skip to main |
skip to sidebar
1. Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi SAW. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.
Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza Wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :
"Dari mana kalian datang ?"
Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."
Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"
Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."
Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"
Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."
Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."
Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."
Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)."
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)
Kita disunatkan berpuasa dalam sebulan minima tiga kali. Dan yang lebih utama adalah melakukan puasa pada ayyamul bidh, yaitu pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah (Qomariyah).
Puasa tersebut disebut ayyamul bidh (hari putih) kerana pada malam-malam tersebut bersinar bulan purnama dengan sinar rembulannya yang putih.
Dalil Puasa Hari Putih :
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
ŰŁَÙْŰ”َۧÙِÙ ŰźَÙِÙÙِÙ ŰšِŰ«َÙَۧŰ«ٍ Ùَۧ ŰŁَŰŻَŰčُÙُÙَّ ŰَŰȘَّÙ ŰŁَÙ
ُÙŰȘَ Ű”َÙْÙ
ِ Ű«َÙَۧŰ«َŰ©ِ ŰŁَÙَّۧÙ
ٍ Ù
ِÙْ ÙُÙِّ ŰŽَÙْ۱ٍ ، ÙَŰ”َÙَۧŰ©ِ ۧÙ۶ُّŰَÙ ، ÙَÙَÙْÙ
ٍ ŰčَÙَÙ ÙِŰȘْ۱ٍ
“Kekasihku (yaitu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam) mewasiatkan padaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati:
1- berpuasa tiga hari setiap bulannya,
2- mengerjakan solat Dhuha,
3- mengerjakan solat witir sebelum tidur.”
(HR. Bukhari no. 1178)
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,
Ű”َÙْÙ
ُ Ű«َÙَۧŰ«َŰ©ِ ŰŁَÙَّۧÙ
ٍ Ű”َÙْÙ
ُ ۧÙŰŻَّÙْ۱ِ ÙُÙِّÙِ
“Puasa pada tiga hari setiap bulannya adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (HR. Bukhari no. 1979)
Dari Abu Dzar, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda padanya,
Ùَۧ ŰŁَŰšَۧ ۰َ۱ٍّ Ű„ِ۰َۧ Ű”ُÙ
ْŰȘَ Ù
ِÙَ ۧÙŰŽَّÙْ۱ِ Ű«َÙَۧŰ«َŰ©َ ŰŁَÙَّۧÙ
ٍ ÙَŰ”ُÙ
ْ Ű«َÙَۧŰ«َ ŰčَŰŽْ۱َŰ©َ ÙَŰŁَ۱ْŰšَŰčَ ŰčَŰŽْ۱َŰ©َ ÙَŰźَÙ
ْŰłَ ŰčَŰŽْ۱َŰ©َ
“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2425. Abu ‘Isa Tirmidzi mengatakan bahwa haditsnya hasan).
Dari Ibnu Milhan Al Qoisiy, dari ayahnya, ia berkata,
ÙَۧÙَ ۱َŰłُÙÙُ ۧÙÙَّÙِ -Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
- ÙَŰŁْÙ
ُ۱ُÙَۧ ŰŁَÙْ ÙَŰ”ُÙÙ
َ ۧÙْŰšِÙ۶َ Ű«َÙَۧŰ«َ ŰčَŰŽْ۱َŰ©َ ÙَŰŁَ۱ْŰšَŰčَ ŰčَŰŽْ۱َŰ©َ ÙَŰźَÙ
ْŰłَ ŰčَŰŽْ۱َŰ©َ . ÙَÙَۧÙَ ÙُÙَّ ÙَÙَÙْŰŠَŰ©ِ ۧÙŰŻَّÙْ۱ِ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa memerintahkan pada kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh yaitu 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriyah).” Dan beliau bersabda, “Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.” (HR. Abu Daud no. 2449 dan An Nasai no. 2434. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata,
ÙَۧÙَ ۱َŰłُÙÙُ ۧÙÙَّÙِ Ű”َÙَّÙ Ű§ÙÙَّÙُ ŰčَÙَÙْÙِ ÙَŰłَÙَّÙ
َ Ùَۧ ÙُÙْŰ·ِ۱ُ ŰŁَÙَّۧÙ
َ ۧÙْŰšِÙ۶ِ ÙِÙ Űَ۶َ۱ٍ ÙَÙَۧ ŰłَÙَ۱ٍ
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam biasa berpuasa pada ayyamul biidh ketika tidak bepergian maupun ketika bersafar.” (HR. An Nasai no. 2347. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).
Namun dikecualikan berpuasa pada tanggal 13 Dzulhijjah (bagian dari hari tasyriq). Berpuasa pada hari tersebut diharamkan.
Semoga sajian singkat ini bermanfaat bagi pembaca Muslim.Or.Id sekalian. Hanya Allah yang memberi taufik untuk beramal sholih.
Rujukan:
Al Fiqhu Al Manhaji ‘ala Madzhabil Imam Asy Syafi’i, Dr. Musthofa Al Bugho, dkk, terbitan Darul Qolam, cetakan kesepuluh, tahun 1431 H, hal. 357-358.
PENJELASAN BERHUBUNG HUKUM ZIKIR MENARI
Mukadimah
Isu ini hangat diperkatakan oleh semua pihak. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Facebook kami, kami mahu membincangkannya secara khusus seperti yang telah dijanjikan. Bersama dengan isu ini, banyak tajuk berkaitan yang lain dan kami tidaklah membincangkannya kecuali tajuk ini sahaja supaya ia lebih terfokus dan sampai kepada sasaran. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini kami namakan dengan Penjelasan Berhubung
Hukum Zikir Menari.
Maka, kami kemukakan di sini pelbagai pandangan dan hujahan berdasarkan nas atau fatwa yang dikemukakan. Semoga pencerahan ini memberi kefahaman yang baik kepada kita. Amin.
Definisi Zikir
Pelbagai maksud dan definisi dapat diberikan kepada pengertian zikir. Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati. Semantara dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.
Selain itu, zikir juga dapat diertikan sebagai sebahagian daripada rangkaian iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Mengingati Allah mendorongkan seseorang melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
Zikir terbahagi kepada dua samada qalbi (dalam hati) atau lisani (iaitu pada lafaz lidah). Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, zikir yang terbaik adalah yang dilakukan bersama; hati dan lisan. Di antara zikir dengan hati dan zikir dengan lisan, zikir dengan hati adalah lebih baik.
Zikir orang-orang soleh adalah dengan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil sementara zikir orang yang berpaling daripada Allah iaitu dengan nyanyian yang melalaikan, ghibah (mengumpat orang lain), namimah (mengadu domba), dan kekejian. Seorang penyair menggambar golongan ini dengan menyatakan:
Definisi Menari
Definisi menari dalam Kamus Dewan menari bermaksud melakukan tari (gerakan badan serta tangan dan kaki berirama) mengikut rentak muzik manakala berdansa bermaksud menari cara Barat. Ini bermakna menari lebih luas konsepnya dan contoh-contoh ayat boleh dilihat dalam kamus, buku, majalah dan artikel yang berkaitan.
Hukum Gerakan Dalam Zikir
Sebelum dibincangkan tajuk utama iaitu zikir dalam keadaan menari, suka dinyatakan bahawa zikir dalam keadaan bergerak adalah perkara yang dibolehkan kerana ia menyebabkan badan menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan ibadat zikir. Mereka berdalilkan kepada nas al-Qur’an dan hadith antaranya:
Firman Allah SWT
ۧÙَّ۰ِÙÙَ Ùَ۰ْÙُ۱ُÙÙَ ۧÙÙَّÙَ ÙِÙَۧÙ
ًۧ ÙَÙُŰčُÙŰŻًۧ ÙَŰčَÙَÙ ŰŹُÙُÙŰšِÙِÙ
ْ
Maksudnya: “…(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring…”
(Surah Ali Imran: 191)
Al-Maraghi berkata: “Sepanjang menjalani kehidupan, mereka tidak pernah lupa kepada Allah SWT malahan mereka sering mengingati Allah SWT dengan hati yang terang dan menyedari sepenuhnya bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi dirinya.”
Adapun dari segi hadith Ummu al-Mukminin Aisyah RAnha pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Hukum Zikir Dalam Keadaan Menari
Setelah melihat kepada isu yang begitu hangat ini, kami mendapati terdapat dua pandangan dengan masing-masing berhujah. Secara ringkasnya seperti berikut.
Pertama: Haram
Antaranya firman Allah SWT:
Antara hujah golongan ini adalah Rasulullah SAW tidak melakukannya begitu juga secara umumnya para Sahabat tidak melakukannya kecuali sebahagian kecil sahaja di kalangan mereka.
ۧÙÙَّÙÙُ ÙَŰČَّÙَ ŰŁَŰْŰłَÙَ ۧÙْŰَŰŻِÙŰ«ِ ÙِŰȘًَۧۚۧ Ù
ُّŰȘَŰŽَِۧۚÙًۧ Ù
َّŰ«َۧÙِÙَ ŰȘَÙْŰŽَŰčِ۱ُّ Ù
ِÙْÙُ ŰŹُÙُÙŰŻُ ۧÙَّ۰ِÙÙَ ÙَŰźْŰŽَÙْÙَ ۱َŰšَّÙُÙ
ْ Ű«ُÙ
َّ ŰȘَÙِÙÙُ ŰŹُÙُÙŰŻُÙُÙ
ْ ÙَÙُÙُÙŰšُÙُÙ
ْ Ű„ِÙَÙٰ ۰ِÙْ۱ِ ۧÙÙَّÙÙِ
Maksudnya: "Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah..."
(Surah al-Zumar: 23)
Ayat ini juga membantah tarian-tarian atas nama ibadah kerana ia telah menjelaskan keadaan orang Mukmin saat mendengar zikir yang disyariatkan. Keadaan orang Mukmin yang mengenal Allah SWT, yang takut kepada hukuman-Nya, ketika mendengarkan firman-Nya, janji dan ancaman-Nya, hati mereka melunak, air mata bertitisan, bergementar kulit, tampak khusyuk dan penuh ketenangan. Bukannya dalam keadaan tarian yang seperti tidak sedarkan diri.
Seterusnya mereka bersandarkan kepada ijma’ ulama’ yang melarang serta menganggap perbuatan tarian seperti itu adalah bid’ah yang ditegah. Antara tokoh yang tegas dengan pendapat ini adalah:
Imam Abu Bakar al-Turtusi
Imam Taqiyuddin al-Subki
Imam Ibn Hajar al-Haitami
Imam al-Qurtubi
Imam Ibn Kathir
Syeikh Ibrahim bin Muhammad al-Hanafi dan lain-lain lagi.
Antara kaedah yang masyhur digunakan ialah:
ۧÙŰŁَŰ”ْÙُ ÙِÙ Ű§ÙْŰčِŰšَۧۯَۧŰȘِ ۧÙْŰَŰžَ۱ُ ŰŁَÙِ ۧÙŰȘَّÙَÙُّÙُ
Maksudnya: Asal pada ibadat adalah haram atau tawaqquf
Maksud tawaqquf adalah terhenti kepada dalil. Jika terdapat dalil hukumnya dibolehkan. Sebaliknya jika tiada dalil, hukumnya adalah haram.
Kaedah ini telah digunakan oleh ramai tokoh ulama’ antaranya :
al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari
Imam al-Zurqani dalam mensyarahkan kitab al-Muwatta’
Imam Ibn Muflih dalam al-Adab al-Syar’iyyah
Imam al-Syaukani dalam Nail al-Authar dan ramai lagi.
Antara tokoh ulama’ terdahulu yang memfatwakan ketidakharusan berzikir dalam keadaan menari ialah:
Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi ketika ditanya dalam isu ini beliau menyatakan:
“Sesungguhnya pelaku perbuatan ini bersalah, kehormatan dirinya jatuh. Orang-orang yang mengamalkan perbuatan ini secara berterusan kesaksiannya ditolak disisi syara', perkataannya tidak diterima, rentetan daripada ini, tidak diterima periwayatannya dalam hadis Rasulullah SAW, tidak diterima juga kesaksiannya dalam melihat anak bulan Ramadhan, dan tidak diterima berita-berita agama yang dibawa. Manakala keyakinan bahawa dirinya cinta pada Allah, sesungguhnya kecintaan dan ketaatan tersebut mungkin terjadi selain dari amalan ini, dan mungkin dia mempunyai hubungan dan amalan yang baik dengan Allah selain daripada situasi yang disebutkan ini.Sedangkan amalan ini merupakan satu maksiat dan permainan senda gurau, yang dikeji oleh Allah dan Rasul-Nya, dibenci pula oleh ahli ilmu dan mereka menamakan berbuatan ini sebagai bid’ah dan melarang dari berlakunya. Tidak boleh bertaqarrub dengan Allah dengan melakukan maksiat kepada-Nya, tidak boleh juga ketaatan kepada Allah terjadi dengan melakukan larangan-Nya. Barangsiapa yang menjadikan wasilah kepada Allah dengan maksiat dia patut dipulau dan dijauhkan, dan barangsiapa menjadikan permainan dan persendaan sebagai agama, mereka adalah seperti orang yang berusaha menyebarkan kerosakan diatas muka bumi, dan orang-orang yang ingin sampai kepada Allah bukan dengan cara Rasulullah SAW dan sunnahnya, maka dia sangat jauh untuk mencapai apa yang diidamkannya". (sebahagian fatwa yang mengutuk penggunaan seruling, tarian dan pendengaran muzik oleh Imam Ibnu Qudamah. Rujuk http://majles.alukah.net/t36981/)
Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abd al-Salam melalui kitabnya Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam 2/349-350 antara lain menyebut: " …Manakala tarian dan tepukan : ianya adalah keringanan (akal) dan kebodohan menyerupai gerakan perempuan, tidak ada yang melakukan demikian itu kecuali orang yang cacat akalnya, atau berpura-pura lagi pembohong, bagaimana dia boleh menari mengikuti dengan irama nyanyian daripada orang yang telah hilang jiwanya, dan telah tiada hatinya! Sedangkan Rasulullah SAW telah pun bersabda : (Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun yang selepasnya, kemudian yang selepasnya). Tidak pernah seorang pun yang boleh diikuti amalan mereka melakukan sebarang perbuatan demikian, sesungguhnya demikian itu hanyalah penguasaan syaitan keatas suatu kaum yang menyangka lenggokan mereka ketika mendengar(nyanyian yang dianggap zikir) adalah bentuk pergantungan dengan Allah Azza wa Jalla. Sesungguhnya mereka telah tertipu dengan apa yang mereka kata, dan menipu dalam apa yang mereka dakwa.
Mereka mendakwa bahawa mereka mendapat dua kelazatan ketika mendengar apa yang didendangkan,
Pertama. kelazatan ma'rifah dan keadaan bergantung pada Allah.
Kedua, kelazatan suara, lenggokan nada, kata-kata yang tersusun yang membawa kepada kelazatan nafsu yang bukan dari agama dan tiada kaitan dengannya.
Tatkala makin besar dua kelazatan ini yang mereka rasa, mereka tersilap dan menyangka bahawa terkumpulnya kelazatan itu berlaku dengan ilmu ma'rifat dan keadaan, akan tetapi tidak begitu, bahkan yang sering berlaku hanyalah kelazatan nafsu semata yang tiada kaitan dengan agama.
Sebahagian ulama mengharamkan tepukan tangan, kerana hadis Rasulullah SAW (Sesungguhnya tepukan hanya untuk perempuan) dan Rasulullah melaknat perempuan yang menyerupai lelaki, begitu juga lelaki yang menyerupai perempuan.
Barangsiapa yang merasai kehebatan Allah, dan menyedari kebesarannya, tidak dapat dibayangkan akan timbul dari dirinya tarian dan tepukan, dan tidak timbul tarian dan tepukan kecuali dari orang yang dungu lagi jahil, tidak akan berlaku pada yang berakal dan mulia. Bukti kejahilan pelaku kedua perbuatan ini ialah bahawasanya syari’at tidak mengajarkannya tidak dari Al-Quran, juga tidak dari Al-Sunnah, juga tidak dilakukan walau seorang dari nabi-nabi, dan tidak diendahkan oleh pengikut-pengikut para nabi, bahkan ianya hanya dilakukan oleh golongan jahil lagi bodoh yang terkeliru hakikat sesuatu dengan nafsu mereka.
Sesungguhnya Allah telah berfirman: ("…Dan kami telah turunkan padamu sebuah kitab yang menerangkan segala perkara…). Ulama salaf terdahulu telah pergi, begitu juga dengan golongan terhormat dari golongan khalaf kemudian, tiada sebarang perkara yang mengelirukan mereka.
Barangsiapa yang melakukan yang demikian, dan yakin bahawa itu merupakan suatu tujuan dirinya, demikian itu bukanlah suatu yang mendekatkan dirinya pada tuhannya, dan sekiranya dia meyakini bahawa demikian itu tidak dilakukan kecuali ingin bertaqarrub dengan Allah, sangat kejinya apa yang telah dilakukan, kerana dia menyangka perbuatan ini sebahagian dari ketaatan, sedangkan ianya hanya suatu bentuk kebodohan"
Kedua: Harus
Mereka berhujahkan kepada umum ayat dan beberapa dalil daripada hadith antaranya firman Allah SWT:
ۧÙَّ۰ِÙÙَ Ùَ۰ْÙُ۱ُÙÙَ ۧÙÙَّÙَ ÙِÙَۧÙ
ًۧ ÙَÙُŰčُÙŰŻًۧ ÙَŰčَÙَÙ ŰŹُÙُÙŰšِÙِÙ
ْ
Maksudnya: “…(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring…”
(Surah Ali Imran: 191)
Imam al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menyatakan bahawa sebagaimana yang diceritakan daripada Ibn Umar RA dan Urwah bin al-Zubair RA serta jamaah daripada sahabat RA, mereka telah keluar untuk menyambut hari raya di musolla dan berzikir kepada Allah. Tatkala dibacakan ayat di atas, mereka bangun berzikir dalam keadaan berdiri sebagai tabarruk muwaffiqh ayat tersebut.
