skip to main |
skip to sidebar
1. PENDAHULUAN
Penentuan awal bulan Hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari.
Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadah puasa, hari raya dan hari raya korban.
Berdasarkan pedoman yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis dan juga pendapat ulama daripada kitab-kitab muktabar, lahir tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:-
a) Rukyah ( melihat anak bulan ) semata-mata.
b) Hisab Falak semata-mata.
c) Rukyah dan Hisab dengan menggunakan criteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan ( Hilal ).
Wujudnya perbezaan amalan dan cara di atas, adalah daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan.Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan cara penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur rukyah.
Tujuan penulisan ini adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai cara penentuan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah yang di amalkan di Malaysia dan asas-asas yang digunakan dalam melaksanakan kaedah tersebut.
2. DALIL-DALIL SYARAK MENGENAI PENENTUAN AWAL BULAN RAMADHAN, SYAWAL DAN ZULHIJJAH.
Nas Al-Quran dan Hadis banyak menerangkan panduan menentukan awal bulan atau waktu-waktu terutama dalam melaksanakan ibadat.
a) Firman Allah SW.T Surah Al-Baqarah ayat 189:
Maksudnya:
“Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit.Katakanlah bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan bagi ibadah haji…….”
Hadis Rasulullah S.A.W. diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari:
Maksudnya:
“Berpuasalah kamu kerana melihat Hilal dan berbukalah kamu kerana kamu melihat Hilal.Bila Hilal tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban tiga puluh”.
Pendapat Ulama’ Daripada Kitab-kitab Muktabar.
Daripada Kitab Bidayatul Mujtahid dari Juzuk pertama ( muka surat 242-243 ).
Maksudnya:
“Bila Hilal ditutupi awan, maka ia kembali kepada Hisab yang berdasarkan bulan dan matahari, itulah mazhabnya Muttarraf Bin Suhair, beliau termasuk ulama’ besar tabi’in dan Ibnu Suraj bercerita daripada Imam Syafie bahawa Imam Syafie berkata; orang yang mazhabnya itu mengambil pedoman dengan bintang-bintang dan kedudukan bulan kemudian jelas baginya menurut dalil tersebut, bahawa bulan telah boleh dilihat tetapi tertutup oleh awan, maka orang tersebut boleh melaksanakan puasa dan cukuplah baginya”.
Berdasarkan dalil-dalil Al-quran, Hadis dan pendapat ulama’ serta kajian astronomi moden,
penyelesaian jalan tengah dengan cara rukyah dan hisab adalah menjadi pilihan untuk diamalkan di Malaysia kerana ia lebih hampir kepada kehendak syarak.
3. FAKTOR PERSELISIHAN
3.1) Punca-punca perselisihan berlaku dari segelintir rakyat Malaysia yang dikenali dengan kumpulan Islah.Golongan tersebut tidak menerima pengisytiharan rasmi Hari Raya Korban Kerajaan Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia pada tahun 2000 dan 2001 Miladiah yang lalu.Golongan tersebut menyambut Hari Raya Korban berdasarkan pengisytiharan Wukuf di Padang Arafah oleh Kerajaan Arab Saudi.
3.2) Perselisihan juga berlaku kerana terdapat kekeliruan pendapat pada 9 Zulhijjah (Hari Wukuf), sunat berpuasa pada hari tersebut dan ganjaran pahalanya sama dengan setahun beribadah.
Kebanyakan rakyat malaysia terkeliru dan tidak mengetahui kaedah dan syarat-syarat penetapan awal bulan Zulhijjah yang digunakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
4. RASIONAL DARI SUDUT MATLAK ( TEMPAT TERBIT ) DI MALAYSIA.
4.1) Kerajaan Arab Saudi menggunakan matlak dengan kaedah rukyah semata-mata, terbuka kepada semua rakyatnya.Sesiapa yang melihat Hilal Zulhijjah boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab atau berkuasa dengan saksi.
Kerajaan Malaysia menetapkan awal bulan Zulhijjah dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah dengan mengambil kira matlak negara-negara MABIMS.Pada 29 Zulkaedah semua tempat cerapan rasmi sebanyak 26 tempat di seluruh Malaysia akan dicerap oleh Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan dengan menggunakan peralatan moden seperti teleskop digital dan teodolit.
4.2) Terdapat perbezaan matlak yang jauh diantara Malaysia dan Arab Saudi. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara ialah lima jam. Oleh itu ketika Hilal dilihat di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut berada pada kedudukan 1.25° lebih tinggi di Matla’ Malaysia.
4.3) Bagi rakyat negara Malaysia yang bermazhab Syafie, mereka perlu memahami bahawa setiap negara di dunia ini mempunyai matla’ atau kawasan lingkungannya sendiri. Oleh itu Malaysia tidak harus mengikut keputusan cerapan hilal yang dilaksanakan oleh Arab Saudi.
5. HUKUM PUASA DAN MAKLUMAT YANG BERKAITAN
Umumnya, masyarakt Islam mengetahui adanya puasa sunat pada hari Arafah. Puasa ini sunat dilakukan oleh mereka yang tidak mengerjakan haji. Pelakunya dijanjikan dengan ganjaran yang besar sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.
Daripada Abi Qatadah yang berbunyi :-
Maksudnya:
Daripada Abi Qatadah bahawa Nabi S.A.W. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Banginda menjawab : Ia menghapuskan dosa yang dikerjakan pada tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.
(Riwayat Muslim)
Sekiranya diteliti, hadis di atas dan dalil yang lain menerangkan kelebihan mereka yang berpuasa pada hari Arafah. Namun demikian, kita perlu mengetahui pada waktu bilakah umat Islam di Malaysia dan Arab Saudi dan juga perbezaan matla’. Kita perlu memilih sama ada berpuasa pada hari Arafah sebenar di Arab Saudi atau mengikut takwin sebenar kita di Malaysia. Hukum berpuasa pada salah satu hari tersebut tetap sah.
Faktor kedudukan geografi dan kesesuaian negara Malaysia menentukan setiap awal bulan Islam dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kreteria Imkanur rukyah adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian. Konsep penentukan awal bulan Islam adalah berdasarkan kaedah jangkaan kenampakan anak bulan atau Imkanur rukyah yang mengikut syarat berikut :-
Ketika matahari terbenam.
a) Ketinggian (altitud) bulan tidak kurang daripada 2°
Dan
b) Jarak lengkok matahari tidak kurang 3°
Atau
c) Ketika matahari terbenam umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.
6. ASAS PERTIMBANGAN KEPUTUSAN PERLU DI KEKALKAN.
6.1) Kaedah penetapan Hari Raya Korban mengikut kaedah Hisab dan Rukyah berdasarkan imkanurrukyah sama seperti penetapan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah lebih sesuai untuk diamalkan di Malaysia.
6.2) Bedasarkan keputusan Majlis Raja-Raja Malaysia dan persetujuan Mufti seluruh negeri-negeri di Malaysia bagi penetapan awal Zulhijjah seperti penetapan awal Ramadhan dan awal Syawal dengan melihat anak bulan di tempat rasmi seluruh Malaysia.
6.3) Perbezaan zon masa di antara Malaysia dan Arab Saudi adalah jauh selama (5) lima jam berdasarkan GMT Malaysia (8) lapan jam manakala Arab Saudi (3) tiga jam.
7. PENUTUP
Amalan Umat Islam di Malaysia menetapkan awal Zulhijjah dikekalkan dengan rukyah dan Hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah adalah bertujuan untuk di selaraskan dengan keputusan negara jiran tetangga iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).
Keputusan ini perlu dikelalkan untuk tujuan keharmonian bagi sesebuah negara dan tidak perlu mengikut pengisytiharan wukuf Arafah oleh kerajaan Arab Saudi. Hukum ibadah puasa yang dilakukan tiada terjejas dan ia melibatkan perkara sunat yang perlu kepada pemahaman terhadap ibadat tersebut. Semoga dengan risalah kecil ini akan memberi pendedahan kepada masyarakat agar tidak timbul kekeliruan tentang amalan yang digunakan di Malaysia pada masa sekarang dan yang akan datang. Wallahua’lam.
Disediakan oleh:
Bahagian Falak Syarie,
Jabatan Mufti Negeri Selangor.
1. Solat subuh memelihara setiap muslim
ŰčÙ ŰŁŰšÙ Ű°Ű± Ű±Ű¶Ù Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙ ÙۧÙ: ÙŰ§Ù Ű±ŰłÙÙ Ű§ÙÙÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
:Ù
Ù Ű”ÙÙ Ű§ÙŰ”ŰšŰ ÙÙÙ ÙÙ Ű°Ù
Ű© ۧÙÙÙ Ű±ÙŰ§Ù Ù
ŰłÙÙ
.
Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan solat subuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (Hadis Riwayat Muslim)
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba membuat Allah membukti janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam neraka” (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis menjelaskan bahawa Allah Taala akan memberi perlindungan bagi mereka yang menunaikan solat subuh berjemaah dan perlindungan dari Allah adalah sebesar-sebesar lindungan
2. Solat Subuh Setara dengan Qiyamullail
Ù
Ù ŰŽÙŰŻ ۧÙŰčێۧۥ ÙÙŰŁÙÙ
ۧ ÙۧÙ
ÙŰ”Ù ÙÙÙŰ©, ÙÙ
Ù ŰŽÙŰŻ ۧÙŰ”ŰšŰ ÙÙŰŁÙÙ
ۧ ÙۧÙ
ÙÙÙŰ© ۱ÙŰ§Ù Ù
ŰłÙÙ
.
Orang yang ikut solat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah solat setengah malam. Orang yang ikut solat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan solat sepanjang malam (qiyamullail). (Hadis Riwayat Muslim)
Solat Subuh berjemaah di Bulan Syawal mengatasi solat sunnat di malam Ramadan kerana mencari al-Qadar. Ini kerana solat Subuh adalah wajib sedang solat sunnat malam walaupun ia muakkad (amat dituntut) namun statusnya masih lagi sunnat.
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
3. Solat Subuh Menyelamatkan Pelakunya daripada Api Neraka
ÙŰ§Ù Ű±ŰłÙÙ Ű§ÙÙÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
: ÙÙ ÙÙŰŹ ۧÙÙۧ۱ ŰŁŰŰŻ Ű”ÙÙ ÙŰšÙ Ű·ÙÙŰč ۧÙŰŽÙ
Űł ÙÙŰšÙ Űș۱ÙŰšÙۧ ۱ÙŰ§Ù Ù
ŰłÙÙ
"Tidak akan masuk neraka seseorang yang solat sebelum terbit matahari (solat subuh) dan sebelum terbenam. (Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W. : “Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1.dibebaskan daripada api neraka, 2. dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"
4. Solat Subuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga
Ù
Ù Ű”ÙÙ Ű§Ùۚ۱ۯÙÙ ŰŻŰźÙ Ű§ÙŰŹÙŰ©
"Orang yang melakukan solat baradain (ashar dan subuh) masuk syurga."
5. Solat Fajar Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya
۱ÙŰčŰȘۧ ۧÙÙۏ۱ ŰźÙ۱ Ù
Ù Ű§ÙŰŻÙÙۧ ÙÙ
ۧÙÙÙۧ ۱ÙŰ§Ù Ù
ŰłÙÙ
Dua rakaat solat Fajar (solat sunat sebelum subuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya (Hadis Riwayat Muslim)
6. Solat Subuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang
۱َÙَÙ Ű§ÙŰȘِّ۱ْÙ
ِ۰ِÙّ ŰčَÙْ ŰŁَŰšِÙ Ùُ۱َÙْ۱َŰ© ŰčَÙْ ۧÙÙَّŰšِÙّ Ű”َÙَّÙ Ű§ÙÙَّÙ ŰčَÙَÙْÙِ ÙَŰłَÙَّÙ
َ ÙِÙ ÙَÙْÙÙ, ” ÙَÙُ۱ْŰąÙ Ű§ÙْÙَŰŹْ۱ Ű„ِÙَّ Ùُ۱ْŰąÙۧÙْÙَŰŹْ۱ ÙَۧÙَ Ù
َŰŽْÙُÙŰŻًۧ ” ÙَۧÙَ: ŰȘَŰŽْÙَŰŻÙُ Ù
َÙَۧۊِÙَŰ© ۧÙÙَّÙْÙ ÙَÙ
َÙَۧۊِÙَŰ© ۧÙÙَّÙَۧ۱ Ùَ۰َۧ ŰَŰŻِÙŰ« ŰَŰłَÙ Ű”َŰِÙŰ.
Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari Nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Solat subuh itu disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”. (Hadis Riwayat Imam At-Tirmizy)
At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadis ini hasan sahih.
Ùَ۱َÙَÙ Ű§ÙْŰšُŰźَۧ۱ِÙّ ŰčَÙْ ŰŁَŰšِÙ Ùُ۱َÙْ۱َŰ© ŰčَÙْ ۧÙÙَّŰšِÙّ Ű”َÙَّÙ Ű§ÙÙَّÙ ŰčَÙَÙْÙِ ÙَŰłَÙَّÙ
َ ÙَۧÙَ: Ùَ۶ْÙ Ű”َÙَۧ۩ ۧÙْŰŹَÙ
ِÙŰč ŰčَÙَÙ Ű”َÙَۧ۩ ۧÙْÙَۧŰِŰŻ ŰźَÙ
ْŰł ÙَŰčِŰŽْ۱ُÙÙَ ŰŻَ۱َŰŹَŰ© ÙَŰȘَŰŹْŰȘَÙ
ِŰč Ù
َÙَۧۊِÙَŰ© ۧÙÙَّÙْÙ ÙَÙ
َÙَۧۊِÙَŰ© ۧÙÙَّÙَۧ۱ ÙِÙ Ű”َÙَۧ۩ ۧÙŰ”ُّŰšْŰ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya, ”Solat berjamaah lebih diutamakan dari solat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu dalam solat subuh (Hadis Riwayat Bukhari)
7. Orang Yang Solat Subuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat
ÙŰ§Ù Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
: ۚێ۱ ۧÙÙ
ێۧۊÙÙ ÙÙ Ű§ÙŰžÙÙ
Ű„ÙÙ Ű§ÙÙ
۳ۧۏۯ ۚۧÙÙÙ۱ ۧÙŰȘۧÙ
ÙÙÙ
ۧÙÙÙۧÙ
Ű© ۱ÙŰ§Ù Ű§ÙŰȘ۱Ù
Ű°Ù Ùۧ ŰšÙ Ù
ۧۏÙ
Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (Hadis Riwayat Tirmizy dan Ibnu Majah)
8. Orang Munafik Merasa Berat dan Malas untuk Solat Subuh
Ùۄ۰ۧ ÙۧÙ
Ùۧ Ű„ÙÙ Ű§ÙŰ”Ùۧ۩ ÙۧÙ
Ùۧ Ù۳ۧÙÙ ÙŰ±Ű§Ű€Ù Ű§ÙÙۧ۳ ÙÙۧ Ù۰Ù۱ÙÙ Ű§ÙÙÙ Ű„Ùۧ ÙÙÙÙۧ
(Orang-orang munafik itu) bila melakukan solat, melakukannya dengan malas. Mereka berlaku riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.
ŰčÙ ŰŁŰšÙ Ù۱Ù۱۩ ÙŰ§Ù ÙŰ§Ù Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
: ÙÙŰł Ű”Ùۧ۩ ŰŁŰ«ÙÙ ŰčÙÙ Ű§ÙÙ
ÙۧÙÙÙÙ Ù
Ù Ű”Ùۧ۩ ۧÙŰčێۧۥ ÙۧÙÙۏ۱ ÙÙÙ ÙŰčÙÙ
ÙÙ Ù
ۧ ÙÙÙÙ
ۧ ÙŰŁŰȘÙÙÙ
ۧ ÙÙÙ ŰŰšÙًۧ ۱Ùۧ۩ ۧÙŰŽÙ۟ۧÙ.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada solat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari solat Isya’ dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu keutaaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
ÙÙۧ ÙÙ Ű§ŰšÙ Ù
ŰłŰčÙŰŻ ÙÙÙÙ: ÙÙŰŻ ۱ۧÙŰȘÙۧ ÙÙ
ۧ ÙŰȘŰźÙÙ ŰčÙ Ű”Ùۧ۩ ۧÙÙۏ۱ Ű„Ùۧ Ù
ÙۧÙÙ Ù
ŰčÙÙÙ
ۧÙÙÙۧÙ
Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut solat subuh berjamaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya.
Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, ”Dahulu kami (para shahabat) bila ada yang tidak datang solat subuh dan Isya’ berjamaah, kami berprasangka buruk kepadanya”.
Ibnul Qayyim berkata, ”Tidur di waktu Subuh akan menghalangi rezeki, kerana waktu subuh adalah waktu dibagikannya rezeki”.
