Saturday, March 30, 2013

Bersedekah Dengan Ikhlas Mendapat Tiga Kebaikan Iaitu Dipanjangkan Umur, Di Jauhi Su'ul Khatimah Dan Menghapuskan Sifat Sombong dan Takbur.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT  maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa  yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk  dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis di atas menjelaskan bahawa selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.

Terdapat tiga kebaikan bersedekah iaitu :

1. Di panjangkan umur.
 

2. Mencegah daripada mati dalam keadaan teruk.

3. Dapat menghapuskan dengan sedekah itu sifat sombong, takbur dan membenggakan diri.

Huraiannya :

1. Di panjangkan umur.

Kita hidup di dunia ini telah ditentukan bila dan saat kematian tiba. Seseorang tidak boleh lari daripadanya, tidak akan di cepatkan dan dilambatkan barang sesaat sekali pun. Tetapi kenapa hadis ini menceritakan bahawa bersedekah itu boleh memanjangkan umur seseorang.? Nabi SAW ingin menjelaskan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan Dia boleh memendekkan atau memanjangkan umur seseorang mengikut kehendak-Nya. Jika Dia reda dan kasih kepada hamba-Nya yang banyak bersedekah tidak sukar bagi Allah SWT merubah qadak dan qadar-Nya yang telah tertulis diLoh Mahfuz.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya urusan-Nya apabila dia mengkehendaki sesuatu dia hanya berkata kepadanya:"Jadilah!" maka terjadilah sesuatu itu." (Surah Yassin ayat 81).

2. Mencegah daripada mati dalam keadaan teruk.

Dalam hadis yang lain  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi)

Mati dalam keadaan teruk adalah kematian yang mengerikan, mendapat musibah dan kematian yang tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.

Salah satu mati yang teruk adalah mendapat su'ul khatimah. Jika seseorang   mendapat su'ul khatimah dalam akhir hayatnya maka kecelakaan dan keburukanlah yang akan menantinya dialam barzakh dan hari akhirat.


Su’ul khatimah (penyudahan yang buruk) adalah meninggal dalam keadaan berpaling dari Allah, berada di atas murka-Nya serta meninggalkan kewajiban dari Allah SWT. Su’ul khatimah ialah apabila sewaktu akan meninggal dunia seseorang dikuasai oleh perasaan was-was yang disebabkan keragu-raguan atau keras kepala atau mencintai keterlaluan terhadap kehidupan dunia yang akibatnya ia harus masuk ke neraka  jika tidak diampuni oleh Allah SWT.


Sebab-sebab su’ul khatimah secara ringkas antara lain adalah perasaan ragu dan sikap keras kepala yang disebabkan oleh perbuatan atau perkara dalam agama yang tidak pernah dilaksanakan dan sentiasa membelakangkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW, menunda-nunda taubat, banyak berangan-angan tentang kehidupan duniawi, senang dan membiasakan dengan perbuatan  maksiat.

Tidak diragukan lagi, demikian ini akhir kehidupan yang menyedihkan, selalu dikhawatirkan oleh orang-orang yang bertaqwa. Semoga Allah menjauhkan kita darinya. Terkadang nampak pada sebahagian orang yang sedang sakaratul maut, tanda-tanda yang mengisyaratkan su’ul khatimah, seperti: menolak mengucapkan syahadah, justeru mengucapkan kata-kata buruk dan haram, serta menampakkan kecenderungan padanya dan lain sebagainya.

Di antara penyebabnya juga adalah rakus terhadap dunia, mencarinya dengan cara-cara haram, berpaling dari jalan kebaikan, serta terus-menerus melakukan perbuatan maksiat.

