Saturday, May 4, 2013

Soal Jawab Agama Siri 9 (Gambar, Doa Qunut,Berhutang, Membinasakan Diri, Anak Angkat, Putuskan Silaturahim, Saka, Nampak Jin, Pelaris dan Lain-lain)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 9 adalah persoalan mengenai hukum mengantung gambar, anak-anak bising dimasjid, doa qunut, berhutang, membinasakan diri, hukum anak angkat, pejam mata ketika solat, putuskan silaturahim, saka, nampak jin, pelaris, mendedahkan gambar lama, perintah suami, berwuduk , haids, dan jaul beli secara talian.

161.Soalan: Apakah hukumnya jika melukis gambar yang bernyawa seperti gambar manusia tetapi tidak lengkap seperti separuh badannya sahaja?

Melukis gambar makhluk bernyawa samaada penuh atau separuh badan adalah dilarang. Jika melukis dengan tujuan pendidikan atau mengajar ilmu sains tidak dilarang . Yang dilarang adalah gambar tersebut digantung di dalam rumah, malaikat rahmat tak masuk rumah orang islam yang ada gambar manusia atau makhluk bernyawa.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha., ia berkata (maksudnya) : "Suatu hari Rasulullah S.A.W pulang dari musafir, sementara aku telah menutup jendela rumahnya dengan langsir yang padanya terdapat gambar ( makhluk bernyawa ). Ketika melihat langsir tersebut, rona wajah baginda berubah. Baginda lalu bersabda : "Wahai Aisyah, orang yang paling berat seksanya pada hari kiamat kelak di sisi Allah adalah orang yang membuat sesuatu yang menyerupai makhluk Allah.' Aku pun memotong kain tersebut, lalu jadikan satu atau dua biji bantal."

162.Soalan: Saya sering melihat ramai kanak-kanak yang berbuat bising dan bermain main ketika para jemaah menunaikan solat di masjid. ?

Anak-anak yang datang ke masjid kerana dibawa oleh ibu bapanya adalah satu amalan yang baik kerana boleh mendekatkan anak-anak untuk cinta kepada masjid, supaya apabila dewasa nanti mereka terus melibatkan diri dengan aktiviti di masjid. Tetapi perkara yang biasa berlaku anak-anak yang datang ke masjid suka bermain-main, membuat bising hingga menganggu para jemaah yang sedang solat atau sedang mengadakan kuliah agama. 

Untuk mengatasi masaalah ini ahli jawatankuasa masjid perlulah merancang dan mengadakan program-program  untuk anak-anak ini supaya masa mereka dapat di isi dengan baik. Contoh mengadakan kelas membaca al-Quran, kelas fardu ain atau aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan minat anak-anak kecil.ketika ibu bapa sedang mengikuti tazkirah di antara Magrib dan Isyak.

Anak-anak perlu diberitahu oleh ibu bapa bahawa membuat bising ketika solat adalah berdosa kerana menganggu orang yang sedang solat. Ajarkan adab-adab ketika berada di masjid perlu beradab sopan dan jangan membuat bising dan perlu solat bersama dengan orang dewasa. Perlu bersabar dan banyakkan memberi nasihat kepada anak-anak supaya mereka dapat faham akhlak Islam yang sebenarnya.

163.Soalan: Apakah hukum membaca doa qunut semasa solat subuh? Ada pendapat mengatakan doa qunut tidak sunat dibaca semasa solat subuh? Minta ustaz tolong menjelaskan menjelaskan dalili-dalilnya.

Membaca qunut semasa solat subuh menurut mazhab Syafie adalah sunat . Ahli fuqaha berselisih pendapat dalam menetukan masaalah doa qunut ketika solat Subuh. Ada di antara mereka menganggap doa qunut sebagai sunah Rasulullah SAW, manakala yang lainnya tidak berpendapat sedemikian.

Rasulullah SAW sendiri membaca doa qunut ketika solat Subuh sebagaimana terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.  Dari Muhammad bin Sirin, bahawa ia berkata, “Aku berkata kepada Anas bin Malik r.a, “Apakah Rasulullah SAW. qunut pada solat subuh? ‘Ia menjawab, ‘Ya, sesaat setelah rukuk.” (Hadis Sahih Riwayat Muslim ( I:468no.298)

Di dalam hadis yang lain : Dikatakan oleh Umar bin Ali Al Bahiliy, dikatakan oleh Khalid bin Yazid, dikatakan Abu Ja’far Ar-Razy, dari Ar-Rab i’ bin Anas berkata : Anas r.a ditanya tentang qunut Nabi SAW bahawa apakah betul baginda SAW berqunut sebulan, maka berkata Anas r.a : Baginda SAW selalu terus berqunut hingga wafat, lalu mereka mengatakan maka qunut Nabi SAW pada solat subuh selalu berkesinambungan hingga baginda SAW wafat, dan mereka yang meriwayatkan bahawa qunut Nabi SAW hanya sebulan kemudian berhenti maka yang dimaksud adalah qunut setiap solat untuk mendoakan kehancuran atas musuh-musuh, lalu (setelah sebulan) baginda SAW berhenti, namun qunut di solat subuh terus berjalan hingga baginda SAW wafat. 

Berkata Imam Nawawi : Mengenai qunut subuh, Rasulullah SAW tidak meninggalkannya hingga baginda SAW wafat, demikian riwayat sahih dari Anas r.a. (Syarah Nawawi ala shahih Muslim)

164.Soalan: Kawan saya sudah berkahwin tetapi telah bercerai. Ketika dulu sebelum bercerai mereka berdua telah berhutang kepada peminjam wang (bukan ah long) Siapakah yang perlu melangsaikan hutang mereka kerana sekarang mereka sudah berpisah dan tidak berhubung lagi. Adakah suami nya kerana sepatutnya isteri adalah tanggungan suami  atau dia sendiri yang perlu melangsaikannya?

Berhutang adalah amalan yang tidak digalakkan oleh Islam kerana hutang itu merupakan "kesusahan di malam hari dan penghinaan di siang hari". Hutang juga akan menyebabkan seseorang itu menanggung amanah yang mesti ditunaikan iaitu melunaskan hutang. Jika ketika hidupnya hutang tersebut belum dilunaskan, maka apabila dia meninggal dunia hutang tersebut hendaklah dibayar daripada harta pusaka yang ditinggalkannya sebelum dibahagi-bahagikannya kepada waris-warisnya. Demikianlah beratnya tuntutan Islam dalam kewajipan membayar hutang.

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Jika suami isteri sudah bercerai dan mereka meninggalkan hutang maka jika perkara yang dihutang itu dibawah tanggungan suami seperti hutang barang makanan harian, hutang pakaian, hutang pendidikan anak-anak atau pun hutang sewa rumah, bil eletrik dan telefon rumah maka suamilah yang wajib membayarnya. Jika hutang kereta atas nama isteri maka isterilah yang akan menyambung bayar ansuran kereta tersebut, begitu juga jika suami ambil pinjaman bank untuk membeli rumah dan rumah itu atas nama suami maka suamilah yang membayarnya kerana hak rumah itu atas namanya. Jika bekas isteri atas kerelaannya untuk menyelesaikan hutang yang dibuat semasa berkahwin dahulu dan dia merasakan bahawa bekas suaminya tidak mampu untuk membayarnya atau bekas suami sengaja tidak mahu membayarnya maka adalah suatu amalan yang mulia kerana tuntutan hutang tersebut tidak akan berakhir di dunia sahaja ianya akan dituntut di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud dan Tirmidzi).

Hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan orang yang melepaskan kesusahan orang lain termasuk membantu membayar hutang orang lain (bekas suami).

165.Soalan: Betulkah kalau kita buat benda yg membahayakan diri atau kesihatan seperti ambil dadah,rempit dan seumpamanya amalan kita sah tetapi menjadi sia-sia?

Allah SWT melarang hamba-Nya mencampakkan diri kepada kebinasaan. 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan belanjalah pada jalan Allah, dan janganlah anda
mencampakkan diri ke jalan kebinasaan, dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah sangat 
suka mereka yang melakukan kebaikkan." (Surah al-Baqarah ayat 195).

Perbuatan seperti mengambil dadah, merempit, adalah perbuatan haram dan berdosa kerana meletakkan diri kepada kebinasaan. Dadah jelas haram kerana ianya boleh merosakkan akal fikiran yang waras hingga tidak sedar diri dan merosakkan fizikal, merempit pula seperti membunuh diri kerana merbahayakan diri dan nyawa dan membahayakan pengguna jalan raya yg lain. Mati seperti ini adalah sia-sia kerana hendak menunjukkan ego , takbur dan ikut hawa nafsu. Jika orang yang tidak bersalah dilanggar oleh mat rempit maka mereka akan mendapat berdosa besar.

Mereka yg mengambil dadah jika hendak bertaubat perlulah jauhkan suasana dan rakan-rakan yang lama, dan perlu menjalani rawatan dan berazam untuk meninggalkannya. Taubatnya in syaa Allah akan diterima oleh Allah SWT jika mereka benar-benar insaf dan ingin kembali kepangkal jalan. Begitu juga mat rempit yg sudah bertaubat dan tidak mahu mengulagi perbuatan tersebut, taubatnya juga akan diterima, bersyukurlah kerana semasa merimpit tidak berlaku kemalangan hingga meninggal dunia kerana jika mati semasa merempit matinya adalah su'ul khatimah nauzubillahiminzalik.

166.Soalan: Apakah hukumnya seorang anak angkat yang berbin atau bintikan nama bapa angkat,? Bapa saudara saya telah menggambil anak angkat dan berbintikan dengan namanya sendiri. Adakah perlu ditukar nama bapa angkat kepada nama bapa kandung yang sebenar.?

Dalam Islam anak angkat tidak boleh dibinkan atau dibintikan kepada bapa angkatnya, bahkan haram berbuat demikian. Ini jelas berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Panggillah anak-anak angkat itu dengan berbinkan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disenghajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzah ayat 5)

Adapun sebab turun ayat ini ialah mengenai Zaid bin Haritsah. Perkataan Ibnu 'Umar: "Kami pada masa dahulu tidaklah memanggil Zaid bin Haritsah melainkan Zaid bin Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam", menunjukkan bahawa mengangkat anak telah berlaku pada masa jahiliah dan semasa Islam.Dengan mengangkat anak itu berlakulah waris mewarisi (di antara bapa angkat dan anak angkat) sehingga Allah memansukhkan hukum pengangkatan anak yang membawa kepada waris mewarisi itu.

Dengan turunnya ayat di atas maka Rasulullah SAW telah menukar nama Zaid bin Muhammad kepada bapanya yang sebenar iaitu Zaid bin Haritsah.

Apabila seseorang anak angkat tidak diketahui bapanya yang sebenar, maka harus bagi seorang anak angkat itu dibinkan atau dibintikan dengan Abdullah (hamba Allah) atau nama-nama lain daripada nama-nama Allah seperti Abdul Rahman (hamba yang mempunyai rahmat yang sangat luas)  Jika kad pengenalan itu boleh ditukar sebaik-baiknya ditukar kerana kita telah berusaha menyahut arahan Allah SWT di dalam al-Quran.  iaitu berbinkan ayah kandung sebenar, untuk kembali kepada waris sebenar bukannya sentiasa kekal dengan berbinkan ayah angkat.

167.Soalan: Bolehkah kita memejamkan mata ketika solat kerana dengan memejamkn mata itu lebih membuatkan kita khusyuk dalam solat berbanding dengan melihat tempat sujud?

Sebahagian ulama mengatakan bahawa memejamkan mata dalam solat adalah makruh hukumnya. Tetapi Imam Ibnul Qayyim mengatakan: "Pendapat yang benar ialah, apabila membuka mata itu tidak mengurangi khusyuk maka itulah yang lebih utama, dan jika ada yang mencederakan khusyuk seperti terpandang hiasan-hiasan yang membimbangkan nescaya tidaklah dimakruhkan memejamkan mata bahkan disunatkan. Kita memejamkan mata dalam keadaan itu lebih dekat kepada dasar-dasar syarak dan maksud-maksudnya."

Tujuan solat pada asasnya melakukan pengabdian sepenuh hati dan penuh ikhlas kepada Allah. Sekiranya memejamkan mata adalah merupakan jalan atau cara yang sesuai untuk itu maka lakukanlah, demikian juga sebaliknya.

Saya menyokong pandangan mengharuskan pejam mata hanya dalam keadaan yang benar-benar di yakini dapat menambah kekhusukkan serta mengelakkan gangguan pandangan dari perkara yang pasti menganggu khusyuk, justeru hukumnya adalah berbeza menurut keadaan seseorang. Selain itu, membuka mata semasa solat adalah lebih utama.

168.Soalan: Perkataan “kebetulan” tidak sesuai digunakan oleh orang Islam kerana apa-apa yang berlaku adalah suratan. Saya mohon ustaz berikan hujah atau nas yang menyokong pandangan ini.

Sebenarnya perkataan "kebetulan" tidak tepat disebut di dalam amalan harian kita. Ianya sesuai dikatakan "Allah izin" atau "dengan izin Allah" kerana setiap peristiwa dibumi semuanya sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Surah Al-Hadid ayat 22-23)

Begitu juga jika kita secara tiba-tiba berjumpa kawan lama tanpa disangka-sangka maka yakinlah bahawa pertemuan tersebut telah ditakdirkan berlaku oleh Allah SWT dan kita dapat bertemu semuanya dengan izin-Nya bukan bertemu secara kebetulan.

169.Soalan: Saya dan rakan sekelas  telah  berlaku sedikit selisih faham, rakan saya tidak mahu menegur sapa dengan saya walau pun saya cuba memulihkan hubungan baik di antara kami. Adakah ini dikira memutuskan silaturrahim?

Seseorang yang engan berbaik-baik setelah berselisih faham maka ianya dikira memutuskan silaturahim. Siapa kita yang berat untuk memaafkan kesalahan orang lain sedangkan Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang memiliki kerajaan langit dan bumi sentiasa bersedia mengampunkan kesalahan para hamba-Nya apabila dia memohon ampun.

Sabda Nabi SAW yang maksudnya : “Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga  hari, nescaya akan masuk neraka”. ( Hadis Riwayat Abu Dawud : no 4914).

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku eratkan hubunganku dengan mereka tetapi mereka memutuskan, dan aku berbuat baik dengan mereka tetapi mereka membuat jahat kepadaku, aku berlemah lembut dengan mereka tetapi melakukan kekasaran terhadap aku.” Maka jawab Rasulullah, “Jika benarlah apa yang engkau katakan itu maka seolah-oleh engkau memberi makan abu panas (mereka melakukan dosa besar) dan Allah sentiasa bersama engkau memberi pertolongan selagi kamu mengekalkan sifat-sifat kamu.”  (Hadis Riwayat Muslim)

170.Soalan: Arwah bapa mertua saya mempunyai saka tetapi kini sudah tidak  bertuan semenjak arwah bapa mertua meninggal dunia. Emak mertua saya kini memaksa suami saya membela saka tersebut tetapi  suami saya tidak mahu menerimanya . Adakah suami menjadi anak derhaka kerana ingkar pada ibunya?

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (Surah al-Jinn ayat 6)

Seseorang semasa hidupnya bersahabat atau meminta pertolongan jin kafir untuk kekuatan diri, perlindungan rumah dan kebun atau jin tersebut boleh memberikan harta. Sebelum jin tersebut memberikan khidmatnya kepada seseorang maka mereka telah pun membuat perjanjian. Jin tersebut di panggil saka atau jin belaan . Jika simati tidak sempat membuangkannya atau diserahkan kepada waris maka saka tersebut akan menganggu keluarga simati dan berkeliaran tanpa tuan. Saka perlu dibuangkan atau pulangkan dia ketempat asalnya oleh mereka yang arif (pakar perubatan Islam bukan bomoh) dan tidak perlu di warisi, jika suami puan tidak menerimanya tidak dikira anak derhaka kerana dikhuatiri membela saka boleh menjadi syirik kerana ada perjanjian di antara jin dan manusia. 

Cuba ikhtiarkan cara terbaik untuk membuangkannya dan minta suami puan cerita secara baik dengan ibunya supaya beliau tidak berkecil hati.

171. Soalan: seorang anak saya berumur empat tahun mengadu kepada saya sentiasa melihat makhluk halus terutama ketika berada di bilik air. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?

Di dalam tandas adalah 'rumah' kepada jin dan syaitan , oleh sebab itu Nabi SAW mengajarkan umatnya apabila hendak masuk ke dalam tandas perlu membaca doa adab-adabnya adalah seperti berikut : 

Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah doa masuk tandas terlebih dahulu:

 ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡، Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű„Ù†ÙŠ ŰŁŰčÙˆŰ° ŰšÙƒ من Ű§Ù„ŰźŰšŰ« ÙˆŰ§Ù„ŰźŰšŰ§ŰŠŰ«

"Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari syatan laki-laki dan syaitan betina" (Hadis Riwayat Bukhari)

Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah doa berikut:

ŰșÙŰ±Ű§Ù†Ùƒ، Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله Ű§Ù„Ű°ÙŠ ŰŁŰ°Ù‡Űš Űčني Ű§Ù„ŰŁŰ°Ù‰ وŰčŰ§ÙŰ§Ù†ÙŠ

"Segala puji milik Allah semata yang telah menghilangkan kotoran daripadaku, dan menjadikan aku sehat walafiat." (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Puan perlu membaca doa di atas ketika masuk ke tandas dan ajar anak puan doa-doa tersebut jika hendak memasuki tandas atau bilik air. Di samping itu amalakan bacaan zikir al-Mathurat (pagi dan petang) dan membaca al-Quran dirumah supaya rumah puan sejuk dan dilindungi Allah SWT daripada gangguan makhluk halus yang jahat iaitu jin-jin kafir dan syaitan. Rumah yang sentiasa dibacakan ayat-ayat al-Quran akan di hadiri oleh malaikat rahmat.
Nabi SAW bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (Hadis Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti kubur (hanya untuk tidur sahaja). Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya." (Hadis Riwayat Muslim).

Puan banyakkan berdoa dan solat hajat mohon kepada Allah SWT supaya anak puan tidak lagi melihat makhluk halus kerana jika beliau sentiasa melihatnya akan mengganggu kehidupannya. 

172.Soalan: bagaimanakah untuk kita mengetahui restoran makanan itu menggunakan ilmu pelaris atau tidak?

Sebelum kita memasuki kedai muslim untuk makan perlulah kita berdoa kepada Allah SWT supaya makanan yang kita makan itu adalah daripada sumber yang halal dan tidak ada perkara syubahat di dalamnya. Sebelum masuk ke kedai tersebut baca : Bismillahirahmanirrahim, minta perlindungan Allah SWT daripada gangguan syaitan yang direjam dan baca :

"Bismillahilladzi i laa yadhurru ma'asmihi syay'un fiil ardhi wa laa fiis samaa'i wa huwassamii'ul 'aliimu." (3x) 

Maksudnya : "Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada suatu pun dapat mendatangkan bahaya di bumi dan dilangit Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Dan baca ayat kursi jika ada pelaris yang bersandarkan bantuan jin akan naik bulu roma. Jiwa tak akan tenang berada di dalam kedai tersebut.

173.Soalan: Apa kesannya sekiranya kita termakan makanan yang mengandungi pelaris itu sebab sebahagian pelaris yang digunakan adalah dari benda-benda yang kotor.Bagaimana ingin 'membersihkan' diri jika telah termakan makanan itu?

Biasanya pelaris ada dua jenis :

Pertama adalah benda yg dijadikan azimat oleh bomoh dengan jampi serapah dengan memanggil jin-jin atau syaitan menjadi daya tarikan kepada orang ramai untuk datang makan dikedai mereka. Tetapi bagi orang yg beriman yang sentiasa zikir kepada Allah SWT "pelaris" tersebut tidak berkesan. 

Kedua : Pelaris dicampurkan kedalam makanan yg dimasak sebagai syarat ianya menjadi sedap dan menjadi ketagih bagi sesiapa yang terkena hasil campuran barang kotor tersebut. 

Untuk membuangkan barang-barang kotor sekiranya sudah termakan adalah dengan kita banyak berzikir dan beristighfar kepada Allah SWT, jin dan syaitan yang bersarang di perut dan hati kita akan kepanasan dan akan keluar daripada badan kita dan banyakkan minum air zam-zam dan baca "Bismillahirahmanirrahim." dan niatkan dalam hati semoga keberkatan air zam-zam dapat membuangkan kotoran yang ada dalam perut dan saluran darah kita. 

Sabda Nabi SAW, Maksudnya : "Air zamzam itu mengandung berkah, makanan yang mengenyangkan dan ubat bagi penyakit." (Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra (9751); ath-Thabrani dalam al-Mu’jam ash-Shaghir (296); ath-Thayalisi dalam Musnadnya (457) dari hadits Abu Dzar radliallahu ‘anhu. Hadits ini dishahihkan oleh al-Mundziri dalam at-Targhib wa at-Tarhib (2/135) dan al-Albani dalam Shahih al-Jami’ (2435).

Maksud dari sabda nabi SAW di atas adalah berkah air zamzam tercapai sesuai dengan niat peminumnya. Jika dia meminumnya agar kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya. Jika dia meminumnya untuk berubat (untuk membuangkan makanan kotor bercampur sihir di dalam perut) nescaya Allah akan menyembuhkannya. Dan jika dia meminumnya untuk memohon perlindungan kepada Allah, nescaya Allah akan melindunginya. Demikianlah, dengan menghadirkan niat yang baik ketika meminum air zamzam, nescaya apa yang diniatkan oleh peminumnya akan tercapai dengan karunia Allah SWT, Zat yang memberikan karunia kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya, kerana Allah-lah pemilik karunia yang sangat besar.

174. Soalan: Apakah hukumnya menyiarkan gambar seorang wanita yang sudah memeluk Islam, beserta dengan gambar sebelum Islamnya (yang tidak menutup aurat). Perkara ini saya temui dalam laman social. Untuk pengetahuan, gambar tersebut bukan diletakkan oleh empunya diri, tetapi oleh orang lain. 

Mengambil gambar orang lain yang tidak menutup aurat dan menyiarkan gambar tersebut di facebook adalah berdosa dan haram. Aib seorang muslim wajib ditutup dan tidak dibenarkan mendedahkannya. Selagi orang ramai memandangnya, dimuat turunkan gambar tersebut maka orang yang menyiarkan akan mendapat dosa.

Nabi SAW bersabda maksudnya: " Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)

Gambar yang tidak menutup aurat adalah aib seorang muslimah, orang lain tidak boleh mendedahkannya termasuk individu tersebut juga haram mendedahkan gambarnya sendiri semasa belum menutup aurat. Allah SWT murka apabila Dia telah menutup aib hamba-Nya tiba-tiba ada orang lain mededahkan aibnya kepada orang ramai.

175. Soalan: seorang suami meminta isterinya yang memang sedia menutup aurat supaya memakai jilbab atau purdah apabila keluar rumah kerana cemburu, wajibkah taat?

Isteri wajib taat pada suami dalam perkara yang harus dan tidak mengandungi perkara maksiat. Suami ada hak atas isterinya dalam perkara hendak membendung fitnah dan perasaan cemburu.

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Al-Imam Bazzar berkata  Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

176. Soalan: Mengapakah lelaki diberi sembilan akal  dan satu nafsu manakala wanita dikurniakan sembilan nafsu dan satu akal?

Sebenarnya pendapat mengatakan lelaki diberi 9 akal 1 nafsu dan wanita diberi 9 nafsu 1 akal adalah kurang tepat. Kerana Islam mengajar semua manusia samaada lelaki atau wanita supaya mengawal nafsu dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat. Islam mewajibkan wanita tutup aurat dan menjaga pandangan supaya terhindar daripada godaan hawa nafsu yang ada pada diri wanita sendiri dan diri kaum lelaki. Lelaki juga diperintahkan supaya menjaga mata dan tidak boleh mengekori aurat wanita. 

Di larang wanita dan lelaki berdua-duaan kerana yg ketiga adalah syaitan.Jika masing-masing boleh menjaga akhlak dan mengikut perintah Allah SWT dan suruhan Nabi SAW maka akan terpeliharalah nafsu manusia dan akan disalurkan kepada jalan yang dihalalkan saja. Nafsu tak boleh dihapuskan kerana ianya fitrah manusia tetapi perlu dikawal dengan iman dan takwa kepada Allah SWT

177. Soalan: Pekerja saya ada berurusan dengan seorang pelanggan yang membuang bangkai khinzir di tapak pelupusan sampah. Pelanggan bukan Islam membuang khinzir tanpa memakai sarung tangan dan apabila ingin membayar pelanggan tersebut hanya membasuh tangan dan menyebabkan duit yang diberikan kepada pekerja tersebut basah. Apa hukumnya?

Orang bukan Islam bagi mereka khinzir adalah binatang makanan mereka dan mereka tak tahu hukum najis atau tidak. Jika mereka basuh tangan sudah memadai kerana mereka tak tahu erti samak (sertu) boleh ambil duit itu tak mengapa sebab sudah tidak ada bekas najis pada tangannya. 

178. Soalan: Apakah kelebihan berwuduk dan adalah disunatkan kita berwuduk semasa membaca al-Quran dan adakah wanita disunatkan menutup aurat ketika membaca al-Quran?


Di dalam hadis yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Jika seorang hamba yang muslim atau mukmin berwuduk ketika ia basuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air atau bersama tetes air terakhir. Jika membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya semua kesalahan yang dilakukan tangannya bersama keluarnya air atau tetes terakhir air. Jika membasuh kedua kakinya, keluarlah semua kesalahan yang diperbuat kakinya bersama air atau tetes terakhir air, sampai ia selesai wuduk dalam keadaan bersih dari dosa." (Hadis Riwayat Muslim).

Dalam hadis yang lain, Dari wuduk yang sempurna dan terhapus semua dosa-dosanya (dosa-dosa) kecil sahaja kerana dosa-dosa besar terhapus dengan bertaubat kepada Allah) yang terdapat pada anggotanya maka memang layaklah untuknya terbuka delapan pintu-pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a. yang berkata, bahawa ia mendengar Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bersinar putih wajah dan anggota wuduknya dari bekas-bekas wuduk. Barangsiapa di antara kamu ingin memanjanglan sinarnya, maka lakukanlah." (Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Di sunatkan berwuduk semasa membaca al-Quran dan disunatkan juga menutup aurat semasa membaca al-Quran .

179. Soalan: Bagaimana dengan pendapat yang mengatakan orang perempuan dalam haid tidak boleh baca dan pegang al-Quran?Bukankah dengan baca al-Quran hati dan fikiran boleh tenang?

Wanita ketika datang haid tidak boleh solat atau puasa tetapi berzikir dan membaca al-Quran  (yang di hafalnya) diharuskan malahan digalakkan berzikir dan beristighfar kerana dapat menghalang godaan dan bisikan syaitan dan untuk kurangkan tekanan jiwa. Yang tidak dibenarkan menurut pendapat ulama adalah memegang al-Quran asli teks arab sepenuhnya. Jika al-Quran terjemahan dan ada tafsirannya maka ia dibolehkan pegang dan membacanya. 

Telah ijmak (sepakat) para ulama bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadan). Puasa Ramadan wajib diqada, adapun solat tidak perlu diqada.

Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi SAW. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.)


Dalam ash-Shahihain, dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam diriwayatkan bahawasanya baginda  pernah berkata kepada isteri baginda Aisyah, ketika Aisyah mengalami haid pada waktu berhaji,

ِۧفْŰčَلِيْ مَۧ يَفْŰčَلُ Ű§Ù„ْŰ­َۧۏُ Űșَيْ۱َ ŰŁَÙ„Ű§َّ ŰȘَŰ·ُوْفِيْ ŰšِŰ§Ù„ْŰšَيْŰȘِ Ű­َŰȘىَّ ŰȘَŰ·ْهُ۱ِيْ

“Lakukanlah apa saja yang dilakukan oleh jamaah haji lainnya selain tawaf di Kaabah, hingga engkau suci.”

Tentunya kita telah maklumi bersama bahawa para jamaah haji disyariatkan membaca Al-Quran, padahal membaca Al-Quran merupakan perkara yang sering dilakukan oleh jamaah haji yang tidak dikecualikan oleh Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Hal itu menunjukkan bahawa wanita haid boleh membaca Al-Quran, tetapi tidak boleh menyentuhnya.


Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal.”

180. Soalan: Sekarang ramai yang berniaga secara dalam talian. Apakah hukumnya jika kita membayar dan memasukkan wang ke dalam bank penjual terlebih dahulu  dan barulah penjual menghantarkan barang yang kita beli itu?

Dalam Islam perlu ada kejujuran, keikhlasan dan niat yang baik untuk memberi barangan yang bermutu. Jika kedua-duanya bersetuju membeli dan menjual maka diharuskan. Untuk keselamatan penjual perlukan wang diberikan dahulu supaya barang dapat dihantar selepas wang diterima, dikhuatiri barang sampai wang tidak masuk. Pihak penjual perlu jujur dan nyatakan nombor telefon dan alamat yang tepat supaya pembeli dapat menghubunginya jika barang tidak sampai sedangkan wang sudah dimasukkan ke dalam akaun bank penjual.


Bersambung..

Friday, May 3, 2013

Membuat Fitnah Dengan Menggunakan Kaabah dan Masjidil Haram Adalah Satu Dosa Besar Dan Akan Mendapat Kemurkaan Allah SWT

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di saat-saat akhir sebelum hari pengundian dalam piliharaya pada 5 Mei 2013, suasana masyarakat kita di Malaysia berada di dalam keadaan cukup gawat dan amat membimbangkan kerana terdapat golongan tertentu menggunakan kempen yang amat memalukan.

Fitnah demi fitnah dengan menggunakan Rumah Allah (Kaabah dan Masjidil Haram) untuk tujuan politik kotor. dengan isu sumpah laknat (lakunan yang dikitar semula). Perlu diingat janganlah kerana hendakkan kuasa dan menang dalam Piliharaya "Rumah Allah yang suci dan mulia" dijadikan sebagai alat yang akan memalukan umat Islam seluruh dunia.

Jangan mencemarkan kesucian tempat suci umat Islam dan jangan mengundang kemurkan Allah SWT. Di harapkan para alim ulama, mufti dan jabatan agama untuk bertindak dan menyekat mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan kesucian tempat ibadah umat Islam sebagai kempen kotor di saat-saat akhir.

Dalam Islam sekiranya seseorang menuduh orang lain meliwathnya perlulah membawa bukti 4 orang saksi yang adil bukannya bertindak membuat tuduhan ke atas orang lain kemudian dia membuat pengakuan dan sumpah laknat. Jika cara ini di benarkan oleh Islam maka ramai orang mukmin akan menjadi mangsa fitnah oleh orang munafik dan fasik.

Dalam Islam cukup jelas hukum qazab boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menuduh seseorang berzina atau liwath tanpa membawa 4 orang saksi yang adil. Persaksian melalu vedio , sumpah laknat, gambar, CCTV semuanya tidak boleh menggantikan 4 orang saksi yang adil. Kerana semua perkara tersebut boleh di ubahsuai dan di manipulasi oleh seseorang dengan kecangihan teknologi. Kaedah super impose adalah perkara mudah yang akan digunakan oleh orang-orang fasik untuk menjatuhkan seseorang individu yang dibencinya.

Pernahkan kalian menuntun filem  "mission imposible" ? Yang mana seseorang boleh menyamar menjadi seseorang dengan memakai sarung muka, menjadikan mukanya saling tak tumpah seperti orang yang hendak di buat penyamaran. Jangan mudah percaya dengan fitnah dan niat jahat seseorang kerana jika kalian percaya fitnah tersebut dan menyebarkan pula maka kalian telah memberikan pahala amalan baik kalian untuk orang yang difitnahkan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.(Surah al-Hujurat ayat 6)

Pembawa fitnah tidak akan terlepas daripada azab Allah SWT . sebagaimana Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya , terdapat orang yang disebabkan ucapannyalah ia tergelincir ke dalam neraka yang luasnya antara masyrik dengan maghrib" Dan ,dalam hadis lain yang senada dengan ini, "Hanya kerana satu perkataan yang membuat Allah benci, maka orang itu dimasukkan ke dalam neraka". (Hadis Riwayat Muslim)

Jika seseorang melakukan zina bertaubat kepada Allah SWT , Allah SWT Maha Pengampun kepada kesalahan hamba-hamba-Nya. Kerana dosa zina adalah dosa di antara hamba dengan Tuhannya.

Tetapi dosa mengaibkan orang lain, membuat fitnah, menuduh zina dan liwath, mengadu domba, memutuskan silaturahim adalah dosa di antara manusia sesama manusia. Jika manusia yang membuat kesalahan sesama manusia tidak minta maaf secara terbuka semasa di dunia, maka dia akan membawa dosa tersebut dan di hari akhirat akan diambil pahalanya jika tidak cukup dosa orang yang diaibkan akan diberikan pula kepada orang yang mengaibkannya. Maka amat mudah orang tersebut akan menjadi muflis dan dihumbankan ke dalam neraka Jahannam.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan TIrmizi)

Sahabat yang dikasihi,
Orang mukmin akan merasa marah dan benci sesiapa saja yang cuba mencemarkan kesucian Kaabah dan Masjidil Haram. Perbuatan ini adalah satu kesalahan membawa kepada dosa besar . Jika seseorang sanggup menerima laknat Allah SWT daripada perbuatan fitnah yang di rekanya sendiri kerana kepentingan duniawi maka tunggulah keputusan Allah SWT sesunggunya Allah tidak akan menolong orang -orang fasik.

Marilah sama-sama kita kuatkan iman kita supaya tidak tergugat dengan mempercayai berita fitnah dan berita mengaibkan saudara kita yang lain. Anggaplah berita itu fitnah supaya kita tidak terkena sahamnya. Jika kita mempercayainya sedangkan kita tahu orang yang menuduh tak bawa 4 orang saksi maka dosa kerana mempercayainya sama dengan orang yang membuat dakwaan itu iaitu dosa hukum qazab. Jika hukum itu tak diterima di dunia nanti orang-orang yang mendakwa dan mempercayainya akan dihukum oleh Allah SWT di hari akhirat. Nauzubillahiminzalik.

Doa orang yang difitnah dan dizalimi mustajab di sisi Allah SWT semoga Allah SWT memberi kejayaan dan kemenangan kepada  pejuang kebenaran dan keadilan dan mengalahkan golongan yang melakukan kezaliman dan fitnah.

Banyakkan beristighfar dan minta doa kepada Allah SWT supaya kita dijauhi daripada fitnah akhir zaman. Wassalam.

 




Thursday, May 2, 2013

Bagaimana Kita Boleh Mengenali Ciri-ciri Orang Fasik?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Orang fasik adalah seorang muslim yang secara sedar melanggar ajaran Allah (Islam) atau dengan kata lain orang tersebut percaya akan adanya Allah, percaya akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi dalam tindak perbuatannya mereka mengingkari terhadap Allah SWT dan hukumNya, selalu berbuat kerosakan dan kemaksiatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Orang fasik adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan dimuka bumi. Mereka itulah orang yang rugi” (Surah Al Baqarah ayat 27)

Allah SWT memberi peringatan kepada orang Islam agar jangan sekali-kali bertindak seperti orang yang lupa diri di mana Allah SWT menyifatkan mereka sebagai orang fasik iaitu orang yang suka berbuat dosa dan kejahatan serta derhaka kepada Allah SWT.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 19 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik lagi derhaka.”

Yang dimaksudkan dengan fasik, Syeikh Raghib al-Asfahani mendefinisikan sebagai keluar daripada landasan syariat atau agama. Istilah fasik digunakan khusus kepada orang yang diperintahkan dengan hukum Allah SWT namun mereka menolak untuk mentaatinya dan seterusnya mengingkari sama ada sebahagian mahupun keseluruhan hukum itu.

Dengan lain perkataan, istilah fasik ditujukan kepada mereka yang banyak melakukan dosa, baik dosanya kepada Tuhannya atau dosanya kepada sesama manusia.

Memang benar, di dalam Al-Quran terdapat celaan yang keras bagi mereka yang tidak menerapkan hukum selari dengan hukum Allah Subhanahu Wa Taala. Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman:

وَمَنْ لَمْ يَŰ­ْكُمْ Űšِمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْفَۧ۳ِقُونَ

Maksudnya : “Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (Surah al-Maidah ayat 47)

Ayat tersebut, meskipun diturunkan berkenaan kaum Yahudi dan Nasrani, namun tidak terhad ke atas mereka semata-mata kerana ungkapan ayat tersebut bersifat umum. Perkataan ‘man’ menunjukkan bahawa ia makna umum, dan tidak dikhususkan kepada kelompok tertentu. Sedangkan dalam kaedah yang rajih ada dinyatakan:

Ű§Ù„ْŰčِŰšْ۱َŰ©ُ ŰšِŰčُمُومِ Ű§Ù„Ù„َّفْŰžِ لَۧ ŰšِŰźُŰ”ُÙˆŰ”ِ Ű§Ù„ŰłَّŰšَŰšِ

"Berlakunya hukum dilihat dari keumuman lafaz, bukan pengkhususan sebab."

Bertolak daripada sini, dapat disimpulkan bahawa sifat fasik ini pada hakikatnya adalah sifat lupa diri itu sendiri. Ia berdasarkan kaedah berikut iaitu apabila seseorang manusia lupa diri, maka secara automatik dia akan lupa kepada Tuhannya. Serentak dengan sifat lupa kepada Tuhannya menguasai dirinya, maka dia sudah pastinya akan berani melawan dan menentang segala hukum Allah.

Kesannya, tercetuslah kezaliman, berlakulah kerosakan dan tersebarlah kekacauan di seluruh pelosok muka bumi ini. Ringkasnya di sini dapatlah disimpulkan betapa sifat fasik itu begitu sinonim dan signifikan kepada kerosakan dan kezaliman itu sendiri.

Mungkin timbul pula persoalan mengapa dan bagaimana sifat lupa diri ini boleh wujud dalam diri seseorang manusia. Sebenarnya ada beberapa punca utama yang boleh menyebabkan seseorang lupa diri dalam kehidupannya.

Pertama : Apabila seseorang itu lupa kepada Allah yang selayaknya disembah, dipuji dan dipuja, dipanjatkan doa dan diminta segala pertolongan. Allah SWT jugalah yang menurunkan al-Quran sebagai kitab hidayah dan pedoman kepada umat manusia. Namun, manusia sering ingkar dan angkuh, lalu membelakangkan ajaran al-Quran.

Ketika itu, dia lupa kepada Tuhannya dan mula menempah saat-saat kehancurannya. Hatinya sudah mula menjadi semakin keras dan berkarat dengan timbunan dosa dan tertutup rapat daripada menerima cahaya kebenaran dan seruan taubat ke jalan yang benar.

Oleh itu, dia semakin berani melakukan amalan kemaksiatan dan kedurhakaan kepada Allah sehingga seluruh detik kehidupannya sarat dengan kegiatan menyalahi syariat . Di samping itu juga, mengikut bisikan iblis dan terpengaruh dengan ajakannya menyempang daripada  landasan yang lurus. Akhirnya, dia termasuk ke dalam golongan penghuni neraka yang disediakan azab yang tiada terperi.

Orang fasik akan berkekalan dengan melakukan dosa-dosa besar seperti derhaka kepada ibu bapa, minum arak, berjudi, berzina.

Kedua :  Manusia lupa dirinya ialah lupa akan asal usulnya sebagai hamba dan makhluk Allah SWT. Kisah keangkuhan iblis menjadi bukti nyata hingga menyebabkan iblis lupa diri lalu enggan tunduk patuh kepada perintah Allah SWT agar sujud kepada Nabi Adam. Iblis menganggap bahawa penciptaan dirinya daripada api lebih baik daripada penciptaan Nabi Adam daripada tanah sehingga dia lupa asal-usul dirinya juga adalah hamba dan makhluk Allah. Apabila manusia sudah melupakan dirinya sendiri daripada mana dia datang?, Apa tujuan dia dihidupkan? dan Kemana arah yang akan ditujunya selepas kematian?

Siapakan golongan yang termasuk dikalangan orang-orang fasik?

1. Seorang pemimpin tidak mahu melaksanakan hukum-hukum Allah SWT walaupun dia berkemapuan dan berkuasa untuk melaksanakannya. (jika dia masih percaya hukum-hukum Allah SWT adalah yang paling baik tetapi tidak mahu melaksanakannya dia jadi fasik tetapi jika dia yakin bahawa hukum-hukum Allah SWT tidak sesuai dilaksanakan dan mempertikaikannya maka dia jatuh murtad)

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (Surah al-Maidah ayat 47)

2. Suka melakukan dosa-dosa besar dan maksiat seperti derhaka kepada kedua ibu bapa, berzina, minum arak. berjudi, melakukan sihir dan membunuh manusia tanpa hak, derhaka (nusyuz) isteri kepada suami dan tidak menutup aurat.

3. Tidak melakukan kewajipan kepada Allah SWT seperti meninggalkan solat, meninggalkan puasa Ramadan, tidak mahu membayar zakat dan tidak mahu mengerjakan haji (walaupun berkemampuan)

4. Suka mengambil harta secara haram  seperti mencuri, mengambil rasuah, makan riba dan makan harta anak yatim dan merampas hak orang lain secara penipuan.

5. Suka mengumpat, membuat fitnah, menuduh wanita atau lelaki yang baik berzina dengan tidak membawa 4 saksi, mengadu domba, suka bersumpah palsu dan menjadi saksi palsu dimahkamah.

Firman Allah SWT maksudnya: "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatang 4 orang saksi, maka deralah mereka(yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lama nya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik, kecuali orang yang bertaubat sesudahnya itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah an-Nuur ayat 4-5).

6. Berkekalan dengan melakukan dosa-dosa kecil . Dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Allah SWT  berfirman, maksudnya: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." (Surah Ali Imran ayat 135)

Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila seseorang mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat orang fasik maka apakah pandangan Islam terhadap mereka ?

Dalam Islam orang fasik tidak dibenarkan melaksanakan beberapa tugas seperti dibawah :

1. Tidak layak menjadi khalifah atau pemimpin negara.
(Orang mukmin perlu pastikan pemimpin yang ingin dipilih semasa Pilihanraya tidak mempunyai ciri-ciri orang fasik)

2. Tidak layak menjadi mufti, hakim, qadi atau juru nikah.

3. Tidak layak menjadi saksi dalam hukum hudud, saksi nikah dan saksi perjanjian muamalah dalam Islam.

4. Tidak layak menjadi wali nikah (qadi /juru nikah perlu mencari wali lain yang bersesuaian menggantikan wali yang fasik)

5. Tidak layak menjadi imam solat berjemaah

Apakah kedudukan orang fasik di hari akhirat?

Sekiranya seseorang mempunyai ciri-ciri orang fasik dan dia tidak bertaubat kepada Allah SWT dan tidak minta maaf sesama manusia di atas perbuatan zalim dan kejahatannya sesama manusia ketika di dunia maka dia akan dimasukkan kedalam neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan adapun orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka adalah neraka." (Surah as-Sajdah ayat 20)

Jika terdapat pada diri kita ciri-ciri orang fasik maka janganlah bertangguh-tangguh lagi teruskanlah bertaubat meminta ampun kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.

Daripada Anas bin Malik r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud: Allah telah berfirman: 'Wahai anak Adam! Sesungguhnya sebagaimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.'

'Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.'

'Wahai anak Adam! Jika kamu datang kepada-Ku dengan kesalahan sepadat isi bumi. Kemudian kamu menemui Aku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyengutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.' (Hadis Riwayat Tarmizi)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhi daripada menjadi orang fasik. Kita juga perlu berhati-hati ketika hendak  memilih pemimpin semasa Pilhanraya. Jangan sekali-kali pilih atau undi orang Islam yang fasik kerana orang fasik tidak peduli halal atau haram. Pemimpin yang fasik tidak kisah isterinya menutup aurat atau pun tidak. Orang fasik suka membuat fitnah menududh zina atau liwath tanpa membawa 4 orang saksi yang adil. Orang fasik suka membuat janji tetapi tidak mampu melaksanakannya.

Pilihan Yang Betul Semasa Mengundi Di Dalam Pilhanraya Akan Mendapat Keredhaan Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Tinggal beberapa hari lagi setiap rakyat Malaysia yang telah layak mengundi di dalam pilihanraya akan melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi. Mengundi adalah satu tanggungjawab besar untuk membuat pilihan tepat siapakah pemimpin yang paling layak dipilih untuk menerajui kepimpinan di Malaysia samaada sebagai ahli Parlimen maupun ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semua pariti-parti politik yang terlibat di dalam pertandingan merebut 222 ahli Parlimen dan 505 ahli Dewan Undangan Negeri termasuk calun, penyokong dan pengundi setia sebuk membuat persiapan terakhir. Berkempen, berceramah, meraih undi, culaan dan memasang banner, bunting dan poster bekerja siang malam untuk memastikan calun-calun yang bertanding akan beroleh kejayaan dan mendapat mandat baru daripada para pengundi.

Di dalam Islam semua amalan yang dilakukan tidak boleh lari daripada syariat Allah SWT daripada sekecil-kecil amalan sehingga sebesar-besar amalan. Oleh itu apabila kalian terlibat di dalam pilihanraya samaada sebagai Pengurus Pilihanraya (SPR), calun-calun yang bertanding , penyokong, pengundi semuanya mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam iaitu berakhlak mulia, jujur, amanah, bersikap adil, berintegriti, tidak rasuah, tidak pilih kasih, tidak menipu di dalam daftar pemilih dan tidak mementingkan diri sendiri. Perlulah diingatkan bahawa peglibatan kalian di dalam proses pemilihan di dalam pilihanraya ini adalah ibadah kepada Allah SWT. Kalian semua akan disoal dan ditanya oleh Allah SWT adakah kalian berlaku jujur dan adil dan tidak mengambil hak orang lain.

Setiap masa yang kalian peruntukan hingga menghabiskan banyak masa , tenaga dan wang ringgit jika betul matlamat, ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. untuk memartabatkan Islam menguasai masyarakat dan Islam di daulatkan sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna maka semuanya di kira sebagai jihad di jalan Allah dan akan mendapat ganjaran pahala yang cukup besar. Oleh itu di dalam memburu kejayaan di dalam piliharaya ini buangkanlah dalam jiwa kalian perasaan untuk mencari harta dan kemegahan dan untuk mendapat pangkat dan kuasa untuk kepuasan hawa nafsu, maka jika keadaan ini berlaku maka amal-amal kalian tidak bernilai di sisi Allah SWT.

Al-Imam Hasan al-Banna menyatakan mengenai penglibatan Ikhwan Muslimin di dalam piliharaya :

“Sesungguhnya kami terjun ke medan ini dengan berbekalkan keikhlasan, bersih sebersih-bersihnya, terdorong untuk terlibat dengan penuh rasa cinta dan kasih kepada kebaikan, amat menitiberatkan kemaslahatan, cemburu untuk mempertahankan dakwah yang suci ini, kemahuan untuk menjimatkan masa dan bersemangat untuk mengiklankan risalah Islah Islami dari atas mimbar resmi ini”.

Sahabat yang dimuliakan,
Tidak syak lagi bahawa kemenangan memperolehi kerusi Parlimen merupakan salah satu tujuan terpenting didalam pilihanraya kerana dengan kemenangan ini akan menguasai Pentadbiran Pusat sekaligus dapat memerentah negara (Putrajaya). Jika golongan sekular masih berkuasa dan golongan yang cintakan Islam tersisih, di khuatiri hak-hak rakyat akan terabai dan kejayaan melahirkan negara yang di redhai Allah SWT tidak akan tercapai.Penguasaan kerusi Parlimen dan DUN sangat penting untuk mentadbirkan negara dan negeri-negeri dengan sistem yang lebih telus. Ia merupakan suatu yang dharurat yang wajib kalian usahakan untuk mendapatkannya dengan izin Allah SWT, supaya kepimpinan negara dapat diterajui oleh mereka yang amanah, jujur, ikhlas, berakhlak mulia dan mampu menyelesaikan masalaah rakyat bawahan yang memerlukan bantuan dan pembelaan yang sewajarnya.

Hanya kepada Allah SWT kita menggantungkan sepenuh pengharapan semoga Dia memberi kemenangan kepada semua calun-calun Islam (yang akan melaksanakan al-Quran dan as-sunah) dan calun-calun yang mempunyai MOU dengan calun-calun Islam. Untuk melakukan perubahan, membetulkan sistem yang ada kepada sistem yang lebih baik dan telus. Semoga usaha-usaha yang murni ini memberi banyak kebaikan untuk kerja-kerja Islah dan dakwah kepada masyarakat.

Maka jangan lupa jika  kita mendokong matlamat bersih dan mulia, bukan menagih manfaat yang sempit. Kita sentiasa berusaha bersama membela kebenaran dan mencari keredhaan Tuhan. Kita bertaqarrub kepada Allah SWT melalui perkataan, amalan, gerakan dan diam kita. Pilihanraya adalah musim untuk melakukan gerakan yang meluas dan gerak kerja yang berkesinambungan. Maka hendaklah kita semua mengambil berat hubungan hati dan perasaan kita dengan Tuhan kepada semua manusia di sepanjang  berinteraksi kita dengan orang ramai, semoga Allah SWT menerima usaha dan menggandakan pahala kita semua…

Allah SWT berfirman:

﴿وَمَنْ يَفْŰčَلْ Ű°َلِكَ ْۧۚŰȘِŰșَۧۥَ مَ۱ْ۶َۧ۩ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ فَŰłَوْفَ نُŰ€ْŰȘِيهِ ŰŁَŰŹْ۱ًۧ ŰčَŰžِيمًۧ﴾ (Ű§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰĄ: من Ű§Ù„ŰąÙŠŰ© ÙĄÙĄÙ€)

“Dan barangsiapa melakukan yang demikian itu demi mendapatkan keredhaan Allah, nescaya kami akan mengurniakan untuknya ganjaran pahala yang besar”. (Surah an-Nisaa ayat 114)

Hendaklah kita sedar bahawa penglibatan dalam proses pilihanraya adalah satu langkah ke arah kebaikan dan membina kekuasaan. Sesungguhnya ibadat kepada Allah, berdakwah kepada-Nya, usaha amar makruf dan nahi mungkar termasuk dari tujuan ini.

Firman Allah SWT;

﴿Ű§Ù„َّŰ°ِينَ Ű„ِنْ مَكَّنَّŰ§Ù‡ُمْ فِي Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ ŰŁَقَŰ§Ù…ُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩َ وَŰąَŰȘَوُۧ Ű§Ù„ŰČَّكَۧ۩َ وَŰŁَمَ۱ُÙˆŰ§ ŰšِŰ§Ù„ْمَŰčْ۱ُوفِ وَنَهَوْۧ Űčَنِ Ű§Ù„ْمُنْكَ۱ِ وَلِلَّهِ ŰčَŰ§Ù‚ِŰšَŰ©ُ Ű§Ù„ْŰŁُمُÙˆŰ±ِ (41)﴾ (Ű§Ù„Ű­ŰŹ)

“Mereka yang apabila kami kurniakan kekuasaan di bumi, mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan kepada Allah SWT kembali segala urusan”.(Surah al-Hajj ayat 40)

Maka hadirkan sentiasa niat semata-mata kerana Allah SWT serta sentiasalah memperbaharui niat tersebut. Peliharalah amalan harian kalian berzikir, berdoa dan tilawah al-Quran  kerana ia adalah sebaik-baik bekalan bagi kalian dalam menghadapi manusia. Ketahuilah  bahawa kita tidak akan mampu menjadi pemimpin yang baik dan dihormati selama mana kita tidak memiliki ketundukan yang baik kepada Allah SWT.

Al-Imam Hasan al-Banna ketika beliau mengatakan;

"ŰŁÙŠÙ‡Ű§ Ű§Ù„Ű„ŰźÙˆŰ§Ù†.. ÙƒÙˆÙ†ÙˆŰ§ Űčۚۧۯًۧ Ù‚ŰšÙ„ ŰŁÙ† ŰȘÙƒÙˆÙ†ÙˆŰ§ قوَّۧۯًۧ، ŰłŰȘŰ”Ù„ ŰšÙƒÙ… Ű§Ù„Űčۚۧۯ۩ Ű„Ù„Ù‰ ŰŁŰ­ŰłÙ† Ù‚ÙŠŰ§ŰŻŰ©".

“Wahai saudara… hendaklah kalian menjadi hamba kepada Allah sebelum kalian menjadi pemimpin, nescaya ibadah kalian akan menyampaikan kalian menjadi sebaik-baik pemimpin”.


Sahabat yang dimuliakan,

Pilhanraya Ke 13 di Malaysia adalah pilhanraya yang paling hebat dan getir. Pilihanraya yang akan memberi peluang rakyat membuat perubahan. Sebagai seorang mukmin, kalian perlu lihat pemilihan pucuk pimpinan negara bukan satu perkara kecil atau remeh dan boleh dibuat suka-suka atau ikut-ikutan. Kalian perlu rasa bahawa kalian akan dipersoalkan di akhirat jika kalian pilih ikut emosi dan nafsu dan langsung tidak kaitkan dengan ajaran Islam. Jika urusan qada hajat (buang air) terdapat adab-adab untuk di amalkan maka lebih-lebih lagi urusan negara, urusan umat dan urusan perlaksanaan terhadap hukum-hukum Allah perlu menjadi nilai dan pertimbangan di dalam membuat pemilihan.

Di dalam al-Quran ada di ceritakan oleh Allah SWT nanti di akhirat segolongan manusia (penyokong dan pengikut) yang masuk neraka menyesal kerana mereka mengikut ketua dan pemimpin mereka di dunia yang sesat sehingga mereka semua di masukkan ke dalam neraka.

Golongan penyokong dan pengikut ini minta Allah SWT seksa dua kali ganda kepada bekas ketua mereka yang menyesatkan mereka tetapi permintaan itu sudah terlambat kerana kesalahan mereka sendiri yang tidak menggunakan akal yang waras, mata hati mereka buta walau pun mata mereka tak buta, telingan mereka pekak dengan kebenaran walau pun telinga mereka boleh mendengar seruan kebenaran. 

Tarik 5 Mei 2013 adalah tarik keramat iaitu tarik pembuangan undi rakyat Malaysia untuk menentukan siapakah yang layak menjadi pemimpin dan siapkan yang harus di rehatkan daripada memimpin dan mentadbir umat. 

Jika kalian pilih pemimpin yang menolak Islam, mengambil rasuah, tidak adil, mengutamakan ahli keluarga dan kroni dan meneruskan pemerentahan yang menafikan hak rakyat maka kalian akan memegang saham dosa selama 5 tahun akan datang. Jika pemimpin tersebut melakukan kerosakan, penipuan ke atas wang negara, menyalah gunakan kuasa (tangkap rakyat tanpa bicara) , menaikkan harga barang sesuka hati, maka kalian juga akan menjawabnya di hari akhirat tanpa terkecuali. Oleh itu cari dan pilihlah pemimpin yang beriman dan bertakwa, yang telus dan mengutamakan hukum Islam dan jua pemimpin lain yang amanah dan berintegriti (mempunyai MOU dengan calun-calun Islam).

Tepuk dada tanya iman dan banyakkan solat istikharah jika kalian masih keliru kerana di dalam solat istikharah pasti ada jawapan daripada Allah SWT. Dia tidak akan menolak permintaan dan akan memberi jawapannya jika kalian ikhlas ingin mencari kebenaran . 

"Kebenaran itu datangnya daripada Tuhan kamu dan janganlah kamu menjadi orang yang ragu-ragu"

 Wallahualam.

Wednesday, May 1, 2013

Soal Jawab Agama Siri 8 (Membuka Aib, Derhaka Kepada Ibu bapa, Berkhalwat, Kedekut, Membaca Al-Quran, Mandi Hadas Besar, Membela Anjing dan Fidyah Puasa)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Siri 7 membincangkan mengenai persoalan dosa membuka aib, derhaka kepada ibu, berkhalwat, tanggungjawab suami, sifat kedekut, kelebihan membaca al-Quran, bapa angkat, aurat ketika solat, mandi hadas besar, membela anjing, tidak bayar gaji, membunuh serangga dan fidyah puasa.

141.Soalan: Seorang kawan saya sering mengejek rakannya yang lain atas kesilapan maksiat yang dilakukan semasa muda dahulu. Dia sering mengungkit ungkit kisah lama. Apakah hukumnya dia berbuat demikian?

Jika Allah SWT telah menutup aib seorang hamba-Nya yang telah melakukan maksiat selama 40 tahun dan mengampunkan dosa-dosanya ketika mana dia bertaubat kenapakah kita tidak boleh menutup aib saudara-saudara kita ? Walaupun maksiat yang pernah dilakukan semasa mudanya. Kenapakan kita suka sangat mendedahkan aib orang lain walaupun kita mengetahui mendedahkan aib adalah satu dosa besar yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Mungkin orang yang memiliki aib itu telah bertaubat kepada Allah SWT tetapi kita masih seronok mengaibkannya.

Allah SWT tidak suka kita membuka aib orang lain di dunia ini kerana sesiapa yang suka membuka aib orang lain maka Dia akan mendedahkan aibnya samaada ketika di dunia maupun ketika di hari akhirat nanti. Sekiranya kita menutup aib orang lain maka Allah SWT akan menutup aib kita di hari akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi (aib) nya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim)

142.Soalan: Saya pernah melakukan satu keaiban (dosa besar) semasa belajar di kolej dahulu. Adakah perlu saya menceritakan kisah tersebut kepada ibu bapa saya kerana saya merasa bersalah di atas dosa yang telah saya lakukan?

Sekiranya kita sendiri melakukan kesalahan atau maksiat (dosa besar) maka ianya adalah satu aib yang wajib ditutup, sembunyikanlah dan jangan menceritakannya pada orang lain walaupun kepada ibu bapa sendiri atau pun sahabat yang kita percayai. 


Menceritakan kepada orang lain juga merupakan suatu perkara yang dosa. Apatah lagi jika ia membuat diri ini menjadi popular kerana kesalahan itu. Perbuatan tersebut akan menjadikan Allah SWT murka dan penghalang pintu menuju rahmat Allah SWT.

Allah SWT memberikan ancaman-Nya kepada sesiapa yang melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi dan Dia telah menutupnya tetapi dia secara terang-terangan pula menceritakan maksiat tersebut kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Semua umatku (yang bersalah) pasti dimaafkan, kecuali orang-orang yang menceritakan ( kesalahannya kepada masyarakat tanpa perasaan bersalah). Orang yang menceritakan kesalahannya adalah orang yang melakukan satu perbuatan (dosa) di malam hari, kemudian masuk pagi hari dan Allah menutupi kesalahannya. Namun kemudian dia bercerita kepada orang lain, ‘Wahai Fulan, aku telah melakukan ini dan itu tadi malam.’ Allah menutupi perbuatannya itu dan dia membuka tutup itu di pagi hari.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

143.Soalan: Saya sering mendengar jiran saya memarahi ibunya dengan kuat sehingga didengari dari rumah saya. Apakah hukum jika kita menderhaka kepada ibu kita?
Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT. Dalam al-Quran Allah SWT memerintahkan orang beriman agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah al-Luqman ayat 14)

Nabi SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654)

144. Saya mempunyai empat orang kawan yang bertanggungjawab menyelesaikan satu projek ilmiah. Semalam hanya saya dan kawan lelaki yang boleh datang membincangkannya. Kami berbincang di bilik perbincangan. Datang dua pegawai keselamatan mengatakan kami berkhalwat sedangkan kami tidak berbuat demikian. Apakah hukum bagi mereka kerana mereka tidak cukup empat saksi untuk mendakwa kami?

Islam cukup menjaga akhlak dan pergaulan di antara lelaki dan wanita. Haram seorang lelaki dan wanita duduk berdua-duaan walau pun dengan niat yang baik untuk berbincang dan menyelesaikan urusan projek pembelajaran. Sepatutnya saudari berdua tidak meneruskan perbincangan tersebut di tempat yang tertutup kerana di khuatiri akan menimbulkan fitnah dan syak wasangka.

Tuduhan kedua-dua pengawal keselamatan ada asasnya kerana mereka bertanggungjawab untuk mengelakkan perkara sumbang berlaku di dalam kampus. Tuduhan terhadap khalwat tidak perlu kepada 4 orang saksi kerana hanya tuduhan zina memerlukan 4 orang saksi. Mereka berdua sudah cukup bukti untuk mensabitkan saudari berdua di atas tuduhan khalwat dan dalam Islam mereka yang sabit kesalahan khalwat akan dikenakan takzir bukannya hudud. Untuk mengelakkan perkara ini berulang lagi saya menasihatkan saudari dan rakan lelaki saudari jangan lagi mengadakan perbincangan di tempat yang tertutup pastikan terdapat ramai rakan-rakan yang lain sebelum memulakan perbincangan.

Dalam al-Quran Allah SWT menyeru kepada orang-orang beriman jangan menghampiri zina. Firman Allah SWT maksudnya : “Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” (Surah al-Israa' (17) ayat  32)

145.Soalan: Saya dan suami baru berkahwin. Apakah peranan suami dalam mendidik isteri setelah berkahwin? Adakah cukup menyuruh mentaati dan membuat kerja kerja rumah sahaja?

Di antara peranan suami kepada isterinya bahawa dia bertanggungjawab untuk mendidik isterinya supaya berakhlak Islam di dalam kehidupan harian. Suami juga bertanggungjawab untuk mentarbiah dan memberi nasihat yang baik kepada anak-anak, ibu-bapa, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat. Ajarkan isteri ilmu fardu ain iaitu meragkumi ilmu tauhid, feqah dan tasauf. Jika suami kurang berkemampuan untuk mengajarkannya ajak isteri ke masjid atau surau untuk memperlajarinya dengan guru-guru yang pakar dan berilmu.

Suami perlu memberitahu isteri tentang adab-adab sebagai seorang isteri perlu bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa ; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata yang tidak elok maka di khuatiri akhlak anak seperti apa yang diucapkannya.

Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibu-bapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya.

Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain. Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah S.W.T. Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika keluar rumah dan pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Dan juga pastikan  isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah at-Tahrim ayat 6)

146.Soalan: Saya sering merasa malas dan letih untuk melakukan sesuatu. Adakah saya tergolong dalam kalangan yang rugi?

Kalau boleh jauhilah sifat malas kerana ia adalah sifat syaitan. Kita sentiasalah  berdoa kepada Allah SWT semoga diberi-Nya kesihatan diri kita sehingga memiliki tubuh badan yang sihat dan rajin bekerja dan berusaha. Jika badan kita lemah (sakit) dan tidak sihat bagaimana kita hendak berusaha mencari rezeki atau berjihad dan berdakwah dijalan Allah SWT?

Dalam hadis Nabi SAW ada menyatakan yang bermaksud : “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim).

Ini menunjukkan bahawa Islam amat menitikberatkan kesihatan, kekuatan tubuh badan dan membenci sikap malas dan berpeluk tubuh saja tanpa berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Maka apabila telah dilaksanakan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (Surah al-Jumu’ah ayat 10)

147.Soalan: Majikan saya seorang yang bakhil dan berkira. Dia pernah berkata kalau tidak kedekut dia tidak akan jadi kaya. Apakah pandangan Islam terhadap sifat kedekut ini?

Sifat bakhil (kedekut) pula adalah sifat mazmumah yang amat dibenci oleh Allah SWT. Sifat ini adalah sifat ahli neraka. Bakhil adalah sifat yang tercela kerana sifat ini terlahir dari godaan syaitan. Bakhil dijadikan oleh syaitan sebagai jalan untuk menuju jalan ke neraka. Definisi bakhil adalah perbuatan seorang hamba untuk menahan harta yang ada pada kepemilikannya tanpa menunaikan hak dan kewajiban yang sepatutnya di tunaikan dengan harta tersebut. Dalil yang melarang dari perbuatan bakhil di antaranya adalah:

Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ©َ، ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ: «Ű§ŰŹْŰȘَنِŰšُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰłَّŰšْŰčَ Ű§Ù„ْمُÙˆŰšِقَۧŰȘِ» قِيلَ: يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ، مَۧ هِيَ؟ قَŰ§Ù„َ: «Ű§Ù„ŰŽِّ۱ْكُ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ، وَŰ§Ù„ŰŽُّŰ­ُّ، وَقَŰȘْلُ Ű§Ù„Ù†َّفْŰłِ Ű§Ù„َّŰȘِي Ű­َ۱َّمَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű„ِلَّۧ ŰšِŰ§Ù„ْŰ­َقِّ، وَŰŁَكْلُ Ű§Ù„Ű±ِّŰšَۧ، وَŰŁَكْلُ مَŰ§Ù„ِ Ű§Ù„ْيَŰȘِيمِ، وَŰ§Ù„ŰȘَّوَلِّي يَوْمَ Ű§Ù„ŰČَّŰ­ْفِ، وَقَŰ°ْفُ Ű§Ù„ْمُŰ­ْŰ”َنَۧŰȘِ Ű§Ù„ْŰșَŰ§ÙِلَۧŰȘِ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنَۧŰȘِ»

Maksudnya : “Dari sahabat Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu  beliau berkata, Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasalam telah bersabda, ‘Jauhillah tujuh kehancuran yang dapat menimpa kalian.’ Lalu (shahabat) bertanya, ‘Apakah itu wahai Rasulullah?’ Lalu baginda menjawab, ‘Menyekutukan Allah, kikir (bakhil), membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh zina wanita mukminat yang suci.” (Hadis Riwayat an-Nasai)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, "Maafkanlah kesalahan orang yang murah hati (dermawan).Sesungguhnya Allah melihat tangannya jika dia terjatuh.Seorang pemurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada syurga.Seorang yang bodoh tapi murah hati (dermawan) lebih di sukai Allah daripada seorang alim (tekun beribadah) tapi bakhil."  (Hadis Rawahul at Tabrani)

Sifat bakhil serta sayangkan harta untuk dibelanjakan ke jalan kebajikan bagi membantu orang yang susah adalah sifat yang tercela. Dengan adanya sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri segala urusan akan tergendala malah masyarakat akan lemah dan mundur serta mudah dikalahkan oleh musuh, dengan itu masyarakat akan jadi huruhara . Dengan sebab itu ianya perlu dikikis dan dihapuskan dari dalam diri setiap muslim dengan sedaya upaya yang boleh.

148.Soalan: Apakah kebaikan jika saya sering membaca al-Quran? Adakah amalan ini akan memberi syafaat kepada saya ketika berada di alam barzakh dan hari akhirat ?
Terdapat banyak kebaikan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada setiap muslim yang sentiasa membaca al-Quran.

Kebaikan-kebaikan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah SWT telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kedua : Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah SWT.. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh memberikan syafaat di hari akhirat kelak.

Ketiga : Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa

Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: ”Perumpamaan mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”

Keempat: Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwuduk) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

Al-Quran juga akan memberi syafaat kepada pembacanya ketika berada di alam barzakh dan hari akhirat.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu bahwa Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya terdapat sebuah surat dalam Al-Quran yang mengandung 30 ayat, surat ini akan memberikan syafaat kepada seseorang sampai ia dimaafkan. Surat itu adalah surat ŰȘَŰšَۧ۱َكَ Ű§Ù„َّŰ°ِي ŰšِيَŰŻِهِ Ű§Ù„ْمُلْكُ.” ((Hadis Riwayat Tirmidzi no. 2891, Abu Daud no. 1400, Ibnu Majah no. 3786, dan Ahmad 2/299).) (Penilaian hadis Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa At Tirmidzi dalam Al Jaami’ Ash Shohih Sunan At Tirmidzi mengatakan bahwa hadis tersebut hasan.)

Menjadi saksi di hadapan Allah SWT dan sebagai pembela kepada si pembaca al-Quran :

Dari Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda “Dibawa di hari kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali-Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”.(Hadis Riwayat Muslim)

Kedua ibu bapa diberi kemuliaan oleh Allah SWT pada hari kiamat :

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
(Hadis Riwayat Abu Daud  dan  Ahmad)

Rasulullah SAW  bersabda yang maksudnya:“Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

149.Soalan: Saya sering membeli belah lebih lebih lagi bila jualan murah diadakan. Apakah hukumnya jika saya berbuat demikian?

Dalam menjalani bahtera kehidupan, Islam memberi garis panduan yang cukup sempurna bagi manusia mencapai puncak kesejahteraan. Hidup menurut ukuran Islam ialah menikmati kesejahteraan di dunia dan di akhirat nanti. Demi merealisasikan harapan yang murni itu, setiap orang Islam haruslah mengamalkan sifat kesederhanaan dalam segenap segi kehidupannya. Sifat ini dipraktikkan Nabi Muhammad SAW dan juga sahabat baginda, sehingga mereka muncul di permukaan sebagai insan yang sewajarnya diteladani, yang cemerlang dan dirahmati Allah.

Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah, sejak kecil sehinggalah saat wafatnya, ternyata baginda tidak pernah mengecapi hidup mewah. Dalam segenap sudut kehidupan baginda, sama ada cara berpakaian, perhiasan, dalam soal makanan dan sebagainya, berada di paksi kesederhanaan. Padahal baginda memang mampu untuk hidup bermewah. Namun keimanan yang jitu di dada baginda justeru mengalahkan segala-galanya.

Sesungguhnya sifat ini adalah pakaian peribadi orang yang beriman sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (Hadis Riwayat Abu Daud)

150.Soalan: Saya akan menikah tidak lama lagi, tetapi saya ada sedikit masalah. Ibu bapa kandung saya telah menyerahkan saya untuk dijaga orang lain sejak saya bayi dan sekarang saya masih tinggal dengan keluarga angkat saya. Masalahnya adalah, dalam surat beranak dan IC saya berbintikan bapa angkat . Jika saya menikah nanti, adakah saya diwalikan hakim kerana wali saya ghaib, dan adakah saya menggunakan nama bapa kandung saya nanti?

Bapa angkat tidak boleh menjadi wali nikah kerana bapa angkat bukan mahram dan tidak sah menjadi wali. Jika saudari ingin bernikah dan bapa kandung saudari atau wali yang lain tidak dapat dikesan maka saudari boleh menggunakan wali hakim. Wali hakim akan sebut nama bapa sebenar semasa akad nikah. Mengenai nama bapa angkat di dalam I.C dan surat nikah itu hanya urusan keperluan keduniaan saja. Urusan yang bersangkut paut dengan nikah dan harta pusaka perlu menggunakan waris atau bapa sebenar. Jika bapa angkat saudari meninggal dunia walau pun bintinya kepada simati tetapi saudarai tidak ada hak waris untuk pembahagian harta secara faraid. Saudari boleh mendapatkan harta jika bapa angkat ada meninggalkan wasiat atau pemberian harta secara hibah semasa bapa angkat masih hidup.

151.Soalan: Adakah aurat bawah dagu untuk perempuan kerana ada yang mengatakan bawah dagu adalah aurat dan wajib ditutup ketika solat dan menunaikan umrah atau haji?

Dagu wanita tidak termasuk di dalam aurat. Tetapi di bahagian bawah dagu wanita adalah TERMASUK AURAT yang wajib ditutup. Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk dari batas-batas wajah yang boleh dibuka. al-Syirazi berkata:Maksudnya: “Dan wajah itu apa yang ada diantara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telingan satu lagi.”

Kata al-Nawawi di dalam al-Majmu’ ketika memberi komentar kepada perkataan al-Syirazi ini yang bermaksud: “Yang disebut oleh penulis (al-Syirazi) tentang batas wajah, ianya benar seperti pandangan al-Ashab, dan telah dinyatakan perkara ini oleh al-Syafie r.h di dalam kitabnya al-Umm.” Aurat wanita di dalam solat dan di luar solat adalah sama wajib ditutup kecuali muka dan kedua tapak tangan.

152.Soalan: Apakah hukumnya jika seorang ibu menggalakkan anak daranya keluar malam dengan lelaki dan balik lewat malam dan kalau yang duduk serumah dengannya berdiam diri kerana takut menimbulkan perbalahan serta takut menderhaka pada si ibu?

ibu yang membiarkan anak gadisnya melakukan maksiat secara terang-terangan keluar dengan lelaki yang bukan mahramnya adalah berdosa besar. Sesiapa yang tinggal serumah dengan mereka wajib menegurnya dengan baik dan tidak dikira derhaka menegur ibunya yang tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah Allah SWT. Sepatutnya sebagai seorang ibu berusaha menyelamatkan anak-anaknya daripada masuk neraka tetapi dia rela dirinya dan anaknya kejurang kebinasaan dan mengundang kemurkaan Allah SWT.

153.Soalan:  Ustaz, macam mana nak dapat dekatkan silaturahim antara anak dan bapa. Jika bapa nya tak ambil berat tentang anaknya dan tidak kisahkan tentang anaknya dan ada banyak pekara terjadi yang anaknya tersinggung terhadap bapanya.(Situasi ini makin teruk semenjak ibu dan bapa nya berpisah).
Dalam Islam anak wajib menghormati dan mengasihi kedua ibu bapanya, tidak dibenarkan derhaka dan menyakiti hati mereka. Besar dosa anak derhaka sehingga Nabi SAW menyatakan anak derhaka tidak mencium bau syurga.

Kenapa ibu bapa bersikap demikian? Mungkin ada beberapa keadaan si anak telah melakukan sifat biadab dan menyinggung hati kedua ibu bapanya. Setiap ibu bapa tidak akan bersikap dingin dengan anak-anak sekiranya anak mereka tidak melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan hati mereka. Anak-anak sekarang kurang adabnya bila berhadapan dengan kedua ibu bapa. Ini kerana terbawa-bawa dengan cerita dalam filem atau drama yang bersikap kasar dan kurang ajar dengan ibu bapa mereka.

JIka ibu bapa berpisah si anak tidak boleh bersikap berat sebelah, kerana urusan ibu bapa adalah urusan mereka dan si anak kena berlaku adil kepada kedua-duanya. Ziarah kedua-duanya jika si anak derhaka salah satu di antara mereka dia akan menjadi anak derhaka. Perlu ada sifat hormat anak kepada kedua-dua ibu bapa. Jangan putuskan silaturahim kerana jika silaturahim diputuskan berdasarkan hadis Nabi SAW tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan silaturahim. Fikirkan cara-cara yang terbaik untuk hubungkan semula silaturahim yang telah terputus. Keberkatan hidup anak adalah bergantung kepada keredaan kedua ibu bapa mereka. Jika si anak rasa dia betul dan ibu bapa mereka salah , si anak tetap tidak boleh memutuskan silaturahim, dan jangan marah kepada kedua ibu bapa mereka, perlu ingat siapa yang melahirkannya dan siapa yang membesarkan si anak dari kecil hingga dewasa, dan sekolahkannya hingga berjaya dalam hidup.

154.Soalan:  Adakah  rezeki kita akan disekat jika kita sering mengeluh mengenai perniagaan kita yang semakin kurang mendapat sambutan walaupun kita melakukan Solat Duha setiap hari ?

Sifat orang mukmin adalah bersyukur jika dikurniakan rezeki dan nikmat oleh Alah SWT, samaada kurniaan anak baru, keuntungan perniagaan, lulus peperaksaan, naik gaji dan sebagainya dan dia juga bersabar jika diuji dengan kerugiaan perniagaan, kematian insan yang disayangi, kebakaran, kemalangan dan sebagainya. Kedua-duanya diberi pahala oleh Allah SWT. Jika kita mengeluh tanda kita tidak reda dengan qadak dan qadar maka perbuatan ini dimurkai oleh Allah SWT.

Dalam Surah Al-Baqarah, Allah SWT mengaitkan setiap apa yang manusia sangka baik, mungkin buruk manakala apa yang disangka buruk, adalah baik untuknya seperti firmanNya yang bermaksud :  “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)

Di antara rahasia ayat ini bahwa ayat ini menghendaki seorang hamba untuk menyerahkan urusan kepada Zat yang mengetahui akibat segala perkara serta reda dengan apa yang Dia pilihkan dan takdirkan untuknya, kerana dia mengharapkan daripada Allah SWT akibat-akibat yang baik.

Solat Duha adalah tanda kita mengamalkan sunah Rasulullah SAW dan solat mohon rezeki dan amalan soleh kita kepada Allah SWT. Teruskan berdoa dan memohon dipermudahkan urusan kehidupan dan perniagaan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar ayat 53)

Kesimpulan daripada ayat di atas adalah :

1. Orang yang beriman tidak sepatutnya mempunyai sifat putus asa terhadap rahmat dan ampunan Allah, walaupun mereka telah banyak melakukan dosa, kerana rahmat Allah Maha Luas dan Allah berjanji akan mengampuni segala dosa.

2. Agar rahmat dan ampunan Allah diperolehi dengan sempurna, maka kita mestilah melakukan dua syarat yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu: Taubat Nasuha dan mengikut sebaik-baik apa yang telah diturunkan-Nya iaitu Al-Quran dan Al-Hadis.

3. Allah menyuruh kita melakukan dua perkara di atas agar kita kelak pada hari pembalasan tidak menyesal di atas kelalaian kita ketika di dunia.

4. Penyesalan utama manusia pada hari pembalasan nanti ialah kerana sikap mereka yang suka mendustakan ayat-ayat Allah (keterangan-keteranganNya) yang dibawa oleh Rasul-Nya. Mereka sombong dan suka memperolok-olokkan agama Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.

155.Soalan: Kalau pada waktu pagi kita keluar mani dan selepas itu kita terus mandi wajib tetapi selepas seketika apabila kencing didapati air mani keluar bersama dengan air kencing tersebut.Perlukah kita mandi wajib semula?
 

Syarat mandi wajib adalah keluar air mani daripada kemaluan lelaki atau wanita samaada melalui jimak atau mimpi yang mengairahkan. Cara mandi wajib yang sempurna sebelum menjiruskan air ke anggota badan pastikan tidak ada sisi-sisi air mani melekat dikemaluan .

Pastikan basuh dahulu kemaluan semuga tidak ada najis atau saki baki air mani, barulah jiruskan air dan niat mandi hadas besar.

Ketika mandi wajib cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Berniat,
2. Menghilangkan najis yang melekat di badan
3. Menyampaikan air ke seluruh badan (ke semua kulit dan rambut).

Cara-cara mandi wajib termasuk perkara-perkara sunat ialah:
1. Membaca ‘Bismillah’ ketika akan mandib.
2. Mengambil wudhuk sebelumnya sebagaimana amalan Nabi SAW
3. Melalukan tangan di atas seluruh badan (menggosok-gosok) bagi menghilangkan kotoran yang melekat.
4. Mendahulukan membasuh yang sebelah kanan dari sebelah kiri
5. Menutup aurat di tempat yang tersembunyi seperti dalam bilik mandi. Jika keluar lagi air mani bersama-sama air kencing lebih baik adalah mandi sekali lagi kerana dikhuatiri itu adalah air mani yang baru. Kerana jika kita berhadas besar maka solat kita tidak sah

156.Soalan: Pada mulanya keluarga saya hanya memberi makan kepada anjing-anjing  yang kelaparan yang berkeliaran di kejiranan kami tetapi lama kelamaan anjing-anjing ini menjadi jinak dan terus tinggal di bawah rumah kami dan secara tidak langsung menganggap kami sebagai tuannya.  Apa hukumnya memelihara anjing bagi orang Islam?

Dalam mazhab Syafie hukum memelihara anjing adalah haram. Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).

Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan air pertama hendaklah dicampuri dengan debu tanah dan dibilas dengan 6 kali basuhan. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie.

Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah qiyas. Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya.

Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing.Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.

Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).

Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah SAW. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda :"Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Hadis Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).

157.Soalan: Apakah hukumnya kalau majikan tidak membayar gaji kerja lebih masa pekerja.
Majikan yang tidak membayar gaji lebih masa pekerjanya adalah berdosa. Hendaklah ada keadilan antara majikan dan pekerja di mana gaji yang diberi hendaklah setimpal dengan kerja serta tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja tersebut bahkan kalau perlu sebelum keringatnya kering kerana Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud: "Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya.”

Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tiga orang yang Aku musuhi pada hari kiamat nanti adalah orang yang telah memberi kerana Aku lalu berkhianat dan orang yang membeli barang pilihan lalu dia makan lebihan harganya serta orang yang mengupah pekerja kemudian pekerja tersebut menunaikan akadnya sedangkan upahnya tidak diberikan” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam al-Quran terdapak kisah mengenai dibolehkan mendapat upah kerana bekerja kepada seseorang majikan. Dalam Surah al-Kahfi ayat 77 menceritakan perihal upah: "Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata: Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya.”

Ayat ini menunjukkan harus mengambil upah di atas pembinaan tembok berkenaan iaitu satu kerja yang telah dibuat. Ulama Islam telah sepakat bahawa upah daripada kerja wujud dalam perundangan Islam. Ini disebabkan manusia diciptakan Allah SWT mempunyai kelebihan dan kepandaian yang berbeza-beza. Tetapi larangan keras daripada Allah SWT apabila majikan mengabaikan pembayaran gaji pekerjanya

158.Soalan: Berdosakah saya bila kita membunuh serangga-serangga dalam rumah?
Apabila binatang-binatang melata ini menyakiti, boleh membunuhnya. Tetapi bukan dengan cara membakar, namun dengan berbagai cara membinasakan lainnya, kerana sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Lima macam binatang fasik yang boleh dibunuh di tanah halal dan di tanah haram; ular, burung gagak hitam pekat, tikus, anjing gila, dan burung elang.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dalam jaza’ ash-Shaid (1829) dan Muslim dalam al-Hajj (67–1198)

Pada kata ‘al-hayyah/ular’, Nabi Muhammad SAW mengabarkan tentang gangguannya dan ia adalah binatang-binatang fasik, maksudnya mengganggu atau menyakiti dan mengizinkan membunuhnya. Demikian pula binatang melata sejenisnya, apabila mengganggu, boleh dibunuh di tanah halal dan haram. Seperti semut, lipas, jangkrik, nyamuk dan binatang sejenisnya yang mengganggu. Cicak juga binatang yg disunatkan membunuhnya.

159.Soalan: Bagaimana hukumnya jika seseorang bekerja di bank syariah? Apakah sama dengan bank konvensional atau tidak?
 

Bekerja di bank syariah tidak sama dengan bekerja di bank konvensional kerana bank Islam tidak menggunakan sistem riba sedangkan bank konvensional menggunakan riba.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.” ( Surah Al-Baqarah ayat 278).

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." ( Surah Al-Baqarah ayat 279)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Allah melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya." (Hadis Riwayat Daraqutni daripada Abdullah bin Handullah).

Bekerja dibank sistem konvesional akan terlibat secara langsung atau tidak samaada dalam 4 jenis pekerjaan seperti hadis di atas samaada pemakan riba (gaji hasil riba), pembayarnya (sebagai casher), penulisnya (pengurus, penyelia atau kerani) dan saksi (peguamnya dan sebagainya). Oleh itu carilah kerja ditempat yg halal lagi di berkati Allah SWT kerana masih bekerja ditempat yang jelas haramnya.

Di haruskan bekerja di Bank Islam, Bank Muamalah dan bank-bank yang mempunyai jawatankuasa syariah. Jawatankuasa syariah akan menentukan halal atau pun tidak pelaburannya atau perjalanan pengurusannya bank. Ingat jual beli yg halal tidak sama dengan riba, sistem muamalah Islam tidak sama dengan sistem konvensional. Mereka yang kata sama sebenarnya mereka jahil tentang muamalah cara Islam. Jika orang Islam masih mengambil sistem konvesional sedangkan sekarang ini tidak ada darurat lagi maka mereka akan mendapat dosa besar kerana jelas merestui sistem riba.

160.Soalan: Apabila seseorang itu telah meninggal dunia,adakah wajib bagi ahli keluarganya membayar fidyah bagi pihak simati dan bagaimanakah cara untuk membayarnya. Saya pernah terdengar pendapat bahawa tidak wajib untuk membayar fidyah jika si mati itu koma selama beberapa hari. Adakah pendapat ini benar?
Menurut istilah fiqh, fidyah merupakan satu cara untuk menggantikan puasa Ramadan yang tertinggal disebabkan keuzuran yang diterima oleh syarak atau tidak. Oleh itu, tiada amalan fidyah dilakukan kerana meninggalkan kefardhuan yang lain seperti meninggalkan solat dan sebagainya. Mereka yang diberi kelonggaran meninggalkan puasa namun wajib membayar fidyah atau melakukan qada adalah seperti berikut;

1. Orang yang musafir dan tiada keupayaan tenaga dalam musafirnya kecuali dengan berbuka puasa. Hukumnya harus berbuka tetapi wajib menggantikan puasa tersebut.

2. Orang yang uzur kerana disebabkan sakit tua dan tidak mempunyai keupayaan untuk berpuasa. Hukumnya diharuskan berbuka dan wajib membayar fidyah.

3. Ibu yang menyusu dan dibimbangi tentang kesihatannya atau anak tersebut. Hukum harus berbuka tetapi wajib menggantikannya serta fidyah. Namun ada pendapat yang mewajibkan ganti puasa sahaja tanpa fidyah..

4. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan atau pakar bahawa beliau tidak perlu berpuasa dan jika berpuasa boleh mendatangkan kemudharatan atau bertambah teruk sakitnya seperti gestrik dan sebagainya. Harus berbuka dan wajib menggantikan puasa sahaja.

5. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa namun wajib ke atasnya qadha dan fidyah. Waris simati wajib membayar fidyah puasa untuk simati kerana simati telah berhutang dengan Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya: "Diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 184)

Bersambung...