Saturday, December 1, 2012

Kupasan Buku : Dialog Dengan Jin Islam - Siri Ketujuh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Dialog Muhammad Isa Daud dengan Mustafa (Jin Islam).

MID   :  Mengapa jin atau syaitan bersusah payah menampakkan diri dalam bentuk lain?

JI       :  Manusia tidak tahu bagaimana kadaannya yang membantu jin atau syaitan untuk menampakkan diri dalam bentuk lain. Karakter kami adalah seperti yang dikehendaki Allah SWT dan bahawasanya kami boleh memperlihatkan diri dalam bentuk lain, itu samata-mata merupakan kurniaan Allah SWT. Allah Yang Maha Agung menjadikan kami harus membayar tinggi tindakan menampakkan diri seperti itu. Jiwa, organ, dan anggota tubuh kami mengalami perubahan, dan untuk mengembalikannya pada bentuk asal, memerlukan waktu yang lama dan membuat kami sangat menderita. Hanya sekadar keinginan untuk menampakkan diri dalam bentuk lain, sudah melahirkan getaran yang hebat pada diri kami. Ada sebahagian jin yang takut kepada manusia kerana kemampuan sebahagian manusia itu untuk berkomunikasi dengan alam ghaib, sehingga manusia-manusia tersebut dapat menyerahkannya kepada pemimpin -pemimpin kabilah mereka untuk diadili dan dipenjara.

MID    :  Kalau begitu kalian mempunyai hukum, hakim dan penguasa?

JI        :  Tepat.Tetapi Jin Islam melaksanakan hukum mereka jauh lebih ketat dibanding manusia. Yang bukan Islam pula demikina halnya. Di antara mereka ada yng komunis, Budha, Yahudi dan Kristian. Masing-masing menerapkan ajarannya.

[Masyarakat Jin Islam menerima hukum hudud, qisas dan takzir dan melaksanakannya, sedangkan masyarakt manusia yang Islam ada mempertkaikannya dan tidak mahu melaksanakannya, dalam perkara ini pujian seharusnya diberikan kepada Jin-jin Islam yang taat dan patuh kepada hukum-hukum Allah SWT.]

MID    :  Bagaimana perbandingan jin Islam dengan jin bukan Islam?

JI        :  Seperti setitik air di samudra. Kelompok jin Islam minoriti. Mereka mendapat layanan buruk seperti yang dialami kaum muslimin pada masa-masa ketika agama mereka dianggap sebagai agama yang asing. Percayalah , bahawa pertarungan antara kaum muslimin dan orang jahat, melibatkan manusia dan jin sekaligus. Jin-jin kafir pendokong kejahatan, terjun dalam pertempuran. Sekiranya engkau datang ke Afghanistan dan melihat apa yang kulihat di sana, dan semua orang boleh melihatnya pula, nescaya kalian akan sujud kepada Allah SWT. Di sana kamu akan lihat kelebihan luar biasa. Jin-jin muslim bertempur dengan jin-jin komunis. Di wilayah-wilayah yang tidak ada jin komunisnya, jin-jin Islam membantu mujahidin Afghinistan.

MID    :  Tetapi, dengan izin Allah, saya yakin para malaikat pun membantu pejuang-pejuang Afginistan.

JI       :  Tentu saja. Akan tetapi kami, para jin, tidak boleh melihat malaikat. Mereka diciptakan dari cahaya, dan jelas lebih hebat dari kami.

Jin Pendamping (Qarin) 

Abdullah bin Masud mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) ," Tidak ada seorang pun di antara kalian yang tidak ditetapkan untuknya jin pendamping (Qarin)"

Para sahabat bertanya," Termasuk tuan, ya Rasulullah?"

"Ya" jawab Nabi SAW, " Hanya saja aku mendapat pertolongan Allah, sehingga jin pendampingku masuk Islam, dan dia tidak pernah mengajakku kecuali yang baik-baik."

(Hadis Riwayat Muslim dalam Sahihnya. Kitab Shifat Al-Munafiqinn wa Ahkamuhum)

JIn Pendamping (Qarin) Nabi SAW Masih Hidup.

MID    :  Kebanyakan jin berusia panjang, maka apakah jin pendamping Nabi SAW itu masih hidup?

JI       :  Ya, masih hidup. Tempat tinggal beliau di Baqik Madinah. Beliau mempunyai majlis pengajian yang di datangi oleh jin-jin Islam. Beliau mengajarkan tafsir dan menjelaskan hadis-hadis Nabi SAW. Jin-jin Islam, kalau tidak seluruhnya pergi ke sana untuk belajar, nescaya engkau akan sujud kepada Allah SWT jika melihat betapa hebatnya majlis tersebut.

MID   : Kalau aku bertanya kepadamu tentang nama jin pendamping Nabi SAW itu?

JI       : Nama beliau Habib Al-Huda.

MID   :  Tolong sampaikan salamku kepada beliau. Katakan kepada beliau bahawa hamba Allah yang bernama anu sangat mencintai beliau dalam agama Allah.

JI      :  Semoga Allah jadikan engkau cinta kepada orang yang engkau cintai kerana agama-Nya.

MID   : Apakah jin pendamping seorang muslim pasti muslim?

JI       :  Tidak, tidak mesti demikian. Kadang-kadang jin pendamping seorang muslim itu kafir. Ada pula yang ateis, penyembah berhala, komunis, Yahudi atau Kristian. Maksudnya , boleh saja jin pendaming tersebut memeluk agama lain, atau bahkan tidak beragama. Jin pendamping yang bukan Islam ini bertenggek di bahu sebelah kiri. Dia adalah pendukong kejahatan. Orang muslim yang seperti itu, berbahaya bagi si jin. Sebab, kalau dia tergolong orang yang bertakwa, maka dia boleh menaklukkan jin tersebut dan mengajaknya masuk Islam.

MID    :  Apakah orang Kristian dan orang beragama lainnya juga mempunyai jin pendamping (Qarin)?

