Sunday, November 25, 2012

Kupasan Buku : Dialog Dengan Jin Islam - Siri Kelima

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Muhammad Isa Daud (MID) meneruskan dialog dengan sahabatnya Jin Islam yang bernama Mustaffa.

MID     :  Bagaimana pendapatmu tentang orang yang mengatakan adanya kapal cahaya yang sering kali muncul di lautan, dan ia ikut terlibat dalam 'rompakan' kapal-kapal yang hilang itu?

JI        :  Apa yang engkau maksudkan?

MID     : Mereka mengatakan bahawa ada makhluk luar angkasa, dan merekalah yang melakukan perbuatan-perbuatan yang mencelakakan itu, dalam erti bahawa Segitiga Bermuda itu merupakan pusat penelitian makhluk-makhluk cerdas dari planet lain. Bagaimana pendapatmu tentang itu?

JI        :  Bukan, bukan mereka. Sebab, sekalipun aku telah melakukan penerbangan lebih dari seratus kali ke berbagai penjuru angkasa, aku belum pernah melihat makhluk-makhluk luar angkasa. Sedangkan Segitiga Bermuda, sebahagian rahsianya sudah aku sampaikan kepadamu.

MID    :  Bagaimanapun saya yakin akan adanya makhluk cerdas lain selain manusia, jin dan malaikat. Tetapi mereka berada di planet lain yang bukan planet bumi kita ini. Tidak ada salahnya, Allah Maha Mengetahui tentang itu. Akan tetapi apa dalilmu?

JI       :  Cuba ajarkan kepadaku apa yang telah diajarkan  Allah kepadamu.

MID   :  Tentang mereka itu, Allah SWT berfirman maksudnya, " Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan bumi seperti itu pula. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu." (Surah Ath-Thalaq ayat 12)

Dalam sahih Muslim diriwayatkan sebuah hadis dari Said Bin Zaid, katanya, 'Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), "Barangsiapa yang merampas sejengkal tanah (milik orang lain) secara zalim, maka dia akan dihimpit dalam kubur oleh tujuh bumi." 

JI      :  Apakah ada bukti tentang komunikasi yang telah maju itu dengan manusia di planet bumi ini?

Muhammad Isa Daud menceritakan terdapat peristiwa yang berlaku  :

"Seorang Amerika (namanya Mash) berjumpa di kebunnya makhluk yang pendek tinggi sekitar 160 sentimeter. Di pinggan kanannya ada senjata, sedang di pinggang kirinya tergantung beg besar. Mereka melarikan diri dengan pesawat mereka tingginya kira-kira 2.5 meter. Pesawat mereka diperbuat dari bahan sejenis kaca, pintu pesawat tertutp, dari bawah ke atas. Pesawat berlepas dengan penyemburan cahaya yang sangat menyilaukan."

JI     :  Aku bersumpah kepadamu dengan nama Allah, bahawa mereka adalah jin. Akan tetapi, lazimnya, mereka menampakkan diri dalam bentuk yang lebih tinggi dan besar daripada bentuk mereka yang sebenarnya.

MID  :  Dari mana mereka datang?

JI     : Entah, tetapi mungkin saja mereka itu adalah penghuni ruang cahaya yang terdapat di antara sinar merah dan awan. Atau, penduduk yang datang dari dasar lautan. Sekarang engkau sudah tahu secara lengkap. Kerana itu kemukakan kebenaran yang engkau ketahui ke seluruh dunia, sehingga tidak ada lagi kegelapan yang ditimbulkan oleh tipu-muslihat jin dan yang terbentuk kerana dugaan-dugaan salah. 

[ Perhatian : Misteri terlihatnya UFO (Kapal Piring berbentuk bulat) sebenarnya adalah pesawat daripada makhluk jin bukannya makhluk asing dari planet yang lain daripada bumi. Mustafa (Jin Islam) yang berbicara dengan Muhammad Isa Daud menjelaskan beliau sudah melakukan penerbangan lebih seratus kali di angkasa raya tetapi tidak berjumpapun dengan makhluk asing yang dikatakan oleh manusia. Jika kalian bertemu dengan apa saja bentuk rupa makhluk samaada cantik atau hodoh sebenarnya mereka adalah terdiri daripada makhluk jin yang boleh menyerupai sesuatu. ]

Jin yang berdiam di suatu tempat dan memperlihatkan diri dalam peristiwa-peristiwa yang ganjil-ganjil. Apabila mereka (jin) berhadapan dengan seorang muslim yang bertakwa dan kuat akidahnya, lalu orang itu membaca Ayat Kursi dan ayat pertama dalam surah Ash- Shaffat . [Firman Allah SWT maksudnya, "Demi (rombongan malaikat) yang berbaris bershaf-shaf" (Surah Ash-Shaffat ayat 1) ], pasti mereka terbakar dengan kekuatan yang diberikan Allah, atau lari lintang pukang, tanpa mahu kembali lagi ketempat itu.

