Saturday, July 2, 2011

Orang Mukmin Bersederhana Dalam Ibadah dan Tidak Melampaui Batas Dalam Perkara Harus

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW tidak suka kepada umatnya berlebih-lebihan dalam beribadah dan melampau batas dalam perkara harus.

Nabi SAW bersabda maskdunya : "Sebaik-baik perkara itu yang pertengahan sahaja".

Anas bin Malik radiyallahu `anhu berkata: “Tiga orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Nabi saw bertanyakan tentang ibadah Nabi saw. Apa mereka diberitahu mereka bagaikan menganggapnya sedikit. Lantaran itu mereka berkata: “Di manakah kita berbanding Nabi SAW sedangkan telah diampunkan untuk baginda dosa-dosa terdahulu dan terkemudiannya”.

Berkata salah seorang mereka: “Adapun saya pasti akan mengerjakan solat sepenuh waktu malam selama-lamanya”. Berkata pula yang lain: “Saya akan berpuasa setahun penuh tanpa berbuka”. Berkata lagi seorang lagi: “Saya pula akan mengasingkan diri daripada wanita-wanita dan tidak berkahwin selama-lamanya”.

Baginda SAW  lalu datang menemui mereka lantas bertanya: “Kamukah yang berkata demikian-demikian? Adapun saya demi Allah merupakan orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah di kalangan kamu tetapi saya berpuasa dan berbuka, saya solat dan tidur dan saya mengahwini wanita-wanita. Oleh itu sesiapa yang bencikan sunnahku maka dia bukan di kalanganku.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Sunnah Nabi ini menggambarkan kesederhanaan dalam beribadah. Sikap berlebih-lebihan dalam beribadah ditolak kerana di satu peringkat ia boleh membawa kepada kebosanan.  Kebosanan itu nanti menjadi pendorong untuk amalan tersebut ditinggalkan secara total. Kebosanan ini akan berlaku kerana ia bercanggah dengan fitrah jiwa dan kemampuan fizikal manusia itu sendiri.

Untuk menepati fitrah dan kemampuan manusia dalam beribadah baginda menganjurkan sikap “berdikit tetapi tetap dan berterusan”. Ini diterangkan oleh `Aisyah apabila ditanya tentang amalan yang paling disukai oleh Nabi. Beliau menegaskan: “amalan yang berterusan".
(Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi SAW merupakan orang yang lebih tahu kebaikan sesuatu amalan. Justeru, dalam beribadah perlulah dicontohi orang yang lebih tahu. Apabila Nabi SAW bersederhana dalam beribadah dengan mengambil kira keperluan tidur di samping solat malam, keperluan berbuka apabila berpuasa dan keperluan berkahwin di samping beribadah, maka perlakuan baginda itulah yang terbaik.

Menurut Ibn Hajar al-`Asqalani, Nabi SAW  menggabungkan antara dua kekuatan iaitu kekuatan ilmu dan kekuatan amalan. Ini dapat difahami apabila baginda menyatakan dalam sebuah hadis tatkala membetulkan tindakan beberapa sahabat yang bertindak membenci sesuatu tindakan yang telah dilakukan oleh Nabi sebagai satu kelonggaran untuk orang ramai.
(Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, juz 17, hlm. 278.)

Sahabat yang dimuliakan,
Nabi SAW melarang umatnya yang suka melakukan perbuatan yang melampau batas dalam perkara yang harus seperti makan minum, berpakaian , kenderaan dan tempat tinggal. Berpada-padalah apa yang ada jangan sampai membazir dan melampaui batas dalam perkara yang harus. Lebih baik lebihan wang kita dilaburkan untuk saham akhirat daripada membeli sesuatu yang tidak bermanfaat kerana cukup berat soalan yang perlu kita jawab di hari akhirat nanti iaitu "kemana harta tersebut dibelanjakan?"

Kepada umatnya yang suka pembaziran dan melampaui batasan di dalam mengambil makanan atau sesuatu yang diharuskan akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan; seperti badan akan menjadi terlalu gemuk dan meningkatnya rangsangan syahwat. Ekoran dari itu dia akan merasa keberatan dan malas untuk bertindak walaupun dia tidak berhenti terus. Maka di sinilah rahsianya kenapa Allah SWT dan Rasul-Nya melarang dan memberi amaran tentang pembaziran.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai anak Adam ! Pakailah pakaianmu yang baik pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raaf ayat 31).

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Tidak memenuhi oleh anak Adam sesuatu bekas yang lebih buruk daripada memenuhi uncang perutnya".

Ulama terdahulu telah mengenal pasti tentang kesan-kesai negatif ke atas mereka yang terlibat secara berleluasa dalam mengambil dan menggunakan perkara yang harus. Maka mereka begitu berwaspada terhadap perkara ini.

Sehubungan dengan ini 'Aishah r.a.h telah berkata : "Berlaku bala pertama ke atas umat ini selepas Nabinya (wafat) ialah kekenyangan. Sesungguhnya sesuatu kaum itu apabila perut mereka kenyang maka badan mereka akan gemuk, maka hati mereka akan lemah dan syahwat mereka akan memuncak".

Umar Al Khattab R.A turut menyatakan : "Berjaga-jagalah kamu dengan perut dalam mengambil makanan dan minuman. Maka sesungguhnya ia boleh membawa kerosakan pada badan dan ditimpa penyakit yang menyebabkan malas untuk melaksanakan solat. Hendaklah kamu bercermat (sederhana) dalam mengambil makanan atau minuman. Sesungguhnya ia akan memberi kebaikkan kepada tubuh badan dan menjauhkan daripada pembaziran. Dan sesungguhnya Allah Taala benci kepada pendita-pendita yang gemuk, dan sesungguhnya seorang itu tidak akan binasa sehinggalah nafsunya mengatasi agamanya".

Abu Sulaiman al Darani menyatakan : "Sesiapa yang sentiasa berada dalam kekenyangan ia akan ditimpa enam penyakit. 1. Hilang kemanisan bermunajat, 2. Tidak mampu menghafaz hikmah dan kebaikan, 3. Hilang simpati terhadap makhluk lain. Ini disebabkan apabila seseorang itu kenyang ia beranggapan bahawa orang lain juga kenyang sepertinya, 4. Berkeberatan dan malas untuk melakukan ibadat, 5. Syahwatnya kian meningkat, seluruh orang mukmin berduyun-duyun ke masjid dan 6. Orang yang kenyang sentiasa berlegar-legar di tong sampah (membuang najis)".

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita mengikut amalan sunah Rasulullah SAW iatu bersederhana dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT dan tidak melampaui batas dalam perkara yang harus iaitu dalam makan-minum tidak berlebih-lebihan, dan tidak bermewah-mewah dalam berpakaian, kenderaan dan rumah tempat tinggal. Perlu diingat bahawa harta yang kita miliki bukan milik kita sepenuhnya kerana disitu ada hak-hak yang perlu kita tunaikan, barulah harta tersebut bersih disisi Allah SWT.

Friday, July 1, 2011

Pembinaan Umat dan Dunia Seluruhnya Mendapat Kebahagiaan



ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
  ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pembinaan umat bererti suatu pembinaan yang dimulakan dengan pembinaan individu, keluarga, masyarakat, negara, kemudian ummah dan dunia. Pembinaan insan bererti membina emosi, intelek dan fizikal; untuk mendatangkan kebahagiaan kepada seluruh hidupnya dan bukan sebahagiannya. Iaitu kebahagiaan yang sebenar dan mendalam, bukan yang palsu dan cetek. Kemudian memperolehi kebahagiaan dan kegembiraan di hari akhirat dengan melengkapkannya melalui niat yang paling baik dalam semua perkataan dan perbuatan di dunia.

Pembinaan emosi atau jiwa hendaklah dengan cara terus-menerus dihubungkan dengan asal-usul kebaikan dan kehidupan, dengan Tuhan yang telah menjadikannya, Pencipta, Pendidik , Pemberi Rezeki, Penolong dan Pemberi Taufik. Kemudian terus-menerus berpegang teguh dengan akhlak yang mulia dalam semua perkataan dan tindakannya, untuk memperolehi kebahagiaan dan ketenangan di kedua-dua alam, seperti yang difahami daripada sabda nabi Muhammad saw di dalam sebuah hadith yang terkenal daripada Ibn Abbas r.a:  

"Peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara engkau, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan engkau, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah..," (sebahagian daripada hadith yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi dan lain-lain).

Pembinaan intelek hendaklah dengan cara terus-menerus bekerja, menghasilkan, menghantar, merancang, mengembangkan, melakukan inovasi dan memperoleh keuntungan dalam perkara yang baik semata-mata, untuk terus menikmati dan menyempurnakan kebahagiaan. Sebaliknya tidak merosakkan daya intelek dengan apa jua kejahatan dan keburukan yang mungkin difikir atau dilakukan, seperti yang difahami dari sabda nabi saw:

"Rebutlah apa-apa yang akan memberi manfaat kepada anda dan mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan berasa lemah… " (sebahagian hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain).

Pembinaan fizikal hendaklah dengan cara mewujudkan keseimbangan dalam menikmati fizikal yang halal, kerana ianya berguna dan membahagiakan, bukan menikmati fizikal yang haram, kerana ianya memudaratkan dan menyusahkan, sebagaimana Allah berfirman:

“dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau.” (Al-A’raf: 3).

Pembinaan keluarga, iaitu pembentukan lelaki dan perempuan yang hanya lengkap tarbiyah dan pendidikannya jika bermula sejak kecil.. Sebuah keluarga terbina di atas dasar:

“perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Ar-Rom: 2),

iaitu atas dasar kecintaan, perbincangan, persefahaman, hubungan yang erat, bertoleransi, bertolak ansur, bekerjasama, berintegrasi,merancang dan memperolehi pendapatan dan semua perkara yang mendatangkan keselamatan dan kebahagiaan kepada generasi yang baru supaya dapat berkembang dengan mudah dan secara spontan dengan sifat-sifat yang baik  dan membahagiakan ini, dan juga supaya dia boleh memindahkan dan melimpahkannya kepada masyarakat di sekeliling dengan lancar dan tanpa bersusah payah lagi.

Pembinaan masyarakat, seperti yang difahami dari ayat (bermaksud):

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;  (Al-Baqarah: 128),

Iaitu yang menjadi asas pembentukan keluarga bahagia dan sudahpun dimulakan dengan  mendidik anggotanya atas asas etika system Islam, iaitu satu-satunya etika yang melahirkan kebahagiaan yang menyeluruh dan sebenar, seperti yang ditegaskan Allah SWT (bermaksud):

“(maka dengan isi kandungan Al-Quran) itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) (Yunus: 58),

Sedangkan sistem yang lain, kebahagian yang dikecapi kebiasaannya hanya sedikit dan terbatas, malah kebanyakannya hanya merasai kesengsaraan akibat penindasan seperti realiti yang berlaku di hadapan kita.

Kemudian pembinaan institusi-institusi negara, pentadbiran dan kerajaannya, institusi politik, ekonomi, kehakiman, akademik, maklumat, sosial, kesenian, sukan, ketenteraan, polis dan lain-lain .. Pembinaan kepakaran atau pengkhususan tertentu, golongan pakar yang memiliki akhlak dari pelbagai agama dan budaya, kerana mempraktikkan firman Allah (bermaksud):

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” (Al-Qashash: 26),

 dan sabda nabi saw (bermaksud):

"Jika anda serahkan urusan sesuatu urusan bukan kepada orang yangberkelayakan, tunggulah masa (kehancuran). " (sebahagian daripada hadith riwayat Bukhari)

Ini kerana orang yang memiliki kepakaran tanpa memperolehi tarbiyah, pada kebiasaannya akan merosakkan kepakarannya seperti realiti yang jelas, Sekiranya  mendapat tarbiyah tanpa kepakaran tertentu juga akan merosakkan kerana kekurangan pengalaman atau ketiadaan pengetahuan tentangnya.

Pembinaannya mestilah merujuk atau bersumber kepada akhlak Islam; kerana akhlak Islam adalah satu-satunya rujukan yang lengkap dan menyeluruh yang merangkumi semua rujukan lain, yang tidak boleh diubah dengan apa-apa sebab, kerana akhlak Islam dari Allah yang tidak berubah .. Pembinaan itu merujuk kepada keadilan, kebebasan, perbincangan, perpaduan, kerjasama, penggabungan, identiti, ihsan, ketelitian dan semua akhlak yang menjadikan Negara lebih baik dan lebih sempurna dengan sendirinya dan membahagiakan untuk orang lain.

Allah telah menyatakan tentang rujukan atau sumber yang membahagiakan ini dalam firmanNya (bermaksud):  

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.  (An-Nisa’:59)

Menurut al-Qattan di dalam kitab tafsirnya: ".. apabila kita meletakkan sesuatu undang-undang atau mahu menghakimi dalam sesuatu kes, kita perlu merujuk kepada Al-Quran. Sekiranya kita tidak menemuinya di dalam al-Quran, maka kita merujuk kepada Sunnah Rasulullah. Jika kita tidak menemuinya di situ, kita hendaklah bertanya kepada pemerintah supaya mereka berijtihad menurut pandangan mereka. Pintu ijtihad sentiasa terbuka dan tidak pernah tertutup. Para ulama dan ilmuan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan yang membolehkan mereka layak untuk berijtihad.. "

Kemudian ditambah dengan firman Allah SWT (bermaksud):

“Padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka (An-Nisa’: 83)

Hal ini sangat jelas mengenai topic ijtihad .. Sebuah hadith Mu’az bin Jabal apabila Rasulullah melantiknya menjadi gabenor di Yaman sebagai bukti jelas. Rasulullah bertanya kepada Mu’az: “Apakah pedoman atau sumber yang akan digunakan apabila mengurus Yaman nanti?”. Mu’az menjawab: “Menjadikan al-Quran sebagai sumber.” Rasulullah bertanya lagi: “Kalau tidak terdapat di dalam al-Quran”, Mu’az menyatakan: “bahawa ia akan merujuk sunah Rasulullah:. Baginda bertanya lagi: “kalau tidak ada dalam sunahnya”. Mu’az menjawab: “Saya akan melakukan ijtihad”. Rasulullah bersetuju dengan pendirian Muaz itu.”
 
Menurut Imam al-Sa'di dalam Tafsirnya: ".. kedua-duanya terdapat bab dalam semua isu yang menjadi perselisihan, sama ada secara terang atau umum, atau secara isyarat, penjelasan, konsep atau makna umum yang dikiaskan dengan apa yang menyerupainya .."
Abu Bakar al-Jazair menyatakan dalam satu "tafsiran yang lebih mudah" : ".. satu situasi yang baik dan membahagiakan ialah apabila umat Islam berbeza pendapat, maka hendaklah kembali Al-Quran dan Sunnah nabi saw." 

Kemudian individu hendaklah bangkit selepas pembinaan Negara mereka dengan cara yang baik ini yang dilakukan secara beransur-ansur daripada individu, keluarga, masyarakat dan kepada Negara, mengembang dan menyebarkannya melalui dakwah dengan cara yang baik, lembut dan pujukan, dan dengan contoh praktikal dan amali kepada semua bangsa dan negara yang dekatkemudian yang jauh secara beransur-ansur.

Kemudian umat dan negara yang berkebajikan dan berakhlak Islam yang penuh dengan kebahagiaan beralih ke negeri disebelahnya, dan seterusnya negeri kedua, ketiga dan keempat, mereka bergabung antara satu sama lain pada satu peringkat dan apa jua yang boleh bersatu, untuk membentuk Kesatuan Islam - atau apa yang dahulunya dikenali sebagai khilafah Islam – yang mempunyai tenaga kerja, ekonomi, akademik, media, politik, tentera dan lain-lainnya yang boleh menyebarkan dengan penuh hikmah kebaikan, keselamatan, ketenangan dan kegembiraan melalui akhlak Islam, dan mengerah seluruh kemampuan kepada semua manusia, semua kehidupan dan segenap ceruk muka bumi dan seluruh dunia.. Oleh itu, membahagiakan semua manusia dengan kehidupan di dunia, kemudian di akhirat sudah tentu akan meraih kebahagian yang paling sempurna. Firman Allah SWT (bermaksud): 

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya’: 107)
Bagi orang yang turut terlibat dalam pembinaan ini akan memperolehi ganjaran yang sangat besar berdasarkan niatnya dan kadar sumbangan yang dicurahkannya. Firman Allah SWT (bermaksud) :

“Sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).” (Al-A’raf:170).

Inilah perjalanan sebuah pembinaan. Ianya akan menghilangkan secara beransur-ansur dan secara tak langsung mana-mana kerosakan yang wujud pada individu, masyarakat dan kerajaan seperti rasuah, penipuan, pengkhianatan, kemudaratan, kediktatoran, kezaliman, kedangkalan, kelalaian, kecuaian, kemalasan, kecurian, perkauman dan sebagainya. Kebaikan dan kebahagiaan akan menggantikann tempat kejahatan dan kesengsaraan.

Inilah perlaksanaan dan praktikal yang logic dari Nabi SAW dan para sahabatnya berdasarkan firman Allah SWT (bermaksud):

“(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya.”(Al-Ahzab: 4),

yang bermaksud setiap kali manusia, masyarakat dan kehidupan  semuanya dipenuhi dengan kebaikan dan kebahagiaan, tentulah akan pupus dan hilang kejahatan dan penderitaan secara beransur-ansur dan secara tak langsung; kerana seperti undang-undang fizik membuktikan mustahil berlaku percantuman dua benda dalam satu tempat.

Oleh itu, ayuhlah wahai para pendakwah yang menyeru kepada Allah dan Islam supaya termasuk ke dalam pembina yang berakhlak, berdedikasi dan berkemahiran, yang mana diri mereka berbahagia dan membahagiakan orang lain, dan termasuk ke dalam golongan yang dikurniakan ganjaran yang paling sempurna, insya-Allah.

Janganlah anda tergolong pembina yang serba kekurangan, kerana menumpukan kepada tarbiyah sahaja atau hanya beberapa sudutnya sahaja tanpa memberi tumpuan kepada bidang kepakaran atau pengkhususan. Justeru, hal ini akan merosakkan urusan hidup lantaran sedikit ataupun ketiadaan pengalaman, atau orang-orang yang memberi tumpuan kepada bidang kepakaran atau pengkhususan tanpa mengambil berat bidang tarbiyah. Hal ini juga akan merosakkan kehidupannya akibat dari akhlak dan tingkah laku yang buruk .. Ayuhlah lengkapkan kebahagiaan anda dan orang di sekeliling anda serta semua muka bumi .. Dan sempurnakanlah ganjaran anda.

http://zadud-duat.blogspot.com
Oleh: Dr. Mohamed Mansour

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=363&ArtID=86789

Diterjemahkan oleh:

Ustaz Suhaimi Jairi
Setiausaha IKRAM Pontian

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

Siti Khadijah Binti Khuwailid-Mujahidah Sejati....

Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat Baginda.
 
“Demi ALLAH, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Begitulah Rasulullah SAW menggambarkan keperibadian Siti Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama baginda. Seorang isteri sejati, Muslimah yang segenap kemampuan diri berkorban demi kegemilangan dan keagungan Islam.

Siti Khadijah r.a adalah wanita pertama yang menyatakan keimanannya kepada ALLAH dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dalam meneguhkan tekad Rasulullah SAW ketika menyebarkan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya, dalam menjalankan tugas dakwah menegakkan kalimah tauhid. Inilah keistimewaan dan keutamaan Saidatina Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam.

Beliau adalah sumber kekuatan yang sentiasa berada di belakang Rasulullah SAW.
Saidatina Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Beliau boleh saja hidup bermewah-mewah dengan hartanya sendiri. Bagaimanapun, semua itu dengan rela dikorbankannya demi memudah dan meringankan tugas-tugas suaminya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau merupakan wanita yang gigih mendorong semangat dan usaha ‘pahlawan’ umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan rumah tangga dan masyarakat. Sikap inilah yang menjadi salah satu sumber kekuatan Rasulullah SAW sepanjang kehidupan mereka bersama.

Saidatina Khadijah adalah seorang srikandi yang berdiri teguh menyokong suaminya, Rasulullah SAW. Ummul Mukminin ini mendampingi Rasulullah SAW dalam keadaan suka dan duka, reda dan tenang, sabar dan senantiasa bertawakal dan mengharapkan keberkatan ALLAH SWT. pada saat-saat kesukaran dalam menyebarkan syiar Islam. Kepayahan dan kesanggupan Saidatina Khadijah dalam bersama-sama berjuang menegak dan menyebarluaskan agama Islam serta menghadapi cabaran merupakan satu jihad yang terpuji. Kasih dan sayang Rasulullah SAW terhadap Saidatina Khadijah begitu mendalam hingga ketika beliau meninggalkan alam yang fana ini, Rasulullah SAW menamakan tahun itu sebagai ‘Amil Huzni’ yang menggambarkan tahun yang begitu sedih.

Gambaran ini jelas membuktikan bahawa peranan dan sumbangan Ummul Mukminin dalam sejarah Islam begitu hebat dan haruslah dijadikan kebanggaan khususnya kepada kaum wanita dalam usaha menghayati dan mencontohi akhlak terpuji Saidatina Khadijah Al-Qubra ini.

Saidatina Khadijah juga merupakan peneman hati Rasulullah SAW ketika Baginda berada dalam ketakutan..Kisah ini berlaku ketika Rasulullah SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira'...ketika Baginda berada dalam ketakutan, Siti Khadijah menjadi peneman Baginda.....menyelimut Baginda yang dalam ketakutan...menunggu dengan sabar sehingga keadaan reda, barulah Siti Khadijah bertanya kepada Baginda apa yang berlaku....Begitu beradabnya Siti Khadijah dengan suaminya, Rasulullah SAW.

“Demi ALLAH... ALLAH tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah SAW.

”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah SAW dengan turunnya wahyu tersebut.

”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan ALLAH dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat.

Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah SAW bersama Saidina Ali radhiallahu anhu. Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah SAW dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah SAW sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suaminya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah SAW dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.

Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah SAW. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi ALLAH ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”.

Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut, “Tidak! Demi ALLAH !! DIA (ALLAH) Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah SAW dan kaum Muslimin dalam memikul penderitaan lantaran sikap kaumnya yang mendustakan dan melecehkan dakwah baginda. Kesabaran dan keredhaan Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan terhadap dakwah Rasulullah SAW, termasuklah dalam fasa pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib oleh orang-orang Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah SAW.

Wanita Teladan Sepanjang Zaman
Ditakdirkan ALLAH SWT, di usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Khadijah radhiallahu anha kembali kepadaNya di saat-saat dakwah melalui fasa genting yang bakal menentukan kelangsungannya. Pemergian beliau ditangisi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, berlaku dalam selang waktu yang singkat selepas meninggalnya Abu Thalib, bapa saudara baginda. Sejak tahun kesedihan tersebut, hambatan-hambatan dakwah yang semakin getir dengan gangguan yang tidak putus-putus mula berani dilakukan oleh kaum kafir Musyrikin di Makkah.

Sesungguhnya nama Khadijah tercatat di dalam sirah sebagai wanita pilihan sehingga namanya disebut-sebut di kalangan penduduk langit dan bumi. Kemuliaan itu telah diraihnya sejak masih ada di muka dunia. Tatkala Jibril Alaihi Sallam datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengatakan,

“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”.

Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “ALLAH Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]

Wahai Muslimah yang dirahmati ALLAH,Sesungguhnya istana tersebut adalah jauh lebih baik dari pada gemerlapnya dunia fana yang telah memperdayakanmu. Dan ini adalah sebaik-baik khabar gembira dibandingkan dunia dan segala isinya. Tidakkah kalian ingin mendapatkannya pula?

Ya ALLAH.... Betapa mulianya Khadijah Binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang isteri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan deenNya dengan seluruh apa yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga ALLAH memberikan balasan yang paling baik kerana jasa-jasanya terhadap Islam dan umat Islam seluruhnya. Aamiin Ya Robbal Alamiin......

Inilah Srikandi Islam yang menjadi contoh dan ikutan kepada wanita Islam. Mudah-Mudahan kita mendapat panduan dan barkah daripada srikandi Siti Khadijah r.a.  Insya'ALLAH........
  
Siti Khadijah srikandi sejati

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau Rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi Nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju ALLAH
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju ALLAH
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi..
 
azita_idris79@yahoo.com
islamyangterindah.blogspot
 

Thursday, June 30, 2011

Kisah Ulama Sufi : Jauhi Sifat Berburuk Sangka dan Bangga Diri (Ujub)

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sifat buruk sangka, bangga diri, ujub dan sombong adalah sifat-sifat mazmumah yang perlu kita jauhi. Tanpa kita sedari bahawa apabila sifat-sifat ini  telah bertapak dalam hati kita akan menyebabkan hati kita berpenyakit dan akan merosakkan amalan kita kepada Allah SWT.

Terdapat satu kisah seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda berdua-duaan dengan seorang wanita.
Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan berbisik "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"

Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan. 

Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang."

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu bertanya padanya. "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan."

Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan."

Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih dari orang lain.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai pengajaran untuk di ambil sebagai iktibar kisah diatas, terdapat dua cara untuk mengatasinya.

Pertama : Jangan berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya. Apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah jangan menghinanya atau reda dengan perbuatannya dan cuba mencari aibnya. Berilah nasihat yang baik penuh hikmah. Anggaplah berkemugkinan orang itu jahil tentang perbuatannya. Sebagai muhasabah diri sendiri pula, kita patut malu pada diri sendiri yang dikurniakan oleh Allah SWT ilmu ini tetapi masih juga melakukan perbuatan yang dilarang oleh-Nya.

Buruk sangka kepada orang lain atau yang dalam bahasa Arabnya disebut su' u zhan mungkin biasa atau bahkan sering hinggap di hati kita. .Yang parahnya, terkadang persangkaan kita tiada mempunyai asas dan tiada alasan yang benar. Memang semata-mata sifat kita suka curiga dan penuh sangka kepada orang lain, lalu kita membiarkan zhan tersebut bersemayam di dalam hati. Bahkan kita membicarakan serta menyampaikannya kepada orang lain. Padahal su`u zhan kepada sesama kaum muslimin tanpa ada bukti yang kukuh merupakan perkara yang terlarang. 

Kedua : Perkara yang patut kita ingat adalah tentang diri kita iaitu perbuatan baik orang pada kita dan perbuatan jahat kita pada orang lain. Perkara yang patut kita lupakan adalah kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita. Barulah hati kita akan menjadi bersih dan terhindar daripada sifat bangga diri dan menghargai kebaikan orang lain.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya pada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"
(Surah as-Sajadah ayat 15-16)

Persiapkan Lima Amalan Yang Dapat Membantu Ketika Berada di Hari Akhirat

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW telah di pelihatkan oleh Allah SWT seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah SAW  berhenti.

Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Lalu berkata  Jibrail kepada baginda : "Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua."

Alangkah ruginya kita apabila masa hidup di dunia telah diberikan peluang oleh Allah SWT kita mensia-siakan  umur kita berlalu begitu sahaja sedangkan kita tidak menggunakan sepenuhnya untuk menfaat kehidupan dihari akhirat nanti.

Sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Nabi SAW mengajarkan kepada kita doa : "Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika"

Maksudnya, “Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat).” (Hadis riwayat Ibnus Sunny)

Perbanyakkan 5 amalan sebagai bekalan sebelum kita dijemput oleh Allah SWT  sebagai ikhtiar kita semasa hidup di dunia ini .

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Memberi sumbangan untuk jihad fisabilillah dan sedekah jariah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya : “Wahai Tuhanku!Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku- ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang soleh.” (Surah al-Munafiqqun ayat 10)

Orang mukmin akan mengambil kesempatan semasa hidup di dunia yang sementara ini untuk membuat pelaburan untuk hari akhirat. Harta yang dimiliki akan dilaburkan untuk jihad fisabilillah, bersedekah, amal jariah dan membantu fakir miskin dan anak-anak yatim. Allah SWT akan menggandakan sedekah kita sehingga 700 kali ganda atau lebih.

Semasa Israk dan Mikraj baginda diperlihatkan : "Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW dibertahu oleh Jibrail : 'Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.' ."

Kedua : Menuntut ilmu, mengajarkannya dan mengamalkan ilmu tersebut.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran surat Al-Mujaadalah ayat 11 : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”. Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah SWT dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu fardu kifayah yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredai Allah SWT. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut fardu ain iaitu  ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syarak.

Ilmu yang dimiliki perlu disampaikan dan disebarkan kepada semua manusia supaya dapat dimanfaatkan dan sebagai saham dan pahala yang berterusan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya" (Hadith Riwayat Muslim)

Istiqamah secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan. Istiqamah adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan oleh setiap individu muslim terhadap ilmu yang dimilikinya.  Firman-Nya yang tafsirnya: "Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepada-Nya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhi-Nya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus."(Surah Al Hajj ayat 54).

Ketiga : Memperbanykkan berzikir kepada Allah SWT.

Orang-orang mukmin, menganggap bahawa hidup didunia ini hanya sementara dan diakhiratlah tempat yang kekal abadi. Mereka akan sentiasa mengingati Allah SWT dan sentiasa berzikir supaya hati mereka akan menjadi tenang dan tenteram dan sentiasa reda dengan qadak dan qadar dari Allah SWT

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah (zikrullah) hati menjadi tenteram.”
(Surah Ar-Ra’d ayat 28).

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
”Tidak duduk satu jemaah mengucap zikrullah, melainkan (di tempat itu) telah di kelilingi malaikat-malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah (ketenangan).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  "Sesiapa yang mengucapkan la ilaha illallah wahdahu la syarika lah. Lahu-l-mulku wa lahulhamdu wa huwa 'ala kulli syay'in qadir sebanyak 100 kali dalam sehari, dia akan mendapat pahala memerdekakan 10 hamba, ditulis baginya 100 kebajikan, dihapuskan daripada 100 kejahatan, dan dia dilindungi daripada godaan syaitan sejak hari itu hingga petang. Tidak seorang pun yang datang membawa hasil yang lebih baik daripada yang diperolehnya, kecuali dia melakukan lebih banyak daripada itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Semasa Mikraj Nabi SAW naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW , Nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH . Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim a.s. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: "Mahu ya Rasulullah". Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Keempat : Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Bertaubat dan beristighfarlah setiap hari kerana Nabi SAW beristighfar 100 kali sehari. Sesiapa yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dia akan bersih daripada dosa-dosa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda maksudnya  : “Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih suka kepada taubat hambaNya dari pada salah seorang di antaramu yang menemukan barangnya yang hilang di padang. Barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sehasta, maka Aku mendekatkan diri kepadanya satu depa. Apabila ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari kecil. (Hadis Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik ra., ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda : Allah berfirman maksudnya : “Wahai anak Adam ( manusia ), sesungguhnya selama kamu berdoa dan mengaharap kepadaKu, Aku memberi keampunan kepadamu terhadap apa (dosa ) yang ada padamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adam seandainya dosamu sampai ke langit kemudian kamu minta ampun kepadaKu maka Aku memberi ampun kepadamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adaml, sesungguhnya apabila kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu menjumpai Aku dengan tidak mensekutukan Aku dengan sesuatu nescaya Aku datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi”. (Hadits Riwayat Turmudzi).

Kelima : Perbanyakkan membuat kebaikan dan solat tahajud dan kepada Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Allah SWT menceritakan bahawa ahli syurga adalah mereka yang ketika di dunia ini banyak membuat kebaikan dan mengerjakan solat tahajjud.

Firman Allah SWT maksudnya :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah al-Israa’ ayat 79)

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Sahabat yang dikasihi Allah,
Marilah sama-sama kita beramal dengan beramal dengan amalan yang diwajibkan oleh Allah SWT dan meninggalkan segala dosa dan larangan-Nya, dan perbanyakkan 5 amalan yang dinyatakan di atas sebagai bekalan dan persiapan kita menghadapi hari yang tidak ada sesiapa yang boleh membantu kita ketika itu  melainkan amalan yang kita bawa bersama dengan  ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Amalkanlah doa yang sering di amalkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab. Beliau pernah berdoa kepada Allah SWT : "Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidor. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku"

Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

Pertama : Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Kedua : Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah SAW ini telah diabadikan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud; ”Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah SAW hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir  secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan " asra bi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad SAW yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja.Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi " asra bi rohi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan roh hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hambaNya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda SAW menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda SAW. Fitnah terhadap baginda SAW bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda SAW maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi SAW lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda SAW mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah SAW berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah SWT ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa a.s. dan Nabi Yahya a.s.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris a.s.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun a.s. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa a.s.. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW , Nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim a.s. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW  menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW  masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT   :       Ya Muhammad.

