Friday, September 5, 2014

10 Doa-doa Selepas Tahyat Akhir Sunat Di Baca

Ada beberapa doa yang boleh dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam solat. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad saw.

Berikut adalah doa-doa tersebut  : 

1) Doa pertama berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ Űčَ۰َِۧۚ ŰŹَهَنَّمَ ، وَمِنْ Űčَ۰َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ ، وَمِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰ­ْيَۧ وَŰ§Ù„ْمَمَۧŰȘِ ،

 Ùˆَمِنْ ŰŽَ۱ِّ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰłِÙŠŰ­ِ Ű§Ù„ŰŻَّŰŹَّŰ§Ù„

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.

2) Doa kedua berdasarkan hadis riwayat Imam Al-Bukhari. (sangat baik diamalkan jika kita ada situasi hutang)  :


Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ Űčَ۰َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰłِÙŠŰ­ِ Ű§Ù„ŰŻَّŰŹَّŰ§Ù„ِ ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰ­ْيَۧ وَفِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَمَۧŰȘِ ، Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْمَŰŁْŰ«َمِ وَŰ§Ù„ْمَŰșْ۱َمِ

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.

3) Doa ketiga berdasarkan hadis riwayat Imam Al-Bukhari juga. Doa yang ini amat baik untuk melupuskan sifat mazmumah yang ada pada diri kita. :

َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّيْ ŰŁَŰčُوْ۰ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْŰšُŰźْلِ، وَŰŁَŰčُوْ۰ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْŰŹُŰšْنِ، وَŰŁَŰčُوْ۰ُ Űšِكَ مِنَ ŰŁَنْ ŰŁُ۱َŰŻَّ Ű„ِلَى ŰŁَ۱ْ۰َلِ Ű§Ù„ْŰčُمْ۱ِ، وَŰŁَŰčُوْ۰ُ Űšِكَ مِنَ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ وَŰčَ۰َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ.

Dan mafhumnya :

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.

4) Doa keempat berdasarkan hadis riwayat Imam Abu Daud dan Imam An-Nasaie. Doa yang amat baik untuk memohon ALLAH jadikan kita hambaNYA yang bersyukur dan sentiasa mengingatiNYA :

 Ű§َللَّهُمَّ ŰŁَŰčِنِّيْ Űčَلَى ۰ِكْ۱ِكَ، وَŰŽُكْ۱ِكَ، وَŰ­ُŰłْنِ ŰčِŰšَۧۯَŰȘِكَ.

Dan mafhumnya :

“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu

5) Doa kelima berdasarkan hadis riwayat Imam An-Nasaie.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ ŰčَمِلْŰȘُ ، وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ لَمْ ŰŁَŰčْمَلْ

 :Dan mafhumnya

Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku lakukan, dan daripada kejahatan lakukan

6. Doa yang keenam. Doa ini untuk memohon ALLAH mudahkan urusan hisab / perbicaraan kita di mahkamah ALLAH di akhirat nanti.

Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű­َۧ۳ِŰšْنِي Ű­ِŰłًَۧۚۧ يَŰłِÙŠŰ±َۧ

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.

7. Doa yang ketujuh dari riwayat Imam Bukhary. Doa ini adalah doa taubat. sesuai sangat dibaca selepas membaca tahiyyat akhir dalam solat taubat.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰžَلَمْŰȘُ نَفْŰłِي Űžُلْمًۧ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ وَلَۧ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ ، فَۧŰșْفِ۱ْ لِي مَŰșْفِ۱َŰ©ً مِنْ ŰčِنْŰŻِكَ ، وَۧ۱ْŰ­َمْنِي Ű„ِنَّك ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.

8. Doa kelapan  dari riwayat Imam Abu Daud.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ يَۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„ْŰŁَŰ­َŰŻُ Ű§Ù„Ű”َّمَŰŻُ Ű§Ù„َّ۰ِي لَمْ يَلِŰŻْ وَلَمْ يُولَŰŻْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًۧ ŰŁَŰ­َŰŻٌ ، ŰŁَنْ ŰȘَŰșْفِ۱َ لِي ۰ُنُÙˆŰšِي Ű„ِنَّكَ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang

9. Doa kesembilan riwayat Imam Abu Daud. Doa inilah yang saya belajar dan amalkan dulu

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۧŰșْفِ۱ْ لِي مَۧ قَŰŻَّمْŰȘُ وَمَۧ ŰŁَŰźَّ۱ْŰȘُ ، وَمَۧ ŰŁَŰłْ۱َ۱ْŰȘُ وَمَۧ ŰŁَŰčْلَنْŰȘُ ، وَمَۧ ŰŁَŰłْ۱َفْŰȘُ ، وَمَۧ ŰŁَنْŰȘَ ŰŁَŰčْلَمُ Űšِهِ مِنِّي ، ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْمُقَŰŻِّمُ وَŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْمُŰ€َŰźِّ۱ُ لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan) secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.

10. Doa kesepuluh dari hadis riwayat imam Abu Daud juga, doa memohon dimasukkan ke syurga dan diselamatkan dari neraka

َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّيْ ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ وَŰŁَŰčُوْ۰ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

Dan mafhumnya :

“Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.

Alhamdulillah berjaya juga mengumpulkan 10 doa-doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw selepas membaca tasyahhud / tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam.

Semoga perkongsian ini menjadi asbab kita semua mendapat redha dan rahmat Allah SWT  dan terlepas dari siksa kubur, siksa mahsyar semasa hisab dan siksa neraka….



Thursday, September 4, 2014

Amalan-amalan Syirik Di Larang Dalam Islam


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syirik adalah lawan kepada Tauhid. Syirik bermaksud menyengutukan Allah sama ada dari segi RububiyyahNya, UluhiyyahNya atau nama-nama dan sifat-sifatNya. Syirik merupakan antara dosa terbesar dari dosa-dosa paling besar yang disabdakan Rasulullah SAW.;

ŰŁَكْŰšَ۱ُ Ű§Ù„ْكَŰšَۧۊِ۱ِ Ű§Ù„ْŰ„ِŰŽْ۱َŰ§Ùƒُ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ وَقَŰȘْلُ Ű§Ù„Ù†َّفْŰłِ وَŰčُقُوقُ Ű§Ù„ْوَŰ§Ù„ِŰŻَيْنِ وَقَوْلُ Ű§Ù„ŰČُّÙˆŰ±ِ ŰŁَوْ قَŰ§Ù„َ وَŰŽَهَۧۯَŰ©ُ Ű§Ù„ŰČُّÙˆŰ±ِ
 

“Dosa-dosa paling besar ialah;
1. Mensyirikkan Allah
2. Membunuh manusia
3. Menderhakai dua ibu-bapa
4. Memberi kesaksian palsu/dusta”.
(Hadis riwayat Imam Bukhari dari Anas r.a.)

Bahkan orang yang mati dalam keadaan mensyirikkan Allah sekali-kali tidak akan mendapat keampunan Allah di akhirat sebagaimana firmanNya;

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ لَۧ يَŰșْفِ۱ُ ŰŁَنْ يُŰŽْ۱َكَ Űšِهِ وَيَŰșْفِ۱ُ مَۧ ŰŻُونَ ۰َلِكَ لِمَنْ يَŰŽَۧۥُ وَمَنْ يُŰŽْ۱ِكْ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ فَقَŰŻِ Ű§ÙْŰȘَ۱َى Ű„ِŰ«ْمًۧ ŰčَŰžِيمًۧ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”. (Surah an-Nisa’ ayat 48)

Luqman dalam wasiatnya kepada anaknya telah berpesan;

وَŰ„ِ۰ْ قَŰ§Ù„َ لُقْمَŰ§Ù†ُ لِْۧۚنِهِ وَهُوَ يَŰčِŰžُهُ يَُۧۚنَيَّ لَۧ ŰȘُŰŽْ۱ِكْ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„ŰŽِّ۱ْكَ لَŰžُلْمٌ ŰčَŰžِيمٌ
 

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”. (Surah Luqman ayat  13)

Sabda Rasulullah SAW;

من Ù…Ű§ŰȘ وهو ÙŠŰŻŰčو من ŰŻÙˆÙ† Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ù†ŰŻŰ§ ŰŻŰźÙ„ Ű§Ù„Ù†Ű§Ű±
“Sesiapa mati dalam keadaan ia menyeru selain Allah sebagai sekutuNya (yakni mati dalam keadaan mensyirikkan Allah), maka ia akan masuk neraka”. (Hadis Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu Mas’ud r.a.)

من Ù…Ű§ŰȘ Ù„Ű§ ÙŠŰŽŰ±Ùƒ ŰšŰ§Ù„Ù„Ù‡ ŰŽÙŠŰŠŰ§ً ŰŻŰźÙ„ Ű§Ù„ŰŹÙ†Ű©، ومن Ù…Ű§ŰȘ ÙŠŰŽŰ±Ùƒ ŰšÙ‡ ŰŽÙŠŰŠŰ§ً ŰŻŰźÙ„ Ű§Ù„Ù†Ű§Ű±
“Sesiapa bertemu Allah dalam keadaan tidak pernah mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun akan masuk syurga. Sesiapa bertemu Allah dengan mensyirikkannya dengan sesuatu, akan masuk neraka”. (Hadis Riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a.)

Jenis-jenis Syirik

Terdapat dua jenis syirik melihat kepada kesannya kepada aqidah;[1]

1. Syirik Akbar (besar); iaitu syirik yang mengeluarkan seseorang itu dari iman (yakni murtad dari agama) dan di akhirat dosanya tidak akan diampunkan Allah dan ia tidak akan dapat masuk syurga selama-lamanya.

2. Syirik Asghar (kecil); iaitu syirik yang tidaklah mengeluarkan seseorang itu dari agama, namun ia tergolong dalam dosa-dosa besar (malah paling besar) dan dibimbangi orang yang melakukannya atau berterusan melakukannya akhirnya akan mati sebagai seorang kafir jika tidak diberi rahmat oleh Allah dengan taubat dan keampunanNya.

Syirik Akbar

Syirik Akbar (besar) melihat kepada bentuknya terbahagi pula kepada dua jenis;[2]

1. Syirik Dzahir Jali (terang dan nyata)

Iaitu syirik yang terang dan nyata, tanpa ada kesamaran di mana orang yang melakukannya jelas dianggap telah menyengutukan Allah. Syirik ini berlaku apabila seseorang itu menyembah selain Allah seperti menyembah matahari, patung-patung berhala, binatang (lembu dan sebagainya), manusia (seperti perbuatan penganut Kristian yang menyembah nabi Isa, penganut Budha yang menyembah patung Budha, orang-orang yang menyembah Fir’aun) dan sebagainya.

2. Syirik Bathin Khafi (tersembunyi)

Iaitu syirik yang dzahirnya tidak kelihatan seperti syirik, namun pada hakikatnya ia adalah syirik kerana terdapat padanya unsur yang jelas menyengutukan Allah. Antara syirik jenis ini ialah;

a) Berdoa kepada selain Allah

Antara jenis syirik besar yang tersembunyi ialah berdoa atau memohon pertolongan dari orang yang telah mati, kubur-kubur, makhluk-makhluk halus (hantu, jembalang dan sebagainya), pokok-pokok puaka, busut-busut dan sebagainya. Perbuatan berdoa kepada makhluk-makhluk ini oleh setengah orang Islam tidak dianggap sebagai syirik kerana bagi mereka doa bukanlah ibadah atau sembahan. Ibadah bagi mereka hanyalah sembahyang, puasa, zakat dan haji. Walhal dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah telah menyebutkan dengan jelas dan terang bahawa doa di dalam Islam termasuk dalam ibadah dan tidak harus dikemukakan melainkan kepada Allah sahaja. Antara dalil-dalil tersebut ialah ikrar yang selalu dilafazkan oleh setiap orang Islam tatkala membaca surah al-Fatihah;

Ű„ِيَّŰ§Ùƒَ نَŰčْŰšُŰŻُ ÙˆŰ„ِيَّŰ§Ùƒَ نَŰłْŰȘَŰčِينُ
 

“Engkau sahajalah (ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan”. (Surah al-Fatihah ayat  5)

Begitu juga, sabda Rasulullah SAW;

Ű§Ù„ŰŻŰčۧۥ هو Ű§Ù„Űčۚۧۯ۩
“Doa itu adalah ibadah”. (Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi dari Nu’man bin Basyir r.a.)

