Saturday, January 12, 2013

Berdoalah Kepada Allah SWT Supaya Di Jauhi Daripada Seksa Kubur


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Seksa kubur memang menakutkan dan menggerunkan, namun begitu, Rasulullah SAW mengajar beberapa doa untuk diamalkan supaya umatnya terhindar daripada seksa kubur, seksa di Padang Mahsyar dan seterusnya selamat daripada api neraka. 

Berdasarkan kepada Al-Quran dan hadis, ulama telah menggariskan beberapa panduan atau kaedah yang boleh diamalkan, seperti yang dipaparkan dalam seperti berikut :

Salah satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk selalu dibaca pada penghujung solat adalah memohon agar dihindarkan dari azab kubur, iaitu;

َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّيْ ŰŁَŰčُوْŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ، وَمِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ ŰŹَهَنَّمَ، وَمِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰ­ْيَۧ وَŰ§Ù„ْمَمَۧŰȘِ، وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰłِيْŰ­ِ Ű§Ù„ŰŻَّŰŹَّŰ§Ù„ِ

Maksudnya : “Ya Allah, aku ber-lindung padaMu dari seksaan kubur, seksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Amalan lainnya yang dapat dilakukan agar terhindar dari seksa kubur adalah dengan membaca Surat al-Mulk (Tabarakalladzi biyadihil mulk…), setiap malam.

Űčن Űčۚۯ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšÙ† Ù…ŰłŰčÙˆŰŻ Ù‚Ű§Ù„ : من Ù‚Ű±ŰŁ { ŰȘŰšŰ§Ű±Ùƒ Ű§Ù„Ű°ÙŠ ŰšÙŠŰŻÙ‡ Ű§Ù„Ù…Ù„Ùƒ } كل Ù„ÙŠÙ„Ű© منŰčه Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšÙ‡Ű§ من Űč۰ۧۚ Ű§Ù„Ù‚ŰšŰ± ÙˆÙƒÙ†Ű§ في ŰčÙ‡ŰŻ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه و ŰłÙ„Ù… Ù†ŰłÙ…ÙŠÙ‡Ű§ Ű§Ù„Ù…Ű§Ù†ŰčŰ© ÙˆŰ„Ù†Ù‡Ű§ في كŰȘۧۚ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰłÙˆŰ±Ű© من Ù‚Ű±ŰŁ ŰšÙ‡Ű§ في كل Ù„ÙŠÙ„Ű© ÙÙ‚ŰŻ ŰŁÙƒŰ«Ű± ÙˆŰŁŰ·Ű§Űš

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, ia berkata, “Siapa membaca ‘Tabarokalladzi bi yadihil mulk (surat Al Mulk)’, setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Kami di masa Rasulullah SAW menamakan surat tersebut dengan ‘al-Mani’ah’ (penghalang dari seksa kubur). Dia adalah salah satu surat di dalam Kitabullah. Siapa membacanya setiap malam, maka ia telah memperbanyak dan telah berbuat kebaikan.” (Hadis Riwayat An-Nasai dan Al-Hakim)

Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu menceritakan, sekali waktu, ada sahabat Nabi SAW yang membuat kemah di atas sebuah tanah perkuburan, dia tidak tahu jika dia memasang kemahnya di perkuburan, tiba-tiba terdengar suara seseorang membaca surat Tabarakalladzi bi yadihil mulk (Surat al Mulk) sampai selesai.

Setelah kejadian itu, sahabat tersebut datang kepada Nabi SAW dan berkata, “Wahai Rasulullah, saya mendirikan kemah di atas kuburan dan saya tidak mengira jika tempat tersebut adalah kuburan, kemudian ada seseorang membaca surat Tabarak (surat Al Mulk) sampai selesai?”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Dia (Surat al-Mulk) adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang menyelamatkan (pembaca)-nya dari seksa kubur.” 
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Rasulullah SAW juga bersabda, “Ada suatu surat dari al Quran yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafaat bagi yang membacanya, sampai dia diampuni, iaitu Tabaarakalladzii biyadihil mulku… (surat Al Mulk).” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad, dari Abu Hurairah ra).

Kerana keutamaannya itu pula, Rasulullah SAW selalu membaca surat ini sebelum tidur. Jabir r.a. salah satu sahabat beliau menceritakan, “Rasulullah SAW tidak tidur hingga baginda membaca Alif Lam Tanzil (Surat As Sajdah) dan Tabarakalladzi biyadihil mulk (Surat al Mulk).” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila mati anak Adam dan dikebumikan sahaja di tanah perkuburan maka datanglah malaikat Munkar dan Nakir untuk mengajukan beberapa soalan . Jika mampu menjawabnya maka akan terselamatlah daripada seksaannya dan jika gagal menjawabnya maka manusia tadi akan di seksa dan dipukul dengan tukul besi yang besar dan berat.

Nabi SAW bersabda maksudnya :  “Jika seorang hamba telah diletakkan di kuburnya, dan sahabat-sahabatnya telah meninggalkannya, serta  mendengar suara sandal (tapak kaki) mereka, maka dua malaikat datang kepadanya kemudian duduk padanya. Kedua malaikat tersebut berkata,”Apa yanq dulu engkau katakan tentang orang ini (Rasulullah Salalallahu Alahi Wasalam) Adapun orang mukmin ia berkata,’Aku bersaksi bahawa dia hamba Allah, dan Rasul-Nya, kemudian dikatakan kepadanya, lihatlah ke kursimu (tempat dudukmu) di neraka, Allah telah memberi ganti untukmu dengan kursi dari syurga. ‘Orang Mukmin tersebut boleh melihat kedua kursi tersebut. Adapun munafik, atau orang kafir, maka kedua malakat bertanya kepada keduanya,’Apa yang dulu enqkau katakan tentang orang ini (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam)? ‘0rang munafik atau orang kafir tersebut berkata,’Aku tidak tahu. Dulu aku hanya berkata seperti yang dikatakan manusia. Dikatakan kepada 0rang kafir, atau orang munafik tersebut, Engkau tidak tahu, dan tidak mengikutinya? ‘Kemudian orang kafir, atau orang munafik tersebut dlpukul dengan tukul besi dengan pukulan yang membuatnya berteriak dengan teriakan yang boleh didengar makhluk-makhluk yang berdekatan dengannya kecuall manusia, dan jin.”  (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, An-Nasai, Abu Daud, dan Ahmad).

Jin dan manusia tidak dapat mendengar jeritan dan pekikkan ahli kubur kerana alam barzakh dengan alam dunia terdapat dinding yang menutupnya. Dengan ini bunyi yang menakutkan tidak dapat di dengar oleh manusia. Nabi SAW mempunyi kelebihan mukjizat daripada Allah SWT sehingga baginda boleh mendengar teriakan ahli-ahli kubur yang sedang di seksa.

Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Kalaulah tidak kerana kamu sekelian akan dikuburkan di dalam tanah nescaya aku akan berdoa kepada Allah supaya Dia mendengarkan kamu dari seksa kubur sebagaimana aku mendengarnya”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada riwayat Abi Ayyub katanya,  “Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang di hormati, 
Semua orang kafir dan munafik akan diseksa dengan seksaan yang hebat dan dahsyat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuk/menyengatnya hingga berdirinya kiamat. Jika sekiranya seekor sahaja dari ular-ular itu meniupkan bisanya ke bumi nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi)”.- (Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Abi Said al-Khudri r.a.)

Beberapa kesalahan yang dilakukan di dunia akan mendapat seksaan di alam kubur. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Melaga-lagakan (mengadu domba) dan mengampu.

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu’anhu berkata : “Suatu kali Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam melewati kebun di antara kebun-kebun di Madinah. Tiba-tiba baginda mendengar suara dua orang yang sedang diseksa di dalam kuburnya. Lalu Nabi Sallallahu’Alaihi Wasallam bersabda:

“Sungguhnya kedua mayat ini sedang diazab. Bukanlah keduanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci dari kencing. Dan seorang lagi kerana berjalan kesana kemari mengadu domba. Maka Nabi S.A.W meminta pelepah tamar yang basah lalu dipatahkan kepada dua bahagian dan dipacakkan kepada dua buah kubur tersebut. Dan Nabi SAW pun bersabda : Mudah-mudahan diringankan azab dari kedua mayat ini selama pelepah ini belum kering.” (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Tidak bersuci dengan sempurna ketika buang air kecil.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda: Bersucilah kamu daripada kencing kerana kebanyakkan yang diazab adalah dengan sebabnya.” (Hadis Riwayat al-Darqutni)

3. Solat tanpa menyempurnakan wuduk.

Rasulullah S.A.W.  bersabda  maksudnya :  “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci”(Hadis Riwayat Muslim )

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.  pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan solatnya .(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Nabi S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.

4. Meratapi kematian orang yang disayangi.

Salah satu amalan yang dilarang oleh Rasulullah SAW kepada umatnya adalah  meratapi dengan meraung-raung di atas kematian orang yang disayangi kerana disebabkan perbuatan tersebut akan menyebabkan simati di seksa di dalam kubur. Memadailah menangis tanda sedih di atas pemergian insan yang disayangi.

Daripada Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, “Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis Riwayat Bukhari)

Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

5. Meninggalkan kewajipan menunaikan solat, mengerjakan puasa dan membayar zakat.

Ketiga-tiga amalan fardu ini jika ditinggalkan bukan sahaja mendapat seksaan di hari akhirat tetapi mereka yang meningglkannya juga akan mendapat seksaan di alam barzakh. Betapa besarnya dosa yang ditanggung kerana meninggalkan amalan fardu tersebut.

Sahabat yang dikasihi, 
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari seksa kubur, di antaranya:

1. Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah.

