Saturday, July 13, 2013

Soal Jawab Agama Siri 50 (Sifat Takwa, Bersyukur, Kelebihan Luar Biasa, Khauf, Raja' dan Mata Hati)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,  

Soal Jawab Agama Siri 50 adalah menjelaskan persoalan iaitu sifat takwa, bersyukur, kelebihan luar biasa, khauf dan raja' dan mata hati.

536. Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan takwa dan ciri-ciri orang bertakwa dan balasannya jika seseorang itu memiliki sifat takwa?

Jawapan :

Saidina Ali bin Abi Talib k.wj  ditanya mengenai takwa lalu jawabnya: "Takut kepada Allah, beramal dengan apa jua yang diturunkan, redha dengan agihan rezeki yang sedikit, bersedia untuk hari keberangkatan (kematian). dan meletakkan diri dalam perkara yang diperintah dan mengelakkan diri dari perkara yang terlarang."

Saidina Usman bin Affan menyatakan bahawa terdapat lima ciri-ciri orang bertakwa. Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :

 

Pertama : Tidak suka bergaul kecuali bergaul dengan orang-orang yang soleh atau solehah, yang menjaga lisannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa r.a )

Kedua : Jika mendapat musibah duniawi, ia menganggapnya sebagai ujian dari Allah SWT. dan bersabar.


Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.'' (Surah al-Baqarah ayat 155)

Ketiga : Jika mendapat musibah dalam urusan agama ia akan sangat menyesalinya.
 

Teringat kisah Saidina Umar bin Khattab r.a yang ketinggalan satu rakaat solat Asar di masjid hanya kerana beliau sedang asyik berada dalam kebun kurmanya. Mengetahui dirinya telah tertinggal satu rakaat dalam berjamaah, Saidina Umar r.a. pun begitu menyesali perbuatannya sehingga kebun kurma yang dianggap sebagai penyebab musibah itu akhirnya dijual.

Keempat : Tidak suka memenuhi perutnya dengan makanan haram dan jika makan tidak sampai kenyang.


Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih teruk dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang-tulang sulbinya. Jia dia tetap hendak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan." (Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)


Kelima : Apabila memandang orang lain, orang itu lebih soleh dari dirinya. Tapi bila 
memandang diri sendiri, dirinya adalah orang yang penuh dosa.


Balasan untuk orang yang bertakwa adalah syurga. 

Firman Allah SWT :

وَŰłَۧ۱ِŰčُÙˆŰ§ Ű„ِلَى مَŰșْفِ۱َŰ©ٍ مِنْ ۱َŰšِّكُمْ وَŰŹَنَّŰ©ٍ

Űčَ۱ْ۶ُهَۧ Ű§Ù„ŰłَّمَوَۧŰȘُ وَŰ§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ُ ŰŁُŰčِŰŻَّŰȘْ لِلْمُŰȘَّقِينَ

Maksudnya : ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” 

(Surah Ali- Imran ayat 133) 

Ayat ini menegaskan bahwa syurga telah Allah sediakan untuk orang-orang muttaqin (orang-orang yang bertakwa)


537. Soalan : Kepada siapakah wajib kita bersyukur dan jenis-jenis syukur yang perlu dimiliki oleh seorang mukmin?

Jawapan :

Kita wajib bersyukur kepada Allah SWT yang telah banyak memberikan nikmt-Nya kepada kita semua. Apabila kita bersyukur bermakna kita sedang mengingati Allah SWT. Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yang memberikan segala kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada-Nya. Allah SWT akan membalasnya dengan rahmat dan nikmat-Nya yang banyak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).

Bersyukur kepada Allah SWT terdapat tiga tingkat iaitu :

Pertama : Syukur dengan lidah.

Orang mukmin sentiasa lidahnya mengucapkan syukur kepada Allah SWT dengan mengucapkan "alhamdulillah". Mengucapkan syukur dengan memuji dan memuja Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Berkuasa diseluruh alam semesta tanda kita berterima kasih kepada-Nya yang telah memberikan rezeki dan nikmatnya yang banyak dan kita tidak akan mampu membalasnya.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Kedua : Syukur dengan anggota .

Tanda bersyukur dengan anggota adalah melakukan ketaatan kepada semua perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

Tanda bersyukur dengan nikmat harta, maka hartanya akan dibersihkan dengan dibayar zakat dan tidak bakhil untuk bersedekah dan  infak di jalan Allah SWT.

Ibnu Abbas r.a berkata : "Bersyukur adalah taat dengan segenap anggota badan kepada Allah SWT., baik secara sembunyi ataupun terang-terangan serta secara lisan maupun di dalam hati. Setelah itu sedaya upaya menjauhi maksiat serta kemungkaran."

Ketiga : Syukur dengan hati.

Syukur dengan hati  adalah tahap syukur yang paling susah untuk dicapai kecuali dengan cara belajar dan mendalami ilmu (pengetahuan agama dan iman). Iaitu hati sentiasa ingat kepada Allah SWT dan merasakan bahawa segala taat yang dilakukan ini adalah semata-mata kerana Allah SWT untuk melakukan taat itu. Bersyukur dengan hati, yakni bahawa segala nikmat itu datangnya daripada Allah  SWT.

Maka wajiblah seseorang mendidik hatinya dengan zikrullah yang banyak supaya ianya dapat disucikan. Apabila hatinya suci dan bercahaya dengan cahaya zikrullah maka akan terlihat didalam hatinya  betapa banyak dan besarnya nikmat dan rahmat Allah SWT kepadanya.

Dari Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah SAW. bersabda : “Barang siapa yang bertasbih seratus kali pada setiap selesai solat, dan bertahlil seratus kali, maka akan diampuni dosa-dosanya meskipun dosa-dosanya tersebut seumpama buih di lautan. (Hadis Riwayat Nasa’i)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

538. Soalan : Bolehkah ustaz jelaskan apakah perbezaan di antara Mukjizat,  Irhas, Karamah, Ma'unah, Sihir dan Istidraj?

Jawapan : 

Dalam Islam kejadian luarbiasa ini boleh dibahagikan kepada 6 perkara.:


1. Mukjizat
2. Irhas.
3. Karamah
4. Ma'unah
5. Sihir.
6. Istidraj.


Pertama : Mukjizat .


Mukjizat adalah suatu kejadian luar biasa yang kadangkala menyalahi aturan dunia fizikal dan sukar dihuraikan dengan logik akal dan biasanya dikatakan sebagai campur tangan Allah. Mukjizat hanya dimiliki oleh Rasul dan Nabi yang diberikan Allah SWT kepada utusanNya.


Mukjizat ialah perkara yang nampak yang bertentangan dengan kebiasaan (yaitu hal yang luar biasa yang terhadi melalui) tangan Nabi atau Rasul setelah diutusnya (yang dilakukan) pada saat berdakwah (menyebarkan) misi kenabian dan kerasulan, seperti menghidupkan orang mati, menghilangkan gunung dan memancarkan air dari sela-sela jari jemari,laut terbelah dua, tongkat menjadi ular , bulan terbelah dua dan sebagainya.

Contoh mukjizat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW adalah bulan terbelah dua, dhab (biawak padang pasir) boleh berkata-kata, awan sentiasa memayungi Nabi bila berjalan, batu pengisar tepung boleh berkata-kata dan sebaginya.


Kedua : Irhas.


Irhas ialah perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada para Nabi dan Rasul semasa mereka masih kecil,  sebagai persediaan sebelum dilantik menjadi Rasul.


Contoh :
1. Nabi Isa a.s boleh bercakap semasa baginda masih dalam buaian.
2. Ketika nabi Yusuf a.s. dibuang kesumur oleh saudara-saudara nya dengan harapan agar meninggal dan lenyap,malah oleh Allah diangkat derajatnya hingga menjadi penguasa negeri Mesir.
3. Nabi SAW dibedah di dadanya semasa kecil oleh malaikat Jibril.