Terdapat beberapa faktor penyebab seseorang itu tergolong dalam golongan yang mendapat su’ul khatimah:
 

1. Mengabaikan ibadat sembahyang (solat fardu)
2. Tidak mahu mengeluarkan zakat bagi membersihkan hartanya
3. Derhaka kepada ibu bapa
4. Minum arak
5. Menyakiti orang Islam
6. Suka memecah-belah kaum muslimin
7. Suka mengurangi takaran dan timbangan
8. Suka menipu kaum muslimin
9. Menyusahkan dan mengelincirkan mereka
10. Suka mengaku-ngaku sebagai wali Allah atau juga mengingkari para wali-Nya
11. Melakukan perkara-perkara yang keji dan lain-lainnya

Hidup sekarang ini penuh cabaran dan kita tidak tahu apa akan terjadi di hadapan kita. Setiap hari kematain berlaku dihadapan kita dengan kematian kemalangan jalan raya, mati dibunuh dan paling ditakuti adalah kematian berlaku seseorang itu dalam keadaan melakukan maksiat, nauzubilahiminzalik.

Perbanyakkan bersedekah dan memohon rahmat Allah SWT semoga diakhir hayat kita mendapat husnul khatimah dan dapat mengucap kalimah, "LAILAHAILLALLAH.

3. Dapat menghapuskan dengan sedekah itu sifat sombong, takbur dan membenggakan diri.

Sesiapa yang melazimkan diri bersedekah dan tidak kikir daripada harta yang dimiliki Allah SWT akan campakkan dalam hatinya perasaan kasih sayang, lemah lembut, tenang, suka pada kebenaran dan akan dijauhkan oleh Allah SWT sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW : "Sedekah mana yg lebih besar pahalanya?
Nabi menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang di kasihi,

Marilah kita sama-sama mencari bekalan akhirat dengan membanyakkan bersedekah. Sedekah jariah yang diberikan untuk pembinaan sekolah-sekolah agama dan Maahad Tahfiz, rumah anak-anak yatim, masjid dan surau dan mewakafkan tanah perkuburun Islam maka semuanya adalah merupakan saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walau pun penyumbangnya telah meninggal dunia. Bukan setakat di alam barzakh sahaja mendapat kebaikan tetapi di Padang Mahsyar pula para dermawan akan mendapat perlindungan Arash Allah SWT ketika ramai umat manusia kepanasan yang amat dahsyat dan dijauhi daripada seksaan api neraka.



Friday, March 29, 2013

Tafsir Surah Ar-Ruum Ayat 26-27.

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Firman Allah SWT :

وَلَهُ مَنْ فِي Ű§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ وَŰ§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ كُلٌّ لَهُ قَŰ§Ù†ِŰȘُونَ (26)
 

Maksudnya : "Dan kepunyaan-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk".(Surah Ar-Ruum (30) ayat 26)

Ayat ini menjelaskan bahawa demikianlah kekuasaan dan kebesaran Allah SWT, maka apa saja yang berada di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya dan tunduk kepada-Nya. Dalam pada itu kita seharusnya melihat bahawa kebanyakan manusia tidak tunduk dan menyembah Allah SWT. Maka ketetapan yang ada di dalam ayat ini bererti tunduknya tiap-tiap sesuatu yang ada di semua langit dan bumi kepada iradat dan kehendak Allah SWT. Kehendak-Nya yang mengendalikan semuanya itu sesuai dengan sunah yang telah di tentukan-Nya. Dalam hal ini semuanya tunduk kepada sunah itu, walaupun manusia dalam perbuatan dan kerjanya adalah yang derhaka dan ingkar. Sesungguhnya yang derhaka itu adalah akal dan hati mereka. Adapun yang berkenaan dengan jasad, mereka tunduk dan diatur menurut hukum-hukum alam yang disebut sunnatullah itu. 

Allah SWT berfirman:

وله ŰŁŰłÙ„Ù… من في Ű§Ù„ŰłÙ…ÙˆŰ§ŰȘ ÙˆŰ§Ù„ŰŁŰ±Ű¶ Ű·ÙˆŰčۧ ÙˆÙƒŰ±Ù‡Ű§

Maksudnya : "Padahal kepada-Nyalah menyerahkan diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa. (Surah Ali-Imran ayat 83)


Firman Allah SWT :

وَهُوَ Ű§Ù„َّŰ°ِي يَŰšْŰŻَŰŁُ Ű§Ù„ْŰźَلْقَ Ű«ُمَّ يُŰčِÙŠŰŻُهُ وَهُوَ ŰŁَهْوَنُ Űčَلَيْهِ وَلَهُ Ű§Ù„ْمَŰ«َلُ Ű§Ù„ْŰŁَŰčْلَى فِي Ű§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ وَŰ§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ وَهُوَ Ű§Ù„ْŰčَŰČِيŰČُ Ű§Ù„ْŰ­َكِيمُ (27)


Maksudnya : "Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan) nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nyalah sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(Surah Ar-Ruum (30) ayat 27)

Asbabun Nuzul Surah Ar-Ruum ayat 27 .

Ikrimah r.a. meriwayatkan, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan kaum kafir yang merasa hairan dengan kemampuan Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati." (Hadis Riwayat Ibnu Abi Hatim. Lihat ad-Durrul Mantsur : 5/168)
 
Ayat ini juga merupakan natijah ayat terdahulu. Ayat ini menetapkan bahawa siapa yang memiliki semua langit dan bumi, Dialah yang memulai kejadiannya, dan Dia pula yang mengembalikannya sesudah mati seperti semula.

Dalam surat ini pada ayat 11 tersebut di atas telah disebutkan mengenai permulaan kejadian dan pengembaliannya setelah ia mati. Hal itu diulang lagi di sini untuk menguatkan pernyataan itu setelah diterangkan bukti kebesaran Allah SWT tersebut di atas. Di sini ditambahkan sesuatu yang baru, iaitu kalimat "Dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya". Dalam ayat ini ada kata-kata "lebih mudah" yakni menghidupkan adalah lebih mudah bagi Allah SWT dari pada penciptaannya semula. Akan tetapi lebih mudahnya menghidupkan kembali dari pada menciptakan semua itu adalah dengan membandingkannya kepada kebiasaan yang berlaku pada manusia, bukan dihubungkan kepada Allah SWT, sebab bagi Allah SWT semuanya adalah mudah. Allah SWT tidak akan merasa berat mengadakan sesuatu apapun. 


Allah SWT berfirman:

Ű„Ù†Ù…Ű§ ŰŁÙ…Ű±Ù‡ ۄ۰ۧ ۣ۱ۧۯ ŰŽÙŠŰŠŰ§ ŰŁÙ† يقول له كن فيكون

Maksudnya : "Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepada-Nya: "Jadilah! Maka terjadilah ia. (Surah Yasin ayat 82)


Jadi bagi Allah, mengadakan hal-hal kecil maupun besar adalah sama saja.
Maka kata-kata "lebih muduh" di sini ditinjau dari segi kesanggupan manusia, tentang segala sesuatu yang dibuatnya. Bagi manusia, menciptakan sesuatu lebih sukar dari pada mengulangi segala daya upaya, kesungguhan dan lain sebagainya. Dalam usahanya itu mereka melakukan kesalahan berulang kali, baru sampai kepada yang dimaksud. Setelah sampai kepada yang dicita-citakannya itu, tentu mengulang membuatnya kembali dengan mudah baginya, tidak memerlukan tenaga lagi seperti memulainya, sebab segala sesuatu telah terbayang dalam hati dan fikirannya bagaimana cara-cara membuatnya itu. Adapun bagi Allah SWT tidak ada yang lebih mudah atau lebih sukar. Semuanya mudah bagi Allah SWT.


