Saturday, August 25, 2012

Amalankan Dua Belas Amalan Untuk Menghapuskan Dosa-dosa Kecil.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat dua belas amalan-amalan yang akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan.

Amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut :

1. Mengelokkan wuduk.

2. Mengerjakan solat tasbih.

3. Berpuasa dan beribadah di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mencari keredaan Allah SWT.

4. Mengucap syukur (alhamdulillah) setiap selepas makan dan memakai pakaian.

5. Duduk di dalam masjid menunggu solat ke solat lain.

6. Berzikir selepas solat.

7. Berjalan menuju masjid dalam keadaan berwuduk.

8. Berzikir kepada Allah SWT secara bersendirian atau berkumpulan.

9. Memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil , takbir dan hauqqalah

10. Mengerjakan solat fardu berjemaah.

11. Solat di saf hadapan.

12. Solat subuh berjemaah dan tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit dan solat Duha 2 rekaat.

Huraiannya :

1. Mengelokkan wuduk.

Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud :

"Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, maka ia sempurnakan wuduknya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan baginya delapan pintu syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Muslim )

Di dalam hadis yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Jika seorang hamba yang muslim atau mukmin berwuduk ketika ia basuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air atau bersama tetes air terakhir. Jika membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya semua kesalahan yang dilakukan tangannya bersama keluarnya air atau tetes terakhir air. Jika membasuh kedua kakinya, keluarlah semua kesalahan yang diperbuat kakinya bersama air atau tetes terakhir air, sampai ia selesai wuduk dalam keadaan bersih dari dosa." (Hadis Riwayat Muslim).

2. Mengerjakan solat tasbih.

Ikrimah daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata : Rasulullah SAW. bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib yang bermaksud :

"Wahai Abbas pamanku. Apakah engkau suka aku memberi hadiah istimewa yakni kuajarkan sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus dosa? Apabila paman mengerjakannya Allah akan mengampuni dosa-dosamu, yang awal atau yang akhir, yang lama atau yang baru, yang disengaja maupun tidak sengaja, yang kecil atau yang besar, yang tersembunyi atau pun yang nampak.

Sepuluh perkara tersebut iaitu bahawa engkau solat empat rekaat, setiap rekaat engkau baca al-Fatihah dan sebuah surah. Apabila engkau telah membaca dalam rekaat pertama,tetaplah engkau dalam keadaan berdiri dan bacalah subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Agung) sebanyak lima belas kali, kemudian rukuk dan bacalah kalimah tersebut sepuluh kali semasa dalam keadaan rukuk, kemudian engkau bangun dari rukuk dan bacalah kalimat itu sepuluh kali kemudian turun untuk sujud dan bacalah sepuluh kali semasa engkau dalam keadaan sujud. Apabila bangun dari sujud bacalah sepuluh kali kemudian engkau sujud dan bacalah sepuluh kali selepas itu engkau bangun dan bacalah sepuluh kali. Maka kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima dalam setiap rakaat. Kerjakanlah kesemuanya dalam keempat rakaat.

Apabila engkau mampu mengerjakan solat tasbih setiap hari satu kali maka kerjakanlah. Apabila tidak mampu kerjakanlah seminggu sekali. Apabila tidak mampu, lakukanlah sebulan sekali. Apabila engkau tidak mampu juga, kerjakanlah setahun sekali. Jika engkau tidak mengerjakannya, lakukanlah sekali sahaja semasa hidupmu."
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

3. Berpuasa dan beribadah di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mencari keredaan Allah SWT.

Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim, dan Nasa`i).

Daripada Abi Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang bangun malam Ramadan beribadat dalam keadaan ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah, maka diampunkan dosanya yang telah lalu” (Hadis Riwayat Bukhari)

4. Mengucap syukur (alhamdulillah) setiap selepas makan dan memakai pakaian.

Doa lepas makan : "Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan  minuman kepada kami, dan yang telah menjadikan kami orang-orang muslim." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dari Abu Malik Al-Harits bin Ashim Al-Asy’ari r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kebersihan itu adalah sebagian dari iman. Alhamdulillah itu memberatkan timbangan. Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi ruang antara langit dan bumi. Solat itu adalah cahaya, sedekah itu adalah burhan (bukti/petunjuk). Kesabaran adalah cahaya. Al-Quran adalah hujah (bukti) untuk membelamu atau menentangmu. Setiap manusia bekerja, maka ada yang menjual dirinya dengan bekerja berat untuk keselamatannya atau kehancurannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan; 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim ayat 7).

5. Duduk di dalam masjid menunggu solat ke solat menghapuskan dosa.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Mahukah kamu sekalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat derajat. Mereka menjawab: 'ya wahai Rasulullah'. Baginda bersabda: 'menyempurnakan wuduk ketika masa sulit dan memperbanyak langkah kemasjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath ( merapatkan hubungan dengan Allah SWT)” (Hadis Riwaayt Muslim dan Al Tirmidzi).

