Showing posts with label Mufaraqah Dalam Solat. Show all posts
Showing posts with label Mufaraqah Dalam Solat. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Mufaraqah Dalam Solat

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡، ÙˆŰ§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡، وŰčلى ŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ومن ÙˆŰ§Ù„Ű§Ù‡

Sahabat yang di rahmati Allah,
Mufaraqah adalah niat untuk memisahkan diri dari mengikuti imam semasa mengerjakan solat berjamaah. Maksudnya dia kena meneruskan solatnya secara sendiri tanpa perlu berhenti dan ulang semula solatnya.

Kesimpulan bagi persoalan berkaitan hukum makmum berniat Mufaraqah (niat berpisah daripada imam) :

1. Dalam mazhab syafie makmum boleh niat mufaraqah dengan Imam samaada bersebab atau tidak. Ianya dihukumkan makruh.Dalam solat Jumaat tidak sah niat mufaraqah pada rakaat pertama.


2. Mazhab Hanbali harus mufaraqah dengan Imam dengan sebab keuzuran, jika tanpa uzur ada 2 pendapat; pertama batal solatnya dan ini merupakan pandangan yang asah (diterima) dan kedua harus.


3. Mazhab Hanafi: Makruh makmum memberi salam lebih awal dari Imam tetapi tidak harus Mufaraqah.


4. Mazhab Maliki: Sesiapa yang mengikut Imam tidak harus mufaraqah dengan Imam

Keuzuran yang mengharuskan mufaraqah:


1. Imam membaca panjang sedangkan makmum ada keperluan


2. Imam meninggalkan perkara sunat seperti qunut/tahiyyat awal


3. Sakit


4. Bimbang dikuasai rasa mengantuk


5. Bimbang terbatal solat (rasa nak kencing)


6. Bimbang kehilangan harta


7. Bimbang ditinggalkan kawan


8. Menyelamatkan orang yang lemas, atau seumpamanya.

Dalil mazhab Syafie dan Hanbali:Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari :

‏Ű­َŰŻَّŰ«َنِي ‏ ‏مُŰ­َمَّŰŻُ Űšْنُ ŰčَŰšَّۧۯٍ ‏ ‏Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ ‏ ‏ŰłُفْيَŰ§Ù†ُ ‏ ‏Űčَنْ ‏ ‏Űčَمْ۱ٍو ‏ ‏Űčَنْ ‏ ‏ŰŹَِۧۚ۱ٍ ‏ ‏قَŰ§Ù„َ ‏
‏كَŰ§Ù†َ ‏ ‏مُŰčَۧ۰ٌ ‏ ‏يُŰ”َلِّي مَŰčَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏Ű«ُمَّ يَŰŁْŰȘِي فَيَŰ€ُمُّ قَوْمَهُ فَŰ”َلَّى لَيْلَŰ©ً مَŰčَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏Ű§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥَ Ű«ُمَّ ŰŁَŰȘَى قَوْمَهُ فَŰŁَمَّهُمْ فَŰ§ÙْŰȘَŰȘَŰ­َ ŰšِŰłُÙˆŰ±َŰ©ِ ‏ ‏Ű§Ù„ْŰšَقَ۱َŰ©ِ ‏ ‏فَŰ§Ù†ْŰ­َ۱َفَ ‏ ‏۱َŰŹُلٌ ‏ ‏فَŰłَلَّمَ Ű«ُمَّ Ű”َلَّى وَŰ­ْŰŻَهُ وَŰ§Ù†ْŰ”َ۱َفَ فَقَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ لَهُ ŰŁَنَŰ§ÙَقْŰȘَ يَۧ فُلَŰ§Ù†ُ قَŰ§Ù„َ لَۧ وَŰ§Ù„Ù„َّهِ وَلَŰąŰȘِيَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏فَلَŰŁُŰźْŰšِ۱َنَّهُ فَŰŁَŰȘَى ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏فَقَŰ§Ù„َ يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّۧ ŰŁَŰ”ْŰ­َُۧۚ ‏ ‏نَوَۧ۶ِŰ­َ ‏ ‏نَŰčْمَلُ ŰšِŰ§Ù„Ù†َّهَۧ۱ِ وَŰ„ِنَّ ‏ ‏مُŰčَۧ۰ًۧ ‏ ‏Ű”َلَّى مَŰčَكَ Ű§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥَ Ű«ُمَّ ŰŁَŰȘَى فَŰ§ÙْŰȘَŰȘَŰ­َ ŰšِŰłُÙˆŰ±َŰ©ِ ‏ ‏Ű§Ù„ْŰšَقَ۱َŰ©ِ ‏ ‏فَŰŁَقْŰšَلَ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏Űčَلَى ‏ ‏مُŰčَۧ۰ٍ ‏ ‏فَقَŰ§Ù„َ ‏ ‏يَۧ ‏ ‏مُŰčَۧ۰ُ ‏ ‏ŰŁَفَŰȘَّŰ§Ù†ٌ ‏ ‏ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù‚ْ۱َŰŁْ Űšِكَ۰َۧ وَŰ§Ù‚ْ۱َŰŁْ Űšِكَ۰َۧ قَŰ§Ù„َ ‏ ‏ŰłُفْيَŰ§Ù†ُ ‏ ‏فَقُلْŰȘُ ‏ ‏لِŰčَمْ۱ٍو ‏ ‏Ű„ِنَّ ‏ ‏ŰŁَŰšَۧ Ű§Ù„ŰČُّŰšَيْ۱ِ ‏ ‏Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ Űčَنْ ‏ ‏ŰŹَِۧۚ۱ٍ ‏ ‏ŰŁَنَّهُ قَŰ§Ù„َ Ű§Ù‚ْ۱َŰŁْ ‏ ‏وَŰ§Ù„ŰŽَّمْŰłِ وَ۶ُŰ­َŰ§Ù‡َۧ ‏ ‏وَŰ§Ù„Ű¶ُّŰ­َى ‏ ‏وَŰ§Ù„Ù„َّيْلِ Ű„ِ۰َۧ ‏ ‏يَŰșْŰŽَى ‏ ‏وَŰłَŰšِّŰ­ْ ۧ۳ْمَ ۱َŰšِّكَ Ű§Ù„ْŰŁَŰčْلَى ‏ ‏فَقَŰ§Ù„َ ‏ ‏Űčَمْ۱ٌو ‏ ‏نَŰ­ْوَ هَ۰َۧ

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Biasanya Muaz sembahyang bersama Nabi SAW kemudian beliau pulang mengimami kaumnya.

Pada suatu malam, beliau sembahyang Isyak bersama Nabi SAW kemudian pulang mengimami kaumnya. Beliau mulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Maka ada seorang lelaki yang membatalkan sembahyangnya dengan memberi salam terlebih dahulu, kemudian mendirikan sembahyang bersendirian lalu beredar.

Orang ramai berkata kepadanya: Wahai Si Polan! Adakah kamu sudah menjadi munafik? Dia menjawab: Tidak! Demi Allah sesungguhnya aku akan menghadap Rasulullah SAW dan memberitahu akan hal ini. Orang tersebut menghadap Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami adalah seorang pemilik unta, penyiram tanaman dan kami berkerja pada siang hari.

Sesungguhnya Muaz telah mendirikan sembahyang Isyak bersama kamu lalu pulang dan mendirikan sembahyang dimulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Rasulullah SAW menemui Muaz lalu bersabda: Wahai Muaz! Adakah kamu memesongkan sembahyang dengan membaca itu dan ini.

Sufian berkata: Aku berkata kepada Amru sesungguhnya Abu Az-Zubair menceritakan kepadaku dari Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bacalah surah Asy-Syams, Ad-Dhuha dan Al-A’laa. Maka Amru berkata: Memang seperti itu.

[Hadis riwayat Imam Muslim, Kitab al-Solat Bab al-Qiraat fi al-Ishak (Bab Bacaan Dalam Solat Isyak, hadis no.175)]

Imam Nawawi menyebut dalam Sharh Sohih Muslim tentang hadis ini yang mempunyai beberapa hukum:

1. Harus orang yang solat fardu mengikuti orang yang solat sunat kerana Saidina Muaz menunaikan solat fardu bersama rasul SAW. Muaz telah menunaikan kewajipannya solat Isyak bersama rasul SAW, kemudian Muaz menjadi Imam kepada kaumnya, jadi Solat Muaz adalah sunat sedangkan kaumnya adalah fardu. Ini dijelaskan dalam riwayat lain selain Muslim. Hukum makmum solat fardu mengikut imam solat sunat adalah harus dalam  mazhab syafie dan lain-lain.

2. Hadis ini dijadikan dalil oleh pendukung mazhab syafie, harus bagi makmum memutuskan niat dari mengikut Imam dan meneruskan solatnya walaupun mengikut pergerakan Imam.

Berhubung masalah ini, ulama mazhab syafie terbahagi kepada 3 :

1. Merupakan pandangan yang paling sah (Asah - diterima) harus dengan uzur atau tanpa keuzuran.


2. Tidak harus secara mutlak


3. Harus bagi orang uzur dan tidak harus bagi yang tiada keuzuran

Namun begitu Imam Nawawi menolak  golongan yang menjadikan hadis ini sebagai dalil harus mufaraqah kerana dalam riwayat ini lelaki tersebut memberi salam, menghentikan solat dan solat semula.

Dalam riwayat Imam al-Bukhariyy riwayatnya lebih ringkas juga dari Jabir bin Abdullah:

‏Ű­َŰŻَّŰ«َنِي ‏ ‏مُŰ­َمَّŰŻُ Űšْنُ ŰšَŰŽَّۧ۱ٍ ‏ ‏قَŰ§Ù„َ Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ ‏ ‏ŰșُنْŰŻَ۱ٌ ‏ ‏قَŰ§Ù„َ Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ ‏ ‏ŰŽُŰčْŰšَŰ©ُ ‏ ‏Űčَنْ ‏ ‏Űčَمْ۱ٍو ‏ ‏قَŰ§Ù„َ ŰłَمِŰčْŰȘُ ‏ ‏ŰŹَِۧۚ۱َ Űšْنَ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ‏ ‏قَŰ§Ù„َ ‏
‏كَŰ§Ù†َ ‏ ‏مُŰčَۧ۰ُ Űšْنُ ŰŹَŰšَلٍ ‏ ‏يُŰ”َلِّي مَŰčَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏Ű«ُمَّ يَ۱ْŰŹِŰčُ فَيَŰ€ُمُّ قَوْمَهُ فَŰ”َلَّى Ű§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥَ فَقَ۱َŰŁَ ‏ ‏ŰšِŰ§Ù„ْŰšَقَ۱َŰ©ِ ‏ ‏فَŰ§Ù†ْŰ”َ۱َفَ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ فَكَŰŁَنَّ ‏ ‏مُŰčَۧ۰ًۧ ‏ ‏ŰȘَنَŰ§Ùˆَلَ مِنْهُ ‏ ‏فَŰšَلَŰșَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏فَقَŰ§Ù„َ فَŰȘَّŰ§Ù†ٌ فَŰȘَّŰ§Ù†ٌ فَŰȘَّŰ§Ù†ٌ Ű«َلََۧ۫ مِ۱َۧ۱ٍ ‏ ‏ŰŁَوْ قَŰ§Ù„َ فَۧŰȘِنًۧ فَۧŰȘِنًۧ فَۧŰȘِنًۧ ‏ ‏وَŰŁَمَ۱َهُ ŰšِŰłُÙˆŰ±َŰȘَيْنِ مِنْ ŰŁَوْŰłَŰ·ِ ‏ ‏Ű§Ù„ْمُفَŰ”َّلِ

Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Iza Tawwala al-Imam Wa Kana Li al-Rajul Hajatan Fakharaja  Fa Salla (Bab sekiranya Imam Memanjangkan bacaan dan seorang itu ada hajat maka dia keluar dari Imam dan solat)

Ibnu Hajar al-Asqalani ketika menghuraikan hadis di atas memberi ulasan yang berbeza berkaitan kata “memberi salam” dalam riwayat Sufyan bin Uyaynah:

ÙˆÙ„Ű§ŰšÙ† ŰčÙŠÙŠÙ†Ű© ŰčÙ†ŰŻ Ù…ŰłÙ„Ù… ” ÙŰ§Ù†Ű­Ű±Ù Ű±ŰŹÙ„ ÙŰłÙ„Ù… Ű«Ù… Ű”Ù„Ù‰ ÙˆŰ­ŰŻÙ‡ ” وهو ŰžŰ§Ù‡Ű± في ŰŁÙ†Ù‡ Ù‚Ű·Űč Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© , لكن Ű°ÙƒŰ± Ű§Ù„ŰšÙŠÙ‡Ù‚ÙŠ ŰŁÙ† Ù…Ű­Ù…ŰŻ ŰšÙ† Űčۚۧۯ ŰŽÙŠŰź Ù…ŰłÙ„Ù… ŰȘÙŰ±ŰŻ Űčن Ű§ŰšÙ† ŰčÙŠÙŠÙ†Ű© ŰšÙ‚ÙˆÙ„Ù‡ ” Ű«Ù… ŰłÙ„Ù… ” , ÙˆŰŁÙ† Ű§Ù„Ű­ÙŰ§Űž من ۣ۔ۭۧۚ Ű§ŰšÙ† ŰčÙŠÙŠÙ†Ű© ÙˆÙƒŰ°Ű§ من ۣ۔ۭۧۚ ŰŽÙŠŰźÙ‡ ŰčÙ…Ű±Ùˆ ŰšÙ† ŰŻÙŠÙ†Ű§Ű± ÙˆÙƒŰ°Ű§ من ۣ۔ۭۧۚ ۏۧۚ۱ لم ÙŠŰ°ÙƒŰ±ÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… , ÙˆÙƒŰŁÙ†Ù‡ فهم ŰŁÙ† Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„Ù„ÙŰžŰ© ŰȘŰŻÙ„ Űčلى ŰŁÙ† Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ Ù‚Ű·Űč Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ; Ù„ŰŁÙ† Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… يŰȘŰ­Ù„Ù„ ŰšÙ‡ من Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© , ÙˆŰłŰ§ŰŠŰ± Ű§Ù„Ű±ÙˆŰ§ÙŠŰ§ŰȘ ŰȘŰŻÙ„ Űčلى ŰŁÙ†Ù‡ Ù‚Ű·Űč Ű§Ù„Ù‚ŰŻÙˆŰ© ÙÙ‚Ű· ولم ÙŠŰźŰ±ŰŹ من Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ŰšÙ„ ۧ۳ŰȘÙ…Ű± ÙÙŠÙ‡Ű§ Ù…Ù†ÙŰ±ŰŻŰ§ . Ù‚Ű§Ù„ Ű§Ù„Ű±Ű§ÙŰčي في ” ێ۱ۭ Ű§Ù„Ù…ŰłÙ†ŰŻ ” في Ű§Ù„ÙƒÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ÙˆŰ§ÙŠŰ© Ű§Ù„ŰŽŰ§ÙŰčي Űčن Ű§ŰšÙ† ŰčÙŠÙŠÙ†Ű© في Ù‡Ű°Ű§ Ű§Ù„Ű­ŰŻÙŠŰ« ” فŰȘÙ†Ű­Ù‰ Ű±ŰŹÙ„ من ŰźÙ„ÙÙ‡ ÙŰ”Ù„Ù‰ ÙˆŰ­ŰŻÙ‡ ” . Ù‡Ű°Ű§ ÙŠŰ­ŰȘمل من ŰŹÙ‡Ű© Ű§Ù„Ù„ÙŰž ŰŁÙ†Ù‡ Ù‚Ű·Űč Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© وŰȘÙ†Ű­Ù‰ Űčن Ù…ÙˆŰ¶Űč Ű”Ù„Ű§ŰȘه ÙˆŰ§ŰłŰȘŰŁÙ†ÙÙ‡Ű§ Ù„Ù†ÙŰłÙ‡ , لكنه ŰșÙŠŰ± Ù…Ű­Ù…ÙˆÙ„ Űčليه ; Ù„ŰŁÙ† Ű§Ù„ÙŰ±Ű¶ Ù„Ű§ ÙŠÙ‚Ű·Űč ŰšŰčŰŻ Ű§Ù„ŰŽŰ±ÙˆŰč فيه Ű§Ù†ŰȘهى . ÙˆÙ„Ù‡Ű°Ű§ ۧ۳ŰȘŰŻÙ„ ŰšÙ‡ Ű§Ù„ŰŽŰ§ÙŰčÙŠŰ© Űčلى ŰŁÙ†Ù„Ù„Ù…ŰŁÙ…ÙˆÙ… ŰŁÙ† ÙŠÙ‚Ű·Űč Ű§Ù„Ù‚ŰŻÙˆŰ© ويŰȘم Ű”Ù„Ű§ŰȘه Ù…Ù†ÙŰ±ŰŻŰ§ ” ÙŰ§Ù†Ű­Ű±Ù Ű±ŰŹÙ„ ÙŰłÙ„Ù… Ű«Ù… Ű”Ù„Ù‰ ÙˆŰ­ŰŻÙ‡

“Dalam riwayat Ibnu Uyaynah secara zahirnya lelaki tersebut menghentikan solatnya, memberi salam dan solat semula secara bersendirian, tetapi al-Baihaqi menyebut bahawa Muhammad Ibn Abbad sahaja yang meriwayatkan dari Ibn Uyaynah dengan lafaz “Kemudian memberi salam” manakala Huffaz yang lain dari kalangan murid kepada Ibnu Uyaynah mahupun murid kepada guru Ibnu Uyaynah iaitu Amru bin Dinar dan murid kepada Jabir juga tidak menyebut perkataan” Memberi salam.”

Ini menunjukkan Abbad memahami maksud memutuskan dengan membatalkan solat sedangkan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan lelaki  tersebut berpisah dari Imam dan tidak membatalkan solatnya.

Tindakan Nabi SAW menegur Muaz r.a dan tidak meminta lelaki tersebut mengulangi solatnya menunjukkan mufaraqah Imam dengan keuzuran tersebut adalah harus.

Kesimpulannya : Hukum asal solat berjemaah adalah mesti mengikut pergerakan dan perbuatan Imam namun Harus bagi makmum niat mufaraqah dengan imam dengan keuzuran dan menyempurnakan solat secara berseorangan berasaskan kepada hadis Muaz diatas. Wallahu’alam