetapkan sebagai tempat hidayah untuk seluruh alam, menyelamatkan dari tangan-tangan kafir dan musyrikin, ianya pembukaan yang turut bergembira olehnya penghuni-penghuni langit, lanjutan kemuliaannya melimpah ke angkasa cakerawala hingga dengannya maka berduyun-duyunlah manusia menganut agama-Nya, hingga dengan-Nya wajah bumi terukir seribu senyuman mekar".

4. Tentera Islam mendarat di Pantai Andalusia (Sepanyol)
Pada bulan Ramadhan tahun 91H, pasukan tentera Islam mendarat di selatan Pantai Andalusia (Sepanyol) dan terus berjihad. Kemudian pada Ramadhan tahun berikutnya Panglima Thariq bin Ziyad berjaya mengalahkan Raja Roderick.

5. Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib :
Ramadhan 584H pula menyaksikan Panglima Islam yang terkenal, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Oleh kerana bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba, tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas benteng Shafad yang kuat.

6. Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol :
Seterusnya dalam bulan Ramadhan 658H, tentera Mongol berjaya dikalahkan di Ain Jalut dan Palestin kembali ke tangan kaum Muslimin.
Banyak lagi peperangan lain yang berlaku di masa Rasulullah dan juga para khulafa' semasa bulan Ramadhan yang tidak dapat diungkapkan di sini. Catatan sejarah membuktikan kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukan sahaja dipenuhi dengan ibadah khusus tetapi juga penuh dengan perjuangan untuk menyebarkan agama Allah dan meninggikan syiar Islam.

Beberapa peristiwa yang tercatit juga menunjukkan betapa Rasulullah s.a.w. dan para khalifah sentiasa berusaha menyebarkan rahmat Allah di muka bumi dengan jalan dakwah dan jihad meskipun mereka dalam keadaan lapar dan dahaga. Mereka tidak rela melihat dan membiarkan umat Islam terus berada di bawah kekuasaan musuh mereka. Mereka sentiasa memerangi kaum kuffar demi menjaga nasib umat Islam dari ditindas dan diancam oleh musuh Allah.

Sahabat yang dimuliakan,
Oleh itu apakah kita sebagai umat Islam saat ini terfikir akan nasib yang menimpa saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Khasmir, Selatan Filipina (Philipine) dan Selatan Thailand yang sedang ditindas dan mereka menjalani kehidupan yang sukar dan terpaksa mempertahankan maruah diri untuk mempertahankan negara mereka yang diceroboh oleh tentera kuffar. Penderitaan ini yang datang berpanjangan adalah kerana umat Islam telah kehilangan Khalifah Islamiyyah sejak jatuhnya Khalifah Islamiyah di Turki pada 3 Mac 1924 hinggalah kini.

Sudah 82 tahun Khilafah Islamiyah (Daulah Islam) dihancurkan oleh musuh-musuh Allah dengan kerjasama oleh sang pengkhianat dari pemimpin-pemimpin umat Islam sendiri. Sekarang ini, muncul pula para pengkhianat lain yang mewarisi dan mempertahankan negara masing-masing yang telah dihadiahkan oleh penjajah kuffar.

Mereka bersungguh-sungguh mempertahankan negara masing-masing walhal apa yang sepatutnya mereka pertahankan ialah Islam dan umatnya. Mereka takutkan musuh Allah, Amerika dan sekutunya, walhal apa yang sepatutnya mereka takutkan ialah Allah dan azabNya. Mereka mencari perlindungan, kemuliaan dan kekuatan dari orang-orang kafir yang jelas-jelas merupakan musuh Allah dan musuh mereka sendiri, walhal sepatutnya mereka mencari kemuliaan dan kekuatan dari Allah. Mereka menjadi lemah dan pengecut dan tunduk kepada kaum kuffar, walhal Allah s.w.t. berfirman maksudnya : "Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, RasulNya dan bagi orang-orang Mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui¡¨
(Surah Al-Munafiqun ayat 8).

Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah kita mengambil iktibar di sini bahawa bulan Ramadhan bukan sahaja dituntut kita mengerjakan ibadah puasa sahaja tetapi dan melahirkan hubungan iman kita dengan Allah tetapi ibadah puasa juga bertujuan memberi keyakinan kepada kita bahawa perlu dikembalikan balik Daulah Islamiyah dan meletakkan Islam sebagai satu kuasa yang dapat memerintah dan Islam pastinya akan beroleh kejayaan sekali lagi seperti zaman kegemilangannya sebelum ini. Hanya Allah yang mengetahui masanya. Alangkah indahnya jika kita dapat hidup mengikut syariat Islam di dalam semua kehidupan kita dan Islam dapat dikembalikan ditempatnya yang sebenarnya.



Menghidupkan Bulan Ramadhan (Part 3)


Solat Tarawikh (Qiyamul Lail)

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:
“Barangsiapa yang menunaikan qiyamul lail pada bulan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosa-nya yang telah lalu.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam ayat Allah berfirman:
“Dan hamba-hamba yang baik dari Rabb Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka.”
(Surah Al-Furqan: 63-64)

Mengerjakan solat malam adalah kebiasaan Rasullullah s.a.w. dan para sahabat beliau. Sehingga Aisyah r.a. berkata: “Janganlah tinggalkan solat malam, sebab Rasulullah s.a.w.tidak pernah meninggalkannya. Sekalipun sakit atau sedang lesu, beliau tetap mengerjakannya dengan duduk.”

Umar bin Khatab r.a. biasa mengerjakan solat malam. Apabila tiba pertengahan malam, beliau segera membangunkan keluarganya untuk solat. Beliau berseru: “Solat, solat!” seraya membacakan ayat ini:

“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa.” 
(Surah Tha-ha: 132)

Ibnu Umar r.a. pernah membaca ayat: “(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Rabbnya.” 
(Surah Az-Zumar: 9) 
Beliau berkata: “Orang yang dimaksud dalam ayat di atas adalah Utsman bin Affan r.a.”

Ibnu Abi Hatim berkata: “Ibnu Umar r.a. mengatakan hal itu kerana banyaknya solat malam dan tilawah yang dilakukan Amirul Mukminin Utsman bin Affan r.a.. Hingga terkadang beliau membaca seluruh Al-Qur’an dalam satu rakaat.”

Alqamah bin Qais menceritakan: “Pada suatu ketika aku bermalam bersama Abdullah bin Mas’ud r.a.. Ia bangun untuk solat pada awal malam. Beliau membaca surah seperti bacaan imam di masjid, beliau baca dengan tertil tanpa terburu-buru hingga dapat didengar oleh orang yang berada berdekatan dgnnya. Beliau terus solat hingga menjelang terbit fajar, antara selesai solat malam dengan terbit fajar jaraknya kira-kira antara azan Maghrib hingga selesai solat Maghrib. Setelah itu beliau mengerjakan solat witir.”

Dalam riwayat As-Sa’ib bin Zaid disebutkan bahwa ia berkata: “Pada saat itu imam membaca beratus-ratus ayat. Sehingga kami bersandar dengan tongkat kerana lamanya berdiri. Ia berkata: “Kami baru selesai saat menjelang fajar.”

CATATAN: Wahai saudaraku, sebaiknya engkau menyempurnakan solat tarawih bersama imam, agar engkau termasuk orang-orang yang menghidupkan Ramadhan dengan solat malam. 
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:
“Siapa saja yang solat tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala solat semalam suntuk.”
(HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

(Sumber : Nur Jihan Binti Mat Basir)

Sunday, August 22, 2010

Allah Maha Pemaaf dan Pengampun

1. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
(Hadis Riwayat Imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih)

2. Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : "Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu."

3. Nabi s.a.w. bersabda  bermaksud : "Demi Tuhan yang mana diriku berada pada tanganNya (kekuasaan) sekiranya kamu melakukan kesalahan sehingga memenuhi dosa-dosa itu antara langit dan bumi kemudian kamu memohon keampunan Allah nescaya Dia akan mengampunimu."

4. Di dalam Hadis Qudsi yang bermaksud : "Satu kebaikan akan diganda sepuluh malah lebih, manakala satu kejahatan tetap dikira satu (tidak diganda) ataupun aku mengampuninya. Sekalipun kamu menemuiKu (selepas mati) dengan dosa sebesar bumi tetapi tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu maka Aku akan menemuinya dengan mengampuni dosa sebesar itu."
(Dipetik dari kitab Al-Ittihafat )

5. Dalam hadis sohih yang lain yang bermaksud : "Doa adalah senjata bagi orang Mukmin, tiang agama dan cahaya yang menerangi langit dan bumi."

6. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang banyak beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya daripada setiap kesusahan jalan penyelasaian, daripada setiap kesempitan jalan keluar dan akan diberikan rezeki dengan cara yang tidak diketahui."

7. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Tiada daripada seorang Muslim yang memohon do'a sedangkan dia sendiri bersih dari dosa dan juga dia tidak pernah memutuskan perhubungan silaturrahim sesama manusia melainkan Allah akan menganugerahi kepadanya satu dari tiga perkara ini : sama ada terus diterima do'anya, sama ada Dia akan menangguhnya sehingga hari akhirat ataupun disimpan(ampun) segala kejahatan yang seumpanya (permintaan tadi). Maka para sahabat bertanya : Sekalipun banyak? Sabda baginda s.a.w : "Allah lebih banyak pemberianNya."


FAEDAH DAN PENGAJARAN HADIS

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana kita tidak lepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w. sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda s.a.w. merupakan seorang Rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Keampunan Allah lebih besar daripada dosa yang dilakukan oleh hambaNya sekalipun besar dan banyak kerana rahmatNya dan kerana Dia Maha Kaya daripada makhlukNya.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar.

4. Dilarang sama sekali kita berputus asa daripada rahmat Allah dan diwajibkan kita agar sentiasa bersangka baik dengan kemaafan dan pengampunan dari Allah. Tetapi tidak dikira melampaui syariat sekira timbulnya perasaan terlalu takut pada Allah sehingga kita merasakan kita tidak akan diampun lagi tetapi dalam masa yang sama kita terus mengharap dan gerunkanNya. Kedua-duanya adalah sesuatu yang akan mengimbangkan fitrah pada diri seorang Muslim pada satu sudut dan kesan daripada tarbiyah Islamiah pada sudut yang lain.Tidak sempurna pengabdian melainkan dengan mengambil kedua-duanya sekali.

5. Allah mengampuni semua dosa selain daripada syirik kepadaNya samada melalui perbuatan, perkataan dan pengiktirafan hati.

6. Diminta agar kita sentiasa bersegera di dalam beristighfar dan bertaubat serta tidak melengahkannya.

7. Sesungguhnya perkara yang membawa kepada syirik kepada Allah akan menutup kita daripada rahmatNya.

8. Istighfar ialah dengan lidah manakala taubat pula dengan lidah, anggota dan hati iaitu dengan meninggalkan dosa lalu, bertekad untuk tidak mengulanginya dan menunaikan kewajipannya.

9. Tiga cara Allah menerima do'a hambaNya iaitu :
 
a. Terus menerima segala permohonan dan permintaan yang dipohon
b. Menangguhnya sehingga hari akhirat nanti
c. Menghapuskan dosa yang sama kadarnya dengan permintaan yang diminta kepada Allah.