2. Mati syahid di jalan Allah.

3. Membaca surat Al-Mulk.

4. Meninggal kerana sakit perut.

5. Meninggal dunia pada hari Jumaat.

Oleh itu beramallah dengan amalan soleh secara berterusan dan jauhilah segala perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa dan maksiat di sisi Allah S.W.T. Mukmin yang berhati-hati dan sentiasa muhasabah diri adalah lebih baik daripada mukmin yang berpuas hati dengan amalan-amalan yang telah dikerjakannya.

Pahala sesebuah amalan itu akan terputus ketika matinya anak adam. Namun pahala sedekah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh akan berterusan, ianya  akan terus mengalir kepada pemberinya sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)





Wednesday, January 9, 2013

Allah SWT Sentiasa Menerima Taubat Para Hamba-Nya Samaada Siang Atau Malam.

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Jika kita kenangkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan sepanjang hidup kita bermula daripada umur baligh hingga sekarang terlalu banyak tidak terkira. Namun demikian Allah SWT  tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran, percakapan dan kesihatan yang telah dikurniakan-Nya kepada kita. Malah Allah SWT yang bersifat  al-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain.

Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dalam menjalani kehidupan seharian, kerana manusia bersifat lemah dan sentiasa di dorong oleh kehendak hawa nafsu.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’ ayat 28)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Setiap anak adam sering melakukan kesalahan (dosa) dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Hadis Riwayat Ibn Majah )

Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan Dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm ayat 32 )
 

Islam memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab ( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hamba-Nya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran banyak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat.

Maksud firman Allah SWT : “Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur ayat 31)

Maksud Firman Allah SWT : "Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. ( Surah Ali Imran ayat 133)

Allah SWT juga berfirman: "Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." ( Surah Hud ayat 114).

Hadis-hadis Nabi SAW juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah ;

Dari Nabi SAW bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) : "Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Hadis Riwayat Muslim).

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah SAW kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa.

Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di alam barzakh dan hari akhirat kelak.

Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang telah mensyariatkan ibadat khusus dan mengalakkan amal soleh yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan.

Sahabat yang dimuliakan,
Pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!”

Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.

Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa a.s mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas. Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.”

Kepada Nabi Musa a.s, Allah SWT  menurunkan wahyu-Nya yang isinya: “Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”

Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?”

Allah SWT berfirman maksudnya : “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.” Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Nabi Musa a.s segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: “Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah  kepada kami semuanya!”

Mendengar seruan dari Nabi Musa a.s itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: “Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.” Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.”

Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit. Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa a.s berkata: “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”

Nabi Musa a.s. berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?”

Allah SWT berfirman maksudnya: “Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku?

Sahabat yang dikasihi,

Allah SWT telah menutup aib seorang hamba-Nya yang melakukan maksiat berpuluh-puluh tahun tetapai apabila dia bertaubat dan kembali menyesali perbuatannya itu taubatnya di terima dan dia bersih daripada segala dosa.

Nabi SAW bersabda maksudnya :“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat .” (Hadis Riwayat Muslim )

Oleh itu marilah sama-sama kita bertaubat kepada Allah SWT setiap masa tanpa tunggu bala turun atau hingga hati kita menjadi hitam disebabkan selaput dosa yang banyak kita lakukan. Jangan biarkan kita dosa-dosa menguasai diri kita dan bersihkannya dengan beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT kerana kita tidak mengetahui bila masanya ajal datang menjemput kita tanpa kita sedari.




Tuesday, January 8, 2013

Bersabarlah Jika Belum Di Kurniakan Zuriat Keturunan Walaupun Telah Lama Berkahwin



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap makhluk Allah SWT dimuka bumi ini telah dijamin oleh Allah SWT akan rezekinya. Samaada banyak atau sedikit, cepat datangnya atau lambat semuanya bergantung kepada ketentuan daripada Allah SWT. Sebagai hamba-Nya yang bersyukur dan reda dengan ketentuan takdir-Nya, seorang mukmin itu akan sentiasa berdoa, berusaha dan bertawakal, dan tidak akan kecewa daripada rahmat Allah SWT jika diuji dengan kegagalan  atau kesusahan.

Perlu diingat bahawa rezeki yang di kurniakan oleh Allah SWT kepada kalian bukan sahaja berbentuk wang ringgit, harta dunia atau pangkat kedudukan, tetapi rezeki daripada Allah SWT akan datang dalam berbagai bentuk. Sebaik-baik rezeki yang dikurnaiakan oleh Allah SWT kepada para hamba-Nya adalah rezeki berbentuk nikmat iman dan Islam, nikmat taufik dan hidayah-Nya dan keberkatan dalam kehidupan.  Nikmat berjihad di jalan Allah SWT dengan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Inilah bentuk rezeki yang terbaik dan tidak ada lagi rezeki yang lebih baik daripada itu. 

Firman Allah SWT maksudnya : "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali-Imran ayat 110)

Termasuk  rezeki daripada Allah SWT apabila kalian dijauhkan daripada penyakit, sihat tubuh badan dan sihat akal fikiran untuk berfikir dan memberikan idea yang baik dan bernas dan bekerja mencari nafkah, kerana berapa ramai saudara-saudara kita yang terlantar dihospital tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri melainkan mendapat bantuan daripada waris atau jururawat yang bertugas.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap pasangan yang berkahwin pasti berhajat kepada cahaya mata kerana anak-anak adalah penyeri dalam kehidupan berumah tangga. Keluarga yang belum dikurniakan zuriat keturunan walaupun telah berkahwin beberapa tahun akan mengalami kesunyian, kerana jika dibandingkan kehidupan sebahagian sahabat-sahabat yang lain walaupun baru berumah tangga sudah mempunyai cahaya mata.

Ingatlah sebenarnya anak juga adalah rezeki daripada Allah SWT yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Jika kalian telah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak maka banyakkan bersabar dan terus berdoa dan berikhtiar sebaik mungkin. Terdapat juga sebahagian daripada kita mengalami keguguran semasa mengandungkan anak sulung . Kadangkala boleh berlaku beberapa kali keguguran tanpa disangka-sangka mungkin disebabkan terjatuh atau mendapat gangguan sihir daripada jin-jin yang mengeram di dalam rahim wanita.

Di dalam al-Quran terdapat dua kisah para Nabi yang dikurniakan zuriat keturunan  dalam usia yang lanjut baru dikurniakan cahaya mata oleh Allah SWT iaitu Nabi Ibrahim a.s. (anaknya Nabi Ishak a.s.) dan Nabi Zakariah a.s. (anaknya Nabi Yahya a.s.)

Doa Nabi Ibrahim a.s.

Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (Surah Shaffat ayat 100)

Doa Nabi Zakaria a.s.

Firman Allah SWT :

۱َŰšِّ لَۧ ŰȘَŰ°َ۱ْنِي فَ۱ْŰŻًۧ وَŰŁَنŰȘَ Űźَيْ۱ُ Ű§Ù„ْوَۧ۱ِŰ«ِينَ - Ű§Ù„ŰŁÙ†ŰšÙŠŰ§ŰĄ/89

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Surah al-Ambia ayat 89)

Firman Allah SWT :

۱َŰšِّ هَŰšْ لِي مِن لَّŰŻُنْكَ Ű°ُ۱ِّيَّŰ©ً Ű·َيِّŰšَŰ©ً Ű„ِنَّكَ ŰłَمِيŰčُ Ű§Ù„ŰŻُّŰčَۧۥ- ŰąÙ„ ŰčÙ…Ű±Ű§Ù†/38

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan." (Surah Ali-Imran ayat 38) 

Selain daripada berdoa untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah, Allah SWT menyuruh kita banyakkan beristighfar memohon ampun daripada Allah SWT .

Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:

فَقُل فَقُلْŰȘُ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű„ِنَّهُ كَŰ§Ù†َ Űșَفَّۧ۱ًۧ (ÙĄÙ ) يُ۱ْŰłِلِ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥَ Űčَلَيْكُمْ مِŰŻْ۱َۧ۱ًۧ (ÙĄÙĄ) وَيُمْŰŻِŰŻْكُمْ ŰšِŰŁَمْوَŰ§Ù„ٍ وَŰšَنِينَ وَيَŰŹْŰčَلْ لَكُمْ ŰŹَنَّۧŰȘٍ وَيَŰŹْŰčَلْ لَكُمْ ŰŁَنْهَۧ۱ًۧ

Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)

Imam al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahumallah menyebutkan sebuah atsar dari al-Hasan al-Basri rahimahullah:

 Ű§Ù† Ű±ŰŹÙ„Ű§ ŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ Ű§Ù„ŰŹŰŻŰš ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ Ű§Ù„ÙÙ‚Ű± ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ ŰŹÙŰ§Ù ۚ۳ŰȘŰ§Ù†Ù‡ ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ ŰčŰŻÙ… Ű§Ù„ÙˆÙ„ŰŻ ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű«Ù… ŰȘÙ„Ű§ Űčليهم Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„ŰąÙŠŰ©

Maksudnya : “Bahawasanya seorang lelaki mengadu kepadanya tentang musim kemarau yang sedang terjadi. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”

Kemudian datang pula orang lain mengadu  kepada beliau tentang kefaqirannya. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain pula mengadu kepada beliau tentang kekeringan tanamannya. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristigfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain mengadu kepada beliau kerana masih tidak memiliki anak. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.” 

Kemudian al-Hasan al-Basri pun membacakan surah ini (Surah Nuh (71) ayat 11-12) kepada mereka.” (Tafsir al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/98)

Sahabat yang dihormati,
Jika ada diantara kalian pernah menjalani keguguran yakinlah itu adalah takdir daripada Allah SWT ada hikmah yang tersirat di dalamnya . Peristiwa ini semuanya adalah ujian Allah SWT kepada mereka yang bersabar. Berkemungkinan besar bayi yang ada di dalam kandungan tersebut tidak cukup sifatnya jika di lahirkan atau jika dilahirkan nanti akan mengundang masaalah kepada ibu bapanya maka dengan sifat Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan Maha Mengetahui maka kandungan tersebut digugurkan. Jika diteliti di dalam Surah al-Kahfi bagaimana Nabi Khaidir telah membunuh seorang kanak-kanak di dalam perjalanan bersama Nabi Musa a.s. kerana jika dibiarkan hidup anak tersebut akan menyesatkan kedua ibu bapanya. 

Sebahagian daripada kita diuji dengan kematian anaknya semasa kecil lagi kerana sakit atau berlaku kemalangan. Maka ibu bapa  bersabar dengan kematian kepada anak-anaknya maka janji Allah SWT adalah syurga.

Allah SWT berfirman: "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda kepada para wanita Anshar:

Maksudnya : “Tidaklah salah seorang dari kalian ditinggal mati oleh tiga orang anaknya, lalu ia sabar & mengharap pahala dari Allah, kecuali pasti ia akan masuk syurga.” Lalu berkatalah seorang wanita dari mereka, “Bagimana jika dua orang saja?” Rasulullah bersabda, “Meskipun dua orang.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 1249 & Muslim no. 4767)

Sahabat yang dikasihi,
Sentiasalah kalian bersabar di dalam semua situasi dan keadaan kehidupan, kerana tidak rugi jika kalian bersabar . Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan pahala yang besar tanpa terhitung banyaknya. Orang yang sentiasa bersabar dengan musibah yang menimpanya ketika di dunia maka di akhirat nanti terdapat seruan untuk memanggil mereka untuk memasuki syurga  Allah SWT kerana kesabarannya ketika di dunia.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda didalam Hadis Qudsi: Allah SWT  berfirman yang maksudnya :"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hamba-Ku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). "(Hadis Riwayat Imam Bukhari).






Monday, January 7, 2013

Carilah Sahabat Yang Baik Di Kalangan Lapan Golongan Manusia


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang waras perlu kepada sahabat yang akan bersama-samanya semasa susah dan senang.Keperluan kepada sahabat adalah fitrah manusia. Rasulullah SAW sendiri mempunyai sahabat-sahabat yang setia, yang sentiasa bersama-sama baginda di dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiah, bermula di Mekah dan seterusnya di Madinah hingga tertegaknya Daulah Islamiah di Madinah.

Kita juga perlu kepada sahabat, melalui sahabatlah kita akan mendapat menyelesaikan berbagai-bagai masaalah yang kita hadapi.Sahabat adalah penasihat utama kita, bila penasihat itu baik, maka jadi baiklah kita, begitu juga apabila penasihat itu tidak baik maka akan berlaku sebaliknya.

Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Seseorang itu atas agama (perjalanan) sahabatnya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa harus di pilih menjadi sahabat." (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan al-Hakim)

Ulama telah menjelaskan bahawa terdapat lapan jenis sahabat yang mana kesan dan akibatnya juga akan mendatangkan lapan hasil yang berbeza.

Lapan golongan tersebut adalah seperti berikut :

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, akibatnya akan ditambah Allah SWT kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya. 

2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, akibatnya akan dijadikan Allah SWT baginya kesukaan bersyukur dan reda menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3. Barangsiapa suka duduk dengan pemimpin negara (suka mengambil rasuah dan mengutamakan kroni) akibatnya akan ditambah Allah SWT kasarnya dan sombongnya.(mudah terpengaruh dengan pangkat dan hartanya)

4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akibatnya akan ditambah Allah SWT bodohnya dan syahwatnya.

5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akibatnya akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasik, akibatnya akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, kesannya akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama kesannya akan bertambahlah ilmu dan waraknya.

Huraiannya :

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, akibatnya akan ditambah Allah SWT kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

Renungkanlah firman Allah SWT :

وَيَوْمَ يَŰčَ۶ُّ Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمُ Űčَلَى يَŰŻَيْهِ يَقُولُ يَۧ لَيْŰȘَنِي ۧŰȘَّŰźَŰ°ْŰȘُ مَŰčَ Ű§Ù„Ű±َّŰłُولِ ŰłَŰšِÙŠÙ„Ű§ً يَۧ وَيْلَŰȘَى لَيْŰȘَنِي لَمْ ŰŁَŰȘَّŰźِŰ°ْ فُلَŰ§Ù†Ű§ً ŰźَلِÙŠÙ„Ű§ً لَقَŰŻْ ŰŁَ۶َلَّنِي Űčَنِ Ű§Ù„Ű°ِّكْ۱ِ ŰšَŰčْŰŻَ Ű„ِŰ°ْ ŰŹَŰ§ŰĄÙ†ِي وَكَŰ§Ù†َ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ لِلْŰ„ِÙ†ŰłَŰ§Ù†ِ ŰźَŰ°ُÙˆÙ„Ű§ً

Maksudnya : “ Dan ingatlah ketika orang-orang zalim menggigit kedua tanganya seraya berkata : “Aduhai kiranya aku dulu mengambil jalan bersama Rasul. Kecelakaan besar bagiku. Kiranya dulu aku tidak mengambil fulan sebagai teman akrabku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Quran sesudah Al Quran itu datang kepadaku. Dan syaitan itu tidak mahu menolong manusia” (Surah Al Furqan ayat 27-29)

Lihatlah bagiamana Allah SWT menggambarkan seseorang yang telah menjadikan orang-orang yang jahat sebagai teman-temannya di dunia sehingga di akhirat menyebabkan penyesalan yang sudah tidak berguna lagi.

Sifat orang kaya yang tamak tidak pernah merasa puas dengan harta. 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

« ŰȘَŰčِŰłَ ŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„ŰŻِّينَۧ۱ِ وَŰ§Ù„ŰŻِّ۱ْهَمِ وَŰ§Ù„ْقَŰ·ِيفَŰ©ِ وَŰ§Ù„ْŰźَمِÙŠŰ”َŰ©ِ ، Ű„ِنْ ŰŁُŰčْŰ·ِىَ ۱َ۶ِىَ ، وَŰ„ِنْ لَمْ يُŰčْŰ·َ لَمْ يَ۱ْ۶َ »

Maksudnya : “Celakalah hamba dinar, hamba dirham, hamba pakaian (qatifah) dan hamba mode.(khamisah). Jika diberi, ia reda .Namun jika tidak diberi, ia pun tidak reda". (Hadis Riwayat Bukhari no. 6435)

Dalam hadis yang lain. Dari Ibnu 'Abbas, ia mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

لَوْ كَŰ§Ù†َ Ù„Ű§ِŰšْنِ ۹ۯَمَ وَۧۯِيَŰ§Ù†ِ مِنْ مَŰ§Ù„ٍ Ù„Ű§َŰšْŰȘَŰșَى Ű«َŰ§Ù„ِŰ«ًۧ ، وَÙ„Ű§َ يَمْÙ„ŰŁُ ŰŹَوْفَ ْۧۚنِ ۹ۯَمَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„ŰȘُّ۱َُۧۚ ، وَيَŰȘُÙˆŰšُ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَى مَنْ ŰȘََۧۚ

Maksudnya : “Seandainya manusia diberi dua lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan lembah yang ketiga. Yang boleh memenuhi dalam perut manusia hanyalah tanah. Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 6436)

Firman Allah SWT maksudnya : “Bermegah-megahan dengan harta telah mencelakakan kalian.” (Surah At Takatsur ayat 1).

2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, akibatnya akan dijadikan Allah SWT baginya kesukaan bersyukur dan reda menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

Daripada Harithah bin Wahab r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli syurga? Iaitu orang-orang yang lemah dan dipandang hina (oleh manusia), kalau dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah mengabulkan sumpahnya, tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Iaitu setiap orang yang kasar perangai atau bersikap kasar, angkuh dan sombong”. 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Usamah r.a. daripada Nabi SAW sabdanya, “Aku berdiri dimuka pintu syurga lalu (kelihatan) kebanyakan orang yang masuk kedalamnya ialah orang-orang yang miskin, sedangkan orang-orang kaya ditahan, manakala ahli-ahli neraka pula disuruh bawa ke dalam neraka. Ketika aku berdiri dipintu neraka pula (kelihatan) kebanyakan yang masuk ke dalam ialah orang-orang perempuan”.  (Hadis Riwayat Muslim)

3. Barangsiapa suka duduk dengan pemerintah negara (mengambil rasuah dan mengutamakan kroni) akibatnya akan ditambah Allah SWT kasarnya dan sombongnya.(mudah terpengauh dengan pangkat dan hartanya)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Tiada seorang ( pemimpin ) yang diamanahkan oleh Allah memimpin rakyatnya, kemudian ketika ia mati diadapati telah menipu rakyatnya (berlaku tidaka adil ), maka Allah pasti akan mengharamkan baginya syurganya.( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Rasulullah SAW bersabda lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim maksudnya: "Siapa yang ditugaskan oleh Allah dalam mengatur umat, lalu ia tidak menyelesaikan hajat atau menolak aduan ( tidak membantu ) orang yang di bawah pimpinannya, maka di akhirat kelak Allah akan menolak hajatnya."

4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akibatnya akan ditambah Allah SWT bodohnya dan syahwatnya.

Islam melarang pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita tanpa ada mahram bersamanya.

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". (Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Allah SWT berfirman yang maksudnya :"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra' (17) ayat 32)

Allah berfirman agar melarang hamba-hambaNya dari perbuatan zina dan mendekatinya,
yakni melakukan perkara-perkara dan penyebab yang boleh menjerumuskan seseorang kepada penzinaan.Maksud nya zina itu seburuk-buruk jalan hidup.

5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akibatnya akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

Janganlah kerana kecintaan kepada kanak-kanak untuk melayan kesukaan dan kemahuan mereka menyebabkan kita hanya suka duduk dirumah dan meninggalkan kewajipan besar untuk menuntut ilmu di masjid dan berdakwah dijalan Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)."(Surah Ali Imran ayat 14)

6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasik, akibatnya akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

Orang fasik tidak takut melakukan dosa dan tidak merasa bersalah apabila melakukan dosa. Jika bersahabat dengan golongan ini kalian akan terikut-ikut dengan sikap dan peribadinya. Dia banyak mendorong cinta kepada dunia dan tidak suka untuk beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "..dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran." (Surah Al-Kahfi ayat 28)

7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, kesannya akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

Nabi SAW juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.

مَŰ«َلُ Ű§Ù„ْŰŹَلِÙŠŰłِ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­ِ وَŰ§Ù„ْŰŹَلِÙŠŰłِ Ű§Ù„ŰłَّوْŰĄِ كَمَŰ«َلِ Ű”َِۭۧŰšِ Ű§Ù„ْمِŰłْكِ ، وَكِÙŠŰ±ِ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻَّۧۯِ ، Ù„Ű§َ يَŰčْŰŻَمُكَ مِنْ Ű”َِۭۧŰšِ Ű§Ù„ْمِŰłْكِ Ű„ِمَّۧ ŰȘَŰŽْŰȘَ۱ِيهِ ، ŰŁَوْ ŰȘَŰŹِŰŻُ ۱ِÙŠŰ­َهُ ، وَكِÙŠŰ±ُ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻَّۧۯِ يُŰ­ْ۱ِقُ ŰšَŰŻَنَكَ ŰŁَوْ Ű«َوْŰšَكَ ŰŁَوْ ŰȘَŰŹِŰŻُ مِنْهُ ۱ِÙŠŰ­ًۧ ŰźَŰšِÙŠŰ«َŰ©ً

Maksudnya : “Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa.)

8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama kesannya akan bertambahlah ilmu dan waraknya.

Dari Jabir r.a, Rasulullah SAW telah bersabda: “Muliakanlah para ulama, sebab mereka adalah pewaris para nabi, maka orang yang memuliakannya bererti telah memuliakan Allah dan Rasul-Nya”. (Hadis Riwayat Al-Khatib al-Bagdadi)

Dari Mu’adz bin Jabal , Rasulullah SAW telah bersabda:“Keutamaan seorang ulama (yang mengamalkan ilmunya) dibandingkan dengan orang yang ahli ibadah adalah seperti keutamaan bulan purnama dengan seluruh bintang”. (Hadis Riwayat Abu Nu'aim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita cari dan pilih sahabat-sahabat yang baik daripada lapan golongan manusia yang dinyatakan di atas. Jika pilhan kita betul dan tepat maka kita akan mendapat nikmat dan kebahagiaan yang sebenar, tetapi jika kita tersalah pilih maka sahabat tersebut akan membawa kita lupa akan tanggungjawab sebenar kepada Allah SWT. Pilihan yang betul akan membawa keberkatan di dunia dan akhirat.

Sunday, January 6, 2013

Tiga Golongan Manusia Yang Akan Mendapat Laknat Allah SWT Di Dunia Dan Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)
 
Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.
 
Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.
 
Huraiannya :
 
Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.
 
Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua ibu bapa ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah (harus), begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat). Jika melanggar perintah kedua ibu bapa sudah dianggap derhaka apatah lagi membenci keduanya terutama ketika mereka berdua telah tua dan memerlukan bantuan dan pembelaan.
 
Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari reda Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
 
Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik. Salah satu sifat buruk anak kepada kedua ibu bapanya atau salah satu daripada keduanya adalah si anak suka mengungkit-ungkit pemberian atau menyakiti hati mereka dengan megulang-ulangkan kelemahan atau keaiban mereka pada masa lampau.

Di dalam Islam orang yang derhaka dan membenci kepada kedua ibu bapanya atau menyakiti hati mereka termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam neraka. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Surah Al Isra' ayat 23)
 
Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh Allah SWT.dan hidupnya di dunia ini tidak akan ada keberkatan kerana reda Allah SWT bergantung kepada reda kedua ibu bapa kepada anaknya.

 Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”  (Hadis riyawat Bukhari )

Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT.
 
Nabi SAW bersabda, “Aku beritahukan kepadamu tiga macam dosa yang paling besar, yakni: Mengada-adakan sekutu bagi Allah SWT, tidak patuh kepada kedua orangtuamu, dan memberikan kesaksian palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.
 
