Friday, August 29, 2014

Apakah Erti Kemerdekaan Menurut Kacamata Islam?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† Ű§Ù„Ű±Ű­ÙŠÙ…

Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله ۱ۚ Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„Ù…ÙŠÙ†، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙŠÙ†، وŰčلى ŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ŰŁŰŹÙ…Űčين.

Sahabat yang di rahmati Allah,
Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)
 

Kedatangan Islam sebagai agama yang diutuskan oleh Allah SWT sememangnya merupakan suatu sistem peraturan syariat yang mengongkong manusia dan membataskan perilaku manusia terhad kepada apa yang dibawa oleh syariat Islam.

Firman Allah SWT maksudnya, “Tidaklah kamu akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat itu melanggar batasan had Allah dan rasul-Nya” (Surah Al-Mujadalah ayat  22).

Sebagai misalnya, sebelum munculnya syariat Islam, manusia bebas bercampur lelaki perempuan, bebas berzina, berjudi dan meminum arak namun apabila kedatangan Islam di Madinah maka sudah tiada lagi pusat pengeluaran arak, dan ditutup semua pusat-pusat arak dan pusat judi.

Begitu juga dengan kedatangan Islam di Madinah maka sudah tiada lagi pusat pelacuran, tiada lagi jual beli perempuan dan tiada lagi zina sebaliknya manusia dikawal dan dikongkong oleh undang-undang hudud dan syariat yang menghukum mereka yang melakukan kesalahan dari sudut syariat.

Demikianlah juga apabila ditegakkan syariat Islam maka sudah tiada lagi percampuran bebas lelaki perempuan di jalanan, di pusat Bandar, di pasaraya dan juga tidak wujud percampuran lelaki perempuan di sekolah-sekolah dan madrasah pada zaman baginda Rasulullah SAW. Firman Allah SWT maksudnya,“Katakanlah kepada orang yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka” (Surah An-Nur ayat 30).

Maka jika dilhat bahawa kemerdekaan itu dari sudut kebebasan melakukan sesuatu menurut akal fikiran dan bebas menurut kehendak sendiri maka sesungguhnya Islam menolak kemerdekaan jenis ini bahkan Islam menentang kebebasan ini dan menjajah pemikiran manusia, perilaku mereka, budaya dan semua aspek kehidupan sehingga manusia itu menurut apa yang dibawa oleh Islam.

Dari Abdullah ibn Amru ibn Al-Ash ra berkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya, “ Tidaklah beriman seseorang kamu sehinggalah hawa nafsunya mengikuti apa yang dibawa olehku (Islam)” (Hadis hasan sahih lihat dalam hadith 40 Imam Nawawi).

Maka bagi golongan liberal dan sosial yang inginkan kebebasan mutlak, ingin hak persamaan lelaki dan perempuan sehingga wanita dapat berdiri dan berjalan setanding lelaki sehingga wanita dapat juga bekerja di pelantar minyak seorang diri bercampur bersama lelaki, wanita juga dapat memandu jet pejuang dan kapal terbang seperti lelaki, wanita juga dapat mendaki gunung Averest seperti lelaki, wanita juga dapat menjelajah ke kutub Utara dan Selatan tanpa mahram seperti lelaki maka Islam menolak kebebasan ini.

Firman-Nya lagi yang bermaksud, “Dan tidaklah lelaki itu seperti perempuan” (Surah Ali-Imran ayat 36).

“Dan kepada lelaki itu diberikan kelebihan yang tidak ada pada perempuan dan Allah itu Maha perkasa lagi Maha Bijaksana” (Surah Al-Baqarah ayat 228).

“Wahai nabi katakanlah kepada kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan kepada perempuan mukminah supaya mereka menutup (melabuhkan) jubah mereka ke seluruh tubuh badan mereka” (Surah Al-Ahzab ayat 59).

“Dan hendaklah mereka menutup kepala mereka sehingga ke leher mereka” (Surah An-Nur ayat 31).

Maka kemerdekaan atau kebebasan yang berbentuk bebas melakukan sesuatu seperti menjadi penyanyi, menyanyikan lagu-lagu yang mengajak kepada maksiat, berpakaian tidak menutup aurat seperti menampakkan rambut bagi perempuan, memakai pakaian seksi dan tidak menutup tubuh badanya selain muka dan tapak tangan , menjadi ratu cantik, atau bagi lelaki menjadi ahli sukan bina badan dengan hanya memakai seluar dalam, menjadi perenang professional yang terpaksa memakai seluar pendek tidak menutup aurat maka Islam melarang kebebasan ini.

Firman Allah SWT maksudnya, “Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf ayat 157).

Islam juga melarang kemerdekaan apabila manusia menganggap kemerdekaan itu bebas melakukan sesuatu sehingga pemerintah dapat mengaut keuntungan dari kejahilan rakyat dan menzalimi rakyat secara sedar mahupun tidak dengan menyelewengkan harta rakyat, melakukan rasuah dan menerima rasuah, menyelewengkan lesen dan permit import eksport baik kereta atau barangan lain , penyelewengan balak dan kayu bakau, penyelewengan petroleum atau pun pembinaan empangan dan litar lumba bertaraf dunia maka Islam melarang semua perlakukan seperti ini.

Firman Allah SWT maksudnya, “Maka hukumlah di antara manusia dengan keadilan dan janganlah engkau menurut hawa nafsu” (Surah Shaad ayat 26).

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada mereka yang berhak dan apabila kamu menghukum di antara manusia hendaklah berlaku adil” (Surah An-Nisa ayat  58).

Islam juga melarang kemerdekaan apabila ianya bermakna bebasnya syarikat-syarikat kerajaan melabur di pusat perjudian dan perniagan yang berunsurkan riba dan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan perihal Wang Simpana Pekerja atau dana-dana lain kerajaan juga turut melabur di syarikat judi dan perniagaan arak dan lain-lain jenis perniagaan yang haram dari sisi syariat Islam.

Apabila kemerdekaan yang ingin disambut setiap tahun oleh rakyat Malaysia itu ialah kemedekaan yang bermaksud kebebasan melakukan sesuatu seperti yang disebut di atas maka hukumnya ialah haram dan bertentangan dengan syariat Islam dan para mujahid (pejuang) Islam yang terdiri di bawah kepimpinan negara Islam yang dan kekuatan perlulah segera mencegah perkara ini dengan cara mengajak kembali umat Islam Malaysia dengan syariat Islam baik dengan cara berdakwah dengan hikmah dan lemah lembut supaya umat Islam kembali kepaad ajaran Islam sebenarnya. 


Nabi SAW bersabda maksudnya, : “Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya dan jika dirinya tidak mampu maka hendaklah mencegahnya dengan lisan dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya” (Hadis Sahih Riwayat Nasaie no 5008).


Firman Allah SWT maksudnya,“Orang-orang yang zalim itu mengikut hawa nafsu yang ada pada mereka dan jadilah mereka itu golongan yang berdosa” (Surah Hud ayat 116).

Sekiranya kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia ialah kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari amalan jahiliah kepada ajaran Islam seperti yang pernah dipertahankan oleh para pejuang tanahair dalam kerajaan kesultanan melayu Melaka yang bermati-matian menghalau penjajah Protugis keluar dari tanah Melayu dan kemudiannya Belanda dan juga British seperti perjuangan Dato Bahaman, Dato Maharajalela, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abd Rahman Limbong yang bermati-matian menghalau penjajah British dari bertapak di tanah Melayu dan mempertahankan ajaran Islam agar terus mekar dan membudaya dan mendarah daging dalam masyarakat Melayu maka kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari ajaran Islam yang dipertahankan oleh para pejuang ini bererti merupakan pengkhianatan kepada usaha jihad dan perjuangan mereka.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan rasul-Nya..” (Surah Al-Anfaal ayat 27).

Sekiranya kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia merupakan kemerdekaan dan kebebasan melakukan sesuatu tanpa perlu menurut syariat dan ianya bermaksud kebebasan yang diberikan oleh penjajah British dan membenci syariat Islam lalu datang ke tanah Melayu dengan membawa pemikiran sekuler dan kebencian kepada Islam lalu bertapak di tanah Melayu, menguasai dan merompak harta dan hasil bumi tanah Melayu, mmeperbudak orang Islam bangsa Melayu, merosakan akhlak pemuda pemudi Melayu dengan memperkenalkan budaya hidup barat yang jauh dari Islam kepada Melayu.

“Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai Deen (agama & panduan) maka tidaklah akan diterima darinya sedikitpun dan dia di akhirat dari kalangan orang yang rugi.” (Surah Ali Imran 85).

Sahabat yang di muliakan,
Merdeka daripada penjajah British dan kita sambut setiap tahun, maka perlulah merdeka daripada menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Berusaha kearah perlaksanaan undang-undang Allah SWT di terapkan di dalam perlembagaan Malaysia. Menyambut kemerdekaan ialah dengan Islam, dengan mengamalkan Islam dengan melaksanakan ajaran Islam. Membebaskan diri , jiwa dan raga dari bidah dan kepalsuan, dari budaya dan adat, dari fahaman dan fikrah akal manusia, dari kejahilan dan kebodohan taqlid buta, dari khabar angin dan fitnah, dari umpatan keji kepada nasihat berguna dan berhikmah, dari pakaian tidak menutup aurat kepada pakaian yang sempurna menutup aurat.

Dalam hadis baginda Rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antaranya ialah perkara musytabihat (syubhat-syubhat) yang tidaklah diketahui oleh ramai orang” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari no. 19).

Dari seorang yang suka membuat maksiat kepada banyak beribadah dan melakukan taubat. Dari seorang bujang dan berteman dengan ahli maksiat kepada menjadi seorang yang berkahwin dengan tujuan mengelakkan maksiat dan bersahabat dengan orang yang soleh dan bertaqwa.

Dari seorang muslim biasa kepada muslim yang suka membaca al-Quran, menyemak tafsir al-Quran, memahami maksud ayat dan tuntutan, membaca hadis dan kisah sahabat dan sejarah Islam untuk diamalkan. adalah menuju kepada kemerdekaan sebenar.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahwa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Itulah merdeka, itulah erti merdeka iaitu satu kebebasan dari kejahatan dan kejahilan kepada kebaikan dan ilmu pengetahuan.

Firman Allah SWT maksudnya, " Dan berilah peringatan kepada mereka yang berpaling dari perintah Allah bahawa akan menimpa mereka dari fitnah atau azab yang pedih" (Surah An-Nur ayat 63).