6. Berzikir selepas solat.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca kalimat berikut di setiap selesai solat,

ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ(33 ×) وَŰ§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ (33 ×)وَŰ§Ù„Ù„Ù‡ُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ (33 ×) Ù„Ű§َ Ű„ِلَـهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰ­ْŰŻَهُ Ù„Ű§َ ŰŽَ۱ِيْكَ لَهُ، لَهُ Ű§Ù„ْمُلْكُ وَلَهُ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ وَهُوَ Űčَلَى كُلِّ ŰŽَيْŰĄٍ قَŰŻِيْ۱ُ

“Maha Suci Allah (33 x), segala puji bagi Allah (33 x) . dan Allah Maha Besar. (33 x) , Tidak ada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan. Bagi-Nya pujaan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.” ... maka akan diampuni kesalahannya, sekalipun seperti buih di laut.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/262, no. 939.)

7. Berjalan menuju masjid (solat berjemaah) dalam keadaan berwuduk.

Sabda Rasulullah SAW. maksudnya, "Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat fardu berjemaah, maka ianya seperti pahala haji, dan sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat sunat (iaitu duha) , maka ianya seperti pahala umrah sunat". (Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud,Tabrani , Baihaqi )

Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud: Dari Abi Hurairah radiallahu-anhu ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Apabila sesaorang itu sudah berwuduk dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semata-mata hendak bersembahyang, maka setiap langkah yang dilaluinya itu akan mendapat pahala dan menghapuskan satu dosanya."

8. Berzikir kepada Allah SWT secara bersendirian atau berkumpulan.

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah SAW bersabda : Allah SWT berfirman maksudnya : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."

9. Memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil , takbir dan hauqqalah.

Al-Baqiyatush Shalihat terdiri atas kalimat :

1. Tasbih : Subhanallah 2. Tahmid : Alhamdulillah 3. Tahlil : Laa Ilaaha Illallaah
4. Takbir : Allahu Akbar 5. Hauqqalah : Lahaula Walakuwwata Illaabilla

Dari Ummu Hani ra dia berkata:”Suatu ketika lewatlah Rasulullah SAW dihadapanku. Lalu saya berkata , “Ya Rasulullah SAW  saya sudah tua dan lemah. Beritahukanlah padaku suatau amalan agar dapat saya kerjakan sambil duduk” . Baginda bersabda:” Bacalah Subhanallah 100 kali, itu seimbang bagimu dengan memerdekakan 100 orang budak dari keturunan Ismail. Bacalah Alhamdulillah 100 kali, itu seimbang bagimu dengan mensedekahkan 100 ekor kuda yang bercahaya dan terkendali yang disedekahkan dijalan Allah. Bacalah Allahu Akbar 100 kali , itu seimbang bangimu dengan menyembelih 100 ekor unta yang terkurban dan diterima disisi Allah SWT. Dan bacalah Laa ilaaha illallah 100 kali” Abu Khalfin berkata aku kira pahalanya akan memenuhi antara langit dan bumi, dan tidak ada yang melebihinya darimu kecuali orang yang mengamalkannya melebihimu." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: "Mahu ya Rasulullah". Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

10. Mengerjakan solat fardu berjemaah.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Barang siapa memelihara solat lima waktu dengan sempurna wuduk dan waktunya, adalah baginya cahaya dan tanda pada hari akhirat, dan barang siapa mensia-siakannya, nescaya dikumpulkan ia (kelak di neraka) dengan Firaun dan Haman." (Hadis Riwayat Ahmad)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). " (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Solat di saf hadapan.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW. bersabda, “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 615. Muslim, no. 137)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal.” (Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/197)

12. Solat subuh berjemaah dan tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit dan solat Duha 2 rekaat.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Duha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: 'Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna'." (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama tingkatkan amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan untuk kita menjadi hamba Allah SWT yang beriman, bertakwa dan bersih daripada noda dan dosa samaada dosa besar maupun dosa-dosa kecil. Terlalu banyak dosa-dosa yang kita kerjakan tanpa kita sedari yang akan memberatkan timbangan dosa di akhirat nanti, dari itu kita perlukan beramal dengan amalan-amalan yang nampak kecil tetapi amat berharga apabila di timbang  semasa Mizan di akhirat nanti. Amalkanlah amalan-amalan di atas sebagai usaha kita menuju kepada keredaan Allah SWT. Di samping amalan-amalan tersebut kita jangan lupa untuk memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.

Doa Ibu Mustajab Di sisi Allah SWT! Jangan Menjadi Anak Derhaka.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT memerintahkan setiap hamba-Nya taat dan memuliakan ibu bapa. Bergaul dan memenuhi hak kedua-dua ibu bapa menjadi keutamaan yang mesti dilaksanakan anak, khususnya apabila ibu bapa lanjut usia. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa bermakna seseorang itu menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibu bapa.

Banyak ayat al-Quran yang memerintahkan supaya mentaati ibu bapa. Antaranya Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Seseorang anak hanya dapat kedudukan anak soleh jika sentiasa mentaati dan memuliakan ibu bapa. Sifat menyayangi dan mengasihi orang lain adalah fitrah semula jadi manusia.

Selain itu, doa ibu bapa sangat berkat dan mustajab. Oleh itu, anak yang soleh akan mengharapkan keberkatan doa ibu bapa dalam menyusuri kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Malah Nabi SAW menegaskan, “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).

Oleh itu, sewajarnya kita merebut peluang semasa ibu bapa kita masih hidup untuk berbakti disamping mengharap keberkatan doa mereka dalam menjalani kehidupan seharian kerana doa ibu bapa adalah sumber kekuatan batin anak. Hal itu akan membentuk keperibadian dan kewibawaan anak dalam melayari bahtera kehidupan.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah pengajaran di zaman dahulu bagaimana doa ibu mustajab di sisi Allah SWT keatas anak yang derhaka.

Diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman dahulu di sebuah negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya.Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya,ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya harum di serata negeri itu.Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang,di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang.

Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang hendak pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih tinggi.Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi.Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi.Dengan deraian air mata ibunya berkata,”Anakku, engkau adalah mutiara hatiku, ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah.Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup berpisah dengan engkau apatah lagi engkau berada di sana bertahun-tahun lamanya.Batalkanlah sahaja niatmu itu nak”,rayu ibunya menasihatinya.

Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya, tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri Mekah itu tidak luntur dar hatinya.Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi.Pada keesokan harinya selepas dia mengerjakan sembahyang subuh, diapun berangkat ke Mekah, dia tidak menghiraukan nasihat ibunya lagi.

Kini tinggallah ibunya yang sudah tua bersendirian dengan deraian air mata.Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mempedulikan nasihatnya lagi.

“Ya, Allah” kata ibunya merintih. “ Sesungguhnya anakku telah membakar hatiku dengan permergiannya.Maka engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu, Ya Allah”.

Setiap kali selepas sembahyang ibunya berdoa seperti itu. Akhirnya anaknya sampai di Mekah dan giat mencari ilmu dan beribadat.

Pada suatu malam yang gelap gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah saudagar yang kaya. Tetapi disedari oleh tuan rumah tersebut lalu pencuri itu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebuah masjid untuk berlindung.Kebetulan pada masa itu, terdapat seorang permuda yang sedang khusyuk berzikir, Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menunding-nundingkan jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu. “Pencuri!!Pencuri!! teriaknya.

Mendengar teriakan itu tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu.Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap,berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid.Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawa dia mengadap raja.Dengan perasan marah tuan rumah itu terus menceritakan kesalahan pemuda tersebut.Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan memotong kedua kaki dan tangannya serta biji matanya dicungkil.Dengan perasan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja itu dengan tenang.

Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja memerintahkan pula supaya pemuda itu diarak di khalayak ramai.Disepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.” Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang”

Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai-pegawai raja yang membawanya.”Wahai pegawai janganlah engkau berkata bergitu tetapi sebaliknya katakanlah, inilah balasannya kalau orang yang derhaka kepada ibunya.”

Para pegawai itu menjadi hairan mendengar saranan pemuda itu.Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura.Akhirnya para pegawai itu menyelidiki latar belakang pemuda yang dituduh mencuri itu.Setelah selidik ternyatalah pemuda itu bukanlah pencuri yang sebenar.Dengan perasaan kasihan para pegawai raja itu membebaskannnya lalu dihantar pulang ke rumah ibunya.

Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya.Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil ibunya dari luar, dari dalam rumah terdengar ibunya berdoa , “Ya, Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya aku dapat melihatnya.”

Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedarinya air matanya jatuh bercucuran.Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.

“Ya tuan, berilah hamba sedekah.”

“Datanglah ke sini.” Terdengar suara dari dalam.

“Bagaimana saya hendak masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki.”Jawab anaknya.

“Kalau bergitu hulurkanlah tanganmu.”Jawab si ibu dari dalam yang masih belum mengetahui bahawa itu adalah anaknya.

“Tuan, maafkanlah saya kerana saya tidak mempunyai tangan, kerana tangan hamba telah dipotong.”

“Kalau begitu bagaimana aku dapat memberimu makanan, sedangkan aku bukan muhrammu.”Jawab ibunya.

