Saturday, February 25, 2012

Jauhi Lima Golongan Yang Akan Menjadi Muflis di Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kehidupan masa kini dizaman ICT dan teknologi tanpa sempadan, seseorang itu boleh mencari kebaikan dan pahala dengan mudah atau menghimpun dosa-dosa besar tanpa disedarinya.

Apabila seorang penguna internet menyebarkan informasi dan ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama dengan penguna internet yang lain, disitu terbuka ruang kebaikan dan pahala disisi Allah SWT. Satu butang di klik sahaja boleh dikongsikan bersama ratusan ribu pengguna diseluruh dunia. Inilah kelebihan dunia alam siber yang dicipta oleh manusia. Di zaman tahun 80 an atau 70 an keadaan seperti ini tidak pernah dirasai oleh generasi masa itu, kerana penggunaan talipon bimbit, komputer, internet dan sistem satilet jarang digunakan. Perhubungan masa itu banyak menggunakan surat menyurat atau perjumpaan secara fizikal. Penyampaian maklumat hanya bergantung kepada surat akhbar, radio dan television. Manakala ilmu pula di perolehi melalui kuliah di masjid atau membaca buku-buku sahaja.

Begitu juga sebaliknya dengan kecangihan teknologi masa kini seseorang boleh menghimpun dosa  besar yang banyak apabila suka melayari gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, mendedahkan aib seseorang dan mengajak kepada perbuatan mungkar dan maksiat.

Seorang pengguna internet samaada melalui blog atau facebook hanya menulis dua atau tiga baris perkataan yang berbentuk fitnah atau berita palsu kemudian disebarkannya hanya dengan  di klik satu butang sahaja maka dalam masa beberapa saat sahaja berita tersebut boleh diterima oleh ratusan ribu manusia di seluruh dunia maka pada saat itu juga dosa-dosanya datang mencurah-curah dan dicatat oleh malaikat pencatat amal (Raqib dan Atid), sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud ; "(Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya) yang satu duduk disebelah kanan dan yang satu duduk disebelah kiri." (Surah Qaf ayat 17). 

Semua pahala dan kebaikannya dicatat oleh malaikat sebelah kanannya (Raqib) manakala dosa dan keburukannya akan di catat oleh malaikat yang duduk sebelah kirinya (Atid).

Kenapakan manusia tidak merasa takut dengan dosa dan seksaan Allah SWT yang dahsyat dihari akhirat nanti apabila dia berseronok-seronok untuk menjatuhkan maruah seseorang dengan berita fitnah atau mengaibkan orang lain? Bukan itu sahaja malahan melalui internet juga seseorang amat mudah untuk "bercinta" dengan isteri orang atau suami orang dan meruntuhkan rumah tangga orang lain, ini juga satu dosa yang besar disisi Allah SWT.

Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW di nampakkan beberapa seksaan-seksaan yang akan di terima umatnya di hari akhirat nanti kerana dosa-dosa yang pernah mereka lakukan di dunia. Salah satu seksaan yang dahsyat yang akan diterima oleh umatnya adalah mereka yang suka bermusuhan sesama saudara muslim dan suka cari aib orang lain dan didedahkan kepada orang ramai.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "...ada sekelompok lagi kukunya terbuat daripada tembaga api neraka, panjang kukunya lalu mencakar-cakar mukanya.dan mengoyak-ngoyakan mukanya sendiri, hancur muka dan dikembalikan lagi ke bentuk asal begitulah berulang-ulang. Ini balasan untuk mereka yang sentiasa bermusuh-musuhan sesama saudara muslim, suka cari aib orang lain, menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri."

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap hari apabila kita baca sahaja akhbar arus perdana atau berita dalam blog dan facebook kita akan bertemu berpuluh-puluh berita-berita fitnah memfitnah,  mengaibkan orang lain, tuduh menuduh, hina menghina, cabar mencabar, maki-hamun, dan berbagai-bagai andaian yang negatif dilemparkan kepada golongan yang lain.

Masing-masing rasa bangga dan riak di atas usaha-usaha mereka mengaibkan orang lain. Perkara yang paling mendukacitakan ada terdapat pemimpin lama (umur melebihi 80an) tetapi masih suka membuat fitnah dan tuduhan kepada musuh politiknya. Sedikitpun tidak merasa bersalah dan tidak mahu bertaubat diatas segala kesalahan-kesalahannya masa lampau kerana mungkin dia merasakan umurnya  masih panjang lagi. Ingatlah pesan Nabi SAW kepada Saidina Ali k.w yang bermaksud : "Wahai Ali ! Sebaik-baik manusia di sisi Allah SWT. adalah yang memberi kemanfaatan bagi manusia. Adapun seburuk-buruknya di sisi Allah adalah orang yang berumur panjang tetapi buruk amal perbuatannya."

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”
Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

 Dalam hadis di atas Nabi SAW menyatakan secara khusus mereka yang akan menjadi muflis di hari akhirat adalah mereka yang suka :

1. Kesalahan memaki hamun orang ini.

2. Menuduh orang itu.

3. Memakan harta orang orang ini.

4. Menumpah darah orang itu dan

5.  Memukul orang.

Huraiannya :

1. Kesalahan memaki hamun orang ini. 

Golongan yang suka memaki hamun orang lain adalah pemimpin dan ahli-ahli politik (dalam ceramah dan kempennya terutama menjelang pilihan raya), wartawan politik dan penulis blok (penyokong pemimpin tertentu) . Apabila terkeluar daripada lidah mereka perkataan maki-hamun langsung tidak pernah teringat akan seksaan Allah SWT di akhirat.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor (maki hamun).” (Hadis Riwayat Ibnu Mas'ud)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya?”. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.w maksudnya : "Wahai Ali ! Janganlah engkau mencaci-maki orang Islam atau mencaci-maki binatang kerana cacian itu akan kembali dirimu sendiri. Wahai Ali ! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah dia mengucapkan yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lisannya. Wahai Ali ! Jauhilah tukang caci-maki kerana ia suka membuka aib orang dan ia tidak akan masuk syurga."

2. Menuduh orang itu.

 Golongan yang suka menuduh orang lain atau membuat fitnah adalah :
 
2.1. Pemimpin dan ahli politik (tuduhan ini dibuat supaya menjatuhkan maruah musuh politiknya supaya rakyat mengalihkan sokongan kepada kumpulannya)

2.2. Wartawan akhbar (ketua pengarang dan wartawan). Menyerang habis-habisan parti lain yang bukan parti yang mereka sokong. Manipulasi ucapan seseorang dengan andaian-andaian negatif.

2.3. Wartawan hiburan yang suka memfitnah para aris untuk melariskan jualan majalah hiburan mereka.

2.4. Penulis blog yang "mencari makan" dan mendapat upah daripada golongan tertentu terutama daripada parti politik. Penulis ini tidak beretika semasa menulis kerana fitnah yang ditulis tidak mempunyai bahan bukti yang sahih dan hanya berbentuk sangkaan dan andaian sahaja.

2.5. Ahli perniagaan dan individu tertentu.

Golongan ini sanggup membuat sumpah palsu menggunakan al-Quran . Sumpah palsu ini pula dilakukan dimasjid untuk megelirukan orang ramai. Golongan ini juga sanggup membuat vedio seks palsu, mengadakan sidang akhbar menuduh seseorang melakukan zina dan liwath tanpa membawa empat orang saksi yang adil.
2.6. Pengguna internet yang tidak berakhlak.

