Wednesday, November 13, 2013

Doa Dan Zikir Selepas Solat

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم 

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat banyak zikir-zikir yang muktabar daripada riwayat yang sahih di amalkan selepas solat fardu atau solat sunat.

Zikir-zikir tersebut adalah sebagaimana berikut

Zikir 1 -


ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ َ(Ű«Ù„Ű§Ű«) َۧللَّهُمَّ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ، وَمِنْكَ Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ، ŰȘَŰšَۧ۱َكْŰȘَ يَۧ Ű°َۧ Ű§Ù„ْŰŹَÙ„Ű§َلِ وَْۧÙ„Ű„ِكْ۱َŰ§Ù…ِ

“Aku minta ampun kepada Allah,” (dibaca tiga kali). Kemudian baca: “Ya Allah, Engkaulah pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/254, no. 931) 


Zikir 2 -

Ù„Ű§َ Ű„ِلَـهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰ­ْŰŻَهُ Ù„Ű§َ ŰŽَ۱ِيْكَ لَهُ، لَهُ Ű§Ù„ْمُلْكُ وَلَهُ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ وَهُوَ Űčَلَى كُلِّ ŰŽَيْŰĄٍ قَŰŻِيْ۱ُ، َۧللَّهُمَّ Ù„Ű§َ مَŰ§Ù†ِŰčَ لِمَۧ ŰŁَŰčْŰ·َيْŰȘَ، وَÙ„Ű§َ مُŰčْŰ·ِيَ لِمَۧ مَنَŰčْŰȘَ، وَÙ„Ű§َ يَنْفَŰčُ Ű°َۧ Ű§Ù„ْŰŹَŰŻِّ مِنْكَ Ű§Ù„ْŰŹَŰŻُّ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya puji dan bagi-Nya kerajaan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang memberi apa yang Engkau cegah. Tidak berguna kekayaan dan kemuliaan itu bagi pemiliknya (selain iman dan amal sholehnya). Hanya dari-Mu kekayaan dan kemuliaan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/348, no. 799 dan Muslim, 3/256, no. 933. at-Tirmidzi, 2/4, no. 275) 


Zikir 3 –

Ù„Ű§َ Ű„ِلَـهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰ­ْŰŻَهُ Ù„Ű§َ ŰŽَ۱ِيْكَ لَهُ، لَهُ Ű§Ù„ْمُلْكُ وَلَهُ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ وَهُوَ Űčَلَى كُلِّ ŰŽَيْŰĄٍ قَŰŻِيْ۱ُ. Ù„Ű§َ Ű­َوْلَ وَÙ„Ű§َ قُوَّŰ©َ Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰšِŰ§Ù„Ù„Ù‡ِ، Ù„Ű§َ Ű„ِلَـهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ، وَÙ„Ű§َ نَŰčْŰšُŰŻُ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű„ِيَّŰ§Ù‡ُ، لَهُ Ű§Ù„Ù†ِّŰčْمَŰ©ُ وَلَهُ Ű§Ù„ْفَ۶ْلُ وَلَهُ Ű§Ù„Ű«َّنَۧۥُ Ű§Ù„ْŰ­َŰłَنُ، Ù„Ű§َ Ű„ِلَـهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ مُŰźْلِŰ”ِيْنَ لَهُ Ű§Ù„ŰŻِّيْنَ وَلَوْ كَ۱ِهَ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ُوْنَ

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujaan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah. Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Bagi-Nya nikmat, anugerah dan pujaan yang baik. Tiada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah, dengan memurnikan ibadah kepada-Nya, sekalipun orang-orang kafir membenci.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/258, no. 935) 


Zikir 4 – 


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Sesiapa yang membaca kalimat berikut di setiap selesai solat,

ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ(33 ×) وَŰ§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ (33 ×)وَŰ§Ù„Ù„Ù‡ُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ (33 ×) Ù„Ű§َ Ű„ِلَـهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰ­ْŰŻَهُ Ù„Ű§َ ŰŽَ۱ِيْكَ لَهُ، لَهُ Ű§Ù„ْمُلْكُ وَلَهُ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ وَهُوَ Űčَلَى كُلِّ ŰŽَيْŰĄٍ قَŰŻِيْ۱ُ

“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah. Dan Allah Maha Besar. (Tiga puluh tiga kali). Tidak ada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan. Bagi-Nya pujaan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”

... maka akan diampuni kesalahannya, sekalipun seperti buih di laut.” 


(Hadis Riwayat Muslim, 3/262, no. 939. Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan bertasbih (Subhanallah) 10x, Tahmid (Alhamdulillah) 10x, dan Takbir (Allahu Akbar) 10x. Kedua-duanya sahih daripada Nabi dan boleh dipilih yang mana sahaja untuk dibaca) 

Zikir 5 – 


Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas setiap kali selesai solat (fardu):

قُلْ هُوَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ (ÙĄ) Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„Ű”َّمَŰŻُ (Ùą) لَمْ يَلِŰŻْ وَلَمْ يُولَŰŻْ (ÙŁ) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًۧ ŰŁَŰ­َŰŻٌ

قُلْ ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِ۱َŰšِّ Ű§Ù„ْفَلَقِ (ÙĄ) مِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ Űźَلَقَ (Ùą) وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ Űșَۧ۳ِقٍ Ű„ِŰ°َۧ وَقَŰšَ (ÙŁ) وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ Ű§Ù„Ù†َّفََّۧ۫ۧŰȘِ فِي Ű§Ù„ْŰčُقَŰŻِ (Ù€) وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ Ű­َۧ۳ِŰŻٍ Ű„ِŰ°َۧ Ű­َŰłَŰŻَ

قُلْ ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِ۱َŰšِّ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ (ÙĄ) مَلِكِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ (Ùą) Ű„ِلَهِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ (ÙŁ) مِنْ ŰŽَ۱ِّ Ű§Ù„ْوَŰłْوَۧ۳ِ Ű§Ù„ْŰźَنَّۧ۳ِ (Ù€) Ű§Ù„َّŰ°ِي يُوَŰłْوِŰłُ فِي Ű”ُŰŻُÙˆŰ±ِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ (Ù„) مِنَ Ű§Ù„ْŰŹِنَّŰ©ِ وَŰ§Ù„Ù†َّۧ۳

(Hadis Riwayat Abu Dawud, 2/86, an-Nasai 3/68. Lihat pula Shohih Sunan at-Tirmidzi, 2/8. Kumpulan ketiga-tiga surah ini dinamakan al-mu’awidzat - lihat Fathul Baari Syarah Shohih al-Bukhari, 9/62) 


Zikir 6 – 


Membaca ayat Kursi (ayat ke 255 dari surah al-Baqarah) setiap kali selesai solat (fardu):

Ű§Ù„Ù„َّهُ Ù„Ű§ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§ هُوَ Ű§Ù„ْŰ­َيُّ Ű§Ù„ْقَيُّومُ Ù„Ű§ ŰȘَŰŁْŰźُŰ°ُهُ ŰłِنَŰ©ٌ وَÙ„Ű§ نَوْمٌ لَهُ مَۧ فِي Ű§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ وَمَۧ فِي Ű§Ù„ŰŁŰ±ْ۶ِ مَنْ Ű°َۧ Ű§Ù„َّŰ°ِي يَŰŽْفَŰčُ ŰčِنْŰŻَهُ Ű„ِÙ„Ű§ ŰšِŰ„ِŰ°ْنِهِ يَŰčْلَمُ مَۧ Űšَيْنَ ŰŁَيْŰŻِيهِمْ وَمَۧ Űźَلْفَهُمْ وَÙ„Ű§ يُŰ­ِÙŠŰ·ُونَ ŰšِŰŽَيْŰĄٍ مِنْ Űčِلْمِهِ Ű„ِÙ„Ű§ Űšِمَۧ ŰŽَۧۥَ وَŰłِŰčَ كُ۱ْŰłِيُّهُ Ű§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ وَŰ§Ù„ŰŁŰ±ْ۶َ وَÙ„Ű§ يَŰŠُÙˆŰŻُهُ Ű­ِفْŰžُهُمَۧ وَهُوَ Ű§Ù„ْŰčَلِيُّ Ű§Ù„ْŰčَŰžِيمُ

