Saturday, June 11, 2011

Kelebihan Bulan Rejab Menurut Sunah dan Peristiwa-peristiwa Penting yang Berlaku

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita sekarang ini telah berada didalam bulan Rejab. Tidak sampai dua bulan lagi kita sama-sama akan menerima kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, bulan yang penuh dengan keberkatan.

Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sehat wal afiat. Dengan keadaan sehat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah SAW. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii Rajab wa Sya’ban, wa balighna Ramadan.” Maksudnya : "Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. 
(Hadis Riwayat  Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan karunia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal Islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Maksudnya : "Ya Allah, karuniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redai."

Sahabat yang dimuliakan,
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah SWT didalam Surah Al-Taubah ayat 36:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah: "Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"

Allah SWT telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah SAW  juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb)


Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.

Dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Adapun hadis sahih tentang hal tersebut berikut penjelasannya adalah seperti berikut:
Imam Muslim meriwayatkan dalam sahih-nya :

“Telah menceritakan pada kami Abubakar bin Abi Syaibah, telah menceritakan pada kami Abdullah bin Numairih, telah menceritakan pada kami Ibnu Numair, telah menceritakan pada kami ayah kami, telah menceritakan pada kami Utsman bin Hakim Al-Anshari berkata: Aku bertanya pada Sa’id bin Jubair tentang puasa Rejab dan kami saat itu sedang berada di bulan Rejab, maka ia menjawab: Aku mendengar Ibnu Abbas -semoga Allah meridhai mereka berdua- berkata: Adalah Nabi -semoga salawat dan salam senantiasa tercurah pada diri baginda- berpuasa (di bulan Rejab) sampai kami berkata nampaknya baginda akan berpuasa (bulan Rejab) seluruhnya, lalu beliau tidak berpuasa sampai kami berkata: Nampaknya baginda tidak akan berpuasa (bulan Rejab) seluruhnya.” (Berkata Syaikh Albani -rahimahullah- dalam Al-Irwa’: Hadis ini di-takhrij oleh Imam Muslim dalam Sahih-nya (VI/139)

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Syaaban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan.

 Sahabat yang dihormati,
Sebagai umat Islam  kita perlulah mengetahui sejarah yang telah berlaku di dalam bulan Rejab untuk kita mengambil pengajaran dan iktibar di atas peristiwa-peristiwa yang berlaku :

 1. Hijrah Pertama Dalam Islam

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Rokiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

 2. Israk dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Terdapat khilaf ulama mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis sahih.

 3. Peperangan Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab r.a. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah, orang Kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya  ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, tentera Zionis (Yahudi) pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

Sahabat yang dikasihi,
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Kesimpulannya adalah dibolehkan berpuasa bulan Rejab berdasarkan hadis sahih, sepanjang tidak menjadikannya sama dengan bulan Ramadhan (berpuasa sebulan penuh), namun tidak disebutkan dalil sahih tentang keutamaan bulan ini secara khusus dibandingkan bulan-bulan lainnya juga tidak dibenarkan mengkhususkan waktu-waktu dan tanggal-tanggal tertentu di bulan tersebut untuk berpuasa, salat, zikir, dan sebagainya. Wallahuu a’lamu bis Shawab…

Jangan Iri Hati

Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat Baginda.


 Sahabat yang dirahmati Allah,
Kenapa ye perlu Iri hati? percaya tak ramai manusia yang Iri Hati?kalau tak percaya cuba buat kajian, pasti dapat jawapan.saya nak cerita sikit mengenai Iri hati. Maksud Iri hati berasal dari perasaan tidak puas terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain. 

Rasa iri hati boleh melanda sesiapa saja dan di mana saja, jika di masjid atau surau iri hati kerana orang lain lebih menonjol kepandaiannya, di tempat kerja ada yang iri hati pada rakan sekerja yang lebih berhasil dan menduduki jawatan yang lebih tinggi, di dalam keluarga ada yang iri hati kerana kakak atau adik lebih diperhatikan orang tua dan sebagainya. Macam-macam jenis ada perasaan iri hati ini.

Perlu kita sedari bahawa perasaan iri hati tidak membawa kebaikan bagi kita, malah Iri hati tidak hanya merugikan orang lain, tetapi juga merugikan diri sendiri serta iri hati akan menyebabkan diri sendiri merana.mengapa perlu menyiksa diri andai Iri Hati tidak mendatangkan makna pada diri kita.

Orang yang iri hati akan rasa berdukacita atas kejayaan orang lain dan sebalikanya ia bersukacita atas kegagalan orang lain. Ia tidak suka bila ada orang lain lebih baik atau lebih sukses dari dirinya. Orang yang iri hati juga cenderung kepada,suka membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain, akibatnya ia sendiri menjadi sangat tertekan dan kehilangan damai sejahtera pada dirinya sendiri.

Jadi harus segera dibereskan, kerana di mana pun ia berada akan selalu bertemu dengan orang-orang yang mungkin lebih baik atau lebih sukses dibanding dirinya. Maka kita harus segera memeriksa diri kita sendiri, apa yang membuat kita menjadi iri hati terhadap orang lain. Daripada membuang energi untuk iri hati, belajarlah melihat potensi terbaik yang ada di dalam diri kita, dan kembangkan terus. Bila kita fokus pada apa yang kita miliki kita akan rasa bersyukur dalam apa pun keadaan kita, namun bila kita tertuju pada apa yang tidak kita miliki dan melihat kelebihan orang lain terus, kita akan selalu berfikiran negatif dan tidak pernah rasa bersyukur.

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorang pun iaitu:
  • Buruk sangka
  • Hasad dengki
  • Takut sial kerana sesuatu
Lalu ditanya: "Ya Rasulullah  bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad S.A.W. "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka ALLAH S.W.T maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."
 
Sahabat yang dikasihi sekalian,
Oleh itu marilah kita jauhi sifat-sifat iri hati, buruk sangka dan hasat dengki kepada seseorang (manusia), malah sifat-sifat ini hanya membinasakan diri sendiri, apatah lagi dengan adanya sifat-sifat ini pada diri kita ianya hanya menambahkan dosa serta yang pastinya diri kita tidak akan pernah tenteram dengan perasaan sebegini yang hadir dalam hidup kita. Fikirkanlah sahabat dengan akal yang diberi ALLAH, untuk kita membezakan sesuatu yang baik dan yang buruk....wallahu a'lam.

(Di petik daripada tulisan Nor Azita Idris)



Perkara-perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam merupakan agama yang mudah dan tidak membebankan. Membicarakan isu majlis kenduri kahwin (walimah)  daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi : “Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, majlis kenduri kawin (walimah) daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat firman Allah SWT maksudnya :“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(boros) dengan melampau (Surah al-Isra' ayat 26)

Terdapat banyak perkara-perkara bertentangan dengan ajaran Islam semasa di adakan majlis kenduri kawin di dalam masyarakat kita. Sebagai seorang muslim-mukmin yang beriman dan  bertakwa kita perlulah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang bertentang dengan ajaran Islam. Jika boleh di elakkan maka elakkanlah semoga kita mendapat keredaan Allah SWT.

Oleh kerana majlis kenduri kawin adalah sebagai satu ibadah (meraikan tetamu dengan majlis jamuan) selepas majlis akad nikah dijalankan, maka perlulah kita berwaspada supaya ibadah yang kita baru tunaikan tidak dicemari dengan kemugkaran dan mendapat kemurkaan Allah SWT.

Perkara-perkara yang bertentangan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?

Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, wang ringgit atau sekadar bacaan  dari al-Quran.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT. yang bermaksud : " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' ayat 4 )

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Hadis Riwayat Bukhari )

Dari hadis di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah SAW  pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat al-Quran, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Nabi SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: " Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Hadis Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Hadis Riwayat Ahmad )

Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulama tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin tanpa kebenaran anak perempuan yang berkahwin.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu ringgit Malaysia adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.

Jika hantaran tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan pihak lelaki berkemampuan membayarnya tidaklah menjadi satu kesalahan dan ianya diharuskan.

Kedua : Adakah bersanding merupakan ajaran Islam?

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar , beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang berlaku semasa  majlis bersanding  ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam al-Quran , Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan. Kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah.

Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.

Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu’asirat dan Halal dan Haram fil Islam, halaman 36. : “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram”

Jika terdapat majlis makan berdamai semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.

Berinai adalah salah satu amalan semasa majlis perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi SAW  tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra : "Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, "Apakah ini tangan lelaki atau perempuan?" maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi SAW pun bersabda maksudnya : " Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai).”
(Hadis RiwayatAbu Daud, 4166) dan (Hadis Riwayat Nasa’i 5092)

Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim: Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi SAW  melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga : Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?

Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang? Beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya dibuang begitu sahaja! Adalah jauh lebih baik rombongan pengantin lelaki membawa makanan atau buah-buahan sebagai hadiah kepada pihak pengantin perempuan. Sirih junjung dikira sebagai  barang membazir dan menyusahkan sahaja.

Keempat : Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan  bersolek (berlebih-lebihan) di majlis perkahwinan ini?

Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis riwayat Muslim. Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a katanya : "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”

Apa yang jelas dari bersolek adalah satu dosa kerana termasuk dalam "Tabarruj" dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan dilarang oleh Allah SWT . Jika bersolek sekadarnya dan tidak nampak bedak yang tebal dan tiada perhiasan yang berlebihan tidaklah dilarang.

Kelima : Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis  riwayat Bukhari daripada Aisyah r.ha bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."

Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya :" Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.”

Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam. Hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.

Sahabat yang dimuliakan,
Islam menyarankan majlis kenduri kahwin (walimah) hendaklah diadakan cara yang sederhana tetapi meriah. Tidak membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Jika kurang berkemampuan adakan majlis yang sederhana sahaja dan perlu mengundang saudara mara yang terdekat , jiran tetangga dan sahabat-sahabat yang rapat sahaja. Tidak perlulah berhutang dan bergolok bergadai semata-mata untuk mencari kemegahan dan riak sedangkan cara seperti ini dilarang dan ditegah oleh agama.

Kenapa  perkahwinan umat Islam sekarang ini tidak kekal dan berlaku penceraian walaupun umur perkahwinan tidak sampai setahun? Sedangkan kos perbelanjaan perkahwinan telah dihabiskan puluhan ribu ringgit. Puncanya adalah tidak terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT kerana terdapat banyak unsur maksiat dan dosa semasa dilangsungkan majlis perkahwian tersebut. Oleh itu perlulah kita buangkan adat-adat melayu lama yang bertentangan dengan syariat Islam seperti adat bersanding, hiburan yang mendatangkan dosa dan mengelakkan pembaziran dengan menyediakan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Majlis prkahwinan adalah ibadah, pastika kita tidak melaggar batas-batas syarak yang di benarkan oleh Allah SWT.

Friday, June 10, 2011

Solat Jamak dan Qasar Berdasarkan Hadis-hadis Nabi SAW. Ketika Musafir

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Solat adalah amalan yang pertama akan dihisab oleh Allah SWT di hari akhirat nanti. Bila solatnya diterima maka barulah amalan-amalan yang lain di terima seperti puasa, zakat. haji, sedekah, bacaan al-Quran, berzikir, berbuat kebaikan kepada kedua orang tua dan berjihad di jalan Allah SWT akan diterima dan dihisab. Jika solatnya ditolak maka amalan kebaikan yang lain tidak akan di hisab dan ianya akan terus dimasukkan ke dalam neraka, nauzubillah.