Ketiga : Karamah


Karamah ertinya, kemuliaan. Kekuataan spritual yang diberikan kepada para wali Allah. Karamah menunjukkan sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan. Kurniaan yang paling besar ialah berkaitan pengetahuan mengenai Allah SWT..


Keadaan luar biasa atau keajaiban adalah takdir Ilahi. Ia bersumber daripada penetapan Ilahi yang selaras dengan sunttullah kerana ia adalah manifestasi kudrat Ilahi. Karamah tidak termasuk mimpi, ilham, kasyaf dan khayalan.


Seperti keistimewaan yang terjadi pada Siti Maryam (Ibu Nabi Isa a.s) mendapat buah-buahan di mihrob. Siti Maryam menjawab pertanyaan Nabi Zakaria, bahwasanya rezeki tersebut dari Allah dan sesungguhnya Allah akan memberikan rezeki kepada orang yang dihendakiNya, dengan tanpa perhitungan, sebagai bentuk pemberian Fadhol (kemurahan), dengan tanpa mengurang-ngurangi (rujuk Surah Ali-Imran ayat 37)


Saidina Umar dapat melihat tenteranya di medan perang di Nahwad serta boleh berbicara dengan panglimanya dan tenteranya juga dapat mendengar ucapan Umar, sedangkan jarak antara mereka sangat jauh. Waktu itu Umar berada atas mimbar dalam masjid di Madinah. 
Beliau menulis surat kepada sungai Nil supaya banjir dan dengan izin Allah ianya banjir seperti biasa.

Selain daripada itu insan lain yang mendapat kurniaan karamah termasuklah  Syeikh Abdul-Kadir al-Jailani, Rabiatul Adawiah, Ibrahim Adham , Tok Kenali dan lain-lain lagi.

 

Keempat : Ma'unah

Ma'unah ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang mukmin yang awam dan soleh, yang apabila ditimpa sesuatu musibah atau suatu perkara ke atas dirinya mereka terus melipat gandakan pergantungan dan keimanan kepada Allah SWT serta memantapkannya melalaui pelbagai wirid, solat sunat, puasa serta amalan sunat yang lain.

Ma'unah merupakan suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri dari segi zahir dan batin para hambanya yang soleh. Mereka tidak merasa sedih atau kecewa sekirannya permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Allah.Perlindungan yang diberikan oleh Allah kerana disitu ada hambanya yang soleh dan dikasihi.


Contoh : Berlaku kemalangan yang kita dengar kapal terbang terhempas ada seorang sahaja orang masih terselamat cedera ringan sahaja. Ini adalah contoh ma'unah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang Dia kehendaki.
 

Kelima :  Sihir.

Kejadian luar biasa yang diberikan atau dilakukan atas pertolongan jin dan syaitan.

Sihir adalah kesepakatan antara tukang sihir dan syaitan dengan ketentuan bahawa tukang sihir akan melakukan berbagai perkara haram atau syirik dengan imbalan pemberian pertolongan syaitan kepadanya dan ketaatan untuk melakukan apa saja yang dimintanya.

Ilmu sihir boleh dipelajari melalui tukang sihir atau bomoh-bomoh. Mempelajari sihir boleh menjadikan seseorang syirik kepada Allah SWT. Sihir biasanya digunakan untuk mendatangkan mudharat kepada seseorang dengan bantuan jin dan syaitan tetapi kesemuanya adalah dengan izin Allah.

Ibnu Qudamah Al-Maqdisi mengatakan," Sihir adalah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan maupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya. Sihir ini mempunyai hakikat, diantaranya ada yang bisa mematikan, membuat sakit, membuat seorang suami tidak dapat mencampuri istrinya atau memisahkan pasangan suami istri, atau membuat salah satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya"

 

Keenam : Istidraj .

Istidraj adalah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah SWT kepada seseorang tetapi dengan tujuan Allah SWT ingin membinasakannya.

Keluarbiasaan yang menambah keburukan, kehinaan dan kebinasaan atas mereka yang mendapat keluarbiasaan itu, hingga sampai masa Allah binasakan mereka, ia berlaku dalam keadaan mereka lupa.Bukan sahaja mereka lupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah menghukum mereka, tiada manusia yang membantahnya lantaran lengkapnya segala syarat untuk Allah membinasakan mereka. Tiada lagi ragu-ragu atas kejahatan mereka.Itulah keburukan istidraj.
 

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya." (Surah Al-A'raaf  ayat 182)
 
Daripada Nabi Sallallahu ‘Alahi Wasallam bersabda maksudnya, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah ISTIDRAJ”. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wasallam membaca (surah al-An’aam ayat 44):Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). (Hadis riwayat Ahmad)

539. Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan Khauf dan Raja'?

Jawapan :

Menurut Imam Abu Bakr al-warraq (guru al-Ghazali) : "Apabila engkau dengar perihal kaum kafir akan berkekalan di dalam neraka, maka jangan engkau, kerana engkau orang Islam, berasa aman dan terselamat atau terlepas daripada pembalasan seperti orang-orang kafir itu. Sebabnya, urusanmu dan dirimu itu masih di dalam ancaman bahaya. Engkau belum tahu bagaiaman keadaanmu di hujung hayatmu nanti dan betapa nasib dirimu dalam suratan di Lauhul-Mahfudz. Sebab itu, janganlah berasa sedap hati dengan masa gemilangmu sekarang. Di sebalik kegemilangan itu berkemungkinan besar tersembunyi kecelakaan".  

Imam al-Ghazali pula berkata, "Jangan terpesona, terpedaya dan berasa terlalu sedap hati dan aman dengan nikmat Islam dan nikmat terlepas daripada kemungkaran, kerana kelurusan di pangkal jalan tidak semestinya lurus juga di hujung jalan. Ambillah iktibar daipada kisah-kisah di kalangan golongan 'abidin dahulu yang dengan tak semena-mena menjadi sesat di hujung jalan, lalu ditimpa 'kecelakaan' pada saat terakhir hayatnya".
Kita tidak boleh berperasaan terlalu yakin yang nikmat Islam yang kita miliki sekarang dapat kekal sehingga akhir hayat kita.


Untuk mengatasi perasaan terlalu yakin ini, kita mesti mempunyai perasaan khauf dan raja'. 



Seorang mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT perlulah ada dua sifat ini terhadap Allah Azzawajalla iaitu perasaan khauf ( takut) dan raja' (mengharap).
 
Khauf ialah perasaan bimbang, takut atau cemas kepada Allah. 

Khauf (takut) di saat kematian tidak mendapat husnul khatimah dan takut kepada seksaan hari akhirat iaitu ketika diPadang Mahsyar, Mizan, Siratul Mustakim dan seksaan api neraka yang amat dahsyat dan menyeksakan.
 
Raja' ialah perasaan mengharap kepada Allah.

Rajak (mengharap rahmat) dan kasih sayang Allah SWT semoga terpilih disaat kematian mendapat husnul khatimah dan termasuk di dalam golongan orang-orang muttaqin dan solihin dihari akhirat nanti dan diizinkan memasuki syurga Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam surah Az-Zumar, ayat 9 :

يَŰ­ْŰ°َ۱ُ Ű§Ù„ْŰąَŰźِ۱َŰ©َ وَيَ۱ْŰŹُو ۱َŰ­ْمَŰ©َ ۱َŰšِّهِ

 

" Takutkan akhirat (azab di sana) dan mengharapkan rahmat Tuhannya "
Dari Anas r.a berkata, Suatu hari Rasulullah SAW menemui seorang lelaki yang sedang nazak, Rasulullah SAW  berkata kepadanya : "Bagaimanakah keadaan kamu ?"