Selain itu, mereka juga berhujjah; ‘Sekalipun kami berdoa kepada benda-benda tersebut (kubur-kubur, makhluk-makhluk halus dan sebagainya tadi), namun kami tidak menganggap mereka sebagai Tuhan kami. Mereka tetap kami anggap sebagai makhluk, cuma kami berdoa atau memohon dari mereka hanya sebagai perantara antara kami dengan Allah’. Dengan alasan ini mereka merasakan dapat melepaskan tindakan mereka itu dari syirik. Namun mereka tidak sedar bahawa dengan alasan tersebut, mereka sebenarnya telah meletakkan diri mereka sama seperti golongan musyrikin zaman Rasulullah s.a.w. yang pernah berkata;

وَŰ§Ù„َّ۰ِينَ ۧŰȘَّŰźَ۰ُÙˆŰ§ مِن ŰŻُونِهِ ŰŁَوْلِيَۧۥ مَۧ نَŰčْŰšُŰŻُهُمْ Ű„ِلَّۧ لِيُقَ۱ِّŰšُونَۧ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰČُلْفَى
“Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain Allah sebagai penolong dan pelindung mereka (telah berkata); ‘Kami tidak menyembah atau memuja mereka melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya”. (Surah az-Zumar ayat 3)

وَيَŰčْŰšُŰŻُونَ مِن ŰŻُونِ Ű§Ù„Ù„ّهِ مَۧ Ù„Ű§َ يَ۶ُ۱ُّهُمْ وَÙ„Ű§َ يَنفَŰčُهُمْ وَيَقُولُونَ هَÙ€Ű€ُÙ„Ű§ŰĄ ŰŽُفَŰčَۧۀُنَۧ ŰčِÙ†ŰŻَ Ű§Ù„Ù„ّهِ
“Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat mereka dan mereka pula berkata; ‘Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat (pertolongan) kepada kami di sisi Allah”. (Surah Yunus ayat 18)

b) Memberi hak atau kuasa kepada makhluk untuk membatal atau meminda hukum Allah.

Termasuk juga dalam syirik besar yang tersembunyi ialah memberikan hak kepada mana-mana makhluk untuk membatal atau meminda hukum atau undang-undang Allah, yakni menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah atau mengharamkan apa yang dihalalkan olehNya. Perbuatan tersebut termasuk dalam syirik (menyengutukan Allah) kerana orang yang melakukannya telah menduakan Allah dari segi kuasa yakni ia seolah-olah menganggap ada kuasa yang lain yang menyamai kuasa Allah atau lebih hebat darinya yang boleh membatal atau meminda hukum dan ketetapan Allah. Syirik jenis ini terdapat bukti yang jelas di dalam al-Quran iaitu firman Allah;

ۧŰȘَّŰźَ۰ُÙˆŰ§ْ ŰŁَŰ­ْŰšَۧ۱َهُمْ وَ۱ُهْŰšَŰ§Ù†َهُمْ ŰŁَ۱ْŰšًَۧۚۧ مِّن ŰŻُونِ Ű§Ù„Ù„ّهِ وَŰ§Ù„ْمَŰłِÙŠŰ­َ ْۧۚنَ مَ۱ْيَمَ وَمَۧ ŰŁُمِ۱ُÙˆŰ§ْ Ű„ِÙ„Ű§َّ لِيَŰčْŰšُŰŻُÙˆŰ§ْ Ű„ِلَÙ€Ù‡Ű§ً وَِۭۧۯًۧ Ù„Ű§َّ Ű„ِلَـهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ هُوَ ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َهُ Űčَمَّۧ يُŰŽْ۱ِكُونَ
“Mereka (yakni orang-orang Yahudi dan Nasrani) telah mengangkat pendita-pendita dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan-Tuhan selain dari Allah, dan (begitu juga mereka telah mengangkat sebagai Tuhan) al-Masih (Isa) anak Mariam, sedangkan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Tuhan yang esa (Allah), yang tiada Tuhan melainkan Dia, maha suci Ia (Allah) dari apa yang mereka sekutukan”. (Surah at-Taubah ayat 31)

Rasulullah SAW. pernah mentafsirkan ayat ini kepada seorang sahabat bernama Adi bin Hatim at-Thoie. Adi pada zaman jahiliyah merupakan seorang penganut agama Nasrani (Kristian), kemudian ia memeluk Islam. Adi menceritakan; “Satu ketika aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w.. Kebetulan di leherku ada rantai salib dari emas. Rasulullah berkata kepadaku; ‘Tanggalkan rantai di lehermu itu, wahai Adi’. Aku akur dan membuangnya. Ketika itu Rasulullah SAW. membaca surah al-Baraah (at-Taubah). Apabila Rasulullah sampai kepada ayat di atas dan selesai membacanya, aku lantas berkata kepada baginda; ‘Sesungguhnya kami (penganut Kristian) tidak pernah pun menyembah mereka (yakni pendita-pendita dan rahib-rahib kami)’. Rasulullah lalu menjawab;

ŰŁÙ„ÙŠŰł ÙŠŰ­Ű±Ù…ÙˆÙ† Ù…Ű§ ŰŁŰ­Ù„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ فŰȘŰ­Ű±Ù…ÙˆÙ†Ù‡ ÙˆÙŠŰ­Ù„ÙˆÙ† Ù…Ű§ Ű­Ű±Ù… Ű§Ù„Ù„Ù‡ فŰȘŰłŰȘŰ­Ù„ÙˆÙ†Ù‡
“Bukankah mereka (yakni pendita-pendita dan rahib-rahib kamu dulu) telah mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah lalu kamu pun turut mengharamkannya, dan mereka juga telah menghalalkan apa yang Allah haramkan lalu kamu pun turut menghalalkannya (kerana mematuhi mereka)?”.

Adi menjawab; “Benar, ya Rasulullah”. Balas Rasulullah; “Itu maknanya kamu menyembah mereka”.
(Hadis Riwayat Imam at-Thabrani dari Adi bin Hatim)

Perhatikan dalam hadis di atas bagaimana Rasulullah SAW telah melabelkan orang yang mematuhi orang yang meminda hukum Allah sebagai menyembahnya. Ini menunjukkan bahawa perbuatan tersebut jelas merupakan syirik atau tindakan menyengutukan Allah. Malah perbuatan syirik sebegini telah dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya;

ŰŁَمْ لَهُمْ ŰŽُ۱َكَۧۥ ŰŽَ۱َŰčُÙˆŰ§ لَهُم مِّنَ Ű§Ù„ŰŻِّينِ مَۧ لَمْ يَŰŁْ۰َن Űšِهِ Ű§Ù„Ù„َّهُ
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan undang-undang untuk mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan oleh Allah”. (Surah as-Syura ayat 21)

Syirik Asghar[3]

Syirik Asghar (kecil) tergolong dalam kumpulan dosa-dosa besar, malah paling besar dari dosa-dosa besar yang lain di sisi Allah. Bentuk-bentuk syirik kecil ini ialah;

a) Bersumpah dengan nama selain Allah

Seperti bersumpah dengan nama nabi, kaabah, wali-wali Allah, orang besar, dengan nama tanah-air/negara, nenek-moyang dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW;

من Ű­Ù„Ù ŰšŰșÙŠŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙÙ‚ŰŻ ŰŁŰŽŰ±Ùƒ
“Sesiapa bersumpah dengan nama selain Allah maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Hakim dari Ibnu ‘Umar/al-Jami’ as-Saghir, no. 8642)

Dalam sumpah kita membesar dan mengagungkan sesuatu iaiu orang yang kita bersumpah dengan menyebut namanya. Kebesaran dan keagungan yang mutlak hanya khusus bagi Allah. Kerana itu kita dilarang bersumpah melainkan dengan menyebut nama Allah. Bersumpah dengan nama selain Allah menggambarkan seolah-olah ada zat yang lain yang lebih besar dan lebih agung dari Allah, maka kerana itu ia termasuk dalam syirik.

Menurut ulama’, orang yang bersumpah dengan menyebut nama selain Allah tidak wajib mengotakan sumpahnya dan tidak wajib membayar kaffarah (denda melanggar sumpah). Ini kerana perbuatannya itu adalah syirik dan syirik tidak ada kehormatan atau nilai baginya. Apa yang perlu ia lakukan ialah bertaubat dan beristigfar serta melafazkan kembali syahadahnya. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

من Ű­Ù„Ù ÙÙ‚Ű§Ù„ في Ű­Ù„ÙÙ‡: ÙˆŰ§Ù„Ù„Ű§ŰȘ ÙˆŰ§Ù„ŰčŰČى، فليقل: Ù„Ű§ Ű„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡
“Sesiapa bersumpah, lalu ia menyebutkan dalam sumpahnya; ‘Demi Lata dan ‘Uzza’, maka hendaklah ia (menginsafi dirinya dan) melafazkan; ‘Ù„Ű§ Ű„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡’”. (Hadis Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

b) Menggantung tangkal

Menggantung tangkal –sama ada berupa tali, gelang, kalung atau sebagainya- adalah berdosa dan boleh menjatuhkan ke dalam syirik terutamanya tangkal yang bertulis perkataan-perkataan atau tulisan-tulisan yang menyesatkan atau yang tidak difahami maknanya. Sabda Rasulullah SAW;

من Űčلق ŰȘÙ…ÙŠÙ…Ű© ÙÙ‚ŰŻ ŰŁŰŽŰ±Ùƒ
“Sesiapa menggantung tangkal sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin Amir r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8857)

Tamimah dalam hadis diatas menurut ulama’ bermaksud; tangkal di mana orang-orang Arab dahulunya menggantungkannya di tangan anak-anak mereka untuk menolak sihir ‘ain (yakni sihir dari pandangan mata).[4]

Sabda baginda juga;

من Űčلق وَŰŻَŰčŰ© ÙÙ„Ű§ ÙˆŰŻŰč Ű§Ù„Ù„Ù‡ له، ومن Űčلق ŰȘÙ…ÙŠÙ…Ű© ÙÙ„Ű§ ŰŁŰȘم Ű§Ù„Ù„Ù‡ له
“Sesiapa menggantung wada’ah (tangkal kulit siput), maka Allah tidak akan memberi ketenangan/ketenteraman kepadanya (yakni Allah tidak meringankan kebimangan yang menjadi penyebab ia memakai tangkal itu). Dan sesiapa yang menggantung tangkal pada badannya, maka Allah tidak akan menyempurnakan hajatnya”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin Amir r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8858)

Menurut ulama’; Wada’ah ialah satu benda yang diambil dari laut yang menyerupai kulit siput, dipakai sebagai pelindung dari sihir ‘ain mengikut kepercayaan orang Arab dahulu.[5]

Seorang sahabat Nabi SAW. bernama ‘Imran bin Hashin menceritakan; “Satu ketika seorang lelaki masuk menemui Rasulullah s.a.w. sedang di lengannya terdapat gelang tangkal diperbuat dari tembaga. Lalu baginda bertanya kepadanya; ‘Gelang apa ini?’ Ia menjawab; ‘Gelang tangkal untuk merawat wahinah (penyakit angin pada bahagian bahu dan lengan)’. Lantas baginda berkata kepadanya; ‘Tanggalkannya kerana ia tidak akan menambah kepadamu melainkan wahnan (lemah). Jika ditakdirkan kamu mati dan gelang itu masih berada di badan kamu, kamu tidak akan beruntung selama-lamanya’”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Thabrani dari ‘Imran bin Hashin r.a.)