Sebelum Allah SWT  menerima solat seseorang hamba di hari akhirat nanti maka Allah SWT akan terima solat itu di dunia ini lagi. Jika Allah SWT menolak solat seseorang ketika di dunia maka solatnya tidak akan diterima apabila dipersembahkan olehnya dihadapan Allah SWT nanti. Selain daripada khusyuk dan betul dari rukun dan syarat sah solat, terdapat beberapa faktur lain yang akan diambil kira untuk diterima solat kita oleh Allah SWT.

Oleh kerana solat menjadi perkara penting, Allah SWT memberi rukhsah kepada hamba-hamba-Nya yang sedang dalam musafir iaitu dibenarkan mengqasar dan menjamakkan solat untuk kemudahan manusia supaya solat menjadi suatu yang tidak membebankan.

Wujud pelbagai perbezaan pendapat mengenai permasalahan solat qasar dan jamak dan bilangan hari semasa bermusafir. Perbezaan ini bersumber daripada kepelbagaian riwayat hadis dan athar (riwayat) yang datang daripada para perawi di kalangan sahabat Rasulullah SAW.

Justeru, apa jua perbezaan pendapat yang berlaku diharapkan tidak mengakibatkan tali persaudaraan sesama saudara muslim menjadi retak.

Perlu difahami bahawa permasalahan perbezaan pendapat di atas adalah permasalahan fiqh. Dan ia merupakan suatu yang perlu diterima dan kita dituntut untuk berlapang dada dan berbesar hati dalam meraikan perbezaan yang berlaku. Apa yang pasti sebagai umat Islam kita berusaha menjadikan dalil yang kuat sebagai landasan amal ibadah kita.

Keterangan mengenai qasar solat telah difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran surah al-Nisa' ayat 101 yang bermaksud: "Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa 'mengqasarkan' (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu."

Asbabun Nuzul ayat 101 surah an-Nisa' : Ali k.wj menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan sekelompok orang dari Bani Najjar yang suatu ketika bertanya kepada Rasulullah SAW : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami ini sering berpergian untuk berniaga, bagaimana cara kami melakukan solat?" (Hadis Riwayat Ibnu Jarir. Lihat Ibnu Katsir 1/721) maka turun ayat ini.

Dalam ayat ini, mengqasar solat dikaitkan dengan "apabila takut dengan musuh."

Ketika turun ayat ini, para sahabat merasa hairan, adakah masih dibolehkan untuk mengqasar solat jika keadaan aman dan tenteram?

Justeru, ketika persoalan ini diajukan oleh sahabat kepada Rasulullah SAW, maka baginda SAW bersabda: "Ia adalah sedekah dari Allah SWT, maka terimalah sedekah-Nya".

Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan rukhsah solat.

Sabda Rasullah SAW  maksudnya : “Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. (Hadis riwayat Ahmad).

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah SWT telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UNTUK SOLAT QASAR/JAMAK

1. Musafir adalah untuk tujuan yang baik, bukan untuk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 89 km).

(Menurut Dr. Muhammad Bakr Ismail dalam kitabnya al-Fiqh al-Wadhih; dua marhalah menyamai kira-kira 89 km. Jarak dua marhalah itu di hitung secara sehala iaitu jarak perjalanan pergi dari rumah/kediaman ke tempat musafir, bukan berdasarkan jarak pergi dan balik (yakni dua hala).

3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya).

HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK

1. Meringan/memudahkan umat Islam untuk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah SWT kepada manusia.
3. Supaya solat fardu dapat dilaksanakan dalam apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

SOLAT QASAR

Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Solat Qasar

Dalil Solat Qasar : Berkata Anas bin Malik ra. :

ŰźŰ±ŰŹÙ†Ű§ مŰč Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… من Ű§Ù„Ù…ŰŻÙŠÙ†Ű© Ű„Ù„Ù‰ Ù…ÙƒŰ© ÙŰ”Ù„Ù‰ Ű±ÙƒŰčŰȘين، Ű±ÙƒŰčŰȘين Ű­ŰȘى ۱ۏŰčÙ†Ű§ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù…ŰŻÙŠÙ†Ű©

"Kami keluar bersama Nabi SAW dari Madinah ke Mekah, dan kami bersolat 2 rakat, 2 rakaat, sehinggalah kami kembali ke Madinah" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim].

Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zohor, Asar dan Isyak.

SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR

1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal. 
2. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya. 
3. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan Solat Qasar.

SOLAT  JAMAK

Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu.

Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak.

Solat  Jamak terbahagi  kepada ;

1) JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

Dalil Jamak Taqdim

Riwayat dari Anas bahawa :

ÙƒŰ§Ù† Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ۄ۰ۧ Ű±Ű­Ù„ Ù‚ŰšÙ„ ŰŁÙ† ŰȘŰČيŰș- ŰȘميل ŰžÙ‡Ű±Ű§- Ű§Ù„ŰŽÙ…Űł، ۣ۟۱ Ű§Ù„ŰžÙ‡Ű± Ű„Ù„Ù‰ وقŰȘ Ű§Ù„Űč۔۱، Ű«Ù… نŰČل ÙŠŰŹÙ…Űč ŰšÙŠÙ†Ù‡Ù…Ű§، ÙŰ„Ù† ŰČۧŰșŰȘ Ù‚ŰšÙ„ ŰŁÙ† ÙŠŰ±ŰȘŰ­Ù„ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„ŰžÙ‡Ű±، Ű«Ù… Ű±ÙƒŰš.

"Sesungguhnya apabila Nabi SAW bermusafir sebelum gelincir matahari, baginda akan mengakhirkan / melewatkan waktu Zohor sehinggalah waktu Asar, kemudian baginda singgah disuatu tempat dan bersolat jamak kedua-dua solat. Apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, Nabi akan bersolat Zohor dan kemudian berangkat." [Hadis Bukhari dan Muslim].

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM

1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).

Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sebab solat sudah habis/selesai).

2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dengan solat yang kedua (Asar/Isyak) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isyak), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.

Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air untuk berwuduk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana iqamah, malah lebih utama lagi kerana wuduk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.

Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isyak)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.

2) JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardu dalam waktu kedua. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

Dalil Solat Jamak Ta'khir

Dari Muaz bin Jabal ra. :

ŰŁÙ† Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙƒŰ§Ù† في ŰșŰČÙˆŰ© ŰȘŰšÙˆÙƒ ۄ۰ۧ ۧ۱ŰȘŰ­Ù„ ŰšŰčŰŻ Ű§Ù„Ù…Űș۱ۚ ŰčŰŹÙ„ Ű§Ù„Űčێۧۥ ÙŰ”Ù„Ű§Ù‡Ű§ مŰč Ű§Ù„Ù…Űș۱ۚ

"Bahawa Nabi SAW  ketika peperangan Tabuk, apabila bergerak selepas Maghrib disegerakan solat Isyak, maka dilakukan solat Isyak dengan Maghrib" [Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmudzi].

SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR

1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).

Niat hendaklah dilakukan sebelum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isyak), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.

Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isyak) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)

2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.

SOLAT QASAR DAN JAMAK

Solat Qasar hanya boleh dilakukan ketika bermusafir. Solat Jamak menurut Ibn Utsaimin lebih luas pengunaannya. Ia boleh dilakukan ketika hujan, sakit, dan sebagainya, termasuklah semasa bermusafir. Ulama memberi fatwa bahawa sekiranya ada pepereksaan penting atau doktor melakukan pembedahan, jika bermula sebelum Zohor dan habis selapas Asar maka boleh dilakukan solat Jamal Ta'hir

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama seperti mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isyak menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

Sahabat yang dimuliakan,
Setelah kita dapati ilmu yg haq mengenai perbuatan mengqasar dan menjamakkan solat berpandukan al-Quran, hadis-hadis Nabi SAW dan ijtihad ulama, soalannya, berapa harikah kita boleh qasar dan jamakkan solat? Terdapat beberapa hadis Nabi SAW sebagai panduan  mengenai perkara ini.

Kita telah dimaklumkan ketetapan as-Sunnah bahawa Rasulallah SAW apabila bermusafir mengqasarkan solat-solat fardu yang empat rakaat menjadi dua rakaat dan baginda juga menjamakkan solat-solat Zohor dengan Solat Asar, dan solat Maghrib dengan Solat Isyak. Di dalam bahagian ini kita akan teliti berapa harikah boleh dijamak dan diqasarkan solat?

(a) Mengqasar dan Menjamakan Selama 9 hari

Mengikut hadis di bawah ini pula, Jabir mengatakan bahawa Nabi SAW musafir dan menetap di Mekah untuk sesuatu tujuan pada 4 Zulhijjah, kemudian kembali ke Medinah selepas habis musim haji (yakni, 13 Zulhijjah). Sepanjang tempoh tersebut baginda menqasarkan solat fardunya – iaitu selama sembilan (9) hari.

Diriwayatkan hadis daripada Jabir bin Abdullah (r.a) di dalam sekumpulan manusia (yakni, orang-orang), berkata: ‘Telah datang Nabi SAW ke Mekah pada tanggal 4 telah lewat dari bulan Zulkhijjah.’ [Hadith Ibnu Majjah]

(b) Menjamak dan Mengqasar Selama 10 Hari

Hadis berikut pula daripada Anas (r.a) yang menyatakan bahawa beliau bersama-sama dengan Rasulallah SAW bermusafir dari Madinah ke Mekah dan menetap di Mekah selama sepuluh (10) hari. Semasa menetap di Mekah mengqasarkan solat fardunya dua rakaat dua rakaat. Yakni, boleh diqasarkan solat kerana musafir itu selama 10 hari.

Diceritakan hadis daripada Yazib bin Zurai’in dan Abdul A’la, berkata kedua-duanya: ‘Menceritakan kepada mereka hadis itu daripada Abi Ishak, daripada Anas (r.a), berkata: ‘Keluar aku beserta Rasulallah SAW dari Madinah (pergi) ke Mekah. Maka bersolat kami (mengqasarkan solat) dua rakaat dua rakaat sehingga kembali kami (ke Madinah). Berkata Yahya: ‘Berapa lama dia menetap di Mekah?’ Berkata Anas (r.a): ‘Sepuluh (10) hari’. 
[Hadis Ibnu Majjah]

(c) Jamak dan Qasar 13 hari

Sebagai permulaannya, mengikut hadis berikut dilapurkan bahawa Rasulallah SAW mengqasarkan solat fardunya selama tempoh tiga belas (13) hari, yakni, sepanjang bulan Zulhijjah sampai hari tasyrik, iaitu tiga belas (13) hari.

Diriwayatkan hadis daripada Abdul Rahman bin Humaidin az-Zuhri berkata: ‘Bertanya aku kepada Saib bin Yazid: ‘Apakah mendengar engkau dalam diam (yakni, semasa menetap) di Mekah?’ Berkata Sabit: ‘Telah mendengar aku al-‘Ala bin Hadhrami berkata: ‘Bersabda Nabi SAW : ‘Tiga hari kerana bertempat selepas selesai mengerjakan haji.’ 
[Hadis Ibnu Majah]

Hadis ini menjelaskan bahawa ibadah haji itu bermula waktu Wukuf di Arafah, iaitu tanggal 10 Zulhijjah, kemudian disambung pula mengqasarkan solat tiga hari lagi, menjadikannya tiga belas (13) hari. Hadis di atas menjelaskan bahawa solat jamak dan qasar itu dilakukan oleh Rasulallah SAW  selama 10 hari pada musim haji baginda.

(d) Menjamak dan Mengqasarkan Solat 15 Hari

Di dalam hadis berikut kita diberitahu oleh Abdullah  bin Abbas (r.a) bahawa Rasulallah SAW mengqasarkan solat fardunya selama lima belas (15) hari:

Diriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata: ‘Rasulallah SAW  tinggal selama lima belas (15) hari di Mekah selepas peperangan dan dia mengqasarkan (yakni, memendekkan) solatnya (yakni, empat rakaat dijadikan dua rakaat).’ [Hadis Abu Daud]

Di dalam hadith di bawah ini pula katanya dia dan Rasulallah SAW menetap kerana musafir di Mekah selepas menang satu peperangan selama lima belas (15) hari mengqasarkan solat fardu sepanjang tempoh mereka menetap di Mekah itu.

Diriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah SAW bertempat di Mekah selepas menang perang (selama) lima belas (15) malam, mengqasar dia akan solatnya.’ [Hadis Ibnu Majjah]

(e) Qasar dan Jama’ Selama 17 Hari

Di dalam hadis di bawah ini pula, ibnu Abbas (r.a) memberitahu bahawa Rasulallah SAW mengqasar dan menjamakkan solat-solat fardunya selama tujuh belas (17) hari. Selain itu, Ibnu Abbas (r.a) juga memberitahu satu prinsip yang lain, iaitu jika orang tempatan (yakni, qariah tersebut), tidak boleh mengqasarkan solatnya.

Diriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata: ‘Bahawa Rasulallah SAW berhenti (yakni, bermukim sementara) di Mekah selama tujuh belas (17) hari dan dia mengqasarkan (yakni, memendekkan) solatnya (menjadi dua rakaat). Berkata Ibnu Abbas (r.a) : ‘Sesiapa yang berhenti sementara hendaklah memendekkan solatnya, dan sesiapa yang tinggal melebihi jangka waktu itu hendaklah bersolat sempurna (yakni, dibuat empat rakaat).’ [Hadith Abu Daud]

Hadis di atas itu memberikan nas dan dalil syariat bahawa mereka yang didalam musafir boleh mengqasar dan menjamakkan solatnya selama tujuh belas (17) hari manakala orang yang bermukin di tempat tersebut tidak boleh menjama’ dan mengqasarkan solat mereka.

(f) Menjama’ dan Mengqasarkan 18 Hari

Di dalam hadis dibawah ini diceritakan oleh seorang sahabat, Imran, bahawa Rasulallah SAW pernah mengqasar dan menjamakkan solat-solat fardunya selama lapan belas (18) hari. Tetapi, orang qariah tersebut (yakni, tempat dia berhenti rehat sebentar itu) tidak boleh memendekkan solat-solat fardunya.

Diriwayatkan hadis daripada Imran bin Husain (r.a) berkata: ‘Aku di dalam musafir dengan Rasulallah SAW selepas satu penaklukan. Baginda tinggal di Mekah selama delapan belas (18) hari dan bersolat dia dua-dua rakaat setiap solat (yakni, mengqasarkan solat fardunya). Maka bersabda baginda (yakni, Rasulallah SAW : ‘Kamu yang tinggal (yakni, bermestautin) di sini hendaklah bersolat empat rakaat, kami pengembara (yakni, dalam musafir).’ 
[Hadis Abu Daud]

Hadis di atas menyebutkan prinsip yang sama sebagaimana disebutkan di dalam hadis sebelumnya, yakni hadis riwayat Ibnu Abbas (r.a) itu. Kemudahan hanya kepada mereka yang bermusafir.

(g) Menjamak dan Mengqasar 19 Hari

Di dalam hadis Ibnu Abbas (r.a) di bawah ini, dia bersama-sama dengan Rasulallah SAW menetap selepas musafir di Mekah selama sembilan belas (19) hari. Sepanjang tempoh tersebut mereka bersolat fardu dengan mengqasarkannya dua rakaat dua rakaat.

8. Diriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Bermukim Rasulallah SAW sembilan belas (19) hari bersolat dia dua-dua rakaat. Adapun kami ketika bermukim (yakni, bertempat) sembilan belas (19) hari, bersolat kami dua-dua rakaat. Maka ketika bertempat (yakni, bermukim) kami melebihi dari demikian itu, bersolat kami empat rakaat (yakni, mengerjakan solat-solat fardu seperti biasa, tidak dijamak atau diqasarkan).’ 
[Hadith Ibnu Majah]

Di dalam hadis Ibnu Abas (r.a) di atas itu baginda dan Rasulallah SAW  menjamakkan solat selama 19 hari. Selepas 19 hari mereka membuat solat fardu seperti biasa iaitu empat rakaat setiap solat yang empat rakaat.

(h) Menjama’ dan Mengqasarkan 20 Hari

Di dalam hadis di bawah ini pula diriwayatkan oleh seorang sahabat akrab Rasulallah SAW, iaitu Jabir bin Abdullah (r.a), bahawa Rasulallah SAW mengqasarkan solat-solatnya selama dua puluh (20) hari.

Diriwayatkan hadis daripada Jabir bin Abdullah r.a berkata: ‘Rasulallah SAW tinggal selama dua puluh (20) hari di Tabuk dan baginda memendekkan solatnya (yakni, empat menjadi dua rakaat sahaja).’ [Hadis Abu Daud]

Sahabat yang dikasihi,
Walaupun kita diberi keringanan untuk mengqasar dan menjamakkan solat-solat fardu ketika dalam musafir sebanyak yang disebutkan dalam hadis-hadis tersebut - maksimanya adalah 20 hari - namun jika kita bermusafir kemudian bermestautin sementara di suatu tempat yang agak kekal kita di situ, maka sebaik-baiknya kita hendaklah menqasr dan menjamakkan solat-solat kita hanyalah untuk 3 hari sahaja. Kecualilah, ketika bertempat di suatu tempat itu, kita perlu menguruskan kerja yg tidak maksiat, terpaksa berpindah-pindah dari suatu daerah atau pekan ke suatu daerah atau pekan setiap hari, maka menyulitkan kita bersolat, wallahu 'alam.



Thursday, June 9, 2011

Bilakah Doa Akan di Makbul Oleh Allah SWT?

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ

 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Berdoa adalah amalan yang dituntut oleh Islam. Seorang hamba yang merasa hina di sisi Tuhannya akan memanjatkan permohonan dan doa kehadrat Allah SWT. agar ditunaikan segala hajat yang diperlukannya. Ia merasa amat kerdil dan tidak ada pergantungan dan pengharapan yang lain melainkan ditujukan kepada Allah yang Maha Esa. 
 
Mohonkanlah kepada Allah SWT untuk mengatasi apa jua masalah yang ditanggung, sama ada berkaitan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bahkan negara. Allah SWT tidak menyukai orang yang bermasalah, tetapi sombong untuk bermohon kepadaNya, sebaliknya sanggup pula bermohon kepada makhluk-makhluk yang tidak mempunyai sebarang kuasa, walaupun untuk mencipta seekor lalat.

Tiada masalah yang tidak boleh didoa pada Allah SWT, Dia yang mempunyai kerajaan, Dia yang memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dia juga yang mencabut kekuasaan daripada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kita selalu mengulangi pengakuan ini setiap kali selesai menunaikan solat. Atas dasar ini, kita tidak harus bakhil untuk berdoa untuk kemaslahatan dan tertunai segala hajat untuk diri kita, keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, saudara mara dan para alim ulama dan para pendakwah semoga di beri kejayaan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk menyelesaikan semua masaalah yang di hadapi di dunia ini.
 
Sebagai seorang mukmin yang yakin di atas qadak dan qadar Allah SWT. kita kena berfikiran positif dan yakin apa sahaja keputusan Allah SWT. adalah keputusan yang terbaik, yang mana hanya Allah SWT. sahaja Maha Mengetahui di atas kehidupan kita pada masa yang lepas, masa sekarang dan pada masa akan datang. Terdapat tiga keadaan doa kita di sisi Allah SWT. iaitu seperti berikut :

Pertama : Apabila Allah cepat makbulkan doa kalian, maka Dia menyayangimu.

Jika ia seorang pesakit, penderitaannya dirayu terus kepada Allah SWT melalui doanya agar mengafiatkan penyakitnya. Jika ia seorang miskin, maka kemiskinannya dirayu pada Allah SWT yang Maha Kaya dan mampu mengatasi kemiskinannya. Kedudukan yang begitu rapat antara manusia dengan Allah melalui doa, dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahu kepada mereka: 'Sesungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku: (Surah al-Baqarah ayat 186).

Kedua : Apabila Dia lambat makbulkan doamu, Dia ingin mengujimu.

Menurut al-Khatabi : "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau menggantinya dengan pahala."

Menurut hukama : "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat.”
 
Sehubungan itu, Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.” 
(Hadis riwayat Tirmidzi) 

Sabda Rasulullah lagi yang maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hakikat dan tidaklah seorang hamba mencapai hakikat iman sehingga dia menyedari musibah yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya dan kesalahan yang dilakukannya bukan sebab untuk ditimpakan musibah kepadanya.”

Sebelum Allah SWT menunaikan hajat hamba-Nya kadangkala diuji-Nya dengan berbagai dugaan, yang penting kita perlu bersabar dan yakin dengan janji Allah SWT, setiap kesusahan itu akan ada kebaikan dan kejayaan.
 
Ketiga : Apabila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah al-Baqarah ayat 216).
Allah SWT berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit.  Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata 
(loh mahfuz)" (Surah Yunus ayat 61)
 
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Allah SWT berfirman maksudnya :  'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Berdasrkan hadis di atas hanya doalah satu-satu cara yang boleh di buat untuk merubah apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ulama mencadangkan bahawa bila kita berdoa perlu berulang-ulang kali jangan jemu-jemu dan berserah bulat kepada Allah SWT.

Maksud hadis qudsi "Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku"

Bahawa bila kita yakin Allah  SWT akan beri kebahagiaan untuk membina  rumah tangga muslim dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, maka keyakinan itu akan ditunaikan oleh Allah SWT.

Bila kita yakin Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa kita dan dimasukkan dikalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat maka keyakinan ini akan ditunaikan oleh Allah SWT.

Bila kita yakin bahawa Allah SWT mencintai dan mengasihi kita dan di jauhi dari musibah yang pernah kita alami dengan kekecewaan dan truma sebelum ini, maka keyakinan ini akan ditunaikan oleh Allah SWT.

Bila kita yakin kita akan diberi rahmat oleh Allah SWT. dan terpelihara iman dan akidah kita dan mendapat kematian yang baik iaitu husnul khatimah (mati dalam mengucap kalimah syahadah), maka keyakinan ini akan ditunaikan ole Allah SWT.

 Sahabat yang dimuliakan,
Selain daripada doa-doa yang kita pohon untuk memenuhi hajat-hajat kita kepada Allah SWT mengenai urusan duniawi, ada beberapa doa yang diajarkan Nabi SAW untuk kita ulang-ulangkan setiap pagi dan petang adalah membaca doa berikut :

"Allahuma innanauzubika min annusrika bika syaian naklamuhu wanas taghfiruka limaa laa naklamu"
(Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu agar tidak menyekutukan-Mu kepada sesuatu, sedang kami mengetahuinya, dan kami memohon ampun terhadap apa-apa yang tidak kami ketahuinya."
(Hadis Riwayat Ahmad)

"Allahumma laayakti bil hasanaati illah anta walaa yazhab bissaiaati illah anta walahaulaa kuwataillah billa"
(Ya Allah! Tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau, dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, tiada upaya melainkan dengan Allah)
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Eloklah kita sentiasa membacanya setiap hari selepas solat Subuh dan Asar, memohon kepada Allah SWT. agar terselamat daripada syirik kepada-Nya dan sentiasa diberi kesihatan dan terhindar daripada musibah.

Oleh itu marilah kita jadikan doa-doa dan munajat kita kepada Allah SWT sebagai keperluan dan diulang-ulangkan setiap masa hingga tidak ada sesuatu pun yang kita perlukan melainkan kita meminta kepada Allah SWT. Jika kita lapar, haus, sakit, sedih, gembira, perlu kepada kewangan, perlu kepada isteri atau suami dan sebagainya terus minta kepada Allah SWT kerana hakikatnya kita hamba yang lemah dan perlu kepada yang Maha Kaya, Maha Berkuasa dan Maha Pengasih dan Penyayang iaitu Allah SWT. Yakinlah doa-doa kita semuanya akan ditunaikan oleh Allah SWT samaada tahap pertama, kedua atau ketiga seperti yang dinyatakan di atas.

Tuesday, June 7, 2011

Ciri-ciri Wanita Ahli Syurga.

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Wanita solehah yang beriman dan beramal soleh dan meninggalkan maksiat dan dosa dan mentaati suaminya ketika di dunia adalah wanita ahli syurga yang layak untuk memasuki mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.


Wanita solehah yang telah menjadi isteri wajib taat dan patuh kepada suaminya kerana reda Allah kepada isteri adalah bergantung kepada reda suami kepadanya selagi suami tidak melakukan maksiat dan dosa kepada Allah SWT.

Wanita solehah yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita muslimah ingin menjadi ahli syurga. Pada hakikatnya wanita ahli syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli syurga adalah seperti 
berikut :

1. Bertakwa.

Firman Allah SWT maksudnya : “(Apakah) perumpamaan (penghuni)  syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?” 
(Surah Muhammad ayat 15)
 
Bahkan syurga itu sendiri sememangnya disediakan Allah untuk mereka yang bertakwa sebagaimana firmanNya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. ( Surah Aali Imran : Ayat 133 )

2. Percaya rukun Iman dan menamalkannya.

Beriman kepada Allah SWT, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

Firman Allah SWT maksudnya : “ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” 
(Surah an-Nisaa’ ayat 13)

3. Percaya rukun Islam dan menamalkannya.

Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Taat pada suami dan menjaga kehormatan diri

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Hadis Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
 
Isteri yang solehah tidak akan menentang dan meminta cerai kepada suaminya jika suaminya berhajat berpoligami. Kerana berpoligami adalah diharuskan syarak dan isteri akan mendapat ganjaran yang besar apabila merestui dan mengorbankan perasaan hatinya kerana perbuatan suaminya adalah untuk membantu sesama muslim iaitu melindungi dan mengawini seorang wanita muslim yang memerlukan seorang ketua keluarga.
 
Isteri solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah SWT. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi--wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdoa kepada Allah hingga menitiskan air mata.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :"Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah."(Hadis Riwayat Muslim)

5.  Bersifat Ihsan.

Ihsan bermaksud seseorang itu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

6. Ikhlas kepada Allah SWT

Beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan)  dan tidak menyakiti hati kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang meminta-minta dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan marah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, berbohong, mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba dan menjadi saksi palsu .

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.(dengan mendapat keizinan suaminya)

15.Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan yang jauh

Sahabat yang dimuliakan,
Sekiranya setiap wanita muslimah beramal dan menghayati 15 ciri-ciri di atas maka dirinya layak menjadi wanita solehah dan melayakkan dirinya pula untuk memasuki syurga Allah SWT seluas langit dan bumi. 

Wanita amat mudah untuk memasuki syurga berbanding kaum lelaki kerana kaum lelaki akan dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak-anak dan isterinya dan mengajak masyarakat sekelilingnya kepada Islam . Kaum lelaki juga akan bertanggungjawab kepada keperluan ibu bapanya dan adik-adiknya yang belum berkahwin walaupun dia telah mendirikan rumah tangga.

Oleh itu, wahai kaum Hawa! Sekiranya kalian berhajat memasuki syurga Allah SWT dan kembali kepada Allah dengan mendapat reda-Nya, kalian perlulah melengkapkan 15 ciri-ciri di atas terutama kalian perlulah mentaati suami kalian, bersyukur dengan rezeki yang dibawa balik olehnya, kawal emosi dan perasaan marah kalian kepadanya dan  jangan mudah melepaskan kata-kata yang menyakiti hatinya, insya Allah doa kalian untuk menikmati syurga akhirat akan ditunaikan oleh Allah SWT.

Monday, June 6, 2011

Islam Mengharuskan Berpoligami Untuk Sesiapa Yang Berkemampuan

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Poligami adalah peruntukan yang diberikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peuntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ianya bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan.

Dalam akhbar Harian Metro hari ini 06.06.2911 seorang pelawak Salih Yaccob berkata, "Ini rezeki saya sekeluarga selepas bernikah kali ke 4. Alhamdulillah ia juga peluang saya, isteri-isteri serta anak bercuti dan berkumpul dalam satu keluarga besar." . Beliau dan 4 orang isteri-isterinya bersama 7 anak berlepas ke Bejing Cina semalam untuk bercuti 6 hari.

Jarang-jarang berlaku di dalam masyarakat kita seseorang berpoligami sehingga 4 orang isteri dengan dikurniakan hidup bahagia dan saling hormat menghormati di antara para isteri.
Bukanlah satu perkara yang mustahil seorang lelaki berkemampuan mengemudi bahtera kehidupan bersama para isteri seramai 4 orang dalam keadaan rukun damai seperti yang ditunjukkan oleh Salih Yaccob.

Firman Allah SWT. yang bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(.Surah An-Nisaa' Ayat 3)

Sahabat yang dimuliakan,
Berkahwin dengan  isteri kedua sah hukumnya tanpa meminta izin kepada isteri pertama. Syarat sah nikah tidak disyaratkan izin pada isteri bagi yang akan berpoligami, maka poligami tanpa izin isteri sah pernikahannya dari segi syariah, namun alangkah baiknya ia mendapat keizinan pada isterinya, walaupun bukan syarat sah namun selayaknya ia memberitahu dengan jujur pada isterinya, dan mengemukakan alasan-alasannya seperti yang ditunjukkan oleh isteri-isteri Salih Yaccob.

Isteri Barra’ bin Muawwir r.a berkata kepada Rasulullah SAW : "Aku syaratkan pada suamiku agar jangan menikah lagi!, Maka Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Ucapan itu tidak benar." (Hadis Riwayat Imam Tabrani dan periwayatnya sahih, majmu zawaid Juz 4 hal 255).

Hukum asal berpoligami adalah sunah  kerana Nabi SAW  berpoligami, demikian pula Saydina Abu Bakar shiddiq r.a, Umar bin Khattab r.a, Utsman bin Affan r.a dan Ali bin Abu Talib k.wj, begitu juga para sahabat-sahabat Nabi SAW yang lain.

Berpoligami di dalam Islam dibolehkan dan memberi gambaran kepada kita bahawa Islam merupakan agama fitrah yang mengikhtirafkan kepelbagaian keperluan dan kehendak dalam hidup berpasangan. Bagi memastikan amalan poligami ini diamalkan secara adil dan memberi kesejahteraan kepada keseluruhan umat Islam.
 
Salah satu hikmah poligami adalah jumlah wanita masa kini yg lebih ramai daripada lelaki , adakah cara penyelesaian untuk membantu kaum wanita yang hidup keseorangan yang memperlukan seorang ketua keluarga yang berwibawa?

Inilah  satu-satunya jalan keluar untuk mengatasi jumlah wanita yang lebih ramai daripada lelaki. Semoga Allah SWT memberikan kesedaran kepada kita untuk mencintai sunnah Nabi SAW. Islam tidak mewajibkan poligami, tidak pula menghalangnya, bagi yang ingin mengamalkannya maka syariah telah memperbolehkannya, bagi mereka yang takut berlaku tidak adil maka masih banyak sunnah yang lain yg menantinya, sesiapa yang mempertikaikan hukum poligami sebenarnya dia cuba mempertikaikan hukum Allah SWT.

Walaupun poligami adalah sunnah, tanpa keraguan, namun penyelewengan individu memang sering berlaku namun hal itu tak boleh menafikan hukum sunahnya secara keseluruhan . Islam adalah agama yang kesempurna, tidak ada kekurangan ataupun cela dalam segala hal yang fardu dan sunah, yang silap dan salah adalah penganutnya yang tidak mengikut ajaran Islam dengan sebenar-benarnya.

Poligami bukan saja dipandang untuk memenuhi keperluan seksual sahaja tetapi poligami adalah untuk menolong para wanita yang tidak bersuami seperti wanita bujang yang lanjut usia atau ibu-ibu tunggal yang memerlukan suami sebagai tempat berlindung, sebagai pendidik dan sebagai tempat mencurahkan kasih sayang dan penyelesaian masaalah kehidupan. Poligami juga dikira sebagai ibadah kerana dapat tolong menolong sesama muslim dan muslimat.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (Surah at-Taubah ayat 71)

Isteri pertama tidak boleh menuduk wanita yang menjadi madunya sebagai 'perampas' suami orang kerana dalam Islam tidak ada istilah 'perampas' kerana istilah tersebut adalah ditaja oleh wanita barat yang anti poligami. Seorang lelaki mempunyai 4 kuota dan harus dipenuhi semuanya jika berkemampuan seperti yang dipraktikkan oleh Salih Yaccob.

Wahai kaum wanita yang solehah! Kalian bersabar dan reda dengan suami kalian adalah sebesar-besar pahala disisi Allah SWT kerana reda Allah SWT kepada isteri adalah bergantung pada reda suami selagi suami kalian tidak melakukan sesuatu yang maksiat atau berdosa di sisi Allah SWT.

Sahabt yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita fahami bahawa poligami adalah salah satu daripada syariat Allah SWT. Kita perlu berfikiran positif dan tidak menanamkan kebencian kepada mereka yang mengamalkan poligami di dalam kehidupan berkeluarga. Setiap wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan meyakini akan syariat dan hukum-hukum Allah SWT. tidak boleh membenci dan menolaknya. Kerana dikhuatiri perasaan benci di dalam hatinya yang terbawa-bawa dengan fahaman barat boleh menjejaskan akidahnya. Para isteri yang meminta cerai kepada suaminya disebabkan si suami berpoligami adalah termasuk dikalangan isteri yang derhaka kerana alasan ini tidak dibenarkan syarak.