“Tuan, janganlah bimbang, kerana kedua belah mata saya telah buta,”jawab anaknya.

Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya.Sebaik sahaja roti itu hendak disuapkan ke dalam mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.

“Ibu maafkanlah saya ibu.Sebenarnya saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini.Ibu, saya telah bedosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu.”

Setelah dia mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat anaknya yang mengerikan .Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya dia terus menadahkan tangan sambil berdoa.”Ya Tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah aku maafkan, tetapi seksa anakku sungguh mengerikan .Aku tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa.Ya Tuhan, kau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu.”

Dengan kehendak Allah yang Maha Esa, doa ibu itu telah dimakbulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama.

Begitulah nasib anak tidak menuruti perintah orang tua dan orang tua yang tidak redha di dalam mencari ilmu.

Sahabat yang dikasihi,
Jika seorang anak meninggalkan nasihat ibunya supaya jangan meneruskan perjalanan untuk menuntut ilmu dikira sebagai anak derhaka apatah lagi jika seorang anak lari dari rumah untuk mengikut teman lelakinya atau meninggalkan ibu bapanya kerumah kebajikan masyarakat sudah pasti dikira sebagai anak derhaka.

Haram seorang anak mengherdik ibu bapanya dan keluar kata-kata kesat hingga menyenggung perasaan hati kecil mereka. Seorang anak lelaki berkewajipan menjaga dan membantu ke dua ibu bapanya jika mereka sudah tua dan perlukan bantuan dan pengawasan. Anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibu-bapanya samaada mereka masih hidup atau pun telah meninggal dunia.

Wallahu’alam….



Friday, August 24, 2012

Tafsir Surah Al-Hasyr Ayat 9

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT maksudnya : "Juga untuk orang-orang (Ansar) yang menetap dalam negeri Hijrah (Madinah) dan dalam keimanan sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin). Mereka sayangkan orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka. Dan mereka tidak menaruh apa-apa keinginan di dalam hati mereka terhadap apa sahaja yang diberikan kepada mereka (Muhajirin), dan mereka mengutamakan kepentingan orang-orang Muhajirin dari kepentingan diri mereka sendiri walaupun mereka dalam kesusahan (kepicikan). Dan barang siapa yang dipeliharakan dari kebakhilan dirinya, maka merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah al-Hasyr ayat 9)

Asbabun Nuzul ayat 9 :

Abu Hurairah berkata paada suatu hari, seaorang mendatangi Rasulullah SAW dan berkata " Rasulullah aku kelaparan.

Rasul pun menanyakan persediaan makanan kepada para isteri baginda. Namun mereka memberitahu bahawa  tidak ada makanan sama sekali. Lalu Rasulullah berkata pada para sahabatnya : "Semoga Allah merahmati siapa pun diantara kalian yang mahu menjamunya malam ini. "

"Aku akan menjamunya ya Rasulullah" kata  seorang sahabat Ansar.

Ia pun pulang dan berkata pada isterinya : "Berikan makanan pada tamu Rasulullah ini"

"Demi Alllah , makanan ini hanya cukup untuk anak-anak kita."jawb isterinya.

"Jika anak kita lapar tidurkanlah mereka dan padamkan lampu. Biarlah kita menahan lapar pada malam ini" pesan sahabat tadi.

Si-isteri pun melakukan pesan suaminya itu. Atas peristiwa ini lah Allah menurunkan ayat 9 (surah al-Hasyr) ini."
(Hadis Riwayat Bukhairi)

Asy-Sayyid Qutb rahimahullah telah menfsirkan ayat di atas di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran, katanya :

"Sejarah umat manusia seluruhnya tidak pernah mememui satu peristiwa kelompok manusia seperti peristiwa sambutan orang-orang Ansar terhadap orang-orang Muhajirin. Mereka telah memberi sambutan yang begitu mesra dan murah hati kepada kaum Muhajirin. Mereka berkongsi hidup dengan mereka dengan penuh kerelaan. Mereka berlumba-lumba memberi tempat kediaman kepada mereka dan memikul beban penempatan mereka, sehingga ada riwayat yang menceritakan bahawa tidak ada seorang dari Muhajirin yang tinggal di rumah orang Ansar melainkan dengan jalan undi, kerana bilangan tuan-tuan rumah yang ingin memberi tempat kediaman itu lebih banyak dari bilangan orang-orang Muhajirin.

"Mereka tidak menaruh apa-apa keinginan di dalam hati mereka terhadap apa sahaja yang diberikan kepada mereka (Muhajirin)"

Iaitu terhadap apa sahaja kedudukan istimewa yang dinikmati orang-orang Muhajirin dan terhadap apa sahaja pemberian kewangan yang diberika kepada mereka seperti dalam pembahagian fai'il. Mereka tidak menaruh apa-apa perasaan pun terhadap itu semua, mereka tidak pernah bersunggut kerana hasad dan geram. Ungkapan "Apa-apa keinginan" membayangkan kebersihan hati yang sempurna dan mutlak.

