Tuesday, October 27, 2015

Selepas Titian Siraat Manusia Di Adili Di Qantarah (Jambatan) Dosa Sesama Manusia.

Apa itu Qantarah? Al-Qantarah adalah jambatan kecil selepas Siraat bahawa orang yang beriman akan perlu menyeberang sebelum memasuki syurga. Allah SWT akan meminta orang yang beriman untuk menyelesaikan isu-isu mereka di sini.

Mengikut perbahasan di dalam kitab hadis,ada yang mengatakan qantarah adalah sebuah `ruang' selepas titian sirat.Ini bermakna,setelah kita selesai melalui titian siraat, masalah hubungan kita dengan Allah SWT telah selesai,kita akan ditemukan di sebuah ruang yang bernama Qantarah.Di sini penyelesaian hubungan kita iaitu hubungan manusia sesama manusia akan berlaku.

Maksudnya,jika dahulu kita ada menzalimi manusia di dunia dahulu,dalam bentuk apa-apa pun,seperti membunuh,menzalimi orang, menyihir, memukul,maki hamun, rampas wang rakyat, menyebarkan fitnah, mengumpat, mengaibkan orang lain, menuduh zina atau liwat maka di Qantarah kita akan bayar balik apa yang kita telah lakukan di dunia. Bayar dengan apa? dengan duit? atau bayar dengan kita bunuh balik?Tidak,kita akan bayar balik kezaliman dan dosa kita yang kita lakukan dengan pahala kita. Astagfirullah!

Terdapat hadis diriwayatkan dalam Mustadarak al-Hakim dengan rantaian yang shahih yang menyatakan bahawa akan ada dua orang lelaki dari umat ini yang akan datang sebelum Allah SWT. Seorang lelaki akan berkata, "Demikian dan demikian telah melampaui batas terhadap saya dan saya mahu dari amalannya." Allah akan memberitahu kepadanya, "Adakah anda melihat istana yang besar ini di syurga?" Dan lelaki itu akan melihat istana, dan Allah akan berkata kepadanya, "ia akan menjadi milikmu jika kamu memaafkan saudara kamu hari ini." Dan lelaki itu akan memaafkannya. Rasulullah SAW berkata pada akhir hadis ini yang bermaksud "Bertakwalah kepada Allah dan damaikanlah hubungan diantara kamu, sesungguhnya Allah akan mendamaikan antara orang yang beriman (pada hari kiamat) ". (Hadis Riwayat al-Hakim)

Jika Allah akan mendamaikan di antara kita pada hari itu, peranan kita hari ini perlu untuk mendamaikan antara diri kita sendiri.

Bayangkan seseorang berdiri di Qantarah, betul-betul di hadapan pintu syurga. Kemudian mereka, diseret kembali ke neraka kerana mereka kehilangan kebaikan atau pahala mereka.Maka orang yang sedemikian Rasulullah SAW  menggelar mereka sabagai "muflis";iaitu orang yang bankrap.

Rasulullah telah menjelaskan dalam satu hadis mengenai mereka yang dikatakan muflis.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?

Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.”

Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.”  (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Sebarang dosa yang berkaitan dengan orang lain adalah sangat serius di dalam Islam, hari ini kita kena sentiasa beringat akan keadaan orang yang muflis.Segunung kebaikan pun yang kita bawa,tapi jika kita masih menzalimi orang lain,dan membuat salah terhadap orang lain,maka tiada nilainya.Tapi kita sebagai marhaen yang hina dina ni,sungguh,hanya sedikit kebaikan yang kita ada,takkanlah kita nak bagi dekat orang lain lagi?Berbuat baiklah sesama manusia.

Bayangkan betapa peritnya perasaan kita bila dah berdiri di hadapan syurga,kita dah lihat dah pintu syurga terbentang luas dihadapan kita selepas kita melepasi titian siraat,tetapi tiba-tiba kita terjerumus ke dalam neraka,hanya disebabkan kita tidak menjaga tangan dan lidah kita sesama manusia ketika di dunia.

Oleh itu, marilah sama-sama kita meminta maaf dan saling memaafkan kepada sesiapa yang telah kita zalimi,tak kiralah dari segi perkataan atau perbuatan,sebelum tiba masanya,kita dah tidak boleh buat apa-apa lagi.

Kenapa Doa Kita Tidak Di Kabulkan Segera?

Ketika seseorang merasa doanya tidak  dikabulkan, dia tak mahu lagi berdoa dan rasa kecewa dan merasai  tidak ada harapan bahawa doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT. Padahal sikap seperti ini dilarang oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.

Nabi SAW bersabda maksudnya ; “Doa salah seorang dari kalian akan dikabulkan selagi ia tidak terburu-buru. (Yakni jika) ia berkata, ‘Aku telah berdoa kepada Tuhanku, tapi doaku tidak dikabulkan’.” (HR Al-Bukhari).

Dalam lafazh Muslim disebutkan: “Ditanyakan, ‘Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan minta agar doa segera dikabulkan?’ Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, ’(Yakni) hamba itu berkata, ‘Aku berdoa dan berdoa, tapi doaku tidak dikabulkan’.” (HR Muslim)

Kita semestinya menyadari bahawa ada banyak sebab mengapa sesuatu doa tidak segera dikabulkan oleh Allah SWT.

Kita juga hendaknya faham bahawa hikmah besar pasti selalu ada di balik tidak dikabulkannya doa dalam waktu cepat.

Di antara sebab dan hikmah itu adalah sebagai berikut;

1. Boleh jadi penyebab tertundanya pengabulan doa kita adalah kerana kita belum memenuhi syarat-syarat diterimanya doa. Misalnya, kita tidak menghadirkan hati, tidak khusuk dan tidak merendahkan diri semasa berdoa, kita berdoa bukan pada waktu dimana doa akan mudah dikabulkan, atau kita belum memenuhi syarat-syarat doa penting lainnya.

2. Terkadang doa tidak terkabul dI sebabkan kerana dosa yang kita belum bertaubat darinya, kerana dosa di mana kita tidak bertaubat dengan jujur darinya, kerana makanan kita mengandung syubhat, atau kerana ada hak milik orang lain pada diri kita dan kita belum mengembalikannya.

Oleh itu, kita hendaknya bertaubat dengan taubatan nasuha, dengan melengkapi syarat-syaratnya dan mengembalikan hak orang lain kepada pemiliknya terlebih dahulu hak orang lain tersebut masih ada pada diri kita.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda;
“Hai Sa’ad (bin Abu Waqqash), makanlah makanan yang baik-baik, nescaya engkau menjadi orang yang doanya dikabulkan.”

3. Boleh jadi Allah tidak mengabulkan doa kita kerana Dia sengaja hendak menyimpan pahala doa kita tersebut untuk Ia berikan kepada kita di akhirat kelak atau kerana Dia hendak menghilangkan keburukan dari kita.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Jika di atas bumi ada seorang muslim berdoa kepada Allah dengan satu doa,
maka Ia akan mengabulkan doa itu atau menghilangkan keburukan darinya, selagi ia tidak mengerjakan dosa atau memutus hubungan kekerabatan.”

Seseorang berkata, “Bagaimana kalau kita memperbanyak doa?”

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Allah akan lebih banyak lagi mengabulkan doanya atau menghilangkan keburukan darinya.“Atau Allah akan menyimpan pahala seperti doanya itu untuknya.” (HR Al-Hakim)

4. Penundaan terkabulnya doa merupakan salah satu bentuk ujian dari Allah kepada seseorang.

Allah ingin menguji iman orang itu. Ketika doa tidak segera dikabulkan, syaitan membisikkan fikiran jahat kepada seseorang, dengan berkata kepadanya, “Apa yang kita minta itu ada pada Allah. Tetapi mengapa doa kita tidak segera dikabulkan?” Begitu pula, syaitan akan menyusupkan bisikan-bisikan jahat lainnya. Setiap muslim harus melawan bisikan-bisikan jahat seperti itu dan mengusirnya dari dirinya, dengan segala sarana. Ia harus sadar bahawa boleh jadi Allah tidak segera mengabulkan doanya kerana Allah hendak menguji imannya.

Ketika doa tidak segera dikabulkan, maka iman seseorang teruji dan terlihatlah perbezaan antara orang beriman sejati dengan orang mengaku beriman tetapi hanya berpura-pura..

5. Terkadang doa yang tidak segera dikabulkan justru akan membuat kita semakin dekat kepada Allah, terus bersimpuh di hadapan-Nya, selalu merendahkan diri dan berlindung diri kepada-Nya.

Sebaliknya, tidak jarang jika permintaan kita dikabulkan, maka kita menjadi lebih sibuk, lalu kita tidak lagi ingat kepada Allah, tidak meminta dan berdoa kepada-Nya, padahal keduanya adalah inti ibadah.

Inilah keadaan sebenar sebagian besar daripada kita. Buktinya, jika tidak ada cubaan maka kita tidak berlindung kepada Allah SWT.

6. Boleh jadi terkabulnya doa kita justru akan menjadikan kita berbuat dosa, akan berlaku buruk pada agama kita, atau akan menjadi fitnah bagi kita.

Atau boleh juga apa yang kita minta itu sepintas lalu baik bagi kita padahal sebenarnya tidak baik bagi kita.

Yang demikian ini terutama bagi seseorang yang mengajukan permintaan tertentu yang sangat spesifik kepada Allah dan tidak berdoa dengan doa-doa yang telah di jelaskan dalam Al-Qur’an atau yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam. Oleh itu hendaknya kita memperhatikan doa-doa yang ada dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.

7. Setiap doa mempunyai ketentuan dan ukuran. Adalah tidak masuk akal, hari ini seseorang yang amat miskin dan tidak melakukan usaha yang kuat berdoa agar ia menjadi jutawan dan kaya raya pada esok paginya.

Doa memiliki ukuran, syarat, sebab-musabab, kerja keras, dan bahkan pengorbanan yang besar. maka berdoalah mengikut keperluan dan kemampuan kita, jangan berdoa di luar kemapuan kita untuk mendapatkannya. Wallahu a'lam