Sunday, August 1, 2010

Mencari ketenangan Hati

Sahabat yang dikasihi Allah,
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi :
1. Dimensi lidah (qauli), 
2. Hati (qalbi) dan 
3. Perlakuan (fikli). 
 
Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
 
Kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya.
 
Firman Allah maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”
(Surah At Tahrim ayat 8)

Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” 
(Surah Al-Baqarah ayat 222).

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan . Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita? Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

Rasa kehambaan.
Rasa bertuhan.
Memahami maksud takdir.
Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah s.w.t.. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita akan dapat mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. 
 
Firman Allah maksudnya :
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” 
(Surah At Taubah ayat 51)

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Sahabat yang dimuliakan,
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun.
Firman Allah s.w.t maksudnya :  “…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” 
(Surah Al Baqarah ayat 156)

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

Rasa berTuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha Kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha Sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha Kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna itulah yang dikatakan rasa berTuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa berTuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “La tahzan innallaha maana – Jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa berTuhan inilah yang menyebabkan para Nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Do'a adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah s.w.t. maksudnya :
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” (Surah Al Baqarah.)

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allahs.w.t. maksudnya :
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” 
(Surah Al Fathu ayat  4).

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w  melalui sabdanya yang bermaksud : "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.”

Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah s.w.t.. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: "Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita."

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya yang bermaksud : “Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
(Surah Al Baqarah ayat 216)

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan . Mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Bersyukurlah kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa.

Mendapat hikmah bila diuji.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para Rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam Syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah ayat 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah .Sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!
 
(Di petik daripada tulisan  Ustaz Pahrol)

Hubungkan Silaturahim Untuk Mencari Keredhaan Allah


Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata'ala di dunia mahupun di akhirat.
Dalam kehidupan kita di dunia ini, kita tidak mampu untuk hidup bersendirian kerana kita saling memerlukan di antara satu sama lain. Oleh kerana itulah Allah Subhanahu Wata'ala telah memerintahkan kepada kita semua untuk menghubungkan silaturahim dan melarang daripada memutuskannya.

Adapun menghubungkan silaturahim itu ialah berbuat baik kepada sesama manusia, menolong dan membantu jika mereka memerlukan, bersikap lemah lembut, nasihat-menasihati dan menjaga perasaan mereka. Dalam hal menghubungkan silaturahim ini adalah perlu diutamakan kepada kaum kerabat ataupun yang ada hubungan kekeluargaan seperti mana firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Surah An Nisaa' ayat 36 maksudnya :

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri".

Sahabat yang dimuliakan,
Sesungguhnya dengan mengamalkan silaturahim kehidupan kita akan lebih harmoni, aman, damai dan sejahtera. Kesatuan sesama Islam lebih mantap dan erat umpama sebuah bangunan yang kukuh, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abi Musa, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain bagaikan satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain".
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
 
Dalam hubungan silaturahim, ada beberapa cara yang boleh kita lakukan antaranya ialah sering memberi dan menjawab salam atau bertegur sapa, menghadiri undangan atau jemputan, menghulurkan bantuan dan sedekah, kunjung-mengunjungi di antara satu sama lain, menziarahi ketika ia sakit dan menghadiri jenazahnya.

Bahkan kita juga dituntut untuk menjaga lidah dan memelihara diri daripada perbuatan yang boleh menyakiti saudara sesama kita kerana ia termasuk di dalam perkara menjaga hubungan silaturahim, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda seorang Muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka". 
(Riwayat Al-Imam An-Nasaie)

Selain itu hubungan silaturahim juga boleh dieratkan melalui amalan-amalan sembahyang berjemaah baik di rumah atau di masjid kerana melalui amalan tersebut ia dapat menimbulkan kemesraan dan menguatkan lagi hubungan ukhuwah sesama kita.
 
Sahabat  yang dihormati.
Perlu diingat bahawa kita tidak boleh memutuskan silaturahim kerana dengan memutuskan silaturahim itu boleh menyebabkan mendapat kutukan dan laknat Allah Subhanahu Wata'ala serta tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". 
(Riwayat Al-Imam Muslim)

Adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk menjaga hubungan silaturahim dengan sebaik-baiknya. Janganlah disebabkan masalah kecil dan remeh-temeh menyebabkan hubungan menjadi renggang atau retak. Perkara sebegini boleh menimbulkan ketegangan yang menyebabkan mereka bermasam muka, saling benci-membenci, fitnah-memfitnah dan akhirnya boleh memporak-perandakan hubungan silaturahim dalam berkeluarga dan bermasyarakat.

Begitulah juga dalam menghubungkan silaturahim ini Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah menyuruh seorang sahabat untuk tidak memutuskan hubungan silaturahim walaupun ia dizalimi atau disakiti oleh saudaranya itu, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim : Bahawa seorang sahabat bertanya kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : Sesungguhnya saya mempunyai keluarga dan saya menghubungkan silaturahim dengan mereka tetapi mereka memutuskannya dan saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya dan saya memaafkan mereka tetapi mereka berlaku zalim terhadap saya. Bolehkah saya buat sebagaimana yang mereka buat? Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : 'Tidak boleh dan jika kamu buat yang demikian bererti kamu juga telah memutuskan silaturahim dengan mereka. Tetapi bersikap mulialah terhadap mereka dan teruskanlah menghubungkan silaturahim dengan mereka kerana sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa bersama kamu selagi kamu berbuat yang demikian'.

Oleh yang demikian, hubungkanlah silaturahim dan jangan sekali-kali memutuskannya, sentiasalah berbuat baik kepada sesiapa sahaja, bergaullah dengan akhlak yang mulia dan bersabarlah terhadap perbuatan yang menyakitkan.

Akhirkata marilah sama-samalah kita berdoa semoga akan terbinalah keluarga yang bahagia dan sakinah dan terbentuklah sebuah masyarakat yang harmoni dan sekali gus akan menjadikan negara kita negara yang aman, makmur dan sejahtera. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Muhammad ayat 22-23 yang maksudnya :

"Kalau kamu tidak mematuhi perintah maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan, jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat? Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya".


Cetak

KIsah Nabi-nabi Terdahulu

"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku  diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdo'a. Dalam do'anya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t.  bahwa : 

"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua :  Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.


Ketiga : Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. 

Keempat : Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. 

Kelima : Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang atau mengumpat). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang (mengumpat), memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengumpat. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." 


Maka berkata Allah s.w.t. : "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." 

Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar." 

Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat, "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah s.a.w. bersabda , "Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah." Lalu Rasulullah s.a.w ditanya," Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? "Jawab Rasulullah s.a.w " Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

 

Saturday, July 31, 2010

Tanggungjawab Ibu-bapa Mendidik Anak-anak.

Sahabat yang dikasihi Allah,
Sebagai ibu-bapa yang merasakan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, maka ibu-bapa mestilah mempunyai kaedah dan cara-cara praktikal untuk memastikan kaedah ini dipatuhi dan dilaksanakan kepada anak-anak mereka.

Tanggungjawab ibu-bapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Dibawah ini terdapat sebelas  perkara yang perlu ibu-bapa lakukan untuk menjadikan anak-anak mereka. Adalah menjadi kewajipan ibu-bapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi contoh ikutan kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibu-bapa ,Keluarga dan Umat Islam.

Ibu-bapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Seseorang Muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda:
Maksudnya : “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Qur'an itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para Nabinya dan orang-orang yang suci”.
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Di dalam buku Ihya ‘Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orang-orang alim dan beberapa hukum-hukum agama.

Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibu-bapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibu-bapa, keluarga dan umat Islam.

2. Rukun Islam Dan Iman.
Ibubapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang rukun Islam dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Rukun Islam mengandungi lima perkara dan rukun Iman pula ada enam perkara. 

Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.. ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail a. s.:-
Maksudnya : “Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Jibrail berkata: benar jawapanmu. Jibrail berkata lagi: Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia rukun Iman? Rasulullah menjawab: Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MaiaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan beriman kepada Qadha’ dan Qadar Allah Taala”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang Muslim dan juga hukum-hukum syara’. Ini supaya mereka biasa terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani.

3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim
Al-Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan rujukan kepada setiap orang Islam. Ia akan dipelihara oleh Allah dari sebarang perubahan dan gangguan. Begitu juga orang yang belajar, mengajar, membaca, menghafaz, menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-Quran akan dijaga dan diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka ibu-bapa perlu mengajar anak-anak membaca Al-Quran kerana ia adalah di antara hak dan tanggungjawab ibu-bapa ke atas anaknya.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82:
Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya”.

Ibu-bapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9:
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan Al-Quran ini dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya : “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini (kebenarannya), barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya pula, Ia akan memandunya ke Neraka”.
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Sabda Nabi s.a.w. :
Maksudnya : “ Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat Al-Quran, maka Ă­a laksana rumah yang runtuh”.
(Hadis Riwayat Ahmad)

4. Menunaikan Perintah Allah.
Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibu-bapanya supaya menunaikan segala perintah Allah s.w.t. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji. Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Toha ayat 132:
Maksudnya : “Maka kendaklah kamu (ibu-bapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan sembahyang tersebut)”.

FirmanNya lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 45:
Maksudnya : “ Demi sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah pelakunya daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar ”

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun”.
(Hadis Riwayat Hakim)

Sabdanya lagi
Maksudnya : “Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)”.
(Hadis Riwayat An-Nasaei)

5. Meninggalkan Larangan Allah.
Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak dan ibu-bapanya ke arah api Neraka.

Firman Allah s.w.t. dalam surah At-Tahnim ayat 6:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api Neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api Neraka”.

6. Menggalakkan Berjamaah.
Ibu-bapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan sentiasa mendapat pertolongan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya : “Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang yang berjamaah”.
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Perkara yang paling dituntut supaya berjamaah di dalam rumahtangga ialah sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, berdo'a, makan minum dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjamaah lebih besar daripada bersendirian.
Rasulullah s. a. w. bersabda:
Maksudnya : “Sembahyang berjamaah itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.
(Hadis Riwayat Muslim)

7. Membaca Doa Dan Wirid Harian.
Ibu-bapa juga bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka dengan do'a-do'a harian dan wirid-wirid yang perlu diamalkan dari pagi hingga waktu sebelum tidur. Do'a-do'a tersebut adalah seperti do'a sebelum tidur dan selepas bangkit darinya, do'a sebelum dan selepas makan, do'a masuk ke dalam tandas, do'a selepas mengambil wuduk, do'a memakai pakaian, do'a selepas sembahyang lima waktu, dan sebagainya. 

Pendedahan do'a-do'a seperti ini kepada anak- anak amat penting kerana setiap amal yang dimulakan dengan do'a akan mendatangkan keberkatan terhadap perbuatan tersebut. Seterusnya do'a-do'a ini sekiranya dibaca mendekatkan anak-anak kepada Allah dan menenangkan hati-hati mereka.

Allah s.w.t.  berfirman dalam surahAl-Fatihah ayat 5:
Maksudnya : “Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan”.

Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah s. a. w. perlu diajarkan oleh ibu-bapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan menghampirkan diri mereka kepada Allah. Malahan do'a-do'a dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dan godaan Syaitan.

FirmanNya lagi dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:
Maksudnya : “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

8. Memohon Restu Kedua Ibu-bapa
Anak-anak dalam lingkungan usia begini perlu dididik agar menghormati ibu-bapa menurut garis-ganis panduan seperti berikut :-
Redha Allah Ada Pada Keredhaan Ibu-bapa.
Sabda Rasulullah s. a. w.:
Maksudnya : “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibu-bapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibu-bapa”.
(Hadis Riwayat At-Tabrani)

Berbuat Balk Kepada Orang Tua Lebih Utama Berbanding Jihad Di Jalan Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:
Maksudnya : “Saya bertanya kepada Nabi s. a. w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah”.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Jahamah r. a. telah mendatangi Nabi s.a.w.seraya berkata:
“Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu”. Nabi bertanya, “Apakah engkau mempunyai ibu?”. Ia menjawab, “Ya”. beginda bersabda:“Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya”.
(Hadis Riwayat Ahmad & An-Nasaei)

Mengutamakan Berbuat Baik Kepada Ibu Berbanding Bapa.
Rasulullah s. a. w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a.:
Maksudnya : “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w. dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik? Beginda bersabda: Ibumu. Ia bertanya: Kemudian siapa? Beginda menjawab: Ibumu. Ia benkata: Kemudian siapa? Beginda menjawab: Ibumu. Ia bertanya : Kemudian siapa? Beginda  menjawab: Bapamu."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya : “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Kamu dan harta kamu adalah untuk ibu-bapa kamu”.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Aishah r. a. berkata : “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w.  dengan membawa seorang tua. Baginda bertanya kepadanya: 'Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini?'  Lelaki itu menjawab: 'Bapaku.'  Beginda bersabda: 'Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil Ă­a dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu”.

9. Latihan Amali Fardhu ‘Ain
Ibu-bapa hendaklah sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dalam melakukan ibadah-ibadah Fardhu ‘Ain seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menghormati orang-orang tua, melafazkan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi. Bahkan anak-anak perlu diberi penekanan dan latihan yang berterusan tentang perkara tersebut. Ibadah Fardhu ‘Ain ini amat penting kerana ia menjadi asas kepada terlaksananya ibadah-ibadah yang lain.

10. Mengadakan Usrah Keluarga
Dalam usaha untuk mewujudkan institusi keluarga yang kukuh, maka ibu-bapa perlu mengadakan usrah yang terdiri daripada anggota keluarga iaitu ibu-bapa dan anak-anak. Antara tujuan usrah ini diadakan ialah untuk:
a. Memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan hukum Allah.
b. Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga.
c. Satu proses tarbiyah diri dan keluanga.
d. Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di dalam keluarga.

11. Halaqah Muhasabah
Halaqah Muhasabah adalah satu tuntutan agama. bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab seorang hamba kepada Allah.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 18:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat MelipuĂŒ PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan"

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak kita dengan beberapa panduan seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya sebahagiannya telah kita laksanakan maka teruskanlah dan mana-mana yang belum lagi kita laksanakan maka berusahalah untuk menyempurnakannya. Dengan cara ini kita telah berusaha dan menyediakan ruang untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Merekalah sebenarnya aset kita yang akan membantu kita ketika kita berada dialam barzakh. Semoga anak-anak kita menjadi generasi umat Islam yang beriman dan bertakwa dan dapat memimpin umat kejalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Do'a Pelembut Hati Untuk Anak-anak

Assalamualaikum, disini dinyatakan ayat-ayat, selawat dan do'a-do'a  yang pelu dibaca di air minuman  : Diantara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti
1. Surah al-Fatihah,
2. Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5)
3. Selawat Syifa’,
4.  Selawat Tafrijiyah,
5. Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3)
dan beberapa doa-doa yang lain.

"Rabbana atinaa fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah wakina azabannar"
(Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab api Neraka) - Riwayat Bukhari.

"Allahumma laayakti bil hasanaati illah anta walaa yazhab bissaiaati illah anta walahaulaa kuwataillah billa"
(Ya Allah! Tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau, dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, tiada upaya melainkan dengan Allah)
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Air minuman yg telah dibaca do'a ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Persiapa Jiwa Untuk Menyambut Kedatangan Ramadan


Sahabat yang dimuliakan,
Bulan Ramadan bulan yang penoh keberkataan akan tiba beberapa hari lagi. Kita berada di penghujung bulan Sya'ban dan telah melepasi nisfu Sya'ban. Dibulan Sya'ban ini Rasulullah s.a.w menggalakkan umatnya perbanyakkan amalan-amalan sunat sebagai persiapan menyambut kehadiran Ramadan al-Mubarak. Digalakkan sedekah, i'tikaf di masjid, solat malam dam membaca al-Qur'an sebagai persiapan sebelum kehadiran Ramadan.

Rasulullah berdoa yang bermaksud :
"Ya Allah berkati kami (apa yang kami buat) dalam Rejab dan Sya'ban dan sampaikan kami Ramadan."

Ramadan adalah bulan terbaik dalam setahun. Didalamnya kita berpuasa, solat sunat terawih, i'tikaf di masjid, membaca al-Qur'an, sedekah, menjamu untuk berbuka puasa dan mengentai Lailatul Qadar. Setiap saat dalam Ramadan mengandungi jutaan keampunan dan rahmat.

Sesiapa yang terlepas dari memanfaatkan bulan Ramadan dianggap celaka. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Celakalah orang yang mendengar namaku disebut tidak berselawat, celakalah mereka yang mendapati kedua ibu bapanya telah tua tetapi tidak berbakti kepada mereka, dan celaka bagi sesiapa yang bertemu dengan Ramadan tetapi tidak mendapat apa-apa daripadanya."

Tidak mungkin setibanya Ramadan kita mampu terus membuat banyak ibadat. Baki beberapa hari lagi ini perlulah kita melatih diri untuk perbanyakkan amalan-amalan sunat, ringan-ringankan tangan bersedekah, membiasakan diri untuk terus solat lima waktu berjemaah, menghadirkan diri setiap majlis-majlis ilmu di masjid atau disurau. Cuba mengurangkan aktiviti-aktivit yang kurang bermanfaat dan di isi dengan program-program yang meningkatkan ilmu dan iman kita kepad Allah s.w.t.

Puasa menjinakkan nafsu atau kehendak dalaman diri kita. Nafsu yang liar menjadi tunggangan syaitan. Jadilah diri itu tempat longgokan kejahatan dan kebutaan. Ia liat dari mentaati Allah, ego terhadap manusia, suka berihat-rihat daripada membuat kebajikan, buta akhirat dan tamakkan dunia.

Semasa Allah hendak mencipta Adam a.s., dicipta-Nya komposisi manusia iaitu akal dan nafsu. Akal dipanggil menghadap, Akal tampil dengan hormat. Dipanggil pula nafsu. Sombong, degil dan tidak menghadap. Dihumban nafsu kedalam Neraka selama 100 tahun. Dipanggil menghadap lagi. Engkar juga. Dihumbankan lagi ke Neraka selam 100 tahun. Dipanggil menghadap, masih engkar. Selepas siksaan 100 tahun ketiga baru ia sudi menghadap Allah.

Betapa degil dan liarnya nafsu. Menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi, puasa dapat menyelesaikan penyakit lebih makan dan minum, solat malam dapat mengubati penyakit lebih tidur dan i'tikaf di masjid dapat mengubati penyakit lebih bergaul yang tidak berfaedah.

Oleh itu buatlah persiapan sebaik mungkin di bulan Sya'ban ini sebagi usaha terakhir sebelum kedatangan bulan yang penuh keberkatan dan di khususkan untuk umat Rasulullah s.a.w iaitu bulan Ramadan al-Mubarak.

Pesan Rasulullah s.a.w sebelum tidur :
Rasulullah s.a.w berpesan pada Aisyah r.h yang bermaksud, "Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu sebelum khatam al-Qur'an, sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat, sebelum para Muslimin meredhai kamu dan sebelum kau laksanakan haji dan umrah."

Bertanya Aisyah, "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda maksudnya, "Jika engkau tidur bacalah al- Ikhlas tiga kali seolah-olah kau mengkhatamkan al-Qur'an. Bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para Muslimin, maka mereka akan meredhai kamu. Dan banyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir (subhanaullah,walhamdulill
ah,walaillahailaullah, Allahuakbar), maka seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Dalam riwayat yang lain sabda Nabi s.a.w kepada Ali bin Abi Thalib dan istrinya ketika mereka hendak tidur, “Maka bacalah tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, dan takbir tiga puluh tiga kali” dan dalam riwayat lain “takbirlah tiga puluh empat kali”
(Hadis Riwayat Bukhari).

Adab-adab Berdoa Kepada Allah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setelah kita memahami bahawa doa adalah senjata orang Mukmin dan do'a boleh merubah Qadha' dan Qadar, maka marilah kita meneliti pula adab-adab berdo'a supaya do'a yang kita sampaikan kepada Allah s.w.t di dengari-Nya dan dikabulkan-Nya. Terdapat beberapa perkara yang perlu difahami iaitu :

1. Kita hendaklah sungguh-sungguh yakin bahawa doa kita akan dikabulkan oleh Allah.

ُۧŰŻْŰčُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ وَŰŁَنْŰȘُمْ مُوْقِنُوْنَ ŰšِْۧÙ„Ű„ِŰŹَÙ€Ű§ŰšَŰ©ِ وَۧŰčْلَمُÙˆŰ§ ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ Ù„Ű§َ يَŰłْŰȘَŰŹِيْŰšُ

ŰŻُŰčَۧۥً مِنْ قَلْŰšٍ ŰșَŰ§Ùِلٍ Ù„Ű§َهٍ

Sabda Nabi SAW  maksudnya : "Berdoalah kamu kepada Allah, sedangkan kamu benar benar yakin akan dikabulkan. Dan ketahuilah olehmu bahawa Allah SWT. tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh". (Hadis Riwayat Tarmizi dan Al Hakim - Hadis Hasan)

2. Hendaklah tekun dan tidak terburu buru.

Ù„Ű§َ يَŰČَŰ§Ù„ُ يُŰłْŰȘَŰŹَُۧۚ لِلْŰčَŰšْŰŻِ مَŰ§Ù„َمْ يَŰŻْŰčُ ŰšِÙ€Ű„ِŰ«ْمٍ ŰŁَوْ قَŰ·ِيْŰčَŰ©ِ ۱َŰ­ِمٍ مَÙ€Ű§Ù„َمْ يَŰłْŰȘَŰčْŰŹِلْ ،

قِيْلَ يَۧ۱َŰłُوْلَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ فَمَۧ ْۧÙ„Ű„ِŰłْŰȘِŰčْŰŹَŰ§Ù„ِ ؟ قَŰ§Ù„َ: يَقُوْلُ قَŰŻْ ŰŻَŰčَوْŰȘُ فَلَمْ ŰŁَ۱َ يُŰłْŰȘَŰŹَŰšْ لِى فَيَŰłْŰȘَŰ­ْŰłِ۱ُ ŰčِنْŰŻَ ۰َلِكَ وَيَŰŻَŰčُ Ű§Ù„ŰŻُّŰčَÙ€Ű§ŰĄَ.

Sabda Nabi SAW. maksudnya.:" Akan dikabulkan doa hamba selagi ia tidak berdoa dengan dosa atau memutuskan sllaturrahim selama ia tidak isti'jaal. Lalu baginda ditanya:" Ya Rasulallah, apakah yang dikatakan lsti’jaal? "Jawab Nabi SAW :" Dia berkata: Sungguh aku telah berdoa tetapi tidak juga dikabulkan, lalu ia menyesal dan akhirnya ia tidak berdoa lagi." (Hadis Riwayat Imam Musllm)

3. Berdoa dalam semua keadaan:

مَنْ Űłَ۱َّهُ ŰŁَنْ يَŰłْŰȘَŰŹِيْŰšَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ لَـهُ ŰčِنْŰŻَ Ű§Ù„ŰŽَّŰŻَۧۊِŰŻِ وَŰ§Ù„ْكُ۱ْŰšِ ،

فَلْيُكْŰ«ِ۱ِ Ű§Ù„ŰŻُّŰčَۧۥَ فِى Ű§Ù„Ű±َّŰźَÙ€Ű§ŰĄِ.

Sabda Nabi SAW  maksudnya : "Barangsiapa yang ingin agar Allah mengabulkan doanya ketika ia sedang susah, maka hendaklah ia memperbanyak doa ketika ia sedang hidup senang. (Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi dan Al Hakim)

4. Tidak mengutuk keluarga dan hartanya:

Ù„Ű§َ ŰȘَŰŻْŰčُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَنْفُŰłِكُمْ وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰŻْŰčُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَوْÙ„Ű§َŰŻِكُمْ وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰŻْŰčُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَمْوَŰ§Ù„ِكُمْ ،

Ù„Ű§َ ŰȘُوَŰ§ÙِقُÙˆŰ§ مِنَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ ŰłَۧŰčَŰ©ً يُŰłْŰŁَلُ فِيْهَۧ ŰčَŰ·َۧۥٌ فَيَŰłْŰȘَŰŹِيْŰšُ لَكُمْ.

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Janganlah kamu mengutuk dirimu, dan jangan pula mengutuk anak-anak kamu dan harta kamu (kerana) ada suatu masa yang jika bertepatan do'a kita pada waktu itu nescaya pasti Allah mengabulkannya. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

5. Jangan memohon kepada selain Allah:

قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ù„Ű§Űšْنِ ŰčَŰšٍَّۧŰł ۱َ۶ِىَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَنْهُمَۧ: يَۧ ŰșُÙ„Ű§َمُ ، Ű„ِنِّى ŰŁُŰčَلِّمُكَ كَلِمَۧŰȘٍ:

ِۧŰ­ْفَŰžِ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ يَŰ­ْفَŰžْكَ ، ِۧŰ­ْفَŰžِ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ ŰȘَŰŹِŰŻْهُ ŰȘُŰŹَÙ€Ű§Ù‡َكَ ، Ű„ِ۰َۧ ŰłَŰŁَلْŰȘَ فَۧ۳ْŰŁَلِ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ ،

وَŰ„ِ۰َۧ ۧ۳ْŰȘَŰčَنْŰȘَ فَۧ۳ْŰȘَŰčِنْ ŰšِŰ§Ù„Ù„Ù‡ِ.

Sabda Nabi SAW. kepada Ibnu Abbas maksudnya :" Wahai anakku, jlka engkau meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah. (Hadis Hasan Riwayat Tarmidzi)

6. Berdoa dengan suara yang sederhana:

Allah SWT berfirman maksudnya :
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengar merendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang yang diminta dan cara meminta). (Surah Al A’raf ayat 55)

Sabda Nabi SAW :

ِۧ۱ْŰšَŰčُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَنْفُŰłِكُمْ ، Ű„ِنَّكُمْ Ù„Ű§َ ŰȘَŰŻْŰčُوْنَ ŰŁَŰ”َمَّ وَÙ„Ű§َ ŰșَۧۊِŰšًÙ€Ű§ ،

Ű„ِنَّكُمْ ŰȘَŰŻْŰčُوْنَ ŰłَمِŰšْŰčًۧ ŰšَŰ”ِيْ۱ًۧ.

"Kasihanilah dirimu, sesungguhnya kamu tidak memohon kepada yang pekak dan ghaib, sesungguhnya kamu mohon kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Hadis Riwayat Imam.Bukhari dan Muslim)

7. Memohon dengan Al Asmaa-ul Husna:

Allah SWT berfirman:

وَلِلَّهِ Ű§Ù„ْŰŁَŰłْمَۧۥُ Ű§Ù„ْŰ­ُŰłْنَى فَۧۯْŰčُوهُ Űšِهَۧ وَ۰َ۱ُÙˆŰ§ Ű§Ù„َّ۰ِينَ يُلْŰ­ِŰŻُونَ فِي ŰŁَŰłْمَۧۊِهِ

Maksudnya : "Hanya milik Allah " asmaa- ul husnaa" itu, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husnaa itu dan tinggalkanlah orang orang yang menyimpang dalam (menyebut) nama nama-Nya. (Surah Al A’raf ayat 180)

Rasulullah SAW. pernah mendengar seorang lelaki berdoa dalam tasyahhudnya:

َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّى ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ يَŰ§Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ ْۧÙ„ŰŁَŰ­َÙ€ŰŻُ Ű§Ù„Ű”َّمَŰŻُ لَمْ يَلِŰŻْ وَلَمْ يُوْلَŰŻْ وَلَمْ يَكُنْ لَـهُ

كُفُوًۧ ŰŁَŰ­َŰŻٌ ، ŰŁَنْ ŰȘَŰșْفِ۱َلِى ۰ُنُوْŰšِى Ű„ِنَّكَ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْŰșَفُوْ۱ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمُ.

Ertinya: " Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ya Allah Yang Maha Esa lagi tempat meminta, yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak serupa dengan seorang juapun, kiranya Engkau ampunilah segala dosaku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". LaIu sabda Nabi: Sesungguhnya dia telah diampuni, sesungguhnya dia telah diampuni. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud, An Nasaai)

8. Mengaku berdosa:

Sabda Nabi s.a.w : Penghulu istighfaar ialah:

َۧللَّهُمَّ ŰŁَنْŰȘَ ۱َŰšِّى Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰŁَنْŰȘَ ، ŰźَلَقْŰȘَنِى وَŰŁَنَۧ ŰčَŰšْŰŻُكَ ، وَŰŁَنَۧ Űčَلَى ŰčَهْŰŻِكَ وَوَŰčْŰŻِكَ مَۧ ۧ۳ْŰȘَŰ·َŰčْŰȘُ ، ŰŁَŰčُوْ۰ُŰšِكَ مِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ Ű”َنَŰčْŰȘُ ،

ŰŁَŰšُوْŰĄُ لَكَ ŰšِنِŰčْمَŰȘِكَ Űčَلَيَّ وَŰŁَŰšُوْŰĄُ Űšِ۰َنْŰšِى فَۧŰșْفِ۱ْلِى فَÙ€Ű„ِنَّهُ Ù„Ű§َ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُوْŰšَ Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰŁَنْŰȘَ.

Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". (Hadis Riwayat Bukhari)

Fadilatnya Penghulu Istighfar: Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli Syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli Syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)

9. Jangan terikat dengan sajak dalam doa:

Ibnu Abbas menasihati sahabat-sahabatnya:

فَŰ§Ù†ْŰžُ۱ِ Ű§Ù„ŰłَّŰŹْŰčَ مِنَ Ű§Ù„ŰŻُّŰčَۧۥِ فَۧۏْŰȘَنِŰšْهُ فَŰ„ِنِّى ŰčَهِŰŻْŰȘُ ۱َŰłُوْلَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡َ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ وَŰŁَŰ”ْŰ­ََۧۚهُ Ù„Ű§َ يَفْŰčَلُوْن Ű„ِÙ„Ű§َّ ۰َلِكَ ؛

يَŰčْنِى Ù„Ű§َ يَفْŰčَلُوْنَ Ű„ِÙ„Ű§َّ ۰َلِكَ ْۧÙ„Ű„ِŰŹْŰȘِنَُۧۚ.

Jauhilah sajak ketika kamu berdo'a, kerana Rasulullah dan para sahabatnya tidak melakukan perkara demikian. (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari)

10. Berdoa dengan khusyu' dan merendah diri:

Allah SWT berfirman:

وَۧ۰ْكُ۱ْ ۱َŰšَّكَ فِي نَفْŰłِكَ ŰȘَ۶َ۱ُّŰčًۧ وَŰźِيفَŰ©ً وَŰŻُونَ Ű§Ù„ْŰŹَهْ۱ِ مِنَ Ű§Ù„ْقَوْلِ ŰšِŰ§Ù„ْŰșُŰŻُوِّ وَŰ§Ù„ْ۹۔َŰ§Ù„ِ وَلَۧ ŰȘَكُنْ مِنَ Ű§Ù„ْŰșَŰ§Ùِلِينَ (205)

Maksudnya : "Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang orang yang lalai." (Surah Al A'raf ayat 205)

Allah SWT berfirman:

كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ يُŰłَۧ۱ِŰčُونَ فِي Ű§Ù„ْŰźَيْ۱َۧŰȘِ وَيَŰŻْŰčُونَنَۧ ۱َŰșَŰšًۧ وَ۱َهَŰšًۧ وَكَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ لَنَۧ ŰźَۧێِŰčِينَ(90)

Maksudnya : "Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yanq khusyu' kepada kami." (Surah Al Anbiyaa' ayat 90)

11. Bertaubat dan menjauhkan diri dari segala bentuk dosa :

Rasulullah SAW. berkata tentang seorang lelaki yang mengangkat kedua tangannya ke langit, sambil berdoa:

يَۧ۱َŰšِّ يَۧ۱َŰšِّ ، وَمَŰ·ْŰčَمُهُ Ű­َ۱َŰ§Ù…ٌ وَمَلْŰšَŰłُهُ Ű­َ۱َŰ§Ù…ٌ وَŰșُ۰َّى ŰšِŰ§Ù„ْŰ­َ۱َŰ§Ù…ِ ، فَŰŁَنَّى يُŰłْŰȘَŰŹَُۧۚ لَـهُ.

"Ya Tuhanku, Ya Tuhanku, sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram, dan hidup bergelimang dengan perkara haram maka bagaimanakah do'a akan dikabulkan Allah? (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

12. Berdoa dengan amal soleh :

Agar doa kita segera dikabulkan oleh Allah s.w.t.. maka kita boleh berdo'a kepada-Nya sambil bertawassul dengan amal soleh yang pernah kita lakukan. Allah sangat suka kita menyebut-nyebut amal soleh kita kepada-Nya.

Dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim diceritakan tentang tiga orang yang masuk kedalam gua kerana hujan lebat. Mereka terkurung di dalamnya kerana batu besar yang jatuh dari atas gunung menutupi pintu gua tersebut. Mereka berdoa kepada Allah sambil menyebut-nyebut amal soleh masing masing. Doa mereka makbul dan akhirnya selamat keluar.

13. Mengulangi doa sebanyak tiga kali:

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas'ud berkata: Baginda Rasulullah s.a.w jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali.

14. Bersalawat kepada Nabi SAW.:

Sabda Nabi SAW :

كُلُّ ŰŻُŰčَۧۥٍ مَŰ­ْŰŹُوْŰšٌ Ű­َŰȘَّى يُŰ”َلِّى Űčَلَى Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ.

Maksudnya : "Tiap- tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi SAW. (Hadis Hasan)

15. Menghadap Kiblat:

Dari Abdullah Bin Mas'ud r.a. katanya:

ِۧŰłْŰȘَقْŰšَلَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű§Ù„ْقِŰšْلَŰ©َ ، فَŰŻَŰčَۧ Űčَلَى نَفَ۱ٍ مِنْ قُ۱َيْŰŽٍ.

Nabi Muhammad SAW. menghadap ke Ka'bah, lalu baginda berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

16. Mengangkat kedua-dua tangan:

Abdullah Bin Omar r.a. berkata:

۱َفَŰčَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ (Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ) يَŰŻَيْهِ فَقَŰ§Ù„َ : َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّى ŰŁَŰšْ۱َŰŁُ Ű„ِلَيْكَ مِمَّۧ Ű”َنَŰčَ ŰźَŰ§Ù„ِŰŻٌ مَ۱َّŰȘَيْنِ

Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: "Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali)." (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)

Berkata Abu Musa:

Ű«ُمَّ ۱َفَŰčَ يَŰŻَيْهِ فَقَŰ§Ù„َ: َۧللَّهُمَّ ۧŰșْفِ۱ْ لِŰčُŰšَيْŰŻِ ŰŁَŰšِى ŰčَŰ§Ù…ِ۱ٍ ، ۱َŰŁَيْŰȘُ Űšَيَۧ۶َ Ű„ِŰšْŰ·َيْهِ.

Kemudian baginda Nabi SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Bin 'Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda."(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

17. Berwuduk  sebelum berdoa:

Berkata Abu Musa r.a : " Sebelum 'Ubaid Abu 'Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad s.a.w.. dan memohon do'anya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu' dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdo'a: "Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa:

:َۧللَّهُمَّ ۧŰșْفِ۱ْ لِŰčُŰšَيْŰŻِ Űšْنِ ŰčَŰ§Ù…ِ۱ٍ ، ۱َŰŁَيْŰȘُ Űšَيَۧ۶َ Ű„ِŰšْŰ·َيْهِ ، Ű«ُمَّ قَŰ§Ù„َ

َۧللَّهُمَّ ۧۏْŰčَلْهُ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ فَوْقَ كَŰ«ِيْ۱ٍ مِنْ Űźَلْقِكَ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّÙ€Ű§Űłِ.

"Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdo'a:" Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu."

Lalu akupun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah.

Kemudian baginda berdoa:

َۧللَّهُمَّ ۧŰșْفِ۱ْ لِŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Űšْنِ قَيْŰłٍ ۰َنْŰšَهُ ، وَŰŁَŰŻْŰźِلْهُ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ مُŰŻْŰźَÙ„Ű§ً كَ۱ِيْمًۧ

"Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

18. Berdoa sambll menangis:

Dari Abdullah Bin 'Amr Bin Al 'Ash RA, bahawa Nabi Muhammad SAW membaca ucapan Nabi Isa a.s..:

Ertinya: "Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba—Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana". (Surah Al Maidah ayat 118),

Lalu Nabi SAW. menganqkat kedua dua tangannya dan berdoa :


َۧللَّهُمَّ ŰŁُمَّŰȘِى ŰŁُمَّŰȘِى ، (وَŰšَكَى)

" Ya Allah, umatku, umatku ", (sambil baginda menangis).

Selanjutnya Allah SWT berfirman kepada Jibril (as):

يَۧ ŰŹِŰšْ۱ِيْلُ ِۧ۰ْهَŰšْ Ű„ِلَى مُŰ­َمَّŰŻٍ فَقُلْ: Ű„ِنَّÙ€Ű§ Űłَنُ۱ْ۶ِيْكَ وَŰŁُمَّŰȘِكَ وَÙ„Ű§َ نَŰłُوْŰ€ُكَ.

Maksudnya : "Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: " Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu ". (Hadis Riwayat Muslim)

19. Berdoa sambil merendahkan diri:

Allah SWT. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya:

Maksudnya "Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (" Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang".
(Surah Al Anbiyaa ayat 89)

Maksudnya : "Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik". (Surah Al Anbiyaa ayat 89)

20. Berdoa pada waktu waktu yang mustajab

Kita meyakini bahawa Allah SWT.. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan lain lain.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
(Surah al-Naml ayat 62)

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :
"Berdo'alah pada waktu mustajab do'a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun".
(Hadis Riwayat Abu Daud).

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, "Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah; doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Rasulullah SAW pernah ditanya:

ŰŁَيُّ Ű§Ù„ŰŻُّŰčَÙ€Ű§ŰĄِ ŰŁَŰłْمَŰčُ ؟ قَŰ§Ù„َ : ŰŹَوْفُ Ű§Ù„Ù„َّيْلِ ْۧÙ„ŰąŰźِÙ€Ű±ِ وَŰŻُŰšُ۱ُ Ű§Ù„Ű”َّلَوَۧŰȘِ Ű§Ù„ْمَكْŰȘُوْŰšَÙ€Ű©ِ .

"Doa yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Doa) akhir malam dan setelah solat wajib. (Hadis Riwayat Tarmizi – Sahih)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita mengikuti adab-adab ketika berdoa seperti yang tersebut di atas semoga, adab-adab tersebut dapat menambahkan kekyusukan kita semasa berdoa dan memenuhi amalan Nabi s.a.w semasa berdoa. Apabila cara kita betul memenuhi KPI berdoa cara Islam, insya Allah semua doa kita akan di kabulkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT. bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah ayat 186).

Berkorban Apa Saja.

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan rasulnya,kemudian mereka(terus percaya dengan)tidak ragu-ragu lagi serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah.Mereka itulah orang-orang yang benar(pengakuan imannya)"Surah Al-Hujrat:15

JIHAD~memerlukan kesungguhan,ketegasan,keberanian,dan jati diri yang maksimum.Segala usaha yang dilakukan dengan sepenuh jiwa raga dan tenaga untuk mencapai matlamat ibarat pengemudian sebuah bahtera yang perlu persiapan pelayaran bukan sahaja keujudan semangat nakhoda tetapi ala tuju perlu strategi.Jihad juga bukan kalimah dari tutur kata tetapi ia perlu sebati tanpa susut nilainya dalam diri.Semuanya berpaksi kepada nawaitu untuk menegakkan dan mempertahankan islam pada diri,keluarga dan masyarakat serta mendapat keampunan,rahmat dan keredhaan Allah swt.Jihad juga merupakan perjuangan dan pengorbanan suci berdasarkan perinsip ajaran islam untuk mencapai tujuan dan matlamat yang di redhai Allah swt.

CIRI-CIRI MUJAHID

1-Sedar jihad merupakan suatu tanggungjawab mulia yang mesti dilaksanakan sempanjang zaman.

2-Berpegang pada prinsip jihad ~jihad kerana Allah swt

3-Mempunyai matlamat yang suci dan jelas ~menegakkan syariat islam

4-Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi

5-Berkorban diri dan harta serta bersedia menghadapi pelbagai risiko debgan sabar dan redha.

~JIHAD YANG SUCI DAN SEJATI HANYALAH JIHAD FISABILILLAH ~KERNA ALLAH KERNA ALLAH!!ALLAH

JIHAD MELAWAN NAFSU
~~~~~~~~~~~~~~~~
Jihad yang berat walau tak terlihat tetapi ia merupakan medan perang yang sukar di atasi.Jihad yang paling besar kerana:

1-Minda jihad yang tidak terbatas berdasarkan kemahuan hawa nafsu terlalu banyak,nafsu menjadi tempat syaitan bermaharajalela dan nafsu mendorong manusia melakukan keburukkan dan maksiat.

2-Tempoh masa jihad tanpa had-selama nadi bergerak,selagi masih bernyawa.jihad perlu diteruskan.

3-Jihad ini terlalu sulit dan sukar kerna manusia terpaksa berperang dengan kehedak dirinya sendiri.

4-Musuh yang tidak dapat dilihat dan dirasai dengan pancaindera.

5-Jihad nafsu menjadi penentu dan pengawas bagi kejayaan jihad yang lainya.

Jihad membersihkan jiwa dan menyucikan hati dan sifat-sifat yang negetif dan keji untuk di isi dengan sifat yang terpuji dan mulia.Sekaligus menghapuskan kegelapan dan kekotoran syirik untuk di gantikan dengan kejernihan sinar cahaya tauhid.Jihad ini juga untuk mencapai kemuliaan tauhid keikhlasan ibadat,kebersihan akhlak dan ketinggian budi.Inilah nilai hidup yang hakiki di sisi Allah swt untuk mendapat keampunan,keredhaan dan rahmatnya yang tidak ternilai sekalipun diperbandingkan segunung permata berlian.

Sahabat tersayang lilahitaala~
Perjuangan diri yang berterusan perlu pada diri untuk meraikan perubahan hidup yang berkualiti dan menjadi muslim sejati.Jangan biarkan diri masih termangu di takuk lama tanpa bergerak membebaskan diri dari terbelengu dari dosa-dosa silam.Tiada manusia yang hidup di dunia ini tidak membuat sebarang kesilapan pada dirinya...dari itu tarbiahkan segenap ruangan hati untuk melakukan perubahan negetif kepada perubahan positif.Sememangnya bukan mudah bagai dikata,jangan terlalu drastik tetapi lakukan secara istiqamah-berterusan-insyaAllah perubahan itu lebih kekal berbanding dengan perubahan yang mendadak tetapi akhirnya positif berbalik kepada negetif.
Semoga kita bersama-sama berperang menentang anasir syaitan yang bersangkar dalam hati kita.Tarbiah untuk diri saya sendiri yang adakala terleka dan terlalai serta untuk sahabat tercinta lilahitaala..semoga Allah swt melindungi talian ukhwah antara kita dari kegelongsoran hati yang kaku tanpa jihad.


~INGATAN UNTUK ku~
NUR HUSRAH