Tuesday, November 1, 2011

Hidupkan Ucapan Salam Untuk Melahirkan Ukhwah Sesama Muslim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salam adalah satu ucapan untuk mendoakan kesejahteraan dan keamanan ke atas seorang muslim yang lain. Salam adalah satu ucapan yang disyariatkan oleh Allah SWT .

Al-Quran telah memberikan arahan khusus tentang salam ini. Didalam Surat An Nuur ayat 27, Allah melarang memasuki rumah orang lain sebelum meminta izin penghuninya dan memberi salam.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu agar kamu (selalu) ingat. Dan jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu, 'kembalilah!'. Maka (hendaklah) kamu kembali. Itu lebih suci bagimu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Surah an-Nuur ayat 27-28)

Asbabun Nuzul ayat 27-28.
Adi bin Tsabit r.a. menceritakan, bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang wanita Ansar yang suatu ketika mengadu kepada Rasulullah SAW : "Wahai Rasulullah, jika aku sendiri dirumahku dan tidak ingin dilihat orang lain, selalu saja ada lelaki datang dari keluargaku masuk kedalam rumahku. Apa tindakanku?" (Hadis Riwayat Faryabi dan Ibnu Jarir. Lihat al-Wahidi Hal 271)

Larangan memasuki rumah orang lain tanpa izin dan salam itu, telah ditegaskan lagi oleh Nabi SAW, bahawa jika sudah sampai tiga kali mengucapkan salam dan tidak dijawab oleh tuan rumah, maka kita harus meninggalkan rumah itu. Demikian pula halnya seseorang yang ingin memasuki rumahnya sendiri.

Firman Allah SWT maksudnya : “….Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang bererti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat(Nya) bagimu, agar kamu memahaminya” (Surah an-Nuur ayat 61)

Rasulullah SAW memberi salam lebih dahulu bila bertemu dengan seseorang, baik yang baginda temui itu anak-anak, wanita maupun dewasa. Dalam riwayat Muttafaq’alaihi berasal dari Anas bin Malik, ia menyebutkan, ia bertemu anak-anak lalu memberi salam, kerana adalah Rasulullah SAW berbuat demikian. Dari Amma’ binti Yazid, Riawayat Abu Daud dan Tirmizi, bahawa ia dan serombongan wanita lainnya bertemu Nabi SAW lalu baginda memberi salam kepada mereka.

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW  dan berkata, ‘assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk.Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata ‘assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata ‘assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala. (Hadis Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)

Salam bermakna memberi keamanan. Sewaktu kalimah salam diucap terhadap sescorang muslim dengan berkata sesungguhnya kita meniatkan dan mendoakan dijiwanya mempunyai ketenangan, ketenteraman, gembira dan bahagia sepanjang masa, begitu juga sebaliknya harapan dari yang menjawab terhadap pemberi salam. Dengan demikian terlerailah segala perasaan hasad dengki, dendam kesumat dan sebagainya, sebaliknya tersemai dan terjalinlah perasaan persaudaraan antara satu sama lain.

Kemanisan wajah yang tersenyum manis dan keramahan yang diadunkan dengan gerak geri beradab, sopan santun bersama kehalusan budi akan mengeratkan tali persaudaraan dengan adanya kalimah salam yang diucapkan. Maka di kala itu, bayangan persengketaan jauh sekali. Itulah amalan muslim ke arah keutuhan umah.

Sahabat yang dimuliakan,
Jika kita berhubung sahabat-sahabat kita melalui E.mail, pesanan ringkas, facebook,  telefon bimbit janganlah di tulis 'salam' untuk kata-kata awal tetapi hendaklah menulis 'assalamualaikum' atau 'assalamualaikum warahmatullah'  atau 'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh'. Walaupun kita rasa panjang sangat untuk menulisnya, tetapi biasakanlah dengan sesuatu yang sempurna, kerana perkataan 'salam' ucapan ini tidak lengkap. Sebutan 'assalamualaiku' bermakna 'sejahtera atas kamu'. Doa seperti ini perlu kita amalkan kerana ianya ibadah dan mendapat pahala di sisi Allah SWT.

Salam merupakan asas bagi setiap muslim dan muslimah yang perlu diketahui dan dijadikan pegangan serta amalan dalam pergaulan harian. Hukum memberikan salam itu adalah sunat dan Nabi SAW melakukan demikian serta melazimi dan membiasakan diri dengan memberi salam. Manakala hukum menjawab salam pula adalah wajib iaitu sekiranya tidak menjawab hukumnya berdosa.

Dan pada surat An Nisa' ayat 86 Allah SWT memerintahkan menjawab salam itu dengan sebaik-baiknya ataupun dengan sepadan dengan pemberiaan ucapan salam itu.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan apabila kamu diberikan penghormatan (huyyitum) dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah an-Nisa' ayat 86)

Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mengucapkan sesuatu yang baik dan bermakna seperti salam atau seumpamanya yang menandakan penghormatan terhadap orang lain seperti tabik, lambaian tangan dan sebagainya. Maka dengan itu kita hendaklah membalasnya dengan sebaik mungkin kerana Allah Maha Mengetahui tentang segala yang dilakukan oleh hamba-Nya sama ada melalui amalan dan niat. Inilah yang dihitungkan ke atas hamba-Nya.

Dari ayat di atas Rasulullah SAW  menjelaskan melalui  hadisnya  yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud : "Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan keatas yang duduk, yang sedikit ke atas yang hanyak dan pada satu riwayat yang kecil ke atas yang besar". (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis ini memberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu penghormatan dari seorang kepada orang lain dalam Islam. Ucapan salam, itu tidak semestinya dilakukan dengan perkataan tetapi juga boleh dilakukan dengan isyarat seperti membunyikan hon kenderaaan ketika memandu. Dengan perkataan lain ucapan salam ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut keadaan waktu dan tempat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita amalkan memberi salam kepada saudara kita dimana saja kita berjumpa kerana Allah SWT akan mengampunkan dosa orang yang menucapkan salam dan menjawab salam. Sebagaimana Nabi SAW pernah bertanya pada iblis laknatullah mengenai kelebihan salam.

Apabila baginda bertanya iblis apakah tindakkannya apabila umatnya memberi salam sesama mereka, maka Iblis berkata : "Ya Nabi Allah, akan pecahlah daku apabila umatmu bertemu dijalanan lantas salah seorang daripadanya memberi salam dan yang lain menjawabnya sehingga aku menangis, melolong kesedihan. Kerana keduanya telah mendapat keampunan setelah keduanya berpisah".

Oleh itu sebarkanlah salam kerana banyak fadilat dan kebaikan salam, sebagaimana Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu". (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a).

Monday, October 31, 2011

Hiasilah Akhlak Kalian Dengan Sifat Malu

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sifat malu itu adalah satu fitrah kurniaan Allah SWT kepada semua manusia . Sifat inilah yang membezakan di antara manusia dangan haiwan. Apabila manusia sudah hilang sifat malu maka taraf manusia adalah sama dengan haiwan atau mungkin lebih rendah lagi.

Sifat malu juga adalah sifat terpuji kerana sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan disebabkan sifat malu menghalang seseorang melakukan kesalahan serta kemungkaran. 
 
Apabila seseorang mempunyai sifat malu maka ianya akan meninggikan darjat keimanannya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang iman."
(Hadis riwayat Bukhari)

Hilangnya perasaan malu dalam jiwa boleh menyebabkan seseorang insan itu tanpa segan silu mengerjakan maksiat Mengenai hubungan iman dan malu, Ibnu Quthaibah berkata, sifat malu dapat menghalang dan menghindarkan seseorang melakukan kemaksiatan seperti iman. Maka sifat malu disebut sebagai iman, seperti sesuatu dapat diberi nama dengan nama lain yang dapat menggantikan makna perkataan tersebut.

Sifat malu adalah gabungan daripada sifat takut akan dosa dan keinginan untuk menjaga kesucian diri. Namun sifat malu tidak seharusnya menyebabkan seseorang itu mensia-siakan hak Allah dan Rasul-Nya, diri sendiri serta ahli keluarganya.

Kita tidak boleh malu menuntut ilmu, melaksanakan amar makruf nahi mungkar atau malu untuk bekerja mencari nafkah. Sifat malu sebegini adalah malu yang tercela dan hanya menunjukkan kelemahan jiwa seseorang insan

Oleh itu hendaklah kita memupuk dalam jiwa perasaan malu yang positif kerana ia adalah akhlak Islam yang dituntut. Sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu."
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

Rasulullah SAW  bersabda lagi:  "Sesungguhnya Allah Maha Pemalu (al-Hayaa) dan Maha Menutupi (al-Sitr), Dia mencintai rasa malu dan yang tertutup. Apabila salah seorang daripada kalian mandi, maka hendaklah dia menutupi diri."
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

Sahabat yang dimuliakan,
Malu antara sifat terpuji yang melambangkan ketinggian budi pekerti muslim dan ketebalan imannya. Sifat malu juga satu petanda membuktikan iman itu bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, sebaliknya mereka yang tidak mempunyai rasa malu bermakna sudah hilang imannya.

Rasulullah SAW. bersabda bermaksud: “Malu dan iman itu adalah teman yang seiring jalan. Jika salah satu daripadanya terangkat (tiada), nescaya terangkat (tiada) juga yang satu lagi.”
(Hadis riwayat Muslim)

Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda maksudnya :

"Malulah kamu sekelian kepada Allah dengan sebenar-benarnya. "

"Wahai Rasulullah bukankah kita sudah malu dengan Allah?"

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Bukan itu yang di namakan malu dengan Allah, akan tetapi yang di namakan malu dengan Allah yang sesungguhnya adalah orang yang sudah boleh menjaga kepalanya dari maksiat dan apa yang ada di kepalanya, dan menjaga perutnya jangan sampai masuk barang yang haram, dan menjaga kemaluannya jangan sampai berzina, dan menjaga tangan dan kakinya dari perbuatan maksiat, dan ingat dengan mati, dan ingat bahawa dirinya akan rosak. Dan barangsiapa yang menghendaki kebahagiaan akhirat hendaklah meninggalkan kesenangan dunia dan memilih kebahagiaan akhirat daripada dunia, barangsiapa yang sudah dapat mengerjakan semua yang telah tersebut di atas barulah orang tersebut di namakan orang yang malu kepada Allah, orang yang malu kepada Allah adalah orang yang malu bila melakukan maksiat sehingga tidak jadi mengerjakan maksiat dan itulah yang di namakan malu yang sesungguhnya."

Seorang yang mempunyai budi pekerti yang baik adalah mereka yang rasa malu bila mengerjakan maksiat. Sentiasa berbuat baik, benar perkataannya, tidak berkata dengan perkataan yang keji (lucah), sedikit bicaranya kecuali ada menfaatnya, banyak amal soleh, sedikit kesalahannya, tidak berlebih-lebihan dalam semua perkara, suka menyambung persaudaraan, bersopan santun, banyak bersabar, sentiasa bersyukur kepada Allah, kasih sayang terhadap orang lain, menjaga diri dari yang tercela, tidak mudah marah, tidak mengadu domba (menghasut) orang lain, tidak mengumpat, tidak dengki dan iri hati, tidak bakhil, kalau dia mencintai sesuatu hanya kerana Allah dan membenci sesuatu juga kerana Allah dan kalau dia marah juga marah kerana Allah.

Ramai wanita Islam hari ini mendedahkan aurat tanpa rasa segan silu. Menampakkan perhiasan diri tanpa ada perasaan malu kepada Allah SWT . Bersolek berlebih-lebihan, berwangi-wangian, pakaian yang menjolok mata hingga menampakkan bentuk tubuh badannya dan seksi, kadangkala merobah bentuk asal wajahnya dengan di lakukan pembedahan plastik, menggunakan botox dan lain-lain, semua ini tidak menampakkan ciri-ciri wanita solehah.

Sahabat yang dikasihi,
Di sudut yang lain pula, kita lihat gejala sosial telah melanda dengan hebatnya para remaja lelaki dan perempuan berdua-duaan dan berpasang-pasangan tanpa segan dan malu memenuhi taman-taman bunga, pusat membeli belah, tepi-tepi pantai dan pusat-pusat hiburan.

Dalam keadaan seperti ini siapakah yang perlu di salahkan? Untuk mengubati penyakit-penyakit ini setiap kita (ibu bapa, guru-guru,alim ulama', para da'ie, pertubuhan dan persatuan Islam, jemaah Islam dan jabatan Agama Islam) berperanan dan bersatu tenaga untuk merawat dan jalankan proses pemulihannya. Kita tidak boleh menggunakan cara dan kaedah lain, melainkan kembali kepada kaedah rawatan yang di jalankan oleh Rasulullah SAW  iaitu membaiki aqidah dan keimanan manusia terlebih dahulu sebelum membaiki kelemahan-kelemahan yang lain.

Apa sahaja berbentuk kelucahan adalah amalan dan kesukaan iblis dan syaitan. Iblis dan syaitan akan bekerja keras untuk menghancurkan sifat malu dan kesucian manusia. Islam menganggap semua ini sebagai zina. Zina mata, zina perasaan, zina lisan. Ia akan menjurus kepada zina yang sebenarnya. Allah s.w.t. melarang semua ini, firman-Nya di dalam surah Al-Isra' ayat 32 yang bermaksud, "Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya ia (zina) itu adalah perbuatan keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)."

Akhirkata apabila proses tarbiah dan dakwah berjalan dan berfungsi sepenuhnya di dalam masyarakat, akan lahirlah individu-individu Muslim Mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT dan perasaan malu kepada Allah SWT berfungsi dalam kehidupan kita.

Sunday, October 30, 2011

Hayati 15 Sifat-sifat Ibadur Rahman (Hamba Allah) Yang di Rahmati Allah SWT Dunia dan Akhirat

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
 Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam Surah al-Furqan ayat 63-77, Allah SWT menyatakan 15 sifat-sifat Ibadur Rahman (hamba Allah)  yang mendapat kemuliaan dan keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

63  Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih (Ibadur Rahman) itu adalah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina) mereka mengucapkan "salam". (QS. 25:63)

64 Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.,(QS. 25:64)

65 Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal".(QS. 25:65)

66 Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.(QS. 25:66)

67 Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.(QS. 25:67)

68 Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya),(QS. 25:68)

69 (Yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina,(QS. 25:69)

Asbabun Nuzul ayat 68 - 69.

Ibnu Masud r.a berkata, "Kedua-dua ayat ini diturunkan berkenaan denganku yang suatu ketika bertanya kepada Rasulullah SAW tentang dosa yang paling besar. Baginda menjawab,"Menyekutukan Allah, padahal Dialah yang menciptakanmu." Aku bertanya hal yang sama lagi. Rasulullah SAW menjawab, "Membunuh anakmu kerana kamu takut miskin". Aku bertanya lagi. Baginda pun menjawab, "Berzina dengan tetanggamu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

70 kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. 25:70)

71 Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.(QS. 25:71)

72 Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.(QS. 25:72)

73 Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.(QS. 25:73)

74 Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (QS. 25:74)

75  Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,(QS. 25:75)

76 mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.(QS. 25:76)

77 Katakanlah (kepada orang-orang musyrik):` Tuhanku tidak mengindahkan kamu, melainkan kalau ada ibadatmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadat kepada-Nya), padahal kamu sungguh telah mendustakan-Nya?, Kerana itu kelak (azab) pasti (menimpamu) (QS. 25:77)

Berdasarkan ayat-ayat di atas  terdapat 15 sifat-sifat Ibadur Rahman (hamba Allah) :

1. Berjalan dimuka bumi dengan rendah hati.

2. Bila disapa oleh orang yang jahil akan dibalas dengan ucapan salam (sejahtera) kepada mereka.

3. Pada waktu malam sentiasa melaksanakan solat tahajud.

4. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dijauhi seksaan Neraka Jahanam.

5. Sentiasa membelanjakan hartanya dengan berhati-hati tidak membazir dan tidak kikir.

6. Tidak mempersekutukan  Allah SWT dengan makhluk-Nya  iaitu menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.

7. Tidak membunuh manusia melainkan apa yang dibenarkan oleh syarak.

8. Tidak melakukan perbuatan berzina.

9. Sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

10. Sentiasa mengerjakan amal soleh.

11. Tidak menjadi saksi palsu

12. Bila bertemu orang yang suka membuat perbuatan tidak berfaedah, tidak dilayainya untuk menjaga kehormatan diri.

13. Sentiasa menerima peringatan dan arahan Allah SWT dengan hati yang terbuka tanpa ragu-ragu.

14. Sentiasa berdoa supaya dikurniakan isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati.

15. Sentiasa berdoa supaya menjadi pemimpin untuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Huraian untuk sifat-sifat di atas adalah seperti berikut :

1. Berjalan dimuka bumi dengan rendah hati.

Seorang mukmin peribadinya seimbang dengan menundukkan pandangan bila berjalan dan tidak merasa  sombong dan bangga diri. Sebagaimana Luqman memberi nasihat kepada anaknya seperti firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 18 yang bermaksud : "Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."

2. Bila disapa oleh orang yang jahil akan dibalas dengan ucapan salam (sejahtera) kepada mereka.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila Allah SWT menghimpunkan makhluk-Nya di hari kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami di zalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang beramal".

3. Pada waktu malam sentiasa melaksanakan solat tahajud .

Dalam al-Quran Allah SWT menceritakan sifat orang bertakwa sentiasa melaksanakan solat tahajud , firman-Nya yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”  ( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

4. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dijauhi seksaan Neraka Jahanam.

Sifat orang mukmin ini digambarkan dalam firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 16 yang bermaksud : "(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka".

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bila seseorang selesai membaca tasyahud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari seksa neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)". (Hadis riwayat Muslim)

5. Sentiasa membelanjakan hartanya dengan berhati-hati tidak membazir dan tidak kikir.

Firman Allah SWT : “Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
(Surah al-Israk ayat 26 – 27)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “… dan takutlah kamu dari sifat kikir, kerana sesungguhnya sifat kikir itu telah membinasakan umat sebelum kalian, yang mendorong mereka melakukan pertumpahan darah dan menghalalkan semua yang diharamkan Allah.” (Hadis Riwayat Muslim)

6. Tidak mempersekutukan  Allah SWT dengan makhluk-Nya  iaitu menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisa' ayat 48).

7. Tidak membunuh manusia melainkan apa yang dibenarkan oleh syarak.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.”
(Surah An- Nisa’ ayat 93)

Dari Ibnu Mas’ud radiallahuanhu dia berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda : "Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah dan bahwa saya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab : Orang tua yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan agamanya berpisah dari jamaahnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Tidak melakukan perbuatan berzina.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
(Surah Al- Israa’ ayat 32)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.”
(Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

9. Sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :“Barangsiapa bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat orang tersebut.”
(Hadis Riwayat Muslim)

10. Sentiasa mengerjakan amal soleh.

Firman Allah SWT yang bermaksud :  “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi ayat 110)

11. Tidak menjadi saksi palsu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Dipastikan dua kaki dari orang yang bersaksi palsu itu pada hari kiamat nanti akan melangkah ke neraka" ( Hadis Riwayat Ibn Majah dan Hakim)"

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mahukah ku tunjukan tentang dosa yang paling besar? Iaitu syirik kepada Allah, derhaka kepada orang tua, ingatlah ucapan-ucapan dusta dan ingatlah saksi yang dusta dan Nabi mengulang-ngulangi hingga kami (para sahabat berkata
( dalam hati): ohh, bilakah baginda hendak diam" (Hadis Riwayat Bukhari )

12. Bila bertemu orang yang membuat perbuatan tidak berfaedah tidak dilayainya untuk menjaga kehormatan diri.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sebaik-baik Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang bukan kepentingannya."  (Hadis Riwayat Tarmizi)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Jangan banyak bicara selain zikir kepada Allah kerana banyak bicara selain zikrullah menyebabkan hati keras dan sejauh-jauh manusia dari Allah ialah yang berhati keras." (Hadis Riwayat Tarmizi)

13. Sentiasa menerima peringatan dan arahan Allah SWT dengan hati yang terbuka tanpa ragu-ragu.

Allah SWT berfirman: “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para sidiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (Surah an-Nisa' ayat 69)

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Apabila kamu merasa gembira setelah melakukan kebaikan dan merasa berdukacita setelah melakukan keburukan, maka itu tandanya kamu beriman" (Hadis riwayat Muslim)

14. Sentiasa berdoa supaya dikurniakan isteri  dan anak-anak yang menyenangkan hati.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya serta setia kepada suami yang soleh.

Firman Allah SWT maksudnya : “Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”
(Surah An-Nisa’ ayat 34)

Orang mukmin sentiasa berdoa semoga mendapat anak yang soleh sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai Tuhanku , anugerahkanlah kepadaku (seorang anak)  yang termasuk orang yang soleh." (Surah Ash-Shaffat ayat 100)

15. Sentiasa berdoa supaya menjadi pemimpin untuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Di dalam ayat yang lain Allah SWT menjelaskan sifat orang bertakwa dalam firman-Nya bermaksud: "iaitu orang yang berdoa:' Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. Iaitu orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang menginfaqkan (ke jalan Allah) dan orang yang memohon keampunan pada waktu sahur '." (Surah Ali Imran, ayat 16-17)

Sahabat yang dimuliakan,
Apakah balasan Allah SWT kepada Ibadur Raman yang memiliki 15 sifat-sifat di atas?

Menerusi ayat 75 Surah al-Furqan, Allah SWT menjanjikan balasan syurga dan memberikan martabat yang tinggi kerana kesabaran mereka melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia semasa hidup di dunia.

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud :  "Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera.”
(Surah al-Insan ayat 10-12)

Oleh itu marilah sama-sama kita mendidik diri kita supaya melayakkan diri kita menjadi Ibadur Rahman (hamba Allah) yang dimuliakan dan mampu memenuhi 15 sifat-sifat seperti yang tersebut diatas. Sentiasalah kita berdoa dan istiqamah di atas jalan Islam hingga mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT di dunia dan akhirat.

Saturday, October 29, 2011

Fahami dan Hayati 13 Rukun Dalam Solat

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Solat adalah perkara penting kerana ianya adalah salah satu rukun Islam yang 5 yang wajib ditunaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana betapa pentingnya solat maka perlulah kita memahami daripada hadis-hadis Nabi SAW yang menjelaskan cara-cara solat dan bacaan-bacaannya untuk menambahkan kefahamana kita mengenai solat. Kita juga perlu memahami 13 rukun solat supaya dapat kita patuhi dan laksanakan dengan betul dan tartib.

Nabi SAW bersabda  yang bermaksud :"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.” (Hadis Riwayat Bukhari no.632)

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Apabila engkau berdiri untuk menunaikan sembahyang hendaklah bertakbir, kemudian bacalah yang mudah olehmu daripada ayat Al-Quran. Kemudian rukuk dengan thuma’ninah, kemudian bangkit sehingga berdiri tegak (i‘tidal), kemudian sujud dengan tuma’ninah, kemudian bangkitlah daripadanya dengan thuma’ninah, dan lakukanlah yang sedemikian itu dalam setiap sembahyangmu".
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sembahyang sama ada fardu atau sunat mestilah memenuhi 13 rukun yang utama seperti berikut:

1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap rukuk tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.

2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.

Daripada ‘Umar bin al-Khaththab (semoga Allah meredhainya), dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Takbiratul ihram.

Dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah, disebutkan bahawa Nabi SAW  memulai solat baginda dengan ucapan Allahu Akbar. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim pula telah disebutkan bahawa Nabi SAW  mengangkat suaranya ketika bertakbir sehingga didengari oleh makmum dibelakangnya. Justeru, para ulama telah menyatakan bahawa bagi seseorang imam, disunatkan baginya untuk menguatkan takbiratul ihramnya sehingga boleh didengari oleh makmum dibelakangnya, manakala bagi seseorang yang menunaikan solat secara bersendirian, maka memadai baginya untuk memperdengarkan takbiratul ihram itu untuk dirinya sahaja (Sila rujuk al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh oleh Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayliy 1/631).

Selepas kita berdiri tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan  takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati.

Syarat-syarat takbir ialah :

a. Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.

b. Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.

c. Takbir diucapkan dalam bahasa Arab .

d. Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.

e. Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.

f. Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.

Sebelum membaca fatihah disunatkan membaca doa iftitah :

Membaca doa iftitah setelah takbirat al-Ihram merupakan satu tuntutan Nabi SAW Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Terdapat sebegitu banyak hadis yang menunjukkan baginda Salallahu 'Alaihi Wasallam amat menitik beratkan pembacaan doa iftitah ini. Walaupun majoriti ulama menyatakan membaca doa iftitah ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat sekiranya tidak dibaca, namun bagi kita yang benar-benar ingin mengikuti sunnah Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam serta mempraktikkan suruhannya.

Sewajarnya kita tidak meninggalkan doa iftitah ini. Apatah lagi memang telah ada dalil dari Nabi Salallahu 'Alaihi Wasallam yang menunjukkan bahawa doa iftitah ini adalah termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat:

Ù„Ű§َ ŰȘَŰȘِمُّ Ű”َÙ„Ű§َŰ©ٌ Ù„ŰŁَŰ­َŰŻٍ مِنْ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ Ű­َŰȘَّى يَŰȘَوَ۶َّŰŁَ فَيَ۶َŰčَ Ű§Ù„ْوُ۶ُÙˆŰĄَ يَŰčْنِي مَوَۧ۶ِŰčَهُ Ű«ُمَّ يُكَŰšِّ۱ُ وَيَŰ­ْمَŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰŹَلَّ

وَŰčَŰČَّ وَيُŰ«ْنِي Űčَلَيْهِ وَيَقْ۱َŰŁُ Űšِمَۧ ŰȘَيَŰłَّ۱َ مِنْ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†ِ.

"Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum dia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa Jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat al-Quran yang mudah baginya (dihafalnya)
(Hadis Riwayat Abu Daud ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856.)

4. Membaca Al-Fatihah.

Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah bin Samit (r.a) berkata hadis daripada Nabi SAW bersabda: "Tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi barangsiapa (yang) tidak membaca dengan al-Fatihah al-Quran."(Hadis riwayat Nasa’i, Termidzi dan Muslim)

Ia adalah rukun pada setiap rakaat semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang.

Selesai membaca do'a iftitah, lalu membaca "ta'awwudz". Bacaan t'awwudz hukumnya sunnat. Lafazhnya yaitu:

A'uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim
Maksudnya : Aku berlinding kepada Allah dari kejahatan setan yang terkutuk.

Seudah ta'awwudz, lalu membaca surah Al Fatihah. membaca surah Al Fatihah pada setiap rakaat solat (wajib/sunnah) hukumnya wajib.

Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil'aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin Ihdinash shiraathal mustaqiim Shirathal ladziina an'amta alaihim gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang merajai hari pembalasan Hanya kepada-Mu kami meyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus Jalan mereka yang Engkau beri ni'mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Kabulkanlah permohonan kami,ya Allah!

Syarat-syaratnya adalah:

a. Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

b. Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.

c. Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.

d. Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.

e. Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.

f. Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.

5. Rukuk.

"Diriwayatkan dari Hudzaifah ra, beliau berkata, "aku pernah solat bersama Nabi SAW. Lalu baginda membaca subhana robbiyal adzimi dalam rukuknya. Dan ketka sujud membaca subhana rab al-a'la. Dan setiap baginda membaca ayat rahmat, Nabi SAW diam lalu berdoa (agar rahmat tersebut diberikan kepadanya), sedangkan pada saat membaca ayat tentang seksa Allah SWT (adzab) baginda selalu memohon perlindungan kepada Allah SWT." (Sunan al-Darimi, no 1273).

Kedua hadis ini tidak menyebutkan kata-kata wabihamdihi.Tetapi dalam riwayat yang lain Nabi SAW pernah membaca wabihamdihi

"Rabi' bin Nafi' menceritakan kepada kami, dari Uqbah bin Amir ra, beliau berkata: Bertasbihlah kamu kepada Tuhanmu Yang Maha Agung," Rasulullah SAW lalu bersabda, "Jadikanlah bacaan itu dalam setiap rukukmu." Manakala turun ayat "Bertasbihlah kepada Tuhanmu Yang Maha Tinggi," Rasulullah kemudian bersabda, kerjakanlah perintah itu dalam setiap sujudmu." (ada riwayat lain) bahwa Ahmad bin Yunus menceritakan kepada kami sebuah hadis yang diriwayatkan dari Uqbah bin Amir ra dengan kandungan yang sama, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW kalau rukuk baginda mengucapkan subhana robbi al- adzimi wa bihamdihi tiga kali." (Sunan Abi Dawud, no 736).

Dari sini menjadi jelas bahwa Rasulullah SAW juga menambahkan wabihamdihi di dalam rukuk dan sujudnya.

Di dalam ruku membaca :

Subhaana rabbiyal azhim wabihamdihi (3x)

Maksudnya : Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.

6. I‘tidal selepas rukuk.

I'tidal :

Ketika bangkit sambil mengucapkan “sami’allahu liman hamidah”. Ini berlaku bagi imam dan orang yang solat sendirian.
Sebagaimana dalam hadits Anas bin Malik disebutkan,

وَŰ„ِ۰َۧ ۱َفَŰčَ فَۧ۱ْفَŰčُÙˆŰ§ ، وَŰ„ِ۰َۧ قَŰ§Ù„َ ŰłَمِŰčَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لِمَنْ Ű­َمِŰŻَهُ . فَقُولُÙˆŰ§ ۱َŰšَّنَۧ وَلَكَ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ

“Jika imam bangkit dari rukuk, maka bangkitlah. Jika ia mengucapkan ‘sami’allahu liman hamidah (ertinya: Allah mendengar pujian dari orang yang memuji-Nya) ‘, ucapkanlah ‘robbana wa lakal hamdu (ertinya: Wahai Rabb kami, bagi-Mu segala puji)’.” (HR. Bukhari no. 689 dan Muslim no. 411)

Setiap orang mengucapkan “robbana wa lakal hamdu, hamdan katsiron thoyyiban mubarokan fiih, mil-assamaa-i, wa mil-al ardhi, wa mil-a maa syi’ta min syai-in ba’du”.

Ucapan robbana wa lakal hamdu, boleh dipilih dari empat jenis bacaan:

a- Allahumma robbanaa lakal hamdu. (HR. Muslim no. 404)

b- Allahumma robbanaa wa lakal hamdu. (HR. Bukhari no. 795)

c- Robbanaa lakal hamdu. (HR. Bukhari no. 722 dan Muslim no. 477)

d- Robbanaa wa lakal hamdu. (HR. Bukhari no. 689 dan Muslim no. 411).

Bacaan yang lebih lengkap ketika i’tidal (bangkit dari rukuk),

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۱َŰšَّنَۧ لَكَ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ مِلْŰĄَ Ű§Ù„ŰłَّمَوَۧŰȘِ وَمِلْŰĄَ Ű§Ù„ŰŁَ۱ْ۶ِ وَمِلْŰĄَ مَۧ ŰŽِŰŠْŰȘَ مِنْ ŰŽَىْŰĄٍ ŰšَŰčْŰŻُ ŰŁَهْلَ Ű§Ù„Ű«َّنَۧۥِ وَŰ§Ù„ْمَŰŹْŰŻِ Ù„Ű§َ مَŰ§Ù†ِŰčَ لِمَۧ ŰŁَŰčْŰ·َيْŰȘَ وَÙ„Ű§َ مُŰčْŰ·ِىَ لِمَۧ مَنَŰčْŰȘَ وَÙ„Ű§َ يَنْفَŰčُ ۰َۧ Ű§Ù„ْŰŹَŰŻِّ مِنْكَ Ű§Ù„ْŰŹَŰŻُّ

“Allahumma robbanaa lakal hamdu mil-assamawaati wa mil-al ardhi, wa mil-a maa syi’ta min syai-in ba’du, ahlats tsanaa-i wal majdi, laa maani’a limaa a’thoita, wa laa mu’thiya lima mana’ta, wa laa yanfa’u dzal jaddi minkal jaddu (artinya: Ya Allah, Rabb kami, bagi-Mu segala puji sepenuh langit dan sepenuh bumi, sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Wahai Tuhan yang layak dipuji dan diagungkan. Tidak ada yang dapat menghalangi apa yang Engkau berikan dan tidak ada pula yang dapat memberi apa yang Engkau halangi, tidak bermanfaat kekayaan bagi orang yang memiliinya, hanyalah dari-Mu kekayaan itu)” (HR. Muslim no. 471).

Keutamaan membaca robbana wa lakal hamdu disebutkan dalam hadits Abu Hurairah,

Ű„ِ۰َۧ قَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ű„ِمَŰ§Ù…ُ ŰłَمِŰčَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لِمَنْ Ű­َمِŰŻَهُ . فَقُولُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۱َŰšَّنَۧ لَكَ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ . فَŰ„ِنَّهُ مَنْ وَŰ§Ùَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ Ű§Ù„ْمَÙ„Ű§َŰŠِكَŰ©ِ Űșُفِ۱َ لَهُ مَۧ ŰȘَقَŰŻَّمَ مِنْ ۰َنْŰšِهِ

“Jika imam mengucapkan sami’allahu liman hamidah, maka hendaklah kalian mengucapkan ‘robbana wa lakal hamdu’. Kerana siapa saja yang ucapannya tadi berbarengan (sama serentak) dengan ucapan malaikat, maka dosanya yang telah lalu akan dihapus.” (HR. Bukhari no. 796 dan Muslim no. 409).

Begitu pula bagi yang mengucapkan,

۱َŰšَّنَۧ وَلَكَ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ ، Ű­َمْŰŻًۧ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ Ű·َيِّŰšًۧ مُŰšَۧ۱َكًۧ فِيهِ

“Robbana walakal hamdu, hamdan katsiron thoyyiban mubaarokan fiih (ertinya: wahai Rabb kami, bagi-Mu segala puji, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan berkah).”

Disebutkan dalam hadits Rifa’ah bin Rofi’, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan bagi orang yang mengucapkan semacam itu,
۱َŰŁَيْŰȘُ Űšِ۶ْŰčَŰ©ً وَŰ«َÙ„Ű§َŰ«ِينَ مَلَكًۧ يَŰšْŰȘَŰŻِ۱ُونَهَۧ ، ŰŁَيُّهُمْ يَكْŰȘُŰšُهَۧ ŰŁَوَّلُ

“Aku melihat ada 30-an malaikat, berlomba-lomba siapakah di antara mereka yang lebih duluan mencatat amalannya.” (HR. Bukhari no. 799)

I'tidal atau bangun dari ruku seraya mengangkat kedua tangan membaca:

Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.")

Dari Abu Hurairah ra berkata : Bahwasanya Nabi SAW bersabda : “Apabila imam membaca “Sami’allahu liman hamidahu” (Allah Maha mendengar bagi siapa yang memuji-Nya), maka bacalah : “Allahumma Robbanaa lakal hamdu” (Ya Allah Tuhan kami hanya kepada Engkaulah segala puji), karena sesungguhnya barangsiapa yang bacaannya bersamaan dengan bacaan malaikat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah berlalu."(Hadis riwayat Bukhari))

I‘tidal bermaksud bangkit daripada rukuk dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.

7. Sujud dua kali dalam setiap rakaat. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud.

Bacaan dalam sujud:

Subhaana rabbiyal a'la wabihamdihi (3x)

Maksudnya : Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Dari Ibnu Abbas ra, berkata : Nabi SAW bersabda : "Aku diperintah sujud diatas tujuh tulang dan dahi, dan baginda memberi isyarat dengan kedua tangannya ke hidung baginda, kedua tangannya, kedua lututnya dan kedua ujung kakinya, dan kami tidak menggabung pakaian dan rambut".(Hadis Riwayat Bukhari)

Syarat-syarat sujud ialah:

a. Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya. (hidung juga hendaklah menyentuh sejadah)

b. Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.

c. Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.

d. Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.

e. Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.

f. Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.

g. Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.

8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak.

Imam An-Nawawi (Al-Majmuk:3/397-403) menjelaskan kaifiyat atau cara duduk antara dua sujud :
Punggung didudukkan di atas tapak kaki kiri, sementara itu didirikan tapak kaki kanan dengan melipatkan anak-anak jari kaki kanan menghala ke kiblat. Inilah kaifiyat duduk antara dua sujud yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Humaid As-Sa‘idiy yang bermaksud :

 "Telah berkata Abu Humaid As-Sa‘idiy: "Aku adalah orang yang paling hafal (mengetahui) akan shalatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Aku melihat ketika Baginda bertakbir, Baginda mengangkatkan tangan Baginda sejajar dengan dua bahunya. Apabila rukuk, Baginda letakkan kedua tangannya pada kedua lutut. Kemudian Baginda membungkukkan punggung. Apabila Baginda mengangkat kepala (dari rukuk) Baginda tegak sehingga setiap tulang belakangnya kembali ke tempatnya. Apabila sujud Baginda letakkan kedua tangan Baginda dengan tidak mencengkam dan tidak pula menggenggam, dan Baginda hadapkan hujung jari-jari Baginda ke arah kiblat. Apabila Baginda duduk pada rakaat ke dua, Baginda duduk di atas kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Apabila Baginda duduk pada rakaat akhir maka Baginda julurkan kaki kiri dan ditegakkannya kaki kanan dan Baginda duduk di atas tempat duduk Baginda (tikarnya)". (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Ketika melakukan duduk antara dua sujud itu, disunatkan membaca doa:

(Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii )

Maksudnya: "Ya Tuhan! Ampunilah aku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, angkatlah kedudukanku, kurniakanlah kepadaku rezeki, dan berilah aku petunjuk serta berilah kepadaku kesihatan."

Doa seumpama ini diriwayatkan dalam beberapa hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, di antaranya yang bermaksud :
"Daripada Ibnu ‘Abbas sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membaca doa ketika duduk antara dua sujud: "Ya Allah! Ampunilah dosaku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, berilah aku petunjuk dan kurniakanlah aku rezeki." Manakala di dalam riwayat Ibnu Majah (ditambah): "Angkatkanlah kedudukanku." (Hadis riwayat At-Tirmidz)

Syarat-syaratnya ialah:

a. Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.

b. Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.

c. Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.

9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam.

Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke kiblat.

10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir.

Disebut tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat kerana dimulai dengan kata-kata ATTAHIYYATU, yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua jenis , iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.

Lafaz tasyahhud awal :

Ű§Ù„ŰȘَّŰ­ِيَّۧŰȘُ Ű§Ù„ْمُŰšَۧ۱َكَۧŰȘُ Ű§Ù„Ű”َّلَوَۧŰȘُ Ű§Ù„Ű·َّيِّŰšَۧŰȘُ ِللهِ ، Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكَ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ وَ۱َŰ­ْمَŰ©ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ وَŰšَ۱َÙƒŰ§َŰȘُهُ Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْنَۧ وَŰčَلَى ŰčِŰšَۧۯِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­ِيْنَ . ŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنْ Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ وَŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنَّ مُŰ­َمَّŰŻًۧ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡. Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű”َلِّ Űčَلَى  مُŰ­َمَّŰŻ وŰčلى ŰąÙ„ِ مُŰ­َمَّŰŻ

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa  Muhammad wa ‘ala aalihi Muhammad”


Maksudnya : “Segala penghormatan, keberkahan, sholawat dan kebaikan hanya milik-Mu ya Allah,- Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya. Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh . Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, Ya Allah limpahkan selawat-Mu kepada  Muhammad dan  kepada keluarga Muhammad”

Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:

a. Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

b. Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.

c. Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.

d. Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.

e. Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).

f. Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.


11. Salawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alayhi Wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir adalah wajib dibaca.

Diriwayatkan hadis daripada ‘Abdil Muhaimin bin ‘Abbas bin Sahil bin Sa’din as-Sa’idi (r.a), hadis daripada bapanya, hadis daripada datuknya, (kata datuknya) daripada Nabi SAW bersabda: "Tiada solat bagi barangsiapa yang tiada wuduk, tiada wuduk bagi barangsiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ semasa berwuduk, dan tiada solat bagi barang siapa yang tidak berselawat atas Nabi, dan tiada solat bagi orang yang tidak sukakan orang ansar.’ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Adapun bacaan tasyahhud akhir ialah seperti berikut :

Ű§Ù„ŰȘَّŰ­ِيَّۧŰȘُ Ű§Ù„ْمُŰšَۧ۱َكَۧŰȘُ Ű§Ù„Ű”َّلَوَۧŰȘُ Ű§Ù„Ű·َّيِّŰšَۧŰȘُ ِللهِ ، Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكَ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ وَ۱َŰ­ْمَŰ©ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ وَŰšَ۱َÙƒŰ§َŰȘُهُ Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْنَۧ وَŰčَلَى ŰčِŰšَۧۯِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­ِيْنَ . ŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنْ Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ وَŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنَّ مُŰ­َمَّŰŻًۧ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡. Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű”َلِّ Űčَلَى  مُŰ­َمَّŰŻ وŰčلى ŰąÙ„ِ  مُŰ­َمَّŰŻ كَمَۧ Ű”َلَّŰšْŰȘَ Űčَلَى  Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيْمَ وَŰčَلَى ŰąÙ„ِ  Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيْمَ وَŰšَۧ۱ِكْ Űčَلَى مُŰ­َمَّŰŻٍ وَŰčَلَى ŰąÙ„ِ  مُŰ­َمَّŰŻٍ كَمَۧ Űšَۧ۱َكْŰȘَ Űčَلَى  Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيْمَ وَŰčَلَى ŰąÙ„ِ  Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيْمَ فِيْ Ű§Ù„ْŰčَŰ§Ù„َمِيْنَ Ű„ِنَّكَ Ű­َمِيْŰŻٌ مَŰŹِيْŰŻ .

Maksudnya : “Segala penghormatan, keberkahan, sholawat dan kebaikan hanya milik-Mu ya Allah,- Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya. Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh . Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, Ya Allah limpahkan selawat-Mu kepada  Muhammad dan  kepada keluarga Muhammad. Sebagaimana Engkau telah limpahkan selawat kepada  Ibrahim dan juga kepada keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia."

Syarat-syarat bacaan salawat ialah:

a. Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

b. Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” .

c. Hendaklah dengan bahasa Arab

d. Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.

12. Memberi Salam

Menoleh ke kanan dan ke kiri. Setelah selesai tahiyyat,  memberi salam dengan membaca:
Assalaamu 'alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh (Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.)

Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir.

Syarat-syaratnya ialah:

a. Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.

b. Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.

c. Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.

d. Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.

e. Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.

13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita memahami dalili-dalil yang daripada hadis-hadis Nabi SAW mengenai solat yang kita kerjakan setiap hari supaya kita melakukan sesuatu bukanlah secara ikutan-ikutan sahaja tetapi kita faham daripada nas dan sumber yang sahih daripada Nabi SAW sendiri, supaya dengan ini akan menambahkan khusyuk semasa kita mendirikan solat. Pastikan 13 rukun solat itu dapat kita patuhi dan sempurnakan supaya solat kita diterima oleh Allah SWT.

Friday, October 28, 2011

Hati Orang Mukmin Sentiasa Muraqabah Kepada Allah SWT

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Muraqabah bermaksud mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merasai Allah SWT sentasa mengawasi kehidupannya. . Hati orang mukmin akan sentiasa muraqabah kepada Allah SWT. Untuk menjadi mukmin sejati, perlu kepada pengorbanan dan usaha-usaha yang berterusan, iaitu berkorban dan berusha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Muraqabah terhadap Allah SWT adalah sifat jiwa seorang mukmin.Dia sentiasa merasai dan yakin sepenuh hati bahawa Allah SWT mengawasi segala perjalanan hidupnya, perasaannya, bisikan hatinya samaada dia berseorangan atau bersama orang lain.

Mukmin sejati yakin peristiwa di Padang Mahsyar tempat di hisap dengan seadil-adilnya segala amalan dan perbuatannya ketika di dunia ini. Perasaan takut, malu dan gementar untuk berhadapan di Mahkamah Allah SWT nanti membuatkan hati dan jiwanya sentiasa muraqabah terhadap Allah SWT

Ingatlah ketika di sini nanti (hari akhirat)  lidah menjadi kelu, giliran anggota lain yang akan berkata-kata mengeluarkan pengakuan dan saksi bagi semua perbuatan si tuan badan. Mata, telinga, tangan dan kaki serta lainnya akan mengaku perbuatan itu dan ini. Ketika itu manusia akan terperangkap dengan perbuatan dosa kerana anggota badan sendiri tidak menyebelahinya. Terbongkarlah rahsianya!

Di tambah pula akan di tayangkan 'video clip' semua perbuatannya semasa di dunia.Ia tidak boleh berbohong dan berdalih. Semua ini akan menyingkap kekejiannya. Memalukan dan membawa segunung penyesalan kepadanya.

Sahabat yang dihormati,
Orang yang muraqabah berperibadi tenang walau pun mendapat nikmat, pujian, atau menghadapi kesusahan, tohmahan dan seumpamanya. Dia merasa bimbang sekiranya kehilangan reda dan pertolongan dari Allah SWT.

Nabi SAW pernah berpesan yang bermaksud "Seorang mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam mukmin." Maknanya , ketika dalam hati sesaorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah SWT. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah SWT melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.

Hati orang mukmin dan hati yang dapat muraqabah bersedia menerima tarbiah dan peringatan, kerana segala peringatan akan memandu seluruh anggata kita melakukan ketaatan. Firman Allah SWT yang bermaksud "Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermenfaat." (Surah al-A'laa, ayat 9).

Dengan saling memberi peringatan ini juga akan melahirkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan terhadap Allah SWT seperti firmanNya yang bermaksud "Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran." (Surah al- A'laa, ayat 10).

Latihan paling utama ke arah mendidik hati yang hadir ialah menerusi ibadat solat. Apabila di dalam solat sesaorang itu merasai Allah SWT mengawasinya, maka ketika di luar solat atau di mana jua berada hatinya akan tetap muraqabah.

Nabi SAW di waktu malam banyak menghabiskan masa untuk bersolat tahajud, bermunajat, berdoa dan memohon ampun kehadrat Allah SWT. Contoh peribadi mulia ini semestinya menjadi pedoman dan amalan setiap para duat untuk merapatkan hubungan dengan Allah SWT, mencari tenaga baru untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiah.


Sayydina Omar al- Khattab berkata "Hisablah dirimu sebelum di hisab pada hari kiamat"

Setiap mukmin perlu sentiasa muhasabah diri demi kebahagiaan masa hadapan. Firman Allah SAW yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakannya untuk hari esok (hari kiamat), dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan" (Surah ai- Hasyr ayat 18).

Kecemerlangan hidup manusia sebagai hamba Allah  adalah terletak kepada ketaatan pada perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, mematuhi tanpa soal Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

Nabi SAW bersabda maksudnya "Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah kematiannya, sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT"
(Hadis riwayat Turmudzi)

Imam Mubarakfuri berkata "Orang yang lemah adalah bersambong dengan lemahnya ketaatan kepada Allah SWT dan selalu ikut hawa nafsunya tidak pernah minta ampun kepada Allah SWT bahkan selalu berangan-angan bahawa Allah SWT mengampunkan doas-dosanya"

Panjang angan-angan atau berangan-angan adalah satu sifat peribadi yang tidak di sukai oleh Nabi SAW, mereka-mereka yang memiliki sifat ini sebenarnya malas berusha, mengikut hawa nafsu dan terpengaruh dengan pujukan syaitan laknatullah.

Setiap barang yang berharga perlu di bayar dengan harga yang mahal, kejayaan untuk mendapat sekeping ijazah perlu di sertakan dengan usaha yang gigih dan berterusan, begitu juga SYURGA ALLAH SWT, untuk memilikinya perlu pengorbanan, jihad yang berterusan, mujahadah,muraqabah dan muhasabah.Di dalam syurga yang penuh nikmat dan rahmat hanya layak di duduki oleh mereka-mereka yang memiliki hati yang salim, hati yang bersih, hati yang ikhlas dan hati yang bebas daripada syrik kepada Allah SWT.

Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT maksudnya " Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak di kabulkan"
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita kembali muraqabah kepada Allah SWT, kita kembali mentauhidkan-Nya dan berusaha melaksanakan semua suruhan-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya. Hanya insan terpilih saja layak memasuki syurga-Nya yang penuh kenikmatan seluas langit dan bumi.

Waspadalah Empat Perkara.

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-fadhil Kalam Musafir ada berpesan : "Ada empat perkara yg dapat menyembabkan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih, dan dada terasa sesak :-

Pertama : Tidak suka terhadap qada dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.

Kedua : Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat kepada Allah.

Ketiga : Dengki kepada manusia, suka balas dendam, dan iri terhadap kurnia yang diberikan Allah kepada seseorang .

Keempat : Berpaling dari peringatan Allah.

Huraiannya :

Pertama : Tidak suka terhadap qada dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.

Orang mukmin akan menerima dengan hati yang yakin dan reda terhadap qada dan qadar Allah SWT tanpa ragu-ragu kerana percaya kepada qada dan qadar adalah rukun Iman yang ke 6. Jika seseorang tidak rela menerima qada dan qadar maka akan rosak imannya kepada Allah SWT.

Qada dan Qadar ialah ketetapan Allah SWT yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan.

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".

(Surah Al-Hadid ayat 22)

Qada dan qadar rahsia Allah .Bukan tugas kita untuk mempersoalkannya..Tugas kita melaksanakan ibadah sebaik mungkin dan tingkatkan ketakwaan dan keimanan pada Allah SWT dan yakin dengan janji -janji-Nya bahawa Dia akan membalasi hamba-Nya yang beriman dengan syurga. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya kita sentiasa dirahmati-Nya di dunia dan akhirat.

Berdasarkan hadis Nabi SAW hanya doa dapat mengubah qada dan qadar. Baginda bersabda maksudnya : “Tiada suatu yang boleh menolak(mengubah)qada melainkan doa”
Kita juga hendaklah bersangka baik dengan Allah SWT (husnu zan) di atas sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku di dunia ini.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Allah SWT berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap. Yakinilah setiap sesuatu kejadian yang berlaku samaada di langit atau di bumi atau kepada diri kita sendiri adalah ketetapan yang terbaik yang diciptakan oleh Allah SWT dan terdapat seribu hikmah yang tidak mampu kita memikirkannya.

Kedua : Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat kepada Allah.

Apabila seorang itu terjerumus pada maksiat sebenarnya di hatinya akan berlaku titik-titik hitam . Jika titik-titik hitam ini banyak maka hati akan menjadi hitam dan ketika ini taufik dan hidayah daripada Allah SWT tidak akan masuk ke hati seperti ini.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : "Hati manusia itu ibarat sehelai kain putih yang apabila manusia itu berbuat dosa maka tercorenglah / ternodailah kain putih tersebut dengan satu titik noda kemudian jika sering berbuat dosa lambat-laun sehelai kain putih itu berubah menjadi kotor / hitam".

Jika hati nurani sudah kotor maka terkunci nuraninya akan sulit menerima petunjuk dari Allah. Untuk membersihkan titik-titik hitam dan kotoran yang melekat di hati adalah dengan beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.

Manusia sentiasa terdedah kepada kesilapan dan kesalahan. Malah setiap anak Adam adalah berdosa dan tidak pernah lekang dari dosa.

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Semua anak Adam adalah berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat dari dosanya."

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu siang untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu malam, dan membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu malam untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu siang. Hal ini berkekalan sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Dengki kepada manusia, suka balas dendam, dan iri terhadap kurnia yang diberikan Allah kepada seseorang.

Sifat hasad dengki, suka balas dendam dan iri hati terhadap kurniaan seseorang yang diberikan oleh Allah SWT adalah sifat-sifat mazmumah.

Sifat hasad dengki  adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Waspadalah terhadap hasad (iri dan dengki), sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu.
(Hadis Riwayat Abu Dawud)"

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (Surah an-Nisa' ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "ataukah mereka dengki kepada mausia (Muhammad) kerana kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya?"(Surah an-Nisa' ayat 54)

Umumnya semua kita punya sifat ini, cuma bergantung kepada kekuatan diri untuk mengawalnya. Ada yang tidak mempedulikannya. Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita seringkali lupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya.

Jika sifat hasad dengki, dendam dan iri hati ini tidak dibuangkan pada diri seseorang dia akan menerima balasan di sisi Allah SWT.

Orang yang disebut Allah dalam firman-Nya itu ternyata rohaninya (hatinya) tidak sihat dan tentunya berpenyakit. Apabila rohani berpenyakit maka berlakulah sifat bertentangan tuntutan agama dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan manusia itu ingkar kepada Allah.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta.” (Surah al-Baqarah ayat 10)

Orang mukmin akan memaafkan kesalahan orang lain dan dia tidak ada perasaan dendam kerana dendam itu datangnya daripada dorongan hawa nafsu yang lahir daripada bisikan syaitan. Walaupun dia berkuasa membalas dendam tetapi pilihannya adalah memaafkan kesalahan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"

(Hadis Riwayat Baihaqi)

Keempat : Berpaling dari peringatan Allah.


Jika kita berpaling daripada peringatan Allah SWT akan menyembabkan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih, dan dada terasa sesak kerana setiap peringatan Allah SWT adalah untuk menjadi iktibar dan pengajaran. Jiwa yang menerima tarbiah dan didikan daripada Allah SWT , menerusi al-Quran maka jiwa akan tenteram dan damai dan melahirkan keseronokan dan kebahagiaan yang sebenarnya.


Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut ‘Allah’, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah keimanannya, dan kepada Tuhan merekalah sahaja mereka bertawakal.” (Surah al-Anfal ayat 2)

Tanda hati yang hidup, ialah ia masih boleh bergetar dan teralun dengan zikrullah dan bacaan Al-Quran, ia akan bergetar untuk segala jenis kebaikan. Hati yang hidup akan terkesan apabila menerima teguran dan berasa tenang apabila menerima nasihat. Hati yang hidup akan peka terhadap kebesaran Ilahi dan takut akan kemurkaanNya. Hati yang hidup juga akan mendorang diri berasa lebih ringan untuk melakukan ibadah.

Hati yang hidup dan jiwa yang tenang akan mampu membezakan antara yang hakiki dengan yang ilusi. Ia tidak seperti pandangan mata kasar yang sifatnya selalu menipu, pandangan akal yang sifatnya boleh tersalah dan pandangan nafsu yang sifatnya selalu melulu.

Mereka yang hatinya sentiasa takut kepada Allah dan takut dengan azab-Nya bukan setakat tahu tetapi sedar hakikat dirinya sebagai hamba Allah. Hamba Allah tidak akan bersifat seperti 'tuan', bersikap angkuh, tamak, pemarah, bangga diri dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Oleh itu tahu dan sedar adalah dua perkara yang berbeza. Tahu letaknya di akal, dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati, dengan memiliki penghayatan dan hikmah.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berwaspada dan menjauhi empat perkara yang boleh menjadikan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih, dan dada terasa sesak . Untuk mengatasi perkara ini perlulah kita kembali kepada Allah SWT, beriman dan bertakwa kepada-Nya dan meyakini bahawa hanya sistem hidup Islam yang lengkap dan sempurna akan menyelamatkan kita samaada hidup di dunia maupun di hari akhirat.

Thursday, October 27, 2011

Adab-adab Berpakaian Menurut Islam

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Akhlak dan keperibadai seorang mukmin adalah terletak pada tutur kata, perbuatan dan pakaian yang dipakai. Keluar daripada lidahnya adalah kata-kata yang baik dan sopan , tidak mencarut dan maki hamun. Setiap tutur katanya adalah mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan larangan Allah SWT, ucapannya berupa doa dan mengembirakan siapa yang mendengarnya. Perbuatannya pula membawa contoh dan ikutan yang baik dan dia melaksanakan yang wajib dan meninggalkan yang haram dan syubahat dan dia sentiasa berpakaian yang menutup aurat dan tidak bermewah-mewah.

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu mukmin  sebenar.

Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar waktu ibadah. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang mukmin.

Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud  : "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah al-A’raaf ayat 26)

Sebelum kita memakai pakaian Nabi SAW telah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini :

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan dan memberikan rezeki kepadaku (pakaian) ini tanpa sebarang daya dan kudrat daripada diriku." 
(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah , lihat 'Irwa al-Ghlil)

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

1. Menutup aurat.

Aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.

Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah yang bermaksud : ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari).

Hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

ŰŁÙ…Ű§ ŰčلمŰȘ ŰŁÙ†َّ Ű§Ù„ÙŰźŰ° ŰčÙˆŰ±Ű©ٌ

Maksudnya : “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. 
(Hadis Riwayat  Abu Daud, Tirmizi dan Malik)
 
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh.

Pakaian yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis Riwayat Muslim)

3. Pakaian tidak ketat.

Tujuannya adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu termasuk maksud hadis di atas.

4. Tidak menimbulkan riak.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." 

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza.

Maksudnya pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

Ramai wanita memakai pakaian lelaki seperti kemeja-T (lengan pendek) dan berseluar jeans yang ketat. Pakaian ini sebenarnya adalah dilarang dalam Islam. Tetapi jika semasa berriadah wanita memakai kemeja -T lengan panjang labuh hingga ke lutut dan bertudung labuh dan seluar sukan yang labuh di haruskan.

6. Larangan pakai sutera untuk lelaki dan dibenarkan untuk wanita.

Islam mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)

7. Melabuhkan pakaian.

Apabila seorang muslimah memakai tudung, maka tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. 

Allah SWT berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab ayat 59)

8. Memilih warna sesuai.

Pemilihan untuk tudung dan pakaian hendaklah memilih  warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (Hdis Riwayat an-Nasa'ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas untuk lelaki.

Termasuk dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.

Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang , berantai dan memakai cincin emas.

Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

10. Mulakan sebelah kanan.

Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Hadis Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian.

Apabila memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah doa seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya".

12. Berdoa.

Ketika menanggalkan pakaian, ucapkanlah : "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."

Sahabat yang dikasihi,
Sebagai seorang Islam, sewajarnya kita memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah mencerminkan seorang mukmin yang sebenar. Walaupun dunia fesyen telah berubah, berbagai bentuk reka bentuk baru fesyen pakaian telah dicipta, tetapi sebagai seorang mukmin yang bertakwa kita janganlah mudah terpengaruh dengan suasana semasa yang membelakangkan agama.

Jika fesyen tersebut masih dalam lingkungan menutup aurat, Islam membenarkannya dan tidak salah jika menggunakan fesyen tersebut. Ingatlah bahawa pakaian yg menutup aurat dan sopan adalah ciri-ciri ahli syurga sedangkan pakaian yang mendedahkan aurat adalah pakaian ahli-ahli neraka. Janganlah kalian mengadai masa depan kalian di akhirat dengan berseronok mengikuti peredaran zaman yang menyesatkan.