Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah SWT. yang diciptakan daripada nur. Malaikat diciptakan Allah SWT adalah sebagai hamba suruhan-Nya dan melaksanakan arahan tanpa engkar. Allah SWT. mengutus dua malaikat untuk mencatat amal setiap manusia. Sebelah kanan malaikat pencatat amal kebaikan dan sebelah kiri malaikat pencatat amal keburukan manusia.
Salah satu daripada Rukun Iman adalah percaya kepada malaikat. Mengimani kewujudan malaikat pencatat amal merupakan kewajiban setiap Muslim. Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. " (Surah Qaf ayat 17-18)
Imam Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan dalam tafsirnya daripada Mujahid bin Jabr, seorang pakar tafsir daripada kalangan tabiin katanya : "Bersama setiap manusia ada dua malaikat. Satu malaikat dikanan dan satu malaikat dikirinya. Adapun malaikat yang berada disebelah kanannya, maka ia mencatat kebaikan. Sementara malaikat yang berada di sebelah kirinya, ia mencatat keburukan."
Kedua-dua malaikat ini sangat tekun melakukan kerjanya dan mencatat sekecil apapun ucapan dan perbuatan manusia sepanjanh hari. Pada waktu petang mereka akan menutup catatan amalan hari itu, lalu naik kelangit untuk melapurkan semuanya kepada Allah SWT. Tugas mencatat diserahkan kepada kedua-dua malaikat lain yang bertugas pada malam hari hingga pagi. Apabila berakhir masa tugas mereka, malaikat yang baru akan datang mengantikan tugas mereka, begitulah seterusnya.
Daripada Abu Hurairah sabda Nabi SAW yang bermaksud : " Saling bergantian (turun) kepada kamu para malaikat pada malam hari dan para malaikat pada waktu siang. Mereka berjumpa pada saat solat Subuh dan solat Asar. Kemudian malaikat yang telah tinggal bersama kamu naik kelangit dan ditanya oleh Tuhannya - padahal Ia lebih mengetahui, 'Apa yang sedang hamba-Ku lakukan sewaktu kamu tinggalkannya?' .Mereka menjawab : 'Ketika kami tinggalkan, mereka sedang solat. Dan ketika kami datang mereka juga sedang solat'." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Allah Azzawajalla tidak pernah tidur, dan tidak layak bagi-Nya tidur. Ia selalu mengangkat dan menurunkan timbangan (untuk menyukat rezeki manusia). Di angkat kepadanya amalan malam sebelum amalan siang, dan amalan siang sebelum amalan malam."
Oleh sebab itu, Saydina Abdullah bin Abbas pernah berkata : " Allah SWT menjadikan bersama manusia dua orang malaikat pencatat (hafiz) pada waktu malam dan dua malaikat pencatat pada waktu siang. Mereka mencatat dan menyimpan setiap amal perbuatannya." (Hadis Riwayat al-Tabari)
Berbagai hadis daripada Nabi SAW. menceritakan bahawa para malaikat pencatat amal ini sangat cinta dan sayang kepada manusia. Merka sangat suka melihat manusia melakukan ketaatan sehingga mereka akan mencatatkannya menjadi sepuluh kebaikan atau lebih. Hadis-hadis tentang ini sangat banyak sebahagiannya di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Bahkan satu langkah menuju masjid ditulis menjadi sepuluh kebaikan. Ibn Hibban dan al-Hakim meriwayatkan daripada 'Uqbah bin 'Amir al-Juhani sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Jika seseorang bersuci lalu ia berjalan ke masjid untuk menunggu solat, maka malaikat mencatat baginya sepuluh kebaikan untuk setiap langkahnya. Orang yang duduk menunggu solat dicatat seperti seseorang yang sedang melakukan solat. Ia akan terus dicatat sedang melakukan solat sejak keluar rumah hingga kembali kepadanya."
Membaca al-Quran hingga khatam merupakan amalan yang disukai malaikat. Imam Ahmad bin Marwan al-Dinawari dalam kitab al-Mujalasah meriwayatkan ucapan Sufyan al-Thauri, " Jika seorang manusia mengkhatamkan al-Quran, malaikat mencium keningnya."
Setiap malam, malaikat ini akan bergaduh dengan syaitan untuk merebut hak penjagaan manusia. Imam al-Nasa'i meriwayatkan dan disahihkan oleh Ibn Hibban, daripada Jabir sabda Nabi SAW yang bermaksud ; "Jika seorang manusia mendekati tempat tidurnya,malaikat dan syaitan segera mendekatinya. Malaikat berkata : 'Tutuplah (amalmu) dengan kebaikan.' Syaitan berkata : 'Tutuplah dengan keburukan'. Jika ia menyebut nama Allah lalu tidur, malaikat itu menjaganya hingga pagi..."
Begitulah cintanya kepada amal kebaikan manusia, malaikat ini bahkan terus mencatat perbuatan baik yang biasa dilakukan manusia meskipun orang itu tidak lagi dapat melakukannya kerana sesuatu halangan.
Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan aku pun. Akan tetapi Allah menolong aku daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan."
Dijelaskan juga dalam hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh manusia jua.
Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan.
Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nisai demikian maksudnya : "Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gangguan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka sesiapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah dan terima kasihlah ia kepada-Nya."
Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hendaklah berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca syaitan menyuruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.
Dalam banyak hadis menjelaskan bahawa malaikat rahmat akan hadir dirumah yang sering dibacakan al-Quran di dalamnya dan banyak melakukan solat-solat sunat. Malaikat rahmat akan mendoakan kesejahteraan dan akan menaungi mukmin yang keluar rumahnya untuk solat berjemaah di masjid dan juga untuk menuntut ilmu agama. Sebaliknya pula syaitan akan mendampingi mereka yang suka berhibur dan melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama meningkatkan amal soleh, amal ibadah dan amal kebajikan dalam rangka mencari keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Malaikat yang diutuskan oleh Allah SWT dimuka bumi ini akan menjadi saksi di hari akhirat dan akan mencatat amal kebaikan dan keburukan kita begitu juga malaikat rahmat akan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kita dan memberikan rezeki dengan izin Allah SWT. Oleh itu perlulah kita berwaspada setiap detik dan saat supaya sentiasa melakukan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

No comments:
Post a Comment