Saturday, July 11, 2009

Wasiat Pertama Nabi SAW Kepada Ali r.a

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada suatu hari Rasulullah SAW  memanggil Ali bin Abi Talib. Setelah Ali k.w. menghadap Nabi SAW, baginda bersabda yang bermaksud : "Wahai Ali ! Sesungguhnya kedudukanmu terhadapku adalah sama seperti kedudukan Nabi Harun dan Nabi Musa. Hanya sahaja sesudah aku tidak ada lagi seorang nabi."

"Pada hari ini aku akan berwasiat kepada engkau dan apabila engkau dapat menjaganya, engkau akan dapat hidup terpuji lagi mulia. Dan engkau akan mati sebagai syahid serta Allah Azzawa Jalla akan membangkitkan dirimu kelak di hari kiamat sebagai orang yang faqih dan 'alim!"

"Wahai Ali ! Barangsiapa memakan makanan halal, maka bersihlah agamanya dan lembut hatinya serta doanya tidak akan terhalang (maksudnya pasti dikabulkan Allah SWT).

"Wahai Ali ! Barangsiapa memakan makanan subhat (makanan yang tidak jelas halal dan haramnya), maka gelaplah agamanya serta matilah hatinya. Dan barangsiapa yang memakan makanan haram, maka matilah hatinya, rendah agamanya, lemah keyakinannya, terhalang doanya, serta sedikit sekali ibadahnya."

"Wahai Ali ! Apabila Allah murka kepada seseorang, maka Allah memberinya rezeki yang haram. Dan apabila murkanya telah memuncak, Allah akan menyerahkannya kepada syaitan agar ia membantunya sehingga orang itu di sebukkan dengan urusan dunianya dan melupakan agamanya. Dalam usahanya yang lancar itu, syaitan membisikkan kata-kata bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Dengan harapan supaya lalai dari menjaga yang halal."

"Wahai Ali ! Orang yang mencari rezeki haram, apabila ia berjalan kaki , syaitan selalu mememaninya. Dan kalau ia naik kenderaan, syaitan ikut memboncengnya. Orang yang mengumpulkan harta haram, syaitan selalu ikut makan bersamanya."

"Wahai Ali ! Allah Azzawa Jalla tidak akan menerima solat yang tanpa wuduk, dan tidak menerima sedekah dari harta yang haram."

"Wahai Ali ! Seorang mukmin selalu meningkat agamanya selama ia tidak memakan yang haram. Dan barangsiapa yang menjauhi (meninggalkan) ulama. matilah hatinya dan butalah hatinya dari berbuat taat kepada Allah SWT."

"Wahai Ali ! Barangsiapa yang membaca Al-Quran, dan tidak menghalalkan yang halal serta tidak mengharamkan yang haram, maka ia termasuk orang-orang yang membuang kitab Allah (Al-Quran) di belakang punggungnya (meninggalkan Al-Quran)."

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan wasiat Nabi SAW kepada menatu baginda  Saidina Ali k.w. kerana wasiat tersebut menjelaskan betapa pentingnya makanan halal kerana makanan halal yang dimakan akan mengakibatkan doa-doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT dan hatinya tidak buta dan mudah melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

No comments: