Saturday, January 14, 2012

Kewajipan Menggundi Semasa Pilihan Raya Untuk Memilih Pemimpin


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Umat Islam seluruh dunia telah kehilangan sisitem khalifah Islamiah . Setelah kejatuhan kerajaan Uthamiah di Turki pada tahun 1924, negara umat Islam telah berpecah belah dan membawa haluan masing-masing. Pemerentahan negara umat Islam tidak lagi menggunakan undang-undang Islam  bersumberkan al-Quran, sunah, ijmak ulama dan qiyas . Negara umat Islam telah menggambil undang-undang barat yang berdasarkan akal manusia dan meninggalkan hukum hudud , qisas dan diyat yang termaktub di dalam al-Quran dan sunah.

Undang-undang Islam hanya terpakai untuk umat Islam sahaja. Mahkamah Syariah memegang bidang kuasa dalam hal-hal undang-undang peribadi, seperti pernikahan, pewarisan, dan murtad .  Fungsi mahkamah syariah hanya menjalankan hukum Islam dalam bentuk hukum takzir sahaja denda tidak melebihi rm 3000 dan hukuman sebat tidak melebihi 6 sebatan dan penjara tidak melebihi 6 bulan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :“Islam bermula dagang dan akan kembali dagang. Maka berbahagilah sesiapa yang melaksanakannya semasa dagang” (Hadis riwayat Muslim)

Selepas generasi awal , datang pula beberapa generasi, kelemahan di kalangan pemimpin Islam mula berlaku. Sehingga kerajaan Islam gugur satu demi satu dan berakhir dengan kejatuhan Khilafah Islamiyah (Kerajaan Usmaniah ) di Turki. Serentak dengan itu pengaruh sekularisma yang di taja oleh penjajah Kristian telah menjalar keseluruh negara yang di perintah oleh pemimpin Islam, hingga kini tidak ada lagi yang terkecuali akhirnya Islam menjadi dagang.

Umat Islam hari ini yang memiliki kekuasaan telah mengambil undang-undang dan peraturan hidup yang bukan dari ajaran Islam samaada dari segi muamalat, undang-undang jenayah, ekonomi dan pendidikan.Berbagai-bagai fahaman dan idealogi bercampur –aduk dengan Islam dan akhirnya perbuatan makruf di pandang mungkar dan yang mungkar di pandang makruf.

Untuk mengembalikan balik Islam di tempatnya yang asal perlu kepada pengorbanan yang berterusan, perlu kembali kepada manhaj tarbiyyah Rasulullah SAW, iaitu kita mesti kembali mentauhidkan Allah SWT dan membetulkan akidah umat Islam. Membetulkan kefahaman mereka terhadap ajaran Islam dan seterusnya Islam dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian. Bermula dengan menegakkan Jemaah Islam, menyatu padukan Islam dibawah kepimpinan Islam yang jelas wadah perjuangannya tidak lari daripada sunah Rasulullah SAW dan ulama-ulama yang muktabar .

Sahabat yang dimuliakan,
Umat Islam perlu memahami realiti semasa dan bertindak bijak mengikut kaedah syarak dan tidak mengikut emosi dan pendapat (menggunakan cara kekerasan) yang merugikan umat Islam sendiri. Umat Islam perlu disatukan dibawah Jemaah Islam dan menggunakan cara dakwah dan tarbiah sebagai asas untuk kembali kepada ajaran Islam.

Contoh yang jelas bagaimana Jemaah Islam Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh al-Imam Hasan al-Banna berjaya menyatu padukan umat Islam di Mesir dan umat Islam seluruh dunia dengan pendekatan dakwah dan tarbiah dan tidak menggunakan pendekatan kekerasan, pemberontakan dan keganasan. Penyebaran fikrah Islam dan kefahaman Islam yang betul telah di sebarkan ke seluruh dunia.

Di seluruh dunia dinegara-negara umat Islam telah dikuasai oleh pemimpin umat Islam yang sekular yang mengambil undang-undang barat sebagai perlembagaan negara masing-masing.

Kerajaan-kerajan umat Islam ini masih memberi ruang untuk memilih pemimpin di dalam pilihan raya secara demokrasi dan terbuka. Walaupun kita akui terdapat penyelewengan dan penipuan dalam pilihan raya tetapi umat Islam tidak boleh membiarkan ruang untuk memilih pemimpin dan menguasai pemerentahan secara aman dalam pilihan raya dibiarkan begitu sahaja. Jika kita boikot pilihan raya maka kita telah membiarkan pemimpin yang rasuah dan rosak akhlaknya akan memimpin kita. Tindakkan tidak terlibat dalam pilihan raya adalah merugikan Islam kerana terdapat banyak ruang untuk kita memperkasakan ajaran Islam jika menang dalam pilihan raya.

Berdasarkan kaedah syarak : " Tidak sempurna yang wajib itu melainkan dengan jalan ini maka jalan ini menjadi wajib."

Menegakkan hukum-hukum Allah SWT adalah wajib dan berada bersama Jemaah Islam yang berusaha menegakkan Islam (menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiah) untuk mengembalikan balik umat Islam kepada ajaran Islam dan menegakkan hukum-hukum Islam adalah wajib.

Termasuk juga dikira wajib untuk mengundi di dalam pilihan raya untuk memilih pemimpin Islam yang baik akhlaknya berdasarkan kaedah di atas. Kerana salah satu cara untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT  adalah dengan menguasai kepimpinan negara  untuk menyempurnakan perlaksanaan hukum-hukum Allah SWT , maka adalah wajib kita membuat pilihan yang betul semasa kita membuang undi dalam pilihan raya.

Sahabat yang dihormati,
Setiap amalan dalam hidup kita dikira sebagai ibadah. Daripada sekecil-kecil perkara (seperti membuang kayu atau besi yang ada dijalan raya) hinggakan memilih pemimpin negara semuanya dikira sebagai ibadah. Setiap amalan dan perbuatan kita akan ditanya dan disoal di hari akhirat nanti. Adakah kita menganggap bahawa undi dalam pilihan raya adalah perkara kecil sehinggakan kita tidak kisah sangat siapa yang kita pilih. Kalian perlu ingat pemilihan kalian yang salah akan di pertanggungjawabkan di hari akhirat. Jika pemimpin yang kalian pilih terang-terang menentang hukum hudud, mempersenda-sendakan Islam, bersekongkol dengan pembuat fitnah , mengambil rasuah dan melakukan kezaliman (rakyat ditahan tanpa dibicarakan) dan menafikan hak rakyat untuk bersuara maka kalian PASTI akan menanggung dosa yang sama jika pemimpin tersebut melakukan kemugkaran tersebut.

Firman Allah SWT surah an-Nahl ayat 28-29 maksudnya :
28: (Iaitu) orang yang dimatikan oleh malaikat dalam keadaan mereka menzalimi diri sendiri, lalu mereka tunduk menyerah (sambil berkata): "Kami tidak melakukan sebarang kejahatan.” (Malaikat menjawab): "Bahkan (kamu ada melakukannya); sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui) akan apa yang kamu telah kerjakan.”
29: "Oleh itu, masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam, kekallah kamu di dalamnya; maka sesungguhnya (neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong takbur.”

Pemimpin yang zalim tidak akan mencium bau syurga dan rakyat yang memilih pemimpin tersebut juga akan termasuk di dalam golongan bersama-sama pemimpin yang zalim tadi. Tanpa adanya pemilihan (undi dalam pilihan raya) maka mereka tidak akan menjadi pemimpin. Rakyat yang memilih mendapat saham yang sama, tidak dikurangkan walaupun sedilit.

Maka adakah kalian sanggup mempertaruhkan masa hadapan kalian di akhirat semata-mata kalian terpengaruh dengan janji-janji manis pemimpin seperti ini? Jangan terpengaruh sangat dengan janji-janji duniawi kerana harta dunia akan habis dan rosak tetapi dosa besar yang kalian tanggung amat berat dan tidak ada siapa yang boleh menolongnya melainkan kalian sendiri yang akan menanggungnya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri , mungkin sepanjang hidup kalian, kalian telah banyak melakukan kesalahan dan kesilapan kerana kalian mengundi ikut emosi dan pengaruh media masa,  sedangkan besar risikonya jika tersilap membuat pilihan. Oleh itu dalam masa yang terdekat ini jika berlakunya pilihan raya perlulah kalian berhati-hati dan jangan silap lagi apabila kalian gunakan tangan kanan kalian untuk memangkah. Pangkahlah kepada mereka yang benar-benar ikhlas dalam pemperjuangkan Islam dan keadilan supaya kebaikan yang akan dibuat oleh pemimpin tersebut ( yang kalian pilih) kalian akan mendapat saham kebaikannya dan mendapat keredaan Allah SWT.

Jika kalian ditanya nanti di akhirat apakah usaha dan peranan kalian untuk menegakkan hukum-hukum Allah?  Kalian boleh menjawab bahawa kalian telah menggunakan tangan kalian untuk membuat pemilihan terbaik. Kalian tidak akan ditanya samaada berjaya atau tidak yang penting tugas dan tanggungjawab kalian telah kalian penuhi. Ini adalah jihad dan pengorbanan kalian yang besar disisi Allah SWT. Buatlah sesuatu perubahan dan berdoalah kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengizinkan ISLAM berkuasa memerentah dan mentadbirkan negara mengikut syariat Allah SWT.







2 comments:

Anonymous said...

UNDILAH BN DEMI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT..................

abubasyer said...

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri , mungkin sepanjang hidup kalian, kalian telah banyak melakukan kesalahan dan kesilapan kerana kalian mengundi ikut emosi dan pengaruh media masa, sedangkan besar risikonya jika tersilap membuat pilihan. Oleh itu dalam masa yang terdekat ini jika berlakunya pilihan raya perlulah kalian berhati-hati dan jangan silap lagi apabila kalian gunakan tangan kanan kalian untuk memangkah. Pangkahlah kepada mereka yang benar-benar ikhlas dalam pemperjuangkan Islam dan keadilan supaya kebaikan yang akan dibuat oleh pemimpin tersebut ( yang kalian pilih) kalian akan mendapat saham kebaikannya dan mendapat keredaan Allah SWT.

Jika kalian ditanya nanti di akhirat apakah usaha dan peranan kalian untuk menegakkan hukum-hukum Allah? Kalian boleh menjawab bahawa kalian telah menggunakan tangan kalian untuk membuat pemilihan terbaik. Kalian tidak akan ditanya samaada berjaya atau tidak yang penting tugas dan tanggungjawab kalian telah kalian penuhi. Ini adalah jihad dan pengorbanan kalian yang besar disisi Allah SWT. Buatlah sesuatu perubahan dan berdoalah kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengizinkan ISLAM berkuasa memerentah dan mentadbirkan negara mengikut syariat Allah SWT.