“Sesiapa membacanya setiap selesai solat, tidak yang menghalanginya masuk syurga selain mati.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam Amalul Yaum wal-Lailah No. 100 dan Ibnus Sunni no. 121, dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam Shohih al-Jami’, 5/329 dan Silsilah Hadis Shohih, 2/697 no. 972) 


Zikir 7 –

Ù„Ű§َ Ű„ِلَـهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰ­ْŰŻَهُ Ù„Ű§َ ŰŽَ۱ِيْكَ لَهُ، لَهُ Ű§Ù„ْمُلْكُ وَلَهُ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ يُŰ­ْيِيْ وَيُمِيْŰȘُ وَهُوَ Űčَلَى كُلِّ ŰŽَيْŰĄٍ قَŰŻِيْ۱ُ. 10× ŰšŰčŰŻ Ű”Ù„Ű§Ű© Ű§Ù„Ù…Űș۱ۚ ÙˆŰ§Ù„Ű”ŰšŰ­

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dia-lah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”


(Dibaca sepuluh kali setiap sesudah solat Maghrib dan Subuh. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi 11/377,no. 3396. Beliau berkata: Hadis ini hasan ghoreeb Sahih) 

Doa-doa Setelah Salam Dari Solat


Doa 1 – 


Ummu Salamah berkata, “Bahawasanya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam apabila selesai solat subuh baginda berdoa,

َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّيْ ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ Űčِلْمًۧ نَŰ§ÙِŰčًۧ، وَ۱ِŰČْقًۧ Ű·َيِّŰšًۧ، وَŰčَمَÙ„Ű§ً مُŰȘَقَŰšَّÙ„Ű§ً

“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 3/179, no. 915. Dinilai sahih oleh al-Albani)


Doa 2 – 

Sa’ad B. Abu Waqqash berkata, “Di setiap kali selesai solat, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam akan berdoa memohon perlindungan kepada Allah dari beberapa perkara (dengan doa berikut):

َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ َۧلْŰšُŰźْلِ وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ َۧلْŰŹُŰšْنِ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰŁَنْ ŰŁُ۱َŰŻَّ Ű„ِلَى ŰŁَ۱ْŰ°َلِ َۧلْŰčُمُ۱ِ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ َۧÙ„ŰŻُّنْيَۧ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ َۧلْقَŰšْ۱ِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat nyanyuk. Dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan siksa kubur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 19/470, no. 5897) 


Doa 3 – 


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Aku wasiatkan kepada kamu wahai Mu’adz, janganlah engkau tinggalkan pada setiap kali selesai solat untuk membaca (berdoa),

َۧللَّهُمَّ ŰŁَŰčِنِّي Űčَلَى Ű°ِكْ۱ِكَ وَŰŽُكْ۱ِكَ وَŰ­ُŰłْنِ ŰčِŰšَۧۯَŰȘِكَ

“Ya Allah, bantulah aku dalam berzikir kepada-Mu (mengingati-Mu), mensyukuri nikmat-Mu, dan melakukan ibadah yang baik kepada-Mu.” (Hadis Riwayat Ahmad, 36/430, no. 22119. Al-Bukhari, Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth) 


Doa 4 – 


Al-Baraa’ radhiyallahu ‘anhu berkata, “Bahawasanya apabila kami solat di belakang Rasulullah, kami lebih suka berada di saf sebelah kanannya kerana baginda akan menghadapkan wajahnya kepada kami. Dan aku mendengar baginda berdoa (dengan doa berikut),

۱َŰšِّ قِنِي ŰčَŰ°ََۧۚكَ يَوْمَ ŰȘَŰšْŰčَŰ«ُ ŰŁَوْ ŰȘَŰŹْمَŰčُ ŰčِŰšَۧۯَكَ

“Wahai Tuhan-Ku, jauhkanlah aku dari azab-Mu pada hari di mana engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu.” (Hadis Riwayat Muslim, 4/20, no. 1159) 


Doa 5 – 


Abu Bakrah berkata, “Bahawasanya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berdoa di akhir solatnya (dengan doa berikut),

Ű§Ù„Ù„Ù‡ُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْكُفْ۱ِ، وَŰ§Ù„ْفَقْ۱ِ، وَŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepada-Mu dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad, 34/52, no. 20409. Sanadnya kuat di atas syarat Muslim sebagaimana kata Syu’aib al-Arnauth) 



Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita beramal dengan zikir-zikir dan doa-doa di atas sebagai tanda hamba yang mengharapkan kasih sayang  Allah SWT. Semoga amalan kita di terima dan diredai-Nya dan digolongankan dikalangan mukmin yang beriman dan bertakwa..

Soal Jawab Agama Siri 115 (Solat Dua Imam, Cara Tenangkan Hati, Solat Berjemaah, Makmum Masbuk Dan Ayat Mutasyabihat)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah, 

Soal Jawab Agama Siri 115 adalah membicarakan persoalan solat dua imam, cara-cara tenangkan hati yang berdukacita, solat berjemaah, makmum masbuk dan perbezaan pendapat mengenai ayat-ayat mutasyabihat.

856. Soalan : Apakah hukumnya jika di dalam satu kariah  terdapat dua imam surau untuk solat subuh . Satu kumpulan solat subuh lebih awal dan satu kumpulan lagi datang lewat dan  semasa kumpulan pertama masih lagi solat berjemaah dalam rakaat kedua kumpulan ke 2 tak ikut serta berjemaah tapi mereka ni solat sunat dan sebelum kumpulan pertama selesai kumpulan ke 2 memulakan solat berjamaah bersama kumpulan mereka di belakang kumpulan mereka? 

Jawapan :


Ada beberapa kesalahan dilakukan oleh kumpulan ke dua tersebut;

1. Menyebabkan berlakunya dua jamaah dalam satu surau secara disengajakan. Ia bertentangan dengan sunnah Nabi SAW (iaitu hanya satu jamaah sahaja yang pernah dilakukan oleh Nabi SAW dalam masjidnya, begitu juga yang menjadi amalan para sahabat selepas baginda) di samping ia memecah belahkan kaum muslimin dalam rumah Allah.

2. Melakukan solat sunat sedang solat fardu telah didirikan; ia bercanggah dengan arahan Nabi SAW; “Apabila telah diiqamahkan, tidak ada solat melainkan solat fardu” (Hadis Sahih Riwayat Muslim; 710/63, dari Abu Hurairah r.a).

Berkata ulama berdalilkan hadis ini  jika kita sedang melakukan solat sunat dalam masjid, tiba-tiba terdengar laungan iqamah, hendaklah kita segera menyudahkan solat sunat kita jika kita telah berada dalam rakaat kedua. Adapun jika baru berada dalam rakaat pertama, hendaklah kita menamatkan solat sunat itu dan segera mengikuti imam mengerjakan solat fardu, kerana jika kita meneruskan solat sunat tersebut akan menyebabkan kita akan terlepas solat berjamaah dengan imam dari awal (kerana lagi awal kita dapat mengikut imam, lagi afdhal).

3. Jika kita tiba di masjid ketika imam telah berada di hujung solat; mana yang terbaik; antara terus bertakbir dan masuk dalam jamaah sedia ada, atau kita menunggu imam memberi salam dan mengadakan jamaah yang baru bersama orang-orang lain yang baru tiba bersama kita (jika ada). Menurut ulama yang terbaik ialah terus bertakbir untuk masuk ke dalam jamaah sedia ada, berdalilkan sabda Nabi SAW; “Apabila kamu datang kepada solat berjamaah, janganlah datang dengan tergesa-gesa, akan tetapi berjalanlah dengan tenang. Apa yang kamu sempat, sembahyanglah (bersama imam). Apa yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah (sendirian)”. 