Kata-kata "lebih mudah" ini diberi huraian pula dengan kalimat "Dan bagi-Nyalah sifat Yang Maha Tinggi di langit dan di bumi". Allah SWT itu tunggal di segala langit dan bumi dengan segala sifat-sifat-Nya, tidak ada sesuatupun yang bersekutu dengan-Nya. Tidak ada sesuatu yang serupa dengan-Nya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kata-kata "Perkasa" di sini bererti: yang menang, yang dapat membuat apa yang dikehendaki. "Bijaksana" bererti mengendalikan segala makhluk dengan teliti dan dengan batas-batasnya.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita meyakini sesungguhnya bahawa Allah SWT Maha Mendengar dan Maha Melihat akan semua perbuatan , amalan, percakapan dan niat-niat di hati kita. Semua apa yang kita lakukan tidak terlepas daripada ilmu dan pengetahuan Allah SWT. Oleh itu sebagai hamba Allah yang bersyukur di atas nikmat iman, nikmat rezeki dan kehidupan yang di kurniakan Allah SWT maka perlulah kita patuh dan tunduk kepada suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Kebahagian kita yang sebenarnya adalah kebahagiaan hidup di hari akhirat.
 


Thursday, March 28, 2013

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 223


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Firman Allah SWT : 

نِŰłَۧۀُكُمْ Ű­َ۱ْŰ«ٌ لَكُمْ فَŰŁْŰȘُÙˆŰ§ Ű­َ۱ْŰ«َكُمْ ŰŁَنَّى ŰŽِŰŠْŰȘُمْ وَقَŰŻِّمُÙˆŰ§ لِŰŁَنْفُŰłِكُمْ وَۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَۧŰčْلَمُÙˆŰ§ ŰŁَنَّكُمْ مُلَŰ§Ù‚ُوهُ وَŰšَŰŽِّ۱ِ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنِينَ (223) 

Maksudnya : "Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman."(Surah Al-Baqarah ayat 223)

Dalam ayat ini, isteri diumpamakan dengan kebun tempat bercocok tanam dan tempat menyebarkan bibit tanam-tanaman. Boleh mendatangi kebun itu dari mana saja arahnya asal untuk menyebarkan bibit dan untuk berkembangnya tanam-tanaman dengan baik dan subur. Isteri adalah tempat menyebarkan bibit keturunan supaya berkembang dengan baik. Maka seorang suami boleh bercampur dengan isterinya dengan berbagai cara yang disukainya asal tidak mendatangkan kemudaratan. 

Jelaslah bahawa maksud perkawinan itu adalah untuk mendapatkan keturunan bukan hanya sekedar bersenang-senang melepaskan nafsu dan syahwat. Untuk itu Allah SWT menyuruh berbuat amal kebajikan sebagai persiapan untuk masa depan agar mendapat keturunan yang soleh, berguna bagai agama , serta berbakti kepada kedua orang tuanya. 
Kemudian Allah menyuruh para suami agar berhati-hati menjaga isteri dan anak-anaknya, menjaga rumah tangga jangan sampai rosak dan bercerai berai. Kerana itu bertakwalah kepada Allah SWT. Sebab akhirnya manusia akan kembali kepada Allah jua, dan akan bertemu dengan-Nya di akhirat nanti untuk menerima balasan atas setiap amal perbuatan yang dikerjakannya di dunia. Allah SWT menyuruh agar setiap orang yang bertakwa kepada-Nya diberi kegembiraan bahawa mereka akan memperoleh kebahagiaan di dunia ini dan juga di akhirat kelak.

Sahabat yang dimuliakan,
Suami bertanggungjawab kepada isteri dalam pergaulan dan memberi nafkah samaada zahir dan batin. Beberapa tanggungjawab suami yang patut di penuhi oleh pihak suami kepada isterinyaadalah seperti berikut.

1. Berakhlak baik dengan isteri.

Walaupun isteri wajib dengar cakap suami tetapi bukan bermakna suami boleh memberi perintah secara sesuka hati. Rasulullah SAW memerintahkan agar isteri digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat isterinya. Jika berlaku sebarang kesalahan, tegur dengan lembut, bincang sama-sama. Jangan aibkan isteri atau memarahi secara membuta tuli.


2. Meraikan isteri.


Suami tunjukkan rasa gembira bila bersama isterinya. Layan isteri baik-baik. Tidak perlu bagi kemewahan, cukuplah dengan kata-kata yang baik, perbuatan yang baik.


