Saturday, April 6, 2013

Malaikat Kiraman Katibin Mencatat Amal Manusia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Percaya pada para malaikat adalah salah satu daripada Rukun Iman. Malaikat di ciptakan oleh Allah SWT daripada cahaya sedangkan penciptaan jin di ciptakan daripada api.

Kiraman Katibin (Arab: ÙƒŰ±Ű§Ù…Ű§ً ÙƒŰ§ŰȘŰšÙŠÙ†) adalah dua malaikat yang terletak di bahu kanan dan kiri setiap makhluk-Nya. Menurut syariat Islam, jika ada seseorang yang melakukan amal (perbuatan) yang lebih banyak, maka ia akan dikirim berdasarkan perbuatan semasa hidupnya di dunia, samaada ke syurga atau neraka. Para malaikat ini termasuk dalam golongan Hafazhah (Para Penjaga).


Di dalam al-Quran terdapat ayat yang menceritakan mengenai malaikat Kiraman Katibin. Kedua-dua malaikat ini disebutkan dalam al-Quran pada surah Qaaf, Al Infithaar, Ar-Ra’du dan Az-Zukhruf.

Gerak-gerik manusia dan perkataannya dicatat oleh para malaikat :


1. Firman Allah SWT maksudnya :"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya", "(iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri". "Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir". (Surah al-Qaaf (50) ayat 16 - 18.) 


2. Firman Allah SWT maksudnya : "Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), Yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu). (Surah al-Infithaar ayat 10 - 11)


3. Firman Allah SWT maksudnya : "Apakah mereka mengira bahwa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka. (Surah az-Zukhruf ayat 80)

4. Firman Allah SWT masudnya : "Sama saja (bagi Tuhan), siapa di antaramu yang merahasiakan ucapannya, dan siapa yang berterus terang dengan ucapan itu, dan siapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) di siang hari. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. (Surah ar-Ra’du ayat 10-11)

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila manusia dan jin dihimpunkan di Padang Mahsyar maka setiap manusia dan jin akan diberikan Kitab Amal masing-masing. Kitab ini adalah semua catatan yang dilakukan oleh dua malaikat pencatat amal iaitu malaikat Kiraman Katibin semasa mereka hidup di dunia.

Kedua malaikat ini terkenal juga sebagai "Pencatat Yang Mulia", mereka menjadi saksi dan telah menuliskan kitab amal manusia dan jin, kitab amal akan berterbangan dari 'Arsy kearah leher tiap-tiap makhluk pada "Hari Penghakiman" di Mahsyar. Sesuai dengan beberapa surah di dalam al-Quran, iaitu:

1. Firman Allah SWT maksudnya : “ Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengan dia seorang malaikat penggiring dan seorang malaikat penyaksi. (Surah Qaaf ayat 21)

2. Firman Allah SWT maksudnya : “ Inilah Kitab (catatan) Kami, yang menuturkan kepadamu dengan benar; kerana sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat segala perbuatan yang pernah kamu kerjakan. (Surah al-Jaatsiah ayat 29)

3. Firman Allah SWT maksudnya : “ Dan tiap-tiap manusia itu, telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetap nya kalung) pada lehernya, dan Kami keluarkan baginya di hari kiamat satu kitab yang dijumpainya dengan terbuka. Bacalah kitabmu: cukuplah dirimu sen­diri pada hari ini sebagai penghisab terhadapmu. (Surah al-Israak ayat 13-14)




Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermak­sud:
"Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan den­gan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan aku pun. Akan tetapi Allah menolong aku daripada gangguannya, maka tidak­lah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan."
Malaikat yang menjadi pendamping manusia sentiasa mengajak kepada kebaikan. Jin pendamping manusia yang disebut sebagai  Qarin adalah jenis jin yang sentiasa membisikkan kejahatan kepada manusia jika Qarin ini kafir. Tetapi jika Qarin ini Islam dan bertakwa maka Qarin ini akan membisikkan kebaikan dan sentiasa mengajak kepada beramal soleh. Seperti Qarin Rasulullah SAW yang telah masuk Islam dan sentaiasa mengajak kepada kebaikan.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata : 'Walaupun kamu Ya Rasulullah?', Baginda menjawab : 'Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" (Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat lima malaikat bersama manusia iaitu :

1. Dua malaikat menjaga pada malam hari.

2. Dua malaikat menjaga pada siang hari dan

3. Satu malaikat yang tidak pernah berpisah dengannya.

Hal tersebut dijelaskan dengan firman Allah SWT yang bermaksud : “ Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang bergantian (menjaganya), dimuka dan dibelakangnya."
(Surah Ar-Ra'd ayat 11)