Arahan Nabi SAW; “Apa yang kamu sempat, sembahyanglah (bersama imam)” adalah umum, yakni merangkumi juga keadaan di atas. Maka jika kita menunggu imam sedia memberi salam untuk kita melakukan jamaah yang baru, kita telah menyalahi arahan Nabi SAW supaya mengikuti imam yang sedia ada pada rakaat yang sempat dan menyempurnakan secara sendirian bagi rakaat yang ketinggalan. (Fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid, 31029).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid (islamqa.com); 127293, 87847, 33582, 31029.

857. Soalan : Ustaz, jiwa saya sentiasa gundah gulana dan merasai tidak tenang sejak akhir-akhir ini di sebabkan masaalah keluarga yang saya hadapi. Apakah ada amalan-amalan khusus yang boleh saya lakukan untuk melahirkan perasaan kasih dan cinta kepada Allah SWT dan menghilangkan perasaan dukacita ?

Jawapan.

Bersabarlah saudara kerana setiap masaalah yang berlaku di dalam kehidupan berkeluarga adalah ujian Allah SWT. Mereka yang bersabar akan di berikan pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (Surah az-Zumar ayat 10)

Terdapat  tiga amalan yang agung di sisi Allah, amalan yang dicintai-NYA, amalan yang akan mendekatkan diri kalian kepada-NYA, amalan yang akan mententeramkan hati di manapun  kalian berada, amalan yang akan menjadi tabungan untuk menyambut hari esok setelah ditiupnya sangkakala dan hancurnya dunia beserta segenap isinya.

Tiga amalan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Perbanyakkan berzikir kepada-Nya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Ingatlah kalian kepada-Ku nescaya Aku pun akan mengingat kalian.” (Surah al-Baqarah ayat 152).

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya…” (Surah al-Ahzab ayat 41).

Rasulullah SAW bersabda,“Tidaklah suatu kaum berkumpul seraya mengingat Allah, melainkan pasti malaikat akan menaungi mereka, rahmat meliputi mereka, ketentraman turun kepada mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut nama mereka di hadapan malaikat yang di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim)


Kedua : Tetaplah berdoa kepada-Nya.


Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Rabb kalian berfirman; Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku kabulkan. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri sehingga tidak mau beribadah (berdoa) kepada-Ku pasti akan masuk neraka dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir ayat 60).

Rasulullah SAW bersabda, “Tiada suatu urusan yang lebih mulia bagi Allah daripada doa.” (Hadis Riwayat al-Hakim).

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah subhanah, maka Allah murka kepada dirinya.” (Hadis RiwayatTirmidzi dan Ibnu Majah).

Rasulullah SAW bersabda, “Rabb kita tabaraka wa ta’ala setiap malam yaitu pada sepertiga malam terakhir turun ke langit terendah dan berfirman, ‘Siapakah yang mahu berdoa kepada-Ku nescaya Aku kabulkan, siapakah yang mahu meminta kepada-Ku nescaya Aku beri, siapa yang mahu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ketiga : Mohonlah ampunan-Nya.


Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Tidaklah Allah akan menyiksa mereka sementara kamu berada di tengah-tengah mereka, dan tidaklah Allah akan menyiksa mereka sedangkan mereka selalu beristighfar/meminta ampunan.” (Surah al-Anfal ayat 33).

Rasulullah SAW bersabda maksudnya,“Demi Allah, sesungguhnya aku setiap hari meminta ampunan dan bertaubat kepada Allah lebih dari tujuh puluh kali.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Jika saudara sentiasa melaksanakan zikir, doa, dan taubat kepada-Nya, insyaa Allah saudara akan tergolong dikalangan mereka yang dicintai-Nya, diampuni oleh-Nya, dan mendapatkan rahmat dari-Nya.

Sumber: Kitab adz-Dzikr wa ad-Du’a karya Syaikh Abdurrazzaq bin Abdul Muhsin al-Badr.


858. Soalan : Saya ada beberapa soalan bab solat :

1. Adakah makmum masbuk dapat rukuk bersama imam telah mendapat rakaat tersebut tanpa baca al-Fatihah.?

2. Jika kita tiba ketika imam hampir rukuk, terus bertakbir masuk ke dalam solat, baca al-Fatihah setakat yang sempat, apabila imam rukuk kita turut rukuk bersama imam dan bacaan al-Fatihah belum habis adakah kita perlu terus rukuk atau habiskan baca al-Fatihah?

3. Jika kita ikut imam dari awal dan imam telah rukuk sedangkan kita belum habiskan bacaan al-Fatihah , adakah kita wajib teruskan baca al-Fatihah atau terus ikut imam rukuk?

Jawapan :


1. Jika kita tiba ketika imam telah rukuk, terus sahaja bertakbir masuk ke dalam solat (takbiratul ihram), kemudian takbir sekali lagi dan rukuk bersama imam. Ketika ini, gugur al-Fatihah dari kita dan ia ditanggung oleh imam.

2. Jika kita tiba ketika imam hampir rukuk, terus bertakbir masuk ke dalam solat, baca al-Fatihah setakat yang sempat, apabila imam rukuk kita turut rukuk bersama imam, tidak perlu kita menghabiskan fatihah kita kerana baki fatihah kita itu ditanggung oleh imam.

3. Jika kita mengikuti imam dari awal solat, wajib dalam apa keadaan sekalipun kita menghabiskan bacaan al-Fatihah kita. Sekalipun imam telah rukuk, kita wajib menyudahkan bacaan al-Fatihah, kemudian baru rukuk bersama imam. Jika ada keuzuran (iaitu lambat dalam bacaan) diberi kelonggaran kepada kita hingga tiga rukun panjang (iaitu sehingga sebelum imam bangkit dari sujud kedua).

859. Soalan :Pernah saya menjadi makmum masbuk di masjid, ketika akan melengkapi rakaat yang tertinggal tiba-tiba ada yang mencolek tangan saya untuk menjadikan saya imam kerana dia hendak solat cara berjemaah? Tolong penjelasan serta dalilnya, terima kasih

Jawapan :

Hal ini adalah perkara ijtihadiyah kerana memang tidak ada dalil khusus yang menyebutkan kejadian semisal ini pada solat fardu, yang ada adalah pada solat sunat sebagaimana diriwayatkan Imam Bukhari no.1198 dan selainnya tentang Ibnu Abbas yang menginap dirumah ibu saudara beliau, Maimunah bint al-Harist  yang sekaligus menjadi isteri Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wa sallam. 

Keika itu Rasulullah sedang solat malam kemudian Ibnu Abbas datang berniat untuk menjadi makmum dan beliau berdiri disebelah kiri Rasulullah, kemudian Rasulullah memindahnya ke sebelah kanan...(sampai akhir kisah).

Adapun pendapat yg dipilih oleh kebanyakan ulama, dan yang juga difatwakan oleh lembaga penelitian dan riset Arab Saudi yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz bahwa hal ini DIBOLEHKAN dan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyebutkan: dengan syarat orang yang diikuti merubah niatnya menjadi imam dan yang mengikutinya berniat sebagai makmum.


Namun jika orang yang mengikuti berniat untuk makmum, sedangkan yang diikuti tersebut tidak berniat menjadi imam, maka di sini ada dua pendapat mengenai ke-sahan solatnya:

Pendapat pertama: Solatnya sah sebagaimana pendapat Imam Asy Syafi’i, Imam Malik dan selainnya.


Pendapat kedua: Solatnya tidak sah. Inilah pendapat yang masyhur dari Imam Ahmad.


Wallahu a'lam

860.Soalan : Sejak akhir-akhir ini, banyak isu tentang ayat mutasyabihat yang didebatkan / dibentangkan di Internet. Orang awam seperti saya banyak melihat isu-isu perselisihan ini di You-Tube. Saya sebagai orang awam kadang-kala terkeliru kerana ada ustaz yang menghuraikan begini dan ada ustaz lain pula yang menghuraikan sebaliknya. Salah satu kekeliruan saya ialah tentang Ayat 5 Surah Thaha. Ada ustaz yang mengatakan ayat itu dihuraikan mengikut makna asal sahaja. Sedangkan apa yang diajar oleh ustaz disekolah dan guru-guru kita ialah Allah itu wujud tanpa bertempat.  Adakah ini satu khilaf dikalangan ulama yang dibenarkan? Ataupun inilah satu cara orientalis untuk memecahbelahkan kita umat Islam? Mohon pencerahan daripada Ustaz. Terima kasih.

