Saturday, October 29, 2011

Fahami dan Hayati 13 Rukun Dalam Solat

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Solat adalah perkara penting kerana ianya adalah salah satu rukun Islam yang 5 yang wajib ditunaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana betapa pentingnya solat maka perlulah kita memahami daripada hadis-hadis Nabi SAW yang menjelaskan cara-cara solat dan bacaan-bacaannya untuk menambahkan kefahamana kita mengenai solat. Kita juga perlu memahami 13 rukun solat supaya dapat kita patuhi dan laksanakan dengan betul dan tartib.

Nabi SAW bersabda  yang bermaksud :"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.” (Hadis Riwayat Bukhari no.632)

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Apabila engkau berdiri untuk menunaikan sembahyang hendaklah bertakbir, kemudian bacalah yang mudah olehmu daripada ayat Al-Quran. Kemudian rukuk dengan thuma’ninah, kemudian bangkit sehingga berdiri tegak (i‘tidal), kemudian sujud dengan tuma’ninah, kemudian bangkitlah daripadanya dengan thuma’ninah, dan lakukanlah yang sedemikian itu dalam setiap sembahyangmu".
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sembahyang sama ada fardu atau sunat mestilah memenuhi 13 rukun yang utama seperti berikut:

1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap rukuk tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.

2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.

Daripada ‘Umar bin al-Khaththab (semoga Allah meredhainya), dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Takbiratul ihram.

Dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah, disebutkan bahawa Nabi SAW  memulai solat baginda dengan ucapan Allahu Akbar. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim pula telah disebutkan bahawa Nabi SAW  mengangkat suaranya ketika bertakbir sehingga didengari oleh makmum dibelakangnya. Justeru, para ulama telah menyatakan bahawa bagi seseorang imam, disunatkan baginya untuk menguatkan takbiratul ihramnya sehingga boleh didengari oleh makmum dibelakangnya, manakala bagi seseorang yang menunaikan solat secara bersendirian, maka memadai baginya untuk memperdengarkan takbiratul ihram itu untuk dirinya sahaja (Sila rujuk al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh oleh Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayliy 1/631).

Selepas kita berdiri tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan  takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati.

Syarat-syarat takbir ialah :

a. Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.

b. Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.

c. Takbir diucapkan dalam bahasa Arab .

d. Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.

e. Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.

f. Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.

Sebelum membaca fatihah disunatkan membaca doa iftitah :

Membaca doa iftitah setelah takbirat al-Ihram merupakan satu tuntutan Nabi SAW Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Terdapat sebegitu banyak hadis yang menunjukkan baginda Salallahu 'Alaihi Wasallam amat menitik beratkan pembacaan doa iftitah ini. Walaupun majoriti ulama menyatakan membaca doa iftitah ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat sekiranya tidak dibaca, namun bagi kita yang benar-benar ingin mengikuti sunnah Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam serta mempraktikkan suruhannya.

Sewajarnya kita tidak meninggalkan doa iftitah ini. Apatah lagi memang telah ada dalil dari Nabi Salallahu 'Alaihi Wasallam yang menunjukkan bahawa doa iftitah ini adalah termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat:

Ù„Ű§َ ŰȘَŰȘِمُّ Ű”َÙ„Ű§َŰ©ٌ Ù„ŰŁَŰ­َŰŻٍ مِنْ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ Ű­َŰȘَّى يَŰȘَوَ۶َّŰŁَ فَيَ۶َŰčَ Ű§Ù„ْوُ۶ُÙˆŰĄَ يَŰčْنِي مَوَۧ۶ِŰčَهُ Ű«ُمَّ يُكَŰšِّ۱ُ وَيَŰ­ْمَŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰŹَلَّ

وَŰčَŰČَّ وَيُŰ«ْنِي Űčَلَيْهِ وَيَقْ۱َŰŁُ Űšِمَۧ ŰȘَيَŰłَّ۱َ مِنْ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†ِ.

"Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum dia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa Jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat al-Quran yang mudah baginya (dihafalnya)
(Hadis Riwayat Abu Daud ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856.)

4. Membaca Al-Fatihah.

Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah bin Samit (r.a) berkata hadis daripada Nabi SAW bersabda: "Tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi barangsiapa (yang) tidak membaca dengan al-Fatihah al-Quran."(Hadis riwayat Nasa’i, Termidzi dan Muslim)

Ia adalah rukun pada setiap rakaat semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang.

Selesai membaca do'a iftitah, lalu membaca "ta'awwudz". Bacaan t'awwudz hukumnya sunnat. Lafazhnya yaitu:

A'uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim
Maksudnya : Aku berlinding kepada Allah dari kejahatan setan yang terkutuk.

Seudah ta'awwudz, lalu membaca surah Al Fatihah. membaca surah Al Fatihah pada setiap rakaat solat (wajib/sunnah) hukumnya wajib.

Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil'aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin Ihdinash shiraathal mustaqiim Shirathal ladziina an'amta alaihim gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang merajai hari pembalasan Hanya kepada-Mu kami meyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus Jalan mereka yang Engkau beri ni'mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Kabulkanlah permohonan kami,ya Allah!

Syarat-syaratnya adalah:

a. Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

b. Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.

c. Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.

d. Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.

e. Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.

f. Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.

5. Rukuk.

"Diriwayatkan dari Hudzaifah ra, beliau berkata, "aku pernah solat bersama Nabi SAW. Lalu baginda membaca subhana robbiyal adzimi dalam rukuknya. Dan ketka sujud membaca subhana rab al-a'la. Dan setiap baginda membaca ayat rahmat, Nabi SAW diam lalu berdoa (agar rahmat tersebut diberikan kepadanya), sedangkan pada saat membaca ayat tentang seksa Allah SWT (adzab) baginda selalu memohon perlindungan kepada Allah SWT." (Sunan al-Darimi, no 1273).

Kedua hadis ini tidak menyebutkan kata-kata wabihamdihi.Tetapi dalam riwayat yang lain Nabi SAW pernah membaca wabihamdihi

"Rabi' bin Nafi' menceritakan kepada kami, dari Uqbah bin Amir ra, beliau berkata: Bertasbihlah kamu kepada Tuhanmu Yang Maha Agung," Rasulullah SAW lalu bersabda, "Jadikanlah bacaan itu dalam setiap rukukmu." Manakala turun ayat "Bertasbihlah kepada Tuhanmu Yang Maha Tinggi," Rasulullah kemudian bersabda, kerjakanlah perintah itu dalam setiap sujudmu." (ada riwayat lain) bahwa Ahmad bin Yunus menceritakan kepada kami sebuah hadis yang diriwayatkan dari Uqbah bin Amir ra dengan kandungan yang sama, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW kalau rukuk baginda mengucapkan subhana robbi al- adzimi wa bihamdihi tiga kali." (Sunan Abi Dawud, no 736).

Dari sini menjadi jelas bahwa Rasulullah SAW juga menambahkan wabihamdihi di dalam rukuk dan sujudnya.