Kesanggupan mengutamakan kepentingan orang lain dari kepentingan diri sendiri yang berada di dalam kesusahan itu merupakan satu kemuncak akhlak yang amat tinggi yang telah dicapai oleh orang-orang Ansar.

"Dan barangsiapa yang dipeliharakan dari kebakhilan dirinya, maka merekalah orang-orang yang beruntung."

Sifat bakhil atau kikir itulah yang menjadi penghalang setiap kebajikan, kerana kebajikan itu mengandungi unsur berkorban dalam berbagai-bagai bentuk iaitu berkorban harta, berkorban perasaan, berkorban tenaga dan berkorban nyawa jika perlu. Seorang bakhil yang selama-lamanya mahumengambil dan tidak sekalipun mahu memberi, tidak mugkin berbuat kebajikan. Oleh itu, barangsiapa yang dipelihara dari tabiat bakhil bererti dia terpelihara dari penghalang kebajikan dan dia akan dapat berbuat kebakikan dengan bebas dan murah hati. Inilah keberuntungan dalam erti kata yang sebenarnya."

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan sirah di atas jelaslah kepada kita bagaimana tarbiah dan dakwah Rasulullah SAW telah melahirkan satu generasi yang mengutamakan kepentingan sahabat-sahabtnya lebih daripada kepentingan diri mereka sendiri.

Bagimana seorang isteri yang solehah (isteri kepada sahabat Ansar) bersedia untuk memberikan makanan kepada tetamu yang lapar dan menidurkan anak-anaknya juga dalam keadaan lapar kerana makanan pada malam itu tidak mencukupi. Kesolehah kedua pasangan suami isteri ini telah mendapat pujian daripada Allah SWT. Allah SWT reda dan memberikan rahmat dan keberkatan kepada kedua pasangan tersebut dan anak-anak mereka hingga turun ayat ke 9 ini.

Walau pun nilai amal pada malam itu nampak kecil tetapi ianya sungguh besar disisi Allah SWT . Bayangkanlah betapa mulianya peristiwa malam tersebut sehingga Allah SWT turunkan satu ayat khusus untuk memberi pujian dan kasih sayang-Nya kepada keluarga tersebut dan sahabat-sahabat Ansar yang lain.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersabda yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita buangkan sifat bakhil atau kedekut untuk menginfakkan harta kita dan membantu saudara-saudara kita yang miskin dan memerlukan bantuan. Ingatlah sedekah yang kita berikan kepada saudara kita yang susah belum pun sempat harta itu sampai ketangan mereka ianya telah sampai ketangan Allah terlebih dahulu dan Dia akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Sifat bakhil adalah sifat ahli neraka sedangkan sifat pemurah adalah sifat ahli syurga. Perlu kalian fahami bahawa semua harta yang kalian miliki bukanlah hak kalian sepenuhnya tetapi ianya adalah hak Allah SWT, harta tersebut adalah pinjaman sementara waktu dari Allah SWT, sampai masanya Dia akan ambil balik tanpa kalian sedari. Dari itu tunaikan hak-haknya iaitu berzakat jika cukup nisab dan tempuhnya dan banyakkan bersedekah kerana harta yang disedekahkan akan dilipat gandakan balasannya oleh Allah SWT dan hidup akan diberkati dan dirahmati-Nya.





Thursday, August 23, 2012

Kunci Untuk Memasuki Syurga Adalah Dengan Mengucap Dua Kalimah Syahadah dan Bertakwa Kepada Allah SWT.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 

Syurga yang indah ciptaan Allah SWT adalah satu tempat yang disediakan oleh Allah SWT sebagai balasan kepada golongan jin dan manusia yang mengabdikan diri mereka kepada Allah SWT ketika di dunia ini. Sebagaiaman firman Allah SWT yang bermaksud : “Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku” (Surah Az-Zariyat ayat 56).

Berdasarkan maksud firman Allah SWT. yang dinyatakan di atas ketahuilah kita bahawa tiada tujuan lain Allah SWT. menjadikan kita di muka bumi ini melainkan semata-mata untuk beribadah kepada-Nya.

Maksud beribadah atau mengabdikan diri kepada-Nya di dunia ini adalah meragkumi beriman dengan penuh yakin dengan rukun Iman dan rukun Islam , dengan melaksanakan segala perintah-perintah-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya.

Firman Allah SWT yang. bermaksud: “... iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(Surah Ar-Rum ayat 30)

Terdapat dua kunci yang boleh membuka pintu syurga iaitu :

Pertama : Mengucap dua kalimah syahadah.

