Saturday, January 14, 2012

Kewajipan Menggundi Semasa Pilihan Raya Untuk Memilih Pemimpin


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Umat Islam seluruh dunia telah kehilangan sisitem khalifah Islamiah . Setelah kejatuhan kerajaan Uthamiah di Turki pada tahun 1924, negara umat Islam telah berpecah belah dan membawa haluan masing-masing. Pemerentahan negara umat Islam tidak lagi menggunakan undang-undang Islam  bersumberkan al-Quran, sunah, ijmak ulama dan qiyas . Negara umat Islam telah menggambil undang-undang barat yang berdasarkan akal manusia dan meninggalkan hukum hudud , qisas dan diyat yang termaktub di dalam al-Quran dan sunah.

Undang-undang Islam hanya terpakai untuk umat Islam sahaja. Mahkamah Syariah memegang bidang kuasa dalam hal-hal undang-undang peribadi, seperti pernikahan, pewarisan, dan murtad .  Fungsi mahkamah syariah hanya menjalankan hukum Islam dalam bentuk hukum takzir sahaja denda tidak melebihi rm 3000 dan hukuman sebat tidak melebihi 6 sebatan dan penjara tidak melebihi 6 bulan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :“Islam bermula dagang dan akan kembali dagang. Maka berbahagilah sesiapa yang melaksanakannya semasa dagang” (Hadis riwayat Muslim)

Selepas generasi awal , datang pula beberapa generasi, kelemahan di kalangan pemimpin Islam mula berlaku. Sehingga kerajaan Islam gugur satu demi satu dan berakhir dengan kejatuhan Khilafah Islamiyah (Kerajaan Usmaniah ) di Turki. Serentak dengan itu pengaruh sekularisma yang di taja oleh penjajah Kristian telah menjalar keseluruh negara yang di perintah oleh pemimpin Islam, hingga kini tidak ada lagi yang terkecuali akhirnya Islam menjadi dagang.

Umat Islam hari ini yang memiliki kekuasaan telah mengambil undang-undang dan peraturan hidup yang bukan dari ajaran Islam samaada dari segi muamalat, undang-undang jenayah, ekonomi dan pendidikan.Berbagai-bagai fahaman dan idealogi bercampur –aduk dengan Islam dan akhirnya perbuatan makruf di pandang mungkar dan yang mungkar di pandang makruf.

Untuk mengembalikan balik Islam di tempatnya yang asal perlu kepada pengorbanan yang berterusan, perlu kembali kepada manhaj tarbiyyah Rasulullah SAW, iaitu kita mesti kembali mentauhidkan Allah SWT dan membetulkan akidah umat Islam. Membetulkan kefahaman mereka terhadap ajaran Islam dan seterusnya Islam dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian. Bermula dengan menegakkan Jemaah Islam, menyatu padukan Islam dibawah kepimpinan Islam yang jelas wadah perjuangannya tidak lari daripada sunah Rasulullah SAW dan ulama-ulama yang muktabar .

Sahabat yang dimuliakan,
Umat Islam perlu memahami realiti semasa dan bertindak bijak mengikut kaedah syarak dan tidak mengikut emosi dan pendapat (menggunakan cara kekerasan) yang merugikan umat Islam sendiri. Umat Islam perlu disatukan dibawah Jemaah Islam dan menggunakan cara dakwah dan tarbiah sebagai asas untuk kembali kepada ajaran Islam.

Contoh yang jelas bagaimana Jemaah Islam Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh al-Imam Hasan al-Banna berjaya menyatu padukan umat Islam di Mesir dan umat Islam seluruh dunia dengan pendekatan dakwah dan tarbiah dan tidak menggunakan pendekatan kekerasan, pemberontakan dan keganasan. Penyebaran fikrah Islam dan kefahaman Islam yang betul telah di sebarkan ke seluruh dunia.

Di seluruh dunia dinegara-negara umat Islam telah dikuasai oleh pemimpin umat Islam yang sekular yang mengambil undang-undang barat sebagai perlembagaan negara masing-masing.

Kerajaan-kerajan umat Islam ini masih memberi ruang untuk memilih pemimpin di dalam pilihan raya secara demokrasi dan terbuka. Walaupun kita akui terdapat penyelewengan dan penipuan dalam pilihan raya tetapi umat Islam tidak boleh membiarkan ruang untuk memilih pemimpin dan menguasai pemerentahan secara aman dalam pilihan raya dibiarkan begitu sahaja. Jika kita boikot pilihan raya maka kita telah membiarkan pemimpin yang rasuah dan rosak akhlaknya akan memimpin kita. Tindakkan tidak terlibat dalam pilihan raya adalah merugikan Islam kerana terdapat banyak ruang untuk kita memperkasakan ajaran Islam jika menang dalam pilihan raya.

Berdasarkan kaedah syarak : " Tidak sempurna yang wajib itu melainkan dengan jalan ini maka jalan ini menjadi wajib."

Menegakkan hukum-hukum Allah SWT adalah wajib dan berada bersama Jemaah Islam yang berusaha menegakkan Islam (menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiah) untuk mengembalikan balik umat Islam kepada ajaran Islam dan menegakkan hukum-hukum Islam adalah wajib.

Termasuk juga dikira wajib untuk mengundi di dalam pilihan raya untuk memilih pemimpin Islam yang baik akhlaknya berdasarkan kaedah di atas. Kerana salah satu cara untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT  adalah dengan menguasai kepimpinan negara  untuk menyempurnakan perlaksanaan hukum-hukum Allah SWT , maka adalah wajib kita membuat pilihan yang betul semasa kita membuang undi dalam pilihan raya.

Sahabat yang dihormati,
Setiap amalan dalam hidup kita dikira sebagai ibadah. Daripada sekecil-kecil perkara (seperti membuang kayu atau besi yang ada dijalan raya) hinggakan memilih pemimpin negara semuanya dikira sebagai ibadah. Setiap amalan dan perbuatan kita akan ditanya dan disoal di hari akhirat nanti. Adakah kita menganggap bahawa undi dalam pilihan raya adalah perkara kecil sehinggakan kita tidak kisah sangat siapa yang kita pilih. Kalian perlu ingat pemilihan kalian yang salah akan di pertanggungjawabkan di hari akhirat. Jika pemimpin yang kalian pilih terang-terang menentang hukum hudud, mempersenda-sendakan Islam, bersekongkol dengan pembuat fitnah , mengambil rasuah dan melakukan kezaliman (rakyat ditahan tanpa dibicarakan) dan menafikan hak rakyat untuk bersuara maka kalian PASTI akan menanggung dosa yang sama jika pemimpin tersebut melakukan kemugkaran tersebut.

Firman Allah SWT surah an-Nahl ayat 28-29 maksudnya :
28: (Iaitu) orang yang dimatikan oleh malaikat dalam keadaan mereka menzalimi diri sendiri, lalu mereka tunduk menyerah (sambil berkata): "Kami tidak melakukan sebarang kejahatan.” (Malaikat menjawab): "Bahkan (kamu ada melakukannya); sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui) akan apa yang kamu telah kerjakan.”
29: "Oleh itu, masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam, kekallah kamu di dalamnya; maka sesungguhnya (neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong takbur.”

Pemimpin yang zalim tidak akan mencium bau syurga dan rakyat yang memilih pemimpin tersebut juga akan termasuk di dalam golongan bersama-sama pemimpin yang zalim tadi. Tanpa adanya pemilihan (undi dalam pilihan raya) maka mereka tidak akan menjadi pemimpin. Rakyat yang memilih mendapat saham yang sama, tidak dikurangkan walaupun sedilit.

Maka adakah kalian sanggup mempertaruhkan masa hadapan kalian di akhirat semata-mata kalian terpengaruh dengan janji-janji manis pemimpin seperti ini? Jangan terpengaruh sangat dengan janji-janji duniawi kerana harta dunia akan habis dan rosak tetapi dosa besar yang kalian tanggung amat berat dan tidak ada siapa yang boleh menolongnya melainkan kalian sendiri yang akan menanggungnya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri , mungkin sepanjang hidup kalian, kalian telah banyak melakukan kesalahan dan kesilapan kerana kalian mengundi ikut emosi dan pengaruh media masa,  sedangkan besar risikonya jika tersilap membuat pilihan. Oleh itu dalam masa yang terdekat ini jika berlakunya pilihan raya perlulah kalian berhati-hati dan jangan silap lagi apabila kalian gunakan tangan kanan kalian untuk memangkah. Pangkahlah kepada mereka yang benar-benar ikhlas dalam pemperjuangkan Islam dan keadilan supaya kebaikan yang akan dibuat oleh pemimpin tersebut ( yang kalian pilih) kalian akan mendapat saham kebaikannya dan mendapat keredaan Allah SWT.

Jika kalian ditanya nanti di akhirat apakah usaha dan peranan kalian untuk menegakkan hukum-hukum Allah?  Kalian boleh menjawab bahawa kalian telah menggunakan tangan kalian untuk membuat pemilihan terbaik. Kalian tidak akan ditanya samaada berjaya atau tidak yang penting tugas dan tanggungjawab kalian telah kalian penuhi. Ini adalah jihad dan pengorbanan kalian yang besar disisi Allah SWT. Buatlah sesuatu perubahan dan berdoalah kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengizinkan ISLAM berkuasa memerentah dan mentadbirkan negara mengikut syariat Allah SWT.







Janji Dan Sumpah Iblis Kepada Wanita

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian yang dipakai untuk menutup aurat  termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya wanita tersebut menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan? "

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi SAW sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain.

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan payu dara!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan dan menyesatkan!

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila wanita sudah mula mendedahkan auratnya dan suka pada pergaulan bebas dan menghampiri zina, maka iblis tak akan berdiam diri, digodanya wanita hingga sanggup melakukan zina hingga melahirkan anak luar nikah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ; “Wahai Iblis bagaimanakah cara kamu bertindak terhadap makhluk Allah?”

Berkata Iblis ; “Ya Nabi Allah, aku dengan makhluk Allah ada beberapa cara dan tektik yang aku gunakan mengikut keperluan semasa seperti berikut ;

Pertama :” Terhadap perempuan-perempuan aku akan naikkan nafsu dan syahwatnya dengan merenggangkan kedua peha kepada lelaki yang bukan suaminya, sehingga setengahnya itu mengeluarkan benih yang salah (menjadi anak zina) yang dikeji oleh Allah.”

Oleh itu setiap wanita yang beriman dan solehah perlulah istiqamah dengan pakaian yang menutup aurat, biarlah orang kata tidak maju dan ketinggalan zaman tetapi yang penting adalah keredaan Allah SWT. Ingatlah hidup di dunia hanya sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Berat seksaannya di hari akhirat nanti akan diterima oleh wanita yang suka mendedahkan auratnya di dunia ini.

Friday, January 13, 2012

Dua Belas Golongan Yang Mendapat Doa Para Malaikat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada hari kiamat nanti, para malaikat akan memberikan syafaat, sebagaimana dijelaskan di dalam Sahih Muslim dan yg lainnya. Para malaikat juga akan memberikan syafaat di dunia, yg mana mereka akan memohonkan ampunan untuk semua orang mukmin. Di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, telah dijelaskan tentang dua golongan iaitu:

Pertama; golongan orang yg berbahagia, yakni mereka yg didoakan oleh para malaikat, dan

Kedua; golongan orang yg sengsara, yakni mereka yg dilaknat oleh para malaikat.

Apakah ciri-ciri golongan yang didoakan oleh para malaikat?

1) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci" (Hadis Riwayat  Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37)

2) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia'." (Hadis Riwayat Muslim  dari Abu Hurairah r.a., Sahih Muslim no. 469)

3) Org-org yg berada di saf barisan depan ketika solat berjamaah.

