سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 73 adalah menjelaskan persoalan hati yang mati, doa waktu pagi dan petang, syaitan musuh utama, hukum faraid dan aurat wanita.
651. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan apakah faktor-faktor hati menjadi mati dan cara-cara menghidupkan balik hati yang telah mati?
Jawapan :
Hati seseorang itu akan menjadi mati apabila terlalu kasih kepada dunia, takut mati, suka melakukan maksiat dan bakhil untuk bersedekah.
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT. di dalam al-Quran :
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi SAW. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah SWT. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah SWT. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan".
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"
Nabi Muhammad SAW. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Cara-cara untuk menghidupkan hati yang mati adalah :
1. Membaca al-Quran, dan meneliti terjemahannya.
Firman
Allah SWT. yang bermaksud, “Dan kami turunkan dari al-Quran suatu yang
menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan al-Quran
itu tidaklah menambah kepada orang-orang zalim selain kerugian.”
(Surah al-Isra’ ayat 82)
2. Berzikir. kepada Allah SWT.
Seorang
pemuda bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah, sesungguhnya
pintu-pintu kebaikan itu banyak, tapi aku tak mampu melakukan
seluruhnya. Beritahukanlah kepadaku nasihat apa yang dapat aku pegang
teguh, nasihat yang singkat sehingga aku tidak mudah melupakannya.”
Rasulullah SAW menjawab, “Basahlah lidahmu selalu dengan zikrullah.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Dari
Abu Musa r.a. Rasulullah SAW besabda yang bermaksud : “Perumpamaan
orang yang berzikir dengan yang tidak berzikir, seperti orang yang hidup
dan orang yang mati.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
3. Beristighfar kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”
(Surah Al-Anfal ayat 33)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya
syaitan itu berkata kepada Allah : ‘Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak
akan berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka masih
ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah SWT. menjawab. ‘Demi Izzah-Ku
dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka selama mereka beristighfar
memohon ampun kepada-Ku.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)
4. Sentiasa menuntut ilmu dan menghadirkan diri di majlis ilmu.
Allah memberikan keutamaan dan kemuliaan bagi orang-orang yang berilmu dalam firman-Nya dalam Al-Quran surat Al-Mujadalah ayat 11 : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”.
Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah SWT dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.
5. Banyak bersedekah.
Sifat suka bersedekah kepada fakir miskin akan menimbulkan rasa keinsafan dan kesedaran dalam diri seseorang. Terkikis sifat bakhil dan mementingkan diri sendiri.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
652. Soalan : Apakah doa yang perlu diamalkan setiap hari di waktu pagi dan petang untuk menolak bala dan musibah?
Jawapan :
Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi SAW. bersabda: “Sesiapa membaca
‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS
SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’
Maksudnya : "Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui", sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad no 497)
Satu ketika Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah, padahal dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut.
Dalam hadis yang lain Nabi SAW ada mengajarkan satu doa untuk kita amalkan supaya doa tersebut menjauhkan kita daripada kesusahan bala. maksudnya :"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qada dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)" (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Dari Abu Darda' r.a dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda maksudnya ;
"Barangsiapa diwaktu pagi dan petang membaca ; 'Hasbiallahu
lailahaillahu alaihitawakkaltu wahuwarabbul 'arsilazim' (Cukuplah Allah
bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. dan
Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung ' (Surah at-Taubah ayat
129), tujuh kali, maka Allah akan mencukupi apa yang diinginkan dari
perkara dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Ibnu Asakil
secara marfu')
Amalkanlah doa-doa tersebut di atas setiap hari waktu pagi dan petang sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW dan yakinlah bahawa kita sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT daripada musibah, bala, su'ul khatimah dan gangguan sihir.

653. Soalan : Syaitan adalah musuh utama orang mukmin. Bolehkan ustaz huraikan apakah amalan-amalan yang di sukai oleh syaitan supaya kita dapat menjauhinya?
Jawapan.
Jika dikaji berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW terdapat 14 perkara yang disukai oleh syiatan. Oleh itu perlulah kita jauhkan diri daripada perkaraperkara yang di sukai oleh syaitan.
1. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri :
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. "(Hadis Riwayat Muslim)
2. Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri :
Rasulullah SAW melihat seseorang yang minum sambil berdiri.