Firman Allah SWT:
ÙَŰ„ِ۰َۧ Ùَ۶َÙْŰȘُÙ
ُ ۧÙŰ”َّÙَۧ۩َ Ùَۧ۰ْÙُ۱ُÙۧ ۧÙÙَّÙَ ÙِÙَۧÙ
ًۧ ÙَÙُŰčُÙŰŻًۧ ÙَŰčَÙَÙ ŰŹُÙُÙŰšِÙُÙ
ْ
Maksudnya: “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.” (Surah Al-Nisa’: 103)
Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ al-Ahkam menyebut: Dalam ayat di atas, Allah menyatakan anak Adam melakukan urusan mereka dalam tiga keadaan. Ianya seolah-olah membataskan mengikuti masa.
Antara hadith yang digunakan oleh golongan yang mengharuskan adalah
Daripada Aisyah RA berkata:
ŰŹَۧۥَ ŰَŰšَŰŽٌ ÙَŰČْÙِÙُÙÙَ ÙِÙ ÙَÙْÙ
ِ ŰčِÙŰŻٍ ÙِÙ Ű§ÙْÙ
َŰłْŰŹِŰŻِ، ÙَŰŻَŰčَۧÙِÙ Ű§ÙÙَّŰšِÙُّ Ű”َÙَّÙ Ű§ÙÙÙُ ŰčَÙَÙْÙِ ÙَŰłَÙَّÙ
َ، ÙَÙَ۶َŰčْŰȘُ ۱َŰŁْŰłِÙ ŰčَÙَÙ Ù
َÙْÙِŰšِÙِ، ÙَŰŹَŰčَÙْŰȘُ ŰŁَÙْŰžُ۱ُ Ű„ِÙَÙ ÙَŰčِŰšِÙِÙ
ْ، ŰَŰȘَّÙ ÙُÙْŰȘُ ŰŁَÙَۧ ۧÙَّŰȘِÙ ŰŁَÙْŰ”َ۱ِÙُ ŰčَÙِ ۧÙÙَّŰžَ۱ِ Ű„ِÙَÙْÙِÙ
ْ
Maksudnya: “Telah datang orang Habsyah menari pada hari raya di masjid. Lalu Nabi SAW memanggilku dan aku meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda. Aku menonton tarian mereka sehingga aku mengalihkan pandanganku daripada mereka.”
Riwayat Muslim (892)
Daripada Saidina Ali RA berkata:
ŰČ۱ŰȘ ۧÙÙŰšÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
Ù
Űč ŰŹŰčÙ۱ ÙŰČÙŰŻ ŰšÙ Űۧ۱۫۩ ، ÙÙŰ§Ù Ű§ÙÙŰšÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
ÙŰČÙŰŻ : ( ŰŁÙŰȘ Ù
ÙÙŰ§Ù ) Ùۚۯۣ ŰČÙŰŻ ÙŰŰŹÙ ÙÙÙÙŰČ ŰčÙÙ Ű±ŰŹÙ ÙۧŰŰŻŰ© ŰÙÙ Ű§ÙÙŰšÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
، Ű«Ù
ÙŰ§Ù ÙŰŹŰčÙ۱ : ( ŰŁÙ
ۧ ŰŁÙŰȘ ÙŰȘŰŽŰšÙÙÙ ÙÙ ŰźَÙÙÙ ÙŰźُÙÙÙ ) ÙŰŰŹÙ ŰŹŰčÙ۱ Ù۰ÙÙ ، Ű«Ù
ÙŰ§Ù ÙÙ : ( ŰŁÙŰȘ Ù
ÙÙ ÙŰŁÙۧ Ù
ÙÙ ) ÙŰŰŹÙ ŰźÙÙ ŰŹŰčÙ۱
Maksudnya: “Aku telah menziarahi Nabi SAW bersama Ja’far dan Zaid bin Harithah. Maka bersabda Nabi SAW kepada Zaid: ‘Awak adalah bekas hambaku.” Zaid kemudiannya merasa amat suka dan menggerakkan badan kerana kegirangan atas sebelah kaki di hadapan Nabi SAW. Kemudian Nabi berkata kepada Ja’afar: ‘Awak pula sama sepertiku dari segi rupa bentuk dan akhlak.’ Maka Ja’far menggerakkan badan kerana kegirangan kemudian Rasulullah SAW berkata kepadaku pula: ‘Awak daripadaku dan aku daripadamu.’. Lantas Saidina Ali menggerakkan badan kerana kegirangan di belakang Ja’far.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/213)
Al-Allamah al-Kattani menafsirkan perkataan (ŰŰŹÙ) dengan menari dalam keadaan tertentu. Sama seperti pendapat Ibn Hajar al-Asqalani.
Selain itu, diriwayatkan oleh Abu Naim, daripada al-Fudhail bin ‘Iyadh RH berkata:
ÙŰ§Ù ŰŁŰ”Űۧۚ ۱۳ÙÙ Ű§ÙÙÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
ۄ۰ۧ ۰Ù۱Ùۧ ۧÙÙÙ ŰȘŰčۧÙÙ ŰȘÙ
ۧÙÙÙۧ ÙÙ
ÙÙۧ ÙŰŽÙÙ
ۧÙۧ ÙÙ
ۧ ÙŰȘÙÙ
ۧÙÙ Ű§ÙŰŽÙۏ۱ ÙÙ ÙÙÙ
ۧÙ۱ÙŰ Ű§ÙŰčŰ§Ű”Ù Ű„ÙÙ Ű„Ù
ۧÙ
Ű«Ù
Ű„ÙÙ Ù۱ۧۥ.
Maksudnya: “Bahawa sahabat Rasulullah SAW ketika berzikir bergoyang-goyang ke kanan dan ke kiri seperti mana pokok bergoyang ditiup angin kencang ke hadapan kemudian ke belakang.” (al-Tartib al-Idariyah, Abd al-Hayy al-Kattani, 2/134)
Adapun pendapat ulama’ yang mengharuskannya pula antaranya ialah
Al-Allamah Ahmad Zaini Dahlan tatkala disebut hadith dan nas berkenaan dengan Ja’far, mengambil hukum bahawa Rasulullah tidak mengingkari perbuatannya dan atas dasar inilah ia dijadikan sumber hujah bagi golongan sufi menari ketika merasai keseronokan dalam majlis zikir.
Syeikh 'Attiyyah Saqar dalam kitabnya yang terkenal Fatawa min Ahsanil Kalam menyebut:
ÙÙŰŻ ÙŰ§Ù Ű§ÙÙ
ŰÙÙÙÙ Ű§Ù Ű§ÙÙ۰۱ ÙŰŁÙŰ© Űčۚۧۯ۩ Ùۧ ÙÙŰšÙ Ű§Ùۧ ۧ۰ۧ ÙŰ§Ù ŰźŰ§Ù۔ۧ ÙÙŰŹÙ Ű§ÙÙÙ Ùۧ ۱Ùۧۥ ÙÙÙ ÙÙۧ ŰłÙ
ŰčŰ©
Sungguh telah berkata oleh segala ulama' Muhaqqiq akan bahawasa zikir itu seperti ayat ibadat, tak diterima melainkan apabila ia ialah bersih semata - mata kerana Zat Allah, tiada jenis riak padanya dan tiada sum'ah.
ÙÙ۰ÙÙ Ű§Ű°Ű§ Ű”ŰŰš ۧÙ۰Ù۱ ŰŁŰ”ÙۧŰȘ ۔ۧ۟ۚ۩ ŰŁÙ Ű۱ÙۧŰȘ ۟ۧ۔۩ ŰȘ۰ÙŰš ۧÙ۟ێÙŰč ÙŰ§Ù Űčۚۧۯ۩ ۞ۧÙ۱ÙŰ© ŰŹÙÙۧۥ ۟ۧÙÙŰ© Ù
Ù Ű§Ù۱ÙŰ ÙÙ
Ű«Ù Ű°ÙÙ Ű§Ű°Ű§ ÙۧÙŰȘ ۧÙÙ
ۏۧÙŰł ŰȘŰ€Ű°Ù Ű§ÙŰșÙ۱ ÙۧÙÙ
Ű±Ű¶Ù Ű§ÙÙ
ŰŰȘۧۏÙÙ Ű§ÙÙ Ű§Ù۱ۧŰŰ© ŰŁÙ Ű§ÙÙ
ŰŽŰȘŰșÙÙÙ ŰšÙ
۰ۧÙ۱۩ ŰčÙÙ
ŰŁÙ Űčۚۧۯ۩ ŰŁŰźŰ±Ù Ű§ÙÙÙÙ
Demikian itu juga apabila bersama zikir ini suara-suara yang bingit atau gerakan-gerakan yang tertentu yang menghilangkan akan khusyuk nescaya adalah ia ialah ibadat zahir serta sunyi daripada ruh ibadat, dan seumpama demikian itu ialah apabila majlis-majlis ini ialah menyakiti orang lain seperti orang-orang sakit yang mmerlukan rehat atau orang-orang yang sibuk dgn muzakarah ilmu atau ibadat yg lain.
Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi menyatakan di dalam Majalah al-Tasawwuf al-Islami:
ۄ۰ۧ ÙÙ
ŰȘŰŹŰŻ ÙÙÙ Ù۔ًۧ ÙۧÙŰŁÙ
۱ ŰčÙÙ Ű§ÙۄۚۧŰŰ© ÙŰŁÙ Ű§ÙÙÙÙ ŰčÙÙ Ű§ÙŰȘŰ۱ÙÙ
ۧÙŰčÙ ÙÙۧ ŰȘÙŰčÙ ÙÙÙ ŰčÙÙ Ù
Ű·ÙÙ Ű§ÙۄۚۧŰŰ© Ùۄ۰ۧ ÙŰ§Ù Ű§ÙŰȘÙ
ۧÙÙ Ű”ÙۧŰčÙۧ ÙŰ§Ù ÙÙۧÙۧ Ùۄ۰ۧ ÙŰ§Ù Ű§ÙŰȘÙ
ۧÙÙ Ű·ŰšÙŰčÙۧ ÙŰ§Ù Ùۏۯًۧ Ùۧ ŰłÙ۷۱۩ ÙÙŰ„ÙŰłŰ§Ù ŰčÙÙÙ ÙۧÙ۰Ù۱ ۱ۧŰŰ© ÙÙŰłÙŰ© ÙŰčÙÙ ÙÙ ŰŰ§Ù ÙۧÙ۰ۧÙ۱ÙÙ ÙŰ„Ù ŰȘÙ
ۧÙÙÙۧ ÙÙÙ
ŰźÙ۱ Ù
Ù Ű§Ù۰ÙÙ ÙŰȘÙ
ۧÙÙÙÙ ÙÙ ŰۧÙۧŰȘ ۧÙ۱ÙŰ”
Apabila tak dijumpai satu nas pun pada masalah ini maka perkara ini adalah harus kerana larangan atas mengharamkan itu ialah sighah if'al dan la taf'al, maka ia semata - mata harus, dan apabila condong badan (bergerak) badan dibuat-buat nescaya adalah ia nifaq dan apabila condong tubuh itu dengan semulajadi, maka ia adalah rasa batin, tidak boleh dibuat-buat perasaan tersebut, dan zikir itu ialah kerehatan diri dan pada setiap kelakuan. Maka orang yang berzikir itu sekalipun bergerak badan mereka itu, lebih baik daripada mereka yang bergerak yakni bergerak - gerak mereka dalam tarian di kedai arak.
Tarjih
Selepas meneliti beberapa hujah dari dua aliran yang mengharamkan dan yang membenarkannya, kami berpendapat:
Pengharaman zikir dalam keadaan menari adalah lebih kuat kerana kaedah yang digunakan amat jelas.
Hadith yang digunakan untuk mengharuskan zikir dalam keadaan menari lebih bersifat menggambarkan berita gembira yang diperolehi daripada Rasulullah SAW, bukannya mereka berzikir semasa itu. Ini adalah dua keadaan yang berbeza.
Begitu juga perlakuan itu adalah hanya beberapa orang sahabat sahaja, bukan keseluruhan dan ia tidak ada kena mengena dengan zikir.
Seterusnya mereka menggunakan perkataan tamayul yang memberi maksud menggoyangkan atau melenggokkan sedikit badan. Ia bukanlah seperti menari.
Kami juga berpendapat, maksud gerakan yang diharuskan itu hanya gerakan yang kecil atausedikit seperti kepala dihayun ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan sepertimana yang dilakukan oleh seseorang ketika asyik berzikir. Maka, ini tidak menjadi masalah dan dibolehkan.
Hujah yang mengharuskan itu telah dijawab oleh ramai ulama seperti nas-nas yang dikemukakan lebih bersifat umum dan bukan dimaksudkan secara khusus berdasarkan wajah istidlal yang digunakan.
Begitu juga kedudukan hadith seperti hadith Saidina Ali. Terdapat padanya dua illah.
Hani’ bin Hani’ dianggap jahalah dari segi halnya tau keadaannya.
Tadlis Ibn Ishaq al-Sabi’i.
Justeru hadith ini dianggap lemah oleh kebanyakan ulama’ hadith.
Fatwa Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abd al-Salam dan Ibn Qudamah al-Maqdisi begitu kukuh untuk menjadi penguat dan sandaran pengharaman zikir dalam keadaan menari.
Kenyataan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan supaya orang Islam tidak meniru amalan berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menari kerana perbuatan itu disifatkan sebagai ajaran yang menyeleweng.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya telah mengeluarkan larangan tersebut dalam laman web e-fatwa menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-48 pada 3 April 2000.
“Beberapa tahun lalu budaya berzikir sambil menari ini tersebar di Malaysia dan ketika itu Jakim telah pun mengeluarkan larangan kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh atau mengikut cara tersebut.
“Bagaimanapun kejadian yang sama berlaku lagi, justeru Jakim menegaskan sekali lagi bahawa budaya berzikir sambil menari itu merupakan ajaran yang menyeleweng dan bertentangan dengan budaya masyarakat Islam di negara ini,” katanya.
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Dalam isu seperti ini, amatlah perlu kita memahami hakikat tasawwuf sebenar dan juga tareqat supaya apa yang kita amalkan benar-benar mengikut yang diredhai Allah SWT.
Syeikh Dahlan al-Qadiri dalam kitabnya Siraj al-Talibin telah menyebut bahawa hukum belajar tasawwuf adalah wajib aini bagi setiap mukallaf. Ini kerana sebagaimana wajib mengislahkan yang zahir, begitu juga wajib mengislahkan yang batin. Benarlah kata Imam Malik
Siapa yang bertasawwuf tanpa faqih dia mungkin membawa kafir zindiq.
Siapa yang mempelajajari feqah tanpa tasawwuf, dia boleh membawa fasiq.
Siapa yang menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia yang sebenarnya tahqiq.
Tatkala kita ingin mendekatkan diri kepada Allah samada melalui ilmu atau penghayatan amalan maka hendaklah ia benar-benar mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah.
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani pernah berkata dan mewasiatkan kepada anaknya: “Terbanglah kamu ketika kamu menuju kepada Allah dengan dua sayap iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul.”
Hal ini amat penting kerana sehebat mana manusia sekalipun, jika rujukannya bukan lagi Kitabullah dan Sunnah Rasul maka mudahlah terbelit dengan godaan syaitan.
Justeru, amat wajar kita melakukan sesuatu benar-benar dengan kefahaman dan sebaliknya tanpa ilmu, seseorang itu mudah terpedaya dan tergelincir daripada hakikat Islam yang sebenar. Bacalah kitab-kitab tasawwuf seperti Minhaj al-Abidin oleh Imam al-Ghazali, Mukhtasar Minhaj al-Qasidin oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi dan lain-lain ulama sufi yang muktabar.
Sekali lagi kami tegaskan hukum zikir dalam bentuk tarian tidak dibolehkan sama sekali. Walaubagaimanapun, jika bentuk goyangan sebahagian kepala atau badan dalam keadaan sedar, waras, tidak dibuat-buat, disamping menjaga adab tatasusila dan tidak berlebihan, maka adalah diharuskan.
Kami menjawab persoalan berkaitan tasawwuf ini begitu banyak melalui buku kami, A – Z Tentang Tasawwuf dan juga kitab Ahasin al-Kalim Syarah al-Hikam. Semoga dengan sedikit pencerahan ini menjadikan kita benar-benar memahami akan hakikat Islam yang sebenar untuk kita amali yang akhirnya menuju kepada Allah SWT mengikut yang diredhai-Nya. Semoga kita semua menjadi hamba-hamba-Nya yang bernaung di bawah kehidupan Islam yang sebenar dan merasai kemanisan dalam hati ketika beramal. Amin.
Penutup
Alhamdulillah, selesailah sudah Bayan Linnas Siri ke-17 berkenaan dengan hukum zikir dalam keadaan menari. Dengan menekuni kedua-dua pendapat dan hujah, alangkah baik kita melandasi bahtera kehidupan kita terutamanya pengamalan ibadat ‘ala basirah dan mengikut hadyun nabawi kerana sudah barang tentu mendapat keselamatan di dunia dan akhirat. Pada saat yang sama juga hendaklah kita melazimi dan membanyakkan zikir sebagaimana galakan Islam itu sendiri melalui nas al-Qur’an dan hadith supaya kita berzikir dengan sebanyak-banyaknya.
Syariat Islam tidak menyebut secara jelas dan terang tentang kebolehan tarian ketika berzikir, baik dalam al-Qur’ann mahupun Hadith. Hal itu juga belum pernah dilakukan oleh mana-mana Rasul dan Nabi pun dan begitu juga mereka yang mengikut jejak langkah Rasulullah di kalangan sahabat. Atas asas inilah alangkah baiknya kita berpada dengan berzikir bersungguh-sungguh sepertimana yang dilakukan di kalangan khalayak masyarakat kita ketika ini dengan menjaga adab dan tatasusilanya.
Tarian zikir yang dilakukan oleh sebahagian manusia penuh dengan keadaan yang kurang baik. Sementelahan lagi, ia membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) kepada penganut agama lain atau wanita dan kanak-kanak yang kecil begitu juga mencampur adukkan antara maksiat dan ibadat. Lebih dibimbangi lagi, sudah ada unsur muzik yang dimasukkan sama yang banyak melalaikan hati ketika berzikir.
Akhir kalam, saya berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah menunjukkan kita kepada jalan keredhaan-Nya dan selamat daripada sebarang maksiat. Amin.
Akhukum Fillah,
DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Muft Wilayah Persekutuan.
19 April 2015 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1436H
Setiap mukmin akan bercita-cita untuk menjadi insan cemerlang dan terbaik. Tetapi bukannya mudah untuk terpilih menjadi orang terbaik kerana untuk menjadi yang terbaik bukanlah dinilai dari ukuran manusia semata-mata, tetapi ukuran itu ditetapkan sendiri oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala melalui ucapan Nabi SAW.