Golongan ini adalah golongan yang suka mengaibkan rakannya yang lain melalui status dan wall rakannya dan membuat tuduhan dan fitnah kerana sifat marah dan benci kepada seseorang. Kadangkala dia sanggup meyebarkan cerita palsu kepada rakan-rakan orang yang di bencinya supaya maruh dirinya tercalar dan dia merasa puas hati. Inilah sifat yang paling buruk dan bukan daripada akhlak Islam. Sifat suka mengaibkan orang lain akan menyebabkan aibnya akan didedahkan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

2.7. Bekas pemimpin politik dan pensyarah universiti (bahagian penyiaran atau undang-undang)

Golongan ini kadangkala berat sebelah apabila membuat komen dan ulasan terhadap seseorang individu dan mudah membenarkan tuduhan yang diterimanya melalui media masa. Apabila mereka membenarkan berita fitnah, mereka juga termasuk di dalam golongan yang buruk akhlaknya.

2.8. Suami dan isteri yang tidak bersefahaman yang sedang untuk bercerai.

Golongan ini suka mendedahkan keburukan pasangan masing-masing di dalam facebook atau akhbar untuk mencari pubisiti dan simpati orang lain. Jika tidak berhati-hati akan mendapat dosa besar di sisi Allah SWT iaitu suami akan menjadi dayus dan isteri pula akan menjadi nusyuz.

Rasulullah SAW pernah bertanya sahabatnya: "Adakah aku belum pernah menerangkan kepadamu orang yang paling jahat daripada kamu?" Sahabat menjawab: "Belum!", lalu Nabi bersabda bermaksud: "Mereka yang berjalan ke sana ke mari membawa fitnah, mereka yang membuat kerosakan antara sesama sahabat dan mereka yang mencari-cari kekurangan pada orang yang tidak bersalah." (Hadis riwayat Ahmad)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya" (Hadis riwayat Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

3. Memakan harta orang orang ini. 

 Golongan yang suka mengambil harta orang adalah golongan peragut, pencuri, perompak, menipu dalam perniagaan, pemimpin yang mengambil harta dan tanah rakyat (memberikan kepada kroninya sahaja bukan kepada mereka yang layak) dan mengambil rasuah ( untuk berlaku tidak adil)

 Dari Abu Salamah r.a., terdapat banyak permusuhan antara dirinya dengan orang banyak. Hal ini diberitakannya kepada Aisyah r.a. Aisyah berkata: Hai Abu Salamah! Hindarilah perbuatan mengambil tanah orang lain! Nabi SAW  pernah bersabda: "Barangsiapa yang mengambil tanah orang lain tanpa hak agak sejengkal, maka akan dikalungkan kepadanya tujuh lapis bumi."(Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: "Siapa yang merosak nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana mata wang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil, sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abdullah Umar r.a., Nabi SAW. bersabda: "Aniaya itu menjadi kegelapan di hari kiamat."
(Hadis Riwayat Bukhari)

4. Menumpah darah orang itu dan 5. Memukul orang.

Golongan ini adalah golongan pemimpin yang zalim (berlaku di Mesir, Libya, Syria dan ditempat-tempat lain) membunuh rakyatnya yang tidak berdosa, perompak (cara bersenjata mencederkan mangsanya),  membunuh manusia lain termasuk ibu yang membunuh bayi baru dilahirkan (kerana berzina), pembunuh upahan, pengawal keselamatan yang memukul orang ramai yang berhimpun secara aman hingga tercedera (pihak atasan yang mengarahkannya akan mendapat saham yang sama)  dan suami (yang bengis) yang suka memukul isterinya hingga cedera.
 
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daipada terlibat sama di dalam perkara-perkara dosa yang melibatkan lima golongan manusia yang akan mendapat pangkat " MUFLIS" di hari akhirat. Jika kalian tidak melakukan tetapi kalian bersubahat dan menyokong lima golongan tersebut di atas di khuatiri kalian juga akan mendapat saham yang sama. Kerena redha perkara dosa akan sama seperti melakukan dosa tersebut.

Berhati-hatilah kerana biasanya dimusim pilihan raya dosa-dosa fitnah dan mengaibkan orang lain akan datang bertali-arus sehingga kalian boleh mempercayainya dan "tumpang semangkuk" di atas dosa orang lain yang kalian tidak lakukan. Semoga kalian semua dilindungi Allah SWT daripada kerosakkan ini oleh itu sentiasalah kalian istiqamah dengan Islam dan akhlak Islam dan menjauhkan diri daripada fitnah dunia akhir zaman ini. Waullahualam.








Friday, February 24, 2012

Adab-adab Memberi Salam Mengikut Sunah Rasulullah SAW


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Perlu kita sedari bersama bahawa mengucapkan salam ‘Assalamu’alaikum’ dalam Islam bukan hanya sekedar sapaan sahaja, tetapi lebih mulia dari itu. Ia merupakan sebahagian dari ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’alaa, yang jelas mempunyai nilai dan pahala yang besar di sisi-Nya. Ucapan salam itu adalah doa. Sedangkan doa itu sendiri merupakan inti ibadah dan diberikan pahala bagi siapa yang mengucapkannya.

Allah Subhanahu Wa Ta’aalaa berfirman:

يََۣۧيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰĄَŰ§Ù…َنُÙˆŰ§ Ù„Ű§َ ŰȘَŰŻْŰźُلُÙˆŰ§ ŰšُيُوŰȘًۧ Űșَيْ۱َ ŰšُيُوŰȘِكُمْ Ű­َŰȘىَّ ŰȘَŰłْŰȘَŰŁْنِŰłُÙˆŰ§ وَŰȘُŰłَلِّمُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَهْلِهَۧ Ű°َŰ§Ù„ِكُمْ Űźَيْ۱ٌ لَكُمْ لَŰčَلَّكُمْ ŰȘَŰ°َكَّ۱ُونَ

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”. (Surah an-Nur ayat 27)

Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wa sallam bersabda maksudnya : “Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.” (Hadis Riwayat Muslim hadis no. 2162)

 Rasulullah SAW. yang menjelaskan pentingnya ucapan salam antara seluruh muslim. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : “Kamu tidak dapat memasuki syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal maupun yang belum kamu kenal.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam Islam apabila seseorang memberi salam maka perlulah dijawab dengan salam yang serupa atau yang lebih baik.

Allah Subhanahu Wa Ta’aalaa berfirman:

وَŰ„ِŰ°َۧ Ű­ُيِّيŰȘُمْ ŰšِŰȘَŰ­ِيَّŰ©ٍ فَŰ­َيُّÙˆŰ§ ŰšِŰŁَŰ­ْŰłَنَ مِنْهَۧ ŰŁَوْ ۱ُŰŻُّوهَۧ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ كَŰ§Ù†َ Űčَلَى كُلِّ ŰŽَيْŰŠٍ Ű­َŰłِÙŠŰšًۧ

Maksudnya : “Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu”. (Surah an-Nisa ayat 86)

Salam juga merupakan amalan dan tradisi (sunnah) para Rasul-rasul Allah dan para malaikat-Nya. Sebagaimana Allah subhanahu wata’ala berfirman tentang kisah para malaikat yang datang bertemu dengan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam:

هَلْ ŰŁَŰȘَŰ§Ùƒَ Ű­َŰŻِÙŠŰ«ُ ۶َيْفِ Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيمَ Ű§Ù„ْمُكْ۱َمِينَ () Ű„ِŰ°ْ ŰŻَŰźَلُÙˆŰ§ Űčَلَيْهِ فَقَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ ŰłَلَŰ§Ù…ًۧ قَŰ§Ù„َ ŰłَلَŰ§Ù…ٌ قَوْمٌ مُنْكَ۱ُونَ

Maksudnya : “Sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim Yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam Dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!” ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! “(Sambil berkata Dalam hati) : mereka ini orang-orang Yang tidak dikenal.”  (Surah Adz-Dzariyat ayat 24-25)

Sahabat Abu Hurairah radhiyallahu’anhu meriwayatkan bahwa Nabi Sallallahu ’Alaihi Wasallam telah bersabda,

لَمَّۧ Űźَلَقَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ۹ۯَمَ قَŰ§Ù„َ: ۧ۰ْهَŰšْ فَŰłَلِّمْ Űčَلَى ŰŁُولَŰŠِكَ Ű§Ù„Ù†َّفَ۱ِ مِنَ Ű§Ù„ْمَلَۧۊِكَŰ©ِ ŰŹُلُÙˆŰłٌ فَۧ۳ْŰȘَمِŰčْ مَۧ يُŰ­َيُّونَكَ فَŰ„ِنَّهَۧ ŰȘَŰ­ِيَّŰȘُكَ وَŰȘَŰ­ِيَّŰ©ُ Ű°ُ۱ِّيَّŰȘِكَ. فَقَŰ§Ù„َ: Ű§Ù„ŰłَّلَŰ§Ù…ُ Űčَلَيْكُمْ فَقَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰłَّلَŰ§Ù…ُ Űčَلَيْكَ وَ۱َŰ­ْمَŰ©ُ Ű§Ù„Ù„َّهِ فَŰČَۧۯُوهُ وَ۱َŰ­ْمَŰ©ُ Ű§Ù„Ù„َّهِ (مŰȘفق Űčليه)

Maksudnya : “Tatkala Allah menciptakan Adam ‘alaihissalam, Dia berfirman, “Pergilah dan ucapkanlah salam kepada para Malaikat yang sedang duduk, lalu perhatikanlah apa yang mereka akan jawab, sesungguhnya jawaban (para malaikat itu) adalah salam (penghormatan)mu dan anak keturunanmu. Maka Adam ‘alaihissalam berkata, “Assalamu’alaikum”, lalu mereka (para malaikat) menjawab, “Assalamu’alaika wa Rahmatullah”. Mereka menambahkan: “Warahmatullah”.  (Hadis Riwayat Bukhari 6227 dan Muslim 2841).

Salam juga merupakan ajaran dan amalan Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam dan para shahabat ridwanullahu’alaihim.

Űčَنْ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űšْنِ ŰčَمْŰ±Ùˆ Űšْنِ Ű§Ù„Űčَۧ۔ِ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهُمَۧ ŰŁَنَّ ۱َŰŹُلًۧ ŰłَŰŁَلَ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ŰŁَيُّ Ű§Ù„ْŰ„ِŰłْلَŰ§Ù…ِ Űźَيْ۱ٌ قَŰ§Ù„َ ŰȘُŰ·ْŰčِمُ Ű§Ù„Ű·َّŰčَŰ§Ù…َ وَŰȘَقْ۱َŰŁُ Ű§Ù„ŰłَّلَŰ§Ù…َ Űčَلَى مَنْ Űčَ۱َفْŰȘَ وَمَنْ لَمْ ŰȘَŰčْ۱ِفْ (مŰȘفق Űčليه)

Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin al’Ash radhiyallahu’anhuma bahwa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam, “ajaran Islam yang manakah yang paling baik”? Baginda menjawab, “Kamu memberi makan (orang yang memerlukannya), dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. (Hadis Riwayat Bukhari 4684 dan Muslim 993).

Sahabat yang dimuliakan,
Adab-adab memberi salam adalah seperti berikut :

1. Orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki

2. Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk

3. Orang yang sedikit kepada yang banyak

4. Orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.

Demikianlah disebutkan di dalam hadits Abu Hurairah yang muttafaq’alaih.

Űčن ŰŁŰšÙŠ Ù‡Ű±ÙŠŰ±Ű© Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه Ù‚Ű§Ù„: Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…: Ù„ÙŠŰłÙ„Ù… Ű§Ù„Ű”ŰșÙŠŰ± Űčلى Ű§Ù„ÙƒŰšÙŠŰ±، ÙˆŰ§Ù„Ù…Ű§Ű± Űčلى Ű§Ù„Ù‚Ű§ŰčŰŻ, ÙˆŰ§Ù„Ù‚Ù„ÙŠÙ„ Űčلى Ű§Ù„ÙƒŰ«ÙŠŰ±. وفي Ű±ÙˆŰ§ÙŠŰ©: ÙˆŰ§Ù„Ű±Ű§ÙƒŰš Űčلى Ű§Ù„Ù…Ű§ŰŽÙŠ. مŰȘفق Űčليه.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah yang muda memulai memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk  dan yang sedikit kepada yang lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat: “dan yang bertunggangan (berkenderaan) kepada yang berjalan.” (Hadis Riwayat Bukhari 6231, 6234 dan Muslim 2160).

5. Apabila memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian pula ketika menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur.

Ini bermakna tiada istilah “menjawab salam di dalam hati” kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.

Di dalam hadits Miqdad bin Al-Aswad disebutkan di antaranya:

ÙÙƒŰ§Ù† Ù†Ű­ŰȘÙ„Űš ÙÙŠŰŽŰ±Űš كل Ű„Ù†ŰłŰ§Ù† Ù…Ù†Ű§ Ù†Ű”ÙŠŰšŰ©، ÙˆŰšŰ±ÙŰč Ù„Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Ù†Ű”ÙŠŰšÙ‡ Ù‚Ű§Ù„: ÙÙŠŰŹÙŠŰĄ من Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„ ÙÙŠŰłÙ„Ù… ŰȘŰłÙ„ÙŠÙ…Ű§ Ù„Ű§ ÙŠÙˆÙ‚Űž Ù†Ű§ŰŠÙ…Ű§، ÙˆÙŠŰłÙ…Űč Ű§Ù„ÙŠÙ‚ŰžŰ§Ù†. Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù…

“dan kami pun memerah susu (binatang ternak) hingga setiap orang dapat bahagian minum dari kami, dan kami sediakan bahagian untuk Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam Miqdad berkata: Maka Nabi pun datang di malam hari dan memberikan salam yang tidak membangunkan orang yang sedang tidur, namun dapat didengar oleh orang yang bangun”.(Hadis Riwayat Muslim).

6. Mengucapkan salam tiga kali jika memberi salam kepada khalayak yang ramai supaya semua dapat mendengarinya.

Di dalam hadis Anas disebutkan :

ŰŁÙ† Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙƒŰ§Ù† ۄ۰ۧ ŰȘكلم ŰšÙƒÙ„Ù…Ű© ŰŁŰčŰ§ŰŻÙ‡Ű§ Ű«Ù„Ű§Ű«Ű§، ÙˆŰ„Ű°Ű§ ŰŁŰȘى Űčلى قوم ÙŰłÙ„Ù… Űčليهم ŰłÙ„Ù… Űčليهم Ű«Ù„Ű§Ű«Ű§) Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű±ÙŠ

Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi Sallallaahu ‘Alaihi Wa sallam apabila ia mengucapkan suatu kalimat, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada suatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali” (Hadis Riwayat Bukhari).