Jawapan;

Ayat yang ditanya itu menyentuh tentang ‘Arasy Allah dan beristiwanya Allah di atas ‘Arasy.

Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنُ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰčَ۱ْŰŽِ ۧ۳ْŰȘَوَى

Maksudnya : “(Allah) Ar-Rahman beristiwa di atas Arasy” (Surah Thaha, ayat 5).

Di dalam al-Quran, ayat yang serupa terdapat dalam tujuh surah ;

1. Surah al-A’raf ayat 54.

2. Surah Yunus ayat 3. 

3. Surah ar-Ra’du ayat 2.

4. Surah Thaha ayat 5. 

5. Surah Furqan ayat 59.

6. Surah as-Sajdah ayat 4 dan 

7. Surah al-Hadid ayat 4.

Ayat tersebut termasuk dalam ayat-ayat mutasyabihat iaitu ayat-ayat yang lafaz zahirnya seolah-olah menggambarkan penyamaan Allah dengan makhluknya iaitu ayat-ayat yang menyebutkan wajah Allah, tangan Allah, mata Allah, Allah berada di langit dan sebagainya. 

Kerana itu, para ulama Khalaf (al-Asya’irah dan Maturidiyyah) mentakwilkannya (yakni mentafsirkan ayat-ayat tersebut dengan makna majaznya iaitu makna yang tersirat baginya untuk mengelak dari menyerupakan Allah dengan makhluk), ulama-ulama Salaf pula enggan mentakwilkannya, namun mereka berkata; makna zahir ayat tidak dimaksudkan (kerana ia menggambarkan penyerupaan Allah dengan makhluk), namun apa makna sebenarnya terserahlah kepada Allah (tidak perlu kita menyebukkan diri untuk mengorek rahsianya, yakni memadai dengan kita beriman sahaja dengan ayat-ayat tersebut). 

Imam Ibnu Taimiyah, Ibnul-Qayyim dan beberapa ulama lagi (yang menjadi ikutan golongan Salafiyah hari ini); ayat tersebut dipakai dengan makna zahirnya, tidak perlu ditakwilkan dan tidak perlu dianggap maknanya terserah kepada Allah kerana dengan makna zahir ayat kita sudah dapat memahami ayat itu mengikut kehendak Allah. Kita menerima zahir ayat, namun jangan kita menyamakan sifat yang disebut dalam ayat mutasyabihat itu dengan sifat manusia atau makhluk lain. Nama atau sebutan kebetulannnya sama, namun kaifiatnya berbeza antara Allah dan makhluk. 

Maka apabila al-Quran menyebutkan “Tangan Allah”, menurut pandangan ketiga ini; Allah sememangnya bertangan (kerana Allah menyebutnya), namun jangan kita gambarkan tangan Allah itu seperti tangan makhluk. Tangan Allah itu adalah sifatNya, bukan anggotaNya sebagimana tangan makhluk.

Mazhab Khalaf dinamakan sebagai mazhab Isbat wa Takwil (yakni menerima ayat-ayat mutasyabihat itu dengan mentakwil (mentafsirkan) maknanya), mazhab Salaf dinamakan mazhab Isbat wa Tafwidh (yakni menerima ayat-ayat mutasyabihat itu tetapi menyerahkan maknanya kepada Allah) dan mazhab Ibnu Taimiyah (Salafiyah) dinamakan; Isbat wa Tanzih (menerima ayat-ayat mutasyabihat tadi dengan makna zahirnya tetapi dengan mentanzihkan Allah (yakni menyucikanNya) dari penyerupaan dengan makhluk).

Secara dasarnya, ketiga-tiga mazhab ini ada titik pertemuanya, iaitu semua mereka mengisbatkan (yakni menerima) ayat-ayat mutasyabihat. Begitu juga, semua mereka sepakat menafikan penyerupaan Allah dengan makhluk. Perbezaan mereka ialah dalam memahami kehendak ayat-ayat mutasyabihat tersebut dan menentukan mana yang paling tepat dengan kehendak Allah dari ayat-Nya antara mentakwilkanya, menyerahkannya kepada Allah atau memakai makna zahirnya tetapi berserta penyucian dari persamaan.

Merujuk secara khusus kepada makna Istiwa Allah di atas ‘Arasyh, pandangan ketiga-tiga mazhab ini adalah seperti berikut;

1. Mazhab Khalaf; makna zahir istiwa ialah istaqarra dan ‘ala (iaitu menetap di atas sesuatu atau meninggi di atas sesuatu). Makna ini menurut Khalaf menyamakan Allah dengan makhluk, iaitu seolah-olah Allah itu bertempat dan berarah seperti makhluk. Kerana itu, hendaklah dipakai makna majaznya (yakni makna yang tersirat darinya) iaitu istaula atau malika yang bermaksud; menguasai atau memiliki, yakni “(Allah) ar-Rahman memiliki (atau menguasai) ‘Arasy-Nya”.

2. Mazhab Salaf; istiwa Allah diyakini sebagaimana yang disebut oleh Allah tanpa perlu ditafsirkan apa maknanya. Sebarang makna bagi ayat tersebut yang menunjukkan seolah-olah Allah sama seperti makhluknya  makna itu tidak dikehendaki (yakni perlu dinafikan), namun apa makna sebenarnya bagi istiwa itu hanya Allahlah yang mengetahuinya. Tidak perlu kita menyebukkan diri mencari-carinya atau membahasnya kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan para sahabat.

Imam Malik apabila ditanya tentang makna ayat tersebut, ia menjawab; “Tentang istiwanya Allah itu sedia diketahui (kerana Allah sendiri menceritakanya. Namun kaifiyat istiwa itu (yakni bagaimana pengertiannya Allah beristiwa itu) adalah majhul (yakni tidak diketahui (kerana Allah tidak menceritakannya). Sesiapa bertanya tentangnya (yakni menyebukkan diri untuk menyelidikinya) dia melakukan bid’ah (kerana Nabi dan para sahabat tidak melakukanya)”. 

Jawapan Imam Malik ini memberi gambaran kepada kita bagaimana pandangan Salaf tentang masalah ini. Berkata Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya; “Mazhab Salaf ialah menerima ayat sebagaimana datangnya (yakni membacanya sahaja) tanpa takyif (menggambarkan bagaimana caranya Allah beristiwa itu), tanpa tamsil (menyerupakan Allah dengan makhluk) dan tanpa ta’til (menolak ayat atau menolak sifat Allah yang dinyatakan dalam ayat-Nya). 

Namun makna zahir ayat sebagaimana yang ada dalam kepala golongan musyabbihin (iaitu golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk) hendaklah dinafikan makna itu dari Allah kerana tidak ada mana-mana makhluk yang menyerupai Allah” (Tafsir Ibnu Kathir, surah al-A’raf, ayat 54).

3. Mazhab Salafiyah; mereka memakai makna zahir dari istawa iaitu istaqarra (menetap) dan ‘ala (meninggi), jadi makna Allah beristiwa di atas ‘Arashnya ialah Allah menetap dan meninggi di atas ‘ArasyNya. Ia selari dengan firman Allah yang menegaskan bahawa Allah di langit, kerana ‘Aryas-Nya berada di langit. Namun jangan digambarkan menetap dan meninggi-Nya Allah  itu sama seperti menetap dan meningginya kita di atas sesuatu (katil, kerusi, bangunan tingkat atas dan sebagainya) kerana sifat Allah tidak sama dengan sifat makhluk walaupun menggunakan lafaz dan bahasa yang sama (contohnya; Allah mendengar dan makhluk mendengar. “Mendengar” adalah perkataan yang sama digunakan untuk Allah dan untuk makhluk, namun apabila kita mengakui Allah bersifat dengan as-Sama’ (mendengar) wajib kita mengiktiqadkan bahawa mendengarnya Allah tidak sama seperti mendengarnya makhluk walaupun bahasa yang digunakan adalah sama. Maka keadaan yang sama bagi istilah istaqarra (menetap) dan ‘ala (meninggi). Sama juga halnya ketika kita membaca hadis Nabi; “Allah turun ke langit dunia ketika tiba saat 1/3 malam yang akhir”, maka menurut mazhab ini; Allah sememangnya turun ke langit dunia (kerana itu yang diceritakan Nabi), namun cara bagaimana turunnya Allah jangan kita gambarkan seperti turunnya makhluk dari tingat atas ke tingkat bawah).

Perbahasan tentang ayat-ayat mutasyabihat seperti ini memang merumitkan dan banyak membawa pertikaian sesama kaum muslimin yang tidak pernah berkesudahan, malah lebih mengecewakan apabila sebahagian puak mengkafirkan sebahagian puak atau mazhab yang lain kerana perbezaan tersebut. Kerana itu, langkah dan sikap terbaik ialah dengan kita mengikuti saranan al-Quran iaitu; “Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, mereka berkata (tentang ayat-ayat mutasyabihat): ‘Kami beriman dengannya kerana semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” (Surah Ali Imran, ayat 7). 

Kita beriman dengan ayat-ayat tersebut tanpa berpanjang-anjang membahaskannya. Masa kita lebih baik kita gunakan untuk memahami, mengkaji dan mengamalkan ayat-ayat Muhkamat yang jauh lebih banyak dari ayat-ayat mutasyabihat tersebut. Secara keseluruhannya, perhatikan firman penuh Allah dalam ayat 7 (surah Ali Imran tersebu);

“Dia lah (Allah) yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci (Al-Quran) sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat ‘Muhkamaat’ (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan yang lain lagi ialah ayat-ayat ‘Mutasyaabihaat’ (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama mereka berkata: ‘Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami’ dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran” (Surah Ali Imran, ayat 7).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1.      Al-I’tiqad wa al-Hidayah Ila Sabil ar-Rasyad, Imam al-Baihaqi, hlm. 120.
2.      Syarh al-‘Aqidah al-Wasitiyyah, Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Utsaimin, 335.

(Soalan dan jawapan untuk soalan 860 di ambil daripada Laman Soal Jawab Agama Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil)

Tuesday, November 12, 2013

Siapa Golongan Ahli Syurga Yang Terakhir Masuk Syurga?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di akhirat nanti golongan muslim terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang yang terus memasuki syurga tanpa hisab dan golongan yang di azab dahulu di neraka kemudian baru dimasukkan kedalam syurga.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Selamatlah rombongan pertama, wajah mereka bagaikan bulan purnama. Mereka berkisar 70.000 (tujuh puluh ribu) orang."

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ”Telah diperlihatkan kepadaku ummat-ummat terdahulu, maka saya melihat ada seorang nabi yang disertai dengan rombongan kecil, ada seorang nabi yang disertai dengan satu dua orang sahaja, bahkan ada seorang nabi yang tidak mempunyai pengikut seorang pun. Kemudian terlihat olehku satu rombongan besar yang kusangka mereka adalah ummatku, namun dikatakan kepadaku: ”Ini adalah Musa dan kaumnya, tetapi lihatlah ke ufuk sana.”

Kemudian kulihat ke ufuk itu dan tiba-tiba kulihat rombongan yang besar, lantas dikatakan kepadaku: ”Lihatlah ke ufuk yang lain”; di sana kulihat satu rombongan besar kemudian dikatakan kepadaku: ”Ini adalah ummatmu dan di dalamnya ada tujuh puluh ribu orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa lebih dahulu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setelah golongan pertama orang-orang mukmin yang masuk syurga tanpa hisab berjumlah 70,000 orang maka masuklah golongan mukmin kedua wajah mereka terangnya seperti bintang-bintang dilangit.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Kemudian orang-orang berikutnya, wajah mereka seperti terangnya bintang-bintang di langit. Demikian seterusnya."

Seorang muslim yang ada sedikit imannya kepada Allah SWT (walaupun sebesar biji sawi) tetapi banyak melakukan dosa-dosa besar semasa didunia ini , di akhir kematiannya dia tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT maka dia akan dimasukkan kedalam neraka. Dia akan mendapat azab yang amat dahsyat sekali kerana seksaan neraka yang paling ringan adalah apabila dipakaikan capal neraka otaknya mendidih kerana terlalu panasnya api neraka.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun memintakan syafaat, hingga keluar orang-orang yang mengucap: 'Laa ilaaha illallah' dari neraka dan orang-orang yang di hatinya terdapat kebaikan seberat gandum.

Mereka ditempatkan di halaman syurga, sedangkan ahli syurga memerciki mereka dengan air, sampai mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu (tumbuhan) di dalam banjir.

Hilanglah hangus tubuh mereka.

Kemudian ia (orang terakhir) meminta Allah memberikannya dunia dan sepuluh kali lipatnya".

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Abu Said Al Khudri r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Allah memasukkan penghuni syurga ke syurga, Dia memasukkan orang yang di kehendakiNya dengan rahmat-Nya dan memasukkan penghuni neraka ke neraka, kemudian Dia berfirman maksudnya : “Lihatlah orang yang kamu sekalian dapati di dalam hatinya iman seberat biji sawi, maka keluarkanlah ia”.
Kemudian mereka dikeluarkan dari neraka seperti arang, mereka telah terbakar maka mereka dilemparkan di sungai hidup (Nahrul hayat), lalu mereka tumbuh di dalamnya, sebagaimana biji-bijian itu tumbuh di tanah yang dibawa banjir, tidaklah kamu melihatnya, bagaimana ia tumbuh dengan kuning emas”.
(Hadis Riwayat Muslim).

Di atas rahmat Allah SWT dan syafaat daripada Nabi SAW seorang muslim yang ada sedikit iman dan tidak mensyirikkan Allah SWT masih berpeluang untuk memasuki syurga tetapi terpaksa melalui penyeksaan yang amat dahsyat di neraka dan seharusnya ianya menjadi motivasi kepada kita minta dijauhilah seksaan api neraka.

Dari Aisyah radhiyallahu 'anha bahawa Nabi SAW pernah berdoa dengan doa ini, iaitu:

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّى ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ وَŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ Ű§Ù„ْŰșِنَى وَŰ§Ù„ْفَقْ۱ِ

"ALLAAHUMMA INNII A'UUDZU BIKA MIN FITNATIN NAAR WA 'ADZAABIN NAAR, WA MIN SYARRIL GHINAA WAL FAQR" (maksudnya : "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari fitnah neraka dan azab neraka, serta dari keburukan kekayaan dan kefakiran)." (Hadis Riwayat Abu Daud no. 1543. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita sempena Maal Hijrah yang penuh berkat. Banyakkan berdoa, bermunajat dan meminta perlindungan Allah SWT daripada seksaan api neraka. Semoga Allah SWT memilih kita dikalangan hamba-hamba-Nya yang akan memasuki syurga tanpa hisab. Perkara paling penting yang perlu kita jaga adalah iman kita kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman yang enam supaya kita tidak syirik kepada-Nya. Kemudian kita beramal dengan ajaran Islam dan berakhlak dengan akhlak seorang mukmin maka kita akan menjadi mukmin yang diredai dan dirahmati Allah SWT.

Puasa Sunat Hari Tasu'a (9 Muharram) Dan Hari Asyura (10 Muharram) Adalah Puasa Sunat Yang Di Tuntut.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم 

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sunnahnya Puasa Hari Tasu'a (9 Muharram) dan Puasa Asyura (10 Muharam) adalah puasa sunat yang sangat di tuntut dan digalakkan

Puasa selain merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengandung sekian banyak manfaat yang lain. Dengan berpuasa seseorang dapat mengendalikan syahwat dan hawa nafsunya. Dan puasa juga menjadi perisai dari api neraka. Puasa juga dapat menghapus dosa-dosa dan memberi syafaat di hari kiamat. Dan puasa juga dapat membangkitkan rasa sifat kemanusiaan, serta manfaat lainnya yang sudah dimaklumi terkandung pada ibadah yang mulia ini.

Pada bulan Muharram ada satu  hari yang dikenal dengan  hari Asyura. Orang-orang jahiliyah pada masa pra Islam dan bangsa Yahudi sangat memuliakan hari Asyura (10 Muharram). Hal tersebut kerana pada hari ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala selamatkan Nabi Musa ‘alaihissalam dari kejaran Fir’aun dan bala tentaranya. Bersyukur atas karunia Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepadanya, Nabi Musa ‘alaihissalam akhirnya berpuasa pada hari ini. Tatkala sampai berita ini kepada Nabi kita Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, melalui orang-orang Yahudi yang tinggal di Madinah baginda bersabda,

فَŰŁَنَۧ ŰŁَŰ­َقُّ ŰšِمُوْŰłَى مِنْكُمْ

“Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi)”.

Yang demikian kerana pada saat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam sampai di Madinah, baginda mendapati Yahudi Madinah berpuasa pada hari ini, maka baginda sampaikan sabdanya sebagaimana di atas. Semenjak itu baginda SAW memerintahkan umatnya untuk berpuasa, sehingga jadilah puasa ‘Asyura diantara ibadah yang disukai di dalam Islam. Dan ketika itu puasa Ramadan belum diwajibkan.

Adalah Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhu yang menceritakan kisah ini kepada kita sebagaimana yang terdapat di dalam Shahih Bukhari No 1900,

قَŰŻِمَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű§Ù„Ù…َŰŻِيْنَŰ©َ فَ۱َŰŁَى Ű§Ù„ÙŠَهُوْŰŻَ ŰȘَŰ”ُوْمُ يَوْمَ Űčَۧێُوْ۱َۧۥ فَقَŰ§Ù„َ:Ù…Ű§َ هَŰ°َۧ؟ قَŰ§Ù„ُوْۧ هَŰ°َۧ يَوْمٌ Ű”َŰ§Ù„ِŰ­ٌ هَŰ°َۧ يَوْمٌ نَŰŹَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űšَنِيْ Ű„ِŰłْ۱َۧۊِيْلَ مِنْ ŰčَŰŻُوِّهِمْ فَŰ”َŰ§Ù…َهُ مُوْŰłَى. قَŰ§Ù„َ: فَŰŁَÙ†Ű§َ ŰŁَŰ­َقُّ ŰšِمُوْŰłَى مِنْكُمْ. فَŰ”َŰ§Ù…َهُ وَŰŁَمَ۱َ ŰšِŰ”ِيَŰ§Ù…ِهِ

“Tatkala Nabi SAW datang ke Madinah beliau melihat orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari ‘Asyura. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bertanya, “Hari apa ini?”. Orang-orang Yahudi menjawab, “Ini adalah hari baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa ‘alaihissalam berpuasa pada hari ini. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi). Maka beliau berpuasa pada hari itu dan memerintahkan umatnya untuk melakukannya”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Dan dari Aisyah radiyallahu ‘anha, ia mengisahkan,

كَŰ§Ù†َ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ŰŁَمَ۱َ ŰšِŰ”ِيَŰ§Ù…ِ يَوْمَ Űčَۧێُوْ۱َۧۥَ فَلَمَّۧ فُ۱ِ۶َ ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ كَŰ§Ù†َ مَنْ ŰŽَۧۥَ Ű”َŰ§Ù…َ وَمَنْ ŰŽَۧۥَ ŰŁَفْŰ·َ۱َ

“Dahulu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam memerintahkan untuk puasa di hari ‘Asyura. Dan ketika puasa Ramadan diwajibkan, barangsiapa yang ingin (berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak berpuasa) ia boleh berbuka”. (Hadis Riwayat Bukhari No 1897)

Sahabat yang dimuliakan,
Islam memberi keutamaan puasa ‘Asyura di dalam Islam adalah kerana pada hari ini (10 Muharram) ada kisah terdahulu daripada para nabi yang mulia.

Di masa hidupnya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berpuasa di hari ‘Asyura. Kebiasaan ini bahkan sudah dilakukan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sejak sebelum diwajibkannya puasa Ramadan dan terus berlangsung sampai akhir hayatnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam . Al Imam Al Bukhari (No 1902) dan Al Imam Muslim (No 1132) meriwayatkan di dalam shahih mereka dari Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhuma, ia berkata,

مَۧ ۱َŰŁَيْŰȘُ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ يَŰȘَŰ­َ۱َّى Ű”ِيَŰ§Ù…َ يَومَ فَ۶ْلِهِ Űčَلَى Űșَيْ۱ِهِ Ű„ِÙ„Ű§َّ هَŰ°َۧ Ű§Ù„ÙŠَوْمِ يَوْمُ Űčَۧێُوْ۱َۧۥَ وَÙ‡Ű°َۧ Ű§Ù„ŰŽَّهْ۱ُ يَŰčْنِي ŰŽَهْ۱ُ ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ

“Aku tidak pernah mendapati Rasulullah menjaga puasa suatu hari kerana keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini yaitu hari ‘Asyura dan bulan ini yaitu bulan Ramadhan”.

Hal ini menandakan akan keutamaan besar yang terkandung pada puasa di hari ini. Oleh kerana itu ketika baginda Shallallahu ‘Alaihi Wassalam ditanya pada satu kesempatan tentang puasa yang paling afdal setelah Ramadan, baginda menjawab bulan Allah Muharram. Dan Al Imam Muslim serta yang lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda,

ŰŁَفْ۶َلُ Ű§Ù„Ű”ِّيَŰ§Ù…ِ ŰšَŰčْŰŻَ ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ، ŰŽَهْ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ù…ُŰ­َ۱َّمُ. وَŰŁَفْ۶َلُ Ű§Ù„Ű”َّÙ„Ű§َŰ©ِ ŰšَŰčْŰŻَ Ű§Ù„Ùَ۱ِيْ۶َŰ©َ، Ű”َÙ„Ű§َŰ©ُ Ű§Ù„Ù„َّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah Ramadan adalah (puasa) di bulan Allah Muharram. Dan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam”.

Dan puasa ‘Asyura menggugurkan dosa-dosa setahun yang lalu. Al Imam Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunan-nya dari Abu Qatadah r.a,

وَŰ”َوْمُ يَوْمَ Űčَۧێُوْ۱َۧۥَ Ű„Ù†ِّي ŰŁَŰ­ْŰȘَŰłِŰšُ Űčَلَى Ű§Ù„Ù„ّهِ ŰŁَنْ يُكَفِّ۱َ Ű§Ù„ŰłَنَŰ© َŰ§Ù„ŰȘِيْ قَŰšْلَهُ

“Dan puasa di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah boleh menggugurkan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Hadis ‘Aisyah di atas menegaskan bahwa kewajibannya telah dihapus dan menjadi ibadah yang mustahab (sunnah). Dan Al Imam Ibnu Abdilbarr menukil ijma’ ulama bahwa hukumnya adalah mustahab.

Jumhur ulama dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahwa hari ‘Asyura adalah hari ke-10 di bulan Muharram. Di antara mereka adalah Said bin Musayyib, Al Hasan Al Bashri, Malik, Ahmad, Ishaq dan yang lainnya. Dan dikalangan ulama kontemporer seperti Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Rahimahullah. Pada hari inilah Rasullah SAW semasa hidupnya melaksanakan puasa ‘Asyura. Dan lebih kurang  setahun sebelum wafatnya, baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda,

لَŰŠِنْ ŰšَقِيْŰȘُ Ű„ِلَى قَِۧۚلٍ َÙ„ŰŁَŰ”ُوْمَنَّ Ű§Ù„ŰȘَۧ۳ِŰčَ

“Jikalau masih ada umurku tahun depan, aku akan berpuasa tanggal sembilan ( Muharram)”

Para ulama berpendapat perkataan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam , “…aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”,

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita melaksanakan puasa sunat pada 9 Muharram (Hari Tasu'a)  dan 10 Muharram (Hari Asyura) semata-mata mencari keredaan Allah SWT dan tanda kita bersyukur kepada AllahSWT di atas rahmat, nikmat dan rezeki Allah SWT kepada kita semua.


Wallahua’lam.