JI      :  Setiap anak Adam mempunyai jin pendamping yang membuat hal-hal buruk menjadi terlihat menawan. Kalau orang tersebut mendapat petunjuk, lalu masuk Islam dan berlaku baik dalam Islamnya, maka jin pendampingnya pun, kemugkinan besar, akan masuk Islam pula. Tetapi kalau orangnya sesat dan terus berkubang dalam kejahatan, maka jin pendampingnya itu terus pula dalam kesesatan.

MID    :  Kalau begitu, jin pendamping tersebut berpengaruh dan di pengaruhi oleh manusia?

JI       :  Ya, ya, pasti begitu. Tetapi pengaruh manusia terhadapnya jauh lebih besar dari pengaruh jin terhadap manusia. Cuba perhatikan firman Allah SWT berikut ini :

"Dan pendamping (Qarin) berkata, " Inilah yang tersedia di sisiku." Allah berfirman, " Lemparkanlah olehmu berdua ke dalam neraka semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala, yang menyembah sembahan lain beserta Allah. Lemparkanlah dia ke dalam seksaan yang sangat pedih." Pendampingnya (Qarin) itu berkata pula," Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tetapi dia sendirilah yang berada dalam kesesatan yang jauh." 

Allah berfirman," Janganlah kamu bertengkar di hadapanKu, kerana sesungguhnya dulu Aku telah memberikan ancaman kepadamu. Keputusan di sisiKu tidak boleh diubah, dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku. Dan (ingatlah) akan hari (yang pada saat itu) Kami bertanya kepada Jahannam. " Apakah sudah penuh?" Jahannam menjawab, "Masih adakah tambahan lagi?"

Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka)." (Surah Qaf ayat 23-31)

JI    : Akan ku sampaikan kepadamu beberapa fakta yang sangat penting. Jin pendamping yang muslim amat sangat mencintaimu, dalam darjat yang tidak dapat engkau bayangkan. Dia melindungimu dari berbagai bahaya besar (dengan izin Allah), dan membantumu dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Ketika engkau lupa solat, dia mengingatkanmu, ketika engkau tertidur dan belum melaksanakan solat, dia membangunkan kamu. Ketika ketaatanmu meningkat, maka dia tak henti-hentinya memujimu, kemudian mendoakankan kebaikan bagimu. 

Dia tidak pernah meninggalkanmu kecuali ketika engkau mempergauli isterimu., maka dia meninggalkanmu. Begitu apabila engkau terlihat  menutup pintu kamarmu untuk tidur bersama isterimu, maka dia meninggalkanmu dan tidur diluar. 

Ketika tiba waktu solat, dia meninggalkanmu, dan dalam waktu sekejap dia sudah berada di Kaabah. Secepat itu dia pergi, secepat itu pula dia kembali. 

Sedangkan jin pendamping yang berada dikirimu, maka dia adalah kawan yang jahat. Dia selalu melancarkan was-was dalam dirimu, menghalangmu mengerjakan solat,  membuat dirimu berat untuk membaca al-Quran, dan berusaha sekuat tenaga merintangimu untuk menjalankan kebaikan. Kalau engkau mengikut kemahuannya, maka kamu berdua akan celaka. Di hari kiamat kalian akan berdebat satu sama lain, tetapi tidak ada gunanya sama sekali, seperti yang di sebutkan dalam surah Qaf terdahulu.

MID   :  Bagus, tetapi ada pertanyaan lain lagi. Bagaimana kalau jin yang muslim itu menyaksikan orang muslim yang mendampinginya melakukan kemaksiatan?

JI      :  Jin pendamping yang muslim itu akan lemah dan sakit. Lalu , ketika orang yang didampinginya itu melakukan kemaksiatan dia memalingkan diri dan lari sejauh-jauhnya. Sesudah itu orang itu selesai melakukan kemaksiatan, jin pendamping tersebut kembali dengan hati pilu.

MID   :  Apakah jin pendamping kaum wanita kami lelaki atau wanita?

JI      :  Tentu saja perempuan seperti dia.

MID    :  Kalau ada seorang lelaki menikahi seorang wanita, apakah jin-jin pendampingnya juga mengawini jin pendamping isterinya ?

JI       :  Tidak, tidak demikian. Jin itu bermacam-macam dan mempunyai kemampuan yang berbeza pula. Allah SWT menjadikan jin-jin pendamping tersebut sebagai jin yang tidak  memiliki syahwat. Dengan begitu, dia tidak kawin dan tidak pula berketurunan.  Benar dia lahir dari sepasang jin lelaki dan perempuan, tetapi dia adalah jin dari jenis yang khusus yang memang dikehendaki Allah seperti itu. Seperti "khunsa" di kalangan kamu yang tidak mempunyai berahi. Tetapi yang ini bukan jenis jin khunsa, tetapi jin dari jenis khusus yang lemah.

Bersambung....

(Di petik daripada Buku Dialog Dengan Jin Islam - tulisan Muhammad Isa Daud)

Friday, November 30, 2012

Orang Mukmin Sentiasa Mengawal Dan Menjaga Dirinya Daripada Godaan Hawa Nafsu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa jalan-jalan yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka adalah perkara-perkara menarik hawa nafsu. Sebaliknya pula jalan menuju ke syurga adalah jalan yang sukar dan bertentangan dengan hawa nafsu manusia. 

Ingatlah hawa nafsu sentiasa mendorong manusia kepada keseronokan dan kebahagian yang menipu, melupakan manusia bahawa seksaan dan azab sengsara menanti manusia di hari akhirat akibat maksiat dan dosa yang dilakukan ketika di dunia. Hawa nafsu dan bisikan syaitan seiringan menjadikan manusia lupa diri dan lupa bahawa hidup di dunia ini adalah sementara waktu sahaja bukannya tempat yang kekal abdi.

Sedangkan iman, takwa dan akhlak yang baik adalah ciri-ciri ahli syurga yang hanya mampu dimiliki oleh orang-orang mukmin pilihan Allah SWT .
Firman Allah SWT maksudnya : "Hai jiwa yang tenang (Mutmainnah). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu, masuklah ke dalam syurga-Ku." (Surah al-Fajr ayat 27-30)

Sahabat yang dimulikan,
Pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu sunnah di dalam kehidupan manusia. Setiap perkara yang menjurus kepada nafsu sentiasa mendorong manusia untuk melakukannya sedangkan perkara yang mengajak kepada syurga sentiasa ada halangan dan rintangannya. Itulah yang dinamakan cabaran iman.

Allah SWT memberi khabar gembira terhadap orang-orang yang sanggup mengorbankan gelora hawa nafsunya demi untuk berbakti di jalan Allah SWT bahawa mereka nanti akan diberi ganjaran syurga yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan.

Kekuatan iman itu akan tetap terpelihara dengan sebaik-baiknya apabila wujudnya nilai-nilai istiqamah di dalam hati dan sabar adalah kunci kekuatan tersebut. Ia menjadikan manusia dapat bertahan daripada dipengaruhi oleh sebarang hasutan yang menarik diri mereka kepada neraka atau dengan lain perkataan kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab untuk seseorang itu sampai ke syurga.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jaga iman , hubungan hati kita kepada Allah SWT dan akhlak Islam yang mulia, untuk menjadi contoh dan ikutan kepada orang lain. Orang mukmin tidak akan mudah dipengaruhi hawa nafsu amarah sebaliknya  orang fasik dan munafik akan mudah dipengaruhi oleh hawa nafsunya sendiri di tambah pula dengan bisikan dan godaan syaitan. 

Mereka yang hidup suka membuat fitnah, mengumpat, mendedahkan aib orang lain, lidah suka maki hamun dan sumpah seranah adalah golongan yang dikuasai oleh hawa nafsu. Termasuk juga para pemimpin yang menyalahgunakan kuasa, mengambil rasuah, menipu dan menzalimi rakyat adalah pemimpin yang sedang mengiut telunjuk hawa nafsunya sendiri.

Oleh itu untuk kita terpilih menjadi penghuni syurga seluas langit dan bumi perlulah bersabar dengan godaan  dan tarikan dunia dan sanggup bersusah payah di dunia ini semata-mata mencari reda dan rahmat Allah SWT dan menjauhkan diri daripada hasutan hawa nafsu.

Tuesday, November 27, 2012

Bertaubat Adalah Jalan Menuju Keampunan Daripada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kenangkan dosa hari ini, dosa semalam dan hari-hari yang telah berlalu kita lakukan. Alangkah banyaknya sehingga tidak terhitung. Namun demikian Allah al-Rahman tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang telah melakukan dosa. Malah Allah al-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain.

Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dalam menjalani kehidupan seharian. Amat banyak pendurhakaan kepada Allah yang telah kita lakukan sejak baligh hingga ke saat ini. Inilah kelemahan insan yang tidak dapat dinafikan. 


Firman Allah SWT yang bermaksud : “Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’ ayat 28)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Hadis Riwayat Ibn Majah )

Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian. 


Firman Allah SWT yang bermaksud : “Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm ayat 32 ) 

Islam memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab ( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hambanya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran bayak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat.

Maksud firman Allah SWT : “Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur ayat 31) 

Maksud Firman Allah SWT : "Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa." ( Surah Ali Imran ayat 133)

Allah SWT juga berfirman: "Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." 
(Surah Hud ayat 114). 

Hadis-hadis Nabi SAW  juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah ; Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Hadis Riwayat Muslim). 

Sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Hadis Riwayat Muslim) 

Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah SAW mengatakan: “Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Hadis Riwayat Muslim )

Rasulullah SAW  yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah SAW kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa. Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di akhirat kelak.

Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang telah mensyariatkan ibadat yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan. Antaranya ;

1- Berwuduk

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah salah seorang daripada kamu mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur, memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali, melainkan gugurlah dosa-dosa di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya, kemudian (tidaklah) ia membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan, melainkan gugurlah dosa-dosa wajahnya melalui hujung-hujung janggutnya bersama titisan air wuduk, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku, melainkan gugurlah dosa-dosa tangannya bersama air wuduk melalui jari-jari tangannya, kemudian (tidaklah) ia menyapu kepalanya, melainkan gugur dosa-dasa kepalanya bersama air melalui hujung-hujung rambutnya, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua kakinya, melainkan gugur dosa-dosa kakinya bersama air melalui hujung-hujung jari kakinya.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Solat fardu, solat Jumaat dan Puasa Bulan Ramadan.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya :"Salat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antaranya selama dosa-dosa besar dihindari." 

(Hadis Riwayat Muslim)

3. Puasa Sunat Asyura’ dan puasa sunat wukuf. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”( Hadis Riwayat Muslim )

4. Tasbih, tahmid dan takbir

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan lah ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Hadis Riwayat Muslim)

Para ulama mentafsirkan dosa-dosa yang diampunkan di atas ialah hanyalah dosa kecil sebagai mana pendapat Imam al-Nawawi dalam kitab syarah Muslim. Dosa besar hanya diampunkan bila dilakukan taubat nasuha.

Begitulah perancangan Allah yang bersifat al-Hakim ( Maha Bijaksana ) menyusun ibadat-ibadat untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Solat fardu atau puasa Ramadan yang kita lakukan dengan ikhlas akan memberi kebaikan kepada kita sendiri. Dengan kata lain Allah mewajibkan amalan-amalan tertentu bukan untuk membebankan hamba-hambaNya tetapi sebagai ujian sama ada taat atau ingkar dan untuk menyucikan rohani mereka daripada kegelapan dosa.

Betapa ruginya mereka yang mengabaikan solat fardu dan puasa wajib. Tanpa mereka sedari golongan ini membuat koleksi dosa-dosanya dari semasa ke semasa. Mereka tiada peluang untuk menyucikan jiwa mereka daripada dosa. Lebih malang sekiranya mereka dijemput oleh Malakul Maut secara mengejut tanpa taubat, Na’uzubillah.


Sahabat yang dikasihi,
Jadikanlah taubat sebagai amalan rutin seharian, pohonlah keampunan dariNya dan laksanakanlah amalan fardu sebaik-baiknya. Semua itu akan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan sekiranya selepas itu kembali melakukan dosa. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan agar kita perputus asa dengan keampunan Allah SWT . Perbaharuilah taubat pada setiap waktu. Pohonlah pimpinan dan bimbingan Allah SWT agar sentiasa istiqamah dalam melakukan taubat kepadaNya.


Renungkan hadis dibawah betapa Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang dan mengampunkan dosa para hamba-Nya yang ada rasa takut kepada Allah SWT.


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah SAW bersabda: Terdapat seorang lelaki yang belum pernah melakukan satu kebajikan pun berkata kepada keluarganya apabila dia mati, maka hendaklah mereka membakar jenazahnya lalu menebarkan setengah dari abunya ke daratan dan yang setengah lagi ke lautan. Demi Allah! Jika sekiranya Allah kuasa atasnya, tentu Dia akan menyiksanya dengan siksaan yang tidak pernah Dia timpakan kepada seorang pun di dunia ini. Kemudian ketika orang itu meninggal mereka segera melaksanakan apa yang diperintahkan. Lalu Allah memerintahkan daratan untuk mengumpulkan abu jenazahnya yang ditebarkan kepadanya, dan memerintahkan lautan untuk mengumpulkan abu jenazahnya yang ditebarkan kepadanya. Kemudian Allah berfirman: Mengapa kamu melakukan ini? Orang itu menjawab: Karena takut kepada-Mu wahai Tuhanku padahal Engkau sendiri lebih mengetahui. Lalu Allah mengampuni orang tersebut. (Hadis Riwayat Muslim No.4949)


Kupasan Buku : Dialog Dengan Jin Islam - Siri Keenam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Bagaimana Jin atau Syaitan Menzinahi Manusia.

MID    :  Bagaimana pendapatmu tentang sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Apabila seseorang mencampuri (berjimak) isterinya tanpa menyebut nama Allah, maka jin akan bergabung dengannya dan melakukan persenggaman bersamanya." (Di riwayatkan oleh Ibn Jarir Ath-Thabariy dalam Tafsirnya, dan oleh Al-Hakim dan At-Tirmidzi dalam Nawadir Al-Ushul)

JI       :  Itu benar.Ia merupakan peringatan bagi setiap muslim agar melindungi diri dari keterlibatan syaitan atau jin dengan cara membaca nama Allah SWT ketika melakukan persetubuhan. Sangat baik jika dia mengucapkan doa :

"Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan-syaitan, dan jauhkanlah syaitan-syaitan dari apa yang Engkau anugerahkan kepada kami." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibn Abbas)

Dari Ibn Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), " Sekiranya salah seorang di antara kamu bermaksud mendatangi (mencampuri) isterinya, maka hendaklah dia mengatakan,'Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkan kami dari syaitan, dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau anugerahkan kepada kami, 'Sebab, kalau Allah menakdirkan lahirnya seorang anak dari hubungan itu, maka dia tidak akan diganggu syaitan untuk selama-lamanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemudian mengucapkan pula doa berikut :

"Dengan nama Allah Yang tiada Tuhan selain Dia."

Sebab , kalau tidak membaca doa tersebut, kemudian ada syaitan atau jin perosak yang hadir saat itu, dan kemudian ikut melakukan persetubuhan. Bahkan, boleh pula dia mengeluarkan maninya bersama mani laki-laki tersebut, sehingga rosaklah ia. Malahan sering pula terdapat wanita-wanita  yang lalai berzikir kepada Allah dan tidak pula bertakwa. Lalu syaitan atau jin jahat menampakkan diri dalam wujud suaminya, kemudian menggaulinya dan meninggalkan maninya dalam kelamin wanita itu. Yang demikian itu boleh terjadi di setiap persetubuhan yang dilakukan seorang laki-laki terhadap isterinya.

MID   :  Lalu hubungan itu lahir seorang anak?

JI       :  Tidak, tidak. Akan tetapi jika mani jin itu cukup banyak, maka ia boleh merosakkan mani laki-laki itu. Akibatnya, terjadi keguguran. Dengan anugerah Allah, minggu yang lalu, ada jin laki-laki yang menceritakan kepadaku bahawa dialah yang menyebabkan rosaknya kehamilan seorang wanita sebanyak empat kali. [Peristiwa ini berlaku pada 6 Syakban 1410H bersamaan 3 Mac 1990]

[Dari Ibn Abbas katanya, "Al-Mukhannats" itu anak-anak jin,' seorang bertanya kepada Ibn Abbas, 'Bagaimana boleh begitu?' Beliau menjawab, " Sesungguhnya Allah SWT dan Rasul-Nya melarang seorang lelaki mencampuri isterinya dalam keadaan haid. Kalau dia melakukannya , maka syaitan mendahului, dan jika isterinya itu hamil, maka anak yang lahir itu adalah Al-Mukhannats." (Hadis Riwayat Al-Hafizk Ibn Jarir Ath-Thabari)]

MID  :  Bagaimana pendapatmu tentang ucapan Ibn Abbas yang berbunyi, " Apabila seorang laki-laki mencampuri isterinya ketika haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika dia hamil dan melahirkan, maka yang lahir adalah al-Mukhannats, iaitu anak-anak jin."

JI    :  Ya, memang benar. Mencampuri wanita haid kadang-kadang boleh melahirkan mukhannats. Nuthfahnya rosak, bahkan boleh membuat laki-laki dan perempuan menderita penyakit.

MID   :  Oh! Bagaimana mungkin hubungan seperti itu boleh melahirkan anak dari campuran sperma jin dan manusia?

JI      :  Itu sudah kehendak Allah. Aku tidak boleh menafsirkan lebih jauh dari itu. Cukuplah kiranya bila disini kukatakan kepadamu bahawa Allah SWT melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pula yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.

Jenis-jenis Jin

MID  :  Apakah engkau boleh menyebutkan jenis-jenis jin?

JI      :  Darisegi warna kulit, mereka ada yang berkulit merah, putih, hitam, kuning dan warna-warna lain sejumlah yang dikenal manusia.

Akan tetapi kumpulannya jelas tak terbatas. Sekalipun begitu , Nabi SAW menyatakan, " Jin terbahagi menjadi tiga kumpulan. Sepertiga mempunyai sayap yang boleh membuat mereka terbang di udara, Sepertiga lainnya berbentuk ular dan anjing, dan sepertiganya lainnya boleh beralih dari satu kumpulan ke kumpulan yang lainnya." (Hadis Riwayat Baihaqi dengan sanad yang sahih)

MID   :  Apakah anjing-anjing hitam tersebut awalnya memang merupakan bentuk asli syaitan yang diberikan Allah ataukah ia mengambil bentuk seperti itu?

JI      :  Boleh jadi memang Allah telah memberinya bentuk seperti itu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Akan tetapi jenis ini tidak boleh merubah diri dalam bentuk yang lain. Mereka merupakan salah satu umat syaitan yang terkutuk yang tidak terbilang banyaknya. Kerana Rasulullah SAW memperbolehkan kita membunuhnya, maka bunuhlah ia.

MID   :  Bagus. Itu tentang anjing. Kalau ular?

JI      :  Terdapat banyak ular yang sesungguhnya adalah jin, dan banyak pula yang merupakan ular jelmaan jin. Akan tetapi ada dua jenis ular dari kumpulan ini yang sama sekali tidak boleh merubah bentuk dirinya dalam bentuk lain. Kerana itu, jangan engkau ragu-ragu membunuhnya, Sedangkan yang selain kedua jenis itu, hati-hati bila akan membunuhnya. Kalau ia menyingkir, biarkan. Kalau tidak, maka sebutlah nama Allah dan mintalah perlindungan-Nya. Sesudah itu, bunuhlah ia.

MID   : Apakah jenis ular tersebut.?

JI      :  Rasulullah SAW telah menyampaikan kepada kita tentang keduanya. Yang pertama al-abtar dan yang kedua dzu al-thifyatain. Kedua-duanya adalah ular yang sangat merbahaya.

[Rasulullah SAW bersabda maksudnya," Bunuhlah ular, bunuhlah dzu ath thifyatayn dan al-abtar, sebab keduanya binatang itu menyembur mata dan menggugurkan kandungan." (Hadis Riwayat Bukhari)] .

Dalam Fat-h al-Bari Ibn Hajar mengatakan, "Adapun perkataan Nabi SAW, 'Bunuhlah dzu ath thifyatayn' adalah ular yang mempunyai dua garisan putih di belakangnya, sedangkan 'al-abtar' adalah ular buntung (tidak berekor)

MID   : Kalau yang selain itu?

JI       : Usirlah, dan peringatkan tiga kali. Kalau ia lari, biarkan. Kalau ia degil, maka ia jelas adalah makhluk jahat. Jadi , bunuhlah. Kalaupun ia adalah betul-betul ular, maka kita kaum muslimin diperintahkan untuk membunuh ular.

MID   : Memang begitu, dan sungguh benar Rasulullah SAW . Akan tetapi bagaimana dengan kucing?

JI      : Kucing hitam, lazimnya adalah syaitan. Sedangkan yang warna lain, kemugkinan juga merupakan penjelmaan jin, khususnya jin-jin perempuan yang sangat senang menampakkan diri dalam bentuk kucing-kucing yang indah atau yang putih warnanya.

Kemampuan Menampakkan Diri Dalam Bentuk Lain

MID   :  Apakah kemampuan yang dimiliki jin untuk menampakkan diri dalam bentuk-bentuk lain merupakan kemampuan yang mutlak dimiliki oleh semua jin dalam erti bahawa semua jin dapat melakukannya?

JI      :  Tidak. Ada jenis jin yang diciptakan Allah tanpa boleh menampakkan bentuk yang lain. Dia diciptakan dengan tugas sebagai pendamping manusia. Kalau manusia yang didampinginya mati, biasanya jin berusia panjang. Ketika itu dia boleh menampakkan diri dalam bentuk yang lain.

Ada pula jin yang sama sekali tidak dapat menampakkan diri dalam bentuk yang lain, kerana kemapuannya memang sangat terbatas. Dengan begitu, menampakkan diri dalam bentuk lain, memerlukan kemampuan besar. Kebolehan seperti ini, lazimnya hanya dimiliki oleh Ifrit yang juga tergolong jin. Sedangkan al-Marid bentuknya kecil dan kemampuannya kecil pula. sampai kelak dia tumbuh menjadi besar dan dapat menampakkan diri dalam bentuk lain, sekalipun masih tetap terbatas.

Bersambung...

(Di petik dari buku : Dialog Dengan JIn islam - tulisan Muhammad Isa Daud)









Sunday, November 25, 2012

Sirah Sahabat : Abdullah Bin Salam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang paling tidak boleh dipercayai di dunia. Ramai para rasul diutuskan oleh Allah SWT adalah berasal daripada Bani Israel iaitu bermula Nabi Ishak a.s dan Nabi Yakub a.s. 

Tujuan dan hikmah Allah SWT mengutus ramai para rasul dari kalangan mereka adalah kerana bangsa Yahudi atau Bani Israel adalah bangsa yang paling degil, jahat, suka mukir janji dan suka membuat khianat di atas suatu perjanjian yang mereka setujui bersama. Mereka juga terkenal sebagai umat yang suka membunuh para rasul yang diutuskan oleh Allah SWT.

Kisah Abdullah bin Salam adalah satu contoh yang nyata bahawa bangsa Yahudi ini boleh berubah dengan sekelip mata apabila ada sesuatu yang mereka tidak suka.



Buku sirah nabawiyyah juga ada menceritakan sikap Yahudi yang tidak mungkin akan menerima perubahan sekalipun ada kalangan daripada mereka yang berpengaruh besar akhirnya memeluk Islam.

Ini apabila kita mengikuti kisah Abdullah bin Salam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Bukhari. Abdullah adalah seorang pendeta Yahudi yang paling alim dan berpengaruh besar di kalangan penduduk Yahudi di Yathrib.

Apa yang beliau lakukan dan apa sahaja yang keluar daripada mulutnya akan diikuti dan didengar oleh para pengikut Yahudi yang lain.

Apabila Abdullah sendiri mendengar mengenai kehadiran Nabi Muhammad SAW ke Yathrib di kampung Bani An Najjar di Madinah, beliau tergesa-gesa hendak menemui baginda. Apabila Abdullah dapat bertemu dengan Nabi Muhammad, beliau pun mengajukan pelbagai persoalan mengenai soal kenabian sebagaimana yang Abdullah ketahui sebagai pendita Yahudi.

Ini kerana tidak semua orang mengetahui perkara tersebut kecuali golongan yang tertentu sahaja.
Lalu dijawab oleh baginda akan segala persoalan yang dikemukakan oleh Abdullah sehingga si Yahudi ini begitu berpuas hati kerana ia menepati sebagaimana yang beliau ketahui selama ini dan dapat menyaksikan sendiri tanda yang terdapat pada tubuh baginda yang disebut sebagai khatamun nubuwwah, pengakhir zaman kenabian.

Tanpa banyak bicara, Abdullah pun memeluk Islam tanpa sebarang ragu-ragu lagi di hadapan baginda kerana beliau meyakini bahawa bagindalah nabi akhir zaman yang disebut-sebutkan dalam kitab Taurat.

Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan baginda, Abdullah pun berkata: "Sesungguhnya kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengada-adakan cerita. Kalaulah mereka tahu keislamanku sebelum kamu tanyakan mereka sudah tentu mereka kan menuduh yang bukan-bukan mengenai diriku kepada kamu."

Lalu baginda pun mengutuskan wakil untuk menjemput kalangan para pemimpin dan pengikut kaum Yahudi supaya hadir menemui baginda.

Apabila mereka hadir dan berkumpul di hadapan baginda Rasulullah, pemimpin mereka Abdullah Salam pun masuk ke belakang, menyembunyikan diri.

Baginda pun menyampai seruan dakwah terhadap kaum Yahudi di hadapan baginda itu dengan meminta mereka mengakui keesaan Allah dan diri baginda sebagai pesuruh-NYA.

Namun usaha baginda itu, tidak mendapat sambutan sehinggalah baginda kemudiannya bertanya kepada mereka; "Baiklah kamu tidak dapat menerima seruan dakwah saya, tetapi siapakah lelaki di kalangan kamu yang bernama Abdullah bin Salam?"

Mereka pun menjawab; "Dia adalah pemimpin kami yang paling kami hormati, kerana dialah yang paling alim dan paling kuat beramal di kalangan kami. Dia juga yang terbaik."

Dengan lain perkataan Abdullah Salam sering dipandang tinggi dan mulia di kalangan para pengikutnya dan pastinya apa pun perubahan yang berlaku pada Abdullah pasti akan diterima dengan baik.
Lalu baginda berkata lagi; "Apa pandangan kamu jika aku katakan bahawa pemimpin kamu itu, Abdullah bin Salam telah memeluk Islam?"

Lalu mereka menjawab berulang kali sambil bersorak: "Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!" Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian! Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!"

Mendengarkan itu, lalu Abdullah pun keluar daripada persembunyiannya lalu berkata di hadapan para pengikutnya itu: "Aku bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku juga bersaksikan bahawa Muhammad ini adalah pesuruh Allah!"

Lantas mereka pun menjawab dengan nada yang sungguh marah dan tidak puas hati: "Oh tidak! Abdullah adalah orang yang paling jahat di kalangan kami dan dia juga sebenarnya adalah anak orang yang paling jahat!"

Mereka pun terus menuduh yang bukan-bukan terhadap Abdullah namun Abdullah berkata: "Hai sekalian kaum Yahudi, bertakwalah kamu terhadap Allah. Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya dan kamu benar-benar tahu bahawa Muhammad ini adalah Rasulullah yang datangnya untuk membawa kebenaran kepada kita semua,"

Lalu mereka pun menjawab: "Kamu pembohong besar!"

Terbukti tidak sampai beberapa minit mereka terus berubah apabila berhadapan dengan perkara yang mengancam kepentingan mereka. Pemimpin yang mereka sanjung selama ini pun terus tidak lagi mendapat tempat di hati mereka apabila sudah tidak sealiran lagi, apatah lagi terus memeluk Islam.

Sahabat yang dimuliakan,
Daripada sirah di atas sebagai pengajaran untuk kita semua sebagai umat Islam bahawa bangsa Yahudi laknatullah sebenarnya satu bangsa yang tidak boleh diajak berunding dan berbincang. Pasti dalam masa yang singkat mereka akan melanggar perjanjian dan melakukan kezaliman terhadap umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.

Pemimpin umat Islam wajib menjauhkan diri daripada pengaruh Yahudi laknatullah ini samaada melantik mereka menjadi penasihat atau konsultan dalam urusan keselamatan atau perniagaan di negara kita. Tidak menjual saham-saham syarikat kerajaan kepada ahli perniagaan mereka kerana hasil keuntungan tersebut pasti akan dihulurkannya kepada negara haram Israel.

Umat Islam juga patut memboikot semua barang-barang keluaran  Israel atau sekutu-sekutu mereka dan syarikat antarabangsa yang memberikan sumbangan dana kepada Yahudi laknatullah.

Kupasan Buku : Dialog Dengan Jin Islam - Siri Kelima

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Muhammad Isa Daud (MID) meneruskan dialog dengan sahabatnya Jin Islam yang bernama Mustaffa.

MID     :  Bagaimana pendapatmu tentang orang yang mengatakan adanya kapal cahaya yang sering kali muncul di lautan, dan ia ikut terlibat dalam 'rompakan' kapal-kapal yang hilang itu?

JI        :  Apa yang engkau maksudkan?

MID     : Mereka mengatakan bahawa ada makhluk luar angkasa, dan merekalah yang melakukan perbuatan-perbuatan yang mencelakakan itu, dalam erti bahawa Segitiga Bermuda itu merupakan pusat penelitian makhluk-makhluk cerdas dari planet lain. Bagaimana pendapatmu tentang itu?

JI        :  Bukan, bukan mereka. Sebab, sekalipun aku telah melakukan penerbangan lebih dari seratus kali ke berbagai penjuru angkasa, aku belum pernah melihat makhluk-makhluk luar angkasa. Sedangkan Segitiga Bermuda, sebahagian rahsianya sudah aku sampaikan kepadamu.

MID    :  Bagaimanapun saya yakin akan adanya makhluk cerdas lain selain manusia, jin dan malaikat. Tetapi mereka berada di planet lain yang bukan planet bumi kita ini. Tidak ada salahnya, Allah Maha Mengetahui tentang itu. Akan tetapi apa dalilmu?

