Friday, November 2, 2012

Sirah Anbiya : Kesabaran Nabi Ayub a.s. Menghadapi Ujian Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap Nabi dan Rasul utusan Allah SWT adalah manusia pilihan Allah SWT dimuka bumi untuk menyampaikan risalah Allah SWT terutama kepada kaumnya sendiri kecuali Rasulullah SAW diutuskan untuk sekelian manusia hingga ke hari kiamat.

Salah satu Nabi yang terkenal dengan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian Allah SWT adalah Nabi Ayub a.s.

Sebelum Nabi Ayub a.s. mendapat ujian yang berat salah seorang malaikat telah berkata; “Aku tidak pernah melihat seorang manusia yang hidup di atas bumi Allah yang lebih baik dari hamba Allah Ayub. Dia adalah seorang mukmin sejati dan ahli ibadah yang tekun. Walaupun mempunyai harta yang banyak, namun sebahagiannya digunakan untuk menolong orang fakir miskin. Hari-harinya terisi penuh dengan ibadah, sujud kepada Allah dan bersyukur atas segala nikmat yang yang ada”.

Para malaikat mengakui kebenaran itu bahkan menyebut lagi beberapa sifat dan tabiat yang lain yang ada pada diri Nabi Ayub. Percakapan para malaikat yang memuji-muji Nabi Ayub itu didengar oleh Iblis laknatullah yang sedang berada tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Mereka merasa sakit hati dan geram mendengar kata-kata pujian para malaikat. Mereka tidak rela melihat seorang dari anak cucu anak Nabi Adam menjadi seorang mukmin yang baik, ahli ibadah yang tekun dan melakukan amal soleh.
 

Maka pergilah Iblis mendatangi Nabi Ayub untuk melihat sejauh mana kebenaran pujian para malaikat itu. Ternyata memang benar Nabi Ayub patut mendapat segala pujian itu. Siang dan malam sentiasa berada di mihrabnya untuk melakukan solat, berzikir, bertasbih dan bertahmid. Iblis pun menggoda Nabi Ayub supaya asyik kepada dunia namun usahanya gagal. Telinga Ayub pekak terhadap segala bisikannya dan hatinya sudah penuh dengan iman dan takwa. Cinta dan taatnya kepada Allah merupakan benteng daripada serangan godaan Iblis laknatullah.

Akan tetapi Iblis laknatullah masih tidak berputus asa lalu menghadap Allah untuk menghasut. Ia berkata : “Wahai Tuhan, sesungguhnya Ayyub yang menyembah, bertasbih dan bertahmid menyebut nama-Mu, tidak berbuat demikian seikhlas dan setulus hatinya kerana cinta dan taat pada-Mu. Ia melakukan semua itu kerana takut akan kehilangan semua kenikmatan duniawi yang telah Engkau kurniakan kepadanya”.

Lalu Allah berfirman : “Sesungguhnya Ayub adalah seorang hamba-Ku yang sangat taat kepada-Ku, ia seorang mukmin sejati, apa yang ia lakukan untuk mendekati dirinya kepada-Ku adalah semata-mata didorong oleh iman yang teguh dan taat yang bulat kepada-Ku."

Seterusnya Allah mencabar iblis supaya menggoda Nabi Ayub a.s. yang terkenal sebagai seorang yang beriman dan bertakwa.

Setelah itu, iblis pun mengumpulkan syaitan-syaitan, pembantunya dan bersepakat untuk merosakkan akidah dan iman Nabi Ayub. Caranya ialah dengan memusnahkan harta kekayaannya sehingga ia menjadi seorang yang miskin, mencerai-beraikan keluarganya sehingga ia menjadi sebatang kara. Nabi Ayub juga diuji dengan penyakit kulit yang teruk dan bermacam-macam penyakit yang lain sehingga baginda menjadi sangat kurus. Isteri yang dikasihinya juga meninggalkannya lantaran termakan pujukan syaitan durjana.

Maka datang lah iblis itu menyamar sebagai lelaki dan mencuba untuk menggoda Nabi Ayub a.s supaya tidak berharap pada Allah SWT.
 

Iblis berkata : "Sungguh malang nasib mu wahai Ayub , dulu kamu orang kaya sekarang kamu miskin. kasihan sekali dengan kamu."

Tapi Nabi Ayub a.s menjelaskan dengan penuh ketabahan.

"Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurah diri ku nikmat , dimana nikmat itu adalah hak milik Allah.. dan saat Allah ingin kembali nikmat tersebut diambil. Maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku sangat bersyukur kepada-Nya."

Pada satu saat, Allah SWT menguji lagi ketabahan Nabi Ayub a.s. di mana baginda ditimpa ujian dengan kematian anak-anaknya yang soleh, yang selama ini menyokong perjuangan baginda. Anak Nabi ayub a.s kesemuanya ditakdirkan mati di dalam sebuah gempa bumi yang dahsyat.

Iblis datang lagi mengambil kesempatan terus menerus menghasut Nabi Ayub a.s ,

"Wahai Ayub , apa yang ada pada mu ! harta benda mu telah pun hilang , anak-anak kamu semua nya telah diambil kembali oleh Allah. Apa yang ada pada kamu?"

Lalu Nabi Ayub a.s menjawab dengan penuh rendah hati,

"Anak-anak itu adalah milik Allah. Dia yang menghidup kan dan Dia jua yang mematikan. Segala puji bagi Allah."

Nabi Ayub a.s. tidak putus asa kepada Allah SWT walaupun telah kehilangan segala-galanya, tapi baginda reda selagi tidak kehilangan cinta Allah. Inilah sifat dan ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah SWT.

Tidak putus asa walau apa jua sekali pun , kerana mereka tahu ujian itu adalah satu didikan langsung daripada Tuhan. Allah SWT mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahu pun cercaan.

