Sunday, July 15, 2012

Perbezaan Di Antara Iblis, Syaitan Dan Jin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Mungkin ramai dikalangan kita yang keliru dan tidak dapat membezakan di antara tiga makhluk Allah S.W.T iaitu Iblis, syaitan dan jin. Ada sebahagian daripada kita mungkin menganggap ketiga-tiganya adalah sama saja tidak ada perbezaan.

Untuk membahaskan dengan jelas marilah kita merujuk kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. supaya kita lebih mengenali mereka dan dapat menjauhkan diri daripada hasutan dan bisikan makhluk yang jahat ini.

Pertama : Iblis laknatullah.

Iblis menurut bahasa arab bermaksud putus asa, kecewa atau berdukacita. Iblis menurut al- Quran adalah salah satu dari golongan jin yang ingkar terhadap perintah Allah SWT untuk sujud kepada Nabi Adam as.

Allah SWT berfirman maksudnya : ”Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Nabi Adam a.s) diwaktu Aku menyuruhmu?” lblis menjawab : ”Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”
(Surah al-A’raf ayat 12)

Sedangkan Iblis adalah makhluk durhaka yang jenisnya adalah daripada kalangan jin, bukan jenis manusia. Sebelum iblis dilaknat kerana engan sujud kepada Adam a.s. iblis bukanlah ketua segala malaikat (kefahaman ini perlu diperbetulkan) kerana ketua segala malaikat adalah Jibril a.s. Al-Quran Al-Kariem secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah dari jenis jin.

Firman Allah S.W.T. yang maksudnya : "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim."
(Surah al-Kahf ayat 50)

Jadi bolehlah disebutkan bahawa Iblis itu adalah makhluk yang sebangsa dengan jin. Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah S.W.T, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mau diperintahkan untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s. iaitu manusia pertama.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat : 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir". (Surah al-Baqarah ayat 34)

Motivasi yang menghalangi Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah rasa kesombongan dan tinggi diri. Dia merasa dirinya jauh lebih baik dari Adam.

Allah berfirman maksudnya : "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud di waktu Aku menyuruhmu?" Jawab Iblis "Saya lebih baik daripadanya : Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".
(Surah al-A'raf ayat 12 )

Ciri yang paling utama dari Iblis adalah dia tidak mati-mati sampai hari kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah S.W.T

"Iblis menjawab: 'Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan'. Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." (Surah al-A'raf ayat 14-15 )

"Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya ". (Surah Shaad ayat 79-81 )

Jadi Iblis adalah nama seorang jin yang hidup di masa penciptaan Adam a.s (nama asalnya Azazil dan dipanggil Iblis apabila dia enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.)

Dalam Tafsir Ibnu Katsir, dikisahkan bahwa Azazil adalah nama awal Iblis... makhluk yang awal mula menjadikan Adam dan Hawa tergelincir dari jalannya... (Kisah tergelincirnya Adam dan Hawa terdapat di dalam kitab al-Quran, Taurat dan Injil)

Iblis pernah diberi keistimewaan tinggal di syurga, kerana dia engkar maka dia di halau daripada menduduki syurga.

Firman Allah SWT maksudnya : “Turunlah engkau dari syurga itu (wahai Iblis), kerana engkau tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah, sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.”(Surah al-A'raaf ayat 13)

Iblis memohon kepada Allah S.W.T. supaya dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat, ternyata Allah S.W.T. menerimanya permintaannya itu kerana ada hikmahnya. Iblis mula membuat strategi bagaimana caranya menjerumuskan Adam. Dia begitu benci dan dendam kepada Adam kerana dia merasa Adamlah yang menyebabkannya dibuang dari syurga. Adam juga yang menyebabkannya hina. Kononnya disebabkan Adam dia tidak mendapat nikmat lagi dan dijauhkan dari rahmat Allah S.W.T.

Kerana geramnya melihat Adam, dia berjanji kepada Allah akan menggoda dan menyesatkan Adam bersama anak cucunya, sesuai dengan Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Iblis menjawab 'Kerana Engkau tealh menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan menghalang-halangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (taat).” (Surah Al-A’raaf ayat 16-17 )

Iblis telah berkahwin dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya, lalu mereka dianugrahkan keturunan. Keturunan yang berasal Iblis inilah yang disebut syaitan. Iblis mempunyai kerajaan yang besar dan mengandungi menteri-menteri, pemerentahan, dan pejabat-pejabat yang besar.

Iblis boleh wujud menyerupai manusia ketika beliau mendatangi kaum musyrikin dalam bentuk Suraqah bin Malik ketika mereka hendak pergi menuju Peperangan Badar. Mereka dapat berubah-ubah dalam bentuk yang banyak, seperti anjing hitam atau juga kucing hitam. Kerana warna hitam itu lebih memberi gelombang kekuatan kepada Iblis atau syaitan dan mempunyai kekuatan panas.

Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, " Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur. ". Kelima-lima anak iblis dan semua keturunan mereka adalah dipanggil syaitan.

Kedua : Syaitan laknatullah.

Syaitan adalah zuriat keturunan Iblis hasil perkahwinan beliau dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya.

Iblis mempunyai 5 anak utama yang memegang lima kementerian iaitu :
1. Tsabar (Kementerian Musibah).
2. Dasim (Kementerian Cerai Berai Rumah Tangga).
3. Al-A'war (Kementerian Perzinaan).
4. Maswath (Kementerian Pembohongan).
5. Zalnabur (Kementerian Pergaduhan dan Pembunuhan).

Semua zuriat keturunan Iblis melalui lima orang anak-anaknya adalah kafir yang dipanggil syaitan. Jumlah mereka adalah ramai dan membiak setiap hari hingga jumlahnya berbillion. Sesiapa diantara mereka dan menyesatkan manusia dan membuat maksiat akan diberikan mahkota tanda penghargaan Iblis kepada jasa-jasa cucu cicitnya menjalankan tugas dengan jayanya.

Menurut Muhammad Isa Dawud dalam bukunya bertajuk "Dialog dengan Jin Islam" kerajaan Iblis yang besar adalah terletak di Segitiga Bermuda. Kerajaan Amerika telah membuat kajian terhadap kawasan laut di Segitiga Bermuda melalui satelit canggih yang mereka temui adalah satu dataran yang sangat luas dan terdapat bunyi suara hiruk-pikuk dan tak dikenali, yang tidak ada kaitan langsung dengan suara-suara di dasar laut yang biasa diketahui.

Pernah berlaku seorang juruterbang muslim melalui di laut Segitiga Bermuda dan semua alat-alat letronik di pesawat yang dibawa rosak dan tidak berfungsi dan ditarik seperti magnet kebawah, juruterbang itu teringat Allah S.W.T. dan beliau azan sekuat-kuatnya dengan tiba-tiba alat-alat letroniknya berfungsi semula dan beliau terselamat dari terhempas di Segitiga Bermuda. Ini menandakan bahawa misteri Segitiga Bermuda sebenarnya adalah ibu pejabat kerajaan Iblis melakukan operasinya keseluruh dunia.

Huraiannya adalah seperti berikut :

1. Tsabar

Dia adalah jenis syaitan yang selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau tertimpa musibah, baik kematian anak atau kerabat dan lain-lain. Kemudia dia melancarkan bisikan dan menyatakan permusuhan kepada Allah S.W.T. Di ucapkannya, melalui mulut orang yang tertimpa musibah itu. Keluk kesah, caci maki , tidak reda dengan qada dan qadar terhadap ketentuan Allah SWT atas dirinya. Untuk menghindarkan ini bacalah doa ini .

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Tsabar yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

2. Dasim.

Dia adalah jenis syaitan yang yang selalu berusaha untuk memutuskan silaturahim, mencerai beraikan ikatan perkahwinan,  mengobarkan rasa benci satu sama lain dikalangan suami isteri, sehingga terjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar. Dia juga suka menggoda seseorang supaya suka membuat fitnah, mendedahkan aib orang lain hingga orang itu menjadi marah. Mungkin pengguna internet yang suka membuat fitnah, maki hamun dan sumpah seranah kerana digoda oleh syaitan dasim ini. Untuk menghadapinya hendaklah baca doa ini :

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Dasim yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

3. Al-A'war.

Dia adalah jenis syaitan yang pakar dalam mengalakkan perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika keluar rumah. Wanita yang keluar rumah dengan berhias diri dan tidak menutup aurat sangat disukai oleh Iblis, Al-A'war dan anak-anaknya kerana mereka bekerja untuk meruntuhkan akhlak, moral dan mengalakkan perzinaan. Untuk mengelakkan daripada godaan al-a'war ini baca doa ini:
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, A'war yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."
4. Maswath.

Dia adalah syaitan jenis yang pakar dalam membuat pembohongan-pembohongan besar atau kecil. Bahkan kejahatan yang Maswath dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk manusia dan duduk dalam satu pertemuan yang diselenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia. Syaitan Maswath ini suka mendatangi bomoh-bomoh dan menceritakan kebohongan dan membuat tuduhan bahawa si folan yang sihir si folan. Ada dikalangan umat islam yang percaya pembohongan yang dilakukan oleh bomoh yang terpengaruh dengan Maswath. Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada godaan Maswath dengan membaca doa ini :
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Maswath yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."
5. Zalnabur.

Dia adalah syaitan yang berkeliaran dipasar-pasar di seluruh dunia. Mereka menggoda manusia supaya melakukan penipuan semasa jual beli dan mereka juga yang membangkitkan pertengkaran, caci maki, perselisihan dan bunuh membunuh antara sesama manusia. Nabi SAW mengajar kita supaya membaca doa ketika masuk pasar.

Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada godaan syaitan Zalnabur ini.
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Zalnabur yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."
 
Firman Allah S.W.T. maksudnya : “ Dan demikian Kami jadikan bagi tiap – tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin. Sebagian lagi membisikkan kepada sebagian lagi perkataan – perkataan yang indah – indah untuk menipu manusia. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan,” (Surah al-An’am ayat 112)

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa syaitan adalah anak keturunan Iblis dan juga jin kafir yang menjadi pengikut Iblis bersama-sama menggoda manusia dan menimbulkan kesesatan dan kebencian.