Jika sekiranya pada tangkal itu tidak ada tulisan lain melainkan ayat al-Quran atau nama-nama Allah, maka para ulama’ berbeza pandangan. Ada yang mengharuskannya dan ada yang tetap mengharamkannya. Antara yang mengharuskannya ialah Imam Ibnu Hajar di mana ia berkata; “Maksud tegahan dalam hadis di atas ialah menggantungkan tangkal yang bukan bertulis ayat al-Quran dan seumpamanya (seperti nama-nama Allah dan doa-doa Rasulullah s.a.w.). Adapun tangkal yang tertulis sebutan nama Allah, maka tidaklah ditegah kerana tangkal sebegini dibuat untuk diambil berkat dan untuk memohon perlindungan dengan nama-nama Allah dan sebutannya…”.[6]

Walau bagaimanapun, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi lebih cenderung menyatakan ia sebagai haram dengan alasan/hujah seperti berikut;

1. Tegahan dalam hadis di atas adalah umum di mana ia tidak mengecualikan sebarang tangkal sama ada yang tertulis ayat al-Quran dan nama-nama Allah atau yang tertulis perkataan-perkataan lainnya.

2. Menutup jalan kepada tangkal-tangkal yang lain (yang bukan bertulis ayat al-Quran atau nama-nama Allah), kerana memberi kelonggaran kepada manusia untuk menggantung tangkal yang tertulis ayat al-Quran atau nama-nama Allah akan membuka jalan kepada mereka untuk menggantung tangkal-tangkal lainnya. Pintu kejahatan apabila sudah mula dibuka, sukar ditutup/disekat.

3. Akan mendedahkan al-Quran dan nama-nama Allah kepada penghinaan di mana orang yang memakainya mungkin membawanya ke tempat-tempat najis (tandas atau sebagainya) atau memakainya ketika ia dalam haid atau junub dan sebagainya.

4. Perbuatan itu boleh menjatuhkan nilai al-Quran di samping menyalahi tujuan al-Quran itu sendiri kerana al-Quran diturunkan untuk dibaca dan diambil panduan, bukan untuk digantung sebagai tangkai.[7]

c) Berjampi menggunakan kalimah-kalimah syirik atau yang tidak diketahui maknanya

Sabda Rasulullah SAW;

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ű±ُّقَي وَŰ§Ù„ŰȘَّمَۧۊِمَ وَŰ§Ù„ŰȘِّوَلَŰ©َ ŰŽِ۱ْكٌ
“Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah adalah syirik”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Ibnu Mas’ud r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 2002)
(At-Tiwalah ialah sejenis sihir pengasih iaitu yang digunakan untuk menjadikan seorang perempuan dikasihi oleh seorang lelaki. Lihat Faidhul Qadier, hadis no. 2002)

Jampi yang dilarang dalam hadis di atas dan dianggap sebagai syirik ialah yang terkandung doa atau pemujaan kepada selain Allah, atau yang menggunakan bahasa selain Arab atau bahasa yang tidak difahami yang besar kemungkinan mengandungi kalimah-kalimah kufur atau unsur-unsur syirik. Adapun jampi-jampi menggunakan ayat al-Quran dan doa-doa Rasulullah s.a.w., maka tidaklah dilarang. Lebih jelas lagi, menurut Imam Suyuti; para ulama’ sepakat mengharuskan jampi-jampi jika memenuhi tiga syarat;
a) Menggunakan kalam Allah, nama-nama atau sifat-sifatNya.
b) Menggunakan bahasa Arab dan bahasa yang difahami maksudnya.
c) Dengan iktikad bahawa bukan jampi-jampi itu yang menyembuhkan (atau memberi kesan) tetapi Allah.[8]

Berkata Imam Muhammad bin al-Hasan; “Diharuskan berjampi dengan jampi yang terdapat di dalam al-Quran dan yang menyebut nama Allah. Adapun dengan perkataan yang tidak diketahui (makna atau asal-usulnya), maka tidak harus berjampi dengannya”. (Lihat al-Muwattha’, bab ar-Ruqa).

Seorang sahabat nabi bernama ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie r.a. menceritakan; ‘Kami biasa berjampi pada zaman jahiliyah. Lalu (apabila datangnya Islam) kami bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah s.a.w., apa pandangan kamu tentang jampi?’. Rasulullah SAW menjawab;

ۧŰčْ۱ِ۶ُÙˆŰ§ Űčَلَيَّ ۱ُقَŰ§Ùƒُم، Ù„Ű§ ŰšَŰŁْŰłَ ŰšِŰ§Ù„Ű±ُّقَى مَۧ لَمْ يَكُنْ فِيْهَۧ ŰŽَÙŠŰĄ
“Tunjukkan kepadaku jampi-jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi-jampi selagi tidak ada syirik padanya”. (Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari ‘Auf bin Malik r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 1152)

Terdapat riwayat menceritakan bahawa Abdullah bin Mas’ud suatu hari melihat di leher isterinya terdapat tangkal benang. Lalu ia bertanya isterinya; ‘Apa ini?’. Jawab isterinya; ‘Tangkal yang dijampi untuk berlindung dari demam/rasa panas’. Lantas Abdullah merentap tangkal tersebut dan membuangnya. Kemudian ia berkata kepada isterinya; ‘Sesungguhnya ahli keluarga Abdullah bebas dari syirik. Aku dengar Rasulullah bersabda; ‘Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah adalah syirik’. Isteri Abdullah lalu menceritakan kepadanya; ‘Suatu suatu hari aku keluar dari rumah. Aku terserempak dengan seorang lelaki yang melihat aku dengan matanya (yakni menyihir aku dengan matanya) menyebabkan mataku sentiasa berair/mengalir air mata. Maka aku pergi kepada seorang yahudi dan ia mengajar kepadaku satu jampi. Apabila aku membaca jampi itu, mataku pun berhenti berair. Namun apabila aku meninggalkan jampi itu, mataku kembali berair’. Abdullah berkata -memberi penjelasan kepada isterinya-; ‘Itulah mainan syaitan (untuk menyesatkan kamu). Apabila kamu taatinya (yakni dengan membaca jampi itu) ia biarkan kamu (yakni ia tidak menyakiti kamu), dan apabila kamu engkarinya (yakni dengan meninggalkan jampi itu), ia mencucuk mata kamu dengan jari-jarinya’. Abdullah berkata lagi; ‘Jika kamu melakukan sebagaimana yang diajar Rasulullah SAW. adalah lebih baik dan lebih mudah sembuh iaitu kamu merenjiskan air ke matamu sambil membaca doa;

ŰŁَ۰ْهِŰšِ Ű§Ù„ْŰšَۧ۳ْ. ۱َŰšَّ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ْ. ِۧŰŽْفِ، ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ŰŽَّŰ§Ùِي. Ù„Ű§َŰŽِفَۧۥَ Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰŽِفَۧۀُكَ، ŰŽِفَۧۥً Ù„Ű§َيُŰșَۧۯِ۱ُ ŰłَقَÙ…Ű§ً
“Jauhilah penyakit wahai Tuhan manusia. Sembuhkanlah kerana Engkaulah Tuhan yang maha menyembuhkan. Tidak ada sembuhan melainkan sembuhan Engkau, sembuhan yang tidak akan meninggalkan sebarang penyakit”.
(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dari Zainab r.a.)

d) Sihir

Sihir adalah perbuatan yang mendatangkan syirik kepada Allah kerana ia melibatkan pemujaan dan permohonan kepada roh-roh jahat seperti iblis, syaitan, jin dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW;

من ŰčÙ‚ŰŻ ŰčÙ‚ŰŻŰ© Ű«Ù… Ù†ÙŰ« ÙÙŠÙ‡Ű§ ÙÙ‚ŰŻ ۳ۭ۱، ومن ۳ۭ۱ ÙÙ‚ŰŻ ŰŁŰŽŰ±Ùƒ، ومن ŰȘŰčلق ŰŽÙŠŰŠŰ§ وكل Ű„Ù„ÙŠÙ‡
“Sesiapa yang menyimpul satu ikatan, kemudian menghembus/meniup (dengan air ludahnya) padanya, maka sesungguhnya ia telah melakukan sihir dan sesiapa yang melakukan sihir, maka sesungguhnya dia telah syirik. Dan sesiapa menggantung sesuatu (tangkal), akan diserahkan urusannya kepada tangkal tersebut (yakni dia tidak akan mendapat bantuan Allah)”. (Hadis Riwayat Imam an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

Di dalam al-Quran, Allah menyenaraikan sihir di antara kejahatan-kejahatan yang mesti dielak oleh manusia dengan memohon perlindungan Allah. Firman Allah;

قُلْ ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِ۱َŰšِّ Ű§Ù„ْفَلَقِ ، مِن ŰŽَ۱ِّ مَۧ Űźَلَقَ ، وَمِن ŰŽَ۱ِّ Űșَۧ۳ِقٍ Ű„ِ۰َۧ وَقَŰšَ، وَمِن ŰŽَ۱ِّ Ű§Ù„Ù†َّفََّۧ۫ۧŰȘِ فِي Ű§Ù„ْŰčُقَŰŻِ ، وَمِن ŰŽَ۱ِّ Ű­َۧ۳ِŰŻٍ Ű„ِ۰َۧ Ű­َŰłَŰŻَ
“Katakanlah (wahai Muhammad); ‘Aku berlindung kepada Tuhan (yang mengatur) makhluk, daripada kejahatan makhlukNya, dan daripada kejahatan malam bila ia telah gelap, dan daripada kejahatan perempuan-perempuan tukang sihir yang meniup dengan air ludahnya pada simpulan tali, dan daripada kejahatan orang yang dengki bila ia melahirkan dengkinya”. (Surah al-Falaq ayat 1-5)

Imam-imam salaf seperti Imam Malik, Abu Hanifah dan Imam Ahmad menghukum sihir sebagai kufur dan orang-orang yang mengamalkannya sebagai kafir. Malah ada di kalangan sahabat Nabi SAW. memberi fatwa bahawa ahli sihir hendaklah dibunuh. Dalam soheh Bukhari, terdapat riwayat dari Bijalah bin ‘Abadah yang menceritakan; “Umar bin al-Khattab r.a. telah menulis surat perintah kepada kami; ‘Hendaklah kamu sekelian membunuh setiap ahli sihir lelaki dan perempuan’, lalu kami membunuh tiga orang ahli sihir”. Sebahagian ulama’ berpendapat; kufur atau tidaknya seorang ahli sihir itu bergantung kepada perbuatan sihirnya. Jika dalam perbuatan sihirnya itu terdapat pemujaan atau memohon pertolongan dengan suatu yang membawa kekufuran maka jatuh kafirlah ia. Jika tidak maka ia hanya fasiq sahaja.