Di dalam ruku membaca :

Subhaana rabbiyal azhim wabihamdihi (3x)

Maksudnya : Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.

6. I‘tidal selepas rukuk.

I'tidal :

Ketika bangkit sambil mengucapkan “sami’allahu liman hamidah”. Ini berlaku bagi imam dan orang yang solat sendirian.
Sebagaimana dalam hadits Anas bin Malik disebutkan,

وَŰ„ِŰ°َۧ ۱َفَŰčَ فَۧ۱ْفَŰčُÙˆŰ§ ، وَŰ„ِŰ°َۧ قَŰ§Ù„َ ŰłَمِŰčَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لِمَنْ Ű­َمِŰŻَهُ . فَقُولُÙˆŰ§ ۱َŰšَّنَۧ وَلَكَ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ

“Jika imam bangkit dari rukuk, maka bangkitlah. Jika ia mengucapkan ‘sami’allahu liman hamidah (ertinya: Allah mendengar pujian dari orang yang memuji-Nya) ‘, ucapkanlah ‘robbana wa lakal hamdu (ertinya: Wahai Rabb kami, bagi-Mu segala puji)’.” (HR. Bukhari no. 689 dan Muslim no. 411)

Setiap orang mengucapkan “robbana wa lakal hamdu, hamdan katsiron thoyyiban mubarokan fiih, mil-assamaa-i, wa mil-al ardhi, wa mil-a maa syi’ta min syai-in ba’du”.

Ucapan robbana wa lakal hamdu, boleh dipilih dari empat jenis bacaan:

a- Allahumma robbanaa lakal hamdu. (HR. Muslim no. 404)

b- Allahumma robbanaa wa lakal hamdu. (HR. Bukhari no. 795)

c- Robbanaa lakal hamdu. (HR. Bukhari no. 722 dan Muslim no. 477)

d- Robbanaa wa lakal hamdu. (HR. Bukhari no. 689 dan Muslim no. 411).

Bacaan yang lebih lengkap ketika i’tidal (bangkit dari rukuk),

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۱َŰšَّنَۧ لَكَ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ مِلْŰĄَ Ű§Ù„ŰłَّمَوَۧŰȘِ وَمِلْŰĄَ Ű§Ù„ŰŁَ۱ْ۶ِ وَمِلْŰĄَ مَۧ ŰŽِŰŠْŰȘَ مِنْ ŰŽَىْŰĄٍ ŰšَŰčْŰŻُ ŰŁَهْلَ Ű§Ù„Ű«َّنَۧۥِ وَŰ§Ù„ْمَŰŹْŰŻِ Ù„Ű§َ مَŰ§Ù†ِŰčَ لِمَۧ ŰŁَŰčْŰ·َيْŰȘَ وَÙ„Ű§َ مُŰčْŰ·ِىَ لِمَۧ مَنَŰčْŰȘَ وَÙ„Ű§َ يَنْفَŰčُ Ű°َۧ Ű§Ù„ْŰŹَŰŻِّ مِنْكَ Ű§Ù„ْŰŹَŰŻُّ

“Allahumma robbanaa lakal hamdu mil-assamawaati wa mil-al ardhi, wa mil-a maa syi’ta min syai-in ba’du, ahlats tsanaa-i wal majdi, laa maani’a limaa a’thoita, wa laa mu’thiya lima mana’ta, wa laa yanfa’u dzal jaddi minkal jaddu (artinya: Ya Allah, Rabb kami, bagi-Mu segala puji sepenuh langit dan sepenuh bumi, sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Wahai Tuhan yang layak dipuji dan diagungkan. Tidak ada yang dapat menghalangi apa yang Engkau berikan dan tidak ada pula yang dapat memberi apa yang Engkau halangi, tidak bermanfaat kekayaan bagi orang yang memiliinya, hanyalah dari-Mu kekayaan itu)” (HR. Muslim no. 471).

Keutamaan membaca robbana wa lakal hamdu disebutkan dalam hadits Abu Hurairah,

Ű„ِŰ°َۧ قَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ű„ِمَŰ§Ù…ُ ŰłَمِŰčَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لِمَنْ Ű­َمِŰŻَهُ . فَقُولُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۱َŰšَّنَۧ لَكَ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ . فَŰ„ِنَّهُ مَنْ وَŰ§Ùَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ Ű§Ù„ْمَÙ„Ű§َŰŠِكَŰ©ِ Űșُفِ۱َ لَهُ مَۧ ŰȘَقَŰŻَّمَ مِنْ Ű°َنْŰšِهِ

“Jika imam mengucapkan sami’allahu liman hamidah, maka hendaklah kalian mengucapkan ‘robbana wa lakal hamdu’. Kerana siapa saja yang ucapannya tadi berbarengan (sama serentak) dengan ucapan malaikat, maka dosanya yang telah lalu akan dihapus.” (HR. Bukhari no. 796 dan Muslim no. 409).

Begitu pula bagi yang mengucapkan,

۱َŰšَّنَۧ وَلَكَ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ ، Ű­َمْŰŻًۧ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ Ű·َيِّŰšًۧ مُŰšَۧ۱َكًۧ فِيهِ

“Robbana walakal hamdu, hamdan katsiron thoyyiban mubaarokan fiih (ertinya: wahai Rabb kami, bagi-Mu segala puji, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan berkah).”

Disebutkan dalam hadits Rifa’ah bin Rofi’, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan bagi orang yang mengucapkan semacam itu,
۱َŰŁَيْŰȘُ Űšِ۶ْŰčَŰ©ً وَŰ«َÙ„Ű§َŰ«ِينَ مَلَكًۧ يَŰšْŰȘَŰŻِ۱ُونَهَۧ ، ŰŁَيُّهُمْ يَكْŰȘُŰšُهَۧ ŰŁَوَّلُ

“Aku melihat ada 30-an malaikat, berlomba-lomba siapakah di antara mereka yang lebih duluan mencatat amalannya.” (HR. Bukhari no. 799)

I'tidal atau bangun dari ruku seraya mengangkat kedua tangan membaca:

Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.")

Dari Abu Hurairah ra berkata : Bahwasanya Nabi SAW bersabda : “Apabila imam membaca “Sami’allahu liman hamidahu” (Allah Maha mendengar bagi siapa yang memuji-Nya), maka bacalah : “Allahumma Robbanaa lakal hamdu” (Ya Allah Tuhan kami hanya kepada Engkaulah segala puji), karena sesungguhnya barangsiapa yang bacaannya bersamaan dengan bacaan malaikat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah berlalu."(Hadis riwayat Bukhari))

I‘tidal bermaksud bangkit daripada rukuk dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.

7. Sujud dua kali dalam setiap rakaat. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud.

Bacaan dalam sujud:

Subhaana rabbiyal a'la wabihamdihi (3x)

Maksudnya : Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Dari Ibnu Abbas ra, berkata : Nabi SAW bersabda : "Aku diperintah sujud diatas tujuh tulang dan dahi, dan baginda memberi isyarat dengan kedua tangannya ke hidung baginda, kedua tangannya, kedua lututnya dan kedua ujung kakinya, dan kami tidak menggabung pakaian dan rambut".(Hadis Riwayat Bukhari)

Syarat-syarat sujud ialah:

a. Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya. (hidung juga hendaklah menyentuh sejadah)

b. Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.

c. Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.

d. Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.

e. Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.

f. Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.

g. Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.

8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak.

Imam An-Nawawi (Al-Majmuk:3/397-403) menjelaskan kaifiyat atau cara duduk antara dua sujud :
Punggung didudukkan di atas tapak kaki kiri, sementara itu didirikan tapak kaki kanan dengan melipatkan anak-anak jari kaki kanan menghala ke kiblat. Inilah kaifiyat duduk antara dua sujud yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Humaid As-Sa‘idiy yang bermaksud :

 "Telah berkata Abu Humaid As-Sa‘idiy: "Aku adalah orang yang paling hafal (mengetahui) akan shalatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Aku melihat ketika Baginda bertakbir, Baginda mengangkatkan tangan Baginda sejajar dengan dua bahunya. Apabila rukuk, Baginda letakkan kedua tangannya pada kedua lutut. Kemudian Baginda membungkukkan punggung. Apabila Baginda mengangkat kepala (dari rukuk) Baginda tegak sehingga setiap tulang belakangnya kembali ke tempatnya. Apabila sujud Baginda letakkan kedua tangan Baginda dengan tidak mencengkam dan tidak pula menggenggam, dan Baginda hadapkan hujung jari-jari Baginda ke arah kiblat. Apabila Baginda duduk pada rakaat ke dua, Baginda duduk di atas kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Apabila Baginda duduk pada rakaat akhir maka Baginda julurkan kaki kiri dan ditegakkannya kaki kanan dan Baginda duduk di atas tempat duduk Baginda (tikarnya)". (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Ketika melakukan duduk antara dua sujud itu, disunatkan membaca doa:

(Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii )

Maksudnya: "Ya Tuhan! Ampunilah aku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, angkatlah kedudukanku, kurniakanlah kepadaku rezeki, dan berilah aku petunjuk serta berilah kepadaku kesihatan."

Doa seumpama ini diriwayatkan dalam beberapa hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, di antaranya yang bermaksud :
"Daripada Ibnu ‘Abbas sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membaca doa ketika duduk antara dua sujud: "Ya Allah! Ampunilah dosaku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, berilah aku petunjuk dan kurniakanlah aku rezeki." Manakala di dalam riwayat Ibnu Majah (ditambah): "Angkatkanlah kedudukanku." (Hadis riwayat At-Tirmidz)

Syarat-syaratnya ialah:

a. Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.

b. Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.

c. Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.

9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam.

Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke kiblat.

10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir.

Disebut tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat kerana dimulai dengan kata-kata ATTAHIYYATU, yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua jenis , iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.

Lafaz tasyahhud awal :

Ű§Ù„ŰȘَّŰ­ِيَّۧŰȘُ Ű§Ù„ْمُŰšَۧ۱َكَۧŰȘُ Ű§Ù„Ű”َّلَوَۧŰȘُ Ű§Ù„Ű·َّيِّŰšَۧŰȘُ ِللهِ ، Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكَ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ وَ۱َŰ­ْمَŰ©ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ وَŰšَ۱َÙƒŰ§َŰȘُهُ Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْنَۧ وَŰčَلَى ŰčِŰšَۧۯِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­ِيْنَ . ŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنْ Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ وَŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنَّ مُŰ­َمَّŰŻًۧ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡. Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű”َلِّ Űčَلَى  مُŰ­َمَّŰŻ وŰčلى ŰąÙ„ِ مُŰ­َمَّŰŻ

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa  Muhammad wa ‘ala aalihi Muhammad”


Maksudnya : “Segala penghormatan, keberkahan, sholawat dan kebaikan hanya milik-Mu ya Allah,- Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya. Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh . Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, Ya Allah limpahkan selawat-Mu kepada  Muhammad dan  kepada keluarga Muhammad”

Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:

a. Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

b. Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.

c. Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.

d. Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.

e. Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).

f. Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.


11. Salawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alayhi Wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir adalah wajib dibaca.

Diriwayatkan hadis daripada ‘Abdil Muhaimin bin ‘Abbas bin Sahil bin Sa’din as-Sa’idi (r.a), hadis daripada bapanya, hadis daripada datuknya, (kata datuknya) daripada Nabi SAW bersabda: "Tiada solat bagi barangsiapa yang tiada wuduk, tiada wuduk bagi barangsiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ semasa berwuduk, dan tiada solat bagi barang siapa yang tidak berselawat atas Nabi, dan tiada solat bagi orang yang tidak sukakan orang ansar.’ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Adapun bacaan tasyahhud akhir ialah seperti berikut :

Ű§Ù„ŰȘَّŰ­ِيَّۧŰȘُ Ű§Ù„ْمُŰšَۧ۱َكَۧŰȘُ Ű§Ù„Ű”َّلَوَۧŰȘُ Ű§Ù„Ű·َّيِّŰšَۧŰȘُ ِللهِ ، Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكَ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ وَ۱َŰ­ْمَŰ©ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ وَŰšَ۱َÙƒŰ§َŰȘُهُ Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْنَۧ وَŰčَلَى ŰčِŰšَۧۯِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­ِيْنَ . ŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنْ Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ وَŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنَّ مُŰ­َمَّŰŻًۧ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡. Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű”َلِّ Űčَلَى  مُŰ­َمَّŰŻ وŰčلى ŰąÙ„ِ  مُŰ­َمَّŰŻ كَمَۧ Ű”َلَّŰšْŰȘَ Űčَلَى  Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيْمَ وَŰčَلَى ŰąÙ„ِ  Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيْمَ وَŰšَۧ۱ِكْ Űčَلَى مُŰ­َمَّŰŻٍ وَŰčَلَى ŰąÙ„ِ  مُŰ­َمَّŰŻٍ كَمَۧ Űšَۧ۱َكْŰȘَ Űčَلَى  Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيْمَ وَŰčَلَى ŰąÙ„ِ  Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيْمَ فِيْ Ű§Ù„ْŰčَŰ§Ù„َمِيْنَ Ű„ِنَّكَ Ű­َمِيْŰŻٌ مَŰŹِيْŰŻ .

Maksudnya : “Segala penghormatan, keberkahan, sholawat dan kebaikan hanya milik-Mu ya Allah,- Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya. Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh . Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, Ya Allah limpahkan selawat-Mu kepada  Muhammad dan  kepada keluarga Muhammad. Sebagaimana Engkau telah limpahkan selawat kepada  Ibrahim dan juga kepada keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia."

Syarat-syarat bacaan salawat ialah:

a. Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

b. Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” .

c. Hendaklah dengan bahasa Arab

d. Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.

