Thursday, March 17, 2011

Berdoa Kepada Allah Supaya di Jauhi Daripada Bala dan Kehinaan

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Berdoa adalah senjata orang mukmin. Dalam kehidupan seorang mukmin, hidupnya penuh dihiasi dengan akhlak Islam, amal soleh, amal ibadah dan peribadi mulia yang akan menjadi contoh kepada orang lain. Dalam keadaan hidup di dunia ICT dan kemajuan teknologi, disana sini berlaku maksiat dan kemugkaran, kita perlulah meminta perlindungan Allah S.W.T. daripada bala dan musibah yang akan diturunkan oleh Allah S.W.T. kerana kerosakkan yang dibuat oleh tangan-tangan manusia di muka bumi ini. Berdoa dan bermunajat kepada Allah S.W.T. tanda pengharapan kita yang mutlak kepada-Nya.

Doa memohon selamat daripada bala dan kehinaan ini terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi S.A.W. ada mengajarkan kepada kita untuk berdoa : "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadak dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)."

Terdapat 4 perkara intisari doa yang diajarkan oleh Nabi S.A.W untuk berlidung kepada Allah S.W.T. :

1. Kesusahan bala
2. Hinanya kesengsaraan
3. Keburukan qadak
4. Kegembiraan musuh

Huraiannya :

Pertama : Kesusahan bala.

Bala  adalah suatu kententuan Allah S.W.T keatas hamba-hamba-Nya. Bala  adalah satu peringatan daripada Allah S.W.T. kepada para hamba-Nya samaada untuk menghapuskan dosa atau sebagai peringatan Allah S.W.T. semoga manusia kembali kepada Allah S.W.T. dengan meninggalkan larangan-Nya dan melaksanakan suruhan-Nya.

Bala yang datang dalam berbagai bentuk seperti kemalangan jalan raya, kebakaran rumah, mendapat penyakit, kehilangan harta benda, kematian insan yang dikasihi, kerugiaan dalam perniagaan, hilang jawatan, dirompak, diragut dan pergaduhan dan perselisihan di kalangan ahli keluarga dan kematian yang buruk (su'ul khatimah). Bala yang paling besar adalah apabila seseorang itu suka kepada maksiat dan melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama dan tidak merasa berdosa.

Sedekah mampu memberikan pengaruh yang luar biasa kepada orang yang menunaikannya. Salah satu manfaat sedekah adalah ia memelihara seseorang dari segala macam bahaya , bala dan musibah.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Oleh itu banyakkanlah memberi sedekah setiap hari walaupun hanya seringgit semoga terlindung daripada bala dan musibah. Seorang yang bersedekah mendapat doa malaikat rahmat.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Selain daripada doa di atas terdapat satu lagi doa yang diajarkan Nabi S.A.W. semoga kita dijauhi daripada bala (kemalangan).
"Ya Allah, tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau, dan tiada yang menghilangkan keburukkan melainkan Engkau, tiada upaya melainkan dengan Allah S.W.T." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Kedua : Hinanya kesengsaraan.

Apabila seseorang ditimpa kesengsaraan dalam hidupnya seperti kefakiran dan penyakit yang berpanjangan maka masyarakat akan memandang hina kepadanya. Hidup terpaksa meminta-minta dan sentiasa meminta belas ihsan orang ramai. Kesengsaraan boleh juga datang dalam bentuk fitnah yang yang dilemparkan kepada seseorang sedangkan perbuatan tersebut tidak dilakukan. Penyakit yang didatangkan melalui sihir juga menyebabkan seseorang menderita menghadapi penyakit yang misteri daripada angkara jin dan syaitan.

Maka kita diminta berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah S.W.T. supaya dijauhi mendapat musibah dengan mengalami kesengsaraan.

Salah satu doa yang baik diamalkan supaya dijauhi daripada kesengsaraan :

" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut, dan daripada sifat kedekut, aku mohon perlindungan-Mu daripada ditimpa penyakit nyanyuk, serta aku mohon perlindungan-Mu daripada fitnah dunia dan azab kubur." (Hadis Riwayat Bukhari)

Kesengsaraan yang besar adalah apabila kita segsara di alam barzakh dan hari akhirat, maka
Nabi S.A.W. mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah S.W.T. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. 
Sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)".
(Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)
 
Ketiga : Keburukan qadak.

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T. telah ditetapkan kebaikan dan keburukkannya di dalam qadak dan qadar-Nya.

Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya : Aku ada mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar takdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut."
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)
 
Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Tidak boleh menolak qadak kecuali dengan doa".

Qadak dan qadar adalah rahsia Allah .Bukan tugas kita untuk mempersoalkannya.Tugas kita buat ibadah dan amal soleh sebaik mungkin dan tingkatkan ketakwaan dan keimanan pada Allah S.W.T. dan yakin dengan janji-Nya, maka Dia akan membalasi hamba-Nya yang beriman dengan syurga.

Oleh itu kita diminta perbanyakkan doa semoga keburukan qadak yang ditetapkan Allah S.W.T dapat Dia mengasihani kita dengan di gantikannya denga qadak yang baik.

Sayyidina Umar Al-Khattab r.a pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf : “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah S.W.T berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Rasulullah S.A.W.  bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Kita hendaklah sentiasa berbaik sangka dengan-Nya bahawa Dia akan mengampunkan dosa-dosa kita dan mengasihi kita di dunia dan akhirat insya Allah dengan sangkaan kita yang positif maka Allah S.W.T. akan berperasangka seperti sangkaan kita terhadap-Nya. Maka kita akan mendapat rahmat dan pengampunan-Nya.

Keempat : Kegembiraan musuh.

Kiat berdoa meminta Allah S.W.T jauhi kita daripada musuh. Samaada musuh yang nampak atau musuh yang tidak nampak. Musuh yang nampak adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana Allah S.W.T. mengatakan mereka tidak akan senang kepada kita selagi kita tidak mengikut agama mereka. Orang-orang kafir yang lain juga adalah musuh kita kerana mereka benci kepada akidah Islam yang kita percaya dan yakini. Musuh-musuh yang lain pula adalah musuh dikalangan orang Islam yang fasiq yang benci pada hukum Allah dan tidak suka kepada akhlak dan ajaran Islam yang kita hayati dan hendak kita amalkan. Musuh yang tidak nampak pula adalah iblis, syaitan dan jin yang sentiasa menggoda siang dan malam untuk menyesatkan kita.
 
Nabi S.A.W mengajarkan kita semoga dijauhi daripada pelbagai kejahatan.

"Ya Allah! Sesungguhnya akau berlindung kepada-Mu daripada kesedihan dan kesusahan, perasaan lemah dan malas. sikap bakhil dan penakut, hutang yang menyibukkan fikiran dan orang yang menindasku (musuhku)"
(Hadis Riwayat Bukhari)

"Ya Allah! Sesungguhnya akau berlindung kepada-Mu daripada hari yang buruk, malam yang buruk, waktu yang buruk, kawan yang buruk dan jiran yang jahat ditempat tinggalku."
(Hadis Riwayat Tabrani)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita sentiasa berdoa dan meminta perlindungan daripada Allah S.W.T. dalam segala bentuk bala dan kehinaan samaada hidup di dunia dan hari akhirat. Lakukanlah setiap hari dan setiap masa kerana Allah S.W.T Maha Mendengar permohonan dan permintaan kita. Mukmin yang baik dan lebih dikasihi Allah adalah mukmin yang kuat dan banyak berdoa daripada mukmin yang lemah dan kurang berdoa.

Wednesday, March 16, 2011

Hikmah dan Kebaikan Poligami Dalam Islam (Bahagian ke2)

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah S.W.T.  memerintahkan kepada semua manusia untuk selalu bersikap adil dalam semua keadaan, baik yang berhubungan dengan hak-Nya maupun hak-hak sesama manusia, iaitu dengan mengikuti ketentuan syariat Allah S.W.T.  dalam semua itu, kerana Dia mensyariatkan agamanya di atas keadilan yang sempurna.

Allah S.W.T. berfirman,

{Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰŁْمُ۱ُ ŰšِŰ§Ù„ْŰčَŰŻْلِ وَŰ§Ù„ْŰ„ِŰ­ْŰłَŰ§Ù†ِ وَŰ„ِيŰȘَۧۥِ ۰ِي Ű§Ù„ْقُ۱ْŰšَى وَيَنْهَى Űčَنِ Ű§Ù„ْفَŰ­ْŰŽَۧۥِ وَŰ§Ù„ْمُنْكَ۱ِ وَŰ§Ù„ْŰšَŰșْيِ يَŰčِŰžُكُمْ لَŰčَلَّكُمْ ŰȘَ۰َكَّ۱ُونَ}

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”
(Surah an-Nahl ayat 90).

Termasuk dalam hal ini, sikap adil di dalam berpoligami, iaitu tidak berat sebelah dalam mencukupi keperluan para isteri dalam hal makanan, pakaian, tempat tinggal dan bermalam bersama mereka. Dan ini tidak bererti harus adil dalam segala sesuatu, sampai dalam hal yang sekecil-kecilnya, yang ini jelas di luar kemampuan manusia.

Sebab timbulnya kesalahpahaman dalam masalah ini, di antaranya karena hawa nafsu dan ketidakpahaman terhadap agama, termasuk kerancuan dalam memahami firman Allah S.W.T.

{وَلَنْ ŰȘَŰłْŰȘَŰ·ِيŰčُÙˆŰ§ ŰŁَنْ ŰȘَŰčْŰŻِلُÙˆŰ§ Űšَيْنَ Ű§Ù„Ù†ِّŰłَۧۥِ وَلَوْ Ű­َ۱َŰ”ْŰȘُمْ فَÙ„Ű§ ŰȘَمِيلُÙˆŰ§ كُلَّ Ű§Ù„ْمَيْلِ فَŰȘَ۰َ۱ُوهَۧ كَŰ§Ù„ْمُŰčَلَّقَŰ©ِ}

Maksudnya : “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara istri-istri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan kamu biarkan yang lain terkatung-katung” (Surah an-Nisa’ ayat 129).

Marilah kita lihat bagaimana para ulama Ahlus sunnah memahami firman Allah yang mulia ini.

Imam asy-Syafi’i berkata, “Sebagian dari para ulama ahli tafsir (menjelaskan makna firman Allah Ta’ala): “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara istri-istri(mu)…”, (ertinya: berlaku adil) dalam perasaan yang ada dalam hati (rasa cinta dan kecenderungan hati), kerana  Allah S.W.T.  mengampuni bagi hamba-hamaba-Nya terhadap apa yang terdapat dalam hati mereka. “…kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai)…” ertinya: janganlah kamu memperturutkan keinginan hawa nafsumu dengan melakukan perbuatan (yang menyimpang dari syariat). Dan penafsiran ini sangat sesuai dan tepat. Wallahu a’lam”

Dalam hadis Rasulullah S.A.W.  (yang shahih) menunjukkan bahawa yang dimaksud dengan adil dalam poligami adalah menyamakan semua isteri dalam keperluan mereka dengan pemberian yang layak bagi masing-masing dari mereka. Jika seorang suami telah menunaikan bagi masing-masing dari para isterinya keperluan mereka yang berupa pakaian, nafkah  dan bermalam dengannya secara layak dan bergilir-gilir, maka dia tidak berdosa dengan apa yang melebihi semua itu, berupa kecenderungan dalam hati, atau memberi hadiah kepada salah satu dari mereka

Oleh kerana itulah, Rasulullah S.A.W. berkata (dalam doa baginda), “Ya Allah, inilah pembagianku (terhadap istri-istriku) yang aku mampu (lakukan), maka janganlah Engkau mencelakanku dalam perkara yang Engkau miliki dan tidak aku miliki” Kemudian Allah melarang “kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai)”,

Imam Mujahid berkata, “ Janganlah kamu sengaja berbuat buruk (aniaya terhadap istri-istrimu), akan tetapi tetaplah berlaku adil dalam pembagian (giliran) dan memberi nafkah (keperluan hidup) kerana ini termsuk perkara yang mampu dilakukan manusia”

Imam Ibnu Katsir berkata, “maksud ayat di atas : "Wahai manusia, kamu sekali-kali tidak akan dapat bersikap adil (menyamakan) di antara para istrimu dalam semua segi, karena meskipun kamu membagi giliran mereka secara lahir semalam-semalam, (akan tetapi) mesti ada perbedaan dalam kecintaan (dalam hati), keinginan syahwat dan hubungan intim."

Sahabat yang dimuliakan,
Cemburu adalah fitrah dan tabiat yang mesti ada dalam diri manusia, yang pada asalnya tidak tercela, selama tidak melampaui batas. Maka dalam hal ini, wajib bagi seorang muslim, terutama bagi seorang wanita muslimah yang dipoligami, untuk mengendalikan kecemburuannya. Kerana cemburu yang melampaui batas boleh menjerumuskan seseorang ke dalam pelanggaran syariat Allah, seperti berburuk sangka, dusta, mencela, atau bahkan kekafiran, iaitu jika kecemburuan tersebut menyebabkannya membenci ketentuan hukum yang Allah syariatkan.

Allah S.W.T.  berfirman,

{۰َلِكَ ŰšِŰŁَنَّهُمْ كَ۱ِهُÙˆŰ§ مَۧ ŰŁَنŰČلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَŰŁَŰ­ْŰšَŰ·َ ŰŁَŰčْمَŰ§Ù„َهُمْ}

Maksudnya : “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada ketentuan (syariat) yang diturunkan Allah sehingga Allah membinasakan amal-amal mereka” (Surah  Muhammad ayat 9).

Demikian pula perlu diingatkan bagi kaum lelaki untuk lebih bijaksana dalam menghadapi kecemburuan para wanita, kerana hal ini juga terjadi pada diri wanita-wanita terbaik dalam Islam, iaitu para isetri Rasulullah S.A.W. Dan baginda menghadapi semua itu dengan sabar dan bijaksana, serta menyelesaikannya dengan cara yang baik.

Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata, “Asal sifat cemburu adalah merupakan watak bawaan bagi wanita, akan tetapi jika kecemburuan tersebut melampuai batas dalam hal ini sehingga melebihi (batas yang wajar), maka itulah yang tercela.

Terdapar sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Atik al-Anshari radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesunguhnya di antara sifat cemburu ada yang dicintai oleh Allah dan ada yang dibenci-Nya. Adapun kecemburuan yang dicintai-Nya adalah al-ghirah (kecemburuan) terhadap keburukan. Sedangkan kecemburuan yang dibenci-Nya adalah kecemburuan terhadap (perkara) yang bukan keburukan”

Sebab-sebab yang mendorong timbulnya cemburu yang tercela (kerana melampaui batas) adalah:

1. Lemahnya iman dan lalai dari mengingat Allah S.W.T.

2. Bisikan dan godaan syaitan.

3. Hati yang berpenyakit

4. Ketidak-adilan suami dalam memperlakukan dan menunaikan hak sebagian dari isteri-isterinya.

5. Isteri hanya ikut emosi dan tidak berpandukan akal yang waras.

6. Suami suka menyebutkan kelebihan dan kebaikan seorang isterinya di hadapan isterinya yang lain.

Cara-cara untuk mengatasi kecemburuan ini adalah:

1. Bertakwa kepada Allah S.W.T.

2. Mengingat dan memperhitungkan pahala yang besar bagi wanita yang bersabar dalam mengendalikan dan mengarahkan kecemburuannya sesuai dengan batasan-batasan yang dibolehkan dalam syariat.

3. Menjauhi pergaulan yang buruk dan hasutan orang lain

4. Bersangka baik kepada suami dan madunya yang lain

5. Bersikap qana’ah (menerima segala ketentuan Allah S.W.T. dengan lapang dada).

6. Selalu mengingat kematian dan hari akhirat, hidup ini hanya sementara dan tidak perlu direbut hak-hak yang kecil di dunia ini.

7. Berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan kecemburuan tersebut.

Nasihat untuk suami dan isteri-isteri yang berpoligami.

1. Nasehat untuk suami yang berpoligami

- Bersikap adillah terhadap isteri-isterimu dan hendaklah selalu bersikap adil dalam semua masalah, sampai pun dalam masalah yang tidak wajib hukumnya. Janganlah kamu bersikap berat sebelah terhadap salah satu dari isteri-isterimu.

- Berlaku adillah terhadap semua anakmu dari semua isterimu. Usahakanlah untuk selalu mendekatkan hati mereka, misalnya dengan menganjurkan isteri untuk menyusui anak dari isteri yang lain. Jelaskanlah kepada mereka bahawa mereka semua adalah saudara. Jangan biarkan ada peluang bagi syaitan untuk merusak hubungan mereka.

- Sering-seringlah memuji dan menyebutkan kelebihan semua isteri, dan tanamkanlah kepada mereka keyakinan bahawa tidak ada kecintaan dan kasih sayang yang abadi  kecuali dengan mentaati Allah S.W.T. dan mencari keredaan suami.

- Janganlah menceritakan ucapan salah seorang dari mereka kepada yang lain. Janganlah menceritakan sesuatu yang bersifat rahsia, kerana rahsia itu akan cepat tersebar dan disampaikannya kepada isteri yang lain, atau dia akan membanggakan diri bahawa dia mengetahui rahsia suami yang tidak diketahui isteri-isteri yang lain.

- Janganlah kamu memuji salah seorang dari mereka, baik dalam hal kecantikan, kepandaian memasak, atau akhlak, di hadapan isteri yang lain. Kerana ini semua akan merusak suasana dan menambah permusuhan serta kebencian di antara mereka, kecuali jika ada pertimbangan masaalah atau kebaikan yang diharapkan.

- Janganlah kamu mendengarkan ucapan salah seorang dari mereka tentang isteri yang lain, dan tegurlah dan laranglah perbuatan tersebut, supaya mereka tidak terbiasa saling memburuk-burukkan di antara satu sama yang lain.

2. Nasihat untuk isteri pertama :

- Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah, dan ketahuilah bahawa sikap menentang dan tidak menerima akan membahayakan bagi agama dan kehidupanmu.

- Terimalah semua kekuranganmu yang diingatkan oleh suamimu. Kerana boleh jadi itu merupakan sebab dia berpoligami. Kalau kekurangan-kekurangan tersebut berhasil kamu atasi maka bersyukurlah kepada Allah S.W.T. atas petunjuk-Nya.

- Berikanlah perhatian besar kepada suamimu dan sering-seringlah memujinya, baik di hadapan atau di belakangnya, terutama di hadapan keluargamu atau teman-temanmu, kerana ini termasuk hal yang boleh memperbaiki hati dan lisanmu, serta menyebabkan keredaan suami padamu. Dengan itu kamu akan menjadi contoh tauladan yang baik bagi para wanita yang menentang dan mengingkari syariat poligami, atau mereka yang merasa disakiti ketika suaminya berpoligami.

- Janganlah kamu mendengarkan ucapan orang jahil yang punya niat buruk dan ingin menimbulkan permusuhan antara kamu dengan suamimu, atau dengan madumu. Janganlah kamu mudah menyimpulkan sesuatu yang kamu dengar sebelum kamu meneliti kebenaran berita tersebut.

- Janganlah kamu menanamkan kebencian dan permusuhan di hati anak-anakmu kepada isteri-isteri suamimu dan anak-anak mereka, kerana mereka adalah saudara  anak-anakmu. Ingatlah bahawa tipu daya yang buruk hanya akan menimpa pelakunya.

- Jangalah kamu merubah sikap dan perlakuanmu terhadap suamimu. Janganlah biarkan dirimu menjadi bahan permainan syaitan, serta mintalah pertolongan dan berdolah kepada Allah S.W.T.  agar Dia menguatkan keimanan dan kecintaan dalam hatimu.

3. Nasihat untuk isteri yang baru dikahwini :

- Ketahuilah bahwa kerelaanmu di kawini oleh seorang yang telah beristeri adalah kebaikan yang besar dan menunjukkan kuatnya iman dan takwa dalam hatimu, insya Allah. Fahamilah ini semua dan harapkanlah ganjaran pahala dari Allah S.W.T. atas semua itu.

- Gunakanlah waktu luangmu ketika suamimu berada di rumah isterinya yang lain dengan membaca al-Quran, mendengarkan ceramah-ceramah agama yang bermanfaat, dan membaca buku-buku yang berfaedah, atau gunakanlah untuk membersihkan rumah dan merawat diri.

- Jadilah engkau sebagai daie (penyeru) manusia ke jalan Allah S.W.T.  dalam hukum-Nya yang mulia ini. Fahamkanlah mereka tentang hikmah-Nya yang agung dalam syariat poligami ini. Janganlah engkau menjadi penghalang bagi para wanita untuk menerima syariat poligami ini.

- Janganlah bersikap enggan untuk membantu atau mengasuh isteri-isteri suami dan anak-anak mereka jika mereka memerlukankan pertolonganmu. Kerana perbuatan baikmu kepada mereka bernilai pahala yang agung di sisi Allah dan menjadikan suami reda kepadamu, serta akan menumbuhkan kasih sayang di antara kamu dan mereka.

- Janganlah kamu ceritakan kekurangan dan keburukan suami dan madu yang lain. Jangan  menceritakan kepada orang lain bahwa suami berpoligami kerana tidak menyukai isterinya yang pertama, kerana ini semua termasuk perangkap syaitan.

- Jangan kamu berusaha menimbulkan permusuhan antara suami dengan isterinya yang lain, agar dia semakin sayang padamu. Kerana ini adalah perbuatan namiimah (mengadu domba) yang merupakan dosa besar. Berusahalah untuk selalu mengalah kepadanya, kerana ini akan mendatangkan kebaikan yang besar bagi dirimu.

Sahabat yang dikasihi,
Demikianlah keterangan tentang poligami yang menunjukkan sempurnanya keadilan dan hikmah dari hukum-hukum Allah S.W.T. Semoga ini semua menjadikan kita semakin yakin akan keindahan dan kebaikan agama Islam, kerana ditetapkan oleh Allah S.W.T. yang Maha Sempurna semua sifat-sifat-Nya. Oleh itu marilah kita sama-sama mendidik diri kita untuk sentiasa taat kepada Allah S.W.T. dan menjauhi segala larangan-Nya. Berpoligami boleh mendatangkan kebaikan dan pahala yang besar disisi Allah S.W.T. tetapi poligami boleh juga boleh menjerat suami kepada dosa dan boleh mengheret isteri kepada derhaka kepada suami. Justeru itu tepuk dada dan tanya iman kita dimana kedudukan kita semua?


Tuesday, March 15, 2011

Hikmah dan Kebaikan Poligami Dalam Islam

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila membicarakan hukum berpoligami terdapat 3 hukum yang ditetapkan oleh Islam iaitu harus, tidak dibenarkan dan digalakkan (istihbaab)

Firman Allah S.W.T. :

{وَŰ„ِنْ ŰźِفْŰȘُمْ ŰŁَلَّۧ ŰȘُقْŰłِŰ·ُÙˆŰ§ فِي Ű§Ù„ْيَŰȘَŰ§Ù…َى فَŰ§Ù†ْكِŰ­ُÙˆŰ§ مَۧ Ű·ََۧۚ لَكُمْ مِنَ Ű§Ù„Ù†ِّŰłَۧۥِ مَŰ«ْنَى وَŰ«ُلََۧ۫ وَ۱ُŰšَۧŰčَ}

Maksudnya : “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Perintah Allah dalam ayat ini tidak menunjukkan wajibnya poligami, kerana perintah tersebut ada dijelaskan dengan ayat yang lain iaitu firman-Nya,

{فَŰ„ِنْ ŰźِفْŰȘُمْ ŰŁَلَّۧ ŰȘَŰčْŰŻِلُÙˆŰ§ فَوَِۭۧŰŻَŰ©ً ŰŁَوْ مَۧ مَلَكَŰȘْ ŰŁَيْمَŰ§Ù†ُكُمْ ۰َلِكَ ŰŁَŰŻْنَى ŰŁَلَّۧ ŰȘَŰčُولُÙˆŰ§}

Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Maka dengan adanya ayat ini, jelaslah bahwa ayat di atas meskipun berbentuk perintah, akan tetapi maknanya adalah larangan, iaitu larangan menikahi lebih dari satu wanita jika dikhawatirkan tidak dapat berbuat adil atau maknanya, “Janganlah kamu menikahi kecuali wanita yang kamu senangi”.

Ini seperti makna yang ditunjukkan dalam firman-Nya,

{وَقُلِ Ű§Ù„ْŰ­َقُّ مِنْ ۱َŰšِّكُمْ فَمَنْ ŰŽَۧۥَ فَلْيُŰ€ْمِنْ وَمَنْ ŰŽَۧۥَ فَلْيَكْفُ۱ْ}

Maksudnya : “Dan katakanlah:'Kebenaran itu datangnya dari Rabbmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir” 
(Surah al-Kahfi:29). 

Maka tentu saja makna ayat ini adalah larangan melakukan perbuatan kafir dan bukan perintah untuk melakukannya.

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Abdulah bin Baz ketika ditanya, “Apakah poligami dalam Islam hukumya mubah (boleh) atau dianjurkan?” 

Beliau menjawab :  “Poligami hukumnya disunnahkan (dianjurkan) bagi yang mampu, kerana firman Allah Ta’ala (beliau menyebutkan ayat tersebut di atas), dan kerana perbuatan Rasulullah S.A.W. menikahi sembilan orang wanita, Allah memberi manfaat yang besar bagi umat ini dengan adanya para isteri Nabi S.A.W. tersebut, dan ini (menikahi sembilan orang wanita adalah khusus untuk baginda sahaja.)

Adapun selain daripada Nabi S.A.W.  boleh bernikah tidak lebih dari empat orang wanita. Kerana dalam poligami banyak terdapat kemaslahatan/kebaikan yang agung bagi kaum lelaki maupun wanita, bahkan bagi seluruh umat Islam. Sebab dengan poligami akan memudahkan bagi lelaki maupun wanita untuk menundukkan pandangan, menjaga kemaluan (kesucian), memperbanyak (jumlah) keturunan, dan memudahkan bagi lelaki untuk memimpin beberapa orang wanita dan membimbing mereka kepada kebaikan, serta menjaga mereka dari sebab-sebab keburukan dan penyimpangan. 

Adapun bagi yang tidak mampu melakukan itu dan khawatir berbuat tidak adil, maka cukuplah dia menikahi seorang wanita (saja), kerana Allah Ta’ala berfirman,

{فَŰ„ِنْ ŰźِفْŰȘُمْ ŰŁَلَّۧ ŰȘَŰčْŰŻِلُÙˆŰ§ فَوَِۭۧŰŻَŰ©ً ŰŁَوْ مَۧ مَلَكَŰȘْ ŰŁَيْمَŰ§Ù†ُكُمْ ۰َلِكَ ŰŁَŰŻْنَى ŰŁَلَّۧ ŰȘَŰčُولُÙˆŰ§}

Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Semoga Allah senantiasa memberi taufik-Nya kepada semua kaum muslimin untuk kebaikan dan keselamatan mereka di dunia dan akhirat.

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin berkata, “…Seorang lelaki jika dia mampu dengan harta, badan (tenaga) dan hukumnya (bersikap adil), maka lebih utama baginya untuk menikahi dua sampai empat orang wanita jika dia mampu. Dia mampu dengan fizikalnya (tenaga batin) sehingga dia mampu menunaikan hak yang khusus bagi isteri-isterinya. Dia juga mampu dengan hartanya sehingga dia boleh  memberi nafkah yang layak bagi isteri-isterinya. Dan dia mampu pula dengan bersikap adil di antara mereka. Kalau dia mampu seperti ini maka hendaknya dia menikah (dengan lebih dari seorang wanita), semakin banyak wanita yang dinikahinya  maka itu lebih utama. 

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Orang yang terbaik di umat ini adalah yang paling banyak isterinya."(tidak lebih daripada 4 isteri)

Hikmah dan kebaikan poligami :

Hukum poligami telah disyariatkan oleh Allah Ta’ala yang mempunyai nama al-Hakim, ertinya Zat yang memiliki ketentuan hukum yang Maha Adil dan yang Maha Sempurna, maka hukum Allah Ta’ala yang mulia ini tentu memiliki banyak hikmah dan faedah yang agung, di antaranya:

Terdapat 12  hikmah dan manfaat di dalam hukum berpoligami :

Pertama: Terkadang poligami harus dilakukan dalam keadaan tertentu. Misalnya jika isteri sudah lanjut usia atau sakit, sehingga kalau suami tidak poligami dikhawatirkan dia tidak boleh menjaga kehormatan dirinya. Atau jika suami dan isteri sudah dianugerahi ramai anak dan cucu, sehingga kalau dia harus menceraikan isterinya, dia merasa berat untuk berpisah dengan anak-anaknya, sementara dia sendiri takut terjerumus dalam perbuatan zina jika tidak berpoligami. Maka masalah ini tidak akan boleh diselesaikan  kecuali dengan poligami, insya Allah.

Kedua: Pernikahan merupakan sebab terjalinnya hubungan (kekeluargaan) dan terikatnya di antara sesama manusia, setelah hubungan nasab. Allah Ta’ala berfirman,

{وَهُوَ Ű§Ù„َّ۰ِي Űźَلَقَ مِنَ Ű§Ù„ْمَۧۥِ ŰšَŰŽَ۱ًۧ فَŰŹَŰčَلَهُ نَŰłَŰšًۧ وَŰ”ِهْ۱ًۧ وَكَŰ§Ù†َ ۱َŰšُّكَ قَŰŻِÙŠŰ±ًۧ}

“Dan Dia-lah yang menciptakan manusia dari air (mani), lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah (hubungan kekeluargaan kerana pernikahan), dan adalah Rabbmu Maha Kuasa” (Surah al-Furqaan ayat 54).

Maka poligami adalah sebab terjalinnya hubungan dan mendekatkan antara banyak keluarga, dan ini salah satu sebab poligami yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Ketiga: Poligami merupakan sebab terjaganya (kehormatan) sejumlah besar wanita akan dapat dipenuhi keperluan hidup mereka dengan mendapat nafkah daripada suami , tempat tinggal, memiliki keturunan dan anak yang ramai, dan ini merupakan tuntutan syariat.

Keempat: Di antara kaum lelaki ada yang memiliki nafsu syahwat yang tinggi sehingga tidak cukup baginya hanya memiliki seorang isteri, sedangkan dia orang yang baik dan selalu menjaga kehormatan dirinya. Akan tetapi dia takut terjerumus dalam perzinaan dan dia ingin menyalurkan keperluan syahwatnya ditempat yang halal  . Jelaslah ini adalah rahmat Allah S.W.T. kepada manusia membenarkan poligami  sesuai dengan syariat-Nya.

Kelima: Kadangkala setelah menikah ternyata isteri mandul, tetapi suami berkeinginan untuk mendapatkan zuriat keturunan. Maka berpoligami adalah lebih baik daripada suami menceraikan isterinya.

Keenam: Kadangkala juga seorang suami sering bermusafir untuk mencari nafkah, sehingga dia perlu untuk menjaga kehormatan dirinya ketika dia berada jauh daripada isterinya.Maka adalah lebih baik dia bernikah ditempat dia mencari nafkah.

Ketujuh: Banyaknya peperangan dan disyariatkannya berjihad di jalan Allah, yang ini menjadikan ramai lelaki yang terbunuh sedangkan jumlah wanita semakin ramai, padahal mereka perlukan suami untuk melindungi mereka. Maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.

Kelapan: Kadangkala  seorang lelaki tertarik atau kagum terhadap seorang wanita atau sebaliknya, kerana kebaikan agama atau akhlaknya, maka pernikahan merupakan cara terbaik untuk menyatukan mereka berdua.

Kesembilan: Kadangkala terjadi masalah besar antara suami-isteri, yang menyebabkan terjadinya perceraian, kemudian  suami menikah lagi dan setelah itu dia ingin kembali kepada isterinya yang pertama, maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.

Kesepuluh: Umat Islam sangat memerlukan lahirnya banyak generasi muda, untuk mengukohkan barisan dan persiapan berjihad melawan orang-orang kafir, ini hanya akan boleh diperolehi  dengan poligami dan tidak membataskan jumlah keturunan.

Kesebelas: Termasuk hikmah yang lain dengan suami berpoligami , seorang isteri memiliki kesempatan lebih besar untuk menuntut ilmu, membaca al-Quran dan mengurus rumahnya dengan baik, ketika suaminya sedang di rumah isterinya yang lain. Kesempatan seperti ini umumnya tidak didapatkan oleh isteri yang suaminya tidak berpoligami.

Keduabelas: Dan termasuk hikmah dan kebaikan  poligami, semakin kuatnya ikatan cinta dan kasih sayang antara suami dengan isteri-isterinya. Kerana setiap kali tiba waktu giliran salah satu dari isteri-isterinya, maka  suami dalam keadaan sangat rindu pada isterinya tersebut, demikian pula  isteri sangat merindukan suaminya. Masing-masing isteri cuba memberi khidmat terbaik kepada suami mereka, keadaan ini hanya berlaku dengan adanya poligami.

Sahabat yang dimuliakan,
Masih terdapat banyak hikmah dan kebaikan lainnya, yang tentu saja orang yang beriman kepada Allah dan orang bertakwa meyakini akan kebenaran hukum-hukum Allah S.W.T. dan tidak ragu-ragu walaupun sedikit daripadanya.

Wahai kaum wanita yang mukmin!
Yakinlah bahawa setiap hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak dapat dijangkau oleh pemikiran kita. Walaupun mungkin kalian berat untuk menerimanya tetapi bila hati kalian dididik dengan asas iman dan takwa dan meletakkan kepentingan Allah dan Rasul-Nya melebihi kepentingan diri kalian maka kalian akan mencapai tahap wanita solehah. Tidak ada tempat yang paling baik untuk wanita solehah melainkan syurga Allah S.W.T seluas langit dan bumi.

Janganlah kalian terbawa-bawa dengan wanita barat dan wanita sekular yang membenci poligami dan menganggap hukum poligami ini adalah merampas hak wanita dan merendahkan darjat kaum wanita. Kelemahan sebahagian daripada kaum lelaki yang mengamalkan poligami bukannya alasan bahawa poligami itu membawa kemudaratan. Yakinilah bahawa kehidupan sebenar adalah di hari akhirat di dunia ini adalah medan ujian untuk menguji lelaki dan wanita siapakan dianatara mereka yang taat dan patuh kepada-Nya dan menjadi orang-orang yang bertakwa.

Monday, March 14, 2011

Membuat Tuduhan Zina atau Liwat Tanpa Saksi Adalah Ciri-ciri Orang Fasiq

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabt yang dirahmati Allah,
Umat Islam hari ini telah berada didalam keadaan yang amat parah sekali. Mereka meninggalkan hukum dan ajaran Islam. Mereka sanggup berceramah kesana kemari semata-mata untuk membuat tuduhan dan membuat fitnah dengan mengatakan seseorang itu berzina dan meliwat tanpa membawa bukti dan 4 orang saksi lelaki yang adil. Umat Islam yang lain menyokong dan bersorak seronok kerana mereka menjadi jaguh untuk mengumpat, memfitnah dan mengadu domba! Demi pangkat, nama, wang manusia sanggup mengadaikan maruah diri mereka sendiri dan mereka sedang menyediakan diri mereka untuk menjadi muflis di hari akhirat jika tidak bertaubat.

Setiap tuturkata kita, dan dakwaan kita akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah S.W.T. Jika menurut hukum Islam, seseorang yang membuat tuduhan  wajib sediakan empat orang saksi lelaki yang adil. Jika beliau gagal menyediakan 4 orang lelaki saksi yang adil, maka dia akan dikenakan hukuman Qazaf.

Apa itu Hukum Qazaf?

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya, kerana dia adalah orang yang fasiq.

Firman Allah S.W.T.  yang bermaksud : "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq." (Surah an-Nur ayat 4)

Siapa yang tuduh orang berzina atau siapa yang tuduh orang meliwat tanpa 4 orang saksi lelaki yang adil ; Allah S.W.T.  telah tetapkan 3 jenis hukuman kepada mereka ini.

i) Sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan.
ii) Jangan kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya.
iii) Allah memanggil  mereka ini sebagai orang yang fasiq.

Sahabat yang dimuliakan,
Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain .

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita yang dibawa oleh orang fasiq berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie  berkata : "Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya dan menyokong dengan membuat demontrasi boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada seorang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran,  Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazaf mempunyai beberapa syarat :-

1)  Syarat kepada penuduh :

 a. Beraqal

 b.  Sudah baligh

2)  Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

a. Beraqal
b. Baligh
c. Islam
d. Merdeka diri
e. BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, kalian semua dinasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah S.W.T. :-


Ű«ُمَّ لَمْ يَŰŁْŰȘُÙˆŰ§ ŰšِŰŁَ۱ْŰšَŰčَŰ©ِ ŰŽُهَŰŻَۧۥ

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Sahabat yang dikasihi,
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersabda yang maksudnya, " Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Dari hadis yang lain Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud, " Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat, "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah s.a.w. bersabda , "Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah." Lalu Rasulullah S.A.W. ditanya," Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? "Jawab Rasulullah s.a.w " Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

Buhtan adalah perbuatan paling keji kerana membuat kepalsuan untuk memburukkan orang lain, jika mengumpat saja boleh menjuruskan seseorang kedalam kemurkaan Allah S.W.T. maka lebih-lebih lagi fitnah akan mendatangkan dosa besar dan mendapat laknat daripada Allah S.W.T.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia orang muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya orang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini , menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amal soleh yang di lakukan sesaorang belum tentu menjamin dia akan masuk syurga , sekiranya di samping dia membuat amal soleh tersebut dia juga melakukan amal kejahatan yang membawa kepada dosa. Apabila berlaku proses timbangan segala amalan-amalan manusia yang baik dan buruk , maka sekiranya habis amalan kebaikannya di bayar atas kesalahannya tadi maka ketika ini dia akan jadi orang muflis. Segala penyesalannya sudah tidak berguna lagi kerana dia akan di masukkan kedalam neraka.

Oleh itu ingatlah, bahawa orang yang paling rugi di akhirat nanti adalah orang muflis , semasa di dunia tidak berhati-hati dalam tindakan dan amalannya, banyak di dorong oleh hawa nafsu dan pujukan syaitan. Pepatah melayu ada berkata : “Ikut hati mati, ikut rasa binasa dan ikut nafsu lesu .“  Suka mengumpat, suka menuduh, suka memfitnah, suka mempercayai berita fitnah, suka menyokong berita dari orang fasiq, maka diri sendiri yang akan menanggung azab di hari akhirat.

Apabila manusia dengan mudah menuduh seseorang yang baik melakukan zina atau liwat, dan mendapat sokongan orang ramai dan mereka mempercayainya, darisegi hukum Islam yang menuduh dan yang menyokong mendapat saham yang sama dan tidak dikurangkan walaupun sedikit inilah ciri-ciri orang muflis dihari akhirat. Jangalah kita mengadaikan masa depan kita dengan membuat dosa besar dengan menyokong, mempercayai dan menyebarkan berita yang tidak benar kepada orang lain.

Sunday, March 13, 2011

Takdir Ilahi

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH SWT.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat baginda.
 
Takdir
Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan..  Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?
Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya......

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan,  ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan   dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja  dapat menjangkau hikmah yang terkandung  di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi  demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah  dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven (Yusuf Islam)… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan  maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar kuman tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa  nikmat di sisi Allah  itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:
”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!
Amin..amin..amin...Ya Robbal Alamin.

(Di petik daripada tulisan Nor Azita Idris)

Tsunami di Jepun Satu Amaran Allah Untuk Manusia Kembali Mentauhidkan-Nya

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat 11.03.2011 selurauh dunia digemparkan dengan satu bencana besar gegaran gempa bumi 8.9 pada skala Richter hingga membawa kepada tsunami yang melanda negara Jepun . Gempa bumi kuat yang melanda timur laut Jepun kelmarin bukan hanya meragut 1700 nyawa, manakala 10,000 lagi dikhuatiri hilang malah meninggalkan kemusnahan besar termasuk ancaman radiasi dibahagian utara negara itu berikutan letupan di salah satu rektornya selain impak fizikal yang meyaksikan peralihan paksi bumi kira-kita 25 sentimeter. Anggaran kerugian sebanyak USD 15 Billion ( RM 52.5 Billion).

Malah gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter adalah salah satu gempa bumi kelima terkuat di dunia hingga menyebabkan kedudukan Pualu Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer. Impak yang diterima menurut pakar daripada Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi di Sumatera , sebelum ini.

Sahabat yang dimuliakan,
Apakah peristiwa gempa bumi dan tsunami yang berlaku ini adalah sebagai bencana alam biasa sahaja atau ianya adalah perancangan Allah S.W.T untuk menyedarkan umat manusia bahawa kecangihan teknologi manusia tidak dapat mengatasi ketentuan Allah? Bila Allah berkata 'kun fayakun' jadi maka jadilah ia apa yang dikehendaki-Nya. Sebagai seorang mukimin kita wajib meyakini bahawa semua yang berlaku ini adalah satu perancanag daripada Allah S.W.T. seperti yang telah termaktup di Loh Mahfuz.

Untuk mengambil iktibar daripada peristiwa gempa bumi dan tsunami di Jepun ini bahawa kecangihan teknologi manusia yang dicipta oleh pakar-pakar Jepun untuk mencipata alat pengesan tsunami tidak berfungsi atau alat tersebut tidak mampu mengesan sesuatu peristiwa diluar jangkaannya. Biasanya apabila gempa bumi, tsunami, berlaku hujan, ribut, air laut pasang dan surut semuanya ada tanda-tanda yang Allah tunjukkan dan boleh dikesan melalui peralatan cangih ciptaan manusia (sebagai sunnahtullah) tetapi adakalanya apabila maksiat dan kekufuran itu sudah bermaharajalela maka Allah S.W.T. tidak memberi apa-apa petunjuk lagi lantas dihantar-Nya malaikat untuk mendatangkan bencana kepada manusia.
Akibatnya manusia tidak sempat menyelamatkan diri dan harta benda mereka kerana  bala datang secara tiba-tiba.

Namun harus diakui bahwa kesalahan dan kemaksiatan yang terkait dengan hubungan antara manusia di dunia secara umum dan antara manusia dengan Allah dapat mengakibatkan kerusakan secara langsung. Apabila manusia kufur kepada Allah S.W.T, hidup hanya memperhambakan diri dengan hawa nafsu, bekerja siang malam semata-mata mengejar kemajuan dan keduniaan. Lupa diri untuk beribadah dan memperhambakan diri kepada-Nya, akibatnya Allah S.W.T menjadi murka dan di hantarnya musibah untuk menyedarkan manusia bahawa tidak ada kuasa yang lebih besar di dunia ini melainkan kekuasaan-Nya.

Petaka dan musibah yang kerap terjadi di seluruh dunia  termasuk tanda-tanda kekuasaan Allah mengingatkan hamba-Nya. Bencana alam berupa gempa bumi, banjir , ribut taufan dan lainnya, disebabkan oleh perbuatan syirik dan maksiat yang dilakukan manusia.Firman Allah S.W.T maksudnya :  “Nikmat apapun yang kamu terima, maka itu dari Allah, dan bencana apa saja yang menimpamu, maka itu kerana (kesalahan) dirimu sendiri.”
(Surah an-Nisaa ayat 79).

Ketika terjadi bencana, kita diminta segera bertaubat kepada Allah SWT, merendahkan diri pada-Nya dan memohon keselamatan dari-Nya, serta memperbanyak zikir dan istighfar. Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar.” (Surah ath-Thalaq ayat 2)).

Demikian pula seharusnya para pemimpin segera memerintahkan rakyatnya agar berpegang teguh pada kebenaran, kembali berhukum dengan syariat Allah, serta menjalankan amar makruf nahi mungkar.

Kerana di antara sebab terselamatkannya manusia dari berbagai keburukan adalah adanya pemimpin yang mengajak kepada kebaikan. Kemaksiatan yang dilakukan oleh individu, keluarga, dan masyarakat akan menimbulkan hilangnya nikmat yang telah dikecapi selama ini bila di datangkan bencana.

Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah S.W.T maksudnya : "Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusi, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
 (Surah ar-Rum ayat 41)

Dalam hal ini, Allah ingin memberikan pelajaran kepada mereka yang selalu membuat kerusakan dimuka bumi ini.
Dalam sirah menceritakan Madinah pernah juga terjadi gempa bumi. Waktu itu pada masa pemerintahan Khalifah Umar Ibn al-Khatab. Ketika gempa terjadi, Umar segera mengatakan kepada para sahabat yang lain, agar segera bertaubat kepada-Nya. Sebab, penyebab gempa itu adalah perbuatan maksiat. Pendekatan Umar ternyata benar. Apabila maksiat telah ditinggalkan maka sampai saat in, Madinah tidak pernah lagi ditimpa gempa bumi.
Sekarang ini maksiat telah berlaku di mana-mana di dunia ini hinggakan bumi inilah yang sudah tidak sanggub lagi dihuni oleh orang-orang yang selalu berbuat dosa, maksiat, dan juga berbuat curang, buat kerosakkan, dan saling berhasad dengki. Bahkan, manusia bangga dengan perbuatan dosa-dosa, dengan menceritakan kepada orang lain. Dan, ini merupakan kemungkaran yang telah merajalela di bumi  ini. Di dalam sebuah ayat, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa langit, bumi dan gunung-ganang tidak sanggup melaksanakan amanah tetapi manusia sanggup memikulnya sedangkan manusia bersikap angkuh dan  sombong.
 
Ű„ِنَّۧ Űčَ۱َ۶ْنَۧ Ű§Ù„ŰŁÙ…َŰ§Ù†َŰ©َ Űčَلَى Ű§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ وَŰ§Ù„ŰŁŰ±ْ۶ِ وَŰ§Ù„ْŰŹِŰšَŰ§Ù„ِ فَŰŁَŰšَيْنَ ŰŁَنْ يَŰ­ْمِلْنَهَۧ وَŰŁَŰŽْفَقْنَ مِنْهَۧ وَŰ­َمَلَهَۧ Ű§Ù„Ű„Ù†ْŰłَŰ§Ù†ُ Ű„ِنَّهُ كَŰ§Ù†َ Űžَلُومًۧ ŰŹَهُÙˆÙ„Ű§ (Ű§Ù„ŰŁŰ­ŰČۧۚ (33:72)

Maksudnya:’’ Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh."
(Surah al-Ahzab ayat 72) 

Jika diqiaskan dengan zaman sekarang. Banyak manusia merebut untuk  memegang amanah rakyat, tetapi mereka berlomba-lomba melanggarnya, bahkan kerana sifat tamak mereka sanggup bergaduh sesama mereka dan melakukan rasuah dan kecurangan. Begitu juga perintah Tuhan juga tidak perhatikan dengan sebaik-baiknya. 

Nabi S.A.W.  pernah menceritakan, jika telah terjadi kemaskiatan yang sudah tidak boleh dikendalikan lagi oleh peringatan lisan atau tulisan. Sementara para ulama juga mulai sibuk dengan urusan dirinya sendiri. Melihat kemasiatan semakin bermaharajalela, maka nasihat yang paling sesuai ialah bencana.

Dari Buraidah r.a. berkata bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :  “Tiadalah suatu kaum yang menahan zakat hartanya, kecuali Allah akan mendatangkan bencana kelaparan kepada mereka.” (Hadis Riwayat Thabrani; at Targhib, Kanzul ‘Ummal)
Rasulullah S.A.W.  sendiri telah memberi peringatan mengenai semua penderitaan dan bencana di muka bumi ini yang sudah terjadi maupun yang akan datang dan juga memberitahukan penyebabnya. Bahawa apabila umat Islam sendiri telah melakukan berbagai keburukan maka mereka akan mendapatkan musibah . 

Bencana - bencana itu diantaranya berupa puting beliung, pembenaman ke dalam tanah, hujan batu dari langit, gempa bumi, kemenangan musuh terhadap orang Islam, wabak penyakit dan kerusuhan, kemarau panjang, ketakutan dalam hati, ditolaknya doa-doa orang soleh dan musibah - musibah lainnya. Semua musibah ini telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W  1.400 tahun yang lalu. 

Dan sekarang kita telah mengalami sebagian darinya. Setiap sabda Rasulullah adalah benar dan terbukti di hadapan kita. Alangkah baiknya jika memperhatikan peringatan-peringatan itu dan berwaspada terhadapnya.

Sahabat yang dihormati,
Dari berbagai rangkaian musibah, ujian dan bala bencana yang menimpa manusia diseluruh dunia, khususnya negeri kita, sebab-sebabnya dapat disimpulkan sebagai berikut.  
Pertama: Kerana manusia mendustakan ajaran Allah S.W.T. dan Rasul-Nya.  
Kedua: Orang-orang yang hidup mewah (para pemimipin dan penguasa) tidak memperdulikan hak-hak dan kewajibannya kepada Allah S.W.T.   
Ketiga: Kufur (ingkar) kepada ayat-ayat Allah dengan meninggalkan ajarannya dan Ulama warasatul anbiya’ (pewaris para Nabi), di hina dan difitnah. Mengingkari nikmat-Nya dan menukarkan kenikmatan itu dengan kekafiran.  
Keempat: Para penguasa dan pembesar-pembesar kaum, menukar hukum Allah dengan hukum jahiliyah dan melempar hukum Allah dibelakang punggung mereka.  
Kelima: Kesombongan intelektual dan kecenderungan masyarakat memilih serta mengikuti tradisi nenek moyang dengan ajaran sesatnya yang bertolak belakang dari hidayah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.


Oleh itu marilah kita sama-sama menginsafi diri kita dan kembali beriman dan bertaubat kepada Allah S.W.T. Janganlah meninggalkan tugas amar makruf nahi mungkar kerana Allah S.W.T akan menjadi murka bila kita tinggalkan tugas ini. 

Rakyat Jepun walaupun mempunyai nilai kerja yang rajin dan bersungguh-sungguh tetapi apabila mereka tidak mentauhidkan Allah S.W.T. mengutamakan hidup di dunia saja dan tidak kembali kepada Islam maka memang layaklah menerima bencana besar gempa bumi dan tsunami. 

Di negara kita juga jika anak luar nikah semakin ramai , sex bebas berlaku dimerata tempat, sedangkan pemerentah dan umat Islam tidak mahu mencegah kemungkaran yang berlaku kita khuatiri musibah akan berlaku di negara kita , nauzubillahiminzalik.





Menyayangi dan Berlemah Lembut Dengan Anak Yatim Adalah Akhlak Yang Terpuji

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam telah mendorong pemeluknya agar memiliki akhlak mulia. Salah satu akhlak mulia itu adalah menyayangi dan berlemah lembut dengan  anak yatim. Sesungguhnya, anak yatim adalah manusia yang paling memerlukan pertolongan dan kasih sayang. Kerana ia adalah anak yang kehilangan ayahnya pada saat ia sangat  memerlukannya. Ia memerlukan pertolongan dan kasih sayang kita, kerana ia tidak mungkin mendapatkan kasih sayang ayahnya yang telah tiada.

Jika kalian melihat seseorang yang penyayangi dan berlemah lembut kepada anak yatim dan memberi pertolongan kepadanya, maka ketahuilah bahwa ia adalah seorang yang berbudi dan berakhlak mulia.

Suatu ketika Saib bin Abdullah r.a datang kepada Nabi S.A.W.  maka Nabi S.A.W.  bersabda kepadanya yang bermaksud : “Wahai Saib, perhatikanlah akhlak yang biasa kamu lakukan ketika kamu masih dalam kejahiliaan, laksanakan pula ia dalam masa keislaman. Jamulah tetamu, muliakanlah anak yatim, dan berbuat baiklah kepada jiran tetangga.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud, Shohih Abu Dawud, Al-Albani )

Dalam sebuah atsar disebutkan riwayat dari Daud ‘alaihissalam, yang berkata maksudnya : “Bersikaplah kepada anak yatim, seperti seorang bapa yang penyayang.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Kasih sayang dan berbuat baik kepada anak yatim, sebagaimana yang telah di perkatakan kepada kalian, adalah sebagian dari akhlak orang mukmin yang mulia. Itu tidak boleh dilakukan kecuali oleh seorang mukmin yang mulia, yang menghimpun banyak budi pekerti mulia, yang mencintai kebajikan.

Abdullah bin Umar r.a tidak pernah memakan makanan kecuali dimeja makannya ada seorang anak yatim yang makan bersamanya. Jika kalian menjadi seorang yang penyantun, lemah lembut, dan mampu berbuat kebaikan kepada anak yatim, mengusap kepalanya dengan tangan dan menjamunya serta membuatkan perasaan gembira ke dalam hati mereka. Ketahuilah, jika kalian mampu melakukan kebaikan seperti itu sebenarnya kalian telah mendapat taufiq untuk melaksanakannya,  maka kalian benar-benar manusia yang beruntung. Yang berhak mendapat gelar “Seorang yang Berbudi”.

Masuk kedalam syurga adalah kejayaan yang paling tinggi yang diharapkan oleh orang-orang yang beriman. Nabi S.A.W. memberi jaminan bahawa sesiapa yang mengasuh dan berlemah lembut dengan anak yatim akan dapat bersama-sama Nabi S.A.W. disana. Itu adalah derajat yang akan diperolehi oleh orang  yang mengasuh dan berlemah lembut terhadap anak yatim  anak.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian baginda  memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Imam Ibnu Bathal rahimahullah berkata : “Orang yang mendengar hadis ini wajib melaksanakannya, agar ia boleh menjadi sahabat Nabi S.A.W. di syurga."

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata : “Isyarat ini cukup untuk menegaskan  betapa dekatnya kedudukan pemberi layanan dan berlemah lembut kepada anak yatim  dengan kedudukan Nabi di syurga nanti, kerana tidak ada jari yang memisahkan jari telunjuk dengan jari tengah.”

Sahabat yang dikasihi,
Tahukah kalian, apa hasil yang akan diperoleh dengan sikap lemah lembut dan mengasihi anak yatim terhadap kebaikan ini ? Jika kalian termasuk orang-orang yang mampu, apakah  kalian pernah berfikir untuk menyantuni seorang anak yatim, sehingga kalian boleh menjadi sahabat Nabi S.A.W. di syurga?.

Untuk berbakti dan menyayangi anak yatim kalian tidak harus memiliki harta kekayaan yang banyak. Melainkan, siapa yang menjemput dan meraikan seorang anak yatim, memberinya makanan dengan makanan yang biasa dimakan dan  memberinya minum dengan minuman yang biasa di minumnya, maka ia akan memperoleh kedudukan tersebut.

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang mengikut-sertakan seorang anak yatim diantara dua orang tua yang muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk syurga.” (Hadis Riwayat Abu Ya'la dan Thabrani, Sahih At Targhib, Al-Albani)

Wujudnya ramai anak yatim di dunia ini adalah ujian untuk orang-orang mukmin, disinilah terbentang luas pahala yang besar jika kita faham dan yakin dengan janji-janji Allah S.W.T melalui Nabi S.A.W. Jika boleh janganlah melepaskan peluang keemasan ini perlu direbut kerana betapa besarnya pahala yang akan kita perolehi dihari akhirat nanti . Jika mempunyai wang berlebihan hulurkanlah bantuan kepada anak-anak yatim dirumah persendirian atau rumah-rumah anak yatim yang terdapat dimerata tempat dinegara kita.

Jika ada dikalangan kalian lelaki mukmin yang berhajat mencari jodoh jika ada dikalangan anak yatim perempuan yang solehah dan telah layak mendirikan rumah tangga, besar pahalanya jika kalian mengambilnya sebagai teman hidup. Perempuan yang pernah menjadi yatim piatu hatinya cukup mulia dan baik akhlaknya kerana pernah hidup susah tanpa kasih sayang ayah dan ibu menumpang kasih daripada penjaganya samaada saudara maranya atau pun penjaga rumah anak yatim.

Sahabat yang dikasihi,
Jika kalian mempunyai hati yang keras, maka menyantuni anak yatim merupakan satu cara boleh melembutkan hati menjadi lembut . Ia adalah ubat yang diwasiatkan oleh Nabi S.A.W. yang telah diutus dengan membawa petunjuk dengan kebenaran .

Diriwayatkan oleh Abu Darda' r.a  yang berkata : “Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu erpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.”
(Hadis Riwayat Thabrani, Targhib, Al Albaniy : 254)

Sesungguhnya, mengasihi anak yatim merupakan sarana untuk melunakkan hati dan akan dapat memenuhi keperluan kita. Sebab, orang yang mengasihi anak yatim telah meletakkan diri seperti ayahnya. Seorang ayah, secara fitrah memiliki sifat sayang dan mengasihi anak-anaknya. Adapun orang yang mengasihi anak yatim memiliki satu sifat lain, iaitu mengasihi anak yang bukan anak kandungnya.

Barang siapa keadaannya seperti itu maka dihatinya terhimpun sarana-sarana yang boleh melembutkan hatinya, sekalipun sebelumya merupakan hati yang keras.

Tidak diragukan lagi ini merupakan ubat yang mujarab. Kalian tidak akan pernah mendapati orang yang menyantuni anak yatim, kecuali pasti memiliki hati yang pengasih. Kebalikan dari ini, kalian tidak akan menjumpai seorang pun yang tidak mengasihi anak yatim, kecuali ia memiliki hati yang keras dan berakhlak buruk.

Manfaat lain dari tindakan mengasihi anak yatim yang telah dinyatakan oleh Nabi S.A.W.  kepada seorang yang bertanya kepada baginda . Sesungguhnya, orang yang berbuat kebaikan kepada anak orang lain adalah orang yang telah memasukkan rasa gembira dihati mereka. Tidak diragukan lagi, Allah pasti tidak akan menyia-nyiakannya, kerana Allah S.W.T.  Maha Pengasih dan Mencintai semua orang yang pengasih.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Orang-orang yang pengasih, akan dikasihi oleh Ar Rahman (Yang Maha Pengasih) Tabaaroka wa ta’ala. Kasihilah siapa yang ada dibumi nescaya engkau dikasihi oleh yang di langit.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan lain-lain. As silsilatu shohihah)

Kasihilah anak yatim, nescaya Allah akan memperbaiki urusan dunia dan akhiratmu.

Berbuat baik kepada anak yatim, terdapat beberapa cara :

1.  Memberinya makan dan pakaian, serta menanggung keperluan-keperluan asasnya .

2.  Mengusap kepalanya serta menunjukkan kasih sayang kepadanya. Tindakan ini akan mempunyai pengaruh besar terhadap kejiwaan anak yatim. Ibnu Umar r.a  jika melihat anak yatim, beliau mengusap kepalanya dan memberinya sesuatu.

3. Membiayai sekolahnya, sebagaimana seseoang  ingin menyekolahkan anaknya.

4. Mendidiknya dengan ikhlas, sebagaimana keikhlasanya dalam mendidik anak kandungnya sendiri.

5. Jika ia melakukan sesuatu perbuatan yang patut di beri hukuman maka bersikap lemah-lembut dalam mendidiknya.

6. Bertakwa kepada Allah dalam mengelola harta anak yatim, jika anak yatim itu mempunyai harta kekayaan. Jangan sampai hartanya di habiskan . Sebaliknya, hartanya harus di jaga, sehinga ketika ia telah dewasa, harta tersebut dikembalikan kepadanya.

7. Mengembangkan harta anak yatim dan bersikap ikhlas di dalamnya, sehingga hartanya tidak habis oleh zakat.

Sahabat,
Inilah beberapa gambaran tentang cara berbuat baik kepada anak yatim. Berbuat baik kepada anak yatim tidak hanya diperintahkan kepada orang-orang tertentu, akan tetapi setiap muslim diperintahkan untuk itu sebagaimana ia diperintahkan untuk melaksanakan semua amal yang baik dan soleh.

Jika Allah ta’ala mengetahui ketulusan niat seorang hamba, nescaya Dia akan membantunya dalam melaksanakan perbuatan baik. Maka, hendaklah kalian berkeinginan kuat untuk melasanakan amal-amal soleh walaupun baru sekedar berniat di hati sampai suatu masa Allah memberikan kesempatan kalian untuk melakukan amal solih.

Sungguh, tidak ada orang yang lebih lemah daripada orag yang tidak mampu menyelinapkan niat di hatinya untuk melasanakan amal-amal soleh.

Berbuatlah baik kepada anak yatim, selain merupakan akhlak yang mulia yang diserukan oleh Islam, ia juga hanya dilaksanakan oleh orang-orang yang berhati penyayang dan berjiwa bersih. Masyarakat muslim, adalah masyarakat yang diikat oleh ajaran-ajaran mulia yang diserukan oleh Islam.

Ia adalah masyarakat yang telah digambarkan oleh Nabi S.A.W. dalam penggambaran baginda yang indah sabdanya yang bermaksud: “Engkau melihat orang-orang beriman itu dalam hal kasih sayang dan saling mencintai di antara mereka, adalah seperti satu tubuh, jika ada satu organ yang mengeluh (sakit), maka seluruh tubuh akan merasakan sakit dengan tidak tidur dan panas.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak yatim adalah sebahagian dari masyarakat muslim itu. Ia berhak terhadap apa yang menjadikan hak anggota masyarakat muslim lainnya, dan berkewajiban sebagaimana kewajiban masyarakat anggota muslim lainnya. Seluruh kaum muslimin wajib berbuat baik kepada anak yatim, menyantuninya, dan menggantikan kasih sayang ayahnya, serta memberikan kepadanya apa yang biasa mereka berikan kepada anak-anak dan istri mereka.

Tidaklah sukar bagi kalian untuk menjemput seorang anak yatim, memberi makanan seperti yang biasa kalian makan sehari-hari, memberi pakaian seperti pakaian yang biasa kalian pakai, dan menjadikannya sebagai salah seorang anak kalian.

Hendaklah, perbuatan baik kalian ini didasarkan niat tulus untuk mencari reda Allah S.W.T.  Dengan harapan, kalian boleh menjadi salah seorang dari mereka yang digambarkan oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya yang bermaksud  : “Dan merka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (adzab) Tuhan kami pada suatu hari yang (dihari) orang-orang bermuka masam penuh kesakitan. Maka Allah memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepda mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutra.” (Surah al-Insan ayat  8-12)

Semoga Allah memberikan taufiq kepada kita semua dan mampu mendidik hati kita supaya  kita menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa dan sentasa mematuhi arahan-Nya salah satunya adalah mengasihi dan membantu anak-anak yatim.

Terdapat beberapa hadis lain yang menceritakan kebaikan mengasihi dan menolong anak-anak yatim :

1." Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Penjelasan: Rasulullah S.A.W.  menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.

2. "Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

3. "Aku dan seorang wanita yang pipinya kempot dan wajahnya pucat bersama-sama pada hari kiamat seperti ini (Nabi Saw menunjuk jari telunjuk dan jari tengah). Wanita itu ditinggal wafat suaminya dan tidak mau kawin lagi. Dia seorang yang berkedudukan terhormat dan cantik namun dia mengurung dirinya untuk menekuni asuhan anak-anaknya yang yatim sampai mereka kawin (berkeluarga dan berumah tangga) atau mereka wafat."
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

4. "Harta-benda anak yatim tidak terkena zakat sampai dia baligh."
(Hadis Riwayat Abu Ya'la dan Abu Hanifah)

5. "Tidak disebut lagi anak yatim bila sudah baligh".
(Hadis Abu Hanifah)

6. "Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya, dan tidak bersikap angkuh dengan apa yang Allah anugerahkan kepadanya terhadap tetangganya. Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menerima sedekah seorang yang mempunyai kerabat keluarga yang memerlukankan santunannya sedang sedekah itu diberikan kepada orang lain. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, ketahuilah, Allah tidak akan memandangnya (memperhatikannya) kelak pada hari kiamat".
(Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

7. "Barangsiapa menjadi wali atas harta anak yatim hendaklah diperkembangkan (diperdagangkan) dan jangan dibiarkan harta itu susut karena dimakan sedekah (zakat). "
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)