JI       :  Cuba ajarkan kepadaku apa yang telah diajarkan  Allah kepadamu.

MID   :  Tentang mereka itu, Allah SWT berfirman maksudnya, " Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan bumi seperti itu pula. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu." (Surah Ath-Thalaq ayat 12)

Dalam sahih Muslim diriwayatkan sebuah hadis dari Said Bin Zaid, katanya, 'Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), "Barangsiapa yang merampas sejengkal tanah (milik orang lain) secara zalim, maka dia akan dihimpit dalam kubur oleh tujuh bumi." 

JI      :  Apakah ada bukti tentang komunikasi yang telah maju itu dengan manusia di planet bumi ini?

Muhammad Isa Daud menceritakan terdapat peristiwa yang berlaku  :

"Seorang Amerika (namanya Mash) berjumpa di kebunnya makhluk yang pendek tinggi sekitar 160 sentimeter. Di pinggan kanannya ada senjata, sedang di pinggang kirinya tergantung beg besar. Mereka melarikan diri dengan pesawat mereka tingginya kira-kira 2.5 meter. Pesawat mereka diperbuat dari bahan sejenis kaca, pintu pesawat tertutp, dari bawah ke atas. Pesawat berlepas dengan penyemburan cahaya yang sangat menyilaukan."

JI     :  Aku bersumpah kepadamu dengan nama Allah, bahawa mereka adalah jin. Akan tetapi, lazimnya, mereka menampakkan diri dalam bentuk yang lebih tinggi dan besar daripada bentuk mereka yang sebenarnya.

MID  :  Dari mana mereka datang?

JI     : Entah, tetapi mungkin saja mereka itu adalah penghuni ruang cahaya yang terdapat di antara sinar merah dan awan. Atau, penduduk yang datang dari dasar lautan. Sekarang engkau sudah tahu secara lengkap. Kerana itu kemukakan kebenaran yang engkau ketahui ke seluruh dunia, sehingga tidak ada lagi kegelapan yang ditimbulkan oleh tipu-muslihat jin dan yang terbentuk kerana dugaan-dugaan salah. 

[ Perhatian : Misteri terlihatnya UFO (Kapal Piring berbentuk bulat) sebenarnya adalah pesawat daripada makhluk jin bukannya makhluk asing dari planet yang lain daripada bumi. Mustafa (Jin Islam) yang berbicara dengan Muhammad Isa Daud menjelaskan beliau sudah melakukan penerbangan lebih seratus kali di angkasa raya tetapi tidak berjumpapun dengan makhluk asing yang dikatakan oleh manusia. Jika kalian bertemu dengan apa saja bentuk rupa makhluk samaada cantik atau hodoh sebenarnya mereka adalah terdiri daripada makhluk jin yang boleh menyerupai sesuatu. ]

Jin yang berdiam di suatu tempat dan memperlihatkan diri dalam peristiwa-peristiwa yang ganjil-ganjil. Apabila mereka (jin) berhadapan dengan seorang muslim yang bertakwa dan kuat akidahnya, lalu orang itu membaca Ayat Kursi dan ayat pertama dalam surah Ash- Shaffat . [Firman Allah SWT maksudnya, "Demi (rombongan malaikat) yang berbaris bershaf-shaf" (Surah Ash-Shaffat ayat 1) ], pasti mereka terbakar dengan kekuatan yang diberikan Allah, atau lari lintang pukang, tanpa mahu kembali lagi ketempat itu.

Saya tegaskan kepadamu bahawa jika ada seorang muslim yang melalui Segitiga Bermuda itu, dan ia membaca ayat-ayat Allah, nescaya Iblis beserta pasukannya tidak akan dapat mencelakakannya.

MID   :  Subhanallah, sesungguhnya memang begitu. Bukankah Allah SWT telah berfirman, " Maka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca al-Quran, mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya, syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikan pemimpin dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah." (Surah an-Nahl ayat 98-100)

Bagaimana pendapatmu tentang daerah lain yang disebut dengan "Pusaran Syaitan" di Farmosa, iaitu suatu kawasan berbentuk segitiga mirip Segitiga Bermuda.

[Farmosa adalah nama sebuah pulau yang terletak 145 km sebelah timur dataran Cina yang dipisahkan oleh selat yang disebut Selat Farmosa]

JI      :  Apakan ia daerah yang merupakan pusaran air yang tersembunyi.?

MID  :  Ya, bukti-bukti ilmiah menunjukkan bahawa kawasan tersebut merupakan pertemuan antara arus air hangat dengan air dingin.

JI     :  Akan saya sampaikan kepadamu suatu rahsia yang baru pertama kali ini diketahui manusia.

MID  :  Silakan.

JI     :  Semua tempat yang merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air hangat dan air dingin, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu-pembantunya, sebagai pusat pemerentahan kerajaan dan negaranya.

MID  : Apakah ini ada kaitan dengan pengertian yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Baginda mengatakan, " Itu adalah tempat duduk syaitan, ataukah itu sekadar penerangan tambahan atas petunjuk Nabi SAW ini?

[ Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) ," Apabila salah seorang berada di tempat terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak, sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat teduh, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu)." (Hadis Riwayat Abu Daud, dengan tabi' majhul, dan diriwayatkan pula oleh Al-Hakim yang mengatakan bahawa hadis ini sahih sanadnya.

JI    : Ya termasuk hal yang seperti itu, atau paling tidak mendekatinya. Syaitan sendiri memang sangat tertarik pada posisi-posisi yang terletak di antara dua hal yang bertentangan.

MID   :  Mengapa harus memilih hal-hal yang bertentangan seperti itu?

JI      :  Kalian umat manusia, tidak akan boleh memahaminya. Jadi , cukuplah bila saya katakan bahawa tempat yang demikian itu memberikan kekuatan kepada syaitan.

MID   :  Apakan semua jin duduk di tempat yang seperti itu?

JI      :  Tidak, hanya syaitan yang melakukannya. Keturunan Iblis memang berbeza dari jin, bahkan dalam hal dudk sekalipun.

MID   : Apakan istana Iblis berjumlah dua belas?

JI      :  Entahlah, yang jelas wilayah kekuasaannya sangat luas. Semoga Allah melindungi kita darinya dan dari pasukannya serta dari gangguannya. 

[Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkan (keperluan)nya." (Surah Ath- Thalaq ayat 3)]

Perkahwinan Jin.

Kehidupan jin sangat mirip dengan kehidupan alamiah manusia, ada cinta dan benci, kesepakatan dan perselisihan, kasih sayang dan permusuhan. Tentang kegembiraan yang ada di kalangan mereka, fenomena dan kebiasaannya berbeza satu sama lain.

Persetubuhan antara jin lelaki dan jin perempuan juga sama seperti manusia. Tetapi hal ini terjadi sesuai dengan bentuk tubuh mereka yang lazimnya kecil.

JI   :  Malam pengantin bagi jin sama saja maknanya dengan malam pengantin bagi manusia. Jin perempuan menyerahkan keperawanannya sebagai bukti  atas kegadisannya. 'Kehormatan' bagi kalangan jin adalah lebih penting daripada manusia , sekalipun tetap saja ada jin pelacur.

MID  :  Berapa usia kawin di kalangan kalian?

JI      : Biasanya saat sesudah baligh. Dunia jin, usia perkahwinan berkisar antara 170 atau 180 hingga 200 sampai 250 tahun yang dipandang sebagai usia perkahwinan yang paling baik.

MID   : Apakah hamil dan melahirkan juga disertai rasa sakit?

JI      :  Tentu saja. Hamil dan kelahiran adalah penciptaan di dalam penciptaan. Bahkan kesusahan kehamilan di kalangan jin jauh lebih berat daripada yang di alami manusia.

MID   : Mengapa boleh begitu?

JI     : Kerana masa kehamilan jin tidak berkisar antara enam sampai sembilan bulan seperti yang berlaku di kalangan kalian. Tetapi lima belas bulan, dimulai dengan masa haidh berhenti yang disertai dengan rasa sakit, khususnya kerana rahim jin kadang-kadang berisi tujuh sampai sembilan janin. Malahan boleh juga terjadi kembar dua belas.

MID  : Apakah wanita-wanita kalian juga menyusu?

JI     :  Tentu saja. Tidak berbeza dengan wanita dikalngan manusia. Perbezaannya terletak pada usia seorang manusia. Bayi jin untuk waktu yang cukup lama tergolek tanpa bergerak dan bersuara. Ia banyak tidur.

MID   :  Sesudah itu?

JI      ;  Ia tumbuh menjadi besar dan mula belajar. Mungkin masuk sekolah atau perguruan-perguruan tinggi, serupa seperti kalian. Akan tetapi dengan sarana yang lebih cangih dan macam-macam, sesuai dengan kehidupan dan kondisi para jin. Ada yang masuk Fakulti Kedoktoran, Teknik, Sastera, Juruanalisa. Sama seperti kalian. Cuma , ya yang sesuai dengan kehidupan kami.

[ Alam jin dan alam manusia hampir serupa malahan lebih cangih lagi darisegi perkembangan sains dan teknologi, perubatan dan sebagainya seperti wujudnya universiti dan berbagai bidang pengajian. Contoh manusia masih tidak mampu mencipta kapal piring terbang sedangkan alam jin sudah memiliki kapa piring terbang yang cangih dan bergerak secepat silat. Ini boleh berlaku kerana kehidupan masyarakat jin telah wujud beribu tahun  sebelum Nabi Adam a.s. diciptakan oleh Allah SWT]

Perkahwinan Antara Jin Dan Manusia.

MID  :  Bagaimana pendapatmu mengenai cerita tentang kemugkinan perkahwinan antara manusia dengan jin?

JI      :  Tidak mungkin. Sebab mahkluknya berbeza. Manusia dan jin memilih watak yang berbeza. Kalau tidak mengapa Allah SWT berfirman maksudnya, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaa-Nya, Dia telah menciptakan bagimu pasangan-pasangan dari jenismu, agar supaya kamu tenang bersamanya, dan Dia menjadikan di antaramu cinta dan kasih sayang." (Surah ar-Rum ayat 21).

Ayat yang mulia ini berlaku untuk jin dan manusia. Manusia berkumpul dan tinggal bersama-sama sesama manusia, dan jin dengan sesama jin.

MID   :  Tetap banyak peristiwa yang menyokong terjadinya perkahwinan antara jin dan manusia, sampai-sampai di sebut Ratu Balqis adalah makhluk yang lahir dari perkahwinan silang manusia dan jin.

JI    :  Percayalah, bahawa perkahwinan antara jin dan manusia itu tidak akan terjadi, kecuali dalam satu kondisi. Yakni ketika jin menampakkan diri dalam bentuk manusia. Tetapi yang demikian jarang terjadi, atau merupakan pengecualian yang hanya semacam dongeng. Pengecualian, tentu saja , tidak boleh dikenali hukum. Saya tegaskan kepadamu bahawa kalaupun ada perkahwinan yang menyimpang seperti ini, pasti tidak akan dapat menimbulkan kehamilan, baik yang lelaki jin atau sebaliknya.

MID   :  Bagaimana boleh begitu?

JI      :  Sebab, air mani jin tidak sama dengan air mani manusia. Rahim jin juga bukan seperti rahim manusia. Sedangkan semuanya itu merupakan persyaratan bagi terjadinya kehamilan.

MID   :  Kalau begitu , cerita yang mengatakan bahawa ibunda Balqis itu jin adalah bohong belaka?

JI     :  Pasti bohong. Nuftah manusia yang masuk ke rahim jin pasti akan berubah sepenuhnya. Demikian pula sebaliknya. Kalau tidak begitu, bagaimana mungkin jin boleh melahirkan jin yang tidak terlihat, dan manusia melahirkan manusia yang boleh dilihat? Masing-masing punya karakter sendiri-sendiri. Yang satu ciptaan Allah dan yang lainnya pun ciptaan-Nya pula.

Bersambung...

(Di petik daripada buku : Dialog Dengan Jin Islam - tulisan Muhammad Isa Daud)