10. Antara adab-adab ketika berdo'a ialah :
 
a. Mendatangkan di dalam hati rasa keinsafan ataupun sebarang permohonan yang hendak diminta bukannya sekadar diucap di mulut tetapi tidak terlintas atau terasa di hati tentang apa yang didoakan.Sebaik- baiknya jika kita kurang memahami bahasa Arab maka lebih baik kita menggunakan bahasa Melayu ketika berdo'a kecuali nama-nama Allah yang lebih baik gunakan bahasa Arab.
 
b. Mengharapkan agar Allah akan menerimanya dengan penuh keyakinan bukannya di sana masih terdetik sikap kesangsian ataupun tidak terlalu mengharap ketika do'a dilakukan sambil lewa sahaja.
 
c. Tidak mudah putus asa dengan terlalu mengharapkan segala doa yang dipohon terus diqabulkan oleh Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Menerima.
 
d. Tetapkan hati dengan menjauhi perasaan mudah berubah hati ketika memohon do'a kepada Allah.

11. Adab Istighfar pula ialah :
 
a. Memuji dan menyebut nama Allah dengan menyebut salah satu namanya terutama Al-Ghaffar, Ar-Rahman, Ar-Rahim.
 
b. Menyebut penyelesalan ke atas dosa dengan menyebut dosa yang telah dilakukan.
 
c. Memohon kepada Allah keampunan di atas dosa yang telah dilakukan.

Orang yang Menyesal di Hari Kiamat

Sabda  Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Orang yang paling menyesal pada hari kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

PENJELASANNYA

Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.

Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari kiamat kelak.

Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.

Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut  keuntungan -keuntungan yang abadi

Tiga Perkara Mengiringi Ke Kuburan

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "

Do'a Malam Lailatulqadar

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: "Wahai
Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda: "Bacalah doa: Yang bermaksud: 'Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 

1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat. 

2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar. 

3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran.

Puasa dan al-Qur'an akan Memberi Syafaat di Hari Akhirat

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah
s.a.w  bersabda:

"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat."

(Hadis Riwayat Imam Ahmad).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.

2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.

Manusia Yang di Cintai Allah

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah s.w.t.. telah berfirman maksudnya :
"Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia yang lainnya: :
Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi kepada orang miskin yang pemurah.
Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati/diri.
Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat."

Huraian ringkas:

Orang miskin tidak mempunyai wang yang cukup untuk bersedekah. Tetapi di dalam keadaan ia kekurangan ia masih mampu mengambil sebahagian daripada keperluannya untuk menghulurkan bantuan dan bersedekah, maka dengan perbuatan ini Allah s.w.t. lebih mencintainya daripada orang kaya yang bersifat pemurah.

Orang kaya biasanya bersikap sombong dan bermegah dengan kekayaannya. Tetapi apabila orang kaya sanggup merendahkan hati dan dirinya terutama kepada orang miskin maka Allah s.w.t. lebih mencintainya berbanding orang miskin yang merendahkan hati dan dirinya.

Orang muda mudah terdorong untuk mengikuti hawa nafsu, jika dilihat sekarang ini jarang dilihat orang-orang muda memiliki ketekunan beribadah dan beramal soleh. Inilah sebabnya Allah menyintai orang muda yang bertaubat kerana jikalau orang tua yang bertaubat, memang sepatunya dia berbuat demikian.

Janganlah kita menjadi hamba-hamba yang sombong, bongkak dan ego kerana kita hanyalah makhluk yang dijadikan oleh Allah agar beribadat kepadaNnya yang mana akhirnya kepadaNya jualah kita akan kembali dan akan diperhitungkan nasib dan amalan kita.



Menggadaikan Agama Kerana Dunia


Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari  keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

(Hadis Riwayat Termizi)

Keterangannya :

Golongan yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah orang­orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutar belitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-­alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutar belitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.


Lima Belas Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala.

Daripada  Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1.Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6.Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8.Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9.Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

Dua Golongan di Akhir Zaman

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya :
"Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".
(Hadis Riwayat Ibnu Ady)

Keterangannya :

Nabi s.a.w. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang-­orang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah s.w.t. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah s.w.t yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari kiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.