Yang dimaksud malaikat yang bergantian iaitu malaikat malam dan siang yang melindunginya dari syaitan dari golongan jin dan manusia. Kedua malaikat menulis amal kebaikan dan keburukan di antara kedua bahunya, lidahnya sebagai pena, mulutnya sebagai tempat tinta dan ludahnya sebagai tinta, keduanya menulis amal manusia sampai datang hari kematiannya.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuraqabah kepada Allah SWT dan yakinlah sepenuhnya bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan memerhatikan setiap amal perbuatan yang kita lakukan. Dia telah mengutus dua malaikat sentiasa mencatat amal perbuatan kita samaada baik atau buruk. Maka perlulah kita merasa malu kepada Allah SWT  dan malu kepada dua malaikat yang ada di kanan dan kiri  jika kita sanggaup melakukan maksiat dan dosa kepada Allah SWT. Oleh itu bertaubatlah dan teruskan beramal soleh dan amal ibadah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT supaya Kitab Amal kita bermarkah CEMERLANG dan mendapat Gred Satu untuk layak masuk syurga dan terlepas daripada di masukkan ke dalam neraka.



Thursday, April 4, 2013

Tafsir Surah Al-Ahzab Ayat 56 (Kepentingan Selawat Nabi SAW)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :


Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَمَلَۧۊِكَŰȘَهُ يُŰ”َلُّونَ Űčَلَى Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ Ű”َلُّÙˆŰ§ Űčَلَيْهِ وَŰłَلِّمُÙˆŰ§ ŰȘَŰłْلِيمًۧ (56)
 

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".(Surah Al-Ahzab (33) ayat 56)

Huraiannya :

Sesungguhnya Allah Taala memberi rahmat kepada Nabi Muhammad SAW  dan para malaikat memohonkan ampunan untuk Nabi, maka Allah menganjurkan kepada seluruh umat Islam supaya berselawat pula untuk Nabi SAW dan supaya mengucapkan salam dengan penuh penghormatan kepadanya.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Kaab bin Ujrah yang bertanya: "Wahai Rasulullah, adapun pemberian salam kepadamu kami telah mengetahuinya. Bagaimana kami harus membaca selawat?".

Nabi SAW menjawab, ucapkanlah:

Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű”Ù„ Űčلى Ù…Ű­Ù…ŰŻ وŰčلى ŰąÙ„ Ù…Ű­Ù…ŰŻ, ÙƒÙ…Ű§ Ű”Ù„ÙŠŰȘ Űčلى Ű„ŰšŰ±Ű§Ù‡ÙŠÙ… وŰčلى ŰąÙ„ Ű„ŰšŰ±Ű§Ù‡ÙŠÙ…, Ű„Ù†Ùƒ Ű­Ù…ÙŠŰŻ Ù…ŰŹÙŠŰŻ. Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… ŰšŰ§Ű±Ùƒ Űčلى Ù…Ű­Ù…ŰŻ وŰčلى ŰąÙ„ Ù…Ű­Ù…ŰŻ ÙƒÙ…Ű§ ŰšŰ§Ű±ÙƒŰȘ Űčلى Ű„ŰšŰ±Ű§Ù‡ÙŠÙ… وŰčلى ŰąÙ„ Ű„ŰšŰ±Ű§Ù‡ÙŠÙ… Ű„Ù†Ùƒ Ű­Ù…ÙŠŰŻ Ù…ŰŹÙŠŰŻ.

Dan diriwayatkan oleh Abdullah bin Abu Talhah dari ayahnya; bahwa Rasulullah SAW datang pada suatu hari sedang tanda-tanda kegembiraan terlihat pada wajahnya. Lalu kami bertanya: "Kami telah melihat tanda-tanda kegembiraan di wajahmu". Nabi menjawab: "Memang Jibril telah datang kepadaku dan berkata "Wahai Muhammad sesungguhnya Tuhanmu telah menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Tidakkah kamu merasa puas bahawa tidak ada seorang dari umatnya yang membaca selawat untukmu melainkan Aku membalasnya dengan sepuluh kali ganda. Dan tidak seorang yang menyampaikan salam kepadamu dari umatmu melainkan Allah membalas dengan salam sepuluh kali ganda.

Tafsir Jalalain dalam Surah Al Ahzab ayat 56 :

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَمَلَۧۊِكَŰȘَهُ يُŰ”َلُّونَ Űčَلَى Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ Ű”َلُّÙˆŰ§ Űčَلَيْهِ وَŰłَلِّمُÙˆŰ§ ŰȘَŰłْلِيمًۧ (56)

"(Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi) untuk Nabi Muhammad SAW. (Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya) iaitu katakanlah oleh kalian, "Allaahumma Shalli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad Wa Sallim", ertinya, "Ya Allah! Limpahkanlah salawat dan Salam-Mu kepada junjungan kami Nabi Muhammad."

