Saturday, November 13, 2010

Dosa dan Kermukaan Allah


Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Apa yang dimaksud dengan dosa? Dosa adalah melakukan hal-hal yang bertentangan dengan kehendak dan keridhaan Allah, dan melanggar petunjuk-petunjuk yang telah dia berikan melalui para rasul-Nya, khususnya Rasulullah saw, serta dengan berani melawan petunjuk-petunjuk tersebut, itulah dosa.

Apabila kepada seorang hamba manusia diberikan pengetahuan dan diajarkan tentang petunjuk-petunjuk Allah taala kemudian dia melanggar petunjuk-petunjuk itu secara durhaka dan jahat dia melakukan dosa, maka Allah taala akan marah sekali. Dan akibat dari kemarahan itu tidak hanya setelah mati saja dia peroleh, justru di dunia ini juga dia akan mengalami berbagai macam azab serta kehinaan.

Begitu jugalah keadaan para pemerintah duniawi. Yakni permerintah memberlakukan suatu hukum, kemudian jika ada yang melanggar hukum tersebut dan melakukan hal-hal yang bertentangan dengan itu maka orang tersebut akan ditangkap dan dijatuhi hukuman. Sering kita lihat bahawa ada juga orang yang akan selamat terhindar dari jeratan hukum duniawi terrsebut atau terluput dengan melarikan diri sejauh-jaauhnya. Dia akan saja melarikan diri keluar daerah luar kawasan.

Namun kemana manusia dapat melarikan diri setelah melakukan hal-hal yang menentang hukum-hukum serta petunjuk Allah taala? Sebab bumi dan langit yang tampak ini adalah milik-Nya. Tidak ada bahagian bumi dan langit ini yang dimiliki oleh pihak lain, yang kiranya dapat menjadi tempat pelarian bagi kita.

Hal ini sangat penting dan selalu kita perhatikan, supaya manusa sentiasa takut kepada Allah taala. Jangan kita berani melanggar petunjuk-petunjuknya dan melakukakn dosa-dosa. Sebab dosa adalah sesuatu yang sangat buruk. Dan tatkala manusia tidak lagi takut terhadap Allah taala dan dia menjadi berani melakukan dosa, maka kebiasaan Allah ini akan berlaku atas dirinya. Yakni kemurkaan Allah akan melindas orang yang berani melanggar itu, di dunia ini juga dan di akhirat.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MANUSIA MELAKUKAN DOSA

· terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
· ingin hidup bebas tanpa batasan agama
· sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat

TANDA-TANDA YANG TERCATIT DALAM AL QURAN

Di antara bencana-bencana yang dicatatkan di dalam Al Quran adalah sebagai peringatan untuk manusia atas kemurkaan Allah kepada mereka yang melampaui batas kederhakaan dan kekafirannya:

*  Banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. yang tingginya melampaui puncak-puncak bukit dan gunung. Tiada seorang pun manusia yang selamat, melainkan mereka yang berserta Nabi Nuh yakni hanya seramai 80 orang di dalam sebuah bahtera. ( Surah Nuh: 1-28 & Surah Al Mukminun:23-30 )

*  Bencana besar Allah timpakan ke atas bangsa Tsamud, suatu bangsa yang makmur kehidupan-nya tetapi menyanggah ajaran Allah dan berpakat membunuh Nabi Salleh a.s. Letusan gunung berapi yang hebat menjadikan mereka hancur-lebur, lenyap menjadi abu dalam waktu sedetik. ( Surah Al Haqqah: 4-5, An Naml: 45-54)

*  Gempa bumi yang dahsyat sehingga bumi pecah, retak dan terbalik diiringi dengan hujan batu dan lumpur yang panas ke atas kaum Nabi Luth a.s. yang melakukan kekafiran dan perbuatan homoseksual. ( Surah Al A’raf:80-84, An Naml:54-59)

*  Bom batu berapi yang digugurkan oleh burung-burung, ditimpakan ke atas tentera Abrahah yang cuba menyerang dan menghancurkan Kaabah. Kesannya lebih mengerikan daripada bom atom dan nuklear, diibaratkan hancurnya sebagai daun-daun yang dimakan ulat. ( Surah Al Fiil:1-4)

Begitulah hebatnya gambaran murka Allah terhadap kaum-kaum yang terlalu menderhakai-Nya. Adakah sesuatu kekuatan saintifik ataupun teknik canggih yang dapat menghalang bencana Allah?

Jawapannya tiada. Cara menghalang dan menghindarkan berlakunya bencana tersebut hanyalah dengan menghentikan segala kejahatan dan kekufuran serta bertaubat kepada Allah SWT.

Imam Al Ghazali berkata,
" Tidaklah orang yang takut itu orang yang menangis dan menyapu dua matanya, tetapi adalah orang yang meninggalkan apa yang ia takuti kerana akan mendapat kemurkaan dan siksaan Allah akibat perbuatan itu."

Wallahu a'lamu bi al-shawab......

(Di petik daripada tulisan Mohamad Zuhairi Abd Hadi)

Kelebihan-kelebihan surah-surah dalam al-Qur'an :


SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar r.a. berkata: Nabi s.a.w telah bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

al-quran al kahfi 

SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata:”Adalah Nabi s.a.w. tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat)
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah s.w.t yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)

Daripada abi Hurairah r.a. berkata : Nabi s.a.w telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
 
Rasulullah s.a.w bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”
alquran1

Fadhilat dan Kebaikan Surah al-Ikhlas

Sahabat yang dirahmati Allah,
Surah Al-Ikhlas adalah surah Makkiyyah mengandungi 4 ayat . Turunnya ayat ini apabila kafir Musyrikin Mekkah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai sifat Allah s.w.t.

Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Jarir meriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab bahawa orang-orang musyrikin telah berkata kepada Rasulullah: “Wahai Muhammad! Sifatkan kepada kami Tuhan anda!” Maka Allah menurunkan surah al-Ikhlas.

 Qatadah, Dakhkhak dan Muqatil berkata: “Beberapa orang Yahudi datang bertemu Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Sifatkan kepada kami Tuhan engkau (wahai Muhammad) kerana Allah telah menurunkan sifat-sifatnya di dalam Taurat. Ceritakan kepada kami, Dia dari apa? Dia dari jenis mana? Adakah Dia emas atau tembaga atau perak. Adakah Dia makan dan minum? Dari siapa Dia mewarisi dunia atau mewariskan dunia ini kepada sesiapa". Dalam rangka menjawab soalan mereka maka Allah menurunkan surah ini dengan menjelaskan tentang sifat-sifat Allah secara khusus.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.

1. Katakanlah (Ya Muhammad): Dialah Allah yang Maha Esa

2. Allah tempat berharap

3. Tidak beranak dan tidak diperanakkan.

4. Dan tiada yang setara dengan-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Surah al-Ikhlas ini banyak kelebihannya, jika kita beramal bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t.