Mohonlah Keampunan Kepada Allah di fasa Kedua ' Pertengahannya Keampunan'

Sahabat yang dikasihi Allah,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. kerana kita masih dihidupkan dan dapat bernafas dibulan yang penuh keberkataan Ramadhan al-Mubarak, kita sedang meneruskan ibadah puasa. Ketika ini semua pintu-pintu Syurga dibuka luas dan semua pintu-pintu Neraka ditutup rapat. Telah berlalu fasa pertama iaitu permulaannya rahmat dan kita masuk fasa kedua (11-20 Ramadhan) iaitu pengampunan daripada Allah s.w.t.

Rahmat Allah s.w.t. terlalu luas keatas semua makhluk yang ada dimuka bumi ini, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. Allah s.w.t memasukkan jin dan manusia kedalam Syurga-Nya bukanlah kerana banyaknya amal ibadah atau banyaknya pahala yang dihimpun ketika didunia, tetapi Allah s.w.t. memasukkan kedalam Syurga pada hamba-hamba-Nya adalah kerana rahmat-Nya setelah diberi-Nya pengampunan segala dosa-dosa hamba-hamba-Nya.

Sekiranya ditimbang seluruh amal kebaikan dan pahala kita ketika hidup didunia berbanding sebiji nikmat mata yang Allah s.w.t. kurniakan, maka sebiji mata itu lebih berat daripada amalan kita.Kita tidak akan mampu nak balas nikmat-nikmat Allah ini.  Allah s.w.t akan memberikan rahmatNya hanya kepada mereka yang beramal soleh ketika hidup di dunia.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai seorang hamba kepada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tidak ada permohonan yang lebih besar dari permohonan keampunan dari segala noda dan dosa. Setiap satu dosa yang kita kerjakan akan terjadi satu titk hitam pada hati-hati kita. Apabila terlalu banyak dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak maka titik-titik hitam itu akan menjadi banyak hingga hati itu menjadi hitam pekat. Apabila hati sudah menjadi hitam maka selaput inilah yang menjadi hijab kepada Allah s.w.t.

Hati yang kotor ini tidak akan menjadi gementar apabila disebut nama Allah dan tidak akan bertambah imannya apabila dibacakan ayat-ayat Allah. Hati ini tak rasa takut bila mendengar siksaan-siksaan di Neraka. Untuk mensucikan hati-hati yang hitam ini tidak ada jalan lain melainkan dengan zikrullah, membaca al-Qur'an, berdo’a, bermunajat, beristighfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Apabila bersih saja daki-daki hitam di hati, hati akan menjadi jernih, putih, bersih, maka akan terbinalah iman dan takwa didalam hati tersebut.

Di fasa kedua ini di dalam bulan yang mulia, perbanyakkanlah memohon ampun diatas segala kejahilan , kesalahan dan perbuatan yang terlanjur yang kita lakukan. Dosa mulut banyak mengumpat , berbohong dan menyakitkan hati orang. Dosa mata melihat aurat wanita. Dosa telinga mendengar berita fitnah dan mengumpat. Dosa tangan menulis berita yang tak sahih dan berita gosip. Dosa dengan manusia kita perlu meminta maaf kepada orang-orang yang kita lakukan kesalahan, seperti suami, isteri, ibu bapa, jiran, saudara mara dan rakan-rakan dan masyarakat.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimananan dan mengharapkan keampunan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu 
(Hadis Riwayat Muttafaqun alaih)

Dosa dengan Allah s.w.t juga banyak kita lakukan tanpa kita sedari. Dosa tidak menjalankan amal ma'aruf nahi mungkar, kita biarkan maksiat didepan mata tanpa kita berusaha mencegahnya walaupun iman yang paling lemah membenci dengan hati, tidak ada usaha untuk menyampaikan dakwah kepada orang jahil, kelalaian kita tidak mendidik dengan sempurna isteri dan anak-anak kerana kesibukan kita dengan aktiviti lain, malas untuk menuntut ilmu, melambat-lambatkan waktu solat dan tidak mengerjakannya secara berjemaah di masjid, tidak menjaga adab-adab puasa yang boleh mengurangkan pahala puasa, membazirkan masa dan harta kejalan yang tidak bermanfaat, menonton filem dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan , pergaulan bebas dengan lelaki dan wanita yang bukan mahram dan banyak lagi dosa-dosa lain yang kita telah melakukannya.

Sahabat yang dihormati,
Ingatlah! Bahawa sesungguhnya hawa nafsu manusia menjadi penghalang di antara manusia dengan Allah s.w.t. Hawa nafsulah yang menebar kesuraman, menghalang penglihatan dan mengkaburkan arah tujuan, hawa nafsu tidak dapat ditundukkan dengan kata-kata saja tetapi hawa nafsu dapat ditewaskan dengan taqwa. Ianya dapat dilemahkan dengan rasa takut kepada Allah s.w.t. dan terus menerus muraqabah terhadap-Nya baik dalam keadaan sunyi dan terang-terangan.

Natijah dari ibadah puasa yang ikhlas akan melahirkan taqwa, dan taqwa juga adalah lahir dari keimaman yang kukuh, keimanan yang selalu dipupuk dengan maraqabatullah, merasa takut terhadap murka dan azab-Nya, dan selalu berharap limpahan kurnia dan rahmat-Nya.

Dengan taqwa ini akan menjadi sumber segala kebaikan dalam masyarakat, sebagai satu-satunya cara untuk mencegah kerosakan, kejahatan dan kekusutan. Taqwa merupakan asas utama dalam pembinaan jiwa dan akhlak seseorang dalam rangka berhadapan dengan fenomena kehidupan. Dia dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, serta bersabar di atas segala ujian dan cubaan. Itulah hakikat taqwa.

Sahabat,
Teruskanlah berpuasa dengan ikhlas dan pertingkatkan amal-amal ibadah dengan bersungguh-sungguh.

Dibulan Ramadhan Nabi s.a.w. akan melaksanakan amal ibadah dengan berlipat kali ganda banyaknya.Oleh itu perlulah kita mempertingkatkan amalan ibadah kita sebagaimana yang dilaksanakan oleh baginda Nabi s.a.w.

Jangan ditinggal solat tarawih, solat tahajjud, solat witir, solat taubat, solat hajat, solat dhuha, membaca al-Qur'an, sentiasa beristighfar, solat berjemaah di masjid, sentiasa berwudhuk dan bersedekah. Pertingkatkan juga dengan menghadiri majlis ilmu, tazkirah Ramadhan, tadarus al-Qur'an dan iftar (berbuka puasa) bersama-sama di masjid atau di surau.

Sekiranya berkemampuan adakanlah sekurang-kurangnya sekali iftar dirumah menjemput ahli keluarga, jiran dan sahabat-sahabat dan solat berjemaah bersama, dengan ini boleh merapatkan hubungan silaturahim dan membina ukuwah Islamiyah. Seseorang yang memberi makan dan minum orang berpuasa, mendapat dua pahala iaitu pahala memberi jamuan dan pahala orang yang berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya .”Berkata sahabat : Bagaimana jika kami tidak dapat memberi makan orang yang berpuasa ( berbuka puasa ) ya Rasulullah ? Nabi bersabda : “ Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma , atau segelas air."

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang memberi buka orang yang puasa akan mendapatkan pahala seperti pahalanya orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun."
 
Akhirkata, jangan sia-siakan fasa kedua ini iaitu pengampunan daripada Allah s.w.t. minta dan mohonlah keampunan dengan bersungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. hingga menitiskan air mata penyesalan diatas dosa-dosa yang telah dilakukan.