9. Akan diberkati oleh Allah SWT.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
***
Allah S.W.T. berfirman maksudnya:
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi ayat : 28)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ۚ۳Ù
ۧÙÙÙ Ű§Ù۱ŰÙ
Ù Ű§Ù۱ŰÙÙ
ۧÙŰÙ
ŰŻ ÙÙÙ Ű±Űš ۧÙŰčۧÙÙ
ÙÙ، ÙۧÙŰ”Ùۧ۩ ÙۧÙŰłÙۧÙ
ŰčÙÙ Ű±ŰłÙÙÙ Ű§ÙŰŁÙ
ÙÙ، ÙŰčÙÙ ŰąÙÙ ÙŰ”ŰŰšÙ ŰŁŰŹÙ
ŰčÙÙ.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Bagaimanakah caranya membantu orang yang sudah mati berdasarkan Al-Quran dan Hadis Shahih Nabi SAW?
Di dalam menjawab persoalan ini, kita tumpukan hanya kepada dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis shahih semata-mata. Kita menolak hadis-hadis dhaif hanya kerana mengambil jalan selamat kerana sesungguhnya berurusan dengan orang yang sudah mati merupakan satu perkara yang melibatkan alam yang lain dari alam yang kita duduki sekarang. Oleh kerana itu, akal tidak boleh dipakai sama sekali kerana Allah telah menghadkan akal pemikiran manusia setakat mana Dia ingini. Memandangkan dunia ghaib ini tidak dapat kita lihat mahupun rasai, maka kita memerlukan bantuan dari Allah yang Maha Kuasa di samping Nabi kita Muhammad SAW.
Terdapat beberapa cara yang membolehkan orang yang masih hidup membantu mereka yang sudah mati.
Pertama: Doa orang yang masih hidup untuk si mati.
Kaedah ini berlandaskan kepada dalil yang jelas di dalam Al-Quran surah Al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:
"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu."
Di samping itu, anjuran solat jenazah merupakan satu bukti kukuh. Ini kerana intipati bacaan di dalam solat itu sendiri merupakan satu doa buat si mati. Dan tidak dinafikan, solat jenazah adalah amalan Nabi saw dan banyak hadis-hadis shahih menceritakan mengenainya.
Kedua: Membayar hutang puasa si mati.
Orang yang tidak mengerjakan puasa Ramadan selama beberapa hari atau lebih dari itu, atau ia tidak mengerjakan puasa "nazar" atau puasa "kifarah", disebabkan uzur syar'i (seperti sakit dan sebagainya) lalu ia mati sebelum sempat mengqada puasanya, maka ia tidak dikira berdosa.
Dengan itu, pihak kaum kerabatnya tidak dikenakan mengqada puasanya atau membayar "fidyah" dari harta peninggalannya.
Sebaliknya, kalau ia mati setelah hapus uzurnya - yakni setelah ia sembuh dari sakitnya dan sebagainya - kemudian semasa hayatnya tidak mengqada puasanya itu maka hukumnya menurut jumhur ulama', bahawa pihak kaum kerabatnya tidak dibolehkan berpuasa untuknya tetapi hendaklah membayar "fidyah" untuknya dari harta peninggalannya, iaitu memberi makan orang miskin, satu cupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasanya.
Menurut huraian ulama' rahimahullah: Kadar satu "fidyah" untuk satu hari yang ditinggalkan puasanya ialah "satu cupak" dari jenis makanan yang mengenyangkan yang biasa dimakan oleh penduduk sesebuah negeri.
Fidyah itu pula hendaklah diberikan kepada orang faqir miskin sahaja. Seseorang miskin, boleh diberikan "satu cupak" atau "beberapa cupak" - tidak terhad.
Tetapi fidyah yang satu cupak itu tidak boleh dibahagikan dua untuk diberikan kepada "dua orang miskin", kerana yang demikian tidak merupakan "satu fidyah" yang sempurna dan dengan itu tidak sah hukumnya. Terdapat juga dalam hadis yang lain iaitu:
Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Seorang lelaki datang mengadap Nabi Muhammad SAW. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ibu saya telah mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) selama sebulan, bolehkah saya mengqada puasanya itu?"
Baginda menjawab: "Boleh, (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang (manusia kepada) Allah lebih berhak diselesaikan.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari)
Hadis ini mengatakan bahawa orang mati yang menanggung hutang puasa yang wajib (sama ada puasa Ramadan atau pun puasa nazar atau puasa kifarah), boleh dibayar oleh orang yang termasuk dalam lingkungan kaum kerabatnya - dengan jalan berpuasa untuknya.
Dalam huraiannya, Imam Nawawi rahimahullah berkata: Imam al-Syafi'i rahimahullah, mempunyai "dua qaul" dalam masalah ini:
Pertama - Hutang puasa si mati hendaklah dibayar dengan "fidyah" sahaja.
Kedua - Boleh juga dibayar dengan jalan berpuasa untuknya.
Berdasarkan keterangan yang tersebut, maka kesimpulan masalah ini dalam mazhab Syafi'i ialah: Menurut "qaul" yang pertama: Hutang puasa si mati , hendaklah di bayar dengan "fidyah" sahaja oleh walinya.
Menurut "qaul" yang kedua pula: Pihak walinya bebas memilih, sama ada dengan memberi fidyah atau dengan berpuasa untuknya.
Salah satu hadis yang lain juga: Dari `Aisyah r.a., bahawa Rasulullah SAW. bersabda: "Barangsiapa mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) hendaklah walinya (membayar dengan) berpuasa untuknya". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketiga: doa anak yang soleh/solehah,
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Hadis ini juga diriwayatkan dengan lafaz yang lain seperti berikut:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
"Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah SAW. dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.
Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati .
Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadis ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.
Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati .
Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"
Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.
Sebab itulah Rasulullah SAW. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.
Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.
Keempat: melangsaikan hutang harta si mati
Orang ramai boleh juga membantu si mati dengan cara melangsaikan hutang harta si mati. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan kebolehan tersebut. Di antaranya:
Di dalam satu hadis sahih yang bermaksud:
Berkata Jabir bin Abdullah rh: Telah meninggal dunia salah seorang daripada kami, lalu kami mandikannya, kapankannya dan kemudian kami letakkan jenazah di tempat yang biasa diletakkan jenazah iaitu di Makm Jibril untuk diselesaikan oleh Rasulullah saw. Dan kami memaklumkan kepada baginda untuk disolatkan jenazahnya. Lalu baginda pun datang mendekati jenazah lalu bertanya kepada kami, Barangkali jenazah ini ada meninggalkan hutang. Lalu kami jawab, Benar, ya Rasulullah. Ada 2 dinar. Rasulullah saw berundur dan bersabda, kamu sahajalah yang menyembahyangkan jenazah sahabatmu ini. Lalu salah seorang daripada kami yang di panggil Abu Qatadah berkata, Ya Rasulullah, kedua-dua dinar hutang jenazah ini adalah tanggungjawab saya. Kemudian Rasulullah bersabda lagi, Mula sekarang, 2 dinar itu menjadi tanggungjawab engkau, Abu Qatadah dan engkau mesti ambil dari wang kau sedangkan jenazah ini bebas daripada kedua-dua dinar itu? Jawab Abu Qatadah, Benar, ya Rasulullah. Setelah mendengar pengakuan daripada Abu Qatadah bahawa ia bertanggungjawab melunasi hutang jenazah tersebut, barulah Nabi saw melakukan solat jenazah ke atas si mati. Dan diriwayatkan, pada keesokan harinya, Rasulullah saw bertemu akan Abu Qatadah dan bertanya kepadanya, sudahkah kau lunasi hutang jenazah semalam? Abu Qatadah menjawab, Wahai Rasulullah, bukankah dia baru sahaja meninnggal dunia semalam. Kemudian setiap hari apabila Nabi saw bertemu Abu Qatadah maka akan ditanya, Apakah kamu telah lunasi hutang 2 dinar itu? Jawab Abu Qatadah, telah aku lunasi hutang itu. Mendengar akan jawapan Abu Qatadah, Rasulullah saw bersabda, Sekarang barulah dingin kulitnya kerana azabnya baru sahaja diangkat kerana hutangnya telah selesai.
Hadis di atas memberitahu kita bahawa hutang wajib dilunasi. Bahkan dalam hadis yang lain ada menceritakan bahawa hutang wajib didahului dari keluarga yang miskin. Di dalam hadis di atas juga, mengkhabarkan bahawa bukan sahaja ahli waris yang boleh melunaskan hutang si mati, tetapi juga orang lain yang tiada ikatan kekeluargaan.
Terdapat banyak lagi hadis yang menceritakan akan kebolehan dan kewajipan melunaskan hutang si mati.
Dari Ibn Abbas r.a., bahawa: .. Rasulullah SAW bersabda: ".. (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang kepada Allah lebih berhak diselesaikan."
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kelima: Amalan baik anak sendiri
Di dalam Al-Quran, ayat 39, Allah telah berfirman yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."
Terang di dalam ayat di atas mengatakan bahawa usaha seseorang akan di bawa ketika telah mati.
Bagaimana pula ayat di atas dapat menjadi dalil yang membolehkan amalan baik anak itu sampai kepada si mati? Persoalan ini terjawab dengan hadis sahih di bawah:
Sesungguhnya makanan yang paling baik untuk di makan oleh seseorang ialah hasil titik peluhnya sendiri. Dan sesungguhnya anakanya adalah sebahagian daripada usahanya.
(Hadis sahih-Al-Hakim, Imam At-Turmudzi, Imam Ahmad, Abu Daud An-Nasai)
Di dalam hadis yang lain:
Hadis Aisyah r.a: Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah SAW bersabda: Benar!
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)
Maka jelas, keumuman ayat Al-Quran di atas telah diperjelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam banyak hadis dan di antaranya hadis di atas.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ۚ۳Ù
ۧÙÙÙ Ű§Ù۱ŰÙ
Ù Ű§Ù۱ŰÙÙ
ۧÙŰÙ
ŰŻ ÙÙÙ Ű±Űš ۧÙŰčۧÙÙ
ÙÙ، ÙۧÙŰ”Ùۧ۩ ÙۧÙŰłÙۧÙ
ŰčÙÙ Ű±ŰłÙÙÙ Ű§ÙŰŁÙ
ÙÙ، ÙŰčÙÙ ŰąÙÙ ÙŰ”ŰŰšÙ ŰŁŰŹÙ
ŰčÙÙ.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Nikmat Allah sangat banyak sehingga tidak dapat dihitung.Jika menghitung pun sudah tidak mampu, apalagi untuk membalasnya. Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitung.” (Surah Ibrahim 14:34)
Malangnya, nikmat yang begitu banyak ini gagal dilihat oleh kebanyakan manusia. Sebab itulah kebanyakan manusia tidak bersyukur dan Allah telah mengingatkan, maksudnya: “Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.” (Surah al-Rahman 55: 13)
Sekiranya seseorang tidak merasakan dia mempunyai kelebihan, pasti tidak akan ada rasa syukur. Namun realitinya begitulah, ramai manusia Iebih cenderung melihat kekurangan berbanding kelebihan terutamanya apabila dia diuji dengan sedikit kesusahan. Maka, fikiran dan jiwanya hanya tertumpu kepada kesusahan yang sekelumit dan lupalah dia pada kesenangan yang melangit. Misalnya apabila diuji dengan kemiskinan, dia terlupa dia masih sihat. Ketika diuji dengan cercaan manusia, dia Iupa masih mempunyai sumber pendapatan yang baik.
Syukur itu letaknya di hati. Hati tidak boleh dipaksa melainkan mesti disedarkan dengan rela. Orang yang tidak bersyukur hakikatnya buta “mata hati”. Dia tidak dapat melihat nikmat yang melimpah di hadapan mata sendiri.
Umpama kelawar yang tidak dapat melihat pada siang hari bukan kerana siang itu gelap, tetapi kerana terlalu terang. Begitulah orang yang tidak bersyukur, mereka tidak dapat melihat kelebihan kerana mereka sedang tenggelam oleh kelebihan itu. Mulutnya hanya menuturkan: “Susah, sakit, malang…”, tanpa menyedari bahawa mereka masih mempunyai lidah untuk mengeluarkan kata-kata itu!
Bersyukur kepada Pemberi Nikmat
Manusia akan bersyukur sekiranya dia “melihat” Pemberi nikmat bagi sesuatu, bukan nikmat-Nya. Jika kita menyedari Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang itulah yang memberi nikmat, kita akan membesarkan pemberiannya walaupun kecil atau sedikit. Ini kerana bukan nikmat itu yang menjadi ukuran, tetapi siapa yang memberi nikmat itulah yang lebih diutamakan.
Dalam percintaan misalnya, pemberian seorang kekasih akan dilihat besar dan bernilai bukan kerana pemberiannya tetapi kerana pemberinya. Begitulah hati orang yang bersyukur. Nikmat yang kecil pun sudah dibesarkan, apatah lagi nikmat yang besar.
Jarang ada manusia yang mahu mengambil ‘ibrah daripada ujian yang menimpa Nabi Ayub a.s. Apabila baginda diuji dengan kesakitan, baginda berasa malu untuk berdoa kepada Allah kerana tempoh sihatnya lebih lama berbanding tempoh baginda diuji dengan kesakitan. Ramai manusia yang hanya menghitung kesukaran, bukan kesyukuran. Jika kita menghitung kesyukuran, nescaya kita akan dapati jumlahnya melebihi kesukaran!
Anehnya ada manusia yang apabila diberi tambahan nikmat, dia berasa ia kurang daripada sebelumnya. Ini berlaku kerana kehendaknya menjadi Iebih besar berbanding sebelumnya. Mulalah dia mengenangkan sesuatu yang “tiada”, bukannya sesuatu yang “ada”. Tanpa syukur, hidup menjadi sukar. Hati semakin terhimpit dengan keresahan dan kesusahan yang tidak berkesudahan. Sukarnya untuk bersyukur hakikatnya jauh Iebih mudah daripada sukarnya akibat tidak bersyukur.
Menurut Ibn ‘Ataillah; “Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat Allah, bererti dia bersedia untuk kehilangan nikmat tersebut. Namun sesiapa yang rnensyukurinya, bererti dia telah mengikatnya dengan kekangnya.
” Ada yang sukar bersyukur kerana pengertian mereka tentang nikmat sangat terbatas. Ada yang menganggap nikmat itu hanya berkaitan dengan sesuatu yang berbentuk fizikal dan material sahaja. Contohnya jika mendapat harta, rumah, pangkat dan kenderaan barulah mereka merasakan adanya nikmat atau kelebihan.
Malangnya, mereka tidak melihat nyawa, kesihatan, anak-anak, saudara-mara, isteri, suami dan lain-lain lagi sebagai nikmat yang wajib disyukuri. Allah mengajak manusia berfikir tentang perkara ini melalui firmannya yang bermaksud: “Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia membcrikanmu pendengaran, penglihatan dan hati nurani (akal fikiran) agar kamu bersyukur.” (Surah al-Nahl 16: 78)
Lebih-lebih lagi ramai manusia yang tidak menganggap nikmat iman, Islam hidayah, taufik, solat, puasa dan lain-lain ibadah itu juga satu kelebihan (malah nikmat yang lebih tinggi dan bernilai). Berapa ramai antara orang Islam yang bersyukur dengan nikmat iman dan Islam? Berapa ramai yang berasa syukur dapat menunaikan solat, puasa, zakat dan mengerjakan haji?
Aku Ahli Syukur
Siapa pun kita pada hari ini sama ada ahli perniagaan yang kaya, ahli ekonomi yang pandai menguruskan selok-belok ekonomi, ahli persatuan yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti atau sesiapa sahaja yang ahli dalam bidang masing-masing pernahkah kita berusaha untuk menjadi ahli syukur?
Menjadi ahli syukur tidak memerlukan modal berbentuk wang ringgit atau proposal yang tebal untuk dikemukakan kepada mana-mana pihak. Membentuk diri menjadi seorang ahli syukur adalah dengan melakukan empat kriteria di bawah:
1. Tetap Bersyukur Walaupun Nikmatnya Kecil
Biarpun nikmat yang diperoleh tidaklah sehebat mana, sematkan dalam diri dengan sifat qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan. Biarpun ia berupa ujian, lapangkan hati untuk menerimanya dan bersyukur kerana ujian yang ditimpakan lebih ringan berbanding orang lain.
2. Memuji Allah Setiap Masa
Amat mudah untuk memuji Allah iaitu dengan mengucapkan alhamdulillah yang bermaksud segala puji bagi Allah. Jadikan perkara mudah ini sebagai satu kebiasaan dalam diri sebagai tanda syukur kita terhadap segala kurniaan Allah.
3. Berterima Kasih kepada Penunjuk Jalan Nikmat
Benar, setiap rezeki datang daripada Allah. Tetapi perlu diingati bahawa kadang-kadang rezeki tersebut disampaikan kepada kita melalui orang lain. Contohnya apabila diterima bekerja di sesuatu tempat, berterima kasihlah kepada orang yang memaklumkan tentang kekosongan jawatan, penemu duga dan majikan.
4. Nikmat Wasilah Mendekatkan Diri kepada Allah
Nikmatllah nikmat dan kurniaan yang Allah berikan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan terlalu leka dengan keindahan nikmat tersebut sehingga mengabaikan kewajipan sebagai hamba seperti melengah-lengahkan solat kerana terlalu tekun bekerja. Lazimi diri dengan pelbagai ibadah sunat sebagai usaha kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan.
Sedangkan itulah nikmat yang paling besar dan paling wajar disyukuri.
Pengertian nikmat ilu Lidak terhad pada nikmat duniawi, sebaliknya ia merangkumi nikmat iman, Islam, ibadah dan hidayah. Jika kita mempunyai pengertian yang luas tentang nikmat, maka lebih mudah kita melihat “keberadaan” nikmat itu pada diri kita. Dengan ini lebih mudahlah untuk kita bersyukur. Sebaliknya jika pengertian nikmat itu temad, pandangan kita terhadap kelebihan nikmat akan terbatas dan akibatnya kita semakin sukar untuk bersyukur.
Praktikal Syukur
Bagaimana kita hendak mempraktikkan syukur dalam kehidupan seharian? Ada tiga kaedah bersyukur, iaitu:
1. Bersyukur dengan hati
Bersyukur dengan hati adalah dengan menyedari dan menghayati sepenuhnya bahawa nikmat itu daripada Allah, bukan daripada diri sendiri. Maksudnya, kita menaïŹkan segala kekuatan, kepandaian, kegigihan dan segala usaha sendiri sehingga tercapainya nikmat tersebut. Jelasnya, syukur dengan hati itulah yang menisbahkan nikmat kcpada Pemberinya (Allah).
Sebagai perbandingan, lihat perbezaan sikap antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Qarun. Qarun ialah pengi-kut Nabi Musa a.s. dan memiliki kekayaan yang sangat banyak hinggakan tidak terkira gudang-gudang rezekinya. Namun, sikap angkuhnya terserlah apabila kaumnya memberi nasihat: “Janganlah kamu terlalu bergembira kerana Allah tidak suka orang yang terlalu gembira dan berkhayal.”
Ayat 77 surah al-Qasas mengandungi nasihat kepada Qarun, maksudnya: “Dan carilah pada kurniaan Allah kepadamu akan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada dunia ini serta berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbual baik kepadamu. Janganlah engkau membuat kerosakan di atas muka bumi ini.” Tetapi, Qarun menjawab dalam ayat seterusnya yang bermaksud: “Aku diberi harta kekayaan ini kerana aku pandai.” Sesungguhnya Qarun telah menisbahkan kekayaannya kepada dirinya sendiri.
Perkara yang sebaliknya berlaku kepada Nabi Sulaiman a.s. Baginda mempunyai hati yang bersyukur. Baginda tetap mengakui bahawa nikmat yang dimilikinya itu milik Allah. Ketika dipuji tentang kebesaran kerajaan dan kelebihannya, Nabi Sulaiman a.s. terus berkata: “Ini semua kurniaan Tuhanku.”
Setiap orang Islam mesti beriman kepada Allah yang bersifat al-Razzaq (Maha Memberi rezeki). Malangnya, ramai yang tidak yakin rezeki yang diterimanya itu daripada Allah s.w.t. Buktinya apabila rezeki itu ditarik balik, ramai yang melenting dan marah-marah. Mereka seolah-olah lupa bahawa mereka bukan pemilik rezeki tersebut. Hakikatnya, mereka hanya “peminjam” yang perlu memulangkannya apabila diminta, tidak boleh menyalahgunakan rezeki tersebut serta bersedia menyerahkannya kepada sesiapa jua seperti yang diperintahkan oleh Pemberinya.
" Jika anda boleh menangi ini untuk kawan anda, confirm dia akan rasa amat disayangi."
Hayati teladan daripada para sahabat Rasulullah s.a.w. Kesan keyakinan mereka bahawa rezeki itu datang daripada Allah, maka mereka mudah berkorban. Sayidina Abu Bakar menginfakkan semua harta miliknya ke jalan Allah. Begitu juga dengan Sayidina Umar yang menyumbangkan separuh, dan seterusnya Sayidina Uthman sepertiga. Apa yang mendorong mereka bersifat demikian? Pertama, keyakinan mereka terhadap pembalasan Allah. Kedua, mereka menyedari bahawa harta milik mereka sebenarnya mllik Allah. Apabila Allah “memintanya”, mereka memberinya dengan rela.
Realitinya, sujud syukur itu ialah bukti syukur dengan hati. Sujud syukur bukan syukur dengan amalan. Sujud yang dilakukan bukan sekadar ucapan dan perlakuan, tetapi yang paling utama apabila hati merasakan nikmat yang dimiliki itu milik Allah yang hakiki. Sungguh, tidak beradab jika ada seseorang yang berkata: “Kalaulah tidak kerana aku, sudah lama kamu mati kelaparan.” Cuba ïŹkirkan sejenak, siapakah yang memberi rezeki sehingga seseorang itu mampu memberi rezeki kepada orang lain? Menisbahkan nikmat Allah kepada diri pun dilarang, apatah lagi menisbahkan nikmat Allah yang dibenkan kepada orang lain kepada diri sendiri.
Nabi Sulaiman a.s. pemah ditegur oleh Allah apabila terlintas dalam hatinya dengan sesuatu yang boleh mencalarkan rasa syukur. Teguran Allah sangat keras. Allah datangkan seorang manusia yang sangat menyerupainya ketika baginda keluar dari istana. Akibatnya, semua menteri, pengikut dan rakyatnya mematuhi “orang” tersebut.
Oleh sebab terkejut dengan teguran itu, Nabi Sulaiman a.s. segera bertaubat dan akhirnya kerajaan baginda dikembalikan kepadanya semula.
Ya, syukur dengan hati itu bukan mudah. Melalui syukur dengan hati Allah mcnutup rapat pintu syirik,
riyak, ujub dan sum‘ah. Justeru, berhati-hatilah apabila memberi motivasi kepada diri dan orang lain tentang keyakinan diri. Hendaklah sentiasa menyedari bahawa kekuatan diri‘ hakikatnya milik Allah jua. Menimbulkan keyakinan diri dalam Islam wajib bertitik tolak dengan keyakinan kepada Allah, yakni dengan sentiasa mengharap kemurahan, keperkasaan dan kasih sayangnya.
2.Bersyukur dengan lidah
Syukur dengan lidah adalah dengan mengakui segala sumber nikmat itu daripada Allah sw.t. iaitu dengan memujinya. Allah mengajarkan ungkapan syukur dengan mengucap “alhamdulillah“. Itulah kalimah yang diajar sendiri oleh Allah untuk memujinya. Selesai makan, ucapkan alhamdulillah. Apabila bersin, ucapkan alhamdulillah. Jangan ucapkan kalimah-kalimah yang lain seperti ”excuse me, I’m sorry” dan sebagainya.
Apabila melihat orang lain ditimpa musibah tetapi ia tidak menimpa kita, atau apabila negara jiran dilanda banjir yang teruk. begitu juga apabila pulang bermusafir dengan selamat dan apabila terselamat daripada kemalangan, ucapkan ‘alhamdulillah.’ Pendek kata, bersyukur dengan lisan hendaklah dibudayakan dalam diri masyarakat.
Rasulullah pernah bersabda, maksudnya: ‘Sesiapa sahaja yang melihat orang yang ditimpa musibah, kemudian dia berkata ‘Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku daripada musibah itu,’ lalu memuji ‘ Allah, maka orang tersebut tidak akan ditimpa musibah tersebut .”(Riwayat al-Bahaqi)
Dengan mengucapkan alhamdulillah, ia bukan untuk menempelak orang yang ditimpa musibah itu (kerana kita wajar ucapkan kata-kata simpati kepada mereka), tetapi ucapan tersebut untuk diri kita yang terselamat atau terhindar daripada musibah tersebut.
Syukur dengan lisan juga adalah dengan menampakkan kesan nikmat Allah pada diri kita. Dalam riwayat al-Baihaqi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Alangkah baiknya salah seorang daripada kamu jika dia rmembeli dua pakaian untuk hari Jumaat selain dua pakaian untuk bekerja.
Jika ada kelapangan rezeki, sediakan pakaian untuk solat dan bekerja. Menyediakan pakaian untuk solat dan bekerja menunjukkan tanda syukur kita terhadap nikmat yang Allah berikan di dunia ini tanpa melupakan hakikat hari akhirat nanti. Perbuatan ini termasuk dalam kategori syukur dengan lisan, yakni menampakkan kesan hikmat Allah pada diri. Begitu juga apabila mengadakan kenduri kesyukuran, ia sebagai syukur dengan lisan dengan menguar-uarkan dan berkongsi nikmat yang diperoleh daripada Allah kepada orang lain.
Dengan kedua-dua sikap tersebut, sebenarnya kita telah ”mempamerkan ” kesan nikmat Allah kepada masyarakat. Allah suka jika kita menampakkan kesan nikmat yang dikurniakan olehnya kepada hamba-hambanya yang lain. Apabila Allah suka, Allah akan menambah nikmatnya. Namun, perlu dijauhi niat menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah terhadap orng lain.
3. Bersyukur dengan amal
Bersyukur dengan amalan adalah dengan menggunakan nikmat kurniaan Allah selaras dengan tujuan Allah mengumiakannya. Misalnya jika Allah memberikan ilmu dan apabila menyedari dengan hati bahawa ilmu itu datang daripada Allah, ucapkan kalimah kesyukuran alhamdulillah. Kemudian terus amal dan sampaikan ilmu tersebut. Begitu juga apabila dikurniakan harta, harta itu terus dibelanjakan ke jalan yang halal dan diredai Allah.
Apabila Allah memberi kesihatan, gunakan la untuk beribadah kepada Allah sama ada dalam ibadah umum ataupun khusus. Begitu juga apabila Allah memberikan masa lapang, ia perlu digunakan untuk menambahkan ilmu, menolong orang lain dan membuat perkara-perkara yang bermanfaat. Allah berïŹrman yang bermaksud: “Wahai keluarga Daud, beramallah kalian untuk bersyukur.” (Surah Saba’34: 13)
Sekiranya tidak belamal, itu tandanya kita belum bersyukur sekalipun kita telah mengucapkan syukur melalui lisan dan merasainya dengan hati. Kita dapat lihat betapa ramai manusia yang menyalahgunakan nikmat ke arah jalan maksiat dan kemungkaran. Diberi ilmu, harta, rupa dan kesihatan tetapi semuanya disalahgunakan ke jalan yang batil dan mungkar. Mengapa tergamak kita gunakan nikmat untuk menderhakai Pemberi nikmat ini?
Akibat tidak bersyukur, nikmat itu akan ditarik balik, dibinasakan ataupun menjadi istidraj (pemberian nikmat untuk memudaratkan). Natijahnya, melalui nikmat Allah tidak dapat mendekatkan kita dengan Allah, tetapi semakin jauh daripadanya. Akibat yang lebih buruk, jiwa kita semakin tidak tenang walaupun dilimpahi harta yang banyak dan kuasa yang semakin tinggi.
Paduan Elemen-Elemen Syukur
Ketiga-tiga kaedah bersyukur (hati, lisan dan tindakan) tidak dapat dipisahkan dan semuanya perlu dilaksanakan serentak. Apabila ketiga-tiga kaedah ini dilaksanakan, barulah diri akan menjadi tenang dan dapat memberi ketenangan. Orang yang bersyukur akan banyak memberi. Jika kita bersyukur ketujuh-tujuh anggota; mata, telinga, Iidah, tangan, perut, kemaluan dan kaki akan memberi dan menjana kebalkan bukan sahaja kepada Allah, tetapl juga kepada manusia lain.
Syukur akan memperbanyakkan nikmat yang sedikit, menyelamatkan diri daripada kekufuran, merapatkan hubungan dengan Tuhan dan sesama insan serta akan melahirkan ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Hayatiah sabda Rasulullah s.a.w. ini,maksudya: ‘Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit, pasti dia juga tidak akan mensyukuri nikmat yang banyak. Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia pasti diajuga tidak berterima kasih kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah ini termasuklah ungkapan rasa syukur, sedangkan meninggalkannya adalah kufur. Berkumpul(berjemaah) itu suatu rahmat, sedangkan menyendiri itu satu petaka.(Riwayat Ahmad)
lngin dtegaskan sekali lagi bahawa orang yang bersyukur ialah orang yang merasakan dirinya rmempunyai kelebihan. Dan orang tersebut sahajalah yang sanggup memberi. Manakala orang yang sentiasa merasakan serba kekurangan tidak akan mampu memberi. Hanya apabila manusia memberi barulah segala yang ada dalam kehidupannya akan menjadi subur. lngatlah, kekayaan, kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan hamba yang bersyukur akan digandakan.
Lihatlah betapa indahnya perumpamaan yang Allah nyatakan dalam al-Quran bagi hambanya yang sudi memberi (kesan sifat syukurnya). maksudnya: ‘Perumpamaan orang yang rnembelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebutir biji benihyang
menumbuhkan tujuh tangkai, dan setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaannya) Iagi Maha Mengetahuif (Surah al-Baqarah 2: 261)
Bersyukurlah, nescaya kehidupan dunia dan akhirat kita menjadi subur.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ۚ۳Ù
ۧÙÙÙ Ű§Ù۱ŰÙ
Ù Ű§Ù۱ŰÙÙ
ۧÙŰÙ
ŰŻ ÙÙÙ Ű±Űš ۧÙŰčۧÙÙ
ÙÙ، ÙۧÙŰ”Ùۧ۩ ÙۧÙŰłÙۧÙ
ŰčÙÙ Ű±ŰłÙÙÙ Ű§ÙŰŁÙ
ÙÙ، ÙŰčÙÙ ŰąÙÙ ÙŰ”ŰŰšÙ ŰŁŰŹÙ
ŰčÙÙ.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?
Imam al Bukhari rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya, "Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)."
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)."
Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda SAW bersabda maksudnya, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan untuk di lakukan 1-10 Zulhijjah :
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi SAW maksudnya.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Hari ‘Arafah ialah hari ke 9 Zulhijjah. I a adalah hari terbaik
sepanjang tahun kerana Nabi SAW. bersabda maksudnya; “Tidak ada hari yang paling
banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari
hari ‘Arafah” (Hadis Riwayat Imam Muslim).
Adapun disunatkan
berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a.
yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah.
Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan
yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah SWT yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana maksud hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah SWT mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.
َۧÙÙÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ُ ۧÙÙÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ُ ۧÙÙÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ُ، ÙŰą Ű„ِÙَÙَ Ű„ِÙَّۧ ۧÙÙÙُ ÙَۧÙÙÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ُ، َۧÙÙÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ُ ÙَۧÙِÙَّÙِ ۧÙْŰَÙ
ْŰŻُ. ( × 5/3)
َۧÙÙÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ُ، َۧÙÙÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ُ، َۧÙÙÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ُ، َۧÙÙÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ُ ÙَŰšِÙْ۱ًۧ ÙَۧÙْŰَÙ
ْŰŻُ ÙِÙَّÙِ ÙَŰ«ِÙْ۱ًۧ ÙَŰłُŰšْŰَۧÙَ ۧÙÙَّÙِ ŰšُÙْ۱َŰ©ً ÙَŰŁَŰ”ِÙْÙًۧ، ÙŰą Ű„ِÙَÙَ Ű„ِÙَّۧ ۧÙÙÙُ ÙَÙَۧ ÙَŰčْŰšُŰŻُ Ű„ِÙَّۧ Ű„ِÙَّۧÙُ Ù
ُŰźْÙِŰ”ِÙْÙَ ÙَÙُ ۧÙŰŻِّÙْÙَ ÙَÙَÙْ Ùَ۱ِÙَ ۧÙْÙَۧÙِ۱ُÙْÙَ، ÙŰą Ű„ِÙَÙَ Ű„ِÙَّۧ ۧÙÙÙُ ÙَŰْŰŻَÙُ Ű”َŰŻَÙَ ÙَŰčْŰŻَÙُ ÙَÙَŰ”َ۱َ ŰčَŰšْŰŻَÙُ ÙَŰŁَŰčَŰČَّ ŰŹُÙْŰŻَÙُ ÙَÙَŰČَÙ
َ ْۧÙŰŁَŰْŰČََۧۚ ÙَŰْŰŻَÙُ، ÙŰą Ű„ِÙَÙَ Ű„ِÙَّۧ ۧÙÙÙُ ÙَۧÙÙÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ُ، َۧÙÙÙُ ŰŁَÙْŰšَ۱ُ ÙَۧÙِÙَّÙِ ۧÙْŰَÙ
ْŰŻُ.
Maksudnya, "Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi SAW bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada empunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Rasulullah SAW tidak meninggalkan amalan-amalan berikut ini. Amalan-amalan tersebut ialah:
1. Membaca Surah as-Sajdah Dan al-Mulk :
Ini berdasarkan perkhabaran dari Jabir RA sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhari (didalam kitabnya al-Adab al-Mufrad), at-Tirmizi, an-Nasai (didalam kitabnya ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:
ÙَۧÙَ ۱َŰłُÙْÙُ ۧÙÙÙِ (Ű”) Ùَۧ ÙَÙَۧÙ
ُ ŰَŰȘÙَّ ÙَÙْ۱َŰŁَ ( ۧÙÙ
ŰȘÙŰČÙÙ ) Ùَ( ŰȘŰšŰ§Ű±Ù Ű§ÙŰ°Ù ŰšÙŰŻÙ Ű§ÙÙ
ÙÙ
Maksudnya: "Adalah Rasulullah SAW tidak tidur sehingga ia membaca Surah as-Sajdah dan al-Mulk."
Dalam riwayat an-Nasai dan Ibnu as-Sunni terdapat tambahan “setiap malam”:
ÙَۧÙَ ۱َŰłُÙْÙُ ۧÙÙÙِ (Ű”) Ùَۧ ÙَÙَۧÙ
ُ ÙُÙَّ ÙَÙْÙَŰ©ٍ ŰَŰȘÙَّ ÙَÙْ۱َŰŁَ ……………..
Maksudnya: "Adalah Rasulullah SAW tidak tidur setiap malam sehingga ia membaca Surah as-Sajdah dan al-Mulk."
2. Membaca Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah (Ayat 285 dan 286)
Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu Majah, ad-Darimi, Ibnu Hibban:
ۧÙŰąÙَŰȘَۧÙِ Ù
ِÙْ ۹ِ۟۱ِ ŰłُÙْ۱َŰ©ِ ۧÙْŰšَÙَ۱َŰ©ِ Ù
َÙْ Ùَ۱َŰŁَ ŰšِÙِÙ
َۧ ÙِÙ ÙَÙْÙَŰ©ٍ ÙَÙَŰȘَۧÙُ
Maksudnya: "Dua ayat dari akhir Surah al-Baqarah, barangsiapa yang membacanya pada waktu malam nescaya mencukupi baginya."
Keterangan: Maksud “mencukupi baginya” ialah terpelihara dari sebarang keburukan dan kejahatan pada sepanjang malam tersebut.
3. Solat Witir.
Berkata Abu Hurairah RA sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:
ŰŁَÙْŰ”َۧÙِÙ ŰźَÙِÙْÙِÙ (Ű”) ŰšِŰ«َÙَۧŰ«ٍ: ŰšِŰ”ِÙَۧÙ
ِ Ű«َÙَۧŰ«َŰ©ِ ŰŁَÙَّۧÙ
ٍ Ù
ِÙْ ÙُÙِّ ŰŽَÙْ۱ٍ Ùَ۱َÙْŰčَŰȘَÙ Ű§Ù۶ُّŰَÙ ÙَŰŁَÙْ ŰŁُÙْŰȘِ۱َ ÙَŰšْÙَ ŰŁَÙْ ŰŁَ۱ْÙُŰŻَ
Maksudnya: "Kekasihku (Nabi Muhammad SAW) telah berwasiat kepadaku dengan tiga perkara:
1) Berpuasa tiga hari pada setiap bulan (tanggal 13, 14 dan 15)
2) Mengerjakan dua rakaat Solat Duha
3) Bahawa aku mengerjakan Solat Witir sebelum tidur.
Mengerjakan Solat Witir sebelum tidur adalah “pengikat” sebagaimana diistilahkan oleh Nabi Muhammad SAW didalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad:
ۧÙَّ۰ِÙ Ùَۧ ÙَÙَۧÙ
ُ ŰَŰȘÙَّ ÙُÙْŰȘِ۱َ ŰَۧŰČِÙ
ٌ
Maksudnya: "Orang yang tidak tidur sehingga mengerjakan Solat Witir terlebih dahulu adalah pengikat."
Keterangan: Maksud “pengikat” didalam hadis tersebut ialah pengikat antara seseorang dengan solat malam. Dengan erti kata lain sekiranya ia tidak terbangun untuk solat malam pada malam tersebut maka Solat Witir yang telah dikerjakan sebelum tidur itu menjadikannya dicatat sebagai orang yang telah mendirikan malam. Dengan itu tidak luput daripadanya solat malam pada malam tersebut.
Walaupun begitu bagi sesiapa yang terasa kuat dan mampu bangun diakhir malam maka mengerjakan Solat Witir ketika itu adalah lebih afdhal/utama. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadis riwayat Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi:
Ù
َÙْ ŰźَۧÙَ ŰŁَÙْ Ùَۧ ÙَÙُÙْÙ
َ Ù
ِÙْ ۹ِ۟۱ِ ۧÙÙَّÙْÙِ ÙَÙْÙُÙْŰȘِ۱ْ ŰŁَÙَّÙَÙُ ÙَÙ
َÙْ Ű·َÙ
ِŰčَ ŰŁَÙْ ÙَÙُÙْÙ
َ ۹ِ۟۱َÙُ ÙَÙْÙُÙْŰȘِ۱ْ ۹ِ۟۱َ ۧÙÙَّÙْÙِ ÙَŰ„ِÙَّ Ű”َÙَۧŰ©َ ۹ِ۟۱ِ ۧÙÙَّÙْÙِ Ù
َŰŽْÙُÙْŰŻَŰ©ٌ Ùَ۰َÙِÙَ ŰŁَÙْ۶َÙُ
Maksudnya: Barangsiapa yang takut tidak dapat bangun pada akhir malam maka berwitirlah diawal malam (sebelum tidur), dan barangsiapa yang ingin bangun pada akhir malam maka berwitirlah diakhir malam kerana sesungguhnya solat diakhir malam disaksikan (oleh malaikat), dan itu lebih afdhal.
Perhatikan hadith berikut ini sebagai perbandingan, hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, al-Hakim, al-Baihaqi dari Abu Qatadah r.a. katanya:
ŰŁَÙَّ ۧÙÙَّŰšِÙَّ (Ű”) ÙَۧÙَ ِÙŰŁَŰšِÙ ŰšَÙْ۱ٍ: Ù
َŰȘَÙ ŰȘُÙْŰȘِ۱ُ؟ ÙَۧÙَ: ŰŁُÙْŰȘِ۱ُ ÙَŰšْÙَ ŰŁَÙْ ŰŁَÙَۧÙ
َ , ÙَÙَۧÙَ ÙِŰčُÙ
َ۱َ: Ù
َŰȘَÙ ŰȘُÙْŰȘِ۱ُ؟ ÙَۧÙَ: ŰŁَÙَۧÙ
ُ Ű«ُÙ
َّ ŰŁُÙْŰȘِ۱ُ. ÙَۧÙَ: ÙَÙَۧÙَ ِÙŰŁَŰšِÙ ŰšَÙْ۱ٍ: ŰŁَŰźَ۰ْŰȘَ ŰšِۧÙْŰَŰČْÙ
ِ ŰŁَÙْ ŰšِۧÙْÙَŰ«ِÙْÙَŰ©ِ ÙَÙَۧÙَ ÙِŰčُÙ
َ۱َ: ŰŁَŰźَ۰ْŰȘَ ŰšِۧÙْÙُÙَّŰ©ِ
Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi SAW bertanya kepada Abu Bakar: “Bilakah kamu mengerjakan Solat Witir”, jawab Abu Bakar: “Aku mengerjakan Solat Witir sebelum aku tidur”. Kemudian Nabi SAW bertanya kepada Umar: “Bilakah kamu mengerjakan Solat Witir”, jawab Umar: “Aku tidur kemudian aku bangun mengerjakan Solat Witir”.
Sabda Nabi SAW kepada Abu Bakar: “Kamu telah mengambil ikatan atau simpulan” dan bersabda kepada Umar: “Kamu telah mengambil kekuatan (untuk bangun malam)”.
Timbul satu persoalan bagi sesiapa yang mengerjakan Solat Witir sebelum tidur apakah perlu melakukannya sekali lagi apabila bangun pada separuh/akhir malam setelah selesai mengerjakan Solat Tahajjud. Jawapannya ialah tidak perlu, memadai dengan Solat Witir yang telah dikerjakan sebelum tidur itu kerana Nabi Muhammad SAW menegah dikerjakan dua kali Solat Witir dalam satu malam berdasarkan hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Khuzaimah:
Ùَۧ ÙِŰȘْ۱َۧÙِ ÙِÙ ÙَÙْÙَŰ©ٍ
Maksudnya: "Tidak ada dua witir dalam satu malam."
Tidak timbul soal “membatalkan” Solat Witir yang telah dilakukan sebelum tidur dengan mengenapkan solat tersebut yaitu dikerjakan solat satu rakaat setelah bangun pada separuh/akhir malam untuk Solat Tahajjud kemudian mengerjakan Solat Witir sekali lagi setelah selesai Tahajud : Tetap kekal atas Solat Witir yang dikerjakan sebelum tidur dan tidak perlu “membatalkannya” setelah bangun pada separuh/akhir malam merupakan pendapat tiga imam mazhab iatu Imam Malik, As-Syafie dan Ahmad sebagaimana yang disebut oleh Imam at-Tirmizi didalam Sunannya dibawah “Bab-bab Witir: Bab Yang Datang Bahawa Tiada Dua Witir Dalam Satu Malam”.
Jika diteliti, pada hakikatnya sesiapa yang beramal dengan pendapat “membatalkan” Solat Witir sebenarnya telah mengerjakan tiga kali witir dalam satu malam:
1) Sebelum tidur,
2) Selepas bangun dari tidur untuk mengenapkannya, dan
3) Selepas selesai dari mengerjakan Solat Tahajjud.
Oleh sebab itu Imam al-Mubaa-rakpuu-ri menyebut didalam kitabnya “Tuhfah al-Ahwazi” dalam syarah/penjelasannya kepada hadis “Tidak Ada Dua Witir Dalam Satu Malam” diatas menyatakan bahawa beliau tidak pernah menemui satu hadith marfu’ (bersumber daripada Nabi Muhammad SAW) yang soheh menunjukkan atas thabitnya “membatalkan” Solat Witir.
4. Kemudian mendatangi tempat tidur. Membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naa-s
Melalui perkhabaran Aishah RA yang diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu Majah.
ŰŁَÙَّ ۱َŰłُÙْÙَ ۧÙÙÙِ (Ű”) ÙَۧÙَ Ű„ِ۰َۧ ŰŁَÙَÙ Ű„ِÙَÙ Ùِ۱َۧێِÙِ ÙُÙَّ ÙَÙْÙَŰ©ٍ ŰŹَÙ
َŰčَ ÙَÙَّÙْÙِ Ű«ُÙ
َّ ÙَÙَŰ«َ ÙِÙْÙِÙ
َۧ ÙَÙَ۱َŰŁَ ÙِÙْÙِÙ
َۧ (ÙÙ ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰŁŰŰŻ) Ùَ (ÙÙ ŰŁŰčÙ۰ ۚ۱ۚ ۧÙÙÙÙ) Ùَ (ÙÙ ŰŁŰčÙ۰ ۚ۱ۚ ۧÙÙۧ۳) Ű«ُÙ
َّ Ù
َŰłَŰَ ŰšِÙِÙ
َۧ Ù
َۧ ۧ۳ْŰȘَŰ·َۧŰčَ Ù
ِÙْ ŰŹَŰłَŰŻِÙِ ÙَŰšْŰŻَŰŁُ ŰšِÙِÙ
َۧ ŰčَÙَÙ Ű±َŰŁْŰłِÙِ ÙَÙَŰŹْÙِÙِ ÙَÙ
َۧ ŰŁَÙْŰšَÙَ Ù
ِÙْ ŰŹَŰłَŰŻِÙِ ÙَÙْŰčَÙُ ۰َÙِÙَ Ű«َÙَۧŰ«َ Ù
َ۱َّۧŰȘٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk tidur setiap malam Baginda menghimpun dua tapak tangannya kemudian menghembus pada kedua-duanya, maka dibaca pada kedua-dua tapak tangan tersebut Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naa-s. Kemudian Baginda menyapu dengan kedua-dua tapak tangan tersebut apa yang dapat disapu dari badannya bermula dari atas kepala, muka dan depan dari badannya. Baginda melakukan demikian tiga kali (yakni hembus pada dua tapak tangan, baca tiga surah tersebut dan sapu pada badan).
5. Membaca Ayat al-Kursi (al-Baqarah: 255)
Berdasarkan kisah Abu Hurairah RA yang dibenarkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dimana syaitan mengajarnya keutamaan Ayat al-Kursi yang dibaca sebelum tidur:
Ű„ِ۰َۧ ŰŁَÙَÙْŰȘَ Ű„ِÙَÙ Ùِ۱َۧێِÙَ ÙَۧÙْ۱َŰŁْ ŰąÙَŰ©َ ْۧÙÙُ۱ْŰłِÙِّ , ÙَÙْ ÙَŰČَۧÙَ Ù
َŰčَÙَ Ù
ِÙَ ۧÙÙÙِ ŰَۧÙِŰžٌ , ÙَÙَۧ ÙَÙْ۱َŰšُÙَ ŰŽَÙْŰ·َۧÙٌ ŰَŰȘَّÙ ŰȘُŰ”ْŰšِŰَ, ÙَÙَۧÙَ ۧÙÙَّŰšِÙُّ (Ű”): Ű”َŰŻَÙَÙَ ÙَÙُÙَ Ùَ۰ُÙْŰšٌ , ۰َۧÙَ ŰŽَÙْŰ·َۧÙٌ
Maksudnya: Apabila kamu masuk tidur maka bacalah Ayat al-Kursi, akan sentiasa bersama kamu pemeliharaan dari Allah dan syaitan tidak akan menghampiri kamu hingga ke subuh. Maka bersabda Nabi Muhammad SAW: Apa yang ia beritahu kamu adalah benar dan dia adalah pembohong, itu adalah syaitan.
Daftar Rujukan:
1) Kitab-kitab hadith yang disebut periwatannya diatas.
2) al-Azkar, Yahya bin Syaraf an-Nawawi.
3) Fiqh as-Sunnah, as-Sayyid Saa-biq.
1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram.
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus teru-lang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.
2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)
3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan
Abu Hurairah r.a berkata,“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu
Abu Hurairah r.a berkata,“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)
5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat.
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.”
Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya,“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)
1- Semua perkataan mestilah membawa kebaikan.
Nabi SAW bersabda maksudnya, "Sesiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik dia diam" (HR Bukhari dan Muslim)
2- Bercakap mestilah jelas dan benar.
Aisyah berkata: "Bahawasanya Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya." (HR Abu Daud)
3- Seimbang dan menjauhi sikap berdolak-dalih.
Sabda Nabi SAW maksudnya, "Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dan bercakap." (HR Tirmizi-hadis Hassan)
4- Menghindari banyak bercakap, kerana ditakuti membosankan orang yang mendengarnya.
Hadis riwayat Wail : Adalah Ibnu Masud sentiasa mengajar kami setiap Khamis, maka berkata seorang lelaki, Wahai Abu Abdul Rahman (gelaran kepada Ibnu Masud) kamu mahu mengajar kami pada setiap hari? Ibnu Masud menjawab: Sesungguhnya tiada yang dapat menghalangku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pernag meminta yang demikian daripada Rasulullah SAW dan baginda menjawab: aku khuatir membosankan kamu. " (HR Muttafaq alaih)
5- Menghindari daripada menyatakan yang batil.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredahai Allah yang ia tidak mengira yg akan mendapatkan sedemikian sehingga dicatat oleh Allah keredaanNya bagi orang tersebut hingga hari kiamat. Dan lelaki mengucapkan satu kata yang dikurkai Allah yg tidak dikiranya akan demikian, maka Allah akan mencatat yg demikian hingga kiamat." (HR Tirmizi, katanya hadis hassan sahih. Juga riwayat Ibnu Majah)
6- Mengulangi kata-kata yang penting, jika diperlukan.
Anas berkata apabila Nabi SAW bercakap, maka baginda akan mengulanginya sampai 3 kali sehingga semua yang mendengar menjadi faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda akan mengucap salam 3 kali." (HR Bukhari)
7- Menjauhi perdebatan sengit.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Tidak sesat sesuatu kaum setelah mendapat hidayah, melainkan kerana terlalu banyak berdebat." (HR Ahmad dan Tamizi)
8- Menjauhi kata keji, mencela dan melaknat.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Bukanlah seorang mukmin jika ia suka mencela, melaknat dan berkata-kat keji. " (HR Tarmizi dan Sanadnya Sahih)
9- Menghindari banyak kelakar.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah di hari akhirat ialah orang yang suka membuat manusia lain ketawa." (HR Bukhari)
10- Menghina atau aibkan orang lain.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Jika seseorang menceritakan satu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya." (HR Abu Daud dan Tarmizi)
11- Menghindari dusta.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Tanda-tanda munafik ada 3: Jika bercakap, ia berdusta, jika ia berjanji ia mungkiri dan jika ia diberi amanah, ia khianat." (HR Bukhari)
12- Menghindari ghibah (umpat mengumpat) dan adu domba.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Janganlah kamu saling mendengki, dan janganlah kamu saling benci dan janganlah kamu saling berkata-kata keji dan janganlah kamu saling berpaling muka dan janganlah kamu saling umpat mengumpat (ghibah) dengan yang lain dan jadilah hamba Allah yang bersaudara." (HR Muttafaq Alaih)
Ayat-ayat al-Quran menjelaskan perintah Allah SWT supaya menjaga percakapan.
Kita dikurniakan mulut untuk berkata-kata. Namun bagi setiap perkataan yang diperkatakan pasti ada kesannya kepada orang lain dan kepada diri kita sendiri. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati dengan percakapan kita. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Qaaf, ayat17-18 yang boleh ditranslasikan:-
Firman Allah SWT maksudnya, "Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Surah Qaaf ayat 17-18)