12. Memberi Salam

Menoleh ke kanan dan ke kiri. Setelah selesai tahiyyat,  memberi salam dengan membaca:
Assalaamu 'alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh (Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.)

Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir.

Syarat-syaratnya ialah:

a. Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.

b. Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.

c. Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.

d. Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.

e. Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.

13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita memahami dalili-dalil yang daripada hadis-hadis Nabi SAW mengenai solat yang kita kerjakan setiap hari supaya kita melakukan sesuatu bukanlah secara ikutan-ikutan sahaja tetapi kita faham daripada nas dan sumber yang sahih daripada Nabi SAW sendiri, supaya dengan ini akan menambahkan khusyuk semasa kita mendirikan solat. Pastikan 13 rukun solat itu dapat kita patuhi dan sempurnakan supaya solat kita diterima oleh Allah SWT.

Friday, October 28, 2011

Hati Orang Mukmin Sentiasa Muraqabah Kepada Allah SWT

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Muraqabah bermaksud mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merasai Allah SWT sentasa mengawasi kehidupannya. . Hati orang mukmin akan sentiasa muraqabah kepada Allah SWT. Untuk menjadi mukmin sejati, perlu kepada pengorbanan dan usaha-usaha yang berterusan, iaitu berkorban dan berusha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Muraqabah terhadap Allah SWT adalah sifat jiwa seorang mukmin.Dia sentiasa merasai dan yakin sepenuh hati bahawa Allah SWT mengawasi segala perjalanan hidupnya, perasaannya, bisikan hatinya samaada dia berseorangan atau bersama orang lain.

Mukmin sejati yakin peristiwa di Padang Mahsyar tempat di hisap dengan seadil-adilnya segala amalan dan perbuatannya ketika di dunia ini. Perasaan takut, malu dan gementar untuk berhadapan di Mahkamah Allah SWT nanti membuatkan hati dan jiwanya sentiasa muraqabah terhadap Allah SWT

Ingatlah ketika di sini nanti (hari akhirat)  lidah menjadi kelu, giliran anggota lain yang akan berkata-kata mengeluarkan pengakuan dan saksi bagi semua perbuatan si tuan badan. Mata, telinga, tangan dan kaki serta lainnya akan mengaku perbuatan itu dan ini. Ketika itu manusia akan terperangkap dengan perbuatan dosa kerana anggota badan sendiri tidak menyebelahinya. Terbongkarlah rahsianya!

Di tambah pula akan di tayangkan 'video clip' semua perbuatannya semasa di dunia.Ia tidak boleh berbohong dan berdalih. Semua ini akan menyingkap kekejiannya. Memalukan dan membawa segunung penyesalan kepadanya.

Sahabat yang dihormati,
Orang yang muraqabah berperibadi tenang walau pun mendapat nikmat, pujian, atau menghadapi kesusahan, tohmahan dan seumpamanya. Dia merasa bimbang sekiranya kehilangan reda dan pertolongan dari Allah SWT.

Nabi SAW pernah berpesan yang bermaksud "Seorang mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam mukmin." Maknanya , ketika dalam hati sesaorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah SWT. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah SWT melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.

Hati orang mukmin dan hati yang dapat muraqabah bersedia menerima tarbiah dan peringatan, kerana segala peringatan akan memandu seluruh anggata kita melakukan ketaatan. Firman Allah SWT yang bermaksud "Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermenfaat." (Surah al-A'laa, ayat 9).

Dengan saling memberi peringatan ini juga akan melahirkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan terhadap Allah SWT seperti firmanNya yang bermaksud "Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran." (Surah al- A'laa, ayat 10).

Latihan paling utama ke arah mendidik hati yang hadir ialah menerusi ibadat solat. Apabila di dalam solat sesaorang itu merasai Allah SWT mengawasinya, maka ketika di luar solat atau di mana jua berada hatinya akan tetap muraqabah.

Nabi SAW di waktu malam banyak menghabiskan masa untuk bersolat tahajud, bermunajat, berdoa dan memohon ampun kehadrat Allah SWT. Contoh peribadi mulia ini semestinya menjadi pedoman dan amalan setiap para duat untuk merapatkan hubungan dengan Allah SWT, mencari tenaga baru untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiah.


Sayydina Omar al- Khattab berkata "Hisablah dirimu sebelum di hisab pada hari kiamat"

Setiap mukmin perlu sentiasa muhasabah diri demi kebahagiaan masa hadapan. Firman Allah SAW yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakannya untuk hari esok (hari kiamat), dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan" (Surah ai- Hasyr ayat 18).

Kecemerlangan hidup manusia sebagai hamba Allah  adalah terletak kepada ketaatan pada perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, mematuhi tanpa soal Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

Nabi SAW bersabda maksudnya "Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah kematiannya, sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT"
(Hadis riwayat Turmudzi)

Imam Mubarakfuri berkata "Orang yang lemah adalah bersambong dengan lemahnya ketaatan kepada Allah SWT dan selalu ikut hawa nafsunya tidak pernah minta ampun kepada Allah SWT bahkan selalu berangan-angan bahawa Allah SWT mengampunkan doas-dosanya"

Panjang angan-angan atau berangan-angan adalah satu sifat peribadi yang tidak di sukai oleh Nabi SAW, mereka-mereka yang memiliki sifat ini sebenarnya malas berusha, mengikut hawa nafsu dan terpengaruh dengan pujukan syaitan laknatullah.

Setiap barang yang berharga perlu di bayar dengan harga yang mahal, kejayaan untuk mendapat sekeping ijazah perlu di sertakan dengan usaha yang gigih dan berterusan, begitu juga SYURGA ALLAH SWT, untuk memilikinya perlu pengorbanan, jihad yang berterusan, mujahadah,muraqabah dan muhasabah.Di dalam syurga yang penuh nikmat dan rahmat hanya layak di duduki oleh mereka-mereka yang memiliki hati yang salim, hati yang bersih, hati yang ikhlas dan hati yang bebas daripada syrik kepada Allah SWT.

Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT maksudnya " Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak di kabulkan"
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita kembali muraqabah kepada Allah SWT, kita kembali mentauhidkan-Nya dan berusaha melaksanakan semua suruhan-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya. Hanya insan terpilih saja layak memasuki syurga-Nya yang penuh kenikmatan seluas langit dan bumi.

Waspadalah Empat Perkara.

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-fadhil Kalam Musafir ada berpesan : "Ada empat perkara yg dapat menyembabkan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih, dan dada terasa sesak :-

Pertama : Tidak suka terhadap qada dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.

Kedua : Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat kepada Allah.

Ketiga : Dengki kepada manusia, suka balas dendam, dan iri terhadap kurnia yang diberikan Allah kepada seseorang .

Keempat : Berpaling dari peringatan Allah.

Huraiannya :

Pertama : Tidak suka terhadap qada dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.

Orang mukmin akan menerima dengan hati yang yakin dan reda terhadap qada dan qadar Allah SWT tanpa ragu-ragu kerana percaya kepada qada dan qadar adalah rukun Iman yang ke 6. Jika seseorang tidak rela menerima qada dan qadar maka akan rosak imannya kepada Allah SWT.

Qada dan Qadar ialah ketetapan Allah SWT yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan.

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".

(Surah Al-Hadid ayat 22)

Qada dan qadar rahsia Allah .Bukan tugas kita untuk mempersoalkannya..Tugas kita melaksanakan ibadah sebaik mungkin dan tingkatkan ketakwaan dan keimanan pada Allah SWT dan yakin dengan janji -janji-Nya bahawa Dia akan membalasi hamba-Nya yang beriman dengan syurga. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya kita sentiasa dirahmati-Nya di dunia dan akhirat.

Berdasarkan hadis Nabi SAW hanya doa dapat mengubah qada dan qadar. Baginda bersabda maksudnya : “Tiada suatu yang boleh menolak(mengubah)qada melainkan doa”
Kita juga hendaklah bersangka baik dengan Allah SWT (husnu zan) di atas sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku di dunia ini.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Allah SWT berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap. Yakinilah setiap sesuatu kejadian yang berlaku samaada di langit atau di bumi atau kepada diri kita sendiri adalah ketetapan yang terbaik yang diciptakan oleh Allah SWT dan terdapat seribu hikmah yang tidak mampu kita memikirkannya.

Kedua : Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat kepada Allah.

Apabila seorang itu terjerumus pada maksiat sebenarnya di hatinya akan berlaku titik-titik hitam . Jika titik-titik hitam ini banyak maka hati akan menjadi hitam dan ketika ini taufik dan hidayah daripada Allah SWT tidak akan masuk ke hati seperti ini.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : "Hati manusia itu ibarat sehelai kain putih yang apabila manusia itu berbuat dosa maka tercorenglah / ternodailah kain putih tersebut dengan satu titik noda kemudian jika sering berbuat dosa lambat-laun sehelai kain putih itu berubah menjadi kotor / hitam".

Jika hati nurani sudah kotor maka terkunci nuraninya akan sulit menerima petunjuk dari Allah. Untuk membersihkan titik-titik hitam dan kotoran yang melekat di hati adalah dengan beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.

Manusia sentiasa terdedah kepada kesilapan dan kesalahan. Malah setiap anak Adam adalah berdosa dan tidak pernah lekang dari dosa.

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Semua anak Adam adalah berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat dari dosanya."

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu siang untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu malam, dan membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu malam untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu siang. Hal ini berkekalan sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Dengki kepada manusia, suka balas dendam, dan iri terhadap kurnia yang diberikan Allah kepada seseorang.

Sifat hasad dengki, suka balas dendam dan iri hati terhadap kurniaan seseorang yang diberikan oleh Allah SWT adalah sifat-sifat mazmumah.

Sifat hasad dengki  adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Waspadalah terhadap hasad (iri dan dengki), sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu.
(Hadis Riwayat Abu Dawud)"

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (Surah an-Nisa' ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "ataukah mereka dengki kepada mausia (Muhammad) kerana kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya?"(Surah an-Nisa' ayat 54)

Umumnya semua kita punya sifat ini, cuma bergantung kepada kekuatan diri untuk mengawalnya. Ada yang tidak mempedulikannya. Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita seringkali lupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya.

Jika sifat hasad dengki, dendam dan iri hati ini tidak dibuangkan pada diri seseorang dia akan menerima balasan di sisi Allah SWT.

Orang yang disebut Allah dalam firman-Nya itu ternyata rohaninya (hatinya) tidak sihat dan tentunya berpenyakit. Apabila rohani berpenyakit maka berlakulah sifat bertentangan tuntutan agama dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan manusia itu ingkar kepada Allah.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta.” (Surah al-Baqarah ayat 10)

Orang mukmin akan memaafkan kesalahan orang lain dan dia tidak ada perasaan dendam kerana dendam itu datangnya daripada dorongan hawa nafsu yang lahir daripada bisikan syaitan. Walaupun dia berkuasa membalas dendam tetapi pilihannya adalah memaafkan kesalahan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"

(Hadis Riwayat Baihaqi)

Keempat : Berpaling dari peringatan Allah.


Jika kita berpaling daripada peringatan Allah SWT akan menyembabkan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih, dan dada terasa sesak kerana setiap peringatan Allah SWT adalah untuk menjadi iktibar dan pengajaran. Jiwa yang menerima tarbiah dan didikan daripada Allah SWT , menerusi al-Quran maka jiwa akan tenteram dan damai dan melahirkan keseronokan dan kebahagiaan yang sebenarnya.


Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut ‘Allah’, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah keimanannya, dan kepada Tuhan merekalah sahaja mereka bertawakal.” (Surah al-Anfal ayat 2)

Tanda hati yang hidup, ialah ia masih boleh bergetar dan teralun dengan zikrullah dan bacaan Al-Quran, ia akan bergetar untuk segala jenis kebaikan. Hati yang hidup akan terkesan apabila menerima teguran dan berasa tenang apabila menerima nasihat. Hati yang hidup akan peka terhadap kebesaran Ilahi dan takut akan kemurkaanNya. Hati yang hidup juga akan mendorang diri berasa lebih ringan untuk melakukan ibadah.

Hati yang hidup dan jiwa yang tenang akan mampu membezakan antara yang hakiki dengan yang ilusi. Ia tidak seperti pandangan mata kasar yang sifatnya selalu menipu, pandangan akal yang sifatnya boleh tersalah dan pandangan nafsu yang sifatnya selalu melulu.

Mereka yang hatinya sentiasa takut kepada Allah dan takut dengan azab-Nya bukan setakat tahu tetapi sedar hakikat dirinya sebagai hamba Allah. Hamba Allah tidak akan bersifat seperti 'tuan', bersikap angkuh, tamak, pemarah, bangga diri dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Oleh itu tahu dan sedar adalah dua perkara yang berbeza. Tahu letaknya di akal, dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati, dengan memiliki penghayatan dan hikmah.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berwaspada dan menjauhi empat perkara yang boleh menjadikan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih, dan dada terasa sesak . Untuk mengatasi perkara ini perlulah kita kembali kepada Allah SWT, beriman dan bertakwa kepada-Nya dan meyakini bahawa hanya sistem hidup Islam yang lengkap dan sempurna akan menyelamatkan kita samaada hidup di dunia maupun di hari akhirat.

Thursday, October 27, 2011

Adab-adab Berpakaian Menurut Islam

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Akhlak dan keperibadai seorang mukmin adalah terletak pada tutur kata, perbuatan dan pakaian yang dipakai. Keluar daripada lidahnya adalah kata-kata yang baik dan sopan , tidak mencarut dan maki hamun. Setiap tutur katanya adalah mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan larangan Allah SWT, ucapannya berupa doa dan mengembirakan siapa yang mendengarnya. Perbuatannya pula membawa contoh dan ikutan yang baik dan dia melaksanakan yang wajib dan meninggalkan yang haram dan syubahat dan dia sentiasa berpakaian yang menutup aurat dan tidak bermewah-mewah.

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu mukmin  sebenar.

Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar waktu ibadah. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang mukmin.

Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud  : "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah al-A’raaf ayat 26)

Sebelum kita memakai pakaian Nabi SAW telah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini :

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan dan memberikan rezeki kepadaku (pakaian) ini tanpa sebarang daya dan kudrat daripada diriku." 
(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah , lihat 'Irwa al-Ghlil)

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

1. Menutup aurat.

Aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.

Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah yang bermaksud : ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari).

Hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

ŰŁÙ…Ű§ ŰčلمŰȘ ŰŁÙ†َّ Ű§Ù„ÙŰźŰ° ŰčÙˆŰ±Ű©ٌ

Maksudnya : “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. 
(Hadis Riwayat  Abu Daud, Tirmizi dan Malik)
 
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh.

Pakaian yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis Riwayat Muslim)

3. Pakaian tidak ketat.

Tujuannya adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu termasuk maksud hadis di atas.

4. Tidak menimbulkan riak.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." 

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza.

Maksudnya pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

Ramai wanita memakai pakaian lelaki seperti kemeja-T (lengan pendek) dan berseluar jeans yang ketat. Pakaian ini sebenarnya adalah dilarang dalam Islam. Tetapi jika semasa berriadah wanita memakai kemeja -T lengan panjang labuh hingga ke lutut dan bertudung labuh dan seluar sukan yang labuh di haruskan.

6. Larangan pakai sutera untuk lelaki dan dibenarkan untuk wanita.

Islam mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)

7. Melabuhkan pakaian.

Apabila seorang muslimah memakai tudung, maka tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. 

Allah SWT berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab ayat 59)

8. Memilih warna sesuai.

Pemilihan untuk tudung dan pakaian hendaklah memilih  warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (Hdis Riwayat an-Nasa'ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas untuk lelaki.

Termasuk dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.

Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang , berantai dan memakai cincin emas.

Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

10. Mulakan sebelah kanan.

Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Hadis Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian.

Apabila memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah doa seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya".

12. Berdoa.

Ketika menanggalkan pakaian, ucapkanlah : "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."

Sahabat yang dikasihi,
Sebagai seorang Islam, sewajarnya kita memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah mencerminkan seorang mukmin yang sebenar. Walaupun dunia fesyen telah berubah, berbagai bentuk reka bentuk baru fesyen pakaian telah dicipta, tetapi sebagai seorang mukmin yang bertakwa kita janganlah mudah terpengaruh dengan suasana semasa yang membelakangkan agama.

Jika fesyen tersebut masih dalam lingkungan menutup aurat, Islam membenarkannya dan tidak salah jika menggunakan fesyen tersebut. Ingatlah bahawa pakaian yg menutup aurat dan sopan adalah ciri-ciri ahli syurga sedangkan pakaian yang mendedahkan aurat adalah pakaian ahli-ahli neraka. Janganlah kalian mengadai masa depan kalian di akhirat dengan berseronok mengikuti peredaran zaman yang menyesatkan.





Wednesday, October 26, 2011

Pintu Rezeki Terbuka Untuk Orang-orang Yang Bertakwa

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Ruhul Qudus (malaikat Jibril) membisikkan dalam benakku bahawa jiwa tidak akan mati sebelum lengkap dan sempurna rezekinya. Kerana itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan memperbaiki mata pencaharianmu. Apabila datangnya rezeki itu terlambat, janganlah kamu memburunya dengan jalan bermaksiat kepada Allah kerana apa yang ada di sisi Allah hanya boleh diperolehi dengan ketaatan kepada-Nya." (Hadis Riwayat  Abu Zar dan Al Hakim)

Berdasarkan hadis ini jelaslah kepada kita bahawa sebelum seseorang itu mati maka Allah SWT akan menyempurnakan rezekinya kerana setiap manusia telah ditetapkan rezekinya di di sisi Allah SWT. Jika rezeki seseorang itu belum tiba (merasai kesempitan hidup) dia harus bersabar dan teruskan berusaha dan berdoa dan dilarang sama sekali mendapatkan rezeki dengan cara haram  atau melakukan maksiat kepada Allah SWT. Dia hanya meredai hamba-hamba-Nya yang memperolehi rezeki dengan cara halal dan  mentaati segala perintah-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah ditetapkan rezeki untuknya sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (virus) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.

Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah SWT. dimuka bumi ini.

Firman Allah SWT .yang bermsksud :
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Allah SWT  akan membantu orang-orang yang bertakwa, segala kesusahannya, kemiskinannya dan apa-apa saja permasaalaan hidup yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan oleh Allah SWT. Bukan setakat ini saja, malahan Allah SWT. akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka samaada rezeki datang dari langit, bumi, lautan, malahan yang jauh didekatkan, yang sedikit diperbanyakkan dan yang banyak dipermudahkan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Jika sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh."

Orang-orang yang bertawakkal ialah mereka yang  yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.
Oleh itu, sebagai orang yang beriman, menjadi kewajipan kita menyerahkan diri kepada Allah SWT terhadap segala keperluan hidup diatas muka bumi ini. Kerana Allah telah menjamin rezeki hamba-hamba-Nya. Rezeki yang dikurniakan Allah bukanlah untuk bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk, melainkan semua ini untuk bekalan dalam beribadah dan supaya hati kita menjadi tenang. Sebab, kadangkala kemiskinan itu mengganggu fikiran dalam beribadah kepada Allah.

Tawakkal atau berserah diri dalam perkara rezeki, bukanlah bererti penyerahan diri secara lahiriah dengan hanya duduk berpangku tangan tanpa bekerja. Yang dimaksudkan disini ialah kita harus yakin dengan sepenuhnya bahawa Allah SWT telah menjamin rezeki bagi segala makhluk yang telah diciptakan-Nya. Untuk mendapat jaminan tersebut, manusia mestilah berusha dan berikhtiar untuk mendapatkannya, melainkan orang-orang tertentu diberi kelebihan oleh Allah SWT.

Sesiapa yang yakin bahawa datangnya rezeki kerana usaha dan kepandaiannya berniaga atau ilmu yang dia miliki sebenarnya dia sombong dan telah takbur kepada Allah SWT. Sebagai contohnya ramai berlaku dikalangan masyarakat kita tokoh-tokoh koperat besar mempunyai rangkaian dan sistem yang cangih tetapi mengalami kerugian dan jatuh muflis. Ini menunjukkan bahawa manusia hanya mampu berusaha tetapi penentuan akhir adalah datangnya daripada qada dan qadar Allah SWT.

Kunci rezeki dan perbendaharaan Allah SWT  hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak beristighfar, bersedekah, sentiasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, solat duha, solat tahajjud , berzikir dan membaca al-Quran. Amalan-amalan soleh ini jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan Allah SWT. dan apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.

