Saturday, May 19, 2012

Pesanan Untuk Para Isteri Bagaimana Menambat Hati Suaminya


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dan juga keperluan tarbiah dan ilmu fardu ain.

Rasulullah SAW. juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: "Mereka yang paling sempurna di kalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik di kalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja.

Untuk menghuraikan syarat ke 4 iaitu mentaati suami, terdapat 13 perkara yang perlu dipatuhi dan dihayati oleh isteri solehah supaya menjadi pelengkap kepada kebahagiaan rumah tangga dan menjadi salah satu syarat untuk mendapat syurga Allah SWT dihari akhirat nanti.

Perkara-perkata tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

Firman Allah SWT maksudnya : "Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri) , kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya." (Surah an-Nisa' ayat 34)

Kedua : Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, halus perkataan, bersolek setiap hari dan waktu dan bersikap manja di hadapannya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Ketiga : Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebenciannya ditinggalkan.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”

Keempat : Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunatnya.”

Kelima : Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.

Firman Allah SWT : “Maka perempuan-perempuan yang solehah, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga mereka." (Surah an-Nisa' ayat 34)

Keenam : Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami balik hendaklah disambut dengan baik dan bersolek pula. Melainkan jika isteri juga bekerja, seelok-eloknya isteri balik lebih awal daripada suami.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Ketujuh : Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

Sabda Nabi SAW bermaksud: “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.”(Hadis Riwayat Muslim).

Kelapan : Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula boleh mendatangkan mengumpat atau membuka keaiban orang lain.

Jabir dan Abu Sa'id menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Awaslah dari mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras dari zina. Sesungguhnya seseorang itu berzina ia bertaubat, maka Allah SWT menerima taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpat." (Hadis Riwayat Ibn Abid Dunya)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Kesembilan : Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Kesepuluh : Jangan suka berhutang. Jika terpaksa berhutang sebaik-baiknya beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri. Jika terdapat kekurangan perbelanjaan di dapur janganlah memarahi suami dengan kata-kata kutukan kerana perkataan tersebut mendatangkan dosa besar.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dasyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, 'semoga engkau mendapat kutukan Allah' maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh dan mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali dua jenis makhluk iaitu manusia dan jin.”

Kesebelas : Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain. Perbelanjaan yang kurang adalah aib suaminya hendaklah ditutup, jika perbelanjaan berlebihan pula dikhuatiri bermegah-megah dengan kekayaan yang dimiliki takut mendatangkan riak.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Kedua belas : Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami. Melainkan suami dan isteri mempunyai kerjaya masing-masing dan tempat yang berjauhan. Jika bekerja ditempat yang sama atau berdekatan eloklah makan tengahari bersama untuk melahirkan kemesraan dan kasih sayang.

Ketiga belas : Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram.

Sahabat yang dimuliakan,
Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para isteri dan suami juga sentiasa memberi kerjasama dan kasih sayang kepada isterinya, insya Allah rumah tangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia. Keluarga bahagia dan sakinah akan dapat dinikmati bersama dan bibit-bibit pertengkaran, pergaduhan dan penceraian akan dapat di elakkan dan dapat diatasi dengan baik.

Ada juga diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Sebagai contoh isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya dan dia mengajar anak lelakinya supaya membenci dan menolak dakwah baginda. Begitu juga isteri nabi Luth suka bertandang ke rumah orang dan bersekongkol dengan golongan homoseksual dan membuka rahsia suaminya supaya tetamu suaminya dijadikan 'mangsa' oleh kaumnya.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau tidak mahu berubah, maka kita khuatir jika kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah SWT.

Hayati 10 Sifat dan Akhlak Terpiji.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Akhlak berasal dari perkataan al-khuluq. Al-khuluq bererti tabiat atau tingkah laku. Akhlak yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam hadisnya yang bermaksud :“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik).” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Aisyah r.ha. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Sesungguhnya seorang mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama seperti orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam'.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  "Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan." (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Jabir ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya orang yang sangat saya kasihi dan terdekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang terbaik akhlaknya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh dariku pada hari kiamat nanti adalah orang yang banyak bicara, sombong dalam pembicaraannya, dan berlagak menunjukan kepandaiannya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Sahabat yang dimuliakan,
Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya demi mencapai kehidupan yang baik. Islam memperbaiki manusia dengan cara terlebih dahulu memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-sifat terpuji. Islam benar-benar dapat membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan, kelapangan dan ketenteraman.

Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya.

Terdapat 10 ciri-ciri akhlak yang mulia akan menghiasi diri seseorang insan supaya ia menjadi seorang mukmin yang benar.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Bersifat warak dan meninggalkan perkara yang syubhat

Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan dari hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya

:Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat warak adalah sebagaimana  Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : “Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah ia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan”

Kedua : Memelihara penglihatan.

Seseorang mukmin itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan boleh membawa ke kancah pelanggaran dan maksiat. Sehubungan dengan ini Al-Quranul Karim mengingatkat orang –orang mukmin supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah, firman Allah SWT maksudnya :

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". (Surah an-Nur ayat 30)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menghodohkan wajah kamu.” (Hadis Riwayat At Tabrani)

Ketiga : Memelihara Lidah

Seseorang mukmin itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, memfitnah, berdusta, berbohong, memaki-hamun dengan perkataan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji dan mengadu domba.

Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. “Ketahuilah, seorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang.”

Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas empunya diri.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya”
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bukanlah ia seorang mukmin (jika) jika ia suka menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Sabda baginda lagi maksudnya : “Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”
(Hasid Riwayat Baihaqi)

Keempat : Bersifat Pemalu.

Seorang mukmin mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada dan sifat-sifat seumpamanya.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman”. (Hadis Riwayat Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)

Berhubung dengan sifat malu ini para ulama mengatakan: “Hakikat malu itu ialah sifat yang menggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan, dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.

Kelima : Bersifat Lembut dan Sabar

Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang mukmin ialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas ‘amal Islami sehingga himmah dan lemah lembut mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.

Dari keterangan ini jelaslah, tugas dan tanggungjawab seorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan”.(Surah al-Syura ayat 43)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?”.
(Surah an-Nur ayat 22)

“Dan apabila orang-oran jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan”.
(Surah al-Furqan ayat 63)

Sabda-sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud : “Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya.”

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya, Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: “Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah ikatan silaturrahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu.”

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Apabila Allah Subhanahuwata’ala telah menghimpunkan makkhluknya di hari kiamat, penyeru pada hari itu pun menyeru; “Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan”. Baginda bersabda: Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat. Kemudian mereka ditanya: “Apakah keistimewaan kamu”. Mereka menjawab: “Adalah kami ini apabila dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut”, lalu dikatakan kepada mereka: “Masuklah kamu ke dalam syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang yang beramal”

Keenam : Bersifat Benar dan Jujur.

Seorang mukmin itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah SWT dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti ia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya.

Berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa bersih, mulia dan terhindar dari tipu daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang dilaknat.

Rasulullah Sallallahu’ Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”.
(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaihi)

Ketujuh : Bersifat rendah diri

Seseorang mukmin mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-maranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) sama ada yang miskin maupun yang kaya. Rasulullh Sallallahu’Alaihi Wasallam sendiri memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri). Baginda bersabda maksudnya :

“Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat takbur.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam hadis qudsi Allah berfirman maksudnya : “Kemuliaan itu ialah pakaianKu dan membesarkan diri itu ialah selendangKu. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari keduanya pasti Aku akan menyeksanya”.
(Hadis Qudsi Riwayat Muslim)

Kelapan : Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.

Menjauhi sangka buruk dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah SWT maksudnya :

“Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi penyayang”. (Surah al-Hujurat ayat  12)

Allah SWT berfirman lagi yang maksudnya : “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”
(Surah al-Ahzab ayat 58)

Dan Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Kesembilan : Bersifat pemurah.

Seorang mukmin mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, berharta dan berpangkat gugur dari jalan ini, lantaran rakus terhadap mata benda. Di dalam al-Quran al-Karim sendiri terdapat banyak ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.

Firman Allah SWT maksudnya : “Orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki  yang kami berikan kepada mereka.”  (Surah al-Anfal ayat 3)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk diri kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak dianiayai”.(Surah al-Baqarah ayat 272)

Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan mengambil pelajaran dari pesanan Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam maksudnya : “Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesepuluh : Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)

Selain dari sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang mukmin mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, cara pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. Membina diri menajdi suri teladan merupakan peranan besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Firman Allah swt yang bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah " ( Surah al-Ahzab Ayat 21 )

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita beramal dengan 10 ciri-ciri akhlak mulia dan terpuji seperti yang dinyatakan diatas. Akhlak yang mulia dan terpuji adalah asset yang besar di dunia dan akhirat. Jika di dunia kita akan dikasihi oleh  manusia dan akan menjadi ikutan dan jika di akhirat akhlak yang mulia dan terpuji adalah menjadikan amalan yang memberatkan timbangan (mizan) kita di sana. Jadikanlah akhlak yang terpuji ini sebagai pakaian hidup kita dan menjadikan kita hamba Allah SWT yang diredai-Nya di dunia dan akhirat.

Thursday, May 17, 2012

Bahaya Syiah dan Ancamannya Terhadap Akidah Umat Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syiah ialah satu mazhab yang mendakwa Saidina Ali k.wj sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW yang sah dan lebih utama daripada para sahabat lain. Golonga Syiah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi SAW  serta mengkafirkan mereka terutamanya tiga khalifah al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a. dan Saidina Uthmanr r.a.

Ringkasnya, Syiah memperkatakan sesuatu yang tidak layak serta merendahkan kedudukan khulafa al-Rasyidin, para sahabat dan sebahagian isteri-isteri Nabi SAW. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syiah daripada golongan-golongan Islam yang lain terutamanya Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ulama terkenal, Syeikh Sa’id Hawwa dalam sebuah risalahnya berkaitan Syiah menyenaraikan beberapa penyelewengan mereka. 

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah maksum sehingga mengatasi Nabi dan bebas daripada dosa atau tidak berdosa. Menurut Syiah lagi, para Imam Syiah bebas daripada kesalahan, ghaflah (lalai) dan lupa sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja serta kedudukan imam itu mengatasi kedudukan kenabian.

Perkara ini menurut ulama Syiah adalah ijmak atau kesepakatan golongan terdahulu dan terkemudian Syiah. Oleh kerana itu para imam Syiah mempunyai kuasa mutlak dan hak serta pemilihan dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Kedua : Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud di tangan kaum muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan. Perkara ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini dan Muhammad Baqir al-Majlisi dalam karangan mereka. Syiah mendakwa mereka memiliki al-Quran yang disebut sebagai “Mashaf Fatimah” dan ianya tiga kali ganda banyaknya daripada al-Quran yang kita miliki.

Lihatlah bagaimana orang Syiah menganggap bahwa Al Quran yang ada di tengah-tengah kita belum sempurna. Dan lihatlah bagaimana Syiah berdusta atas nama Saidina Ali k.wj. Mereka menyatakan bahawa hanya Ali bin Abi Talib yang boleh mengumpulkan Al Quran.

Secara langsung orang Syiah telah membantah firman Allah Ta’ala,
Ű§Ù„ْيَوْمَ ŰŁَكْمَلْŰȘُ لَكُمْ ŰŻِينَكُمْ وَŰŁَŰȘْمَمْŰȘُ Űčَلَيْكُمْ نِŰčْمَŰȘِي وَ۱َ۶ِيŰȘُ لَكُمُ Ű§Ù„ْŰ„ِŰłْلَŰ§Ù…َ ŰŻِينًۧ

Maksudnya : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah Al Maidah ayat 3). Ayat ini menunjukkan bahawa Islam telah sempurna, begitu pula Al Quran.

Ketiga : Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi SAW  yang diriwayatkan oleh kebanyakan para sahabat seperti Abu Hurairah r.a, Samrah bin Jundub r.a,  Amr bin al-Ass r.a. dan sebagainya. Syiah juga menolak hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.ha. 

Menurut Syiah, umat Islam telah kufur selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW  kecuali tiga atau empat orang sahabat iaitu al-Miqdad bin al-Aswad r.a, Abu Dzar al-Ghifari r.a. dan Salman al-Farisi r.a. kerana mereka tidak berpegang dan tidak mempercayai hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat bahkan meletakkan hadis-hadis tersebut dalam kelompok hadis-hadis palsu. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahli al- bait atau kerabat Nabi SAW  sahaja.