3. Cemburu, tetapi jangan cemburu buta.


Cemburu adalah sifat yang dikehendaki dalam perhubungan, dan salah satu ciri-ciri pasangan yang baik adalah berperasaan cemburu. Tetapi cemburu biarlah bertempat. Jangan sampai terlalu cemburu hingga menimbulkan prasangka. Sifat cemburu seorang suami hendaklah ditunjukkan dengan menjaga dan melindungi isterinya, memerintahkan isterinya berpakaian elok-elok dan menutup aurat, serta melarang isteri ke tempat-tempat maksiat.


4. Sederhana dalam memberi nafkah.


Maksudnya tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Berpada-padalah. Tidak salah belikan pakaian cantik bila isteri minta, tetapi biarlah mengikut lunas-lunas syarak dan janganlah membazir kerana membazir itu amalan syaitan.


5. Menggauli isteri dengan sebaik-baik adab.


Menggauli di sini maksudnya hubungan suami isteri mestilah mengikut adab. Kekerapan hubungan seks juga harus dijaga, sebagaimana saranan Rasulullah SAW, selang 4 hari sekali adalah yang paling sederhana.


6. Tidak membuka rahsia suami-isteri.


Rasulullah SAW bersabda bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah. Rahsia dan keaiban isteri adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya.


7. Setia dan sering bertolak ansur dan percaya mempercayai.


Semua pasangan perlukan kesetiaan. Ini amat penting untuk menjaga keharmonian rumahtangga sehingga ke akhir hayat. Hubungan yang jujur dan ikhlas amat disukai oleh Allah. 


Sahabat yang dikasihi,
Kesabaran yang tinggi di antara suami dan isteri menghadapi peribadi dan emosi pasangannya adalah suatu yang penting ketika mengemudi bahtera kehidupan. Suami dan isteri perlu saling hormat menghormati dan membina kasih sayang kerana kebahagiaan hidup bukan setakat di dunia sahaja tetapi kehidupan akan bersambung nanti di syurga jika kedua-duanya layak memasuki syurga Allah SWT. Berdoalah sentiasa selepas solat agar kalian dapat bertemu semula dengan isteri kalian selepas dipisahkan oleh kematian, alam barzakh, Padang Mahsyar, Hisab dan Siratul Mustakim iaitu bertemu di syurga seluas langit dan bumi.


Wednesday, March 27, 2013

Tafsir Surah Al-Ikhlas Ayat 1-4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

SurahAl-IkhlaáčŁ (Ű§Ù„Ű„ŰźÙ„Ű§Ű”‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauáž„Ä«d (Ű§Ù„ŰȘÙˆŰ­ÙŠŰŻ‎) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas mengandungi empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT.

Surah Al-Ikhlaá裠 terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulinan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti kemusyrikan.

Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).

Firman Allah SWT :

قُلْ هُوَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ (1)

Maksudnya : "Katakanlah (Muhammad), 'Dialah Allah, Yang Maha Esa.' (Surah Al-Ikhlas ayat 1)

Asbabun Nuzul : Surah Al-Ikhlas ayat 1-4

Ubai binKa'ab r.a menjelaskan bahawa keempat-empat ayat ini diturunkan berkenaan dengan kaum musyrik yang suatu ketika berkata kepada Rasulullah SAW, "Wahai Muhammad, jelaskan kepada kami tentang silsilah Tuhanmu." (Hadis Sahih  RiwayatTirmizi, Hakim dan Ibu Khuzaimah)

Dalam riwayat yang lain, Dahhak meriwayatkan bahawa orang-orang musyrik mengutus kepada Nabi Muhammad SAW Amir bin Tufail, menyampaikan amanah mereka kepada Nabi, ia berkata: "Engkau telah memecah belahkan keutuhan kami, memaki-maki "tuhan" kami, berubah agama nenek moyangmu. Jika engkau miskin dan mahu kaya kami berikan engkau harta. Jika engkau gila kami ubati. Jika engkau ingin wanita cantik akan kami kawinkan engkau dengannya".

Nabi SAW menjawab:

Ù„ŰłŰȘ ŰšÙÙ‚ÙŠŰ± ÙˆÙ„Ű§ Ù…ŰŹÙ†ÙˆÙ† ÙˆÙ„Ű§ هويŰȘ Ű§Ù…Ű±ŰŁŰ© ŰŁÙ†Ű§ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁŰŻŰčوكم من Űčۚۧۯ۩ Ű§Ù„ŰŁŰ”Ù†Ű§Ù… Ű„Ù„Ù‰ ŰčۚۧۯŰȘه. ÙŰŁŰ±ŰłÙ„ÙˆÙ‡ Ű«Ű§Ù†ÙŠŰ© ÙˆÙ‚Ű§Ù„ÙˆŰ§: قل له ŰšÙŠÙ† Ù„Ù†Ű§ ŰŹÙ†Űł مŰčŰšÙˆŰŻÙƒ. Ű§Ù…Ù† Ű°Ù‡Űš ŰŁÙˆ من ÙŰ¶Ű©؟ ÙŰŁÙ†ŰČل Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„ŰłÙˆŰ±Ű©.

Maksudnya : "Aku tidak miskin, tidak gila, tidak ingin kepada wanita. Aku adalah Rasul Allah, mengajak kamu meninggalkan penyembahan berhala dan mulai menyembah Allah Yang Maha Esa",

Kemudian mereka mengutus utusannya yang kedua kalinya dan bertanya kepada Rasulullah. Terangkanlah kepada kami macam Tuhan yang engkau sembeh itu. Apakah Dia dari emas atau perak?", lalu Allah menurunkan surah ini (Hadis Riwayat Dahhak)

Surah ini meliputi dasar yang paling penting dari risalah Nabi SAW. iaitu mentauhidkan Allah dan menyucikan-Nya serta meletakkan peduman umum dalam beramal sambil menerangkan amal perbuatan yang baik dan yang jahat, menyatakan keadaan manusia sesudah mati mulai dari sejak berbangkit sampai dengan menerima balasannya berupa pahala atau dosa..

Dari Abu Sa’id (Al Khudri) bahwa seorang laki-laki mendengar seseorang membaca dengan berulang-ulang ’Qul huwallahu ahad’. Tatkala pagi hari, orang yang mendengar tadi mendatangi Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam dan menceritakan kejadian tersebut dengan nada seakan-akan merendahkan surat al Ikhlas. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, ”Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya surat ini sebanding dengan sepertiga Al-Quran”. (Hadis Riwayat Bukhari no. 6643)

Barang siapa menyelami ertinya dengan bertafakur yang mendalam, nescaya jelaslah kepadanya bahawa semua penjelasan dan keterangan yang terdapat dalam Islam tentang tauhid dan kesucian Allah dari segala macam kekurangan merupakan perincian dari isi surah ini.

Pada ayat ini Allah menyuruh Nabi-Nya menjawab pertanyaan orang-orang yang menanyakan tentang sifat Tuhannya, bahawa Dia adalah Allah Yang Maha Esa, tidak tersusun dan tidak berbilang, kerana berbilang dalam susunan zat bererti bahawa bagian kumpulan itu memerlukan bagian yang lain, sedang Allah SWT sama sekali tidak memerlukan sesuatu apapun. Tegasnya keesaan Allah SWT itu meliputi tiga perkara : Dia Maha Esa pada zat-Nya, Maha Esa pada sifat-Nya dan Maha Esa pada afal-Nya.

Maha Esa pada zat-Nya berarti zat-Nya tidak tersusun dari beberapa zat atau bagian. Maha Esa pada sifat-Nya bererti tidak ada satu sifat makhlukpun yang menyamai-Nya dan Maha Esa pada af'al-Nya bererti hanya Dialah yang membuat semua perbuatan sesuai dengan firman-Nya.

