سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 72 adalah menjelaskan persoalan kebaika memakmurkan masjid , hukum menjatuhkan kerajaan Islam yang sah, peratus keuntungan dalam perniagaan, sifat-sifat mahmudah dan ciri-ciri ulama pewaris nabi.
646. Soalan : Apakah fadhilat dan kebaikan memakmurkan masjid-masjid Allah SWT?
Jawapan :
Apabila kita memakmurkan masjid-masjid Allah SWT itu adalah tanda orang yang beriman dan sentiasa mengerjakan amal soleh dan akan mendapat petunjuk daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT. dalan surah At-Taubah ayat 18 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mengerjakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut selain dari Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan mendapat petunjuk."
Menurut satu hadis dari Nabi SAW. bahawa salah satu golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah SWT. di hari kiamat nanti adalah insan yang hati dan jiwanya terpaut dengan masjid.
Dari Abu Hurairah r.a. yang berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah akan menghapuskan kesalahan dan meninggikan darjat?" Mereka menjawab, " Ya, wahai Rasulullah!" Baginda bersabda, " Menyempurnakan wuduk di saat-saat sulit, banyaknya langkah ke masjid dan menunggu solat (berikutnya) setelah (melakukan solat). Maka itu merupakan pengikat.. itu merupakan pengikat." (Hadis Riwayat Muslim)
647. Soalan : Apakah hukum menjatuhkan kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat?
Bolehkan ustaz terangkan kenapa pihak tentera Mesir sanggup menggulingkan pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan sanggup membunuh rakyatnya sendiri yang berdemontrasi secara aman. ? Sedangkan mereka menuntut hak-hak mereka yang telah dirampas oleh tentera?
Jawapan :
Dalam Islam Rasulullah SAW melarang menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat. Haram hukumnya apabila kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat secara adil dan kerajaan yang berusaha menegakkan peraturan Islam lalu dijatuhkan secara paksa (rampasan kuasa).
Jika kita analisa secara mendalam apa yang berlaku di Mesir adalah pertembungan di antara yang hak dan yang batil bukannya kerana masaalah kemiskinan atau jatuhnya ekonomi Mesir . Dr Mursi telah dipilih oleh rakyat secara pilihanraya bebas dan setelah berjaya beliau berazam dan berusaha membangunkan Negara Mesir sebagai negara yang maju dan beliau ingin menjadikan Mesir sebagai negara Islam yang berdaulat . Tentera Mesir menggulingkan kerajaan yang sah adalah disebabkan mengikut arahan Amerika dan Israel dan disokong oleh Arab Saudi dengan bantuan berbillion dollars USA kepada tentera Mesir.
Kenapa tentera sanggup membunuh rakyat yang tidak berdosa yang hanya berdemontrasi secara aman? Di sini pasti ada agenda besar yang dirancang oleh pihak Amerika, Yahudi , Iran dan Arab Saudi. Golongan ini amat takut jika Mesir menjadi kuasa tentera yang kuat di kalangan negara-negara Arab kemudian bergabung dengan Turki dan Tunisia maka negara haram Yahudi pasti dapat dikalahkan dan kerajaan monakiArab amat takut kuasa mereka dirampas semula oleh rakyat.
Itu sebab kenapa Arab Saudi dan negara-negara Arab lain sanggup menyalurkan bantuan berbillion dollars kepada pihak Kudeta apabila Dr Mursi digulingkan. Kenapa negara-negara Arab berdiam diri apabila pihak tentera melakukan jenayah kemanusiaan kepada rakyatnya sendiri. Dr Mursi juga diawal pemerentahannya telah membuka pintu Rafah di Palestin dan membenarkan kemasukan ribuan pelarian Syria ke Mesir. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab agama sebagai seorang muslim yang prihatin di atas penderitaan umat Islam di negara lain.
Masaalah Mesir, Syria dan Palestin bukanlah masaalah negara lain tetapi masaalah ini sebenarnya adalah masaalah umat Islam yang perlu dirasai oleh semua umat Islam , kerana semua umat Islam adalah bersaudara. Tanda iman kita masih ada adalah merasai prihatin dan memberi sokongan wang ringgit dan doa kepada negara Islam yang dilanda musibah dan bencana. Merasa dukacita apabila umat Islam dibunuh , dibakar dan di cederakan oleh pemimpin Syiah, Yahudi dan sekular (boneka Amerika) . Terutama apabila rumah ibadah umat islam dibakar dan dirobohkan dan membunuh rakyat yang tidak berdosa dengan bom kimia (yang diharamkan oleh PBB) ribuan kanak-kanak , wanita, orang tua dan orang dewasa mati bergelimpangan. Berdoalah wahai saudara-saudaraku kepada umat Islam yang dizalimi sesungguhnya doa-doa kalian amat penting kepada mereka yang dizalimi semoga sampai balasan Allah SWT kepada mereka yang telah membuat kerosakan dimuka bumi.
648. Soalan : Dalam Islam, berapakah keuntungan yang kita boleh ambil dari sesuatu perniagaan?
Jawapan :
Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya (Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108): “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentubagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli.
Akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu” (Surah an-Nisa’ ayat 29).
Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk:
a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
649.Soalan : Apakah jenis sifat-sifat mahmudah yang perlu ada pada setiap mukmin untuk mendapat rahmat dan keredhaan daripada Allah SWT?
Jawapan :
Terdapat 10 sifat-sifat mahmudah yang perlu ada pada setiap mukmin iaitu:-
1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa yg telah dilakukan.
Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai
orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)
2.
Takut kepada Allah (takwa)- Seseorang Mukmin itu apabila dia mengenali
Zat Allah melalui sifat-sifat-Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan
takut terhadap Allah SWT.
Firman
Allah maksudnya : “ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada
Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati
melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah S.W.T. ).”( Surah Ali Imran
ayat 102 )
3. Mahabbah (kasih sayang) sesama mukmin.
Dari
Muaz bin Jabal meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW
meriwayatkan hadis qudsi : Allah Azzawa Jalla berfirman yang bermaksud :
" Orang-orang yang mencintai satu sama lain kerana kebesaran dan
kemuliaan-Ku akan duduk diatas mimbar-mimbar nur pada hari kiamat,
(bahkan) nabi-nabi dan para syuhada akan beriri hati kepada
mereka."(Hadis Riwayat Tirmizi)
4.
Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu. Di dalam hati tidak ada
kecintaan pada kehidupan di dunia. Zuhud yang sebenarnya adalah
mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia. Firman Allah SAW bermaksud
:“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang
kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al-A’laa:
16-17)
5. Bersabar dengan ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab" (Surah az-Zumar ayat 10).
6. Syukur . Melahirkan rasa berterima kasih kepada nikmat Allah S.W.T. yang banyak diperolehi.
Rasulullah
S.W.T. bersabda yang bermaksud :"Siapa yang tidak bersyukur dengan
pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian
yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak
mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan
mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah
belah itu mengundang azab."(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)
7. Ikhlas dan benar. Melaksanakan sesuatu amalan semata-mata kerana Allah S.W.T.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dengan niatnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang, buah atau ganjaran sesuai bagaimana niatnya.barang siapa hijrahnya kerana menuruti perintah Allah dan RasulNya nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan RasulNya (dan diberi pahala) dan barang siapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya,maka hijrahnya sampai kepada yang diniatnya itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah S.W.T. setelah berazam, seterusnya diikuti dengan usaha.
Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Dan (ingatlah), sesiapa yang
berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya
(untuk menolong dan menyelamatkannya)." (Surah al-Thalaq ayat 3).
9. Redha dengan Qadak dan Qadar.
Firman
Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi
dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam
kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah mudah bagi Allah ".(Surah Al-Hadid ayat 22)
Allah
berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun
sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan
tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya
tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). " (Surah Yunus ayat 61)
10. Mengingati mati - Merasai hidup di dunia ini adalah sementara dan di hari akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.
Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?
“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
Sifat-sifat
mazmumah pula adalah berlawanan dengan sifat-sifat mahmudah maka
perlulah ditinggalkan untuk menjadi mukmin yang diredai oleh Allah
S.W.T.
650. Soalan : Perkembangan terkini di Mesir terdapat ulama yang bersyubahat dengan golongan sekular yang merampas kuasa daripada pemimpin Islam yang jujur dan bertakwa. Bolehkah ustaz terangkan ciri-ciri ulama pewaris nabi supaya kita dapat kenal ulama yang ikhlas berjuang semata-mata kerana Allah SWT.
Jawapan :
Ciri-ciri ulama yangt sebenarnya adalah seperti berikut:
1. Ulama dikenali dengan ilmunya dan keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Ulama dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah.
2. Ulama dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka kepada Allah. Ulama dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.
3. Ulama adalah orang yang tidak menginginkan kedudukan, dan membenci segala bentuk pujian serta tidak menyombongkan diri atas seorang pun. Dia yang tidak hasad kepada seorang pun yang berada di atasnya dan tidak menghinakan orang yang ada di bawahnya dan tidak mengharapkan balasan dalam menyampaikan ilmu Allah.
4. Ulama yang tawaduk juga tidak mengaku mempunyai ilmu yang tinggi, tidak berbangga dengan ilmunya atas seorang pun, dan tidak mudah menghukumi orang yang jahil yang melanggar larangan Allah SWT, sebaliknya dengan lemah lembut menasihati mereka dengan cara yang penuh hikmah.
5. Ulama akan mengamalkan ilmu yang dimilikinya. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya orang alim itu adalah orang yang beramal dengan apa yang dia ketahui" (Hadis dalam Sunan ad-Darimi)
Sayyidina Ali berkata : "Wahai orang yang mempunyai ilmu! beramallah kamu dengannya kerana sesungguhnya orang yang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui serta selaras antara ilmunya dengan amalannya."
6. Ulama ini meneruskan tugas nabi iaitu mengajar, mendidik, membersihkan hati umat daripada syirik dan maksiat serta berdakwah dan memerintah mengikut perundangan Allah sebagaimana kita fahami daripada ayat 2 surah al-Jumaah .
Firman Allah SWT maksudnya : "Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalangan orang-orang arab yang buta huruf seorang rasul dari bangsa mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat. Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata" (Surah al-Jumaah ayat 2)
Hadis diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim dalam sahih daripada Abdullah bin Umar telah berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : 'Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan menariknya secara mengejut sebaliknya Allah akan menarik ilmu itu dengan mematikan para ulama sehingga tiba suatu masa yang tiada lagi ada ulama maka manusia akan memilih ketua-ketua mereka dari kalangan orang jahil lalu apabila mereka ditanya maka dikeluarkan fatwa yang sesat maka sesatlah mereka serta menyesatkan pula orang lain."

Jika terdapat enam ciri-ciri di atas maka layaklah ulama tersebut dipanggil sebagai ulama pewaris Nabi.
No comments:
Post a Comment