Rasulullah SAW.  bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan"(Hadis Riwayat Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4) Orang-orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf" (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/272)

5) Para malaikat mengucapkan 'Aamiiin' ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan di ampuni dosanya yang masa lalu" (Hadis Riwayat Bukhari  dari Abu Hurairah r.a., Sahih Bukhari no. 782)

6) Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu di antara kalian selama dia ada di dalam tempat solat dimana dia melakukan solat, selama dia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata: 'Ya Allah, ampunilah dan sayangilah dia' " (Hadis Riwayat Ahmad  dari Abu Hurairah r.a., Al-Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

7) Orang-orang  yg melakukan Solat Subuh dan Solat Asar secara berjamaah.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Para malaikat berkumpul pada saat Solat Subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu Solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga Solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat' " (Hadis Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a., Al-Musnad no. 9140, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8) Orang yg mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiiin' dan engkau pun mendapatkan apa yang dia dapatkan." (Hadis Riwayat Muslim dari Ummud Darda' r.a., Sahih Muslim no. 2733)

9) Orang-orang yang berinfaq di jalan Allah.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut' "
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim  dari Abu Hurairah r.a., Sahih Bukhari no. 1442 dan Sahih Muslim no. 1010)

10) Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Thabrani  dari Abdullah bin Umar r.a., hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhiib wat Tarhiib I/519)

11) Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW.  bersabda maksudnya : "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang pada bila-bila masa sahaja hingga petang dan di waktu malam pada bila-bila masa sahaja hingga subuh"(Hadis Riwayat Ahmad dari Ali bin Abi Thalib k.w, Al-Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkata, "Sanadnya sahih")

12) Seseorang yg sedang mengajarkan kebaikan kepada  orang lain.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya, dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain"
(Hadis Riwayat Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a., disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Kitab Sahih At-Tirmidzi II/343)

Sahabat yang dimuliakan,
Allah SWT. berfirman maksudnya :  "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang-orang yang diredai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya" (Surah  Al-Anbiyaa' ayat 26-28)

Begitu mulianya kedudukan para malaikat, kerana mereka termasuk dalam golongan makhluk Allah SWT  yang selalu dikabulkan doanya. Para malaikat tidak pernah berbuat sesuatu kecuali berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. Ini juga bermakna, para malaikat tidak pernah mendoakan seorang hamba kecuali orang-orang yang diredai oleh  Allah SWT. Maka lakukankanlah amalan-amalan yang membolehkan kita mendapat tempat dalam golongan orang-orang yang didoakan oleh para malaikat.

Thursday, January 12, 2012

Laksanakanlah Lima Perkara Semoga Mendapat Kebaikannya Di sisi Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah tidak akan memberikan seseorang lima hal kecuali disediakan untuknya lima hal yang lain (sebagai balasannya) diantaranya :

1. Allah tidak akan memberikan syukur kecuali telah Ia sediakan tambahan nikmat untuknya.

2. Allah tidak akan memberikan doa kecuali disiapkan terkabulnya doa tersebut untuknya.

3. Allah SWT tidak akan memberikan istighfar (permintaan ampunan) kecuali disediakan untuknya pengampunan.

4. Allah SWT tidak akan memberikan taubat kecuali telah disediakan untuk-nya penerimaan taubat tersebut.

5. Allah SWT tidak akan memberikan sedekah (zakat) kecuali telah disiapkan penerimaan untuknya."

Huraiannya :

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT telah menyuruh kita melaksanakan lima hal (suruhan) kemudian Dia sediakan pula lima hal (sebagai balasan) untuk kebaikan hamba-hamba-Nya.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Allah tidak akan memberikan syukur kecuali telah Ia sediakan tambahan nikmat untuknya.

Allah berfirman bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat Ku. ”
(Surah al-Baqarah, ayat 152).

Jika kita bersyukur kepada Allah SWT maka Dia akan menambahkan lagi  nikmat dan rezeki kepada kita sebagimana firman-Nya yang maksud : " Jika kalian bersyukur nescaya akan Ku tambah nikmat Ku untuk kalian" (Surah Ibrahim ayat 7) 

2. Allah tidak akan memberikan doa kecuali disiapkan terkabulnya doa tersebut untuknya.

Doa adalah senjata orang mukmin. Dalam kehidupan seorang mukmin, dia sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT tanda pergantungan yang mutlak dan bertawakal kepada-Nya. 

Firman Allah SWT :

ۧۯْŰčُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ ŰȘَ۶َ۱ُّŰčًۧ وَŰźُفْيَŰ©ً Ű„ِنَّهُ لَۧ يُŰ­ِŰšُّ Ű§Ù„ْمُŰčْŰȘَŰŻِينَ (55)

Maksudnya : "Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
(Surah al-A'raaf (7) ayat 55)

Ayat ini mengandung adab-adab dalam berdoa kepada Allah SWT. Berdoa adalah suatu munajat antara seorang hamba dengan Tuhannya untuk menyampaikan suatu permintaan agar Allah SWT dapat mengabulkannya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku kabulkan (doamu)" (Surah al-Ghofir ayat 60)

3. Allah SWT tidak akan memberikan istighfar (permintaan ampunan) kecuali disediakan untuknya pengampunan.

Nabi SAW. sentiasa beristighfar sebanyak 100 kali sehari. Maka kita sebagai hamba Allah yang sentisa melakukan dosa dan kesalahan perlulah lebih banyak lagi daripada Nabi SAW. kerana baginda maksum sedangkan kita tidak maksum.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).

Istighfar sebagai penebus dosa, dalam satu riwayat  Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam  pernah bersabda:

مَنْ Ù‚Ű§َلَ ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ Ű§Ù„ŰčَŰžِيْمِ َۧلَّŰ°ِي Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ هُوَ Ű§Ù„ْŰ­َيُّ Ű§Ù„ْقَيُوْمُ وَ ŰŁَŰȘُوْŰšُ Ű„ِلَيْهِ
 
Maksudnya : "Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" (Hadis Riwayat Al Hakim)

Jelaslah bahwa dengan beristighfar Allah akan mengampuni dosa-dosa seorang hamba,  sekalipun seperti buih di lautan, atau sebanyak tumpukan pasir, atau dedaunan pohon, atau hari-hari di dunia. Inilah ayat Allah SWT. yang menegaskan adanya pengampunan dosa bagi hamba yang berdosa.

Firman Allah SWT maksudnya : "Mintalah pengampunan kepada Tuhan kalian maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun" (Surah Nuh ayat 10)

4. Allah SWT tidak akan memberikan taubat kecuali telah disediakan untuk-nya penerimaan taubat tersebut.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
 (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu siang untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu malam, dan membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu malam untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu siang. Hal ini berkekalan sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat." (Hadis Riwayat Muslim)
Telah diriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : " Telah tertulis disekeliling Arsy empat ribu tahun sebelum dunia diciptakan "Sesungguhnya Aku (Allah) adalah Zat yang Maha Pengampun bagi siapa saja yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh kemudian mengambil petunjuk-Ku" (Hadis Riwayat Al-Dailami.)

