Friday, June 27, 2014

Solat Jumaat Ketika Musafir

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat

Sahabat yang dirahmati Allah,

Persoalan musafir tidak terlepas daripada perbincangan mengenai Solat Fardhu Jumaat berjemaah. Dalam topik ini terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan, samada kerana kepentingannya mahupun kerana beberapa persoalan yang sering timbul mengenainya. 3 isu berkaitan yang akan dibicarakan adalah: 

Pertama : Hukum solat Jumaat bagi orang musafir,

Kedua : Solat Jumaat dengan jumlah jemaah yang kurang dari 40 orang dan 

Ketiga : Solat Jumaat dalam suasana jemaah yang penuh sesak.


Huraiannya :


Pertama - Hukum solat Jumaat bagi orang musafir.

Menurut pendapat majoriti fuqaha, seseorang yang menghadiri suatu perjalanan atau musafir yang mencukupi syarat-syarat mengqasarkan solat, tidak diwajibkan untuk menghadiri solat Jumaat. Ini adalah kerana tidak diterima sebarang riwayat bahawa Nabi Sallallahu Alaihi-Wasallam ada melaksanakan solat Jumaat dalam mana-mana ekspedisi atau peperangan atau perjalanan yang beliau lakukan sepanjang hidupnya. Ini juga dicontohi oleh para sahabat beliau radiallahu-anhum di mana tidak dinukilkan sebarang riwayat dari mereka, samada ketika masa kehidupan Nabi SAW atau selepas kewafatan beliau, bahawa mereka ada melakukan solat Jumaat ketika musafir.  [Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/284-286 ; Shaikh Sayid Sabiq - Fiqh-us-Sunnah, 2/252].


Walaubagaimanapun amat dianjurkan seseorang yang bermusafir itu agar tetap berusaha untuk menghadiri solat Jumaat berjemaah sebagai mengelak dari pergeseran dengan pendapat lain yang mengatakan solat Jumaat tetap wajib sekalipun bagi orang musafir. 

Pendapat yang mewajibkan ini berhujah atas dasar bahawa tiada nas atau dalil sahih yang mengatakan bahwa seseorang yang musafir tidak perlu menghadiri solat Jumaat. Oleh kerana tiada dalil yang mengecualikan suasana musafir, maka hukum solat Jumaat ini kembali pada perintah asal, iaitu tetap wajib bagi semua orang, mastautin mahupun musafir.

Tambahan lagi Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak mengecualikan seorang musafir dari solat Jumaat tetapi hanya mengecualikan mereka yang terdiri daripada [1] wanita, [2] budak belum baligh, [3] orang sakit dan [4] hamba sahaya. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Jumaat adalah benar, wajib atas semua umat Islam dengan berjemaah kecuali empat golongan - hamba sahaya, wanita, anak-anak atau orang sakit. 

 
[Maksud hadis dari Thariq bin Syihab radiallahu-anha, Sunan Abu Daud - no: 1026 dan disahihkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Iraqi dan asy-Shaukani, Nail-ul-Authar, 3/527.]
Adapun riwayat yang berbunyi, " Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka wajib ke atasnya solat Jumaat kecuali wanita atau orang musafir atau hamba sahaya atau orang sakit adalah tersangat daif kedudukannya [
Riwayat di atas ditakhrij oleh Imam ad-Daruquthni dan al-Baihaqi dari Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu, dinyatakan kelemahannya oleh Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar, 3/527-528.]    

Demikian juga sebuah lagi riwayat lain yang bermaksud Tidak wajib Jumaat atas orang musafir adalah juga daif kedudukannya [Maksud hadith dari Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhuma diriwayat oleh at-Thabrani dalam al-Ausath, didaifkan kedudukannya oleh Imam as-Sha'nani dalam Subul-us-Salam, 2/236]   

Kedua-dua hadis yang daif ini tidak boleh dijadikan hujah pegangan atau sumber rujukan hukum.

Justeru itu sekalipun majoriti para fuqaha berpendapat bahawa solat Jumaat tidak wajib ke atas orang musafir, tetapi sebagai pilihan yang selamat lagi dipertengahan, adalah amat disyorkan bagi seseorang itu untuk tetap berusaha menghadiri solat Jumaat berjemaah. Anjuran ini menjadi lebih berat mengingatkan banyaknya fadilat-fadilat Hari Jumaat itu sendiri beserta keutamaan solatnya, sebagaimana yang banyak dipesan oleh baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Tambahan lagi solat Jumaat di kala musafir membuka peluang untuk kita berkenalan dengan komuniti tempatan dan beramah mesra lagi memperluaskan hubungan sesama umat.

Kedua - Solat Jumaat dengan jumlah jemaah yang kurang dari 40 orang.

Adakalanya apabila kita menghadiri solat Jumaat di masjid-masjid atau surau-surau di negara-negara di mana umat Islamnya wujud sebagai kaum minoriti, kita akan dapati solat Jumaat mereka dihadiri oleh bilangan jemaah yang kurang dari 40 orang. Maka dalam suasana ini bagaimanakah hukum solat Jumaat tersebut mengingatkan kepada pendapat masyhur tempatan yang mengatakan bahawa bilangan minimum bagi jemaah solat Jumaat adalah 40 orang ?

Dalam hal ini penulis tidak akan membicarakan hukum solat Jumaat yang dihadiri kurang daripada 40 orang tetapi sebaliknya akan mengupas dasar rujukan bilangan 40 itu sendiri. Pendapat yang mengatakan bahawa jumlah minimum jemaah solat Jumaat adalah 40 orang adalah berdasarkan kepada hadis berikut ini:

Abdurrahman bin Ka'ab menceritakan bahawa apabila ayahnya mendengar seruan azan hari Jumaat, dia mendoakan rahmat untuk As'ad bin Zurarah. Maka aku (Abdurrahman) bertanya kepada ayahku: Apabila engkau mendengar seruan azan lalu mengapa engkau mendoakan rahmat untuk As'ad bin Zurarah ?

Jawab ayahku: Kerana dialah yang pertama kali melakukan solat Jumaat bersama kami di Hazm Annabit, terletak di tanah berbatu Bani Bayadhah, iaitu di Naqi'ul Khadhamat.

Aku bertanya: Berapa orang (yang hadir) ketika itu ?

Jawab ayahku: 40 orang.


[ Maksud hadis dari Sunan Abu Daud - no: 1028 , dinilai hasan oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Nail-ul-Authar, 3/535.]
 
Hadis di atas dijadikan sumber rujukan oleh pihak yang berpendapat bahawa jumlah minimum bagi jemaah solat Jumaat adalah 40 orang. Walaubagaimanapun pengkajian mendalam oleh ahli-ahli hadith serta fiqh mendapati bahawa hadith di atas tidak boleh dijadikan sumber patukan hukum 40 orang sebagai bilangan minimum kerana hadith tersebut hanya menyatakan jumlah jemaah yang hadir dan tidak pula membatasi jumlah tersebut. Justeru itu hadith di atas tidak boleh dijadikan hujah bagi menghadkan bilangan minimum jemaah bagi satu-satu solat Jumaat yang dilaksanakan. Imam asy-Shaukani menulis: Bahawa tidak ada pengertian di dalam hadith di atas untuk mensyaratkan 40 orang, sebab kisah di atas adalah satu kejadian yang terjadi secara kebetulan. Telah ditetapkan dalam ilmu usul bahawa kejadian secara kebetulan tidak boleh dijadikan hujah untuk hal-hal yang bersifat umum.[
Imam asy-Shaukani - Nail-ul-Authar, 5/536.]
Selain itu pihak yang menghadkan jumlah minimum 40 orang juga merujuk kepada atsar sahabat berikut ini, di mana Abdullah ibnu Mas'ud radiallahu-anhu telah diriwayatkan berkata: Kami solat Jumaat bersama Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan aku (Ibnu Mas'ud) adalah orang terakhir yang datang sedang jumlah kami adalah 40 orang laki-laki. 


[Maksud atsar sahabat riwayat Imam al-Baihaqi dari Nail-ul-Authar, 3/537 , dikemukakan oleh Imam asy-Shaukani tanpa membicarakan status kekuatannya. Sebagai analisa, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili ada mengemukakan sebuah atsar berlainan yang juga berasal dari Abdullah ibnu Mas'ud yang menerangkan bahawa jumlah minima jemaah solat Jumaat adalah 40 orang dan tidak sah jikalau jumlah ini dikurangi. Walaubagaimanapun atsar ini yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi tidak dikemukakan sumber rujukannya dan ia juga tidak dijadikan dalil pegangan oleh Dr. Wahbah Zuhaili sendiri. Lihat kitab beliau - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/295.]   

 Atsar ini juga tidak boleh dijadikan rujukan tepat kerana ia hanya menceritakan secara kebetulan bahawa jumlah jemaah adalah 40 orang dan bukannya pula mensyaratkan jumlah minimum 40 orang.

Apa yang benar dalam hal ini adalah - tidak ada jumlah minimum bilangan jemaah yang disyaratkan oleh syari'at bagi mensahkan sesuatu solat Jumaat itu. Dalam beberapa riwayat-riwayat lain jelas tertera bahawa solat Jumaat pernah didirikan di zaman Nabi Sallallahu Alaihi-Wasallam dengan jumlah yang kurang dari 40 orang. [
Kajian lanjut terhadap riwayat-riwayat ini, sila lihat buku Solat Jumaat: Sejarah dan Tatacara Perlaksanaannya, ms 113-124 oleh A. Chodri Romli, terbitan Al-Hidayah, M'sia, 1994]
.
Pernah sekali suatu rombongan perdagangan dari Syam tiba di kala Nabi Sallallahu Alaihi-Wasallam sedang memberi khutbah solat Jumaat lalu para jemaah terus keluar dan menuju kepada rombongan tersebut sehingga yang tertinggal di masjid hanya 12 orang sahaja. Solat Jumaat itu diteruskan dengan jemaah yang 12 tersebut tanpa apa-apa halangan atau pembatalan dan tidak pula diulangkan. 


[Maksud pengajaran hadith dari Sunan Tirmizi - no: 3365, dikemukakan sebagai hujah oleh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/294 dan A. Chodri Romli - Solat Jumaat: Sejarah dan Tatacara Perlaksanaannya, ms 27-28.]
Yang sahih adalah - apabila sahaja sesuatu solat Jumaat itu menepati syarat-syarat jemaah, iaitu ada imam dan ada makmum, maka itu adalah mencukupi sebagai syarat sah solat tersebut.  Imam asy-Shaukani menganalisa: Ketahuilah, tidak ada landasan dalil untuk mensyaratkan jumlah 80, 30, 10, 9 mahupun 7 orang, begitu pula sahnya Jumaat hanya dengan satu orang sahaja. Pihak-pihak yang menganggap sahnya Jumaat hanya dengan 2 orang sahaja beralasan bahawa jumlah ini adalah berdasarkan hadith dan ijma'. Mereka berpendapat tidak ada dalil yang mengsyaratkan jumlah tertentu padahal jemaah dalam solat apajua sudah sah hanya dengan 2 orang, tidak ada perbezaan antara solat Jumaat dan solat jemaah. Dan tidak ada nas dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bahawa solat Jumaat tidak sah kecuali dengan jumlah sekian-sekian orang. Pendapat inilah yang paling kuat dan rajih menurut saya. [
Imam asy-Shaukani - Nail-ul-Authar, 5/538.]
 
Prof. Dr. Wahbah Zuhaili juga telah menulis: Jelas kepada pengarang bahawa sembahyang Jumaat perlu kepada perhimpunan jemaah. Apabila tercapai jemaah yang ramai mengikut kebiasaan maka diwajibkan sembahyang Jumaat dan hukumnya adalah sah. Dan tidak terdapat nas yang jelas yang mensyaratkan bilangan tertentu tetapi jemaah adalah syarat yang disepakati semua ulama' bagi sembahyang Jumaat kerana sudah maklum di dalam syara' bahawa jemaah itu terdapat ketika sembahyang. [
Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/296.]
Kesimpulan dalam perbicaraan ini adalah bahawa tidak ada jumlah minimum jemaah yang perlu untuk dijadikan syarat sah solat Jumaat. Asal sahaja dalam sesuatu perhimpunan itu menepati syarat jemaah, iaitu ada imam dan ada makmum maka itu adalah memadai. Sudah tentu semakin ramai jemaah semakin afdal solat tersebut tetapi ini adalah sekadar keutamaan dan bukan syarat ketetapan. Oleh itu seseorang yang menyertai solat Jumaat yang dihadiri oleh bilangan jemaah yang kurang dari 40 orang, samada di seberang mahupun di tanah air, maka solatnya itu beserta solat para jemaah lainnya adalah tetap sah.

Ketiga - Solat Jumaat dalam suasana jemaah yang penuh sesak.

Jikalau sebentar tadi kita membicarakan status hukum solat Jumaat dalam suasana bilangan jemaah yang sedikit, kini kita bicarakan pula status solat Jumaat dalam suasana jemaah yang ramai lagi penuh sesak sehingga menyebabkan seseorang itu tidak dapat sujud dengan sempurna. Adakalanya sesuatu komuniti itu mempunyai masjid yang kecil tetapi jumlah umat yang  ramai sehingga apabila tiba waktu solat Jumaat, masjid menjadi sempit lagi penuh sesak sehingga apabila seseorang itu hendak sujud, dia hanya dapat bersujud di atas belakang atau di atas kaki jemaah di hadapannya. Maka dalam situasi begini adakah sah solatnya ?

Menurut para fuqaha dari mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali, solat dalam suasana di atas adalah tetap sah sekalipun seseorang itu tidak dapat melakukan sujudnya dengan sempurna kerana ia dipandang sebagai satu kesukaran yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Ia dikaitkan umpama seorang pesakit yang disebabkan oleh keuzurannya, tidak dapat sujud dengan sempurna melainkan sekadar yang mampu. [
Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/330.]
 
Sekalipun dalam etika bersujud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam telahpun mensyaratkan cara-cara, posisi serta kedudukannya, tetapi syarat tersebut termasuk sesuatu yang dimaafkan jikalau ia tidak dapat dilaksanakan kerana sesuatu halangan atau kesukaran yang bukan disengajakan. Dalam hal ini kita teringat kepada sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Apa yang aku tegah kamu darinya maka hendaklah kamu jauhinya dan apa yang aku perintah kamu dengannya maka hendaklah kamu laksanakan sedaya mampu. [Maksud hadith dari Abu Hurairah radiallahu-anhu riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Syarh Matan al-Arba'in an-Nawawi, no: 09.]


Kesimpulan.

1. Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas orang musafir. Walaubagaimanapun amat dianjurkan untuk tetap menghadirinya sebagai pilihan terbaik antara dua pendapat serta kerana banyaknya fadilat solat itu sendiri.

2. Tidak disyaratkan apa-apa jumlah minimum bagi bilangan jemaah solat Jumaat.

3. Solat Jumaat adalah tetap sah sekalipun seseorang itu tidak dapat sujud dengan sempurna disebabkan oleh suasana masjid yang penuh sesak.



Wednesday, June 25, 2014

Kisah Nabi Musa a.s Bersama Nabi Khaidir a.s.


 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat


Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu kisah Al-Quran yang sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan misteri adalah, kisah seseorang hamba yang Allah SWT memberinya rahmat dari sisi-Nya dan mengajarinya ilmu. Kisah tersebut terdapat dalam surah al-Kahfi di mana ayat-ayatnya dimulai dengan cerita Nabi Musa, iaitu:

"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: 'Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan-jalan sampai bertahun-tahun." (QS. al-Kahfi: 60)

Kalimat yang samar menunjukkan bahawa Musa telah bertekad untuk meneruskan perjalanan selama waktu yang cukup lama kecuali jika beliau mampu mencapai majma' al-Bahrain (pertemuan dua buah lautan). Di sana terdapat suatu perjanjian penting yang dinanti-nanti oleh Musa ketika beliau sampai di majma' al-Bahrain. Anda dapat merenungkan betapa tempat itu sangat misteri dan samar. Para musafir telah merasakan keletihan dalam waktu yang lama untuk mengetahui hakikat tempat ini. Ada yang mengatakan bahawa tempat itu adalah laut Persia dan Romawi. Ada yang mengatakan lagi bahawa itu adalah laut Jordania atau Kulzum. Ada yang mengatakan juga bahawa itu berada di Thanjah. Ada yang berpendapat, itu terletak di Afrika. Ada lagi yang mengatakan bahawa itu adalah laut Andalus. Tetapi mereka tidak dapat menunjukkan bukti yang kuat dari tempat-tempat itu.

Seandainya tempat itu harus disebutkan nescaya Allah SWT akan rnenyebutkannya. Namun Al-Quran al-Karim sengaja menyembunyikan tempat itu, sebagaimana Al-Quran tidak menyebutkan kapan itu terjadi. Begitu juga, Al-Quran tidak menyebutkan nama-nama orang-orang yang terdapat dalam kisah itu kerana adanya hikmah yang tinggi yang kita tidak mengetahuinya. Kisah tersebut berhubungan dengan suatu ilmu yang tidak kita miliki, kerana biasanya ilmu yang kita kuasai berkaitan dengan sebab-sebab tertentu. Dan tidak juga ia berkaitan dengan ilmu para nabi kerana biasanya ilmu para nabi berdasarkan wahyu. Kita sekarang berhadapan dengan suatu ilmu dari suatu hakikat yang samar; ilmu yang berkaitan dengan takdir yang sangat tinggi; ilmu yang dipenuhi dengan rangkaian tabir yang tebal.

Di samping itu, tempat pertemuan dan waktunya antara hamba yang mulia ini dan Musa juga tidak kita ketahui. Demikianlah kisah itu terjadi tanpa memberitahumu kapan terjadi dan di tempat mana. Al-Quran sengaja menyembunyikan hal itu, bahkan Al-Quran sengaja menyembunyikan pahlawan dari kisah ini. Allah SWT  mengisyaratkan hal tersebut dalam firman-Nya:

"Seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami." (QS. al-Kahfi: 65)
Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan siapa nama hamba yang dimaksud, yaitu seorang hamba yang dicari oleh Musa agar ia dapat belajar darinya. Nabi Musa adalah seseorang yang diajak berbicara langsung oleh Allah SWT dan ia salah seorang ulul azmi dari para rasul. Beliau adalah pemilik mukjizat tongkat dan tangan yang bercahaya dan seorang Nabi yang Taurat diturunkan kepadanya tanpa melalui perantara. Namun dalam kisah ini, beliau menjadi seorang pencari ilmu yang sederhana yang harus belajar kepada gurunya dan menahan penderitaan di tengah-tengah belajarnya itu. Lalu, siapakah gurunya atau pengajarnya? Pengajarnya adalah seorang hamba yang tidak disebutkan namanya dalam Al-Quran meskipun dalam hadis yang suci disebutkan bahawa ia adalah Khidir a.s.

Musa berjalan bersama hamba yang menerima ilmunya dari Allah SWT tanpa sebab-sebab penerimaan ilmu yang biasa kita ketahui. Mula-mula Khidir menolak ditemani oleh Musa. Khidir memberitahu Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Akhirnya, Khidir mahu ditemani oleh Musa tapi dengan syarat, hendaklah ia tidak bertanya tentang apa yang dilakukan Khidir sehingga Khidir menceritakan kepadanya. Khidir merupakan simbol ketenangan dan diam; ia tidak berbicara dan gerak- gerinya menimbulkan kegelisahan dan kebingungan dalam diri Musa. Sebahagian tindakan yang dilakukan oleh Khidir jelas-jelas dianggap sebagai kejahatan di mata Musa; sebahagian tindakan Khidir yang lain dianggap Musa sebagai hal yang tidak memiliki erti apa pun; dan tindakan yang lain justru membuat Musa bingung dan membuatnya menentang. Meskipun Musa memiliki ilmu yang tinggi dan kedudukan yang luar biasa namun beliau mendapati dirinya dalam keadaan kebingungan melihat perilaku hamba yang mendapatkan kurnia ilmunya dari sisi Allah SWT.

Ilmu Musa yang berlandaskan syariat menjadi bingung ketika menghadapi ilmu hamba ini yang berlandaskan hakikat. Syariat merupakan bahagian dari hakikat. Terkadang hakikat menjadi hal yang sangat samar sehingga para nabi pun sulit memahaminya. Awan tebal yang menyelimuti kisah ini dalam Al-Quran telah menurunkan hujan lebat yang darinya mazhab- mazhab sufi di dalam Islam menjadi segar dan tumbuh. Bahkan terdapat keyakinan yang menyatakan adanya hamba-hamba Allah SWT yang bukan termasuk nabi dan syuhada namun para nabi dan para syuhada "cemburu" dengan ilmu mereka. Keyakinan demikian ini timbul kerana pengaruh kisah ini.

Para ulama berbeza pendapat berkenaan dengan Khidir. Sebahagian mereka mengatakan bahawa ia seorang wali dari wali-wali Allah SWT. Sebahagian lagi mengatakan bahawa ia seorang nabi. Terdapat banyak cerita bohong tentang kehidupan Khidir dan bagaimana keadaannya. Ada yang mengatakan bahawa ia akan hidup sampai hari kiamat. Yang jelas, kisah Khidir tidak dapat dijabarkan melalui nas-nas atau hadis-hadis yang dapat dipegang (otentik). Tetapi kami sendiri berpendapat bahawa beliau meninggal sebagaimana meninggalnya hamba-hamba Allah SWT yang lain. Sekarang, kita tinggal membahas kewaliannya dan kenabiannya. Tentu termasuk masalah yang sangat rumit atau membingungkan. Kami akan menyampaikan kisahnya dari awal sebagaimana yang dikemukakan dalam Al-Quran.

Nabi Musa as berbicara di tengah-tengah Bani Israil. Ia mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT dan menceritakan kepada mereka tentang kebenaran. Pembicaraan Nabi Musa sangat komprehensif dan tepat. Setelah beliau menyampaikan pembicaraannya, salah seorang Bani Israil bertanya: "Apakah ada di muka bumi seseorang yang lebih alim darimu wahai Nabi Allah?" Dengan nada emosi, Musa menjawab: "Tidak ada."

Allah SWT tidak setuju dengan jawapan Musa. Lalu Allah SWT mengutus Jibril untuk bertanya kepadanya: "Wahai Musa, tidakkah engkau mengetahui di mana Allah SWT meletakkan ilmu-Nya?" Musa mengetahui bahawa ia terburu-buru mengambil suatu keputusan. Jibril kembali berkata kepadanya: "Sesungguhnya Allah SWT mempunyai seorang hamba yang berada di majma' al-Bahrain yang ia lebih alim daripada kamu." Jiwa Nabi Musa yang mulia rindu untuk menambah ilmu, lalu timbullah keinginan dalam dirinya untuk pergi dan menemui hamba yang alim ini. Musa bertanya bagaimana ia dapat menemui orang alim itu. Kemudian ia mendapatkan perintah untuk pergi dan membawa ikan di keranjang. Ketika ikan itu hidup dan melompat ke lautan maka di tempat itulah Musa akan menemui hamba yang alim.

Akhirnya, Musa pergi guna mencari ilmu dan beliau ditemani oleh seorang pembantunya yang masih muda. Pemuda itu membawa ikan di keranjang. Kemudian mereka berdua pergi untuk mencari hamba yang alim dan soleh. Tempat yang mereka cari adalah tempat yang sangat samar dan masalah ini berkaitan dengan hidupnya ikan di keranjang dan kemudian ikan itu akan melompat ke laut. Namun Musa berkeinginan kuat untuk menemukan hamba yang alim ini walaupun beliau harus berjalan sangat jauh dan menempuh waktu yang lama.

Musa berkata kepada pembantunya: "Aku tidak memberimu tugas apa pun kecuali engkau memberitahuku di mana ikan itu akan berpisah denganmu." Pemuda atau pembantunya berkata: "Sungguh engkau hanya memberi aku tugas yang tidak terlalu berat." Kedua orang itu sampai di suatu batu di sisi laut. Musa tidak kuat lagi menahan rasa kantuk sedangkan pembantunya masih bergadang. Angin bergerak ke tepi lautan sehingga ikan itu bergerak dan hidup lalu melompat ke laut. Melompatnya ikan itu ke laut sebagai tanda yang diberitahukan Allah SWT kepada Musa tentang tempat pertemuannya dengan seseorang yang bijaksana yang mana Musa datang untuk belajar kepadanya. Musa bangkit dari tidurnya dan tidak mengetahui bahawa ikan yang dibawanya telah melompat ke laut sedangkan pembantunya lupa untuk menceritakan peristiwa yang terjadi. Lalu Musa bersama pemuda itu melanjutkan perjalanan dan mereka lupa terhadap ikan yang dibawanya. Kemudian Musa ingat pada makanannya dan ia telah merasakan keletihan. Ia berkata kepada pembantunya: "Cuba bawalah kepada kami makanan siang kami, sungguh kami telah merasakan keletihan akibat dari perjalanan ini."

Pembantunya mulai ingat tentang apa yang terjadi. Ia pun mengingat bagaimana ikan itu melompat ke lautan. Ia segera menceritakan hal itu kepada Nabi Musa. Ia meminta maaf kepada Nabi Musa kerana lupa menceritakan hal itu. Syaitan telah melupakannya. Keanehan apa pun yang menyertai peristiwa itu, yang jelas ikan itu memang benar-benar berjalan dan bergerak di lautan dengan suatu cara yang mengagumkan. Nabi Musa merasa gembira melihat ikan itu hidup kembali di lautan dan ia berkata: "Demikianlah yang kita inginkan." Melompatnya ikan itu ke lautan adalah sebagai tanda bahawa di tempat itulah mereka akan bertemu dengan seseorang lelaki yang alim. Nabi Musa dan pembantunya kembali dan menyelusuri tempat yang dilaluinya sampai ke tempat yang di situ ikan yang dibawanya bergerak dan menuju ke lautan.

Perhatikanlah permulaan kisah: bagaimana Anda berhadapan dengan suatu kesamaran dan tabir yang tebal di mana ketika Anda menjumpai suatu tabir di depan Anda terpampang maka sebelum tabir itu tersingkap Anda harus berhadapan dengan tabir-tabir yang lain. Akhirnya, Musa sampai di tempat di mana ikan itu melompat. Mereka berdua sampai di batu di mana keduanya tidur di dekat situ, lalu ikan yang mereka bawa keluar menuju laut. Di sanalah mereka mendapatkan seorang lelaki. Kami tidak mengetahui namanya, dan bagaimana bentuknya, dan bagaimana bajunya; kami pun tidak mengetahui usianya. Yang kita ketahui hanyalah gambaran dalam yang dijelaskan oleh Al-Quran: "Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahrnat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. "

Inilah aspek yang penting dalam kisah itu. Kisah itu terfokus pada sesuatu yang ada di dalam jiwa, bukan tertuju pada hal-hal yang bersifat fizik atau lahiriah. Allah SWT berfirman:

"Maka tatkala mereka berjalan sampai ke pertemuan dua buah laut itu, maka mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: 'Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita merasa letih kerana perjalanan kita ini.' Muridnya menjawab: 'Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.' Musa berkata: 'Itulah (tempat) yang kita cari; lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. " (QS. al-Kahfi: 61-65)

Bukhari mengatakan bahawa Musa dan pembantunya menemukan Khidir di atas sejadah hijau di tengah-tengah lautan. Ketika Musa melihatnya, ia menyampaikan salam kepadanya. 


Khaidir  berkata: "Apakah di bumimu ada salam? Siapa kamu?" Musa menjawab: "Aku adalah Musa." Khidir berkata: "Bukankah engkau Musa dari Bani Israil. Bagimu salam wahai Nabi dari Bani Israil." Musa berkata: "Dari mana kamu mengenal saya?" Khidir menjawab: "Sesungguhnya yang mengenalkan kamu kepadaku adalah juga yang memberitahu aku siapa kamu. Lalu, apa yang engkau inginkan wahai Musa?" Musa berkata dengan penuh kelembutan dan kesopanan: "Apakah aku dapat mengikutimu agar engkau dapat mengajariku sesuatu yang engkau telah memperoleh kurnia dari-Nya." Khidir berkata: "Tidakkah cukup di tanganmu Taurat dan bukankah engkau telah mendapatkan wahyu. Sungguh wahai Musa, jika engkau ingin mengikutiku engkau tidak akan mampu bersabar bersamaku."

Kita ingin memperhatikan sejenak perbezaan antara pertanyaan Musa yang penuh dengan kesopanan dan kelembutan dan jawapan Khidir yang tegas di mana ia memberitahu Musa bahawa ilmunya tidak harus diketahui oleh Musa, sebagaimana ilmu Musa tidak diketahui oleh Khidir. Para ahli tafsir mengemukakan bahawa Khidir berkata kepada Musa: "Ilmuku tidak akan engkau ketahui dan engkau tidak akan mampu sabar untuk menanggung derita dalam memperoleh ilmu itu. Aspek-aspek lahiriah yang engkau kuasai tidak dapat menjadi landasan dan ukuran untuk menilai ilmuku. Barangkali engkau akan melihat dalam tindakan- tindakanku yang tidak engkau fahami sebab-sebabnya. Oleh kerana itu, wahai Musa, engkau tidak akan mampu bersabar ketika ingin mendapatkan ilmuku." Musa mendapatkan suatu pernyataan yang tegas dari Khidir namun beliau kembali mengharapnya untuk mengizinkannya menyertainya untuk belajar darinya. Musa berkata kepadanya bahawa insya-Allah ia akan mendapatinya sebagai orang yang sabar dan tidak akan menentang sedikit pun.

Perhatikanlah bagaimana Musa, seorang Nabi yang berdialog dengan Allah SWT, merendah di hadapan hamba ini dan ia menegaskan bahawa ia tidak akan menentang perintahnya. Hamba Allah SWT yang namanya tidak disebutkan dalam Al-Quran menyatakan bahawa di sana terdapat syarat yang harus dipenuhi Musa jika ia berkeras ingin menyertainya dan belajar darinya. Musa bertanya tentang syarat ini, lalu hamba yang soleh ini menentukan agar Musa tidak bertanya sesuatu pun sehingga pada saatnya nanti ia akan mengetahuinya atau hamba yang soleh itu akan memberitahunya. Musa sepakat atas syarat tersebut dan kemudian mereka pun pergi. Perhatikanlah firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi:

"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu ?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?' Musa berkata: 'Insya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.'" (QS. al-Kahfi: 66-70)

Musa pergi bersama Khidir. Mereka berjalan di tepi laut. Kemudian terdapat perahu yang berlayar lalu mereka berbicara dengan orang-orang yang ada di sana agar mahu mengangkut mereka. Para pemilik perahu mengenal Khidir. Lalu mereka pun membawanya berserta Musa, tanpa meminta upah sedikit pun kepadanya. Ini sebagai bentuk penghormatan kepada Khidir. Namun Musa dibuat terkejut ketika perahu itu berlabuh dan ditinggalkan oleh para pemiliknya, Khidir melubangi perahu itu. Ia mencabut papan demi papan dari perahu itu, lalu ia melemparkannya ke laut sehingga papan-papan itu dibawa ombak ke tempat yang jauh.

Musa menyertai Khidir dan melihat tindakannya dan kemudian ia berfikir. Musa berkata kepada dirinya sendiri: "Apa yang aku lakukan di sini, mengapa aku berada di tempat ini dan menemani laki-laki ini? Mengapa aku tidak tinggal bersama Bani Israil dan membacakan Kitab Allah s.w.t sehingga mereka taat kepadaku? Sungguh Para pemilik perahu ini telah mengangkut kami tanpa meminta upah. Mereka pun memuliakan kami tetapi guruku justru merosak perahu itu dan melubanginya." Tindakan Khidir di mata Musa adalah tindakan yang tercela. Kemudian bangkitlah emosi Musa sebagai bentuk kecemburuannya kepada kebenaran. Ia terdorong untuk bertanya kepada gurunya dan ia lupa tentang syarat yang telah diajukannya, agar ia tidak bertanya apa pun yang terjadi. Musa berkata: "Apakah engkau melubanginya agar para penumpangnya tenggelam? Sungguh engkau telah melakukan sesuatu yang tercela." Mendengar pertanyaan lugas Musa, hamba Allah s.w.t itu menoleh kepadanya dan menunjukkan bahawa usaha Musa untuk belajar darinya menjadi sia-sia kerana Musa tidak mampu lagi bersabar. Musa meminta maaf kepada Khidir kerana ia lupa dan mengharap kepadanya agar tidak menghukumnya.

Kemudian mereka berdua berjalan melewati suatu kebun yang dijadikan tempat bermain oleh anak-anak kecil. Ketika anak-anak kecil itu sudah letih bermain, salah seorang mereka tampak bersandar di suatu pohon dan rasa kantuk telah menguasainya. Tiba-tiba, Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba Allah s.w.t ini membunuh anak kecil itu. Musa dengan lantang bertanya kepadanya tentang kejahatan yang baru saja dilakukannya, yaitu membunuh anak laki-laki yang tidak berdosa. Hamba Allah SWT itu kembali mengingatkan Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Musa meminta maaf kepadanya kerana lagi-lagi ia lupa. Musa berjanji tidak akan bertanya lagi. Musa berkata ini adalah kesempatan terakhirku untuk menemanimu. Mereka pun pergi dan meneruskan perjalanan. Mereka memasuki suatu desa yang sangat bakhil. Musa tidak mengetahui mengapa mereka berdua pergi ke desa itu dan mengapa tinggal dan bermalam di sana. Makanan yang mereka bawa habis, lalu mereka meminta makanan kepada penduduk desa itu, tetapi penduduk itu tidak mahu memberi dan tidak mahu menjamu mereka.

Kemudian datanglah waktu petang. Kedua orang itu ingin beristirahat di sebelah dinding yang hampir roboh. Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba itu berusaha membangun dinding yang nyaris roboh itu. Bahkan ia menghabiskan waktu malam untuk memperbaiki dinding itu dan membangunnya seperti baru. Musa sangat hairan melihat tindakan gurunya. Bagi Musa, desa yang bakhil itu seharusnya tidak layak untuk mendapatkan pekerjaan yang gratis ini. Musa berkata: "Seandainya engkau mau, engkau boleh mendapat upah atas pembangunan tembok itu." Mendengar perkataan Musa itu, hamba Allah s.w.t itu berkata kepadanya: "Ini adalah batas perpisahan antara dirimu dan diriku." Hamba Allah SWT itu mengingatkan Musa tentang pertanyaan yang seharusnya tidak dilontarkan dan ia mengingatkannya bahawa pertanyaan yang ketiga adalah akhir dari pertemuan.

Kemudian hamba Allah SWT itu menceritakan kepada Musa dan membongkar kesamaran dan kebingungan yang dihadapi Musa. Setiap tindakan hamba yang soleh itu—yang membuat Musa bingung—bukanlah hasil dari rekayasanya atau dari inisiatif sendiri, ia hanya sekadar menjadi jambatan yang digerakkan oleh kehendak Yang Maha Tingi di mana kehendak yang tinggi ini menyiratkan suatu hikmah yang tersembunyi. Tindakan-tindakan yang secara lahiriah tampak keras namun pada hakikatnya justru menyembunyikan rahmat dan kasih sayang. Demikianlah bahawa aspek lahiriah bertentangan dengan aspek batiniah. Hal inilah yang tidak diketahui oleh Musa. Meskipun Musa memiliki ilmu yang sangat luas tetapi ilmunya tidak sebanding dengan hamba ini. Ilmu Musa laksana setitis air dibandingkan dengan ilmu hamba itu, sedangkan hamba Allah SWT itu hanya memperoleh ilmu dari Allah SWT sedikit, sebesar air yang terdapat pada paruh burung yang mengambil dari lautan. Allah SWT berfirman:

"Maka berjalanlah heduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melubanginya. Musa berkata: 'Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.' Dia (Khidir) berkata: 'Bukankah aku telah berkata: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.' Musa berkata: 'Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.' Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: 'Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan kerana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.' Khidir berkata: 'Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku?' Musa berkata: 'Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.' Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: 'Jikalau kamu mau, nescaya kamu mengambil upah untuk itu.' Khidir berkata: 'Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahawa dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada ibu dan bapaknya). Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang yang soleh, maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.'" (QS. al-Kahfi: 71-82)

Hamba soleh itu menyingkapkan dua hal pada Musa: ia memberitahunya bahawa ilmunya, yakni ilmu Musa sangat terbatas, kemudian ia memberitahunya bahawa banyak dari musibah yang terjadi di bumi justru di balik itu terdapat rahmat yang besar. Pemilik perahu itu akan menganggap bahawa usaha melubangi perahu mereka merupakan suatu bencana bagi mereka tetapi sebenarnya di balik itu terdapat kenikmatan, yaitu kenikmatan yang tidak dapat diketahui kecuali setelah terjadinya peperangan di mana raja akan memerintahkan untuk merampas perahu- perahu yang ada. Lalu raja itu akan membiarkan perahu-perahu yang rosak. Dengan demikian, sumber rezeki keluarga-keluarga mereka akan tetap terjaga dan mereka tidak akan mati kelaparan. Demikian juga orang tua anak kecil yang terbunuh itu akan menganggap bahawa terbunuhnya anak kecil itu sebagai musibah, namun kematiannya justru membawa rahmat yang besar bagi mereka kerana Allah SWT akan memberi mereka—sebagai ganti darinya—anak yang baik yang dapat menjaga mereka dan melindungi mereka pada saat mereka menginjak masa tua dan mereka tidak akan menampakkan kelaliman dan kekufuran seperti anak yang terbunuh. Demikianlah bahawa nikmat terkadang membawa sesuatu bencana dan sebaliknya, suatu bencana terkadang membawa nikmat. Banyak hal yang lahirnya baik ternyata justru di balik itu terdapat keburukan.

Mula-mula Nabi Allah SWT  Musa menentang dan mempersoalkan tindakan hamba Allah SWT tersebut, kemudian ia menjadi mengerti ketika hamba Allah SWT itu menyingkapkan kepadanya maksud dari tindakannya dan rahmat Allah SWT yang besar yang tersembunyi dari peristiwa-peristiwa yang terjadi.

Selanjutnya, Musa kembali menemui pembantunya dan menemaninya untuk kembali ke Bani Israil. Sekarang, Musa mendapatkan keyakinan yang luar biasa. Musa telah belajar dari mereka dua hal: yaitu ia tidak merasa bangga dengan ilmunya dalam syariat kerana di sana terdapat ilmu hakikat, dan ia tidak mempersoalkan musibah-musibah yang dialami oleh manusia kerana di balik itu terdapat rahmat Allah SWT yang tersembunyi yang berupa kelembutan-Nya dan kasih sayang-Nya. Itulah pelajaran yang diperoleh Nabi Musa as dari hamba ini. Nabi Musa mengetahui bahawa ia berhadapan dengan lautan ilmu yang baru di mana ia bukanlah lautan syariat yang diminum oleh para nabi. Kita berhadapan dengan lautan hakikat, di hadapan ilmu takdir yang tertinggi; ilmu yang tidak dapat kita jangkau dengan akal kita sebagai manusia biasa atau dapat kita cerna dengan logik biasa. Ini bukanlah ilmu eksperimental yang kita ketahui atau yang biasa terjadi di atas bumi, dan ia pun bukan ilmu para nabi yang Allah SWT wahyukan kepada mereka.

Kita sekarang sedang membahas ilmu yang baru. Lalu siapakah pemilik ilmu ini? Apakah ia seorang wali atau seorang nabi? Majoriti kaum sufi berpendapat bahawa hamba Allah s.w.t ini dari wali-wali Allah s.w.t. Allah s.w.t telah memberinya sebahagian ilmu laduni kepadanya tanpa sebab-sebab tertentu. Sebahagian ulama berpendapat bahawa hamba soleh ini adalah seorang nabi. Untuk mendukung penyataannya ulama- ulama tersebut menyampaikan beberapa argumentasi melalui ayat Al- Quran yang menunjukkan kenabiannya.

Pertama, firman-Nya:

"Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami."

Kedua, perkataan Musa kepadanya:

"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu ?' Musa berkata: 'lnsya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu,'" (QS. al-Kahfi: 66-70)

Seandainya ia seorang wali dan bukan seorang nabi maka Musa tidak akan berdialog atau berbicara dengannya dengan cara yang demikian dan ia tidak akan menjawab kepada Musa dengan jawapan yang demikian. Bila ia bukan seorang nabi maka bererti ia tidak maksum sehingga Musa tidak harus memperoleh ilmu dari seseorang wali yang tidak maksum.

Ketiga, Khidir menunjukkan keberaniannya untuk membunuh anak kecil itu melalui wahyu dari Allah SWT dan perintah dari-Nya. Ini adalah dalil tersendiri yang menunjukkan kenabiannya dan bukti kuat yang menunjukkan kemaksumannya. Sebab, seorang wali tidak boleh membunuh jiwa yang tidak berdosa dengan hanya berdasarkan kepada keyakinannya dan hatinya. Boleh jadi apa yang terlintas dalam hatinya tidak selalu maksum kerana terkadang ia membuat kesalahan. Jadi, keberanian Khidir untuk membunuh anak kecil itu sebagai bukti kenabiannya.

Keempat, perkataan Khidir kepada Musa:

"Sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. " (QS. al-Kahfi: 82)

Yakni, apa yang aku lakukan bukan dari doronganku sendiri namun ia merupakan perintah dari Allah SWT dan wahyu dari-Nya. Demikianlah pendapat para ulama dan para ahli zuhud. Para ulama berpendapat bahawa Khidir adalah seorang Nabi sedangkan para ahli zuhud dan para tokoh sufi berpendapat bahawa Khidir adalah seorang wali dari wali-wali Allah SWT

Salah satu pernyataan Khidir yang sering dikemukakan oleh tokoh sufi adalah perkataan Wahab bin Munabeh, Khidir berkata: "Wahai Musa, manusia akan diseksa di dunia sesuai dengan kadar kecintaan mereka atau kecenderungan mereka terhadapnya (dunia)." Sedangkan Bisyir bin Harits al-Hafi berkata: "Musa berkata kepada Khidir: "Berilah aku nasihat." Khidir menjawab: "Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan kamu untuk taat kepada-Nya." Para ulama dan para ahli zuhud berselisih pendapat tentang Khidir dan setiap mereka mengklaim kebenaran pendapatnya. Perbezaan pendapat ini berhujung pangkal kepada anggapan para ulama bahawa mereka adalah sebagai pewaris para nabi, sedangkan kaum sufi menganggap diri mereka sebagai ahli hakikat yang mana salah satu tokoh terkemuka dari ahli hakikat itu adalah Khidir. Kami sendiri cenderung untuk menganggap Khidir sebagai seorang nabi kerana beliau menerima ilmu laduni. Yang jelas, kita tidak mendapati nas yang jelas dalam konteks Al-Quran yang menunjukkan kenabiannya dan kita juga tidak menemukan nas yang gamblang yang dapat kita jadikan sandaran untuk menganggapnya sebagai seorang wali yang diberi oleh Allah SWT sebahagian ilmu laduni.

Barangkali kesamaran  peribadi yang mulia ini memang disengaja agar orang yang mengikuti kisah tersebut mendapatkan tujuan utama dari inti cerita. Hendaklah kita berada di batas yang benar dan tidak terlalu jauh mempersoalkan kenabiannya atau kewaliannya. Yang jelas, ketika kami memasukkannya dalam jajaran para nabi kerana ia adalah seorang guru dari Musa dan seorang ustaz baginya untuk beberapa waktu.


Sahabat yang dikasihi,
Kisah Nabi Khaidir a.s adalah menunjukkan segala kejadian yang berada di muka bumi semuanya ada hikmah dan kebaikannya di sisi Allah SWT. Allah SWT menjadikan  peristiwa hidup dan mati dan kejadian yang berbentuk musibah dan bala adalah perkara tersirat kebaikannya berdasarkan ilmu Allah SWT. Oleh itu kita perlu sentiasa berbaik sangka dengan Allah SWT dan yakin terhadap qada dan qadarnya.

Solat Sunat Duha

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Solat Sunat Duha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Duha dan Witir sebelum tidur.”(Hadis Riwayat Lima Imam Hadis).

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
Waktu Solat Duha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Cara Mengerjakan Solat Duha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

1.  Niatnya: "Sahaja aku solat sunat Duha dua rekaat kerana Allah Taala.
 

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Duha dua rakaat:

i.   Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

ii. As-Syams dan Ad-Duha. atau;

iii. Al-lail dan Al-Insyirah.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i. Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.

ii. Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

Solat Sunat Duha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
.
.

.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:

.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Duha

Sebaik-baiknya solat Duha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
 
Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
 
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).


Sunday, June 22, 2014

Panduan Mengendalikan Jenazah

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Cara Memasukkan Jenazah Ke Dalam Kubur

1. Apabila jenazah telah sampai ke kubur, hendaklah diletakkan kepalanya dahulu di sisi kaki kubur. Sunat juga mengeluarkan jenazah dari tempat usungan atau kerandanya dan memasukkannya ke dalam kubur dengan mendahulukan kepalanya. Dari Ibnu Abbas, beliau berkata: ”Sesungguhnya Nabi SAW dikeluarkan dari sebelah kepalanya.”  (Hadis Riwayat Syafii)

2. Adalah sunat juga pekerjaan memasukkan jenazah yang hendak ditanam itu dilakukan oleh orang lelaki dengan bilangan yang ganjil seperti tiga orang atau lebih sekalipun yang meninggal itu seorang perempuan. Walaupun begitu, bagi jenazah perempuan ianya lebih utama dilakukan oleh suaminya, kemudian muhramya.

3. Sunat juga menutup kubur dengan kain ketika menanam jenazah, samaada jenazah itu lelaki atau perempuan.

4. Sunatsemasa memasukkan jenazah ke dalam kubur membaca:

Ertinya: Dengan nama ALLAH dan atas agama Rasulullah.”

5. Setelah diletakkan jenazah ke atas tanah dalam lahadnya atau dalam kerandanya, maka disunatkan membuka kain kafan agar pipinya diketemukan dengan tanah. Kemudian bukakan tali pengikat kafan iaitu dengan membuka ikatannya sahaja. Adalah makruh meletakkan jenazah dalam kubur dengan beralaskan bantal atau hamparan seperti tikar.
 
6. Sunat membaringkan jenazah itu di atas rusuk yang kanan, dan adalah wajib mengadapkannya ke kiblat. Untuk mengelakkan badan jenazah agar jangan bergerak dari tempat letakknya maka bolehlah disendalkan dengan ketul-ketul tanah. Ini kerana mengadap ke kiblat adalah wajib.


Dari Ubaid bin Umair, beliau berkata: ” Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang dosa – dosa besar. Baginda bersabda: ” Dosa-dosa besar itu ada sembilan; menyekutukan ALLAH, sihir, membunuh diri, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan, menuduh berzina kepada perempuan yang telah bersuami, menderhakai ibubapa dan menghalalkan Baitul haram (kiblat) kamu ketika hidup dan mati”. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Cara Menimbus Tanah

1. Setelah ditutup jenazah dengan papan atau penutup kerandanya maka sunat salah seorang dari mereka memulakan dengan menggenggam tanah sebanyak tiga kepal, kemudian melemparkan ke dalam kubur pada bahagian kepala jenazah dengan membaca.


Kepalan pertama       : Ertinya: “ Daripadanya telah Kami jadikan kamu.”


Kepalan kedua           : Ertinya: “ Dan ke dalamnya Kami kembalikan kamu.”


Kepalan ketiga           : Ertinya: “ Dan daripadanya Kami keluarkan kamu sekali lagi.”


Dari Amar bin Rabiah beliau berkata: “Bahawasanya Nabi SAW telah sembahyang atas jenazah Usman bin Maz’un dan baginda datang ke kubur, maka ia menuangkan tanah tiga kali di atas kuburnya.”

2. Kemudian teruslah menimbuskan tanah dengan perlahan dan cermat di mana pada permulaannya hendaklah ditahankan tanah timbusan tersebut dengan tikar atau daun-daun kayu sehingga meratai tanah atasnya. Sunat ditinggikan permukaan kubur lebih kurang ¾ kaki (sekadar sejengkal) supaya mudah dikenali ketika hendak diziarahi.

Hendaklah diratakan tanah di atas kubur seumpama papan kerana kubur Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar Al-Khattab kesemuanya ditinggikan sekadar sejengkal dan diratakan diatasnya. Dari Abu Hayyaj, Dari Ali bin Abi Talib, katanya: “ Aku utus engkau sebagaimana Nabi SAW mengutus aku. Jangan engkau biarkan patung-patung itu melainkan engkau hapuskan, dan jangan engkau biarkan kubur itu dilonjongkan melainkan engkau ratakan.”  (Hadis Riwayat Muslim)

3. Kemudian disunatkan meletakkan batu nisan atau papan pada bahagian kepala mayat. Berdasarkan hadis riwayat Ibnu Majah dan Anas: “Bahawasanya Nabi SAW menandai kubur Usman bin Maz’un dengan batu.”

4. Makruh hukumnya menulis nama atau lain-lainnya pada batu nisan, tetapi jika ditulis kerana untuk mudah dikenali ketika menziarahi maka harus hukumnya kerana Rasulullah SAW pernah melarang membina sesuatu dan menulis di atas kubur. Dari Jarir, katanya: “ Rasulullah SAW telah melarang menembok kubur, membuat tulisan padanya, membuat bangunan di atasnya.”

(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Nasai dan Abu Daud.)

Menembok kubur bermaksud membuat bancuhan dengan simen. Adapun hikmah larangan menembok kubur ialah kerana kubur itu hanyalah sementara, bukan tempat persemadian selama-lamanya. Perbuatan menembok kubur itu termasuklah perhiasan dunia yang sememangnya tidak perlu bagi orang yang sudah mati.

Sebagaimana para ulama menganggap makruh menembok kubur, mereka juga berpendapat makruh hukumnya membangunkan dengan batu-bata atau kayu atau dimasukkan ke dalam peti. Namun begitu ia dikecualikan sekiranya tanah di tempat itu basah atau tanah di kelilingnya jenis berlumpur. Pada ketika itu tidak mengapa dibangunkan batu-bata di sekeliling kuburan tersebut.


Dalam hal ini tidak mengapa sekiranya ditambak tanah keliling kubur dengan tanah liat kerana Rasulullah SAW pernah melakukannya. Dari Jaafar bin Muhammad yang diterima dari ayahnya, ” Bahawa Nabi SAW meninggikan kubur sejengkal dari permukaan tanah, dan memulasnya dengan tanah liat yang diambilnya dari tanah kosong, lalu diletak di atasnya batu-batu kerikil.”

5. Setelah itu sunat dijiruskan kubur dengan air yang dingin dan suci bermula dari bahagian kepala mayat hingga ke kakinya. Dari Jabir bin Abdillah, katanya:” Disiramkan ke kubur Nabi SAW air dan orang yang menyiramkan air di atas kubur itu ialah Bilal bin Rabah. Dimulai dari kepala sebelah kanan hingga kepada kedua kakinya(Hadis Riwayat Baihaqi)

Perkara Yang Makruh Ketika Mengebumikan Jenazah

1. Adalah makruh hukumnya air yang hendak dijiruskan di atas kuburan itu tadi dimasukkan bau-bauan seperti air mawar dan sebagainya.

2. Begitu juga tidak ada dalam syariat yang menyuruh meletakkan pepohon kayu atau bunga-bungaan di atas kubur. Ini berdasarkan hadis dari Ibnu Abbas, katanya: ”Bahawa Nabi SAW lewat pada dua buah kubur, maka sabdanya: ” Kedua mereka sedang diseksa, padahal mereka itu diseksa bukanlah mereka melakukan dosa besar. Adapun orang ini, sebabnya ialah kerana ia biasa tidak bersuci habis kencing (istibra’) sedang orang ini suka mengadu domba.” Kemudian Nabi meminta sebuah pelepah pucuk kurma lalu dibelahnya dua, kemudian yang sebelah ditanamnya pada sebuah kubur dan yang sebelah lagi pada kubur yang lain. Sabdanya: Moga-moga kedua mereka diberi keringanan, selama pelepah ini belum kering.”  (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis di atas tidaklah menyuruh kita meletakkan pelepah kurma di kubur, kerana apa yang berlaku hanya mengambil berkat atas doa Nabi SAW agar kedua mayat di dalam kubur itu diringankan seksaan mereka. Baginda juga berkata bahawa membatasi keringanan ke atas mereka selama mana pelepah kurma itu masih basah. Begitulah menurut Khatabi.
Bahkan inilah yang menjadi amalan para Sahabat Nabi kerana tidak ada seorang pun dari mereka meletakkan pelepah kurma atau menaburkan bunga-bungaan di kubur. Ibnu Umar juga pernah menyuruh seseorang yang meletakkan tanda di maqam Abdurrahman dan membongkarnya kembali.

3. Begitu juga makruh hukumnya menanam dua mayat di dalam satu kubur. Contohnya kedua-duanya lelaki, atau kedua-duanya perempuan ataupun antara lelaki dan perempuan yang muhram, ataupun suami isteri. Bahkan adalah haram jika ditanam dua mayat di dalam satu kubur sekiranya kedua mayat itu seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan suami isteri atau bukan muhram. Bagaimanapun ianya dikecualikan sekiranya ada sebab, misalnya apabila tanah perkuburan tidak muat sedangkan mayat yang hendak ditanam terlalu ramai. Pada ketika itu haruslah ditanam beberapa mayat di dalam sebuah kubur.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tarmizi menyatakan sahnya:”Orang-orang Ansar telah datang mendapatkan Nabi SAW sewaktu perang Uhud. Kata mereka, ” Ya Rasulullah, kita telah letih dan banyak yang luka-luka. Bagaimana harus kami lakukan?” Ujar baginda, ”Galilah kubur-kubur yang dalam dan lebar, dan tanam dua atau tiga mayat ke dalam satu liang.” Tanya mereka pula, ” Siapakah yang harus kami lakukan?” Ujar baginda, ” Yang lebih banyak hafaz Al-Quran.”

4. Jumhur ulama juga sepakat mengatakan makruh meletakkan kain, selimut atau lain-lain sebagai pengalas mayat di dalam kubur. Bagaimanapun Ibnu Hazmin menyatakan tidak salah meletakkan hamparan di dalam kubur . Ini berdasarkan jenazah Rasulullah SAW yang diletakkan permaidani merah. Dari Ibnu Abbas, katanya: ” Pada maqam Rasulullah SAW dihamparkan permaidani merah.”  (Hadis Riwayat Muslim)

Friday, June 20, 2014

Amalan Pemakanan Sihat Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah
Dalam Islam, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memilih Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W. adalah:

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.

2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.

3. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.

4. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

5. Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

6. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

7. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging.

8. Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.

9. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.

10. Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.

11. Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.

12. Darisegi kesihatan jangan makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

13. Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

14. Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.

15. Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.

16. Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah sukar untuk mendapat penyakit.

17. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan. Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.

18. Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.

19. Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

20. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

21. Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan.” (Silsilah hadis-hadis Shahih) no. 1404).

22. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamah hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:

“Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.” (Silsilah Hadis-hadis Shahih no. 664).

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

23. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).

“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

24. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ini bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.

25. Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.

Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).

Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).

26. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya). Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.

27. Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00 pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 petang sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 malam).

28. Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh.
29. Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.

30. Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila

Wednesday, June 18, 2014

Koleksi Hadis-hadis Pendek.



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat

Sahabat yang dirahmati Allah

Di bawah ini di paparkan hadis-hadis pendek untuk menjadi rujukan kita untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW.

1. ADAB

Janganlah kalian makan dengan tangan kiri kerana syaitan itu juga makan dengan tangan kiri. (HR Muslim)

2. AKHLAK

Sabda Rasulullah s.a.w: “Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut” [Riwayat Ahmad]

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Aisyah r.a, isteri nabi s.a.w, dari nabi s.a w sabdanya:”Sesungguhnya ramah tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan menjadi buruk.” [HR Muslim]

"Orang pintar itu ialah yang selalu menjaga dirinya (dari hal buruk) & banyak beramal untuk bekalnya di akhirat kelak." (HR.Tirmidzi)

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah sekali-kali berduaan dengan wanita yang tidak disertai mahram.” (HR. Ahmad)

Sesungguhnya, ada 2 hal pada dirimu yg dicintai oleh Allah, iaitu lemah lembut dan tidak mudah marah. (HR Muslim)

"Seorang Muslim (yang baik) adalah yang tangan dan lisannya tidak menyakiti orang lain." (HR. Bukhari)

"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia." (HR. Bukhari)

"Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Sabda Nabi SAW: "Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari akhirat) dari akhlak yang baik. (HR. Abu Dawud)

3. AKHIRAT

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka ada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya". (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : "Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?'' (HR. Al-Tirmizi)

Hadith : “Orang yang pandai adalah yang senantiasa membaiki diri dan menyiapkan bekal kematian.” (HR. At-Tirmidzi)

Sabda Nabi SAW: "Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari akhirat) dari akhlak yang baik. (HR. Abu Dawud)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik." (HR. Tirmidzi)

4. AKIDAH

Barangsiapa yang akhir perkataannya Laa ilaha illallah, dia akan masuk surga. [HR. Bukhari]

5. ALLAH SWT

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya rahmat-Ku (kasih sayangku) mengalahkan murka-Ku” (HR. Muslim, al-Bukhari, an-Nasa-i dan Ibnu Majah)

"Jagalah Allah, Dia pasti menjagamu. Jagalah Allah, Dia senantiasa bersamamu." (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka Allah akan memberinya ganti yang lebih baik." (HR. Ahmad)

"Berbaik sangka kepada Allah adalah termasuk dalam ibadah yang baik." (HR Abu Dawud)

"Kenalilah Allah waktu kamu senang, nescaya Allah akan mengenalimu waktu kamu dalam kesulitan." (HR. Tirmizi)

6. AMANAH /JUJUR

“Jujurlah kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukan kepada syurga."(HR. Bukhari)

7. ANAK YATIM

Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini." Rasulullah menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya. (HR. Bukhari)

8. DAAWAH

Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya. (Sahih Muslim: 3492)

Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:"Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.” (Bukhari dan Muslim)

"Barangsiapa yang menunjukkan orang lain kebaikan maka pahalanya sama dengan orang yang melakukannya." (HR. Muslim)

9. DOA

Dari Jabir ra, ia barkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. bersabda, “Sesungguhnya pada malam hari itu benar-benar ada saat yang seorang muslim dapat menepatinya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya (mengabulkannya); dan itu setiap malam.” [HR. Muslim dan Ahmad]

“Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang halal (supaya aku terhindar) dari yang haram, perkayalah aku dengan kurnia-Mu (supaya aku tidak meminta) kepada selain-Mu.” (HR: At-Tirmidzi)

"Ya Allah, aku belindung kepada-Mu dari fitnah hidup dan mati, aku juga berlindung dari siksa kubur." [HR. Bukhari]

“Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah ta’aala selain do’a .” (HR Tirmidzi 2065)

“Barangsiapa yang ingin doanya terkabul pada saat sedih dan susah, maka hendaklah memperbanyak berdoa pada saat lapang.” (HR Tirmidzi)

"Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah." (HR.Tirmidzi)

Allah tidak akan mengabulkan do'a orang yang hatinya lalai dan lengah. (HR. Ahmad)

Hendaklah kamu bermohon dengan kesungguhan hati sebab Allah berbuat segala apa yang dikehendakiNya.  (HR Bukhari)

"Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan, memohonlah kepada Allah.” (HR. At-Tirmidzi)

“Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu, dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta janganlah lemah.” (HR. Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yg ingin ditolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyaklah berdoa di saat lapang (senang)." (HR Tirmidzi)

"Ya Allah! Sungguh aku berlindung kepadaMu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat." (HR Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud & al-Tarmizi)

Hadis: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati yg lalai dan lengah. (Shahih Sunan At-Tirmidzi 2766)

Rasulullah s.a.w bersabda: Allah SWT berfirman: "Aku ini berdasarkan prasangka hamba-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingat-Ku." (Muttafaqun ‘alaih)

Hadith : Bila kamu mohon sesuatu kepada Allah 'Azza wajalla maka mohonlah dengan penuh keyakinan bahwa do'amu akan terkabul. (HR. Ahmad)

"Doa itu adalah otak ibadah." (HR Bukhari dan Muslim)

"Ketahuilah bahwa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang hatinya lalai dan tidak bersungguh-sungguh." [HR. Tirmidzi]

10. HADITH

"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim)

Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: "Sebaik-baik Ucapan adalah Kitab Allah Azza Wa Jalla dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wa Sallam."[Hadith Muslim]

11. HAJI

Dan tidak ada ganjaran lain bagi haji mabrur (haji yang baik) selain syurga." (HR. Bukhari, Muslim, Tirmdizi, Nasai, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik]

12. HALAL DAN HARAM

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” (Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Lelaki yang memakai cincin emas di tangannya seolah-olah mengambil bara api kemudian ia diletakkan di tangannya. (Sahih Muslim)

Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah tumbuh daging dari makanan haram, kecuali neraka lebih utama untuknyua." (HR At Tirmidzi)

"Bertakwalah kepada Allah,wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yg haram." (HR.Hakim)

13. HARTA

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang suka melambat-lambatkan pekerjaannya maka tidak akan dipercepat hartanya." (HR. Muslim)

Tidak akan berkurang harta yang di sedekahkan, kecuali bertambah dan bertambah." (HR. Tirmidzi)

14. HATI

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)

"Kebaikan selalu mendatangkan ketenangan, sedangkan kejelekan selalu mendatangkan kegelisahan." (HR. Al Hakim Shahih)

Hadith : "Ketakwaan itu sumbernya di sini." Seraya beliau mengisyaratkan kepada dadanya (hatinya). (HR.Muslim)

15. HUTANG

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi)

16. IBADAH

Berbaik sangka terhadap Allah termasuk ibadah yang baik. (HR. Abu Dawud)

"Sesungguhnya Allah mencintai seorang hamba yang bertaqwa, yang merasa cukup, dan yang rajin beribadah secara diam-diam." (Hadith R.Muslim)

17. IBU BAPA

Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab: “Ibumu.” Kemudian aku bertanya: “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab: “Ibumu.” Kemudian aku bertanya: “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” [Riwayat al-Hakim]

"Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)

Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah sukai?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.” Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Jihad kerana agama Allah.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia." (HR. Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Bertakwalah kepada Allah Subhanallahu wata'ala dan berlakulah adil terhadap anak-anakmu." (HR Bukhari dan Muslim)

Tuesday, June 17, 2014

Pandangan Mengenai Golongan Wahabi


ISU:

Apakah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan golongan Wahabi? Adakah golongan yang berzikir dan berdoa secara sendiri-sendiri selepas solat itu Wahabi?

PENJELASAN:

Aliran Wahabi bukanlah satu mazhab akan tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama Haramayn (Mekah dan Madinah) kontemporari mengikuti pendekatan yang diambil oleh Muhammad bin Abd Wahhab (m.1792). Dari segi mazhab , mereka lebih hampir dengan mazhab Hanbali walaupun dari beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.

Dalam sejarah tradisi ilmu Islam, aliran Wahhabi bukanlah mewakili arus perdana mazhab Ahl Sunnah wa al-Jamaah kerana sejak seribu tahun lebih, aliran yang menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asha’irah dan Maturidiyah, manakala dalam bidang fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Shafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Dari segi pendekatan ilmiah, aliran Wahabi membawa pendekatan yang agak sempit dengan metodologi harfiah (literal) yang mereka ambil dalam memahami sumber agama khususnya al-Qur’an. Justeru itu, sebahagian dari pandangan mereka dalam agama bersifat agak keras terutama terhadap orang yang tidak mengambil pendekatan mereka. Pendekatan sebegini akhirnya telah membawa kepada kecenderungan untuk mudah mengeluarkan orang Islam dari lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.

Contoh perbezaan pandangan golongan Wahabi yang agak jelas ialah pandangan mengenai sunnah dan bid’ah. Berdasarkan makna literal beberapa hadis Nabi, mereka menganggap bahawa setiap amalan ibadat yang tidak mengikuti secara langsung cara yang dibawa oleh Nabi saw, dianggap bid’ah dan terkeluar dari Islam.

Justeru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan Wahabi. Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran imam-imam muktabar dalam mazhab Shafi’i dan dalam akidah menuruti aliran al-Ash’ari dan al-Maturidi.

Banyak persoalan yang bersifat khilafiah telah diangkat dan dianggap sebagai perkara usul sehingga menjadi permasalahan dalam masyarakat, seperti larangan doa qunut, wirid dan berdoa secara berjamaah selepas solat, tahlil, berzanji, qasidah, burdah, membaca yasin pada malam jumaat, perayaan maulid, kesemuanya ditolak atas nama bid’ah yang sesat. Ini sama sekali tidak selari dengan pemahaman sunnah dan bid’ah yang sebenar dalam Islam dan juga tidak bertepatan dengan semangat ilmiah dalam tradisi Islam yang membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiah.

Dalam konteks tasawuf, mereka amat keras membid’ah amalan-amalan tariqat, amalan wirid dan selawat yang dilakukan oleh golongan sufi. Dalam akidah, mereka membid’ahkan ajaran tauhid berdasarkan sifat yang kesemuanya dipelopori oleh ulama-ulama berwibawa dalam aliran Ahl Sunnah wa al-Jama’ah.

Contoh lain perbezaan pemahaman aliran Wahabi ialah pendekatan mereka dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Qur’an seperti ayat berkaitan ‘tangan dan wajah Allah’, istiwa’ dan lain-lain. Dengan mengisbatkan secara literal ayat-ayat ini dan menolak sama sekali pendekatan ta’wil yang juga salah satu pendekatan yang diambil oleh ulama salaf dan khalaf, ia membawa kepada kecenderungan tajsim (kefahaman Allah berjism) dan tashbih (kefahaman Allah menyamai makhluk) terutama kepada mereka yang berfahaman simplistik berkaitan isu tersebut.

Ramai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.

Memandangkan Malaysia jelas mengambil pendirian sejak beratus tahun lalu bahawa aliran yang harus diikuti ialah mazhab Shafi’i dan dalam akidah aliran Ash’ari dan Maturidi dan ianya telah menghasilkan perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam, baik dalam ibadah, muamalah dan lain-lain sehingga memberi ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat dan negara, maka aliran Wahabi adalah tidak sesuai dalam konteks kefahaman dan amalan agama di Malaysia.

Manakala mereka yang berzikir secara sendiri-sendiri selepas solat tidak semestinya dari aliran Wahabi. Namun sekiranya mereka membid’ahkan orang yang berzikir secara berjamaah selepas solat berkemungkinan besar ia dari golongan tersebut. Wallahu a'lam.





Monday, June 16, 2014

20 Sunnah Rasulullah SAW Yang Sering Di Lupakan

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam baik perkataan, perbuatan, ataupun persetujuan. Sunnat pula berarti sesuatu yang pelakunya mendapat pahala dan tidak ada dosa bagi yang meninggalkannya. Di antara perbuatan sunnah yang jarang dilakukan kaum muslimin adalah sebagai berikut:

1. Mendahulukan Kaki Kanan Saat Memakai Sandal Dan Kaki Kiri Saat Melepasnya

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam bersabda, “Jika kalian memakai sandal maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

2. Menjaga Dan Memelihara Wuduk.

Diriwayatkan dari Tsauban radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Istiqamahlah (konsistenlah) kalian semua (dalam menjalankan perintah Allah) dan kalian tidak akan pernah dapat menghitung pahala yang akan Allah berikan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik perbuatan adalah solat, dan tidak ada yang selalu memelihara wuduknya kecuali seorang mukmin.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

3. Bersiwak (Menggosok Gigi dengan Kayu Siwak)

Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu anha bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Siwak dapat membersihkan mulut dan sarana untuk mendapatkan redha Allah.” (HR. Ahmad dan An-Nasa`i)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam juga bersabda, “Andaikata tidak memberatkan umatku nescaya aku memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak solat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Bersiwak disunnahkan setiap saat, tetapi lebih sunnah lagi saat hendak berwuduk, solat, membaca Al-Quran, saat bau mulut berubah, baik saat berpuasa ataupun tidak, pagi maupun petang, saat bangun tidur, dan hendak memasuki rumah.

Bersiwak merupakan perbuatan sunnah yang hampir tidak pernah dilakukan oleh banyak orang, kecuali yang mendapatkan rahmat dari Allah. Untuk itu, wahai saudaraku, belilah kayu siwak untuk dirimu dan keluargamu sehingga kalian boleh menghidupkan sunnah ini kembali dan nescaya kalian akan mendapatkan pahala yang sangat besar.

4. Solat Istikharah

Diriwayatkan dari Jabir radhiyallahu anhu bahawa ia berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam mengajarkan kepada kita tata cara solat istikharah untuk segala urusan, sebagaimana baginda mengajarkan surat-surat Al-Qur`an kepada kami.” (HR. Al-Bukhari)

Oleh kerana itu, lakukanlah solat ini dan berdoalah dengan doa yang sudah lazim diketahui dalam solat istikharah.

5. Berkumur-Kumur Dan Menghirup Air dengan Hidung Dalam Satu Cedukan Telapak Tangan Ketika Berwuduk

Diriwayatkan dari Abdullah bin Zaid radhiyallahu anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam berkumur-kumur dan menghirup air dengan hidung secara bersamaan dari satu ceduk air dan itu dilakukan sebanyak tiga kali. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

6. Berwuduk Sebelum Tidur Dan Tidur Dengan Kedudukan Miring Ke Kanan

Diriwayatkan dari Al-Barra’ bin Azib radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam bersabda, “Jika kamu hendak tidur, maka berwuduklah seperti hendak solat, kemudian tidurlah dengan kedudukan miring ke kanan dan bacalah, ‘Ya Allah, Aku pasrahkan jiwa ragaku kepada-Mu, aku serahkan semua urusanku kepada-Mu, aku lindungkan punggungku kepada-Mu, kerana cinta sekaligus takut kepada-Mu, tiada tempat berlindung mencari keselamatan dari (murka)-Mu kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dan dengan nabi yang Engkau utus’. Jika engkau meninggal, maka engkau meninggal dalam keadaan fitrah. Dan usahakanlah doa ini sebagai akhir perkataanmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Berbuka Puasa Dengan Makanan Ringan

Diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu, ia berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam berbuka puasa sebelum solat maghrib dengan beberapa kurma basah. Jika tidak ada maka dengan beberapa kurma kering. Jika tidak ada, maka baginda hanya meminum beberapa teguk air.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

8. Sujud Syukur Saat Mendapatkan Nikmat Atau Terhindar Dari Bencana

Sujud ini hanya sekali dan tidak terikat oleh waktu. Diriwayatkan dari Abu Bakrah radhiyallahu anhu ia berkata, “Jika Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam mendapatkan sesuatu yang menyenangkan atau disampaikan kabar gembira maka baginda langsung sujud dalam rangka bersyukur kepada Allah.” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

9. Tidak Begadang Dan Segera Tidur Selesai Solat Isya`

Hal ini berlaku jika tidak ada keperluan saat begadang. Tetapi jika ada keperluan, seperti belajar, mengubati orang sakit dan lain-lain maka itu diperbolehkan. Dalam hadis sahih dinyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam tidak suka tidur sebelum solat Isya` dan tidak suka begadang setelah solat Isya`.

10. Mengikuti Bacaan Muadzin

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr radhiyallahu anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Jika kalian mendengar azan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkan oleh muazin, kemudian berselawatah kepadaku. Barangsiapa yang berselawat kepadaku, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.Kemudian mintakan wasilah untukku, kerana wasilah merupakan tempat di syurga yang tidak layak kecuali bagi seorang hamba Allah dan aku berharap agar akulah yang mendapatkannya. Barangsiapa yang memintakan wasilah untukku maka ia akan mendapatkan syafaatku (di akhirat kelak).” (HR. Muslim)

11. Berlomba-Lomba Untuk Mengumandangkan Azan, Bersegera Menuju Solat, Serta Berupaya Untuk Mendapatkan Shaf Pertama.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam bersabda, “Andaikata umat manusia mengetahui pahala di balik azan dan berdiri pada saf pertama kemudian mereka tidak mendapatkan bagian kecuali harus mengadakan undian terlebih dahulu nescaya mereka membuat undian itu. Andaikata mereka mengetahui pahala bergegas menuju masjid untuk melakukan solat, nescaya mereka akan berlomba-lomba melakukannya. Andaikata mereka mengetahui pahala solat isya dan subuh secara berjamaah, nescaya mereka datang meskipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

12. Meminta Izin Tiga Kali Ketika Bertamu

Jika tidak mendapatkan izin dari tuan rumah, maka sebaik-baiknya pulang kerumah. Namun, ramai sekali orang yang marah-marah jika mereka bertamu tanpa ada perjanjian sebelumnya, lalu pemilik rumah tidak mengizinkannya masuk. Mereka tidak boleh memaklumi, mungkin pemilik rumah memiliki uzur sehingga tidak boleh memberi izin. Allah Ta’ala berfirman, “Dan jika dikatakan kepadamu, “Kembalilah!” Maka (hendaklah) kamu kembali. Itu lebih suci bagimu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah. An-Nuur ayat 28)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Adab meminta izin itu hanya tiga kali, jika tidak diizinkan maka seseorang harus pulang.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

13. Mengibaskan Seprai Ketika Hendak Tidur

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam bersabda,“Jika kalian hendak tidur, maka hendaknya dia mengambil ujung seprainya, lalu mengibaskannya dengan membaca basmallah, kerana dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi di atas kasurnya (tempat tidurnya) . Jika dia hendak merebahkan tubuhnya, maka hendaknya dia mengambil kedudukan tidur miring ke kanan dan membaca, “Maha Suci Engkau, ya Allah, Rabbku, dengan-Mu aku merebahkan tubuhku, dan dengan-Mu pula aku mengangkatnya. Jika Engkau menahan nyawaku, maka ampunkanlah ia, dan jika Engkau melepasnya, maka lindungilah ia dengan perlindungan-Mu kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.” (HR. Muslim)

14. Meruqyah Diri Dan Keluarga

Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu anha bahawa ia berkata, “Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam senantiasa meruqyah dirinya dengan doa-doa perlindungan ketika sakit, yaitu pada sakit yang menyebabkan wafatnya baginda. Saat baginda kritikal, akulah yang meruqyah baginda dengan doa tersebut, lalu aku mengusapkan tangannya ke anggota tubuhnya sendiri, kerana tangan itu penuh berkah.” (HR. Al-Bukhari)

15. Berdoa Saat Memakai Pakaian Baru

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu anhu ia berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam jika mengenakan pakaian baru, maka baginda menamai pakaian itu dengan namanya, baik itu baju, serban, selendang ataupun jubah, kemudian baginda membaca, “Ya Allah, hanya milik-Mu semua pujian itu, Engkau telah memberiku pakaian, maka aku mohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan tujuannya dibuat, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan tujuannya dibuat.” (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

16. Mengucapkan Salam Kepada Semua Orang Islam Termasuk Anak Kecil

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru radhiyallahu anhu, ia menceritakan, ”Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, ‘Apa ciri keislaman seseorang yang paling baik?’Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menjawab, ‘Kamu memberikan makanan (kepada orang yang memerlukan) dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Anas radhiyallahu anhu bahawa ia berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam berjalan melewati kumpulan anak-anak, lalu baginda mengucapkan salam kepada mereka semua.” (HR. Muslim)

17. Berwuduk Sebelum Mandi Besar (Mandi Junub)

Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu anhu, “Jika Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam ingin mandi hadas besar, maka baginda membasuh tangannya terlebih dahulu, lalu berwuduk seperti hendak solat, kemudian memasukkan jemarinya ke air dan membasuh rambutnya dengan air. Selanjutnya Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menuangkan air tiga ceduk ke kepalanya dengan menggunakan tangannya, lalu menggusuk semua bagian tubuhnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

18. Membaca ‘Amin’ Dengan Suara Keras Saat Menjadi Makmum

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam bersabda, “Jika imam membaca “Amin” maka kalian juga harus membaca “Amin” kerana barangsiapa yang bacaan Amin-nya bersamaan dengan bacaan malaikat maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa kaum salafus-soleh mengeraskan bacaan “Amin” sehingga masjid bergemuruh.

19. Mengeraskan Suara Saat Membaca Zikir Setelah Solat

Di dalam kitab Shahih Al-Bukhari disebutkan, “Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma mengatakan, mengeraskan suara dalam berzikir setelah orang-orang selesai melaksanakan solat wajib telah ada sejak zaman Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas juga mengatakan, “Aku mengetahui orang-orang telah selesai melaksanakan solat kerana mendengar zikir mereka.” (HR. Al-Bukhari)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Disunnahkan mengeraskan suara saat membaca tasbih, tahmid dan takbir setelah solat.”

Sunnah ini tidak dilakukan di banyak masjid sehingga tidak dapat dibezakan apakah imam sudah salam atau belum, kerana suasananya sepi dan hening. Caranya adalah imam dan makmum mengeraskan bacaan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah) dan takbir (Allahu Akbar) secara sendiri-sendiri, bukan satu komando dan satu suara. Adapun mengeraskan suara ketika berzikir dengan satu komando, satu suara dan dipimpin oleh imam maka dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama. Ada yang mengatakan sunnah secara mutlak, ada yang memandang sunnah dengan syarat-syarat tertentu dan ada pula yang mengatakan bahawa zikir berjemaah adalah perbuatan bid’ah.

20. Membuat Pembatas Saat Sedang Solat Fardhu Atau Solat Sunat

Diriwayatkan dari Abu Said al-Kudri radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam bersabda, “Ketika kalian hendak solat, maka buatlah pembatas di depannya dan majulah sedikit, dan janganlah membiarkan seseorang lewat di depannya. Jika ada orang yang sengaja lewat di depannya, maka hendaknya dia menghalanginya kerana orang itu adalah syaitan.” (HR. Abu dawud dan Ibnu Majah)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, ia berkata, “Rasulullah menancapkan tombak di depannya, lalu solat di belakang tongkat itu.” (HR. Al-Bukhari)

Sunnah ini sering diabaikan, terutama saat melakukan solat sunat.

Wahai saudaraku! Jadilah seperti orang yang diungkapkan oleh Abdurrahman bin Mahdi, “Aku mendengar Sufyan berkata, ‘Tiada satu hadis pun yang sampai kepadaku kecuali aku mengamalkannya meskipun hanya sekali.”

Ibnu Rajab menuturkan, “Orang yang beramal sesuai ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam, meskipun amal itu sangat kecil, maka itu akan lebih baik daripada orang yang beramal tidak sesuai dengan ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam meskipun dia sangat bersungguh-sungguh.”

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang mengikuti sunnah rasul-Mu dan mengikuti jejaknya. Ya Allah, kumpulkanlah kami dan kedua orang tua kami bersamanya di syurga wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

Sumber: Kitab Arba’una Darsan Liman Adraka Ramadhan karya Syaikh Abdul Malik Bin Muhammad Bin Abdurrahman Al-Qasim