Ű„Ù†Ù…Ű§ ŰŁÙ…Ű±Ù‡ ۄ۰ۧ ۣ۱ۧۯ ŰŽÙŠŰŠŰ§ ŰŁÙ† يقول له كن فيكون

Maksudnya : "Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia." (Surah Yasin ayat 82).

Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„Ű”َّمَŰŻُ (2)
 

Maksudnya : "Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu".
(Surah Al-Ikhlas ayat 2)

Pada ayat ini Allah menambahkan penjelasan tentang sifat Tuhan Yang Maha Esa itu, iaitu Dia adalah Tuhan tempat meminta dan memohon.

لَمْ يَلِŰŻْ وَلَمْ يُولَŰŻْ (3)
 

Maksudnya : "Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,"(Surah Al-Ikhlas ayat 3)

Dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa Maha Suci Dia dari mempunyai anak. Ayat ini juga menentang dakwaan orang-orang musyrik Arab yang mengatakan bahwa malaikat-malaikat adalah anak-anak perempuan Allah dan dakwaan orang Nasrani bahwa Isa anak laki-laki Allah.

Dalam ayat lain yang sama maksudnya Allah SWT berfirman:

ÙŰ§ŰłŰȘفŰȘهم ŰŁÙ„Ű±ŰšÙƒ Ű§Ù„ŰšÙ†Ű§ŰȘ ولهم Ű§Ù„ŰšÙ†ÙˆÙ† ŰŁÙ… ŰźÙ„Ù‚Ù†Ű§ Ű§Ù„Ù…Ù„Ű§ŰŠÙƒŰ© Ű„Ù†Ű§Ű«Ű§ وهم ŰŽŰ§Ù‡ŰŻÙˆÙ† ŰŁÙ„Ű§ Ű„Ù†Ù‡Ù… من Ű„ÙÙƒÙ‡Ù… ليقولون ÙˆÙ„ŰŻ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰ„Ù†Ù‡Ù… Ù„ÙƒŰ§Ű°ŰšÙˆÙ†

Maksudnya : "Tanyakanlah (ya Muhammad) kepada mereka (orang-orang kafir Mekah) "Apakah untuk Tuhanmu anak-anak perempuan dan untuk mereka anak-anak laki-laki, atau apakah Kami menciptakan malaikat-malaikat berupa perempuan dan mereka menyaksikan (nya)? Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka dengan kebohongannya benar-benar mengatakan: "Allah beranak". Dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta." (Surah As-Saffat ayat 149-152).

Dan Dia tidak beranak, tidak pula diperanakkan. Dengan demikian Dia tidak sama dengan makhluk lainnya, Dia berada tidak didahului oleh tidak ada. Maha suci Allah dari apa yang tersebut.

Ibnu 'Abbas berkata: "Dia tidak beranak sebagaimana Maryam melahirkan Isa a.s.. dan tidak pula diperanakkan. Ini adalah bantahan terhadap orang-orang Nasrani yang mengatakan Isa Al Masih adalah anak Allah dan bantahan terhadap orang-orang Yahudi yang mengatakan Uzair adalah anak Allah."

وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًۧ ŰŁَŰ­َŰŻٌ (4)

 Maksudnya : "dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."(Surah Al-Ikhlas ayat 4)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan lagi bahawa tidak ada yang setara dan sebanding dengan Dia dalam zat, sifat dan perbuatan-Nya. Ini adalah tantangan terhadap orang-orang yang beriktikad bahawa ada yang setara dan menyerupai Allah SWT dalam perbuatannya, sebagaimana pendirian orang-orang musyrik Arab yang menyatakan bahawa malaikat itu adalah sekutu Allah.

Sahabat yang dikasihi,
Terdapat banyak fadilat dan kebaiakn surah ini jika di amalkan dengan keyakinan yang bersungguh-sungguh. :

1.      Mengusir Iblis Dan Syaitan

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

2.  Sebahagian Al-Quran

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Hadis Riwayat  Bukhari)
 

3.  Khatam Al-Quran

Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadis Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Quran dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

.
.