Salah satu sifat orang fasik adalah suka kepada isteri orang dan dia berusaha untuk menceraikan pasangan suami isteri tersebut. Mungkin bermula apabila wanita tersebut mengadu kepadanya bahawa dia mempunyai masaalah dengan suaminya. Sepatutnya sebagai seorang mukmin dia menasihatkan wanita tersebut supaya kembali mentaati suaminya dan melupakan perbalahan kecil urusan rumah tangga bukannya menggalakkan wanita tersebut meminta cerai kepada suaminya dengan itu dia akan berpeluang mengawininya. Akhlak lelaki seperti ini cukup buruk dan akan mendapat laknat Allah SWT di dunia ini dan di akhirat akan mendapat azab yang besar.
 
Perlu diingatkan kepada para wanita yang sudah berkahwin kalian perlu berhati-hati apabila meluahkan masaalah rumah tangga kepada lelaki yang kalian tidak kenal sepenuhnya hanya kenal di alam maya ini kerana ramai lelaki mempunyai "penyakit hati" dan akan mengambil kesempatan untuk "meneguk di air keruh" dan dikira berdosa kerana membuka aib suami kepada orang yang tidak berkenaan. Tetapi jika kalian berhajat mendapatkan khidmat nasihat maka dapatkanlah pejabat agama atau daripada ustazah atau ustaz atau pakar kaunseling maka hubungilah mereka yang berpengalaman dalam menyelesaikan masaalah rumah tangga.
 
Bukan sahaja lelaki yang merosakkan rumah tangga orang lain akan mendapat laknat daripada Allah SWT tetapi wanita tersebut yang tertarik dengan lelaki yang menghasutnya juga tidak akan masuk syurga kerana meminta cerai tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.
 
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”.  (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
 
Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.
 
Menghasut, mengadu domba, atau memprovokasi, dalam Islam disebut namimah.
 
Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk syurga.'' (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
 
Hakikat namimah ialah menyebarkan rahsia, mengadu domba dan mengumpat. Tidak seharusnya setiap keadaan yang tak disukai disampaikan ke orang lain, kecuali jika ditujukan untuk kemaslahatan kaum muslimin atau menolak kemaksiatan, seperti kesaksian di pengadilan.
 
Selain ancaman tidak masuk syurga, penghasut dikecam sebagai manusia paling buruk perilakunya. Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang orang yang paling buruk perilakunya di antara kalian? Yaitu, orang yang berjalan di atas muka bumi seraya menghasut, yang merosak di antara orang-orang yang tadinya saling mencintai, dan hanya ingin memceritakan aib orang-orang yang tidak bersalah.'' (Hadis Riwayat Ahmad).
 
Menghasut sangat berbahaya jika dibiarkan berlaku di dalam kehidupan sosial.
 
1. Munculnya benih saling mencurigai di antara sesama muslim.

2. Jatuhnya nama baik dan martabat seseorang.

3. Terciptanya kekacauan, ketakstabilan, dan ketidakharmonian dalam hubungan sosial.
 
Rasulullah SAW mengecam orang-orang munafik di Madinah kerana perilaku kotornya yang suka menghasut ketika baginda berhijrah. Kebiasaan menghasut sepertinya sudah menjalar dan meluas di negara kita pada masa ini. Melahirkan banyak bloger-bloger politik yang tidak bermoral dan sanggup menabur fitnah, maki hamun dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam.
 
Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Muslim)
 
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
 
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda : "Seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka". (Hadis Riwayat an-Nasaie)
 
Oleh itu jauhilah daripada segala bentuk perbuatan, percakapan, tulisan dan amalan yang  suka memecahbelahkan perpaduan umat Islam dengan memutuskan silaturahim, mengadu domba, menghasut, memfitnah, mengumpat dan menimbulkan permusuhan bukan sahaja mendapat dosa besar tetapi akan mendapat laknat Allah SWT  dan tidak akan mencium bau syurga.
 
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjauhi diri kita daripada tiga jenis manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT di dunia dan akhirat seperti hadis di atas. Untuk menjauhi daripada laknat Allah SWT perlulah kalian melakukan; pertama, mengasihi kedua ibu bapa kalian jangan menderhakainya dan berbaktilah kepada mereka jika mereka masih hidup dan jika mereka sudah meninggal dunia doakan mereka dan buatlah amal soleh untuk mereka. Kedua, jauhilah dan jangan cuba untuk mendekati wanita yang sudah berkahwin dengan tujuan-tujuan yang tidak bermoral,  jika terdapat ruang-ruang fitnah cubalah menutupnya. Jika berhajat untuk mencari pasangan hidup carilah janda atau gadis yang masih belum berpunya dan gunakanlah cara-cara yang diizinkan oleh syarak. Ketiga, janganlah sekali-sekali memecah belahkan perpaduan umat Islam. Jadikanlah diri kita sebagai penyelamat umat, pendakwah yang jujur dan ikhlas dan berjuang semata-mata mencari keredaan Allah SWT bukannya untuk mendapatkan nama, pujian dan kedudukan dalam masyarakat.
.