5. Allah SWT tidak akan memberikan sedekah (zakat) kecuali telah disiapkan penerimaan untuknya.
Zakat Syar'ie kadang kala dinamakan sedekah di dalam bahasa al-Quran dan Hadis sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud : "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan mensucikan mereka dan doakanlah untuk mereka, sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah at-Taubah ayat 103).

Manakala di dalam Hadis Sahih pula, Rasulullah SAW  bersabda kepada Muaz ketika baginda mengutuskannya ke Yaman: "Beritahulah kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan mereka mengeluarkan sedekah (zakat) dari harta mereka, sedekah tersebut diambil daripada orang yang kaya di kalangan mereka dan diberikan kepada orang-orang yang miskin di kalangan mereka." (Hadis ini dikeluarkan oleh jemaah ahli hadis.‏)
Telah diriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : "Setiap orang berada pada bayang-bayang sedekah (zakat) nya sehingga tersampaikan diantara manusia"
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita melaksanakan lima perkara iaitu bersyukur, berdoa, beristighfar, bertaubat dan mengeluarkan zakat. Kerana di atas kelima-lima perkara ini setiap satu terdapat ganjaran dan kebaikannya yang disediakan oleh Allah SWT. Sekiranya kita gagal melaksanakannya kita akan mendapat kemurkaan daripada Allah SWT.

Segala Peristiwa Yang Berlaku di Muka Bumi Semuanya di Atas Kehendak Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibnu Abbas berkata :”Pada suatu hari, aku di belakang (dibonceng) Nabi SAW. Baginda bersabda :”Hai anak muda, aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat : Jagalah (agama) Allah, nescaya Allah akan menjagamu, jagalah (agama) Allah, nescaya Allah selalu bersamamu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah. Jika kamu memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, jika seluruh manusia berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditulis Allah untukmu. Jika mereka berkumpul untuk memberikan madarat kepadamu, maka mereka tidak akan boleh memberikan madarat, kecuali yang telah ditulis Allah untukmu. Pena telah diangkat dan lembarannya telah kering” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Berdasarkan hadis ini jelaslah kepada kita bahawa Nabi SAW telah memberi beberapa pengajaran untuk fahami, dihayati dan di amalkan iaitu :

Pertama : Jagalah (agama) Allah, nescaya Allah akan menjagamu

Kedua : Jagalah (agama) Allah, nescaya Allah selalu bersamamu.

Ketiga : Jika kamu meminta , mintalah kepada Allah.

Keempat : Jika kamu memohon pertolongan , mohonlah pertolongan Allah

Kelima : Jika semua manusia berkumpul untuk memberi manfaatkepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditulis Allah untukmu.

Keenam : Jika mereka berkumpul untuk memberi mudarat kepadamu, maka mereka tidak akan boleh memberi mudarat, kecuali yang telah ditulis Allah untukmu. Pena telah diangkat dan lembarannya telah kering.

Huraiannya :

Pertama : Jagalah (agama) Allah, nescaya Allah akan menjagamu

Kedua : Jagalah (agama) Allah, nescaya Allah selalu bersamamu.

Nabi SAW memberi jaminan bahawa sekiranya kita menjaga agama Allah SWT, iaitu menuntut ilmu agama, memahaminya, mengamalkan dan menyampaikannya kepada orang lain maka Allah SWT akan menjaga kita dan akan sentiasa bersama dengan kita. Kita sentasa akan terpelihara daripada bala dan musibah, diberi kekuatan untuk berisitiqamah dan mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Jika kita gunakan diri, harta dan masa kita untuk dikorbankan demi membantu agama Allah maka Allah akan membantu kita dan memberi balasan syurga.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga” (Surah At Taubah ayat 111)

Ketiga : Jika kamu meminta , mintalah kepada Allah.

Keempat : Jika kamu memohon pertolongan , mohonlah pertolongan Allah

Jika kita mengharapkan  sesuatu bantuan dan pertolongan maka mintalah kepada Allah SWT kerana Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha Kaya dan mengkabulkan doa dan permohonan para hamba-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) : 'Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepada Ku supaya mereka mendapat petunjuk".
(Surah al-Baqarah ayat 186).

Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah SWT akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah SWT.

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.

Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah SWT dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan kerana sesungguhnya setiap doa akan dimakbulkan oleh Allah SWT samaada cepat atau lambat.

Kelima : Jika semua manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditulis Allah untukmu.

Keenam : Jika mereka berkumpul untuk memeberi mudarat kepadamu, maka mereka tidak akan boleh memberi mudarat, kecuali yang telah ditulis Allah untukmu. Pena telah diangkat dan lembarannya telah kering.

Jika semua manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditulis Allah untukmu. Jika mereka berkumpul untuk memberi mudarat kepadamu, maka mereka tidak akan boleh memberi mudarat, kecuali yang telah ditulis Allah untukmu. Pena telah diangkat dan lembarannya telah kering.

Jelaslah disini bahawa  untuk mendatangkan manfaat atau mudarat kepada seseorang maka semuanya adalah dengan izin Allah SWT. Manusia tidak memiliki apa-apa kuasa dan pengaruh. Jika manusia berusaha untuk memberi manfaat kepada orang lain maka jika berjaya itu adalah kerana bersesuaian dengan kehendak Allah SWT, begitu juga sebaliknya jika manusia ingin mendatangkan mudarat kepada seseorang sedangkan ianya tidak sesuai  dengan ketetapan Allah SWT maka manusia akan gagal sama sekali.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud: “Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada ibu segala suratan.”

Allah SWT berfirman maksudnya : “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.”(Surah Qaaf ayat 29)

Sahabat yang dimuliakan,
Manusia boleh merancang untuk mendatangkan mudarat kepada orang lain dengan memfitnah dan berkonspirasi untuk menjatuhkan seseorang muslim yang lain dengan berbagai-bagai cara samaada dengan membawa saksi palsu, membuat sumpah palsu dan mengemukakan bahan bukti yang di dimanipulasi secara tipu muslihat. Perlu diingat Allah SWT Maha Adil dan akan mengkabulkan doa hamba-Nya yang dizalimi, difitnah dan di aibkan maka Allah SWT mampu mengubah hati manusia (para hakim) supaya berlaku adil di saat-saat akhir. Maka semuanya berlaku dengan izin Allah SWT dan mengecewakan golongan fasik yang cuba menegakkan kebatilan dan membenarkan tuduhan palsu tanpa membawa saksi -saksi yang adil mengikut kehendak syarak.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah SWT berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tabrani - sanad hasan)

Ingatlah segala kebatilan dan kepalsuan akan kalah dan keadilan dan kebenaran akan datang dan ini adalah tanda pertolongan Allah SWT kepada hamba-Nya yang dizalimi dan akan mendatangkan azab kepada golongan fasik yang membuat kerosakan di muka bumi.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita dengan menjadi pembela agama Allah SWT di dunia ini , menegakkan keadilan kerana Allah SWT dan berdoa dan bertawakal hanya kepada-Nya. Ingatlah segala amalan dan perbuatan kita di dunia ini semuanya akan di hisab dan di nilai oleh Allah SWT di hari akhirat nanti. Jika kita melaksanakan sesuatu mengharapkan pangkat dan harta dunia dengan melakukan fitnah dan dosa besar maka tanggunglah akibatnya di hari akhirat nanti tetapi jika kita melakukan kebaikan dan amal soleh mengharapkan keredaan Allah SWT maka pasti kita akan mendapat kenikmatan dan syurga seluas langit dan bumi akan disediakan oleh Allah SWT.





Wednesday, January 11, 2012

Orang Mukmin Akan Merasai Kehadiran Malaikat Pencatat Amal Manusia dan Malaikat Rahmat dan Sentiasa Berwaspada Setiap Saat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah SWT. yang diciptakan daripada nur. Malaikat diciptakan Allah SWT adalah sebagai hamba suruhan-Nya dan melaksanakan arahan tanpa engkar. Allah SWT. mengutus dua malaikat untuk mencatat amal setiap manusia. Sebelah kanan malaikat pencatat amal kebaikan dan sebelah kiri malaikat pencatat amal keburukan manusia.

Salah satu daripada Rukun Iman adalah percaya kepada malaikat. Mengimani kewujudan malaikat pencatat amal merupakan kewajiban setiap Muslim. Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. " (Surah Qaf ayat 17-18)

Imam Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan dalam tafsirnya daripada Mujahid bin Jabr, seorang pakar tafsir daripada kalangan tabiin katanya : "Bersama setiap manusia ada dua malaikat. Satu malaikat dikanan dan satu malaikat dikirinya. Adapun malaikat yang berada disebelah kanannya, maka ia mencatat kebaikan. Sementara malaikat yang berada di sebelah kirinya, ia mencatat keburukan."

Kedua-dua malaikat ini sangat tekun melakukan kerjanya dan mencatat sekecil apapun ucapan dan perbuatan manusia sepanjanh hari. Pada waktu petang mereka akan menutup catatan amalan hari itu, lalu naik kelangit untuk melapurkan semuanya kepada Allah SWT. Tugas mencatat diserahkan kepada kedua-dua malaikat lain yang bertugas pada malam hari hingga pagi. Apabila berakhir masa tugas mereka, malaikat yang baru akan datang mengantikan tugas mereka, begitulah seterusnya.

Daripada Abu Hurairah sabda Nabi SAW yang bermaksud : " Saling bergantian (turun) kepada kamu para malaikat pada malam hari dan para malaikat pada waktu siang. Mereka berjumpa pada saat solat Subuh dan solat Asar. Kemudian malaikat yang telah tinggal bersama kamu naik kelangit dan ditanya oleh Tuhannya - padahal Ia lebih mengetahui, 'Apa yang sedang hamba-Ku lakukan sewaktu kamu tinggalkannya?' .Mereka menjawab : 'Ketika kami tinggalkan, mereka sedang solat. Dan ketika kami datang mereka juga sedang solat'." (Hadis Riwayat Bukhari dan  Muslim).

Dalam riwayat yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Allah Azzawajalla tidak pernah tidur, dan tidak layak bagi-Nya tidur. Ia selalu mengangkat dan menurunkan timbangan (untuk menyukat rezeki manusia). Di angkat kepadanya amalan malam sebelum amalan siang, dan amalan siang sebelum amalan malam."

Oleh sebab itu, Saydina Abdullah bin Abbas pernah berkata : " Allah SWT  menjadikan bersama manusia dua orang malaikat pencatat (hafiz) pada waktu malam dan dua malaikat pencatat pada waktu siang. Mereka mencatat dan menyimpan setiap amal perbuatannya." (Hadis Riwayat al-Tabari)

Berbagai hadis daripada Nabi SAW. menceritakan bahawa para malaikat pencatat amal ini sangat cinta dan sayang kepada manusia. Merka sangat suka melihat manusia melakukan ketaatan sehingga mereka akan mencatatkannya menjadi sepuluh kebaikan atau lebih. Hadis-hadis tentang ini sangat banyak sebahagiannya di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Bahkan satu langkah menuju masjid ditulis menjadi sepuluh kebaikan. Ibn Hibban dan al-Hakim meriwayatkan daripada 'Uqbah bin 'Amir al-Juhani sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Jika seseorang bersuci lalu ia berjalan ke masjid untuk menunggu solat, maka malaikat mencatat baginya sepuluh kebaikan untuk setiap langkahnya. Orang yang duduk menunggu solat dicatat seperti seseorang yang sedang melakukan solat. Ia akan terus dicatat sedang melakukan solat sejak keluar rumah hingga kembali kepadanya."

Membaca al-Quran hingga khatam merupakan amalan yang disukai malaikat. Imam Ahmad bin Marwan al-Dinawari dalam kitab al-Mujalasah meriwayatkan ucapan Sufyan al-Thauri, " Jika seorang manusia mengkhatamkan al-Quran, malaikat mencium keningnya."

Setiap malam, malaikat ini akan bergaduh dengan syaitan untuk merebut hak penjagaan manusia. Imam al-Nasa'i meriwayatkan dan disahihkan oleh Ibn Hibban, daripada Jabir sabda Nabi SAW yang bermaksud ; "Jika seorang manusia mendekati tempat tidurnya,malaikat dan syaitan segera mendekatinya. Malaikat berkata : 'Tutuplah (amalmu) dengan kebaikan.' Syaitan berkata : 'Tutuplah dengan keburukan'. Jika ia menyebut nama Allah lalu tidur, malaikat itu menjaganya hingga pagi..."

Begitulah cintanya kepada amal kebaikan manusia, malaikat ini bahkan terus mencatat perbuatan baik yang biasa dilakukan manusia meskipun orang itu tidak lagi dapat melakukannya kerana sesuatu halangan.

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah SAW  bersabda yang bermak­sud: "Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan den­gan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan aku pun. Akan tetapi Allah menolong aku daripada gangguannya, maka tidak­lah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan."

Dijelaskan juga dalam hadis  bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik seman­gat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukan­lah badan kasar, melainkan roh manusia jua.

Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pen­garuh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan.

Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nisai demikian maksudnya : "Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gang­guan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan sen­tuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka sesiapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah dan terima kasihlah ia kepada-Nya."

Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hen­daklah berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca syaitan menyu­ruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.

Dalam banyak hadis menjelaskan bahawa malaikat rahmat akan hadir dirumah yang sering dibacakan al-Quran di dalamnya dan banyak melakukan solat-solat sunat. Malaikat rahmat akan mendoakan kesejahteraan dan akan menaungi mukmin yang keluar rumahnya untuk solat berjemaah di masjid dan juga untuk menuntut ilmu agama. Sebaliknya pula syaitan akan mendampingi mereka yang suka berhibur dan melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama meningkatkan amal soleh, amal ibadah dan amal kebajikan dalam rangka mencari keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Malaikat yang diutuskan oleh Allah SWT dimuka bumi ini akan menjadi saksi di hari akhirat dan akan mencatat amal kebaikan dan keburukan kita begitu juga malaikat rahmat akan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kita dan memberikan rezeki dengan izin Allah SWT. Oleh itu perlulah kita berwaspada setiap detik dan saat supaya sentiasa melakukan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

Monday, January 9, 2012

Perbaiki Amal Zahir dan Batin Kalian Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunia ini adalah umpama persinggahan tempat rawat dan rehat (R & R). Perhentian sementara untuk membersihkan diri, tidur seketika, solat, qada hajat, makan, minum, isi minyak kenderaan dan memeriksa kenderaan. Distinasi sebenar masih jauh lagi, masih memerlukan komitmen untuk meneruskan perjalanan supaya tidak tergendala di pertengahan jalan. Sekiranya di R & R kita leka dan tidak menggunakan masa yang ada untuk mengemaskan diri dan kenderaan, di khuatiri diperjalanan yang jauh berlaku kemalangan disebabakan mengantuk atau kerosakan dan kehabisan minyak kenderaan.

Oleh itu kalian perlulah sedar bahawa di dunia yang sementara ini, Allah SWT telah memberi masa yang cukup untuk kita persiapkan diri dengan amalan-amalan soleh, amal ibadah, jihad dan pengorbanan, menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan  mengutamakan amalan-amalan kerohanian yang tinggi.

Untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah SWT yang di redai-Nya maka amalan zahir dan batin perlu berjalan serentak tidak boleh di pisahkan, umpama isi dengan kuku atau malam dengan siang . Diantara satu dengan lain saling lengkap melengkapi. Sekiranya salah satu daripadanya cacat atau tidak berfungsi maka akan berlakulah ketempangan dan tidak berlaku keseimbangan.

Sahabat yang dimuliakan,
Amalan zahir yang utama terletak pada Rukun Islam yang lima iaitu mengucap dua kalimah syahadah (Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya), solat fardu lima waktu, puasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan fardu haji ke Baitullah (jika ada kemampuan). Amalan zahir yang lain yang dituntut untuk di laksanakan umpama solat sunat, puasa sunat, sedekah, membaca al-Quran, membantu orang Islam lain dari kesusahan , berdakwah dan mengerjakan amar makruf nahi mungkar dan lain-lain lagi.

Amalan batin yang dituntut adalah khusyuk dalam solat, ikhlas, bertakwa, bertawakkal, tawaduk, rasa takut (khauf), rasa mengharap (rojak), baik sangka, syukur, sabar dan membina sifat-sifat mahmudah yang terdapat dalam hati.

Berhati-hatilah kalian di dalam melaksanakan syariat lahir dan batin, janganlah dicampur adukkan di antara kebaikan dan kemungkaran. Satu masa melakukan ketaatan dan pada masa yang lain melakukan kemungkaran, dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Umpamanya melakukan perintah fardu di samping amalan sunat, adakalanya pemurah dan lemah lembut, tetapi dalam masa yang sama kehidupannya masih lagi terlibat dengan riba, mendedahkan  aurat, pergaulan bebas, mengumpat, memfitnah, mencerca, sombong dan cinta dunia.

Imam al-Ghazali ada berkata : "Kalau kamu tidak boleh (belum mampu) bangun untuk solat tahajud malam (amalan sunat), jangan buat dosa (haram) di siang hari. Kerana tidak ada gunanya berbakti kepada Allah di malam hari (tahajud) tetapi derhaka (buat perkara haram) di siang hari."

Sahabat ada menceritakan pada Nabi SAW. peribadi seorang wanita, iaitu pada siang harinya ia berpuasa sunat dan pada malam harinya ia solat tahajud, tetapi ia suka menyakiti hati jirannya, maka Nabi SAW. menyatakan bahawa tempat tinggal wanita itu adalah di neraka! nauzubillah.

Nabi SAW pernah bersabda maksudnya: "Siapa yang beriman kepada Allah SWT. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dihormati,
Janganlah kalian menjadi seperti seorang yang banyak mengerjakan amalan-amalan lahir tetapi cuai terhadap amalan-amalan batin. Pada zahirnya nampak sempurna, baik, warak, sopan santun, lemah lembut tetapi hatinya penuh hasat dengki, buruk sangka, sombong, bakhil, riak, ujub, cinta dunia, mementingkan diri dan lain-lain lagi. Selain itu ia juga suka menghina dan memandang rendah kepada orang yang kurang ibadah, kerana menyangka dirinya hebat. Dia rasa tenang dan senang dengan ibadahnya dan rasa yakin akan selamat di hari akhirat. Ia menyangka dengan amalannya pasti Allah SWT akan berinya kedudukan yang mulia di dalam syurga.

Hakikat sebenarnya orang seperti ini di anggap derhaka pada Allah dalam amalan taatnya dan ia sebenarnya jauh dari Allah SWT dan hatinya terputus dengan Allah SWT.

Oleh itu dalam menilai amalan, biarlah amalan kalian sedikit walaupun sekadar buat yang fardu dan sedikit yang sunat sahaja, tetapi di hati tersemat rasa takut pada Allah SWT. dan merasai tawaduk dan ikhlas. Walaupun amalan sunat dan ibadah seseorang nampak hebat, tetapi selagi hatinya tidak zuhud dengan dunia, masih ada riak dan ujub selama itu ibadahnya tidak ada nilai di sisi Allah SWT. dan belum tentu Allah SWT terima amalan tersebut.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Ada pun orang yang enggan dan menyombongkan diri maka Allah akan menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih."
(Surah Al-Nisaa ayat 173).

Rasulullah SWT. bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya yang amat aku takuti sekali di antara segala perkara yang terjadi ke atas kamu ialah syirik kecil." Sahabat bertanya : "Apakah syirik kecil itu?" Baginda SAW. menjawab : "Ialah riak (beramal dengan tidak ikhlas) kerana menunjuk-nunjukkan amalan." Kemudian baginda SAW  menyambung : "Di akhirat kelak, iaitu sewaktu setiap manusia melihat amalannya, Allah SWT .berfirman yang bermaksud : "Pergilah kamu semua kepada sesuatu yang kamu niatkan (menunjuk-nunjukkan ) amalan kamu ketika di dunia. Lihatlah apa yang kamu  boleh perolehi balasan dari mereka itu." (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi).

Nabi SAW  pernah bersabda maksudnya: "Tidak akan masuk neraka orang yang didalam hatinya ada seberat biji sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang didalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong" (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah maksudnya :"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawasanya manusia yang pertama dipanggil untuk diadili di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Dia datang kepada Allah TuhanNya sambil dia sendiri telah mengetahui nikmat apa yang akan diterimanya. Allah bertanya kepadanya apakah amal kamu? "Jawabnya aku berperang untukmu hingga aku mati syahid". Allah berkata kepadanya "engkau bohong, engkau berperang agar manusia mengatakan engkau seorang gagah, berani dan engkau sudah dikatakan begitu sebagaimana yang engkau kehendaki. Kemudian orang itu dihela masuk ke neraka"

Sahabat yang dikasihi,
Akhirkata, pertingkatkanlah amalan kalian samaada yang zahir dan batin. Laksanakanlah dengan hati yang ikhlas dan tawaduk, tanpa mengharapkan pujian dan sanjungan manusia, nescaya amalan kalian akan diterima dan diredai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.








Sunday, January 8, 2012

Amalakan Doa Bangun Daripada Tidur dan Memahami Hikmah di Dalam Doa Tersebut


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Tidur adalah satu nikmat dan rezeki daripada Allah SWT kepada setiap manusia. Seseorang yang bermasaalah untuk tidur dengan sempurna akan mengundang penyakit dan mengalami tekanan perasaan dan hidupnya tidak akan selesa dan berbahagia. Sebaliknya pula jika seseorang terlalu banyak tidur juga akan mengakibatkan lemah badan dan mengundang berbagai penyakit rohani dan jasmani.

Allah SWT menjadikan siang untuk bertebaran mencari rezeki dan di waktu malam untuk tidur dan beristirehat dan juga sebahagian daripada malam diperuntukkan untuk solat tahajud , berdoa dan beristighfar kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.”
( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

Rasulullah SWT telah mengajar kita satu doa apabila bangun sahaja daripada tidur iaitu :

َۧلْŰ­َمْŰŻُ ِللهِ Ű§Ù„َّŰ°ِى ŰŁَŰ­ْيَŰ§Ù†َۧ ŰšَŰčْŰŻَمَۧ ŰŁَمَۧŰȘَنَۧ وَŰ„ِلَيْهِ Ű§Ù„Ù†ُّŰŽُÙˆŰ±ُ

(alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur)

Maksudnya : :Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit"

Doa ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang di ambil dari Kitab Riadus Salihin :

Űčَنْ Ű­ُŰ°َيْفَŰ©َ وَŰŁَŰšِÙ‰Ű°َ۱ٍّ ۱َ۶ِىَŰ§Ù„Ù„ّهُŰčَنْهُمَۧ قَŰ§Ù„َ : كَŰ§Ù†َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű„ِŰ°ََۣۧوَى Ű„ِلىَ فِ۱َۧێِهِ قَŰ§Ù„َ :  Űšِۧ۳ْمِكَ Ű§Ù„Ù„ّهُمَّ ŰŁَŰ­ْيَŰ§ÙˆَŰŁَمُوŰȘُ ، وَŰ„ِŰ°َۧۧ۳ْŰȘَيْقَŰžَ قَŰ§Ù„َ : َۧلْŰ­َمْŰŻُ ِللهِ Ű§Ù„َّŰ°ِى ŰŁَŰ­ْيَŰ§Ù†َۧ ŰšَŰčْŰŻَمَۧ ŰŁَمَۧŰȘَنَۧ وَŰ„ِلَيْهِ Ű§Ù„Ù†ُّŰŽُÙˆŰ±ُ . ۱َوَŰ§Ù‡ُ Ű§Ù„ْŰšُŰźَۧ۱ِىُّ

Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : "Adalah Rasulullah SAW. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Hadis Riwayat Bukhari)

Setelah membaca doa bangun tidur diikuti pula doa berikutnya :

 
Maksudnya:  "Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagiNya kekuasaan dan bagi-Nya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku."

Sahabat yang dimuliakan,
Doa bangun tidur mempunyai maksud yang mendalam untuk kita fahami dan hayati dalam kehidupan kita.

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit."

Huraiannya :

Segala puji-pujian hanya diberikan kepada Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang Maha Berkuasa di seluruh alam semesta. Allah SWT menciptakan langit dan bumi dengan penciptaan yang Maha Sempurna tidak terdapat cacat-celanya. Semua makhluk yang berada di langit dan bumi berzikir dan memuji keagungan Allah SWT.