Kelebihan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Membacanya sekali menyamai 1/3 al-Qur'an.

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya…Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Sayyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah s.a.w.menjawab dengan mengatakan bahawa Sayyidina Ali betul.

(Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Qur'an. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Qur'an kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Qur'an.)

Dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya :“Adakah di kalangan kamu ini orang tidak mampu membaca satu per tiga al-Quran pada satu malam? Sesungguhnya sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas pada satu malam, maka dia telah membaca pada malam tersebut satu pertiga al-Qur'an.”(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Nasa’i meriwayatkan dari Abi Ayub al-Ansari)

Kedua :  Terselamat daripada azab kubur.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke Syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Ketiga : Mendapat pahala daripada bacaan surah al-Ikhlas para malaikat.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah s.a.w.) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s."

Keempat : Membaca surah ini menyebabkan syaitan lari daipada tubuh kita kerana kepanasan.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Kelima : Menghalau syaiatan daripada rumah kita.

Sebelum anda masuk rumah memberi salam kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.Dan masuk kerumah dengan kaki kanan.

Tafsir dan Ulasan Surah al-Ikhlas (1-4)

BismillĂąh ir-RahmĂąn ir-RahĂźm(Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.)

Bismillah ( Dengan nama ALLAH )

Dengan nama Allah. Susunan kalimat yang demikian ini dalam bahasa Arab berarti ada susunan kata-kata yang mendahuluinya yaitu: Aku mulai perbuatan ini dengan nama Allah, atau: Permulaan dalam perbuatanku ini dengan nama Allah; untuk mendapat berkat dan pertolongan rahmat Allah sehingga dapat selesai dengan sempurna dan baik. Juga untuk menyedari kembali sebagai makhluk Allah, bahawa segalanya bergantung kepada rahmat kurnia Allah. Hidup, mati dan daya upaya semata-semata terserah kepada rahmat kurnia Allah Azza wa Jalla.

Ar-Rahman Ar-Rahim (Yang Maha Murah Yang Maha Penyayang)

Ar-Rahman (Yang Pemurah) yakni yang penuh rahmatNya kepada semua makhluk di dunia hingga di akhirat, kepada yang mukmin maupun yang kafir. Adapun Ar-Rahim (Yang Penyayang) khusus rahimNya buat kaum Mukmin sahaja.

1. Qul huwa AllĂąhu ahad

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa” (Surah al-Ikhlas ayat 1).

Maksudnya : Katakanlah wahai Rasulullah kepada mereka yang bertanya tentang sifat-sifat Tuhanmu: Dialah Allah yang satu, ertinya Esa pada zatNya dan sifatNya. Tiada sekutu bagiNya. Tiada bandingan dan gandingan untukNya. Ini adalah sifat wahdaniyah dan penafian wujudnya sekutu-sekutu. Dialah Allah yang kalian kenali dan akui sebagai pencipta langit dan bumi serta pencipta kamu. Dia satu dan tunggal dengan sifat ketuhanan. Dia tidak mempunyai sekutu. Ayat ini sebenarnya merupakan penafian tentang banyak Tuhan atau zat Tuhan.

2. AllĂąhu samad(Allah tempat berharap)

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Allah tempat berharap” (Surah al-Ikhlas ayat 2).

Maksudnya : Allah tempat bergantung dan memohon hajat keperluan. Justeru Allah sahaja yang Maha Berkuasa untuk memenuhinya. Allah tempat makhluk mengadu. Tiada seorang pun yang tidak memerlukan Allah. Namun Dia tidak pula memerlukan mereka. Ini menyanggah keyakinan orang-orang musyrikin Arab tentang kewujudan perantaraan atau orang tengah dan para pemberi syafaat (dalam hubungan antara Khaliq dan makhluk).

Ibn Abbas berkata ketika mentafsirkan makna “as-samad” ertinya yang menjadi tempat menggantungkan harapan makhluk untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan permasalahan mereka. Dia Penguasa yang amat sempurna PenguasaanNya. Dialah Allah Maha Mulia yang amat sempurna kemulianNya. Dia juga yang Maha Hebat yang amat sempurna kehebatanNya. Dia Maha Penyantun yang paling sempurna kesantunanNya. Dia Maha Mengetahui dengan pengetahuanNya serta sempurna. Allah Maha Bijaksana dan amat sempurna kebijaksanaanNya. Dialah yang Maha Sempurna dalam segala jenis kemuliaan, kejituan dan kekuasaan. Segala kemuliaan dan keunggulan adalah miliknya. Tiada yang dapat menandingi Allah dan tiada pula yang menyamaiNya. Maha Suci Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa. Ibn Jarir dan al-Tirmizi dalam riwayat lain menambah bahawa as-Samad ialah “yang tidak beranak atau tidak diperanakkan” kerana setiap yang dilahirkan pasti akan mati. Manakala setiap yang mati pasti akan meninggalkan waris, sedangkan Allah tidak mati dan tidak pula meninggalkan waris.

3. Lam yalid wa lam yûlad(Tidak beranak dan tidak diperanakkan)

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Tidak beranak dan tidak diperanakkan” (Surah al-Ikhlas ayat 3).

Maksudnya : Tidak akan lahir dariNya anak. Tiada suatu pun yang lahir dari Allah kerana Dia tidak sejenis dengan sesuatu yang lain. Kerana Dia Maha Sedia Ada dan bukan sesuatu yang baru. Tidak ada permulaan bagi kewujudan Allah. Allah tidak berjisim. Ini menafikan kewujudan persamaan. Dia disifatkan sebagai sedia ada dan yang awal serta manafikan sifat baru.

Ayat pertama menafikan kewujudan anak bagi Allah dan menyanggah orang-orang musyrikin yang menyangka kononnya para Malaikat merupakan anak-anak perempuan Allah. Ayat tersebut juga menyaggah pandangan orang-orang Yahudi yang menyangka Uzair sebagai anak Allah. Ia juga menyanggah pandangan orang Nasrani yang menyangka Isa adalah anak Tuhan dan berfahaman Trinity (konsep tiga tuhan). Ia juga menyanggah pandangan al-Sobi’ah yang menyembah bintang. Setiap penafian pula merupakan sanggahan terhadap pengikut akidah batil seperti Thanawiyyah yang mengiktiraf kewujudan dua tuhan bagi ala mini iaitu tuhan cahaya dan tuhan kegelapan. Ayat yang kedua pula menafikan kewujudan bapa (bagi Allah) dan menafikan bahawa kewujudan Tuhan didahului oleh keadaan bapa.

4. Wa lam yaku llahĂ» kufuwan ahad(Dan tiada yang setara dengan-Nya)

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Dan tidak ada yang setara denganNya” (Surah al-Ikhlas ayat 4).

Maksudnya : Tiada siapa yang menyamai Allah, menyerupainya dan berkongsi denganNya. Ini menafikan kewujudan teman dan membatalkan iktiqad orang musyrikin Arab bahawa Allah mempunyai gandingan dalam setiap perlakuanNya., di mana mereka menjadikan para malaikat sebagai sekutu-sekutu bagi Allah dan patung berhala sebagai gandingan Allah. Surah ini mempunyai makna yang hampir sama dalam beberapa ayat yang lain:

“Pencipta langit dan bumi. Bagaimana mungkin Dia memiliki anak sedangkan tiada bagiNya teman. Pencipta segala sesuatu” (Surah al-An’am ayat 101)

“Tidaklah wajar bagi al-Rahman (Allah) untuk (mempunyai) anak. Pada hal segala sesuatu yang di langit dan di bumi semuanya datang ke hadrat Allah sebagai hamba. Dia telah mengira, menghitung dan Maha Tahu bilangan mereka. Setiap makhluk berkenaan akan tampil menemuiNya bersendirian” (Surah Maryam ayat 92-95).

Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulan daripada tafsiran Surah al-Ikhlas adalah seperti berikut :

1) Surah ini mengandungi rukun-rukun aqidah dan syariat Islam yang terpenting iaitu mentauhidkan Allah dan mensucikanNya, memperakukanNya dengan sifat-sifat kesempurnaan dan menafikan kewujudan sebarang sekutu bagiNya. Ini secara tidak langsung menolak pandangan orang-orang Nasrani yang menyatakan Isa adalah anak Tuhan dan menganut fahaman Trinity (konsep tiga Tuhan). Surah ini menyanggah perbuatan orang-orang musyrikin yang mengabdikan diri kepada tuhan-tuhan yang lain di samping pengabdian diri kepada Allah dan menyatakan bahawa malaikat adalah anak perempuan Allah. Ini turut menafikan pandangan Yahudi yang menyatakan Uzair adalah anak Allah.

2) Para ulama’ berkata: Surah ini menjelaskan hak-hak Allah.  Manakala celaan terhadap Allah yang dijawab dalam surah al-Ikhlas ini adalah kerana dakwaan mereka bahawa Allah mempunyai anak. Kalau ketiadaan anak merupakan satu perkara yang mengaibkan bagi manusia, maka kewujudan anak bagi Allah pula adalah kekurangan atau ke’aiban bagi Allah. Justeru itu, Allah menyatakan di sini, “Katakanlah wahai Muhammad,” bagi menolak pandangan serong terhadap Allah ini.

3) Konsep aqidah dan tauhid yang benar inilah yang perlu diikuti oleh seluruh umat manusia. Konsep inilah yang berjaya menyatukan kaum Aus dan Khazraj dan mempersatukan Muhajirin dan Ansar. Aqidah yang bersih inilah yang akan menjamin akhlak yang baik, ibadah yang benar serta keutuhan politik dan sosio-ekonomi sesebuah masyarakat. Jika kita kembali kepada sirah Rasulullah, penyatuan yang berlandaskan tauhid yang Esa dan benar adalah penyatuan yang cukup hebat dan tidak ada tolok bandingnya. Ternyata konsep penyatuan yang dicanang oleh manusia masih terdapat banyak kelemahan seperti timbul syak wasangka dan sikap menuding jari andai tidak berdasarkan kepada ajaran Islam.

Friday, November 12, 2010

Bacaan al-Qur'an Akan Memberi Syafaat di Hari Akhirat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kitab suci al-Qur'an yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah merupakan kitab suci yang sempurna dan lengkap, dan menjadi peduman hidup manusia di dunia. Al-Qur'anul karim perlu dibaca, difahami, diyakini dan dilaksanakan dalam kehidupan.

Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata, "Pesanku kepadamu wahai saudara-saudara...hendaklah sentiasa menghubungkan diri dengan al-Qur'an pada setiap detik dan masa. Andaikata saudara melakukan sedemikian, nescaya saudara akan merasa betapa agungnya Pencipta yang Maha Tinggi itu. Sebenarnya siapa yang berbuat demikian tidak dapat tidak akan bertambah keimanan terhadap keagungan Pencipta lalu bertambah lagi ketundukannya kepada kekuasaan-Nya...." Al-Qur'an adalah  mukjizat aqaliah iaitu mukjizat yang berfungsi dan mempunyai kelebihan luar biasa hingga ke hari kiamat. Membaca al-Qur'an akan diberi pahala oleh Allah s.w.t. digandakan hingga 10 kali ganda.

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Bacalah al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam sebuah hadis lain Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Pada hari kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Qur'an, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”.

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Qur'an adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima oleh Allah s.w.t. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:“Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke Syurga!”

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

“Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.”

“Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi”

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari Syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah s.w.t. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Qur'an sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Terdapat beberapa kebaikan-kebaikan al-Qur'an iaitu :

Pertama : Al-Qur'an merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kedua : Membaca al-Qur'an merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah s.w.t.. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Qur'an, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh memberikan syafaat di hari akhirat kelak.

Ketiga : Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Qur'an adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan Mukmin yang tidak membaca al-Qur'an pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”

Keempat : Membaca al-Qur'an hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

Kelima : Pembacaan al-Qur'an yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar. Jika tak faham bahasa Arab cuba lihat terjemahannya.

Sahabat yang dikasihi,
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

“Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab Neraka.”

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

Sahabat,
Marilah sama-sama kita hayati al-Qur'an dan teruskan menjadi teman setia kita, jangan lupa membacanya bersungguh-sungguh dan fahami maknanya. Semoga ia akan membantu kita di alam barzakh dan hari akhirat.

Makanan Haram Gelabkan Hati

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh  


Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah dalam hal makanan dan pemakanan boleh di jadikan panduan dalam kehidupan Muslim untuk memilih makanan, sumber mendapatkan makanan, jenis makanan dan juga adab makan. 


Makanan mempunyai pengaruh besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman serba moden, kita sering dilalaikan dengan memilih makanan bertujuan pertumbuhan jasmani saja, tetapi lupa mencari makanan seimbang untuk pembentukan lahiriah dan rohaniah. 


Bagaimana hubungan rohani dengan makanan dan juga kesihatan? Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu semula jadi dari hati, berhubung keperluan hidup iaitu jantung dan otak manusia. 


Selaras dengan itu, ketiga-tiga unsur penting ini memerlukan kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Justeru, badan memerlukan makanan yang baik untuk memeliharanya dengan cara mendapatkan zat terbaik untuk tubuh badan manusia. 


Di sini jelas menunjukkan kepentingan makanan dan minuman yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan hati, jantung dan otak, organ penting di dalam jasad manusia dalam pembangunan jasmani dan rohani mengikut acuan berlandaskan lunas Islam. Ahli sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi badan. Bahkan, Islam juga memandang hati mempunyai peranan besar di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi dan akal seseorang. 


Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabiRasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”.
(Hadis riwayat Bukhari)  


Jelas kepada kita dari sudut pandangan sains, makanan yang baik penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia. 


Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah terbilang. 


Dalam tafsir Al-Azhar, Prof Hamka mengingatkan supaya manusia tetap mencari makanan dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber halal, bukannya daripada penipuan yang sering berlaku sama ada rasuah, curi atau dipaksa.  


Meskipun makanan itu baik, unsur halal perlu dititikberatkan supaya kita dapat menjaga hati daripada dicemari makanan haram yang akan memberi kesan kepada keperibadian kita keseluruhannya. 


Batas yang baik itu sudah tentu dapat dipertimbangkan akal fikiran manusia kerana makanan itu bukan saja halal, tetapi juga baik seperti faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam agama. 


Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.


 Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya.Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”  


Hadis ini sudah tentu menggerunkan hati kita menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Seandainya ingin doa dimakbul Allah, maka kita perlu menjaga makanan yang disuap ke mulut kita. 


Perut dipenuhi makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa. Seharusnya pengajaran hadis Rasulullah dijadikan iktibar untuk kita memperhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah. 


Perincikan di mana salah kita, pekerjaan, makanan dan adakah kita berusaha di dalam hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi perut kita? Bagaimana mungkin hati yang kotor akan dikabulkan doanya, perut terisi makanan haram dapat menjelmakan peribadi yang salih?  


Pemakanan sihat dan seimbang mampu memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit memudaratkan. Pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang dan optimum dapat mengekalkan kesihatan jasmani. 


Apabila tubuh kuat dan sihat, kita dapat melakukan pekerjaan atau rutin harian dengan sempurna sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. 


Daripada bab memilih makanan yang baik, Islam juga menggariskan adab makan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengamalan seharian. Adab sebelum dan selepas makan, ketika makan dan adab makan bersama tetamu, semuanya digariskan Islam melambangkan kesyumulan dalam melahirkan generasi berkeperibadian mulia dan beradab. 


Walaupun makanan bukan punca kepada segala penyakit, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu menjaga pemakanan lebih baik daripada mengubat penyakit disebabkan daripada pemakanan. 


Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Kami adalah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan tidak pula sampai kekenyangan”. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang sesuai diamalkan dalam kehidupan di mana kita sering mengambil makanan mengikut nafsu dan bukannya makan mengikut keperluan. 


Sebab itulah masyarakat selalu berhadapan masalah kesihatan berkaitan makanan seperti kegemukan, kencing manis dan penyakit jantung. Pemakanan seimbang mengambil kira keperluan untuk tubuh, usia dan kegiatan harian. 


Ibnu Sina di dalam Al Qanun Fi al-Tibb menyarankan kita mengelak daripada makan dengan kenyang sehingga tiada ruang untuk baki makanan lain di dalam perut.  


Berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman akan membawa kepada kesukaran penghadaman makanan oleh perut dan sistem ini akan ditimpa pelbagai penyakit. 


Contohnya, kegemukan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti malas, tidak cergas dan tidak sempurna dalam pekerjaan. Kesannya lebih teruk jika penyakit itu melarat dan boleh membawa maut.   


Namun perlu diingatkan, berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman juga akan membawa kepada berbelanja yang lebih dan menyebabkan kepapaan. Sikap boros bukan satu sikap yang dipuji dalam Islam, malah ia adalah sikap syaitan. 


Pemakanan sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan saja cemerlang kesihatannya bahkan cemerlang akhlak sahsiah, berperibadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menyeluruh.  


Wallahu a'lamu bi al-shawab......


(Di petik daripada tulisan Mohamad Zuhair bin Abd Hadi)



Thursday, November 11, 2010

Kenapa Malaikat Jibril dan Mikail Menangis

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.


Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah.”


Lalu Allah S..W.T berfirman yang maksudnya, “Aku membuat apa yang aku kehendaki.” Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.


Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.


Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.


Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Apakah yang membuat kamu menangis?” Lalu mereka menjawab, “Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu.”


Firman Allah bagi bermaksud, “Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku.”


Setelah diusir, maka iblis pun berkata, “Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu. ”


Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum.”


Berkata lagi iblis, “Tambahkanlah lagi untukku.” Allah berfirman yang maksudnya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya.”


Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Lalu Allah berfirman dengan maksud, “Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah.”


Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu , baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram.”


“Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka.” (Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : “Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan.”

Kisah Nabi Daud a.s. Dengan Ulat Merah


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.


Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.

Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahi walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S.
“Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Wasiat Jangan di Tangguhkan.

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Huraian
1. Hidup dan mati ditetapkan oleh Allah, oleh yang demikian tidak sesiapa pun yang dapat tahu bila kematian itu akan menjemput kita.
2. Seseorang yang hendak berwasiat janganlah ia menangguh-nangguhkan membuat wasiatnya.
3. Berwasiat adalah harus bagi orang-orang Islam mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syara’


(Sumber daripada  JAKIM)

Bersabar Dengan Kematian Orang di Kasihi Mendapat Balasan Syurga

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,” Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari)


Huraian
i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.


ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” 
(Maksud al-Baqarah :156)


iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.


iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.


v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.


(Sumber dari JAKIM)

Wednesday, November 10, 2010

Asas Akhlak dan Adab Seorang Mukmin

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan kepada kita akhlak yang mulia  dan qudwah hasanah (suri tauladan yang baik)  untuk menjadi ikutan kita. Qudwah hasanah adalah satu bentuk dakwah yang paling berkesan sekali untuk kita mengajak orang lain kepada kebenaran Islam. Betapa ramai orang yang bukan Islam dizaman Nabi s.a.w telah memeluk Islam disebabkan mereka melihat contoh dan akhlak yang baik ditunjukkan oleh baginda.

Seorang Mukmin mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada masyarakat. Segala tingkah-lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya.

Seorang ulama' besar Imam Qairawani ada mengatakan bahawa setiap sesuatu yang hendak dibina mestilah ada asasnya. Maka asas kepada pembentukan akhlak dan adab  seorang Mukmin adalah perlu kepada empat perkara penting iaitu :

1. Meninggalkan perkara yang sia-sia.

2. Mencintai saudara seagama.

3. Sentiasa berkata yang baik dan diam.

4. Mengawal perasaan marah.

Jika sekiranya empat ciri-ciri di atas dapat dihayati maka ia telah memiliki asas akhlak dan adab yang perlu dimiliki oleh seorang Mukmin. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Meninggalkan perkara yang sia-sia.

Dari Abu Hurairah r.a berkata Nabi s.a.w bersabda maksudnya : " Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya.”

Meninggalkan perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan kita sebagai seorang Mukmin iaitu perkara-perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah. Termasuk perkara yang sia-sia adalah semua perkara yang haram , makruh dan syubha. Manakala segala perkara yang berkaitan dengan kita pula ialah perkara yang menjadi suruhan Allah s.w.t samaada  perkara wajib mahupun sunat.

Adapun perkara harus itu hendaklah kita berhati-hati dengannya kerana boleh jadi ia berkaitan dengan kita dan boleh jadi ia tidak berkaitan dengan kita. Umpamanya, hiburan dan nyanyian itu harus hukumnya di sisi Islam tetapi ia boleh menjadi makruh dan haram sekiranya tidak penuhi syarat-syaratnya. Jika ianya melalaikan kita daripada kewajipan kita kepada Allah s.w.t maka ia boleh  jatuh kepada haram. Makan dan minum itu harus tetapi jika kita makan berlebih-lebihan hingga mendatangkan mudharat kepada kesihatan ianya boleh menjadi  haram. Begiti juga sebaliknya tidur itu harus jika kita berniat tidur kerana Allah  untuk menjaga kesihatan dan untuk memberi kekuatan untuk bangun solat tahajjud maka tidur seperti ini akan mendapat pahala di sisi Allah s.w.t.

Maka kesimpulannya, Al Qur'an dan As Sunnah lah yang menjadi kayu ukur sama ada sesuatu itu ada kena mengena dengan kita atau tidak.

Kedua : Mencintai saudara sesama Muslim.

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a bersabda Nabi s.a.w. : "Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai bagi saudaranya sama seperti ia menyintai bagi dirinya sendiri. "

Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :“Tiadalah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah melainkan yang terlebih dikasihi Allah dari kedua mereka ialah orang yang terlebih kasih kepada saudaranya.”
(Hadis Riwayat Ibn Hibban dan Hakim)

Dari Muaz bin Jabal meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah s.a.w. meriwayatkan hadis qudsi : Allah Azzawa Jalla berfirman yang bermaksud : " Orang-orang yang mencintai satu sama lain kerana kebesaran dan kemuliaan-Ku akan duduk diatas mimbar-mimbar nur pada hari kiamat, (bahkan) nabi-nabi dan para syuhada akan beriri hati kepada mereka."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Hadis di atas menekankan bahawa tanda kesempurnaan iman seseorang Muslim itu ialah dia menyayangi sesuatu yang ada pada saudaranya sebagaimana ia menyayangi sesuatu yang ada pada dirinya sendiri.

Orang yang beriman adalah insan yang bersih hati dan jiwanya daripada bersangka buruk kepada saudaranya yang lain. Dia juga tidak akan menyakiti Muslim lain dengan lidah dan tangannya. Dari hati dan jiwa yang bersih ini akan melahirkan kasih sayang semata-mata kerana Allah s.w.t.

Sifat orang Mukmin adalah sentiasa baik sangka kepada saudaranya yang lain. Dia cinta dan kasih pada saudaranya semata-mata kerana Allah. Dia datang berziarah dan memberikan pertolongan dengan harta, masa dan nasihat yang baik adalah semata-mata kerana Allah dan bukan diatas sebab-sebab ada kepentingan duniawi  atau kerana hubungan keluarga.

Dalam hadis yang lain daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Ketiga : Sentiasa berkata yang baik dan diam.

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w  bersabda maksudnya : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri... ."

Seorang Muslim sejati hendaklah sentiasa menjaga kata-katanya agar tidak terkeluar daripada batas-batas syari'at. Ini kerana kata-kata yang terkeluar daripada batas syara' boleh menyebabkan seseorang itu mendapat kemurkaan Allah dan lebih teruk lagi apabila seseorang itu mempertikaikan hukum-hukum Allah s.w.t dan mengatakan hukum-hukum Allah s.w.t sudah tidak sesuai dengan zaman. Kata-kata seperti ini  boleh menyebabkan aqidah tergadai. Jauhilah mulut daripada mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan memperkecil-kecilkan orang lain. Itu yang melibatkan dosa besar, sedangkan dosa kecil yang melibatkan perkataan pun Nabi larang.

Rasulullah s.a.w.  bersabda yang bermaksud:“Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya.”
(Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Walaupun lidah adalah satu anggota tubuh badan manusia yang kecil menghiasi kesempurnaan kejadian makhluk Allah, lidah mempunyai peranan besar dalam kehidupan manusia.

Pada satu ketika, lidah boleh memuliakan serta mengangkat maruah seseorang dan dalam ketika yang lain, lidah mampu pula untuk menghina dan menjatuhkan seseorang. Malah, lidah berupaya membawa kejayaan juga kegagalan. Maka tidak hairanlah orang tua ada bermadah, ’sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa’.

Menyedari akan kedudukan lidah yang penting, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Ketika seseorang memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya akan berlutut merayu kepada lidah seraya berkata: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah kerana kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqamah, kami pun akan turut sama beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang dari jalan yang benar, kami pun turut menyimpang.”
(Hadis riwayat Tirmizi)

Secara prinsipnya seorang Mukmin bila ada sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan maka ia akan berkata-kata dengan baik dan tidak ada sesuatu perkataan yang keluar daripada lidahnya  melainkan perkataan yang baik belaka dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Tetapi bila dalam satu keadaan berdiam diri lebih baik maka ketika itu ia akan berdiam diri kerana dengan berdiam diri itu akan mendatangkan pahala.

Keempat : Mengawal perasaan marah. Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang harus di jauhi supaya kita tidak termasuk dikalangan orang yang memilikmi sifat tercela.. Sesiapa yang tidak dapat mengawal perasaan marah sebenarnya ia sedang dikuasi oleh hawa nafsu.

Dari Abu Hurairah r.a, bahwasanya seseorang berkata kepada Nabi s.a.w., "Berilah aku wasiat?."Nabi s.a.w. bersabda: : "Janganlah engkau marah"Orang tersebut mengulangi permintaannya hingga beberapa kali, sedang Nabi s.a.w. bersabda : " Janganlah engkau marah"(Hadis Riwayat. Bukhari).

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tidaklah seseorang dikatakan pemberani dan kuat karena cepat meluapkan amarahnya, tetapi seseorang dikatakan pemberani dan kuat kalau mampu menguasai diri dan nafsunya ketika marah"

Banyak keadaan marah boleh mendatangkan perkara buruk. Apabila seseorang itu marah, ia dibantu oleh syaitan. Syaitan adalah musuh utama manusia yang berjanji kepada Allah untuk menggoda dan memesongkan anak cucu Adam.

Marah itu sifatnya panas dan panas itu sifat api. Maka cara untuk memadamkan api ialah dengan air. Apabila seseorang itu terasa ingin marah, maka Nabi mengajar kita agar berwudhu' supaya hati yang ingin atau sedang marah disejukkan oleh air wudhu'. Marah tidak mendatangkan manfaat kepada kita bahkan ia membawa kepada permusuhan dan dendam kesumat. Jadi, seorang Mukmin hendaklah mengawal emosinya agar tidak mudah marah dan menggantikannya dengan sifat sabar, salah satu sifat mahmudah (terpuji).

Adapun marah kerana agama, maka ia adalah dituntut. Contohnya, kita marahkan anak kita kerana tidak menunaikan solat.Maka perbuatan itu adalah bertujuan untuk mendidik. Hendaklah kita membezakan antara marah kerana emosi dengan marah kerana mendidik.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita perbaiki akhlak kita dan mengikut semua adab-adab Islam yang diajarkan Nabi s.a.w kepada kita. Semoga dengan kesungguhan kita melaksanakan Islam dalam kehidupan kita akan diredhai oleh Allah s.w.t dan ditempatkan kita dikalangan orang-orang yg beriman dan bertaqwa disisi-Nya.

Tuesday, November 9, 2010

Ibadah Korban Amalan di Tuntut di Hari Raya Eidul Adha.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Eidul Fitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Eidul Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.

 Bermula dengan Takbir Eidul Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Eidul Adha serta khutbah Eidul Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Eidul Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. mengorbankan puteranya Nabi Ismail a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran puteranya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Eidul Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Eidul Adha  sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Ibadah korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.

Allah s.w.t. berfirman maksudnya : “Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”.
(Surah al-Kautsar ayat 2)

Mengikut tafsiran ulama maksud solat  pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban (ibadah korban).

Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:
“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”.

Sahabat yang dimuliakan,
Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).

Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim a.s.. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan :

Pertama : Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.

Kedua :  Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah s.w.t. kurniakan kepadanya.

Ketiga : Berkongsi merasai nikmat Allah s.w.t.hasil daripada ibadah korban (nikmat daging sembelihan) dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.

Keempat :  Menghidupkan amalan sunah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w ketika Hari Raya Eidul Adha dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban binatang ternakan.

Kelima : Melahirkan sifat ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t dengan tujuan mencari keredhaan-Nya semata-mata.

Keenam :  Melahirkan budaya gotong royong di kalangan umat Islam dan membina ukuwah Islamiyah dan silaturahim

Sahabat yang dikasihi,
Ibadah korban juga mengingatkan kita kembali kisah dalam al-Qur'an iaitu kisah pengorbanan anak Nabi Adam a.s. iaitu peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia.

Firman Allah s.w.t. maksudnya :  “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: Aku pasti membunuhmu? Habil berkata: “Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa”.
(Surah al-Maidah ayat 27)

Sesuatu ibadah itu yang dikerjakan mestilah ikhlas dan dibena atas dasar taqwa kepada Allah s.w.t. barulah akan diterima oleh-Nya. Oleh itu jika kita berkemampuan tunaikanlah ibadah korban ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan paling afdhal adalah setiap tahun sekali kerana ganjaran pahalanya cukup besar yang akan kita terima daripada Allah s.w.t.




Jarak Dunia Dengan Akhirat Seperti Memejam Mata

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunia ini adalah sementara waktu sahaja dan hidup di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Nabi s.a.w menganggap bahawa jarak dunia ini dengan hari akhirat adalah seperti memejamkan mata.

Jabir bin Abdullah berkata : "Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah s.a.w. maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. Lantas dia menghampiri Rasulullah s.a.w. dengan berkata : "Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?

Maka Rasulullah s.a.w. pun berkata : " Dunia itu adalah impian orang yang tidur"

Bertanya orang itu lagi : "Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah s.a.w.?"

Berkata Rasulullah s.a.w. : " Satu kumpulan manusia yang berada dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam Neraka Sa'ir"

Orang itu bertanya lagi : "Apakah Syurga itu?"

Berkata Rasulullah s.a.w. : "Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini"

Bertanya orang itu lagi ; "Apakah Jahannam itu?"

Maka berkata Rasulullah s.a.w : "Jahannam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka-mereka yang mencarinya."

Bertanya orang itu lagi : "Siapakah sebaik-baik umat ini?"

Berkata Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah s.w.t".

Orang itu bertanya lagi : "Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?"

Berkata Rasulullah s.a.w : "Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah."

Orang itu bertanya lagi : "Seberapakah ketentuan taat itu?"

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah"

Bertanya orang itu lagi : "Berapa jarak jauhnya Dunia dengan akhirat itu?"

Berkata Rasulullah s.a.w : "Hanya sekadar memejamkan mata saja."

Jabir melanjutkan cerita : "Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu seperti itu."

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya ; "Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibril a.s., dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat."

Berkata Rasulullah s.a.w lagi : "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menciptakan makhluk yang lebih dibenci selain dunia, bahkan Dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya".

Sahabat yang dimuliakan,
Dunia ini adalah alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal. Orang yang mengejar dunia iaitu mencari harta dunai dan mencari pangkat dan kedudukan sekiranya ia melupakan akhirat semasa ia mencarinya dan tidak peduli halal atau haram atau merampas hak orang lain sebenarnya ia sedang di kuasai oleh dunia dan akan hanyut dibawa arus kebinasaan. Tetapi sekiranya seseorang mencari harta di dunia ini dengan mengikut peraturan Allah s.w.t , tidak melupakan kewajipan terhadap-Nya, tidak menipu, menindas, mengambil rasuah dan tidak mengambil hak orang lain maka harta itu akan membawa keberkatan dan disalurkan pula harta itu untuk zakat, sedekah jariah, infak di jalan Allah dan membantu fakir miskin maka harta itu sebagai alat yang akan membantunya mendapat keredhaan Allah dan akan menjadi saham akhirat.

Orang yang bijak adalah orang yang merasai bahawa hidup di dunia ini adalah sementara saja, ia tidak buru dunia siang malam hingga melupakan amal soleh, amal ibadah dan melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah s.w.t di muka bumi ini. Sebab ia tahu satu hari nanti ia akan mati dan meninggalkan dunia yang fana' ini. Ia akan meninggalkan anak-anak, isteri-isteri, rumah, kenderaan, ladang-ladang pertanian,saham-saham dan gedung-gedung perniagaan. Bila mati yang dibawa bersama adalah amal soleh yang telah dikerjakan semasa di dunia dulu.

Jika sekiranya seseorang itu masih memikirkan cara-cara untuk mendapatkan kebendaan dunia tanpa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., melupakan solat dan zikir kepada-Nya, maka tidaklah ada makhluk Allah yang paling rugi adalah insan seperti nya kerana setiap apa yang Allah ciptakan itu baik tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang atau apa sahaja makhluk ciptaan Allah semuanya berzikir memuji kebesaran Allah. Jadi siapakan makhluk yang paling rugi? Tidak lain melainkan manusia itu sendiri.

Ingatlah ! Hiduplah cara Islam, cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Jangan mengikut cara lain selain dari Islam. Selain cara Islam semuanya adalah penipuan keatas mausia. Orang yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam adalah mereka itu orang-orang yang tidak redha kepada apa yang yang telah Allah s.w.t tetapkan. Dan bagi mereka yang tidak redha kepada perintah Allah maka sudah semestinya mereka itu berasa malu sebab masih menduduki di bumi Allah dan hendaklah mereka itu tidak memakan sesuatu pun yang keluar dari bumi Allah.

 Sahabat yang dikasihi,
Janganlah tangguh lagi, segeralah menyembah Allah dan lakukanlah ketaatan kepada-Nya kerana ajal itu tidak ada tarikh atau masa yang tetap yang kita ketahui, semuanya menjadi rahsia Allah. Umur muda bukan dan tidak sekali-kali menjamin kita hidup hingga umur yang tua, maut itu adalah seperti telur dihujung tanduk. 

Apabila sudah sampai saat dan masanya ajal sampai, maka kita akan bertemu Allah di alam barzakh dan segala jawapan yang akan diberikan nanti adalah amalan yang kita kerjakan ketika di dunia ini. Jika banyak amalan yang baik maka amalan tersebut akan tolong memberi jawapan dan sebagai peguam bela, tetapi jika amalan keburukan yang banyak maka tidak ada siapa yang dapat membantunya dan terimalah balasan azab siksa kubur yang amat dahsyat siksaannya.

Yang amat malang lagi selepas alam barzakh ada alam lain yang lebih dahsyat siksaan dan penderitaan yang akan ditanggung iaitu di Padang Mahsyar dan siksaan apa Neraka Jahannam.

 Oleh itu marilah kita muhasabah diri kita sendiri ambillah dunia seadanya dan salurkanlah apa yang ada di dunia ini untuk akhirat dan perbanyakkan amal soleh dan amal ibadah sebagai bekalan kita bila kita bertemu Allah s.w.t nanti.



Monday, November 8, 2010

Adab-adab dan Akhlak Islam Dalam Perbahasan

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita membicarakan perihal adab-adab dan akhlak maka persoalan ini sudah pastilah mempunyai kaitan khusus dengan perbincangan ilmu Tasawuf. Ilmu Tasawuf pula adalah sebahagian daripada ilmu-ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap umat Islam selain daripada ilmu Akidah dan Fiqh. Tidak lengkap rasanya jika perbahasan hukum-hakam tidak diselitkan bersama dengan unsur-unsur ilmu Tasawuf. Ini kerana ilmu Tasawuf bertindak menjaga kesucian dan ketenangan hati dan kemudian diterjemahkan melalui perbuatan zahir yang diambil kira berdasarkan ilmu Fiqh. Barangsiapa yang hanya mempelajari ilmu Fiqh dan Akidah tanpa mempelajari dan menghayati ilmu Tasawuf maka sesungguhnya mereka sengaja menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan.

Ilmu Tasawuf adalah ilmu yang membicarakan masaalah hati dan jiwa manusia. Ilmu yang mendidik manusia dengan sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, sabar, berbaik sangka, merendahkan diri, tawaduk, zuhud, lemah lembut dan bersyukur. Pada masa yang sama ilmu Tasauf juga untuk mendidik hati manusia supaya dijauhi daripada sifat-sifat mazmumah iaitu riak, sombong, bongkak, takbbur, iri hati,  marah, ego, kasar dan ujub.

Berkata Imam Junaid:Tasawuf adalah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkah laku yang rendah lagi dikeji.(Kitab: al-Nusrah al-Nabawiyyah).

Islam adalah agama yang amat menitikberatkan soal akhlak dan adab-adab bagi menjamin kebahagiaan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat. Adab-adab yang diajar oleh Islam ini merangkumi segala aspek samada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara. Perutusan Rasulullah s.a.w. kepada manusia juga di antara lainnya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik lagi terpuji kepada seluruh alam.

Sabda Rasulullah s.a.w.  bermaksud:Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian akhlak (manusia).(Hadis Riwayat Baihaqi).

Amat malang sekali apa yang berlaku pada dewasa ini, sebilangan umat Islam meninggalkan dan tidak mengambil berat adab-adab Islam lantas berlakulah perbalahan yang tidak menguntungkan umat Islam. Pertengkaran dan perbalahan, tuduh menuduh, hina menghina dan pihak satu lagi cuba menafikan ilmu dan kemampuan pihak yang lain. Perkara ini amat ditegah di dalam Islam kerana asas perbincangan adalah untuk menambahkan iman dan taqwa dan kearah untuk melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup.

Perbahasan yang tidak mengikut adab dan akhlak Islam akan menghancurkan ukhwah Islamiyah dan memutuskan silaturahim.

Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :"Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat  Muslim)

 Adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk menjaga hubungan silaturahim dengan sebaik-baiknya. Janganlah disebabkan masalah kecil dan remeh-temeh dan perbezaan pendapat menyebabkan hubungan menjadi renggang atau retak. Perkara sebegini boleh menimbulkan ketegangan yang menyebabkan mereka bermasam muka, saling benci-membenci, fitnah-memfitnah dan akhirnya boleh memporak-perandakan hubungan silaturahim sesama Muslim.

 Di antara akhlak asas yang penting di dalam pergaulan dan perhubungan sesama umat Islam ialah berprasangka baik kepada orang lain disertakan dengan tidak boleh didasari prinsip suka memuji diri sendiri dan menyalahkan orang lain. Islam melarang kita memuji-muji diri sendiri dikuatiri mendatangkan perasaan riyak dan takabbur dengan pandangan dan pendapat sendiri.

Firman Allah Taala bermaksud:Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia menciptakan kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian di dalam perut ibu kamu maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.(Surah an-Najm: Ayat 32).

Prasangka buruk merupakan perangai jahat yang dikecam oleh al-Quran al-Karim dan as-Sunnah s.a.w. dan merupakan tegahan kepada umat Islam. Pada dasarnya kita haruslah menempatkan seseorang Islam itu sebagai orang yang soleh lagi baik dan tidak berprasangka buruk kepadanya kecuali dengan kebaikkan sahaja. Walaupun nampak sedikit kelemahannya, demi untuk memenangkan kebaikkan di atas keburukan, maka selalulah beranggapan baik sesama Islam. Sikap dan akhlak ini lebih-lebih dituntut jika berhadapan dengan khilaf dan kesalahan ijtihad para ulama.

Firman Allah Taala bermaksud:"Wahai orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."(Surah al-Hujuraat: Ayat 12).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Jauhilah prasangka (buruk) kerana sesugguhnya prasangka (buruk) itu merupakan percakapan yang paling dusta.(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ikhlas ialah mengesakan Allah s.w.t. di dalam ketaatan beserta niat. Apa yang dikehendaki dengan ketaatan kepada Allah s.w.t. ialah taqarrub kepadaNya tanpa sebarang benda lain seperti sifat menunjuk-nunjuk kepada makhluk, untuk mendapat pujian manusia, suka kepada pujian makhluk atau apa sahaja maksud yang selain taqarrub kepada Allah s.w.t.

Perbicaraan persoalan ikhlas ini sudah pastilah berkaitan rapat dengan perbahasan niat di dalam hati. Rasulullah s.a.w. juga telah mengingatkan kita betapa pentingnya menjaga hati beserta niat apabila kita terlibat secara langsung di dalam perbahasan mengenai agama ini.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:"Barangsiapa yang mencari ilmu untuk menandingi ulama atau mengalahkan orang-orang yang jahil atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya maka orang itu akan dimasukkan oleh Allah Taala ke dalam api Neraka."(Riwayat Tarmizi).

Di dalam perbahasan dan perbincangan perkara-perkara khilaf, anggaplah pendapat orang lain juga turut melalui analisis dan kajian yang mendalam dan mempunyai dalil-dalil yang boleh disabitkan walaupun kita tidak pernah menjumpainya. Berbaik sangka dengan menganggap kefahaman mereka berdasarkan disiplin ilmu dan kaedah-kaedah yang betul dan mempunyai niat ikhlas sepertimana kita juga. Jangan sesekali memperlekeh atau menghina pendapat ulama lain dengan sengaja menimbulkan pertikaan dan perbalahan yang tidak ada kesudahannya.

Tepislah bisikan syaitan yang menyuruh kita berburuk sangka sesama umat Islam. Peringatan ini juga perlu diberikan perhatian yang lebih serius apabila berinteraksi dengan pandangan dan pendapat ulama muktabar yang lebih khusus dan tinggi kedudukannya berbanding dengan golongan awam yang bersifat umum. Peranan ulama hanyalah sebagai pewaris Rasulullah s.a.w.  dan mereka benar-benar amanah di dalam mewariskan segala keilmuan mereka.

Sahabat yang dimuliakan,
Mencuba sedaya-upaya yang mungkin untuk mengindari permasalahan-permasalahan  yang boleh mendatangkan fitnah kepada golongan awam. Berpegang teguhlah dengan etika perbincangan dan hindarkan diri dari perdebatan dan perbalahan yang tidak menguntungkan Islam. Kita juga perlu berusaha untuk menyatukan pendapat yang pelbagai sekiranya ia boleh disatukan dengan didasari akhlak dan adab Islam. Ini kerana tugas menyatukan umat supaya tidak berlaku perpecahan adalah tanggungjawab bersama.

Nabi s.a.w juga melarang umatnya membicarakan bab ayat-ayat mutasyabihat (yang tidak jelas maksudnya) kerana ianya boleh datangkan kekeliruan dalam masyarakat umum.

Ayat-ayat Mutasyabihat seperti Aliflamim, Shod, Nun dsb yang selama ini tidak berani ditakwilkan oleh para ulama salaf ( terdahulu ) kerana Allah s.w.t melarangnya, dan boleh mendatangkan kekeliruan.

Firman Allah s.w.t maksudnya : ” Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur’an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok-pokok isi Al Qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal”. ( Surah Ali Imran ayat 7).

Islam juga melarang kita mengkaji secara mendalam sifat-sifat Allah  s.w.t ditempat umum tanpa mengikut displin ilmu yang ketat kerana akan timbul kekeliruan dan boleh mendatangkan kesesatan jika silap perkiraan kerana bila  manusia mengunakan  akal semata-mata membincangkan perkara ghaib . Ianya perlu kepada guru yang murshid yang pakar didalam bidang tauhid dan usuludin yang perlu kepada huraian yang mendalam.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:"Orang yang beriman disatukan dan tiada kebaikkan bagi sesiapa yang tidak bersatu dan yang tidak disatukan."(Hadis Riwayat Ahmad).

Di dalam kitab Risalah al-Mustarsyidin menceritakan perihal seorang lelaki yang datang kepada sesetengah daripada hukamak, lelaki tersebut berkata: Aku ingin berjidal (berdebat) dengan kamu. Hukamak tersebut menjawab: Kamu boleh berdebat dengan aku sekiranya kamu menepati sepuluh syarat ini:
01. Jangan marah.
02. Tidak cuba mencari masalah.
03. Jangan kamu berbangga.
04. Jangan kamu menghukum.
05. Jangan ketawa.
06. Jangan menjadikan dakwaan kamu sebagai dalil.
07. Apabila kamu mendatangkan dalil, tujuan daripada perkara tersebut ialah untuk mencari kebenaran.
08. Apabila kamu menggunakan akal, gunakanlah ia sebagai untuk menerangkan sesuatu.
09. Hendaklah kamu menjadikan kebenaran itu barang yang berharga untuk umat Islam. Ambillah di mana kamu temuinya. Bukan kemenangan sebagai tujuan utama.
10. Janganlah kamu berpaling kepada orang lain kerana aku sedang bercakap dengan kamu.

Islam amat menyeru umatnya supaya mengamalkan segala adab-adab yang telah dijelaskan dan diterangkan oleh al-Quran al-Karim dan as-Sunnah s.a.w. melalui lidah-lidah para ulama. Adab-adab tersebut untuk memastikan agar kehidupan manusia berada di dalam keadaan aman dan harmoni. Semua adab-adab adalah untuk mencantikkan segala amalan yang ingin dilakukan manusia. Setiap amalan akan lebih bermakna sekiranya dihiasi dengan adab-adab yang indah. Berikut di antara kata-kata ulama yang boleh kita jadikan teladan:

Berkata Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah:Imam Qurafi berkata di dalam kitabnya al-Furuq: Ketahuilah sesungguhnya dengan mengamalkan sedikit adab-adab Islam lebih baik daripada memperbanyakkan amalan.(Kitab: Min Adab al-Islam).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan tinggalkanlah amalan-amalan yang mendatangkan dosa dan permusuhan. Kembalilah kepada penyatuan umat Islam untuk melahirkan ukhwah Islamiyah dan silaturahim.

Imam Hasan al-Banna berkata : "Kita bersama di dalam perkara yang dipersetujui dan bermaaf-maafan di dalam perkara yang diperselisihkan selagi perkara tersebut bukan masaalah prinsip."

Dari Abi Musa, dari Nabi s.a.w.bersabda maksudnya : "Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain bagaikan satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)