Thursday, October 2, 2014

Konsep Penentuan Awal Bulan Islam Dan Hari Kebesaran Islam Di Malaysia


1. PENDAHULUAN

Penentuan awal bulan Hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari.

Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadah puasa, hari raya dan hari raya korban.

Berdasarkan pedoman yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis dan juga pendapat ulama daripada kitab-kitab muktabar, lahir tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:-

a) Rukyah ( melihat anak bulan ) semata-mata.

b) Hisab Falak semata-mata.

c) Rukyah dan Hisab dengan menggunakan criteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan ( Hilal ).

Wujudnya perbezaan amalan dan cara di atas, adalah daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan.Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan cara penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur rukyah.

Tujuan penulisan ini adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai cara penentuan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah yang di amalkan di Malaysia dan asas-asas yang digunakan dalam melaksanakan kaedah tersebut.

2. DALIL-DALIL SYARAK MENGENAI PENENTUAN AWAL BULAN RAMADHAN, SYAWAL DAN ZULHIJJAH.

Nas Al-Quran dan Hadis banyak menerangkan panduan menentukan awal bulan atau waktu-waktu terutama dalam melaksanakan ibadat.

a) Firman Allah SW.T Surah Al-Baqarah ayat 189:

Maksudnya:

“Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit.Katakanlah bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan bagi ibadah haji…….”

Hadis Rasulullah S.A.W. diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari:

Maksudnya:

“Berpuasalah kamu kerana melihat Hilal dan berbukalah kamu kerana kamu melihat Hilal.Bila Hilal tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban tiga puluh”.

Pendapat Ulama’ Daripada Kitab-kitab Muktabar.

Daripada Kitab Bidayatul Mujtahid dari Juzuk pertama ( muka surat 242-243 ).

Maksudnya:

“Bila Hilal ditutupi awan, maka ia kembali kepada Hisab yang berdasarkan bulan dan matahari, itulah mazhabnya Muttarraf Bin Suhair, beliau termasuk ulama’ besar tabi’in dan Ibnu Suraj bercerita daripada Imam Syafie bahawa Imam Syafie berkata; orang yang mazhabnya itu mengambil pedoman dengan bintang-bintang dan kedudukan bulan kemudian jelas baginya menurut dalil tersebut, bahawa bulan telah boleh dilihat tetapi tertutup oleh awan, maka orang tersebut boleh melaksanakan puasa dan cukuplah baginya”.

Berdasarkan dalil-dalil Al-quran, Hadis dan pendapat ulama’ serta kajian astronomi moden,
penyelesaian jalan tengah dengan cara rukyah dan hisab adalah menjadi pilihan untuk diamalkan di Malaysia kerana ia lebih hampir kepada kehendak syarak.

3. FAKTOR PERSELISIHAN

3.1) Punca-punca perselisihan berlaku dari segelintir rakyat Malaysia yang dikenali dengan kumpulan Islah.Golongan tersebut tidak menerima pengisytiharan rasmi Hari Raya Korban Kerajaan Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia pada tahun 2000 dan 2001 Miladiah yang lalu.Golongan tersebut menyambut Hari Raya Korban berdasarkan pengisytiharan Wukuf di Padang Arafah oleh Kerajaan Arab Saudi.

3.2) Perselisihan juga berlaku kerana terdapat kekeliruan pendapat pada 9 Zulhijjah (Hari Wukuf), sunat berpuasa pada hari tersebut dan ganjaran pahalanya sama dengan setahun beribadah.

Kebanyakan rakyat malaysia terkeliru dan tidak mengetahui kaedah dan syarat-syarat penetapan awal bulan Zulhijjah yang digunakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

4. RASIONAL DARI SUDUT MATLAK ( TEMPAT TERBIT ) DI MALAYSIA.

4.1) Kerajaan Arab Saudi menggunakan matlak dengan kaedah rukyah semata-mata, terbuka kepada semua rakyatnya.Sesiapa yang melihat Hilal Zulhijjah boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab atau berkuasa dengan saksi.

Kerajaan Malaysia menetapkan awal bulan Zulhijjah dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah dengan mengambil kira matlak negara-negara MABIMS.Pada 29 Zulkaedah semua tempat cerapan rasmi sebanyak 26 tempat di seluruh Malaysia akan dicerap oleh Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan dengan menggunakan peralatan moden seperti teleskop digital dan teodolit.

4.2) Terdapat perbezaan matlak yang jauh diantara Malaysia dan Arab Saudi. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara ialah lima jam. Oleh itu ketika Hilal dilihat di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut berada pada kedudukan 1.25° lebih tinggi di Matla’ Malaysia.

4.3) Bagi rakyat negara Malaysia yang bermazhab Syafie, mereka perlu memahami bahawa setiap negara di dunia ini mempunyai matla’ atau kawasan lingkungannya sendiri. Oleh itu Malaysia tidak harus mengikut keputusan cerapan hilal yang dilaksanakan oleh Arab Saudi.

5. HUKUM PUASA DAN MAKLUMAT YANG BERKAITAN

Umumnya, masyarakt Islam mengetahui adanya puasa sunat pada hari Arafah. Puasa ini sunat dilakukan oleh mereka yang tidak mengerjakan haji. Pelakunya dijanjikan dengan ganjaran yang besar sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.

Daripada Abi Qatadah yang berbunyi :-

Maksudnya:

Daripada Abi Qatadah bahawa Nabi S.A.W. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Banginda menjawab : Ia menghapuskan dosa yang dikerjakan pada tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.

(Riwayat Muslim)

Sekiranya diteliti, hadis di atas dan dalil yang lain menerangkan kelebihan mereka yang berpuasa pada hari Arafah. Namun demikian, kita perlu mengetahui pada waktu bilakah umat Islam di Malaysia dan Arab Saudi dan juga perbezaan matla’. Kita perlu memilih sama ada berpuasa pada hari Arafah sebenar di Arab Saudi atau mengikut takwin sebenar kita di Malaysia. Hukum berpuasa pada salah satu hari tersebut tetap sah.

Faktor kedudukan geografi dan kesesuaian negara Malaysia menentukan setiap awal bulan Islam dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kreteria Imkanur rukyah adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian. Konsep penentukan awal bulan Islam adalah berdasarkan kaedah jangkaan kenampakan anak bulan atau Imkanur rukyah yang mengikut syarat berikut :-
Ketika matahari terbenam.

a) Ketinggian (altitud) bulan tidak kurang daripada 2°

Dan

b) Jarak lengkok matahari tidak kurang 3°

Atau

c) Ketika matahari terbenam umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.

6. ASAS PERTIMBANGAN KEPUTUSAN PERLU DI KEKALKAN.

6.1) Kaedah penetapan Hari Raya Korban mengikut kaedah Hisab dan Rukyah berdasarkan imkanurrukyah sama seperti penetapan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah lebih sesuai untuk diamalkan di Malaysia.

6.2) Bedasarkan keputusan Majlis Raja-Raja Malaysia dan persetujuan Mufti seluruh negeri-negeri di Malaysia bagi penetapan awal Zulhijjah seperti penetapan awal Ramadhan dan awal Syawal dengan melihat anak bulan di tempat rasmi seluruh Malaysia.

6.3) Perbezaan zon masa di antara Malaysia dan Arab Saudi adalah jauh selama (5) lima jam berdasarkan GMT Malaysia (8) lapan jam manakala Arab Saudi (3) tiga jam.

7. PENUTUP

Amalan Umat Islam di Malaysia menetapkan awal Zulhijjah dikekalkan dengan rukyah dan Hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah adalah bertujuan untuk di selaraskan dengan keputusan negara jiran tetangga iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

Keputusan ini perlu dikelalkan untuk tujuan keharmonian bagi sesebuah negara dan tidak perlu mengikut pengisytiharan wukuf Arafah oleh kerajaan Arab Saudi. Hukum ibadah puasa yang dilakukan tiada terjejas dan ia melibatkan perkara sunat yang perlu kepada pemahaman terhadap ibadat tersebut. Semoga dengan risalah kecil ini akan memberi pendedahan kepada masyarakat agar tidak timbul kekeliruan tentang amalan yang digunakan di Malaysia pada masa sekarang dan yang akan datang. Wallahua’lam.

Disediakan oleh:

Bahagian Falak Syarie,
Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Tuesday, September 30, 2014

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah.



1. Solat subuh memelihara setiap muslim

Űčن ŰŁŰšÙŠ ۰۱ Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه Ù‚Ű§Ù„: Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…:من Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ű”ŰšŰ­ فهو في Ű°Ù…Ű© Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù….

Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan solat subuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (Hadis Riwayat Muslim)

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba membuat Allah membukti janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam neraka” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis menjelaskan bahawa Allah Taala akan memberi perlindungan bagi mereka yang menunaikan solat subuh berjemaah dan perlindungan dari Allah adalah sebesar-sebesar lindungan

2. Solat Subuh Setara dengan Qiyamullail

من ŰŽÙ‡ŰŻ Ű§Ù„Űčێۧۥ ÙÙƒŰŁÙ†Ù…Ű§ Ù‚Ű§Ù… Ù†Ű”Ù Ù„ÙŠÙ„Ű©, ومن ŰŽÙ‡ŰŻ Ű§Ù„Ű”ŰšŰ­ ÙÙƒŰŁÙ†Ù…Ű§ Ù‚Ű§Ù… Ù„ÙŠÙ„Ű© Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù….

Orang yang ikut solat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah solat setengah malam. Orang yang ikut solat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan solat sepanjang malam (qiyamullail). (Hadis Riwayat Muslim)


Solat Subuh berjemaah di Bulan Syawal mengatasi solat sunnat di malam Ramadan kerana mencari al-Qadar. Ini kerana solat Subuh adalah wajib sedang solat sunnat malam walaupun ia muakkad (amat dituntut) namun statusnya masih lagi sunnat.

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

3. Solat Subuh Menyelamatkan Pelakunya daripada Api Neraka

Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…: لن ÙŠÙ„ŰŹ Ű§Ù„Ù†Ű§Ű± ŰŁŰ­ŰŻ Ű”Ù„Ù‰ Ù‚ŰšÙ„ Ű·Ù„ÙˆŰč Ű§Ù„ŰŽÙ…Űł ÙˆÙ‚ŰšÙ„ ŰșŰ±ÙˆŰšÙ‡Ű§ Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù…

"Tidak akan masuk neraka seseorang yang solat sebelum terbit matahari (solat subuh) dan sebelum terbenam. (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. : “Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1.dibebaskan daripada api neraka, 2. dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

4. Solat Subuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga

من Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„ŰšŰ±ŰŻÙŠÙ† ŰŻŰźÙ„ Ű§Ù„ŰŹÙ†Ű©

"Orang yang melakukan solat baradain (ashar dan subuh) masuk syurga."

5. Solat Fajar Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya
Ű±ÙƒŰčŰȘۧ Ű§Ù„ÙŰŹŰ± ŰźÙŠŰ± من Ű§Ù„ŰŻÙ†ÙŠŰ§ ÙˆÙ…Ű§ÙÙŠÙ‡Ű§ Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù…

Dua rakaat solat Fajar (solat sunat sebelum subuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya (Hadis Riwayat Muslim)

6. Solat Subuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang

۱َوَى Ű§Ù„ŰȘِّ۱ْمِŰ°ِيّ Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ© Űčَنْ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّه Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ فِي قَوْله, ” وَقُ۱ْŰąÙ† Ű§Ù„ْفَŰŹْ۱ Ű„ِنَّ قُ۱ْŰąÙ†Ű§Ù„ْفَŰŹْ۱ كَŰ§Ù†َ مَŰŽْهُÙˆŰŻًۧ ” قَŰ§Ù„َ: ŰȘَŰŽْهَŰŻÙ‡ُ مَلَۧۊِكَŰ© Ű§Ù„Ù„َّيْل وَمَلَۧۊِكَŰ© Ű§Ù„Ù†َّهَۧ۱ هَŰ°َۧ Ű­َŰŻِÙŠŰ« Ű­َŰłَن Ű”َŰ­ِÙŠŰ­.

Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari Nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Solat subuh itu disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”. (Hadis Riwayat Imam At-Tirmizy)

At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadis ini hasan sahih.

وَ۱َوَى Ű§Ù„ْŰšُŰźَۧ۱ِيّ Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ© Űčَنْ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّه Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ: فَ۶ْل Ű”َلَۧ۩ Ű§Ù„ْŰŹَمِيŰč Űčَلَى Ű”َلَۧ۩ Ű§Ù„ْوَِۭۧŰŻ ŰźَمْŰł وَŰčِŰŽْ۱ُونَ ŰŻَ۱َŰŹَŰ© وَŰȘَŰŹْŰȘَمِŰč مَلَۧۊِكَŰ© Ű§Ù„Ù„َّيْل وَمَلَۧۊِكَŰ© Ű§Ù„Ù†َّهَۧ۱ فِي Ű”َلَۧ۩ Ű§Ù„Ű”ُّŰšْŰ­

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya, ”Solat berjamaah lebih diutamakan dari solat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu dalam solat subuh (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Orang Yang Solat Subuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat

Ù‚Ű§Ù„ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…: ۚێ۱ Ű§Ù„Ù…ŰŽŰ§ŰŠÙŠÙ† في Ű§Ù„ŰžÙ„Ù… Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù…ŰłŰ§ŰŹŰŻ ŰšŰ§Ù„Ù†ÙˆŰ± Ű§Ù„ŰȘŰ§Ù… يوم Ű§Ù„Ù‚ÙŠŰ§Ù…Ű© Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°ÙŠ ÙˆŰ§ ŰšÙ† Ù…Ű§ŰŹÙ‡

Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (Hadis Riwayat Tirmizy dan Ibnu Majah)

8. Orang Munafik Merasa Berat dan Malas untuk Solat Subuh

ÙˆŰ„Ű°Ű§ Ù‚Ű§Ù…ÙˆŰ§ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© Ù‚Ű§Ù…ÙˆŰ§ ÙƒŰłŰ§Ù„Ù‰ ÙŠŰ±Ű§Ű€Ù† Ű§Ù„Ù†Ű§Űł ÙˆÙ„Ű§ ÙŠŰ°ÙƒŰ±ÙˆÙ† Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ù‚Ù„ÙŠÙ„Ű§

(Orang-orang munafik itu) bila melakukan solat, melakukannya dengan malas. Mereka berlaku riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.

Űčن ŰŁŰšÙŠ Ù‡Ű±ÙŠŰ±Ű© Ù‚Ű§Ù„ Ù‚Ű§Ù„ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…: Ù„ÙŠŰł Ű”Ù„Ű§Ű© ŰŁŰ«Ù‚Ù„ Űčلى Ű§Ù„Ù…Ù†Ű§ÙÙ‚ÙŠÙ† من Ű”Ù„Ű§Ű© Ű§Ù„Űčێۧۥ ÙˆŰ§Ù„ÙŰŹŰ± ولو يŰčلمون Ù…Ű§ ÙÙŠÙ‡Ù…Ű§ Ù„ŰŁŰȘÙˆÙ‡Ù…Ű§ ولو Ű­ŰšÙˆŰ§ً Ű±ÙˆŰ§Ű© Ű§Ù„ŰŽÙŠŰźŰ§Ù†.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada solat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari solat Isya’ dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu keutaaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

ÙˆÙ‡Ű§ هو Ű§ŰšÙ† Ù…ŰłŰčÙˆŰŻ يقول: Ù„Ù‚ŰŻ Ű±Ű§ÙŠŰȘÙ†Ű§ ÙˆÙ…Ű§ يŰȘŰźÙ„Ù Űčن Ű”Ù„Ű§Ű© Ű§Ù„ÙŰŹŰ± Ű„Ù„Ű§ Ù…Ù†Ű§ÙÙ‚ مŰčلوم Ű§Ù„Ù†ÙŰ§Ù‚

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut solat subuh berjamaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya.

Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, ”Dahulu kami (para shahabat) bila ada yang tidak datang solat subuh dan Isya’ berjamaah, kami berprasangka buruk kepadanya”.

Ibnul Qayyim berkata, ”Tidur di waktu Subuh akan menghalangi rezeki, kerana waktu subuh adalah waktu dibagikannya rezeki”.

9. Akan diberkati oleh Allah SWT.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

***
Allah S.W.T. berfirman maksudnya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi ayat : 28)

Cara Membantu Orang Yang Telah Meninggal Dunia Berdasarkan Al-Quran dan Hadis Sahih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† Ű§Ù„Ű±Ű­ÙŠÙ…

Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله ۱ۚ Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„Ù…ÙŠÙ†، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙŠÙ†، وŰčلى ŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ŰŁŰŹÙ…Űčين.

Sahabat yang di rahmati Allah,
Bagaimanakah caranya membantu orang yang sudah mati berdasarkan Al-Quran dan Hadis Shahih Nabi SAW?

Di dalam menjawab persoalan ini, kita tumpukan hanya kepada dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis shahih semata-mata. Kita menolak hadis-hadis dhaif hanya kerana mengambil jalan selamat kerana sesungguhnya berurusan dengan orang yang sudah mati merupakan satu perkara yang melibatkan alam yang lain dari alam yang kita duduki sekarang. Oleh kerana itu, akal tidak boleh dipakai sama sekali kerana Allah telah menghadkan akal pemikiran manusia setakat mana Dia ingini. Memandangkan dunia ghaib ini tidak dapat kita lihat mahupun rasai, maka kita memerlukan bantuan dari Allah yang Maha Kuasa di samping Nabi kita Muhammad SAW.

Terdapat beberapa cara yang membolehkan orang yang masih hidup membantu mereka yang sudah mati.

Pertama: Doa orang yang masih hidup untuk si mati. 

Kaedah ini berlandaskan kepada dalil yang jelas di dalam Al-Quran surah Al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:

"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu."

Di samping itu, anjuran solat jenazah merupakan satu bukti kukuh. Ini kerana intipati bacaan di dalam solat itu sendiri merupakan satu doa buat si mati. Dan tidak dinafikan, solat jenazah adalah amalan Nabi saw dan banyak hadis-hadis shahih menceritakan mengenainya.

Kedua: Membayar hutang puasa si mati. 

Orang yang tidak mengerjakan puasa Ramadan selama beberapa hari atau lebih dari itu, atau ia tidak mengerjakan puasa "nazar" atau puasa "kifarah", disebabkan uzur syar'i (seperti sakit dan sebagainya) lalu ia mati sebelum sempat mengqada puasanya, maka ia tidak dikira berdosa. 

Dengan itu, pihak kaum kerabatnya tidak dikenakan mengqada puasanya atau membayar "fidyah" dari harta peninggalannya. 

Sebaliknya, kalau ia mati setelah hapus uzurnya - yakni setelah ia sembuh dari sakitnya dan sebagainya - kemudian semasa hayatnya tidak mengqada puasanya itu maka hukumnya menurut jumhur ulama', bahawa pihak kaum kerabatnya tidak dibolehkan berpuasa untuknya tetapi hendaklah membayar "fidyah" untuknya dari harta peninggalannya, iaitu memberi makan orang miskin, satu cupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasanya. 

Menurut huraian ulama' rahimahullah: Kadar satu "fidyah" untuk satu hari yang ditinggalkan puasanya ialah "satu cupak" dari jenis makanan yang mengenyangkan yang biasa dimakan oleh penduduk sesebuah negeri. 

Fidyah itu pula hendaklah diberikan kepada orang faqir miskin sahaja. Seseorang miskin, boleh diberikan "satu cupak" atau "beberapa cupak" - tidak terhad. 

Tetapi fidyah yang satu cupak itu tidak boleh dibahagikan dua untuk diberikan kepada "dua orang miskin", kerana yang demikian tidak merupakan "satu fidyah" yang sempurna dan dengan itu tidak sah hukumnya. Terdapat juga dalam hadis yang lain iaitu:

Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Seorang lelaki datang mengadap Nabi Muhammad SAW. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ibu saya telah mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) selama sebulan, bolehkah saya mengqada puasanya itu?" 
Baginda menjawab: "Boleh, (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang (manusia kepada) Allah lebih berhak diselesaikan. 
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari) 

Hadis ini mengatakan bahawa orang mati yang menanggung hutang puasa yang wajib (sama ada puasa Ramadan atau pun puasa nazar atau puasa kifarah), boleh dibayar oleh orang yang termasuk dalam lingkungan kaum kerabatnya - dengan jalan berpuasa untuknya. 

Dalam huraiannya, Imam Nawawi rahimahullah berkata: Imam al-Syafi'i rahimahullah, mempunyai "dua qaul" dalam masalah ini: 

Pertama - Hutang puasa si mati hendaklah dibayar dengan "fidyah" sahaja. 

Kedua - Boleh juga dibayar dengan jalan berpuasa untuknya. 

Berdasarkan keterangan yang tersebut, maka kesimpulan masalah ini dalam mazhab Syafi'i ialah: Menurut "qaul" yang pertama: Hutang puasa si mati , hendaklah di bayar dengan "fidyah" sahaja oleh walinya. 

Menurut "qaul" yang kedua pula: Pihak walinya bebas memilih, sama ada dengan memberi fidyah atau dengan berpuasa untuknya. 

Salah satu hadis yang lain juga: Dari `Aisyah r.a., bahawa Rasulullah SAW. bersabda: "Barangsiapa mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) hendaklah walinya (membayar dengan) berpuasa untuknya". (Hadis Sahih  Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Ketiga: doa anak yang soleh/solehah, 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

Hadis ini juga diriwayatkan dengan lafaz yang lain seperti berikut: 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."  
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) 

"Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti: 

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya. 

(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya. 

(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum. 

(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya. 

(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya. 

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah SAW. dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing. 

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati . 

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadis ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya. 

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati . 

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya" 

Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya. 
Sebab itulah Rasulullah SAW. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. 

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu. 

Keempat: melangsaikan hutang harta si mati 

Orang ramai boleh juga membantu si mati dengan cara melangsaikan hutang harta si mati. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan kebolehan tersebut. Di antaranya:
Di dalam satu hadis sahih yang bermaksud:

Berkata Jabir bin Abdullah rh: Telah meninggal dunia salah seorang daripada kami, lalu kami mandikannya, kapankannya dan kemudian kami letakkan jenazah di tempat yang biasa diletakkan jenazah iaitu di Makm Jibril untuk diselesaikan oleh Rasulullah saw. Dan kami memaklumkan kepada baginda untuk disolatkan jenazahnya. Lalu baginda pun datang mendekati jenazah lalu bertanya kepada kami, Barangkali jenazah ini ada meninggalkan hutang. Lalu kami jawab, Benar, ya Rasulullah. Ada 2 dinar. Rasulullah saw berundur dan bersabda, kamu sahajalah yang menyembahyangkan jenazah sahabatmu ini. Lalu salah seorang daripada kami yang di panggil Abu Qatadah berkata, Ya Rasulullah, kedua-dua dinar hutang jenazah ini adalah tanggungjawab saya. Kemudian Rasulullah bersabda lagi, Mula sekarang, 2 dinar itu menjadi tanggungjawab engkau, Abu Qatadah dan engkau mesti ambil dari wang kau sedangkan jenazah ini bebas daripada kedua-dua dinar itu? Jawab Abu Qatadah, Benar, ya Rasulullah. Setelah mendengar pengakuan daripada Abu Qatadah bahawa ia bertanggungjawab melunasi hutang jenazah tersebut, barulah Nabi saw melakukan solat jenazah ke atas si mati. Dan diriwayatkan, pada keesokan harinya, Rasulullah saw bertemu akan Abu Qatadah dan bertanya kepadanya, sudahkah kau lunasi hutang jenazah semalam? Abu Qatadah menjawab, Wahai Rasulullah, bukankah dia baru sahaja meninnggal dunia semalam. Kemudian setiap hari apabila Nabi saw bertemu Abu Qatadah maka akan ditanya, Apakah kamu telah lunasi hutang 2 dinar itu? Jawab Abu Qatadah, telah aku lunasi hutang itu. Mendengar akan jawapan Abu Qatadah, Rasulullah saw bersabda, Sekarang barulah dingin kulitnya kerana azabnya baru sahaja diangkat kerana hutangnya telah selesai.

Hadis di atas memberitahu kita bahawa hutang wajib dilunasi. Bahkan dalam hadis yang lain ada menceritakan bahawa hutang wajib didahului dari keluarga yang miskin. Di dalam hadis di atas juga, mengkhabarkan bahawa bukan sahaja ahli waris yang boleh melunaskan hutang si mati, tetapi juga orang lain yang tiada ikatan kekeluargaan. 

Terdapat banyak lagi hadis yang menceritakan akan kebolehan dan kewajipan melunaskan hutang si mati.

Dari Ibn Abbas r.a., bahawa: .. Rasulullah SAW  bersabda: ".. (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang kepada Allah lebih berhak diselesaikan." 
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Kelima: Amalan baik anak sendiri 

Di dalam Al-Quran, ayat 39, Allah telah berfirman yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."

Terang di dalam ayat di atas mengatakan bahawa usaha seseorang akan di bawa ketika telah mati. 

Bagaimana pula ayat di atas dapat menjadi dalil yang membolehkan amalan baik anak itu sampai kepada si mati? Persoalan ini terjawab dengan hadis sahih di bawah:

Sesungguhnya makanan yang paling baik untuk di makan oleh seseorang ialah hasil titik peluhnya sendiri. Dan sesungguhnya anakanya adalah sebahagian daripada usahanya.
(Hadis sahih-Al-Hakim, Imam At-Turmudzi, Imam Ahmad, Abu Daud An-Nasai)

Di dalam hadis yang lain:

Hadis Aisyah r.a:  Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah SAW bersabda: Benar! 
(Hadis Sahih Riwayat  Muslim)

Maka jelas, keumuman ayat Al-Quran di atas telah diperjelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam banyak hadis dan di antaranya hadis di atas.