Ketiga : Jin

Di dalam Al-Quran Al-Kariem, Allah S.W.T menyebut beberapa kali kata ‘jin’. Bahkan ada satu surah yang secara khusus membahas tentang jin dan dinamakan dengan surat al-Jin.

Bila disimpulkan secara sekilas, maka ada hal-hal yang boleh difahami dari Al-Quran Al-Kariem tentang siapakah gerangan jin itu.

1. Jin diciptakan oleh Allah S.W.T dari api.

Allah S.W.T menyebutkan bahwa jin itu diciptakan dari api yang sangat panas, juga disebutkan terbuat dari nyala api.

"Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas.
(Surah al-Hijr ayat 27)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Dan Dia menciptakan jin dari nyala api."
(Surah ar-Rahman ayat 15 )

Dalam sebuah hadis dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, jenis ular dan jengking dan jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

Jin adalah makhluk yang sangat ramai sekali penduduknya, boleh dikatakan lebih ramai daripada manusia kerana umur jin panjang-panjang hingga mencecah ratusan dan ribuan tahun . Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara.

Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa dan kabilah, penguasa dan rakyat jelata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor (jin kafir) seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia. Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu bumbung , siling dan di dalam rumah.

Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: " Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah. "

Jin juga menjadikan tandas dan tempat pembuangan sampah sebagai tempat tinggalnya (iaitu jin kafir, kerana jin Islam suka tempat-tempat yang bersih).

Rasullullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : " Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin (jin kafir), kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan "
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang."
(Hadis Riwayat An-Nas'i)

2. Jin ada yang muslim dan ada yang kafir.

Jin ada yang Islam dan ada yang kafir. Jin Islam pula ada yang taat dan soleh dan ada juga jin Islam yang suka buat maksiat sama juga seperti manusia, ada orang Islam yang soleh dan ada yang suka buat maksiat.

Jin kafir kebanyakkannya menjadi budak suruhan Iblis dan syaitan. Ahli sihir dan bomoh-bomoh kebanyakkannya menggunakan khidmat jin kafir atau syaitan untuk menjalankan kerja-kerja mereka untuk menyihir manusia atau membuat kerosakkan dimuka bumi dengan memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Dengan melakukan pemujaan dan sajian-sajian tertentu.

Allah SWT menciptakan jin dan manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Surah Adz-Dzariyat ayat 56)

Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, telah bersabda Rasulullah S.A.W maksudnya :
“Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dari golongan Awamir maka hendaklah ia mengarahkan ia keluar (sebanyak 3x). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.”

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza." (Surah al-Jin ayat 11 )

Contoh jin muslim adalah jin yang menjadi tentara Nabi Sulaiman a.s.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu siang sama dengan perjalanan sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala." (Surah Saba’ : 12 )

"Mereka (para jin itu) membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang seperti kolam dan periuk yang tetap . Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur. Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur". (Surah Saba’ ayat 13)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan ingatlah ketika Kami hadapkan sekumpulan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Quran. Maka ketika mereka menghadiri pembacaannya lalu mereka berkata: `Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)’. Ketika pembacaan telah selesai, mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata: `Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan setelah Musa, yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan jalan yang lurus. Wahai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih. Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak akan lepas dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata’.” (Surah Al-Ahqaf ayat 29-32)

Jin memiliki roh dan jasad. Hanya saja mereka dapat berubah-ubah bentuk dan menyerupai sosok tertentu, serta mereka boleh masuk dari tempat manapun. Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa sallam memerintahkan kepada kita agar menutup pintu-pintu rumah bila menjelang magrib dan baginda mengatakan: ‘Sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka yang tertutup’.

Baginda memerintahkan agar kita menutup bekas-bekas air minuman dan menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta'ala atasnya. Demikian pula bila seseorang masuk ke rumahnya dengan memberi salam dan kemudian membaca bismillah, maka syaitan mengatakan: ‘Tidak ada kesempatan menginap’. Jika seseorang makan dan mengucapkan bismillah, maka syaitan berkata: ‘Tidak ada kesempatan menginap dan bersantap malam’.”

Jin boleh wujud menyerupai seperti manusia dan binatang. Dapat berupa ular dan kalajengking, juga dalam wujud unta, lembu, kambing, kuda, keledai dan juga burung.

Kaum jin memiliki tempat tinggal yang berbeda-beda. Jin yang soleh bertempat tinggal di masjid dan tempat-tempat yang baik. Sedangkan jin yang jahat dan merusak, mereka tinggal di bilik mandi dan tempat-tempat yang kotor. Tulang dan kotoran hewan adalah makanan jin.

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa sallam berkata kepada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:

“Carikan beberapa buah batu untuk kugunakan bersuci dan janganlah engkau carikan tulang dan kotoran hewan.” Abu Hurairah radhiallahu 'anhu berkata: “Aku pun membawakan untuknya beberapa buah batu dan kusimpan di sampingnya. Lalu aku menjauh hingga baginda menyelesaikan hajatnya.”

Aku bertanya: “Ada apa dengan tulang dan kotoran hewan?”
Baginda menjawab: “Keduanya termasuk makanan jin. Aku pernah didatangi rombongan utusan jin dari Nashibin, dan mereka adalah sebaik-baik jin. Mereka meminta bekal kepadaku. Maka aku berdoa kepada Allah untuk mereka agar tidaklah mereka melewati tulang dan kotoran melainkan mereka mendapatkan makanan.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
“Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya aku memutuskan solatku, dan sesungguhnya Allah membolehkan aku menguasainya. Maka aku berniat untuk mengikatnya di tiang mesjid sehingga orang ramai boleh melihatnya, kemudian aku teringat kata-kata saudaraku Sulaiman : 'Ya Tuhanku, ampunilah daku, berikanlah kepadaku kekuasaan yang tidak terdapat pada orang lain selain aku…maka Allah menolak jin itu dengan penuh kehinaan”

Dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan hadis Abu Musa, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya: “Rosaknya umatku sebab tusukan taun. Para sahabat bertanya: 'Wahai Rasulllah kalau tusukan kami telah mengerti, kemudian taun itu?' Rasulllah menjawab: 'Taun adalah tusukan saudara-saudaramu dari golongan jin”

(Ibnu As-Sir – jin mempunyai banyak gangguan : bisikan, tiupan, hembusan dan tusukan)

3. Rupa dan fizikal jin.

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh ramai jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Alam kediaman jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

4. Qarin.

Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia. Qarin di sini adalah makhluk halus (dikalangan jin) yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Qarin suka menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan qarin Nabi S.A.W. yang telah ditundukkan oleh baginda.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata : 'Walaupun kamu Ya Rasulullah?', Baginda menjawab : 'Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" (Hadis Riwayat Muslim)

Jika seorang muslim itu bertakwa jin pendampingnya (qarin) akan terdorong untuk masuk Islam dan menjadi jin yang bertakwa.

Menurut Muhammad Isa Dawud dalam bukunya Dialog dengan Jin Islam, Qarin Rasulullah S.A.W. bernama Habib al-Huda berumur panjang dan masih hidup dan menjadi guru mengajar hadis dan tafsir kepada jin-jin Islam , beliau tinggal di Baqi' Arab Saudi.

Sahabat yang dikasihi,
Berdasarkan huraian di atas jelaslah kepada kita bahawa terdapat perbezaan di antara Iblis, syaitan dan jin. Walaubagaimana pun ketiga-tiga makhluk ini iaitu Iblis, syaitan dan jin kafir adalah musuh kita yang paling utama dan perlulah kita berhati-hati jangan sampai kita dipengaruhi oleh makhluk yang jahat ini.

Ingatlah! Semua bentuk maksiat dan dosa, sifat-sifat mazmumah, pengaruh sihir, hasad dengki, marah, buruk sangka, sifat kecewa dan putus asa semuanya berpunca daripada bisikan, gangguan dan hasutan samaada daripada Iblis, syaitan dan jin-jin kafir kesemua mereka ini mengajak manusia ke neraka bersama-sama dengan mereka. Hanya orang-orang yang beriman dan bertakwa sahaja akan mampu menghadapi segala tipu helah dan ajakan Iblis dan syaitan laknatullah dan jin-jin kafir. 
Wauallahulam.

Perbahasan Undang-undang Jenayah Islam Siri Pertama.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Isu yang masih hangat diperkatakan oleh media masa dan umat Islam adalah isu cadangan perlaksanaan hukum hudud di Johor oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat . Kesan daripada cadangan tersebut ramai pihak memberi reaksi positif samaada daripada para ulama, mufti, menteri, ahli politik, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO Islam), Badan-badan Dakwah, Persatuan Peguam Syarie dan umat Islam seluruhnya.

Dengan adanya pandangan, ulasan dan sokongan daripada cendikiawan Islam dalam masyarakat kita maka persepsi hukum hudud telah mendapat gambaran positif dikalangan umat Islam dan orang bukan Islam juga dapat memahami bahawa hukum hudud bukanlah satu hukum yang zalim seperti dimomok-momokkan sebelum ini, kerana hukum-hukum Islam lebih berbentuk pendidikan daripada menghukum seorang pesalah.

Untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci perbahasan kita kali ini lebih tertumpu untuk huraian mengenai Undang-undang Jenayah Islam supaya umat Islam sendiri dapat memahami apakah dia Hukum Hudud, Qisas dan Takzir supaya kekeliruan sebelum ini dapat di perbetulkan dan memberi kefahaman yang menyeluruh.

Apabila kita telah memilih Islam sebagai agama, maka sudah sepatutnya kita menjadikan al-Quran dan as-Sunah sebagai panduan hidup kita dalam melayari kehidupan di muka bumi ini. Maka dengan ini apa-apa sahaja yang diperintahkan kepada kita untuk diikuti, hendaklah dipatuhi dan apa-apa yang dilarang daripada kita melakukannya, hendaklah dijauhi.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua laranganNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)."
(Surah Ali Imran ayat 19)

Undang-undang Jenayah Islam adalah salah satu daripada perkara ysng dibawa oleh Rasulullah SAW yang mana ianya merupakan syariat Allah SWT yang telah diperundangkan olehNya kepada kita umat manusia agar dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Ini kerana tujuan utama Allah SWT meletakkan undang-undang tersebut adalah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebahagian daripada umat Islam menyamakan syariat Islam dengan fiqh Islam. Ini adalah tanggapan yang salah kerana syariat Islam mempunyai pengertian yang lebih umum atau lebih luas dari fiqh Islam. Ini disebabkan syariat bererti kesemua perkara yang diperundangkan Allah SWT dalam agama samaada daripada al-Quran, As-Sunah dan sebagainya yang merangkumi hukum-hukum fiqh, akidah, akhlak dan sebagainya.

Fiqh Islam pula adalah ilmu untuk mengetahui hukum-hukum syarak yang tertakluk pada perbuatan dan perkataan manusia yang diambil dari dalil-dalil yang terperinci iaitu al-Quran, as-Sunah, Ijmak , Qiyas dan Ijtihad.

Apabila kita membicarakan mengenai Hukum Hudud, Qisas dan Takzir ini bermakna kita sedang membicarakan mengenai Undang-undang Jenayah Islam (Fiqh al-Jinayah).

Perlu difahami bahawa kenapa Allah SWT mencipkan undang-undang jenayah untuk manusia patuhi iaitu Hukum Hudud dan Qisas? Ini adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia sendiri. Allah SWT Maha Mengetahui sifat-sifat , hati budi dan tabiat manusia kerana Dia yang mencipta manusia pasti Dia jua mengetahui kekuatan dan kelemahan manusia.
Dia jua Maha Mengetahui apakah bentuk sistem dan cara hidup yang sesuai untuk diamalkan sehingga manusia akan hidup aman dan tenteram di dunia ini.

Bagaimana sempurnanya dasar-dasar pembinaan hukum-hukum Islam yang ditanzilkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW iaitu hukum-hukum Islam tidak menyusahkan, diturunkan berperingkat-peringkat dan perlaksanaannya memberi keadilan mutlak kepada kemaslahatan seluruh manusia.

Imam al-Ghazali rah. menyebut dalam kitab Usulnya : "Sesungguhnya tujuan utama syarak mensyariatkan hukum-hukum Islam kepada umat manusia mengandungi 5 tujuan : Menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda."

Asas Undang-undang Jenayah Islam mengandungi lima perkara pokok :

1. Untuk menjaga agama.
2. Untuk menjaga nyawa.
3. Untuk menjaga akal.
4. Untuk menjaga keturunan.
5. Untuk menjaga harta.

Huraiannya :

1. Untuk menjaga agama :

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia. " (Hadis Riwayat Bukhari : 4/329, 2/251, Abu Daud : 4451 dan lain-lain).

2. Untuk menjaga nyawa :

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan di dalam Hukum Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah ayat 179)

3. Untuk menjaga akal.

Saidina Ali bin Abi Talib k.wj berkata : Rasulullah SAW menyebat orang minum arak 40 kali sebat, Abu Bakar r.a. 40 kali sebat juga dan Umar 80 kali sebat. Semuanya adalah sunah Rasulullah SAW dan ini yang lebih aku sukai." (Hadis Riwayat Abu Daud : 4481)

4. Untuk menjaga keturunan :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Ambillah peraturan dariku, ambillah peraturan dariku. Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan jalan untuk mereka. Teruna dan dara yang berzina hukumannya disebat 100 kali dan dibuang negeri setahun dan yang sudah berkahwin hukumannya di sebat 100 kali dan direjam (sampai mati)."
(Hadis Riwayat Muslim : 3199, Abu Daud : 3834 dan At-Tirmizi :1354 lihat As-Syaukani jilid 7 hlm 249)

5. Untuk menjaga harta :

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa , lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Maidah ayat 38)

Sahabat yang dihormati,
Jika kita mengkaji secara mendalam dengan hati yang terbuka, kita akan mendapati undang-undang Islam cukup sempurna dan tidak ada cacat celanya. Terdapat 5 keistimewaan undang-undang Islam iaitu :

1. Undang-undang Islam adalah ciptaan Allah SWT yang Maha Pencipta.
2. Undang-undang Islam mendidik jiwa manusia.
3. Undang-undang Islam amat mendalam.
4. Undang-undang Islam memperuntukkan ganjaran (pahala) dan menghapus dosa.
5. Undang-undang Islam tidak berubah dan sesuai untuk setiap zaman dan ketika.

Sayid Sabiq menghuraikan makna pengertian jenayah : Segala perbuatan yang diharamkan, iaitu perbuatan yang ditegah oleh syarak yang boleh memberi kemudharatan dan berlaku ke atas agama, jiwa. akal, keturunan dan harta. (Kitab Fiqh as-Sunnah)

Ibn Rushd pula menyatakan : Pengertian jenayah adalah meninggalkan segala sesuatu yang disuruh oleh syarak seperti meninggalkan solat, puasa, zakat dan sebagainya, serta melakukan sesuatu yang dilarang seperti mencuri, minum arak, membunuh dan sebagainya.(Kitab Bidayatul Mujahid wa al-Nihayatul Muqtasid, bab al-Jinayat)

Terdapat 3 bentuk hukuman atau peruntukan dalam kesalahan jenayah dalam Perundangan Islam iaitu :

Pertama  : Hukum Hudud
Kedua      : Hukum Qisas dan Diat
Ketiga      :  Hukum Takzir

Huraiannya :

Pertama : Hukum Hudud.

Darisegi bahasa Hudud bermaksud pencegahan / penghalang. 


Dari sudut istilah pula Hudud bermaksud : Keseksaan atau hukuman yang bentuknya telah ditetapkan oleh Allah SWT yang wajaib dilaksanakan bagi tujuan menjaga hak Allah SWT atau dengan lain perkataan juga disebut sebagai menjaga kepentingan awam/ umum.

Firman Allah SWT maksudnya : "Itulah batas-batas larangan (hudud) Allah maka janganlah kamu menghampirinya." (Surah al-Baqarah ayat 187)

Terdapat 7 kesalahan-kesalahan hudud :

1. Zina
2. Menuduh zina
3. Minum arak
4. Mencuri
5. Merompak
6. Murtad
7. Penderhakaan

Kedua : Hukum Qisas dan Diat .

Qisas dari sudut bahasa : sama/ seimbang.

Dari sudut istilah syarak pula maksudnya : Suatu bentuk hukuman/ keseksaan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT yang wajab dilaksanakan bagi tujuan menjaga hak atau kepentingan individu. (al-Mawardi dlm kitab Al-Ahkam al-Sultoniyah m/s 219)

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: Orang merdeka dengan orang merdeka dan hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa) dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah al-Baqarah ayat 178)

"Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah ayat 179)

Diat pula menurut istilah syarak ialah : Denda yang telah ditetapkan oleh syarak sebagai menggantikan hukuman Qisas yang telah dilaksanakan.

Suatu pembunuhan yang berlaku biasanya akan menghadapi salah satu daripada 3 kemungkinan bentuk hukuman :


1. Di balas bunuh sebagai hukum Qisas.
2. Di hukum membayar Diat/ denda.
3. Kemaafan tanpa syarat.

Jenis-jenis kesalahan Qisas dan Diat ada 2 jenis kesalahan :
1. Kesalahan membunuh jiwa manusia.
2. Kesalahan menyebabkan kecederaan tubuh badan manusia.

Ketiga : Hukum Takzir .

Dari sudut bahasa ia bermaksud : Membesarkan dan mengagungkan. (Sayid Sabiq : Fiqh al-Sunnah jilid :2 m/s 393)

Dari sudut istilah perundingan Islam, Takzir bermaksud : Hukuman atau keseksaan yang tidak ditentukan secara terperinci oleh syarak dan dilaksanakan sama ada untuk menjamin kepentingan atau hak individu atau kepentingan awam/ masyarakat (hak Allah) dalam semua kes selain kes hudud dan Qisas.

Kesalahan-kesalahan takzir ini adalah kesalahan yang hukumannya akan ditentukan atau ditetapkan oleh pihak pemerintah/ Ulil Amri atau pihak mahkamah dari semasa ke semasa mengikut bentuk atau jenis kepentingan yang perlu dijaga.

Para Fuqaha telah membahagikan kesalahan-kesalahan Takzir kepada 3 bahagian :


1. Takzir pada perbuatan maksiat
2. Takzir untuk kepentingan umum.
3. Takzir atas kesalahankesalahan kecil.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bersihkan dan kukuhkan akidah kita supaya kita benar-benar meyakini tanpa ragu-ragu akan undang-undang ciptaan Allah SWT yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah . Islam adalah ad-Din , satu sistem hidup yang lengkap dan sempurna merangkumi dalam urusan akidah/ tauhid, ibadah, muamalah, munakahat, faraid, hukum jenayah Islam (hudud dan qisas) dan peraturan perang dan perundangan antara bangsa.

Kita jangan mudah terpengaruh dengan pendapat-pendapat yang sesat yang cuba mempertikaikan undang-undang Allah SWT dan mengatakan bahawa undang-undang Allah SWT tidak sesuai dalam masyarakat majmuk dan mengagungkan undang-undang ciptaan manusia.

Perlu diingat bahawa keimanan kita kepada undang-undang Allah SWT berbentuk ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji dan tidak ada bezanya untuk kita beriman dan yakin kepada undang-undang jenayah Islam seperti Hudud dan Qisas. 


Berdoalah semoga Allah SWT memudahkan urusan perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam. Supaya undang-undang ini dapat diperkasakan dan berkuasa dan dilaksanakan dalam kehidupan kita di muka bumi ini, insya Allah.

(Rujukan : Fiqh Al-Jinayah - Perbahasan Undang-undang Islam oleh Ustaz Mohd Rafizal Zulkifli al-Yamani)

Saturday, July 14, 2012

Sesiapa Yang Mengambil Hak Orang Lain Perlu Di Kembalikan Sebelum Kematian Datang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap muslim wajiblah menyelesaikan semua bentuk hak-hak yang belum di selesaikan ketika di dunia ini sebelum saat kematian tiba. Hak yang dimaksudkan disini terbahagi kepada dua iaitu hak Allah SWT dan hak sesama manusia.

Hak Allah SWT adalah berbentuk  amal ibadah yang ditinggalkan seperti meninggalkan solat fardu, puasa Ramadan, fidyah puasa, belum menunaikan nazar, belum mengerjakan fardu haji (walaupun sudah memiliki syarat-syaratnya) dan zakat (belum membayarnya walaupun telah sampai nisab dan tempuhnya).

Hak manusia yang wajib di tunaikan dan dipulangkan seperti hutang-piutang, melanggar perjanjian, pernah mengambil hak orang lain seperti tanah, buah-buahan, makanan, barang-barang keperluan lain, mencuri barang-barang orang lain, mencuri bekelan letrik (sambungan tanpa kebenaran), mencuri air (sambungan tanpa kebenaran), tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak, monopoli harta pusaka keluarga (tidak dibahagikan secara adil sesama hak waris mengikut hukum faraid). 

Hak sesama manusia ini ada yang berbentuk bukan benda seperti pernah membuat fitnah, mengumpat, memaki hamun, memukul dan mencederakan orang lain,  membunuh dan membuat perbuatan sihir (kerana hasad dengki).

Sahabat yang dimuliakan,
Segerakanlah tunaikan hak-hak Allah SWT ketika di dunia ini tanpa ditangguh-tangguhkan kerana semuanya akan di tanya nanti di akhirat kenapa kalian melambat-lambatkan "membayar hutang" perkara fardu yang diwajibkan sedangkan kalian mempunyai kemampuan untuk mengerjakannya. Di samping menunaikan ibadah tersebut jangan lupa beristighfar dan memohon ampun kepada-Nya di atas dosa dan kesalahan yang kalian telah lakukan.

Hak sesama manusia perlu diselesaikan segera di dunia ini kerana kita tidak tahu bila masa kita akan meninggal dunia. Sekiranya hak ini tidak diselesaikan di dunia hak ini akan di adili dimahkamah Allah SWT.

Dari Abu Salamah r.a., terdapat banyak permusuhan antara dirinya dengan orang banyak. Hal ini diberitakannya kepada Aisyah r.a. Aisyah berkata: Hai Abu Salamah! Hindarilah perbuatan mengambil tanah orang lain! Nabi SAW  pernah bersabda: "Barangsiapa yang mengambil tanah orang lain tanpa hak agak sejengkal, maka akan dikalungkan kepadanya tujuh lapis bumi."(Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: "Siapa yang merosak nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana mata wang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil, sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abdullah Umar r.a., Nabi SAW. bersabda: "Aniaya itu menjadi kegelapan di hari kiamat."
(Hadis Riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Baihaqi)
 
Rasulullah SAW bersabda maksudnya  : “Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jambatan (qanthrah) antara syurga dan neraka, mereka akan saling diqisas antara satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia”.(Hadis Riwayat Bukhari).

Jambatan (qanthrah) disini, bukan sirat yang letaknya di atas Neraka Jahannam. Jambatan ini dibentangkan setelah orang mukmin berjaya  melewati sirat  yang berada di atas Neraka Jahannam.

Perlu diingatkan disini sesiapa pun dikalangan orang muslim , samaada pemimpin, menteri, penguat-kuasa unsang-undang atau pegawai keselamatan tidak boleh sama sekali menganyanya dan menzalimi orang lain samaada yang dizalimi itu seorang muslim atau bukan muslim. Terutama yang dizalimi itu rakyat biasa yang tidak berdosa, yang hanya berkumpul untuk menyatakan pendapat dan pandangan mengenai sesuatu isu yang melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa pemerentah. Ingat setiap titis darah yang mengalir tanpa hak akan dibalas oleh Allah SWT di hari akhirat. Mungkin di dunia ini mereka akan terlepas tetapi ingat dijambatan (qanthrah) akan diadili seadil-adilnya. Orang yang zalim tidak akan terlepas dijambatan tersebut, walaupun dia telah berjaya meniti di Siratul Mustakim masih adalah qisas yang akan dijalankan keatas dirinya oleh Allah SWT.

Begitu juga sesiapa sahaja di kalangan umat Islam yang mengambil hak orang lain berupa tanah, perniagaan, melanggar perjanjian, mencuri bekalan letrik (sambungan tanpa kebenaran TNB), berniat tidak mahu membayar hutang dan sebagainya semuanya tidak terlepas di akhirat. Dosa sesama manusia perlu di selesaikan di dunia kerana taubat kerana dosa sesama manusia tidak akan di ampunkan oleh Allah SWT (kerana ada tempat pengadilan yang telah disediakan) . 

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita perbaiki amalan kita dan segeralah bertaubat kepada Allah SWT dan memohon kemaafan sesama manusia dalam bentuk apa saja kesalahan. Semoga apabila kita bertemu Allah SWT nanti kita berada di dalam keadaan bersih dari noda dan dosa dan bergembira untuk memasuki syurga Allah SWT dengan rahmat-Nya.



Allah SWT Kurniakan Lima Keistimewaan Kepada Umat Nabi Muhammad SAW Di Bulan Ramadan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Alla...h,
Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia di sisi Allah SWT. Terdapat 5 keistimewaan bulan Ramadan yang di kurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW berbanding dengan umat-umat sebelum baginda.

Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : “Ummatku telah diberi lima hal yang belum pernah diberikan kepada ummat-ummat sebelumnya ketika bulan Ramadan:

Pertama : Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum dari pada minyak kesturi di sisi Allah.

Kedua : Para Malaikat beristighfar untuk mereka hingga berbuka.

Ketiga : Allah memperindah syurga-Nya setiap hari, seraya berfirman kepadanya: “Hampir-hampir para hamba-Ku yang soleh akan mencampakkan berbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu,”

Keempat : Syaitan-syaitan durjana dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

Kelima : Mereka akan mendapat ampunan di akhir malam.” Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu terjadi pada malam Lailautl Qadar?” Baginda menjawab, “Bukan, namun pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalanya.”

Sahabat yang dimuliakan,
Lima perkara yang Allah SWT persiapkan untuk kita. Dengan lima perkara tersebut, kita mendapat keistimewaan dari Allah SWT di antara ummat-ummat lainnya. Semua itu diberikan Allah SWT untuk menyempurnakan berbagai nikmat-Nya kepada kita semua.

Sesungguhnya betapa banyak nikmat dan keutamaan yang telah Allah SWT berikan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..” (Surah Al-Imran ayat 110)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa lima keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita semua sebagai umat Rasulullah SAW adalah seperti berikut:

Pertama : Bau busuk dari mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Mulut orang yang berpuasa bau haruman kasturi – Ulama mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan terlebih harum disisi Allah daripada bau kasturi ialah bahawa pada hari akhirat Allah akan memberi ganjaran dengan haruman kepada bau mulut orang yang berpuasa dengan haruman yang terlebih semerbak dan segar daripada bau kasturi.

Dalam hadis yang lain daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu (Allah) dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : 'Sesungguhnya aku berpuasa' demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Kedua : Para malaikat beristighfar untuk mereka hingga berbuka.

Para malaikat adalah hamba-Nya yang dimuliakan di sisi-Nya, sebagaimana Allah SWT menceritakan sifat malaikat dalam firman-Nya yang bermaksud : “…yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim ayat 6)

Maka dari itu, sungguh layak apabila Allah SWT mengabulkan doa para malaikat untuk orang yang berpuasa. Sebab mereka memang telah diizinkan untuk itu. Allah mengizinkan para malaikat untuk beristighfar bagi mereka untuk mengangkat, meninggikan penyebutan, serta menjelaskan keutamaan puasa ummat ini.

Makna istighfar adalah meminta ampun terhadap dosa-dosa yang dilakukan demi kebaikan di dunia dan akhirat. Setiap anak Adam tidak terlepas daripada melakukan dosa dan bersikap melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Sehingga mereka benar-benar mengharapkan keampunan daripada Allah SWT.

Ketiga : Allah memperindah syurga-Nya setiap hari, seraya berfirman kepadanya: “Hampir-hampir para hamba-Ku yang soleh akan mencampakkan berbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.”

Yang dimaksud dengan hadis ini adalah mereka mencampakkan beban hidup di dunia dan susah payah serta penderitaannya lalu mengerjakan amal-amal soleh yang dengannya mereka hidup bahagia di dunia dan akhirat dan dapat memasukkan mereka ke syurga, negeri kedamaian dan kemuliaan.

Dari Abu Umamah, ia berkata, aku bertanya : "Wahai Rasulullah tunjukkan kepadaku suatu amal yang memasukkanku ke syurga". Nabi bersabda maksudnya : "Hendaknya engkau berpuasa, tiada yang menyamainya." (Hadis riwayat Nasai, ibnu Hibban, dan Hakim dan sanadnya sahih)

Dalam riwayat yang lain dari Sahl dari Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang bernama Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat, dan selain mereka tidak akan masuk melaluinya.

Dikatakan : Dimanakah orang-orang yang berpuasa?

Maka mereka pun berdiri. Dan selain mereka tidak akan memasukinya .

Maka jika orang-orang yang berpuasa sudah memasukinya ditutuplah pintu itu dan tidak seorangpun akan memasukinya, Dan barangsiapa yang telah masuk ia pasti minum dan barangsiapa yang minum ia tidak akan kehausan selamanya."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Keempat : Syaitan-syaitan durjana dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

Ini adalah salah satu bentuk pertolongan Allah SWT kepada para hamba-Nya. Musuh umat ini (iblis dan syaitan) diikat sehingga tidak boleh membisikkan dan menggoda anak Adam yang berpuasa untuk terpengaruh dengan usaha-usaha jahatnya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala- nyala. Oleh sebab itu, dapat kita dapat saksikan bahawa pada bulan ini umat Islam mempunyai keinginan yang lebih tinggi untk melakukan kebaikan dan menahan diri dari keburukan dibandingkan pada bulan-bulan lainnya.

Soalan Nabi kepada iblis : "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis : "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa.

Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka.

Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami."

"Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Kelima : Mereka akan mendapat ampunan di akhir malam. Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu terjadi pada malam Lailautl Qadar?” Baginda menjawab, “Bukan, namun pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalanya.”

Allah mengampuni umat Nabi Muhammad SAW pada setiap akhir malam bulan Ramadan. Jika mereka melaksanakan apa yang seharusnya dikerjakan pada bulan yang mulia ini, berupa puasa dan solat, maka Allah akan memberikan karunia dengan menyempurnakan pahala mereka ketika telah selesai mengerjakan amal-amal mereka. Sesungguhnya orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalnya setelah selesai mengerjakannya. Allah SWT memberikan karunia kepada para hamba-Nya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menghayati dan menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak yang akan datang tidak berapa lama lagi dengan berpuasa secara sempurna iaitu menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa dan pahala puasa, bersolat yang wajib sebaik-baiknya berjemaah dimasjid dan mengerjakan solat-solat sunat (solat terawih, tahajud, witir, taubat, hajat, duha, tasbih dan lain-lain).

Banyakkan bersedekah dan menjamu untuk mengadakan majlis berbuka puasa, membaca al-Quran, beristighfar dan menuntut ilmu. Jika kita dapat mendisplinkan diri kita amalan-amalan tersebut dengan ikhlas dan istiqamah insya Allah di akhir Ramadan kita akan dikurniakan oleh Allah SWT sifat takwa dan dibebaskan-Nya daripada seksaan api neraka.

Friday, July 13, 2012

Hayatilah Lima Ciri-ciri Orang Bertakwa Untuk Mendapat Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT telah menggambarkan di dalam al-Quran tentang lima ciri-ciri orang yang bertakwa. 

FirmanNya yang bermaksud : “Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dan mereka yang beriman dengan Kitab al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat, Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beroleh kejayaan.” (Surah al-Baqarah ayat 2-5)

Berdasarkan ayat di atas terdapat lima ciri-ciri orang bertakwa :

1. Mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib.

2. Mendirikan solat.

3. Menafkahkan (sedekah/infak) sebahagian rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

4. Mereka yang beriman dengan kitab al-Quran dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya (Taurat , Zabur dan Injil)

5. Serta mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat.
  
Inilah lima ciri-ciri orang yang mendapat petunjuk daripada Allah SWT iaitu orang-orang yang bertakwa (orang yang mendapat kejayaan)

Sahabat yang dimuliakan,
Apakah kebaikan dan kelebihan orang yang bertakwa?

Kebaikannya orang yang bertakwa ketika di dunia akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT , di doakan oleh para malaikat dan di sukai oleh manusia kerana akhlak dan keperbadiannya yang mulia.

Kebaikan di hari akhirat pula orang-orang yang bertakwa telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

Suatu kenikmatan yang besar kurniaan Allah SWT kepada orang-orang bertakwa adalah balasan syurga. Syurga yang dibangunkan hanya untuk orang-orang yang bertakwa, bukan yang lain. Tidak ada campuran antara penghuni-penghuninya. Ini khusus untuk orang-orang yang bertakwa semasa hidup di dunia, biarpun semasa berada di dunia mereka hidup bercampur dengan manusia-manusia yang ingkar. 

Walaupun mereka hidup dalam masyarakat majmuk namun mereka memegang erat sifat takwa. Mereka tidak mengharapkan keduniaan sahaja. Mereka hidup menuntut kebaikan di akhirat dan dengan sebab mereka pegang teguh akan takwa maka Allah melimpahkan rahmat dan menempatkan mereka di syurga.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertakwa: 'Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?' Mereka menjawab: 'Kebaikan' orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah al-Nahl (16) ayat 30)

Segala sesuatu yang datang daripada Allah SWT untuk orang-orang yang bertakwa adalah hal-hal kebaikan. Tidak ada yang tidak baik. Mana ada tempat yang labih baik daripada syurga. Jadi mengapa jemu untuk memiliki takwa?

Allah berfirman SWT maksudnya :"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa  ditempatkan di dalam beberapa taman syurga (berada dalam taman-taman syurga) dan dekat dengan mata air-mata air yang mengalir. (Surah al-Hijr (15) ayat 45)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "(Mereka dipersilakan oleh malaikat / dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman". (Surah al-Hijr (15) ayat 46)

"Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam ( perasaan hasad dengki)  yang ada dalam hati mereka daripada sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas dipan masing-masing." 
(Surah al-Hijr (15)  ayat 47)

"Mereka tidak akan disentuh rasa lelah (susah payah) dalam syurga itu, dan mereka pula sekali-kali  tidak akan dikeluarkan daripadanya. (Surah al-Hijr (15) ayat 48)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita berlumba-lumba untuk menjadi orang yang bertakwa kerana banyak dugaan dan rintangannya hingga boleh melayakkan diri kita menjadi orang yang bertakwa. Orang yang bertakwa akan melaksanakan semua yang wajib dan meninggalkan semua yang haram dan syubahat. Dan berusaha untuk memperbanyakkan amalan sunat dan dia cukup berhati-hati di dunia ini supaya tidak tergelincir oleh tarikan hawa nafsu dan godaan syaitan.

Thursday, July 12, 2012

Jauhi Lima Perkara Yang Boleh Membawa Kepada Kesegsaraan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Fudhail bin Iyadh berkata : “Terdapat lima tanda kesengsaraan; 1. hati yang keras, 2. mata yang tidak mahu menangis, 3. hilang perasaan  malu , 4. terlalu cintakan dunia, dan 5. panjang angan-angan.” 

Huraiannya :

1. Hati yang keras .

Hati dan roh merupakan raja dalam kerajaan diri. Ia mempunyai kelebihan daripada semua anggota lahir. Ia adalah raja yang luar biasa, yang sangat ditaati oleh rakyatnya. Dialah pentadbir manusia yang menjalankan kehidupan yang sangat luas.

Hati sangat sensitif, peka dan perasa. Ia adalah wadah tempat mengisi 'barang-barang'. Siapa yang mengisinya? Samaada syaitan atau malaikat, yang berebut-rebut mengisinya. Kalau malaikat yang mengisi, maka baiklah hati. Jika syaitan yang mengisi maka jahatlah hati. Yang diisi oleh malaikat ialah hidayah, wahyu dan ilham kebaikan. Jika syaitan yang mengisi, akan diisi dengan kekufuran, was-was dan keraguan.

Hati yang keras kerana tertumpuknya dosa. Tidak mahu melakukan ketaatan dan amal kebaikan adalah salah satu tanda hati yang keras. 


Firman Allah SWT maksudnya : “Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (QS At-Taubah ayat 54). 

Sesungguhnya malas adalah amalan syaitan . Hati yang keras tidak akan tersentuh oleh ayat-ayat al-Quran kerana lalai dari membaca al-Quran serta mendengarkannya. Tidak tersentuh dengan ayat-ayat peringatan seperti  kematian, sakit dan bencana sepatutnya ayat-ayat ini  akan dapat memberikan pelajaran. Hati tidak merasa apa-apa apabila al-Quran menceritakan mengenai seksaan neraka. Hati yang keras disebabkan oleh kecintaan pada dunia dan melupakan akhirat. Salah satu sebab hati menjadi keras adalah kerana lalai dan bertemankan orang yang jahat dan buruk akhlaknya suka mendekatkan diri kepada maksiat serta terbiasa melakukan dosa dan kemungkaran itu sendiri.

Marifatullah atau mengenal Allah SWT akan dapat membantu melembutkan hati. Kesedaran akan kebesaran Allah SWT, keluasan nikmat, dan kuasa-Nya, mengingati mati, mengingat bahawa akan datang hari akhirat. Hati akan menjadi lembut apabila banyak membaca al-Quran dan memperhatikan ayat-ayat Al-Quran, lebih-lebih bila diamalkan. 


Memperbanyak zikir,mengingat Allah, dan beristighfar. Bersahabat dengan orang soleh dan bergaul dengan mereka, orang yang akan memberikan semangatnya dan mengingatkan kita ketika terlupa.

2. Mata yang tidak mahu menangis.

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)

Mata yang tidak mahu menangis ketika keseorangan kerana kerasnya hati. Beruntunglah orang yang dapat menangis kerana takut kepada Allah SWT terkenang dosa-dosa yang dilakukannya. Kadangkala menangis juga boleh terjadi kerana besarnya kasih sayang Allah dalam dada seseorang. Namun demikian, rugi rasanya jika air mata mengalir untuk hal-hal  tidak bernilai di sisi Allah SWT(seperti air mata mengalir kerana melihat cerita sedih di television) sementara air matanya tidak mengalir bila teringat azab neraka Jahanam dan azab kubur.

3. Hilang perasaan  malu.
 
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang iman." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
 
Hilangnya perasaan malu dalam jiwa boleh menyebabkan seseorang insan itu tanpa segan silu mengerjakan maksiat Mengenai hubungan iman dan malu, Ibnu Quthaibah berkata, sifat malu dapat menghalang dan menghindarkan seseorang melakukan kemaksiatan seperti iman. Maka sifat malu disebut sebagai iman, seperti sesuatu dapat diberi nama dengan nama lain yang dapat menggantikan makna perkataan tersebut.

Rasa malu kerana berbuat maksiat. Bukan rasa malu untuk melakukan kebaikan seperti malu memakai pakaian menutup aurat, malu menghadiri solat jamaah, atau malu-malu sebagainya yang malah menjauhkan dari kebaikan. Malu yang sesungguhnya adalah takut untuk melakukan suatu keburukan dan malu untuk melakukan sesuatu yang dilarang Allah SWT. Bila malu yang semacam ini tumbuh dalam diri seorang muslim, maka ia akan terhindar dari segala keburukan, senantiasa taat pada perintah Allah SWT.

4. Terlalu cintakan dunia.

Cinta dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khawatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku kahwatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlomba sebagaimana mereka berlomba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.” (Hadis riwayat Muslim (2961) dan al-Bukhari (6425), dan Ibnu Abi ad-Dunya dalam kitab tentang Zuhud hal. 73)

Firman Allah SWT maksudnya : “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid (57) ayat 20)

Manusia yang terlalu cinta dunia, fikirannya akan dipenuhi urusan dunia hingga lupa akan akhiratnya. Seperti bekerja hingga solatnya di akhir waktu atau bahkan terlupa. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan kekal daripada dunia yang dikejar-kejarkan.
  
5. Panjang angan-angan.

Panjang angan-angan adalah didorong oleh hawa nafsu yang cintakan dunia berlebih-lebihan hingga hilang rasa takut tentang dosa dan amalan yang sedikit. Syaitan akan mendorong seseorang itu panjang angan-angan dan memberi rasa seronok hidup di dunia dan melupakan saat kematian.


Seseorang yang panjang angan-angannya pada dunia, akan lupa pada kematian. Kerana dunia telah membuatnya merasa tenteram. Sementara ketenteraman semacam ini hanyalah sementara tidak kekal.


Allah SWT berfirman maksudnya : “Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan”
(Surah Hud (11) ayat 15-16).

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya dunia itu dilaknat, berikut segenap isinya juga dilaknat, kecuali jika disertai untuk tujuan kepada Allah SWT."

Segala sesuatu dalam kehidupan dunia ini tidak akan bermakna, semua harta, gelaran, pangkat, kedudukan dalam masyarakat dan populariti tidak akan bernilai di sisi Allah SWT jika tidak digunakan di jalan Allah SWT.


Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jaga dan jauhi lima perkara yang boleh mendatangkan kesegsaraan iaitu hati  yang keras, mata yang tidak mahu menangis, hilang perasaan  malu , terlalu cintakan dunia, dan  panjang angan-angan sebagaimana kata-kata nasihat Fudhail bin Iyadh. 

Gantikan lima perkara ini kepada lima perkara yang boleh membawa kebahagiaan iaitu hati yang bersih dan sejahtera, mata yang mudah menangis kerana terkenangkan dosa-dosa yang dilakukan,mempunyai sifat malu untuk melakukan maksiat, tidak cinta dunia digantikan dengan cinta hari akhirat dan tidak panjang angan-angan (meraskan hidup di dunia adalah sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi).

Wednesday, July 11, 2012

Kenapa Manusia Menjadi Buta Di Akhirat Sedangkan Dia Tidak Buta Semasa Di Dunia?

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Ramai manusia diciptakan oleh Allah SWT tidak buta, mata boleh melihat dengan sempurna. Boleh melihat ciptaan Allah SWT, boleh makan, minum, berjalan, belajar, bekerja, bersukan dan memandu kenderaan. Tetapi di hari akhirat nanti ada orang yang celek (tidak buta) di dunia tetapi apabila dibangkitkan  di hari akhirat menjadi buta. Ada pula segolongan manusia buta matanya semasa di dunia tetapi apabila dibangkitkan di akhirat dia boleh melihat dan matanya tidak buta.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"
 
Kenapakah manusia boleh menjadi buta? Apakah dosa dan kesalahan mereka hingga mendapat murka Allah SWT hingga nikmat mata yang boleh melihat telah dibutakan-Nya? Dalam surah Taah ayat 124 Allah SWT mengancam kepada mereka yang berpaling dan ingkar dari ingatan dan petunjuk-Nya. Sesiapa yang melanggar peraturan dan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah SWT, melakukan maksiat dan membuat dosa-dosa besar dan menzalimi orang lain akibatnya hidup di dunia akan disempitkannya (tidak tenang, menderita dan di timpakan musibah) dan di akhirat pula menjadi buta (sebagai balasan kerana keengkarannya semasa di dunia)

Bayangkan betapa azabnya golongan ahli neraka yang di seksa fizikalnya dengan seksaan yang dahsyat ditambah pula matanya buta tidak dapat melihat kawasan sekelilingnya (ini adalah satu bentuk seksaan  psaikologi yang ditimpakan kepada golongan yang engkar ini). 
 
Puncanya adalah kerana mata yang di kurniakan oleh Allah SWT di dunia tidak digunakan untuk melihat kebenaran. Matanya hanya melihat perkara dosa dan maksiat. Matanya dahulu digunakan untuk menulis fitnah , mengedit gambar dan VCD lucah untuk di sebarkan, matanya dahulu digunakan  untuk merancang dan menyekat dakwah Islam, menghina ulama, menentang hukum hudud dan melakukan kerosakan di muka bumi. Bagi golongan ini tidak ada halal atau haram yang penting matlamat perlu dicapai (matlamat menghalalkan cara).

Firman Allah menjelaskan isu derita dan bahagia dalam surah Hud ayat 106-107 : Maksudnya : "Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai). Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus".

Sahabat yang dimuliakan,
Berbeza pula golongan mukmin yang beriman dan bertakwa semasa di dunia. Di pergunakan sepenuh masa, tenaga, wang ringgit untuk menyebarkan dakwah Islam, melaksanakan amar makruf nahi mungkar, memberi tazkirah, menghidupkan suasana tarbiah di internet, melaksanakan amal-amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan suka bersedekah dan berakhlak mulia.
 
Golongan ini dimuliakan oleh Allah SWT seperti dalam ayat ke 97 surah al-Nahl pula Allah SWT  berfirman maksudnya : "Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan". 
 
Marilah sama-sama kita mengabdikan diri kepada Allah SWT, laksanakan semua yang wajib dan jauhi semua yang haram. Meningkatkan amal-amal sunat dan menjauhi perkara syubahat atau makruh . Berdoalah kepada Allah SWT semoga kita dihidupkan di hari akhirat dalam keadaan celek dan berpeluang peluang dengan rahmat-Nya untuk memasuki syurga  yang penuh kenikmatan dan tiada tolok bandingnya.
 
 
 
 

Tuesday, July 10, 2012

Keberkatan Hidup Dan Rahmat Allah SWT Di Terima Oleh Anak Yang Soleh Kerana Khidmat Kepada Kedua Ibu bapanya

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT akan membalas jasa  setiap anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya . Ibu bapa telah membesarkannya, memberi nafkah dan memberi pendidikan sehingga seorang anak mampu berdikari, mempunyai pekerjaan dan membena keluarga sendiri. Seorang anak lelaki walaupun sudah berkeluarga tetap tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya sekiranya mereka masih hidup dan memerlukan bantuannya.

Besar pahala di sisi Allah SWT khidmat anak menguruskan keperluan makan minum, tempat tinggal dan rawatan perubatan (jika mereka berpenyakit) kepada orang tuannya. Anak-anak seperti ini berkat hidupnya, murah rezekinya dan sentiasa dirahmati Allah SWT, kehidupannya berbahagia dan anak-anaknya pula akan berbakti kepada nya apabila dia telah menjangkau usia tua.

Terdapat satu kisah dahulu kala yang baik dijadikan pengajaran bagaimana doa ibu bapa yang beriman lagi soleh kepada anaknya yang taat setia dan sanggup berkorban untuk mereka telah  dimakbulkan oleh Allah SWT. Beliau telah mendapat nikmat rezeki yang tiada disangka-sangka dan tida tolok bangingnya di dunia ini lagi sebelum balasan syurga yang akan diterimanya di hari akhirat nanti.

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". 

Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. 

Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangant cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah. 

Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. 

Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa kehairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. 

Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela diatas khidmat yang diberikan olehnya. 

Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. 

Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela diatas khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. 

Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" 

Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tepapi ia mula memasukkinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". 

Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". 

Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". 

Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". 

Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". 

Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya". 

Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita berkhidmat kepada kedua ibu bapa kita sekiranya mereka masih hidup seandainya mereka sudah meninggal dunia banyakkan bersedekah dan berdoa untuk mereka.

Monday, July 9, 2012

Sepuluh Adab-adab Yang Perlu Di Miliki Oleh Orang Mukmin Semoga Amalnya Di Terima Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat sepuluh adab-adab yang perlu dimiliki oleh orang mukmin semoga amalnya di terima oleh Allah SWT:

Pertama : Sifat orang mukmin cukup menjaga adab dalam percakapannya dan tidak melaknat dan bercakap lucah. 

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah SAW  bersabda:

لَيْŰłَ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنُ ŰšِŰ§Ù„Ű·َّŰčَّŰ§Ù†ِ، وَÙ„Ű§َ Ű§Ù„Ù„َّŰčَّŰ§Ù†ِ، وَÙ„Ű§َ Ű§Ù„ْفَِۭۧŰŽِ وَÙ„Ű§َ Ű§Ù„ْŰšَ۰ِÙŠŰĄِ. ۱َوَŰ§Ù‡ُ Ű§Ù„ŰȘِّ۱ْمِ۰ِيُّ وَقَŰ§Ù„َ Ű­َŰŻِÙŠŰ«ٌ Ű­َŰłَنٌ.

Maksudnya : “Bukanlah seorang mukmin orang yang suka mencela, suka melaknat dan yang keji (samada perkataannya atau perbuatannya) dan yang kotor mulutnya (sekalipun perkataanya itu benar)”. (Hadis riwayat Tirmizi dan beliau berkata: Hadis hasan gharib dan al-Albani menganggapnya sahih).

Jika ada pemimpin dalam masyarakat kita yang melabelkan segolongan rakyat yang tidak bersetuju dengannya dengan ucapan "anak haram" maka pemimpin seperti ini tidak layak memimpin rakyat.
 
Kedua : Sentiasa berwajah ceria, menjaga aurat dan penampilan. 

Orang yang beriman akan berbeza dari sudut penampilan berbanding orang yang kafir. Mereka akan berpakaian dengan cara yang Islamik (menutup aurat) dan menjauhkan diri daripada terikut-ikut dengan budaya orang yang bukan Islam.

Firman Allah SWT: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak (akan) di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah al-Ahzab ayat 59)

Mereka memahami bahawa Allah SWT bukan hanya melihat kepada hati dalaman mereka sahaja, bahkan juga kepada amalan (perbuatan) dan penampilan luaran mereka.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ Ù„Ű§َ يَنْŰžُ۱ُ Ű„ِلَى Ű”ُوَ۱ِكُمْ وَŰŁَمْوَŰ§Ù„ِكُمْ، وَلكِنْ يَنْŰžُ۱ُ Ű„ِلَى قُلُوْŰšِكُمْ وَŰŁَŰčْمَŰ§Ù„ِكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidaklah melihat kepada rupa paras kamu dan tidak juga kepada harta benda kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan perbuatan kamu”. (Hadis riwayat Muslim.)

Ketiga : Mengimarahkan masjid.

Di antara sikap yang perlu ada pada orang mukmin ialah mengimarahkan masjid, terutamanya golongan lelaki iaiatu solat berjemaah, mengikuti kuliah agama dan akiviti-aktiviti yang lain. Ini kerana orang yang kafir, fasik dan munafiq tidak akan mengimarahkan masjid.

Firman Allah SWT: “Orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut kecuali Allah, mereka itulah yang diharapkan untuk tergolong di kalangan orang-orang yang mendapat hidayah”. (Surah at-Taubah ayat 18.)

Dalam riwayat yang lain menyatakan.

Űčَنْ ŰŁَŰšِي ŰłَŰčِÙŠŰŻٍ Ű§Ù„ْŰźُŰŻْ۱ِيِّ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَنْهُ، قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ :Ű„ِ۰َۧ ۱َŰŁَيْŰȘُمُ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلَ يَŰčْŰȘَۧۯُ Ű§Ù„ْمَŰłْŰŹِŰŻَ فَۧێْهَŰŻُÙˆŰ§ لَهُ ŰšِŰ§Ù„ْŰ„ِيمَŰ§Ù†ِ

Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksunya): “Bila kamu melihat seseorang yang sentiasa berulang alik ke masjid, maka bersaksilah kepadanya dengan keimanan”. ( Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan lain-lain)

Abdullah bin MasĂșd r.a. berkata :

 Ùˆَلَوْ ŰŁَنَّكُمْ Ű”َلَّيْŰȘُمْ فِي ŰšُيُوŰȘِكُمْ كَمَۧ يُŰ”َلِّي هَ۰َۧ Ű§Ù„ْمُŰȘَŰźَلِّفُ فِي ŰšَيْŰȘِهِ لَŰȘَ۱َكْŰȘُمْ ŰłُنَّŰ©َ نَŰšِيِّكُمْ، وَلَوْ ŰȘَ۱َكْŰȘُمْ ŰłُنَّŰ©َ نَŰšِيِّكُمْ لَ۶َلَلْŰȘُمْ ...
 
Maksudnya : "(dan sesungguhnya solat berjemaah itu sebahagian daripada sunanul huda). Maka jika kamu bersolat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang tidak hadir ini bersolat di rumahnya, maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kamu, nescaya kamu akan sesat…”.(Hadis riwayat Muslim.)
 
Keempat : Bersifat malu yang boleh menghalangnya daripada melakukan maksiat dan perkara yang tidak senonoh.

Ű§Ù„Ű„ِيْمَŰ§Ù†ُ Űšِ۶ْŰčٌ وَŰłِŰȘُّوْنَ ŰŽُŰčْŰšَŰ©ً، فَŰŁَفْ۶َلُهَۧ قَوْلُ Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ، وَŰŁَŰŻْنَŰ§Ù‡َۧ Ű„ِمَۧ۷َŰ©ُ Ű§Ù„ŰŁَ۰َى Űčَنِ Ű§Ù„Ű·َّ۱ِيْقِ، وَŰ§Ù„ْŰ­َيَۧۥُ ŰŽُŰčْŰšَŰ©ٌ مِنَ Ű§Ù„Ű„ِيْمَŰ§Ù†ِ.
 
Maksudnya : “Iman itu lebih daripada enam puluh bahagian. Yang paling utama ialah perkataan “Tiada tuhan melainkan Allah”, dan yang paling rendahnya ialah membuang benda yang menyakitkan di jalanan. Dan malu itu sebahagian daripada keimanan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
 
Kelima : Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar. 

Seorang yang beriman, tidak akan berdiam diri, jika terdapat pelanggaran terhadap hukum-hukum Allah SWT. Mereka bukan sahaja mematuhi perintah Allah SWT pada diri mereka sahaja, bahkan akan mencegah kemungkaran yang dilakukan, dan akan menyuruh orang lain juga melakukan makruf.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.( Surah at-Taubah ayat 71)

Abu Said al-Khudri menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ ۱َŰŁَى مِنْكُمْ مُنْكَ۱ًۧ فَلْيُŰșَيِّ۱ْهُ ŰšِيَŰŻِهِ، فَŰ„ِنْ لَمْ يَŰłْŰȘَŰ·ِŰčْ فَŰšِلِŰłَŰ§Ù†ِهِ، وَمَنْ لَمْ يَŰłْŰȘَŰ·ِŰčْ فَŰšِقَلْŰšِهِ، وَ۰َلِكَ ŰŁَ۶ْŰčَفُ Ű§Ù„Ű„ِيْمَŰ§Ù†ِ.

Maksudnya: “Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah), maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman”. (Hadis riwayat Muslim)

Keenam:   Tidak sombong dan takbur. 

Seorang yang beriman sentiasa mengimpikan syurga. Dan mereka memahami bahawa syurga itu tidak akan diberi kepada orang yang sombong, angkuh dan takbur. 

Abdullah bin Mas’ud menceritakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda:

Ù„Ű§َ يَŰŻْŰźُلُ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ مَنْ كَŰ§Ù†َ فِيْ قَلْŰšِهِ مِŰ«ْقَŰ§Ù„ُ ۰َ۱َّŰ©ٍ مِنْ كِŰšْ۱ٍ، قَŰ§Ù„َ ۱َŰŹُلٌ: Ű„َنَّ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلَ يُŰ­ِŰšُّ ŰŁَنْ يَكُوْنَ Ű«َوْŰšُهُ Ű­َŰłَنًۧ وَنَŰčْلُهُ Ű­َŰłَنَŰ©ً، قَŰ§Ù„َ: Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ ŰŹَمِيْلٌ يُŰ­ِŰšُّ Ű§Ù„ْŰŹَمَŰ§Ù„َ، Ű§Ù„ْكِŰšْ۱ُ ŰšَŰ·َ۱ُ Ű§Ù„ْŰ­َقِّ وَŰșَمْŰ·ُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ

Makudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang ada di hatinya walau sebesar zarah daripada sikap takbur. Lalu ada seorang lelaki berkata: Seorang lelaki yang suka pakaiannya cantik, kasutnya cantik, (adakah ia juga takbur?) Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah itu cantik (sempurna) dan Dia sukakan kecantikan. Takbur ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain”. (Hadis riwayat Muslim).

Orang yang beriman memahami bahawa iblis telah kufur kepada Allah SWT kerana sifat sombong dan takburnya dan dia enggan sujud kepada perintah Allah SWT .

Firman Allah SWT maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah (hormatilah dan muliakanlah) kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; dia enggan dan takbur, dan dia termasuk dalam golongan orang-orang yang kafir”. (Surah al-Baqarah ayat 34)

Mereka juga memahami bahawa orang yang kafir adalah orang yang takbur kerana enggan menerima ketuhanan Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha illallah" (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri (tidak menerimanya)”. (Surah as-Sofat ayat 35)

Ketujuh: Mentaat pemimpin yang mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Orang mukmin akan memilik pemimpin yang beriman dan bertakwa dan memiliki akhlak yang mulia dan mereka patuh kepada kepimpinannya. Menjadi satu kesalahan apabila umat Islam memilih orang fasik yang telah rosak akhlaknya menjadi pemimpin mereka kerana mereka akan membuat kerosakkan dimuka bumi.

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan ulil amri di antara kamu. Dan jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”. (Surah an-Nisa’ ayat 59)

Mereka tidak akan menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin tertinggi mereka, samada Yahudi, Kristian atau sebagainya daripada penganut-penganut ideologi-ideologi baru yang bertentangan dengan Islam , apatah orang yang merendah-rendahkan ajaran Islam.

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan pemimpinmu, orang-orang yang menjadikan agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (iaitu) daripada kalangan orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelummu, dan juga orang-orang yang kafir. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman”. (Surah al-Maidah ayat 57)

Namun, ketaatan mereka kepada pimpinan mereka bukanlah mutlak seperti ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul, bahkan mereka akan menegur kesilapan pemimpin mereka, kerana itu juga merupakan tanda keimanan. 

Sabda Nabi SAW:

Ű„ِنَّهَۧ ŰłَŰȘَكُونُ ŰŁُمَ۱َۧۥُ يَكْ۰ِŰšُونَ وَيَŰžْلِمُونَ، فَمَنْ Ű”َŰŻَّقَهُمْ Űšِكَ۰َŰšِهِمْ وَŰŁَŰčَŰ§Ù†َهُمْ Űčَلَى Űžُلْمِهِمْ فَلَيْŰłَ مِنَّۧ وَلَŰłْŰȘُ مِنْهُمْ وَÙ„Ű§َ يَ۱ِŰŻُ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰ­َوْ۶ِ وَمَنْ لَمْ يُŰ”َŰŻِّقْهُمْ Űšِكَ۰َŰšِهِمْ وَلَمْ يُŰčِنْهُمْ Űčَلَى Űžُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّيْ وَŰŁَنَۧ مِنْهُ وَŰłَيَ۱ِŰŻُ Űčَلَي Ű§Ù„ْŰ­َوْ۶ِ.

Maksudnya: “Akan datangnya para pemimpin yang banyak berdusta dan melakukan kezaliman. Maka sesiapa yang membenarkan pendustaan mereka, dan membantu di atas kezaliman mereka, maka dia bukanlah daripada golongan kami dan aku bukan daripada golongan mereka dan dia tidak akan datang ke kolamku (di akhirat nanti). Dan sesiapa yang tidak membenarkan pendustaan mereka dan tidak membantu kezaliman mereka, maka dia adalah daripada golonganku dan aku daripada golongannya, dan dia akan datang (meminum) kolamku”. (Hadis riwayat Ahmad dengan isnad yang sahih.)

Kelapan:  Tidak akan menipu orang Islam yang lain atau dan menghunus senjata kepada mereka. 

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasullah SAW. bersabda:

مَنْ Ű­َمِلَ Űčَلَيْنَۧ Ű§Ù„ŰłِّÙ„Ű§َŰ­َ فَلَيْŰłَ مِنَّۧ، وَمَنْ ŰșَŰŽَّنَۧ فَلَيْŰłَ مِنَّۧ

Maksudnya: “Sesiapa yang menghunus senjata ke arah kami, maka dia bukanlah daripada golongan kami. Dan sesiapa yang menipu kami, maka dia juga bukan daripada golongan kami”. (Hadis riwayat Muslim)

Orang yang beriman mengetahui bahawa kedua-dua perkara tadi adalah dosa besar yang akan membawa kepada kekafiran jika dihalalkannya. 

Ma’qil bin Yasar r.a. pula meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَۧ مِنْ ŰčَŰšْŰŻٍ يَŰłْŰȘَ۱ْŰčِيهِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ ۱َŰčِيَّŰ©ً يَمُوŰȘُ يَوْمَ يَمُوْŰȘُ، وَهُوَ Űșَۧێٍّ لِ۱َŰčِيَّŰȘِهِ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű­َ۱َّمَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ
 
Maksudnya: “Mana-mana hamba yang Allah memberikannya jawatan ketua kepada orang ramai, dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, maka Allah akan mengharamkan syurga kepadanya”. (Hadis riwayat Muslim)

Kesembilan: Tidak akan mudah melabelkan orang lain dengan fasik atau kafir. 

Ini kerana mereka memahami bahawa tugas mereka adalah berdakwah dan memberi penerangan, dan bukannya merosakkan persaudaraan sesama Islam. Apatah lagi mereka memahami bahawa label yang diberikan kepada orang lain akan kembali kepadanya jika ia adalah tuduhan yang tidak berasas. 

Abu Zar r.a. menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda:

Ù„Ű§َ يَ۱ْمِيْ ۱َŰŹُلٌ ۱َŰŹُÙ„Ű§ً ŰšِŰ§Ù„ْفُŰłُوْقِ وَÙ„Ű§َ يَ۱ْمِيْهِ ŰšِŰ§Ù„ْكُفْ۱ِ Ű„ِÙ„Ű§َّ ۧ۱ْŰȘَŰŻَّŰȘْ Űčَلَيْهِ Ű„ِنْ لَمْ يَكُنْ Ű”َِۭۧŰšُهُ كَ۰َلِكَ
 
Maksudnya: “Tidak menuduh seseorang kepada seseorang yang lain dengan fasiq atau kekufuran, melainkan akan kembali tuduhan tadi kepadanya jika yang dituduh itu bukanlah demikian”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ke Sepuluh : Sentiasa melakukan amalan yang soleh mengikut cara Nabi SAW. dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah SWT bukan kerana sebab-sebab yang lain.

Ini kerana mereka memahami, tanpa kedua-dua perkara ini, amalan mereka tidak akan bernilai dan diterima di sisi Allah SWT. Aisyah r.a. menyatakan, Rasulullah SAW. bersabda:

مَنْ Űčَمِلَ Űčَمَلًۧ لَيْŰłَ Űčَلَيْهِ ŰŁَمْ۱ُنَۧ فَهُوَ ۱َŰŻٌّ.
 
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada atasnya pekerjaan kami, maka amalannya itu tertolak (tidak diterima Allah)”. (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah SWT: “Dan mereka tidaklah disuruh melainkan supaya menyembah Allah secara tulus ihklas terhadap agamaNya serta meninggalkan syirik dengan kefahaman”. (Surah al-Bayyinah ayat 5)

Abu Hurairah r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda:

Ű„ِنَّ ŰŁَوَّلَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ يُقْ۶َى يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ Űčَلَيْهِ، ۱َŰŹُلٌ ۧ۳ْŰȘُŰŽْهِŰŻَ فَŰŁُŰȘِيَ Űšِهِ، فَŰčَ۱َّفَهُ نِŰčْمَŰȘَهُ فَŰčَ۱َفَهَۧ، قَŰ§Ù„َ: فَمَۧ ŰčَمِلْŰȘَ فِيهَۧ؟ قَŰ§Ù„َ: قَۧŰȘَلْŰȘُ فِيكَ Ű­َŰȘَّى ۧ۳ْŰȘُŰŽْهِŰŻْŰȘُ. قَŰ§Ù„َ. كَ۰َŰšْŰȘَ وَلَكِنَّكَ قَۧŰȘَلْŰȘَ لِŰŁَنْ يُقَŰ§Ù„َ ŰŹَ۱ِÙŠŰĄٌ, فَقَŰŻْ قِيلَ، Ű«ُمَّ ŰŁُمِ۱َ Űšِهِ فَŰłُŰ­ِŰšَ Űčَلَى وَŰŹْهِهِ Ű­َŰȘَّى ŰŁُلْقِيَ فِي Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ. وَ۱َŰŹُلٌ ŰȘَŰčَلَّمَ Ű§Ù„ْŰčِلْمَ وَŰčَلَّمَهُ وَقَ۱َŰŁَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ, فَŰŁُŰȘِيَ Űšِهِ فَŰčَ۱َّفَهُ نِŰčَمَهُ فَŰčَ۱َفَهَۧ، قَŰ§Ù„َ: فَمَۧ ŰčَمِلْŰȘَ فِيهَۧ؟ قَŰ§Ù„َ: ŰȘَŰčَلَّمْŰȘُ Ű§Ù„ْŰčِلْمَ وَŰčَلَّمْŰȘُهُ وَقَ۱َŰŁْŰȘُ فِيكَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ. قَŰ§Ù„َ: كَ۰َŰšْŰȘَ وَلَكِنَّكَ ŰȘَŰčَلَّمْŰȘَ لِيُقَŰ§Ù„َ ŰčَŰ§Ù„ِمٌ، وَقَ۱َŰŁْŰȘَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ لِيُقَŰ§Ù„َ قَۧ۱ِŰŠٌ فَقَŰŻْ قِيلَ، Ű«ُمَّ ŰŁُمِ۱َ Űšِهِ فَŰłُŰ­ِŰšَ Űčَلَى وَŰŹْهِهِ Ű­َŰȘَّى ŰŁُلْقِيَ فِي Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ. وَ۱َŰŹُلٌ وَŰłَّŰčَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰŁَŰčْŰ·َŰ§Ù‡ُ مِنْ ŰŁَŰ”ْنَŰ§Ùِ Ű§Ù„ْمَŰ§Ù„ِ، فَŰŁُŰȘِيَ Űšِهِ فَŰčَ۱َّفَهُ نِŰčَمَهُ فَŰčَ۱َفَهَۧ، قَŰ§Ù„َ: فَمَۧ ŰčَمِلْŰȘَ فِيهَۧ؟ قَŰ§Ù„َ: مَۧ ŰȘَ۱َكْŰȘُ مِنْ ŰłَŰšِيلٍ ŰȘُŰ­ِŰšُّ ŰŁَنْ يُنْفَقَ فِيهَۧ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْفَقْŰȘُ فِيهَۧ لَكَ. قَŰ§Ù„َ: كَ۰َŰšْŰȘَ وَلَكِنَّكَ فَŰčَلْŰȘَ لِيُقَŰ§Ù„َ هُوَ ŰŹَوَۧۯٌ، فَقَŰŻْ قِيلَ، Ű«ُمَّ ŰŁُمِ۱َ Űšِهِ فَŰłُŰ­ِŰšَ Űčَلَى وَŰŹْهِهِ Ű«ُمَّ ŰŁُلْقِيَ فِي Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ.
 
Maksudnya: “Sesungguhnya orang pertama yang dihukumkan (dibicarakan) di hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Lalu dia dibawa (untuk dibicarakan) dan (Allah Taala pun) memberitahukannya (segala) nikmatNya (yang diberikan kepadanya di dunia dahulu) dan dia mengakuinya. Allah berfirman: Apakah yang telah kamu lakukan padanya (dengan nikmat-nikmat itu)? Dia menjawab: Aku telah beperang pada (jalanMu) sehinggalah aku mendapat syahid. Allah berfirman: Engkau telah berbohong, tetapi (sebenarnya) kamu telah berperang supaya dikatakan (engkau) seorang yang berani, dan memang pun telah dikatakan (demikian). Kemudian dia diperintahkan supaya diseret di atas mukanya sehinggalah dia dicampakkan ke dalam nereka.

Dan (juga antara yang terawal dibicarakan dan dihukum ialah) seorang lelaki yang belajar ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Lalu dia dibawa (untuk dibicarakan) dan (Allah Taala) memberitahukannya (segala) nikmat-nikmatNya (yang diberikan kepadanya di dunia dahulu) dan dia mengakuinya. Allah berfirman: Apakah yang telah kamu lakukan padanya (dengan nikmat-nikmat itu)? Dia menjawab: Aku mempelajari ilmu dan aku mengajarinya dan aku juga membaca Quran (dan semua itu aku lakukan) pada jalanMu (keranaMu). Allah berfirman: Engkau telah berbohong, tetapi (sebenarnya) kamu belajar supaya dikatakan (kamu ini adalah) seorang yang alim (berilmu). Dan kamu membaca al-Quran supaya dikatakan kamu seorang Qari (pembaca al-Quran yang hebat). Dan memang (semua itu) sudah dikatakan (kepadamu). Kemudian dia diperintahkan supaya diseret di atas mukanya sehinggalah dia dicampakkan ke dalam neraka.

Dan (yang awal dibicarakan dan dihukum ialah) seorang lelaki yang Allah telah memudahkannya dan Allah mengurniakannya pelbagai jenis harta. Lalu dia dibawa (untuk dibicarakan) dan Allah memberitahukannya dengan (segala) nikmat-nikmatNya dan dia mengakuinya. Allah berfirman: Maka apakah yang telah kamu lakukan padanya (dengannya)? Dia menjawab: Aku tidak tinggalkan satu jalan pun yang Kamu suka untuk dibelanjakan (hartaku) padanya melainkan aku membelanjakan (hartaku) padanya (semata-mata) keranaMu. Allah berfirman: Engkau telah berbohong. Tetapi (sebenarnya) kamu lakukan demikian supaya kamu dikatakan “dia adalah seorang yang (sangat) dermawan”. Dan memang pun telah dikatakan begitu (kepadamu). Kemudian dia diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingalah dia dicampakkan ke dalam neraka”. 

(Hadis riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menghayati sepuluh adab-adab yang mulia  di atas untuk melayakkan diri kita menjadi mukmin yang di redai oleh Allah SWT dan menyebabkan amalan-amalan kita diterima-Nya. Sekali pandang nampak mudah tetapi hakikat sebenarnya sukar kecuali ianya dipermudahkan oleh Allah SWT.