Kedua : Bertakwa kepada Allah SWT.

Huraiannya :

Pertama : Mengucap dua kaliamh syahadah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku adalah rasul Allah. Tidaklah seorang hamba yang bertemu Allah dengan dua kalimah ini tanpa sebarang syak melainkan akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda baginda lagi dalam hadis yang lain yang bermaksud:

 “Barangsiapa yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan ba­hawa Muhammad adalah utusan Allah, nescaya Allah haramkan ke atasnya neraka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW telah meletakkan syarat bagi mencapal kelebihan kalimah mulia ini mestilah dengan ilmu. Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud :

“Barangsiapa mati dalam keadaan dia mengetahui bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, nescaya dia masuk syurga.”

Syahadah atau penyaksian

Ù„Ű§ Ű„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ù…Ű­Ù…ŰŻ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡

Membawa maksud: "Suatu iktikad yang kukuh bahawa tiada tuhan yang berhak dan layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahawa nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah."

Melaksanakan segala tuntutan dua kalimah syahadah ini adalah dengan membebaskan jiwa raga daripada perhambaan kepada sesama makhluk kepada perhambaan kepada Allah SWT serta mengelakkan diri daripada mengikut petunjuk selain petunjuk Rasulullah SAW.

Kedua : Bertakwa kepada Allah SWT.

Allah Subhana Wa Ta'ala berfirman maksudnya : “Katakanlah, ‘Mahukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?’ Bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, serta pasangan-pasangan yang suci, dan keredaan dari Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya; (iaitu) orang-orang yang berdoa, ‘Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami, dan lindungilah kami dari azab neraka.’ (Juga) orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang menginfakkan hartanya, dan orang yang memohon ampunan pada waktu sebelum fajar.” (Surah Ali- Imran [3] ayat 15–17)

Takwa adalah memelihara diri dari seksaan Allah SWT dengan mengikuti segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya; tidak cukup di maksudkan dengan takut saja. Adapun maksud lain dari takwa adalah:

1. Melaksanakan segala perintah Allah SWT.

2. Menjauhkan diri dari segala yang dilarang Allah SWT (perkara-perkara yang di haramkan)

3. Reda (menerima dan ikhlas) dengan hukum-hukum dan ketentuan Allah SWT. Dan reda dengan qada dan qadar-Nya.

Apakah yang dimaksudkan denga takwa?

Menurut Saidina Ali bin Ali Talib k.wj., takwa adalah takut dari ancaman Allah SWT., beramal sesuai dengan al-Quran, bersyukur dengan nikmat yang banyak, reda dengan yang sedikit dan bersiap-siap untuk masa yang panjang. Ini selaras dengan perintah Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr ayat 18)

Dalam firman Allah SWT yang lain pula: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.” (Surah Ali- Imran ayat 102)

Individu yang bertakwa adalah insan yang mampu mewujudkan nilai Islam secara menyeluruh dalam dirinya. Pada dirinya terpadu nilai Islam yang akan melaksanakan segala tuntutan Islam, nilai iman yang sempurna keislamannya iaitu membenarkan segala nilai Islam secara total dari sudut hati, fikiran dan fizikal dan nilai Ihsan yang mempunyai nilai iman yang sempurna iaitu menghambakan diri hanya kepada Allah SWT, merasa kehadiran dan pengawasan Allah SWT. serta kebersamaan dengan-Nya.

Kemudian nilai-nilai Islam ini akan mampu diserapkan dalam keluarga, masyarakat dan umat keseluruhan.

Individu yang bertakwa adalah individu yang mempunyai tahap kematangan yang sempurna. Sifat takwa ini wujud dari amal ibadah yang disertai oleh hati, fikiran dan anggota badan dan menyerah diri secara menyeluruh kepada Allah SWT.

Untuk menjadi hamba yang beriman dan bertakwa adalah beramal untuk kepentingan akhirat dan bukannya nafsu yang meruntun jiwa untuk tunduk kepada kepentingan dunia dan harta benda. Seluruh fizikal, fikiran dan hatinya apabila melakukan sesuatu amal hanyalah menjurus semata-mata untuk mencapai reda Allah SWT iaitu melaksanakan segala yang diperintah dan meninggalkan larangan-Nya. Inilah yang dinamakan sebagai individu yang beriman dan bertakwa dan mempunyai jiwa bebas dan merdeka serta berjiwa besar dan berkepimpinan kerana mampu memimpin dirinya dan menahan diri dari desakan yang bersifat sementara dan mengarahkan tujuan kepada matlamat yang lebih kekal.

Sekiranya hakikat ini benar-benar difahami, sudah tentu tiada yang terlepas pandang berkaitan hakikat iman dan takwa ini.