Sahabat yang dimuliakan,

Apakah makna Selawat?

Selawat (Ű”Ù„ÙˆŰ§ŰȘ) adalah perkataan Arab berasal daripada kata kerja “shalla” yang bererti telah bersembahyang. Ianya mengandungi persamaan dengan sembahyang dari sudut memuji-muji, di mana di dalam sembahyang kita memuji-muji Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sedangkan dalam selawat kita memuji-muji Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.


Dari segi bahasa pula, selawat bererti doa serta pengurniaan rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.


Kenapa Allah Dan Para Malaikatnya Berselawat Kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam?

Di dalam ayat 56 surah al-Ahzab, Allah Subhanahu wa Ta 'ala berfirman:

Ű„Ù† Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆÙ…Ù„ŰŠÙƒŰȘه ÙŠŰ”Ù„ÙˆÙ† Űčلو Ű§Ù„Ù†ŰšÙ‰ ÙŠŰŁÙŠÙ‡Ű§ Ű§Ù„Ű°ÙŠÙ† ŰĄŰ§Ù…Ù†ÙˆŰ§ Ű”Ù„ÙˆŰ§ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…ÙˆŰ§ ŰȘŰłÙ„ÙŠÙ…Ű§ (56)
(ŰłÙˆŰ±Ű© Ű§Ù„ŰŁŰ­ŰČۧۚ : 56)

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".(Surah Al-Ahzab (33) ayat 56)

Sebenarnya terdapat perbezaan maksud di antara selawat Allah Subhanahu Wa Ta 'ala dan selawat para malaikat kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Abu al-' Aliyah menafsirkan selawat Allah kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan  di maksudkan pujian terhadap baginda. Sedangkan selawat para malaikat ditafsirkan dengan doa mereka untuk Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Penafsiran ini ada disebutkan juga oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya Shahih al-Bukhari.

Imam al-Bukhari setelah menyebut tentang penafsiran Abu al- 'Aliyah, menukilkan pula penafsiran Ibnu 'Abbas radhiallahu 'anhuma iaitu: Selawat para malaikat bererti memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta 'ala agar Dia memberikan barakah kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sedangkan selawat Allah kepada NabiNya ditafsirkan dengan pengampunan dan kasih sayang.

Persoalan mengapa Allah Subhanahu Wa Ta 'ala dan para malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam terjawab dengan memahami pengertian di atas.

Sementara itu kita dikehendaki berselawat banyak-banyak kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam kerana terdapat banyak kelebihan atau keutamaan yang akan kita perolehi daripada amalan berselawat itu.

Terdapat 18 Kelebihan dan kebaikan berselawat kepada baginda :

Pertama : Allah SWT akan berselawat kepada kita 10 kali apabila kita berselawat kepada Nabi SAW., di hapuskan 10 dosa dan di angkatkan 10 darjat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: 


من Ű”Ù„Ù‰ Űčلي Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ű­ŰŻŰ© Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه Űčێ۱ Ű”Ù„ÙˆŰ§ŰȘ ، ÙˆŰ­Ű·ŰȘ Űčنه Űčێ۱ ŰźŰ·ÙŠŰŠŰ§ŰȘ ، ÙˆŰ±ÙŰčŰȘ له Űčێ۱ ۯ۱ۏۧŰȘ
(Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰŠÙŠ)

Maksudnya: "Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat. (Hadis riwayat an-Nasa’i)

Kedua : Kedudukannya dekat dengan Nabi SAW.

Antara kelebihan yang boleh kita perolehi juga, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi menyebutkan:

Ű”Ù„Ű§Ű© ŰŁÙ…ŰȘي ŰȘŰč۱۶ Űčلي في كل يوم Ű§Ù„ŰŹÙ…ŰčŰ© ، فمن ÙƒŰ§Ù† ŰŁÙƒŰ«Ű±Ù‡Ù… Űčلي Ű”Ù„Ű§Ű© ÙƒŰ§Ù† ŰŁÙ‚Ű±ŰšÙ‡Ù… مني منŰČÙ„Ű©
(Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšÙŠÙ‡Ű§Ù‚ÙŠ)

Maksudnya: "Selawat umatku dihadapkan kepadaku pada setiap hari Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dialah yang akan mempunyai kedudukan yang paling dekat kepadaku. (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:

