Saturday, September 4, 2010

Teruskan Beramal dan Berzakat Fitrah Tanda Hamba Yang Bertaqwa.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ramadhan telah berada dipenghujungnya. Beberapa hari lagi Syahwal akan menjalang tiba.
iaitu menandakan Hari Raya Aidilfitri akan menjelma lagi.

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia berbagai bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah.

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada setiap orang Muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Di dalam Islam, di samping zakat harta maka semua umat Islam yang layak diwajibkan zakat fitrah. Sungguh pun sama dari aspek nama dan amalan; namun kedua-dua amalan fardu ini mempunyai perbezaan. Ia berbeza lantaran mempunyai beberapa syarat  yang mendasari hikmah di sebalik perlaksanaannya.

Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya. Ini berbeza dengan zakat harta, kerana tidak dikenakan kepada hamba. Mana mungkin seorang hamba mampu berzakat, andai dirinya sendiri pun dimiliki oleh orang lain. Bahkan, demi mengangkat taraf seorang hamba maka Islam memberikan hak zakat untuk mereka menebus diri.

Zakat fitrah juga mempunyai nisab yang berbeza dengan zakat harta. Untuk menunaikan zakat fitrah, Islam menetapkan bahawa seseorang itu mempunyai makanan yang cukup baginya pada malam hari raya sehingga ke siang hari raya. Jika seseorang itu mempunyai makanan yang cukup bagi tempoh itu, maka wajiblah zakat fitrah ke atasnya. Manakala, nisab zakat harta pula mesti disandarkan kepada nilai emas semasa. Apabila harga emas tinggi, maka tinggilah nisabnya.

Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah. Manakala, kadar zakat harta pula ialah 2.5 peratus dari keseluruhan harta. Manakala, jika zakat pertanian pula kadarnya sama ada 5.0 peratus atau 10.0 peratus.

Zakat harta agihannya kepada lapan asnaf. Manakala, agihan zakat fitrah selalunya difokuskan kepada fakir dan miskin. Inilah pandangan sebahagian ulama. Misalnya dinyatakan oleh Ibnu Qayyim, Ibnu Rusyd, Sayid Sabiq dan Karim Zaidan

Menjelang Aidilfitri, bermakna umat Islam menuju kegembiraan. Inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan. Kegembiraan pertama sewaktu berbuka (berbuka puasa dan berhari raya) dan keduanya ketika menatap wajah Allah  s.w.t. di dalam Syurga (mafhum daripada hadis riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad).

Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka zakat fitrah diwajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup. Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.

Di samping itu, zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba dalam diri. Akan tersingkaplah tirai kesombongan dan diganti dengan rasa rendah diri dan saling berkongsi.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Sahabat yang dimuliakan,
Pergunakanlah beberapa hari yang tinggal dibulan Ramadhan ini dengan penuh keinsafan dan tingkatkan lagi amalan, kerana para sahabat Rasulullah menangisi kerana pemergiaan Ramadhan kerana dibulan yang penuh berkah ini terdapat hikmah dan ganjaran yang tidak diperolehi pada sebelas bulan yang akan datang. Di bulan inilah datangnya rahmat Allah, pengampunan daripada Allah s.w.t. dari segala dosa dan pembebasan daripada api Neraka. Dibulan ini juga pahala fardu digandakan hingga 70 gandaan dan pahala sunat sama dengan pahala fardu.Di bulan ini juga ada malam Lailatul Qadr yang lebih baik daripada beribadah selama 83 tahun 4 bulan. Bersedekah dibulan ini seolah-olah kita memperolehi pahala berzakat kerana betapa besarnya pahala bersedekah. Semua kebaikan-kebaikan yang kita laksanakan, dari yang kecil hingga yang besar akan menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu.

Bulan Ramadhan dipilih sebagai bulan re-charge untuk kita semua menghadapi 11 bulan keseterusnya. Re-charge dari segi ibadat, akhlak, muamalat. Sebab itu, banyak sekali pantang larang yang perlu kita ikuti dan patuhi sepanjang tempoh sebulan tersebut. Ia adalah latihan Allah s.w.t.. kepada kita supaya dapat diamalkan pada bulan-bulan seterusnya. Solat berjama’ah, berterawih, berzikir, membaca al-Qur'an, menjaga tutur kata dan  bersedekah ialah antara amalan yang menjadi kelaziman pada bulan yang mulia ini .Namun, sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang menandakan masuknya 1 Syawal, adakah ia juga menandakan panggilan berakhirnya amalan-amalan tersebut? Jika ya, marilah kita sama-sama merenung firman-Nya yang berbunyi ;
وَلَكِنْ كُونُÙˆŰ§ ۱َŰšَّŰ§Ù†ِيِّينَ Űšِمَۧ كُنْŰȘُمْ ŰȘُŰčَلِّمُونَ Ű§Ù„ْكِŰȘََۧۚ وَŰšِمَۧ كُنْŰȘُمْ ŰȘَŰŻْ۱ُŰłُونَ
“…namun jadilah kalian hamba Rabbani, terhadap apa yang telah kalian pelajari daripada Al-Quran dan daripada apa yang telah dikaji”. (Ali Imran:79)

Sahabat,
Kekalkanlah amalan-amalan mulia yang kalian lakukan ini walaupun Ramadhan yang penuh berkah pergi meninggalkan kita. Penerusan amalan dan beristiqamah adalah tanda taqwa itu telah kita miliki. Jika kita kembali hidup cara lama iaitu kurang darisegi ibadah dan amal soleh dikhuatiri ibadah puasa kita setakat mendapat lapar dan dahaga saja. Oleh itu marilah sama-sama kita bermuhasabah dan meneruskan jihad dan pengorbanan kita dalam mencari keredhaan Allah di dunia ini.


Thursday, September 2, 2010

Pesan Jibril Kepada Nabi s.a.w

 Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata kepada baginda, “Hai Muhammad!

1. Hiduplah seperti mana yang engkau kehendaki, tetapi ingat, engkau pasti akan mati.

2. Berbuatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ingat, engkau pasti akan ditanya tentangnya.

3. Dan cintailah sesiapa yang engkau kehendaki tetapi ingat, engkau pasti akan berpisah dengannya.

4. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang Mukmin itu terletak pada qiamulailnya, dan

5. Kehebatannya apabila ia tidak bergantung kepada orang lain."

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan hadis di atas dan pesanan JIbril kepada Nabi s.a.w maka kita perlulah mengambil iktibar di atas pesanan tersebut.

Pertama : Hiduplah seperti mana yang engkau kehendaki, tetapi ingat, engkau pasti akan mati..

Setiap yang hidup akan mati. Dan setiap kematian akan disoal apabila ia kembali menemuai Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila sudah sampai ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya (melambatkan) barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya (mempercepatkannya).”
(Surah al-A’raf, ayat 34)

Alam pertama yang akan dilalui adalah alam barzakh..

Sabda Nabi s.a.w maksudnya :
"Apabila dikebumikan hamba yang beriman, maka kubur berkata kepadanya, 'marhaban wa ahlan' (ucapan selamat datang), kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku, dan apabila aku menerimamu hari ini, lihatlah apa aku akan lakukan kepada kamu."

Sambung Nabi, "Maka kubur pun menjadi luas sejauh pandangan matanya dan dibukakan juga kepadanya pintu yang menghadap ke Syurga.."

"Dan apabila dikebumikan hamba yang berdosa dan kafir, maka kubur berkata kepadanya, 'la marhaban wa la ahlan' (yakni tidak diundang dan tidak diterima kehadirannya).' Engkaulah antara mereka yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku selama ini. Dan apabila aku menerima kamu hari ini, kamu akan saksikan apa yang bakal aku lakukan terhadapmu."

Sabda Nabi s.a.w yang maksudnya, "Maka kubur pun sedikit demi sedikit mula menghimpit tubuhnya hingga bertemu rapatlah segala tulang belulangnya."

Rasulullah mengepal jari-jarinya lalu menyambung, " Dihantarkan kepadanya tujuh puluh ular besar lagi berbisa, jika seekor daripadanya menyemburkan bisanya ke atas muka bumi ini, nescaya tidak akan tumbuh sesuatu apa pun. Selama mana baki dunia ini, maka selama itulah dia akan dibelit dan dipagut ular-ular itu hinggalah tiba hari perhitungan (Yaumul Hisab)."

Nabi s.a.w bersabda lagi maksudnya :
"Kubur itu samaada sebuah taman Syurga ataupun sebuah lubuk api Neraka."
(Hadis Riwayat Abu Sa'id Al-Khudri r.a)

Kedua : Berbuatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ingat, engkau pasti akan ditanya tentangnya. .

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Setiap hamba pada hari qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara :
Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahula?
Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?
Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)

Oleh itu hidup di dunia ini kita tak boleh bebas sepenuhnya kerana empat persoalan itu perlu dijawab . Jika seseorang terlepas dan dapat menjawab dengan baik maka akan selamatlah ia daripada menerima azab Allah s.w.t. Yang akan menjawab bukannya lidah manusia tetapi yang menjawab adalah amalannya dan setiap anggotanya, bumi, hari, masa dan makhluk Allah s.w.t yang lain. Mereka akan menjadi saksi dan memberi jawapan dengan tepat dan tidak ada pendustaan.

Ketiga : Dan cintailah sesiapa yang engkau kehendaki tetapi ingat, engkau pasti akan berpisah dengannya.

Cinta manusia sesama  manusia lain di dunia hanyalah bersifat sementara. Manusia pasti akan berpisah dengan orang yang di cintai apabial tiba masanya. Cinta pada ibu- bapa, isteri, suami, anak-anak, ahli keluarga, kekasih, sahabat, guru, dan sebagainya adalah  tidak berkekalan. Mereka yang di cintai akan mengiringi seseorang yang di cintai setakat ke kuburan saja selepas itu mereka akan pulang kerumah.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "

Oleh itu banyakkanlah beramal soleh, amal ibadah dan  amal kebajikan kerana ianya akan menjadi teman setia kalian di alam barzakh.

Keempat : Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang Mukmin itu terletak pada qiamulailnya.

Orang Mukmin yang hebat dan sentiasa menjaga hubungan hatinya dengan Allah s.w.t tidak akan meninggalkan qiyamulail kerana dengan qiyamulail akan memberi kekuatan rohani yang luar biasa untuk memikul amanah yang besar kepada Allah s.w.t.

Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamulail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”
( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Dari Sayidina Umar Ibnu Khattab, dari Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengerjakan solat di waktu malam (tahajjud) serta membaguskan solatnya, Allah akan memberikan dia kemuliaan sembilan macam. Lima macam di dunia, dan empat macam di akhirat.

“Yang lima macam di dunia, ialah :
1. Allah akan memeliharanya dari segala macam bahaya.
2. Ditunjukkan tanda-tanda sebagai orang yang taat pada mukanya.
3. Ia akan dicintai di hati orang-orang Mukmin dan segenap hati manusia umumnya dan
4. Pembicaraannya berisi hikmat ,
5. Dijadikan dia orang bijaksana, yakni dia dikurnai fikiran cerdas.

“Yang empat macam di akhirat nanti, ialah :
1. Dibangkitkan dia dari kubur, wajahnya putih bercahaya,
2. Akan dimudahkan dia waktu dihisab,
3. Ia akan melintas di atas shirat (titian) seperti kilat, dan
4. Diberikan buku amalannya di tangan kanannya di hari kiamat."

Lima : Kehebatannya apabila ia tidak bergantung kepada orang lain.

Kehebatan orang Mukmin adalah kerana ia hanya bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)."
(Surah al-Thalaq ayat 3).

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud :
“… Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.”
(Surah al-Maidah ayat 23)

Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Barangsiapa menginginkan dirinya menjadi orang terkuat hendaklah dia bertawakkal kepada Allah.”

Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita terhadap lima pesanan Jibril kepada Nabi s.a.w. Walaupun pesanan tersebut diberikan kepada baginda tetapi hakikat sebenarnya Jibril hendak memberi pesanan dan peringatan kepada semua manusia bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi dan kepentingan qiyamulail dan bertawakkal kepada Allah s.w.t. Semoga pesanan ini dapat kita hayati dalam kehidupan kita semua.

Kenikmatan Hidup di Syurga

Sahabat yang dikasihi Allah,
Syurga adalah tempat istirehat yang sebenarnya. Satu tempat istimewa yang disediakan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya yang telah mengabdikan diri mereka sepenuhnya ketika didunia. Banyak terhadap ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan tentang nikmat dan keseronokan tempat tinggal di Syurga Allah s.w.t.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata, "Ya Rasulullah dari apakah dibuat Syurga itu?".Jawab baginda : "Dari air."Kami bertanya : "Beritakan tentang bangunan Syurga?"Jawab baginda : "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakud, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya didalam Syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah : Wa dhillin mamdud (dan naungan yang memanjang terus).Dan di dalam Syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau di dengar telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia.Bacalah kamu : Fala ta'lamu nafsun maa ukh fia lahum min qurrati a'yunin jazza'an bima kanu ya'malun (Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dan kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan).Dan tempat pecut di dalam Syurga lebih baik dari dunia seisinya. Bacalah ayat : Faman zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam Syurga bererti telah untung)."(Hadis Riwayat Abul-Laits dari Abu Hurairah r.a.)

Kenikmatan yang paling tinggi sekali dan tidak ada nikmat yang lain dapat mengatasinya adalah apabila Allah s.w.t. mengizinkan ahli Syurga melihat zat Allah s.w.t.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :"Apabila ahli Syurga telah masuk ke Syurga, dan ahli Neraka telah masuk ke Neraka, maka ada seruan : 'Hai ahli Syurga Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu.'Mereka berkata : 'Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami, dan memutihkan wajah kami, dan memasukkan kami ke dalam Syurga, dan menghindarkan kami dari Neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihat-Nya, demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat zat Allah."(Hadis Riwayat Abul-Laits daripada Shuhaib r.a.)

Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud :"Rombongan pertama akan masuk Syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dari ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum, dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tinggi bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta."

Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya ahli Syurga itu muda semuanya, polos , halus, tidak ada rambut kecuali di kepala, alis dan di kelopak mata, sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s. enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata :' Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil, dan makan dari kebun Syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, dan dimakan oleh orang itu sekuatnya.'

Dan tiap wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang :Pertama : Selamat sejahtera kamu kerana kesabaranmu.Kedua : Masuklah ke Syurga dengan selamat dan aman.Ketiga : Itulah Syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.Keempat : Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.Kelima : Kami memberimu pakaian dan perhiasan.Keenam : Kami kawinkan kamu dengan bidadari.Ketujuh : Untukmu dalam Syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu.Kelapan : Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin.Kesembilan : Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya.Kesepuluh : Kamu tinggal dengan tetanga yang tidak mengganggu tetanggnya."

Anas bin Malik r.a berkata : Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Di dalam Syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia, dan cara beribadat bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya, dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di Syurga."

Sahabat yang dihormati,
Sebelum memasuki ke Syurga setiap manusia akan melalui siratul mustaqim, melainkan para syuhada yang memasuki Syurga tanpa hisab dan tidak perlu meniti siratul mustaqim.

Abul-Laits meriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Manusia semua akan berdiri di dekat Neraka kemudian mereka menyeberang di atas sirat (jambatan) di atas Neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang dan yang bagaikan kuda yang cepat larinya, dan seperti lari orang, dan ada yang bagaikan terbang burung, dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam Neraka, dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang di kanan-kiri Malaikat yang membawa bantolan untuk membantol (menyeret) orang-orang, maka ada yang selamat, ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api Neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdo'a Robbi sallim sallim (Ya Tuhan selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang terakhir masuk ke Syurga maka ketika ia selamat dari sirat terbuka baginya pintu Syurga dan merasa tidak ada tempat baginya di Syurga, sehingga ia berdo'a : 'Ya Tuhan tempatkan saya di sini.'

Jawab Tuhan : 'Kemungkinan jika Aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya?.'

Jawabnya :' Tidak, demi kemuliaan-Mu. Maka ditempatkan di situ', kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa kerendahan tempat yang diberikan padanya lalu ia berkata : 'Ya Tuhan tempatkanlah aku di situ.'

Di jawab oleh Tuhan : 'Kemungkinan jika Aku berikan kepadamu, kau minta yang lainnya?'

Jawabnya :' Tidak demi kemuliaan-Mu', kemudian diperlihatkan kepadanya Syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama, sehingga ditanya :' Apakah kau tidak minta?'

Jawabnya : 'Saya sudah minta sehingga merasa malu.'

Maka firman Allah yang bermaksud : 'Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di Syurga."

Abdullah bin Mas'ud berkata : " Nabi s.a.w jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya."

Di dalam hadis yang lain menceritakan bahawa di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi bidadari kerana perbuatannya ketika di dunia.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Kami cipta mereka baru, dan kami jadikan mereka tetap gadis, yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya, untuk orang-orang ahlil yamin"

Abu-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Arqam r.a. berkata : Seorang ahlil kitab datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya : "Ya Abal-Qasim apakah kau nyatakan bahawa orang Syurga itu makan dan minum?"Jawab Nabi s.a.w : "Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, seorang ahli Syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan, minum dan jima' (bersetubuh)"Ia berkata :'"Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang Syurga itu bersih tidak ada kotoran?'"Jawab Nabi s.a.w. : "Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau harum bagaikan kasturi."

Sahabat yang dimuliakan,
Abul-Laits berkata sesiapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara :
1.Manahan dari maksiat, firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan menahan nafsu dari maksiat maka Syurga tempatnya."

2.Rela dengan pemberian yang sederhana sebab dalam hadis yang bermaksud : "Harga Syurga itu ialah tidak rakus pada dunia."

3.Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan, sebab kemungkinan amal itulah yang menyebabkan pengampunan dan masuk Syurga. Allah berfirman yang bermaksud ; "Itu Syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu."

4.Cinta pada orang-orang soleh dan bergaul pada mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis yang bermaksud : "Perbanyaklah kawan, kerana tiap kawan itu ada syafa'atnya pada hari Qiyamat."

5.Memperbanyakkan do'a dan meminta masuk Syurga dan hasnul khatimah.

Anas bin Malik r.a berkata : Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Siapa yang meminta kepada Allah Syurga sampai tiga kali, maka Syurga berdo'a : 'Ya Allah, masukkan ia ke Syurga, dan siapa berlindung kepada Allah dari Neraka tiga kali, maka Neraka berdo'a ; 'Ya Allah hindarkan ia dari Neraka."

Ahli-ahli Syurga sentiasa sibuk berziarah di antara satu sama lain. Dikumpulkan semua ahli keluarga dari ayah, datok seterusnya keturunan di atas hingga ke datok kita pertama Nabi Adam a.s. Begitu juga dipertemukan anak, cucu, cicit dan serterusnya keturunan kita dibawah hingga kehari Qiyamat. Kalau kita di dunia hanya bertemu kaum keluarga yang terdekat sahaja tetapi di Syurga kita dapat bertemu semua ahli keluarga dan keturunan kita tanpa hadnya dan amat seronok dapat berbincang dan manceritakan amalan masing-masing hingga menyebabkan berhasil dapat memasuki Syurga.

Di Syurga juga kita dipertemukan dengan sahabat-sahabat, saudara seperjuangan dalam dakwah, rakan-rakan, jiran tetangga dan orang-orang soleh yang lain. Yang amat mengembirakan sekali kita dapat bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Bahasa yang di gunakan di Syurga adalah bahasa Arab, walaupun di dunia kita tak tahu bahasa Arab tetapi secara otomatik kita akan fasih berbahasa Arab kerana setiap hari kita solat menggunakan bahasa Arab. Sesiapa di dunia tidak pernah solat (dalam solat kita gunakan bahasa Arab) maka dia tidak akan memasuki Syurga.

Di Syurga kita diberikan kebenaran untuk berkomunikasi denga ahli Neraka, dan mereka melahirkan penyesalan kerana semasa di dunia mereka tidak mahu mendengar ajakan untuk beriman kepada Allah s.w.t. dan mentaati Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.

Syurga mempunyai 7 tingkat. Tingkat yang paling tinggi adalah Syurga Firdaus. Nabi s.a.w ada menyatakan bahawa kalau kita berdo'a mintalah pada Allah s.w.t. Syurga yang paling tinggi iaitu Syurga Firdaus. Di tingkat mana di dalam Syurga seseorang hamba itu di tempatkan adalah bergantung pada amalan masing-masing, semakin banyak amalan kebaikannya maka semakin tinggi tempat duduknya di Syurga.

Di Syurga juga terdapat sungai susu, sungai arak dan sungai madu. Kenderaan yang di gunakan bergantong kepada keinginan masing-masing. Apabila masuk sahaja ke dalam Syurga, maka Allah s.w.t. sediakan kuda dari permata dan mempunyai dua sayap yang boleh terbang dan bergerak kemana sahaja mengikut arahan penghuni Syurga tersebut.

Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya kepada baginda tentang hari akhirat.

1. Makanan yang menjadi hidangan pertama kali penghuni Syurga :

Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda ditanya,"Makanan apakah yang menjadi hidangan pertama kali penghuni Syurga?" Baginda menjawab, "Hati ikan." Ditanya kembali. "Kemudian apa lagi setelah itu?" Baginda menjawab,"Bagi mereka disembelihkan sapi Syurga yang biasa makan di tepian Syurga." Kemudian baginda ditanya lagi, "Apakah minuman mereka?" Maka, baginda menjawab, "Dari mata air Syurga yang bernama Salsabila."(Hadis Riwayat Muslim).

2. Ketika manusia bertemu Allah s.w.t. di hari akhirat :

Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda ditanya, "Apakah yang diperbuat oleh Tuhan kita ketika kita menemui-Nya? Baginda menjawab," Kalian dihidupkan di sisi-Nya, lembaran-lembaran jalan hidup kalian ditampakkan dihadapan-Nya, tidak ada hal sekecil apa pun yang tersembunyi di balik hati kalian. Demi Allah, Tuhan kalian tidak pernah salah sedikitpun dalam menghisab amal kalian. Seorang Muslim mukanya berseri-seri laksana kain yang putih bersih, adapun seorang kafir dihancur-leburkan seperti arang yang berwarna hitam pekat."(Hadis Riwayat Ahmad).

3. Mata air yang mengalir di Syurga :

Rasulullah s.a.w. ditanya, seperti apakah mata air yang mengalir di Syurga? Maka, baginda menjawab," Mata air dari madu yang murni, sungai-sungai dari khamar (arak) yang tidak menyebabkan mabuk dan penyesalan, sungai-sunagai dari susu yang tidak berubah rasanya, air jernih yang belum berubah dan buah-buahan. Demi Allah, kalian tidak pernah melihat kenikmatan ini di dunia dan tidak ada sedikitpun yang serupa dengannya."(Hadis Riwayat Ahmad).

4. Isteri-isteri di Syurga :

"Adakah kita akan mempunyai isteri di Syurga?" Maka, baginda menjawab, " Orang-orang yang soleh akan dinikahkan dengan wanita-wanita yang solehah. Kalian akan merasakan kenikmatan sebagaimana isteri-isteri kalian juga akan merasakan kenikmatan waktu di dunia. Perbedzaannya, hubungan intim di Syurga tidak menyebabkan kehamilan."(Hadis Riwayat Ahmad)

5. Hubungan badan dengan isteri-isteri di Syurga :

"Apakah kita berhubungan badan dengan isteri-isteri kita di Syurga? Maka, baginda menjawab, "Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seorang lelaki mampu berhubungan badan dengan seratus bidadari pada satu pagi." (Imam Hafidz Abu Abdullah al-Maqdisi mengatakan bahawa perawi hadis ini adalah sahih).

"Apakah ada hubungan badan di Syurga?" Maka, baginda menjawab, "Ya, demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya. Apabila ia telah berdiri dari isteri-isteri-Nya (telah selesai dari hubungan badan), mereka kembali perawan seperti semula." (perawi hadis ini adalah sahih dengan syarat Ibnu Hibban)

6. Makna kata "al-Kautsar."

Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda ditanya tentang makna kata "al-Kautsar". Maka , baginda menjawab, "Al-Kautsar adalah sebuah sungai yang dianugerahkan oleh Allah kepadaku di Syurga. Lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, terdapat burung yang lehernya seperti leher unta." Para sahabat bertanya, "Alangkah nikmatnya wahai Rasulullah! Maka, baginda bersabda,"Yang memakannya lebih merasakan nikmatnya berbanding yang sekadar mendengar saja."

7. Wanita yang pernah berkahwin lebih dari satu suami di dunia :

Diriwayatkan dari Rasulullah bahawa baginda ditanya , "Seorang wanita yang telah menikah dengan lebih dari dua atau tiga laki-laki, bersama siapakah ia tinggal di antara mereka di Syurga?" Maka, baginda menjawab, "Ia akan memilih yang paling mulia akhlaknya."

8. Penghuni Syurga saling menikah :

"Apakah penghuni Syurga saling menikah?" Maka, baginda menjawab, "Nafsu syahwat mereka tidak pernah putus dan kemaluan mereka tidak pernah lemas serta dorongan seksual mereka sangat kuat sekali."

9. Hubungan dengan isteri :

"Apakah penghuni Syurga juga berhubungan badan dengan isteri-isteri mereka?" Maka, baginda menjawab, " Sangat kuat dorongan seksualnya, tetapi mereka tidak mengeluarkan mani dan juga isterinya."

10. Penghuni Syurga tidak tidur.

"Apakah penghuni Syurga itu tidur?" Maka, baginda menjawab, "Tidur itu bererti mati, penghuni Syurga tidak pernah tidur,"

11. Di Syurga ada kuda dari permata :

"Apakah di Syurga ada kuda?" Maka, baginda menjawab, "Apabila masuk Syurga, kalian disiapkan seekor kuda tunggangan dari permata, yang mempunyai dua sayap, membawa terbang kemanapun kalian kehendaki di Syurga."

12. Wanita dunia lebih mulia dari bidadari :

"Apakah wanita dunia lebih utama dari bidadari yang bermata jelita?" Maka, baginda menjawab, "Wanita dunia adalah lebih mulia dari bidadari seperti keutamaan sesuatu yang nampak dari hal yang tersembunyi."

Lalu ia bertanya kepada Nabi s.a.w, "Hai Rasulullah, apakah yang menjadikannya demikian?" Baginda menjawab, "Kerana solat, puasa, dan ibadah mereka kepada Allah. Maka Allah menghiaskan cahaya di muka mereka dan membalutkan kain sutra pada tubuh mereka. Mereka berkulit putih, berpakaian hijau, perhiasannya kuning, pedupan mereka dari permata dan sisir mereka dari emas. Mereka seraya berkata, "Kita tinggal di Syurga selama-lamanya tidak pernah akan mati, menyelam dalam lautan kenikmatan tidak pernah mendapatkan musibah, dan kami menetap tidak pernah pindah selamanya, kami rela dan tidak pernah benci selamanya. Maka beruntunglah orang yang memiliki kami dan menjadi milik kami."

Marilah sama-sama kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t. dengan rahmat dan kasih sayang-Nya mengizinkan kita agar dapat memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan dan di jauhkan kita daripada Neraka.

Wednesday, September 1, 2010

Faktor-faktor Pemilihan Sahabat yang Baik

Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang Mukmin yang bertaqwa  akan memilih sahabat yang baik yang dapat membantunya ketika ia berada didalam kesusahan. Sahabat yang dapat memberi nasihat dan teguran ketika ia memerlukannya nasihat dan bimbingan. Untuk mendapat sahabat yang baik terdapat beberapa faktor dan kriteri yang perlu ada pada seseorang itu  :

1) Tidak tamak akan kenikmatan dunia (20:131)

“Seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (Hadis Nabi)

2) Tidak lalai menjalankan ibadah dan tidak melanggar tuntutan agama

“Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)

Tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih.

Hadis Nabi:  Mencintai seseorang itu semata-mata  kerana Allah.

3) Bersopan santun dalam berbicara

“Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.” (Hadis nabi)

4) Sentiasa mendo'akan dan merinduinya walaupun berjauhan.

…rindu, kedekatan, dan kehangatan perasaan adalah ibarat bahan bakar yang menyalakan ukhuwah abadi, menambah gelora semangat, dan meringankan segala beban yang ditanggung….aku hairan, mengapa selalu merindukan mereka
menanyakan keadaannya kepada setiap orang yang ku temui
padahal mereka di sini bersamaku
mataku mencari mereka ke sana kemari
padahal mereka ada di dekat pelupuknya
hatiku bergejolak merindukan mereka
padahal mereka ada di antara tulang rusukku

sekalipun wajahku tak dapat menatapmu lagi
namun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirna
aku tidak akan berhenti memujimu
dari kejauhan, bersama untaian do'a
jiwaku akan selalu merindukanmu
bersua bersama penuh ketulusan dan cinta

jiwaku adalah jiwanya
hasratnya adalah hasratku, hasratku adalah hasratnya

5)Tidak mengadakan perbicaraan rahsia (58:10)

“Jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yang lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”(Hadis Nabi)

6) Tidak keras kepala, bersedia menerima nasihat dan saran

“Cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.”
( Hadis Nabi)

7) Tidak bantah membantah walaupun berbeza sikap dan hobi, tidak bersikap sombong dan kasar

“Roh-roh itu bagaikan bala tentera, jika mereka saling kenal, maka akan bersatu. Namun jika tidak saling kenal, maka akan berselisih.” (Hadis Nabi)

8) Tidak memberi teguran di depan orang lain

Menegur secara hikmah jika ada sesuatu yang tidak betul.

9) Sentiasa memberi kemaafan dan bersikap toleransi .

terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannya
sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya
terimalah sahabatmu kerana jika ia menyakiti
lain kali ia membahagiakan siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat

“Seorang suami yang Mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap sebagian perangai isterinya, maka ia akan menyukai perangainya yang lain.”(hadis Nabi)

jika tak menegur bererti tiada cinta
cinta tetap bertahan selama ada teguran*

banyak yang tinggal jauh namun ia dekat dihati
banyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukai
apalah erti jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani

10) Tidak mudah percaya terhadap orang yang-orang yang mengadu domba dan tidak dengki dan dendam.

"…orang2 yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan…"(8:63)

11)Tidak  membuka rahsia

…jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan…

12) mengikuti prasangka(49:12)

orang Mukmin selalu mencari alasan agar boleh memaafkan, sementara orang munafik selalu mencari cari kesalahan.

13) Tidak mencampuri masalah peribadi

“diantara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (hadis Nabi)

14) Tidak  sombong dan mudah merasai simpati.

“Siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (hadis Nabi)

Setiap sahabat selalu dekat dikala senang namun sahabat sejati adalah yang tetap menemani
ketika penderitaan menimpa.

15) Tidak  menghitung hitung kebaikannya kepadamu

carilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya

16) Sering mengungkapkan perasaan cinta,…

“Jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”(hadis Nabi)

17) Tidak melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain

orang yang tidak boleh membuktikan cintanya kepada sahabat lama tidak akan mampu membangun cinta dengan sahabat baru

18) Tidak suka menonjolkan kelebihan peribadinya

Jika seorang daie mendermakan dakwahnya hanya untuk Allah semata, bukan untuk kepentingan peribadi, masalah-masaalah biasa tidak akan berubah menjadi masaalah besar atau malapetaka…

19) Menepati  janji

“Tanda tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mengingkari, dan jika dipercaya, ia berkhianat.”(hadis Nabi)

20) Selalu menceritakan perkara yang mengembirakan dan memberi semangat.

21) Bersederhana dalam cinta.

“Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti.”(hadis Nabi)


Dua Golongan Manusia

Sabda Rasulullah  s.a.w. bersabda yang maksudnya :"Tiap-tiap manusia berpagi-pagi atau bangun pagi,  ada yang menjual dirinya, lalu dimerdekakannya atau dibinasakannya " 
( Hadis Riwayat  Muslim)


Manusia itu terbahagi kepada dua bahagian :
Pertama : Yang menjual dirinya kepada Allah dengan cara  mengerjakan amal soleh. Maka dengan  perbuatannya ini Allah merdekakakan mereka dari kesengsaraan azab.


Kedua : Yang menjual dirinya kepada syaitan dan kepada hawa nafsu dengan mengikuti kehendaknya. Maka dengan usahanya ini dia sendiri membinasakan dirinya .


Maka nyatalah bahawa tiap-tiap manusia ada yang berusaha untuk membaiki dirinya dan ada pula yang berusaha untuk merosakkannya. Orang yang berusaha untuk taat kepada Allah bermakna menjual dirinya kepada Allah , dan ia dibebaskan  dari sengsara. Sebaliknya orang yang bekerja  untuk melakukan  maksiat kepada-Nya  bermakna menjual dirinya  dan menukarnya dengan kebinasaan. Akibatnya ia menerima kesusahan.
  

Pintu-pintu Kebaikan

Dari Mu'adz bin Jabal ra, dia berkata, "Aku berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkana ku ke dalam Syurga dan menjauhkan aku dari neraka!"

Baginda  bersabda, "Engkau telah menanyakan sesuatu yang besar kepadaku. Hal itu benar-benar mudah bagi orang yang dimudahkan Allah, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan janganlah menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya, hendaklah engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji di Al-Bait."

Kemudian baginda bersabda, "Ingatlah, akan ku beritahukan kepadamu beberapa pintu kebaikan: Puasa itu perisai dan sedekah dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air yang memadamkan api serta solat seseorang ditengah malam."

Kemudian baginda membaca ayat, "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdo'a kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap,dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
(Surah As-Sajdah ayat 16-17)

Kemudian baginda bersabda, "Bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang pangkal urusan dan sendi serta puncaknya?"

Aku bertanya, "Baik wahai Rasulullah."

Baginda bersabda, "Pangkal urusan adalah Islam. Sendinya adalah solat.Puncaknya adalah jihad." Kemudian baginda  bersabda, "Bagaimana jika ku beritahukan kepadamu maksud dari semua itu?"

Aku berkata, "Baik wahai Rasulullah."

Baginda memegang lidahnya dan bersabda, "Tahanlah ini!"

Aku bertanya, "Wahai Nabi Allah, apakah kami akan benar-benar dihukumi kerana apa yang kami katakan?"

Baginda  bersabda, "Ibumu mati karena melahirkanmu. Adakah manusia ditelungkupkan ke Neraka pada bagian wajah mereka, melainkan sebagai akibat dari lidah mereka?"
(HR. At-Tirmidzi. Menurutnya, ini hadits hasan shahih.An-Nawawiyah, hal. 81)

Oleh : Muhammad Khalil Al-Khathib


Yang Paling Manis Di Dunia

Saudaraku tercinta, hamba siapakah Anda? Apakah Anda hamba diri Anda sendiri? Apakah Anda hamba syahwat Anda sendiri? Milik siapakah Anda sebenarnya? Apakah tujuan Anda hidup didunia? Ini adalah pertanyaan-pertanyaan yang bertebaran bersama berbagai hal di kehidupan dunia ini.

Ibnu Taimiyyah rh, mencoba untuk menjawab atas semua pertanyaan ini dengan jawaban umum yang mampu mencakup segalanya, dan ternyata beliau tidak menemukan jawaban selain berikut ini: "Betapa malangnya penduduk dunia yang keluar dari dunia ini tanpa sempat merasakan hal yang paling manis di dalamnya."

Beliaupun kemudian ditanya, "Apakah gerangan hal yang paling manis di dunia?" Beliau pun menjawab, "Mencintai Allah s.w.t. adalah yang paling manis."

Saya melihat Anda bingung dengan jawaban ini! Saudaraku tercinta, pahamilah hal-hal global sebagaimana mestinya! Apakah Anda mengerti apa yang saya maksud?Misalnya Anda sedang berada di sebuah jalan yang bercabang, tapi kemudian Anda tahu bahwa jalan-jalan ini berujung pada satu poros. Itulah titik "mencintai Allah"

Ini merupakan pengantar untuk mendalami tema "Khusyuk dalam Solat" Alangkah bahagia hati Anda sekarang, sebab ia tengah berada dalam kerinduan yang mendalam untuk bisa khusyuk di hadapan Allah s.w.t..

Salah satu hal yang sangat merintangi seseorang menuju kekhusyukan ketika solat adalah banyaknya tolehan dan gerakan badan, begitupun sikap lalai dalam solat. Anda bisa melihat ada orang-orang yang melakukan hal-hal aneh tatkala solat. Satu contoh, orang yang mengerjakan solat dengan sedemikian cepat seolah sebuah senam aerobik, juga yang solat disamping televisi yang tengah menyala, atau solat namun matanya berputar mengamati rumah dari depan hingga belakang, dari atas hingga bawah.

Ada juga yang ketika solat mengangkat suaranya agar anaknya terdiam, atau menengok-nengok kearah jam saat ia tengah berada dalam solatnya. Bahkan ada juga yang gerakannya lebih cepat dari patukan ayam jantan, dimana ia melakukan sujud namun ujung kepalanya hampir tidak menyentuh lantai.

Ini merupakan contoh-contoh yang tidak bisa diteladani! Apakah Anda mengiraAllah s.a.w. akan mengabulkan solat semacam ini?

Di manakah kekhusyukkan? Manakah thuma'ninah dan ketenangan? Bahkan manakah wujud solat yang hakiki? Apakah shalat semacam ini akan mampu membuahkan hasil?

Oleh : Amru Khalid


Tuesday, August 31, 2010

Menghidupkan Bulan Ramadhan (Part 6)




TETAP DUDUK DI DALAM MASJID HINGGA TERBIT MATAHARI

Apabila Rasulullah s.a.w.. selesai menunaikan
solat Subuh, beliau selalu duduk di tempat solatnya hingga terbit matahari.
(HR. Muslim)

Imam At-Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadis dari Anas bin Malik dari Rasulullah, bahawa baginda bersabda yg bermaksud:

“Barangsiapa solat fajar berjama’ah di masjid, kemudian tetap duduk berzikir mengingat Allah, hingga terbit matahari lalu solat dua rakaat (Dhuha), maka seakan-akan ia mendapat pahala haji dan umrah dengan sempurna, sempurna dan sempurna.” (Dinyatakan shahih oleh Al-Albani)

Hal ini berlaku pada setiap hari, maka bagaimana pula bila dilakukan pada bulan Ramadhan?
Wahai saudaraku, semoga Allah menjaga engkau, berusahalah mendapatkan pahala yang agung ini. Dengan tidur malam yang cukup dan meneladani orang-orang soleh. Senantiasa bersungguh-sungguh dalam mencari keredhaan Allah s.w.t. , dan selalu bertekad untuk mencapai derajat yang tinggi di dalam Syurga.

p/s: Maafkan Jihan ye shbt2 mungkin nota ini yg terlewat pos... kerna tinggal beberapa hari lagi nak akhirnya Ramadhan, InsyaAllah dgn ini Jihan dapat berkongsi juga berharap agar shbt2 dapat manfaatnya... ameen ya rabb...:)

Nur Jihan Binti Mat Basir,

Berdo'alah Kepada Allah Semoga Kita Memperolehi Malam Lailatul Qadar.




Sahabat yang dirahmati Allah,
Apakah malam LailatulQadar?

Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:

1. Al-Qur'an diturunkan pada malam Lailatul Qadr.

2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa
setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang
setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.(83 tahun 4 bulan)

3. Para Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.

4. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).

5. Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa. (Banyakkan berdo'a, bermunajat, berikhtikaf di masjid, solat tahajjud, berzikir- tahlil, tahmid dan takbir, berselawat dan membaca al-Qur'an)

6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas.
(Ulama ada menyatakan malam itu suasannya hening dan damai. Hati kita merasai tenteram dan bahagia kerana keberkatan malam tersebut)

Kenapa Lailatul Qadr Dipilih Ianya Berlaku Pada 10 Malam Terakhir?
Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah
mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta
momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam
amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang Mukmin
melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga
pagi.

Persiapan menghadapi malam Al-Qadr ialah selama 10 hari sebab ia berlaku pada 10
malam terakhir Ramadan, bukannya sehari dua. Pastinya Allah akan menganugerahkan malam Al-Qadr pada mereka yang bersedia untuk 10 malam dan bukan hanya untuk semalam dua sahaja. Inilah falsafah Lailatul Qadr iaitu kita perlukan dalam kehidupan ketika persiapan yang teliti tanpa membenarkan ruang-ruang kerugian untuk mendapatkan kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t. Adapun ketentuan malam Al-Qadr itu pada malam-malam ganjil adalah untuk tidak terlalu memenatkan kita beribadah berterusan pada 10 malam terakhir kerana ada keselangselian. Allah pastinya menganugerahkannya pada orang yang ikhlas.
Apakah Amalan Pada Malam Lailatul Qadr?

Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam.
Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah,
membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdo'a. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a.
berkata:
``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya
ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon
pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba-hamba-
Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' 
(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Do'a lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan
peliharalah kami dan siksa neraka (Surah Al-Baqarah ayat 201).