Lelaki itu menjawab : " Aku takut (khauf) dan aku berharap (raja') "

Maka Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Tidak berhimpun di hati seorang hamba seperti keadaan ini, melainkan Allah azza wajalla akan memberikan apa yang diharapkannya, dan memeliharanya dari apa yang ditakutkan."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)



Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa untuk menjadi hamba Allah SWT yang diredai-Nya maka perlu ada pada diri seorang mukmin itu dua sifat iaitu sifat Khauf dan sifat raja'.
 
540. Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan melihat dengan mata hati?


Jawapan :

Mata hati akan celik hanya apabila kita melihat kehidupan ini sejajar dengan kehendak atau ketetapan Allah SWT. Inilah pandangan hidup yang paling jelas dan tepat. Bermula dengan pandangan yang tepat inilah kita boleh menjalani hidup dengan sebaik-baiknya.
 
Saidina Ali k.w. pernah berkata yang bermaksud: “Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).”

Kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya.

Ketika itu barulah si mati dapat “melihat” hidup dengan jelas dan tepat. Ketika inilah tidak berguna lagi penyesalan kerana semuanya telah terlambat.


Setelah diri berada di alam barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu. Aneh, hanya apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari tentang hakikat hidup di dunia. Seperti kata pepatah, “Setelah terantuk (mati), barulah dia tengadah (sedar).”


Apa yang dimaksudkan oleh Sayidina Ali dengan ‘terjaga’ (tersedar) tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata di hati (di dalam dada). Ramai manusia yang hidup dengan mata hati yang tertutup. Bila mati baru mata hati itu terbuka. Mata hati inilah yang disebut dalam al-Quran sebagai yang ‘berada di dalam dada’.


Rupa-rupanya apa yang diburu semasa hidup di dunia hanyalah dosa, pangkat, kedudukan, kuasa, pengaruh dan kemegahan. Manusia sanggup melakukan perkara haram iaitu mengambil rasuah, riba, menipu dan menentang hukum-hukum Allah SWT. Manakala apa yang dihindarinya pula adalah amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan dan pahala yang disediakan oleh Allah SWT.


Friday, July 12, 2013

Soal Jawab Agama Siri 49 (Doa Ketika Berbuka, Menanam Anggota Manusia, Ucapan Kepada Mayat dan Tafsir Mimpi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 49 adalah menjelaskan persoalan iaitu doa ketika berbuka, menanam anggota badan manusia yang terpisah, ucapkan baik kepada mayat dan tafsir mimpi menurut Islam.

531. Soalan : Apakah doa yang dibaca oleh Nabi SAW ketika berbuka puasa?

Jawapan :

“Dari Ibnu Umar, adalah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, apabila berbuka (puasa) baginda mengucapkan :

Ű°َهَŰšَ Ű§Ù„ŰžَمَŰŁُ، وَْۧۚŰȘَلَّŰȘِ ْۧلŰčُ۱ُوقُ، وَŰ«َŰšَŰȘَ ْۧÙ„ŰŁَŰŹْ۱ُ Ű„ِنْ ŰŽَۧۥَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ.

DZAHABAZH ZHAAMA-U WABTALLATIL ‘URUQU WA TSABATAL AJRU INSYA ALLAH (Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan/urat-urat, dan telah tetap ganjaran/pahala, Inysa Allah").

(Hadis Hasan Riwayat : Abu Dawud No. 2357, Nasa’i 1/66. Daruquthni dan ia mengatakan sanad hadits ini Hasan. Hakim 1/422 Baihaqy 4/239) Al-Albani menyetujui apa yang dikatakan Daruquthni.!)


532. Soalan : Apakah hukum menanam anggota manusia yang terpisah. Adakah perlu di mandikan dan kafankan?

Jawapan :

Adalah mustahab (digalakkan) apabila anggota badan yang terpisah dari badan seseorang yang masih hidup ditanam didalam tanah. Walaupun hukumnya bukan wajib, akan tetapi sebagai memuliakan kedudukan manusia sebagaimana firman Allah SWT :-

وَلَقَŰŻْ كَ۱َّمْنَۧ Űšَنِي ŰĄَۧۯَمَ وَŰ­َمَلْنَŰ§Ù‡ُمْ فِي Ű§Ù„ْŰšَ۱ِّ وَŰ§Ù„ْŰšَŰ­ْ۱ِ وَ۱َŰČَقْنَŰ§Ù‡ُمْ مِنَ Ű§Ù„Ű·َّيِّŰšَۧŰȘِ وَفَ۶َّلْنَŰ§Ù‡ُمْ Űčَلَى كَŰ«ِÙŠŰ±ٍ مِمَّنْ Űźَلَقْنَۧ ŰȘَفْ۶ِÙŠÙ„Ű§ً
 

Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’ ayat 70)

Menurut Imam al-Nawawi r.h didalam al-Majmu’ bahawa amalan pengkebumian tidak hanya dikhususkan kepada kematiannya sahaja, bahkan semua anggota yang terpisah dari badan orang yang hidup, seperti rambut, kuku dan selainnya adalah mustahab ditanam.

Hendaklah ditanam didalam tanah yang dikorek dan ditimbuskan anggota tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan dari anggota tersebut dibaham oleh binatang buas . Imam Nawawi r.h ada menyebut bahawa :

ونقل Ű§Ù„Ù…ŰȘولي Ű±Ű­Ù…Ù‡ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű§ŰȘÙŰ§Ù‚ Űčلى ŰŁÙ†Ù‡ Ù„Ű§ يŰșŰłÙ„ ÙˆÙ„Ű§ ÙŠŰ”Ù„Ù‰ Űčليه ÙÙ‚Ű§Ù„: Ù„Ű§ ŰźÙ„Ű§Ù ŰŁÙ† Ű§Ù„ÙŠŰŻ Ű§Ù„Ù…Ù‚Ű·ÙˆŰčŰ© في Ű§Ù„ŰłَّŰ±Ù‚Ű© ÙˆŰ§Ù„Ù‚ِ۔ۧ۔ Ù„Ű§ ŰȘŰșŰłÙ„ ÙˆÙ„Ű§ يُŰ”Ù„َّى ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§، ولكن ŰȘلفُّ في ŰźِŰ±Ù‚Ű© وŰȘŰŻÙÙ† ÙˆÙƒŰ°Ű§ Ű§Ù„ŰŁŰžÙŰ§Ű± Ű§Ù„Ù…Ù‚Ù„ÙˆÙ…Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰŽَّŰčَ۱ Ű§Ù„Ù…ŰŁŰźÙˆŰ° من Ű§Ù„ŰŁŰ­ÙŠŰ§ŰĄ Ù„Ű§ ÙŠŰ”Ù„َّى Űčلى ŰŽÙŠŰĄ Ù…Ù†Ù‡Ű§، لكن ÙŠŰłŰȘŰ­َŰšُّ ŰŻÙÙ†Ù‡Ű§
 

“Al-Mutawalli menukilkan adalah dipersetujui bahawa anggota yang terpisah itu tidak perlu dimandi dan disolatkan. Kata beliau: Tiada khilaf bahawa tangan yang dipotong kerana hukuman mencuri dan qisas tidak wajib dimandi dan disolatkan. Memadai dengan hanya dibalut dengan secebis kain dan ditanam. Begitu juga dengan kuku dan rambut yang dipotong daripada orang yang masih hidup. Maka ia tidak perlu disolatkan, tetapi mustahab (digalakan) ditanam.” (Kitab al-Majmu’ 5/254).