ۄ۰ۧ ŰŻŰźÙ„ ŰŁŰ­ŰŻÙƒÙ… Ű§Ù„Ù…ŰłŰŹŰŻ ÙÙ„ÙŠŰłÙ„Ù… Űčلى Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ ، Ű«Ù… ليقل : Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű§ÙŰȘŰ­ لي ŰŁŰšÙˆŰ§Űš Ű±Ű­Ù…ŰȘك ، ÙˆŰ„Ű°Ű§ ۟۱ۏ فليقل : Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű„Ù†ÙŠ ŰŁŰłŰŁÙ„Ùƒ من ÙŰ¶Ù„Ùƒ.
(Ű±ÙˆŰ§Ù‡ ŰŁŰšÙˆ ŰŻŰ§ÙˆŰŻ)
 

Maksudnya: "Apabila seseorang kamu masuk ke dalam maka hendaklah dia mengucapkan salam kepada Nabi (selawat dan salam), kemudian hendaklah dia membaca: Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű§ÙŰȘŰ­ لي ŰŁŰšÙˆŰ§Űš   Ű±Ű­Ù…ŰȘك(wahai Tuhanku, bukakanlah untukku segala pintu rahmatMu), dan apabila dia hendak keluar, hendaklah dia membaca (selepas berselawat): Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű„Ù†ÙŠ ŰŁŰłŰŁÙ„Ùƒ من ÙŰ¶Ù„Ùƒ(wahai Tuhan memohon kepadaMu limpahan rahmatMu) .
 

Ketiga : Selawat ketika membaca tahiyyat akhir di dalam sembahyang.

Menurut mazhab Syafie, selawat adalah wajib dibaca pada akhir di dalam sembahyang. Bermakna, sembahyang tidak sah tidak dibaca selawat dalam tahiyat akhir.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:

ۄ۰ۧ ŰȘŰŽÙ‡ŰŻ ŰŁŰ­ŰŻÙƒÙ… في Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© فليقل : Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű”Ù„ Űčلى Ù…Ű­Ù…ŰŻ وŰčلى ŰąÙ„ Ù…Ű­Ù…ŰŻ ÙƒÙ…Ű§ Ű”Ù„ÙŠŰȘ ÙˆŰšŰ§Ű±ÙƒŰȘ وŰȘŰ±Ű­Ù…ŰȘ Űčلى Ű„ŰšŰ±Ű§Ù‡ÙŠÙ… ÙˆŰąÙ„ Ű„ŰšŰ±Ű§Ù‡ÙŠÙ… Ű„Ù†Ùƒ Ű­Ù…ÙŠŰŻ Ù…ŰŹÙŠŰŻ.
(Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšÙŠÙ‡Ű§Ù‚ÙŠ)

Maksudnya: "Apabila salah seorang kamu bertasyahhud di dalam sembahyang, maka hendaklah dia mengucapkan Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű”Ù„ Űčلى Ù…Ű­Ù…ŰŻ وŰčلى ŰąÙ„ Ù…Ű­Ù…ŰŻ ÙƒÙ…Ű§ Ű”Ù„ÙŠŰȘ ÙˆŰšŰ§Ű±ÙƒŰȘ وŰȘŰ±Ű­Ù…ŰȘ Űčلى Ű„ŰšŰ±Ű§Ù‡ÙŠÙ… ÙˆŰąÙ„ Ű„ŰšŰ±Ű§Ù‡ÙŠÙ… Ű„Ù†Ùƒ Ű­Ù…ÙŠŰŻ Ù…ŰŹÙŠŰŻ." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Keempat : Di dalam sembahyang jenazah.

Di  dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad : “ Sunnah  Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada  permulaannya , setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya  membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.”

Kelima: Di antara takbir-takbir sembahyang Hari Raya.


Diantara  takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah  lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang  bermaksud “ Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . Tiada  Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmu  Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku.  “

Keenam: Pada permulaan doa dan akhirnya.
 

Di  permulaan dan akhir doa . Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti  antara langit dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga  kamu berselawat kepada Nabimu. “   ( Hadis Riwayat  At-Tirmidzi )

Ketujuh: Ketika hendak memulai sesuatu urusan penting.




Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan  yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang  tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau  urusan itu terputus dan hilang barkahnya . “ ( Hadis Riwayat Ar-Rahawi )
 
Kelapan: Pada akhir qunut.


Di  akhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai  seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksud “  Dan  mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad . “

Kesembilan: Pada malam hari Jumaat dan siangnya.

Malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi SAW  yg bermaksud “ Banyakkanlah olehmu  membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu  dikemukakan kepadaku . “ (  Hadis Riwayat Thabarani )

Kesepuluh: di dalam khutbah solat Jumaat.
 

Di  dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat  kepada Nabi Muhammad SAW pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan  juga sebelum akhir khutbah Jumaat .

Menurut Mazhab Syafie, para khatib wajib membaca selawat untuk Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada permulaan khutbah, sesudah membaca tahmid.

Kesebelas: Ketika berziarah ke makam Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Ketika berziarah di makam atau  kubur Nabi Muhammad SAW. Sabda Nabi SAW : “ Tidak seorang pun di antara  kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah  mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya. “ ( Hadis Riwayat  Abu Daud )

Kedua belas: Setelah selesai membaca talbiyah.

Sesudah bertalbiah . Sabda Nabi  SAW : “ Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika ia telah  selesai talbiahnya dalam segala keadaan . “ ( Hadis Riwayat Syafi’i  &Daraquthni )

Ketiga belas: Ketika telinga berdengung.

Ketika telinga berdengung . Sabda  Nabi SAW : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah  ia mengingati dan berselawat kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni )

Keempat belas: Pada setiap kali mengadakan majlis. 


Ketika setiap mengadakan majlis  atau keramaian . Sabda Nabi SAW : “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam  sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada  berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa  mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis  Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)
 

Kelima belas: Tatkala ditimpa kesusahan dan kerisauan.
 

Ketika mengalami kesusahan dan  kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya  kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau  sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “  Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun  mengenai akhiratmu. “ ( Hadis Riwayat Ahmad )

Keenam belas: Pada setiap pagi dan petang.
 

Setiap waktu pagi dan petang .  Sabda Nabi SAW : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali  dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat  . “  ( Hadis Riwayat Thabarani )

Ketujuh belas: Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan kawan¬kawan.

Kelapan belas: Ketika mendengar orang lain menyebut nama Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam.

Inilah tempat-tempat dan waktu-waktu yang ditentukan oleh syarak, supaya kita berselawat kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasalam ketika kita berada pada tempat, waktu atau keadaan tersebut.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita memperbanyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW tanda kita kasih dan cinta kepada baginda. Sesungguhnya sesiapa dikalangan umatnya yang banyak berselawat semasa di dunia nanti di akhirat dia akan mendapat syafaat dan pertolongan daripada Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW. maksudnya : "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)


ÙˆŰ§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁŰčلم ŰšŰ§Ù„Ű”ÙˆŰ§Űš


Wednesday, April 3, 2013

Tafsir Surah An-Nahl Ayat 96-97

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
   
Firman Allah SWT : 


مَۧ ŰčِنْŰŻَكُمْ يَنْفَŰŻُ وَمَۧ ŰčِنْŰŻَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰšَŰ§Ù‚ٍ وَلَنَŰŹْŰČِيَنَّ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ Ű”َŰšَ۱ُÙˆŰ§ ŰŁَŰŹْ۱َهُمْ ŰšِŰŁَŰ­ْŰłَنِ مَۧ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ يَŰčْمَلُونَ (96)
 

Maksudnya : "Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan".(Surah An-Nahl (16) ayat 96)

Huraiannya :

Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa segala apa yang dimiliki dan datang dari manusia itu berupa pemberian-pemberian harta benda duniawi adalah terbatas dan berakhir, sedang apa yang ada pada sisi Allah berupa pahala dan ganjaran dalam syurga tidak ada batasnya, tidak putus-putus bahkan selama-lamanya. Maka kepada mereka yang beriman dan sabar menghadapi tugas-tugas agama, melaksanakan amanah dengan jujur  dan tabah terhadap derita, ujian dan musibah, AllahSWT pasti memberi ganjaran yang lebih dari apa yang mereka kerjakan. Allah SWT menonjolkan sifat sabar atau tabah kerana sifat itu merupakan asas dari segala amal perbuatan.

Dalam tafsir Jalalain (Surah An-Nahl ayat 96)

"(Apa yang di sisi kalian) berupa duniawi (akan lenyap) akan musnah (dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal) abadi. (Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan) dapat dibaca walayajziyanna dan walanajziyanna (orang-orang yang sabar) demi menunaikan janjinya (dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan) lafal ahsana di sini maknanya sama dengan hasuna."

Firman Allah SWT :


مَنْ Űčَمِلَ Ű”َŰ§Ù„ِŰ­ًۧ مِنْ Ű°َكَ۱ٍ ŰŁَوْ ŰŁُنْŰ«َى وَهُوَ مُŰ€ْمِنٌ فَلَنُŰ­ْيِيَنَّهُ Ű­َيَۧ۩ً Ű·َيِّŰšَŰ©ً وَلَنَŰŹْŰČِيَنَّهُمْ ŰŁَŰŹْ۱َهُمْ ŰšِŰŁَŰ­ْŰłَنِ مَۧ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ يَŰčْمَلُونَ (97)
 

Maksudnya : "Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan".(Surah An-Nahl  (16) ayat 97)

Huraiannya :

Kemudian Allah SWT dalam ayat ini berjanji bahawa Allah SWT benar-benar akan memberikan kehidupan yang bahagia ketika di dunia kepada hamba-Nya baik laki-laki mahupun perempuan yang mengerjakan amal soleh iaitu segala amal yang mengikuti petunjuk Al-Quran dan Sunah Rasulullah  SAW, sedang hati mereka penuh dengan keimanan.

Kehidupan bahagia dalam dunia ini suatu kehidupan di mana jiwa manusia memperoleh ketenangan dan kedamaian berkat dia merasakan kelazatan iman dan kenikmatan keyakinan. Jiwanya penuh dengan kerinduan akan janji Allah SWT dan rela dan ikhlas menerima takdir. Jiwanya bebas daripada di perhambakan oleh harta benda duniawi, dan hanya tertumpu kepada Tuhan Yang Maha Esa, serta mendapatkan limpahan cahaya dari pada Nya.


Jiwanya selalu merasa puas terhadap segala apa yang telah dikurniakan kepadanya berupa nikmat rezeki dan kesihatan, kerana ia mengetahui bahawa rezeki dan kesihatan yang diterimanya itu adalah hasil dan rahmat dan kurniaan daripada Allah SWT kepadanya.


Adapun di akhirat dia akan memperoleh dari Allah SWT balasan pahala yang besar dan paling baik iaitu syurga kerana kebijaksanaan dan amal soleh yang telah diperbuatnya dan berkat iman yang bersih yang mengisi jiwanya.


Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita menginsafi diri kita bahawa setiap amalan dan pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini akan dihisab oleh Allah SWT. Baik atau buruk semuanya di atas usaha-usaha kita ketika di dunia ini. Jika kita memilih kebaikan , amal soleh dan beribadah dengan ikhlas maka balasan kebaikan dan syurga menanti kita di hari akhirat nanti, dan sebaliknya jika kita lupa ketika hidup di dunia banyak melakukan maksiat, dosa, kezaliman dan tidak mengerjakan amalan fardu yang diwajibkan maka kesengsaraanlah yang akan kita perolehi. Oleh itu ingatlah semua di dunia ini akan lenyap tetapi segala kebaikan yang kita kerjakan akan kekal di sana dengan mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT.

Sunday, March 31, 2013

Jauhi Sifat Bakhil Kerana Bakhil Adalah Salah Satu Sifat Ahli Neraka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Perkara yang sangat penting untuk diketahui setiap muslim ialah bahawa harta yang dimiliki dalam bentuk apapun yang ada di sekitarnya adalah milik Allah Subhanahu Wa Taala. Tidaklah dia mendapatkan harta dan semua yang menjadi miliknya kecuali dengan izin Allah, manusia tidaklah berkuasa sepenuhnya pada harta tersebut. Kedudukan harta itu hanya amanah atau pinjaman dari Allah SWT sahaja.

Nabi SAW bersabda :

يَۧ ŰčِŰšَۧۯِيْ كُلُّكُمْ ŰŹَۧۊِŰčٌ Ű„ِلَّۧ مَنْ ŰŁَŰ·ْŰčَمْŰȘُهُ فَۧ۳ْŰȘَŰ·ْŰčِمُوْنِيْ ŰŁُŰ·ْŰčِمْكُمْ يَۧ ŰčِŰšَۧۯِيْ كُلُّكُمْ Űčَۧ۱ٍ Ű„ِلَّۧ مَنْ كَŰłَوْŰȘُهُ فَۧ۳ْŰȘَكْŰłُوْنِيْ ŰŁَكْŰłُكُمْ

Maksudnya : “Wahai para hamba-Ku, kalian semua pada asalnya lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka mohonlah makanan pada-Ku. Wahai para hamba-Ku, sesungguhnya kalian pada asalnya telanjang, kecuali orang yang Ku-beri pakaian, maka mohonlah kepada-Ku pakaian.” (Hadis Riwayat Muslim)

Gambaran hadis di atas menguatkan bahawa manusia tidaklah memiliki apa-apa semua keperluan hidup di cukupi oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Dan perlu diingat, manakala lahir di dunia manusia tidaklah membawa apapun walau sehelai benang, lalu Allah SWT berikan rezeki kepadanya berupa pakaian dengan berbagai aneka macam jenis dan jumlahnya.

Sebagaimana sabda Nabi SAW :

مَۧ نَقَŰ”َŰȘْ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ مِنْ مَŰ§Ù„ٍ

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta sedikit pun.” (Hadis Riwayat Muslim dan at-Tirmidzi)

Lalu dengan hikmah-Nya yang mulia, Allah telah memerintahkan kepada kita selaku penerima nikmat untuk menunaikan hak harta tersebut dengan zakat, infaq dan sedekah sehingga kita menjadi orang yang dermawan keranaa kedermawanan adalah salah satu jalan menuju syurga. Dan Allah melarang dari sifat bakhil (kikir atau kedekut) yang merupakan lawan dari sifat dermawan.

Bakhil adalah sifat yang tercela kerana sifat ini terlahir dari godaan syaitan. Bakhil dijadikan oleh syaitan sebagai jalan untuk menuju jalan ke neraka. Definisi bakhil adalah perbuatan seorang hamba untuk menahan harta yang ada pada kepemilikannya tanpa menunaikan hak dan kewajiban yang sepatutnya di tunaikan dengan harta tersebut. Dalil yang melarang dari perbuatan bakhil di antaranya adalah:

Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ©َ، ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ: «Ű§ŰŹْŰȘَنِŰšُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰłَّŰšْŰčَ Ű§Ù„ْمُÙˆŰšِقَۧŰȘِ» قِيلَ: يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ، مَۧ هِيَ؟ قَŰ§Ù„َ: «Ű§Ù„ŰŽِّ۱ْكُ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ، وَŰ§Ù„ŰŽُّŰ­ُّ، وَقَŰȘْلُ Ű§Ù„Ù†َّفْŰłِ Ű§Ù„َّŰȘِي Ű­َ۱َّمَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű„ِلَّۧ ŰšِŰ§Ù„ْŰ­َقِّ، وَŰŁَكْلُ Ű§Ù„Ű±ِّŰšَۧ، وَŰŁَكْلُ مَŰ§Ù„ِ Ű§Ù„ْيَŰȘِيمِ، وَŰ§Ù„ŰȘَّوَلِّي يَوْمَ Ű§Ù„ŰČَّŰ­ْفِ، وَقَŰ°ْفُ Ű§Ù„ْمُŰ­ْŰ”َنَۧŰȘِ Ű§Ù„ْŰșَŰ§ÙِلَۧŰȘِ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنَۧŰȘِ»

Maksudnya : “Dari sahabat Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu  beliau berkata, Rasullullah Sallallahu Alaihi Wa salam telah bersabda, ‘Jauhillah tujuh kehancuran yang dapat menimpa kalian.’ Lalu (shahabat) bertanya, ‘Apakah itu wahai Rasulullah?’ Lalu baginda menjawab, ‘Menyekutukan Allah, kikir (bakhil), membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh zina wanita mukminat yang suci.” (Hadis Riwayat an-Nasai)

Banyak contoh tentang kehancuran orang-orang yang bakhil. Salah satunya adalah Qarun sebagai raja kebakhilan yang pernah muncul di muka bumi ini. Di mana Allah SWT akhirnya menenggelamkannya beserta pengikut dan hartanya. Kisahnya boleh  dibaca dalam Al-Quran pada surah Al-Qasas. 


Firman Allah SWT maksudnya :  "Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun. Sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar."Berkatalah orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan bagi kamu! Pahala (balasan) Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal salih, dan tidak diperolehinya kecuali oleh orang yang sabar." Maka Kami (Allah) Benamkan dia (Qarun) beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun selain Allah yang (dapat) menolongnya, dan tidaklah dia termasuk orang yang dapat menolong (dirinya). (Surah Al-Qasas ayat 79-81)

Hal ini perlu kita mengambil iktibar bahawa sifat  bakhil dapat membawa kehancuran di dunia dan di akhirat.

Sifat bakhil muncul diakibatkan kecintaan yang berlebihan terhadap dunia, tidak adanya keyakinan tentang kemuliaan yang ada di sisi Allah, tamak dan kagum kepada diri sendiri serta sebab-sebab lainnya.

Sudah sepatutnya bagi hamba-hamba yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya untuk menjauhi sifat yang tercela ini, agar tidak menyesal kelak di kemudian hari.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, “Seorang muslim yang terpuji adalah muslim yang mempunyai sifat berani dan dermawan. Sebaliknya, seorang muslim yang tercela adalah muslim yang mempunyai sifat kikir dan pengecut.”

Sebagian pihak beranggapan bahawa bakhil ada bagian dari sifat jimat cermat atau menghindari pembaziran (membuang harta dengan sia-sia). Sebenarnya sangat berbeda antara bakhil dengan membazir.

Membazir adalah perbuatan membuang harta dengan sia-sia tiada guna seperti makanan berlebihan yang akhirnya sisanya dibuang atau membeli barang yang tidak berfaedah.