Dosa sihir tidak hanya bagi orang yang melakukannya sahaja, bahkan orang yang mempercayainya juga turut berdosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

Ű«Ù„Ű§Ű«Ű© Ù„Ű§ ÙŠŰŻŰźÙ„ÙˆÙ† Ű§Ù„ŰŹÙ†Ű©: Ù…ŰŻÙ…Ù† Ű§Ù„ŰźÙ…Ű±، ÙˆÙ‚Ű§Ű·Űč Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…، ÙˆÙ…Ű”ŰŻÙ‚ ŰšŰ§Ù„ŰłŰ­Ű±
“Tidak manusia yang tidak akan masuk syurga; orang yang ketagihan arak, orang yang memutuskan silaturrahim dan orang yang mempercayai sihir”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari Abi Musa al-Asy’ari r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 3528)

Termasuk jenis sihir ialah at-tanjim dan at-tiwalah. At-tanjim ialah ilmu nujum iaitu meneka/meramal apa yang bakal berlaku masa depan dengan melihat dan menilik bintang-bintang. Mungkin dalam bahasa moden hari ini at-tanjim ini dikenali sebagai astrologi.[9] Sabda Rasulullah SAW;

مَنِ Ű§Ù‚ْŰȘَŰšَŰłَ ŰčِلْÙ…Ű§ً مِنَ Ű§Ù„Ù†َّŰŹُومِ، Ű§Ù‚ْŰȘَŰšَŰłَ ŰŽُŰčْŰšَŰ©ً مِنَ Ű§Ù„ŰłَّŰ­ْ۱ِ. ŰČَۧۯَ مَۧŰČَۧۯَ
“Sesiapa mempelajari suatu ilmu dari ilmu-ilmu nujum, maka ia mempelajari satu cabang dari sihir. Bertambah sihirnya dengan bertambah ilmu nujumnya”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8500)

Adapun at-tiwalah, maka ia adalah sihir pengasih. Kita telahpun menerangkan tentangnya pada beberapa muka surat yang lalu.

e) al-Kahin dan al-‘Arraf (Tukang tilik, tukang ramal)

Al-Kahin ialah orang yang mendakwa dapat mengetahui rahsia-rahsia dan perkara-perkara ghaib. Al-‘Arraf pula bermaksud orang yang mendakwa mempunyai kemampuan untuk mendedahkan apa yang akan berlaku pada masa depan.[10] Dalam bahasa melayu, kedua-dua orang ini mungkin dapat diistilahkan sebagai tukang tilik, tukang tenung, tukang ramal atau ahli nujum.

Sabda Rasulullah SAW.;

من ŰŁŰȘى ŰčŰ±Ű§ÙŰ§ ÙŰłŰŁÙ„Ù‡ Űčن ŰŽÙŠŰĄ لم ŰȘÙ‚ŰšÙ„ له Ű”Ù„Ű§Ű© ۣ۱ۚŰčين Ù„ÙŠÙ„Ű©
“Sesiapa pergi kepada seorang ‘arraf (tukang tilik/tukang tenung) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, lalu mempercayainya, tidak akan diterima solatnya selama 40 hari”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim dari beberapa isteri Nabi s.a.w./al-Jami’ as-Saghir, no. 8284)

من ŰŁŰȘى ŰčŰ±Ű§ÙŰ§ ŰŁÙˆ ÙƒŰ§Ù‡Ù†Ű§ ÙŰ”ŰŻÙ‚Ù‡ ŰšÙ…Ű§ يقول ÙÙ‚ŰŻ ÙƒÙŰ± ŰšÙ…Ű§ ŰŁÙ†ŰČل Űčلى Ù…Ű­Ù…ŰŻ
“Sesiapa pergi kepada seorang kahin (tukang tenung), lalu ia mempercayai apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)

Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa hanya Allah yang mengetahui perkara-perkara ghaib.

قُل لَّۧ يَŰčْلَمُ مَن فِي Ű§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ وَŰ§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ Ű§Ù„ْŰșَيْŰšَ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ
“Katakanlah; Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (Surah an-Naml ayat 65)

وَŰčِÙ†ŰŻَهُ مَفَۧŰȘِŰ­ُ Ű§Ù„ْŰșَيْŰšِ Ù„Ű§َ يَŰčْلَمُهَۧ Ű„ِÙ„Ű§َّ هُوَ
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib. Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja”. (Surah al-A’raf ayat  59)

Malah Nabi SAW. sendiri tidak mengetahui hal-hal ghaib melainkan yang diberitahu Allah kepadanya.

قُل Ù„Ű§َّ ŰŁَمْلِكُ لِنَفْŰłِي نَفْŰčًۧ وَÙ„Ű§َ ۶َ۱ًّۧ Ű„ِÙ„Ű§َّ مَۧ ŰŽَۧۥ Ű§Ù„Ù„ّهُ وَلَوْ كُنŰȘُ ŰŁَŰčْلَمُ Ű§Ù„ْŰșَيْŰšَ Ù„Ű§َŰłْŰȘَكْŰ«َ۱ْŰȘُ مِنَ Ű§Ù„ْŰźَيْ۱ِ وَمَۧ مَŰłَّنِيَ Ű§Ù„ŰłُّÙˆŰĄُ Ű„ِنْ ŰŁَنَْۧ Ű„ِÙ„Ű§َّ نَ۰ِÙŠŰ±ٌ وَŰšَŰŽِÙŠŰ±ٌ لِّقَوْمٍ يُŰ€ْمِنُونَ
“Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman”. (Surah al-A’raf ayat 188)

Jin-jin yang dipergunakan oleh ahli-ahli sihir dan tukang-tukang tilik atau tenung juga tidak memiliki kemampuan untuk mengetahui perkara ghaib. Ini dijelaskan oleh al-Quran tatkala mendedahkan tentang jin-jin nabi Sulaiman a.s yang tidak menyedari bahawa beliau telah wafat.

فَلَمَّۧ قَ۶َيْنَۧ Űčَلَيْهِ Ű§Ù„ْمَوْŰȘَ مَۧ ŰŻَلَّهُمْ Űčَلَى مَوْŰȘِهِ Ű„ِلَّۧ ŰŻََّۧۚŰ©ُ Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ ŰȘَŰŁْكُلُ مِÙ†ŰłَŰŁَŰȘَهُ فَلَمَّۧ Űźَ۱َّ ŰȘَŰšَيَّنَŰȘِ Ű§Ù„ْŰŹِنُّ ŰŁَن لَّوْ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ يَŰčْلَمُونَ Ű§Ù„ْŰșَيْŰšَ مَۧ لَŰšِŰ«ُÙˆŰ§ فِي Ű§Ù„ْŰčَ۰َِۧۚ Ű§Ù„ْمُهِينِ
“Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia (yakni nabi Sulaiman) tumbang, nyatalah kepada jin-jin itu bahawa jika sekiranya mereka sememangnya mengetahui hal yang ghaib, tentulah mereka tidak akan terus tinggal dalam azab (kerja berat) yang menghina itu”. (Surah Saba’ ayat 14)

f) Bernazar kepada selain Allah

Nazar bermaksud mewajibkan ke atas diri sendiri perkara kebaikan atau sunat yang asalnya tidak wajib dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Nazar di dalam Islam adalah ibadah. Oleh itu, ia tidak boleh dilakukan melainkan kerana Allah.

Bernazar kepada selain Allah adalah syirik (yakni menyengutukan Allah dengan beribadah kepada selaiNya). Oleh kerana ia adalah syirik, maka ia tergolong dalam maksiat. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW., nazar yang berkait dengan maksiat tidak harus ditunaikan. Sabda baginda;

من Ù†Ű°Ű± ŰŁÙ† ÙŠŰ·ÙŠŰč Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙÙ„ÙŠŰ·Űčه، ومن Ù†Ű°Ű± ŰŁÙ† يŰčŰ”ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙÙ„Ű§ يŰčŰ”Ù‡
“Sesiapa bernazar untuk melakukan perbuatan taat kepada Allah, maka ta’atlah kepadanya (dengan menunaikan apa yang ia nazarkan). Sesiapa yang bernazar untuk melakukan perkara maksiat kepada Allah, maka janganlah ia melakukan maksiat kepadaNya (yakni janganlah ia menunaikan nazar maksiatnya itu)”. (Hadis Riwayat Imam Muhammad, Bukhari dan beberapa lagi dari Aisyah r.a./al-Jami’as-Saghir, no. 9056)

g) Menyembelih untuk selain Allah

Antara perbuatan yang membawa syirik ialah menyembelih binatang atas nama selain Allah (seperti berhala, hantu-hantu, mahkluk-makhluk halus dan sebagainya) atau mengadakan sembelihan (korban, nazar dan sebagainya) untuk dipersembahkan kepada selainNya. Begitu juga, mempersembahkan makanan-makanan atau korban-korban untuk tujuan memuja selain Allah.

Menjadi adat orang-orang Arab jahiliyah mereka mendekatkan diri mereka kepada tuhan-tuhan dan berhala-berhala mereka dengan mengemukakan binatang-binatang sembelihan mereka. Begitu juga menjadi kebiasaan mereka ketika menyembelih binatang mereka menyebut nama berhala-berhala mereka. Lalu Allah mengharamkan perbuatan tersebut ke atas orang beriman dan memerintahkan mereka supaya tidak menyebut nama selain Allah ketika menyembelih dan tidak mengemukakan binatang sembelihan (untuk tujuan ibadah seperti korban, nazar dan sebagainya) melainkan untuk Allah. Tidak sekadar itu, Allah juga mengharamkan daging binatang-binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah itu atau yang disembelih untuk dipersembahkan kepada selain Allah dari dimakan oleh orang beriman. Firman Allah;

Ű­ُ۱ِّمَŰȘْ Űčَلَيْكُمُ Ű§Ù„ْمَيْŰȘَŰ©ُ وَŰ§Ù„ْŰŻَّمُ وَلَŰ­ْمُ Ű§Ù„ْŰźِنْŰČِÙŠŰ±ِ وَمَۧ ŰŁُهِلَّ لِŰșَيْ۱ِ Ű§Ù„Ù„ّهِ Űšِهِ وَŰ§Ù„ْمُنْŰźَنِقَŰ©ُ وَŰ§Ù„ْمَوْقُÙˆŰ°َŰ©ُ وَŰ§Ù„ْمُŰȘَ۱َŰŻِّيَŰ©ُ وَŰ§Ù„Ù†َّŰ·ِÙŠŰ­َŰ©ُ وَمَۧ ŰŁَكَلَ Ű§Ù„ŰłَّŰšُŰčُ Ű„ِÙ„Ű§َّ مَۧ ۰َكَّيْŰȘُمْ وَمَۧ ۰ُŰšِŰ­َ Űčَلَى Ű§Ù„Ù†ُّŰ”ُŰšِ وَŰŁَن ŰȘَŰłْŰȘَقْŰłِمُÙˆŰ§ْ ŰšِŰ§Ù„ŰŁَŰČْÙ„Ű§َمِ ۰َلِكُمْ فِŰłْقٌ
“Diharamkan ke atas kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih untuk selain Allah, dan yang mati kerana tercekik, terpukul, terjatuh, ditanduk oleh binatang lain dan yang dimakan binatang buas kecuali jika sempat kamu sembelih binatang tersebut, dan (juga binatang) yang disembelih atas nama berhala, dan (diharamkan juga) menilik nasib dengan undian anak-anak panah. Semua yang demikian itu adalah perbuatan fasik…”. (Surah al-Maidah ayat 3)

Sabda Rasulullah SAW.;

لَŰčَنَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ مَنْ لَŰčَنَ وَŰ§Ù„ِŰŻَهُ، وَلَŰčَنَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ مَنْ ۰َŰšَŰ­َ لِŰșَيْ۱ِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ، وَلَŰčَنَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ مَنْ ŰąÙˆَىَ مُŰ­ْŰŻًِ۫ۧ، وَلَŰčَنَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ مَنْ Űșَيَّ۱َ مَنَۧ۱َ Ű§Ù„ŰŁَ۱ْ۶ِ
“Allah melaknat orang yang melaknat dua ibu-bapanya. Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah. Allah melaknat orang yang melindungi pelaku bid’ah (atau orang yang membuat kerosakan di bumi[11]). Allah melaknat orang yang mengubah tanda-tanda batas tanah (yakni perenggan)”. (Surah Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Nasai dari Ali r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 7282)

Menurut Imam Nawawi –dalam huraiannya terhadap hadis ini-; Yang dimaksudkan menyembelih untuk selain Allah ialah menyembelih dengan nama selainNya seperti seseorang menyembelih untuk berhala, untuk salib, untuk Musa, untuk Isa, untuk Kaabah dan seumpamanya. Semua yang demikian itu adalah haram dan tidak halal (untuk dimakan) binatang yang disembelih itu sama ada yang menyembelih tersebut orang Islam, orang Nasrani atau Yahudi. Ini sebagaimana pendapat yang dinaskan oleh Imam Syafi’ie dan disepakati oleh sekelian fuqaha’ Syafi’ie. Jika sekiranya ia (yakni orang yang menyembelih untuk selain Allah itu) berqasad (berniat/bercita-cita) semasa melakukan sembelihan itu untuk membesarkan orang/benda yang disembelih binatang untuknya itu atau berniat untuk beribadah kepadanya, maka perbuatannya itu adalah kufur. Jika dia seorang muslim, dengan sembelihannya itu jadilah ia seorang yang murtad dari agama…”. (Lihat Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 13, hlm. 148)

h) Mempercayai sial burung (atau binatang-binatang lain atau sesuatu perkara/benda)

Antara perkara yang membawa kepada syirik ialah at-thiyarah (Ű§Ù„Ű·ÙŠَ۱َŰ©) iaitu mempercayai sial sesuatu (yakni malang yang akan menimpa kerananya) seperti mempercayai sial burung, biawak dan sebagainya. Contohnya, seseorang keluar dari rumahnya untuk suatu urusan, tiba-tiba seekor biawak melintas di hadapannya, lalu ia berpatah balik (kerana menganggap hari itu adalah hari sial berdasarkan kepercayaan dirinya atau masyarakatnya), maka perbuatannya itu tergolong dalam syirik kerana bergantung hati kepada selain Allah dan tidak bertawakkal kepadaNya. Orang Arab Jahiliyah dahulu apabila keluar untuk suatu urusan, jika ia melihat burung terbang di sebelah kanannya, ia akan bersangka baik dan meneruskan urusannya. Jika ia melihat burung terbang di sebelah kirinya, maka ia akan bersangka buruk dan akan berpatah balik (yakni membatalkan urusannya kerana menganggap hari itu adalah hari sial). Adakalanya mereka pergi kepada burung yang sedang berada di tanah, lalu menyergahnya dan melihat ke arah mana burung itu terbang; ke arah kanan atau kiri. Jika ke kanan, mereka akan meneruskan niat mereka untuk keluar. Adapun jika ke kiri, mereka akan membatalkan niat mereka kerana takut ditimpa rugi atau sial. Bila datang Islam, Allah membatalkan kepercayaan orang Arab ini dan menjelaskan kepada mereka bahawa tidak ada yang boleh mendatangkan keuntungan/manfaat dan menolak kemudaratan/kerugian melainkan Allah.[12] Sabda Rasulullah SAW.;

من ۱ۯŰȘه Ű§Ù„Ű·ÙŠŰ±Ű© Űčن ۭۧۏŰȘه ÙÙ‚ŰŻ ŰŁŰŽŰ±Ùƒ
“Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah”.

Lalu para sahabat bertanya; ‘Bagaimana kami hendak menebusnya, Ya Rasulullah SAW. (yakni menebus dosa kerana melakukannya)’. Jawab Rasulullah; ‘Kamu ucapkanlah;

Ű§Ù„Ù„َّهُمّ Ù„Ű§َ Ű·َيْ۱َ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű·َيْ۱ُك، وَÙ„Ű§َ Űźَيْ۱َ Ű„ِÙ„Ű§َّ Űźَيْ۱ُكَ ÙˆÙ„Ű§ Ű„Ù„Ù‡ ŰșÙŠŰ±Ùƒ
“Ya Allah, tidak ada sial melainkan sial yang datang dari Engkau dan tidak ada kebaikan melainkan kebaikan dari Engkau serta tidak ada Tuhan melainkan Engkau”.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW. bersabda;

Ù„Ű§ ŰčŰŻÙˆÙ‰ ÙˆÙ„Ű§ Ű·ÙŠŰ±Ű©، ويŰčŰŹŰšÙ†ÙŠ Ű§Ù„ÙŰŁÙ„
“Tidak ada jangkitan penyakit (tanpa kehendak dari Allah) dan tidak ada sial sesuatu, akan tetapi menyukaiku al-fa’l”.

Para sahabat bertanya: ‘Apa itu al-Fa’l, ya Rasulullah?’. Jawab baginda;
ÙƒÙ„Ù…Ű© Ű·ÙŠŰšŰ©
“Kalimah/ucapan yang baik”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)

Al-Fa’l (Ű§Ù„ÙŰŁÙ„) menurut ulama’ bermaksud seseorang mendengar atau terdengar suatu ucapan yang baik, lalu ia mengharap keberkatan atau kurniaan Allah dengan ucapan itu. Contohnya; seorang sakit, lalu kawannya datang untuk menziarahinya. Ketika hendak masuk kepadanya, kawannya itu berkata kepadanya; ‘Ya Salim’ (ÙŠŰ§ ŰłŰ§Ù„Ù…) (yang bermaksud; ‘Wahai orang yang sihat/selamat’), lalu dengan panggilan itu ia menaruh keyakinan dalam hatinya bahawa ia akan sihat atau selamat. Menaruh keyakinan atau harapan sebegini dinamakan al-Fa’l atau at-Tafa’ul.[13]

Rasulullah s.a.w. melarang at-Thiyarah dan mengharuskan at-Fa’l kerana antara keduanya ada perbezaan. Menurut Imam al-Halimi; Rasulullah membenarkan al-Fa’l atau at-Tafaul kerana ia adalah bersangka baik (husnu dzan) kepada Allah atau menaruh harapan kepadaNya di mana setiap mukmin diperintahkan supaya sentiasa bersangka baik kepada Allah pada setiap ketika. Adapun at-Thiyarah maka ia adalah bersangka buruk kepada Allah tanpa sebab yang pasti.[14]

i) Riyak

Riyak bermaksud melakukan suatu amalan, ibadah atau kebaikan tidak ikhlas semata-mata kerana Allah tetapi untuk dilihat sama oleh manusia supaya mendapat pujian atau perhatian mereka. Sabda Rasulullah SAW;

Ű„Ù† ŰŁŰźÙˆÙ Ù…Ű§ ŰŁŰźŰ§Ù Űčليكم Ű§Ù„ŰŽŰ±Ùƒ Ű§Ù„ŰŁŰ”Űș۱
“Sesungguhnya suatu yang paling aku bimbangi terhadap kamu ialah syirik paling kecil”.

Para sahabat bertanya; “Apa itu syirik paling kecil, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah;

Ű§Ù„Ű±ÙŠŰ§ŰĄ
“Iaitulah riyak”.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Mahmud Ibn Lubaid r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW. bersabda dari Allah (yakni hadis qudsi) bahawa Ia berfirman;

ŰŁَنَۧ ŰŁَŰșْنَى Ű§Ù„ŰŽُّ۱َكَۧۥِ Űčَنِ Ű§Ù„ŰŽِّ۱ْكِ. فَمَنْ Űčَمِلَ لِي ŰčَمَÙ„Ű§ً ŰŁَŰŽْ۱َكَ فِيهِ Űșَيْ۱ِي. ŰȘَ۱َكْŰȘُهُ وَŰŽِ۱ْكَه (و في Ű±ÙˆŰ§ÙŠŰ© Ű§ŰšÙ† Ù…Ű§ŰŹÙ‡: فَŰŁَنَۧ مِنْهُ Űšَ۱ِيٌ. وَهُوَ لِلَّ۰ِي ŰŁَŰŽْ۱َكَ)
“Aku adalah sekutu yang paling tidak memerlukan penyengutuan. Oleh itu, sesiapa melakukan amalan dengan menyengutukanKu dengan selainKu dalam amalannya itu, maka Aku tinggalkan dia bersama sekutunya itu”. (Hadis Riwayat Imam Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 6031)

Menurut Imam Nawawi; hadis di atas menunjukkan bahawa amalan orang yang riyak adalah batil, tidak ada pahala dan berdosa.[15]

j) Berkata; “Jika di kehendaki Allah dan dikehendaki kamu”.

Terdapat riwayat menceritakan bahawa seorang lelaki pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; “Ù…Ű§ ێۧۥ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽŰŠŰȘ” (maksudnya; Apa yang Allah kehendaki dan apa yang kamu kehendaki). Lalu Rasulullah berkata kepadanya;

ŰŁŰŹŰčلŰȘني لله Ù†ŰŻŰ§
“Apakah kamu mahu menjadikan aku sekutu bagi Allah? (Janganlah kamu menyebutkan begitu),akan tetapi sebutlah; ‘Apa yang dikehendaki Allah sahaja’.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas r.a.)[16]

Sabda Rasulullah SAW.;

ۄ۰ۧ Ű­Ù„Ù ŰŁŰ­ŰŻÙƒÙ… ÙÙ„Ű§ يقل: Ù…Ű§ ێۧۥ Ű§Ù„Ù„َّه ÙˆŰŽŰŠŰȘ. ولكن ليقل: Ù…Ű§ ێۧۥ Ű§Ù„Ù„َّه Ű«Ù… ŰŽŰŠŰȘ
“Jika sesiapa di kalangan kamu bersumpah, maka janganlah ia berkata; ‘Apa yang dikehendaki Allah dan yang dikehendaki kamu’. Akan tetapi katalah; ‘Apa yang dikehendaki Allah, kemudian yang dikehendaki kamu’. (Riwayat Ibnu Majah dari Yazid bin al-Asham (Ű§Ù„ŰŁŰ”Ù…) r.a.)

***Selesai huraian tentang Syirik, al-Hamdulillah***

Nota Kaki;

[1] Haqiqatu at-Tauhid, hlm. 35.
[2] Haqiqatu at-Tauhid, hlm. 35-40.
[3] Dalam menghurai tentang Syirik Kecil ini, kitab-kitab yang dirujuk ialah; Haqiqatu at-Tauhid, oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Fathul-Majid syarah Kitabut-Tauhid, oleh Syeikh Abdurrahman Ali Syeikh.
[4] Fathul Majid, hlm. 115.
[5] Fathul Majid, hlm. 115.
[6] Lihat Imam al-Minawi, Faidhul Qadier syarh al-Jami’ as-Saghir, hadis no. 8857 dan 8858.
[7] Haqiqatu at-Tauhid, hlm. 44.
[8] Haqiqatu at-Tauhid, hlm. 46.
[9] Menurut kamus dewan, astrologi bermaksud; ilmu nujum (ilmu peramalan sesuatu berdasarkan kajian bintang-bintang).
[10] Menurut Imam an-Nawawi, perbezaan antara al-Kahin dan al-‘Arraf ialah; al-Kahin ialah orang yang menilik atau meramal perkara-perkara yang akan berlaku masa depan dan ia mendakwa mengetahui perkara-perkara rahsia atau ghaib. Al-‘Arraf pula ialah orang yang menilik barang yang dicuri, tempat kehilangan barang atau seumpamanya. (Lihat Faidhul Qadier, Imam al-Minawi, hadis no. 8284)
[11] Sebagaimana tafsiran Imam Nawawi (lihat Syarah Muslim, jil. 13).
[12] Rujuk al-Misbahul Munir oleh Imam Ahmad bin Muhammad al-Fayyumi, Fathul Majid (hlm. 292-293), Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 14, hlm. 230 dan Raudhatul Muttaqien syarah Riyadhus Salihin, oleh Syeikh Abdul Qadier ‘Irfan ad-Dimasyqi, jil. 4, hlm. 182-183.
[13] Rujuk al-Misbahul Munir oleh Imam Ahmad bin Muhammad al-Fayyumi dan Fathul Majid (hlm. 298)
[14] Fathul Majid, hlm. 299. (Lihat juga Raudhatul Muttaqien syarah Riyadhus Salihin, oleh Syeikh Abdul Qadier ‘Irfan ad-Dimasyqi, jil. 4, hlm. 182-183).
[15] Imam an-Nawawi, Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 18, hlm. 109.
[16] Lihat hadis ini dalam Kitab fathul Majid, hlm. 74.



