Wednesday, July 1, 2009

Kisah Pengajaran Kematian Yang Buruk. (Su'ul Khatimah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat kisah pengajaran kematian yang buruk (su'ul khatimah) kerana meninggalkan solat, tidak mahu membayar zakat dan benci kepada nasihat yang baik.

Ada seorang penduduk di zaman Khalifah Saidina Abu Bakar r.a. telah meninggal dunia. Setelah di mandi dan di kafankan, lantas di letakkan arah di sudut rumah untuk di sembahyangkan. Semasa yang hadir telah bersaf-saf hendak memulai menyembayangkannya , jenazah itu bergerak-gerak, sehingga mereka yang berada berhampiran jenazah merasa takajub dan hairan. Mereka saling berbisik dan bertanya, dan menyangka bahawa si mati hidup kembali.

Salah seorang dari mereka maju kehadapan dan membuka ikatan kain kafan yang mengikat si mati. Sungguh-sunguh sangat terperanjat mereka, tatkala kain kafan si mati telah terbuka, mereka melihat si mati tetap mati, hanya di dalam kain kafan tersebut terdapat seekor ular sedang membelit tubuh si mati , seraya mengiggit seluruh tubuhnya , serentak mereka yang hadir di sana menyuruh mengambil kayu untuk memukul ular itu. Belum sempat mereka mendapatkan kayu, si ular lantas berkata : “Asyhaduallaa ilaaha illallaah, waasyhadu anna Muhammadar Rasulullah , apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku. Aku hanya atas perintah Allah menyeksa mayat ini. Aku di suruh menggigitnya seraya menyeksanya hingga hari Kiamat”

Orang ramai hairan, seraya serentak bertanya : “ Apakah sebabnya maka engkau di suruh menyiksa mayat kami ini? Apakah dosa dan kesalahan mayat ini?
Jawab ular itu : “Mayat ini selama hayatnya berbuat tiga macam kesalahan, yang menyebabkan dia di siksa :
Pertama : Bila dia mendengar azan , tetapi tidak di hiraukannya, dan dia tidak pergi menunaikan solat dengan berjemaah.
Kedua : Dia engan mengeluarkan zakat hartanya.
Ketiga : Dia tidak mahu mendengarkan nasihat baik dari alim ulama.
Maka sebabnya dia di seksa sedemikian rupa."
 
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri, sejauhmana kita sendiri  telah melaksanakan kewajipan yang diamanahkan oleh Allah SWT .

Pertama, menunaikan  solat lima waktu di masjid tepat pada waktunya tanpa melalaikannya.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : “Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan Agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan Agamanya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua,  menunaikan zakat apabila cukup nisab dan tempuhnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang Allah kurniakan harta kepadanya dan dia tidak menunaikan zakatnya, maka Allah akan jadikan (hartanya) pada hari kiamat nanti seekor ular botak (sangat bisa) dan mempunyai dua tompok hitam di atas matanya (jahat), ular itu akan membelit leher dan dagunya (tuan punya harta) sambil berkata : 'Akulah hartamu, akulah yang kamu simpan dahulu'." (Hadis riwayat Bukhari, Nasaie dan Ahmad)

Ketiga, mendengar nasihat-nasihat yang baik daripada ulama dan orang soleh. 


Daripada Tamim ad-Daari r.a. bahawa Nabi SAW. telah bersabda (maksudnya) : “Ad-deen itu nasihat ( 3 kali ) maka kami bertanya: Untuk siapa wahai Rasulullah? Sabdanya:"Untuk Allah, kitabnya, Rasulnya, pemimpin dan yang dipimpin. (Hadis Riwayat Muslim, no. 55 dalam kitabul Iman)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita jadikan iktibar daripada kisah yang tersebut di atas, kerana setiap suatu peristiwa terdapat hikmah dan pengajaran.  
Jadikanlah diri kita mukmin yang sentiasa bersyukur dan selalulah menghadirkan diri untuk mengikuti majlis-majlis ilmu yang di adakan dimasjid-masjid , surau-surau atau ceramah agama di radio atau television untuk meningkatkan kefahaman agama.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diredai oleh Allah SWT di dunia dan akhirat dan akan mendapat husnul khatimah insya Allah.



Tuesday, June 30, 2009

Jauhilah Dosa-dosa Besar Untuk Mendapat Keredaan Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita lihat keadaan umat Islam hari ini kita merasakan amat sedih dan dukacita kerana maksiat berlaku merata tempat .Umat Islam sudah berani melakukan dosa dan maksiat secara terang-terangan, mereka tidak takut lagi kemurkaan Allah SWT.

Kemungkinan bala bencana yang berlaku ketika ini ada kaitannya dengan kerosakkan yang di lakukan oleh tangan-tangan manusia hari ini, seperti penyakit HIV, selsema babi, demam denggi , cuaca panas , tsunami, gempa bumi, kemarau , ribut taufan dan lain-lain lagi. 

Setiap hari kita baca berita di dada akhbar arus perdana menceritakan kisah-kisah gejala sosial dan jenayah yang di lakukan oleh manusia seperti kes rogol , sumbang mahram , pembunuhan kejam, ragut, penderaan fizikal , jenayah along , menjual dan menghisap dadah , rompakan , penculikan, membuang bayi, pelacuran, penjualan manusia dan lain-lain lagi. Ini tidak termasuk lagi kes-kes seperti rasuah , penyalagunaan kuasa , khalwat , bersekedudukan , sumpah palsu , minum arak , main judi , penceraian dengan tuduh menuduh, berzina dan fitnah memfitnah.

Faktor penting yang menyebabkan kesemua keadaan ini berlaku kerana umat Islam telah meninggalkan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW, mereka di dorong oleh runtunan hawa nafsu dan godaan syaitan. Mereka terlupa bahawa kehidupan mereka di dunia ini hanya lah persingahan sementara untuk menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ketika di dunia inilah kita di tuntut untuk beribadah dan beramal soleh, semoga di akhirat nanti kita dapt mengambil buku catitan kita di tangan kanan, meniti siratul mustakim pantas seperti kilat dan mendapat balasan syurga yang kekal abadi dan seluas langit dan bumi.

Sahabat yang dihormati,
Tidaklah diragukan bahwa dosa itu ada dua macam, dosa besar dan dosa kecil.

Ű„ِنْ ŰȘَŰŹْŰȘَنِŰšُÙˆŰ§ كَŰšَۧۊِ۱َ مَۧ ŰȘُنْهَوْنَ Űčَنْهُ نُكَفِّ۱ْ Űčَنْكُمْ ŰłَيِّŰŠَۧŰȘِكُمْ وَنُŰŻْŰźِلْكُمْ مُŰŻْŰźَلًۧ كَ۱ِيمًۧ

Maksudnya : “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)” (Surah an Nisa’ ayat 31).

Rasulullah SAW bersabda “Jauhilah diri kamu daripada tujuh (7) dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:” Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah Subhanahuwata’ala melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat tujuh dosa besar yang boleh membawa kebinasaan terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:

Pertama : Syirik kepada Allah Subhanahuwata’alah : 

Syirik adalah menyamakan atau memperkongsikan Allah Subhanahuwata’ala dengan sesuatu yang lain seperti berhala, dewa, jin dan menganggap ada makhluk  lain juga mempunyai kuasa. Termasuk syirik apabila seseorang menolak hukum-hukum Allah SWT dan menerima hukum-hukum ciptaan manusia dan menganggap hukum -hukum ciptaan manusia lebih baik daripada hukum-hukum Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah keberatan dengan ayat ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rasulullah, siapa orang yang tidak menzalimi dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab, "Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar petuah Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah dosa (kezaliman) besar." (Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

Kedua : Mengamalkan sihir.

Mengamalkan atau mempraktikkan ilmu sihir ke atas orang lain.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sungguh mereka sudah tahu, barangsiapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan diakhirat." (Surah al-Baqarah ayat 102)

Betapa beratnya dosa mengamalkan sihir ini telah jelas dipaparkan dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Sehingga Imam Az-Zahabi mengulas dalam bukunya Al-Kabair bahawa ramai di kalangan manusia yang terlibat dengan amalan sihir tidak menyedari yang mereka melakukan dosa yang amat besar sehingga boleh menyebabkan diri mereka menjadi syirik dan kufur.

Sebahagian besar mereka menganggap ia hanyalah dosa biasa sahaja. Sedangkan Nabi SAW menyatakan bahawa mereka yang mempercayai sihir tidak akan dapat memasuki syurga berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Tiga golongan yang tidak akan masuk syurga iaitu; peminum arak, orang yang memutuskan silaturrahim dan orang yang membenarkan sihir.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Ketiga : Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah Subhanahuwata’ala (orang yang tidak bersalah).

Melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau; menegakkan hukum Allah Subhanahuwata’ala    (menjalankan hukuman qisas iaitu “bunuh balik” dan menjalankan hukuman bunuh ke atas mereka yang murtad setelah diberi peluang bertaubat)

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93)

Nabi SAW memberi ancaman kepada mereka yang membunuh dengan sabda Baginda yang bermaksud: “Membunuh seorang yang beriman adalah perkara yang paling hina di sisi Allah.” (Hadis Riwayat Tirmizi dan Nasai’)
Keempat : Memakan harta anak yatim.  

Firman Allah SWT :

Ű„ِنَّ Ű§Ù„َّ۰ِينَ يَŰŁْكُلُونَ ŰŁَمْوَŰ§Ù„َ Ű§Ù„ْيَŰȘَŰ§Ù…َى Űžُلْمًۧ Ű„ِنَّمَۧ يَŰŁْكُلُونَ فِي ŰšُŰ·ُونِهِمْ نَۧ۱ًۧ وَŰłَيَŰ”ْلَوْنَ ŰłَŰčِÙŠŰ±ًۧ

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” (Surah an Nisa’ ayat10).

Dalam ayat ini ada ancaman neraka bagi orang yang memakan harta anak yatim sehingga perbuatan ini hukumnya dosa besar.

Untuk menghapuskan dosa memakan harta anak yatim maka mereka yang telah memakannya mestilah  membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus.
Diriwayatkan oleh AL Hakim dari Abu Musa ra.Dalam tafsir Al Qurtubi ada hadis dari Abu Said Al Kudry ra sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Pada malam aku di-Israkkan oleh Allah, aku melihat kaum yang bibirnya laksana bibir unta. Dan sesungguhnya ada malaikat yang diserahi tugas menarik bibir mereka. Kemudian mulut mereka itu diisi dengan batu yang besar dan nanti akan keluar dari dubor mereka. Lalu aku (Muhammad) bertanya: “Wahai Jibril, siapakah itu?” Jibril menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan zalim.”
Kelima : Memakan riba.  

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba’ (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba’) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba’), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :“Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah  supaya kamu berjaya".(Surah Ali-Imran ayat 130)

Keenam : Lari dari medan pertempuran.

Dosa besar bagi mereka yang lari dari peperangan kerana takut, tetapi tidak berdosa bagi mereka yang lari, kerana ia adalah sebahagian taktik peperangan dan bagi mereka yang mencari perlindungan sebelum meneruskan peperangan.

Sekiranya kaum muslimin dan musuh masih satu banding dua, maka diharamkan atas kaum muslimin untuk melarikan diri. Adapun kalau kaum muslimin dan musuh satu banding tiga atau lebih, maka Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu memberi komentar,

وَŰ„ِنْ فَ۱َّ ۱َŰŹُلٌ مِنَ ْۧ۫نَيْنِ فَقَŰŻْ فَ۱َّ, وَŰ„ِنْ فَ۱َّ مِنْ Ű«َÙ„Ű§َŰ«َŰ©ٍ لَمْ يَفِ۱َّ

“Apabila seseorang lari lantaran menghadapi dua orang, maka ia tergolong orang yang lari dari medan pertempuran. Dan apabila ia lari kerana menghadapi tiga orang, maka ia tidak tergolong orang yang lari dari medan pertempuran.” 
(Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi 9/76 dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albany dalamIrwa` Al-GhalĂźl 5/28.)

Ketujuh : Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah an-Nur ayat 4)

Berdosa besar bagi tuduhan berzina terhadap perempuan yang suci.  Isteri Baginda Mulia iaitu Aisyah r.a. juga pernah dituduh berzina dan akhirnya turun firman Allah Subhanahuwata’ala dalam surah an-Nur ayat 4 untuk membela dan memberitahu kesucian beliau.

Sahabat yang dimuliakan,
Selain daripada tujuh (7) dosa-dosa besar di atas terdapat lagi sembilan (9) dosa-dosa besar yang lain dinyatakan oleh al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Pertama : Meninggalkan solat lima waktu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (Surah al-Maa’un ayat 4-5)

 Allah SWT berfirman:

فَŰźَلَفَ مِن ŰšَŰčْŰŻِهِمْ Űźَلْفٌ ŰŁَ۶َۧŰčُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ű”َّÙ„Ű§Ű©َ وَۧŰȘَّŰšَŰčُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰŽَّهَوَۧŰȘِ فَŰłَوْفَ يَلْقَوْنَ Űșَيًّۧ

“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang buruk) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui ghayya.” (Surah Maryam ayat  59)

Ibnu Mas’ud r.a. menafsirkan kata ‘ghoyya’ dalam ayat tersebut bahawa dia adalah sungai di Jahannam yang makanannya sangat menjijikkan, yang tempatnya sangat dalam. (Lihat kitab Ash-Shalah karya Ibnu Al-Qayyim hal. 31)

Para ulama menyatakan bahawa tatkala orang yang meninggalkan solat berada di dasar neraka, maka ini menunjukkan besarnya dosa mereka. Kerana dasar neraka bukanlah tempat seorang pelaku maksiat selama dia masih muslim. Hal ini dipertegas dalam lanjutan ayatnya, “Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.” Ini menujukkan bahwa ketika mereka menyia-nyiakan solat dengan cara meninggalkannya, maka mereka bukanlah orang yang beriman.

Dari Ibnu Umar r.a bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam- telah bersabda:

ŰŁُمِ۱ْŰȘُ ŰŁَنْ ŰŁُقَۧŰȘِلَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳َ Ű­َŰȘَّى يَŰŽْهَŰŻُÙˆŰ§ ŰŁَنْ لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَŰŁَنَّ مُŰ­َمَّŰŻًۧ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَيُقِيمُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩َ وَيُŰ€ْŰȘُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰČَّكَۧ۩َ فَŰ„ِ۰َۧ فَŰčَلُÙˆŰ§ ۰َلِكَ ŰčَŰ”َمُÙˆŰ§ مِنِّي ŰŻِمَۧۥَهُمْ وَŰŁَمْوَŰ§Ù„َهُمْ Ű„ِلَّۧ ŰšِŰ­َقِّ Ű§Ù„ْŰ„ِŰłْلَŰ§Ù…ِ وَŰ­ِŰłَُۧۚهُمْ Űčَلَى Ű§Ù„Ù„َّهِ

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwa tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan solat, menunaikan zakat. Jika mereka lakukan yang demikian maka mereka telah memelihara darah dan harta mereka dariku kecuali dengan haq Islam dan perhitungan mereka ada pada Allah.” (HR. Al-Bukhari no. 75 dan Muslim no. 21)

Jabir r.a.berkata: Saya mendengar Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam- bersabda:

Ű„ِنَّ Űšَيْنَ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلِ وَŰšَيْنَ Ű§Ù„ŰŽِّ۱ْكِ وَŰ§Ù„ْكُفْ۱ِ ŰȘَ۱ْكَ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ

“Sungguh yang memisahkan antara seorang laki-laki (baca: muslim) dengan kesyirikan dan kekufuan adalah meninggalkan solat.” (HR. Muslim no. 82)


Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang. (Surah al-Muddathir ayat 42-43)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”. ((Hadis Riwayat Baihaqi)
Kedua : Menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”
(Hadis Riyawat Bukhari )

Nabi SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654)

Ketiga : Meminum arak.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :“ Empat ( macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba’ , menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.” (Hadis Riwayat Hakim)

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Akan dibangkitkan pada hari kiamat orang peminum khamar itu bermuka hitam, biru matanya, keluar lidahnya sampai kedadanya, mengalir air liurnya, tiap orang yang melihat akan jijik padanya kerana busuk baunya. Kamu jangan memberi salam kepada pemabuk dan jangan melawatnya jika mereka sakit dan jangan menyembahyangkan jika mati."

Keempat : Melakukan zina.

Firman Allah SWT  yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
(Surah Al- Israa’ ayat 32”

Allah SWT berfirman maksudnya : " Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan yang lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan  (alasan)  yang benar, dan tidak berzina dan barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat.". (Surah al Furqaan ayat 68)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.”
(Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

Kelima : Mengerjakan liwath (homoseksual)

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “ Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka) , bukan kepada wanita, maka kamu ini adalah kaum yang melampau batas.” (Surah Al- A’raaf ayat 81)

Imam Syafi’i menyatakan pasangan homosek dihukum mati , berdasarkan hadis, Nabi SAW yang diriwayakan, Khamsah dari Ibnu Abbas:

من ÙˆŰŹŰŻ ŰȘموه يŰčمل Űčمل قوم Ù„ÙˆŰ· ÙŰ§Ű«ŰȘلو Ű§Ù„ÙŰ§ Űčل ÙˆŰ§Ű§Ù…ÙŰčول ŰšÙ‡

Maksudnya : "Barang siapa menjupai orang berbuat homosek seperti amalan kaum Luth, maka bunuhlah si pelaku dan yang diperlakunya."

Keenam : Tidak mahu membayar zakat.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “ Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya , menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan di kalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allahlah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Imran ayat 180)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah SAW. bersabda (maksudnya): "Setiap pemilik emas atau perak yang tidak mau memenuhi haknya (tidak mau membayar zakat), pada hari kiamat pasti ia akan diratakan dengan lempengan-lempengan bagaikan api, lalu lempengan-lempengan itu dipanaskan di neraka Jahanam, kemudian lambungnya diseterika dengan lempengan itu, juga dahi dan punggungnya. Setiap kali lempengan itu mendingin, akan dipanaskan kembali. Hal itu terjadi dalam sehari yang lamanya sama dengan lima puluh ribu tahun. Hal ini berlangung terus sampai selesai keputusan untuk tiap hamba. Lalu ditampakkan jalannya, ke syurga atau ke neraka...." (Hadis Riwayat Muslim 1647)

Ketujuh : Menyembunyikan Persaksian.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya". (Surah al Baqarah ayat 283)

Kelapan : Sumpah Palsu.

Sumpah palsu iaitu jika seseorang bersumpah untuk melakukan sesuatu perbuatan, namun ternyata ia tidak melakukan perbuatan itu. atau ia bersumpah tidak akan melakukan sesuatu perbuatan, namun nyatanya ia kemudian melakukan perbuatan itu.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih". (Surah Ali Imraan ayat 77 )

Abdullah Ibnu Umar r.a berkata: Seorang Arab Badui menemui Nabi SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa besar itu? -perawi melanjutkan hadis dan di dalamnya disebutkan- "Sumpah palsu." Dalam hadis itu aku bertanya: "Apa itu sumpah palsu?" Baginda bersabda (maksudnya) : "Sumpah yang digunakan untuk mengambil harta orang muslim, padahal ia bohong." (Hadis Riwayat Muslim). 

Kesembilan : Saksi Palsu

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Tidakkah kamu mahu aku ceritakan kepada kamu berkaitan dosa yang paling besar: iaitulah kata-kata palsu- dalam riwayat lain menyebut,
Saksi palsu ." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri kita daripada melakukan dosa-dosa besar yang akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah SWT. Seorang yang mati belum sempat bertaubat di atas dosa-dosa besar yang dilakukan di dunia maka tempat tinggalnya di akhirat adalah neraka Jahanam. Oleh itu bertaubatlah setiap hari kepada Allah SWT semoga Dia mengampunkan semua dosa-dosa yang kita lakukan di dunia ini.








Islam Dagang Dan Cara Mengatasinya


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Islam bermula dagang dan akan kembali dagang. Maka berbahagilah sesiapa yang melaksanakannya semasa dagang”
(Hadis Riwayat Muslim)

Islam sebenarnya bermula di dalam keadaan dagang (ghurbah), suatu yang asing dan tidak di kenali oleh masyarakat. Pendukung-pendukungnya berhadapan dengan berbagai-bagai ujian dan tribulasi dari masyarakat arab jahiliyah yang mempertahankan sistem hidup mereka.

Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda yang terpaksa berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk mencari keredan Allah SWT. semata-mata untuk menyampai , mengembang dan merialisasikan Islam di dalam wajahnya yang murni sebagai ad-deen.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Orang-orang yang terdahulu yang pertama (memeluk Islam) dari golongan Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah meredai mereka dan mereka meredai Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai, kekal mereka di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah ayat 100)

Berkat pengorbanan, usaha dan jihad Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda yang mulia , Islam telah di terima dan di daulatkan sepenuhnya di Madinah dan telah hilang ghurbahnya.

Selepas generasi awal , datang pula beberapa generasi, kelemahan di kalangan pemimpin Islam mula berlaku. Sehingga kerajaan Islam gugur satu demi satu dan berakhir dengan kejatuhan Khilafah Islamiah (Kerajaan Usmaniah ) di Turki. Serentak dengan itu pengaruh sekularisma yang di taja oleh penjajah Kristian telah menjalar keseluruh negara yang di perintah oleh pemimpin Islam, hingga kini tidak ada lagi yang terkecuali akhirnya Islam menjadi dagang.

Sahabat yang dimuliakan,
Umat Islam hari ini yang memiliki kekuasaan telah mengambil undang-undang dan peraturan hidup yang bukan dari ajaran Islam samaada dari segi muamalat, jenayah, ekonomi dan pendidikan.Berbagai-bagai fahaman dan idealogi bercampur –aduk dengan Islam dan akhirnya perbuatan makruf di pandang mungkar dan yang mungkar di pandang makruf.

Untuk mengembalikan balik Islam di tempatnya yang asal perlu kepada pengorbanan yang berterusan, perlu kembali kepada manhaj tarbiah Rasulullah SAW, iaitu kita mesti kembali mentauhidkan Allah SWT dan membetulkan akidah umat Islam. Membetulkan kefahaman mereka terhadap ajaran Islam dan seterusnya Islam dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian.

Terdapat satu hadis yang di riwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili, daripada Nabi SAW sabdanya yang bermaksud : “Bagaimana kamu jika durhaka perempuan kamu dan buas
(jahat) pemuda-pemuda kamu dan kamu tinggalkan jihad kamu?”

Bertanya sahabat-sahabat : “Sungguh begitukah akan lahir wahai Rasulullah?”

Jawab baginda : “Demi jiwaku dalam genggamanNya, maka lebih dasyat lagi daripada itu akan berlaku.”

“Apakah lebih dasyat daripada itu wahai Rasulullah?”

Jawab baginda : “Bagaimana kamu jika kamu tidak menyeru kepada kebajikan dan tidak mencegah kejahatan?”

Bertanya sahabat-sahabat : “ Begitukah akan lahir wahai Rasulullah?”

Jawab baginda : “ Ya . Demi jiwaku dalam genggamanNya, malahan lebih dasyat daripada itu.”

“Apakah lebih dasyat daripada itu?”

Jawab baginda : “ Bagaimana kamu jika kamu menghitungkan perkara baik itu jahat dan kejahatan itu baik?”

Bertanya sahabat-sahabat : “ Begitukah akan lahir wahai Rasulullah?”

Jawab baginda : “ Ya. Demi jiwaku dalam genggamanNya, malahan lebih dasyat daripada itu akan berlaku.”

Bertanya sahabat-sahabat : “ Apakah yang lebih dasyat daripada itu?”

Jawab baginda : “ Bagaimana kamu jika kamu menyeru kepada kejahatan dan melarang daripada makruf?”

Bertanya sahabat-sahabat : “ Begitukah akan lahir wahai Rasulullah?”

Jawab baginda : “ Ya. Demi jiwaku dalam genggamanNya, malahan lebih dasyat daripada itu akan berlaku.”

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Aku bersumpah Aku akan datangkan kepada mereka fitnah hingga menjadi seorang penyantun dalam keadaan terpinga-pinga.”

Sahabat yang dikasihi,
Terdapat 3 perkara yang perlu di laksanakan untuk mengatasi ghurbah (asing) :

1.Memberi kesedaran Islam kepada masyarakat, seperti fahaman Islam yang di fahami oleh Rasulullah SAW  dan sahabat-sahabat baginda iaitu Islam sebagai ad-deen merupakan satu sistem hidup yang lengkap dan sempurna.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagimu” (Surah al- Maaidah ayat 3)

2. Melalui proses tarbiah yang betul, bagi melahirkan muslim yang serasi dan komited dengan Islam dan bekerja untuk Islam sepanjang hayat. Memiliki sifat-sifat mahmudah seperti yang berlaku kepada generasi awal yang di proses di madrasah Rasululluh SAW. Menjadi pejuang dan pembela yang ikhlas dan melahirkan kasih sayang sesama saudara muslim.

3.Melaksanakan kerja-kerja jihad yang berterusan. Jihad adalah satu amalan yang tinggi dan mulia di sisi Allah SWT dan amat di tuntut di dalam Islam. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa di atas kerja-kerja jihad dan pengorbanan para mujahidin inilah yang menyebabkan Islam tersebar di seluruh dunia. Oleh itu roh dan semangat jihad perlu di tanamkan di dalam jiwa umat Islam supaya mereka merasai bahawa jihad adalah salah satu tuntutan agama , kerana gugur syahid di dalam perjuangan Islam mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah SAW. di akhirat nanti.

Monday, June 29, 2009

Perlu Istiqamah Bersama Jemaah Islam


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Huzaifah r.a berkata : “Orang-orang Islam yang lain bertanya Rasulullah SAW tentang kebaikan dan saya bertanya Rasulullah tentang kejahatan, kerana saya bimbang (takut) saya terjatuh kedalam kejahatan, lalu saya berkata kepada Rasulullah SAW, :
“Ya Rasulullah , kami sesungguhnya berada di dalam keadaan jahiliah dan kejahatan, tetapi Allah hantarkan kebaikan, apakah ada selepas kebaikan ini kejahatan?”

Rasulullah SAW  menjawab : "Ya ada”

Kemudian saya bertanya lagi, “Apakah selepas kejahatan ini ada kebaikan?”

Rasulullah SAW  menjawab “Ya ada, tetapi di dalamnya ada dakhan”

Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah SAW “Apakah dakhan itu?”

Rasulullah SAW menjawab “Yang di maksudkan dakhan itu adalah suatu kaum yang mengambil suatu peraturan lain dari sunahku dan mengambil petunjuk lain dari petunjukku, kamu kenal mereka maka hendaklah kamu tolak mereka.”

Saya bertanya lagi : Adakah selepas itu (kebaikan), ada lagi kejahatan?”

Rasulullah SAW  menjawab : “Ya ada, iaitu pendakwah (penyeru) yang berada di tepi jurang neraka, siapa yang menyahut seruan mereka akan di campakkan kedalam neraka”

Saya bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika saya sampai pada masa itu (iaitu masa penyeru-penyeru yang menyeru di tepi jurang neraka)?”

Rasulullah SAW menjawab : “ Hendaklah kamu duduk bersama-sama Jemaah Muslimin dan ikut imam mereka”

Kemudian saya bertanya lagi : “Jika tiada jemaah dan tiada imam, macamana?”

Rasulullah SAW  menjawab : “Hendaklah kamu jauhkan dari semua kumpulan itu. Jangan dekat dengan kumpulan itu walau pun kamu terpaksa berpaut di batang pokok, hatta sampai kamu mati di situ di dalam keadaan kamu berpaut di pokok itu”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Berdasarkan hadis di atas, dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa setiap individu muslim perlulah berhati-hati di dalam kehidupan ini kerana di takuti terjebak dan mengikuti banyak kumpulan-kumpulan di dalam masyarakat yang tidak mengambil Al-Quran dan sunah sebagai asas perjuangan mereka. Mereka mengambil idealogi nationalis, sosialis, kapitalis dan perkauman, yang di gelar oleh Rasulullah s.a.w sebagai “dakhan”. Kadangkala kumpulan –kumpulan seperti ini melaungkan selogan Islam, tetapi hakikat sebenarnya mereka adalah sekular.

Mereka-mereka inilah yang mengajak dan menyeru umat Islam menuju kejurang neraka, kita boleh kenal peribadi-peribadi mereka yang mempertahankan undang-undang ciptaan manusia, menentang hukum hudud dan memutuskan sesuatu permasalaan umat Islam berdasarkan peraturan yang bercangah dengan syariat Islam atau pun kumpulan ajaran sesat yang menyelewing dari akidah Islam.

Sahabat yang dimuliakan.
Oleh itu marilah sama-sama kita duduk di dalam saf Jemaah Islam yang sebenar untuk menjalankan tugas-tugas dakwah “amal makruf nahi mungkar”dan meneruskan proses tarbiah di dalam barisan yang tersusun rapi dan sentiasa istiqamah hinggalah kita bertemu Allah SWT dalam keadaan reda meredai.

Sunday, June 28, 2009

Tauhid Kepada Allah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bila di lafaz sahaja Kalimah Syahadah “ Tiada Ilah di sembah melainkan Allah” ini bermakna seseorang itu telah mengaku, mengikrar dan mengumumkan bahawa Allah SWT  adalah Ilahnya, Allah SWT sebagai sembahannya, Allah SWT sebagai tempat dia berserah diri dan meminta pertolongan, tempat bertawakal dan tempat seharusnya di takuti . Allah SWT adalah tempat memohon segala harapan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sesungguhnya, syurga tempat tinggalnya." (Surah an-Naaziat ayat 40-41)

Suatu perkara yang kita kena didik dalam diri kita ialah rasa takut kepada Allah SWT dan kita asuh nafsu kita supaya tunduk di bawah telunjuk iman.Kalimah Syahadah yang kita ucapkan bermakna Allah SWT yang menghidupkan kita dan Allah SWT sahaja yang berkuasa mematikan kita bila-bila masa yang di kehendakiNya.

Allah SWT sahaja Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dia yang mengatur dan mengubal UNDANG-UNDANG SEJAGAT termasuk alam tumbuhan, haiwan, jin dan juga manusia. 

Manusia tidak boleh memilih selain daripada undang-undang yang telah di tetapkan oleh Allah SWT. Undang-undang Allah SWT sudah cukup sempurna kerana Dia bersifat Maha Sempurna.

Bagi mereka-mereka yang angkuh dan merasa puas dengan kehidupan duniawi dan menafikan hak Allah SWT di muka bumi ini, maka tempat tinggal mereka adalah neraka Jahim.

Abu al-Abbas Abdullah bin Abbas, radiyallahu anhuma, berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: "Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu?perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering (dakwatnya)". (Hadis Riwayat Tirmizi)

Bilamana seseorang itu mengaku Allah SWT sebagai Ilah maka dia juga mesti menerima dan mengaku Allah SWT sebagai Rabb, iaitu mengaku bahawa Allah SWT sebagai Pemilik dan Penguasa alam ini termasuk manusia itu sendiri.

Tauhid terbagi kepada dua :

1.Tauhid Uluhiyah (meng Esakan Allah SWT, menerima undang-undang dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT)

2.Tauhid Rububiyah (meyakini segala sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT dan meyakini bahawa Allah SWT adalah Pemilik, Pencipta dan Penguasa alam semesta)

Apabila Tauhid ini (Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Rububiyah) tidak ada dalam hati kita ini bermakna kita telah mensyirikkan dan menyekutukan Allah SWT. Tidak ada dosa yang lebih besar melainkan dosa mensyirikan Allah SWT. Di hari akhirat nanti dia ,tidak akan mengampunkan dosa mereka-mereka yang mensyirikanNya ketika di dunia ini.

Sahabat yang dimuliakan,
Syahadah yang kita ucapkan perlu kepada tuntutan, ingatlah bila mana kita mengucap sahaja Kalimah Syahadah, ini bermakna kita telah mencabut segala kekuasaan yang di kuasai oleh sesiapa sahaja dalam kehidupan kita dan di kembalikan kepada Kekuasaan Allah SWT. 

Manusia akan bebas dari belengu yang mengikat dirinya iaitu belengu adat istiadat yang di warisi dari datuk nenek moyang mereka yang bercangah dengan syariah Islam, belengu yang berupa undang-undang ciptaan manusia yang mengusai pemerentahan dan penguatkuasaan di dalam kehidupan harian yang mana ianya terang-terang bertentangan dengan Al- Quran dan Sunnah NabiNya dan belengu yang berupa hawa nafsu yang menguasai hati dan perasaannya.

Orang-orang arab jahiliyah percaya bahawa langit dan bumi di ciptakan oleh Allah SWT, tetapi apabila di ajak beriman kepada Allah SWT dengan pengakuan bahawa “Tiada Ilah yang di sembah melainkan Allah” maka mereka menolaknya di sebabkan mereka cukup sayang pada ilah-ilah yang lain iaitu sistem hidup dan adat istiadat “latta dan uzah” yang di warisi dari datuk nenek moyang mereka. Mereka tidak mahu meninggalkan amalan mengikut hawa nafsu yang menjadi sebagai ilah-ilah mereka. Hidup mereka telah sebati dengan perbuatan zina, bermain judi, minum arak, mengambil riba, menindas orang fakir miskin, membunuh anak perempuan dan meninggalkan hidup anak lelaki, tenung nasib dan lain-lain lagi. Mereka cukup faham apabila mereka mengucapkan sahaja kalimah ini mereka pasti dan terpaksa meninggalkan segala amalan-amalan jahiliyah yang telah sebati dalam kehidupan mereka seharian. Itulah sebabnya mereka bermati-matian memerangi dan menzalimi Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda.

Sahabat ayng dikasihi,
Apabila kita kaitkan suasana di zaman jahiliyah dahulu berbanding dengan suasana kita sekarang ini ada beberapa persamaan dari segi prinsip, walaupun suasana ketika itu tidak ada kemajuan sain dan teknologi. Hari ini manusia rata-rata menolak hukum-hukum Allah SWT, mereka menganggap hukum-hukum Allah s.w.t tidak sesuai di laksanakan dalam kehidupan sekarang ini kerana kepesatan kemajuan sain dan teknologi dan hidup di dunia tanpa sempadan. Alasan yang lain hidup dalam masyarakat majmuk perlu toleransi dan mengiktiraf kebebasan dan hak asasi manusia!

Ingatlah ! sebagai seorang mukmin yang beriman kepada Allah SWT dan rukun-rukun Iman yang lain dan beriman kepada Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Rububiyah, maka kita perlu meyakini sepenuh hati bahawa keimanan tidak boleh di pisahkan dalam kehidupan. Apabila kita beriman kepada Allah SWT ini bermakna kita kena terima sistem hidup Isam yang sempurna. Islam merangkumi segala kehidupan manusia, dalam bidang ekonomi, politik, pemerentahan, pentadbiran, sosial, kewangan, kekeluargaan, kehakiman dan lain-lain lagi. Yakinilah bahawa undang-undang Islam dan hukum hudud sesuai di sepanjang zaman. Hanya perlaksanaannya sahaja perlu kepada peringkat demi peringkat berdasarkan keadaan semasa.

Saturday, June 27, 2009

Nasihat Khalifah Umar dan Ulama Muktabar


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ulama yang muktabar sering memberikan kata-kata nasihat yang berguna untuk menjadi panduan dan pedoman hidup kita. Nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut : 

Pertama : Khalifah Umar al-Khattab berpesan kepada Saad bin Abi Waqas dan bala tentera Islam ketika menghadapi empayar Parsi yang besar dan kuat, katanya :

"Aku menyuruh kamu dan bala tentera bersamamu supaya bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan, sesungguhnya bertakwa kepada Allah itu adalah persediaan yang paling baik untuk menghadapi musuh dan tindakan yang paling kuat di medan perang, aku perintahkan kepadamu dan sesiapa sahaja bersamamu supaya lebih berhati-hati kepada diri sendiri daripada memberi perhatian kepada musuh. Kerana dosa yang di lakukan oleh tenteramu lebih di takuti daripada musuh kamu. Kerana sesungguhnya di beri pertolongan kepada orang-orang muslimin itu dengan sebab maksiat musuh terhadap Allah. Kalau tidak kerana itu kita tiada kekuatan untuk menghadapi mereka. Kerana bilangan kita tidak sama dengan bilangan mereka, dan persediaan kita tidak sama dengan persediaan mereka. Kalau kita sama-sama melakukan maksiat seperti mereka, maka mereka lebih daripada kita dari segi kekuatan (dari segi bilangan tentera, kecangihan dan persediaan zahir- penulis).Dan jika kita di beri pertolongan dengan kelebihan yang ada pada kita, maka kita tidak boleh mengalahkan mereka, dengan kekuatan kita.

Ketahuilah kita bahawa bersama kamu dalam perjalanan kamu itu, para malaikat hafazhah (yang di tugaskan berkenaan suratan amal) dengan perentah Allah, maka ketahui apa yang kamu kerjakan, maka rasa malulah kepada mereka jangan kamu mengerjakan maksiat terhadap Allah sedang kamu berada di jalan Allah. Jangan kamu katakan musuh kita lebih jahat daripada kita, sebagaimana berlaku pada Bani Israel, apabila mereka melakukan maksiat, lalu mereka di kalahkan oleh kafir majusi lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung dan itulah ketetapan yang terlaksana. Mintalah pertolongan Allah untuk menghadapi diri kamu sebagaimana musuh-musuh kamu dan aku meminta itu kepada Allah untuk aku dan untuk kamu."

Kedua : Khalifah Umar bin Abd Aziz  :

"Wahai sekelian manusia ! Janganlah kalian menganggap kecil dosa-dosa itu. Selidiki dan ushakanlah untuk mengkikis habis apa-apa dosa yang telah di lakukan, dengan jalan melakukan taubat. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu akan menghilangkan segala perbuatan-perbuatan jahat. Itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat. "

Telah sia-sia dan merugi orang-orang yang keluar dari rahmat Allah SWT  yang meliputi segala sesuatu dan dia telah di haramkan untuk masuk ke syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Ketahuilah bahawa perasaan aman pada hari esok (akhirat) tersedia bagi orang yang takut akan Allah, iaitu orang-orang yang suka menjual barang yang sedikit untuk di tukarkannya dengan yang banyak, orang yang suka tukar yang fanak dengan yang kekal abadi. "

Ketiga : As Sydul Jalil Abu Muhammad Sahal At-Tastari berkata :

"Telah di teliti oleh alim ulama akan pengertian IKHLAS, maka mereka tidak dapati selain yang di sebut ini, iaitu gerak seseorang dan diamnya dalam sulitnya dan terangnya semuanya kerana Allah SWT  semata-mata, tidak di campuri oleh hawa nafsu."

Keempat : Al-Imam As Syahid Hassan Al-Banna berpesan katanya :

"Wahai saudara ! Berimanlah kamu kepada Allah, perkukuhkanlah mengenal dan bergantung kepadaNya, janganlah kamu gerun selain Allah, tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhilah laranganNya.

Berakhlaklah kamu dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah kamu orang-orang yang kuat dengan akhlak yang mulia dengan apa yang di kurniakan oleh Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa lagi solehin.

Hadapilah Al-Quran untuk mengkajinya dan terhadap sirah Nabawiah kamu bermuzakarah. Kamu hendaklah menjadi orang yang praktikal bukan orang yang berhujah saja. Apabila Allah memberikan kepada sesuatu kaum itu hidayah maka di berinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali otang-orang yang suka berhujah.

Kasih mengasihilah di antara kamu dan jagalah serapi-rapinya ikatan kamu sebab ianya merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu dan tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu kaum kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka."

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati kata-kata nasihat yang tersebut diatas, amat berguna untuk kita hayati dalam kehidupan kita semata-mata mencari keredaan Allah SWT.



Nasihat Ibrahim bin Adham

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di ceritakan bahawa seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim. “Hai bapa Ishak (Ibrahim). Saya ini sudah menzalimi diri sendiri, maka terangkanlah kepadaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku.” 

Ibrahim bin Adham menjawab “ Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan lima perkara ( yang aku akan katakan) nescaya apa saja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudharatkan dirimu. 

Lelaki tersebut itu pun berkata :”Apa dia? Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishak”

Ibrahim bin Adham menerangkan :

“Pertama : Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah Azzawajalla, maka janganlah engkau makan rezekiNya” 

Lelaki itu meningkah dan berkata “ Dari sumber mana lagi aku nak makan. Sedangkan segala yang ada di dunia ini rezekiNya.” 

Ibrahim bin Adham mencelah: “Wahai pulan, adakah patut dan wajar engkau engkau makan rezeki kurniaNya, kemudian engkau menderhaka kepadaNya! 

“Tentu tidak.” Jawabnya.

“Kedua : Jika engkau hendak menderhaka kepada Allah maka janganlah engkau menginap di mana-mana pun di atas duniaNya.” 

Lelaki itu berkata: “Ini lebih hebat lagi dari yang pertama. Kalau Timur, Barat dan antara kedua semuanya adalah kepunyaan Allah maka di manakah aku akan tinggal? 

Ibrahim bin Adham mencelah “Hai pulan adakah patut engkau makan rezeki Allah, tinggal di bumiNya kemudian engkau derhaka kepadaNya? 

“Tidak.” Jawabnya.

“Ketiga : Kalau engkau mahu juga menderhaka sedangkan engkau makan rezeki Allah, dan tinggal di bumiNya, maka carilah tempat yang kira-kira Dia tidak nampak engkau mencabar perintahNya. Kalau engkau temui, nah engkau lakukanlah maksiat tersebut.”

“Keempat : Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawamu maka katakanlah kepadanya : “Berikanlah tempoh untuk bertaubat nasuhah dan untuk beramal soleh kerana Allah.”

“Takkan dia mahu menurut perintahku”

“Ha pulan. Apakah dalam keadaan engkau tidak berdaya menolak maut, untuk mendapat tempoh bertaubat, dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak berdaya menolak maut, untuk mendapatkan tempoh taubat, dan engkau faham betul kalau maut datang engkau tidak di beri tempoh maka dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan maksiatmu)?

“Kelima : Apabila datang Malaikat Zabaniah pada hari qiamat hendak membawamu masuk neraka maka janganlah engkau pergi bersamanya!”

“Sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku, atau menerima perintahku.”

Kata Ibrahim bin Adham :” Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?”

Lelaki itu pun berkata. “Wahai Ibrahim cukuplah, cukuplah!”

“Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadaNya”

Lelaki tersebut pun akhirnya ikut beribadah bersama Ibrahim Adham hingga mereka di pisahkan oleh ajal masing-masing.

Sahabat yang dimuliakan,
Pengajaran yang boleh kita ambil dari kesah di atas bahawa kita hendaklah sentasa mengawasi setiap saat perjalanan hidup kita supaya kita tidak melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah SWT. Alangkah kerdilnya jiwa ini berbanding nikmat dan rahmat yang telah di berikan Allah SWT kepada kita, supaya kita sentiasa bersyukur dan patuh segala perintah dan suruhanNya.




Wednesday, June 24, 2009

Takut Kepada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Imam Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin, menukilkan satu kisah teladan antara seorang guru dan beberapa orang muridnya. Di kalangan murid-murid itu ada seorang murid yang lebih di sayangi oleh guru. Sampailah suatu ketika mereka merasa tidak puas hati meluahkan perasaan kepada guru. "Kenapa dia lebih di sayangi daripada kami semua?" Guru tidak banyak menjawab, malah memberi satu tugas kepada semua muridnya termasuk murid yang tersayang.

Kata guru itu, " Ambillah tiap orang dari kamu seekor burung ini dan sembelih burung itu tanpa di lihat oleh sesiapa pun." Setelah melakukan tugas yang di beri oleh guru, kembalilah semua mereka dengan sembelihan masing-masing. Mereka begitu gembira kerana telah berjaya mencapai maksud guru supaya di sembelih burung tanpa di lihat oleh sesiapa pun. Anehnya, murid yang tersayang telah kembali tanpa menyembelih burung itu, Guru bertanya kepadanya di hadapan murid-murid lain, "Kenapa kamu tidak menyembelihnya?" Jawab murid berkenaan, " Puas saya mencari tempat yang tidak boleh di lihat orang. Ke mana jua saya pergi, tidak dapat lari dari di lihat oleh Allah SWT." Mendengar penjelasan murid berkenaan, fahamlah murid-murid yang selainnya kenapa ia di sayangi oleh guru.

Demikianlah akhlak orang yang muraqabah. Perbuatannya luhur, perkataannya benar, fikirannya bersih, hatinya mulia. Tersemat pada dirinya takut sebenarnya pada murka Allah SWT. dan tidak takut selain daripada Allah SWT. Bimbangnya pada nasib akhirat mengatasi bimbangnya akan pengaruh di dunia. Ia tidak banyak berkata-kata kecuali yang mengandungi kebaikan. Ia banyak merenung diri daripada berkata hal orang lain (mengumpat). Ia bimbang menerima amanah kerana takut tidak tertunai, lebih-lebih lagi amanah kepimpinan.

Orang mukmin yang bertakwa kepada Allah, sentiasa menyebukkan diri dengan kerja-kerja kebajikan, membantu anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, berkhidmat pada masyarakat tanpa mengharap ganjaran. Dia bijak membahagikan masanya dengan berkesan, masa untuk dia memperkemaskan dirinya dengan ilmu agama dan kemahiran. Sentiasa meningkatkan ibadah khusus iaitu dengan membaca zikir al- Ma'thurat kubra pagi dan petang, membaca al- Quran, solat duha, solat tahajud dan lain-lain lagi. Untuk ilmu pula memperuntukan masa untuk hadir di majlis-majlis ilmu dan ceramah agama, mengikuti program usrah dan halaqat, program-program dakwah , membaca buku-buku fikrah tulisan ulama yang muktabar dan mengkaji hadis Nabi SAW dan tafsir al-Quran.

Sahabat yang dimuliakan,
Bayangkanlah, sekiranya kalian laksanakan semua perkara berupa tanggung jawab di atas masa yang ada tidak mencukupi berbanding masa yang ada pada kalian! Kalian tidak ada masa untuk hadir program yang melalaikan, menonton konset-konset yang tidak berfaedah atau bersiar-siar tanpa ada tujuan yang jelas. 

Ingatlah! Masa adalah kehidupan, lebih berharga dari emas dan permata, masa tidak boleh di ganti dengan harta di dunia, kalau ia berlalu bermakna habislah sebahagian daripada hidup kita.

Nabi SAW mengajar kita berdoa yang bermaksud " Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesedihan dan kesusahan, perasaan lemah dan malas, sikap bakhil dan penakut, hutang yang menyibukkan fikiran (dan mengacau hatiku) dan orang yang menindasku."(Hadis Riwayat Bukhari).

Sunday, June 21, 2009

Tanda-tanda Hati Yang Hidup

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidupkanlah hati ini dengan sentiasa mengingati Allah SWT, bersihkan hati dengan zikirullah, muraqabah setiap saat dan ketika dan ketika di malam yang gelap gelita munajatlah kepada yang Maha Esa, mohonlah keampunan di atas dosa-dosa yang di lakukan, insya Allah hati akan menjadi lembut dan terbina kekuatan yang luar biasa, iaitu kekuatan perhubungan dengan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hati perlu di bentuk supaya sihat dan mulia dengan Islam.Hati yang rabbani adalah hati yang setiap ketika dan saatnya berhubung dengan Allah SWT  dan mematuhi segala titah perintahNya.

 Di antara tanda-tanda hati yang hidup :

1.Sentiasa mengingati dan berzikir kepada Allah SWT.

2.Kuat berpegang pada ajaran Islam.

3.Menjauhi larangan Allah SWT dan meninggalkan perkara yang sia-sia.

4.Bersih dari hasad dengki, cepat marah dan menipu.

5.Reda dengan sistem hidup Islam.

Fauzan bin 'Ayat(ahli sufi) pernah berkata "Apabila iblis berjaya mencapai salah satu dari tiga perkara berikut dari anak Adam maka iblis tidak akan tuntut lain-lain perkara dari anak Adam .

Tiga perkara tersebut adalah seperti berikut :

1.Terpedaya dengan diri sendiri.

2.Merasai amalan-amalannya melebihi kerja-kerja orang lain.

3.Terlupa dengan dosa-dosa sendiri"

Al- Sauri pernah menasihati anak muridnya "Sekiranya kamu tidak mahu sifat ujub berada pada dirimu maka janganlah kamu suka pada pujian orang. Jika kamu mahu pada pujian-pujian mereka dan ingin orang memandang kerja-kerjamu dengan martabat yang tinggi, maka itu adalah ujub"

Al-Fadhil bin Iyadz  berkata "Meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia, riak namanya. Dan membuat sesuatu amalan kerana manusia, syirik hukumnya. Dan dinamakan ikhlas itu ialah Allah SWT menyelamatkan engkau dari kedua-duanya."

Nabi Isa a.s pernah berkata maksudnya " Berapa banyak api lampu-lampu yang dipadamkan oleh angin ribut, tetapi berapa banyak lagi ibadat yang telah dipadamkan oleh angin ujub. Segala amalan soleh mendapat cahaya (nur) daripada Allah SWT tetapi ia akan menjadi gelap sekiranya ribut ujub melanda api itu, walaupun dengan satu tiupan"

Sahabat ya ng dimuliakan,
Memohon keteguhan iman adalah antara doa yang paling banyak di panjatkan Nabi SAW  dalam munajat-munajat baginda. Iman kita ada kalanya naik dan ada kalanya turun. Adalah amat malang jika permulaan hidup berada dalam takwa, tetapi di akhirnya mati dalam "su' ul khatimah", maka nerakalah tempat kembalinya.

Maksud hadis sahih riwayat al-Bukhari, Nabi SAW bersabda maksudnya "Sesungguhnya amalan kamu di nilai pada bahagian akhirnya" mafhum dari hadis ini bermaksud jika diakhirnya baik, maka syurgalah tempatnya, demikian sebaliknya jika buruk, nerakalah tempatnya.

Oleh itu Nabi SAW  mengajar kita sentiasa berdoa : "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu iman yang tidak akan lepas (murtad), nikmat yang tak akan habis dan menyertai Nabi Muhammad SAW di syurga yang paling tinggi selama-lamanya" (Hadis riwayat Ibn Hibban)

Sebab-sebab Doa Tidak di Makbulkan Oleh Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Pada suatu masa Ibrahim bin Adham pernah di tanya kenapakah doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT .?

Ibrahim bin Adham menjawab terdapat 10 perkara kenapa doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT:

1. Kamu kata kenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hakNya (tanggung jawab kamu kepadaNya)

2. Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan ajarannya.

3. Kamu kata kamu kasihkan Rasulullah SAW, tetapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya.

4. Kamu kata syaitan itu musuh seterumu, tetapi kamulah karibnya dan patuh padanya.

5. Kamu berdoa untuk masuk ke syurga Allah SWT, tetapi kamu tidak beramal dengan amalan yang membawa kamu ke syurga.

6. Kamu berdoa minta di jauhkan dari api neraka, tetapi kamu beramal dengan amalan yang akan mencampakkan kamu ke neraka.

7. Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk dengan keaiban saudaramu, tetapi kamu lupa dengan keaiban dirimu sendiri.

9. Kamu memakan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.

10. Kamu kuburkan saudaramu yang sudah mati, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Dengan itu maka taatlah akan Allah SWT, beramallah dengan Al-Quran, hidupkanlah amalan sunnah Rasulullah SAW, perangilah syaitan dengan penuh kesungguhan, berjalanlah di atas jalan menuju ke syurga, hindarilah dirimu dari masuk ke jalan ahli neraka.

Bersedialah untuk menghadapi maut, perbaikilah keaiban dirimu. Banyakkanlah meminta ampun (istighfar) dan bersyukur. Ingatlah kamu bahawa setiap diri di ikat oleh maut. Insya Allah, jika engkau demikian, maka doamu sentiasa di terima Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati sepuluh perkara seperti yang dinasihatkan oleh Ibrahim bin Adham semoga doa-doa kita diterima dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Munajat Kepada Allah

 
Ya Allah!
Kenapa hati ini begitu keras untuk mengingati-Mu?
Mungkinkah jiwaku sudah penuh dengan kekotoran?
Setiap hari aku solah, membaca al-Quran, tetapi aku tidak dapat merasai kenikmatannya.
Bagaimanakah akan aku tempohi hidup ini?
Adakah jiwa ini akan dapat Engkau terima?

Ya Allah!
Janganlah Engkau tinggalkan aku.
Janganlah Engkau biarkan jiwa ini ternoda dengan kemaksiatan.
Apalah diri ini tanpa-Mu.
Aku begitu lemah untuk mengharung gelombang dunia ini.

Ya Allah!
Kasihanilah jiwaku yang kerdil ini.
Aku sangat harap pimpinan-Mu.
Aku sangat merindui belaian-Mu
Bantulah aku, Ya Allah!
Bantulah aku, Ya Rabbi!
Lemparkanlah cahaya-Mu kedalam jiwaku....

Ya Allah!
Apalah erti hidup ini tanpa kehadiran-Mu.
Apalah gunanya hartaku, anak dan isteri serta kemewahan
yang aku miliki tanpa rahmat-Mu.....

Ya Allah!
Berilah petunjuk-Mu kepadaku.
Aku tahu bahawa petunjuk-Mu adalah mahal dan perluku bayar.
Aku redha...Ya Allah!
Engkau ambilah apa yang aku miliki
Tetapi...campakkanlah nur-Mu kedalam jiwa ini.

Ya Allah!
Aku sedang cari seorang "pembantu", yang akan mengingatiku ketika aku lupa pada-Mu,
mengerakkan tidurku ketika panggilan Jihad sedang berkumandang dan sentiasa redha
di atas segala keputusan yang telah Kau putuskan.

Ya Allah!
Aku malu untuk berhadapan dengan-Mu.
Aku begitu kotor kerana riak, tamak, sombong, dengki telah membelenggu hidupku.
Jiwaku lemas, setiap kali aku cuba mengingati-Mu setiap kali juga jiwaku menghalang dan fikiranku berkecamuk.

Ya Allah!
Di manakah cahaya-Mu?

Ya Allah!
Hanya kepada Engkau tempat aku mengadu.
Hanya kepada-Mu tempat aku mencurahkan perasaanku.
Kerana aku tahu hanya Engkau yang dapat membimbing jiwaku yang kerdil ini.
Maka bimbinglah aku.

Ya Allah
Pimpinlah aku,
Pimpinlah aku,
Pimpinlah akuuuu.....Ya Allah!!

Wassalamualaikum wm. wb. 

(abubasyer)