Untuk memastika rezeki Allah SWT berterusan maka hendaklah banyak memohon keampunan disisi Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya :  “Mohonlah ampunlah kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” 
(Surah Nuh ayat 10 – 12)

Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mangingati Allah. Oleh itu, kita perlu bertawakkal kepada Allah dengan hakikat tawakkal yang sebenarnya. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat. Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang sementara ini.

Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat, ia tidak akan dapat mengatasi takdir Allah.


Fikir dan Terus Berzikir

 
Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Mulai hidup dengan berfikir, melihat keindahan ciptaan Allah SWT dan melihat penciptaan diri kita yang cukup indah , lengkap dan sempurna. Manusia diciptakan-Nya lebih indah dan cantik berbanding dengan penciptaan haiwan.  Pastikan hidup kita dipenuhi dengan zikir dan mengingati Allah SWT. dengan berzikir akan mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan.

KEINDAHAN DAN KESEMPURNAAN INSAN

Allah SWT menegaskan bahawa kejadian insan adalah sebaik dan seindah kejadian. Bentuk rupa paras yang lengkap dengan organ-organ dalaman, urat saraf, tulang-tulang, darah, isi dan kulit termasuklah akal fikiran, hati perasaan dan nyawa yang tiada bandingannya dengan gantian yang tiruan yang secocok untuk setiap kehidupan. yang mana keindahan ini secara langsung adalah dari ciptaan Allah yang sempurna.

Sebagai seorang manusia? Pernahkah kita menghitung-hitungnya?

Berapakah nilai harga "RM" seorang manusia yang sesungguhnya?

Berapakah nilai harga seluruh anggota badan kita?

Cuba kita bandingkan semua ciptaan manusia di dunia kita semuanya kena bayar, kena cukai dan sebagainya. kalau tak bayar kena saman...

Hatta harga satu-satu oran seperti Hati saja berharga RM300.000,

SUBHANALLAH MAHA KUASA ALLAH...
Berapa harga kos satu jantung...?, sepasang buah pinggang..? mata... dll ? mungkin sekirannya kita kira dan hitung hampir atau tiada nota untuk JUTAAN RINGGIT untuk satu nyawa....

Subhanallah...Semuanya kurniaan untuk satu ciptaan adalah 'FREE' dari Allah SWT...

KENAPA kita tahu, kita faham tapi masih tidak takut pada ALLAH YANG MAHA ESA MAHA PENCIPTA...?

Astagfighrullahaladzim...KEJAMnya manusia...apabila diuji kesusahan, kesakitan akibat kelalaian, semua menyalahkan Allah...dah dapat FREE nyawa pun masih tidak menghargai.

Pernahkah kita merasa bersyukur...?

Sudahkah kita laksanakan TUGASAN apa yang Allah suruh...?

ALLAHU AKBAR...!!! ALLAHU AKBAR...!!! ALLAHU AKBAR...!!!
Marilah kita Insaf..FIKIR dan ZIKIR menyucikan dan membersihkan diri kita. InsyaAllah

Amin ya Allah
.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan beramai-ramai, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat." (Surah An-Nasr: 1-3).
(Di petik daripada tulisan Hati Sufi)

Monday, October 24, 2011

Tunaikan 10 Persedian Sebelum Tiba Saat Kematian

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia akan merasai kematian tetapi tiada siapa pun di antara kita yang tahu bila saat kematian akan tiba. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu masa, tempat dan keadaan kita semasa nyawa akan keluar daripada tubuh badan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan , dan kepada Kamilah kamu sekeliannya akan dikembalikan." (Surah al-Anbiya' ayat 35)

Bagaimana pun sebagai seorang hamba-Nya adalah lebih selamat sekiranya kita sentiasa mengingatkan diri yang satu hari kita akan pasti mati dan bersedia untuk meninggalkan dunia yang fana (tidak kekal) ini. Kematian tidak mengira usia, tidak memilih siapa kita dan tidak menghitungkan di mana kita berada, sekali pun berada di dalam benteng kukuh yang dianggap selamat.

Oleh kerana kita tidak tahu bila saat ajal akan tiba, maka hendaklah kita bersegera menunaikan amal ibadah yang ditetapkan oleh Allah SWT sebagai kewajipan terhadap kita dan bersungguh-sungguh menjauhi segala larangan-Nya. Apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini pasti akan di hisab dan di adili di akhirat kelak.

Allah SWT memberi peringatan kepada sekelian manusia  dengan firman-Nya dalam surah al-Insyiqaq ayat 6 yang bermaksud : " Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatat semuanya)."

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat 10  persediaan yang perlu kita laksanakan supaya dapat membantu kita semasa kita berada di alam barzakh :

Pertama : Sentiasa utamakan amalan fardu ain (jangan ditinggalkan) terutama solat , puasa dan zakat dan fardu kifayah dan fardu-fardu lainnya yang ditetapkan dalam sunnah-auliah dan sunah Rasulullah SAW.

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Kedua : Sentiasa menjauhkan diri daripada berbuat yang merosakkan amal ibadah fardu tersebut , seperti melakukan yang mengundang dosa.

Imam Abu Laits berkata; “Jauhilah diri daripada arak kerana ia mengandungi banyak keburukan iaitu orang yang minum arak akan menjadi seperti gila. Allah S.W.T akan menutup pintu langit kepada orang yang meminum arak dan amalannya serta doanya tidak akan diterima selama 40 hari. Orang yang minum arak akan dijauhi daripada rahmat Allah S.W.T dan dibenci oleh para malaikat.”

Jika seseorang jumpa bomoh solatnya tidak diterima selama 40 hari. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barang siapa yang mendatangi tukang tilik (bomoh) dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.

Allah SWT  berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :“Barangsiapa bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat orang tersebut.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Keempat : Bersegera memohon kemaafan daripada orang yang telah kita lakukan kesalahan.

Dalam hadis yang lain dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Kelima : Mewasiatkan kepada ahli keluarga tentang iman dan Islam, halal dan haram dan berpegang teguh dengannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka, di mana bahan-bahan bakarannya itu ialah manusia dan batu (berhala)" (Surah At-Tahrim ayat 6)

Keenam : Memperbanyakkan amal jariah, bersedekah,  amalan-amalan sunat dan banyakkan berniat untuk melakukan kebaikan walaupun belum mampu melaksanakannya.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (Su’ul Khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi SAW  bersabda: ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketujuh : Mengajarkan atau menyebarkan ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, " Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat".
Setiap kalimah, pengajaran, ilmu, tazkirah, risalah, nasihat yang kita ambil daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah merupakan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang akan dapat menambahkan pahala dan amal soleh ketika kita hidup di dunia ini.

Kelapan : Mendidik anak-anak agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Untuk mendidik anak-anak yang soleh dan solehah  adalah dengan banyak melakukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apakah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan siraturrahim dengan sanak keluarga dan mengajar anak-anak menghormati kedua ibu bapa, sebab keredhaan Allah itu tergantung kepada kerdhaan ibu bapa terhadap . Namun yang paling penting tutuplah aurat agar kehidupan mendapat keberkahan Allah SWT.

Kesembilan : Selesaikan semua hutang-hutang di dunia ini kerana roh si mati akan tergantung di antara langit dan bumi jika tidak dibayar hutang-hutangnya sesama manusia.

Di riwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Kesepuluh : Jangan syirik kepada Allah SWT, seperti mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT, tinggalkan fitnah dan mengumpat dan jangan percaya jika ada orang menuduh seseorang berzina atau liwath tanpa bawa 4 orang saksi. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah SWT dan jangan pertikai qada dan qadarNya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama beramal dan membuat persiapan sebaik mungkin sebelum bertemu saat kematian. Jika kita melihat disekeliling kita kematian itu berlaku kepada ibu dan ayah , abang ipar, anak, anak saudara, sahabat-sahabat, suami, isteri dan lain-lain. Pernah berlaku semalam kita baru bersembang dengan sahabat kita , tiba-tiba dapat berita hari ini sahabat kita itu telah meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Inilah yang dinamakan 'kiamat kecil' yang akan berlaku dahulu sebelum kiamat besar. Oleh itu cuba renungkan hadis Nabi SAW  di bawah ini sebagai iktibar kepada kita semua.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati." (Hadis Riwayat Tirmidzi daripada Abu Ya'la Syaddad r.a)










Sunday, October 23, 2011

Pesanan Saidina Ali Supaya Jauhi Dua Orang Yang Boleh Mendatangkan Bala Bencana.

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Saidina Ali bin Abi Thalib k.wj pernah berkata "Ada dua orang yang mendatangkan bala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu yang tidak menjaga kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah. Orang yang bodoh itu menipu manusia dengan amalnya sedangkan orang yang berilmu itu menipu manusia dengan kelalaiannya."

Berdasarkan kata-kata Saidina Ali terdapat dua orang yang mendatangkan bala bencana :

1. Orang berilmu yang tidak menjaga kehormatan. (menipu manusia dengan kelalaiannya)

2. Orang bodoh yang kuat beribadah. (menipu manusia dengan amalannya)

Huraiannya :

1. Orang berilmu yang tidak menjaga kehormatan (menipu manusia dengan kelalaiannya).

Seseorang yang berilmu akan dipandang mulia disisi Allah SWT apabila ilmunya diamalkan. Tetapi apabila ilmunya tidak membawa dia kepada ketaatan kepada Allah SWT dan tidak menjaga kehormatan diri dan dia tidak berakhlak dengan akhlak Islam maka ianya adalah bencana dan musibah yang besar.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah kerana kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.” (Surah Ash Shaff ayat 2-3)

Di dalam sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan hadis Usamah bin Zaid, dia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda, “Pada hari kiamat nanti akan ada seseorang yang didatangkan kemudian dilemparkan ke dalam neraka. Isi perutnya terburai, sehingga ia berputar-putar sebagaimana berputarnya keledai yang menggerakkan penggilingan. Penduduk neraka pun berkumpul mengerumuninya. Mereka bertanya, ‘Wahai fulan, apakah yang terjadi pada dirimu? Bukankah dahulu engkau memerintahkan kami untuk berbuat kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’. Dia menjawab, ‘Dahulu aku memerintahkan kalian berbuat baik akan tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan aku melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri justru melakukannya’.”

Syaikh Abdullah bin Shalih Al-Fauzan hafizhahullah berkata, “Ilmu tidaklah dituntut melainkan supaya diamalkan. Iaitu dengan mewujudkan ilmu dalam perbuatan yang nyata, yang nampak dalam bentuk pemikiran seseorang dan perbuatannya. Terdapat nash-nash syariat yang mewajibkan untuk mengikuti ilmu dengan amalan dan agar akibat dari ilmu yang dipelajari muncul pada diri orang yang menuntut ilmu. Dan terdapat ancaman yang keras terhadap orang yang tidak beramal dengan ilmunya. Dan begitu pula bagi orang yang tidak memulai perbaikan dari dirinya sendiri sebelum memperbaiki diri orang lain. Dan dalil-dalil tentang hal itu sangat jelas."

Sungguh indah ucapan Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah, “Seorang yang berilmu itu masih dianggap jahil (bodoh) apabila dia belum beramal dengan ilmunya. Apabila dia sudah mengamalkan ilmunya maka jadilah dia seorang yang benar-benar ‘alim.”

Ini adalah ungkapan yang sangat tepat. Kerana apabila seseorang memiliki ilmu, akan tetapi dia tidak mengamalkan ilmu tersebut maka dia tetaplah disebut jahil. Sebab tidak ada perbedaan antara keadaan dirinya dengan keadaan orang yang jahil. Apabila dia berilmu tetapi tidak mengamalkannya maka orang yang alim itu belum boleh disebut sebagai orang berilmu yang sesungguhnya, kecuali bila di sudah beramal dengan ilmunya.” (Hushulul Ma’mul, hal. 16)

2. Orang bodoh yang kuat beribadah ( menipu manusia dengan amalannya).

Ini antara yang paling sedih didengar, kerana jika suatu amal ibadah itu dilakukan tidak menepati apa yang disuruh oleh Tuhan, maka amalan itu tidak akan diterima. Apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah semata-mata dan ianya menjadi sia-sia. Inilah akibat jika tidak ada ilmu tetapi berlagak pandai dan mengambil inisiatif sendiri tanpa panduan dari sumber-sumber yang betul.

Firman Allah SWT  yang bermaksud ;”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung-jawabnya.” (Surat Al-Israa’  ayat 36)

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syaitan-syaitan juga akan sentiasa menyuruh ahli ibadah yang jahil agar melakukan ibadah kerana mereka tahu amal-amal itu akan menjadi sia-sia dan memenatkan ahli badah itu semata-mata. Sebaliknya, kepada orang-orang alim, syaitan akan berusaha untuk membuat mereka malas beramal pula.

Dalam hadis yang lain dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW. bersabda: "Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya hari kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama  banyak umarak (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang." (Hadith Riwayat Thabrani).

Sahabat yang dimuliakan,
Untuk dijauhi daripada bala bencana maka marilah sama-sama kita meningkatkan  ilmu dan amal kita. Kita teruskan menuntut ilmu yang bermanfaat dan dengan ilmu ini kita beramal pula dalam kehidupan kita semata-mata mencari keredaan Allah SWT.

Kita perbanyakkan amal ibadah tanda syukur kita di atas nikmat yang banyak kita terima daripada Allah SWT. Ibadah yang di laksanakan ini hendaklah ikhlas dan perlulah berdasarkan dengan ilmu yang yakin dan sahih supaya kita terhindar daripada hasutan syaitan yang sentiasa hendak merosakkan ibadah kita kepada Allah SWT.