Iblis tetap tidak putus asa lalu , dia berjumpa dengan isteri Nabi Ayub a.s yang setia kepada suami nya , mengurus dan menjaga diri Nabi Ayub a.s. Tapi isterinya Rahmah telah terpedaya oleh iblis laknatullah.

Sebelum isterinya meninggal kan Nabi Ayub , dia mengadu keluhannya kepada suami nya Nabi Ayub a.s : " Wahai suami yang ku sayangi , sampai bila kah Tuhan mu akan mengazab mu! Dulu kita senang , kita dikelilingi dengan anak-anak yang soleh , kita dikurniakan kesenangan harta benda , kita dipandang tinggi oleh masyarakat. Kenapa kau tidak mohon saja kepada Tuhan mu wahai suami ku , agar Tuhan membebaskan kita daripada kesusahan ini."

Lalu Nabi Ayub a.s memberi jawapan dengan pertanyaan : "Wahai isteri yang ku sayangi , tadi kau sesali anak-anak yang telah pergi , dan kau lagi sesali harta yang telah habis dan juga menyesali penyakit yang menimpa suami kamu ini. Aku ingin bertanya , berapa lama tempohnya Allah memberikan kita sebuah kehidupan yang senang lenang dengan segala harta , kemewahan , anak-anak , dengan kesihatan?"

" 80 Tahun." jawab Rahmah singkat.

Nabi Ayub tanyakan lagi. " Wahai isteri , berapa lama kita menderita dan sengsara dimuka bumi Allah ini?"

"7 tahun." jawab Rahmah.

Lalu Nabi Ayub a.s menadah munajatnya kepada Allah SWT dengan rendah hati dalam pilu dan sedih : "Wahai Allah. aku malu untuk memohon agar Engkau bebaskan aku daripada penderitaan dan kesusahan ini. Aku malu kerana nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami selama 80 tahun , sama sekali tidak sebanding dengan kesusahan yang dialami 7 tahun ini."

"Wahai Allah. Sesungguhnya isteri ku telah dihasut syaitan."

"Wahai Allah , andai aku diberikan kesempatan kesembuhan oleh Allah. Pasti akan aku sebat isteri ku 100 kali sebatan sebagai hukuman.."

Dan untuk mu wahai isteri ku Rahmah , aku tidak akan makan dan minum lagi apa-apa dari hasil tanganmu itu mulai pada saat ini ! Aku tidak akan meminta tolong lagi daripada kamu wahai isteriku.. Tinggal kan saja diri ku menerima ketentuan daripada Allah."
Maka tinggal lah Nabi Ayub bersendirian keseorangan.

Al Quran menggambarkan munajat Nabi Ayub a.s merayu merintih pada Allah SWT.

Maka tinggallah Nabi Ayyub sendirian dalam kesakitan namun baginda tetap tabah dan sabar kerana yakin dan beriman bahawa Allah SWT sentiasa bersamanya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik)." (Surah al-Anbiya' ayat 83-84).

Allah lalu mewahyukan kepada Nabi Ayub a.s. supaya menghentakkan kakinya ke tanah supaya keluar air daripada tanah tersebut. Air yang keluar itu hendaklah diminum dan digunakan untuk mandi agar segala penyakit yang dideritainya menjadi sembuh.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah Shaad ayat 42 , maksudnya “(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya) : “Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya) : “Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”.

Nabi Ayub dipilih sebagai nabi dan teladan yang baik bagi hamba-hamba-Nya sehingga dikenali sebagai simbol kesabaran.

Sahabat yang dikasihi,
Pengajaran dari kisah Nabi Ayub as. di atas adalah seperti berikut :

Pertama : Kita hendaklah beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya, yakin kepada ketentuan takdir daripada Allah SWT kerana semuanya mengandungi hikmah yang banyak disisi Allah SWT.

Kedua : Kita hendaklah sabar dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran. Allah SWT sentiasa bersama kita.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.'' (Surah al-Baqarah ayat 155)

Ketiga : Setiap kesusahan itu ada kebahagiaan dan kejayaan.

Firman Allah SWT :

Ű„ِنَّ مَŰčَ Ű§Ù„ْŰčُŰłْ۱ِ يُŰłْ۱ًۧ )

Maksudnya : "Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan." 

(Surah Alam Nasyrah ayat 6)

Keempat : Setiap penyakit ada ubatnya.

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”(Hadis Riwayat Abu Daud)


Kelima : Isteri yang solehah akan sentiasa bersama suaminya ketika menghadapi musibah seperti penyakit dan bersabar mengharungi ujian kehidupan.





Thursday, November 1, 2012

Orang Mukmin Akan Berdoa Setiap Hari Memohon Petunjuk Daripada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :


A008

Maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata) : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.(Surah Ali-Imran ayat 7)

Firman-Nya lagi :

A009

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.(Surah Ali-Imran ayat 8)

Orang-orang mukmin akan sentiasa berdoa kepada Allah SWT semoga Dia sentiasa memberikan taufik dan hidayah-Nya, memberi petunjuk dan rahmat-Nya. Hati dan jiwa manusia boleh berubah sekelip mata daripada petunjuk kepada kesesatan jika tidak mendapat pertolongan dan kasih sayang daripada Allah SWT.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, nescaya Ia bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya, Ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap benar dan perangainya baik/mulia dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat yang baik" (Hadis Riwayat Abu Syeikh dari Abi Zam)

Sahabat yang dimuliakan,
Tanda-tanda seseorang manusia itu sedang dibimbing Allah ke arah jalanNya yang lurus atau kearah agama Nya yang suci adalah apabila Allah SWT membuka pintu hatinya dan membedahkan segala hijab-hijab kelalaian dan kejahilan, kemudahan hati yang terbuka itu dipancarkan dengan cahaya iman, cahaya cintakan Allah dan cahaya makrifatNya yang suci.

