Thursday, November 26, 2015

Solat Jamak Kerana Sakit

Solat Jamak ia didasarkan kepada hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas r.a,

Ű”َلَّى ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű§Ù„Űžُّهْ۱َ وَŰ§Ù„ْŰčَŰ”ْ۱َ ŰŹَمِيŰčًۧ وَŰ§Ù„ْمَŰșْ۱ِŰšَ وَŰ§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥَ ŰŹَمِيŰčًۧ فِي Űșَيْ۱ِ Űźَوْفٍ وَلَۧ Űłَفَ۱ٍ


Maksudnya: Rasulullah s.a.w telah menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isyak bukan dalam situasi takut (di medan perang dan lain-lain) dan tidak juga di dalam musafir.

Tatkala Ibnu Abbas ditanya alasan Rasulullah s.a.w melakukan demikian, Ibnu Abbas menjawab, “Dia tidak mahu ada seorang pun dari kalangan ummatnya yang merasa susah”.

Hadis ini direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Ibn Mas’ud menambah dalam laporannya,

Aku (Rasulullah) berbuat demikian supaya umatku tidak berada didalam kesulitan.

Zahir hadis di atas menunjukkan Rasulullah s.a.w pernah melakukan solat jamak selain dalam musafir dan keadaan takut. Zahir hadis juga menunjukkan solat dijamak sahaja tanpa diqasarkan.

Jika solat boleh dijamakkan walaupun mempunyai sebab yang kecil, maka keharusan menjamakkan solat semasa sakit kuat adalah lebih utama.

Ibnu Qudamah al-Hanbali menjelaskan tentang hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,

“Maksudnya: Kami telah sepakat bahawa jamak dua solat tidak dibolehkan tanpa ada suatu halangan.”

Pendapat Ibnu Qudamah adalah relevan dikaitkan dengan keharusan solat jamak bagi pesakit sebagaimana yang dijelaskan dibawah ini. Situasi yang dihadapi oleh pesakit merupakan halangan yang diiktiraf syarak. Oleh sebab itu mereka juga diharuskan menjamakkan dua solat bila mengalami sakit berat.

Ulama yang mengharuskan pesakit solat jamak ialah mazhab Maliki dan mazhab Hanbali.

Imam Ahmad menafsirkan hadis Ibnu Abbas sebagai rukhsah bagi pesakit dan ibu yang menyusu. Imam Ahmad juga memberi alasan lojik yakni jika musafir dibenarkan solat jamak, maka keadaan pesakit adalah lebih berat dari musafir. Oleh sebab itu keperluan mereka kepada solat jamak adalah lebih besar. Apa yang berbeza ialah pesakit hanya boleh menjamakkan dua waktu solat tanpa memendekkanny

Tuesday, November 24, 2015

Solat Sunat Beralih Tempat Selepas Solat Fardu

Apakah dianjurkan untuk berpindah tempat ketika hendak solat sunat?

Beberapa ulama mengatakan, dianjurkan untuk berpindah tempat bagi orang yang hendak solat sunat setelah solat wajib. Baik dia imam maupun makmum. Ini merupakan keterangan dari Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Abu Said dan salah satu riwayat dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhum.

Diantara dalil yang menunjukkan anjuran ini adalah:

Pertama, Allah berfirman tentang Firaun dan kaumnya yang dibinasakan,

فَمَۧ ŰšَكَŰȘْ Űčَلَيْهِمُ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥُ وَŰ§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ُ وَمَۧ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ مُنْŰžَ۱ِينَ

“Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan merekapun tidak diberi tangguh.” (QS. Ad-Dukhan: 29)

Ibnu Abbas menafsirkan bahawa ketika seorang mukmin meninggal dunia, maka bumi yang dulu pernah dijadikan sebagai tempat ibadah, menangisinya. Langit yang dulu dilalui untuk naiknya amal yang dia lakukan, juga menangisinya. Semantara kaumnya Firaun, kerana mereka tidak memiliki amal soleh, dan tidak ada amalnya yang naik ke langit, bumi dan langit tidak menangisinya kerana merasa kehilangan darinya. (Tafsir Ibn Katsir, 7:254).

Allah juga berfirman,

يَوْمَŰŠِŰ°ٍ ŰȘُŰ­َŰŻِّŰ«ُ ŰŁَŰźْŰšَۧ۱َهَۧ

“Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.” (QS. Az-Zalzalah: 4)

Dua ayat di atas menunjukkan bahwa bumi akan menjadi saksi untuk setiap perbuatan yang dilakukan manusia. Perbuatan yang baik maupun yang buruk. Makna ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh asy-Syaukani dalam Nailul Authar. Beliau menyatakan:

ÙˆŰ§Ù„ŰčÙ„Ű© في Ű°Ù„Ùƒ ŰȘÙƒŰ«ÙŠŰ± Ù…ÙˆŰ§Ű¶Űč Ű§Ù„Űčۚۧۯ۩ ÙƒÙ…Ű§ Ù‚Ű§Ù„ Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű±ÙŠ ÙˆŰ§Ù„ŰšŰșوي Ù„ŰŁÙ† Ù…ÙˆŰ§Ű¶Űč Ű§Ù„ŰłŰŹÙˆŰŻ ŰȘŰŽÙ‡ŰŻ له ÙƒÙ…Ű§ في قوله ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ ( ÙŠÙˆÙ…ŰŠŰ° ŰȘŰ­ŰŻŰ« ŰŁŰźŰšŰ§Ű±Ù‡Ű§) ŰŁÙŠ ŰȘ۟ۚ۱ ŰšÙ…Ű§ Űčمل ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§

Alasan dianjurkannya pindah tempat ketika solat sunat adalah memperbanyak tempat pelaksanaan ibadah. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Bukhari dan al-Baghawi. Kerana tempat yang digunakan untuk sujud, akan menjadi saksi baginya, sebagaimana Allah berfirman,

يَوْمَŰŠِŰ°ٍ ŰȘُŰ­َŰŻِّŰ«ُ ŰŁَŰźْŰšَۧ۱َهَۧ

“Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.”

Maksudnya adalah mengabarkan semua amalan yang dilakukan di atas bumi. (Nailul Authar, 3:235).

Kedua, hadis dari Nafi bin Jubair, bahwa beliau pernah solat Jumaat bersama Muawiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu ‘anhuma. Setelah salam, Nafi bin Jubair langsung melaksanakan solat sunat. Setelah selesai solat, Muawiyah mengingatkan:

لَۧ ŰȘَŰčُŰŻْ لِمَۧ Ű”َنَŰčْŰȘَ، Ű„ِŰ°َۧ Ű”َلَّيْŰȘَ Ű§Ù„ْŰŹُمُŰčَŰ©َ، فَلَۧ ŰȘَŰ”ِلْهَۧ ŰšِŰ”َلَۧ۩ٍ Ű­َŰȘَّى ŰȘَكَلَّمَ، ŰŁَوْ ŰȘَŰźْ۱ُŰŹَ، فَŰ„ِنَّ نَŰšِيَّ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ŰŁَمَ۱َ ŰšِŰ°َلِكَ، ŰŁَنْ «Ù„َۧ ŰȘُÙˆŰ”َلَ Ű”َلَۧ۩ٌ ŰšِŰ”َلَۧ۩ٍ Ű­َŰȘَّى يَŰȘَكَلَّمَ ŰŁَوْ يَŰźْ۱ُŰŹَ»

“Jangan kau ulangi perbuatan tadi. Jika kamu selesai solat Jumaat, jangan disambung dengan solat yang lainnya, sampai berbicara atau keluar masjid. Kerana Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam memerintahkan hal itu. Nabi SAW  bersabda maksudnya:

“Jangan kalian sambung solat wajib dengan solat sunah, sampai kalian bicara atau keluar.” (HR. Muslim 883, Abu Daud 1129).