Perkara-perkara yang disunatkan untuk memberi salam :

Pertama : Ketika hendak masuk ke suatu majlis dan ketika hendak meninggalkannya.

Kerana hadith menyebutkan:

ۄ۰ۧ Ű§Ù†ŰȘهى ŰŁŰ­ŰŻÙƒÙ… Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù…ŰŹÙ„Űł ÙÙ„ÙŠŰłÙ„Ù…، ÙŰ„Ű°Ű§ ۣ۱ۧۯ ŰŁÙ† يقوم ÙÙ„ÙŠŰłÙ„Ù… ÙÙ„ÙŠŰłŰȘ Ű§Ù„ŰŁÙˆÙ„Ù‰ ŰšŰŁŰ­Ù‚ من Ű§Ù„Ű«Ű§Ù†ÙŠŰ© (Ű±ÙˆŰ§Ù‡ ŰŁŰšÙˆŰŻŰ§ÙˆŰŻ ÙˆŰ”Ű­Ű­Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ„ŰšŰ§Ù†ÙŠ)

“Apabila salah seorang kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam. Dan apabila hendak keluar, hendaklah memberikan salam, dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua. (Hadis Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani).

Kedua : Ketika hendak masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong.

Allah telah berfirman :

فَŰ„ِŰ°َۧ ŰŻَŰźَلْŰȘُم ŰšُيُوŰȘًۧ فَŰłَلِّمُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَنفُŰłِكُمْ

Maksudnya : “Dan apabila kamu akan masuk ke suatu rumah, maka ucapkanlah salam atas diri kalian” (Surah an-Nur(24) ayat 61)

Ucapan Ibnu Umar Radhiallaahu ‘anhuma :

ۄ۰ۧ ŰŻŰźÙ„ Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ Ű§Ù„ŰšÙŠŰȘ ŰșÙŠŰ± Ű§Ù„Ù…ŰłÙƒÙˆÙ† فليقل: Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… ŰčÙ„ÙŠÙ†Ű§ وŰčلى Űčۚۧۯ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű”Ű§Ù„Ű­ÙŠÙ† (Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű±ÙŠ فى Ű§Ù„ŰŁŰŻŰ§Űš Ű§Ù„Ù…ÙŰ±ŰŻ ÙˆŰ”Ű­Ű­Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ„ŰšŰ§Ù†ÙŠ)

“Apabila seseorang akan masuk ke suatu rumah yang tidak berpenghuni, maka hendaklah ia mengucapkan : Assalamu `alaina wa `ala `ibadillahis shalihin” (HR. Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad, dan disahihkan oleh Al-Albani).

Ketiga : Memberi salam kepada kanak-kanak,

kerana hadis yang bersumber dari Anas radhiallaahu ‘anhu menyebutkan:

ÙƒŰ§Ù† Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… يفŰčله (مŰȘفق Űčليه)

Bahawasanya ketika ia melalui sekumpulan kanak-anak dia memberi salam, dan dia mengatakan: “Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam”. (Muttafaq’alaih).

Keempat : Memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal.

Di dalam hadis Abdullah bin Umar radhiallaahu ‘anhu disebutkan bahwasanya ada seseorang yang bertanya kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ŰŁÙŠ Ű§Ù„Ű„ŰłÙ„Ű§Ù…  ŰźÙŠŰ±؟ Ù‚Ű§Ù„ : ŰȘŰ·Űčم Ű§Ù„Ű·ŰčŰ§Ù… وŰȘÙ‚Ű±ŰŁ Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى  من ŰčŰ±ÙŰȘ ومن لم ŰȘŰčŰ±Ù (مŰȘفق Űčليه

“Islam yang manakah yang paling baik? Jawab Nabi: Engkau memberikan makanan dan memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal”.  (Hadis Riwayat Muttafaq’alaih).

Kelima : Menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain.

ÙÙ‚ŰŻ ۏۧۥ Ű±ŰźÙ„ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙÙ‚Ű§Ù„: Ű„Ù† ŰŁŰšÙŠ ÙŠÙ‚Ű±ŰŠÙƒ  Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… ÙÙ‚Ű§Ù„: Űčليك وŰčلى ŰŁŰšÙŠÙƒ Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… (Ű±ÙˆŰ§Ù‡ ŰŁŰšÙˆ ŰŻŰ§ÙˆŰŻ ÙˆŰ­ŰłÙ†Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ„ŰšŰ§Ù†ÙŠ)

“Pada suatu ketika seorang lelaki datang kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata: Sesungguhnya ayahku menyampaikan salam untukmu. Maka Nabi menjawab : “`alaika wa `ala abikas salam ( Hadis Riwayat Abu dawud dan dihasankan Al Albani )

Keenam : Berjabat tangan dengan saudaranya.

Rasulullah bersabda :

Ù…Ű§ من Ù…ŰłÙ„Ù…ÙŠÙ† يلŰȘÙ‚ÙŠŰ§Ù† فيŰȘŰ”Ű§ÙŰ­Ű§Ù† Ű„Ù„Ű§ ŰșÙŰ± Ù„Ù‡Ù…Ű§ Ù‚ŰšÙ„ ŰŁÙ† يŰȘÙŰ±Ù‚Ű§ (Ű±ÙˆŰ§Ù‡ ŰŁŰšÙˆŰŻŰ§ÙˆŰŻ  ÙˆŰ”Ű­Ű­Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ„ŰšŰ§Ù†ÙŠ)

Maksudnya : “Tiada dua orang muslim yang saling berjumpa lalu berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Hadis Riwayat  Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Albani)

Dari Anas r.a., katanya: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?” Baginda menjawab “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?” Baginda menjawa: “Ya.”  (Hadis Riwayat al-Tarmizi)

Semasa berjabat salam dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu di saat berjabat tangan sebelum orang yang diajak berjabat tangan itu melepasnya.

Hadis yang bersumber dari Anas radhiallaahu ‘anhu menyebutkan:

ÙƒŰ§Ù† Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ۄ۰ۧ ۧ۳ŰȘÙ‚ŰšÙ„Ù‡ Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ ÙŰ”Ű§ÙŰ­Ù‡ Ù„Ű§ ينŰČŰč ÙŠŰŻÙ‡ من ÙŠŰŻÙ‡ Ű­ŰȘى يكون Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ Ű§Ù„Ű°ÙŠ ينŰČŰč (Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°ÙŠ ÙˆŰ”Ű­Ű­Ù‡  Ű§Ù„ŰŁÙ„ŰšŰ§Ù†ÙŠ)

 “Nabi Sallallaahu ‘Alaihi Wa sallam apabila ia diterima oleh seseorang lalu berjabat tangan, maka Nabi tidak melepas tangannya sebelum orang itu yang melepasnya….” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Perkara-perkara yang dilarang semasa memberi salam :

Pertama : Memberi salam kepada orang yang sedang buang air besar atau kecil.

kerana hadis Ibnu Umar radhiallaahu ‘anhuma yang menyebutkan

ŰŁÙ† Ű±ŰŹÙ„Ű§ Ù…Ű±ّ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙŠŰšÙˆÙ„ ÙŰłÙ„ّم : فلم ÙŠŰ±ŰŻ Űčليه (Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù…)

Maksudnya : “Bahawasanya ada seseorang yang datang ketika Rasulullah Sallallaahu ‘Alaihi Wa sallam sedang buang air kecil, dan orang itu memberi salam. Maka Nabi tidak menjawabnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Memberi salam dengan isyarat kecuali ada uzur, seperti sedang solat, bisu atau orang yang akan diberi salam itu jauh jaraknya. Salam berbentuk isyarat adalah salam cara Yahudi dan Nasrani.

Di dalam hadis Jabir bin Abdillah radhiallaahu ‘anhu diriwayatkan bahwasanya Rasulullah Sallallaahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda:

Ù„Ű§ ŰȘŰłÙ„Ù…ÙˆŰ§ ŰȘŰłÙ„ÙŠÙ… Ű§Ù„ÙŠÙ‡ÙˆŰŻ ÙˆŰ§Ù„Ù†Ű”Ű§Ű±Ù‰ ÙŰ„Ù† ŰȘŰłÙ„ÙŠÙ…Ù‡Ù… ۄێۧ۱۩ ŰšŰ§Ù„ÙƒÙÙˆÙ (Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšÙŠÙ‡Ù‚ÙŠ ÙˆŰ­ŰłÙ†Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ„ŰšŰ§Ù†ÙŠ)

Maksudnya : “Janganlah kalian memberi salam seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani, kerana sesungguhnya pemberian salam mereka memakai isyarat dengan tangan”. (Hadis Riwayat Baihaqi dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

Hukum Mencium Tangan :

Imam An-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulama, soleh, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.

Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti raja, perdana menteri, orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita amalkan cara memberi salam yang betul kepada saudara-saudara kita yang muslim tidak kira apa bangsanya sekali pun. Apabila kita berjumpa saudara kita atau kita ingin memasuki rumah mereka ucaplah salam iaitu ucapan "assalamualaikum" atau "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" . Begitu juga dalam ucapan permulaan dalam tulisan cuba amalkan tulisan yang betul dan penuh iaitu : "assalamualaikum" atau "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" bukannya ditulis "salam" atau "aslm". Salam adalah ibadah dan ucapan sejahtera untuk saudara kita yang lain.





Thursday, February 23, 2012

Carilah Lima Keberkatan Dalam Hidup Supaya Berbahagia Dunia dan Akhirat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Perkataan berkat ( barakah ) bermaksud perkembangan dan kebaikan. Secara umumnya kita boleh menyatakan maksud berkat ( barakah ) disini adalah memohon restu dari Allah SWT agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang . Berkat ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah SWT . Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati rezekinya , maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi berkat kepada seseorang itu, sebagaimana berkata Nabi Isa a.s., firman Allah SWT : " Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada " [ Surah al-Maryam ayat 31 ]

Allah SWT adalah al-Mubaarik ( pemberi restu / berkat ) dan hamba-Nya adalah al-Mubaarak; seseorang yang diberkati sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas. Sifat memberi berkat ini hanyalah milik Allah SWT , Berkat Allah adalah dimana sahaja Dia letakkan, firmannya : " Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya) " [ Surah Qaaf ayat 9 ]

Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. tanda Allah SWT kasih kepada hamba-hamba-Nya adalah Allah SWT memberi pertolongan , rahmat dan keberkatan dalam kehidupan . Terdapat lima keberkataan kurniaan Allah SWT diberikan-Nya kepada hamba -hamba yang dikasihi-Nya iaitu

   1. Keberkatan pada umur.,
   2. Keberkatan pada kehidupan berkeluarga.
   3. Keberkatan pada rezeki.
   4. Keberkatan pada berjemaah.
   5. Keberkatan pada ilmu

 Huraiannya :

Tanda-tanda keberkataan itu ada lima perkara seperti berikut :

Pertama : Keberkatan Pada Umur.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" [ Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim ]

Berdasar kepada hadis tersebut apa yang dapat kita simpulkan bahawa amalan yang baik yang menjadi fokus kepada nilaian Allah SWT.. Sekiranya kita diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkan untuk kebaikan hidup di dunia dan bekalan akhirat ia adalah sia-sia. Tetapi sekiranya kita menggunakan peluang umur yang panjang itu untuk berbuat baik ia mendapat tempat terbaik disisi Allah. Inilah maksud umur yang diberkati Allah SWT. Sebaiknya pula jika seseorang memiliki umur panjang sedangkan kejahatannya melebihi kebaikannya ini bermakna tidak ada keberkatan pada umurnya dan bersiap sedialah untuk memasuki Neraka.

Sabda Nabi SAW. maksudnya : “ Jika seseorang telah mencapai umur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih banyak dari kejahatannya maka syaitan akan mengusap usap wajahnya sambil berkata; 'demi ayahku wajah ini tidak akan beruntung ' "

Dalam riwayat lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “ Siapa yang sudah berumur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih baik dari keburukannya, maka hendaklah ia bersiap siap masuk Neraka ”

Kedua : Keberkatan dalam hidup berkeluarga.

Keluarga yang berbahagia adalah keluarga yang memiliki ketenangan dan kebahagiaan. Sentiasa rukun damai dan lahir kasih sayang di antara suami, isteri dan anak-anak. Saling nasihat menasihati, hormat menghormati dan percaya mempercayai. di antara satu sama lain.

Sikap rahmah ( kasih sayang ) kepada pasangan hidup dan anak-anak merupakan tulang belakang keharmonisan keluarga. Rasulullah SAW .memangil Aisyah dengan panggilan yang memanjakan, dengan gelar yang menyenangkan hati. Bahkan baginda membolehkan seseorang berdiplomasi kepada pasangan hidupnya dalam rangka membangun kasih sayang.

Suami atau isteri harus mampu menampilkan peribadi yang dapat menimbulkan rasa tenteram, senang kerinduan. Ingat, di atas rasa kasih sayanglah pasangan dalam keluarga dapat melayari bahtera kehidupan dengan aman dan damai.

Tarbiyah ( pendidikan ) merupakan keperluan asasi setiap manusia. Para suami yang telah aktif dalam medan dakwah biasanya akan mudah mendapatkan hal ini. Namun, isteri juga memiliki kemampuan untuk meneruskan tarbiyah ini untuk anak-anaknya. Nafkah yang halal merupakan tanggung jawab suami untuk ahli keluarganya Itulah sebabnya Rasulullah SAW. meluluskan permintaan taklim ( pengajaran ) para wanita muslimah yang datang kepada baginda. Baginda memberikan kesempatan khusus bagi pembinaan wanita dan kaum ibu . Jika tidak berjalan tarbiyah dalam keluarga maka akan berlaku pergeseran, pertengkaran dan pergaduhan yang tidak berkesudahan hingga membawa kepada penceraian.

Keluarga yang diberkati Allah SWT. akan melahirkan ciri-ciri Baitul Muslim dalam keluarga tersebut dan keluarga yang tidak mendapat keberkataan melahirkan pergolakkan dan perselisihan samaada di antara suami isteri dan juga di antara ibu bapa kepada anak-anaknya. Oleh itu jadikanlah Islam sebagai panduan hidup berkeluarga barulah mendapat rahmat ,ketenangan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Ketiga : Keberkatan Pada Rezeki.

Rezeki yang berkat adalah rezeki yang diperolehi daripada sumber-sumber yang halal. Dan digunakan pula rezeki tersebut untuk kebaikan dan di jalan Allah SWT

Apabila kita mensyukuri rezeki Allah SWT maka Allah s.w.t akan memberkati hidup kita dan Dia akan memberi tambahan rezeki dijalan yang tidak disangka-sangka.

Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya, “ Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang. ” [ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ]

Setiap Mukmin hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya, “ Tiada seorangpun yang berdo'a kepada Allah dengan suatu do'a, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan do'anya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.” [ Hadis riwayat at-Tabrani ]

Rezeki adalah ketentuan Allah SWT . Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

Kita sering mendengar berita orang kaya rezekinya melimpah ruah tetapi hidup keluarganya porak peranda, anak-anaknya menjadi penjenayah dan penceraian berlaku di antara suami istari. Ini menunjukkan tidak ada keberkatan rezeki yang mereka perolehi ada sesuatu yang tidak kena maka berlakulah keadaan seperti ini.

Kita juga mendengar suatu keluarga yang pendapatannya kecil menanggung anak-anak yang ramai tetapi anak-anaknya menjadi insan yan berakhlak mulia dan berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan. Ini menunjukkan ada keberkatan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Allah telah berfirman, “ telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi ( pengedar ) rezeki kepada bani Adam : mana satu hamba-Ku yang kamu temui menujukan harapannya kepada Aku semata, maka jaminkanlah rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperolehi lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.” [ Hadis riwayat Abu Naim ]

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaanpun, kerana kasih sayang Allah itu mendahului Kemurkaan-Nya. Dan pastikan sumber rezeki yang kita perolehi dari sumber yang halal dan tidak meninggalkan suruhan Allah SWT semasa mencari rezeki , rezeki yang diperolehi akan diberkati dan hidup kita akan sentiasa mendapat rahmat Allah SWT .

Keempat : Keberkatan Hidup Berjemaah.

Hidup kita di dunia ini tidak boleh berseorangan kita perlu kepada berjemaah. Hidup berjemaah akan membawa keberkatan sedangkan hidup tanpa jemaah akan membawa kepada kehancuran.

Daripada Huzaifah r.a berkata : “ Orang-orang Islam yang lain bertanya Rasulullah SAW tentang kebaikan dan saya bertanya Rasulullah tentang kejahatan, kerana saya bimbang ( takut ) saya terjatuh kedalam kejahatan, lalu saya berkata kepada Rasulullah SAW , :“ Ya Rasulullah , kami sesungguhnya berada di dalam keadaan jahiliah dan kejahatan, tetapi Allah hantarkan kebaikan, apakah ada selepas kebaikan ini kejahatan? ”

Rasulullah SAW menjawab : “ Ya ada ”
Kemudian saya bertanya lagi, “ Apakah selepas kejahatan ini ada kebaikan? ”
Rasulullah SAW menjawab “ Ya ada, tetapi di dalamnya ada dakhan ”
Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah SAW “ Apakah dakhan itu?”
Rasulullah SAW menjawab “ Yang di maksudkan dakhan itu adalah suatu kaum yang mengambil suatu peraturan lain dari Sunnahku dan mengambil Petunjuk lain dari Petunjukku, kamu kenal mereka maka hendaklah kamu tolak mereka.”
Saya bertanya lagi : Adakah selepas itu (kebaikan), ada lagi kejahatan?”
Rasulullah SAW menjawab : “ Ya ada, iaitu pendakwah (penyeru) yang berada di tepi jurang neraka, siapa yang menyahut seruan mereka akan di campakkan kedalam neraka”
Saya bertanya : “ Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika saya sampai pada masa itu ( iaitu masa penyeru-penyeru yang menyeru di tepi jurang neraka ) ? ”
Rasulullah SAW menjawab : “ Hendaklah kamu duduk bersama-sama Jemaah Muslimin dan ikut imam mereka ”  { Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud ]

Hidup kita akan mendapat keberkatan jika kita duduk di dalam jemaah. Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda hidup bersama jemaah Islam yang dibentuk oleh baginda. Di dalam jemaah inilah berlakunya proses tarbiyah imaniah berjalan hingga melahirkan satu generasi umat Islam yang paling baik dalam sejarah manusia. Hasil dari jemaah ini melahirkan Daulah Islamiyah yang mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT .Berjemaah membawa berkat dan perpecahan membawa azab.

Kelima : Keberkatan Pada Ilmu.

Ilmu yang bermanfaat secara mutlak di dunia dan akhirat adalah ilmu syar’i ( ilmu Islam ). ilmu yang pengamalnya yang diikhtiraf oleh Allah SWT. dan Rasulullah SAW. , ilmu ini adalah seperti yang diungkapkan oleh Imam Asy-Syatiby di dalam kitab Al Muwafaqot, “ Ilmu yang muktabar menurut syara ’ adalah ilmu yang mendorong pemiliknya untuk beramal, yang tidak membiarkan pemiliknya mengikuti hawa nafsunya bagaimanapun ia, bahkan ia mengikat pengikutnya dengan ilmu tersebut, yang membawa pemiliknya mematuhi aturan-aturannya suka atau tidak suka ”.

Mengenai ilmu pengetahuannya yang bermanfaat kepada orang lain. Dengan kata lain, segala ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan dapat menambahkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT. Maka selama ilmu itu masih dipelajari, selama itulah orang yang mengajarkannya pada peringkat permulaan itu akan mendapat pahala yang berterusan yang akan dimasukkan ke dalam catitan amalan kebajikannya. Antara lain, seperti apabila seseorang yang mengarang kitab untuk rujukan orang lain, maka selagi kitabnya dapat memberikan manfaat kepada orang lain, maka Allah akan mengurniakan ganjaran dan pahala yang berterusan kepada pengarang kitab tersebut.

Ilmu yang berkat adalah ilmu yang difahami, dilaksanakan dan disampaikan pada orang lain. Ilmu yang berkat juga akan mendekatkan diri kita kepada Allah SAW

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita muhasabah balik pada diri kita kenapakah sering kita mengalami kerisauan, jiwa sentiasa tidak tenang dan tekanan hidup yang semakin meningkat. Jika kita kaji pasti kita akan dapat jawapannya iaitu tidak wujud keberkatan dalam hidup kita. Iaitu tidak ada keberkatan pada umur, hidup berkeluarga, rezeki , berjemaah dan pada ilmu. Oleh itu perlulah kita kembali kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya insya Allah rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT akan kita perolehi.

Wallahu a'lam .

Wednesday, February 22, 2012

Sejarah Palestin, Tanah dan Hak Umat Islam Yang Wajib di Rampas Semula Daripada Zionis Laknatullah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanah Palestin adalah tanah penuh berkah dan penduduk disekitarnya diberkati oleh  Allah SWT. kerana disinilah terletaknya kiblat pertama umat Islam

Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud; ”Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah hingga sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya.

Daripada sejarah Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad SAW. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, baginda wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam dibawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khatab semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi.

Khalifah Umar al-Khattab telah mengistiharkan bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf umat Islam dan sesiapa pun tidak boleh menjualnya kepada bangsa lain. Haram hukumnya menjual tanah Palestin kerana tanah Palestin adalah tanah yang diberkati oleh Allah SWT.

Maka setelah Palestin dikuasai oleh empaya Islam maka Palestin telah menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun. Semasa tentera salib berjaya menawan bumi Palestin ratusan ribu nyawa umat Islam melayang kerana disembelih oleh tentera Salib yang kejam tanpa ada belas kasihan.

Sahabat yang dihormati,
Setelah Palestin ditawan oleh tentera Salib, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.

Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.  

Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.  

Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.

Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada dua kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur  diserang dan ditawan oleh Britain.

Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis.

Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab.

Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.  

Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – “Hari ini, perang Salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 orang sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.

Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin.

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I (sultan yang menghianati umat Islam) ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan  Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.

British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Runtuh sahaja Khalifah Uthamaniah maka tanah umat Islam dipecah-pecahkan kepada negara bangsa seperti Mesir, Tunisia, Magribi, Libya, Syria, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.

Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti:

1. Sistem khalifah ditamatkan (khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas)

2. Kerajaan Turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Undang-undang Islam dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang sekular British. Persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu – “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab – “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya iaitu kuasa Khalifah dan ajaran Islam.

Dalangnya yang  utamanya adalah Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.

Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. Pada 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Sahabat yang dimuliakan,
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh oleh tentera Nazi dibawah pimpinan Adolf Hitler.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin.  

Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah negara haram Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama – Chaim Weizmann.

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.

Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Adakah kita berdiam diri melihat setiap hari umat Islam Palestin dibunuh kejam oleh tentera Zionis? Apakah sumbangan kita untuk membantu dan membela saudara kita dizalimi? Di mana kita?

Sahabat yang dikasihi,
Secara realitinya, Israel merupakan sebuah negara yang dikenali sebagai negara haram yang melakukan kezaliman terhadap umat Islam Palestin secara khusus dan berusaha sedaya-upaya untuk menakluki seluruh negara umat Islam.

Para ulama telah membahaskan hukum bekerjasama dalam kitab-kitab mereka secara panjang lebar. Dalam al-Quran telah termaktub satu ayat yang jelas menyatakan bahawa kaum Yahudi tidak akan berdiam diri dan redha dengan umat Islam sehinggalah umat Islam mengikut telunjuk mereka. Cuba fikir apa akan terjadi sekiranya kita sendiri memberikan ruang kepada mereka untuk menasihati kita dalam perkara ICT?

Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)'. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah SWT tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.'' (Surah al-Baqarah ayat 120)

Ulama Islam telah pun mengeluarkan fatwa  untuk menjadi panduan kita , adakah kita boleh bekerjasama dengan Israel?

Ulama Islam telah mengeluarkan fatwa dan telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Secara ringkasnya perkara tersebut adalah HARAM berdasarkan perkara-perkara berikut:

1. Mengiktiraf penindasan dan kezaliman Israel terhadap Palestin.

2. Memberikan kekuatan kepada Israel.

3. Mengetepikan arahan Allah SWT untuk membalas setiap kezaliman yang berlaku.

(Rujukan : Fatawa Syaazah oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi Dar As-Syuruq Cetakan 2010.)

Sahabat ,
Hakikat sebenarnya negara Israel tidak wujud di peta dunia kerana mereka merampas dengan cara yang paling hina melalui kuasa-kuasa besar Britisah dan Amerika. Umat Islam perlu merampas semula tanah yang dirampas daripada saudara-saudara kita yang berada di Palestin,  kerana ini adalah tanggungjawab agama. Walaupun memakan masa yang lama usaha-usaha perlu dijalankan secara berterusan . Sahabat-sahabat semua perlulah memberi bantuan dan sumbangan daripada wang poket sendiri secara berterusan dan berdoa setiap lepas solat akan kejayaan saudara-saudara kita yang sedang berjihd fisabilillah disana.

Adalah satu tindakkan yang mulia apabila kita melemahkan kekuatan musuh dengan memboikot dan tidak membeli barangan syarikat-syarikat Israel atau syarikat yang menyokong perjuangan negara Israel.

Berdasarkan fatwa di atas HARAM kita bekerjasama dengan syarikat Israel terutama kita menjual makanan, minyak petrol, minyak masak dan barang-barang keperluan asas kerana sebahagian daripada keuntungan hasil  perniagaan tersebut akan dibeli peluru, jet pejuang dan bom kimia untuk membunuh saudara-sauadara kita di Palestin. Umat Islam diMalaysia dan seluruh dunia WAJIB  memberhentikan segala urusan perdagangan di dalam dan luar negara dengan negara haram Israel kerana tindakkan tersebut boleh jatuh haram dan bersubahat dengan bangsa yang zalim dan dimurkai oleh Allah SWT.

Semua pemimpin politik Islam di Malaysia perlu berhati-hati apabila memberi komen mengenai  Israel dan Palestin supaya ucapan tersebut tidak dimanipulasi oleh musuh politiknya untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruh dirinya. Berhati-hatilah dengan mainan politik Israel dan akhbar Street Wall Journal untuk memerangkap dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam.

Oleh itu umat Islam perlu bersatu dalam usaha untuk membantu saudara kita di Palestin untuk merampas semula tanah yang di rampas secara haram oleh Israel dan membina semula prasarana di Gaza yang telah hancur dan memberi bantuan makanan dan ubat-ubatan.

Kenapa Hati Menjadi Keras?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Ibnu Umar radihiyallahu anhuma berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda : "Jangan memperbanykkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah meyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa orang yang banyak bercakap yang tidak berfaedah dan tidak mahu berzikir dan mengingati Allah SWT akan menyebabkan hatinya akan menjadi keras. Jika hati sudah menjadi keras maka hati seperti ini akan jauh daripada petunjuk Allah SWT.

Dalam realiti kita hari ini kebanyakkan ketandusan hati dan jiwa adalah merupakan penyakit yang sangat ketara. Ramai orang merasa susah hati, gelisah dan tidak merasa tenang dalam kehidupan adalah berpunca daripada hati yang keras. Walaupun memiliki jutaan wang ringgit, rumah banglow, kereta mewah, memiliki gedung-gedung perniagaan dan saham-saham pelaburan tetapi masih tidak dapat merasai ketenagan hati dan tidak mendapat kepuasan hidup, jiwa gelisah seperti ada sesuatu yang tidak kena. Ini semua berpunca daripada kerasnya hati, jiwa yang tandus dan mata yang tidak pernah menangis kerana takut kepada Allah SWT. Berapa ramai di antara kita mengisi masa lapangnya untuk membaca ayat-ayat Allah SWT ? Hanya mereka yang mendapat rahmat-Nya akan mampu membaca al-Quran setiap hari. Berapa ramai yang menjadikan sepertiga malam untuk solat tahajud dan memohon ampun kepada Allah SWT dan mengalirkan air mata kerana takut azab Allah SWT?

Selain itu , kekerasan hati juga adalah berpunca daripada banyak bercakap perkara yang tidak berfaedah (lara)  dan tidak ada hubung kait dengan mengingati Allah SWT. Oleh itu bagi kita yang mengaku beriman kepada Allah SWT hendaklah selalu menggunakan lidah kita untuk berzikir kepada Allah SWT, ataupun bercakap perkara-perkara yang ada hubung kait dengan kemaslahatan dan kepentingan agama Islam . Percakapan tersebut biarlah memberikan faedah dalam meningkatkan ketakwaan atau paling kurang bercakap perkara keduniaan yang dijadikan wasilah atau alatan yang dapat membantunya untuk mentaati Allah SWT, atau kalau tidak mampu berbuat demikian hendaklah dia berdiam diri, jangan banyak bercakap-cakap.

Sahabat yang dimuliakan,
Umat Islam selalu membuang masa dengan bercakap perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, memfitnah atau menceritakan keburukkan orang lain tanpa bermuhasabah diri merka sendiri. Lebih merbahaya lagi apabila mereka bercakap sesuatu perkara yang cuba mempertikaikan hukum-hukum Islam dan menganggap hukum Islam tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk dan secara tidak langsung menafikan hak mutlak Allah SWT untuk menetapkan peraturan hidup untuk manusia ciptaan-Nya.

Pada hakikatnya, hati yang keras adalah hati yang tidak mudah menerima nasihat daripada orang lain. Kalau ditegur selalu melenting dan menunjukkan rasa besar diri, pantang ditegur dan tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh orang lain. 

Hati yang keras juga akan mendorong untuk membuat maksiat dan kejahatan, dan sangat berat untuk membaca al-Quran dan berzikir dan sangat malas untuk  melakukan ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT. Inilah penyakit yang menimpa umat Islam akibat meninggalkan hukum-hukum Allah SWT  dan syariat Islam di muka bumi, sedangkan  mereka telah dipilih untuk menjadi khalifah  Allah SWT di dunia ini.

Sebagai contohnya, apabila masuknya waktu solat orang yang keras hatinya akan merasa terbeban dengan ibadat solat itu dan akan merasa banyak urusan dunawinya masih belum selesai dan terpaksa menangguhkan solat hingga hujung waktu  , dilakukan pula solat itu tidak sepenuh hati hanya untuk melepaskan kewajipannya sahaja. Sebahagian besar pula tidak mengerjakan solat dengan alasan sebuk dan tidak ada masa.
Berbeza pula dengan mukmin yang bersih, sihat dan sejahtera  hati dan jiwanya , merasai bahawa solat itu satu ibadah yang sangat diutamakan hingga sanggup meninggalkan apa sahaja tugasnya dan mengutamakan panggilan Allah SWT, "MARILAH SOLAT, MARILAH MENUJU KEJAYAAN" 

Hati yang keras adalah hati yang berkarat. Sesungguhnya hati itu berkarat jika tidak di didik, tidak diproses maka ia akan kotor apatah lagi sekiranya disekeliling kita  nafsu yang menguasai diri, maksiat dan syaitan meruntun-runtun dalam jiwa. Itulah sebabnya kenapa masyarakat kita tidak merasa sensitif dengan dosa dan maksiat. Perkara makruf di pandang mungkar dan yang mungkar dipandang makruf , perkara ini akan berlaku apabila hati-hati mereka telah menjadi keras dan berkarat. Nabi SAW pernah menjelaskan bahawa hati manusia umpama besi apabila ditimpa air iannya berkarat dan untuk menghilangkan karat perlulah banyak membaca al-Quran dan mengingati mati!.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjaga dan mendidik hati dan jiwa kita dengan didikan iman, sentiasa muhasabah, mujahadah dan murajaah. Setiap hahr bertilawah al-Quran, menghadiri majlis-majlis ilmu, menziarahi kubur (untuk mengingati kematian), banyakkan berzikir dan beristighfar dan solat-solat sunat terutama di tengah malam. Carilah sahabat-sahabat yang soleh dan guru-guru yang alim untuk saling ingat menginagti kepada kebaikan dan kesabaran demi membangunkan umah Islamiah yang diredhai oleh Allah SWT.








Monday, February 20, 2012

Orang Mukmin Yakin Jaminan Rezeki Daripada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah ditetapkan rezeki untuknya sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.

Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah SWT dimuka bumi ini.
Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan tidak ada satu mahluk yang melata pun di muka bumi kecuali Allah menjamin rezekinya.” (Surah Hud ayat 6)

Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah memberi jaminan ke atas rezeki makhluk-Nya sampai tiba ajal masing-masing. Kita tidak boleh sama-sekali  meragukan jaminan rezeki daripada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya seorang dari kalian dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah (bersatunya sperma dengan ovum), kemudian menjadi ‘alaqah (segumpal darah) seperti itu pula. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) seperti itu pula. Kemudian seorang malaikat diutus kepadanya untuk meniupkan roh di dalamnya, dan diperintahkan untuk menulis empat hal, iaitu menuliskan rezekinya, ajalnya, amalnya, dan celaka atau bahagianya..." (Hadis Riwayat Bukhari)

Kepercayaan dan keyakinan terhadap rezeki adalah termasuk di dalam keimanan kepada Qadak dan Qadar Allah SWT. Qadak terbahagi dua iaitu Qadak Mubram dan Qadak Muallaq.

Qadak Mubram adalah qadak yang tidak boleh berubah-ubah sebagai contoh, wanita sahaja yang boleh mengandung dan melahirkan anak,  manusia memerlukan oksigen, makan dan minum yang mencukupi untuk hidup. Itu adalah satu ketetapan yang pasti.

Allah SWT menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai bila-bila masa. Allah SWT menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah SWT sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat.

Qadak Muallaq pula adalah qadak atau ketetapan yang boleh berubah-ubah. Rezeki dan tarikh mati seseorang boleh bertambah atau berkurang atas kehendak Allah SWT. Salman radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Tidak tertolak qadak itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan.”(Hadis riwayat Tirmidzi). 

Rezeki yang Allah SWT tetapkan untuk manusia adalah termasuk di dalam Qadak Muallaq iaitu qadak yang boleh berubah apabila manusia berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh supaya Allah SWT menambahkan rezeki untuknya. Rezeki juga boleh ditarik balik oleh Allah SWT apabila Dia murka kepada hamba-Nya yang tidak bersyukur dan derhaka kepada-Nya.

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud: “Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada ibu segala suratan.”

Rasulullah SAW  yang diriwayatkan daripada Salman Al-Farisi:“Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Dalam al-Quran Allah SWT berfirman maksudnya :“ Berdoalah (mintalah) kepadaKu, nescaya Aku kabulkan untukmu ” ( Surah al-Mukmin (40) ayat 60)

Doa memainkan peranan yang penting supaya hajat dan permintaan kalian dikabulkan oleh Allah SWT . Jangan putus asa jika doa kalian masih belum ditunaikan oleh Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Ada dikalangan manusia mengeluh dan sedih kerana rezekinya masih sempit dan apa yang diusahakan masih gagal untuk memenuhi hajat yang dikehendakinya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang suka supaya diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalankan hubungan tali silaturahim."(Hadis Riwayat al-Bukhari).

Imam Ibnul Atsir berkata : "Silaturahim adalah suatu ungkapan berkaitan dangan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silaturahim adalah berlawanan dengannya."

Menjalin hubungan silaturahim yang baik dan berdoa terhadap ibu bapa adalah salah satu jalan terbukanya pintu rezeki.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, 

Selain daripada menjaga hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, kalian perlu juga memperbaiki hubungan sesama muslim dan menjalin hubungan ukhwah Islamiah dan kasih sayang adalah termasuk tuntutan Islam kerana semua muslim adalah bersaudara. Berlapang dada sesama saudara muslim tidak buruk sangka, tidak bermusuhan dan menjauhkan diri daripada mengumpat dan memfitnah sebenarnya akan mendatangkan keberkatan dan Allah SWT akan membuka pintu rezeki daripada langit dan bumi dijalan yang tidak disangka-sangka.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita dengan mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Kita jaga hubungan di antara ahli keluarga dan hubungan sesama muslim. Banyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT semoga dibuka-Nya pintu perbendaharaan alam berupa rezeki yang halal dan lumayan yang tidak disangka-sangka. Dengan kita memiliki rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dapat pula kita membayar zakat, berinfak dan bersedekah semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.