Terdapat lapan golongan manusia seperti yang dinyatakan oleh Nabi SAW.
Golongan tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Tidak ingkar untuk membayar hutang.
Mereka yang membantu saudaranya yang susah lalu memberikan hutang adalah satu perbuatan yang mulia di sisi Allah SWT.Memberi hutang lebih besar ganjaran pahalanya daripada bersedekah . Mengenai kebaikan memberi pinjaman dan sedekah kepada mereka yang memerlukan, firman Allah SWT ialah “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” – (Surah al-Baqarah ayat 245)
Begitu juga hadis Nabi SAW menyatakan: “Pada malam aku diisra’kan (Mikraj) aku melihat tulisan di atas pintu syurga, ‘Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda‘. Aku bertanya Jibril kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah? Jawabnya, kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan” (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Baihaqi).
Sesiapa yang berhutang kerana keperluan hidup sedangkan hatinya berniat untuk membayar balik maka hutangnya akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sabda Nabi SAW :
Ù
Ù ŰŁŰŻّŰ§Ù ŰŁÙ
ÙŰ§Ù Ű§ÙÙۧ۳ Ù۱ÙŰŻ ۣۯۧۥÙۧ ŰŁŰŻÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙ , ÙÙ
Ù ŰŁŰźŰ°Ùۧ Ù۱ÙŰŻ ۧŰȘÙۧÙÙۧ ŰŁŰȘÙÙÙ Ű§ÙÙÙ
Maksudnya : "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Hadis Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :
ŰčَÙْ ŰŁَŰšِÙ Ùُ۱َÙْ۱َŰ©َ ŰčÙ Ű±َŰłُÙÙَ ۧÙÙَّÙِ -Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
- ŰŁÙÙ ÙَÙَۧÙَ « ŰźَÙْ۱ُÙُÙ
ْ ŰŁَŰْŰłَÙُÙُÙ
ْ Ùَ۶َۧۥً » Ù
ŰȘÙÙ ŰčÙÙÙ
Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan: Bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” (Muttafaqun ‘alaih)
Kedua : Belajar Al-Quran dan mengajarkannya.
Kenapa belajar dan mengajarkan al-Quran akan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT? Ini adalah kerana tidak ada kitab yang paling baik melainkan kitab al-Quran nul karim. Kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT melalui malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW. Di dalam al-Quran mengandungi hukum hakam dan panduan hidup manusia. Al-Quran berbeza dengan kitab-kitab yang lain kerana membaca satu huruf sahaja akan mendapat ganjaran 10 kali ganda. Manusia tidak akan sesat jika berpandu kepada ajaran al-Quran.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan)”(Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang maksud :“Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :
ŰčَÙْ ŰčُŰ«ْÙ
َۧÙَ – Ű±Ű¶Ù Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙ- ŰčَÙِ ۧÙÙَّŰšِÙِّ -Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
- ÙَۧÙَ «ŰźَÙْ۱ُÙُÙ
ْ Ù
َÙْ ŰȘَŰčَÙَّÙ
َ ۧÙْÙُ۱ْŰąÙَ ÙَŰčَÙَّÙ
َÙُ» ۱ÙŰ§Ù Ű§Ùۚ۟ۧ۱Ù
Maksudnya: Ustman bin Affan radhiyallahu ‘anhu berkata: Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Ketiga : Orang yang paling diharapkan kebaikannya dan paling jauh keburukannya.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dengan kefahaman agama yang Allah beri, seseorang itu dapat berbuat amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Katakanlah: 'Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu'. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Surah Az-Zumar ayat 10)
Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :
ŰčَÙْ ŰŁَŰšِÙ Ùُ۱َÙْ۱َŰ©َ Ű±Ű¶Ù Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙ ŰŁَÙَّ ۱َŰłُÙÙَ ۧÙÙَّÙِ -Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
- ÙَÙَÙَ ŰčَÙَÙ ŰŁُÙَۧ۳ٍ ŰŹُÙُÙŰłٍ ÙَÙَۧÙَ « ŰŁَÙَۧ ŰŁُŰźْŰšِ۱ُÙُÙ
ْ ŰšِŰźَÙْ۱ِÙُÙ
ْ Ù
ِÙْ ŰŽَ۱ِّÙُÙ
ْ ». ÙَۧÙَ ÙَŰłَÙَŰȘُÙۧ ÙَÙَۧÙَ ۰َÙِÙَ Ű«َÙَۧŰ«َ Ù
َ۱َّۧŰȘٍ ÙَÙَۧÙَ ۱َŰŹُÙٌ ŰšَÙَÙ Ùَۧ ۱َŰłُÙÙَ ۧÙÙَّÙِ ŰŁَŰźْŰšِ۱ْÙَۧ ŰšِŰźَÙْ۱ِÙَۧ Ù
ِÙْ ŰŽَ۱ِّÙَۧ. ÙَۧÙَ « ŰźَÙْ۱ُÙُÙ
ْ Ù
َÙْ Ùُ۱ْŰŹَÙ ŰźَÙْ۱ُÙُ ÙَÙُŰ€ْÙ
َÙُ ŰŽَ۱ُّÙُ …» ۱ÙŰ§Ù Ű§ÙŰȘ۱Ù
۰Ù
Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berdiri di hadapan beberapa orang, lalu bersabda: “Mahukah kalian aku beritahukan sebaik-baik dan seburuk-buruk orang dari kalian?”
Mereka terdiam, dan Nabi bertanya seperti itu tiga kali, lalu ada seorang yang berkata: “Ya, kami mahu wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami sebaik-baik dan buruk-buruk kami,”
Baginda bersabda: “Sebaik-sebaik kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan sedangkan keburukannya terjaga…” (Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’. no. 2603)
Keempat : Menjadi suami yang paling baik terhadap keluarganya.
Seseorang mukmin yang berlemah lembut dan menjalankan tarbiah terhadap ahli keluarganya adalah adalah ciri-ciri suami yang baik. Suami yang baik dan bertanggungjawab akan menjadi contoh kepada isteri dan anak-anaknya dalam menguruskan bahtera rumahtangga. Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik sebagai suami dan bapa ketika bersama-sama ahli keluarganya.
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh suami kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.
Dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :
ŰčَÙْ ŰčَۧۊِŰŽَŰ©َ Ű±Ű¶Ù Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙۧ ÙَۧÙَŰȘْ ÙَۧÙَ ۱َŰłُÙÙُ ۧÙÙَّÙِ -Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
- ŰźَÙْ۱ُÙُÙ
ْ ŰźَÙْ۱ُÙُÙ
ْ ÙŰŁَÙْÙِÙِ ÙَŰŁَÙَۧ ŰźَÙْ۱ُÙُÙ
ْ ÙŰŁَÙْÙِÙ. ۱ÙŰ§Ù Ű§ÙŰȘ۱Ù
۰Ù
Maksudnya: “Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah Sallallau ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Ash Shahihah (no. 285)
Kelima : Orang yang paling baik akhlaknya dan menuntut ilmu.
Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik).” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Aisyah r.ha. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Sesungguhnya seorang mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama seperti orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam'.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan." (Hadis riwayat Ad-Dailami).
Menuntut ilmu adalah satu kefarduan dan sesiapa yang keluar rumah untuk menuntut ilmu bermakna ia menuju jalan ke syurga.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di khalayak para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :
ŰčَÙْ ŰŁَŰšِÙ Ùُ۱َÙْ۱َŰ©َ ÙَۧÙَ ÙَۧÙَ ۱َŰłُÙÙُ ۧÙÙَّÙِ -Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
- «ŰźَÙْ۱ُÙُÙ
ْ Ű„ِŰłْÙَۧÙ
ًۧ ŰŁَŰَۧ۳ِÙُÙُÙ
ْ ŰŁَŰźْÙَۧÙًۧ Ű„ِ۰َۧ ÙَÙِÙُÙۧ» ۱ÙŰ§Ù ŰŁŰÙ
ŰŻ
Maksudnya: “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian Islamnya adalah yang paling baik akhlak jika mereka menuntut ilmu.” (Hadis riwayat Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ .no. 3312)
Keenam : Orang yang memberikan makanan.
Salah satu sifat orang mukmin yang bertakwa adalah membantu golongan yang miskin dan memerlukan bantuan.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.” (Surah al-Baqarah (2) ayat 245)
Sabda Nabi SAW maksudnya : ”Barangsiapa memberi makan orang lapar, Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga. Barangsiapa memberi minuman kepada orang haus, Allah pada hari kiamat nanti akan memberinya minuman syurga yang amat lazat (ar-rahiq al-makhtum), dan barangsiapa memberi pakaian orang yang telanjang, Allah akan memberinya pakaian syurga yang berwarna hijau (khudhr al-jannah).” (Hadis Riwayat Abu Daud no 1432; Tirmizi no 2373)
Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :
ŰčَÙْ ŰَÙ
ْŰČَŰ©َ ŰšْÙِ Ű”ُÙَÙْŰšٍ ŰčَÙْ ŰŁَŰšِÙÙِ Ű±Ű¶Ù Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙ ÙَۧÙَ: ÙَŰ„ِÙَّ ۱َŰłُÙÙَ ۧÙÙَّÙِ -Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
- ÙَۧÙَ «ŰźَÙْ۱ُÙُÙ
ْ Ù
َÙْ ŰŁَŰ·ْŰčَÙ
َ ۧÙŰ·َّŰčَۧÙ
َ» ۱ÙŰ§Ù ŰŁŰÙ
ŰŻ
Maksudnya: Hamzah bin Shuhaib meriwayatkan dari bapanya radhiyallahu ‘anhu yang berkata: Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang memberikan makanan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ . no. 3318)
Ketujuh : Orang yang panjang umur dan baik perbuatannya.
Umur panjang adalah kurniaan Allah SWT kepada manusia yang dipilih-Nya. Jika diberikan umur yang panjang manusia sentiasa mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya maka beruntunglah ia, tetapi jika umurnya panjang tetapi manusia masih tidak sedar diri hidup bergelumangan dengan noda dan dosa, melabur hartanya dalam saham arak, masih suka buat fitnah, masih mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT maka jenis manusia seperti ini amat malang kerana dia menempah dirinya untuk masuk neraka. Perlu diingat kelebihan dirinya umur panjang, hartanya melimpah ruah dan sihat tubuh badan adalah merupakan istidraj (kemurkaan Allah) daripada Allah SWT, sampai masanya Allah SWT cabut nyawanya dalam keadaan yang su'ul khatimah dan mengaibkan, nauzubillah.
Sebaliknya pula jika seseorang itu dikurniakan umur yang panjang kemudian banyak amal soleh, amal ibadah, berterusan jihadnya, benci pada maksiat dan fitnah, sentiasa bertaubat dan umurnya dipergunakan untuk agama Allah SWT maka umur seperti ini adalah umur yang diberkati dan dia adalah manusia yang dipilih oleh Allah SWT.
Dalam hadis Nabi SAW menyatakan.
ŰčَÙْ ŰčَŰšْŰŻِ ۧÙÙَّÙِ ŰšْÙِ ŰšُŰłْ۱ٍ Ű±Ű¶Ù Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙ ŰŁَÙَّ ŰŁَŰčْ۱َِۧۚÙًّۧ ÙَۧÙَ Ùَۧ ۱َŰłُÙÙَ ۧÙÙَّÙِ Ù
َÙْ ŰźَÙْ۱ُ ۧÙÙَّۧ۳ِ ÙَۧÙَ «Ù
َÙْ Ű·َۧÙَ ŰčُÙ
ُ۱ُÙُ ÙَŰَŰłُÙَ ŰčَÙ
َÙُÙُ» ۱ÙŰ§Ù Ű§ÙŰȘ۱Ù
۰Ù
Maksudnya: Abdullah bin Busr radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa ada seorang Arab Badui berkata kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik manusia?” Baginda menjawab: “Siapa yang paling panjang umurnya dan baik amalannya.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihut Targhib wat Tarhib . no. 3363)
Kelapan : Orang yang paling bermanfaat bagi manusia.
Mukmin yang beruntung adalah mukmin yang hidupnya di dunia sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Perbuatannya, ucapannya, nasihatnya, gerak kerjanya, tulisannya dan pandangannya semuanya membawa kebaikan dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :
ŰčَÙِ ۏۧۚ۱، ۱َ۶ِÙَ ۧÙÙÙ ŰčَÙْÙُÙ
َۧ، ÙَۧÙَ : ÙŰ§Ù Ű±َŰłُÙÙُ ۧÙÙÙِ Ű”َÙَّÙ Ű§ÙÙÙ ŰčَÙَÙÙ ÙŰłَÙَّÙ
: ŰźَÙْ۱ُ ۧÙÙَّۧ۳ِ ŰŁَÙْÙَŰčُÙُÙ
ْ ÙِÙÙَّۧ۳ِ
Maksudnya: “Jabir radhiyallau ‘anhuma bercerita bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Hadis dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ . no. 3289)
Sahabat yang dikasihi,
Alangkan beruntungnya kita apabila kita termasuk dikalangan lapan golongan yang di panggil oleh Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik manusia. Mereka yang beramal soleh dan melakukan amal kebajikan ketika di dunia, dan termasuk di dalam sebaik-baik golongan seperti dihuraikan di atas maka mereka akan mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT dan akan berbahagia di dunia dan akhirat.
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan:
Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya
Muzakarah Makan dan Minum
Tarikh Keputusan: 10 Feb, 2015
Tarikh Mula Muzakarah: 10 Feb, 2015
Tarikh Akhir Muzakarah: 11 Feb, 2015
Oleh: Muzakarah Kali Ke-107
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar.
Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.
Sehubungan itu, berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.
1. Imam Asy-Syafei (wafat 204H) . Bagi mazhab asy-Syafei sendiri dinyatakan bahawa: “Diharamkan mengguna dan mendengar alat-alat muzik seperti biola, gambus, shonji (iaitu dua piring tembaga yang saling dilagakan bagi menghasilkan bunyi), gendang, serunai dan sebagainya. Setiap alat muzik yang bertali adalah haram tanpa khilaf. Dibolehkan duff (kompang) bagi majlis kenduri kahwin, berkhatan atau seumpamanya. Nyanyian jika tanpa alat muzik, hukumnya makruh (dibenci) dan jika dengan diiringi alat-alat muzik hukumnya adalah haram.” [Lihat perbahasannya dalam kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah al-Faz al-Minhaj, Kitab asy-Syahadat karya Imam Muhammad bin Ahmad bin al-Khathib asy-Syarbini].
2) Imam Ahmad apabila ditanya tentang taghbir, beliau menjawab: “Bid'ah.” [Riwayat Al Khallal. Dinukil dari kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 163].
3) Al-Qadhi Abu at-Toyib al-Tobari (wafat 450H), seorang tokoh ulama' Syafie yang telah menyatakan bahawa: “Kumpulan yang menyanyi untuk ibadah ini telah menyalahi jamaah muslimin kerana telah menjadikan nyanyian sebagai agama dan ketaatan. Iklan-iklan mereka terdapat di masjid-masjid, jami’ah dan semua tempat mulia.” [Mas’alah as-Sama’, Ibnu al-Qayyim].
4) Imam At-Tartusyi (wafat 520H), tokoh ulama’ Maliki dari kota Qurtubah; telah ditanya tentang satu kelompok di suatu tempat yang membaca Al-Quran, lalu seseorang di antara mereka menyanyikan sya'ir, kemudian mereka menari dan bergoyang. Mereka juga memukul rebana dan memainkan seruling. Apakah menghadiri majlis mereka itu halal atau tidak?
Beliau menjawab: “Jalan mereka itu adalah batil dan sesat. Islam itu hanyalah kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Adapun menari dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah), maka yang pertama kali mengada-adakannya adalah kawan-kawan Samiri (pada zaman Nabi Musa). Iaitu ketika Samiri membuatkan patung anak lembu yang boleh bersuara untuk mereka, lalu mereka datang menari di sekitarnya dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah). Tarian itu adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak lembu.
Adapun majlis Rasulullah SAW dan para sahabatnya penuh ketenangan, seolah-olah di atas kepala mereka dihinggapi burung. Maka seharusnya pemerintah dan wakil-wakilnya melarang mereka menghadiri masjid-masjid dan lainnya (untuk menyanyi dan menari, Pen). Dan bagi seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidaklah halal menghadirinya. Tidak halal membantu mereka melakukan kebatilan. Demikian ini jalan yang ditempuh oleh (Imam) Malik, Asy-Syafei, Abu Hanifah, Ahmad dan lainnya dari kalangan imam-imam kaum muslimin.” [Tafsir Al-Qurtuba 11/238 Syamilah. Lihat Kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 168-169].
5) Imam Al-Hafiz Ibnu As-Solah (wafat 643H), imam terkenal penulis kitab Muqaddimah 'Ulumil Hadis. Beliau juga ditanya tentang orang-orang yang menghalalkan nyanyian dengan rebana dan seruling, dengan tarian dan bertepuk-tangan. Mereka menganggapnya sebagai perkara halal dan qurbah (perkara yang mendekatkan diri kepada Allah), bahkan (katanya sebagai) ibadah yang paling utama.
ÙŰȘۧÙÙ Ű§ŰšÙ Ű§ÙŰ”ÙŰ§Ű (2/ 499): Ù
َŰłْŰŁَÙَŰ© ŰŁَÙÙۧÙ
ÙَÙُÙÙُÙÙَ Ű„ِÙ ŰłَÙ
ۧŰč ۧÙْŰșÙۧۥ ۚۧÙŰŻÙ....
Kesimpulan jawapan beliau ialah: “Mereka telah berdusta atas nama Allah Ta'ala. Dengan pendapat tersebut, pandangan ini masyhur di kalangan golongan batiniyyah yang Mulhidin (menyimpang). Mereka juga bertentangan dengan ijma'.
Sesiapa yang menentang ijma', (ia) terkena ancaman firman Allah:
{ÙَÙ
َÙ ÙُŰŽَۧÙِÙِ ۧÙ۱َّŰłُÙÙَ Ù
ِÙ ŰšَŰčْŰŻِ Ù
َۧŰȘَŰšَÙَّÙَ ÙَÙُ ۧÙْÙُŰŻَÙ ÙَÙَŰȘَّŰšِŰčْ ŰșَÙْ۱َ ŰłَŰšِÙÙِ ۧÙْÙ
ُŰ€ْÙ
ِÙِÙÙَ ÙُÙَÙِّÙِ Ù
َۧŰȘَÙَÙَّÙ ÙَÙُŰ”ْÙِÙِ ŰŹَÙَÙَّÙ
َ ÙَŰłَ۹ۥَŰȘْ Ù
َŰ”ِÙ۱ًۧ }
{Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam. Dan Jahanam itu seburuk-buruknya tempat kembali.} [An-Nisa:115]”. [Fatawa Ibnu As-Solah, 2/499- Syamilah. Lihat: Kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 170].
5) Syeikh Ahmad bin Abdul Halim bin Taimiah rahimahullah berkata: “Dan telah diketahui secara pasti dari agama Islam, bahawa Nabi SAW tidak mensyariatkan kepada orang-orang soleh dan para ahli ibadah dari umat Baginda, agar mereka berkumpul dan mendengarkan bait-bait yang dilagukan dengan bertepuk tangan, atau pukulan dengan kayu (stik), atau rebana. Sebagaimana Baginda tidak membolehkan bagi seorangpun untuk tidak mengikuti Baginda, atau tidak mengikuti apa yang ada pada Al-Kitab dan Al-Hikmah (As-Sunnah). Baginda tidak membolehkan, baik dalam perkara batin atau zahir, untuk orang awam atau untuk orang tertentu.” [Majmu' Fatawa, 11/565. Dinukil dari kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 165].
6) Fatwa Imam as-Suyuthi rahimahullah (wafat 911H):
“Dan di antaranya adalah menari, menyanyi di dalam masjid, memukul kompang (atau gendang) atau rebab (sejenis alat muzik bertali seperti biola), atau selain itu dari jenis-jenis alat-alat muzik.
Maka sesiapa yang melakukan perkara yang tersebut di dalam masjid maka dia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah), sesat, perlu dihalau dan boleh dipukul, kerana dia meremehkan perintah Allah untuk memuliakan masjid. Allah SWT berfirman: “Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan (iaitu menggagungkannya) dan disebut nama-Nya di dalamnya.” [An-Nur, 24: 36]. Iaitu dibacakan kitab-Nya di dalamnya.
Rumah-rumah Allah adalah masjid-masjid, dan Allah Ta’ala telah memerintahkan untuk memuliakannya, menjaganya dari kotoran, najis, anak-anak (dari mengotori masjid), hingus, bawang putih, bawang merah (memakannya kemudian ke masjid tanpa bersugi terlebih dahulu), nasyid-nasyid, sya’ir, nyanyian dan tarian di dalamnya. Maka sesiapa yang menyanyi atau menari di dalamnya maka dia adalah pelaku bid’ah, sesat dan menyesatkan, dan berhak dikenakan hukuman.” [Jalaluddin as-Suyuti, Al-Amru bil Ittiba’ wan Nahyu ‘anil Ibtida’, m/s. 30 – Al-Maktabah Asy-Syamilah].
Bagi orang Malaysia pula, Nasihat dari Majlis Fatwa Negeri Melaka:
Fatwa Larangan Berzikir, Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Di Dalam Masjid.
Ibadah. Tarikh Keputusan: 29 Dec, 2010.
Keputusan:
(a) Dilarang memukul alat gendang atau memainkan apa-apa jenis alatan muzik di dalam masjid atau surau kerana perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan syariat dan akhlak Islam;
(b) Bagaimanapun, penggunaan alat gendang atau apa-apa jua jenis alatan muzik lain bagi menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh Syarak boleh dilaksanakan di luar bangunan masjid, surau atau madrasah dan pelaksanaannya hendaklah berlandaskan Syariat dan akhlak Islam.
Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 5 Jan, 2012
Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/02/10; PUNM. 700-02/37 Jld. 2
Akta/Enakmen: Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002
Negeri: Melaka.
(Artikal ini di petik daripada tulisan Abu Anas Madani - Hukum Berselawat dan Berzikir Dengan Gendang, Muzik dan Tarian )
Firman Allah SWT :
ÙَۧÙŰłَّۧ۱ِÙُ ÙَۧÙŰłَّۧ۱ِÙَŰ©ُ ÙَۧÙْŰ·َŰčُÙۧ ŰŁَÙْŰŻِÙَÙُÙ
َۧ ŰŹَŰČَۧۥً ŰšِÙ
َۧ ÙَŰłَŰšَۧ ÙَÙَۧÙًۧ Ù
ِÙَ ۧÙÙَّÙِ ÙَۧÙÙَّÙُ ŰčَŰČِÙŰČٌ ŰَÙِÙÙ
ٌ (38)
Maksudnya, "Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".(Surah al-Ma'idah (5) ayat 38)
Setiap kejahatan ada hukumannya. Pelakunya akan dikenakan hukuman itu. Begitu pula halnya seorang pencuri akan dikenakan hukuman karena ia melanggar larangan mencuri. Seseorang, baik laki-laki maupun perempuan yang mengambil harta orang lain dari tempatnya yang layak dengan diam-diam, dinamakan "pencuri".
Seorang yang telah akil balig mencuri harta orang lain dari tempatnya yang nilainya sekurang-kurangnya seperempat dinar, dengan kemauannya sendiri dan tidak dipaksa dan mengetahui bahwa perbuatannya itu haram, dilarang oleh Agama, maka orang itu sudah memenuhi syarat untuk dikenakan hukuman potong tangan kanan, sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT. dalam ayat ini.
Suatu pencurian dapat ditetapkan apabila ada bukti-buktinya atau ada pengakuan dari pencuri itu sendiri dan hukuman potong tangan tersebut dapat gugur apabila pencuri itu dimaafkan oleh orang yang dicuri hartanya dengan syarat sebelum perkara tersebut di bawa kehadapan hakim yang bertanggungjawab.
Pelaksanaan hukum potong tangan ini dilaksanakan oleh hakim yang di berikan amanah di dalam urusan pengadilan.
Penetapan nilai harta yang dicuri, yang dikenakan hukum potong tangan bagi pelakunya yaitu sekurang-kurangnya seperempat dinar sebagaimana tersebut di atas, adalah pendapat Jumhur Ulama, baik ulama salaf maupun Ulama Khalaf (Pendapat yang lain mengatakan bahwa hukuman itu tetap dijalankan sekali pun nilai harga yang dicuri itu hanya satu dirham. Bahkan ada juga yang berpendapat bahwa tidak perlu adanya pembatasan nilai barang yang dicuri itu berdasarkan erti dari ayat yang sifatnya umum, nilainya sedikit atau banyak, asal ia mencuri dapat dibuktikan) berdasarkan sabda Rasulullah itu, sebagai berikut:
ÙŰ§Ù Ű±ŰłÙÙ Ű§ÙÙÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
ÙÙŰ·Űč ÙŰŻ ۧÙŰłŰ§Ű±Ù ÙÙ Ű±ŰšŰč ŰŻÙÙۧ۱ Ù۔ۧŰčۯۧ
Maksudnya, "Rasulullah SAW. memotong tangan pencuri itu bilamana nilai (yang dicuri) seperempat dinar ke atas." (H.R. Bukhari dan Muslim dari Aisyah)
Dan baginda bersabda:
Ùۧ ŰȘÙŰ·Űč ÙŰŻ ۧÙŰłŰ§Ű±Ù Ű„Ùۧ ÙÙ Ű±ŰšŰč ŰŻÙÙۧ۱ Ù۔ۧŰčۯۧ
Maksudnya, "Tidaklah dipotong tangan pencuri itu kecuali pada nilai (yang dicuri) seperempat dinar ke atas. (H.R. Muslim dari Aisyah)
Seorang pencuri yang telah dipotong tangan kanannya, kemudian ia mencuri lagi dengan syarat-syarat seperti semula maka dipotonglah kaki kirinya yaitu dan ujung kaki sampai pergelangan.
Kalau ia mencuri lagi untuk ketiga kalinya, dipotong lagi tangan kirinya, kalau ia mencuri lagi untuk keempat kalinya, dipotong lagi kaki kanannya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW. mengenai-pencuri sebagai berikut:
Ű„Ù ŰłŰ±Ù ÙۧÙŰ·ŰčÙۧ ÙŰŻÙ Ű«Ù
Ű„Ù ŰłŰ±Ù ÙۧÙŰ·ŰčÙۧ ۱ۏÙÙ Ű«Ù
Ű„Ù ŰłŰ±Ù ÙۧÙŰ·ŰčÙۧ ÙŰŻÙ Ű«Ù
Ű„Ù ŰłŰ±Ù ÙۧÙŰ·ŰčÙۧ ۱ۏÙÙ
Maksudnya, "Apabila ia mencuri, potonglah tangan (kanan)nya, kalau ia mencuri lagi potonglah kaki (kiri)nya, kalau masih mencuri lagi potonglah tangan (kiri)nya dan kalau ia masih juga mencuri potonglah kaki (kanan)nya.
Kalau ini semua sudah dilaksanakan tetapi ia masih juga mencuri untuk kelima kalinya, maka ia dita'zir; ertinya diberi hukuman menurut yang ditetapkan oleh penguasa, misalnya dipenjarakan atau diasingkan ke tempat lain di mana ia tidak dapat lagi mencuri.
Potong tangan ini diperintahkan Allah SWT. sebagai hukuman kepada pencuri, baik laki-laki maupun perempuan, kerana Allah SWT. Maha Perkasa, maka Ia tidak akan membiarkan pencuri-pencuri dan manusia lainnya berbuat maksiat.
Allah Maha Bijaksana di dalam menetapkan sesuatu seperti menetapkan hukum potong tangan bagi pencuri, kerana yang demikian itu apabila diperhatikan lebih dalam, tentu akan tampak dalam pelaksanaannya maslahat yang banyak, sekurang-kurangnya dapat membatasi merajalelanya pencurian itu.
Apa saja yang diperintahkan Allah SWT. pasti akan mendatangkan maslahat dan apa saja yang dilarang-Nya pasti akan mengakibatkan kerosakan dan kehancuran apabila dilanggar.
Tafsir Jalalain Surah Al Ma'idah ayat 38
ÙَۧÙŰłَّۧ۱ِÙُ ÙَۧÙŰłَّۧ۱ِÙَŰ©ُ ÙَۧÙْŰ·َŰčُÙۧ ŰŁَÙْŰŻِÙَÙُÙ
َۧ ŰŹَŰČَۧۥً ŰšِÙ
َۧ ÙَŰłَŰšَۧ ÙَÙَۧÙًۧ Ù
ِÙَ ۧÙÙَّÙِ ÙَۧÙÙَّÙُ ŰčَŰČِÙŰČٌ ŰَÙِÙÙ
ٌ (38)
(Laki-laki yang mencuri dan wanita yang mencuri) al yang terdapat pada keduanya menunjukkannya sebagai isim maushul dan berfungsi sebagai mubtada, mengingat al mirip dengan syarat maka khabarnya diawali dengan fa, yaitu (maka potonglah tangan mereka) tangan kanan masing-masing mulai dari pergelangan. Dinyatakan oleh sunah bahwa hukum potong itu dilaksanakan jika yang dicuri itu bernilai seperempat dinar atau lebih; jika perbuatannya itu diulanginya lagi maka yang dipotong kakinya yang kiri dari pergelangan kaki, kemudian tangan kiri lalu kaki kanan dan setelah itu dilakukan hukum takzir (sebagai balasan) manshub sebagai mashdar (atas apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan) ertinya hukuman bagi mereka (dari Allah dan Allah Maha Perkasa) ertinya menguasai segala urusan (lagi Maha Bijaksana) terhadap makhluk-Nya.
Firman Allah SWT :
ÙَÙَÙ
َّۧ ŰłَÙ
ِŰčَŰȘْ ŰšِÙ
َÙْ۱ِÙِÙَّ ŰŁَ۱ْŰłَÙَŰȘْ Ű„ِÙَÙْÙِÙَّ ÙَŰŁَŰčْŰȘَŰŻَŰȘْ ÙَÙُÙَّ Ù
ُŰȘَّÙَŰŁً ÙَŰąŰȘَŰȘْ ÙُÙَّ ÙَۧŰِŰŻَŰ©ٍ Ù
ِÙْÙُÙَّ ŰłِÙِّÙÙًۧ ÙَÙَۧÙَŰȘِ ْۧ۟۱ُŰŹْ ŰčَÙَÙْÙِÙَّ ÙَÙَÙ
َّۧ ۱َŰŁَÙْÙَÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ْÙَÙُ ÙَÙَŰ·َّŰčْÙَ ŰŁَÙْŰŻِÙَÙُÙَّ ÙَÙُÙْÙَ Űَۧێَ ÙِÙَّÙِ Ù
َۧ Ùَ۰َۧ ŰšَŰŽَ۱ًۧ Ű„ِÙْ Ùَ۰َۧ Ű„ِÙَّۧ Ù
َÙَÙٌ Ùَ۱ِÙÙ
ٌ (31)
Maksudnya, "Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan), kemudian dia berkata (kepada Yusuf): `Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka.` Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa) nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: `Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia." (Surah Yusof. (12) ayat 31)
Tutur kata perempuan-perempuan itu sampai juga ke telinga istri Perdana Menteri yang menyebabkan ia merasa marah bercampur malu. Dia tidak mengira bahwa berita mengenai dirinya akan tersebar luas seperti itu, sebab sudah cukup usahanya untuk menutupi rahasia itu. Dia carilah akal bagaimana caranya menutup malu yang sudah tersebar luas itu. Maka diundangnyalah perempuan-perempuan terkemuka itu datang ke rumahnya menghadiri suatu jamuan.
Untuk pesta itu sudah diatur tempat sebaik-baiknya, makanan yang enak-enak sudah disediakan, minuman yang berbagai macam sudah disiapkan. Tidak ketinggalan persediaan buah-buahan yang ranum dan manis yang bermacam jenis dan ragamnya. Di meja makanan sudah disusun kursi-kursi yang bagus untuk dapat duduk bersantai, menikmati makanan-makanan dan buah-buahan yang lezat cita rasanya.
Undangan ini mendapat sambutan yang hangat, lebih-lebih dari perempuan-perempuan yang ingin mengetahui kejadian yang sudah menjadi buah bibir selama ini, terutama ingin melihat anak muda yang bernama Yusuf itu. Meriah sekali pesta itu. Gelak ketawa bersahut-sahutan, omong dan kelakar menjadi-jadi. Bermacam makanan yang dihidangkan tidak putus-putusnya, habis satu datang yang lain. Begitu juga minum-minuman. Terakhir sekali dihidangkan buah-buahan.
Kepada masing-masing yang hadir diserahkan sebuah pisau untuk mengupas buah-buahan, istri Perdana Menteri yang menjadi tuan rumah memerintahkan kepada Yusuf untuk keluar ke tengah-tengah para tamu yang sedang duduk bersantai memotong buah-buahan untuk memperkenalkan dirinya.
Maka keluarlah Yusuf di hadapan tamu-tamu itu. Baru saja perempuan-perempuan itu melihat wajah Yusuf yang sangat elok itu seperti bulan purnama raya, kagumlah mereka melihatnya, bahkan lupa akan diri mereka masing-masing terpesona oleh kegagahan (ketampanan) Yusuf. Dengan tidak sadar, pisau yang ada di tangan mereka, mereka potongkan ke tangan dan jari mereka sendiri dan mereka tidak merasakan sakit perihnya.
Dari mulut mereka keluar kata-kata: "Maha Sempurna Allah bukanlah dia manusia tetapi adalah malaikat yang mulia." Begitu kagum dan tercengang mereka melihat Yusuf yang sangat menawan dan mendenyutkan jantung mereka, yang mereka bicarakan sehari-hari dengan mempersalahkan dan mengejek istri Perdana Menteri.
Tafsir Jalalain Surah Yusuf 31
ÙَÙَÙ
َّۧ ŰłَÙ
ِŰčَŰȘْ ŰšِÙ
َÙْ۱ِÙِÙَّ ŰŁَ۱ْŰłَÙَŰȘْ Ű„ِÙَÙْÙِÙَّ ÙَŰŁَŰčْŰȘَŰŻَŰȘْ ÙَÙُÙَّ Ù
ُŰȘَّÙَŰŁً ÙَŰąŰȘَŰȘْ ÙُÙَّ ÙَۧŰِŰŻَŰ©ٍ Ù
ِÙْÙُÙَّ ŰłِÙِّÙÙًۧ ÙَÙَۧÙَŰȘِ ْۧ۟۱ُŰŹْ ŰčَÙَÙْÙِÙَّ ÙَÙَÙ
َّۧ ۱َŰŁَÙْÙَÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ْÙَÙُ ÙَÙَŰ·َّŰčْÙَ ŰŁَÙْŰŻِÙَÙُÙَّ ÙَÙُÙْÙَ Űَۧێَ ÙِÙَّÙِ Ù
َۧ Ùَ۰َۧ ŰšَŰŽَ۱ًۧ Ű„ِÙْ Ùَ۰َۧ Ű„ِÙَّۧ Ù
َÙَÙٌ Ùَ۱ِÙÙ
ٌ (31)
(Maka tatkala wanita itu mendengar cercaan mereka) pergunjingan mereka terhadap dirinya (diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya) Zulaikha mempersiapkan (bagi mereka makanan) yang harus dipotong terlebih dahulu dengan pisau dan beralaskan pada talenan (dan diberikannya) Zulaikha memberikan (kepada masing-masing mereka sebuah pisau, kemudian dia berkata) kepada Yusuf ("Keluarlah kepada mereka."
Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka merasa kagum terhadapnya) kepada ketampanan dan keelokan rupanya (dan mereka melukai jari tangannya) dengan pisau-pisau yang mereka pegang itu tanpa mereka sadari dan tanpa merasa sakit karena kekaguman mereka terhadap ketampanan Yusuf (dan berkatalah mereka, "Maha Sempurna Allah) dimaksud sebagai ungkapan memahasucikan Allah swt. (ini bukanlah) artinya Nabi Yusuf ini (manusia tetapi) melainkan (ia adalah malaikat yang mulia.") mengingat ketampanan dan keelokan rupanya hal ini tidak akan ditemui pada manusia. Di dalam sebuah hadis disebutkan bahwasanya Nabi Yusuf telah dianugerahi separuh dari ketampanan dan keelokan rupa.