Menurut Ibnu Taimiyah:
“Orang yang terpenjara adalah orang yang hatinya dihalangi dari Tuhannya, sedangkan orang yang ditawan adalah orang yang ditawan oleh hawa nafsunya”

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita beramal diatas tuntutan dua kalimah syahadah yang sering kita ucapkan berulang-ulang ketika membaca tahyat akhir di dalam solat dan juga menjadikan takwa sebagai pakaian hidup kita. Jika kita istiqamah dan menghayati sepenuhnya dua perkara di atas maka kita telah menyediakan kunci-kunci pintu syurga yang akan kita bawa bersama ketika kita bertemu dengan Allah SWT di hari akhirat nanti.




Tidak Akan Masuk Syurga Sesiapa Yang Memutuskan Silaturahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Memutuskan silaturrahim adalah satu perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT. Dalam Islam  hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu Wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya yang bermaksud : “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad ayat 22-23)

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan, bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.

Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, melalui blog atau facebook, E-mel, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. 

Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

Ű§Ù„Ű”َŰŻََÙ‚Ű©ُ Űčََلى ْۧلمِŰłْكِيْ ِ ن: Ű”َŰŻََقٌŰ©، وَŰčََلى Ű°ِي Ű§Ù„Ű±َŰ­ْ ِ م ِْۧŰ«Ù†َŰȘَŰ§Ù†ِ: Ű”َŰŻََقٌŰ© وَŰ”ِلٌَّŰ©.
(ŰłÙ†Ù† Ű§Ù„ŰŻŰ§Ű±Ù…ÙŠ)

Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Hadis Riwayat Sunan ad-Darimi)

Bolehkah menjalinkan hubungan silaturrahim dengan orang kafir?

Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta‘ala tidak melarang berbuat baik kepada orang kafir sebagaimana firmanNya yang bermaksud : " Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah ayat 8)

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat banyak keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim. Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib:

1. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala reda kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan silaturrahim.

2. Membawa kebahagiaan.

3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu.

4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.

5. Mengisi kesedihan Iblis.

6. Dipanjangkan umur.

7. Menperoleh keberkatan rezeki.

8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu.

9. Bertambah-tambah kehormatannya.

10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap kali disebut kebaikkanya.

Oleh yang demikian, eratkanlah silaturrahim dalam mencapai keistimewaan yang tersebut di atas dan jauhilah dari perkara yang boleh memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah retak itu dengan rasa kesedaran serta keinsafan, apatah lagi kerana mereka yang tidak mahu berdamai itu akan dipertangguhkan keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu yang bermaksud :

“Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis. Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: 'Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai'.” (Hadits Riwayat Muslim)

Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu hendaklah dengan adil dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua orang yang beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta‘ala yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu". (Surah Al-Hujurat ayat 10)

Sahabat yang dikasihi,
Islam tidak menghalang jika timbul perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan umat Islam darisegi untuk menentukan stratigi sesuatu urusan. Kerana perbezaan itu adalah kurniaan Allah SWT kepada setiap manusia supaya mereka mampu menggunakan akal fikiran yang waras dan cerdik. Manusia bukannya robot hanya menerima arahan tanpa berfikir baik buruknya sesuatu pendapat. Yang tidak boleh diperselisihkan adalah arahan daripada Allah SWT dan rasul-Nya mengenai sesuatu hukum yang jelas dan nyata dan tidak boleh dipertikaikan.

Tetapi sekiranya perbezaan itu berlaku darisegi cabang dan ranting dan melibatkan masaalah stratigi sahaja maka perbezaan tetap di benarkan. Cuma kita tidak boleh menjadikan alasan untuk kita berpecah belah dan memutuskan silaturahim kerana perbezaan ini. Dari itu  setiap pihak perlulah berlapang dada sekiranya pendapat saudaranya lebih baik dan lebih bernas dan mantap.



Wednesday, August 22, 2012

Puasa Yang Di Terima Allah SWT Akan Melahirkan Sifat Takwa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ramadan bulan yang penuh berkat dan bulan keampunan daripada Allah SWT telah berlalu beberapa hari. Umat Islam sedang bergembira menyambut Hari Raya Edul Fitri, di bulan Syawal saling ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan sesama muslim tanda bersyukur kepada Allah SWT. Amalan ziarah menziarahi adalah amalan yang baik , terutama menjamu saudara mara dan sahabat handai dengan juadah dan kuih muih yang beranika ragam juga tidak bersalahan syariat selagi ianya dibuat tanpa pembaziran. 

Perlulah kita muhasabah diri sendiri adakah selama sebulan di bulan Ramadan, kita berpuasa dan melakukan ibadah seperti solat terawih dan tahajud, tadarus al-Quran , berdoa, berzikir, bersedekah dan meninggalkan sifat -sifat mazmumah mampu kita teruskan dibulan Syawal dan 10 bulan yang akan datang? 