Baginda menegur, " Jangan begitu! "
Orang itu bertanya, " Mengapa? "
Rasulullah menjawab, " Adakah kamu suka minum bersama kucing? "
Orang itu menjawab, " Tidak. "
Rasulullah SAW meneruskan: "Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan. "(Hadis Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)
3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi :
Sekiranya kalian menguap, ingatlah itu adalah daripada syaitan.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Menguap adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi 'Haaa', maka ketawalah syaitan. "
( Hadis Riwayat Bukhari)
Jika tidak dapat menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan tangan dan berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka). "
( Hadis Riwayat Muslim)
4. Syaitan kencing di telinga :
Apabila seseorang itu tidur sehingga pagi hari maka syaitan kencing di kedua belah telinganya seperti di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud : " Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya"
5. Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam :
Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud: "Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca 'Bismillah' ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada golongannya ; " Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga memiliki makanan malam. "
Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan kepada golongannya ; " Kalian telah mendapat tempat bermalam. "
Apabila seseorang tidak mengingati Allah ketika makan, maka berkatalah syaitan kepada golongannya ; "Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam. "
6. Syaitan makan sisa-sisa makanan :
Apabila Rasulullah SAW makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali.
Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya) : "Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan. "
Anas melanjutkan ; " Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskan sebarang sisa makanan. "
Baginda berpesan ; " Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan. " (Hadis Riwayat Muslim)
7. Orang yang membazir ialah saudara syaitan:
Siapakah yang telah mempersaudarakan seorang yang membazir dengan syaitan?. Allah SWT sendiri yang mempersaudarakan antara keduanya. Firman Allah SWT ;
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ
Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan." (Surah Al-Isra' ayat 27)
8. Syaitan mengganggu ibadat manusia :
Sahabat bernama ‘Uthman bin Abi al-‘Ash mengadu kepada Rasulullah SAW ;
" Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta bacaan Al-Quran ku, dan ia selalu mengelirukan aku. "
Maka Rasulullah menjawab ; " Itulah syaitan yang disebut sebagai 'Khanzab', maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali. ‘Uthman bin al-‘Ash kemudian berkata; " Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku. " (Hadis Riwayat Muslim)
9. Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ketenangan adalah daripada Allah manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan. " (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
10. Sikap cemburu adalah daripada syaitan :
Cemburu di sini ialah cemburu membabi-buta tanpa bukti dan usul periksa. Seperti hadis Aishah r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: " Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu cemburu? "
" Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti tuan? "
Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan : "Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?"
" Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan? "
" Ya. "
" Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia? "
" Ya. "
" Apakah syaitan juga bersama kamu wahai Rasulullah? "
" Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku daripadanya. "
11. Perasaan marah adalah daripada syaitan :
Apabila seseorang itu di dalam keadaan marah, syaitan menguasai dirinya sehingga sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan. Perkara ini boleh diatasi dengan membaca 'istiqhfar' .
Sulaiman Bin Surd berkata: "Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, terdapat dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul. Maka Nabi SAW bersabda: " Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah 'A'uzubillahi minash syaitan' nescaya kemarahannya akan hilang. "
( Hadis Riwayat Bukhari)
12. Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja :
Kita sering dilarang oleh ibu bapa kita supaya tidak berada di luar rumah pada waktu senja.
Pesanan ini berasal daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: " Apabila malam menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak kalian (daripada keluar) kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu waktu Isya', maka lepaskanlah mereka". (Hadis Riwayat Bukhari)
13. Pasar adalah tempat kegemaran syaitan :
Tempat-tempat seperti ini merupakan tempat syaitan melepak.
Rasulullah SAW bersabda: " Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dipacakkan. "
( Hadis Riwayat Muslim)
Pada masa kini pusat membeli belah, pasaraya dan bursa saham juga termasuk di dalam hadis di atas.
14. Syaitan boleh membesar seperti rumah :
Imam Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi SAW. Dia berkata , " Tunggangan Nabi SAW tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan. "
Nabi SAW bersabda : " Janganlah kalian menyebut 'Celakalah syaitan!' kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku!' . Sebaliknya sebutlah 'Bismillah!' kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat. "
654. Soalan : Sepupu saya perempuan telah meninggal dunia beliau ada meninggalkan sebiji loket belian nilainya adalah ribuan ringgit. Jika
dijual, perlukah dibahagi mengikut hukum faraid.? Yang ada suami dan 2
orang anak lelaki. Menurut suami, sebenarnya ada lagi barang kemas arwah isterinya
tetapi diambil oleh adik beradik dan ibunya sendiri . Mustahil untuk
mengambilnya semula. Perlukah dia beritahu kepada ipar-ipar secara lisan
untuk menghalalkan ataupun cukup sekadar niatnya sahaja.?
Jawapan.
Jawapan.
Pertama : Semua bentuk harta peninggalan si mati sama ada berupa wang, harta boleh alih (kereta, motor dan sebagainya) atau tidak boleh alih (tanah, rumah dan sebagainya) dan barang-barang berharga dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya mesti diagihkan kepada ahli-ahli warisnya yang berhak mengikut hukum faraid yang ditetapkan Allah dan Rasul.
Harus
dibahagikan secara persepakatan dengan syarat mendapat persetujuan semua
ahli waris yang berhak tanpa terkecuali seorang pun. Dikecualikan jika
ada ahli waris yang belum baligh, maka haknya mesti diberikan penuh
mengikut yang diperuntukkan dalam hukum faraid, kerana persetujuannya
tidak dipakai.
Kedua : Membolot harta si mati sedangkan ada ahli-ahli waris lain yang turut berhak atas atas harta itu, perbuatan tersebut merupakan dosa besar kerana memakan harta orang lain secara batil.
Firman Allah SWT yang bermaksud; "Dan janganlah kamu memakan harta sesama kamu
dengan jalan yang batil" (Surah al-Baqarah, ayat 188).
Memakan harta
orang secara batil bermaksud melalui jalan yang haram termasuklah
mencuri, merampas hak orang lain dan sebagainya (Lihat; Tafsir
al-Jalalain; Surah al-Baqarah, ayat 188). Sabda Nabi SAW yang bermaksud ; "Tidak halal bagi
seseorang mengambil sesuatu dari harta saudaranya yang lain kecuali
dengan keredhaan darinya" (Hadis Riwayat Ahmad dari Amrin bin Yasribi r.a..
Juga diriwayatkan dari Khifah ar-Raqasyi r.a.. Lihat; Ziyadah al-Jami'
as-Saghier, no. 3891. Menurut Syeikh al-Albani, hadis ini soheh).
Ketiga : Sekalipun orang yang dirampas haknya menghalalkan haknya yang dirampas, itu tidak mencukupi untuk menggugurkan dosa dari orang yang merampas. Ini kerana syarat taubat bagi orang yang melakukan dosa yang berkait dengan hak manusia lain ada empat;
1. Ia meninggalakan perbuatan dosa itu
2. Ia menyesali ketelanjuran melakukannya.
3. Ia bertekad/berazam tidak akan mengulanginya lagi
4. Ia memulangkan hak orang lain yang dirampasnya atau memohon halal dari mereka.
Dengan penghalalan dari orang yang dirampas haknya, ia hanya menggugurkan tuntutan harta dari orang yang merampas iaitu menyelesaikan syarat ke 4 di atas. Adapun tiga syarat sebelumnya tidak terlaksana dengan semata-mata penghalalan tersebut. Ia mesti datang hari kesedaran hati orang yang terlibat dengan dosa tersebut.
Oleh demikian, hendaklah ada orang yang memperingatkan ibu dan sudara-saudara si mati tentang perbuatan mereka yang salah di sisi agama itu (merampas harta orang lain). Tindakan suami si mati menghalalkan haknya yang dirampas, ia mendapat pahala dengan tindakan itu. Namun ia tidak menggugurkan dosa dari ibu mertua dan adik-beradik iparnya jika mereka tidak bertaubat. Lagi pula harta itu membabitkan juga anak-anak si mati, tidak cukup dengan penghalalan dari suami sahaja. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang belum baligh di mana persetujuan mereka tidak dipakai, bermakna; hak mereka mesti diberi secara penuh tanpa digugurkan sebarang hak pun. Wallahu a'lam.

655. Soalan : Ustaz apa hukum seorang perempuan berchating secara webcam tidak
menutup kepala dan tidak menampakkan auratnya yang lain kecuali rambut
sahaja. Saya ada mendengar hukum menunjukkan gambar tidak menutup kepala
kepada orang lelaki tidak dikira berdosa kecuali mendatangkan syahwat. Saya ingin mendapatkan kepastian kerana hukum agama ini bukan boleh beri pendapat suka-suka sahaja tanpa dalil.