(Di petik daripada tulisan : Ustaz Ahmad Adnan Fadzil)

Friday, August 29, 2014

Apakah Erti Kemerdekaan Menurut Kacamata Islam?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† Ű§Ù„Ű±Ű­ÙŠÙ…

Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله ۱ۚ Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„Ù…ÙŠÙ†، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙŠÙ†، وŰčلى ŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ŰŁŰŹÙ…Űčين.

Sahabat yang di rahmati Allah,
Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)
 

Kedatangan Islam sebagai agama yang diutuskan oleh Allah SWT sememangnya merupakan suatu sistem peraturan syariat yang mengongkong manusia dan membataskan perilaku manusia terhad kepada apa yang dibawa oleh syariat Islam.

Firman Allah SWT maksudnya, “Tidaklah kamu akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat itu melanggar batasan had Allah dan rasul-Nya” (Surah Al-Mujadalah ayat  22).

Sebagai misalnya, sebelum munculnya syariat Islam, manusia bebas bercampur lelaki perempuan, bebas berzina, berjudi dan meminum arak namun apabila kedatangan Islam di Madinah maka sudah tiada lagi pusat pengeluaran arak, dan ditutup semua pusat-pusat arak dan pusat judi.

Begitu juga dengan kedatangan Islam di Madinah maka sudah tiada lagi pusat pelacuran, tiada lagi jual beli perempuan dan tiada lagi zina sebaliknya manusia dikawal dan dikongkong oleh undang-undang hudud dan syariat yang menghukum mereka yang melakukan kesalahan dari sudut syariat.

Demikianlah juga apabila ditegakkan syariat Islam maka sudah tiada lagi percampuran bebas lelaki perempuan di jalanan, di pusat Bandar, di pasaraya dan juga tidak wujud percampuran lelaki perempuan di sekolah-sekolah dan madrasah pada zaman baginda Rasulullah SAW. Firman Allah SWT maksudnya,“Katakanlah kepada orang yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka” (Surah An-Nur ayat 30).

Maka jika dilhat bahawa kemerdekaan itu dari sudut kebebasan melakukan sesuatu menurut akal fikiran dan bebas menurut kehendak sendiri maka sesungguhnya Islam menolak kemerdekaan jenis ini bahkan Islam menentang kebebasan ini dan menjajah pemikiran manusia, perilaku mereka, budaya dan semua aspek kehidupan sehingga manusia itu menurut apa yang dibawa oleh Islam.

Dari Abdullah ibn Amru ibn Al-Ash ra berkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya, “ Tidaklah beriman seseorang kamu sehinggalah hawa nafsunya mengikuti apa yang dibawa olehku (Islam)” (Hadis hasan sahih lihat dalam hadith 40 Imam Nawawi).

Maka bagi golongan liberal dan sosial yang inginkan kebebasan mutlak, ingin hak persamaan lelaki dan perempuan sehingga wanita dapat berdiri dan berjalan setanding lelaki sehingga wanita dapat juga bekerja di pelantar minyak seorang diri bercampur bersama lelaki, wanita juga dapat memandu jet pejuang dan kapal terbang seperti lelaki, wanita juga dapat mendaki gunung Averest seperti lelaki, wanita juga dapat menjelajah ke kutub Utara dan Selatan tanpa mahram seperti lelaki maka Islam menolak kebebasan ini.

Firman-Nya lagi yang bermaksud, “Dan tidaklah lelaki itu seperti perempuan” (Surah Ali-Imran ayat 36).

“Dan kepada lelaki itu diberikan kelebihan yang tidak ada pada perempuan dan Allah itu Maha perkasa lagi Maha Bijaksana” (Surah Al-Baqarah ayat 228).

“Wahai nabi katakanlah kepada kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan kepada perempuan mukminah supaya mereka menutup (melabuhkan) jubah mereka ke seluruh tubuh badan mereka” (Surah Al-Ahzab ayat 59).

“Dan hendaklah mereka menutup kepala mereka sehingga ke leher mereka” (Surah An-Nur ayat 31).

Maka kemerdekaan atau kebebasan yang berbentuk bebas melakukan sesuatu seperti menjadi penyanyi, menyanyikan lagu-lagu yang mengajak kepada maksiat, berpakaian tidak menutup aurat seperti menampakkan rambut bagi perempuan, memakai pakaian seksi dan tidak menutup tubuh badanya selain muka dan tapak tangan , menjadi ratu cantik, atau bagi lelaki menjadi ahli sukan bina badan dengan hanya memakai seluar dalam, menjadi perenang professional yang terpaksa memakai seluar pendek tidak menutup aurat maka Islam melarang kebebasan ini.

Firman Allah SWT maksudnya, “Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf ayat 157).

Islam juga melarang kemerdekaan apabila manusia menganggap kemerdekaan itu bebas melakukan sesuatu sehingga pemerintah dapat mengaut keuntungan dari kejahilan rakyat dan menzalimi rakyat secara sedar mahupun tidak dengan menyelewengkan harta rakyat, melakukan rasuah dan menerima rasuah, menyelewengkan lesen dan permit import eksport baik kereta atau barangan lain , penyelewengan balak dan kayu bakau, penyelewengan petroleum atau pun pembinaan empangan dan litar lumba bertaraf dunia maka Islam melarang semua perlakukan seperti ini.

Firman Allah SWT maksudnya, “Maka hukumlah di antara manusia dengan keadilan dan janganlah engkau menurut hawa nafsu” (Surah Shaad ayat 26).

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada mereka yang berhak dan apabila kamu menghukum di antara manusia hendaklah berlaku adil” (Surah An-Nisa ayat  58).

Islam juga melarang kemerdekaan apabila ianya bermakna bebasnya syarikat-syarikat kerajaan melabur di pusat perjudian dan perniagan yang berunsurkan riba dan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan perihal Wang Simpana Pekerja atau dana-dana lain kerajaan juga turut melabur di syarikat judi dan perniagaan arak dan lain-lain jenis perniagaan yang haram dari sisi syariat Islam.

Apabila kemerdekaan yang ingin disambut setiap tahun oleh rakyat Malaysia itu ialah kemedekaan yang bermaksud kebebasan melakukan sesuatu seperti yang disebut di atas maka hukumnya ialah haram dan bertentangan dengan syariat Islam dan para mujahid (pejuang) Islam yang terdiri di bawah kepimpinan negara Islam yang dan kekuatan perlulah segera mencegah perkara ini dengan cara mengajak kembali umat Islam Malaysia dengan syariat Islam baik dengan cara berdakwah dengan hikmah dan lemah lembut supaya umat Islam kembali kepaad ajaran Islam sebenarnya. 


Nabi SAW bersabda maksudnya, : “Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya dan jika dirinya tidak mampu maka hendaklah mencegahnya dengan lisan dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya” (Hadis Sahih Riwayat Nasaie no 5008).


Firman Allah SWT maksudnya,“Orang-orang yang zalim itu mengikut hawa nafsu yang ada pada mereka dan jadilah mereka itu golongan yang berdosa” (Surah Hud ayat 116).

Sekiranya kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia ialah kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari amalan jahiliah kepada ajaran Islam seperti yang pernah dipertahankan oleh para pejuang tanahair dalam kerajaan kesultanan melayu Melaka yang bermati-matian menghalau penjajah Protugis keluar dari tanah Melayu dan kemudiannya Belanda dan juga British seperti perjuangan Dato Bahaman, Dato Maharajalela, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abd Rahman Limbong yang bermati-matian menghalau penjajah British dari bertapak di tanah Melayu dan mempertahankan ajaran Islam agar terus mekar dan membudaya dan mendarah daging dalam masyarakat Melayu maka kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari ajaran Islam yang dipertahankan oleh para pejuang ini bererti merupakan pengkhianatan kepada usaha jihad dan perjuangan mereka.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan rasul-Nya..” (Surah Al-Anfaal ayat 27).

Sekiranya kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia merupakan kemerdekaan dan kebebasan melakukan sesuatu tanpa perlu menurut syariat dan ianya bermaksud kebebasan yang diberikan oleh penjajah British dan membenci syariat Islam lalu datang ke tanah Melayu dengan membawa pemikiran sekuler dan kebencian kepada Islam lalu bertapak di tanah Melayu, menguasai dan merompak harta dan hasil bumi tanah Melayu, mmeperbudak orang Islam bangsa Melayu, merosakan akhlak pemuda pemudi Melayu dengan memperkenalkan budaya hidup barat yang jauh dari Islam kepada Melayu.

“Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai Deen (agama & panduan) maka tidaklah akan diterima darinya sedikitpun dan dia di akhirat dari kalangan orang yang rugi.” (Surah Ali Imran 85).

Sahabat yang di muliakan,
Merdeka daripada penjajah British dan kita sambut setiap tahun, maka perlulah merdeka daripada menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Berusaha kearah perlaksanaan undang-undang Allah SWT di terapkan di dalam perlembagaan Malaysia. Menyambut kemerdekaan ialah dengan Islam, dengan mengamalkan Islam dengan melaksanakan ajaran Islam. Membebaskan diri , jiwa dan raga dari bidah dan kepalsuan, dari budaya dan adat, dari fahaman dan fikrah akal manusia, dari kejahilan dan kebodohan taqlid buta, dari khabar angin dan fitnah, dari umpatan keji kepada nasihat berguna dan berhikmah, dari pakaian tidak menutup aurat kepada pakaian yang sempurna menutup aurat.

Dalam hadis baginda Rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antaranya ialah perkara musytabihat (syubhat-syubhat) yang tidaklah diketahui oleh ramai orang” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari no. 19).

Dari seorang yang suka membuat maksiat kepada banyak beribadah dan melakukan taubat. Dari seorang bujang dan berteman dengan ahli maksiat kepada menjadi seorang yang berkahwin dengan tujuan mengelakkan maksiat dan bersahabat dengan orang yang soleh dan bertaqwa.

Dari seorang muslim biasa kepada muslim yang suka membaca al-Quran, menyemak tafsir al-Quran, memahami maksud ayat dan tuntutan, membaca hadis dan kisah sahabat dan sejarah Islam untuk diamalkan. adalah menuju kepada kemerdekaan sebenar.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahwa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Itulah merdeka, itulah erti merdeka iaitu satu kebebasan dari kejahatan dan kejahilan kepada kebaikan dan ilmu pengetahuan.

Firman Allah SWT maksudnya, " Dan berilah peringatan kepada mereka yang berpaling dari perintah Allah bahawa akan menimpa mereka dari fitnah atau azab yang pedih" (Surah An-Nur ayat 63).

Friday, August 8, 2014

Adab-adab Dan Hak-hak Jiran


Seorang muslim perlu berbaik-baik dengan jiran tetangga. Ziarah menziarahi dan saling bantu membantu jika jiran kita memerlukan bantuan dan pertolongan. 

ADAB-ADAB DAN HAK-HAK JIRAN

1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.

2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “ Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.

4. Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takabbur.

5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan. 

6. Menyintai mereka seperti mana kita menyintai diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.

7. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadap,i sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan, pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.

8. Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai, termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian, khidmat dan pertolongan yang diberikan.

9. Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita. Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kira, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran. Pertama, jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim. Kedua, jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim dan Ketiga Jiran Bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.

10. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahgiaan ialah ‘jiran yang baik’. 

11. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya, anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.

12. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.

13. Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka, agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.

14. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.

15. Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.

16. Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah.

17. Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dillakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.

18. Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.

19. Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.

20. Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.

21. Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.