Mengenai kematian janin yang belum bernyawa lagi, Imam al-Nawawi r.h mengatakan bahawa janin tersebut sunat ditanam tanpa perlu disolatkan. Maknanya dibolehkan untuk membasuhnya dan dibungkuskan dengan kain dan disunatkan untuk di tanam. Malah menurut Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani rh adalah haram bersolat keatasnya.

Kesimpulannya, apa sahaja yang terpisah dari badan manusia yang masih bernyawa seperti rambut, kuku, darah, jari, dsb adalah mustahab (digalakan) ditanam didalam tanah. Ini adalah kerana Allah SWT memuliakan manusia ini. Wallahu a'lam.


533. Soalan : Saya dapati hampir setiap majlis kematian yang saya hadiri kini, selepas sahaja solat jenazah, imam akan bertanya dengan suara yang lantang "Apa kita katakan ke atas mayat ini?" lalu dijawab oleh para makmum "Baik". Perkara ini diulangi sebanyak 3 kali. Bolehkan ustaz jelaskan adakah ada amalan ini ada sandaran nas yang sahih daripada amalan Nabi SAW dan para sahabat?

 Jawapan :

Amalan yang dilakukan oleh masyarakat kita pada masa ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam, dan sebagaimana mana yang dinyatakan, ia merupakan amalan yang dilakukan pada zaman dahulu. Ucapan baik, baik, baik (3 kali ucapan) sebagai doa kepada mayat tersebut semoga mendapat kebaikan.

Benarlah amalan berkata baik kepada seseorang itu datang dari sebuah hadis sahih, berkata Anas bin Malik ra. :-

Ù…Ű± ŰšŰŹÙ†Ű§ŰČŰ© ÙŰŁŰ«Ù†ÙŠ ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§ ŰźÙŠŰ±Ű§ ÙÙ‚Ű§Ù„ Ù†ŰšÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙˆŰŹŰšŰȘ ÙˆŰŹŰšŰȘ ÙˆŰŹŰšŰȘ ÙˆÙ…Ű± ŰšŰŹÙ†Ű§ŰČŰ© ÙŰŁŰ«Ù†ÙŠ ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§ ێ۱ۧ ÙÙ‚Ű§Ù„ Ù†ŰšÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙˆŰŹŰšŰȘ ÙˆŰŹŰšŰȘ ÙˆŰŹŰšŰȘ Ù‚Ű§Ù„ ŰčÙ…Ű± ÙŰŻÙ‰ لك ŰŁŰšÙŠ ÙˆŰŁÙ…ÙŠ Ù…Ű± ŰšŰŹÙ†Ű§ŰČŰ© ÙŰŁŰ«Ù†ÙŠ ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§ ŰźÙŠŰ± فقلŰȘ ÙˆŰŹŰšŰȘ ÙˆŰŹŰšŰȘ ÙˆŰŹŰšŰȘ ÙˆÙ…Ű± ŰšŰŹÙ†Ű§ŰČŰ© ÙŰŁŰ«Ù†ÙŠ ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§ ێ۱ فقلŰȘ ÙˆŰŹŰšŰȘ ÙˆŰŹŰšŰȘ ÙˆŰŹŰšŰȘ ÙÙ‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… من ŰŁŰ«Ù†ÙŠŰȘم Űčليه ŰźÙŠŰ±Ű§ ÙˆŰŹŰšŰȘ له Ű§Ù„ŰŹÙ†Ű© ومن ŰŁŰ«Ù†ÙŠŰȘم Űčليه ێ۱ۧ ÙˆŰŹŰšŰȘ له Ű§Ù„Ù†Ű§Ű± ŰŁÙ†ŰȘم ŰŽÙ‡ŰŻŰ§ŰĄ Ű§Ù„Ù„Ù‡ في Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶ŰŁÙ†ŰȘم ŰŽÙ‡ŰŻŰ§ŰĄ Ű§Ù„Ù„Ù‡ في Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶ ŰŁÙ†ŰȘم ŰŽÙ‡ŰŻŰ§ŰĄ Ű§Ù„Ù„Ù‡ في Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶
 

Maksudnya : “Ketika iring-iringan membawa jenazah lewat, orang-orang memuji jenazah dengan kebaikan, kemudian Nabi SAW. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Lalu lewat pula iringan jenazah lain, orang-orang mencelanya dengan keburukan, kemudian Nabi SAW. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ada iringan jenazah lewat dan orang-orang memujinya sebagai orang baik, lalu engkau mengatakan:' Wajib, wajib, wajib' Lewat pula iringan jenazah lain yang disifati sebagai orang jahat, lalu engkau mengatakan:' Wajib, wajib, wajib'. Apa ertinya itu? Rasulullah SAW bersabda maksudnya : 'Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamu adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi." (Hadis Riwayat Imam Muslim No.1578)

Begitu juga didalam sebuah hadis yang menjelaskan bahawa kata-kata baik dari seseorang jiran juga dianggap doa agar Allah SWT memberi kebaikan kepada si mati.

Ù…Ű§ من Ù…ŰłÙ„Ù… يموŰȘ ÙÙŠŰŽÙ‡ŰŻ له ۣ۱ۚŰčŰ© من ŰŁÙ‡Ù„ ŰŁŰšÙŠŰ§ŰȘ ŰŹÙŠŰ±Ű§Ù†Ù‡ Ű§Ù„ŰŁŰŻÙ†ÙŠÙ† ŰŁÙ†Ù‡Ù… Ù„Ű§ يŰčلمون Ű„Ù„Ű§ ŰźÙŠŰ±Ű§ , Ű„Ù„Ű§ Ù‚Ű§Ù„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ، ŰčŰČ ÙˆŰŹÙ„ : Ù‚ŰŻ Ù‚ŰšÙ„ŰȘ قولكم ، ŰŁÙˆ Ù‚Ű§Ù„ : ŰŽÙ‡Ű§ŰŻŰȘكم , وŰșÙŰ±ŰȘ له Ù…Ű§ Ù„Ű§ ŰȘŰčلمون
 

Maksudnya : “Tidak ada sesorang Muslim yang mati apabila empat orang jiran memberi keterangan bahawa mereka tidak tahu yang lain mengenai mayat ini melainkan perkara baik yang dilakukan. Melainkkan Allah akan berkata : Aku terima semua kesaksian kamu dan mengampunkan semua dosa-dosanya yang kamu tidak tahu” (Hadis Riwayat Musnad Abu Ya‘la, Sahih Ibnu Hibban; Sahih At-Targheeb H/3515; Talkhees P. 26.)


534. Soalan : Saya bermimpi mandi di dalam air hujan, kemudian saya meminumnya dan saya berwuduk dengan air hujan tersebut apakah tafsiran mimpi saya ini bolehkan ustaz tolong huraikan?

Jawapan.

Jika di lihat daripada Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Islam yang ditulis oleh Muhammad Ibnu Sirin (ulama tabien) apabila mandi dengan air hujan dan berwuduk tafsirannya baik dalam agamanya dan dunianya.

Meminum air hujan jika air tersebut jernih maka akan beroleh kebaikan tetapi jika air hujan tersebut keruh ianya menandakan penyakit. Besar atau kecilnya kebaikan tersebut bergantung banyak atau sedikit air hujan (yang jernih)  diminum tadi. Wallahu a'lam.

535. Soalan : Saya bermimpi ibu bapa saya yang telah meninggal dunia datang berjumpa saya, apakah maksud tafsiran tersebut?

Jawapan :

Jika mimpi bapa yang telah meninggal dunia datang berjumpa saudara ini bermaksud bahawa jika saudara sedang susah dan memerlukan sesuatu, maka in syaa Allah , Allah SWT akan memberikan  apa yang saudara hajatkan. Jika ada ahli keluarga yang hilang akan kembali dan jika ada penyakit in syaa Allah akan sembuh. Wallahu a'lam.