Aisyah juga pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda jika aku mengetahui waktu lailatul Qadr, apa yang aku ucapkan di malam itu?” Beliau menjawab: “Ucapkanlah: Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii (wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah daku).” 
(HR. Ibnu Majah dan at-Tirmidzi dengan sanad yang shahih) 

Tanda-tandanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberitahukan tanda-tanda Lailatul Qadr di dalam beberapa hadisnya, antara lain: Dari Abu Hurairah dia berkata: “Kami memperbincangkan Lailatul Qadr di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda bersabda: ”Siapa diantara kalian yang mengingat ketika bulan muncul, yang bulan itu seperti separuh piring”. (HSR. Muslim)

Ubay bin Ka’b berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bila Lailatul Qadr itu, iaitu malam yang kami diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk solat padanya. Iaitu malam yang esok paginya (adalah hari ke) dua puluh tujuh. Adapun tandanya adalah matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan putih tidak menyilaukan.” 
(HSR. Muslim no. 762, Tirmidzi, Abu Dawud, al-Humaidi dan lainnya).

Ibnu Abbas berkata: “Lailatul Qadr adalah malam yang lembut, sedang, tidak panas, tidak dingin; matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan lembut, merah“. (HR. at-Thayalisi 349, Ibnu Khuzaimah dan al-Bazzar dengan sanad yang hasan)



Sahabat yang dimuliakan,
Kenapakah malam Lailatul Qadar menjadi rahsia? Terdapat kisah pertengkaran dua orang sahabat Nabi s.a.w.
Dan memang ilmu tentang hal tersebut telah diambil oleh Allah daripada Nabi gara-gara kesalahan (iaitu pertengkaran) yang dilakukan oleh dua lelaki di antara umat baginda. 

‘Ubadah bin as-Shamit berkata: “Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar akan memberitahukan tentang Lailatul Qadr, lalu ada dua lelaki di antara kaum muslimin bertengkar maka baginda bersabda: “Sesungguhnya aku keluar untuk memberitahukan kalian tentang Lailatul Qadr. Tetapi sesungguhnya si Fulan dan si Fulan bertengkar sehingga diangkatlah (ilmu tentang waktu Lailatul Qadr). Namun mudah-mudahan hal itu lebih baik bagi kalian. Carilah Lailatul Qadr pada malam tujuh, sembilan dan lima (yang terakhir).”
(HR. al-Bukhari).
Akhirkata marilah kita bersama-sama hidupkan malam-malam sepuluh terakhir ini dengan hati yang khusyuk dan tawaduk. Sibukkanlah hati dan fikiran kita dengan ibadah dan hubungan hati kita dengan Allah s.w.t. Jangan dipersia-siakan malam yang penuh berkat ini. Masa untuk membeli belah dan  persiapan hari raya gunakanlah waktu siang hari dan jangan di ganggu waktu malam hari kerana masa berharga ini tak akan di dapati digantikan lagi ianya datang setahun sekali dan masa yang berlalu tak akan ada penggantinya. Inilah masa untuk kita buat pelaburan untuk saham akhirat. Pelaburan ini tak perlukan wang ringgit tetapi ianya memerlukan masa dan hati yang cekal dan azam yang tinggi.

Sesuatu yang berharga tak mungkin boleh kita perolehi dengan usaha sambil lewa, oleh itu berusahalah semaksima mungkin, berdo'alah dengan bersungguh-sungguh hingga mampu mengalirkan air mata penyesalan. Solatlah dengan khusyuk seolah-olah kalian melihat Allah, jika kalian belum sampai ketahap itu maka yakinlah Allah sedang melihat apa yang kalian kerjakan.

Berdo'alah Kepada Allah Supaya Menjadi Barisan ke12 di Hari Akhirat.

 Sahabat yang dirahmati Allah,
Setelah Malaikat Israfil a.s.  meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa Padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Ketika itu  manusia akan terbahagi kepada dua belas  barisan . Manusia akan dikumpulkan mengikut bariasan masing-masing bergantung kepada amalan kebaikan atau  keburukan yang mereka lakukan ketika berada di dunia.

Sahabat yang dimuliakan,
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a menghadap Rasulullah s.a.w dan bertanya:

"WahaiRasulullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t. :
'Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" 
(Surah Naba' ayat 18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. 

Lalu baginda menjawab : "Wahai Muaz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris . Maka dinyatakan apakah12 barisan tersebut :
 
BARISAN PERTAMA
Digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."

BARISAN KEDUA
Digiring dari kubur berbentuk babi hutan. Suara dari sisi Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meninggalkan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."

BARISAN KETIGA
Merekaberbentuk keledai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Digiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli"

BARISAN KELIMA
Digiring dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah s.w.t.  menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah s.w.t. , maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."

BARISAN KEENAM
Digiringdari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Merekaadalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."

BARISAN KETUJUH
Digiringdari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."

BARISAN KEDELAPAN
Digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Digiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang durhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Digiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka digiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang berama saleh dan banyak berbuat baik.

Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Syurga, mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih."

Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita, kedudukan kita sekarang ini berada dibarisan mana? Adakah kita berada disalah satu dari barisan pertama hingga ke dua belas? Jika kita berada di barisan pertama hingga ke sebelas adalah amat malang sekali kerana mereka yang berada dibarisan ini akan dihumbankan kedalam Neraka kerana dosa dan kesalahan mereka ketika di dunia dan mereka tak sempat hendak bertaubat.

Jika kita berada dibarisan ke dua belas alhamdulillah kerana barisan ini sahaja akan terselamat daripada azab Allah s.w.t. dan kita akan dihisab dengan mudah dan akan meniti sirat seperti kilat dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Marilah sama-sama kita beristighfar, bertaubat dan berdo'a kepada Allah s.w.t semoga kita terpilih menjadi hamba Allah yang dirahmati dan diredhai, di ampunkan dosa-dosa kita  dan dimasukkan kedalam barisan ke dua belas yang terselamat daripada siksaan api Neraka.

Monday, August 30, 2010

10 Keistimewaan Orang Berpuasa.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita meghayati kemuliaan dan keistimewaan ibadah puasa yang fardukan oleh Allah s.w.t semoga dengan memahami hikmah dan kebaikan ibadah puasa ini akan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah s.w.t., di antaranya ialah:

Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di Syurga yang dinamai Al Rayyan. Pintu Syurga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.

Kata Nabi s.a.w.dalam satu hadisnya yang bermaksud : " Pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).

Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad s.a.w sebagai benteng yang kokoh dari siksa api Neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Nabi s.a.w.  bersabda maksudnya : “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi).

Nabi s.a.w. menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan mengumpat. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).

Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak kasturi. Sehingga Nabi s.a.w. bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak kasturi.”

Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia ketika berbuka dan ketika bertemu Allah,” kata Nabi s.a.w dalam hadis  riwayat Imam Muslim.

Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari berbagai  penyakit. “Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Sayyid Muhammad  menegaskan bahawa rahasia kesehatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan materi-materi kotor lainnya dari dalam tubuh.
Menurut kerangka berpikir beliau puasa ialah cara mendapatkan kesehatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Surah  Al Baqarah ayat 183).

Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api Neraka. Matanya tak akan sampai melihat siksaan api Neraka dalam bentuk apapun juga. Nabi s.a.w. yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api Neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman, “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang Mukmin itu.” (Surah At Taubah ayat 112).

Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) kepada  Allah. Makna lawatan, tegas beliau, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) boleh sampai kepada Allah. Lawatan kepada Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilaksanakan  (contoh makan, minum, mendatangi isteri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Sayyid Muhammad cuba mentafsirkan ayat 10 dalam Surah Az Zumar : “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” Orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari Zat Yang Maha Pemberi, Allah s.w.t.

Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerana  orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadis  riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan do'anya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”

Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama seperti dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi s.a.w.bersabda maksudnya : " Seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan meski hanya seteguk air. (Hadis Riwayat  Abu Ya`la).

Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjemaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) baginya.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menghayati 10 keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada mereka yang berpuasa ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Di harapkan sampai akhiran bulan Ramadhan, semua dosa-dosa kita di ampunkan oleh Allah s.w.t., dapat pembebasan daripada api Neraka dan memperolehi taqwa kepada Allah s.w.t.

(Sumber daripada  Pondok Habib)

Menghidupkan Bulan Ramadhan (Part 5)




MEMBACA AL-QURAN DENGAN KESUNGGUHAN

Ada dua perkara yang perlu saya sampaikan kepada saudara-saudariku sekalian berkenaan dengan keadaan Salafus Soleh dalam bulan suci ini:

A. Banyak Membaca Al-Qur’an

Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Kita semua dianjurkan agar memperbanyak membaca Al-Qur’an pada bulan ini. Di antara keadaan Salafus Soleh
adalah selalu menyibukkan diri dengan hal-hal yang berkaitan dengan Al-Qur’an (mulai dari membaca, mempelajari dan mentadabburinya). Malaikat Jibril
memperdengarkan Al-Qur’an kepada Rasulullah S.A.W. pada bulan Ramadhan. Usman bin Affan mengkhatamkan Al-Qur’an setiap hari pada bulan
Ramadhan.

Sebahagian Salafus Soleh mengkhatamkan Al-Qur’an dalam solat Tarawih setiap tiga malam sekali. Sebahagian lagi setiap tujuh malam sekali. Sementara
sebagian lainnya mengkhatamkannya setiap sepuluh malam sekali. Mereka selalu membaca Al-Qur’an baik di dalam solat maupun di luar solat.

Bahkan Imam Asy-Syafi’i dapat mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak enam puluh kali di luar solat dalam bulan Ramadhan.

Sementara Al-Aswad mengkhatamkannya setiap dua hari sekali. Adapun Qatadah selalu mengkhatamkannya setiap tujuh hari sekali di luar Ramadhan, sedangkan pada bulan Ramadhan beliau mengkhatamkannya setiap tiga hari sekali. Dan pada sepuluh terakhir bulan
Ramadhan beliau mengkhatamkannya setiap malam.

Pada bulan Ramadhan Imam Az-Zuhri menutup majlis-majlis hadith dan majlis-majlis ilmu yang biasa diisinya. Beliau mengkhususkan diri membaca Al-Qur’an dari mushaf.

Demikian pula Imam Ats-Tsauri, beliau meninggalkan ibadah-ibadah lain dan mengkhususkan diri untuk membaca Al-Qur’an.

Ibnu Rajab berkata: “Larangan mengkhatamkan Al-Qur’an kurang dari tiga hari tertuju bagi yang membiasakan hal itu. Adapun pada waktu-waktu yang
utama seperti bulan Ramadhan, terkhusus lagi pada malam-malam yang diperkirakan sebagai malam Lailatul Qadar, atau di tempat-tempat yang utama, seperti Makkah bagi selain ahli Makkah, maka dianjurkan agar memperbanyak membaca Al-Qur’an. Supaya mendapat keutamaan pada waktu dan tempat tersebut. Inilah pendapat Imam Ahmad, Ishaq, dan ulama lainnya. Demikianlah yang dapat kita saksikan dari kebiasaan mereka sebagaimana yang telah kita sebutkan tadi.

B. Menangis Tatkala Membaca Atau Mendengar Al-Qur’an

Mendendangkan Al-Qur’an layaknya mendendangkan syair tanpa mentadabburi dan memahaminya bukanlah termasuk petunjuk Salafus Soleh. Bahkan jiwa mereka
bergetar dan hati mereka tersentuh begitu mendengar untaian Kalamullah dibacakan.

Dalam Shahih Al-Bukhari diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a. bahwa ia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al-Qur’an untukku!” Aku berkata: “Apakah aku membacakannya untukmu sedangkan ia diturunkan kepadamu?”

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Aku senang mendengarkannya dari orang lain.” Aku pun membacakan untuknya surat An-Nisa’, hingga sampai pada ayat yang berbunyi:
“Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti), apabila kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).” 
(Surah An-Nisa’: 41)

Beliau mengatakan: Hasbuka (cukup). Aku menoleh kepadanya, ternyata kedua mata beliau menitiskan air mata.”

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan sebuah hadith dari Abu Hurairah r.a.ia berkata: “Tatkala turun ayat:
“Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis.”
(Surah An-Najm: 59-60)

Ahlu Suffah (orang yang bermukim di serambi masjid Nabi) menangis hingga titisan air mata membasahi pipi mereka. Ketika hal itu didengar oleh Rasulullah S.A.W., beliau tersentuh dan ikut menangis bersama mereka. Melihat hal itu kami pun turut menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk api Neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah.”

Suatu ketika Abdullah bin Mas’ud membaca surat Al-Muthaffifin, tatkala sampai ayat yang berbunyi:
“Iaitu hari ketika manusia berdiri menghadap Rabb semesta alam.” 
(Surah Al-Mutahffifin: 5)
beliau menangis hingga bersimpuh dan tidak mampu melanjutkan ayat berikutnya.

Diriwayatkan dari Muzahim bin Zufar ia berkata: “Pada suatu kesempatan, Sufyan Ats-Tsauri mengimami kami solat. Ketika sampai ayat: “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon
pertolongan.” 
(Surah Al-Fatihah: 5) 
beliau menangis hingga terputus bacaannya sehingga beliau mengulanginya
kembali dari awal.”

Diriwayatkan dari Ibrahim bin Asy’ats ia berkata: “Pada suatu malam saya mendengar Fudhail tengah membaca surat Muhammad hingga beliau menangis dan mengulang-ulang ayat berbunyi:
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.” 
(Surah Muhammad:31)

Beliau berkata: “Dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu!” beliau terus mengulang-ulang: “Agar Engkau menyatakan baik buruknya hal ehwal
kami!” Jika Engkau nyatakan hal ehwal kami, akan tersingkaplah buruk-buruk kami. Jika Engkau nyatakan hal ehwal kami, nescaya Engkau akan membinasakan dan mengazab kami,” sedangkan beliau tetap terus menangis.
 
(Nur Jihan Binti Mat Basir)