Jika hati dan jiwa kita merasai kemanisan ibadah dan beramal soleh selepas sahaja Ramadan menghilang, ini tandanya kita telah mendapat kesan takwa disisi Allah SWT. Tetapi jika hati dan jiwa kita tak merasai kemanisan beribadah, hati menjadi semakin keras dan kekal balik sifat-sifat lama yang buruk, seolah-olah madrasah Ramadan tidak berkesan langsung maka ini petanda kita jauh daripada kesan takwa sebagaiman yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran bahawa puasa itu boleh melahirkan sifat takwa.

Jika ada umat Islam yang masih meninggalkan solat, membuka aurat, perangai buruk masih menjiwa diri seseorang ini petanda bahawa Allah SWT tidak membebaskan dirinya daripada azab api neraka dan mendapat jauh daripada rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT.
Lupakah kepada peristiwa yang telah dilalui oleh Nabi pada malam Israk dan Mikraj? 

Baginda melihat satu kumpulan manusia yang memecahkan kepala mereka sendiri, kemudian kepala yang pecah itu kembali bercantum, begitulah seterusnya. Jibril pun menjelaskan kepada Nabi bahawa itu adalah golongan manusia yang berat kepala menunaikan solat.

Sahabat yang dimuliakan,
Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanya seketika sahaja. Tidak semena-mena maut datang menjemput. Lihatlah kepada para hamba yang sentiasa amal kebaikannya berterusan walau pun selepas kematiannya iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat yang di ikuti dan doa anak yang soleh. Ingatlah bahawa kelalaian tidak memberi apa-apa manfaat dan harta dunia hanyalah sedikit berbanding harta akhirat.

Alangkah besarnya kegembiraan seorang hamba Allah yang beriman lagi soleh apabila melakukan kebaikan di dalam bulan Ramadan. Bertambah-tambahlah kegembiraannya apabila dia dapat meneruskan amalan baik itu walaupun selepas bulan Ramadan. Dia terus memelihara lidahnya dari perkara yang dimurkai Allah. Begitu juga apabila dia terus melaksanakan puasa dan solat samaada yang wajib mahupun sunat. Bukan itu sahaja,dia juga beria-ia untuk menambahkan ilmu dengan mula mengunjungi majlis-majlis ilmu yang mungkin diabaikannya sebelum ini. 

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
” Tidaklah kenyang seorang mukmin itu daripada kebaikan (ilmu) yang didengarnya sehinggalah penamatnya adalah syurga”

Kekadang seorang manusia itu lalai dengan kehidupannya, kemudian ia pun tersedar lalu mencari pintu taubat. Pintu taubat akan sentiasa terbuka selagi roh tidak lagi sampai ke halkum dan selagi matahari tidak terbit dari sebelah barat dan juga selagi dia tidak melihat Malaikat Izrail a.s.

Gembiralah orang yang telah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kita mungkin gembira dengan Aidilfitri , tetapi disana ada satu lagi kegembiraan yang lebih besar menanti orang-orang yang soleh dan beriman iaitulah lembaran amalannya pada hari kiamat yang menunjukan kebaikan yang telah dilakukannya semasa hidup di dunia. Sedangkan pada masa yang sama orang-orang yang lalai di dunia dan tidak bertaubat, berada dalam kerugian dan kekesalan sedang menanti hukuman.

Orang yang bertaubat itu berada bersama-sama orang beriman yang lain di dalam syurga menikmati manisan dan makanan ahli syurga. Bukan itu sahaja, bahkan mereka juga akan berdamping dengan Nabi Muhammad SAW.

Sahabat yang dikasihi,
Janganlah kalian lupa dengan puasa enam hari di dalam bulan Syawal. Amalan ini disunatkan kepada kita berdasarkan sebuah Hadis Nabi SAW yang berbunyi maksudnya :
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan kemudian diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun”.(Hadis Riwayat Muslim)

Para Ulamak tidak mensyaratkan puasa di dalam bulan Syawal dilakukan secara berturut-turut. Ianya boleh dilakukan secara berselang seli.

Akhirkata marilah sama-sama kita berdoalah kepada Allah SWT :
"Ya Allah! Sesungguhnya kami semua mendambakan cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu dan juga amalan yang boleh menyampaikan kami kepada cintamu, Ya Allah! Jadikanlah cintaMu sebaik-baik cinta kepada kami berbanding diri kami sendiri, keluarga kami dan lebih baik lagi berbanding air yang sejuk. Ya Allah, terimalah ibadah puasa kami dan semua amal soleh kami dan jadikanlah kami orang-orang yang bertakwa di sisi-Mu"