Saya tegaskan kepadamu bahawa jika ada seorang muslim yang melalui Segitiga Bermuda itu, dan ia membaca ayat-ayat Allah, nescaya Iblis beserta pasukannya tidak akan dapat mencelakakannya.

MID   :  Subhanallah, sesungguhnya memang begitu. Bukankah Allah SWT telah berfirman, " Maka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca al-Quran, mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya, syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikan pemimpin dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah." (Surah an-Nahl ayat 98-100)

Bagaimana pendapatmu tentang daerah lain yang disebut dengan "Pusaran Syaitan" di Farmosa, iaitu suatu kawasan berbentuk segitiga mirip Segitiga Bermuda.

[Farmosa adalah nama sebuah pulau yang terletak 145 km sebelah timur dataran Cina yang dipisahkan oleh selat yang disebut Selat Farmosa]

JI      :  Apakan ia daerah yang merupakan pusaran air yang tersembunyi.?

MID  :  Ya, bukti-bukti ilmiah menunjukkan bahawa kawasan tersebut merupakan pertemuan antara arus air hangat dengan air dingin.

JI     :  Akan saya sampaikan kepadamu suatu rahsia yang baru pertama kali ini diketahui manusia.

MID  :  Silakan.

JI     :  Semua tempat yang merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air hangat dan air dingin, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu-pembantunya, sebagai pusat pemerentahan kerajaan dan negaranya.

MID  : Apakah ini ada kaitan dengan pengertian yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Baginda mengatakan, " Itu adalah tempat duduk syaitan, ataukah itu sekadar penerangan tambahan atas petunjuk Nabi SAW ini?

[ Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) ," Apabila salah seorang berada di tempat terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak, sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat teduh, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu)." (Hadis Riwayat Abu Daud, dengan tabi' majhul, dan diriwayatkan pula oleh Al-Hakim yang mengatakan bahawa hadis ini sahih sanadnya.

JI    : Ya termasuk hal yang seperti itu, atau paling tidak mendekatinya. Syaitan sendiri memang sangat tertarik pada posisi-posisi yang terletak di antara dua hal yang bertentangan.

MID   :  Mengapa harus memilih hal-hal yang bertentangan seperti itu?

JI      :  Kalian umat manusia, tidak akan boleh memahaminya. Jadi , cukuplah bila saya katakan bahawa tempat yang demikian itu memberikan kekuatan kepada syaitan.

MID   :  Apakan semua jin duduk di tempat yang seperti itu?

JI      :  Tidak, hanya syaitan yang melakukannya. Keturunan Iblis memang berbeza dari jin, bahkan dalam hal dudk sekalipun.

MID   : Apakan istana Iblis berjumlah dua belas?

JI      :  Entahlah, yang jelas wilayah kekuasaannya sangat luas. Semoga Allah melindungi kita darinya dan dari pasukannya serta dari gangguannya. 

[Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkan (keperluan)nya." (Surah Ath- Thalaq ayat 3)]

Perkahwinan Jin.

Kehidupan jin sangat mirip dengan kehidupan alamiah manusia, ada cinta dan benci, kesepakatan dan perselisihan, kasih sayang dan permusuhan. Tentang kegembiraan yang ada di kalangan mereka, fenomena dan kebiasaannya berbeza satu sama lain.

Persetubuhan antara jin lelaki dan jin perempuan juga sama seperti manusia. Tetapi hal ini terjadi sesuai dengan bentuk tubuh mereka yang lazimnya kecil.

JI   :  Malam pengantin bagi jin sama saja maknanya dengan malam pengantin bagi manusia. Jin perempuan menyerahkan keperawanannya sebagai bukti  atas kegadisannya. 'Kehormatan' bagi kalangan jin adalah lebih penting daripada manusia , sekalipun tetap saja ada jin pelacur.

MID  :  Berapa usia kawin di kalangan kalian?

JI      : Biasanya saat sesudah baligh. Dunia jin, usia perkahwinan berkisar antara 170 atau 180 hingga 200 sampai 250 tahun yang dipandang sebagai usia perkahwinan yang paling baik.

MID   : Apakah hamil dan melahirkan juga disertai rasa sakit?

JI      :  Tentu saja. Hamil dan kelahiran adalah penciptaan di dalam penciptaan. Bahkan kesusahan kehamilan di kalangan jin jauh lebih berat daripada yang di alami manusia.

MID   : Mengapa boleh begitu?

JI     : Kerana masa kehamilan jin tidak berkisar antara enam sampai sembilan bulan seperti yang berlaku di kalangan kalian. Tetapi lima belas bulan, dimulai dengan masa haidh berhenti yang disertai dengan rasa sakit, khususnya kerana rahim jin kadang-kadang berisi tujuh sampai sembilan janin. Malahan boleh juga terjadi kembar dua belas.

MID  : Apakah wanita-wanita kalian juga menyusu?

JI     :  Tentu saja. Tidak berbeza dengan wanita dikalngan manusia. Perbezaannya terletak pada usia seorang manusia. Bayi jin untuk waktu yang cukup lama tergolek tanpa bergerak dan bersuara. Ia banyak tidur.

MID   :  Sesudah itu?

JI      ;  Ia tumbuh menjadi besar dan mula belajar. Mungkin masuk sekolah atau perguruan-perguruan tinggi, serupa seperti kalian. Akan tetapi dengan sarana yang lebih cangih dan macam-macam, sesuai dengan kehidupan dan kondisi para jin. Ada yang masuk Fakulti Kedoktoran, Teknik, Sastera, Juruanalisa. Sama seperti kalian. Cuma , ya yang sesuai dengan kehidupan kami.

[ Alam jin dan alam manusia hampir serupa malahan lebih cangih lagi darisegi perkembangan sains dan teknologi, perubatan dan sebagainya seperti wujudnya universiti dan berbagai bidang pengajian. Contoh manusia masih tidak mampu mencipta kapal piring terbang sedangkan alam jin sudah memiliki kapa piring terbang yang cangih dan bergerak secepat silat. Ini boleh berlaku kerana kehidupan masyarakat jin telah wujud beribu tahun  sebelum Nabi Adam a.s. diciptakan oleh Allah SWT]

Perkahwinan Antara Jin Dan Manusia.

MID  :  Bagaimana pendapatmu mengenai cerita tentang kemugkinan perkahwinan antara manusia dengan jin?

JI      :  Tidak mungkin. Sebab mahkluknya berbeza. Manusia dan jin memilih watak yang berbeza. Kalau tidak mengapa Allah SWT berfirman maksudnya, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaa-Nya, Dia telah menciptakan bagimu pasangan-pasangan dari jenismu, agar supaya kamu tenang bersamanya, dan Dia menjadikan di antaramu cinta dan kasih sayang." (Surah ar-Rum ayat 21).

Ayat yang mulia ini berlaku untuk jin dan manusia. Manusia berkumpul dan tinggal bersama-sama sesama manusia, dan jin dengan sesama jin.

MID   :  Tetap banyak peristiwa yang menyokong terjadinya perkahwinan antara jin dan manusia, sampai-sampai di sebut Ratu Balqis adalah makhluk yang lahir dari perkahwinan silang manusia dan jin.

JI    :  Percayalah, bahawa perkahwinan antara jin dan manusia itu tidak akan terjadi, kecuali dalam satu kondisi. Yakni ketika jin menampakkan diri dalam bentuk manusia. Tetapi yang demikian jarang terjadi, atau merupakan pengecualian yang hanya semacam dongeng. Pengecualian, tentu saja , tidak boleh dikenali hukum. Saya tegaskan kepadamu bahawa kalaupun ada perkahwinan yang menyimpang seperti ini, pasti tidak akan dapat menimbulkan kehamilan, baik yang lelaki jin atau sebaliknya.

MID   :  Bagaimana boleh begitu?

JI      :  Sebab, air mani jin tidak sama dengan air mani manusia. Rahim jin juga bukan seperti rahim manusia. Sedangkan semuanya itu merupakan persyaratan bagi terjadinya kehamilan.

MID   :  Kalau begitu , cerita yang mengatakan bahawa ibunda Balqis itu jin adalah bohong belaka?

JI     :  Pasti bohong. Nuftah manusia yang masuk ke rahim jin pasti akan berubah sepenuhnya. Demikian pula sebaliknya. Kalau tidak begitu, bagaimana mungkin jin boleh melahirkan jin yang tidak terlihat, dan manusia melahirkan manusia yang boleh dilihat? Masing-masing punya karakter sendiri-sendiri. Yang satu ciptaan Allah dan yang lainnya pun ciptaan-Nya pula.

Bersambung...

(Di petik daripada buku : Dialog Dengan Jin Islam - tulisan Muhammad Isa Daud)



No comments: