Thursday, November 21, 2013

Soal Jawab Agama Siri 118 (Air Liur Manusia, Berhadas Besar, Mengambil Barang Bukan Islam, Perbezaan Al-Quran ASWJ dengan Syiah dan Doa Mohon Syurga)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Siri 118 adalah membicarakan persoalan air liur manusia tidak najis, solat fardu dalam keadaan berhadas besar kerana terlupa, mengambil barang orang bukan Islam, perbezaan al-Quran umat Islam (ASWJ) dengan  Syiah, doa mohon syurga dan menjauhi neraka.


871. Soalan : Apakah air liur manusia ketika tidur bila terkena pakaian tidak najis dan boleh dibuat untuk solat?


Jawapan :

Imam Ibnu Majah dalam sunannya menyebutkan judul bab:

Űšَُۧۚ Ű§Ù„Ù„ُّŰčَِۧۚ يُŰ”ِÙŠŰšُ Ű§Ù„Ű«َّوْŰšَ

Bab, tentang air liur yang mengenai baju.

Kemudian, beliau menyebutkan satu hadis dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa bercerita,

۱َŰŁَيْŰȘُ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű­َŰ§Ù…ِلَ Ű§Ù„ْŰ­َŰłَنَ Űšْنَ Űčَلِيٍّ Űčَلَى ŰčَۧŰȘِقِهِ، وَلُŰčَُۧۚهُ يَŰłِيلُ Űčَلَيْه

“Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mendokong Husain bin ‘Ali di atas pundak baginda, dan air liur Husain menetes mengenai baginda.” (Hadis Riwayat Ibn Majah 658 dan disahihkan al-Albani, juga disebutkan oleh Imam Ahmad no. 9779 dalam Musnadnya dan disahihkan Syuaib al-Arnauth.)

Termasuk air liur yang keluar ketika tidur.


Dr. Soleh al-Fauzan pernah ditanya tentang liur yang keluar ketika tidur. 

Jawaban beliau,

Liur yang keluar ketika seseorang tidur statusnya suci dan tidak najis. Dan hukum asal segala sesuatu yang keluar dari manusia adalah suci, kecuali yang terdapat dalil bahawa itu najis. Berdasarkan sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ‘Sesungguhnya orang mukmin tidak najis.’ Diriwayatkan oleh Imam al-Albani dalam sahihnya, dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu.

Kemudian beliau menegaskan,

Liur, keringat, air mata, atau cairan yang keluar dari hidung, semuanya suci. Inilah hukum asal. Sementara kencing, kotoran, dan setiap yang keluar dari dua jalan, statusnya najis. Liur yang keluar dari seseorang ketika dia tidur, termasuk benda suci, sebagaimana ingus, dahak atau semacamnya. Kerana itu, tidak wajib bagi seseorang untuk mencucinya atau mencuci baju yang terkena liur.(al-Muntaqa min Fatawa al-Fauzan, 5/10)

Keterangan:


Beliau menegaskan bahawa air liur tidak wajib dicuci. Tidak wajib ertinya, jika ada air liur yang terkena baju maka tidak masalah baju ini digunakan untuk solat. Namun jika ini mengganggu kerana bau, maka harus dicuci.

872. Soalan :  Saya baru berkahwin 6 bulan ketika sehabis melakukan hubungan intim bersama suami saya lupa mandi hadas besar, hanya mandi biasa sahaja. Kejadiannya waktu pagi, setelah mandi biasa saya melakukan solat Duha, kemudian solat Zuhur dan Asar. ketika hendak solat maghrib saya baru teringat bahawa saya terlupa untuk mandi wajib. Adakah saya wajib mengqada' solat fardu yang telah saya kerjakan dalam keadaan berhadas besar?

Jawaban:

Diantara syarat sah solat adalah suci dari hadas besar mahupun kecil.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

لَۧ ŰȘُقْŰšَلُ Ű”َلَۧ۩ٌ ŰšِŰșَيْ۱ِ Ű·ُهُÙˆŰ±ٍ

”Solat tidak akan diterima yang dikerjakan tanpa bersuci.” (Hadis Riwayat Muslim 224, Nasai 139, Abu Daud 59, dan yang lainnya).

Kemudian, ulama sepakat, orang yang solat dalam keadaan berhadas, solatnya tidak sah, baik dia sadar mahupun tidak sadar.

Imam an-Nawawi  menegaskan,

ŰŁŰŹÙ…Űč Ű§Ù„Ù…ŰłÙ„Ù…ÙˆÙ† Űčلى ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ… Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© Űčلى Ű§Ù„Ù…Ű­ŰŻŰȘ ÙˆŰŁŰŹÙ…ŰčÙˆŰ§ Űčلى ŰŁÙ†Ù‡Ű§ Ù„Ű§ ŰȘ۔ۭ منه ŰłÙˆŰ§ŰĄ Ű„Ù† ÙƒŰ§Ù† ŰčŰ§Ù„Ù…Ű§ ŰšŰ­ŰŻŰ«Ù‡ ŰŁÙˆ ŰŹŰ§Ù‡Ù„Ű§ ŰŁÙˆ Ù†Ű§ŰłÙŠŰ§ لكنه Ű„Ù† Ű”Ù„Ù‰ ŰŹŰ§Ù‡Ù„Ű§ ŰŁÙˆ Ù†Ű§ŰłÙŠŰ§ ÙÙ„Ű§ Ű„Ű«Ù… Űčليه ÙˆŰ„Ù† ÙƒŰ§Ù† ŰčŰ§Ù„Ù…Ű§ ŰšŰ§Ù„Ű­ŰŻŰ« وŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ… Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© مŰč Ű§Ù„Ű­ŰŻŰ« ÙÙ‚ŰŻ ۧ۱ŰȘÙƒŰš مŰčŰ”ÙŠŰ© ŰčŰžÙŠÙ…Ű©

Kaum muslimin sepakat haramnya solat bagi orang yang berhadas. Mereka juga sepakat solat yang dikerjakan orang yang hadas tidak sah, baik dia sadar dirinya hadas atau dia tidak sadar, atau dia lupa. Hanya saja, jika dia solat kerana tidak tahu dirinya berhadas atau kerana lupa, dia tidak berdosa. Dan jika dia tahu sedang berhadas dan tahu haramnya solat dalam keadaan hadas, bererti dia telah melakukan dosa besar. (al-Majmu’ Syarh Muhadzab, 2/67).

Hal yang sama juga ditegaskan oleh al-Mardawi – ulama Hambali – (w. 885 H),

لو Ű§Ù†ŰȘŰšÙ‡ ŰšŰ§Ù„Űș ŰŁÙˆ من ÙŠŰ­ŰȘمل ŰšÙ„ÙˆŰșه. ÙÙˆŰŹŰŻ ŰšÙ„Ù„Ű§، ŰŹÙ‡Ù„ ŰŁÙ†Ù‡ مني: ÙˆŰŹŰš Ű§Ù„ŰșŰłÙ„ Ù…Ű·Ù„Ù‚Ű§ Űčلى Ű§Ù„Ű”Ű­ÙŠŰ­ من Ű§Ù„Ù…Ű°Ù‡Űš

Ketika ada orang baligh terbangun dan dia menjumpai ada yang basah, sementara dia tidak tahu bahawa itu mani, maka dia wajib mandi secara mutlak menurut pendapat yang kuat dalam madzhab Hambali. (al-Inshaf, 1/228)

Solat yang telah dikerjakan, wajib di qada' kerana solatnya ketika belum mandi hadas besat tidak sah.

Al-Mardawi menegaskan,

ÙˆŰ­ÙŠŰ« ÙˆŰŹŰš Űčليه Ű§Ù„ŰșŰłÙ„ فيلŰČمه Ű„Űčۧۯ۩ Ù…Ű§ Ű”Ù„Ù‰ Ù‚ŰšÙ„ Ű°Ù„Ùƒ

“Kerana dia wajib mandi, maka dia harus mengulangi semua solat yang telah dia kerjakan.” (al-Inshaf, 1/228)

Apabila puan baru sedar belum mandi hadas besar maka puan  wajib segera mandi hadas besar dan segera solat fardu Magrib kemudain mengqada'  semua solat yang telah puan kerjakan secara berurutan buat solat qada' Zohor dan kemudian solat qada'  Asar. 

873. Soalan : Kawan saya pernah bekerja di kilang perabut seorang bukan Islam berbangsa Cina. Sebelum berhenti kerja dia telah membawa balik beberapa peralatan perabut dikilang tersebut tanpa pengetahuan majikannya. Sekarang dia sudah sedar akan kesilapannya dahulu, adakah dia wajib memulangkan peralatan tersebut? Minta ustaz memberi pencerahannya.

Jawapan :


Orang yang megambil barang orang lain tanpa kebenaran  wajib untuk mengembalikan barang yang diambil kepada pemilik barang tersebut atau ahli waris pemiliknya seboleh mungkin samaada barang tersebut hak milik orang Islam atau bukan Islam. Apabila pemilik kilang tersebut sudah tidak ada lagi ditempat tersebut dan tidak tahu berpindah dimana maka wajib mensedekahkannya dalam rangka berlepas diri dari harta tersebut. 

Dalam Islam seorang muslim tidak boleh mengambil atau mencuri harta orang bukan Islam (kafir) jika sekiranya mereka terdiri daripada kafir zimmi (yang tinggal dibawah pemerintahan Islam dan memiliki perjanjian keamanan yang terus berlangsung) atau mustakman (yang memiliki perjanjian keamanan sementara dengan pemerintahan muslim) maka harta-harta tersebut harus dikembalikan kepada mereka. Jika dia tidak memulangkannya maka dia tetap mendapat dosa di sisi Allah SWT di akhirat nanti dia akan di adil dimahkamah Allah SWT.

874. Soalan : Apakah perbezaan kitab suci al-Quran nul karim yang di amalkan oleh umat Islam sekarang ini  dengan kitab kepercayaan  golongan Syiah?

Jawapan : 

Terdapat perbezaan yang cukup jelas Kitab Suci (al-Quran) yang menjadi amalan dan pegangan umat Islam sekarang ini (Ahli Sunah Wal Jemaah) dengan ke kitab yang di amalkan dan pegangan golongan Syiah yang sesat dan menyesatkan ini.

1. Al-Quran kaum muslimin

Kitab suci kaum muslimin adalah al-Quran yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Setelah baginda wafat, al-Quran telah sempurna dan tidak lagi ada tambahan wahyu yang turun. al-Quran kaum muslimin, terdiri dari 30 juz, 114 surat, dengan jumlah ayat berjumlah 6236. 

2. Al-Quran mengikut sepercayaan  Syiah

Ada 3 Aqidah Syiah tentang kitab suci al-Quran:

i. Syiah meyakini bahwa al-Quran yang dipegang kaum muslimin telah diselewengkan oleh para sahabat, sehingga tidak semua ayat al-Quran masih asli. Beberapa ayat telah diubah dan sebagian besar dibuang para sahabat.

ii. Syiah memiliki al-Quran versi lain, yang tidak ada dalam al-Quran yang beredar di tengah kaum muslimin, jumlah ayatnya 17.000. Ada dua keterangan yang mereka sampaikan,

(1) Al-Quran itu langsung diturunkan kepada Fatimah, 

(2) Al-Quran itu diturunkan melalui Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, kemudian baginda berikan hanya ke Fatimah. [Ushulul Kaafi, Al Kulaini, 2/634, dan keterangan Yasir Habib, musuh sahabat].

iii. Orang Syiah menyebut kitab suci tambahan khusus mereka sebagai mushaf Fatimiyah. Mushaf ini tidak dimiliki oleh kaum muslimin pada umumnya. Menurut salah satu riwayat mereka, Jibril hanya menyampaikan kepada Fatimah, kemudian ditulis oleh Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu.

Dalam kitab Ushul al-Kafi – salah satu rujukan utama Syiah – dinyatakan,

Ketika Imam as-Shodiq – alaihis salam – ditanya tentang mushaf Fatimah – alaihas salam – beliau menjawab,

“Sesuungguhnya Fatimah, sepeninggal Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, beliau berkabung selama 75 hari. Beliau sangat bersedih karena wafatnya ayahnya. Jibril selalu mendatangi Fatimah, dan turut berkabung atas kematian ayahnya. Jibril menghibur Fatimah, dan menyampaikan tentang keadaan ayahnya dan kedudukan ayahnya. Jibril juga menyampaikan keadaan masa depan keturunan Fatimah.Sementara Ali mencatat semua yang disampaikan Jibril. Itulah Mushaf Fatimah.” [Ushul al-Kafi, al-Kulaini, 1/241].

Mushaf Fatimah Jauh Lebih Tebal (3 Kali Ganda )

Mushaf Fatimah jauh lebih tebal dibandingkan al-Quran umat islam. Mushaf Fatimah 3 kali lebih tebal dibandingkan al-Quran kaum muslimin.

Dalam Ushul al-Kafi juga disebutkan, bahwa Abu Abdillah – alaihis salam – mengatakan,

“Kami memiliki mushaf Fatimah alaihas salam. Mereka tidak tahu, apa itu mushaf Fatimah? Mushaf Fatimah berisi seperti quran kalian ini 3 kali lipat. Demi Allah, tidak ada satupun bagian (dalam mushaf Fatimah) yang dijelaskan dalam Quran kalian satu hurufpun.”
[al-Kafi, al-Kulaini, jilid 1, hlm. 287]

Salah satu tokoh Syiah, Kamal al-Haidari menjelaskan kitab Ushul al-Kafi yang menjelaskan keterangan Mushaf Fatimah. Bahwa Mushaf itu ada, dan bukan khayalan. Tapi wujudnya masih disembunyikan.

Mushaf yang Disembunyikan :

Mushaf Fatimah, hingga saat ini belum diterbitkan. Bahkan orang Syiah sendiri tidak boleh menunjukkan lembaran mushaf Fatimah itu. Semua kaum muslimin menyatakan mushaf itu hanya khayalan, khurafat kaum Syiah. Namun mereka membantah dan mengatakan, mushaf fatimah itu ada, dan mushaf itu hanya dimiliki oleh al-ma’shumin (imam yang maksum). Sementara selain imam yang maksum, mereka tidak pernah tahu isinya, selain

Berdasarkah huraian di atas jelaslah aqidah Syiah telah sesat dan menyesatkan. Apabila mereka menolak kitab suci al-Quran ini bermakna mereka tidak beriman kepada kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril dan mereka bukan lagi menjadi sebahagian daripada umat Islam. 

Kaum muslimin meyakini bahawa al-Quran yang sampai ke tangan mereka adalah al-Quran asli, sama seperti yang AllahSWT  turunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melalui malaikat Jibril. al-Quran ini dijaga oleh Allah SWT, dan tidak mengalami perubahan hingga Allah SWT mengangkatnya. 

Allah berfirman SWT,

Ű„ِنَّۧ نَŰ­ْنُ نَŰČَّلْنَۧ Ű§Ù„Ű°ِّكْ۱َ وَŰ„ِنَّۧ لَهُ لَŰ­َŰ§ÙِŰžُونَ

Maksudnya : "Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran, dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." (Surah Al-Hijr: 9)

Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan,

Ù‚Ű±Ű± ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ ŰŁÙ†Ù‡ هو Ű§Ù„Ű°ÙŠ ŰŁÙ†ŰČل Ű§Ù„Ű°ÙƒŰ±، وهو Ű§Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ†، وهو Ű§Ù„Ű­Ű§ÙŰž له من Ű§Ù„ŰȘŰșÙŠÙŠŰ± ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰšŰŻÙŠÙ„

Allah menegaskan bahawa Dia yang menurunkan az-Zikr, yaitu al-Quran, dan Dia yang akan menjaganya dari setiap perubahan atau penyelewengan. (Tafsir Ibnu Katsir, 4/527).

Sementara Syiah memiliki keyakinan yang sangat menyimpang jauh tentang al-Quran. Berikut diantara keyakinan mereka tentang al-Quran,

1. Jibril salah dalam menurunkan wahyu. Seharusnya kepada Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, tapi dia berikan kepada Muhammad bin Abdillah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Dalam kitab Anisul Wahid, al-Jazairi mengatakan,

Muhammad dengan Ali itu lebih mirip dibandingkan dua burung gagak atau dibandingkan miripnya dua ekor lalat. Kemudian Allah mengutus Jibril ‘alaihis salam untuk memberikan wahyu kepada Ali ‘alaihis salam, namun Jibril salah dalam menyampaikan risalah, seharusnya kepada Ali, dia berikan kepada Muhammad. Dan mereka (orang syiah) melaknat sang pemilik sayap, yaitu Jibril. (Anisul Wahid, 2/310, Tahqiq: ar-Raja’i).

2. Sebagian besar al-Quran, isinya hanya menjelaskan sosok Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, ahli bait, dan para musuh ahli bait (para sahabat). Tokoh syiah, al-Faidh al-Kasyani mengatakan,

“Majoriti al-Quran turun terkait dengan sosok ahlul bait, para pembela mereka, dan musuh mereka.” (Tafsir as-Shafi, 1/24).

Bahkan salah satu tokoh syiah, Hasyim bin Sulaiman al-Katkani menegaskan bahwa nama Ali bin Abi Thalib sendiri, disebutkan dalam al-Quran sebanyak 1154 kali. Untuk mendakwahkan itu, dia menulis buku al-Lawami’ an-Nuraniyah fi Asma Aliy wa Ahli Baitihi al-Quraniyah.

3. Para sahabat menyelewengkan al-Quran, dan membuang banyak ayat al-Quran, terutama yang menyebutkan tentang keutamaan Ali bin Abi Thalib.

Dari Hisyam bin Salim, dari Abu Abdillah ‘alaihis salam, ia berkata, “Al Qur’an yang dibawa oleh Jibril ‘alaihis salam kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam terdiri dari 17.000 ayat.” [Ushul al-Kafi, al-Kulaini, jilid 2, hlm. 634].

Dalam keterangan tokoh syiah yang lain, keterangan Sulthan Muhammad bin Haidar Al-Khurasaaniy:

ۧŰčلم، ŰŁÙ†Ù‡ Ù‚ŰŻ ۧ۳ŰȘÙŰ§Ű¶ŰȘ Ű§Ù„ŰŁŰźŰšŰ§Ű± Űčن Ű§Ù„ŰŁŰŠÙ…Ű© Ű§Ù„ŰŁŰ·Ù‡Ű§Ű± ŰšÙˆÙ‚ÙˆÙ Ű§Ù„ŰČÙŠŰ§ŰŻŰ© ÙˆŰ§Ù„Ù†Ù‚ÙŠŰ”Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰșÙŠÙŠŰ± فيه
”Ketahuilah bahwasannya telah banyak tersebar khabar-khabar dari para imam yang suci tentang adanya penambahan, pengurangan, penyimpangan, dan perubahan Al-Qur’an…” [Bayaanus-Sa’aadah fii Muqaamaatil-’Ibaadah 1/12].

Dalam kitab Minhaj Al Baro’ah Syarh Nahjul Balaghoh (2/216) oleh Habibullah al-Khou’i disebutkan, “Lafazh aali Muhammad wa aali ‘Ali (bin Abi Tholib) – keluarga Muhammad dan keluarga ‘Ali – telah terhapus dari Al Qur’an”.

4. Yang tahu seluruh isi al-Quran hanya ahlul bait. Selain Ahlul bait, hanya mengetahui sebagian isi al-Quran. Artinya, mushaf yang berada di tangan kaum muslimin, hanya sebagian dari al-Quran

Abu Ja’far berkata, “Barangsiapa menganggap dirinya telah mengumpulkan seluruh isi Al Qur’an, sebagaimana yang diturunkan, berarti dia pendusta. Tidak ada yang boleh mengumpulkan dan menjaga Al Qur’an sebagaimana yang Allah turunkan selain ‘Ali bin Abi Tholib dan para imam setelahnya”(Ushul al-Kaafi, Al Kulaini, 1/228).

PERHATIAN : 

Empat fakta di atas adalah bukti yang jelas bahawa Syiah tidak menggunakan al-Quran yang digunakan oleh umat Islam hari ini. Jika kalian berjumpa orang Syiah mereka kata mereka juga menggunakan kitab suci yang sama sebenarnya mereka berbohong. Mereka hanya bertaqiyah ( tipu muslihat Syiah). Kitab mereka adalah al-Quran yang telah diubah suai dan di tokok tambah sama seperti Pendita Yahudi yang merubah kitab Taurat.  Mereka lebih merbahaya daripada orang yang bukan Islam tetapi tidak memusuhi umat Islam. Kitab Tafsir Syiah juga menyimpang jauh daripada maksud sebenar al-Quran dalam bahasa arab dan mereka tafsir ikut nafsu mereka.

Oleh itu kaum muslimin semua perlulah berhati-hati dengan Syiah kerana jarum yang mereka bawa cukup halus dan amat berbahaya, jika kalian terikut ajaran mereka sebenarnya kalian telah merosakkan aqidah kalian kepada rukun Iman yang enam. 

875. Soalan : Bolehkah ustaz nyatakan di sini satu doa yang boleh dibaca berulang-ulang untuk kita memohon kepada Allah SWT syurga dan memohon agar kita dijauhi daripada neraka?

Jawapan :

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ ŰłَŰŁَلَ Ű§Ù„Ù„َّهَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ Ű«َلََۧ۫ مَ۱َّۧŰȘٍ، قَŰ§Ù„َŰȘِ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©ُ: Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ŰŁَŰŻْŰźِلْهُ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ، وَمَنْ ۧ۳ْŰȘَŰŹَۧ۱َ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ Ű«َلََۧ۫ مَ۱َّۧŰȘٍ، قَŰ§Ù„َŰȘِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ُ: Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ŰŁَŰŹِ۱ْهُ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

”Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan berkata: ’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga.’ Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: ’Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad 12585, Nasai 5521, Turmudzi 2572 dan yang lainnya. Hadis ini dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth dan dinilai shahih oleh al-Albani).

Berdasaarkan hadis di atas kalian boleh berdoa bila-bila masa tidak kira waktunya samaada ketika habis solat, ketika sedang memandu dan ketika kita berihat-rihat berseorangan.

Disebutkan bilangan angka, iaitu 3 kali. maksudnya untuk mendapatkan keutamaan itu, kita baca paling sedikit sebanyak 3 kali, dan maksima sebanyak mungin. Wallahu a'lam



Wednesday, November 20, 2013

Soal Jawab Agama Siri 117 (Solat Taubat, Keuntungan Perniagaan, Berdoa Di Makbulkan, Mufaraqah dan Melamar)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Siri 117 adalah membicarakan persoalan solat taubat berjemaah, peratus keuntungan dalam perniagaan, doa dimakbulkan, makmum mufaraqah dan adab-adab melamar.

866. Soalan : Bolehkah solat taubat di lakukan secara berjemaah?

Jawapan;

Terdapat khilaf di kalangan ulama dalam masalah melakukan solat tahajjud, duha, taubah, hajat, istikharah dan sebagainya secara berjemaah, iaitu solat-solat yang disyariatkan secara bersendirian. Menurut Imam an-Nawawi; asalkan suatu ibadat itu ada disyariatkan walaupun secara bersendirian, harus jika ingin dilakukan secara berjamaah. Antara dalilnya ialah; 

1. Hadis Ibnu 'Abbas r.a. yang menceritakan; Dia pernah mengikut Nabi SAW mengerjakan solat malam (qiyamullail) di rumah baginda, iaitu berjamaah dengannya (Hadis Sahih Riwayat Bukhari; 183. Muslim; 763/181).

2. Hadis Anas bin Malik r.a. yang menceritakan; Aku, seorang budak yatim dan ibuku (Ummu Sulaim) telah mengerjakan solat berjamaah di belakang Nabi SAW di rumah kami. Aku  dan budak yatim berdiri di belakang Nabi SAW dan ibuku berdiri di belakang kami) (Hadis Sahih Riwayat Bukhari; 727, 871. Muslim; 658/266).

3. Hadis 'Itban bin Malik r.a. yang menceritakan; Nabi SAW datang kerumahnya dan berkata; 'Di mana tempat di rumahmu yang kamu suka aku solat di situ?". Aku menunjukkan satu tempat. Lalu baginda bertakbir (melakukan solat) dan kami membuat saf di belakangnya (yakni turut berjamaah dengannya). Baginda solat sebanyak dua rakaat. (Hadis Sahih Riwayat Bukhari; 424. Muslim; 263/33).

Solat-solat yang dilakukan Nabi SAW dalam hadis di atas ialah solat-solat sunat kerana baginda tidak pernah melakukan solat fardu melainkan di masjid. Imam an-Nawawi menjelaskan; “Solat-solat selain solat hari raya, solat gerhana, solat istisqa’, solat terawih dan witir selepasnya –seperti solat-solat sunat rawatib, duha dan sunat-sunat mutlak- tidak disyariatkan berjemaah, yakni tidak disunatkan berjemaah, namun jika dilakukan secara berjemaah dibolehkan dan tidak dianggap makruh” (al-Majmu’, 4/55).

Sebahagian ulama hanya mengharuskannya jika dilakukan sekali-sekali (bukan berterusan), iaitu untuk tujuan belajar atau membiasakan diri sahaja, bukan dengan menjadikannya sebagai kebiasaan, kerana Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah menjadikannya sebagai kebiasaan mereka (Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil bin Yusuf al-‘Azzazi (1/356). Wallahu a'lam.

867. Soalan : Adakah Islam ada meletakkan peratus keuntungan yang perlu di gunakan oleh seorang peniaga?

Jika kita menjual barang dengan harga pasaran tetapi keuntungannya 100% adakah Islam mengizinkannya?

Jawapan :

 Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya (Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108); 


“Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulama Islam. 

Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud ; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu” (Surah an-Nisa’ ayat 29).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;

1. Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.


2. Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.


Mengenai kadar beza harga yang dibenarkan –untuk mengelak dari berlakunya ghabnu fahiysh (beza harga keterlaluan) itu-, para ulama berbeza pandangan;

1. Mengikut mazhab Malik dan Syafi’ie; tidak lebih dari 1/3 atau 34% harga pasaran (yakni jika harga pasaran RM 10.00, hendaklah dijual tidak melebihi RM13.40)


2. Imam Nasir bin Yahya al-Balkhi membezakan antara tiga jenis;


a. Hartanah; jangan melebihi 20%, 

b. Ternakan; jangan melebihi 10%, 

c. Barangan; jangan melebihi 5%.

3. Mazhab Hanafi dan Hanbali berpandangan; kadar beza harga yang dibenarkan itu tidaklah tetap pada peratus tertentu. Ia berubah-rubah mengikut ‘uruf (kebiasaan) di kalangan para peniaga dan penilaian mereka. 


Pandangan inilah yang rajih kerana tidak ada nas syarak membataskan kadar harga maksima yang boleh diletakkan, oleh demikian penentuannya kembali kepada ‘uruf manusia.


Wallahu a’lam.

868. Soalan   :  Kenapa doa saya tidak langsung dikabulkan oleh Allah, sementara saya juga sudah semaksima mungkin bertakwa kepada-Nya? Doa saya iaitu minta agar mendapatkan harta kekayaan di dunia supaya tidak meminta-minta pada orang lain.”

Jawapan :


Saya yakin, setiap orang menginginkan kehidupan bahagia. Hanya saja, caranya berbeza-beza. Namun, umumnya, kekayaan biasanya menjadi keperluan utama menurut umumnya masyarakat. Kerana itu, banyak orang yang memohon kekayaan dalam doa-doa mereka.

Ada beberapa perkara yang boleh kita jadikan catatan penting dalam perkara ini : 

Pertama : Ramai orang yang mengatakan, “Bukankah Allah telah berjanji bahwa Dia akan mengabulkan setiap doa yang dipanjatkan hamba-Nya? Mengapa masih ramai orang yang berdoa kepada-Nya, dan tidak dikabulkan?”

Pertanyaan di atas merupakan bukti keimanan kita kepada firman Allah SWT,

ŰŁُŰŹِÙŠŰšُ ŰŻَŰčْوَŰ©َ Ű§Ù„ŰŻَّۧŰčِ Ű„ِ۰َۧ ŰŻَŰčَŰ§Ù†ِ

Maksudnya : “Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa, ketika dia berdoa kepada-Ku ….” (Surah al-Baqarah ayat 186)


Atau firman-Nya,

وَقَŰ§Ù„َ ۱َŰšُّكُمُ ۧۯْŰčُونِي ŰŁَŰłْŰȘَŰŹِŰšْ لَكُمْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„َّ۰ِينَ يَŰłْŰȘَكْŰšِ۱ُونَ Űčَنْ ŰčِŰšَۧۯَŰȘِي ŰłَيَŰŻْŰźُلُونَ ŰŹَهَنَّمَ ŰŻَِۧ۟۱ِينَ

Maksudnya : “Rabb kalian (Allah) berfirman, ‘Mintalah kepada-Ku, nescaya Aku memberi ijabah kepada kalian. Sesungguhnya, orang-orang yang bersikap sombong dalam beribadah (maksudnya: tidak mau berdoa) kepada-Ku, mereka akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.’” (Surah Ghafir ayat 60)


Satu prinsip penting yang harus kita pegang, bahwa semua firman Allah adalah benar, janji Allah benar, dan Dia tidak akan memungkiri janji-Nya. Kita harus yakin hal itu, apa pun keadaannya. Selanjutnya, berhubung dengan janji Allah SWT pada ayat di atas dan realita yang kita saksikan dalam kehidupan sehari-hari, para ulama telah memberikan jawaban:

Berhubung makna di atas, kadangkala, Allah telah memberikan ijabah (memakbulkan) untuk doa kita, namun kita tidak tahu hakikat dan bentuk ijabah tersebut. Kerana “respon baik” terhadap doa bentuknya bermacam-macam. Disebutkan dalam hadis, dari Abu Said radhiallahu ‘anhu Nabi Salallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

Ù…Ű§ من Ù…ŰłÙ„Ù… ÙŠŰŻŰčو Ű§Ù„Ù„Ù‡ ۚۯŰčÙˆŰ© Ù„ÙŠŰł ÙÙŠÙ‡Ű§ Ù…ŰŁŰ«Ù… و Ù„Ű§ Ù‚Ű·ÙŠŰčŰ© Ű±Ű­Ù… Ű„Ù„Ű§ ŰŁŰčŰ·Ű§Ù‡ Ű„Ű­ŰŻÙ‰ Ű«Ù„Ű§Ű« : Ű„Ù…Ű§ ŰŁÙ† ÙŠŰłŰȘŰŹÙŠŰš له ŰŻŰčوŰȘه ŰŁÙˆ ÙŠŰ”Ű±Ù Űčنه من Ű§Ù„ŰłÙˆŰĄ Ù…Ű«Ù„Ù‡Ű§ ŰŁÙˆ ÙŠŰŻŰźŰ± له من Ű§Ù„ŰŁŰŹŰ± Ù…Ű«Ù„Ù‡Ű§

Maksudnya : “Tidaklah seorang muslim yang berdoa, dan doanya tidak melakukan perbuatan dosa atau memutus silaturahim, kecuali Allah akan memberikan salah satu di antara tiga balasan: (1) Allah kabulkan doanya, (2) Allah hindarkan dirinya dari musibah yang senilai dengan isi doanya, dan (3) Allah simpan dalam bentuk pahala untuknya di akhirat.” (Hadis Riwayat Ahmad, Turmudzi, dan Hakim; dinilai sahih oleh Musthafa Al-Adawi)

Sebagian ulama mengatakan bahawa yang dimaksud “doa” di atas adalah ‘ibadah’. Allah berjanji untuk mengabulkan ibadah hamba-Nya dengan memberikan pahala dari setiap ibadah yang diterima.

Jika kita perhatikan, sesungguhnya janji yang Allah SWT berikan adalah janji bersyarat. Maksudnya, hanya doa-doa yang memenuhi syarat yang akan dikabulkan oleh Allah SWT. Selain itu, boleh jadi, AllahSWT tidak mengabulkannya.

Kedua, umumnya orang berkeyakinan bahawa sesuatu yang dia minta adalah perkara terbaik untuknya.

Padahal, belum tentu hal itu baik untuknya, dalam pengetahuan Allah SWT. Kerana itulah, terkadang, Allah SWT menahan doa kita, kerana hal itu lebih baik bagi kita, daripada Allah SWT memberikan sesuatu yang kita inginkan. Allah berfirman,

وَŰčَŰłَى ŰŁَنْ ŰȘَكْ۱َهُÙˆŰ§ ŰŽَيْŰŠًۧ وَهُوَ Űźَيْ۱ٌ لَكُمْ وَŰčَŰłَى ŰŁَنْ ŰȘُŰ­ِŰšُّÙˆŰ§ ŰŽَيْŰŠًۧ وَهُوَ ŰŽَ۱ٌّ لَكُمْ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ يَŰčْلَمُ وَŰŁَنْŰȘُمْ لَۧ ŰȘَŰčْلَمُونَ

Maksudnya : “Boleh jadi, kalian membenci sesuatu, padahal itu baik bagi kalian. Terkadang pula, kalian mencintai sesuatu, padahal itu buruk bagi kalian. Allah mengetahui dan kalian tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)

Bagian ini penting untuk difahami, agar kita tidak berburuk sangka kepada Allah SWT, ketika merasa doa kita tidak kunjung dikabulkan. Kita harus selalu yakin bahwa Allah SWT lebih tahu hal terbaik untuk kita, kerana Dialah yang menciptakan manusia dan Dia adalah Zat yang Maha Sempurna ilmu-Nya. 

Percayalah, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. Hanya saja, tidak semua bentuk kasih sayang Allah SWT telah kita ketahui. Tidak semua kasih sayang-Nya, Dia wujudkan dalam bentuk rezeki. Tidak pula dalam bentuk doa yang dikabulkan sesuai apa yang diminta. 

Ketiga, jangan putus asa dalam berdoa.

Umumnya, manusia tidak sabar dengan keinginannya. Semua berharap, agar doanya diperolehi secepat mungkin mungkin. Jika kita mempunyai sikap tak sabar mengharapkan doa di kabulkan segara dan mudah putus asa maka keadaan ini merupakan salah satu sebab doa kalian tidak dikabulkan. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

يُŰłْŰȘَŰŹَُۧۚ Ù„ŰŁَŰ­َŰŻِكُمْ مَۧ لَمْ يَŰčْŰŹَلْ يَقُولُ ŰŻَŰčَوْŰȘُ فَلَمْ يُŰłْŰȘَŰŹَŰšْ لِى

Maksudnya : “Doa kalian akan dikabulkan selama tidak tergesa-gesa. Dia mengatakan, ‘Saya telah lama berdoa, tetapi tidak kunjung dikabulkan.’” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Muslim, baginda bersabda,

Ù„Ű§ يَŰČَŰ§Ù„ُ يُŰłْŰȘَۏُۧۚ لِلْŰčَŰšْŰŻِ مَۧ لَمْ يَŰŻْŰčُ ŰšŰ„Ű«Ù… ŰŁÙˆ قَŰ·ِيŰčَŰ©ِ ۱َŰ­ِمٍ Ù…Ű§ لم ÙŠŰłŰȘŰčŰŹÙ„ْ ، قيل : ÙŠŰ§ ۱َŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ، Ù…Ű§ Ű§Ù„Ű§ŰłŰȘŰčŰŹŰ§Ù„ ؟ Ù‚Ű§Ù„ : يقول : Ù‚ŰŻ ŰŻŰčوŰȘُ ، ÙˆÙ‚ŰŻ ŰŻَŰčَوŰȘُ فلم ۣ۱َ ÙŠŰłŰȘŰŹÙŠŰš لي ، فَيَŰłْŰȘَŰ­ْŰłِ۱ُ ŰčÙ†ŰŻ Ű°Ù„Ùƒ ، ويَŰŻَŰčُ Ű§Ù„ŰŻŰčۧۥَ

Maksudnya : “Tidak hentinya doa seorang hamba akan dikabulkan, selama bukan doa yang mengandung maksiat atau memutus silaturahim, dan doa yang tidak tergesa-gesa.” Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan tergesa-gesa dalam berdoa?’ Baginda menjawab, ‘Orang itu mengatakan, ‘Saya telah berdoa …, saya telah berdoa…, namun saya merasa belum pernah dikabulkan.’ Kemudian, dia putus asa dan meninggalkan doanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Keempat, jangan terlalu berharap untuk mendapatkan dunia dengan ibadah yang kita lakukan.

Meskipun kita yakin bahwa di antara balasan yang Allah SWT berikan bagi orang yang beribadah terkadang diwujudkan di dunia. Akan tetapi, jangan jadikan ini sebagai tujuan utama kalian untuk melakukan ketaatan. Allah SWT berfirman,

وَمِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ مَنْ يَŰčْŰšُŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهَ Űčَلَى Ű­َ۱ْفٍ فَŰ„ِنْ ŰŁَŰ”ََۧۚهُ Űźَيْ۱ٌ ۧ۷ْمَŰŁَنَّ Űšِهِ وَŰ„ِنْ ŰŁَŰ”ََۧۚŰȘْهُ فِŰȘْنَŰ©ٌ Ű§Ù†ْقَلَŰšَ Űčَلَى وَŰŹْهِهِ ŰźَŰłِ۱َ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ وَŰ§Ù„ْ۹ِ۟۱َŰ©َ ۰َلِكَ هُوَ Ű§Ù„ْŰźُŰłْ۱َŰ§Ù†ُ Ű§Ù„ْمُŰšِينُ

Maksudnya : “Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah di pinggiran. Ketika ia memperoleh kebaikan (harta), dia semakin yakin dengan ibadahnya, dan jika ia ditimpa bencana, berbaliklah ia ke belakang (murtad). Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang jelas. ” (Surah al-Hajj ayat 11)

Tentunya, kita tidak ingin termasuk orang yang Allah SWT sindir dalam ayat di atas. Orang yang melakukan ketaatan kerana untuk dunia sahaja bukan untuk akhirat. Sungguh, sangat disayangkan, ketika ibadah yang kita lakukan hanya dibayar dengan balasan yang sedikit di dunia. Oleh itu, ingatlah balasan yang lebih berharga adalah  di hari akhirat.

Semoga Allah memberikan keadaan terbaik bagi kehidupan kita. Amin.

869. Soalan : Apakah sebab musabab makmum boleh mufaraqah daripada imam ketika solat?

Jawapan :

Dalam mazhab syafie makmum boleh niat mufaraqah dengan Imam samaada bersebab atau tidak dengan makruh hukumnya. Dalam solat Jumaat tidak sah niat mufaraqah pada rakaat pertama.

Terdapat 8 keuzuran yang mengharuskan mufaraqah:

1. Imam membaca panjang sedangkan makmum ada keperluan
2. Imam meninggalkan perkara sunat seperti qunut / tahiyyat awal
3. Sakit
4. Bimbang dikuasai rasa mengantuk
5. Bimbang terbatal solat(rasa nak kencing)
6. Bimbang kehilangan harta
7. Bimbang ditinggalkan kawan
8. Menyelamatakan orang yang lemas atau seumpamanya.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari :

‏Ű­َŰŻَّŰ«َنِي ‏ ‏مُŰ­َمَّŰŻُ Űšْنُ ŰčَŰšَّۧۯٍ ‏ ‏Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ ‏ ‏ŰłُفْيَŰ§Ù†ُ ‏ ‏Űčَنْ ‏ ‏Űčَمْ۱ٍو ‏ ‏Űčَنْ ‏ ‏ŰŹَِۧۚ۱ٍ ‏ ‏قَŰ§Ù„َ ‏

‏كَŰ§Ù†َ ‏ ‏مُŰčَۧ۰ٌ ‏ ‏يُŰ”َلِّي مَŰčَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏Ű«ُمَّ يَŰŁْŰȘِي فَيَŰ€ُمُّ قَوْمَهُ فَŰ”َلَّى لَيْلَŰ©ً مَŰčَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏Ű§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥَ Ű«ُمَّ ŰŁَŰȘَى قَوْمَهُ فَŰŁَمَّهُمْ فَŰ§ÙْŰȘَŰȘَŰ­َ ŰšِŰłُÙˆŰ±َŰ©ِ ‏ ‏Ű§Ù„ْŰšَقَ۱َŰ©ِ ‏ ‏فَŰ§Ù†ْŰ­َ۱َفَ ‏ ‏۱َŰŹُلٌ ‏ ‏فَŰłَلَّمَ Ű«ُمَّ Ű”َلَّى وَŰ­ْŰŻَهُ وَŰ§Ù†ْŰ”َ۱َفَ فَقَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ لَهُ ŰŁَنَŰ§ÙَقْŰȘَ يَۧ فُلَŰ§Ù†ُ قَŰ§Ù„َ لَۧ وَŰ§Ù„Ù„َّهِ وَلَŰąŰȘِيَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏فَلَŰŁُŰźْŰšِ۱َنَّهُ فَŰŁَŰȘَى ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏فَقَŰ§Ù„َ يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّۧ ŰŁَŰ”ْŰ­َُۧۚ ‏ ‏نَوَۧ۶ِŰ­َ ‏ ‏نَŰčْمَلُ ŰšِŰ§Ù„Ù†َّهَۧ۱ِ وَŰ„ِنَّ ‏ ‏مُŰčَۧ۰ًۧ ‏ ‏Ű”َلَّى مَŰčَكَ Ű§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥَ Ű«ُمَّ ŰŁَŰȘَى فَŰ§ÙْŰȘَŰȘَŰ­َ ŰšِŰłُÙˆŰ±َŰ©ِ ‏ ‏Ű§Ù„ْŰšَقَ۱َŰ©ِ ‏ ‏فَŰŁَقْŰšَلَ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ ‏ ‏Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ‏ ‏Űčَلَى ‏ ‏مُŰčَۧ۰ٍ ‏ ‏فَقَŰ§Ù„َ ‏ ‏يَۧ ‏ ‏مُŰčَۧ۰ُ ‏ ‏ŰŁَفَŰȘَّŰ§Ù†ٌ ‏ ‏ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù‚ْ۱َŰŁْ Űšِكَ۰َۧ وَŰ§Ù‚ْ۱َŰŁْ Űšِكَ۰َۧ قَŰ§Ù„َ ‏ ‏ŰłُفْيَŰ§Ù†ُ ‏ ‏فَقُلْŰȘُ ‏ ‏لِŰčَمْ۱ٍو ‏ ‏Ű„ِنَّ ‏ ‏ŰŁَŰšَۧ Ű§Ù„ŰČُّŰšَيْ۱ِ ‏ ‏Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ Űčَنْ ‏ ‏ŰŹَِۧۚ۱ٍ ‏ ‏ŰŁَنَّهُ قَŰ§Ù„َ Ű§Ù‚ْ۱َŰŁْ ‏ ‏وَŰ§Ù„ŰŽَّمْŰłِ وَ۶ُŰ­َŰ§Ù‡َۧ ‏ ‏وَŰ§Ù„Ű¶ُّŰ­َى ‏ ‏وَŰ§Ù„Ù„َّيْلِ Ű„ِ۰َۧ ‏ ‏يَŰșْŰŽَى ‏ ‏وَŰłَŰšِّŰ­ْ ۧ۳ْمَ ۱َŰšِّكَ Ű§Ù„ْŰŁَŰčْلَى ‏ ‏فَقَŰ§Ù„َ ‏ ‏Űčَمْ۱ٌو ‏ ‏نَŰ­ْوَ هَ۰َۧ

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Biasanya Muaz sembahyang bersama Nabi SAW kemudian beliau pulang mengimami kaumnya. Pada suatu malam, beliau sembahyang Isyak bersama Nabi SAW kemudian pulang mengimami kaumnya. Beliau mulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Maka ada seorang lelaki yang membatalkan sembahyangnya dengan memberi salam terlebih dahulu, kemudian mendirikan sembahyang bersendirian lalu beredar. Orang ramai berkata kepadanya: Wahai Si Polan! Adakah kamu sudah menjadi munafik? Dia menjawab: Tidak! Demi Allah sesungguhnya aku akan menghadap Rasulullah SAW dan memberitahu akan hal ini. Orang tersebut menghadap Rasulullah SAW lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami adalah seorang pemilik unta, penyiram tanaman dan kami berkerja pada siang hari. Sesungguhnya Muaz telah mendirikan sembahyang Isyak bersama kamu lalu pulang dan mendirikan sembahyang dimulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Rasulullah SAW menemui Muaz lalu bersabda: Wahai Muaz! Adakah kamu memesongkan sembahyang dengan membaca itu dan ini. Sufian berkata: Aku berkata kepada Amru sesungguhnya Abu Az-Zubair menceritakan kepadaku dari Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bacalah surah Asy-Syams, Ad-Dhuha dan Al-A’laa. Maka Amru berkata: Memang seperti itu
(Hadis riwayat Imam Muslim, Kitab al-Solat Bab al-Qiraat fi al-Ishak(Bab Bacaan Dalam Solat Isyak, hadith no.175)

Imam Nawawi menyebut dalam Sharh Sohih Muslim hadis ini mempunyai beberapa hukum:

1)Harus orang yang solat fardu mengikuti orang yang solat sunat kerana Saidina Muaz r.anhu menunaikan solat fardu bersama Rasul SAW. Muaz telah menunaikan kewajipannya solat Isyak bersama Rasul SAW kemudian Muaz menjadi Imam kepada kaumnya, jadi Solat Muaz adalah sunat sedangkan kaumnya adalah fardu. Ini dijelaskan dalam riwayat lain selain Muslim. Hukum makmum solat fardu mengikut imam solat sunat adalah harus dalam  mazhab syafie dan lain-lain

2)Hadis ini dijadikan dalil oleh pendukung mazhab syafie harus bagi makmum memutuskan niat dari mengikut Imam dan meneruskan solatnya walaupun mengikut pergerakan Imam. Berhubung masalah ini, ulama mazhab syafie terbahagi kepada tiga

Tindakan Nabi SAW menegur Muaz r.a dan tidak meminta lelaki tersebut mengulangi solatnya menunjukkan mufaraqah Imam dengan keuzuran tersebut adalah harus.


Kesimpulannya: Hukum asal solat berjemaah adalah mesti mengikut pergerakan dan perbuatan Imam namun Harus bagi makmum niat mufaraqah dengan imam dengan keuzuran dan menyempurnakan solat secara berseorangan berasaskan kepada hadith Muaz.

870. Soalan : Saya berhajat untuk melamar seorang wanita yang menutup aurat dan berakhlak baik. Apakah adab-adab yang perlu saya lakukan?

Jawapan :

Berikut penyebutan beberapa adab dalam pelamaran yang harus diperhatikan oleh kedua belah pihak.

1. Disunnahkan nazhar (memandang) kepada calon pinangan.

Yakni melihat kepada apa-apa yang boleh membuat dia tertarik untuk menikahinya atau sebaliknya ketika dia melihat calonnya dan mendapati ada sesuatu yang tidak dia sukai darinya maka boleh untuk membatalkan pelamarannya.

Imam Ibnu Qudamah berkata: "Kami tidak mengetahui adanya perselisihan dikalangan para Ulama akan bolehnya seseorang yang mahu menikahi seorang wanita untuk memandang kepadanya."(Al-Mughny: 9/489)

Berikut beberapa hadis yang menunjukkan disunatkannya bagi kedua belah pihak untuk saling melihat sebelum meneruskan pelamaran.

i. Hadis Al-Mughirah bin Syu'bah radhiallahu 'anhu.

Beliau berkata: "Saya mendatangi Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam lalu saya menceritakan kepada baginda perihal seorang wanita yang saya lamar, maka baginda bersabda: "Pergilah kamu (kepadanya) dan lihatlah dirinya, kerana hal itu akan membuat kasih sayang diantara kalian akan langgeng."(HR An-Nasa'i no. 6/69, Ath-Tirmidzi no. 1087, dan Ibnu Majah no. 1866 potongan pertama dari hadits dikuatkan dalam riwayat Muslim no. 2/1040 dari hadis Abu Hurairah)

Hadis diatas menunjukkan bahwa pembolehan untuk nazhar bukan hanya  bagi kaum laki-laki tapi juga diperbolehkan bagi seorang wanita yang akan dilamar. Kerana biasanya kasih sayang itu muncul dari kedua belah pihak, sehingga pembolehan disini juga berlaku bagi kedua belah pihak.

ii. Hadis Abu Humaid radhiallahu 'anhu yang secara marfu'.

"Jika salah seorang diantara kalian melamar seorang wanita, maka tidak mengapa baginya untuk melihat kepadanya, jika memang dia melihatnya hanya untuk pelamarannya. Walaupun wanita tersebut tidak mengetahui (dirinya sedang dilihat)."(HR Al-Bukhari no. 5/424 dengan sanad yang shahih)

iii. Hadis Jabir bin 'Abdillah radhiallahu 'anhuma yang secara marfu'.

"Jika salah seorang diantara kalian melamar seorang wanita, maka jika kamu mampu untuk melihat apa yang boleh membuat dia tertarik untuk menikahinya maka hendaknya dia lakukan." Jabir berkata: "Maka saya pun melamar seorang wanita lalu saya melihatnya dengan sembunyi-sembunyi (tanpa sepengetahuannya) sampai akhirnya saya melihat darinya apa yang membuat saya tertarik untuk menikahinya, maka saya pun menikahinya."(HR Abu Daud no. 2082 dengan sanad yang hasan)

2. Berpenampilan sederhana dalam melamar.

Tidak diperbolehkan bagi pelamar untuk takalluf (membebani diri) dengan memakai pakaian yang sangat indah serta memakai minyak wangi yang sangat wangi.

Hal ini kerana kesediaan seorang wanita untuk dinazhar, sama sekali bukanlah tanda akan keredhaan dari kedua belah pihak, tujuannya adalah supaya tidak timbul fitnah jika lamarannya ditolak oleh pihak wanita.

Sebab yang merupakan tuntunan tabien dalam hal ini adalah sebagaimana yang diceritakan oleh 'Abdullah bin Thawus bahwa ayahnya berkata kepadanya mengenai wanita yang hendak dinikahi oleh anaknya, "Pergilah engkau melihatnya." 'Abdullah berkata, "Maka saya pun memakai pakaian (yang indah), lalu memakai minyak dan bergaya." Maka tatkala Thawus melihat anaknya berpenampilan seperti itu, dia berkata: "Duduklah kamu." Beliau benci melihat anaknya melakukan nazhar dengan penampilan seperti itu."(riwayat 'Abdurrazaq dalam Al-Mushannaf: 6/157 dengan sanad yang shahih)

3. Boleh bagi wanita yang akan di lamar untuk berhias sekadarnya.

Boleh berhias tetapi cara sederhana dan tidak boleh bertabaruj.

Dari Subai'ah Al-Aslamiyah radhiallahu 'anha bahawa dulunya beliau adalah isteri dari Sa'ad bin Khaulah lalu suaminya meninggal dunia (suami beliau meninggal dunia sedangkan beliau dalam keadaan hamil, sebagaimana yang nampak dari kisahnya) dalam haji wada'. 

Dan Beliau (suaminya ) adalah Badry (pasukan perang Badar). Dan beliau melahirkan sebelum 4 bulan 10 hari dari meninggal dunia suami beliau. Maka setelah itu, beliau ditemui oleh 'Abus Sanabil bin Ba'kak tatkala beliau sudah selesai nifas dalam keadaan beliau (Subai'ah) memakai celak mata -dalam sebagian riwayat, "Maka salah seorang dari kerabat suamiku menemuiku dalam keadaan saya sudah memakai Khidhab dan berhias"- maka dia (Abus Sanabil) berkata kepadanya, "Kuasailah dirimu mungkin kamu sudah mau menikah lagi, sesungguhnya waktunya adalah 4 bulan 10 hari dari hari wafatnya suamimu." Beliau (Subai'ah) berkata, "Maka saya mendatangi Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam dan saya ceritakan kepada Beliau apa yang dikatakan oleh Abus Sanabil bin Ba'kak, maka baginda bersabda: "Engkau telah halal (untuk menikah) ketika engkau melahirkan."(HR Ahmad no. 6/432 dengan sanad yang shahih)

Sebelum saudara melamarnya perlulah saudara mengkaji latarbelakang kehidupan wanita yang hendak dilamar. Pendidkan agamanya, pekerjaannya, perhubungan beliau dengan kerja-kerja dakwah dan perlu juga meneliti kehidupan keluarganya adakah terdiri daripada mereka yang kuat pada agama atau pun tidak mementingkan agama dalam kehidupan sehari-harian. 

Dari Abu Hurairah radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Sallallaahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara iaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia." (Muttafaq Alaihi dan Imam Lima.)

Jika saudara sudah berkenan di hati teruskan dengan solat istikarah untuk memastikan dia adalah jodoh yang sesuai untuk saudara, selamat maju jaya dan memiliki seorang isteri solehah dalam kehidupan saudara.

Wallahu a'lam


Sunday, November 17, 2013

Soal Jawab Agama Siri 116 (Daging Landak, Sedekah dan Pinjaman, Wasiat Bapa, Membakar Dokumen Ayat al-Quran dan Bertaubat)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 116 adalah membicarakan persoalan hukum makan daging landak,  sedekah dan memberi pinjaman , wasiat bapa, membakar dokumen yang ada ayat al-Quran dan bertaubat daripada berzina.


861. Soalan : Apakah hukum makan daging landak..?

Jawapan :


Yang dilarang oleh hadis ialah binatang buas bertaring yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya. Saya tidak pasti apakah landak mempunyai gigi taring yang berfungsi sebegitu. Adapun pandangan para ulama tentang landak adalah seperti berikut;

1. Mazhab Hanafi dan Hanbali; haram memakannya kerana ia tergolong dalam binatang-binatang merayap/merangkak yang dipandang keji (khabaith), iaitu satu kelompok dengan tikus. Dalam al-Quran Allah berfirman (dengan maksud); “Dan dia (yakni Nabi Muhammad SAW) mengharamkan ke atas kamu yang keji-keji” (Surah al-A’raf, ayat 157).

2. Mazhab Maliki dan Syafiie; harus memakannya kerana walaupun ia dari jenis merangkak, namun tidak dipandang keji oleh manusia, kerana itu ia tidak termasuk dalam ayat tadi. Dalam kitab Hayah al-Hayawan al-Kubra –kitab turas yang membincangkan tentang haiwan-haiwan-, pengarangnya (ad-Dumairi, wafat 808 hijrah) menjelaskan; Imam Syafiie berkata; “Landak halal dimakan kerana orang-orang Arab memandangnya sebagai makanan yang elok/baik” (2/361). Di antara kaedah dalam mazhab Syafiie -dalam menentukan jenis haiwan yang halal dan yang haram-; “Setiap haiwan yang dipandang elok/baik oleh orang Arab maka ia adalah halal, kecuali terdapat dalil Syarak yang mengharamkannya”. (Kifayatul Akhyar, hlm. 522-523.)


Ada diriwayatkan Nabi SAW bersabda; “Landak adalah dari binatang-binatang yang keji” (Musnad Imam Ahmad; 5954. Sunan Abu Daud; 3799. Dari Abu Hurairah r.a). 

Namun ulama-ulama hadis menegasnya; sanad hadis ini adalah dhaif kerana terdapat beberapa rawi yang majhul   (Lihat; Bulughul-Maram, Imam Ibnu hajar (kitab al-At’imah; 1365) dan Tahqiq Musnad Ahmad, Syeikh Syu’aib al-Arnaut dan beberapa ulama yang lain (hadis no. 8954)

Tidak boleh dijadikan hujjah dalam hukum-hakam daripada hadis yang dhaif. Kerana itu para ulama masih berikhtilaf tentangnya (landak). Ulama yang berpandangan dia binatang yang baik/elok, mereka menghalalkannya. Yang berpandangan dia binatang yang keji, mereka mengharamkannya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/144 (perkataan “at’imah”).
2. Kifayatul Akhyar, hlm. 522-523.
3. Hayah al-Hayawan al-Kubra, Muhammad bin Musa ad-Dumairi, 2/361.
4. al-Fiqh al-Manhaji, 3/69.


862. Soalan :  Mana yang lebih didahulukan, infaq/sedekah atau memberikan pinjaman kepada teman yg memerlukan?

Jawapan :

Para ulama berbeda pendapat dalam memandang mana yang lebih utama, bersedekah atau memberi pinjaman atau hutang?Sebagian ulama mengatakan bahawa memberi pinjaman lebih utama  daripada bersedekah. Di antara dalil yang mereka pakai adalah hadis riwayat al-Baihaqi maksudnya, "Meminjamkan sesuatu lebih baik daripada menyedekahkannya." Atau riwayat yang berbunyi, "Sedekah mendapat balasan sepuluh kalinya, sementara meminjamkan mendapat balasan delapan belas kali."

Sementara sebagian ulama yang lain berpendapat bahawa bersedekah lebih baik daripada memberi pinjaman. Di antara dalilnya dengan hadis yang berbunyi, "Siapa yang memberi pinjaman satu dirham dua kali maka ia mendapatkan pahala seperti bersedekah satu kali." 

Selain itu, siapa yang menanggalkan hartanya kerana Allah lebih baik daripada yang memberi lalu mengambilnya kembali.

Demikian perbedaan pendapat antara dua golongan ulama dalam menjelaskan pemberian pinjaman dan sedekah. Lalu mana pendapat yang lebih kuat? 

Sejumlah ulama melihat kepada keadaan yang ada secara khusus. Jika yang menerima pinjaman lebih memerlukan daripada yang menerima sedekah, maka memberi pinjaman dalam keadaan ini lebih baik. Demikian pula sebaliknya. Wallahu a'lam.

863. Soalan : Bapa saya telah meninggal dunia tahun 2012, dia berpesan bahawa rumah dan tanah miliknya dibahagikan kepada adik beradik jangan dijual. 

Soalan saya :

1. Adakah kami berdosa jika tidak melaksanakan wasiat bapa bahawa harta tersebut jangan dijual sedangkan sebahagian kami ada yang berhajat kepada wang untuk menjualkan hak mereka setelah dibahagikan secara hukum faraid?

2. Bagaimanakah cara pembahagian harta secara hukum faraid. Ibu kami masih hidup (isteri kepada arwah bapa) dan anak lelaki 5 orang dan anak perempuan 1 orang?

Jawapan :
 
1. Seluruh peninggalan si mati menjadi milik sah ahli warisnya. Dengan kata lain, hak simati telah berpindah  kepada para ahli warisnya. Ketika harta peninggalan tersebut sudah dimiliki oleh ahli waris, maka mereka berhak untuk menggunakannya. Tentu sesudah hutang, nazar, atau berbagai kewajiban si mati lainnya ditunaikan. Kerana itu, jika si mati berwasiat melarang menjualkan harta peninggalannya, hal itu tidak wajib dipatuhi. Sebab, harta tersebut bukan lagi harta si mati, tapi sudah menjadi harta ahli warisnya. Ahli warisnya yang lebih mengetahui maslahat mereka. apalagi apabila waris memerlukan wang untuk mereka menjual harta yang telah menjadi milik mereka.

2. Berdasarkan hukum Islam, waris untuk anak lelaki adalah dua kali dari yang diterima anak perempuan setelah di tolak 1/8 bahagian untuk isteri si mati.  Adapun jika sesudah masing-masing mengetahui haknya, lalu mereka sepakat untuk membagi sama rata, hal itu diperbolehkan. Wallahu a'lam.

864. Soalan :  Jika kita memiliki dokumen (buku, kertas, stiker, dll) yang di dalamnya ada tulisan ayat al-Quran, bagaimana cara memusnahkannya jika dokumen tersebut tidak terpakai lagi? Apakah boleh dibuang seperti  dokumen lain, apakah harus diperlakukan "khusus" sebelum dibuang, ataukah tidak boleh dibuang sama sekali? 

Pertanyaan selanjutnya, ketika kita sedang membawa dokumen-dokumen yang ada ayat al-Quran, apakah perlakuannya sama dengan perlakuan terhadap mushaf al-Quran (tidak boleh dibawa ke tandas misalnya)?
 
Jawaban:

Al-Quran adalah kitab suci yang mulia, oleh sebab itu kaum muslimin diperintahkan untuk menjaga kemuliaan dan kehormatannya. Salah satu upaya untuk menjaga hal tersebut adalah menyimpan mushaf al-Quran pada tempat yang layak dan tidak boleh ditempatkan di sembarang tempat, apalagi jika tempat tersebut adalah kotor dan penuh najis. Demikian juga dengan dokumen yang di dalamnya berisikan ayat-ayat suci al-Quran tidak boleh dibawa ke tempat najis seperti tandas atau bilik mandi. 

Kita pun tidak diperbolehkan menggunakan kertas-kertas yang berisikan ayat-ayat al-Quran sebagai alat untuk membungkus sesuatu sebagai bentuk penghormatan terhadap kesucian al-Quran.

Dan jika menemukan kertas yang berisikan ayat-ayat al-Quran seperti dokumen seperti yang saudara tanyakan atau isi mushaf al-Quran berserakan, maka kita diperbolehkan untuk membakarnya atau di tanam di dalam tanah jika memang sudah tidak mungkin untuk dipergunakan lagi. Dalam Fatwa Lajnah Daimah disebutkan bahawa diperbolehkan membakar kertas-kertas mushaf (yang tercecer dan berserakan) untuk menjaga dari tindakan yang merendahkannya serta untuk menjaga kemuliaannya dan juga diperbolehkan menanamnya ke dalam tanah yang sepatutnya di lakukan. (Fatwa Lajnah Daimah IV/77)

865. Soalan :  Kawan saya menceritakan perbuatannya yang telah terlanjur dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suaminya. Dia rasa sangat menyesal dan ingin bertanya adakah dia perlu menceritakan detik hitam itu kepada suaminya atau memadai dia bertaubat kepada Allah SWT sahaja? Jika dia ceritakan perkara sebenar dia yakin suaminya akan menceraikannya sedangkan dia sangat sayang kepada suaminya dan seorang anaknya yang baru berumur 1 tahun. Adakah Allah SWT akan ampunkan dosanya yang telah dilakukannya? Minta sekirannya ustaz dapat memberikan pencerahan terhadap masaalah ini.

Jawapan :

Jika kawan saudari menceritakan perbuatan zina tersebut kepada suaminya dia telah membukakan aib dirinya sendiri. Suami yang normal akan menjadi marah dan tidak mustahil suaminya akan menceraikan beliau. Allah SWT telah menutup aib tersebut maka dia janganlah membukanya.

Tindakkan yang paling baik beritahu kepada kawan saudari jangan ceritakan perbuatan zina yang telah beliau lakukan dan wajib bertaubat nasuha dengan bersungguh-sungguh kepada Allah SWT , menyesal di atas perbuatan yag telah dilakukannya dan bertekat  tidak sekali-kali mengulangi perbuatan tersebut.

Allah selalu membukakan pintu taubat-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang mahu bertaubat selama rohnya belum berada di kerongkongan atau matahari terbit dari barat.


Firman Allah SWT yang bermaksud : “kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun.”
(Surah Maryam ayat 60)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :“Barangsiapa bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat orang tersebut.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Taubat yang dimaksudkan adalah taubat nasuha. Sebuah taubat yang dilakukan dengan ikhlas dan benar. Bahkan ianya adalah termasuk jalan yang paling besar dan luas untuk memperolehi pengampunan dari Allah SWT. Selain daripada itu banyakkan bersedekah dan berbuat amal-amal soleh untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu.


Firman Allah SWT  yang bermaksud :
“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk.” (Surah Hud ayat 114)

Di samping itu saudari perlu nasihatkan kawan saudari seharusnya menunjukkan kesetiaan, ketaatan, dan kebaikan kepada suami. Berikan sesuatu yang menyenangkannya selama dibenarkan oleh syariat.  Semoga Allah memberikan kepada beliau keluarga yang sakinah, penuh dengan mawaddah, dan rahmat. Wallahu a'lam.

Hukum Hudud Potong Tangan Pencuri Dalam Syariat Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Apabila kita membicarakan hukum hudud yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW maka  hukum hudud dijalankan ke atas 7 kesalahan jenayah hudud iaitu

1. Zina
2. Menuduh zina
3. Minum arak
4. Mencuri
5. Merompak
6. Murtad
7. Penderhakaan

Perbicaraan kita kali ini adalah kesalahan jenayah hudud yang ke 4 iaitu hukum mencuri.

Pertama sekali ialah apa yang perlu istilah ‘curi’ itu sendiri dalam perundangan Islam? Curi yang dimaksudkan dalam perundangan Islam ialah mengambil harta secara sembunyi dari pemiliknya atau wakilnya, dengan syarat mencukupi nisab potong tangan, dan mengeluarkan dari tempat penjagaan atau seumpamanya, dan tidak ada unsur syubhah ke atas harta tersebut [Nizham al-U’qubat, Abd Rahman Maliki, halaman 60].

Perintah Allah SWT. di dalam al-Quran mengenai hukuman potong tangan ke atas pencuri adalah termaktub dalam surah al-Maidah ayat 38:

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah . Dan Allah . Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(Surah  al-Maidah ayat 38)

Hukuman potong tangan tidak akan dijatuhkan melainkan memenuhi 7 syarat utama:

Pertama:

Menepati definisi mencuri iaitu mengambil harta secara sembunyi atau sorok-sorok. Seseorang itu tidak dikatakan mencuri jika merompak, menggelapkan wang (pecah amanah), merampas dan meragut. Sekiranya seseorang peguam menggelapkan matawang pelanggannya, ia tidak termasuk dalam jenayah kecurian yang dikenakan hukuman potong tangan. Namun begitu, mereka akan dikenakan hukuman takzir yang mungkin lebih berat daripada potong tangan. Kesalahan ini tidak dikategorikan sebagai curi kerana ada hadis dari Jabir bahawa Nabi Muhammad SAW. bersabda:

“Tidak dipotong tangan orang yang pecah amanah, orang yang menipu dan orang yang merampas” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Kedua:

Barang yang mencuri mencukupi nisab. Cukup nisab adalah syarat minima nilai harta yang dicuri. Jumhur ulama’ iaitu Maliki, Syafie, dan Hambali bersepakat bahawa nisab barang kecurian itu adalah seperempat dinar atau 3 dirham. Satu dinar adalah setara dengan 4.25 gram emas (24 karat). Ini adalah berpandukan kepada hadis Nabi Muhammad SAW dari Aisyah r.a. :

“Tangan pencuri dipotong untuk seperempat dinar atau lebih” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari hadis ini, dapat kita simpulkan bahawa nisabnya ialah ¼ x 4.24 gram = 1.0625 gram. Sekiranya harga emas pada hari ini ialah RM180.00/g maka 1.0625 gram x RM180 = RM191.25. Oleh itu, nisab kecurian ialah RM191.25. Sekiranya seseorang itu mencuri barangan bernilai RM190.00 maka tangannya tidak akan dipotong kerana belum cukup nisab dan dia akan dikenakan hukuman takzir.

Ketiga:

Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki mengikut hukum syarak. Jika seseorang Muslim menyimpan arak atau khinzir di rumahnya kemudian dicuri, maka ia tidak akan menyebabkan pencuri dihukum potong tangan kerana harta tersebut bukanlah satu pemilikan yang layak untuk orang Islam. Tetapi, sekiranya pencuri tersebut mencuri dari orang kafir, maka pencuri tersebut akan dikenakan hukuman potong tangan.

Keempat:

Harta dicuri adalah dari tempat penjagaan iaitu barang yang dicuri itu berada dalam penjagaan, simpanan atau pengawasan pemiliknya. Bentuk penjagaan ini terdiri dari 2 kategori iaitu:

1. Ia dibuat khas untuk menyimpan seperti peti besi untuk perhiasan dan wang, kandang untuk binatang, jelapang untuk padi dan sebagainya yang dimaklumi masyarakat.

2. Bukan tempat penyimpanan khusus nama termasuk cara umum di mana seseorang berada di situ dan orang lain tidak boleh mengambilnya melainkan mendapat keizinannya.

Contohnya adalah seseorang yang duduk/tidur di masjid dan meletakkan beg di sisinya. Ini termasuk dalam penjagaan. Konsep ‘pengawasan’ terhadap harta ini adalah berbeza antara satu harta dengan harta lain. Ulama fiqh bersepakat mengatakan jika satu pintu stor atau kandang terbuka, atau bahagian dindingnya rosak maka ini akan menghilangkan sifat penjagaan, maka pencuri itu tidak dipotong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman lain. Dari Amru bin Syuaib dari bapanya dan dari datuknya berkata “Aku mendengar seorang lelaki dari Bani Muzainah bertanya kepada Rasulullah tentang sangkar yang ada lubang: Maka Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Pencuri itu kena bayar 2 kali ganda harganya dan dipukul sebagai teladan balasan seksa, namun jika dia mencuri unta atau kambing dalam pengawasan untuk minum air maka tangannya akan dipotong jika harganya menyamai 8 mijan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Begitu juga dalam hadis lain yang menceritakan perihal orang yang mencuri buah semasa berada ditangkai, maka mereka ditakzir dengan nilai dua kali ganda, tapi jika mereka mencuri dari stor maka mereka akan dipotong tangan jika cukup nisabnya.

Kelima:

Bukan harta syubahat: Dalam harta yang dicuri tidak ada bahagian hak pencuri atau yang membolehkan pencuri itu memakannya. Ini bermakna tidak dikenakan hukuman potong tangan sekiranya si ayah mencuri harta anaknya atau sebaliknya. Ini berpandukan kepada sabda Nabi Muhammad SAW. “Kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu”. Baginda juga bersabda “Sebaik-baik orang itu adalah orang yang memakan hasil usahanya sendiri, dan anaknya juga memakan hasil usahanya.”

Seorang yang mencuri harta dari Baitul Mal juga tidak dipotong tangan kerana Baitul Mal adalah harta bersama di mana di dalamnya terdapat hak si pencuri sebagai rakyat meskipun kecil bahagiannya. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW bila seseorang ditangkap kerana mencuri khumus (1/5 dari rampasan perang yang dikhaskan kepada Rasulullah). Ibn Abbas menceritakan bahawa kes ini dibawa kepada Rasulullah, tetapi baginda tidak memotong tangannya, sebaliknya bersabda:

“Harta Allah dicuri di kalangan sendiri” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Semasa pemerintahan Saidina Umar al-Khatab dan Saidina Ali r.a. juga terjadi kecurian di Baitul Mal namun mereka tidak memotong tangan, kerana kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) di atas harta itu. Begitu juga kalau salah seorang suami-isteri mencuri harta pasangannya, maka hukum potong tangan tidak dijalankan kerana mereka saling berkongsi dalam pemilikan harta.

Keenam:

Pencuri itu akil-baligh dan terikat hukuman dalam Islam. Taklif ini jatuh untuk semua orang termasuk kafir zimmi. Ini berpandukan kepada hadis Nabi Muhammad SAW :

"Diangkat pena (dosa) dari 3 pihak, orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh, dan orang yang gila sehingga dia berakal” (Hadis Riwayat Muslim)

Ini bermakna taklif hukum terkena kepada orang yang berakal dan baligh. Pencuri kanak-kanak atau orang gila tidak akan dipotong tangan. Adapun kafir zimmi juga akan dipotong tangan mereka sebagaimana orang Islam.

Ketujuh:

Disabit kesalahan mencuri dengan pengakuan atau disaksikan oleh saksi yang adil. Pengakuan mencuri dalam sidang penghakiman akan menyebabkan seseorang itu boleh disabit dengan pencurian. Dari Abu Umaiyah Makhzumi menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan potong tangan seorang yang datang mengaku mencuri walaupun benda yang dicurinya tidak ada ditangannya (Hadis Riwayat Ahmad).

Manakala jika kes dibawa dan pembuktian diperlukan, keperluan untuk menjadi saksi kes kecurian ialah 2 lelaki atau 1 lelaki dan 2 wanita berasaskan nas umum saksi dalam surah al-Baqarah ayat 282.

Dapat disimpulkan di sini bahawa hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri adalah mempunyai syarat-syaratnya tertentu dan ia bukannya perlu dilaksanakan secara melulu apatah lagi ia tidak termasuk skop ragut dan pecah amanah. Apa yang lebih penting lagi orang bukan Islam iaitu orang kafir Zimmi tetap akan dilaksanakan hukuman potong tangan kanan jika disabitkan bersalah dan memenuhi ketujuh-tujuh syarat tersebut . Wallahu a'lam

Sahabat yang dikasihi,
Jelaslah kepada kita bahawa perlaksanaan Hukum Hudud Potong Tangan bukanlah suatu yang mudah ingin dilaksanakan jika tidak memenuhi  syatat-syarat yang ditetapkan.  Jika syarat tidak mencukupi seperti tidak cukup nisab atau cukup nisab tetapi harta tersebut tidak dijaga dengan baik maka hukum hudud potong tangan tidak akan dijalankan. Pernah berlaku dizaman Khalifah Umar al-Khattab seorang mencuri harta seseorang kerana kelaparan maka beliau tidak menjatuhkan hukum hudud potong tangan kerana ajaran Islam tidak pernah menzalimi manusia yang berada di dalam kemiskinan dan kesusahan. Masyarakat Islam yang menghina hukum hudud ini katanya tidak sesuai di dalam masyarakat majmuk adalah mereka yang telah rosak akidahnya dan wajib bertaubat dan kembali kepada keimanan yang sebenarnya kepada Allah SWT.




Hukum Mengemis Dan Meminta-minta Dalam Ajaran Islam


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم 

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,
Perbuatan mengemis bagi sebagian orang lebih diminati daripada kerja-kerja lainnya, kerana cukup hanya dengan mengulurkan tangan, dia boleh mendapatkan sejumlah wang yang cukup banyak tanpa harus bersusah payah. 

Masyarakat pada umumnya memandang bahawa pengemis itu berkeadaan tidak terurus, pakaiannya lusuh dan rambaut tidak bersikat dengan tujuan untuk menarik simpati orang ramai. 

Namun akhir-akhir ini, sebagian pengemis tidak lagi berpenampilan demikian. Diantara mereka ada yang berpakaian rapi, memakai baju yang kemas dan berkasut bahkan kendaraannya pun baik dan cantik,  Ada yang menjalankan pekerjaan ini sendirian dan ada pula yang melakukannya bersama dalam satu kumpulan. Ada yang berlakun mengutip derma untuk sekolah agama dan sebagainya.

Sahabat yang dimuliakan,
Mengemis atau meminta-minta dalam bahasa Arab disebut dengan tasawwul. Dalam al- Mu’jamul WasĂźth disebutkan bahwa tasawwala (fi’il madhi dari tasawwul) ertinya meminta-minta atau meminta pemberian.(Lihat al-Mu’jamul WasĂźth I/465.)

Sebagian Ulama mendefinisikan tasawwul (mengemis) dengan upaya meminta harta orang lain bukan untuk kemaslahatan agama tapi untuk kepentingan pribadi. 

al-HĂąfizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Perkataan al-BukhĂąri (Bab Menjaga Diri dari Meminta-minta) maksudnya adalah meminta-minta sesuatu selain untuk kemaslahatan agama.” (Lihat Fathul Bari III/336.)

Jadi, berdasarkan definisi di atas kita boleh mengambil pelajaran bahawa batasan tasawwul atau “mengemis” adalah meminta untuk kepentingan diri sendiri bukan untuk kemaslahatan agama atau kepentingan kaum Muslimin.

Itulah hakikat mengemis dan meminta-minta, lalu bagaimanakah hukumnya dalam Islam ?


Meminta-minta sumbangan atau mengemis tidak disyari’atkan dalam agama Islam, apalagi jika dilakukan dengan cara menipu atau berdusta dengan cara menampakkan dirinya seakan-akan dalam kesulitan ekonomi, atau sangat mengharapkan sumbangan pendidikan anak sekolah, atau perawatan dan pengubatan keluarganya yang sakit, atau untuk membiayai kegiatan tertentu, maka hukumnya haram dan termasuk dosa besar.

Di antara dalil-dalil syar’i yang menunjukkan haramnya mengemis dan meminta-minta sumbangan, dan bahkan ini termasuk dosa besar adalah sebagaimana berikut :

1. Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma , ia berkata: RasĂ»lullĂąh Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

مَۧ ŰČَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ يَŰłْŰŁَلُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳َ، Ű­َŰȘَّى يَŰŁْŰȘِيَ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ لَيْŰłَ فِيْ وَŰŹْهِهِ مُŰČْŰčَŰ©ُ لَŰ­ْمٍ

Maksudnya : "Seseorang senantiasa meminta-minta kepada orang lain sehingga ia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan tidak ada sepotong daging pun di wajahnya. (Hadis Shahih. Riwayat Bukhari no. 1474, dan Muslim no. 1040.)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu , ia berkata: RasĂ»lullĂąh Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda :

مَنْ ŰłَŰŁَلَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳َ ŰŁَمْوَŰ§Ù„َهُمْ ŰȘَكَŰ«ُّ۱ًۧ فَŰ„ِنَّمَۧ يَŰłْŰŁَلُ ŰŹَمْ۱ًۧ فَلْيَŰłْŰȘَقِلَّ ŰŁَوْ لِيَŰłْŰȘَكْŰ«ِ۱ْ

Maksudnya : "Barangsiapa meminta-minta kepada manusia harta mereka untuk memperbanyak hartanya, maka sesungguhnya dia hanyalah sedang meminta bara api (neraka), maka (jika dia mahu) silahkan dia mempersedikit atau memperbanyak.(Hadis Shahih. Riwayat Muslim II/720 no.1041, Ibnu Majah I/589 no. 1838, dan Ahmad II/231 no.7163).

2. Diriwayatkan dari Hubsyi bin JunĂądah radhiyallahu anhu , ia berkata: RasĂ»lullĂąh Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

مَنْ ŰłَŰŁَلَ مِنْ Űșَيْ۱ِ فَقْ۱ٍ فَكَŰŁَنَّمَۧ يَŰŁْكُلُ Ű§Ù„ْŰŹَمْ۱َ

Maksudnya : "Barangsiapa meminta-minta kepada orang lain tanpa ada keperluan, maka seolah-olah ia memakan bara api. (Hadis Riwayat Ahmad IV/165 no.17543, Ibnu Khuzaimah IV/100 no.2446, dan Ath-Thabrani IV/15 no.3506.)

Demikianlah beberapa dalil dari hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mengharamkan mengemis atau meminta-minta sumbangan untuk kepentinagn pribadi atau keluarga.

Walaubagimana pun terdapat beberapa keadaan meminta-minta kepada seseorang diharuskan di dalam beberapa keadaan :

Disebutkan dalam sebuah hadis bahwa ada beberapa keadaan yang membolehkan seseorang untuk mengemis atau meminta-minta. Di antaranya ialah sebagaimana berikut :

1. Ketika seseorang menanggung beban diyat (denda) atau membayar hutang orang lain, ia boleh meminta-minta sampai ia melangsaikannya, kemudian berhenti.

2. Ketika seseorang ditimpa musibah yang melenyapkan seluruh hartanya, ia boleh meminta-minta sampai ia mendapatkan keperluan hidup.

3. Ketika seseorang tertimpa kefakiran yang sangat dan dia memiliki 3 orang saksi dari orang sekitarnya atas kefakiran yang menimpanya. Orang seperti ini, halal baginya meminta-minta sampai dia mendapatkan bantuan untuk kehidupannya.

Dalam tiga keadaan ini seseorang diperbolehkan untuk meminta-minta sumbangan atau mengemis, berdasarkan hadis riwayat Qabishah bin Mukhariq al-Hilali radhiyalalahu anhu , ia berkata: RasĂ»lullĂąh Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

يَۧ قَŰšِيْŰ”َŰ©ُ، Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْـمَŰłْŰŁَلَŰ©َ لَۧ ŰȘَŰ­ِلُّ Ű„ِلَّۧ لِŰŁَŰ­َŰŻِ Ű«َلََۧ۫Ű©ٍ : ۱َŰŹُلٍ ŰȘَŰ­َمَّلَ Ű­َمَŰ§Ù„َŰ©ً فَŰ­َلَّŰȘْ لَهُ Ű§Ù„ْـمَŰłْŰŁَلَŰ©ُ Ű­َŰȘَّى يُŰ”ِيْŰšَهَۧ Ű«ُمَّ يُمْŰłِكُ، وَ۱َŰŹُلٍ ŰŁَŰ”ََۧۚŰȘْهُ ŰŹَۧۊِŰ­َŰ©ٌ ۧۏْŰȘََۭۧŰȘْ مَŰ§Ù„َهُ فَŰ­َلَّŰȘْ لَهُ Ű§Ù„ْـمَŰłْŰŁَلَŰ©ُ Ű­َŰȘَّى يُŰ”ِيْŰšَ قِوَŰ§Ù…ًۧ مِنْ ŰčَيْŰŽٍ –ŰŁَوْ قَŰ§Ù„َ : ŰłِŰŻَۧۯً مِنْ ŰčَيْŰŽٍ- وَ۱َŰŹُلٍ ŰŁَŰ”ََۧۚŰȘْهُ فَŰ§Ù‚َŰ©ٌ Ű­َŰȘَّى يَقُوْمَ Ű«َلََۧ۫Ű©ٌ مِنْ ۰َوِي Ű§Ù„ْŰ­ِŰŹَۧ مِنْ قَوْمِهِ : لَقَŰŻْ ŰŁَŰ”ََۧۚŰȘْ فُلَŰ§Ù†ًۧ فَŰ§Ù‚َŰ©ٌ ، فَŰ­َلَّŰȘْ لَهُ Ű§Ù„ْـمَŰłْŰŁَلَŰ©ُ Ű­َŰȘَّى يُŰ”ِيْŰšَ قِوَŰ§Ù…ًۧ مِنْ ŰčَيْŰŽ ٍ، –ŰŁَوْ قَŰ§Ù„َ : ŰłِŰŻَۧۯً مِنْ ŰčَيْŰŽٍ- فَمَۧ ŰłِوَŰ§Ù‡ُنَّ مِنَ Ű§Ù„ْـمَŰłْŰŁَلَŰ©ِ يَۧ قَŰšِيْŰ”َŰ©ُ ، ŰłُŰ­ْŰȘًۧ يَŰŁْكُلُهَۧ Ű”َِۭۧŰšُهَۧ ŰłُŰ­ْŰȘًۧ.

Maksudnya : “Wahai Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal, kecuali bagi salah satu dari tiga orang: Seseorang yang menanggung beban (hutang orang lain, diyat/denda), ia boleh meminta-minta sampai ia boleh melunasinya, kemudian berhenti. Dan seseorang yang ditimpa musibah yang menghabiskan hartanya, ia boleh meminta-minta sampai ia mendapatkan sandaran hidup. Dan seseorang yang ditimpa kesengsaraan hidup sehingga ada tiga orang yang berakal dari kaumnya mengatakan, ‘Si fulan telah ditimpa kesengsaraan hidup,’ ia boleh meminta-minta sampai mendapatkan sandaran hidup. Wahai Qabishah ! Meminta-minta selain untuk ketiga hal itu adalah haram, dan orang yang memakannya adalah memakan yang haram”.(Hadis ShahĂźh Riwayat Muslim II/722 no.1044), Abu DĂąwud I/515 no.1640, Ahmad III/477 no.15957, V/60 no.20620, dan an-NasĂą`i V/89 no.2580. 

Ketika seseorang meminta sumbangan untuk kepentingan kaum Muslimin, bukan kepentingan peribadi, maka ini juga tidak termasuk tasawwul (mengemis dan meminta-minta sumbangan) yang diperbolehkan dalam Islam meskipun dia orang kaya.

Di antara dalil-dalil syar’i yang menunjukkan bahwa meminta sumbangan untuk kepentingan agama dan kemaslahatan kaum Muslimin itu diperbolehkan adalah pesan RasĂ»lullĂąh Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada para pemimpin perang sebelum berangkat, yaitu sabda baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam : 

فَŰ„ِنْ هُمْ ŰŁَŰšَوْۧ فَŰłَلْهُمُ Ű§Ù„ْŰŹِŰČْيَŰ©َ فَŰ„ِنْ هُمْ ŰŁَŰŹَُۧۚوكَ فَŰ§Ù‚ْŰšَلْ مِنْهُمْ وَكُفَّ Űčَنْهُمْ فَŰ„ِنْ هُمْ ŰŁَŰšَوْۧ فَۧ۳ْŰȘَŰčِنْ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ وَقَۧŰȘِلْهُمْ

Maksudnya : "Jika mereka (orang-orang kafir yang diperangi, pent) tidak mahu masuk Islam maka mintalah al-jizyah (pajak) dari mereka! Jika mereka memberikannya maka terimalah dan tahanlah dari (memerangi, pen) mereka ! Jika mereka tidak mau menyerahkan al-jizyah maka mintalah pertolongan kepada AllĂąh Azza wa Jalla dan perangilah mereka ! (Hadis Shahih. Riwayat Muslim III/1356 no.1731, Abu Dawud II/43 no.2612, Ahmad V/358 no.23080).

Dari hadis di atas kita dapat mengambil pelajaran bahawa meminta al-jizyah dari orang-orang kafir tidak termasuk tasawwul (mengemis atau meminta-minta yang dilarang) kerana al-jizyah bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk kaum Muslimin. 

Termasuk dalam pengertian meminta bantuan untuk kepentingan kaum Muslimin adalah hadis yang menceritakan bahwa RasĂ»lullĂąh Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga pernah meminta bantuan seorang tukang kayu untuk membuatkan baginda mimbar. Sahl bin Sa’d as-Sa’idi radhiyallahu anhu berkata :

ŰšَŰčَŰ«َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّم Ű„ِلَى Ű§Ù…ْ۱َŰŁَŰ©ٍ ŰŁَنْ مُ۱ِى ŰșُÙ„Ű§َمَكِ Ű§Ù„Ù†َّŰŹَّۧ۱َ يَŰčْمَلْ لِى ŰŁَŰčْوَۧۯًۧ ŰŁَŰŹْلِŰłُ Űčَلَيْهِنَّ 

RasĂ»lullĂąh Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah mengutus kepada seorang wanita, “Perintahkan anakmu yang tukang kayu itu untuk membuatkan untukku sebuah mimbar sehingga aku boleh duduk di atasnya!” (Hadis Shahih. Riwayat Al-Bukhari: 429, An-Nasa’i 731 dan Ahmad 21801). 

Al-Imam al-BukhĂąri rahimahullah berkata : Bab Meminta bantuan kepada tukang kayu dan ahli pertukangan lainnya untuk membuat kayu-kayu mimbar dan masjid”. (Hadis Shahih Riwayat al-Bukhari I/172.)

Al-Imam Ibnu Baththal rahimahullah berkata, “Dalam hadis ini terdapat pelajaran tentang bolehnya meminta bantuan kepada ahli pertukangan dan orang kaya untuk segala hal yang manfaatnya menyeluruh untuk kaum Muslimin. Dan orang-orang yang bergegas melakukannya adalah (orang yang berhak mendapatkan) penghargaan atas usahanya”.(Lihat Syarh Ibnu Baththal lil Bukhari II/100.)

Dengan demikian, kita boleh mengatakan, “Bantulah aku membangun masjid ini atau madrasah ini dan sebagainya!” atau meminta sumbangan kepada kaum Muslimin yang mampu untuk membangun masjid, madrasah dan sebagainya. 

Jawatankuasa Tetap untuk Urusan Fatwa dan Riset Ilmiyyah Saudi Arabia pernah ditanya: “Bolehkah meminta bantuan dari seorang Muslim untuk membangun masjid atau madrasah (sekolah), apa dalilnya ?” 

Jawab : “ Perkara tersebut diperbolehkan, kerana termasuk dalam tolong -menolong dalam hal kebaikan dan takwa. AllĂąh SWT berfirman (yang maksudnya), “ Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran ” (Surah al-Maidah (5) ayat 2)

Sahabat yang dikasihi,
Islam menganjurkan kita semua agar berusaha mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidup diri dan keluarga kita. Dalam al-Quran al-karĂźm AllĂąh Subhanahu Wa Ta’ala berfirman :

فَŰ„ِ۰َۧ قُ۶ِيَŰȘِ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ُ فَŰ§Ù†ْŰȘَŰŽِ۱ُÙˆŰ§ فِي Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ وَْۧۚŰȘَŰșُÙˆŰ§ مِنْ فَ۶ْلِ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَۧ۰ْكُ۱ُÙˆŰ§ 

Maksudnya :"Apabila telah solat, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi, dan carilah karunia AllĂąh”. (Surah al-Jumu’ah (62) ayat 10).

Bekerja mencari nafkah bukan hanya pekerjaan masyarakat awam, akan tetapi para Nabi juga bekerja. RasĂ»lullĂąh Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : 

« مَۧ ŰšَŰčَŰ«َ Ű§Ù„Ù„َّهُ نَŰšِيًّۧ Ű„ِÙ„Ű§َّ ۱َŰčَى Ű§Ù„ْŰșَنَمَ » . فَقَŰ§Ù„َ ŰŁَŰ”ْŰ­َُۧۚهُ وَŰŁَنْŰȘَ فَقَŰ§Ù„َ « نَŰčَمْ كُنْŰȘُ ŰŁَ۱ْŰčَŰ§Ù‡َۧ Űčَلَى قَ۱َۧ۱ِÙŠŰ·َ Ù„ŰŁَهْلِ مَكَّŰ©َ »

Maksudnya : "Tidaklah AllĂąh mengutus seorang Nabi melainkan dia menggembala kambing”, lalu ada sahabat bertanya, “Apakah engkau juga ?”, baginda menjawab, “Ya, dahulu saya menggembala kambing milik penduduk Makkah dengan mendapatkan upah beberapa qirath”.(Hadis Shahih. Riwayat Bukhari II/789, dari Abu Hurairah r.a.).

RasĂ»lullĂąh Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : 

وَŰ„ِنَّ نَŰšِىَّ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŻَŰ§ÙˆُŰŻَ - Űčَلَيْهِ Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ - كَŰ§Ù†َ يَŰŁْكُلُ مِنْ Űčَمَلِ يَŰŻِهِ

Maksudnya : "Nabi Dawud tidak makan melainkan dari hasil kerjanya sendiri (Hadis Shahih. Riwayat Bukhari II/13074).

RasĂ»lullĂąh Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga bersabda : 

Ù„ŰŁَنْ يَŰ­ْŰȘَŰ·ِŰšَ ŰŁَŰ­َŰŻُكُمْ Ű­ُŰČْمَŰ©ً Űčَلَى Űžَهْ۱ِهِ Űźَيْ۱ٌ مِنْ ŰŁَنْ يَŰłْŰŁَلَ ŰŁَŰ­َŰŻًۧ ، فَيُŰčْŰ·ِيَهُ ŰŁَوْ يَمْنَŰčَهُ

Maksudnya : "Sungguh salah seorang di antara kamu mencari kayu bakar diikat, lalu diangkat di atas punggungnya lalu dijual, itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain, diberi atau ditolak” (Hadis Shahih. Riwayat Bukhari II/730 no.1968, dan an-Nasa’i V/93 no.2584.)

Orang yang mahu bekerja, bererti dia menghormati dirinya dan agamanya. Jika mendapatkan rezeki melebihi keperluanya, maka dia mampu mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan membantu orang lain.