Saturday, June 2, 2012

Fikrah Islamiah Perlu Di Miliki Dan di Sebarkan Kepada Masyrakat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apa yang dimaksudkan dengan Fikrah Islamiah ialah Islam itu sendiri. Deen Allah SWT yang kekal dan mencakupi semua bidang.  Deen Allah SWT yang bersifat syamil dan kamil.  Deen Allah SWT yang mana kita tiada hak  dan kuasa untuk menambah dan mengurangkan mana-mana bahagian serta tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendahuluinya.
Dalam masyarakat yang tidak ada  Tarbiyyah Islamiah,  maka berlakulah pendahuluan daripada fikrah.  Deen itu tidak diletakkan di hadapan dan tidak tahu di mana kewujudan Deen tersebut. 

Firman Allah SWT maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului  Allah dan Rasul Nya dan bertaqwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui
( Surah al Hujuraat ayat 1 )

Ini bererti jangan bertindak mendahuhui Islam.  Oleh itu sikap kita ialah kita menjadi pengikut Islam, bukan Mubtada’ (pereka).  Kita tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menokok tambah Islam.
Kewajipan kita ialah memahami Islam sebagaimana ia mesti difahamkan, bukan mengikut kefahaman kita sendiri.  Oleh yang demikian kita adalah di belakang Islam.  Masyarakat kini menyesuaikan Islam dengan suasana nafsu mereka, bukannya menyesuaikan nafsu dengan  Islam.
Oleh yang demikian kita perlu mengkaji dan meneliti kehendak Islam yang sebenarnya dan tidak boleh mencampuradukkan fahaman-fahaman serta fikrah-fikrah lain dari Islam.  Umpamanya mencampurkan Islam dengan sosialisme, demokrasi, kapitalisme, komunisme, nasionalisme dan lain-lain isme  ( ideologi ) ciptaan manusia. 

Kita dapati fikrah-fikrah seperti ini benar-benar berlaku di dalam masyarakat kita, iaitu masyarakat yang menamakan diri mereka sebagai Islam tetapi mendokong (menganut) fahaman sosialis, kapitalis, nasionalis, komunis dan sebagainya.
Fikrah selain Islam ini adalah mendatang dan kedatangan fikrah-fikrah ini menimbulkan masalah pokok, iaitu ‘Aqidah yang tidak selesai dan bermasalah.  Jika selesai dan berlaku kesyumulan Islam, maka tidak timbullah masalah campuraduk seperti ini.
Islam itu bersifat sempurna dan lengkap.  Jahiliah juga merupakan satu Millah.  Kita perlu sedar dan tahu mana-mana yang mendatang dan dimasukkan  ke dalam Islam.  Semua itu dimasukkan untuk mempengaruhi kita dan menyesatkan Umat Islam.  Kita perlu membentangkan fikrah kita dengan jelas dan tidak boleh berkompromi dengan kehendak masyarakat (kompromi dengan sebarang fikrah ciptaan manusia).
Da’ie perlu bertindak dengan sifat dan tingkah laku Islam yang sebenarnya.  Hendaklah ia berdiri dengan Islam yang sebenarnya.  Apabila  seseorang itu bercakap  mengenai Fikrah Islam tetapi tindakannya tidak berlandaskan fikrah yang sebenarnya, maka ia dikatakan sebagai tidak mempunyai fikrah.  Kita dapati segolongan yang memperkatakan Islam berdasarkan fikrah yang betul tetapi mengambil tindakan tidak berlandaskan fikrah tersebut.  Ini bukanlah Fikrah Islam yang sebenarnya.  Masih terdapat kesamaran di dalam fikrah.  Mesti jelas Fikrah Islam sebenarnya tanpa kesamaran dan liku-liku ( tanpa berputar belit ).
Kita perlu menjadi Mithali Islam dalam lisan dan tindakan.  Apabila kita memperkatakan Islam, kita hidupkan  kesyumulan Islam walaupun kita berseorangan.  Begitulah Rasulullah  SAW datang pada awalnya adalah keseorangan.
Kita tidak boleh menggugurkan satu huruf, satu segi atau satu perkara dari Islam untuk mendekati dakwah-dakwah lain. Kaedah kita ialah “ Matlamat Tidak Membersihkan Jalan “.
Oleh itu kita tidak boleh ‘ Musawwamah ‘Ala  Fikrah ‘ ( bertolak ansusr di dalam fikrah ).  Bertolak ansusr di dalam fikrah adalah kesalahan besar dan merupakan jenayah terhadap Islam serta dianggap terlalu berani terhadap Allah  SWT.  Berani menggugurkan sebahagian daripada Islam kerana menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Sebab-sebab kita tidak boleh bertolak ansur dalam hal ini adalah kerana kita tidak mempunyai sebarang hak untuk berbuat demikian. Deen Islam adalah milik Allah  SWT dan bukan milik kita.  Apa yang perlu bagi kita ialah menerima Islam sepertimana yang dikehendaki, iaitu dalam keadaan  yang lengkap dan sempurna. 

Selama ini Islam kita adalah Islam warisan dan tidak melalui tarbiah yang sebenarnya.  Bukan salah warisan tetapi mesti diproses agar timbul kefahaman dan dan kesedaran sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah  SAW dan para sahabat baginda.
Apabila kita memperkatakan demikian maka akan timbul dari masyarakat tohmahan, sebagaimana masyarakat  sekarang berkata bahawa Asy-Syahid Sayyid Qutb itu mengkafirkan umat Islam.  Beliau sebenarnya tidak  pernah mengkafirkan sesiapapun, tetapi tindakan beliau adalah dalam rangka untuk memberi penjelasan bahawa Islam hendaklah diterima dengan penuh keimanan bukan secara takliq  atau tradisi.
Masalah mencampur adukkan Islam adalah masalah yang besar. Rasulullah SAW dalam rangka berdakwah kepada Islam, dicuba oleh pembesar-pembesar Quraisy untuk menerima tuntutan mereka sedikit sahaja, iaitu ketika mereka menunaikan solat tidak terdapat bersama-sama mereka orang-orang fakir miskin.  Rasulullah SAW tidak mahu melayan  kerana baginda SAW tidak mahu    berkompromi   dengan   masyarakat jahiliah  sehingga   baginda     berkata yang bermaksud :
“Sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, nescaya  aku  tidak  akan tinggalkan Islam yang langsung tidak berkompromi dengan jahiliah “.

Sahabat yang dimuliakan,
Dengan konsep yang cukup jelas dan terang inilah fikrah yang sebenar untuk kita sampaikan kepada masyarakat.  Tetapi ini hanya sebagai garis panduan semata-mata.  Kita perlu faham fikrah Islam secara mendalam.  Juga kita perlu meneliti buku-buku fikrah untuk mendalami tujuan ini dan  hendaklah kita mengawal pembacaan kita agar jangan membaca buku yang dikarang oleh mereka yang mencampuradukkan fikrah Islam dengan fikrah-fikrah yang lain.

Hanya buku-buku dari ulama yang muktabar sahaja yang dibaca dan dijadikan panduan.
Dengan fikrah yang kita bawa ini, kita akan memperjuangkan Islam  dengan  jalan-jalan yang mengikut kaedah-kaedah yang diatur dan disusun oleh Islam  itu sendiri.
Apabila kita bertolak dari sini, kiranya kita sampai ke matlamat tersebut, maka alhamdulillah kita akan berjaya.  Jika kita gugur dan kita kembali ke rahmat Allah SWT maka kita juga telah berjaya.  Untuk menyampaikan fikrah tersebut bukanlah boleh dilakukan seorang diri, tetapi mestilah dilakukan secara berjamaah.
Kita faham dan tahu bahawa dawah Islam itu adalah dari perkara-perkara yang wajib dari segi hukum.  Kita merasa syukur kepada Allah SWT kerana dijadikan kita sebagai penyeru-penyeru kepada Islam. Oleh itu kita perlu menyiapkan diri kita sebagai daie murabbi ke jalan Allah SWT, kerana alam ini kini dipenuhi dengan jahiliah. 

Sabda Rasulullah  SAW yang bermaksud : “ Islam itu dagang dan akan kembali dagang seperti awalnya, maka beruntunglah para pedagang  ( yang berpegang dengan Islam ketika kedagangan tersebut ) “

Kita melihat kepada masyarakat pada hari ini, Islam itu memang dagang pada mereka.  Sehingga mereka yang mendapat ijazah di dalam pengajian Islam sendiri ada sebahagiannya bersama-sama pemimpin sekular yang memandang rendah hukum-hukum Islam, dan rasa curiga terhadap keberkesanan undang-undang Islam jika dilaksanakan. Islam itu benar-benar dagang dalam banyak hal kehidupan mereka.  Walaupun mereka menunaikan solah dan tidak berlaku dagang ketika mendirikannya, tetapi kedagangan Islam ternyata di dalam aspek-aspek  kehidupan seharian mereka yang lain.
Kesyukuran kita tidak hanya memadai dengan lisan semata-mata, tetapi mesti tabah di dalam  usaha-usaha  dakwah dan mesti dilipat gandakan sehingga kita kembali reda kepada Allah SWT dan Dia meredai kita.  Usaha-usaha ini tidak boleh kita lakukan seorang diri kerana kita tidak mampu memikul tanggungjawab dakwah  dan beban yang berat tersebut dalam mentarbiah ummah. 

Rasulullah SAW tidak berusaha seorang diri tetapi baginda memikul anggota-anggota induk untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. 

Firman  Allah SWT maksudnya :
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung
( Surah ali Imran ayat 104 )

Hendaklah ada di kalangan kita yang memikul tanggungjawab dakwah.  Tugas kita bukan setakat  mengeluarkan seseorang darpada jahiliah, tetapi kita bertugas untuk menolong dan mendidiknya sehingga dia bersedia untuk memikul tanggungjawab dakwah.  Dengan ayat tersebut Allah SWT mewajibkan ‘amal jama’ie.
Tugas berdakwah ini tidak  mampu untuk dipikul berseorangan, iaitu usaha-usaha untuk menghapuskan kefasadan (kejahatan) yang bermaharajalela di dunia ini.  Kita bukan hendak mengangkat senjata, tetapi kita menggunakan Kaedah al Harb ( peperangan ) dalam menghadapi jahiliah hari ini.  Dalam tahap sekarang ini, kita melawan dengan jahiliyyah dengan menggunakan Kaedah al Harb al Fikri (peperangan pemikiran). Ia terbahagi kepada dua :
  1. Nasyrul Fikr ( penyebaran fikrah  ) Islam dan
  2. Fadhahal Kufr ( mendedahkan kekufuran ).
Dalam tahap sekarang kedua-dua peperangan terhadap jahiliah ini mesti berjalan.
Dalam menyebarkan Fikrah Islamiah ini tiada masa untuk kita berhenti ( hudnah ).  Kita tidak sama sekali berhenti bertindak untuk  menyampaikan  Islam.  Dalam keadaan sekarang ini jika kerja-kerja kita tidak mengarahkan kepada penyebaran Islam maka usaha-usaha kita adalah dipanggil sebagai ‘Amal Dha’if.

Kita berdakwah di dalam semua keadaan.  Semua keadaan berada di dalam harb.  Dalam semua tindakan dan di dalam apa jua keadaan pun kita mestilah mithali dan mesti membawa Syaksiah  Ummah.  Apabila  kita turun ke dalam masyarakat,  maka mesti membawa Syaksiah Ummah dan ia adalah mewakili ummah.  Semua ini memerlukan kepada tarbiah dan perlu kepada  harakah.  Biarpun siapa dia itu, ia perlu menjadi seorang yang mendidik.
Ini adalah  kaedah kita.  Kita berjalan mengikut syara’, Insya Allah  , Dia akan menolong kita untuk kekal berjalan di atas syara’.
Wallahhualam.

Wednesday, May 30, 2012

Sifat Berbaik Sangka Sesama Muslim Calun Ahli Syurga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Suatu hari, Rasulullah SAW  sedang duduk di masjid dikelilingi para sahabat. Beginda sedang mengajarkan ayat-ayat al-Quran. Tiba-tiba Rasulullah SAW. berhenti sejenak dan berkata,”Akan hadir diantara kalian seorang calon penghuni syurga”. Para sahabat pun bertanya-tanya dalam hati, siapakah orang istimewa yang dimaksud Rasulullah ini?. Dengan rasa berdebar-debar mereka menunggu kedatangan orang tersebut. Semua mata memandang ke arah pintu.

Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki melenggang masuk masjid. Para sahabat hairan, inikah orang yang dimaksud Rasulullah? Dia tak lebih dari seorang lelaki dari kaum ansar (orang kebanyakan). Dia tidak termasuk di antara sahabat utama. Dia juga bukan dari golongan tokoh Quraisy. Bahkan, tidak banyak yang mengenalnya. Pun, sejauh ini tak terdengar keistimewaan dia.

Ternyata, kejadian ini berulang sampai tiga kali pada hari-hari selanjutnya. Tiap kali Rasulullah berkata akan hadir di antara kalian seorang calon penghuni syurga, lelaki tersebutlah yang kemudian muncul.

Maka para sahabat pun menjadi yakin, bahawa memang lelaki itulah yang dimaksud Rasulullah. Mereka juga menjadi semakin kehairanan, amalan istimewa apakah yang dimiliki lelaki ini hingga Rasulullah menjelaskan bahawa dia adalah sebagai calon penghuni syurga?

Akhirnya, para sahabat pun sepakat mengutus salah seorang di antara mereka untuk mengamati kehidupan harian lelaki ini. Maka pada suatu hari, sahabat yang diutus ini menyatakan keinginannya untuk bermalam di rumah lelaki tersebut. Lelaki tersebut iaitu calon penghuni syurga mempersilakannya.

Selama tinggal di rumah lelaki tersebut,  sahabat terus-menerus mengikuti kegiatan lelaki calon penghuni syurga. Saat lelaki tersebut makan,  sahabat ikut makan. Saat lelaki tersebut mengerjakan pekerjaan rumah, sahabat menunggui. Tapi ternyata seluruh kegiatannya biasa saja. “Oh, mungkin ibadah malam harinya sangat khusyuk” fikirnya. Tapi ketika malam tiba, lelaki tersebut bersikap biasa saja. Dia mengerjakan ibadah wajib sebagaimana biasa. Dia membaca al-Quran dan mengerjakan ibadah sunnah, namun tidak banyak. Ketika tiba waktunya tidur, dia pun tidur dan baru bangun ketika azan subuh berkumandang.

Sungguh, sahabat hairan, sebab ia tidak jua menemukan sesuatu yang istimewa dari lelaki ini. Tiga malam  sahabat bersama  calon penghuni syurga, tetapi semua tetap seperti biasa sahaja.

Akhirnya, sahabat itu pun pun berterus terang akan maksudnya bermalam. Dia bercerita tentang pernyataan Rasulullah SAW. Kemudian dia bertanya,“Wahai sahabatku, sesungguhnya amalan istimewa apakah yang kau lakukan sehingga kau disebut salah satu calon penghuni syurga oleh Rasulullah? Tolong beritahu aku agar aku dapat mencontohimu”.

Lelaki itu menjawab,” Wahai sahabat, seperti yang kau lihat dalam kehidupan sehari-hariku. Aku adalah seorang muslim biasa dengan amalan biasa pula. Namun ada satu kebiasaanku yang boleh kuberitahukan padamu. Setiap menjelang tidur, aku berusaha membersihkan hatiku. Kumaafkan orang-orang yang menyakitiku dan buang semua iri, dengki, dendam dan perasaaan buruk kepada semua saudaraku sesama muslim. Hingga aku tidur dengan tenang dan hati bersih serta ikhlas. Barangkali itulah yang menyebabkan Rasulullah SAW. menyatakan demikian.”

Mendengar penjelasan itu, wajah  sahabat menjadi berseri-seri. “Terima kasih sahabatku atas hikmah yang kau berikan. Aku akan memberitahu para sahabat mengenai hal ini”. Sahabat pun meminta izin untuk pulang dengan membawa pelajaran yang sangat berharga.

Sahabat yang dimuliakan,
Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah. Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan.

 Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Datuk Dr Fadzilah Kamsah berkata : "Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya . Katanya lagi : "Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan."

Sahabat yang dikasihi,
Bagaimana kita hendak bersihkan hati-hati kita supaya sentiasa berbaik sangka sesama suami-isteri, sahabat-sahabat seperjuangan, rakan sekerja, saudara-mara, jiran tetangga dan saudara muslim yang lain? Nampak seperti mudah tetapi hakikat sebenarnya agak sukar hati kita hendak berbaik sangka. Puncanya adalah kerana mungkin kita pernah di anianya oleh rakan rapat kita menyebabkan kita sudah tidak yakin lagi kepada sesiapa dalam hidup kita. Mungkin ramai orang suka mengambil kesempatan di atas sikap baik sangka kita terhadap mereka.

Walaupun pengalaman kita pernah di anianya sekali pun kita tidak boleh simpan buruk sangka kepada seseorang kerana hati yang sentiasa bersarang sifat negatif dan buruk sangka sebenarnya kita tidak bebas dan masih bersarang sifat mazmumah dalam hati kita, akibatnya nur kebenaran, keberkatan, taufik dan hidayah daripada Allah SWT sukar masuk ke dalam hati kita. Itu sebabnya kenapa seorang sahabat Ansar yang tidak dikenali dikalangan sahabat Rasulullah SAW telah terjamin syurga untuknya kerana beliau memiliki kekuatan dan kemuliaan hati iaitu hati yang tidak pernah berhasad dengki, buruk sangka dan rasa iri hati.

Rasulullah SAW menyatakan ramai ahli syurga adalah terdiri daripada orang miskin yang bersyukur dan hati yang mereka besih daripada hasad dengki, iri hati dan buruk sangka.

Ramai ahli neraka adalah wanita kerana wanita tidak bersyukur kepada nikmat rezeki daripada suaminya dan sentiasa suka mengumpat, mengadu domba dan berhasad dengki dan buruk sangka.
 
Oleh itu kita perlu berhati-hati supaya amal soleh dan kebaikan kita tidak terhapus disebabkan kita sentaiasa berburuk sangka dan terpengaruh dengan seseorang yang menumpat , mendedahkan aib seseorang dan membuat fitnah. Dan latihlah hati kita supaya sentiasa dapat dijauh daripada buruk sangka dan hasad dengki kerana jika hati kita masih kotor dengan sifat-sifat mazmumah ianya menyukarkan kita untuk menjadi calun ahli syurga. Wauallahualam.


Pilihanraya Mesir: Parti Islam Kuasai 65% Undi




Dari Malaysia Chronicle

5 Disember 2011

Parti-parti Islam Mesir dapat 65 peratus undi 

KAHERAH – Parti-parti Islam memenangi 65 peratus undi dalam pusingan pertama pilihan raya Parlimen Mesir, menurut perangkaan rasmi yang diperoleh agensi berita AFP semalam.
Parti Ikhwanul Muslimin memenangi 36.62 peratus undi diikuti Salafist Al-Nur dengan 24.36 peratus undi dan Al-Wasat sebanyak 4.27 peratus undi.
Perangkaan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pilihan Raya Mesir, Yusri Abdel Karim.

Menurut satu senarai rasmi, Parti Kebebasan dan Keadilan yang mewakili pergerakan Ikhwanul Muslimin memenangi 3.56 juta undi daripada 9.73 juta undi sah.

Parti Salafist Al-Nur memenangi 2.37 juta dan Parti Wasat memperoleh 415,590 undi.

Perikatan liberal, Blok Mesir menerima 13.35 peratus dengan 1.29 juta undi.

“Kami mengalu-alukan pilihan penduduk Mesir,” kata jurucakap Parti Kebebasan dan Keadilan, Ahmed Sobea.

“Mesir kini memerlukan semua parti untuk bekerjasama bersama untuk keluar daripada krisis,” tambahnya.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin dikenali sejak berdekad-dekad lalu melakukan kerja-kerja kebajikan dan menentang pemerintahan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir selama 30 tahun.

Hosni meletakkan jawatan pada Februari lalu selepas sejumlah besar penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di sini untuk menuntut peletakan jawatannya.
Namun, prestasi Parti Salafist Al-Nur yang memperjuangkan tafsiran fundamental mengenai Islam mengejutkan sekali gus mencetuskan kebimbangan menjadi lebih konservatif dalam Parlimen yang mengandungi 498 anggota.

Pilihan raya itu diadakan pihak tentera yang memerintah sementara Mesir bagi membolehkan kuasa pentadbiran diserahkan kepada pemerintahan pilihan rakyat.

Keputusan pilihan raya di Mesir itu adalah sama seperti di Tunisia dan Maghribi apabila parti Islam turut menang kesan daripada kebebasan baharu yang dibawa oleh pergerakan demokrasi.
 
-Agensi

—Malaysia Chronicle.


(Di petik daripada tulisan Shamsul Iskandar)

Jauhi Sifat Riak dan Sum'ah Supaya Amalan di Terima Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Riak dan sum'ah adalah dua sifat yang dibenci oleh Allah SWT. Jika terdapat kedua-dua sifat ini amalan seseorang itu terbatal dan tidak diterima oleh Allah SWT.

Apa saja sifat yang boleh mendatangkan keburukan, kebinasaan atau kecelakaan dalam hidup seseorang, ia boleh dianggap sebagai penyakit. Perbuatan riak dan sum'ah dianggap satu daripada penyakit rohani dan Islam memandangnya sebagai wabak yang mengancam kemurnian akidah orang Islam. Di kalangan orang Islam riak masih wujud dalam kehidupan hari ini walaupun sifat dan perbuatan itu dibenci Allah SWT.

Riak berasal dari kata ru’yah yang ertinya melihat. Berlaku riak ertinya menampakkan amal soleh supaya dilihat manusia. Riak ada disebut dalam al-Quran,
antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang-orang yang memperlihatkan amalnya (yura’un) dan enggan membayar zakat.” (Surah al-Ma’un ayat 6-7)
 
Ulama Islam berpendapat riak adalah sifat yang tidak baik diamalkan oleh orang Islam. Dalam Islam, riak adalah sifat yang cukup keji kerana ia boleh membinasakan segala kebaikan yang pernah dilakukan selama ini dan merosakkan pahala amal soleh seseorang. Sifat riak sebenarnya boleh dihindari dengan memperkuat atau mempertingkatkan iman dan hati sentiasa takut akan azab dan seksa Allah di akhirat nanti.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan. Sementara Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat riak ialah menuntut kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat. 

Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al-Maun ayat 4-6).

Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak Islam yang sentiasa menyeru umatnya agar beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati penuh keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Dengan rasa angkuh dan (suka) mempamer (riak)
kepada manusia.” (Surah al-Anfal, ayat 47)

Sahabat yang dimuliakan,
Selain daripada riak satu lagi sifat yang dibenci oleh Allah SWT adalah sum'ah. Sum’ah berasal daripada kata samma’a yang ertinya memperdengarkan. Memperdengarkan amal kepada manusia ertinya menampakkan amal yang sebelumnya dirahsiakan.

Riak dan sum’ah menurut istilah adalah mempamerkan amal soleh kepada orang
dengan tujuan mendapatkan kehormatan. Jika seseorang beramal untuk dilihat manusia, itu namanya riak. Jika tidak dilihat manusia tetapi kemudian dia menceritakannya kepada mereka, itu namanya sum’ah.

Imam ‘Izzuddin ‘Abdissalam membezakan riak dan sum’ah. Beliau berkata:
“Riak adalah beramal kerana selain Allah SWT. Sum’ah adalah menyembunyikan amal
kerana Allah SWT, tetapi kemudian menceritakan amal itu kepada manusia.”

Di sini seolah-olahnya Imam ‘Izzuddin melihat semua riak adalah tercela, sedangkan sum’ah ada tercela dan ada yang terpuji. Sum’ah tercela apabila tujuan penceritaan amal itu demi penghormatan manusia dan sum’ah terpuji apabila tujuan penceritaan demi penghormatan Allah SWT dan reda-Nya.

Nampaknya pendapat Imam Izzuddin sesuai dengan nas syariat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan si penerima seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak (pamer) kepada manusia.”
(Surah al-Baqarah, ayat 264)

Manakala Rasulullah SAW menyebut dalam hadis riwayat al-Bukhari yang bermaksud:
“Sesiapa memperdengarkan (amalnya), Allah SWT pun akan memperdengarkan
(keburukannya); sesiapa memperlihatkan (amalnya), Allah SWT akan memperlihatkan (keburukannya).”

Dalam hadis diriwayatkan Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
yang paling aku bimbang atas kamu adalah syirik kecil. Para sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Rasulullah SAW menjawab: Riak.”

Ada tiga faktor menyebabkan seseorang itu suka mempamer atau bersikap riak antaranya lingkungan keluarga ia membesar.

Pertama, ada kala seorang anak membesar dalam keluarga yang tradisinya suka mempamerkan atau riak sehingga anak itu juga mengikutinya.

Kedua, kerana bersahabat dengan kawan yang suka menunjuk-nunjuk lalu terpengaruh dengan peribadi kawannya.

Ketiga, tidak mengenal Allah SWT dengan baik.Kurangnya pengetahuan mengenai Allah SWT boleh menjadi penyebab seseorang suka bersikap suka mempamer.

Sahabat yang dikasihi,
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi).

Untuk menjauhkan diri atau membersihkan hati daripada perbuatan riak dan sum'ah, kalian hendaklah mengamalkan sifat muraqabah. Muraqabah dapat memperlihatkan dan menghayati kepentingan dan hak Allah dengan memperhitungkan diri sendiri, berapa banyak kebaikan dan dosa yang telah dilakukan sebagai perbandingan supaya terus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan apa jua tindakan yang akan dilakukan.

Bertaubat adalah jalan terbaik bagi mereka yang melakukan dosa atau yang terlanjur perbuatannya. Taubat dan istighfar amat dituntut ke atas setiap orang yang beriman.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135).

Dalam surah lain Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222).

Tuesday, May 29, 2012

Pengasas Syiah Ialah Yahudi Ibn Saba',


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syiah adalah salah satu ajaran sesat yang di asaskan oleh Yahudi Ibn Saba' selepas pembunuhan Saidina Uthman Ibn Affan r.a. Kononnya mereka (golongan syiah) adalah ahli bait dan bersimpati dengan syahidnya Saidina Hussin cucu Rasulullah SAW. Kesesatan ajaran syiah ini terbukti apabila mereka mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan menuduh Saidatina Aisyah r.ha dengan tuduhan yang melampau batas.

Banyak bukti-bukti sahih yang didedahkan oleh para ulama Islam daripada Ahli sunnah waljamaah dan pengkaji sejarah Islam akan kesesatan ajaran syiah. 

Berita terkini bagaimana tentera revolusi Iran dan tentera Hasbullah bersatu menyokong rejim Bashar al-Assad membunuh rakyat Syria dengan penyembelihan tanpa peri kemanusiaan. Hakikat sebenarnya Iran, Hasbullah dan Rejim Bashar al-Assad adalah tentera dajjal yang terus membunuh umat Islam dikalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Gambar Bashar al-Assad (laknatullah)
ۚێۧ۱ Ű­Ű§ÙŰž Ű§Ù„ŰŁŰłŰŻ
(Pengikut Syiah yang sesat lagi menyesatkan)


SYIAH - TENTERA DAJJAL

Mengikut pandangan beberapa ulama, Al-Tayalisah ialah sejenis pakaian atau jubah kebesaran ulama Yahudi. Jubah ini susah ditemui kini kerana dipakai oleh kelompok ahli agama sahaja. Al-Tayalisah ini mungkin turut dipakai oleh ulamak Iran yang berfahaman Syiah. Untuk menegakkan kebenaran sabda Rasulullah SAW itu, marilah kita ikuti perkembangan terbaru perang konspirasi Dajjal yang masih berterusan hingga kini.
Pada 28.12.2008, iaitu selepas 1 hari tentera Zionis menyerang Palestin, Ulama Syiah, Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang turut serta dalam perang di Palestin menentang Israel dan terkorban, akan dikira mati syahid. Oleh itu telah dilaporkan 70,000 warga Iran, yang majoritinya belia telah mendaftarkan diri secara sukarela untuk berjuang bersama hamas dibumi Palestin hanya dalam masa seminggu.
Walau bagaimanapun, seminggu selepas itu Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan kenyataan yang cukup berbeza dari sebelumnya iaitu penghantaran briged sukarela pejuang jihad ditangguhkan dan tidak perlu buat masa ini kerana kononnya terdapat tanda-tanda Israel/Zionis sedang memasang perangkap untuk mengheret Iran dalam kancah perang terbaru.

Apapun pendapat ulamak Syiah itu, kebenaran kata-kata Rasulullah sejak 1430 tahun lalu telah terbukti dengan penzahiran 70 ribu warga Iran untuk berjuang itu! Apakah matlamat dan strategi Zionis/Israel itu hanya Allah SWT saja yang tahu.

Mungkinkah mereka sekarang sedang menunggu kehadiran sebenar Dajjal (Mahdi Syiah) untuk diikuti, bukan untuk melawan Zionis/Israel tetapi sebaliknya untuk menyerang dan menghapuskan orang Islam yang beraliran Ahli-Sunnah wal jamaah dan seluruh keturunan dan cucu cicit Nabi. Jika diamati realiti yang berlaku kini, mereka (Syiah) amat membenci golongan Ahli Sunnah, padahal golongan tersebut tidaklah begitu membenci dan berdendam dengan mereka.

Perbezaan Sunni dan Syiah umpama langit dan bumi, malah mengikut seorang ulamak Syiah bernama Sayyid Nikmatullah al-Jazairi dalam kitabnya, berkata :
"Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan AHLI SUNNAH tentang ALLAH, NABI dan IMAM kerana mereka mengatakan: Tuhan kami adalah yang Nabinya Muhammad dan khalifah setelahnya Abu Bakar, dan kami AL-RAFIDHAH tidak beriman pada Tuhan itu dan Nabi-Nya, kerana Tuhan yang Nabi-Nya Muhammad dan khalifah setelahnya adalah Abu Bakar bukanlah TUHAN kami." [Rujukan : Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s: 278, Bab Nur fi Haqiqah al-Anwar]
Oleh itu, pembunuhan Saddam yang berfahaman Sunni juga mungkin dirancang oleh Yahudi-Zionis bersama Dajjal. Ini adalah kerana, Saddam adalah di antara pemimpin Islam yang tegas di dunia, yang walaupun dianggap zalim, namun Saddam amat tegas memerangi Zionis di Palestin. Dajjal yang muncul di Iran inilah juga yang membantu Yahudi-Zionis mengalahkan Taliban di Afghanistan dan rejim Saddam di Iraq.

Disini saya petik kata-kata beberapa pemimpin utama Iran untuk renungan bersama.
Kata Ali Hashemi Rafsanjani, semasa khutbah Jumaat di Universiti Tehran pada 8.2.2002 :
"Tentera Iran telah memerangi TALIBAN, dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALIBAN, Amerika telah tenggelam di bumi AFGHANISTAN".

Katanya lagi "...seharusnya Amerika mengetahui, jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan TALIBAN!"
Sementara pemimpin lain Iran iaitu Muhammad Ali Abtahi, bekas Naib Presiden Iran kepada Presiden Mohamad Khatami ,pada Ucapan perasmian penutup seminar Teluk : Cabaran Dan Masa Depan di UAE pada 15.1.2004 berkata : 
“Jika tidak kerana orang-orang Iran, KABUL dan BAGHDAD tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah! 
Sekarang ini pelan jangka panjang yang dirancang oleh Zionis sedang berjalan lancar. Segala tipu helah dan gerak catur perang semuanya mengikut arahan Dajjal yang mengambil kira nasihat Iblis, iaitu makhluk yang derhaka kepada Allah sejak zaman Nabi Adam hingga kiamat yang panjang umurnya, bijak IQ dan EQnya.

Hanya mereka yang kuat iman dan takwa serta kental semangat perjuangannya mampu mengalahkan mereka. Oleh itu berhati hatilah dengan Iran dan berwaspadalah dengan aliran Syiah yang amat bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah wal jamaah.

Siapakah Messiah Yahudi atau Dajjal menurut kitab-kitab Syiah? Apakah bezanya Imam Mahdi mengikut aliran Sunnah wal jamaah dengan Messiah Yahudi (imam ke-12) golongan Syiah? Di sini, saya memetik satu kesimpulan menarik yang dibuat oleh penulis ini dari bahagian akhir tulisannya iaitu :
Cuba anda renungkan ketika blok Syiah sudah lebih 70% menguasai dunia Arab di rantau Timur Tengah, apa perlu Iran dan Syria bekerjasama dengan Amerika di Iraq di atas alasan keselamatan dan keamanan Iraq? Bagi berhadapan dengan pejuang Sunnah. Kerjasama itu sebenarnya melanjutkan hubungan mereka disebalik tabir sebelum ini. 
Penulis tidak hairan kerana bagi yang pro-Syiah tidak hairan mereka telah menyesatkan penganut Sunnah di Iraq hari ini dengan pelbagai tuduhan nista. Cuba kita renungkan dengan penguasaan Syiah di rantau Timur Tengah apa perlu Hizbullah dan Syiria kini berdamai dengan Israel dan Hizbullah menyerahkan mayat dua askar Israel kepada Israel baru-baru ini. Hizbullah yang menang kenapa berdamai pula?

Hakikat yang jelas Hizbullah kini minat menumbangkan Lubnan berbanding Palestin. Saya yang sentiasa mengikuti perkembangan sejarah dunia Timur Tengah tidak pernah meminggirkan faktor asas dalam mengkaji tindakan-tindakan mereka... Hakikatnya Syiah lebih mementingkan empayar Parsi berbanding kemerdekaan Palestin dan pembebasan Iraq dan Afghanistan. Dan perlulah diketahui musuh utama mereka ialah Sunnah..

Apa beza Syiah dan Yahudi ? Tiada beza berdasarkan riwayat-riwayat mereka mengenai Mahdi dan Dajjal. Lihatlah persamaan antara keduanya.. Syiah ini berasal dari agama Yahudi malah pengasas Syiah ialah Yahudi Ibn Saba', malah dari segi keturunan kata al-Mas'udi sejarawan Syiah zaman awal bahawa orang-orang Parsi (Syiah Iran, Afghanistan, India) adalah berasal dari anak-anak Ishak bin Ibrahim a.s sementara orang-orang Yahudi ialah anak-anak Israel (Nabi Ya'qub a.s) bin Ishak bin Ibrahim a.s, cukuplah latar belakang sejarah Isfahan dan Hamdan juga Cyrus, Mordechai dan Esther bagi menggambarkan keakraban kaum Parsi dengan Yahudi dalam sejarah mereka yang lampau yang yang dibanggakan oleh pentadbiran Iran hari ini meskipun laungan palsu dan bohong isu Holocoust dan ingin melenyapkan negara Yahudi dari peta dunia. 

BERLINDUNG DARI FITNAH DAJJAL 

Kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadith-hadith kita telah di diberi beberapa 'amaran' oleh Rasulullah SAW tentang bahayanya Dajjal. Sebab itu dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda :
"Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]". Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].
Dalam riwayat Abu Daud dan Ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam tasyahhudnya.

Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah Dajjal tersebut, Nabi Muhammad SAW seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat perlindungan dari Allah SWT sendiri, selalu memohon perlindungan daripada fitnah Dajjal, inikan pula kita, hanya manusia biasa.

Bahayanya fitnah Dajjal ialah, ia bukan sahaja mengelirukan orang awam yang rendah ilmu dan imannya, tetapi jika dilihat pada sejarah, berapa ramai ulama' terkeliru dengan Dajjal ini. Fitnah Dajjal amatlah dasyat, boleh jadi seseorang yang awalnya Islam, akan tersesat di akhir hayatnya yang kemungkinan akan murtad pada kemudian hari.

Ketika selesai membaca tasyahhud yakni sebelum salam, adalah digalakkan membaca doa ini :



KESIMPULAN

Akhirkata, sama-samalah kita mengkaji tentang bangsa Parsi pengikut Dajjal yang bakal menyambut kemunculan Dajjal nanti. Hanya orang-orang yang buta mata hatinya menganggap kaum Parsi Syiah itu seagama dengan mereka tanpa mengkaji latarbelakang hubungan dan kerjasama mereka dengan Amerika Zionist dan Israel dalam kejatuhan Taliban Afghanistan dan Iraq. Syiah samada Iran, Syria atau Hizbullah adalah sekutu Israel disebalik konflik dan peperangan palsu antara mereka. Memadailah kita merenung riwayat Imam Muslim dimana Rasulullah telah bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 dari bandar Yahudi Isfahan mereka itu memakai jubah Parsi (Syiah) – Tayalisah”.

p/s : kesesatan Syiah amat jelas dengan dakwaan 'gila' mereka bahawa "Malaikat Jibril tersalah memberikan wahyu kepada Nabi Muhammad, sepatutnya kepada Ali" . Isfahan, Iran adalah sebuah kota yang majoriti warganya Yahudi. (jelas-terbukti)

(Di petik daripada : http://aku-macjay.blogspot.com/2011/03/imam-mahdi-syiah-adalah-dajjal.html?m=1

Membina Ikatan Persaudaraan Islam Satu Tuntutan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Persaudaraan (ukhuwah) di dalam Islam tidak akan menjadi suci, murni, kukuh dan saling tolong menolong di atas dasar kebajikan melainkan jika terjadi kerana Allah SWT. di dalam mencari keredan-Nya. Banyak hadis Nabi SAW  yang membenarkan kenyataan ini.

Pertama : Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud, " Tiga perkara siapa yang ada padanya akan dapat merasa kemanisan iman, iaitu : 1.Bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi daripada yang selainnya. 2. Seseorang itu kasih kepada seseorang dan tiadalah ia kasih kepadanya melainkan kerana Allah. 3. Bahawa ia benci untuk kembali menjadi kekufuran sebagaimana ia benci untuk dimasukkan ke dalam api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)

Kedua : Nabi SAW  bersabda yang bermaksud, "Dan dua orang berkasih-kasihan dalam agama Allah dan begitu juga apabila berhimpun." (Hadis Riwayat Bukhari)

Ketiga : Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Bahawa seorang lelaki yang menziarahi saudaranya di desa. Maka Allah SWT. mengutuskan seorang malaikat mengikuti dalam perjalanannya, maka manakala malaikat bertemu dengan lelaki itu ia bertanya. "Ada urusan apa?"

Jawab lelaki itu, "Aku hendak menemui saudaraku di desa ini."

Malaikat bertanya lagi, "Ada apa-apa yang dibawanya?"

"Tidak! Melainkan aku kesana kerana aku kasih kepadanya."

Lalu berkata malaikat, "Aku malaikat utusan Allah SWT. untuk memberitahu bahawa Allah SWT. kasihkan engkau sebagaimana engkau kasihkan saudaramu."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Perlu diingat bahawa persaudaraan dalam Islam tidak akan menjadi jujur kerana Allah SWT dan mencari keredaan-Nya melainkan apabila persaudaraan itu didorong oleh keimanan dan untuk memperolehi ketakwaan. Ini kerana tiada persaudaraan tanpa iman dan tiada persahabatan tanpa takwa.

Firman Allah SWT  yang bermaksud :"Bahawa orang-orang yang beriman itu bersaudara."
(Surah al-Hujurat ayat 10)

Firman-Nya lagi dalam al-Quran yang bermaksud : "Pada hari ini sahabat-sahabat karib. Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengannya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."
(Surah az-Zukhruf ayat 67)

Individu yang dibentuk di atas tapak keimanan dan ketakwaan, apabila menjalani persahabatan maka persahabatan itu benar-benar ikhalas semata-mata kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT. Dalam satu hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa salah satu golongan yang mendapat perlindungan Allah SWT.di hari akhirat nanti adalah insan yang bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT.

Sahabat yang dihormati,
Terdapat banyak jalan untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah, dan sekiranya anggota masyarakat berpegang dengannya dan melaksanakan di dalam kehidupan mereka nescaya akan bertambah kuatlah persaudaraan sesama mereka.

Antaranya adalah seperti berikut :

1. Nyatakan rasa kasihmu pada saudaramu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

2. Minta supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.

Saidina Umar al-Khattab r.a berkata, "Saya minta izin kepada baginda SAW  untuk mengerjakan umrah." Baginda SAW membenarkan dan berpesan, "Jangan lupa bila berdoa untuk kami bersama." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

3. Bermanis muka ketika bertemu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, walaupun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan."

4. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tiadalah dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."

5. Selalu menziarahi saudaranya dari masa kesemasa (satu tempuh yang tidak terlalu kerap dan tidak terlalu jarang).

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, "Siapa yang mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudara seagama dengannya menyerulah penyeru (malaikat), engkau baik, perjalanan engkau juga baik dan engkau akan menduduki rumah di syurga."

Dalam riwayat yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud, "Ziarahilah saudaramu untuk menambahkan kasih sayang."

6. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.

"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakan, nescaya Allah Azzawajalla akan menyukakannya pada hari kiamat."

7. Memberi hadiah kepada saudaranya ketika-ketika yang munasabah.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, "Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati."
(Hadis Riwayat Dailami dari Anas)

8.Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita bina semula ikatan persaudaraan Islam yang mungkin tergugat dengan perbezaan pandangan. Apabila kita bina semula kekuatan ukuwah Islamiah sebenarnya iblis dan syaitan cukup cemburu kerana usaha-usahanya untuk memecah belahkan perpaduan sesama muslim gagal dicapai. Sesungguhnya jika umat islam bersatu dan menyerahkan diri kepada Allah SWT insya Allah rahmat dan keberkatan akan dikurniakan oleh Allah SWT.

Monday, May 28, 2012

Kematian SuĂșl Khatimah Kerana Perjuangan Berasaskan Asabiyyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Perjuangan berdasarkan bangsa atau suku kaum yang dipanggil asabiyyah adalah perjuangan yang dilarang oleh Nabi SAW. Baginda cukup prihatin dan melarang keras kerana perjuangan yang tidak diasaskan kepada akidah Islam dan dibuat bukan kerana mencari keredaan Allah SWT akan berakhir dengan kemurkaan-Nya dan amalan tersebut tidak akan diterima di hari akhirat nanti.

Setiap amalan perlulah dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana ingin dipuji dan disanjung oleh manusia. Manusia yang berjuang kerana asyabiyyah atau kerana kepentingan suku kaum termasuk perjuangannya di kira kerana manusia bukan kerana Allah SWT. Perjuangan seperti ini akan ditolak oleh Allah SWT seperti kisah seorang pejuang Perang Uhud bernama Qazman yang berjuang untuk menaikkan bangsa Arab bukan untuk Islam , maka matinya dikira mati jahiliah.

Dalam sirah Nabi SAW menerusi kisah kematian Qazman; seorang yang menyamar sebagai muslim, berjuang bersama-sama dengan para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yang berjiwa bangsa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib (Madinah). Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yg menyerang Madinah.

Walau bagaimanapun, Nabi SAW. agak keberatan menyebut kematiaanya sebagai salah seorang syuhada. Akhirnya Nabi SAW. dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah. Kenyatan nabi ini disokong oleh seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimiliki kerana kesakitan daripada luka yg dialaminya dalam perang Uhud ini.

Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat bernama Usayrim r.a yg memeluk Islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusannya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi SAW. pernah bersabda yg bermaksud:"Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat."

Kedua-dua personaliti ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yang mengharapkan kewujudan air di tempat yang amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a ialah seorang bertaraf sahabat yg menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas menyertai Nabi SAW. walaupun belum sempat berbuat apa-apa amalan termasuk solat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan perbetulkan segala niat, amalan dan perjuangan kita dimuka bumi ini perlulah berlandaskan Islam yang tulin dan murni dan jangan bercampur aduk dengan amalan-amalan jahiliah seperti asabiyyah supaya amalan kita  diterima oleh Allah SWT. Kisah di atas menjelaskan bahawa apa sahaja perjuangan dimuka bumi ini  jangan sekali-kali berniat untuk mendapat pujian dan sanjungan manusia atau kerana bangsa kerana dikhuatiri para pelakunya akan berakhir dengan mendapat su'ul khatimah. Nauzubillahiminzalik.


Sunday, May 27, 2012

Apakah Ciri-ciri Kumpulan Asabiyyah?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hadis Nabi SAW jelas menyatakan bahawa baginda melarang umatnya memperjuangkan asabiyyah kerana perjuangan asabiyyah adalah perjuangan jahiliyah mengutamakan suku bangsa melebihi kepentingan persaudaraan Islam.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera ‘immiyyah, mengajak kepada kepada ‘asabiyyah atau membantu ‘asabiyyah maka ia mati dalam jahiliyyah.” (Hadis Sahih Muslim, al-Imaarah, hadis 3440. (terdapat 14 riwayat tentang asabiyyah).

Berdasarkan hadis di atas apakah ciri-ciri suatu kumpulan itu  boleh di kategorikan sebagai asabiyyah supaya umat Islam diminta menjauhinya kerana Nabi SAW tidak mengaku sebagai umatnya. Jika baginda sendiri tidak mengaku sebagai umatnya maka perkara ini suatu dosa besar yang wajib dijauhi dan bukan perkara kecil boleh di ambil sambil lewa sahaja.

Terdapat tujuh ciri-ciri suatu kumpulan itu dikategorikan sebagai perjuangan asabiyyah .

Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Kumpulan tersebut meletakkan bangsanya sendiri sebagai asas perjuangan bukannya Islam sebagai asas perjuangan.

Memperjuangkan kebudayaannya, adat-istiadat tradisinya, pakaian tradisinya, kepercayaan kuno yang diwarisi datok nenek moyang, seni dan alat-alat muzik tradisi dan amalan-amalan tertentu yang tidak ada nas sahih daripada al-Quran dan sunah.

Kumpulan ini tetap mempertahankannya walaupun ada  diantara warisan tersebut samaada budaya, adat-istiadat, pakaian tradisi, kepercayaan datok nenek moyang tersebut bertentangan dengan akidah dan syariat Islam. 

Kedua : Kumpulan tersebut mengutamakan bangsanya sendiri melebihi persaudaraan Islam.

Meletakkan bangsanya ditempat yang paling tinggi walaupun bangsanya melakukan kezaliman dan ketidak adilan kepada bangsa-bangsa lain. Menyatukan bangsanya atas asas  keturunan bukannya atas asas akidah dan menafikan hak persaudaraan Islam sedangkan keutamaan sepatutnya diberikan kepada saudara seakidah walaupun berlainan bangsa. Menganggap bangsa lain kelas ke dua walaupun mereka seorang muslim.

Ketiga : Kumpulan tersebut tidak berusaha bersungguh-sungguh mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT.

Kumpulan tersebut sering memperlekehkan hukum-hukum Allah SWT sering mencari alasan dan mengulangi dakwaan bahawa hukum hudud, qisas dan takzir yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah dan ijmak ulama sebagai tidak sesuai dengan masyarakat majmuk. Lebih reda mempertahankan undang-undang barat daripada memperkasakan undang-undang Islam . Jika ada dikalangan kumpulan lain yang cuba mencadangkan hukum hudud dalam masyarakat mereka akan menghalangnya dengan cara ugutan dan undang-undang.

Keempat : Kumpulan tersebut memiliki para pemimpin dan ahli-ahlinya tidak membawa syaksiah dan akhlak Islam seperti tidak menutup aurat, menggalakkan percampuran bebas lelaki dan wanita dan banyak memperomosi hiburan-hiburan yang bertentangan dengan syariat Islam.

Kelima : Kumpulan tersebut sukar menerima nasihat dan teguran daripada para ulama dan sering membuat tuduhan kepada ulama dan para pendakwah Islam sebagai pelampau, ekstrim, ketinggalan zaman dan menyekat dakwah tersebar di dalam masyarakat. Jika kumpulan tersebut mempunyai kuasa maka sebahagian ulama dan para pendakwah Islam yang menyatakan kebenaran akan ditangkap dan dipenjarakan tanpa didakwa dimahkamah.

Keenam : Kumpulan tersebut menggunakan kaedah "matlamat menghalalkan cara"

Kumpulan tersebut sentiasa menggunakan semua cara samaada halal atau haram untuk mencapai matlamatnya. Samaada cara menipu, ugutan, menyebarkan fitnah dan mendedahkan aib seseorang yang tidak disukainya. Kumpulan ini tidak kisah samaada dosa atau pahala yang penting mereka kekal dalam mempertahankan kuasa dan perjuangannya.

Kumpulan ini akan melindungi golongan elit dikalangan pemimpin mereka yang melakukan jenayah seperti rasuah, pecah amanah, skandal seks dan penipuan. Sedangkan golongan bawahan tidak terlepas daripada dakwaan dimahkamah. Perbezaan hukuman dimahkamah sebagai bukti tidak berlaku keadilan dalam pendakwaan kerana ada "tangan-tangan ghaib" dibalik keputusan tersebut.

Jelas berlaku pendakwan terpilih. Dalam Islam sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tetap dihukum tidak kira samaada dia pemimpin atau rakyat biasa.

Ketujuh : Kumpulan tersebut berusaha mempertahankan sistem yang mereka bawa dan tidak boleh ditegur langsung . Mereka akan marah dan bertindak agrasif seperti kena histeria dengan mudah membuat demontrasi, membuat lapuran polis dan menyerang kumpulan lain dalam blog dan facebook dengan maki-hamun dan mengupah 'samseng' untuk memberi ugutan dan ancaman kepada mereka yang membuat teguran. Sedangkan mereka tidak bertindak langsung apabila ada kumpulan bukan Islam yang mempermain-mainkan hukum-hukum Allah SWT dan menghina hudud. Bagi kumpulan ini 'hak kami jangan diusik kalau hak orang lain tidak mengapa'.

Dalam Islam digalakkan kita saling nasihat menasihati dan bantu membantu sesama saudara Islam dan akan marah apabila sesiapa sahaja yang menghina Nabi SAW ataupun menghina hukum Islam.

Sahabat yang dimuliakan,
Jika suatu kumpulan atau parti  dalam masyarakat kita atau masyarakat diseluruh dunia yang memiliki tujuh ciri atau salah satu daripada ciri-ciri di atas maka kumpulan tersebut termasuk dikalangan kumpulan yang mempejuangkan asabiyyah. Kumpulan seperti inilah yang sangat dilarang oleh Nabi SAW.

Dalam Islam sesiapa sahaja samaada kumpulan  atau individu perlulah mematuhi syariat Allah SWT dan meletakkan syariat Allah SWT ditempat yang paling tinggi sekali. Sedangkan dalam kumpulan asabiyyah mereka meletakkan peraturan kumpulannya ditempat yang paling tinggi tidak boleh diusih dan di tegur.

Perlu dijelaskan disini kumpulan asabiyyah ini bukannya tidak ada langsung kebaikan yang dibuat untuk masyarakat seperti membantu mangsa bencana alam, membantu fakir miskin memberi sumbangan untuk sekolah agama dan rumah anak yatim tetapi matlamat, perjungannya bukan untuk mendaulatkan Islam dan peraturannya.  Tujuan perjuangannya bukan kerana Allah SWT tetapi lebih kepada keduniaan dan kemegahan. Masing-masing berebut kuasa kerana dengan kekuasaan akan beroleh habuan dunia, pangkat dan kemasyhuran. Suka kepada pujian manusia dan bertindak mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita dimana kedudukan kita sekarang ini. Adakah kita sedang berada bersama-sama kumpulan asabiyyah atau kita berada bersama kumpulan Islam yang bermatlamatkan keredaan Allah SWT?. Perlu diingat kita akan dipersoalkan di hari akhirat nanti semua amal soleh, amal ibadah dan perjuangan yang kita sertai, jika benar jalan dan matlamatnya insya Allah kita akan terselamat tetapi jika tidak kita akan tanggung azab seksa yang amat dahsyat sekali kerana baginda tidak mengaku sebagai umatnya, nauzubillahiminzalik. Wauallhualam.






Hayati 10 Nasihat Sebagai Penyejuk Hati

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sebagai insan biasa hidup kita tidak sunyi daripada resah gelisah, hati tidak tenteram, menghadapi dugaan hidup yang mencabar dan gagal mendapat apa yang dihajatkan.

Sebagai seorang mukmin yang percaya kepada Qada dan Qadar dan reda dengan takdir Ilahi maka kalian perlu hadapi semua dengan berlapang dada dan bersabar kerana setiap kesabaran itu akan diberi ganjaran yang besar dan akan beroleh kebahagiaan dan kejayaan.

Untuk menghadapi kehidupan yang sukar ini terdapat 10 nasihat sebagai penyejuk hati semoga kita menjadi seorang mukmin yang diredai Allah SWT :

Pertama : Bayangkan Allah SWT mengampun kepada sesiapa yang memohon kemaafan daripadaNya. Allah SWT akan menerima taubat orang yang bertaubat. Allah SWT bersedia menerima siapa yang kembali ke pangkal jalan. Allah SWT seperti prasangka para hamba kepada-Nya.

Kedua : Berilah kasih sayang kepada orang yang lemah, tunaikanlah hajat kepada mereka yang berhajat dan rawatlah mereka. Jangan memendam kemarahan tetapi berilah kemaafan. Tutuplah aib orang lain supaya aibmu ditutup oleh Allah SWT.

Ketiga : Pandanglah pada Allah SWT dengan pandangan positif dan ingatlah Allah SWT sentiasa mendampingi diri kalian setiap masa. Ingatlah malaikat sentiasa memohon kempanan daripada Allah SWT untuk kalian. Syurga Ilahi sentiasa menunggu kedatangan kalian kesana.

Keempat : Sapulah titisan airmata dengan pandangan positif kepada Allah SWT, Hapuskan segala kekecewaan dengan membilang segala nikmat Allah SWT yang telah Allah SWT berikan pada kalian.

Kelima : Janganlah kalian berpandangan ” Dunia telah menyempurnakan hajat seseorang”, tidak ada manusia yang mendapat segala hajatnya dibumi ini dan tidak pernah ditimpa kesusahan. Kerana di dunia adalah tempat sementara dan di akhirat adalah tempat yang kekal abdi.

Keenam : Jadilah diri kaian seperti Pokok Mangga yang lebat dan manis buahnya dan rendang pokoknya, tidak menyakiti orang lain, walaupun ada yang membaling batu untuk mendapatkan buahnya, kalian tetap memberi kebaikan iaitu buah yang manis.

Ketujuh : Pernahkah kalian mendengar, kesedihan akan mengembalikan segala yang telah hilang, kekecewaan akan memperbetulkan kesalahan lalu,?

Jika demikian kenapa kalian harus bersedih dan kecewa ?

Kelapan : Jangan terlalu mengambil berat dugaan dan fitnah, tetapi pandanglah ketenteraman dan keselesaan serta kebaikannya.

Kesembilan : Padamkan api hasad dengki dalam jiwa kalian, siramilah hati kalian dengan kemaafan kepada semua mereka yang telah menyakiti kalian.

Kesepuluh : Mandi dari segala kekotoran,berwuduk, solat duha, bersedekah, memakai wangi-wangian, bersugi dan berdisiplin adalah penawar ke arah kejayaan kepada setiap hati yang kotor dan hati resah gelisah. Di ikuti dengan banyakkan beristighfar.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati dan amalkan 10 nasihat di atas sebagai penyejuk hati untuk mengubati hati-hati yang sakit, tidak tenang dan sedang bersedih kerana kehilangan insan yang dikasihi. Ingatlah hidup di dunia ini hanya sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.