Jawapan;
Terdapat larangan yang jelas dari al-Quran dan as-Sunah ke atas wanita beriman agar menutup aurat iaitu seluruh badan kecuali muka dan dua tangan sahaja yang harus didedahkan. Lihat surah an-Nur, ayat 31. Antara yang disuruh Allah agar ditutup ialah bahagian kepala. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita mukmin) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga menutupi belahan leher baju mereka" (Surah an-Nur, ayat 31). Menurut ulama tafsir; ayat ini bermaksud supaya wanita-wanita beriman menutup kepala mereka, leher serta dada mereka dengan kain-kain tudung (Lihat; Tafsir al-Jalalain).
Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu 'anhu yang menceritakan; Asmak binti Abu Bakar suatu hari telah masuk bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan memakai pakaian yang nipis, lantas baginda berpaling dari melihatnya sambil bersabda; "Wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila telah kedatangan haid (yakni sampai umur), tidak harus dilihat badannya melainkan ini dan ini sahaja" sambil baginda menunjuk ke muka dan dua tangannya" (Hadis Riwayat Abu Daud dari Aisyah).
Maksud dari arahan menutup aurat ialah tidak mendedahkannya untuk tontonan orang lain yang tidak diizinkan Allah melihatnya, iaitulah lelaki-lelaki yang bukan mahram. Apabila seorang wanita mengambil gambar dirinya ketika ia tidak menutup aurat, kemudian ia menunjukkan gambar itu kepada lelaki yang bukan mahramnya, apakah itu tidak dinamakan mendedahkan auratnya kepada orang yang tidak diizin Allah.? Jawapannya tidak lain adalah "Ya". Jadi tidak syak lagi bahawa perbuatan tersebut adalah dilarang.

Kewajipan wanita Islam menutup aurat bukan atas alasan timbul
syahwat orang atau tidak (jika ia mendedah aurat), tetapi kerana
menyahut arahan Allah dalam al-Quran dan hadis tadi. Menjaga dari
timbulnya syahwat hanyalah hikmah dari arahan menutup aurat, bukan illah
(sebab) kepada menutup aurat kerana illahnya ialah arahan Allah. Contoh
lain; sekalipun tiada kebimbangan berlaku zina, haram seorang wanita
berduaan dengan lelaki yang bukan mahramnya kerana berduaan itu dilarang
oleh Nabi SAW. Tidak harus seorang wanita berkata; "Tidak mengapa saya
berduaan dengannya kerana saya yakin dapat menjaga diri dari zina".
Selain arahan supaya menutup aurat, terdapat juga arahan supaya menjaga pandangan mata. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki-lelaki mukmin; hendaklah mereka menahan pandangan-pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 30).

"Dan
katakanlah kepada wanita-wanita beriman; hendaklah mereka menjaga
pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 31).
Sabda Nabi SAW yang bermaksud,
"Apabila seorang lelaki muslim menahan pandangannya tatkala terlihat
wanita cantik, Allah akan gantikan untuknya (bagi mujahadahnya menahan
pandangan itu) dengan kemanisan beribadah" (Hadis Riwayat Ahmad dari Abi
Umamah).
Persoalan; apabila seorang lelaki melihat gambar wanita yang
tidak menutup aurat (seperti mendedahkan rambutnya), apakah ia dianggap
menjaga pandangannya? Jawapannya sudah tentu "Tidak". Oleh demikian,
anggapan bahawa gambar dikecualikan dari ayat yang menyuruh menutup
aurat dan ayat yang menyuruh menjaga pandangan, anggapan tersebut adalah
tidak benar sama sekali. Ia bukan sahaja bertentangan dengan kehendak
ayat, malah membuka jalan kepada perbuatan dosa yang lebih besar lagi
iaitu melihat gambar lucah dan menonton video lucah dengan alasan ia
bukan sebenar tetapi hanya foto atau rakaman. Dalam kaedah (prinsip)
Fiqh ada dinyatakan "Ma Adda Ila al-Haram Fahuwa Haramun" (Sesuatu yang
mendorong kepada yang haram, ia turut diharamkan)". Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment