Saturday, November 19, 2011

Balasan Allah SWT Terhadap Orang Yang Menghina Islam dan Peribadi Rasulullah SAW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,

Perjuangan Rasulullah SAW  berdepan dengan pelbagai rintangan dan kesukaran. Terutama sekali tentangan dari kafir Quraisy Makkah. Lebih mengharukan apabila Rasulullah SAW  turut dibenci dan dimusuhi bapa saudaranya sendiri Abu Lahab.

Walhal sebelum itu Abu Lahab tidak pernah memarahi atau membenci Nabi SAW.  Bahkan hubungan kekeluargaan sangat erat, perkahwinan dua anak lelakinya Utbah dan Utaibah dengan dua orang puteri baginda iaitu Ruqaiyah dan Ummi Kaltsum.

Tetepi selepas baginda SAW  diangkat menjadi Rasul, Abu Lahab menjadi orang yang paling kuat menentang baginda. Dia juga bertindak menyuruh kedua-dua orang anaknya menceraikan isteri masing-masing.

Ternyata Utbah dan Utaibah berpihak kepada ayah mereka. Berani pula Utaibah menunjukkan sikap kurang ajar kepada bekas bapa mertuanya. Dengan angkuh dan sombong dia mengherdik Rasulullah SAW. "Wahai Muhammad! Aku ceraikan puterimu dan aku tinggalkan agamamu. Aku tidak akan mengikutmu lagi."

Walaupun terguris hati dengan tindakan biadab itu, Rasulullah SAW. menerimanya dengan lapang dada. Semua kehendak Allah SWT. Allah SWT memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya.

Suatu masa , Utaibah mengikut satu kafilah dagang yang hendak pergi berniaga ke negeri Syam (Syria) . Ditengah perjalanan rombongan itu terserempak dengan seekor harimau yang sangat besar.

Sangat menghairankan kerana harimau itu hanya merenung ke arah Utaibah seorang. Ia seperti tidak menghiraukan peserta kafilah yang lain. Dengan bantuan rakan-rakan Utaibah terselamat daripada di ganggu oleh harimau tersebut.

Tetapi harimau itu tidak lari jauh. Tanpa disedari semua peserta rombongan, rupa-rupanya mereka sedang di ekori. Sampai menjelang tengah malam semasa rombongan berhenti rehat, harimau itu masih memerhatikan mangsanya.

Apabial semua peserta rombongan sudah lena dalam keletihan masing-masing, haiwan pemangsa itu pun menyerang Utaibah dan membahamnya, dia tidak sempat hendak menyelamatkan dirinya di tengah-tengah malam yang gelap gelita.

Demikianlah balasan Allah kepada orang yang derhaka. Utaibah bukan sahaja tidak mahu beriman, bahkan dia turut menghina Rasulullah SAW. Akhirnya Allah SWT pun membalas kejahatan Utaibah didunia ini lagi sebelum membalasnya di akhirat.

Berdasarkan kisah ini pengajaran yang boleh kita dapati adalah seperti berikut :

1. Allah SWT akan membalas dan mendatangkan musibah kepada mereka yang terang-terang menentang Islam atau membenci  sunah Rasulullah SAW. Samaada balasan itu datang semasa di dunia lagi atau dibalas oleh Allah SWT di hari akhirat. Menolak Islam dan menghina sunah sebenarnya adalah mencabar kekuasaan Allah SWT dan menghina Nabi SAW. Ramai umat-umat terdahulu dibinasakan oleh Allah SWT kerana mereka menentang ajaran yang dibawa oleh para Rasul utusan Allah SWT.

2. Allah SWT Maha Berkuasa boleh mendatangkan apa sahaja bala kepada mereka yang menderhaka kepada-Nya samaada berupa haiwan yang ganas, air banjir, ribut taufat dan tsunami , yang mana manusia tidak akan mampu menghalang kemurkaan Allah SWT. Oleh itu perlulah kita insaf dan sedar dan kembali mentaati Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya semoga terselamat daripada azab Allah SWT di dunia ini.

3. Sebagai seorang mukimin yang beriman dan bertakwa kita perlulah bersabar dengan apa sahaja ujian yang di berikan oleh Allah SWT kerana kerana ujian itu terdapat hikmah yang kita tidak ketahui. Dengan ujian dan bala yang menimpa mungkin Allah SWT hendak menghapuskan dosa-dosa kita dan memberikan pahala yang besar kepada kita.

4. Allah SWT amat benci sifat sombong dan takbur yang dimiliki oleh manusia, kerana sifat sombong adalah pakaian Allah SWT dan Dia akan azab sesiapa sahaja yang  cuba meniru sifat ini .
 
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menginsafkan diri kita dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kita dapati ada dikalangan umat Islam yang cuba mempertikaikan sunah Rasulullah SAW, menolak hadis sebagai sumber hukum, menentang hukum hudud, menghina ulama (ulama adalah pewaris Nabi), berleluasa perbuatan maksiat dan ramai anak-anak luar nikah. Kita khuatir jika umat Islam yang derhaka tidak kembali kepada ajaran Islam, Allah SWT akan menurunkan bala, dan jika bala turun semua umat Islam akan menanggung azabnya samaada mereka yang beriman atau derhaka.

Firman Allah SWT maksudnya : " Dan Kami musnahkan sampai ke akar-akar orang-orang  yang mendustakan ayat-ayat Kami. Mereka bukanlah orang yang beriman." (Surah al-A'raf ayat 72)


Tafsir Surah At-Taghabun ayat 16.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT :

فَۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ مَۧ ۧ۳ْŰȘَŰ·َŰčْŰȘُمْ وَۧ۳ْمَŰčُÙˆŰ§ وَŰŁَŰ·ِيŰčُÙˆŰ§ وَŰŁَنْفِقُÙˆŰ§ Űźَيْ۱ًۧ لِŰŁَنْفُŰłِكُمْ وَمَنْ يُوقَ ŰŽُŰ­َّ نَفْŰłِهِ فَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْمُفْلِŰ­ُونَ (16)
 
Maksudnya : "Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah, dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung." 
(Surah at-Taghabun ayat 16)

Asbabun Nuzul ayat 16.
"Said bin Jubir r.a menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan kecemasan kaum muslimin tatkala surah Al-Imran ayat 102 diturunkan yang bermaksud ; ' Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam'. 

Mereka meningkatkan frekuensi ibadah mereka, sehingga dahi dan kaki mereka bengkak dan luka-luka.  (Hadis Riwayat Ibnu Abi Hatim. Lihat Ibnu Katsir 6/112 dan Qurthubi : 10/6869)

Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan supaya manusia yang mempunyai harta, anak dan isteri itu bertakwa kepada-Nya sekuat tenaga dan kemampuannya.

Dalam surah Ali Imran ayat 102, firman Allah SWT :

ۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ Ű­َقَّ ŰȘُقَۧŰȘِهِ وَلَۧ ŰȘَمُوŰȘُنَّ Ű„ِلَّۧ وَŰŁَنْŰȘُمْ مُŰłْلِمُونَ (102)
Maksudnya : "Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam". 

Selanjutnya Allah memerintahkan supaya mendengar dan patuh kepada apa yang diperintahkan oleh-Nya dan Rasul-Nya. Jangan terpengaruh pada keadaan sekelilingnya, di kiri dan kanannya, sehingga melanggar apa yang dilarang agama. Harta benda supaya dibelanjakan untuk meringankan penderitaan fakir miskin, menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan, dan untuk menolong hal-hal yang berguna kepada umat dan agama, kepada yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. Yang demikian itu jauh lebih baik daripada mengumpul harta dan memanjakan anak-anak. Ayat ke 16 ini ditutup dengan satu penegasan bahawa orang yang menjauhi kebakhilan dan ketamakan pada harta adalah orang yang beruntung, akan mencapai keinginannya di dunia dan di akhirat, disenangi oleh teman-temannya. Di akhirat nanti ia sangat berbahagia, kerana ia dekat pada Tuhannya, disenangi, diredai dan dimasukkan ke dalam syurga.

Asy-Syahid Sayyid Qutb rahimahullah menjelaskan dalam Tafsir Fi Zilal Quran surah at-Taghabun ayat 16 :

"Dalam ungkapan 'sedaya upaya kamu' kelihatan jelas sifat kelembutan dan kasih belas Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tahu sejauh mana kemampuan mereka untuk bertakwa dan menjunjung ketaatan kepada-Nya. Rasulullah SAW telah bersabda : 

ۄ۰ۧ ŰŁÙ…Ű±ŰȘكم ŰšŰŁÙ…Ű± ÙŰŁŰȘو منه Ù…Ű§ ۧ۳ŰȘŰ·ŰčŰȘم ÙˆÙ…Ű§ نهيŰȘكم Űčنه ÙŰ§ŰŹŰȘÙ†ŰšÙˆÙ‡
Maksudnya : "Apabila saya perintahkan kamu dengan sesuatu maka laksanakanlah sekuat tenaga dan kemampuanmu dan apa yang saya larang melakukannya, maka jauhilah ia. 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Ketaatan menjunjung perintah itu tidak mempunyai batas kerana itu ia wajib dilaksanakan mengikut daya upaya seseorang. Tetapi tidak ada tolak ansur dalam perkara-perkara larangan kerana itu larangan-larangan itu wajib dijauhi sepenuhnya.

Kemudian al-Quran menggalakkan mereka supaya mengeluarkan perbelanjaan untuk kebajikan. 
'Dan belanjakanlah untuk kebajikan diri kamu' . 
Mereka sebenarnya  berbelanja untuk diri mereka sendiri apabila Allah menyuruh berbelanja untuk kebajikan diri mereka. Allah jadikan segala perbelanjaan yang dikorbankan mereka untuk kebajikan itu seolah-olah  perbelanjaan kepada diri sendiri dan mengirakannya sebagai kebajikan diri mereka sendiri.

Kemudian al-Quran menunjukkan kepada mereka bahawa sifat kikir dan bakhil itu merupakan satu bala yang sentiasa mengancam mereka, dan orang yang paling bahagia dan beruntung ialah yang terselamat dan terpelihara dari kerongkongannya, dan nikmat keselamatan itu adalah  dari limpah kurnia Allah.

'Dan barangsiapa yang dipelihara dari tabiat kikir hatinya, merekalah orang-orang yang benar-benar beruntung.'

Kemudian al-Quran terus menggalakkan mereka supaya berkorban dan berbelanja untuk kebajikan dan menanamkan pengorbanan dan perbelanjaan mereka sebagai pijaman mereka kepada Allah. Siapakan yang tidak mahu mengambil keuntungan dari peluang mereka memberi pinjaman kepada Allah yang menaunginya itu? Sedangkan Allah akan menerima pinjaman itu dan membalasnya dengan balasan yang berganda  disamping mengurniakan keampunan kepadanya. Allah akan memberi terima kasih kepada peminjam, dan Allah bersabar apabila manusia tidak menunjukkan kesyukuran yang wajar kepada-Nya."

Sahabat yang dimuliakan,
Jelaslah tafsiran ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa segala perintah Allah SWT dan Rasul-Nya hendaklah dilaksanakan semaksima mungkin berdasarkan kemampuan masing-masing kerana Allah SWT tidak memaksa diluar kemampuan manusia. Samaada yang bersangkut paut dengan amal ibadah , amal soleh dan amal kebajikan. 
Harta yang dimiliki pula perlulah di infakkan dijalan Allah SWT kerana pahala dan saham yang akan diperolehi adalah dihari akhirat nanti kerana ini adalah pelaburan janga panjang yang akan menguntungkan diri kita sendiri. Allah SWT amat benci kepada hamba-hamba-Nya yang mempunyai  sifat kikir atau bakhil.
Firman Allah SWT maksudnya : “Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Ali ‘Imran ayat 180)

Nabi SAW bersabda maksudnya :  “Jauhkanlah diri kalian dari perbuatan syuh’ (kikir yang disertai tamak). Kerana sesungguhnya (yang demikian) itu telah membinasakan orang-orang sebelum kalian, mendorong mereka untuk menumpahkan darah, dan menghalalkan perkara yang terlarang.” (Hadis Riwayat Muslim, dari Jabir bin Abdillah r.a)

Oleh itu marilah sama-sama kita menigkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT, patuh dan tunduk segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Syurga disediakan untuk orang-orang bertakwa dan tidak kedekut untuk menafkahkan hartanya di jalan Allah SWT.

Friday, November 18, 2011

Amalakanlah Bersedekah di Waktu Pagi dan Berdoa Dengan Doa Menolak Musibah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Rasulullah SAW sentiasa mengajar umatnya untuk sentiasa bersedekah di waktu pagi dan membaca doa menolak musibah pada waktu pagi dan petang kepada Allah SWT boleh terhindar atau dijauhi daripada musibah dan bala.

Perkara-perkara yang boleh menjauhkan bala dan musibah adalah seperti berikut :

Pertama : Bersedekah pada waktu pagi.
Kedua : Membaca doa menolak musibah

 Huraiannya :

Pertama : Bersedekah pada waktu pagi.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."

Berdasarkan hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa bahaya (bala) akan turun pada waktu pagi maka jika kita bersedekah pada waktu pagi boleh menolak bahaya di udara dengan izin Allah SWT.

Bagaimana cara-cara kita hendak bersedekah pada waktu pagi?

Perkara ini amat mudah kerana di masjid atau di surau terdapat tabung-tabung derma samaada untuk mesjid atau surau atau tabung khusus untuk anak yatim maka semasa datang kemasjid atau surau untuk solat subuh berjemaah maka masukkan kedalam tabung tersebut walaupun satu ringgit. Amalkan setiap hari niatkan semata-mata kerana Allah SWT.

Malaikat akan mendoakan kesejahteraan mereka yang bersedekah waktu pagi.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”  (Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Maksud kematian yang buruk (su'ul khatimah) ada kematian mengejut disebabkan kemalangan jalan raya, mati terbakar, mati lemas atau mati dibunuh. Di khuatiri semasa mengalami kematian tersebut tidak sempat mengucap kalimah "Laailahaillallah" dan tidak sempat bertaubat.

Al-Mubarakafuri pula menceritakan bahawa Imam al-Iraqi pernah berkata : “Jika difahami secara zahir apa yang dimaksudkan dengan kematian yang buruk adalah seperti meninggal dalam runtuhan , jatuh di tempat tinggi, mati lemas, mati terbakar, diganggu syaitan ketika sakratul maut dan mati ketika sedang melarikan diri dari medan perang dimana keadaan-keadaan seperti ini yang Nabi SAW. memohon kepada Allah untuk dijauhkan daripadanya.”

Kedua : Membaca doa menolak musibah.

Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi SAW. bersabda: “Sesiapa membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’

Maksudnya : "Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui", sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad no 497)

Satu ketika Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah, padahal dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW ada mengajarkan satu doa untuk kita amalkan supaya doa tersebut menjauhkan kita daripada kesusahan bala. maksudnya :"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qada dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)" (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Amalkanlah doa-doa tersebut di atas setiap hari waktu pagi dan petang  sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW dan yakinlah bahawa kita sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT daripada musibah, bala, su'ul khatimah dan gangguan sihir.

Sahabat yang dimuliakan,
Jadikan sedekah yang ikhlas dan doa khusyuk yang di mohon dengan rasa rendah diri kepada Allah SWT sebagai amalan harian yang tidak kalian tinggalkan, samaada kalian berada dalam keadaan kaya, miskin, hidup menanggung berbagai masaalah atau tidak ada masaalah. Jika kalian ingat Allah SWT semasa kalian senang atau kaya maka Allah SWT akan ingat kalian semasa kalian susah atau miskin. Beristiqamahlah dengan kebaikan kerana mereka yang hidup beristiqamah akan mendapat reda dan kasih sayang Allah SWT.




Thursday, November 17, 2011

Memikirkan Empat Perkara Dapat Meningkatkan Darjat di Sisi Allah SWT.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Dalam serah sahabat Rasulullah SAW terdapat pertemuan dua orang sahabat Nabi SAW pada waktu pagi iaitu Saidina Ali bin Abi Talib k.wj dan Salman al-Farsi r.a. Selepas memberi salam, Ali k.wj bertanya khabar kepada Salma r.a. Selepas menjawab salam Salman menceritakan keadaannya pada pagi itu.

"Ya Amirul Mukminin, pagi ini aku disedihkan oleh empat perkara."

 Selepas mendapati Ali inginkan jawapan, Salman pun menjelaskan :

"Pertama, sedih memikirkan keluarga yang menuntut roti kepadaku.

Kedua, sedih memikirkan suruhan Allah terhadapku.

Ketiga, sedih memikirkan pujukan syaitan terhadap rohku.

Keempat, sedih memikirkan tuntutan malaikat terhadap rohku."

Mendengar penjelasan itu Ali mententeramkan hati Salman dengan katanya :

"Wahai Salman, gembiralah kerana keempat-empat itu menambahkan darjatmu."

Kemudian, Ali menceritakan peristiwa dia bertemu Rasulullah yang bertanya khabar kepadanya.

Jawab Ali, "Ya Rasulullah, aku berada dalam empat kesedihan :

Pertama, sedih memikirkan anak-anakku di rumah yang tiada sebarang makanan kecuali air.

Kedua, sedih memikirkan taat kepada Allah.

Ketiga, sedih memikirkan akibatku.

Keempat, sedih memikirkan malaikat pencabut roh."

Nabi SAW  bersabda yang maksudnya, "Wahai Ali, bergembiralah kerana sesungguhnya sedih memikirkan keluarga adalah tabir dari api Neraka. Sedih memikirkan taat kepada Allah itulah kesejahteraan dari seksa. Sedih memikirkan akibat itu adalah perjuangan yang lebih utama daripada ibadah selama 60 tahun. Sementara sedih memikirkan malaikat itu adalah pelebur semua dosa".

Berdasarkan hadis di atas jika terdapat empat perkara pada diri seorang mukmin akan meningkatkan darjatnya di sisi Allah SWT. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama, sedih memikirkan anak-anakku di rumah yang tiada sebarang makanan kecuali air.

Kedua, sedih memikirkan taat kepada Allah.

Ketiga, sedih memikirkan akibatku.

Keempat, sedih memikirkan malaikat pencabut roh."

Huraiannya :

Pertama, sedih memikirkan anak-anakku di rumah yang tiada sebarang makanan kecuali air.

Tanggungjawab seorang bapa adalah berikhtiar mencari nafkah untuk ahli keluarganya, untuk menyediakan makan, minum, tempat tinggal dan pendidikannya.Sedih memikirkan keperluan keluarga tidak mencukupi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan keluarga adalah dapat menghalang (tabir) daripada seksaan api neraka.

Bekerja yang diniatkan semata-mata kerana Allah dalam rangka mengamalkan firman-Nya (untuk melaksanakan kewajiban mencari nafkah untuk keluarga):

وَŰčَلَى Ű§Ù„ْمَوْلُÙˆŰŻِ لَهُ ۱ِŰČْقُهُنَّ وَكِŰłْوَŰȘُهُنَّ ŰšِŰ§Ù„ْمَŰčْ۱ُوفِ Ù„Ű§ ŰȘُكَلَّفُ نَفْŰłٌ Ű„ِÙ„Ű§ وُŰłْŰčَهَۧ

"...Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya." (Surah al-Baqarah ayat 233)

Maka itu jelas termasuk kerja yang bernilai ibadah. Namun demikian, jenis pekerjaan tersebut haruslah yang dibolehkan oleh syariat. Keluar bekerja dengan kerja yang halal adalah dikira sebagai jihad dijalan Allah SWT.

Setiap yang dinafkahkan oleh seorang suami kepada keluarganya, kerana bernilai ibadah, maka akan diberi ganjaran oleh Allah 'Azza wa Jalla, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
"...Dan sesungguhnya, tidaklah engkau menafkahkan sesuatu dengan niat untuk mencari wajah Allah, melainkan engkau diberi pahala dengannya sampai apa yang engkau berikan ke mulut isterimu akan mendapat ganjaran." (Hadis Riwayat Bukhari no. 1295 dan Muslim no. 1628)

Kedua, sedih memikirkan taat kepada Allah.

Sedih memikirkan taat kepada Allah itulah kesejahteraan dari seksa dihari akhirat nanti. Seorang mukmin yang sentiasa bermuhasabah dirinya untuk mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya, menjauhkan diri daripada larangan-Nya adalah sifat hamba yang dikasihi-Nya. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki dirinya , bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah, 'Taatlah kepada Allah, dan rasul.'Tetapi jika mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir" (Surah Ali Imran ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Tetapi sesiapa antara kamu yang patuh kepada Allah, dan rasul-Nya, dan membuat amal soleh, Kami akan memberikan upahnya dua kali; Kami menyediakan untuknya rezeki yang mulia." (Surah al-Ahzab ayat 31)

Ketiga, sedih memikirkan akibatku.

Sedih memikirkan akibat itu adalah perjuangan yang lebih utama daripada ibadah selama 60 tahun. Perasaan sedih yang menguasai diri seorang mukmin itu di atas perbuatan dan amalannya yang bertentangan dengan kehendak Allah SWT akan membuatkan dirinya berdoa dan bermunajat dimalam hari hingga menitiskan air mata penyesalan, kerana rasa tidak sanggup menanggung azab seksa yang amat dahsyat di hari akhirat nanti. Pahala yang akan dikurniakan oleh Allah SWT keatas hamba-hamba-Nya yang sentiasa memikirkan akibat dosa yang dilakukan dan terus beristighfar meminta keampunan Allah SWT adalah lebih baik daripada beribadah sunat selama 60 tahun.

Doa yang diajarkan oleh Nabi SAW maksudnya :"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan kecuali Engkau. Engkau telah menciptakan diriku, sedangkan aku adalah hamba-Mu dan aku berada di atas perjanjian-Mu sebatas kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan perbuatanku. Aku mengakui nikmat yang Engkau limpahkan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat, sedih memikirkan malaikat pencabut roh.

Sedih memikirkan malaikat itu adalah pelebur semua dosa. Orang yang sentiasa mengingati kematian dan memikirkan bahawa satu hari nanti malaikat maut akan datang mencabut nyawanya akan dapat menginsafkan dirinya dan akan sentiasa membuat persiapan untuk kematian.

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiya' ayat 35)

Orang yang tidak pernah menginati kematian adalah orang yang rugi kerana jika kematiannya sampai sedangkan dia tidak bersedia maka dia akan menyesal.

Firman Allah dalam Surah al-Mukminun 23 ayat 99-100 maksudnya : "Sehingga apabila tiba maut kepada salah seorang di kalangan mereka, berkatalah ia: 'Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku dapat mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan'. Tidak! Bahkan sesungguhnya ia hanya perkataan yang dia ucapkan, sedang di hadapan mereka ada barzakh hingga hari mereka dibangkitkan semula."

Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah kita hayati empat perkara yang terdapat dalam hadis di atas supaya dapat meningkatkan darjat kita di sisi Allah SWT dan juga  dengan memikirkannya dan sedih di atas perkara tersebut akan menjadi tabir daripada api neraka, menjauhkan diri daripada seksaan di hari akhirat, lebih baik beribadah selama 60 tahun dan menjadi pelebur dosa yang kita lakukan.

Tafsir Surah Al- Mutaffifin Ayat 1-3


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT dalam surah al-Mutaffifin (83) ayat 1-3 :

Maksudnya :"Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi."

Asbabun Nuzul ayat 1-3 :

"Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah adalah masyarakat yang sudah biasa melakukan kecurangan dalam menakar ukuran dan timbangan barang dagangan mereka. Atas perilaku tidak terpuji itu, Allah menurunkan tiga ayat ini." (Hadis Sahih Riwayat Nasai dan Ibnu Majah)

Firman Allah SWT maksudnya : "Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi."
(Surah al-Mutaffifin ayat 1-2)

Tafsirannya :

Azab dan kehinaan yang besar pada hari kiamat disediakan bagi orang-orang yang curang dalam menakar dan menimbang.

Allah SWT telah menyampaikan ancaman yang keras kepada orang-orang yang curang dalam menakar dan menimbang yang terjadi di tempat-tempat jual beli di Mekah dan Madinah pada waktu itu.

Diriwayatkan bahawa di Madinah ada seorang laki-laki bernama Abu Juhainah, Ia mempunyai dua macam takaran yang besar dan yang kecil. Bila ia membeli gandum atau kurma dari para petani ia mempergunakan takaran yang besar, akan tetapi jika ia menjual kepada orang lain ia mempergunakan takaran yang kecil.

Perbuatan seperti itu menunjukkan adanya sifat tamak, ingin mencari keuntungan bagi dirinya sendiri walaupun dengan jalan merugikan kepada orang lain.

Terhadap orang seperti itu Nabi Muhammad SAW. telah memberi ancaman yang keras sekali seperti tersebut dalam hadis ini:

ŰźÙ…Űł ŰšŰźÙ…Űł Ù…Ű§ Ù†Ù‚Ű¶ قوم Ű§Ù„ŰčÙ‡ŰŻ Ű„Ù„Ű§ ŰłÙ„Ű· Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليهم ŰčŰŻÙˆÙ‡Ù… ÙˆÙ…Ű§ Ű­ÙƒÙ…ÙˆŰ§ ŰšŰșÙŠŰ± Ù…Ű§ ŰŁÙ†ŰČل Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ ÙŰŽŰ§ فيهم Ű§Ù„ÙÙ‚Ű± ÙˆÙ…Ű§ ŰžÙ‡Ű±ŰȘ فيهم Ű§Ù„ÙŰ§Ű­ŰŽŰ© Ű„Ù„Ű§ ÙŰŽŰ§ فيهم Ű§Ù„Ù…ÙˆŰȘ ÙˆÙ„Ű§ Ű·ÙَّÙÙˆŰ§ Ű§Ù„ÙƒÙŠÙ„ Ű„Ù„Ű§ مُنِŰčُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù†ŰšŰ§ŰȘ ÙˆÙ„Ű§ مَنَŰčُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰČÙƒŰ§Ű© Ű„Ù„Ű§ Ű­ُŰšِŰłَ Űčنهم Ű§Ù„Ù…Ű·Ű±.

Maksudnya : "Ada lima perkara yang dibalas dengan lima perkara:

1. Tidak pernah suatu kaum yang melanggar janji melainkan Allah akan membiarkan kaum itu dikuasai musuhnya.

2. Tidak pernah mereka yang memutuskan suatu perkara dengan hukuman yang tidak diturunkan oleh Allah melainkan akan tersebar luaslah kefakiran di kalangan mereka.

3. Tidak pernah di kalangan mereka yang menampakkan gejala-gejala perzinahan melainkan akan tersebar luaslah bahaya kematian.

4. Tidak pernah mereka yang berbuat curang dalam menakar dan menimbang melainkan mereka akan curang dalam menakar dan menimbang melainkan mereka akan kehilangan kesuburan tumbuh-tumbuhan.

5. Dan tidak pernah mereka yang menahan zakat melainkan akan diazab dengan tertahannya hujan (kemarau yang panjang).

(Lihat Tafsir Al Maragi, hal. 72, juz 30; jilid X)

Firman Allah SWT maksudnya : " dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi."(Surah al-Mutaffifin ayat 3)

Tafsirannya :

"Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain mereka mempergunakan takaran atau timbangan yang kurang."

Ayat ini merangkumi segala macam kecurangan atau penipuan dalam berbagai aspek dalam pergaulan hidup. Contohnya seorang majikan jika mengambil buruh (tenaga kerja) , ia berusaha supaya pekerjanya itu bekerja keras semaksima mungkin untuk meningkatkan hasil pengeluarannya yang membawa keuntungan besar. Akan tetap jika ia sendiri menjadi buruh, ia selalu mencari kesempatan untuk membuang masa atau berehat dan kurang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasnya dengan sebaik-baiknya.

Perbedaan sikap ini ketika menjadi majikan atau buruh hendaknya dihindari kecurangan agar supaya timbul sikap saling mempercayai antara kedua belah pihak.

Termasuk juga dikira sebagai kecurangan di dalam takaran dan timbangan apabila seseorang membuat kerja-kerja pembinaan samaada daripada pihak kerajaan atau swasta cuba mengurangkan speksifikasi yang telah dipersetujui bersama seperti di dalam surat perjanjian tawaran kerja.

Kecurangan ini harus dijauhkan, baik mengenai perkara-perkara yang kecil, apalagi yang bersangkut paut kepentingan masyarakat dan negara.

Betapa besarnya dosa orang-orang yang memakan harta benda orang lain tanpa takaran dan timbangan yang benar sebenarnya mereka memakan harta orang lain dengan cara yang salah dan diharamkan oleh syarak. Berat seksaannya di hari akhirat nanti.

Tidak ragu-ragu lagi bahawa mereka itu dimasukkan golongan yang mendustakan hari pembalasan, walaupun lidah mereka berkata bahawa mereka itu mengaku orang-orang yang mukmin yang tulus ikhlas.

Asy-Syahid Sayyid Qutb rahimahullah menjelaskan dalam kitab tafsir Fizilalil Quran ayat 1-3 sebahagian tafsirannya seperti berikut :

"Surah ini dimulakan dengan penisytaran perang dari Allah keatas penipu-penipu sukatan , 'celakalah kepada orang-orang yang mengurangkan sukata (dan timbangan)'. Samaada yang dimaksudkan dengan kata-kata 'celakalah' ini adalah satu ketetapan Allah terhadap mereka atau suatu doa supaya mereka binasa, namun tujuan kedua-dua adalah satu, kerana doa dari Allah adalah ketetapan.

Kemudia pengertian, 'orang-orang yang mengurangkan sukatan (dan timbangan) itu di tafsirkan oleh dua ayat yang berikut, 'iaitu orang-orang yang apabila menerima sukatan (dan timbangan) dari orang lain mereka menuntut sukatan (dan timbangan) yang sempurna. Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka memberi sukatan yang kurang.' Yakni mereka ialah orang-orang yang apabila membeli, mereka mahukan barang-barang itu disukat dengan cukup, tetapi jika mereka menjual, mereka memberikan barang-barang mereka dengan sukatan yang kurang.

Kemudia tiga ayat yang kemudiannya menyatakan kehairanan terhadap sikap penipu-penipu sukatan yang bertindak, seolah-olah perbuatan mereka di dunia ini tidak akan dihisab, dan seolah-olah manusia tidak akan berdiri di depan Allah pada hari kiamat untuk menjalani hisab dan menerima balasan di hadapan khalayak ramai.

Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa golongan curang yang diancamkan Allah dengan azab kecelakaan dan di isytiharkan perang terhadap mereka itu adalah terdiri dari golongan pembesar-pembesar yang berpengaruh yang dapat memaksa orang ramai menerima apa sahaja sukatan yang diberikan mereka. Merekalah yang menentukan sukatan ke atas orang ramai, bukan orang ramai yang menentukannya. Kerana sesuatu sebab yang tertentu, mereka seolah-olah mempunyai kuasa menuntut sukatan dan timbangan yang sempurna dari mereka secara paksa."

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita bersikap jujur dan amanah di atas segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita .Sikap jujur dan amanah perlu menjadi darah daging kita di dalam apa sahaja urusan samaada dalam bermuamalah, jual beli, pinjam meminjam, pajak dan gadai dan sebagainya kerana semua perbuatan kita akan di hisab dengan hisab yang seadil-adilnya.

Peniaga yang tidak jujur sering menipu dalam timbangan atau spesifikasi  sebenarnya mereka adalah manusia yang rugi andai terus mengamalkan sikap demikian. Sepatutnya di bulan Zulhijjah terdapat hari raya Aidil Adha dan  ibadah korban yang kalian lakukan dapat menjadi bulan mendidik dan mengajar kalian erti keikhlasan dan memberi, kerana keuntungan sebenar adalah apabila kita meraih habuan syurga daripada Allah SWT di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Peniaga yang jujur itu bersama para nabi, siddiqin dan syuhada nanti di syurga." (Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah juga memberi amaran dalam sabda yang bermaksud: "Jual beli dilakukan dengan tawar-menawar, jika kedua-dua pihak jujur dan nyata, maka mereka diberkati, tetapi jika kedua-duanya dusta dan merahsiakan, maka keberkatannya akan lenyap." (Hadis riwayat Abu Daud).

 






Tuesday, November 15, 2011

Konsep Zuhud Dalam Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apakah erti sebenar zuhud? Apakah dengan meninggalkan dunia dan menumpukan tujuan pada akhirat semata-mata itu dikira zuhud?

Para ulama merumuskan: "Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal dan mensia-siakan harta tetapi sesungguhnya zuhud itu adalah apabila kamu lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah berbanding dengan apa yang ada pada kamu."

Dalil-dalil daripada al-Quran mengenai zuhud :

1. Firman Allah SWT bermaksud :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.”  (Surah Al-A’laa ayat 16-17)

Sifat zuhud adalah satu sifat yang mulia di sisi Allah SWT. Zuhud yang sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-A'laa ayat 16 dan 17 , yang mana Allah SWT. menyifatkan orang bukan Islam mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, kemudian Allah SWT menyebut kehidupan akhriat lebih baik dan kekal.

2. Firman-Nya yang bermaksud, “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).”
(Surah  An-Naaziat ayat 37-39)

Merenungkan ayat-ayat al-Quran yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia). Dunia hanyalah tipu daya, permainaan dan kesia-siaan belaka. Allah mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat

3. Firman Allah maksudnya :“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (Surah At-Takaatsur ayat  6)

Perasaan seperti ini akan mendorong seorang hamba untuk hidup zuhud. Merasakan bahawa dunia itu membuat hati terganggu dalam berhubungan dengan Allah SWT, dan membuat seseorang merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, dimana dia akan ditanya tentang kenikmatan dunia yang telah ia peroleh.

4. Firman Allah SWT  yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad), sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah sementara sedangkan akhirat jualah yang lebih baik bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Nisa ayat 77)

5. Nabi  SAW pernah menyebut bahawa Allah itu maha baik dan suka yang baik-baik. Cuma yang salah dalam hal harta ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT dalam ayat berikut :-

كَلَّۧ Űšَلْ ŰȘُŰ­ِŰšُّونَ Ű§Ù„ْŰčَۧۏِلَŰ©َ  وَŰȘَŰ°َ۱ُونَ Ű§Ù„ْ۹ِ۟۱َŰ©َ

Ertinya : "Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia,  dan meninggalkan (kehidupan) akhirat "(Surah al-Qiyamah  ayat 20  dan  21 )

Manusia lebih mencintai kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat, maksudnya manusia tidak  suka dan malas menuntut ilmu tentang halal dan haram dalam pencarian dan perbelanjaan hartanya.

Orang sebegini tidak  mengendahkannya samada ia riba, rasuah, pecah amanah, curi dan lain-lain, yang penting baginya adalah harta mesti dimiliki.

Termasuklah juga, mengabaikan kewajiban Islam kerana terlalu mabuk dalam mencari harta, seperti tidak solat, tidak berzakat, abaikan tanggungjawab kepada rumahtangga dan lain-lain.

Ini bermakna zuhud itu adalah mencari dan membelanjakan harta tanpa melupakan hukum dan keredaan Allah SWT. Pandangan Allah akan sentiasa menjadi ‘priority' dalam pengurusan dan pendapatan hartanya. Ia juga akan memastikan zakat dan sedekah dikeluarkan. Itulah zuhud namanya dan bukannya menjadikan diri miskin  dan menjauhi dunia.

6. Tafsiran zuhud adalah bersandarkan firman Allah yang tidak menegah kita menjadi kaya dan berharta, tetapi yang dikehendaki adalah sentiasa peka dan berjaga dengan tipu daya harta agar tidak lalai dari halal haram dan keredhaaan Allah.

Firman Allah :-

يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ لَۧ ŰȘُلْهِكُمْ ŰŁَمْوَŰ§Ù„ُكُمْ وَلَۧ ŰŁَوْلَۧۯُكُمْ Űčَن Ű°ِكْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَمَن يَفْŰčَلْ Ű°َلِكَ فَŰŁُوْلَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْŰźَۧ۳ِ۱ُونَ

Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Surah  al-Munafiqun  ayat 9 )

Islam tidak melarang sama sekali kita untuk menjadi kaya dan menggunakan peralatan, kemudahan dan pakaian yang layak dengan pendapatan kita. Malah ia amat digalakkan untuk menjadi kaya dengan cara yang halal, kerana dengan itu zakat dapat dikeluarkan bagi membantu umat Islam yang tidak berkemampuan. Harta hanya akan menjadi tercela bila ia membawa kepada kelalaian dan pengabaian yang wajib di sisi Allah

Dalil-dalil daripada Hadis Nabi SAW :

1. Nabi SAW menyuruh gunakan rezeki dan nikmat Allah SWT yang telah dikurniakan-Nya kepada hamba-Nya. Buktinya adalah dari sabda Nabi SAW :-

Ù‚Ű§Ù„ ŰŁَŰȘَيْŰȘُ Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ في Ű«َوْŰšٍ ŰŻُونٍ ÙÙ‚Ű§Ù„ ŰŁَلَكَ مَŰ§Ù„ٌ Ù‚Ű§Ù„ نŰčم Ù‚Ű§Ù„ من ŰŁَيِّ Ű§Ù„ْمَŰ§Ù„ِ Ù‚Ű§Ù„ Ù‚ŰŻ ŰąŰȘَŰ§Ù†ِي Ű§Ù„Ù„Ù‡ من Ű§Ù„ْŰ„ِŰšِلِ وَŰ§Ù„ْŰșَنَمِ وَŰ§Ù„ْŰźَيْلِ وَŰ§Ù„Ű±َّقِيقِ Ù‚Ű§Ù„ ÙŰ„Ű°Ű§ ŰŁŰȘŰ§Ùƒ Ű§Ù„Ù„Ù‡ مَŰ§Ù„ًۧ فَلْيُ۱َ ŰŁَŰ«َ۱ُ نِŰčْمَŰ©ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űčَلَيْكَ وَكَ۱َŰ§Ù…َŰȘِهِ

Ertinya : "Aku datang bertemu Nabi SAW dengan berbaju yang kurang elok lalu

Nabi SAW bertanya :

"Adakah engkau mempunyai harta ?"

Aku menjawab : " Ya"

Baginda bertanya lagi : "Dari mana dan apa jenis hartamu itu?"

Aku menjawab : "Allah telah memberiku harta dari ternakan unta, kambing dan kuda"

Nabi SAW  terus membalas dengan  katanya :

"Jika seseorang kamu telah diberikan harta (yang halal) maka hendaklah atau haruslah ditunjukkan kesan-kesan nikmat dan kemuliaan Allah (yang diberikan) kepadanya" ( Hadis Riwayat Abu Daud, no 4063, 4/51, Tirimidzi, no 2006, 4/364 ; Tirmidizi dan Albani : hadis hasan sahih.)

Imam Ibn Hajar berkata maksud hadis ini menyebut hendaklah seseorang itu memakai pakaian bersih yang layak dengan kedudukannya agar jika terdapat orang yang ingin meminta bantuan, maka boleh dikenali siapa yang boleh memberikannya. Pada masa yang sama mestilah ia menjaga niatnya dan menjauhi pembaziran. Demikian juga yang disebutkan di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi  (Rujuk Fath Al-Bari,  10/260 ; Tuhfatul Ahwazi, 6/122)

2. Dari Abul Abbas, Sahel bin Sa'ad as-Sa'idi r.a. berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Tunjukkanlah aku suatu amalan, jika aku kerjakannya, nescaya aku dicintai Allah, dan dicintai orang ramai". Bersabda Rasullulah SAW, "Berlaku zuhudlah di dunia, nescaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah kepada pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya engkau dicintai orang ramai" (Hadis Riwayat Ibnu Majah - hasan sahih dan lain-lain dengan sanad-sanad yang hasan.)

Huraiannya hadis di atas no.2.

Lelaki tersebut yang bertanya kepada Rasulullah SAW ingin mengetahui apakah bentuk amalan yang jika dilakukannya, maka Allah dan manusia akan mengasihinya. Dari soalannya yang tersebut menunjukkan minatnya terhadap melakukan amalan-amalan yang baik dengan niat yang ikhlas, dan jawapan dari Rasulullah SAW juga adalah tepat dan boleh dijadikan panduan hidup kepada seluruh umat Islam.

'Berlaku zuhudlah di dunia nescaya engkau dicintai Allah' bermaksud berlaku zuhudlah dengan mengambil harta dunia sekadar keperluan dan tidak berlebih-lebihan, apa lagi sehingga membawa ke peringkat tamak.

Pengertian zuhud bukan bermakna kita menolak semua kemudahan dan kebaikan kemajuan sains dan teknologi tetapi yang dikatakan zuhud adalah  hati dan jiwa seseorang  tidak terkesan dengan kemewahan dunia yang melekakan dan melalaikan tetapi hatinya tetap mencintai kehidupan di hari akhirat.

Zuhud dunia juga diertikan di segi syarak sebagai mengambil barang yang halal setelah meyakini kehalalannya dalam kadar yang perlu sahaja, dan sifat ini adalah lebih tinggi dari sifat warak.

Manakala sifat zuhud di kalangan muqarrabin (orang yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT) pula adalah dengan terus meninggalkan kenikmatan dunia; segala-galanya adalah tidak penting bagi mereka melainkan mendekati Allah SWT semata-mata.

'Berlaku zuhudlah pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya dicintai orang ramai'

Bermaksud jika seorang yang kaya itu bersifat zuhud, maka ia akan memadai dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT dan tidak bersifat tamak dengan memperbanyakkan lagi harta bendanya, atau lebih buruk lagi, apabila sifat iri hati terhadap kelebihan orang lain mula menguasai dirinya.

Orang miskin pula dikatakan bersifat zuhud apabila ia tidak meminta-minta tanpa hajat kepada orang lain sehingga menimbulkan rasa kebencian. Jika ada pemberian orang terhadapnya maka haruslah diterimanya, itu pun jika perlu dan berhajat; tetapi jika sudah cukup ada pada miliknya, maka pemberian itu harus ditolak dan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Berdasarkan huraian di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa :

a. Allah SWT dan manusia akan kasih dan cinta kepada seseorang jika ia bersifat zuhud di dunia dan terhadap apa yang ada pada tangan manusia.

b. Orang yang kaya hendaklah merasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya, dan jauhilah dari sifat tamak dan iri hati.

c. Orang yang tidak berada pula hendaklah mengelakkan dari sifat meminta-minta perkara yang tidak perlu supaya tidak timbul kebencian orang lain terhadapnya.

Oleh itu perlulah kita sentiasa mengamalkan sifat zuhud kepada dunia ini untuk mendapat reda dan kasih sayang Allah SWT  dan zuhud apa yang ada ditangan manusia supaya kita sentiasa dikasihi oleh manusia.

3. Sabda Nabi SAW. maksudnya :“Carilah apa yang bermanfaat bagi dirimu dan mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Zuhud yang disyariatkan dan bermanfaat bagi orang yang menjalaninya adalah zuhud yang dicintai oleh Allah dan rasul-Nya, iaitu meninggalkan segala sesuatu yang tidak bermanfaat demi untuk mencapai kehidupan akhirat. Adapun sesuatu yang memberi manfaat bagi kehidupan akhirat dan membantu untuk mendapatkannya adalah termasuk salah satu jenis ibadah dan ketaatan.

Yang bermanfaat bagi seorang hamba adalah beribadah kepada Allah, menjalankan ketaatan kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya. Dan semua yang menghalangi hal ini adalah perkara yang mendatangkan kemudharatan dan tidak bermanfaat. Yang paling berguna bagi seorang hamba adalah mengikhlaskan seluruh amalnya kerana Allah.

Orang yang tidak memperhatikan segala yang dicintai dan dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya akan banyak menyia-nyiakan kewajiban dan jatuh ke dalam perkara yang diharamkan; meninggalkan sesuatu yang merupakan keperluannya seperti makan dan minum; memakan sesuatu yang dapat merosak akalnya sehingga tidak mampu menjalankan kewajiban; meninggalkan amar makruf nahi munkar; meningalkan jihad di jalan Allah kerana dianggap mengganggu dan merugikan orang lain. Pada akhirnya, orang-orang kafir dan orang-orang jahat mampu menguasai negeri mereka kerana meninggalkan jihad dan amar makruf tanpa ada maslahat yang nyata.

4. Sabda Nabi SAW maksudnya : "Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau seperti orang yang melintas ( Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Baginya orang yang memuji atau yang mencelanya ketika ia berada di atas kebenaran adalah sama saja. Seorang yang zuhud  menganggap dunia itu kecil sahaja, maka dia akan lebih memilih celaan daripada pujian. Hal itu akan mendorongnya untuk melaksanakan  kebenaran dan tidak  khawatir dicela atau dijauhi (oleh manusia), dia melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah. Jadi, apabila seorang hamba telah menganggap sama kedudukan antara orang yang memuji atau yang mencelanya, bererti menunjukkan bahwa kedudukan makhluk di hatinya adalah rendah, dan hatinya dipenuhi dengan rasa cinta kepada kebenaran.

Hakikat zuhud itu berada di dalam hati, iaitu dengan keluarnya rasa cinta dan ketamakan terhadap dunia dari hati seorang hamba. Ia jadikan dunia (hanya) di tangannya, sementara hatinya dipenuhi rasa cinta kepada Allah dan akhirat.

5. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang yang bermusafir." (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa hidup di dunia ini adalah seperti seorang musafir yang dalam perjalanan. Biasanya seorang musafir tidak akan membawa bekalan yang terlalu banyak hingga membebankan perjalanannya. Dia akan membawa sekadar keperluannya supaya memudahkan perjalanan yang jauh.Inilah hakikat zuhud sebenarnya terhadap dunia yang fana ini.

Dalili-dalil daripada kata-kata  sahabat-sahabat Rasulullah SAW :

1. Sayyidina Ali k.wj. pernah berkata , "Aku telah talak dunia dengan talak tiga" ini bermaksud dunia ini tidak masuk di dalam hatinya, apa yang beliau lakukan adalah semata-mata kerana Allah dan tidak ada langsung kepentingan dunia masuk di dalam hatinya.

Sebagai seorang Khalifah Islam  , Saidina Ali bin Abi Talib k.wj. sentiasa bersifat zuhud dan kezuhudannya  tidak menghalang beliau untuk mentakbir negara dengan adil dan saksama dan menjaga kemaslahatan rakyat. Diberitakan setiap pagi beliau akan menghantar makanan dipintu rumah ibu-ibu tunggal yang miskin dan kematiaan suami. Setelah kewafatan beliau tidak ada lagi makanan yang dihantarkan, barulah rakyat tahu bahawa yang menghantar makanan adalah beliau sendiri.

Dalam pribadi Saidina Ali k.wj , antara zuhud dan tanggungjawab sosial bertemu. Beliau adalah seorang yang zuhud sekaligus orang yang paling peka terhadap tanggungjawab sosial. Beliau termasuk orang yang paling sukar tidur ketika menyaksikan ketidak adilan atau mendengar rintihan orang-orang kecil. Beliau tidak pernah mengenyangkan perutnya selama ada orang-orang yang lapar di sekitarnya. Beliau pernah berkata: "Demi Allah, aku bersumpah, andaikan aku dipaksa tidur di atas duri-duri padang pasir, atau aku dibelenggu kemudian dipendam hidup-hidup dalam tanah, sungguh ini semua lebih baik daripada aku berjumpa Allah dan Rasul-Nya di hari kiamat sementara aku pernah berbuat zalim kepada hamba-hamba Allah."

2. Kezuhudan Salman al-Farisi :

Dr. Aidh Abdullah al-Qarni menerusi kitabnya Ila Allazina Asrafu 'ala Anfusihim menukilkan kisah sifat zuhud dalam kalangan para sahabat antaranya Salman al-Farisi.

Gabenor Kufah ini telah menghairankan manusia yang menziarahinya pada hari-hari terakhirnya di dunia ini dengan tangisannya. Apabila ditanya mengapa beliau menangis, Salman menjawab: "Sesungguhnya aku teringat sabda kekasihku, "Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang yang bermusafir." (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

Selepas mengucapkan sabda Rasulullah SAW yang mulia ini, Salman menyambung kembali ucapannya, "Sedang kita telah mengambil seluruh dunia ini berserta isinya."

Penduduk Kufah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali:

1. Sebatang tongkat untuk berjalan.

2. Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi tetamu dan untuk kegunaan ketika menghakimi.

3. Sebiji cawan besar untuk minum, berwuduk dan pelbagai kegunaan harian.

Maka mereka bertanya Salman: "Wahai Gabenor, sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa dunia pun daripadamu kecuali keperluanmu  terhadap tiga benda ini sahaja."

Salman menjawab: "Itulah yang aku fikirkan. Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah  SWT. terhadap tiga benda yang aku miliki ini."

Subhanallah! Inilah kesempurnaan zuhud yang hanya mampu dicapai oleh mata hati yang sentiasa muraqabah terhadap Penciptanya. Ia akan terbentuk apabila insan melihat dunia ini dengan pandangan hakiki.

Takrif Zuhud di Sisi Ulama :

1. Khalifah Umar bin Abd Aziz.

Khalifah Umar bin Abd Aziz terkenang dengan sifat zuhudnya sehinggakan seorang Ketua Kerajaan dalam Negara kita ingin mencontohi keberibadian beliau. Walaupun sejak kecil lagi beliau hidup dalam golongan bangsawan, namu harta dan kemewahannya tidak mempengaruhi hidupnya. Dia hidup dalam penuh dengan kezuhudan.

Semasa menjadi gabenor Khuransan, beliau tidak duduk di istana malah memilih rumah yang sederhana. Beliau menyerahkan harta milik kerajaan yang dirampas secara haram kepada Baitulmal. Contoh kezuhudan beliau terselah kepada semasa beliau menegur isterinya. "Adakah kamu ingin bercerai dengan harta atau kamu berkecai dengan saya?"

Tetapi Fatimah memilih untuk bersama suaminya. Mereka hidup dalam keadaan sederhana. Semasa Umar Abdul Aziz dilantik jadi khalifah, beliau hanya menerima gaji yang tidak lumayan. Sedangkan beliau memberikan gaji yang sedikit tinggi kepada pengawai-pengawainya.

Semasa beliau dilantik menjadi khalifah, penjaga perbendaharaan Negara datang memberinya wang sebanyak 40,000 dinar dan berkata “Ini adalah bayaran gaji pendahuluan untuk khalifah bagi satu tahun. Ini yang kami lakukan pada khalifah sebelum tuan”.

Namun khalifah Umar hanya mengambil 200 dinar untuk pembelanjaan keluarganya. Bakinya dipulangkan pada perbendahaan Negara.

2. Syeikh Ibrahim bin Adham :

Syeikh Ibrahim bin Adham pernah ditanya seorang lelaki: "Bagaimana cara engkau mencapai darjat orang zuhud?" Ibrahim menjawab:

"Dengan tiga hal :

Pertama, aku melihat kuburan itu sunyi dan menakutkan, sedang aku tidak menemukan orang yang dapat mententeramkan hatiku disana. 

Kedua, aku melihat perjalanan hidup menuju  akhirat itu amat jauh, sedang aku tidak memiliki cukup bekal. 

Ketiga, aku melihat Rabb Yang Maha Kuasa menetapkan satu keputusan atasku, sedang aku tidak punya alasan keputusan itu."

3. Syeikh Abu al-Qasim Karim Hawazin al-Qushairi dalam risalah al-Qushairiah menyebut bahawa Allah SWT. memberikan gambaran tentang kesempurnaan zuhud menerusi firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad), sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah sementara sedangkan akhirat jualah yang lebih baik bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Nisa ayat 77)

4. Al-Imam Hasan Al-Basri menyatakan bahawa zuhud itu bukanlah mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi zuhud di dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika tertimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.

5. Ibnu al-Qayyim mengatakan bahwa zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan akhirat.

6. Imam Malik r.a. berkata: "Zuhud itu terdiri daripada tiga huruf iaitu zai, ha dan dal. Zal bermaksud bekalan menuju ke akhirat. Ha pula bermaksud hidayah menuju agama. Manakala dal bermaksud istiqamah dalam melaksanakan ketaatan."

7. Imam Ibn Juzai berkata :-

Ù„ÙŠŰł Ű§Ù„ŰČÙ‡Ű° ŰšŰȘŰ±Ùƒ Ű§Ù„Ű­Ù„Ű§Ù„  , ÙˆÙ„Ű§ ۄ۶ۧŰčŰ© Ű§Ù„Ù…Ű§Ù„ ÙÙ‚ŰŻ يكون Ű§Ù„Űșني ŰČŰ§Ù‡ŰŻŰ§ , ۄ۰ۧ ÙƒŰ§Ù† Ù‚Ù„ŰšÙ‡ Ù…ÙŰ±Űșًۧ

Űčن Ű§Ù„ŰŻÙ†ÙŠŰ§ , ÙˆÙ‚ŰŻ يكون Ű§Ù„ÙÙ‚ÙŠŰ± ŰŻÙ†ÙŠÙˆÙŠŰ§ ۄ۰ۧ ۧێŰȘŰŻّ Ű­Ű±Ű”Ù‡ , ÙˆÙƒŰ§Ù† مŰčÙ…ÙˆŰ± Ű§Ù„Ù‚Ù„Űš ŰšŰ§Ù„ŰŻÙ†ÙŠŰ§

Ertinya : Bukanlah zuhud itu dengan meninggalkan ( pendapatan dan harta) yang halal, bukan juga membuang harta, kemungkinan seorang yang kaya itu bersifat zuhud apabila hatinya kosong dari dunia (tidak mengharapkan sesuatu dari dunia dan kekayaannya untuk dunia), dan berkemungkinan orang faqir itu adalah orang yang bersifat duniawi apabila hatinya amat berkehendakan dunia, tatkala itu hatinya segar dengan ikatan kepada dunia. (Al-Qawanin Al-Fiqhiyyah, hlm 471 )

8. Imam Sufyan bin ‘Uyainah ditanya berkenaan zuhud lalu beliau menjawabnya :-

Ű„Ù† Ù†Ù‚Ű”ŰȘ لم يŰșنم ÙˆŰ„Ù† ŰČۧۯŰȘ لم ÙŠÙŰ±Ű­ ÙˆÙ„Ű§ ÙŠÙƒŰ±Ù‡ Ű§Ù„Ù…ÙˆŰȘ Ù„ÙŰ±Ű§Ù‚Ù‡Ű§

Ertinya : "Sekiranya sesuatu harta itu hilang atau kurang sesorang itu tidak terlalu bersedih dan tatkala ia bertambah ia tidak pula gembira, dan ia tidaklah merasa bencikan mati kerana tidak mahu berpisah dengan hartanya " ( Jami' Al-ulum wal Hikam, hlm 256 )

9. Imam Al-Qarafi pula berkata :-

Ù„ÙŠŰł Ű§Ù„ŰČÙ‡ŰŻ ŰčŰŻÙ… ۰ۧŰȘ Ű§Ù„ÙŠŰŻ , ŰšÙ„ ŰčŰŻÙ… ۭۧŰȘÙŰ§Ù„ Ű§Ù„Ù‚Ù„Űš ŰšŰ§Ù„ŰŻÙ†ÙŠŰ§ , ÙˆŰ„Ù† ÙƒŰ§Ù†ŰȘ في ملكه

Ertinya : "Bukanlah zuhud itu tidak mempunyai sesuatu di dalam tangan, tetapi ia adalah tidak bergembiranya hati dengan dunia ( perolehan dunia) walaupun ia jatuh ke dalam miliknya" ( Az-Zakhirah, Al-Qarafi )

10. Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya, “Berupa apakah hartamu?” Beliau menjawab, “Dua macam. Aku tidak pernah takut miskin karena percaya kepada Allah, dan tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia.” Kemudian beliau ditanya lagi, “Engkau tidak takut miskin?” Beliau menjawab, “(Mengapa) aku harus takut miskin, sedangkan Rabb-ku adalah pemilik langit, bumi serta apa yang berada di antara keduanya.”

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat empat perkara kenapa kita perlu kepada zuhud :

1. Keimanan yang kuat dan selalu ingat bagaimana ia berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat guna mempertanggung-jawabkan segala amalnya, yang besar maupun yang kecil, yang nampak ataupun yang tersembunyi. Ingat! betapa dahsyatnya peristiwa datangnya hari kiamat kelak. Hal itu akan membuat kecintaannya terhadap dunia dan kelezatannya menjadi hilang dalam hatinya, kemudian meninggalkannya dan merasa cukup dengan hidup sederhana.

2. Merasakan bahwa dunia itu membuat hati terganggu dalam berhubungan dengan Allah, dan membuat seseorang merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, dimana dia akan ditanya tentang kenikmatan dunia yang telah ia peroleh.

Firman Allah maksudnya :“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (Surah At-Takaatsur ayat  6)

Perasaan seperti ini akan mendorong seorang hamba untuk hidup zuhud.

3. Dunia hanya akan didapatkan dengan susah payah dan kerja keras, mengorbankan tenaga dan fikiran yang sangat banyak, dan kadang-kadang terpaksa harus bergaul dengan orang-orang yang berperangai jahat dan buruk. Berbeza halnya jika menyibukkan diri dengan berbagai macam ibadah; jiwa menjadi tentram dan hati merasa sejuk, menerima takdir Allah dengan tulus dan sabar, ditambah akan menerima balasan di akhirat. Dua hal di atas jelas berbeza dan (setiap orang) tentu akan memilih yang lebih baik dan kekal.

4. Merenungkan ayat-ayat Al-Quran yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia). Dunia hanyalah tipu daya, permainaan dan kesia-siaan belaka. Allah mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud, “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).”
(Surah  An-Naaziat ayat 37-39)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah sama-sama kita meningkatkan martabat diri kita menuju kepada zuhud kepada Allah SWT iaitu tidak ada sedikit pun kecintaan hati kita kepada harta dunia yang sementara ini. Dan hati kita sentiasa disebukkan dengan keyakinan pada hari akhirat dan nikmat syurga yang kekal abadi. Walaupun kita memiliki hati yang cinta pada hari akhirat tetapi ianya tidak menjejaskan kehidupan kita seharian. Bila kita bekerja kita bekerja bersungguh-sungguh tidak buang masa dengan sia-sia dan bila kita berniaga kita berniaga bersungguh-sungguh tidak ada penipuan dan pecah amanah. Semoga dengan keuntungan yang diperolehi akan dibayar zakat, bersedekah dan infak dijalan Allah SWT. Meningkatkan taraf ekonomi umat Islam adalah satu jihad yang besar.

Bersifat zuhud bukanlah bermaksud membiarkan diri miskin, tidak berusaha, berpakaian dan berkenderaan lusuh dalam keadaan berharta dan mampu. Justeru, amat diharapkan umat Islam tidak menjadikan zuhud sebagai alasan ketidakmajuan mereka
dan tidak pula tersilap memahami konsep harta dalam Islam hanya kerana tidak faham erti sebenar zuhud. Sifat zuhud itu adalah bersederhana kerana kita memiliki harta yang banyak, tetapi sekiranya kita tidak mempunyai harta yang banyak, malah makan minum dan pakai kita masih tidak mencukupi, itu bukan disebut sebagai zuhud,,jangan menyalah gunakan perkataan zuhud ini...

Zuhud adalah sifat yang bersederhana di atas kekayaan yang dimilikinya,,disamping itu,,dia memanfaatkan seluruh kekayaannya ke jalan kebaikan dan bersedekah serta mengeluarkan zakat,(mereka tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap tuntutan agama)
serta kekayaan yang dimiliki tidak melekakan mereka dari terus berdakwah di jalanNya.


Pandangan Islam Terhadap Nyanyian dan Muzik


 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Dalam pembahasan hukum muzik dan menyanyi ini, terdapat beberapa pendapat ulama yang mengharamkan dan menghalalkan nyayaian dan muzik berdasarkan dalili-dalil daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Maka dari itu, terdapat 3 (tiga) hukum fiqih yang berkaitan dengan aktiviti nyanyian dan bermain muzik  iaitu:

Pertama, hukum mendendangkan lagu (nyanyian).

Kedua, hukum mendengarkan nyanyian atau muzik

Ketiga, hukum memainkan alat muzik.

Huraiannya  :

Pertama, hukum mendendangkan lagu (nyanyian).

Terdapat dua pendapat iaitu yang mengharamkan dan menghalalkan :

Dalil-Dalil Yang Mengharamkan Nyanyian:

a. Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan di antara manusia ada orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna (lahwal hadis) untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu ejekan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.” (Surah LuqmĂąn [31] ayat 6)

Beberapa ulama menafsirkan maksud "lahwal hadis" ini sebagai nyanyian, musik atau lagu, di antaranya al-Hasan, al-Qurthubi, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud.

b. Hadis Abu Malik Al-Asy’ari r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku golongan yang menghalalkan zina, sutera, arak, dan alat-alat muzik (al-ma’azif).” (Hadis Riwayat Bukhari, Shahih Bukhari, hadits no. 5590)

c. Hadis Aisyah r.a Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah mengharamkan nyanyian-nyanyian (qoynah) dan menjualbelikannya, mempelajarinya atau mendengar-kannya."Kemudian baginda membacakan ayat di atas". (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Mardawaih).

d. Hadis dari Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Nyanyian itu boleh menimbulkan nifaq, seperti air menumbuhkan kembang.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya dan al-Baihaqi, hadis mauquf)

e. Hadis dari Abu Umamah r.a, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Orang yang bernyanyi, maka Allah SWT mengutus padanya dua syaitan yang menunggangi dua pundaknya dan memukul-mukul tumitnya pada dada si penyanyi sampai dia berhenti.” (Hadis Riwayat Ibnu Abid Dunya.)

f. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Auf r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya aku dilarang dari suara yang hina dan sesat, iaitu: 1. Alunan suara nyanyian yang melalaikan dengan iringan seruling syaitan (mazamirus syaithan). 2. Ratapan seorang ketika mendapat musibah sehingga menampar wajahnya sendiri dan merobek pakaiannya dengan ratapan syaitan (rannatus syaitan).”

Dalil-Dalil Yang Menghalalkan Nyanyian:

a. Firman Allah SWT maksudnya :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.” (Surah al-Maaidah [5] ayat 87).

b. Ruba’i Binti Mu’awwidz Bin Afra berkata:

Nabi SAW mendatangi pesta perkawinanku, lalu baginda duduk di atas dipan seperti dudukmu denganku, lalu mulailah beberapa orang hamba perempuan kami memukul gendang dan mereka menyanyi dengan memuji orang yang mati syahid pada perang Badar. Tiba-tiba salah seorang di antara mereka berkata: “Di antara kita ada Nabi SAW  yang mengetahui apa yang akan terjadi kemudian.” Maka Nabi SAW bersabda maksudnya :“Tinggalkan percakapan itu. Teruskanlah apa yang kamu (nyanyikan) tadi.” (Hadis Riwayat Bukhari, dalam FĂąth al-BĂąrĂź, juz. III, hal. 113, dari Aisyah ra)

c. Dari Aisyah r.a; dia pernah menikahkan seorang wanita kepada pemuda Anshar. Tiba-tiba Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Mengapa tidak kalian adakan permainan kerana orang Anshar itu suka pada permainan.”  (Hadis Riwayat Bukhari)

d. Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Umar melewati sahabat Hasan sedangkan ia sedang melantunkan syi’ir di masjid. Maka Umar memicingkan mata tidak setuju. Lalu Hasan berkata:

“Aku pernah bersyi’ir di masjid dan di sana ada orang yang lebih mulia daripadamu (iaitu Rasulullah SAW)” (Hadis Riwayat Muslim, juz II, hal. 485)

Atas dasar itu, kedua dalil yang seolah-olah bertentangan di atas dapat dirumuskan seperti  berikut :

Bahawa dalil yang mengharamkan menunjukkan hukum umum nyanyian. Sedang dalil yang membolehkan, menunjukkan hukum khusus, atau perkecualian (takhsis), iaitu bolehnya nyanyian pada tempat, keadaan, atau peristiwa tertentu yang dibolehkan syarak, seperti pada hari raya Aidil Fitri atau Adha, majlis walimatulurus atau dapat pula difahami bahawa dalil yang mengharamkan menunjukkan keharaman nyanyian secara mutlak.

Sedang dalil yang menghalalkan, menunjukkan bolehnya nyanyian secara muqayyad (ada batasan atau kriterianya) (Dr. Abdurrahman al-Baghdadi, Seni Dalam Pandangan Islam, hal. 63-64; Syaikh Muhammad asy-Syuwaiki, Al-Khalash wa Ikhtilaf an-Nas, hal. 102-103).

Dari sini kita dapat memahami bahwa nyanyian ada yang diharamkan dan ada yang dihalalkan.

Nyanyian haram didasarkan pada dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian, iaitu nyanyian yang disertai dengan kemaksiatan atau kemungkaran, baik berupa perkataan (qaul), perbuatan (fi’il), atau menggalakan (asy-yĂą’), misalnya disertai arak, zina, pendedahkan aurat, ikhtilath (campur baur lelaki dan wanita yang bukan mahram), atau syairnya yang bertentangan dengan syarak, misalnya mengajak bercinta dengan berdua-duaan disaksikan bulan dan bintang, mengajak kepada pergaulan bebas, memuja kekasih melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, putus asa kerana gagal dalam bercinta, mempropagandakan sekularisma, liberalisma dan sebagainya.

Malangnya industri musik dan nyanyian seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance . cha cha atau mamba dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.

Terutama apabila penyanyi wanita Islam mendendangkan nyanyian dengan pakaian mendedahkan aurat, terpekik-terlolong, bertabaruj (bersolek dan berhias) melampau batas, diiringi dengan penari-penari wanita yang tidak menutup aurat ini jelas haram di sisi Islam. Nyanyian seperti ini melampau batas daripada akhlak Islam, menggalakkan maksiat dan boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Islam di mata masyarakat bukan Islam.

Nyanyian halal didasarkan pada dalil-dalil yang menghalalkan, iaitu nyanyian yang kriterianya adalah bersih dari unsur kemaksiatan atau kemunkaran. Misalnya nyanyian seperti nasyid yang syairnya memuji sifat-sifat Allah SWT, mendorong orang meneladani Rasul, mengajak taubat dari judi, mengajak menuntut ilmu, menceritakan keindahan alam semesta, dan sebagainyanya (Dr. Abdurrahman al-Baghdadi, Seni Dalam Pandangan Islam, hal. 64-65; Syaikh Muhammad asy-Syuwaiki, Al-Khalash wa Ikhtilaf an-Nas, hal. 103).

Saidina Ali k.wj ada menasihatkan:"Rehatkan hatimu dari masa ke semasa kerana hati jika dipaksa akan menjadi buta."

Juga dari Saidina Ali k.wj katanya :"Hati juga merasa jemu sepertimana juga badan merasa jemu; maka carilah perkara-perkara yang menarik untuk menghiburkannya".

Telah berkata Abu Darda’: "Aku menghiburkan diriku dengan sedikit al Lahwu untuk menguatkan diriku dalam melakukan perkara-perkara kebaikan."

"Apabila diajukan kepada Imam alGhazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan..dan semua guarauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jimak yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerehatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerehatan sebenarnya menolong untuk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya’."

Kedua, hukum mendengarkan nyanyian dan muzik.

Perbuatan mendengar termasuk perbuatan jibiliyyah, sehingga hukum asalnya adalah boleh (harus). Mendengar suara apa sahaja di bolehkan,  suara gemericik air, suara halilintar, suara binatang, juga suara manusia termasuk di dalamnya nyanyian. Hanya sahaja di sini ada sedikit peringatan bahawa jika suara yang terdengar berisi suatu aktiviti maksiat, maka meskipun mendengarnya mubah, ada kewajiban amar makruf nahi munkar, dan tidak boleh mendiamkannya. Misalnya kita mendengar nyanyian  seseorang mengatakan, “Saya akan membelai dirimu!” , "hidupku tidak bererti jika kau tidak disampingku". Membelai seorang wanita sebelum berkahwin adalah haram dan meletakkan hidup untuk wanita juga haram hukumnya kerana kita hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Oleh itu semua senikata lagu yang mengajak kepada maksiat adalah dilarang mendengarnya kerana penyanyi tersebut mengajak kepada perkara dosa dan maksiat.

Jika senikata nyanyian itu mengandungi kemungkaran, kita tidak dibolehkan berdiam diri dan wajib melakukan amar makruf nahi munkar.

Nabi SAW bersabda: “Siapa saja di antara kalian melihat kemungkaran, ubahlah kemungkaran itu dengan tangannya (dengan kuasa). Jika tidak mampu, ubahlah dengan lisannya (ucapannya). Jika tidak mampu, ubahlah dengan hatinya (dengan tidak meredai). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim, an-Nasa’i, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Jika kita tidak mampu mencegahnya maka janganlah di dengar nyanyian tersebut dan kita benci dalam hati , jika kita beli CD nyanyian mengandungi unsur maksiat tersebut hukumnya haram kerana kita bersubahat dengan perkara yang haram.

Ketiga, hukum memainkan alat musik.

Bagaimanakah hukum memainkan alat musik, seperti gitar, piano, rebana, dan sebagainya? Terdapat nash, ada satu jenis alat musik yang  jelas diterangkan kebolehannya dalam hadis, iaitu ad-duff  atau al-ghirbal, atau rebana.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :“Umumkanlah pernikahan dan tabuhkanlah untuknya rebana (ghirbal).” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Fuqaha terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, haji, perkahwinan, perayaan hari raya. Mengikut fuqaha Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan arak, gadis penyanyi, menggalakkan maksiat, perzinaan dan keberhalaan. Dr Syaltut berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kepada konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.

Prof Qardhawi berkata, "Nyanyian adalah harus (dibolehkan) tapi dalam acuan Islam . Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi’iy (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat. (Prof Qardhawi, halal ; haram , juga Fatwa Mu’asirat)

Bermain gambus dan nyanyian oleh hamba sahaya sudah diamalkan sejak zaman Saidina Ali bin Abi Talib k.wj dan tiada yang menegahnya..

Dalam hal ini pendapat Syaikh Nashiruddin al-Albani. Menurut Syaikh Nashiruddin al-Albani hadis-hadis yang mengharamkan alat-alat musik seperti seruling, gendang, dan sejenisnya, seluruhnya dha’if.

Memang ada beberapa ahli hadis yang memandang sahih, seperti Ibnu Shalah dalam Muqaddimah ‘Ulumul Hadits, Imam an-Nawawi dalam Al-Irsyad, Imam Ibnu Katsir dalam Ikhtishar ‘Ulumul Hadits, Imam Ibnu Hajar dalam Taghliqul Ta’liq,

Akan tetapi Syaikh Nashiruddin al-Albani dalam kitabnya Dha’if al-Adab al-Mufrad setuju dengan pendapat Ibnu Hazm dalam Al-Muhalla bahawa hadis yang mengharamkan alat-alat musik adalah Munqathi’ (Syaikh Nashiruddin Al-Albani, Dha’if al-Adab al-Mufrad, hal. 14-16).

Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya Al-Muhalla, juz VI, hal. 59 mengatakan:

“Jika belum ada perincian dari Allah SWT maupun Rasul-Nya tentang sesuatu yang kita perbincangkan di sini [dalam hal ini adalah nyanyian dan memainkan alat-alat musik], maka telah terbukti bahawa ia halal atau boleh secara mutlak.” (Dr. Abdurrahman al-Baghdadi, Seni Dalam Pandangan Islam, hal. 57).

Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan.

‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah?

‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi  atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan.

‘Ikhwan’: merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.

Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.

Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?

Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks , lasbian dan lain-lain yang diarang.

Kesimpulannya :

Pada hukum nyanyian dan musik ada yang disepakati dan ada yang diperselisihkan. Ulama sepakat mengharamkan nyanyian yang berisi senikata yang kotor,  menggalakkan maksiat, menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan berputus asa dari rahmat Allah SWT. adalah diharamkan oleh Islam.

Ulama juga sepakat membolehkan nyanyian yang baik, menaikkan semangat kerja dan tidak kotor,  tidak mendatangkan syahwat, tidak dinyanyikan oleh wanita asing dan tanpa alat musik.

Adapun selain itu para ulama berbeda pendapat . Jumhur ulama menghalalkan mendengar nyanyian, tetapi berubah menjadi haram dalam keadaan seperti berikut:

1. Jika disertai kemungkaran, seperti sambil minum arak, berjudi , tari menari dan lain-lain lagi.

2. Jika dikhawatirkan menimbulkan fitnah seperti menyebabkan timbul cinta berahi pada wanita atau sebaliknya.

3. Jika menyebabkan lalai dan meninggalkan kewajiban, seperti meninggalkan solat atau menunda-nundanya .

Madzhab Maliki, asy-Syafi’i dan sebagian Hambali berpendapat bahawa mendengar nyanyian adalah makruh. Jika mendengarnya dari wanita asing maka semakin makruh. Menurut Maliki bahawa mendengar nyanyian merosak muru’ah. Adapun menurut asy-Syafi’i kerana mengandung lahwu. Dan Imam Ahmad memberi komentar dengan ungkapannya: “Saya tidak menyukai nyanyian karena melahirkan kemunafikan dalam hati”.

Adapun ulama yang menghalalkan nyanyian, diantaranya: Abdullah bin Ja’far, Abdullah bin Zubair, Al-Mughirah bin Syu’bah, Usamah bin Zaid, Umran bin Hushain, Muawiyah bin Abi Sufyan. Secara umum dapat disimpulkan bahwa para ulama menghalalkan bagi umat Islam mendengarkan nyanyian yang baik-baik jika tidak terdapat perkara yang diharamkan sebagaimana disebutkan diatas.

Sedangkan hukum yang terkait dengan menggunakan alat musik dan mendengarkannya, para ulama juga berbeda pendapat. Jumhur ulama mengharamkan alat musik sesuai dengan beberapa hadis diantaranya :

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sungguh akan ada di antara umatku, kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr dan alat-alat yang melalaikan". (Hadis Riwayat Bukhari)

“Dari Nafi bahwa Ibnu Umar mendengar suara seruling gembala, maka ia menutupi telingannya dengan dua jarinya dan mengalihkan kendaraannya dari jalan tersebut. Ia berkata:”Wahai Nafi” apakah engkau dengar?. Saya menjawab:”Ya”. Kemudian melanjutkan berjalanannya sampai saya berkata :?Tidak?. Kemudian Ibnu Umar mengangkat tangannya, dan mengalihkan kendaraannya ke jalan lain dan berkata: Saya melihat Rasulullah SAW. mendengar seruling gembala kemudian melakukan seperti ini? (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Dari Umar bin Hushain, bahwa Rasulullah SAW. berkata tentang umat ini: "Gerhana, gempa dan fitnah. Berkata seseorang dari kaum muslimin:Wahai Rasulullah kapan itu terjadi?? Rasul menjawab: Jika biduanita, musik dan minuman keras berleluasa " (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

Adapun ulama yang menghalalkan musik sebagaimana diantaranya diungkapkan oleh Imam Asy-Syaukani dalam kitabnya, Nailul Authar adalah sbb: Ulama Madinah dan lainnya, seperti ulama Dzahiri dan jamaah ahlu Sufi memberikan kemudahan pada nyanyian walaupun dengan gitar dan biola. Juga diriwayatkan oleh Abu Manshur Al-Bagdadi As-Syafi’i dalam kitabnya bahwa Abdullah bin Ja’far menganggap bahwa nyanyi tidak apa-apa, bahkan membolehkan budak-budak wanita untuk menyanyi dan beliau sendiri mendengarkan alunan suaranya. Dan hal itu terjadi di masa khilafah Amirul Mukminin Ali ra. Begitu juga Abu Manshur meriwayatkan hal serupa pada Qodhi Syuraikh, Said bin Al Musayyib, Atho bin abi Ribah, Az-Zuhri dan Asy-Sya’bi.

Demikianlah pendapat ulama tentang mendengarkan alat musik. Dan jika diteliti dengan cermat, maka ulama muta’akhirin yang mengharamkan alat musik kerana mereka mengambil sikap warak (hati-hati). Mereka melihat kerosakan yang timbul dimasanya. Sedangkan ulama salaf dari kalangan sahabat dan tabiin menghalalkan alat musik kerana mereka melihat memang tidak ada dalil baik dari Al-Quran maupun hadis yang jelas mengharamkannya. Sehingga dikembalikan pada hukum asalnya yaitu mubah.

Oleh kerana itu bagi umat Islam yang mendengarkan nyanyian dan musik harus memperhatikan faktor-faktor berikut:

Pertama: Lirik Lagu yang dinyanyikan.

Hukum yang berkaitan dengan lirik ini adalah seperti hukum yang diberikan pada setiap ucapan dan ungkapan lainnya. Maksudnya bila muatannya baik menurut syarak, maka hukumnya dibolehkan. Dan bila muatanya buruk menurut syarak, maka dilarang.

Kedua: Alat Muzik yang digunakan.

Sebagaimana telah jelaskan di atas bahawa, hukum dasar yang berlaku dalam Islam adalah bahawa segala sesuatu pada dasarnya dibolehkan kecuali ada larangan yang jelas. Dengan ketentuan ini, maka alat-alat musik yang digunakan untuk mengiringi lirik nyanyian yang baik pada dasarnya dibolehkan. Sedangkan alat musik yang disepakati bolehnya oleh jumhur ulama adalah ad-dhuf (alat musik yang dipukul). Adapun alat musik yang diharamkan untuk mendengarkannya, para ulama berbeda pendapat satu sama lain. Satu hal yang disepakati ialah semua alat itu diharamkan jika melalaikan.

Ketiga: Cara Penampilan.

Harus dijaga cara penampilannya tetap terjaga dari hal-hal yang dilarang syarak seperti melahirkan cinta berahi, seks, maksiat adalah dilarang.Berpakaian mendedahkan aurat juga dilarang.

Keempat: Akibat yang Ditimbulkan.

Walaupun sesuatu itu mubah, namun bila ianya boleh menimbulkan hal-hal yang diharamkan seperti melalaikan solat, menimbulkan  emosi penonton cenderung kepada maksiat dan menjauhkan daripada  ajaran Islam akan menjadi terlarang . Sesuai dengan kaidah Saddu Adz dzaroi' (menutup pintu kemaksiatan) .

Kelima: Aspek Tasyabuh (menyerupai)

Islam melarang daripada mengikut model khusus yang telah menjadi ciri kelompok pemusik tertentu yang jelas-jelas menyimpang dari akhlak Islam, harus dihindari agar tidak terperangkap dalam tasyabbuh (menyerupai) dengan suatu kaum yang tidak dibenarkan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk mereka" (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Keenam: Orang yang menyanyikan.

Haram bagi kaum muslimin yang sengaja mendengarkan nyanyian dari wanita yang bukan muhrimnya. Ulama berpendapat suara wanita adalah aurat.

Sebagaimana firman Allah SWT. maksudnya : "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik (Surah Al-Ahzaab ayat 32)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Hidup di dunia ini adalah sementara sedangkan hidup di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Janganlah kita menghabiskan masa dengan banyak berhibur dan mendengar lagu dan muzik yang melalaikan hati-hati kita. Kita boleh merehatkan fikiran dengar mendengar lagu-lagu yang mengajak kepada kebaikan dan meningkatkan iman dan cinta kita kepada Allah , Rasul-Nya, ibu bapa, berakhlak mulia dan memuji keindahan ciptaan Allah SWT.

Orang mukmin yang bertakwa dan sedang sibuk berjuang di jalan Allah SWT  tidak akan membiarkan masanya di habiskan kepada perkara harus  yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.

Semoga huraian dan kesimpulan tentang hukum nyanyian dan muzik dalam Islam akan memberi manfaat bagi kaum muslimin dan menjadi panduan dalam kehidupan mereka. Amiin.

Wallahu a`lam bish-sawab, Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh












Monday, November 14, 2011

Kenikmatan Syurga Untuk Orang-orang Bertakwa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Sungguh orang yang beriman dan beramal soleh untuk mereka disediakan Syurga Firdaus sebagai tempat tinggal” (Surah al-Kahfi ayat 107)

Sesungguhnya di dalam Syurga itu berupa sesuatu yang belum pernah di lihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas oleh hati manusia. Ahli Syurga bagaikan raja bersenang-lenang dengan penuh kenikmatan sedangkan umur mereka seusia dengan putera. Usia mereka kekal selamanya 33 tahun yakni seusia ketika Nabi Isa a.s. di angkat ke langit, manakala tinggi mereka pula setinggi Nabi Adam a.s.  yakni setinggi 60 hasta (90 kaki) dan dalamnya lintang 7 hasta (10.5 kaki).

Mereka sangat kacak dan suara mereka sangat merdu. Mata mereka seakan bercelak, putih kulitnya, tiada berbulu badannya kecuali di kepala (kerinting rambutnya), alis dan kelopak mata. Sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan licin tidak berbulu. Mereka tidak kencing dan tidak buang air besar, tidak berludah dan tidak berhingus dan peluh mereka berbau kasturi. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir rambut mereka dari emas, kayu bakar mereka dari kayu gahru yang harum. Mereka sentiasa merasa aman dari azab. Hati mereka sentiasa bersatu dan tidak pernah berselisih dan benci membenci antara sesama mereka.

Sekurang-kurangnya penduduk Syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama (bersetubuh). Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT. dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT.  cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

Terdapat kemah-kemah yang mengandungi berpuluh-puluh bilik dari mutiara yang berlubang. Ada bilik yang bagaikan taman yang luas yang dipenuhi pohon-pohon palma dan di kelilingi sungai yang mengalir, yang tepiannya dilitupi oleh bunga mawar, melati dan lain-lain bunga yang tumbuh dari lembah. Ketika angin meniup taman bunga ini, seluruh taman dipenuhi bau harum semerbak. Di dalam bilik ada ruangan luas yang diperbuat dari kayu cendana dan pokok gaharu serta dilapisi dengan segala macam marmar berwarna. 

Berterbangan burung-burung seperti burung bul-bul, murai atau merpati yang pandai menyanyi. Setiap bilik dihiasi dengan perhiasan dari zamrud, batu merah, batu delima merah jingga, serta emas dan perak. Di dalam bilik yang sebegini indah inilah tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan kedatangan suami mereka dengan menyanyikan lagu-lagu rindu bagaikan orang yang sedang mabuk cinta. Setiap kali mereka menyenandungkan lagu-lagu pujaan yang menyebut-nyebut suami mereka setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW. bersabda: "Di sediakan tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya."

Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dengan sepenuh jiwa dan raga mereka kepadanya. Para bidadari akan melayan sepenuhnya keinginan suaminya, bahkan menggoda supaya suaminya terus bermesra dengannya. Para bidadari sentiasa inginkan kehidupan di atas tilam-tilam sutera yang lembut, dengan cadar yang berilau-kilauan, sentiasa berpegangan erat tangan suaminya. Hubungan senggama bersama bidadari adalah hubungan kenikmatan tanpa sebarang keletihan, peluh mahupun kotoran berupa air mani. Seorang suami boleh menggauli 100 bidadari dalam sehari.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apakah kita berhubungan badan dengan isteri-isteri kita di syurga? Maka, baginda menjawab, "Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seorang lelaki mampu berhubungan badan dengan seratus bidadari pada satu pagi." (Imam Hafidz Abu Abdullah al-Maqdisi mengatakan bahawa perawi hadis ini adalah sahih).

Sahabat yang dimuliakan,
Bagi mereka yang menduduki syurga 'Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas.

Ahli syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah SWT, dapat melihat Zat Allah SWT., dapat reda dari Allah SWT. dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam syurga oleh Allah SWT.

Sahabat yang dihormati,
Abu Hazim berkata: Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di samping keselamatan dari neraka.  Padahal kamu dapat masuk Syurga hanya dengan meninggalkan satu persen dari kesukaanmu dan dapat selamat dari neraka dengan sabar menderita satu persen dari kesukaran."

Yahya Mu'adz Arrazi berkata:  "Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia."

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa : "Ya Allah masukkan ia ke syurga dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali, maka  neraka berdoa:  "Ya Allah hindarkan ia dari neraka."

Semoga Allah menghindarkan kita semua dari neraka dan memasukkan kita ke dalam syurga.  Dan andaikan di dalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan sahabat-sahabat nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal di syurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada. 

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi SAW  bersabda yang bermaksud: "Di dalam Syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga. 

Ahli hikmah berkata : "Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal."

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di Syurga kita diberikan kebenaran untuk berkomunikasi denga ahli neraka, dan mereka melahirkan penyesalan kerana semasa di dunia mereka tidak mahu mendengar ajakan untuk beriman kepada Allah SWT dan mentaati Allah SWT. dan Rasulullah SAW.

Syurga mempunyai banyak tingkat. Tingkat yang paling tinggi adalah Syurga Firdaus. Nabi SAW ada menyatakan bahawa kalau kita berdoa mintalah pada Allah SWT syurga yang paling tinggi iaitu Syurga Firdaus. Di tingkat mana di dalam syurga seseorang hamba itu di tempatkan adalah bergantung pada amalan masing-masing, semakin banyak amalan kebaikannya maka semakin tinggi tempat duduknya di syurga.

Di Syurga juga terdapat sungai susu, sungai arak dan sungai madu. Kenderaan yang di gunakan bergantong kepada keinginan masing-masing. Apabila masuk sahaja ke dalam syurga, maka Allah SWT sediakan kuda dari permata dan mempunyai dua sayap yang boleh terbang dan bergerak kemana sahaja mengikut arahan penghuni syurga tersebut.

Wanita di dunia lebih mulia dari bidadari apabila mereka taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya dan suaminya dan menjaga kehormatan diri.

"Apakah wanita dunia lebih utama dari bidadari yang bermata jelita?" Maka, Nabi SAW menjawab, "Wanita dunia adalah lebih mulia dari bidadari seperti keutamaan sesuatu yang nampak dari hal yang tersembunyi."

Lalu ia bertanya kepada Nabi SAW, "Hai Rasulullah, apakah yang menjadikannya demikian?" Baginda menjawab, "Kerana solat, puasa, dan ibadah mereka kepada Allah. Maka Allah menghiaskan cahaya di muka mereka dan membalutkan kain sutra pada tubuh mereka. Mereka berkulit putih, berpakaian hijau, perhiasannya kuning, pedupan mereka dari permata dan sisir mereka dari emas. Mereka seraya berkata, "Kita tinggal di syurga selama-lamanya tidak pernah akan mati, menyelam dalam lautan kenikmatan tidak pernah mendapatkan musibah, dan kami menetap tidak pernah pindah selamanya, kami rela dan tidak pernah benci selamanya. Maka beruntunglah orang yang memiliki kami dan menjadi milik kami."

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT. semoga Allah SWT. dengan rahmat dan kasih sayang-Nya mengizinkan kita agar dapat memasuki syurga-Nya yang penuh kenikmatan seluas langit dan bumi dan di jauhkan kita daripada seksaan api neraka.