Sunday, November 10, 2013

Soal Jawab Agama Siri 114 (Abad-adab Beristinjak dan Buang Air, Hukum Berhias Dan Hukum Lelaki Memakai Inai)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Soal Jawab Agama Siri 114 adalah membicarakan persoalan adab-adab beristinjak, adab-adab membuang air kecil dan besar, hukum berhias atau memakai perhiasan dan hukum lelaki memakai inai.

851. Soalan : Apakah adab-adab beristinjak yang mengikut sunah Rasulullah SAW?

Jawapan : 

Istinjak bermaksud membasuh tempat keluar najis iaitu zakar/faraj dan dubur selepas membuang air kecil (yakni kencing) atau air besar (yakni berak). Hukumnya adalah wajib.

Apakah bahan yang harus digunakan untuk istinjak?

Bahan untuk beristinjak ialah air. Anas r.a. memceritakan; “Adalah Nabi SAW apabila keluar membuang air, aku akan bawakan untuknya satu bekas air untuk baginda beristinjak”. 

Diharuskan juga menggunakan benda-benda kesat seperti batu, kertas dan sebagainya yang boleh menanggalkan najis. Banyak hadis menceritakan Nabi SAW. beristinjak menggunakan batu.

Menurut mazhab Syafi’ie, paling baik ialah menggabungkan kedua-duanya; iaitu menyapu najis dengan benda kesat (tisu atau sebagainya), kemudian disusuli dengan membasuh dengan air. Cara ini adalah terbaik kerana dapat menjimat air dan mengelak tangan dari terlalu banyak menyentuh najis. Harus menggunakan salah satu cara iaitu dengan air sahaja atau dengan benda kesat sahaja, namun beristinjak dengan air adalah lebih afdhal kerana lebih menyucikan.

Beristinjak sunat menggunakan tangan kiri. Beristinjak dengan tangan kanan adalah makruh, kecuali tidak dapat dielakkan. Kata Nabi SAW maksudnya ; “Sesiapa dari kamu kencing, janganlah ia memegang zakarnya dengan tangan kanannya dan janganlah juga ia beristinjak dengan tangan kanannya”.(Hadis Riwayat Bukhari dari Qatadah r.a)

Apakah syarat-syarat beristinjak dengan benda kesat?

Namun jika hendak beristinjak dengan benda-benda kesat sahaja (tanpa menggunakan air), mesti memenuhi syarat-syarat di bawah;

1. Hendaklah dengan sekurang-kurangnya tiga kali sapuan, tidak boleh kurang darinya.
(Sekalipun telah kelihatan bersih dengan sekali atau dua kali sapuan. Ini kerana tiga kali sapuan itu adalah had minima yang ditetapkan Nabi s.a.w., tidak harus kuraang dari itu.)

Salman r.a. menceritakan; “Nabi SAW menegah kami dari beristinjak kurang dari tiga batu (yakni tiga sapuan batu)”.(Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Nasai.)

Jika tiga kali sapuan tidak mencukupi, wajib ditambah dan sunat tambahan itu ganjil (yakni lima, tujuh dan sebagainya).

2. Hendaklah najis tidak melepasi papan punggung atau hasyafah (yakni kepala zakar). Jika najis meleleh melepasi kawasan tersebut, wajib istinjak dengan air.

3. Hendaklah sebelum najis kering. Jika najis telah kering, wajib istinjak dengan air.

4. Bahan yang digunakan hendaklah bersih dan kering. Sifatnya hendaklah boleh meanggalkan najis, iaitu tidak terlalu licin atau terlalu kasar kerana tujuan intinjak ialah untuk menanggalkan najis, maka hendaklah bahan yang digunakan boleh memenuhi tujuan tersebut.

5. Bahan yang digunakan bukan dari makanan manusia atau jin seperti tulang. Kata Nabi SAW.; “Janganlah kamu beristinjak dengan tahi binatang, dan juga dengan tulang kerana ia adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin”.(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)

852. Soalan : Apakah adab-adab semasa membuang air kecil atau air besar?

Jawapan :

1. Jangan membuka aurat sebelum masuk ke dalam tandas. Apa yang selalu atau kadang-kadang dilakukan oleh sebahagian dari kita hari ini iaitu menyelak atau mengangkat kain hingga nampak aurat sebelum masuk tandas adalah menyalahi Syarak. Hukumnya adalah haram.

2. Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah terlebih dahulu;

ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡، Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű„Ù†ÙŠ ŰŁŰčÙˆŰ° ŰšÙƒ من Ű§Ù„ŰźŰšŰ« ÙˆŰ§Ù„ŰźŰšŰ§ŰŠŰ«

"Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari syaitan jantan dan syaitan betina" (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)

3. Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah;

ŰșÙŰ±Ű§Ù†Ùƒ، Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله Ű§Ù„Ű°ÙŠ ŰŁŰ°Ù‡Űš Űčني Ű§Ù„ŰŁŰ°Ù‰ وŰčŰ§ÙŰ§Ù†ÙŠ

"Segala puji milik Allah semata yang telah menghilangkan kotoran daripadaku, dan menjadikan aku sihat walafiat."


(Hadis Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

4. Janganlah bercakap-cakap semasa di dalam tandas kecuali tidak dapat dielakkan. Malah Nabi SAW. tidak menjawab salam ketika baginda sedang buang air. Ibnu Umar menceritakan; “Seorang lelaki telah lalu berhampiran Nabi s.a.w. yang sedang kencing. Ia memberi salam kepada baginda, namun baginda tidak memjawab salamnya”.(Hadis Riwayat Muslim)

5. Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau sebagainya yang dimuliakan oleh agama.

6. Jika terpaksa membuang air di tempat yang tidak mempunyai tandas (seperti di hutan dan sebagainya), hendaklah menjaga adab-adab berikut selain dari adab-adab di atas tadi;

i. Hendaklah mencari tempat yang jauh dari orang ramai.

ii. Jangan mengadap ke arah qiblat atau membelakanginya.

iii. Hendaklah mencari tempat yang sesuai. Elakkan dari buang air di jalan lalu lalang orang ramai, tempat berteduh mereka, laluan air, di bawah pohon yang berbuah atau sebarang tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Hal tersebut amat dilarang oleh Nabi SAW. kerana mengundang laknat orang terhadap pelakunya.

iv. Jangan buang air di air yang tenang. Jabir r.a. berkata; “Nabi menegah kencing di air yang tenang."

v. Jangan buang air di lubang yang telah tersedia kerana ia dikhuatiri didiami oleh binatang atau jin. Abdullah bin Sarjis r.a. berkata; “Nabi SAW melarang kencing ke dalam lubang”(Hadis Riwayat Abu Daud)

Apa hukum kencing sambil berdiri?

Diriwayatkan dari Huzaifah r.a. yang menceritakan; Aku bersama Nabi SAW.. Apabila sampai di satu tempat pembuangan sampah, Nabi SAW. kencing di situ sambil berdiri. Aku pun berpaling menjauhi baginda. Namun baginda berkata kepadaku; ‘Hampirilah’. Aku pun menghampiri Nabi hingga aku berdiri hampir dengan dua tumitnya. Setelah selesai kencing, Nabi mengambil wuduk dengan menyapu dua khufnya”. (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan keharusan kencing sambil berdiri, bukan menunjukkan kebiasaan Nabi SAW. Kebiasaan Nabi SAW ialah kencing sambil duduk sebagaimana riwayat dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang berkata; “Jika ada sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi SAW. kencing berdiri, maka jangan kamu mempercayainya. Nabi tidak kencing melainkan sambil duduk”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain. Menurut Imam Nawawi; sanad hadis ini adalah baik).

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak menegaskan; hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka; perbuatan Nabi kencing berdiri dalam hadis pertama di atas adalah kerana ada keuzuran bagi baginda; kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafi’ie; orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Kesimpulannya; kencing berdiri hukumnya adalah harus atau makruh mengikut perbezaan ulama di atas. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir; “Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW.”.