Sahabat yang dihormati,
Dr. Musa al-Musawi, seorang yang dibesarkan dalam sebuah keluarga terhormat di kalangan masyarakat Syiah menulis sebuah buku mengajak para penganut fahaman Syiah pada hari ini untuk kembali memperbetulkan kepercayaan yang telah diselewengkan dan menyalahi pegangan Islam yang sebenar. Tegasnya, kebanyakan kepercayaan dan pengamalan Syiah pada hari ini adalah rekaan atau perkara yang diada-adakan oleh ulama serta pemimpin Syiah. Antara perkara yang ditegaskan oleh beliau ialah:

Pertama : Penganut fahaman Syiah mengamalkan taqiyyah atau berpura-pura. Ianya bermaksud melaksanakan sesuatu yang bersalahan dan berlainan daripada kepercayaan. Sebagai contoh penganut fahaman Syiah membawa batu atau tanah Karbala dan sujud di atasnya ketika solat di masjid penganut Syiah dan menyembunyikan batu tersebut ketika solat di masjid-masjid bukan penganut Syiah. 
(Dalam Islam berpura-pura adalah sifat munafik yang dilarang keras oleh Allah SWT.)

Kedua : Penganut fahaman Syiah mengadakan upacara perkabungan ke atas kematian Saidina Husain pada Hari Asyura, 10 Muharram dengan berdukacita meratap dan menangis kesedihan, memalu (memukul) serta menyeksa tubuh badan dengan rantai besi, benda tajam atau sebagainya. 
(Amalan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana amalan menyeksa diri adalah haram dan berdosa.)

Ketiga : Penganut fahaman Syiah mengamalkan Mutaah yang bermaksud kahwin kontrak atau sementara. Iaitu berkahwin  dengan seorang perempuan atau lebih tanpa saksi dan tanggungjawab nafkah dalam tempoh beberapa jam, semalaman, seharian atau lebih. Mereka berpendapat bahawa kahwin Mutaah adalah diharuskan dengan syarat wanita itu tidak bernikah atau bermutaah dengan sesiapa. 
(Dalam hadis riwayat Muslim jelas nikah Mutaah telah di batalkan oleh Allah SWT sedangkan Syiah masih mengamalkan dan mengharuskannya pula.)

Keempat : Penganut fahaman Syiah sujud di atas batu atau tanah Karbala yang dibawa oleh mereka ketika solat. Mereka juga menganggap wujudnya keberkatan daripada batu tersebut dengan menciumnya ataupun memakannya sebagai penawar menyembuhkan penyakit. Batu tersebut adalah cebisan tanah yang diambil daripada perkuburan Saidina Husain di Karbala.
(Amalan ini adalah amalan kurafat yang boleh merosakkan akidah umat Islam)
 
Kelima : Penganut fahaman Syiah meninggalkan Solat Jumaat dengan alasan Solat Jumaat hanya wajib ketika wujud atau hadirnya Imam al-Mahdi. Namun, ketika ketiadaan Imam al-Mahdi, mereka boleh memilih sama ada melaksanakan Solat Jumaat atau melaksanakan solat Zohor. Umumnya, penganut Syiah meninggalkan solat Jumaat.
(Berdosa besar meninggalkan solat Jumaat kerana solat Jumaat telah difardukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran)
 
Keenam : Penganut fahaman Syiah mengamalkan jamak solat fardu iaitu Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir atau tidak tanpa sebarang sebab. Walaupun ulama Syiah menfatwakan sunat hukumnya solat pada waktu-waktunya. Namun, dari sudut pengamalan mereka lebih mengamalkan jamak di antara dua solat, Zohor dan Asar dan Maghrib dan Isyak. Perkara ini boleh dilihat diseluruh tempat-tempat solat yang diurus oleh penganut-penganut Syiah.
(Umat Islam daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menjamakkan solat fardu melainkan dalam musafir atau ada perkara penting yang diharuskan jamak dua solat fardu)

Sahabat yang dimuliakan,
Penyelewengan kepercayaan dan pengamalan Syiah yang berbeza daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah jelas. Syiah menafikan dan menolak al-Quran yang ada di tangan kita pada hari ini. Syiah menolak hadis-hadis atau riwayat-riwayat para sahabat besar Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan lain-lain. Penganut  fahaman Syiah mengamalkan amalan-amalan yang telah difatwakan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar oleh para ulama dan institusi-institusi Islam.

Hadis daripada Irbid bin Sariah r.a bahawa Rasulullah SAW  bersabda (maksudnya) :
“Sesungguhnya aku telah tingggalkan bagimu agama yang jelas nyata dari sebarang kesamaran. Jelasnya diibaratkan gelap malam gelita seperti siang harinya. Sesiapa pun tidak akan tergelincir darinya selepasku melainkan mereka yang ditakdirkan binasa. Sesiapa yang hidup selepas itu akan melihat kekeliruan yang banyak sekali. Maka hendaklah kamu berpegang dengan apa yang telah kamu ketahui dari sunnahku dan sunnah khulafa’ rashidin yang terpimpin. Peganglah kepercayaan itu dengan teguh”.          (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Hadis di atas menjelaskan bahawa Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali adalah para pemimpin yang terpimpin dengan tunjuk ajar daripada Nabi Muhammad SAW. Begitu juga sekalian para sahabat, mereka adalah umat terbaik selepas kewafatan Baginda SAW. Justeru, kita sebagai muslim mestilah berhati-hati dengan kepercayaan, pegangan dan ideologi yang jelas menyalahi serta menyeleweng daripada perkara asas dalam ajaran Islam, apatah lagi yang telah diwartakan sesat, menyeleweng dan seumpamanya. Dalam menghadapi kemelut kepercayaan, para ulama adalah mereka yang berkelayakan untuk kita rujuk. Sesungguhnya Islam adalah agama yang jelas kebenarannya dan jelas juga batas-batas kekufurannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 59 maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Sekiranya kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”.

Dalam surah An Nuur, Allah membantah orang-orang yang menuduh Aisyah –isteri Rasulullah SAW yang mulia dengan tuduhan keji iaitu berzina. Hal ini menunjukkan orang-orang Syiah sangat benci terhadap Aisyah –puteri Abu Bakr- bahkan sebagian ulama mereka sampai mengkafirkan Aisyah dan menyatakan Aisyah itu di neraka. Na’udzu billahi min dzalik. Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari kesesatan ajaran Syiah.

Sahabat yang dikasihi,
Berhati-hatilah dengan golongan Syiah ini kerana mereka bukan sahaja terdapat di Iran dan Iraq tetapi golongan ini telah bertapak di nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei). Mereka cukup fanatik dengan ajaran Syiah. Mereka cuba menyerap masuk dan mensyiahkan para pelajar IPT dan pendakwah Islam.  Yang menjadi tanda tanya ada sebahagian 'ustaz' kita boleh terpengaruh dengan ajaran Syiah. Kerajaan Iran mempunyai dana yang besar dan cuma menyebarkan fahaman Syiah ke seluruh dunia dan cuba menyesatkan umat Islam di negara kita . Perlu diingat golongan Syiah ini akan memusuhi Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila berpeluang memeranginya contoh yang terdekat bagaimana tentera Iran Syiah dan pejuang Hasbullah Syiah telah menbantu rejim Basyar Assad laknatullah telah membunuh saudara-saudara kita di Syria tanpa belas kasihan. Umat Islam jangan berbangga dengan kerajaan Iran dan Hasbullah kononnya mereka anti-Israel, hakikat sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut dan bersekongkol dengan Israel dan Amerika untuk memerangi umat Islam.




Wednesday, May 16, 2012

Islam Mengajar Umatnya Berakhlak Mulia dan Menghormati Orang Lain


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW diutuskan oleh Allah SWT kepada umat manusia adalah untuk menyampaikan dakwah Islam dan menyempurnakan akhlak yang mulia. Umat Islam seharusnya mengikuti contoh dan peribadi Nabi SAW bukannya menunjukkan akhlak yang buruk dan mendatangkan fitnah kepada ajaran Islam.

Laporan portal berita mengenai tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tadi janganlah sampai dilihat seperti lembu-lembu sedang meragut rumput.

Apa tidaknya, gambar yang disiarkan di dalam portal Malaysiakini jelas menunjukkan kepala mereka lebih rendah daripada punggung.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara. Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.-harakahdaily

Di mana letakkan adab sopan dan tata-susila yang diajarkan agama Islam kepada umatnya? Kerana majoriti yang mengadakan "senaman aneh" adalah bangsa melayu beragama Islam.

Islam mengajar umatnya menghormati agama lain dan jangan menganggu ketenteraman dan kehidupan orang lain. Nabi SAW memberi amaran keras kepada umatnya yang menganggu jiran tetangga dengan sabdanya yang bermaksud : "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya" (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW tidak menyebut hanya jiran yang muslim sahaja perlu jangan diganggu. Berdasarkan umum hadis tersebut hak jiran yang bukan Islam juga perlu dijaga dan dihormati. Jika kita mengabaikan hak-hak jiran orang yang bukan Islam ini bermakna kita telah mengabaikkan satu contoh baik yang perlu ada pada seorang muslim untuk berdakwah kepada mereka. Islam bukan hanya berbentuk dakwaan semata-mata tetapi perlu direalisasikan di dalam kehidupan harian dan perbuatan.

Nabi SAW telah menunjukkan contoh yang sungguh mulia dan tinggi akhlaknya kepada jiran-jiran baginda yang menyakiti baginda. Baginda tidak membalasnya dengan tindakan yang sama hingga menyebabkan mereka tertarik dan masuk Islam.

Kita dapati anggota tentera biasanya telah dilatih dengan displin yang tinggi dan sentiasa mematuhi arahan ketua ketika sedang berkhidmat tetapi amat dukacita setelah mereka bersara mereka telah melakukan tindakkan yang bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara. Jika dilihat dalam kontek agama ianya sungguh mencemarkan kesucian Islam dan bertentangan dengan akhlak anjuran al-Quran. Luqman berpesan pada anaknya :

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." (Surah Luqman ayat 18)

Jika Allah SWT melarang seorang muslim itu berjalan dimuka bumi dengan sombong apatah lagi mereka menjalankan "senam punggung" di hadapan rumah orang yang bukan Islam dan berita dan gambar-gambat tersebut si sebarkan diseluruh dunia. Ini benar-benar mencemarkan maruah Islam dan Islam boleh dianggap sebagai agama berakhlak buruk.

Sahabat yang dimuliakan,
Kenapa keadaan ini boleh berlaku? Jika kita marah sekalipun pada seseorang individu maka Islam ada adab-adab dan cara-cara yang baik untuk membuat teguran. Janganlah kerana taksub dengan satu-satu parti politik seseorang ahlinya sanggup bertindak diluar batas adab dan tatasusila yang dibenarakan Islam.

Perlu diingat bahawa setiap perbuatan yang boleh mendatangkan fitnah dan merosakkan kemurniaan Islam adalah dosa besar yang akan ditanggung oleh pelakunya di hari akhirat nanti. Langit, bumi dan anggota manusia akan menjadi saksi di atas perbuatan buruk manusia. Bertaubatlah dan janganlah mengulangi perbuatan biadab yang mendapat kutukan umat Islam seluruh dunia.

Peranan Guru Melahirkan Insan Soleh dan Bertakwa


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Guru adalah seorang pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi Muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain.

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran :

ÙŠŰ±ÙŰč Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű°ÙŠÙ† ŰĄŰ§Ù…Ù†ÙˆŰ§ منكم ÙˆŰ§Ù„Ű°ÙŠÙ† ŰŁÙˆŰȘÙˆŰ§ Ű§Ù„Űčلم ۯ۱ۏŰȘ

Maksudnya: “Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah ayat 11)

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar, kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.

Islam meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah adalah ditempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang kerumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”.( Surah al-Nahl ayat 125)

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh.

Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa keempat-empat ciri di atas hendaklah fahami dan dihayati di dalam kehidupannya sebagai pendidik terutama ciri keempat iaitu mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiah anak didiknya menjadi manusia berilmu, bertakwa dan beramal soleh. Jika tugas ini dapat direalisasikan dalam pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan akan duduk berdekatan dengan Nabi SAW di hari akhirat nanti.

Sahabat yang dimuliakan,
Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:

1- Menyampai ilmu bab akidah dan keimanan yang tulin untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah SWT, meyakinkan pertemuan dengan Allah SWT, mengharapkan rahmatNya dan takutkan seksaanNya.

2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.

3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran:

ÙŠŰšÙ†Ù‰ ŰŁÙ‚Ù… Ű§Ù„Ű”Ù„ÙˆŰ© ÙˆŰŁÙ…Ű± ŰšŰ§Ù„Ù…ŰčŰ±ÙˆÙ ÙˆŰ§Ù†Ù‡ Űčن Ű§Ù„Ù…Ù†ÙƒŰ± ÙˆŰ§Ű”ŰšŰ± Űčلى Ù…Ű§ŰŁŰ”Ű§ŰšÙƒ Ű„Ù† Ű°Ù„Ùƒ من ŰčŰČم Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙˆŰ±

Maksudnya: “Wahai anakku! Dirikanlah solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”.
(Surah Luqman : Ayat 17)

Sabda Rasulullah Sollallahu `Alaihi Wasallam:

كلكم ۱ۧŰč وكلكم Ù…ŰłŰ€Ù„ Űčن ۱ŰčيŰȘه

Maksudnya: “Setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru di sekolah perlulah menanamkan asas aqidah Islam dan keimanan kepada Allah SWT. Bentuklah jiwa para pelajar supaya berakhlak dengan akhlak Islam dan takut kepada azab Allah SWT jika melakukan maksiat dan kemungkaran.

Semua guru-guru samaada guru agama atau guru akademik perlu memainkan peranan yang berat ini dan jangan jemu-jemu menasihati, mendidik, membentuk dan mengasuh jiwa para pelajar dengan nasihat yang baik. Guru pula perlulah membawa syaksiah Islam dan akan menjadi contoh dan ikutan para pelajarnya.

Kasihanilah anak-anak didik kita ini dengan tutur kata yang lemah lembut kerana fitrah manusia suka kepada kelembutan. Anggaplah mereka semua seperti anak kita sendiri dekatilah mereka yang bermasaalah dengan penuh kasih sayang seperti seorang ibu yang mengasihi anak-anaknya.

Selain daripada guru-guru yang mengajar di sekolah ibu bapa juga perlulah mengambil tanggungjawab bersama guru untuk memikul tugas yang besar dan berat ini dan meneruskan pendidikan dirumah pula. Pihak sekolah pula perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti ko korikulum yang menjurus kepada insan beriman dan bertakwa iaitu dengan menganjurkan kem motivasi, smart solat, khemah Ibadah, qiyamulail, kelas hafazan, tazkirah ,kuliah agama dan group usrah di waktu-waktu cuti atau hujung minggu.

Lebihkan aktiviti berbentuk agama daripada aktiviti-aktiviti lain kerana waktu mata pelajaran agama Islam yang diajarkan terlalu sedikit untuk menampung keperluan ilmu dan tarbiyah kepada para pelajar.

PIBG sekolah juga boleh mengembeling tenaga bersama ibu bapa dan guru merangka program yg bermanfaat. Apabila aktiviti ini dapat dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar.

Sahabat yang dikasihi,
Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi Sollallahu `Alaihi Wasallam, sejarah para sahabat r.a dan para solihin, hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani di sekolah-sekolah.

Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah:

1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah Sollallahu `Alaihi Wasallam:

Ù…Ű±ÙˆŰ§ ŰŁÙˆÙ„Ű§ŰŻÙƒÙ… ŰšŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© وهم ŰŁŰšÙ†Ű§ŰĄ ۳ۚŰč ŰłÙ†ÙŠÙ† ÙˆŰ§Ű¶Ű±ŰšÙˆÙ‡Ù… ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§ وهم ŰŁŰšÙ†Ű§ŰĄ Űčێ۱ ÙˆÙŰ±Ù‚ÙˆŰ§ فى Ű§Ù„Ù…Ű¶Ű§ŰŹŰč

Maksudnya: “ Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur ”.( Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:

ŰčÙ„Ù…ÙˆŰ§ ŰŁÙˆÙ„Ű§ŰŻÙƒÙ… ÙˆŰŁÙ‡Ù„ÙŠÙƒÙ… Ű§Ù„ŰźÙŠŰ± ÙˆŰŁŰŻŰšÙˆÙ‡Ù…

Maksudnya: “Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka ”.

2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik. Firman Allah SWT:

Ù„Ù‚ŰŻ ÙƒŰ§Ù† لكم فى Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁŰłÙˆŰ© Ű­ŰłÙ†Ű© لمن ÙƒŰ§Ù† ÙŠŰ±ŰŹÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰ§Ù„ÙŠÙˆÙ… Ű§Ù„ŰŁŰźŰ± ÙˆŰ°ÙƒŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙƒŰ«ÙŠŰ±Ű§

Maksudnya: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan ( keredaan ) Allah taala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa sedih dan senang)”. (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)

Marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu , bertakwa dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan agama, masyarakat dan negara.

Masyarakat yang ingin kita bina ialah masyarakat Islam yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan.

Guru membawa misi penyempurnaan akhlak, sebagaimana misi diutusnya Rasulullah SAW . Nabi SAW sendiri dengan tegas pernah bersabda: "Innama buitstu liutammima makaarima al-akhlaq." maksudnya : " Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak (manusia)."

Lantaran itu, tidak salah jika ahli tafsir mengatakan bahawa posisi guru setingkat di bawah Nabi, sebagaimana yang ia pahami dalam sabda Nabi SAW., : "Al-Ulama'u waratsatu al-Anbiya', (Ulama [menurutnya termasuk guru] adalah pewaris para Nabi).

Sahabat yang dikasihi,
Guru yang menyampaikan ilmunya adalah berupa ilmu yang bermanfaat, jika ilmu tersebut di amalkan berterusan hingga ke hari kiamat maka walaupun ia telah kembali ke alam barzakh maka pahalanya akan berterusan diperolehi.

Perhatikanlah hadis Nabi SAW. yang bermaksud : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya .
(Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu bergembiralah wahai para guru jasamu tetap dikenang , pahalamu tetap berterusan walaupun kau sudah tidak ada di dunia ini.

Tuesday, May 15, 2012

Lima Tanda Orang Bertakwa Menurut Saidina Usman Bin Affan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa. Semakin tinggi takwa seseorang itu  maka semakin mulia dan hampir dirinya kepada Allah SWT.

Saidina Usman bin Affan menyatakan bahawa terdapat lima ciri-ciri orang bertakwa. Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Tidak suka bergaul kecuali bergaul dengan orang-orang yang soleh atau solehah, yang menjaga lisannya.

Bergaul dengan orang-orang soleh kerana kita akan mendapatkan banyak ilmu, nasihat yang berguna dan panduan dalam kehidupan. Sehinggakan tegurannya juga adalah teguran yang membina.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa r.a )

Kedua : Jika mendapat musibah duniawi, ia menganggapnya sebagai ujian dari Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' (Surah al-Baqarah ayat 153)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.'' (Surah al-Baqarah ayat 155)

Salah satu yang mengangkat darjat kita di sisi Allah SWT adalah lulusnya kita dari ujian yang diberikanNya. Jika kita bersabar dengan ujian Allah SWT maka Dia akan memberikan nikmat dan rezeki yang tiada disangka-sangka.

Ketiga : Jika mendapat musibah dalam urusan agama ia akan sangat menyesalinya.

Teringat kisah Saidina Umar bin Khattab r.a yang ketinggalan satu rakaat solat Ashar di masjid hanya kerana beliau sedang asyik berada dalam kebun kurmanya. Mengetahui dirinya telah tertinggal satu rakaat dalam berjamaah, Saidina Umar r.a. pun begitu menyesali perbuatannya sehingga kebun kurma yang dianggap sebagai penyebab musibah itu akhirnya dijual.

Keempat : Tidak suka memenuhi perutnya dengan makanan haram dan jika makan tidak sampai kenyang.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih teruk dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang-tulang sulbinya. Jia dia tetap hendak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan." (Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

Ini merupakan amalan dari sabda Rasulullah SAW yang bemaksud : "Makanlah sebelum engkau lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang".

Sungguh suatu perintah yang seakan-akan mudah dilaksanakan namun ketika cuba melaksanakan dalam kehidupan sehari-hari dirasakan begitu sukar. Dari sinilah bentuk ketakwaan seorang mukmin dibentuk.

Kelima : Apabila memandang orang lain, orang itu lebih soleh dari dirinya. Tapi bila memandang diri sendiri, dirinya adalah orang yang penuh dosa.

Nampaknya banyak diantara kita, apalagi yang telah diberikan hidayah dari Allah SWT berupa kenikmatan dalam beribadah, kemudahan dalam bertahajud, keringanan dalam berpuasa sunat atau keindahan dalam membaca ayat-ayat al-Quran, mudah menganggap dirinya lebih soleh dibanding lainnya. Padahal sikap merendah diri adalah salah satu sifat mahmudah yang di ajarkan Nabi SAW kepada kita. Belajar dengan membiasakan dengan sifat tawaduk dan senantiasa melakukan amal ibadah tanpa membandingkan dengan orang lain adalah permulaan yang baik untuk meningkatkan darjat ketakwaan diri kepada Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati lima ciri-ciri orang bertakwa menurut pandangan Saidina Usman bin Affan untuk menjadi panduan hidup kita bersama. Orang mukmin yang mempunyai ciri-ciri ini insya Allah akan terselamat hidup di dunia dan hari akhirat.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah Ali-Imran ayat 133)



Monday, May 14, 2012

Carilah Sahabat Yang Soleh Kerana Dia Akan Membantu di Dunia dan Akhirat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia perlukan sahabat untuk menjadi teman ketika kesunyian dan tempat mengadu bila menghadapi masaalah kehidupan. Sudah tentu sahabat yang soleh (baik) tidak akan membiarkan kita bersendirian. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan dan membantu bila kita memerlukan bantuan.

Seperkara lagi yang perlu diingat; setiap diri manusia merupakan cermin sahabatnya. Sekiranya sahabat yang kita pilih itu berakhlak mulia, maka kesannya kepada diri kita juga adalah kebaikan belaka. Sebaliknya andainya sahabat yang kita pilih itu berakhlak buruk, maka kita akan terdorong melakukan dosa dan kemungkaran.

Ibnul Qayyim mengisahkan, “Kami (murid-murid Ibnu Taimiyyah), jika kami ditimpa perasaan gundah gulana atau muncul dalam diri kami prasangka-prasangka buruk atau ketika kami merasakan sempit dalam menjalani hidup, kami segera mendatangi Ibnu Taimiyah untuk meminta nasehat. Maka dengan hanya memandang wajah beliau dan mendengarkan nasehat beliau serta merta hilang semua kegundahan yang kami rasakan dan berganti dengan perasaan lapang, segar, yakin dan tenang". (Lihat Shahih Al Wabilush Shoyyib, antara hal. 91-96, Dar Ibnul Jauziy)

Ini bertepatan dengan maksud sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa r.a )

Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan, “Hadis ini menunjukkan larangan bersahabat dengan orang-orang yang dapat merusak agama maupun dunia kita. Dan hadis ini juga menunjukkan dorongan agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia." (Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, 4/324, Darul Ma’rifah, Beirut, 1379)

Sahabat yang dimuliakan,
Banyak hadis-hadis Nabi SAW yang menjelaskan ciri-ciri sahabat yang baik.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Barangsiapa menutup rahsia saudaranya, nescaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Apabila kalian telah berjaya beroleh sahabat sejati berteraskan iman dan takwa, perlulah diberi perhatian terhadap langkah-langkah yang menyuburkan ikatan ukhwah tersebut :

1. Mengasihi saudara sesama Islam semata-mata kerana Allah SWT
2. Mengucap salam bila bertemu
3. Sentiasa menziarahi terutama ketika sakit
4. Sentiasa saling mendoakan
5. Menolong ketika kesempitan
6. Memenuhi jemputan
7. Memberi ucapat tahniah dan takziah
8. Saling memberi hadiah
9. Tidak memutuskan silaturahim dan memulaukan
10. Bertolak ansur dan saling memaafkan
11. Bermanis muka bila bertemu
12. Sentiasa jujur dan ikhlas inginkan kebaikan sesama saudara seIslam
13. Memberi tempoh yang diperlukan untuk dia membayar balik hutangnya
14. Bersangka baik dan tidak mudah mempercayai berita fitnah mengenai dirinya
15. Membantunya mencarikan pasangan hidup yang baik jika dia belum berumahtangga

Pada hakikatnya, persahabatan yang baik memerlukan perhatian dari kita untuk mengawalnya dari dirosakkan oleh gejala-gejala liar sepertimana maksud sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Janganlah kamu saling putus memutus hubungan, janganlah kamu saling berpaling tadah, janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidaklah halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya lebih dari tiga hari". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah adalah makbul disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Orang mukmin sentiasa berbaik sangka sesama sahabatnya, persahabatan yang terjalin kerana ikatan kasih sayang kerana Allah SWT. Semasa dia berdoa untuk dirinya sendiri dia akan masukkan bersama doa itu untuk kebaikan sahabat-sahabatnya. Salah satu doa yang sangat makbul ialah mendoakan kepada sahabatnya yang berjauhan. Semoga kita semua di alam maya ini menjadi sahabat-sahabat yang baik dan saling mendoakan di antara satu sama lain.

Sunday, May 13, 2012

Amalan Manusia Akan di Hisab dan di Balasi di Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap amalan manusia samaada amalan yang kecil atau besar semuanya akan di hisab dan di tanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti. Termasuk setiap anggota manusia samaada mata. telinga, hidung, kaki, tangan, mulut, kepala, rambut dan kulit manusia akan di tanya satu persatu dan akan menjadi saksi . Anggota manusia tidak akan berbohong dan mereka akan berkata benar. Satu persatu mereka akan menjawab dan menjadi saksi di atas perbuatan manusia!

Jika manusia melakukan amal soleh, taat kepada semua perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya maka akan berbahagialah dia setelah melalui mizan dan mahkamah Allah SWT. Tetapi sebaliknya jika manusia hidup di dunia penuh maksiat dan dosa, hari-hari membuat fitnah, mengumpat, menzalimi orang lain, tinggalkan solat, merampas hak orang lain, menipu dalam mengejar kekuasaan dan harta dunia, awas!!! manusia akan hidup menderita berpanjangan. Keseronokan manusia bersama ketua dan kumpulan masing-masing dan berbangga dengan menghina kumpulan lain tidak bermakna langsung dan tidak membantu untuk menolak azab Allah SWT.atau dengan lain perkataan, "tak berbaloi langsung"

Mencegah Kemungkaran :

Pengertian Hadis :

Űčَنْ َۧŰšِى ŰłَŰčِÙŠŰŻِ Ű§Ù„ْŰźُŰŻْ۱ِي قَŰ§Ù„َ ŰłَمِŰčْŰȘُ
۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيهِ وَŰłَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ ۱َŰŁَى مِنْكُمْ مُنْكَ۱ًۧ فَلْيُŰșَيِّŰ±Ù‡ُ ŰšِيَŰŻِهِ
فَِۧنْ لَمْ يَŰłْŰȘَŰ·ِŰčْ فَŰšِلِŰłَŰ§Ù†ِهِ فَِۧنْ لَمْ يَŰłْŰȘَŰ·ِŰčْ
فَŰšِقَلْŰšِهِ وَŰ°َلِكَ َۧ۶ْŰčَفُ Ű§Ù„Ű§ِيمَŰ§Ù†ِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (Hadis sahih riwayat Muslim)

Berdasarkah hadis di atas ada beberapa tingkat iman dan amalan seorang mukmin apabila dia melihat sesuatu kemungkaran iaitu terdapat tiga cara-cara mencegah kemungkaran:

1. Mengubah dengan tangan

2. Mengubah dengan lidah

3. Mengubah dengan Hati

Huraiannya :

1. Mengubah dengan tangan.

Mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuannya dan bidang kuasa masing-masing. Setiap orang hendahlah mencegah kemungkaran yang berlaku dikalangan ahli atau orang dibawah tanggungjawabnya.

Contoh :

a. Bapa cegah kemungkaran keluarganya

b. Guru cegah kemungkaran murid-muridnya

c. Ketua negara cegah kemungkaran rakyatnya

d. Rakyat menggunakan tangannya (mengundi) untuk memilih pemimpin melalui pilihanraya. Dengan ini tangannya akan menolak pemimpin yang zalim.

Nabi SAW bersabda :

...لُلُّلُمْ ۱َۧŰčٍ وَلُلُّلُمْ مَŰłْŰŠُوْلٌ Űčَنْ ۱َŰčِّيَّŰȘِهِ ....

Maksudnya : "...Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap orang yang di bawah pimpinannya...." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ramai di kalangan umat Islam hari ini menganggap memangkah dan mengundi di dalam pilihanraya adalah perkara biasa dan tidak ada kaitan dengan dosa dan pahala atau tidak ada kaitan dengan keadilan di hari akhirat. Mereka membuat pilihan hanya berdasarkan emosi dan perasan. Mudah terpengaruh dengan ajakan kawan atau terpengaruh dengan imbuhan yang diberikannya. Ada pula yang beranggapan nak undi pun boleh tak undi pun tak apa. Ada pula yang keliru tidak memahai maqasid syar'iyah dengan mengatakan undi ini adalah haram.

Kalian perlu faham bahawa jika kalian memilik orang zalim, pemimpin rasuah, pemimpin yang merendahkan hukum-hukum Islam ini bermakna kalian telah bersubahat membuat kerosakan di muka bumi. Kalian akan mendapat saham dosa jika pemimpin yang kalian pilih tidak berlaku adil dan melanggar hukum-hukum Allah SWT. Tangan kalian itu akan menjadi saksi apa yang kalian lakukan. Berdasarkan hadis di atas kalian perlu mencegah kemungkaran dengan "tangan-tangan kalian", tolaklah pemimpin yang terang-terang tidak berakhlak Islam , tidak menutup aurat bagi wanita, meghina ulama dan sunah Nabi SAW, menggalakkan maksiat dan kemugkaran, suara rakyat di sekat, rakyat dihukum tanpa melalui perbicaraan yang adil, fitnah seks bermahalajalela dibiarkan berkembang dalam masyarakat, perasuah dibebaskan dan para pendakwah disekat untuk menyampaikan risalah Islam!

Di hari akhirat nanti pengikut (termasuk rakyat yang memberi mandat) dan pemimpin akan berbalah sesama mereka kerana mereka semua tidak dapat menyelamatkan diri masing-masing.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? " Mereka menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)". (Surah Ibrahim ayat 21)

2. Mengubah dengan lidah.

Mencegah dengan lidah bermaksud memberi nasihat dan bimbingan yang baik. Setiap orang hendahlah mencegah kemungkaran yang berlaku dikalangan ahli atau orang dibawah tanggungjawabnya .

Seruan Nabi SAW :

a. Kita disuruh menyeru manusia kepada melakukan kebaikan dan

b. mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran

c. Jika kita meninggalkan kedua-duanya , maka Allah akan menjadikan orang-orang yang jahat sebagai pemimpin kita. Ketika itu juga doa-doa dikalangan kita juga tidak lagi mustajab.

3. Mengubah dengan hati.

Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dan menjauhkannya. Mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.

Kesannya :

a. Kemungkaran hanya tidak belaku pada dirinya sahaja.

b. Kemungkaran tidak akan hilang atau berkurangan.

Sahabat yang dikasihi,
Hayatilah maksud hadis di atas dan beramallah dengan baik dan betul. Janganlah kalian melakukan kesilapan untuk kali keduanya. Utamakanlah yang pertama iaitu cegah kemugkaran dengan tangan kalian barulah diikuti dengan peringkat lisan dan hati. Gunakanlah tangan kalian sebaik-baiknya untuk mengundi kerana jika kalian betul dalam pemilihan kebaikannya kalian sendiri akan menikmatinya begitu juga jika salah atau tersilap berat tanggungannya yang akan kalian terima. Pastikan kalian lakukan semata-mata kerana Allah SWT dan mencari keredaan-Nya.












Kewajipan Anak Mentaati dan Mengasihi Ibu Bapanya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sabda Rasulullah SAW :

"Űčَنْ مُŰčَŰ§ÙˆِيَŰ©َ Űšْنِ Ű­َيْŰŻَŰ©َ Ű§Ù„ْقُŰŽَيْ۱ِىِّ قَŰ§Ù„َ : قُلْŰȘُ يَۧ ۱َŰłُوْلَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ ، مَنْ ŰŁَŰšَ۱َّ؟ قَŰ§Ù„َ : ŰŁُمُّكَ . قَŰ§Ù„َ قُلْŰȘُ : Ű«ُمَّ مَنْ؟ قَŰ§Ù„َ : ŰŁُمُّكَ . قَŰ§Ù„َ قُلْŰȘُ : Ű«ُمَّ مَنْ؟ قَŰ§Ù„َ : ŰŁُمُّكَ . قَŰ§Ù„َ قُلْŰȘُ : Ű«ُمَّ مَنْ؟ قَŰ§Ù„َ : ŰŁَŰšَŰ§Ùƒَ؟ Ű«ُمَّ Ű§Ù„ŰŁَقْ۱َŰšَ فَŰ§Ù„ŰŁَقْ۱َŰšَ."

Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Huraiannya :

Menurut maksud hadis tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah menggariskan satu dasar bahawa Islam amat mengutamakan kepada si ibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik dari setiap anak-anaknya ini kerana segala pergorbanan yang ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses melahirkan, kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang amat sukar. Namun begitu, ia berjaya diatasi dengan sebab rasa kasih sayang yang mendalam dalam diri si ibu berserta sokongan dari si bapa.

Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi.

Maka, janganlah sesekali kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengguris perasaan dan menyakitkan hati mereka. Terutama kepada golongan remaja yang sering terlibat dengan masalah sosial di mana perbuatan dan perilaku tersebut boleh mengguris perasaan dan mengecewakan harapan ibu yang impikan setiap anak mereka menjadi insan berguna dan sentiasa menjaga nama baik keluarga bukan dengan menjatuhkan maruah keluarga.

Kerana terdapat kes-kes yang mengecewakan kita telah berlaku dan dipaparkan di dalam media seperti ibu bapa didera oleh anak sendiri, malahan ada yang sanggup membunuh ibu bapa apabila permintaan mereka tidak dipenuhi atau perbuatan mereka dihalang oleh ibu bapa. Perbuatan derhaka seperti ini adalah disebabkan telah hilangnya nilai keimanan dalam diri dan jiwa kerana telah dikuasai oleh syaitan serta kewarasan akal fikiran hilang disebabkan pengaruh pil khayal, dadah dan sebagainya. Mereka ini perlu bertaubat kepada Allah SWT dan memohon ampun di atas segala dosa-dosa yang dilakukan, mudah-mudahan hidup akan diberkati dan dijauhkan dari azab siksaan api neraka Allah SWT.

Bagi menghargai segala jasa ibu, maka berbagai cara perlu kita lakukan untuk menghiburkan hati mereka. Diantaranya kita memperuntukkan masa untuk menziarahi ibu, bercuti bersama-sama ibu, membawa ibu bersiar-siar ke tempat yang menarik, menghadiahkan sesuatu yang menjadi kesukaannya, sentiasa mendoakan mereka, dan melakukan apa sahaja yang menyenangkan hati mereka, sebagai tanda penghargaan serta kasih sayang seorang anak kepada ibu.

Persoalannya? adakah kita telah melakukan hal-hal sedemikian kepada ibu kita? adakah hanya sekadar bila tibanya hari raya atau ibu bapa sakit barulah kita tertanya-tanya di mana dan bagaimana keadaan si ibu?. Sedangkan ajaran Islam menegaskan bahawa ibu hendaklah diberikan perhatian dan layanan pada setiap masa. Sebagai anak, kita perlulah sentiasa mentaati dan mendoakan kesejahteraan serta keampunan bagi kedua ibu bapa agar hidup kita diberkati Allah. Jika ibu bapa kita telah meninggal dunia, hadiah yang paling bermakna untuk mereka yang amat kita kasihi ini, ialah mendoakan kesejahteraan untuk mereka, sedekah jariah dan niatkan untuk mereka berdua agar Allah Taala sentiasa merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosa mereka.