Termasuk cakupan makna bicara dalam hadis ini adalah berzikir setelah solat. Hadis ini menunjukkan, hikmah seseorang berpindah tempat ketika hendak melakukan solat sunat setelah solat wajib adalah agar tidak termasuk menyambung solat wajib dengan solat sunat.

Ketiga, hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda:

ŰŁَيَŰčْŰŹِŰČُ ŰŁَŰ­َŰŻُكُمْ ŰŁَنْ يَŰȘَقَŰŻَّمَ، ŰŁَوْ يَŰȘَŰŁَŰźَّ۱َ، ŰŁَوْ Űčَنْ يَمِينِهِ، ŰŁَوْ Űčَنْ ŰŽِمَŰ§Ù„ِهِ  فِي Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ، يَŰčْنِي فِي Ű§Ù„ŰłُّŰšْŰ­َŰ©ِ

“Apakah kalian kesulitan untuk maju atau mundur, atau geser ke kanan atau ke kiri ketika solat.” Maksud baginda: “shalat sunat”. (HR. Abu Daud 1006, Ibn Majah 1427, Ibn Abi Syaibah 6011, dan dishahihkan al-Albani).

Hal ini juga dikuatkan dengan keterangan sahabat, dari Atha’ bahwa Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Abu said, dan Ibnu Umar mengatakan:

لَۧ يَŰȘَŰ·َوَّŰčُ Ű­َŰȘَّى يَŰȘَŰ­َوَّلَ مِنْ مَكَŰ§Ù†ِهِ Ű§Ù„َّŰ°ِي Ű”َلَّى فِيهِ Ű§Ù„ْفَ۱ِÙŠŰ¶َŰ©َ

“Hendaknya tidak melakukan solat sunat, sampai berpindah dari tempat yang digunakan untuk solat wajib.” (HR. Ibnu Abi Syaibah 6012).

An-Nawawi mengatakan:

Ù‚Ű§Ù„ ŰŁŰ”Ű­Ű§ŰšÙ†Ű§ ÙŰ„Ù† لم ÙŠŰ±ŰŹŰč Ű„Ù„Ù‰ ŰšÙŠŰȘه ÙˆŰŁŰ±Ű§ŰŻ Ű§Ù„ŰȘنفل في Ű§Ù„Ù…ŰłŰŹŰŻ ÙŠŰłŰȘŰ­Űš ŰŁÙ† ينŰȘقل Űčن Ù…ÙˆŰ¶Űčه Ù‚Ù„ÙŠÙ„Ű§ً لŰȘÙƒŰ«ÙŠŰ± Ù…ÙˆŰ§Ű¶Űč ŰłŰŹÙˆŰŻÙ‡ ، Ù‡ÙƒŰ°Ű§ Űčلله Ű§Ù„ŰšŰșوي وŰșÙŠŰ±Ù‡ ، ÙŰ„Ù† لم ينŰȘقل Ű„Ù„Ù‰ Ù…ÙˆŰ¶Űč ۹۟۱ ÙÙŠÙ†ŰšŰșي ŰŁÙ† ÙŠÙŰ”Ù„ ŰšÙŠÙ† Ű§Ù„ÙŰ±ÙŠŰ¶Ű© ÙˆŰ§Ù„Ù†Ű§ÙÙ„Ű© ŰšÙƒÙ„Ű§Ù… Ű„Ù†ŰłŰ§Ù†

“Ulama mazhab kami mengatakan, jika seseorang tidak langsung pulang ke rumahnya setelah solat wajib, dan ingin solat sunat di masjid maka dianjurkan untuk bergeser sedikit dari tempat solatnya, agar memperbanyak tempat sujudnya. Demikian alasan yang disampaikan Al-Baghawi dan yang lainnya. Jika dia tidak berpindah dari tempanya maka hendaknya antara solat wajib dan solat sunat dia pisah dengan pembicaraan.” (al-Majmu’, 3:491).