Rasulullah        :     Labbaika.

Allah SWT    :    Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah        :     Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT   :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim a.s. kemudian Nabi Musa a.s. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj :

Rasulullah SAW  turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)

Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa  adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

Tuesday, June 28, 2011

Pesanan Untuk Isteri Bagaimana Menambat Hati Suaminya

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dan juga keperluan tarbiah dan ilmu fardu ain.

Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja.

Untuk menghuraikan syarat ke 4 iaitu mentaati suami, terdapat 13 perkara yang perlu dipatuhi dan dihayati oleh isteri solehah supaya menjadi pelengkap kepada kebahagiaan rumah tangga dan menjadi salah satu syarat untuk mendapat syurga Allah SWT dihari akhirat nanti.

Perkara-perkata tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

Firman Allah SWT maksudnya : "Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri) , kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya."
(Surah an-Nisa' ayat 34)

Kedua : Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, halus perkataan, bersolek setiap hari dan waktu dan bersikap manja di hadapannya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Ketiga : Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebenciannya ditinggalkan.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”

Keempat : Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunatnya.”

Kelima : Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.

Firman Allah SWT : “Maka perempuan-perempuan yang solehah, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga mereka." (Surah an-Nisa' ayat 34)

Keenam : Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami balik hendaklah disambut dengan baik dan bersolek pula. Melainkan jika isteri juga bekerja, seelok-eloknya isteri balik lebih awal daripada suami.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Ketujuh : Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

Sabda Nabi SAW bermaksud: “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.”(Hadis Riwayat Muslim).

Kelapan : Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula boleh mendatangkan mengumpat atau membuka keaiban orang lain.

Jabir dan Abu Sa'id menceritakan bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud, " Awaslah dari mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras dari zina. Sesungguhnya seseorang itu berzina ia bertaubat, maka Allah SWT  menerima taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpat."
(Hadis Riwayat Ibn Abid Dunya)

Kesembilan : Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Kesepuluh : Jangan suka berhutang. Jika terpaksa berhutang sebaik-baiknya beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri. Jika terdapat kekurangan perbelanjaan di dapur janganlah memarahi suami dengan kata-kata kutukan kerana perkataan tersebut mendatangkan dosa besar.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan." (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dasyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, 'semoga engkau mendapat kutukan Allah' maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh dan mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali dua jenis makhluk iaitu manusia dan jin.”

Kesebelas : Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain. Perbelanjaan yang kurang adalah aib suaminya hendaklah ditutup, jika perbelanjaan berlebihan pula dikhuatiri bermegah-megah dengan kekayaan yang dimiliki takut mendatangkan riak.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Kedua belas : Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami. Melainkan suami dan isteri mempunyai kerjaya masing-masing dan tempat yang berjauhan. Jika bekerja ditempat yang sama atau berdekatan eloklah makan tengahari bersama untuk melahirkan kemesraan dan kasih sayang.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW  bersabda yang bermaksud : "Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, mengunting misainya, mengerat kukunya, maka ia di akhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratulmaut (dekat hendak mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya tercatit sebagai orang yang lepas daripada seksaan neraka dan selamat melintasi"Titian Sira" tanpa menempuh kesusahan."

Ketiga belas : Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram.Pepatah ada menyatakan bahawa,"Otak yang sihat lahir daripada badan yang sihat".

Sahabat yang dimuliakan,
Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para  isteri dan suami juga sentiasa memberi kerjasama dan kasih sayang kepada isterinya, insya Allah rumah tangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia. Keluarga bahagia dan sakinah akan dapat dinikmati bersama dan bibit-bibit pertengkaran, pergaduhan dan penceraian akan dapat di elakkan dan dapat diatasi dengan baik.

Ada juga diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Sebagai contoh isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya dan dia mengajar anak lelakinya supaya membenci dan menolak dakwah baginda. Begitu juga isteri nabi Luth suka bertandang ke rumah orang dan bersekongkol dengan golongan homoseksual dan membuka rahsia suaminya supaya tetamu suaminya dijadikan 'mangsa' oleh kaumnya.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau tidak mahu berubah, maka kita khuatir jika kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah SWT.