Firman Allah SWT maksudnya : “… janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Rabb-nya.”(Surah Al-Isra ayat  26-27)

Al-Imam as-Sa’dy rahimahullah dalam tafsirnya berkata, “Kerana sesungguhnya syaitan tidak mengajak kecuali kepada perangai yang tercela. Maka dia mengajak manusia kepada perbuatan kikir dan menahan harta. Apabila manusia tidak mengikutinya, maka syaithan mengajaknya untuk berbuat boros dan menghamburkan harta.” (Lihat Taisir al-Karim ar-Rahman)

Adapun bakhil ialah menahan harta yang seharusnya dia keluarkan. Sebagai contoh, dia mempunyai kemampuan untuk membayar zakat tapi dia tahan (tidak menunaikannya), atau dia seorang yang memiliki banyak harta tapi manakala datang fakir miskin untuk meminta haknya justru tidak dia beri.

Termasuk juga sifat bakhil apabila di minta infak hartanya sedikit untuk pembinaan sekolah agama dan rumah anak-anak yatim , tidak terdetik di hatinya untuk memberi sumbangan. Terasa berat hendak keluarkan wang tetapi bila di ajak untuk menuntut perlawanan bola sepak sanggup berhempas pulas membeli tiket dan mengeluarkan kos perbelanjaan ke stadium. Atau pun bila membeli belah di supermarket dan makan minum atau menghias rumah  tidak berkira-kira langsung. Biar pun berhabisan ratusan ringgit atau pun hingga mencecah angka ribu.


Sahabat yang di muliakan,
Allah SWT berfirman maksudnya : “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah ayat 271)

Apapun keadaan dan kedudukan kita, janganlah berbuat bakhil, bila kita sebagai suami janganlah bakhil pada isteri dan anak-anak tentu dengan tidak mengajari sifat boros kepada mereka. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis:

وَŰčَنْ ŰŁَŰšِيْ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ، وَيُقَŰ§Ù„ُ لَهُ : ŰŁَŰšُوْ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ   Ű«َوْŰšَŰ§Ù†َ، قَŰ§Ù„َ: قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ: «ŰŁَفْ۶َلُ ŰŻِيْنَۧ۱ٍ يُنْفِقُهُ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ، ŰŻِيْنَۧ۱ٌ يُنْفِقُهُ Űčَلَى ŰčِيَŰ§Ù„ِهِ، وَŰŻِيْنَۧ۱ٌ يُنْفِقُهُ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ Űčَلَى ŰŻََّۧۚŰȘِهِ فِيْ ŰłَŰšِيْلِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ، وَŰŻِيْنَۧ۱ٌ يُنْفِقُهُ Űčَلَى ŰŁَŰ”ْŰ­َِۧۚهِ فِيْ ŰłَŰšِيْلِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ»
 

Maksudnya : “Dari sahabat Abu Abdillah atau terkadang dipanggil Abu Abdirrahman Tsauban  berkata, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Sebaik-baik dinar yang diinfakkan seseorang adalah dinar yang dia infakkan kepada keluarganya dan dinar yang diinfakkan untuk membeli kendaraan perang di jalan Allah, serta dinar yang diinfakkan untuk saudaranya untuk perang di jalan Allah.” (Hadis Riwayat Muslim)
 

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda :

لَۧ يَŰłْŰŁَلُ ۱َŰŹُلٌ مَوْلَŰ§Ù‡ُ مِنْ فَ۶ْلٍ هُوَ ŰčِنْŰŻَهُ، فَيَمْنَŰčُهُ Ű„ِيَّŰ§Ù‡ُ، Ű„ِلَّۧ ŰŻُŰčِيَ لَهُ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ فَ۶ْلُهُ Ű§Ù„َّŰ°ِيْ مَنَŰčَهُ ŰŽُŰŹَۧŰčًۧ ŰŁَقْ۱َŰčَ

“Tidaklah seseorang meminta kelebihan harta yang dimiliki tuannya lalu dia tidak memberinya kecuali akan didatangkan ketika hari kiamat kelebihan harta itu berupa ular gundul.”(Hadis Riwayat Abu Daud)

Jadikan amalan suka bersedekah walau pun sedikit boleh menjauhkan daripada seksaan api neraka :

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda:

ۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱َ وَلَوْ ŰšِŰŽِقِّ ŰȘَمْ۱َŰ©ٍ

“Bentengilah diri kalian dari seksa api neraka meskipun dengan separuh buah kurma.” (Muttafaqun ‘alaih)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita melatihkan diri kita untuk membiasakan diri suka bersedekah dan jauhkan daripada sifat ahli neraka iaitu bakhil atau kedekut. Tidak rugi kita infakkan harta kita kerana semuanya akan menjadi saham yang tidak akan turun bukan seperti saham di dunia yang akan turun.