22. Memberikan segala bentuk pinjaman yang mereka perlukan.

23. Berlemah-lembut dengan anak-anaknya.

24. Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.

25. Mengucapkan tahniah ketika sempena-sempena tertentu, terutama ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.

26. Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa mala petaka dan bencana.

27. Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya. Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah mereka.

28. Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita masak dari rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan tersebut untuk mereka nikmati.

29. Menghadiahkan mereka dengan buah-buahan yang kita beli.

30. Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran

 “ Jiran Sepakat membawa Berkat”

5 Perkara Ghaib yang Tidak Diketahui Manusia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† Ű§Ù„Ű±Ű­ÙŠÙ…

Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله ۱ۚ Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„Ù…ÙŠÙ†، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙŠÙ†، وŰčلى ŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ŰŁŰŹÙ…Űčين.

Sahabat yang di rahmati Allah,
 
Allah SWT berfirman,

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰčِنْŰŻَهُ Űčِلْمُ Ű§Ù„ŰłَّۧŰčَŰ©ِ وَيُنَŰČِّلُ Ű§Ù„ْŰșَيْŰ«َ وَيَŰčْلَمُ مَۧ فِي Ű§Ù„ŰŁŰ±ْŰ­َŰ§Ù…ِ وَمَۧ ŰȘَŰŻْ۱ِي نَفْŰłٌ مَۧ۰َۧ ŰȘَكْŰłِŰšُ ŰșَŰŻًۧ وَمَۧ ŰȘَŰŻْ۱ِي نَفْŰłٌ ŰšِŰŁَيِّ ŰŁَ۱ْ۶ٍ ŰȘَمُوŰȘُ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ Űčَلِيمٌ ŰźَŰšِÙŠŰ±ٌ

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah Al Luqman ayat 34)

Sering kita dengar, orang-orang hanya mengaitkan masalah-masalah yang ghaib dengan hal-hal mistis, yang ghaib ialah hal-hal yang menakutkan, malah banyak orang yang berani menerangkan hal ghaib tanpa ia merujuk kepada Al Quran dan sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda dalam hadis yang panjang, yang telah diriwayatkan oleh Syaikhani, Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim,

ŰźَمْŰłٍ لَۧ يَŰčْلَمُهُنَّ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű«ُمَّ ŰȘَلَۧ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ { Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰčِنْŰŻَهُ Űčِلْمُ Ű§Ù„ŰłَّۧŰčَŰ©ِ وَيُنَŰČِّلُ Ű§Ù„ْŰșَيْŰ«َ وَيَŰčْلَمُ مَۧ فِي Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْŰ­َŰ§Ù…ِ وَمَۧ ŰȘَŰŻْ۱ِي نَفْŰłٌ مَۧ۰َۧ ŰȘَكْŰłِŰšُ ŰșَŰŻًۧ وَمَۧ ŰȘَŰŻْ۱ِي نَفْŰłٌ ŰšِŰŁَيِّ ŰŁَ۱ْ۶ٍ ŰȘَمُوŰȘُ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ Űčَلِيمٌ ŰźَŰšِÙŠŰ±ٌ }

“Ada lima perkara (ghaib) tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah, kemudian Rasul membaca (QS Luqman 34) : (1) sesungguhnya hanya disisiNya lah ilmu tentang hari kiamat; (2) Dan Dia yang menurunkan hujan; (3)Dia yang mengetahui apa yang ada dalam rahim; (4) dan tidak ada orang yang mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan/diperoleh besok, (5) dan tidak ada seorangpun yang mengetahui di bumi mana ia akan meninggal dunia. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, maha mengenal.”

Inilah 5 perkara ghaib yang tidak ada seoran gpun tahu kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala;

1. Hari Kiamat

Tidak ada makhluk didunia ini, jin, manusia, nabi dan malaikatnya yang mengetahui bila terjadinya hari kiamat, tahun apa, bulan apa, minggu apa, hari apa, jam berapa dan menit berapa, melainkan Allah satu-satunya, juga hambaNya Dalam ayat lain Allah menceritakan,
“Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang kiamat, ‘bila terjadinya?’ katakanlah!, ‘sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu ada pada Rabbku, tidak ada seorangpun yang dapat menjelaskan bila terjadinya kecuali Dia.” (Surah Al-A’raf ayat 187)

Dalam hadis JIbril yang masyhur, Rasul ditanya tentang hari kiamat, kemudian baginda menjawab “mal-mas’uulu ‘anha bi a’lama minas-sa’il (yang ditanya tidak lebih tahu dari pada yang bertanya)”, maksudnya yang ditanya dan yang bertanya sama-sama tidak tahu. Kemudian rasul hanya menjelaskan tentang tanda-tandanya saja.

Tidak ada yang mengetahui kepastian kiamat kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sudah dijelaskan diatas bahwa Rasul dan JIbrilpun yang sudah jelas kedekatannya dengan Allah saja tidak tahu, apalagi orang biasa yang tidak jelas apakah ia soleh atau tidak.

2. Turunnya Hujan

Begitu juga dengan hujan, tidak ada seorangpun yang mengetahui dengan pasti bila hujan akan turun. Dan ketika hujan turun tidak ada seorangpun yang tahu bila hujan ini akan berhenti. Dan dimana hujan itu akan turun. Namun jika Allah memerintahkan maka malaikat yang bertugas akan tahu bila dan dimana hujan itu turun.

Bila, dimana hujan akan turun, juga dengan lengkap Allah mengetahui berapa banyak air yang turun ketika itu. Dan tidak ada ilmu pengetahuan manapun yang mampu mejelaskan ini. Adapun perakiraan-prakiraan cuaca yang sering kita saksikan di tv-tv berita, itu hanya sekedar ramalan biasa berdasarkan sifat-sifat alam yang terjadi, bukan suatu kepastian tentang turunnya hujan.

“Dia (Allah) mengatahui yang ghaib dan Dia tidak memperlihatkan kepada siapa pun tentang yang ghaib itu” (SurahAl-Jinn 26)

3. Apa Yang Ada Di Dalam Rahim

Memang dengan berkembangnya teknologi modern zaman sekarang, orang sudah boleh mengetahui apa yang sedang dikandung oleh para isteri mereka. Laki-laki atau perempuan kah bayi yang sedang dikandung, dan besar kecilnya, juga cacat atau tidak.

Tapi subhanallah tidak ada seorang pun yang tahu apakah anak ini akan selamat ketika ibunya melahirkannya, berimankah ia setelah dilahirkan atau kufur, bahagia kah ia atau celaka.
Belum tentu bayi yang keluar dari rahim ibu yang miskin akan menjadi miskin pula besarnya nanti, tidak juga bayi yang keluar dari rahim ibu yang solihah akan menjadi solihah juga. Tidak ada yang mengetahuinya keculi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhani dari sahabat Ibnu Mas’ud ra,

Ű„Ù†َّ ŰŁŰ­َŰŻَكُمْ يُŰŹْمَŰčُ Űźَلْقُهُ في ŰšَŰ·ْنِ ŰŁُمِّهِ ۣ۱َۚŰčِينَ يَÙˆÙ…Ű§ً نُŰ·ْفَŰ©ً ، Ű«ُمَّ يَكُونُ ŰčَلَقَŰ©ً مِŰ«ْلَ Ű°Ù„ِكَ ، Ű«ُمَّ يَكُونُ مُ۶ْŰșَŰ©ً مِŰ«ْلَ Ű°Ù„ِكَ ، Ű«ُمَّ يُ۱ْŰłَلُ Ű§Ù„Ù…َلَكُ ، فَيَنْفُŰźُ فِيهِ Ű§Ù„Ű±ُّÙˆŰ­َ ، وَيُŰ€ْمَ۱ُ Űšِۣ۱ْŰšَŰčِ كَلِمَۧŰȘٍ : ŰšِكَŰȘْŰšِ ۱ِŰČْقِهِ وَŰŁŰŹَلِهِ وَŰčَمَلِهِ وَŰŽَقِيٌّ ŰŁَوْ ŰłَŰčِÙŠŰŻٌ

“sesunguhnya seseorang diantara engkau semua dikumpulkan kejadiannya dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu 40 hari, kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu 40 hari pula. Kemudian diutuslah seorang malaikat, lalu ia meniupkan roh kedalam janin tersebut. Dan diperintahkah malaikat tersebut dengan (menuliskan) 4 perkara; rezekinya; ajalnya; amalnya; dan apakah ia termasuk golongan orang-orang celaka atau bahagia.”

4. Apa Yang Dikerjakan/Diperolah Besok Hari

Setiap manusia, apapun keilmuannya, kehebatannya, kesolihannya tidak akan mengetahui apa yang akan ia lakukan atau ia peroleh dengan pasti esok hari. Dalam segala hal, termasuk rezeki, nasib, keuntungan, dan sebagainya. Kebaikan kah yang akan ia peroleh atau keburukan? Kerana perkara hari esok adalah perkara yang ghaib dan hanya Allah lah yang menguasai semua perkara ghaib.

Setiap manusia hanya berkata : “Saya akan begini”, “Saya akan begitu”, “Saya akan mendapatkan ini”, “Saya akan mendapatkan itu”, tapi apakah benar keesokkan harinya ia akan melakukan atau memperoleh semua yang ia rencanakan kemarin? Tentu semua itu Allah yang menentukan. Manusia hanya boleh berharap dan berdoa.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam kitabnya Syu’abul-Iman, Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menegaskan bahawa, “Sesungguhnya rezeki Allah tidak akan tertarik (didapati) oleh usaha seseorang, dan tidak akan ditolak oleh kebencian seseorang.” 

Seberapapun usaha manusia untuk mendatangkan rezeki tapi Allah SWT tidak menghendakinya, maka tak akan datang rezeki tersebut. Dan juga sebaliknya, seberapapun usaha seseorang untuk mencegah datangnya rezeki kepada salah seorang diantaranya tapi Allah menghendaki untuknya rezeki, maka sia-sialah usaha tersebut.

Kerana tidak ada yang terjadi dibumi ini kecuali atas kehendakNya, bahkan daun jatuh pun dari pohon dan bila daun itu jatuh ke bumi itu semua atas pengetahuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

“Tidak ada sesuatu apa pun yang kami luputkan di dalam kitab (lauh mahfuz).” (Surah Al-An’am ayat 38)

5. Di Bumi Mana Manusia Akan Meninggal

Dr. Aidh Al-Qarniy dalam salah satu tulisannya pernah mengutip sebuah cerita yang terjadi pada zaman Nabi Sulaiman a.s. Dikisahkan bahawa Nabi Sulaiman a.s sedang berkumpul dengan para pengikutnya.

Namun ada salah satu pengikutnya yang merasa tidak tenang duduk berkumpul kerana ada seseorang yang tepat duduk disamping Nabi Sulaiman terus melihatnya. Kemudian dengan gelisah ia bertanya kepada Nabi Sulaiman, “Siapakah gerangan orang tersebut yang sangat tajam melihat kepada ku itu?” Nabi Sulaiman menjawab, “Ia adalah Malaikat Maut yang menyamar sebagai manusia.” Mendengar jawaban tersebut, pengikut tersebut terkejut dan ketakutan, menyangka bahawa ajal akan tiba. Kemudian ia berkata kepada Nabi Sulaiman, “Wahai Nabi! Mintalah kepada Allah agar memindahkan aku dengan anginNya ketempat yang sangat jauh!” Kemudian nabi berdoa maka hilanglah pengikut tersebut. Dalam suatu riwayat ia diterbangkan oleh angin ke negeri India.

Tak lama setelah itu, Nabi Sulaiman bertanya kepada malaikat Maut tersebut, “Kenapa kamu melihat orang tersebut seperti itu?” Kemudian ia menjawab, “Aku heran wahai Nabi. Aku mendapat perintah dari Allah untuk mencabut nyawa orang ini siang nanti di negeri India, tapi mengapa pagi ini ia masih berada disini?”

Kematian adalah suatu misteri yang tidak ada seorang pun yang tahu bila, dimana dan bagaimana ia meninggalkan dunia ini. Maka oleh itu kita sebagai seorang muslim yang tak punya daya apa-apa untuk selalu memohon kepada Allah agar kita dimatikan dalam keadaan yang husnul khatimah.

Inilah 5 perkara ghaib yang tidak ada satu makhluk pun didunia ini baik jin, manusia bahkan malaikat yang mengetahui hakikatnya kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata-mata. Jadi perkara ghaib bukan semata perkara mistis, atau perkara dunia lain yang menyeramkan, atau pula perkara berhubungan dengan makhluk lain. Tetapi perkara ghaib ialah perkara yang kita sama sekali tidak ada kuasa untuk mengetahuinya, dan tak terlihat, baik dengan mata, fikiran atau khayalan.

Dan ini menjadi penting untuk diketahui, agar kita menjadi yakin akan kekuasaan Allah. Dan agar terhindar dari ikut campur atau masuk ke dalam 5 perkara ghaib tersebut.
Maksudnya siapa yang mengaku-ngaku mengetahui tentang 5 hal tersebut maka ia kafir. Atas dasar bahawa ia telah mengingkari apa yang ada dalam Al Quran. Dan Ijma’ ulama bahawa siapa yang mengingkari apa yang ada dalam Al Quran satu hururf saja maka ia telah menjadi kafir.

Wallahu a'lam



Sunday, August 3, 2014

Siapakah Yahudi, Israel Dan Zionis (Zionazi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† Ű§Ù„Ű±Ű­ÙŠÙ…

Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله ۱ۚ Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„Ù…ÙŠÙ†، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙŠÙ†، وŰčلى ŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ŰŁŰŹÙ…Űčين.

Sahabat yang di rahmati Allah,
Umat Islam perlu tahu siapakah sebenarnya  Zionis supaya mereka tahu kenapa kerajaan haram Yahudi- Zionis laknatullah yang merampas tanah umat Islam di Palestin sanggup membunuh umat Islam Palestin tanpa peri kemanusiaan?

Mereka bercita-cita untuk membina "Negara Besar Israel Raya" yang terdiri daripada bumi Syam iaitu Palestin, Syria, Iraq, Jordan dan sebahagian daripada Mesir. Dalam sejarah mana-mana negara yang menguasai Palestin (Baitul Makdis) , negara tersebut akan menguasai dunia. Palestin telah menjadi rebutan kuasa-kuasa besar dunia samaada darikalangan Yahudi, Kristian dan Islam.

Dalam surah at -Tin (surah ke 95 ayat 1-8)

Allah SWT berfirman,

1. Wat tiini waz zaituun
"Demi Tin dan Zaitun,"

Kata Tin dalam Al Quran hanya disebut satu kali, yaitu dalam surat ini. Ada
ahli  tafsir  yang  menyebutkan bahwa 'tin' adalah sejenis buah yang terdapat di
Timur  Tengah (yang sangat subur di negara Syria, Jordan, Mesir dan Iraq).  Bila  matang,  warnanya  coklat,  berbiji seperti tomat, rasanya
manis,  berserat  tinggi,  dan dapat digunakan sebagai obat penghancur batu pada
saluran  kemih  dan  obat  wasir.  Oleh  sebab  itu,  pada  Al  Quran terjemahan
kalimat Wattiin diartikan dengan "Demi buah Tin"

Kata  Zaitun  disebut  empat  kali  dalam Al Quran. "Zaitun" adalah sejenis
tumbuhan  yang  banyak  tumbuh di sekitar  Laut Tengah dan di bumi Palestin, pohonnya berwarna hijau, buahnya  pun berwarna hijau, namun ada pula yang berwarna hitam pekat, bentuknya seperti  anggur,  dapat  dijadikan  asinan dan minyak yang sangat jernih. Zaitun
dinamai  Al Quran sebagai syajarah mubaarakah (tumbuhan yang banyak manfaatnya).
(Surah An-Nuur 24ayat 35)

Dalam surah al-Isra' ayat 1, Allah SWT berfirman yang maksudnya, "Mahasuci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya (diturunkan nabi-nabi di negeri itu berikut kesuburan tanahnya). Ulama memberikan tafsirannya bahawa negeri yang berkati adalah bumi Syam (Syria, Jordan, Iraq, Mesir dan Palestin).

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan sirah para nabi dan rasul terdahulu dan sejarah penguasaan kerajaan-kerajaan dunia (sebelum dan selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW) sentiasa berusaah untuk menakluki Batul Muqaddis dan bumi Palestin untuk mereka menguasai dunia. 

Itulah sebabnya kenapa  puak Yahudi- Zionis Antarabangsa berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai bumi Palestin dan sanggup membunuh orang awam tanpa perikemanusiaan. Dengan itu puan Yahudi-Zionis Antarabangsa telah bekerjasaama dengan puan Kristian-Zionis Antarabangsa telah menubuhkan negara haram Israel (telah merampas bumi Palestin) dan bercita-cita meluaskan negara mereka merangkumi bumi Syam. (Penubuhan Negara Israel Raya)

Umat Islam perlu ingat bahawa  Zionis bukan saja di kalangan puak pelampau Yahudi tetapi ianya juga terdapat puak pelampau Kristin iaitu Kristian- Zionis Antarabangsa yang bekerjasama membantu puak Yahudi-Zionis Antarabangsa. Dua golongan ini yang telah bekerjasama membunuh umat Islam (di Palestin, Afginistan dan Iraq) dan menyesatkan umat Islam (di semua negara umat Islam) dengan berbagai cara termasuk hiburan, sukan, pergaulan bebas, muzik dan perniagaan yang menggunakan riba.

Dalam surah al-Baqarah dengan jelas Allah SWT berfirman, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama   mereka. (Surah al-Baqarah [2] ayat 120).

"Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bagian dari al-Kitab (Taurat)? Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka menghendaki kamu tersesat dari jalan (yang benar). (Surah an-Nisa' [4] ayat  44).

"Kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merobah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), (Surah al-Maidah [5] ayat 13).

Firman Allah SWT maksudnya :

2. Wa thuuri siiniin.

3. Wa haadzal baladil amiin

Maksudnya, " dan demi Bukit Sinai, dan demi kota Mekkah ini yang aman"

Hampir  seluruh  ahli  tafsir  sependapat kalau yang dimaksud 'Thuur Sinin'
pada  ayat  tersebut  adalah  bukit Tursina atau lebih dikenal dengan nama bukit
Sinai,  yaitu  bukit  yang  berada  di Palestina, tempat Nabi Musa a.s. menerima
wahyu.  Sementara  yang dimaksud 'Baladil Amiin' adalah kota Mekkah, tempat Nabi
Muhammad saw. menerima wahyu.

Dengan  ayat-ayat di atas Allah SWT. bersumpah dengan empat tempat penting,
iaitu  Tin, Tursina (bukit Sinai), Zaitun, dan Baladil Amin (kota Mekah), dimana
pada  empat  tempat  tersebut  Nabi Ibrahim as., Musa as., Isa as., dan Muhammad
SAW.  menerima  wahyu  untuk memberikan bimbingan dan pencerahan hidup pada umat
manusia. 

Oleh itu tempat-tempat tersebutlah menjadi rebutan mana-mana kerajaan yang bercita-cita untuk menguasai dunia. Umat Islam perlu yakin bahawa puan Yahudi-Zionis Antarabangsa yang menetap di bumi Palestin akan kalah di akhir zaman nanti mereka semuanya akan di bunuh oleh umat Islam di di dalam peperangan yang besar sehingga batu dan pokok kayu boleh berkata-kata menyatakan bahawa Yahudi-Zionis ada bersembunyi di belakang batu dan pokok kayu tersebut. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.,

"Kiamat tak akan terjadi sebelum kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi. Sampai ada seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, maka berkatalah batu dan pohon itu: "Hai muslim, wahai hamba Allah, ini ada Yahudi di belakangku. Kemarilah, bunuh dia!,". Kecuali pohon Gharqad*, karena dia adalah pohon Yahudi."

*Gharqad adalah nama pohon yang ditanam oleh orang-orang Yahudi. Tingginya, satu sampai tiga meter, kulit dan batangnya berwarna putih.

Untuk menjelaskan siapa sebenarnya Yahudi, Israel dan Zionis di bawah ini di huraikan secara ringkas untuk makluman kita semua.

1.    Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi,Arab,Chaldaen dan Assyrian. 

2.    Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil dari perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.

3.    Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. KeturunanYahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.

4.    Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya. Oleh itu,ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel raya.

5.    Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol,Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim(manusia selain Yahudi).

6.    Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari keturunan jurai ibu tapi bapa.

7.    Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.

8.    Di Amerika,telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif  terhadap Palestin.

9.    Dalam Kitab Injil Bahagian 01 telah dinyatakan ’tanah yang dijanjikan’ antara Sungai Nil,Mesir hingga ke Sungai Eupharates, Mesopotamia di Iraq untuk keturunan Ibrahim atau Abraham.

10.    Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram,Israel. Yahudi mula berpindah pada tahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

11.    Pada 1903 – 25,000 Yahudi tiba dari Eropah Timur.Antara  1904-1914 sudah ada 40,000 orang Yahudi.

12.    Israel diisytiharkan pd 14 Mei 1948. Negara Arab serang Israel. Gerila lebih berperanan dari pemimpin Arab. Mesir dapat Semenanjung Gaza manakala Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat). Sejak itu,perang terus berlaku dan sehingga kini telah mencecah 60 tahun.

13.    Sejak itu rakyat Palestin tersepit dalam siri peperangan :
         •    Perang 1948- ½ juta dihalau dari Palestin.
         •    Perang 1967- ½ juta keluar.
         •    Perang 1973- Arab kalah
         •    1.5 juta hidup di 8 khemah pelarian -60 tahun

14.    Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah menyerang Palestin terkini iaitu    antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009. Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah aurat,wanita tidak boleh memandu seorang diri,wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan. Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula menutup aurat melepasi paras lutut.

15.    Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.

16.    Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea "Penubuhan Negara  Israel Raya".

17.    Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis Antarabangsa.

18.    Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.

19.    Mereka telah menerima hampir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear dan lain-lain.

20.    Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi  dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah

21.    Rejim Yahudi- Zionis laknatullah  mempunyai simpanan senjata nuclear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negara itu tidak akan membina senjata nuclear.

22.    Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepad mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.

23.    Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA. Ketua tentera Yahudi-Zionis pada masa itu tidak di ambil tindakkan oleh mahkamah Antara termasuk Ariel Sharon ini menunjukkan PBB dan mahkamah Antarabangsa tidak berlaku adil terhadap kekejaman yang dilakukan oleh puak Yahudi -Zionis laknatullah.

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan.

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.
Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 167 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Hadits Salamah bin Nufail radhiyallahu ‘anhu : “Saat ini akan tiba masa berperang, akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang menampakkan (kebenaran) di hadapan manusia, Allah mengangkat hati-hati suatu kaum, mereka akan memeranginya dan Allah Azza wa Jalla menganugerahkan kepada mereka (kemenangan), dan mereka tetap dalam keadaan demikian, ketahuilah bahawa pusat negeri kaum mukminin itu berada di Syam, dan ikatan tali itu tertambat di punuk kebaikan hingga datangnya hari kiamat.” (HR Ahmad : IV/104; an-Nasa`i : VI/214-215; Ibnu Hibban : 1617-Mawarid; al-Bazzar dalam Kasyful Astaar : 1419; dari jalan al-Walid bin Abdurrahman al-Jarsyi dari Jabir bin Nufair.)

Syaikh Salim berkata : “Dan isnad ini shahih menurut syarat Muslim.”

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.