Thursday, July 11, 2013

Soal Jawab Agama Siri 48 (Solat Witir, Fadilat Solat Terawih, Nafkah Isteri , Kesan Perzinaan dan Masa Iddah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 48 adalah menjelaskan persoalan iaitu membaca surah semasa solat witir, fadilat solat terawih, nafkah isteri, kesan buruk perzinaan dan iddah isteri kematian suami.

526. Soalan : Apakah bacaan surah yang dibaca oleh Rasulullah SAW semasa solat witir?

Jawapan :

Dari Ubay bin Ka’ab ia berkata: Adalah Rasulullah SAW. solat witir dengan membaca: (Sabihisma Rabbikal A’la) dan (Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad). (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Annasa’i dan Ibnu Majah)


527. Soalan : Apakah fadilat solat Terawih yang yang dikerjakan di bulan Ramadan?

Jawapan :
 
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)


528. Soalan : Saya ingin bertanya. Apakah maksud terperinci nafkah suami kepada isterinya? Adakah kerana dia telah membeli barangan keperluan seperti makanan sudah cukup dinamakan nafkah? 

Adakah salah jika isteri meminta wang kepada suaminya untuk dirinya sendiri sedangkan suaminya tidak pernah memberi wang, alasannya dia telah membeli barangan keperluan semua. 

Adakah wajib suami memberi keluarga mertua sedikit sumbangan seperti wang ringgit atau sebagainya?

Dan apakah hukumnya jikalau keperluan yang dibeli oleh si suami menjadi ungkitannya semula. Disini saya terlalu musykil, harap dapatlah memberi penjelasan. Sekian terima kasih...

Jawapan :

 Wajib suami memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuannya dan juga dengan meraikan keperluan isteri. 

Firman Allah SWT yang bermaksud; "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan" (Surah at-Thalaq, ayat 7).

Di dalam hadis yang menceritakan Hindun (isteri Abu Sufyan) yang mengadu kepada Rasulullah tentang suaminya (Abu Sufyan) yang kedekut (tidak memberi belanja yang mencukupi untuk isteri dan anaknya), Rasulullah berkata kepada Hindun; "Kamu ambillah dari hartanya kadar yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu mengikut kebiasaannya"(Hadis al-Jamaah kecuali Imam at-Tirmizi. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar, Kitab an-Nafaqaat, bab al-Mar,ah Tunfiqu Min Mali az-Zauji min Ghair 'ilmihi...). 


Hadis ini menunjukkan bahawa keperluan isteri juga diambil kira dalam kewajipan memberi nafkah kerana Nabi SAW menyebutkan "ambillah kadar yang mencukupi". Kecualilah jika suami miskin, maka ia dituntut memberi nafkah mengikut kemampuannya dan isteri hendaklah redha dengan keadaan suami dan berpada dengan apa yang diberikan.
 

Adapun jumhur (majoriti) ulamak, mereka tidaklah menentukan kadar tetap, akan tetapi dirujuk kepada kemampuan suami dan juga keperluan isteri. Kemampuan suami boleh berubah, begitu juga keperluan isteri. Pada ketika suami melihat keadaanya lebih senang, ia hendaklah melebihkan sedikit belanjanya untuk isteri dan isteri pula berhak menuntut peruntukan yang lebih. Begitu juga jika keperluan isteri bertambah kerana sesuatu sebab, pertambahan itu juga perlu berada dalam penilaian suami jika ia mampu meraikannya. Di dalam al-Quran, Allah amat menekan para suami agar melayani isteri dengan baik untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Firman Allah SWT yang bermaksud; "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik" (Surah an-Nisa', ayat 19).

Mungkin kita boleh meletakkan tahap-tahap bagi perbelanjaan dengan merujuk kepada tahap-tahap maslahah manusia yang diputuskan ulamak iaitu tiga peringkat;


Pertama; (tahap keperluan paling atas); iaitu keperluan daruriyat.
Kedua; keperluan hajiyat.
Ketiga; keperluan tahsiniyat.

Keperluan daruriyat ialah yang boleh menyebabkan kerosakan hidup jika tidak diberikan. Ini merangkumi makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal yang asas. termasuk juga keperluan ilmu khususnya ilmu agama kerana tanpanya akan rosak kehidupan di akhirat. 


Keperluan hajiyat ialah yang bawah dari daruriyat, iaitu yang jika tidak ada tidaklah membawa kerosakan hidup, tetapi membawa kepada kehidupan yang susah, sukar dan menderita. Contohnya; perabot-perabot rumah yang asas, peralatan dapur, pakaian yang lebih sedikit dari keperluan daruriyat tadi dan sebagainya. 

Keperluan Tahsiniyat ialah yang jika tidak ada tidaklah membawa kerosakan dan tidak juga membawa kesusahan hidup, cuma kewujudannya boleh menambah keselesaan hidup.

Balik kepada soalan yang ditanya, jika suami puan miskin, puan hendaklah berpada dengan apa yang diberinya untuk keperluan pertama (daruriyat) atau keperluan kedua (hajiyat). Jika suami puan berada, bolehlah puan meminta lebih dari itu. Suami pula hendaklah meraikan isteri jika ia mampu demi mengekalkan keharmonian rumah tangga. 


Di dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Allah mengasihi seorang lelaki yang bertolak ansur bila menjual, bila membeli dan bila menuntut (hutangnya)" 
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dari Jabir). 

Dalam riwayat lain; "...Bertolak ansur ketika membayar hutang dan menuntut hutan" 
(Hadis Imam at-Thabrani dari Jabir). 

Walaupu hadis ini menyentuh jual-beli dan hutang-piutang, tetapi ruh tolak ansur yang disarankan Nabi tidak ada salahnya untuk kita amalkan di mana-mana sahaja dalam kehidupan terutamanya dalam perkongsian hidup suami isteri. Maksudnya, suami bertolak ansur dalam melayani permintaan isteri dan isteri pula bertolak ansur dalam menuntut haknya.

Mengenai pemberian kepada mertua, tidaklah wajib suami memberi nafkah atau belanja untuk mertua sekalipun mertua miskin, kecualilah atas ihsan darinya sahaja. Jika ia mampu, eloklah ia memberinya kerana itu juga boleh mengukuhkan lagi kasih-sayang dengan isteri. 


Mertua yang miskin dan tidak mampu berkerja, ia wajib dinafkahi oleh keluarganya sendiri (iaitu bapa atau anak-anaknya), bukan menantunya. Jika mertua terpaksa bergantung hidup dengan anak perempuannya yang telah berkahwin, suami hendaklah memberi izin kepada isteri untuk menziarahi dan berkhidmat kepada ibu-bapanya (tanpa menjejaskan hak suami) dan begitu juga untuk menafkahi mereka. Jika ia tidak memberi izin tanpa sebab yang munasabah, ia berdosa dan jika isteri melanggarnya sebahagian ulamak berpandangan isteri tidak dikira nusyuz ketika itu. Adalah harus isteri memberi belanja dari duitnya sendiri kepada ibu-bapanya sekalipun tanpa izin suami, namun eloklah ia meminta izin sebagai tanda menghormati suami. Jika suami menghalang tanpa sebab, tidak dikira nusyuz jika isteri melanggarinya.

Mengenai suami mengungkit pemberiannya kepada isteri, jika dengan niat yang baik seperti untuk memperingatkan isteri supaya taat kepadanya kerana ia telah pun melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami (iaitu memberi nafkah mengikut yang termampu) supaya isteri membalasnya dengan melaksanakan tanggungjawabnya pula (iaitu taat dan melayani suami), ungkitan sebegitu tidaklah dilarang, malah ada ketikanya perlu dilakukan. Adapun jika ungkitan semata-mata untuk menyakiti hati isteri, tidaklah harus dilakukan kerana ia menyalahi pergaulan yang yang disuruh oleh Allah dalam ayat tadi. Wallahu a'lam.


529. Soalan : Apakah kesan buruk perbuatan zina dan apakah yang dimaksudkan anak tidak sah taraf?

Jawapan :

Perbuatan zina adalah salah satu dosa besar dan ianya membawa banyak keburukan. 

Pengharaman zina ialah di sebabkan :

1. Memelihara nyawa – kerana wanita yang tertekan mungkin membunuh diri

2. Memelihara nasab anak – agar anak tidak sah taraf tidak dimalukan dalam masyarakat

3. Memelihara keharmonian rumahtangga – sebab itu ada hukum li’an jika suami mencurigai isteri dan anak yang dikandungnya.

4. Memelihara kehormatan diri, keluarga, masyarakat setempat 


Anak tidak sah taraf adalah anak yang terhasil daripada anak zina, rogol, perkahwinan yang tidak sah atau teknologi moden yang memasukkan benih lelaki ke dalam rahim wanita. 


Contoh perkahwinan tidak sah ialah perbuatan cina buta atau nikah mutĂĄh (yang diamalkan oleh penganut Syiah)

530. Soalan : Seorang kawan saya wanita baru kematian suaminya. Berapakah hari yang ditetapkan syarak untuk iddah wanita kematian suami. Sekiranya ada lelaki yang baik akhlaknya ingin melamar wanita tersebut untuk dijadikan isteri adakah dibolehkan lamaran dilakukan sebelum habis iddah

Jawapan :

Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa ‘bulan’ di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari.
Firman Allah SWT maksudnya : “Orang-orang yang meninggal dunia diantaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari.” (Surah Al-Baqarah ayat 234)


Terdapat lima larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:

1. Bertunang (secara berterus-terang)
2. Berkahwin
3. Berhias pada diri atau pakaian
4. Tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. Keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu (jika keluar rumah kerana bekerja diharuskan)


Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita”. Contoh : "Selepas 130 hari bolehkah saya ziarah puan jika puan sudi menerima kehadiran saya?"

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Datang Ramadan! Kedatangan Mu Sangat Di Nantikan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hanya tinggal beberapa ketika semua umat Islam di negara kita akan menyambut kedatangan Ramadan iaitu bulan mulia yang penuh keberkatan. Umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan untuk melaksanakan salah satu daripada Rukun Islam yang difardukan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Sebelum ketibaan Ramadan marilah sama-sama kita memerhatikan beberapa adab-adab berpuasa , semuga kita menjalani ibadah puasa dengan betul sebagaimana generasi awal dahulu berpuasa.

Semuga kita melihat dan memahami ibadah puasa ini sebagai satu institusi pendidikan dan latihan.

1. Makan sahur.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Makan sahurlah kalian kerana sesungguhnya makan sahur itu berkah" (Hadis Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit bahawa kami bersahur bersama Rasulullah kemudian kami bangkit untuk menunaikan solat subuh lalu beliau bertanya, "Berapa saat jarak antara kedua (waktu sahur dan waktu subuh)?" Nabi bersabda maksudnya, "Selama orang membaca 50 ayat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Amru bin Maimun bahawa para sahabat Muhammad SAW  adalah orang yang menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur. (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

2. Menyegerakan berbuka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Selalulah manusia dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahawa Nabi SAW  telah bersabda yang bermaksud, "Apabila salah seorang di antara kamu berpuasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih." (Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, bahawa Nabi SAW  apabila selesai berbuka baginda berdoa. "Telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada insya Allah." (Hadis Riwayat ad-Daaruqthni dan Abu Daud)

3. Berdoa ketika berpuasa dan waktu berbuka.

Dari hadis Rasulullah SAW maksudnya, ” Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka “ (Hadis riwayat Ibn Majah)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah; doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa doa orang yang berpuasa mustajab di sisi Allah SWT. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

4. Menjauhi perkara yang bertentangan dengan puasa.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Berapa banyak orang yang puasa, tapi tidak dapat apa-apa kecuali haus dan lapar.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah : Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam bersabda (yang ertinya): "Puasa bukanlah dari makan, minum (semata), tapi puasa itu menahan diri dari perbuatan sia-sia dan keji, jika ada orang yang mencelamu, katakanlah : Aku sedang puasa, Aku sedang puasa." (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah , Al-Hakim (1/430-431). sanadnya Sahih.)

Nabi SAW bersabda maksudnya, : "Banyak orang yang puasa, bagiannya dari puasa hanyalah lapar dan haus." (Hadis Riwayat Ibnu Majah (1/539), Darimi (2/221), ). Ahmad (2/441, 373), Baihaqi (4/270) dari jalan Said Al-Maqbari dari Abu Hurairah, sanadnya sahih)

5. Menggosok gigi (bersugi).

Jika hendak gosok gigi ketika puasa jika boleh jangan menggunakan ubat gigi dikhuatiri tertelan sebahagiannya tanpa disedari, gunakan berus kosong atau kayu sugi.  

Disunatkan menurut riwayat bahawa Rasulullah SAW biasa bersugi ketika berpuasa. Hukum bersugi atau berus gigi ketika puasa adalah dibenarkan dan ini berdasarkan kepada hadis dari Abu Hurairah ra yang bermaksud : Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seandainya aku tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wuduk” (Hadis Riwayat Imam Malik, Ahmad, Nasai)

Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi mengatakan bahawa adapun mengenai ubat gigi, maka perlulah dia menjaga dari berlebihan supaya tidak dia masuk sesuatupun darinya ke dalam perut dan inilah pendapat yang dikeluarkan oleh kebanyakan ulamak. Maka aula dijauhkan muslim dari melakukannya dan dia mengakhirkan kepada selepas berbuka puasa. Akan tetapi, apabila melakukannya hendaklah dia berhati-hati padanya. Tetapi jika dia berhati-hati dan termasuk juga sesuatu ke dalam perutnya.

6. Bersifat dermawan Dan Banyak Membaca Al-Quran.

Banyak bersedekah dan menolong orang lain dan membaca al-Quran amalan yang dituntut ketika berpuasa. Kedua perkara ini adalah disunatkan pada setiap ketika, dan lebih utama dalam bulan Ramadan, di mana ganjaran pahalanya digandakan oleh Allah SWT.

Diriwayatkan Ibnu Abbas bahawa Rasulullah orang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan lagi dalam bulan Ramadan. Jibril menemui Nabi SAW setiap malam pada bulan Ramadan untuk mentadaruskan al-Quran kepada baginda dan benar-benar Rasulullah lebih dermawan dan cepat melakukan kebajikan (lebih cepat daripada angin yang dikirim) (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Menghidupkan malam dengan solat Tarawih secara berjemaah.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, "Barangsiapa yang solat malam di bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Jama'ah)

8. Giat beribadat pada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan.

Saidatina Aisyah r.h meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bila telah masuk puluhan terakhir dari bulan Ramadan, diramaikan waktu malam, dibangunkan keluarganya dan diikat eratkan kain sarungnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) "

Baginda amat giat (beribadat) pada puluhan terakhir, melebihi kegiatannya pada saat-saat lainnya." (Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan dari Aisyah r.h bahawa saya berkata kepada Rasulullah SAW, " Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui Lailatul qadar, apa yang harus saya baca pada malam itu?' Baginda bersabda, "Bacalah, 'Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku"(Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Menjauhi perkara keji dan pertengkaran.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :"Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu berpuasa janganlah berbuat keji, jangan berteriak-teriak (pertengkaran), apabila seorang memakinya sedang ia berpuasa maka hendaklah ia katakan : 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.'Demi jiwa Muhammad yang ada di tangan-Nya sungguh bau busuk mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia bergembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira kerana puasanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita mempersiapkan diri kita dengan persiapan mental. fizikal, emosi dan kerohanian, semoga kedatangan Ramadan memberi kesan yang mendalam kepada diri kita . Ciri-ciri orang mukmin merasai kedatangan Ramadan suatu yang di tunggu-tunggu dan mengembirakan kerana amalan dibulan tersebut akan dilipat gandakan pahala dan ganjarannya di sisi Allah SWT. Sesiapa diizinkan Allah SWT bertemu Ramadan ini bermakna dia telah dipilih oleh Allah SWT untuk kebaikannya di dunia dan akhirat.

Monday, July 8, 2013

Doa dan Munajat Kepada Allah.

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Tinggal hanya beberapa detik sahaja Ramadan akan tiba. Bulan penuh berkat, membawa keberkatan dan banyak hikmah di dalamnya. Umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan untuk melaksanakan salah satu daripada Rukun Islam yang difardukan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Ramadan tahun ini 1434 Hijrah adalah Ramadan yang paling hebat dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia. Ketika kita bersiap-siap untuk menyembut kedatangan Ramadan dengan penuh gembira, di dapati saudara-sauadara kita di Timur Tengah sedang berada di dalam keadaan yang amat sedih dan pilu. Mereka terpaksa berada di antara hidup atau mati. Setiap saat mereka sedang menanti  siapakan diantara mereka yang akan dibunuh, ditangkap atau diseksa oleh rejim ganas dan zalim samaada dari tentera Syiah Syria, tentera Israel maupun tentera Mesir.

Saudara-saudara kita di Palestin setiap saat menanti tembakan peluru-peluru hidup, bom-bom berangkai dan tangkapan tanpa usul pereksa oleh rejim zalim Zionis laknatullah. 

Di Syria setiap hari Rejim zalim Syiah Bashah Assad laknatullah ada sahaja rakyat disembelih, dibunuh dan di hantar bom-bom kimia dan peluru perpandu untuk membunuh umat Islam sunni yang tidak berdosa. Bashah Asad serupa dengan  firaun yang mengaku dirinya tuhan.Beliau dan tenteranya membunuh secara kejam ada di antara mangsa umat Islam dicampakkan daripada bangunan yang tinggi.

Berita terbaru Rejim As Sisi ketua tentera Mesir yang merampas kuasa dengan kejam dan zalim memberi arahan untuk membunuh penunjuk perasaan aman setakat ini 53 orang, terbunuh diantara mereka 5 kanak-kanak dan 2 antaranya yang masih menyusu. Tambahan lagi lebih dari 1000 orang telah cedera.

Doa dan munajat kepada Allah :

"Ya Allah ya Tuhan kami, kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, biasanya kami menyambut dengan  hati yang tenang dan gembira.Tetapi pada tahun ini, hati kami merasa amat dukacita kerana melihat saudara-saudara kami disembelih, dibunuh dan di tembak tanpa belas kasihan oleh musuh-musuh-Mu yang zalim dan kejam tanpa peri kemanusiaan yang telah melakukan pembunuhan demi pembunuhan.

Oleh itu kami memohon dan merayu dengan hati yang penuh syahdu semoga Kau bantulah kami ya Allah. Tolonglah kami ya Allah, hantarlah bantuan-Mu  dengan kehadiran para Malaikat yang bersaf-saf yang taat dan patuh mengikut arahan-Mu. Kau hancurkanlah persatuan mereka golongan kafir, munafik dan fasik yang telah membunuh saudara-sauadara kami yang tidak berdosa. Kau hancurkanlah rejim Bashah Assad laknatullah, Kau hancurkanlah rejim Yahudi Zionis laknatullah dan hancurkanlah pempinan tentera Mesir yang zalim, kejam dan fasik yang anti-Islam dan cuba mensekularkan rakyat dan negara Mesir .

Ya Allah sempena kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, Kau berilah kejayaan pejuang-pejuang Islam di Syria, pejuang-pejuang Islam di Palestin, pejuang-pejuang Islam di Mesir dan pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Jika ada diantara kami yang mati dalam perjuangan ini masukkanlah ke dalam golongan para syuhada yang Kau berikan rezeki  di sisi-Mu.

Ya Allah ya Tuhan kami, golongan sekular, liberal, munafik,  dan fasik telah merapas kuasa di tanah para ambia Mesir. Saudara kami Dr Mursi dan para pejuang Islam bersamanya telah ditahan. Mereka memaksanya untuk membuat sumpah palsu dan melepaskan jawatan Presiden yang dipilih oleh rakyat. Kami mohon ya Allah, Kau berikanlah kekuatan rohani dan jasmani padanya dan sahabat-sahabatnya untuk istiqamah diatas jalan yang hak . Kami memohon pada-Mu ya Allah , kekalkanlah jawatan Presiden Mesir kepadanya dan kalahkanlah golongan pembangkang yang cuba memadamkan cahaya Islam dibumi Mesir. Golongan pembangkang adalah talibarut musuh-musuh-Mu yang cuma memesongkan umat Islam Mesir ke jalan kebatilan dan kehancuran. Kalahkanlah perancangan jahat musuh-Mu yang cuba memadamkan cahaya kebenaran.

Kami merayu bersungguh-sungguh kepada-Mu ya Allah,  semoga Ramadan tahun ini merupakan Ramadan kejayaan umat Islam di seluruh dunia. Sesungguhnya jika Kau kehendaki memberi kejayaan sepenuhnya kepada pejuang Islam di bumi Syria, Mesir dan Palastin amat mudah bagi-Mu, dengan hanya menyebut " KUN FAYAKUN" maka kesemuanya akan berjaya . Terimalah doa-doa kami yang dizalimi ini ya Allah.

Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami, yang kami ketahui dan yang kami tidak ketahui, yang kecil atau besar dan yang nyata atau yang tersembunyi. Sesungguhnya hanya Kau saja yang boleh mengampunkan dosa. Terimalah amal ibadah dan amal soleh kami yang sedikit ini dan masukkanlah  kami ke dalam golongan orang-orang yang Kau kasihi. Amin yarabbal 'alamin."

Sunday, July 7, 2013

Soal Jawab Agama Siri 47 (Was-was, Harta Pusaka, Sedekah, Adab Menegur Dan Berpurda Semasa Mengajar)


 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Soal Jawab Agama Siri 47 menjelaskan persoalan was-was selepas berwuduk, harta pusaka, kebaikan bersedekah di bulan Ramadan, adab menegur dan berpurda ketika mengajar.


521. Soalan : Ada seseorang yang mengalami gangguan pada perutnya, barangkali kerana sering masuk angin, sehingga ia sangat menyusahkan ketika menyempurnakan wuduk. Misalnya ketika membasuh wajah, ia merasa angin keluar dari perutnya (was-was buang angin / kentut ). Kerana khawatir wuduknya tidak sempurna iapun mengulanginya. Hal itu juga di alaminya ketika sedang solat. Namun ia tidak mencium bau apapun. Bagaimanakah cara mengatasinya?

Jawapan : 

Sebenarnya segala perasan was-was adalah dari gangguan syaitan  untuk merosakkan ibadah seorang muslim. Ia harus menepis perasaan was-was tersebut. Ia tidak perlu membatalkan solatnya atau mengulang wuduknya hingga ia mendengar bunyi atau mencium baunya. Berdasarkan riwayat Muslim dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu ia berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (maksudnya): “Jika salah seorang di antara kamu merasakan sesuatu pada perutnya sehingga membuatnya ragu apakah keluar sesuatu darinya ataukah tidak, hendaknya ia tidak keluar dari masjid sehingga ia mendengar bunyi atau mencium baunya.”


Maksudnya adalah ia benar-benar yakin telah buang angin (berhadas), selama ia masih ragu-ragu maka wuduknya masih dianggap sah.

522. Soalan :   Saya ingin menanyakan tentang hukum pembagian harta pusaka menurut Islam :
1) Ayah saya meninggal dunia meninggalkan 1 orang isteri, 5 orang anak perempuan dan 1 orang anak lelaki.
2) Salah seorang anak perempuannya sudah meninggal dengan meninggalkan  suami dan 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan
3) Bagaimanakah kiraan untuk  harta pusaka secara hukum faraid untuk bahagian 2 (anak perempuan yang telah meninggal dunia)?
4) Dahulu pernah ayah membahagi-bahagikan wang untuk 2 anak perempuan dan 1 anak lelaki sebelum dia meninggal dunia. Apakah untuk pembahagian kepada waris , pihak yang telah menerima hadiah masih boleh menerima lagi atau tidak?

Di harapkan ustaz dapat memberikan pencerahannya.


Jawapan :

Pembahagian secara terperinci adalah seperti berikut : 


1. Isteri mendapat 1/8; dan
1 anak lelaki dan 4 anak perempuan mendapat ashabah atau baki di mana anak lelaki mendapat dua kali ganda dari anak perempuan. Dengan demikian maka, setelah ditolak 1/8 (bagian isteri) baki harta tinggal 7/8 dibahagian dibahagikan kepada 1 anak lelaki dan 4 anak perempuan.

2. Kalau meninggalnya anak perempuan lebih dulu dari ayah, maka dia tidak mendapat harta pusaka. Sementara cucu lelaki dan perempuan (yakni anak-anak dari anak perempuan yang meninggal lebih dulu) tidak mendapat harta pusaka kerana terhalang anak kandung si mati.

3. Tidak ada yang mendapat harta pusaka dalam bahagian 2. 

 (anak perempuan yang meninggal dunia meninggalkan suami dan 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan tidak mendapat bahagian dalam hukum faraid)
 
4. Pembagian sebelum ayah meninggal dipanggil hadiah ( hibah)  yang tidak berkaitan pada harta pusaka. Maksudnya yang mendapat hibah tetap berhak mendapat harta pusaka secara hukum faraid.

523. Soalan : Apakah kebaikan bersedekah dan menjamu untuk orang berbuka di bulan Ramadan?

Jawapan :

1. Bersedekah.


Bersedekah dibulan Ramadan dilipat gandakan pahalanya berbanding bersedekah dibulan-bulan lain.

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah SWT untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi.
 
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, teladan terbaik bagi kita, baginda adalah orang yang paling dermawan, dan kedermawanan baginda lebih dahsyat lagi di bulan Ramadan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma:

ÙƒŰ§Ù† Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ŰŁŰŹÙˆŰŻ Ű§Ù„Ù†Ű§Űł ، ÙˆÙƒŰ§Ù† ŰŁŰŹÙˆŰŻ Ù…Ű§ يكون في Ű±Ù…Ű¶Ű§Ù† Ű­ÙŠÙ† ÙŠÙ„Ù‚Ű§Ù‡ ŰŹŰšŰ±ÙŠÙ„ ، ÙˆÙƒŰ§Ù† ÙŠÙ„Ù‚Ű§Ù‡ في كل Ù„ÙŠÙ„Ű© من Ű±Ù…Ű¶Ű§Ù† فيُŰŻŰ§Ű±ŰłÙ‡ Ű§Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ† ، ÙŰ§Ù„Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ŰŁŰŹÙˆŰŻُ ŰšŰ§Ù„ŰźÙŠŰ± من Ű§Ù„Ű±ÙŠŰ­ Ű§Ù„Ù…Ű±ŰłَÙ„Ű©

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah orang yang paling dermawan. Dan baginda lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Quran. Dan kedermawanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat Bukhari, no.6)

Dari hadis di atas diketahui bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada dasarnya adalah seorang yang sangat dermawan. Ini juga ditegaskan oleh Anas bin Malik radhiallahu’anhu:

ÙƒŰ§Ù† Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ŰŁŰŽŰŹŰč Ű§Ù„Ù†Ű§Űł ÙˆŰŁŰŹÙˆŰŻ Ű§Ù„Ù†Ű§Űł

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” (Hadis Riwayat Bukhari no.1033, Muslim no. 2307)

2. Menjamu untuk berbuka puasa .

Kebaikan orang yang menjamu untuk berbuka puasa pahalanya diperolehi sama dengan orang yang sedang berpuasa.

Diriwayatkan hadis daripada Abdul Rahim hadis daripada Abdul Malik Ibni Abu Sulaiman, hadis daripada ‘Ata’. Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah SAW :  "Barangsiapa menjamu (makan minum) orang-orang yang berpuasa, ada baginya (pahala dan kebaikan) seumpama pahala (dan kebaikan) orang-orang yang berpuasa (yang dijamunya itu) tiada mengurangi dari pahala (dan kebaikan) orang-orang yang berpuasa sesuatupun (yakni, pahala orang-orang berpuasa yang dijamunya itu didapati juga olehnya tanpa megurangkan pahala orang yang dijamunya)." 
(Hadis Riwayat at-Termidzi, Kitab Saum)

524. Soalan :   Adakah apa-apa adab ketika kita menegur seseorang yang melakukan kesalahan kerana pada masa kini, saya sering melihat ada sesetengah orang yang menegur pembuat salah dengan cara yang kasar dan mencaci maki, apa pendapat ustaz?

Jawapan :

Dalam Islam terdapat adab-adab yang patut dipatuhi ketika kita berhasrat membuat teguran kepada saudara kita yang membuat kesalahan atau kesilapan. Teguran itu hendaklah dengan cara hikmah dan lemah lembut.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud : “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..”

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran maka hendaklah ia perbetulkan dengan  tangan atau kuasa jika tidak mampu,maka perbetulkan dengan  lidah dan jika tidak mampu dengan kata-kata  hendaklah membenci kemungkaran tersebut di hati."

Namun persoalan yang timbul sekarang ialah , adakah seseorang pendakwah itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan sewenang-wenangnya  tanpa mengendahkan  adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur?

Merujuk  kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, menekankan bahawa adab menegur kesalahan seseorang itu  mestilah berpaksikan  kepada cara  berikut:


1.Hikmah atau cara  bijaksana,


2.Lemah lembut dan dan konsep kasih sayang


3.Penuh strategi  iaitu para pendakwah mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.


Perkara ini berdasarkan pendekatan  Fudhail bin I'yadh dalam kitab al-Wafi syarah Matan al-Arbain An-Nawawiyyah  iaitu:

“Seorang mukmin itu menasihati dan menutup (aib dan kesalahan) orang lain , manakala orang jahat  menyingkap dan mendedahkan (aib dan kesalahan)  orang lain”

Manakala Al-Qurtubi menambah lagi bahawa, hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga ke hari kiamat.Oleh itu saudara perlulah mengambil pendekatan ulamak sepertimana yang dikemukakan ketika ingin membuat teguran terhadap sesuatu kesalahan yang telah dilakukan. Wallahu a'lam.


 525. Soalan : Saya bakal menjadi guru tadika . Saya  seorang yang berpurdah (menutup muka). Bolehkah saya buka purdah ketika mengajar ?

Jawapan


Islam mewajibkan para wanita yang baligh menutup aurat kecuali dua tapak tangan dan muka.Sedangkan berpurdah bermaksud menutup muka daripada pandangan orang ramai adalah harus.


Adalah harus hukumnya saudari membuka purdah untuk tujuan memberi pengajian /pengajaran kepada anak didik ini kerana muka bukannya aurat sebagaimana yang ditetapkan oleh agama Islam. Wallahu a'lam.