853. Soalan : Apa hukum berhias atau memakai perhiasan?

Jawapan :

Islam tidak melarang umatnya untuk berhias atau memakai perhiasan asalkan tidak melanggari batasan yang ditetapkan dan kena pada tempatnya. Menurut ulamak, hukum asal perhiasan adalah halal dan harus sama ada pada badan, pakaian atau empat tinggal. Keharusan Ini berdasarkan penjelasan Allah dalam ayat berikut;

يََۧۚنِي ŰĄَۧۯَمَ ŰźُŰ°ُÙˆŰ§ ŰČِينَŰȘَكُمْ ŰčِنْŰŻَ كُلِّ مَŰłْŰŹِŰŻٍ وَكُلُÙˆŰ§ وَۧێْ۱َŰšُÙˆŰ§ وَلَۧ ŰȘُŰłْ۱ِفُÙˆŰ§ Ű„ِنَّهُ لَۧ يُŰ­ِŰšُّ Ű§Ù„ْمُŰłْ۱ِفِينَ، قُلْ مَنْ Ű­َ۱َّمَ ŰČِينَŰ©َ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„َّŰȘِي ŰŁَŰźْ۱َŰŹَ لِŰčِŰšَۧۯِهِ وَŰ§Ù„Ű·َّيِّŰšَۧŰȘِ مِنَ Ű§Ù„Ű±ِّŰČْقِ قُلْ هِيَ لِلَّŰ°ِينَ ŰĄَŰ§Ù…َنُÙˆŰ§ فِي Ű§Ù„ْŰ­َيَۧ۩ِ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ ŰźَŰ§Ù„ِŰ”َŰ©ً يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ كَŰ°َلِكَ نُفَŰ”ِّلُ Ű§Ù„ْŰąÙŠَۧŰȘِ لِقَوْمٍ يَŰčْلَمُونَ

”Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik?” Katakanlah: “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui”. (Surah al-A’raf ayat 31-32)

Namun demikian keharusan tersebut dikecualikan darinya beberapa jenis perhiasan tertentu yang dilarang oleh Syarak kerana hikmah-hikmah tertentu. 

854. Soalan : Apakah jenis-jenis perhiasan yang dilarang di dalam Islam?

Jawapan :

1. Emas dan sutera bagi kaum lelaki; Diharamkan ke atas orang lelaki memakai perhiasan emas dan sutera kerana ia dikhususkan bagi kaum perempuan sahaja.

Sabda Rasulullah SAW;

ۭ۱َّمَ Ù„ŰšŰ§Űłُ Ű§Ù„Ű­Ű±ÙŠŰ±ِ ÙˆŰ§Ù„Ű°َّÙ‡Űšُ Űčلى Ű°ُÙƒÙˆŰ±ِ ŰŁÙ…َّŰȘي ÙˆŰŁŰ­Ù„َّ Ù„ŰŁÙ†Ű§Ű«Ù‡ِم

“Diharamkan memakai sutera dan emas ke atas lelaki-lelaki umatku dan dihalalkan bagi wanita-wanita mereka”. (Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Musa al-Asy’ari r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh)

2. Perkakas dari emas dan perak; Diharamkan menggunakan emas dan perak selain untuk perhiasan diri dan juga sebagai mata wang. Oleh itu, tidak harus menjadikan emas dan perak sebagai perkakas makan dan minum (yakni pinggan, cawan, mangkuk dan sebagainya), alat-alat tulis (pen dan sebagainya), bekas celak, hiasan rumah, majlis-majlis, masjid atau surau, kedai dan sebagainya. Sebagaimana diharamkan mengguna, begitu juga haram menyimpannya.

Sabda Nabi SAW;

Ù„Ű§َ ŰȘَŰŽْ۱َŰšُÙˆŰ§ فِي ŰąÙ†ِيَŰ©ِ Ű§Ù„Ű°َّهَŰšِ وَŰ§Ù„ْفِ۶َّŰ©ِ، وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰŁْكُلُÙˆŰ§ فِي Ű”ِŰ­َŰ§Ùِهَۧ، فَŰ„ِنَّهَۧ لَهُمْ فِي Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ

Maksudnya : “Janganlah kamu minum di dalam bekas dari emas dan perak dan jangan kamu makan di dalam talam (talam yang cukup untuk 5 orang) dari keduanya kerana ia adalah untuk mereka (yakni orang-orang kafir) di dunia)”. (Hadis Riwayat Imam Muslim dari Huzaifah r.a.)

3. Merubah kejadian Allah; Syari’at Islam mengharamkan seseorang sama ada lelaki atau wanita berhias dan bersolek hingga ke tahap mengubah kejadian Allah pada diri tanpa ada keperluan yang mendesak.

 Larangan Nabi SAW. terhadap perbuatan menyambung rambut, bertatu, mencabut bulu kening dan menjarangkan gigi. Sabda baginda SAW ;

لŰčنَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Ű§Ù„ÙˆŰ§Ű”Ù„Ű©َ ÙˆŰ§Ù„Ù…ُŰłŰȘÙˆŰ”Ù„Ű©َ ÙˆŰ§Ù„ÙˆŰ§ŰŽÙ…Ű©َ ÙˆŰ§Ù„Ù…ُŰłŰȘÙˆŰŽÙ…Ű©َ

Maksudnya : “Allah melaknat orang yang menyambung rambutnya, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang melakukan tatu dan orang yang minta dilakukan tatu kepadanya”. (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain dari Abdullah bin Umar r.a.)

Sabda baginda juga;

لَŰčَنَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Ű§Ù„ْوَۧێِمَۧŰȘِ، وَŰ§Ù„ْمُŰłْŰȘَوْŰŽِمَۧŰȘِ، وَŰ§Ù„Ù†َّŰ§Ù…ِŰ”َۧŰȘِ وَŰ§Ù„ْمُŰȘَنَمِّŰ”َۧŰȘِ، وَŰ§Ù„ْمُŰȘَفَلِّŰŹَۧŰȘِ لِلْŰ­ُŰłْنِ، Ű§Ù„ْمُŰșَيِّ۱َۧŰȘِ Űźَلْقَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ

Maksudnya : “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)

4. Menyerupai lelaki atau perempuan; Dilarang sama sekali lelaki meniru-niru gaya kaum wanita dan wanita meniru-niru gaya kaum lelaki sama ada pada pada pakaian, perhiasan, gaya berjalan, bercakap dan sebagainya.

Larangan ini berdasarkan hadis Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan;

لŰčن ۱َŰłُول Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّم Ű§Ù„Ù…ŰȘŰŽŰšÙ‡ÙŠÙ† من Ű§Ù„Ű±ŰŹŰ§Ù„ ŰšŰ§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰĄ ÙˆŰ§Ù„Ù…ŰȘŰŽŰšÙ‡Ű§ŰȘ من Ű§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰĄ ŰšŰ§Ù„Ű±ŰŹŰ§Ù„

Maksudnya : “Rasulullah SAW. telah melaknat lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Perbuatan tersebut tergolong dalam dosa-dosa besar menurut ulamak kerana terdapat laknat Rasulullah ke atasnya. Contoh perbuatan meniru wanita ialah seperti lelaki yang memakai rantai, anting-anting dan gelang, berinai, memakai emas dan sutera, memakai pakaian menyerupai wanita, melembutkan suara dan cara berjalan dan sebagainya lagi dari perlakuan atau gaya yang selalunya ada pada wanita sahaja. Contoh meniru lelaki pula ialah seperti memakai pakaian lelaki, berjalan dan bercakap dengan gaya lelaki dengan perbuatan yang dibuat-buat, mencukur rambut, memakai lilitan kepala yang menyerupai serban dan sebagainya yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki sahaja.

5. Dilarang bertabarruj; iaitu wanita berhias untuk lelaki-lelaki ajnabi iaitu lelaki-lelaki yang haram ia mendedahkan auratnya kepada mereka.

6. Tiada israf dan ikhtiyal; iaitu berlebih-lebihan dan berbangga-bangga dengan pakaian dan perhiasan.

855. Soalan : Adakah hukum lelaki berinai?

Jawapan :

Diharamkan ke atas lelaki mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya kerana perbuatan tersebut meniru/menyerupai wanita yang dilaknat di dalam hadis Nabi SAW.; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.).(Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul-Wahhab Abdussalam Tawilah, hlm. 294-295.)