Kemudian hati yang dipancarkan dengan kecintaan dan makrifat itu akan dihiasi pula dengan kayakinan dan kepercayaan yang kukuh dan utuh, dan tidak tergoncang oleh fitnah-fitnah dunia.

Kemudian hati yang iman, makrifat, keyakinan dan kepercayaan kukuh akan dijadikan Allah SWT  begitu berhati-hati, waspada dan sensitif dalam setiap langkah hidup yang dijalani hingga ia terselamat dari noda- noda dosa dan nafsu-nafsu penyelewengan dan ia juga begitu sedar dan teliti dengan segala ajaran-ajaran Allah SWT.

Allah SWT jadikan hatinya yang penuh iman, makrifat, keyakinan dan kesedaran itu sihat sejahtera dari penyakit-penyakit hasad dengki, riak, sombong, takbur, dendam, marah, rasa perseteruan, was-was, keraguan dan sebagainya dari penyakit-penyakit jiwa yang menyeksa dan menghilangkan ketenteraman manusia.

Sebagai kesan dari pembinaan iman dan makrifat yang kukuh dalam hati seseorang, ia akan menjadi seseorang yang sentiasa bercakap benar dan berani memperkatakan kebenaran walau dimana sahaja berada.

Kesan dari pembinaan dan makrifat itu juga Allah kurniakan kepadanya telinga yang sentiasa cintakan ajaran dan nasihat yang benar dan serentak dengan itu Allah SWT kurniakan kepada matanya yang tajam yang dapat melihat rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat ketuhanan disebalik kejadian Allah SWT dengan penelitian batin yang mendalam.

Sahabat yang dikasihi,
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.

Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada Allah SWT ke arah jalan yang benar.

Oleh itu marilah kita sentiasa berdoa dan memohon kehadrat Allah SWT semoga hidup kita sentiasa terpimpin dijalan yang benar dan sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan dijauhi daripada dosa, maksiat dan kesesatan.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang buruk." 

"Ya Allah anugerahkanlah aku segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan di dunia dan di akhiratku dan masukkanlah aku ke dalam golongan yang berbuat baik kerana permohonan yang ku pohon dariMu dan yang mendapat hasilnya dari memohonnya dariMu, yang mendapatkan Kurnia dariMu kerana bertawakal kepadaMu dan yang mendapat perlindungan kerana melindungkan diri di bawah naunganMu." Ameen.

Kegagalan Yahudi Untuk Mencuri Jasad Rasulullah SAW


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bangsa Yahudi sejak zaman Rasulullah SAW lagi telah berdendam dengan Rasulullah SAW dan umat Islam kerana mereka telah dihalau daripada kota Madinah kerana penghianatan mereka melanggar perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Islam Madinah. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengatakan bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan senang hati apabila umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.

Firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (Surah al-Baqarah ayat 120) 

Oleh kerana dendam yang membara kerana kebencian Yahudi laknatullah ini kepada Nabi SAW dan umat Islam mereka merancang untuk mencuri jasad Nabi SAW yang mulia . Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa akan memelihara kemuliaan jasad kekasih-Nya Rasulullah SAW daripada di curi daripada makam baginda SAW.

Sahabat yang dimuliakan,
Sultan Nuruddin Zangki, seorang Kurdi adalah seorang yang adil,warak dan bertakwa sehingga digelar Malikul Adil (Raja yang adil) kerana keadilannya.
 
Salah seorang sultan yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda dilahirkan pada tahun 1118 Masihi dan meninggal dunia pada 1174 Masihi. 

Baginda selalu solat tahajud dan mendoakan kesejahteraan rakyat. Baginda antara orang yang memberi sumbangan yang amat besar dalam peperangan Salib.

Pada satu malam, baginda bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: "Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!"

Sultan Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah SAW dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.

Mimpi tersebut berulang kembali,  lalu baginda menceritakan mimpinya kepada  Jamaluddin Al-Mushly, salah seorang menteri yang amat dipercayainya. Jamaluddin mantafsirkan mimpi rajanya bahawa ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah SAW dan  Sultan Nuruddin  diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.

Lalu Jamaluddin mencadangkan agar Sultan Nuruddin pergi ke Madinah dan berdoa di makam Rasulullah SAW, memohon petunjuk daripada Allah SWT. Maka, sultan pun pergilah ke Madinah diiringi oleh pengawal-pengawalnya. Setelah sampai di Madinah, sultan terus pergi ke makam Rasulullah SAW dan berdoa kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu diperlihatkan kepadanya.

Setelah baginda  berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah SWT seolah-olah baginda dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Sultan Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu baginda memanggil gabenor Madinah dengan berkata: "Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka."

Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan sultan kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah.

Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: "Atas perintah Sultan Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Sultan Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini."

Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melaporkan kepada sultan: "Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku."

Berkata Sultan Nuruddin: "Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?"

Berkata gabenor Madinah. "Insya Allah."

Setelah sultan mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka sultan pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.

Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Sultan Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Sultan Nuruddin semakin risau, baginda duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah.

Berkata Sultan Nuruddin: "Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi."

Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: "Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini."

Sultan Nuruddin berkata: "Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?" Denyutan jantung Sultan Nuruddin semakin cepat, tetapi baginda menahan perasaannya.

Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: "Mereka berdua adalah ahli tasawuf dan ahli hikmah, sangat warak dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin."

Sultan Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan baginda berkata: "Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga."

Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawaduk, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Sultan Nuruddin, baginda terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya.

Dalam hati Sultan Nuruddin berkata: "Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku." Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan baginda, baginda belum pasti sama ada baginda bermimpi atau tidak, lalu baginda menggosok kedua biji mata baginda dan dibukanya mata baginda terang-terang. Ternyata kali ini baginda tidak mimpi, baginda kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan baginda.

Sultan Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya baginda meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Sultan Nuruddin hendak ditanya sahaja: "Siapakah kamu berdua ini." baginda bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawaduk, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.

Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadis. "Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Sultan Nuruddin.

Baginda hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Sultan Nuruddin. Baginda serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawuf, baginda sultan juga menghormati kealiman dan ketasawufan mereka.

Oleh kerana Sultan Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda sultan bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan sultan mereka.

Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Sultan Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.

Selepas menunaikan solat Sultan Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian baginda berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut baginda meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT.  

Ketika Sultan Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: "Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?"

Berkata Sultan Nuruddin: "Ya, sudah."

Jamaluddin bertanya: "Yang mana satu tuanku?"

Berkata Sultan Nuruddin: "Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku."

Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Sultan Nuruddin: "Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?"

Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata baginda sultan maka dia pun berkata: "Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat."

Berkata Sultan Nuruddin: "Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat."(Surah al-Baqarah ayat 204)

Sultan Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Sultan Nuruddin lagi: "Apakah yang harus kita lakukan?"

Berkata Jamaluddin: "Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara rahsia."

Sultan  Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Sultan Nuruddin.

Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara sultan dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis tersebut.

Apabila Sultan Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Sultan Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Sultan Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan.

Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadis nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Sultan Nuruddin masih bertanya: "Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?"

Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Sultan Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda  hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat baginda teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.

Sultan Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi baginda membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu baginda terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan baginda berkata: "Eh, ada papan."

Sultan Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Sultan Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya baginda terkejut dan berkata: "Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah makam Rasulullah SAW."

Kemudian Sultan Nuruddin mengeluarkan arahan: "Tangkap kedua orang itu."

Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Sultan Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.

Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW.

Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan.

Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari makamnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.

Sultan Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Sultan Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling makam Rasulullah SAW dipagar dengan konkrit sampai ke bawah tanah.

Sebelum Sultan Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi baginda bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah SAW merangkul dan memeluk leher baginda. Apabila telah tiba masanya Sultan Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, baginda memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Sultan  Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.

Sahabat yang dikasihi,
Pengajaran yang kita dapati daripada kisah di atas bahawa bangsa Yahudi akan melakukan berbagai cara untuk menghancurkan Islam. Bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling zalim dan sangat memusuhi Islam , mereka akan menggunakan berbagai cara untuk mempengaruhi negara-negara umat Islam untuk menjadi penasihat, konsultan dan pakar IT untuk mengambil rahsia negara Islam semata-mata untuk merencanakan rancangan jahatnya supaya hukum-hukum Islam tidak terlaksana di negara -negara umat Islam . Mereka  akan menghantar berbagai hiburan-hiburan dan filem-filem barat untuk merosakkan akidah dan akhlak umat Islam . Dari itu berhati-hatilah dengan agenda Yahudi yang akan menghantar orang-orang  munafik yang akan berlindung di balik wajah yang warak seperti kisah di atas.

 

 




Wednesday, October 31, 2012

Iblis Dan Syaitan Akan Berusaha Mencerai Beraikan Suami Dan Isteri

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik." (Hadis Riwayat Muslim no. 2813)

Huraiannya :

Dalam hadis sahih di atas Nabi SAW menjelaskan bahawa  Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut). Rupanya singgahsana Iblis yang terbesar ada di laut yang mana dia bermasyuarat dengan tentera-tenteranya terdiri daripada anak-cucu iblis sendiri iaitu syaitan-syaitan dan dikalangan jin-jin kafir untuk menerima laporan usaha-usaha kejahatan yang mereka lakukan, semakin besar fitnah atau kerosakkan yang telah mereka lakukan maka semakin mendapat pujian dan sanjungan daripada iblis.

Menurut Isa Daud dalam bukunya "Dailog dengan Jin Islam." Maklumat yang diterima bahawa kerajaan (singgahsana) Iblis yang terbesar adalah di laut  Segitiga Bermuda. Banyak berlaku kejadian misteri kehilanagn kapal laut dan kapal terbang yang melalui Segitiga Bermuda. Kapal-kapal yang hilang termasuk anak-anak kapal tidak dapat dikesan setelah hilang melalui perairan tersebut.

Satelit USA cuba mengesan kawasan Segitiga Bermuda di dapati seolah-olah ada satu dataran yang luas dan terdapat bunyi yang bising (hirok-pikok) dan tidak dapat difahami bahasa yang diucapkan seperti makhluk asing yang tidak dapat dikesan identiti mereka dan bunyi-bunyi tersebut tidak terdapat di mana-mana keadaan laut yang biasa.

Berlaku satu peristiwa seorang juruterbang muslim melalui kawasan tersebut (selepas perang Vietnam) dan peralatan letronik pesawat tersebut telah hilang kawalan dan terus menjunam ke laut, juruterbang pesawat tersebut tidak mampu berbuat apa-apa lantas beliau melaungkan azan sekuat-kuatnya tiba-tiba peralatan letronik pesawat tersebut pulih seperti sedia ada dan beliau terselamat dengan izin Allah daripada terhempas dilaut Segitiga Bermuda.

Dalam hadis Rasulullah menjelaskan bahawa apabila azan di laungkan iblis dan syaitan akan lari lintang pukang hingga terkentut-kentut kerana takut terhadap suara azan.

Hadis daripada Abu Hurairah katanya: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.” (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)

Memang tidak dapat di nafikan bahawa kawasan tersebut di diami oleh iblis, syaitan dan anak-cucu cicit mereka.
 

Iblis kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.

Sesungguhnya Iblis dan syaitan akan berusaha bersungguh-sungguh merosakkan kehidupan anak Adam dengan berbagai helah dan tipu daya. Salah satu sasarannya adalah mencerai beraikan ikatan perkahwinan yang sah di antara suami dan isteri.
 

Firman Allah SWT maksudnya : " Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan ucapan-ucapan amat baik; sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka; syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. (Surah al-Isra’ (17) ayat 53)

 Al-A’masy mengatakan, “Aku menyangka Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, ‘Iblis merangkul syaitan itu’.”

Imam al-Munawi mengatakan, “Sesungguhnya hadis ini merupakan peringatan keras, tentang buruknya perceraian. Kerana perceraian merupakan cita-cita terbesar makhluk terlaknat, iaitu Iblis. Dengan perceraian akan berlaku peristiwa buruk yang sangat banyak, seperti terputusnya keturunan, peluang besar bagi manusia untuk terjerumus ke dalam zina, yang merupakan dosa yang sangat besar kerosakannya dan menjadi skandal terbanyak.” (Faidhul Qadir, 2:408).

Memang pada dasarnya, talak adalah perbuatan yang dihalalkan. Akan tetapi, perbuatan ini disukai iblis kerana perceraian memberikan peristiwa buruk yang besar bagi kehidupan manusia. Betapa banyak anak yang terbiar, tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya akibat dari perceraian.

Salah satu perbuatan yang boleh memisahkan suami isteri adalah dengan amalan sihir atas usaha iblis dengan izin Allah SWT.

 Allah berfirman,

فَيَŰȘَŰčَلَّمُونَ مِنْهُمَۧ مَۧ يُفَ۱ِّقُونَ Űšِهِ Űšَيْنَ Ű§Ù„ْمَ۱ْŰĄِ وَŰČَوْŰŹِه

Maksudnya : “Mereka belajar dari keduanya (Harut dan Marut) ilmu sihir yang boleh digunakan untuk memisahkan seseorang dengan isterinya.” (Surah al-Baqarah ayat 102)

Sahabat yang dikasihi.

Marilah sama-sama kita jaga hubungan kekeluargaan di antara kita jangan sampai terputus hubungan silaturahim. Suami dan isteri perlu bersabar apabila menghadapi suasana perselisihan di kalangan mereka. Jangan biarkan keluarga bercerai berai kerana perancangan iblis adalah ingin melihat ramai berlaku perceraian dikalangan umat Islam .

Allah Subhanahu Wa Ta'ala merakam perjanjian syaitan ini: Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menjadikan daku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus (Sirat al-Mustaqim). Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” (Surah al-A’raaf (7) ayat 16-17)





Tuesday, October 30, 2012

Doa Memohon Kepada Allah SWT Semoga Di Permudahkan Untuk Membayar Hutang

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 

Dalam kehidupan seharian kita tidak akan terlepas daripada menghadapi masaalah kehidupan. Perkara ini adalah lumrah alam, sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada menghadapi masaalah samaada besar atau kecil. Yang penting bagaimana kita menghadapi suasana genting dengan berusaha dan memanjatkan doa dan bertawakal kepada Allah SWT.

Salah satu masaalah sering dihadapi ramai umat Islam adalah masaalah hutang. Dalam Islam membuat pinjaman untuk berhutang dibenarkan dengan syarat hutang tersebut tidak mempunyai unsur-unsur riba dan ada perjanjian yang jelas tempuh membayar balik dan mempunyai dua orang saksi semasa pinjaman itu dibuat.
 

Risiko menanggung hutang itu, selain daripada memikul tanggungjawab membayarnya, ialah bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada diri si penghutang jika hutang tidak dibayar. Antaranya disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya : "Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Oleh kerana betapa pentingnya hutang itu perlu dibayar di samping kita berusaha untuk mencari wang secukupnya untuk selesaikan hutang-hutang tersebut kita juga digalakan untuk berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan-Nya.

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW sendiri ada membuat pinjaman kewangan dengan orang Yahudi Madinah tanpa riba kerana suatu keperluan yang terdesak.

Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh al- Tabrani dengan sanad yang jayyid dlm Bab Doa, Saidina Muaz r.a.pernah mengadu kepada Nabi SAW. tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi SAW. lantas mengajarnya membaca ayat 26-27 Surah Ali-Imran untuk melunaskan hutang-hutangnya yang ditanggung.

Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
(Surah Ali-Imran ayat 26-27)

Dua ayat di atas hendaklah di amalkan membacanya sebelum tidur. Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang. (Al Durrul Manthur, tafsir ayat 26-27, surah Ali-Imran)

Sahabat yang dimuliakan,

Satu lagi amalan yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada sahabatnya untuk menyelesaikan hutang adalah dengan mengamalkan doa ini setiap pagi dan petang semoga Allah SWT memberi kekuatan jasmani dan rohani dan terhindar daripada kejahatan orang lain kepada kita termasuk dijauhi daripada masaalah hutang-hutang yang membebankan kehidupan.

Doanya adalah seperti berikut :

"Allahumma Inni A'uzubika minal Hammi wal Hazan, Wa A'uzubika minal A'zji wal Kasal, Wa A'uzubika minal Jubni wal Bukhli, Wa A'uzubika min Ghalabatiddaini wa Qahrir Rijaal."

Maksudnya : "Ya Allah, lindungi kami dari perasaan ketakutan dan kesedihan, jauhi kami dari sikap lemah dan malas, lindungi kami dari sifat penakut dan kedekut, bebaskan kami dari bebanan hutang dan penindasan orang"..

(Dari Abu Said al Khudri berkata; Suatu hari Rasulullah SAW bersabda, " Bila kamu membaca apa yang aku ajarkan, nescaya Allah hilangkan rasau risau dari dirimu dan melunaskan hutang-hutangmu..Ketika pagi dan petang, ucapkanlah Allahumma Inni A'uzubika minal Hammi wal Hazan, Wa A'uzubika minal A'zji wal Kasal, Wa A'uzubika minal Jubni wal Bukhli, Wa A'uzubika min Ghalabatiddaini wa Qahrir Rijaal...." (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Untuk pemberi hutang pula jika orang yang berhutang dengannya tidak berkemampun untuk membayarnya maka berilah tempuh yang sewajarnya atau jika hutang tersebut tidak banyak maka halalkan saja itu lebih baik kerana ada hadis di riwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah SWT. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya." (Hadis Riwayat Tirmizi).

 Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah SWT akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual,membeli dan menagih hutang" (Hadis Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)

 Terdapat katu kisah dizaman Bani Israel seorang lelaki yang kurang amal ibadahnya ketika di dunia tetapi cukup berlapang dada semasa menuntut hutangnya apabila ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat tentang amalan kebaikannya. Beliau menjawab semasa menuntut hutang dia sentiasa berlapang dada dan tidak membebankan orang yang berhutang, jika orang tersebut belum mampu membayarnya dia akan memberikan lagi masa yang sesuai, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya dan dia dimasukkan kedalam syurga dengan rahmat Allah SWT.


Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah kita menjauhkan diri daripada berhutang walaupun hutang yang berjadual kerana risiko hutang ini amat berat jika tidak ditunaikan mengikut perjanjiannya. Gunakanlah sebanyak mungkin membeli secara tunai kerana murah, mudah dan tidak membebankan. Janganlah membebankan diri dengan membeli barang-barang yang  kurang bermanfaat  seperti perabut mahal dan peralatan rumah yang cangih-cangih dengan berhutang. Berpadalah dengan apa yang ada dan jadikanlah diri kita hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan bersifat qanaah. 


Jika kita masih memiliki hutang-hutang yang belum habis dilunaskan maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk membayarnya dengan kadar segera disamping itu amalkan dua doa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita semua untuk di amalkan insya Allah akan memudahkan untuk melangsaikan hutang-hutang kita.






Al-Quran Menjawab Semua Persoalan Hidup Manusia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Manusia yang diciptakan oleh Allah SWT sentiasa hidup dengan keluh kesah.  Hidup di dunia adalah medan ujian yang disediakan oleh Allah SWT supaya manusia bersabar dan bertawakal kepada Allah SWT. Hidup di dunia adalah kehidupan sementara waktu sahaja, di akhiratlah merupakan kehidupan yang kekal abadi.

Al-Quran merupakan kalam Allah dan kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran di turunkan untuk menyelasaikan semua persoalan hidup yang dihadapi oleh manusia. Semua jawapan terdapat di dalam al-Quran.

1. Kenapa aku di uji?

Firman Allah SWT maksudnya : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

2. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku hajatkan?

Firman Allah SWT maksudnya : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah ayat 216)

3. Kenapa ujian yang aku terima seberat ini?
 
Firman Allah SWT maksudnya : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah ayat 286)

4. Kenapa aku merasa lemah dan bersedih hati?

Firman Allah SWT maksudnya : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali-Imran ayat 139)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (Surah az-Zumar ayat 53)

 5. Bagaimana harus aku menghadapi dugaan ini?

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Ali-Imran ayat 200)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

6. Apakah balasan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang sabar?

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....."
(Surah At-Taubah ayat 111)

7. Kepada siapa aku berharap?

Firman Allah SWT maksudnya : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Sahabat yang dimuliakan,
Hati mukmin akan tenang dan bahagia apabila hati dan jiwanya bergantung kepada Allah SWT setiap masa. Tidak ada pengharapan yang lain melainkan mengharap dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Hati yang tenang dan bahagia adalah satu kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang dikasihi-Nya. Hati yang sejahtera ini tidak akan putus asa dan rasa kecewa walaupun dia dikecewakan oleh insan lain kerana pertalian yang kukuh di antara hatinya dengan kecintaan kepada Allah SWT.

Hati mukmin akan sentiasa berbaik sangka terhadap takdir Allah SWT kerana sesungguhnya setiap kejadian ciptaan Allah SWT mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak dapat difikirkan oleh akal manusia.

Oleh itu teruskan membaca, memahami dan melaksanakan ajaran  al-Quran kerana di dalam al-Quran terdapat ilmu dan mukjizat besar yang akan merintis jalan ke syurga.







Monday, October 29, 2012

Penghayatan Kepada Kalimah Lailahaillallah Menjauhkan Seseorang Daripada Syirik Kepada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kalimah yang dibawa oleh setiap Rasul dan Nabi utusan Allah SWT kepada setiap umat  dan untuk manusia seluruhnya adalah kalimah, "LAILAHAILLALLAH" yang bermaksud : "Tiada illah (tuhan) selain Allah.

Kalimah ini sebenarnya bererti ‘aku mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah SWT sahaja manakala selain daripada-Nya sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Aku berikrar dengan hatiku, menyatakan dengan lidahku dan aku membuktikan dengan perbuatanku.’

Kelebihan kalimah "LAILAHAILLALLAH" ini apabila seseorang telah melafazkannya bererti dia telah berubah daripada syirik kepada iman, daripada hina kepada mulia. Dengan sebab pengakuan terhadap kalimah ini dia telah diberikan tanggungjawab bahawa segala urusan duniawi dan ukhrawi, memimpin rakyat, menjalankan pemerentahan, tidur, bangun, belajar, mengajar, berniaga, berkebun, bertani, berkahwin, mengurus rumah tangga dan semua yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredaan daripada Allah SWT. Dia tidak boleh lari daripada perintah dan larangan Tuhannya.

Semua umat Islam tahu kalimah ini dan sering diucapkan setiap hari. Apabila kita solat kalimah ini sering diulang-ulangkan ucapannya iaitu ketika membaca tahyat awal dan tahyat akhir.

Tetapi tahukah kalian apa maksud illah (tuhan) dalam kalimah ini.?

Dalam al-Quran Surah Taha ayat 14, firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada illah (tuhan) selain Aku"

Definisi illah sebagai tuhan  yang sebenarnya yang difahami oleh orang arab zaman dahulu yang menyebabkan mereka menentang kuat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. ialah  illah bukan sekadar tuhan atau sembahan,  illah adalah tempat mengadu , berdoa, meletakkan pengharapan, tempat tertumpahnya kasih sayang, tempat berkongsi suka dan duka, tempat meminta, tempat meraih cinta dan segala-galanya,  illah yang difahamkan oleh orang arab pada zaman itu amat mendalam.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan mereka mengambil dari selain Allah tuhan-tuhan (illah-illah) agar mereka mendapat pertolongan.” (Surah Yassin (36) ayat 74)

Firman Allah SWT maksudnya : " Dan mereka telah memilih tuhan-tuhan (illah-illah) selain Allah agar tuhan-tuhan itu menjadi pelindung bagi mereka." (Surah Maryam (19) ayat 81)

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan maksud illah di atas terdapat beberapa amalan-amalan manusia yang telah menjadi syirik kerana mengambil illah-illah (tuhan-tuhan ) lain selain daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya."  (Surah an-Nisaa (4) ayat 116)

Amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut :

1.  Menyembah dan menjadikan patung-patung berhala sebagai illah (tuhan).

Amalan syirik ini berlaku di dalam agama hindu, buddha, Jepun dan lain-lain.
Firman Allah SWT maksudnya : "Yang mereka sembah selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka." (Surah an-Nisaa (4) ayat 117)

2. Menyembah pendita/ rahib-rahib sebagai ilah. Berlaku dalam agama Yahudi dan Kristian

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka menjadikan orang-orang alim (pendita Yahudi) dan rahib-rahibnya (Nasrani) sebagai tuhan selain Allah...”.(Surah at-Taubah (9) ayat 31).

Imam Asy-Syaukani dalam tafsirnya menyatakan bahawa,  “Sesungguhnya mereka mentaati para pendeta/rahib mereka terhadap perintah dan larangan mereka. Para pendeta/rahib itu diletakkan pada kedudukan sebagai 'tuhan-tuhan' kerana mereka ditaati sebagaimana tuhan ditaati.” (Asy-Syaukani, II/452).

Pengertian dan pemahaman ayat di atas adalah sesuai dengan penjelasan yang diberikan oleh  Rasulullah SAW kepada Adi Bin Hatim. Dalam kes tersebut, Adi bin Hatim (yang  ketika itu sebagai seorang Nasrani) telah berkata :

"Aku pernah datang berjumpa Rasulullah dengan memakai rantai salib yang diperbuat daripada perak di leherku. Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Adi, lemparkanlah patung itu daripada lehermu!”. Kemudian aku melemparkannya. Setelah itu, baginda membacakan ayat: Ittakhadzu ahbarahum wa ruhbanahum min duni Allah…(hingga akhir ayat). Aku berkata, 'Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka (pendeta dan rahib)'. Lalu Rasul membantah, 'Bukankah para pendeta dan rahib itu mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, lalu kalian mengharamkannya. Mereka juga menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, lalu kalian menghalalkannya?' . Aku menjawab, 'Memang benar.' Baginda bersabda, 'Itulah bentuk penyembahan kalian kepada para pendeta dan para rahib kalian.'” (Hadis Riwayat ath-Thabrani daripada Adi Bin Hatim).

3. Menjadikan manusia sebagai illah (tuhan) apabila mengagungkan dan mengutamakan undang-undang ciptaan manusia berbanding undang-undang Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : “Apakah hukum (undang-undang) jahiliah yang mereka kehendakkan dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” (Surah al-Ma’idah (5) ayat 50)

Meletakkan undang-undang ciptaan manusia (hukum jahiliah) ditempat tertinggi dan mengatakan undang-undang ini paling baik dan menafikan dan merendahkan undang-undang Allah SWT (hukum hudud, qisas dan diyat). Dan mengatakan undang-undang Allah sebagai zalim , tidak sesuai, jumud (jika dilaksanakan ramai tangan orang Islam kudung, habis batu dijalan raya jika dijalankan hukum rejam dalam kes zina) maka ucapan seperti ini secara jelas jatuh murtad dan sama hukumnya seperti hadis Adi bin Hatim di atas menjadikan manusia yang mengubal undang-undang itu sebagai illah (tuhan).

4. Menjadikan adat istiadat sebagai illah (tuhan) apabila mengutamakah adat istiadat (yang berlawanan dengan hukum syarak) lebih tinggi daripada hukum Islam yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunah.

Sesiapa yang mengambil adat istiadat (amalan datuk nenek moyang) yang kurafat dan syirik. Adat istadat tersebut bertentangan dengan syariat Islam dan dia mempertahankannya dengan mengatakan, "biar mati anak jangan mati adat" adalah berdosa besar dan boleh jatuh syirik, kerana Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiada taat kepada makhluk pada perintah maksiat Al-Khaliq (AIlah)." (Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Tidak ada kepercayaan adanya jangkitan , tidak ada kesialan , tidak ada hal - hal tak baik kerana burung hantu ,  dan kesialan bulan Safar ." 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Firman Allah SWT :

وَŰ„ِŰ°َۧ قِيلَ لَهُمْ ŰȘَŰčَŰ§Ù„َوْۧ Ű„ِلَىٰ مَۧ ŰŁَنŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَŰ„ِلَى Ű§Ù„Ű±َّŰłُولِ قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ Ű­َŰłْŰšُنَۧ مَۧ وَŰŹَŰŻْنَۧ Űčَلَيْهِ ۹َۚۧۥَنَۧ

ŰŁَوَلَوْ كَŰ§Ù†َ ۹َۚۧۀُهُمْ لَۧ يَŰčْلَمُونَ ŰŽَيْŰŠًۧ وَلَۧ يَهْŰȘَŰŻُونَ

Maksudnya : "Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (al-Quran), dan kepada Rasul-Nya (al-Sunah)”, mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”. Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?" (Surah al-Maidah (5) ayat 104)

Contoh : Ada adat mengutamakan anak perempuan lebih daripada anak lelaki dalam pembahagian harta pusaka, buang ancak, semah dengan darah ayam/kambing, mandi tolak bala bulan Safar , tabur beras kunyit (adat hindu) dan sebagainya.

5. Menjadikan bomoh sebagai illah (tuhan) apabila mempercayai bomoh yang menggunakan jin kafir dan syaitan sebagai perantaraan (menggunakan ilmu sihir) kononnya boleh mendatangkan mudarat dan menfaat. Percaya dan yakin kata-kata bomoh tersebut dalam perkara ghaib dan mengamalkan pula ilmu sihir dan jampi-jampi yang  yang pelik-pelik dan syirik.

Di dalam hadis sahih dari Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang datang datang berjumpa tukang tilik (bomoh) dan dia mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad.” (Hadis Riwayat Imam al-Bazzar dan Abu Abu Dawud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barang siapa yang mendatangi tukang tilik (bomoh) dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari (Hadis Riwayat Muslim)

6. Mengambil dan menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan (illah).

Orang yang hidup hanya mengikut hawa nafsunya tanpa melihat dosa dan pahala adalah mereka yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan (ilah). Walaupun kebenaran ada dihadapan mata tetapi matanya buta melihat kebenaran (walaupun matanya tidak buta), telinganya pekak untuk menerima Islam (walaupun telinganya boleh mendengar) dan hatinya buta (tidak dapat melihat dengan mata hati)

Firman Allah SWT maksudnya : "Apakah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai illah (tuhan) nya? Dan Allah membiarkannya sesat padanya atas pengetahuannya, dan Dia (Allah) mengunci pendengaran dan hatinya, dan dijadikan-Nya (Allah) penutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?." (Surah al-Jasiyah (45) ayat 23)

 7. Membuat sesuatu amalan bukan kerana Allah SWT tetapi untuk mendapat pujian dan sanjungan manusia, maka amalan tersebut tidak diterima oleh Allah SWT kerana berlaku syirik kecil. Secara tidak langsung manusia yang diharapkan pujian telah menjadi illah (tuhan) disamping Allah.

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi.

8. Bergantung kepada doktor dan ubat apabila sakit tidak bergantung kepada Allah SWT.

Secara tidak langsung doktor dan ubat telah menjadi illah (tuhan) kerana seolah-olah ada kuasa penyembuhan.

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Kita boleh berusaha ketika sakit iaitu berjumpa doktor dan mendapatkan ubat yang sesuai dalam rangka ikhtiar dan berusaha tetapi perlu di sertakan dengan berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT. Perlu diingatkan bahawa semua penyembuhan adalah dengan izin Allah SWT dan Dialah yang memberikan penyembuhan. Jika ubat itu yang menyembuhkan penyakit kenapa ramai orang yang sakit tetapi tidak boleh sembuh dengan ubat tersebut. Jika kita yakin sepenuhnya bahawa ubat dan doktor yang memyembuhkan ini bermakna kita telah syirik kepada Allah SWT.

9. Bergantung dan yakin kepada usaha-usahanya, ilmunya, hartanya dan kepakarannya yang boleh mendatangkan rezeki dan berjaya dalam hidup. Dengan pergantungan ini seseorang telah menjadikan usaha, ilmu , harta dan kepakaran sebagai illah (tuhan)
Apabila manusia tidak yakin kepada rahmat dan rezeki daripada Allah SWT sebenarnya dia adalah orang yang sombong, bongkak dan takbur. Sifat ini amat dibenci oleh Allah SWT, contoh yang jelas adalah Qarun berbangga dengan kekayaannya, apabila di minta oleh Nabi Musa a.s . untuk membayar zakat beliau enggan dan berkata kekayaannya adalah kerana kepandaiannya mencari harta. Akhirnya beliau ditelan bumi kerana keangkuhan dan kesombongannya.

Sahabat yang dikasihi,
Berdasarkan huraian di atas terdapat sembilan perkara manusia boleh jatuh syirik kerana mengambil perkara-perkara lain sebagai tuhan-tuhan yang disembah di samping Allah SWT.

Jika seseorang telah melakukan syirik akbar untuk perkara 1,2,3,4 dan 5 seseorang perlulah mengucapkan semula dua kalimah syahadah dan bertaubat nasuhah kepada Allah SWT kerana perbuatan yang dilakukan telah merosakkan akidahnya. Kalimah LAILAHAILLALLAH yang diucapkan sebelum ini telah terbatal.

Untuk kesalahan perkara 6, 7, 8 dan 9 perlulah bertaubat  dan banyakkan beristighfar kepada Allah SWT untuk membersihkan syirik kecil yang telah dilakukan terhadap Allah SWT.

Jika kalian meninggalkan kesembilan perkara d atas hakikat sebenarnya kalian telah melaksanakan tuntutan kalimah syahadah LAILAHAILLALLAH. Hati dan jiwa kalian akan bersih dan sejahtera daripada syirik dan kalian akan berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.