Allah SWT Maha Berkuasa menghidupkan dan mematikan manusia dan semua makhuk ciptaan-Nya. Tidur adalah sebahagian daripada mati kerana orang yang sedang tidur tidak mampu untuk makan, minum, bersolat, berkata-kata malahan ia tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Kita sepatutnya bersyukur dan memuji Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya telah mengizinkan kita bangun daripada tidur dan dapat mengecapi hidup di dunia ini. Betapa ramai manusia yang sedang tidur tetapi dengan tidurnya adalah saat kematiannya dan tidak bangun lagi kerana rohnya sudah dikeluarakan daripada jasadnya dan kembalilah ia menghadap Tuhannya.

Oleh itu kita perlulah membuat persiapan sebelum tidur kerana ditakuti itulah tidur kita yang terakhir dan tidak akan bangun-bangun lagi di dunia ini dan bangun sahaja rupa-rupanya sudah berada di alam barzakh, maka ketika ini tidak guna lagi penyesalan apabila amal soleh yang kita bawa terlalu sedikit sedangkan dosa dan maksiat yang dibawa banyak menggunung. Di bimbangi tidak mampu hendak menjawab soalan Malaikat Munkar dan Nakir.!

Amalan-amalan sebelum tidur :

1.. Tidur dengan berwuduk terlebih dahulu. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW: “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Memulai tidur dengan membaringkan tubuh ke sisi sebelah kanan sebagaimana dalam hadis di atas.

3. Tidak tidur dengan tengkurap, berdasarkan sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya itu adalah cara tidur yang dimurkai Allah ‘azza wa jalla”. (Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad yang shahih)

4. Mengumpulkan kedua telapak tangannya. Kemudian ditiup dan dibacakan: surat Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Kemudian dengan kedua telapak tangan tadi mengusap tubuh yang dapat dijangkau dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Mengibaskan tempat tidur dengan ujung sarung atau dengan pakaiannya sebanyak tiga kali. (Hadis Riwayat Bukhari).

6. Membaca doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah, seperti membaca do’a “Bismika Allahumma amuutu wa ahyaa (Dengan menyebut nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup)” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Dianjurkan membaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 33 kali atau 34 kali ketika hendak tidur, sebagaimana sabda beliau kepada Ali bin Abi Thalib dan istrinya ketika mereka hendak tidur, “Maka bacalah tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, dan takbir tiga puluh tiga kali” dan dalam riwayat lain “takbirlah tiga puluh empat kali”
(Hadis Riwayat Bukhari).

8. Dianjurkan juga membaca ayat kursi, membaca dua ayat terakhir surat Al-Baqarah atau membaca surat Ali ‘Imran ayat 190-200.(Hadis Riwayat Bukhari).

9. Banyakkan beristighfar dan memohon kempunan kepada Allah SWT dan memaafkan kesalahan orang lain kepada kita.

Sahabat yang dihormati,
Membaca doa bangun daripada tidur sebenarnya mengingatkan kita bahawa akan datang kita akan dibangunkan daripada tidur sebanyak dua kali iaitu :

Pertama, ketika kita baru sahaja kematian dan apabila dibangunkan di alam barzakh maka datangkan dua malaikat yang akan menyoal siasat setiap manusia samaada yang beriman atau berdosa ketika ini hanya amalan soleh kita sahaja yang akan menjawab dan memberi pembelaan. 

Apabila mayat dikebumikan dikubur, maka dia akan tinggal keseorangan melainkan yang akan menemaninya adalah amalannya ketika di dunia. Jika banyak amal solehnya maka dia akan merasa gembira dan berbahagia, tetapi jika dia membawa amalan dosa dan maksiat dan tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT maka dia akan berdukacita , sedih dan merasai amat takut untuk berhadapan dengan malaikat Munkar dan Nakir.

Malaikat yang menanyakan persoalan di amal barzakh adalah Malaikat Munkar Dan Nakir. Malaikat Munkar dan Nakir bertugas menanyai mayat dalam alam kubur tentang siapa Tuhannya, apa agamanya dan siapa nabinya.  Sedangkan dalam suatu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah menjelaskan bahwa al-Qaulu as-Tsabit dalam al-Quran Surah Ibrahim ayat 27 adalah jawaban orang Islam terhadap pertanyaan Malaikat di dalam alam kubur.

Firman Allah SWT maksudnya : "Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh (al-Qaulu as-Tsabit) (dalam kehidupan ) di dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim, dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki" (Surah Ibrahim ayat 27)

Asbabun Nuzaul ayat 27 :

Al-Barra' r.a menyatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan tentang azab kubur dan keadaan yang terjadi di alam kubur. (Hadis sahih riwayat Nasai)

 Firman Allah SWT :

A019

Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"(Surah Qaaf (50) ayat 19)

Kedua, ketika berlakunya kiamat semua ahli kubur dan manusia yang hidup dimuka bumi ketika berlakunya kiamat akan mati dan akan dihidupkan dan dibangkitkan oleh Allah SWT untuk dihimpunkan di perhimpunan besar iaitu Padang Mahsyar.

 Firman Allah SWT :


A020

Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan." (Surah Qaaf (50) ayat 20)

A021

Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi." (Surah Qaaf ayat 21)

Sahabat yanmg dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita setiap sahaja bangun daripada tidur bacalah doa dan insaflah bahawa keadaan yang sama nantinya akan berlaku kepada diri kita iaitu di alam barzakh dan di waktu kiamat nanti dibangunkan dan akan disoal setiapa amalan dan perbuatan kita semasa hidup di dunia. Jika di dunia kita banyak melakukan maksiat dan dosa, kezaliman kepada orang lain, tidak adil semasa memutuskan hukuman, menentang hukum-hukum Allah SWT dan benci kepada kehidupan cara Islam dan menghina ulama dan para pendakwah Islam. Maka tunggulah akibat yang dahsyat hukuman yang disediakan oleh Allah SWT di alam barzakh dan hari akhirat nanti. Seksaan di alam barzakh pun sudah tidak mampu menanggung azab sengsara apatah lagi seksaan di neraka Jahanam.