Sahabat yang dimuliakan,
Do'a dan zikir adalah senjata orang Mukmin, manakala bersyukur dan melakukan ketaatan adalah natijah dari jiwa yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Do'a dan zikir mampu menjadi pendorong utama untuk menguatkan rohani dan jiwa.
Seorang Muslim Mukmin yang sentiasa dalam hidupnya berdo'a dan berzikir kepada Allah s.w.t., kekuatan dalamannya amat luar biasa dan akan mencapai kecemerlangan dalam hidupnya berbanding mereka yang dalam hidupnya tidak mahu berdo'a dan berzikir dan hanya bergantung pada akal fikirannya semata-mata untuk mencapai sesuatu perkara. Perancangan macamana hebat sekalipun apabila ianya dibuat tanpa memohon pertolongan Allah s.w.t. maka ianya tidak akan berjaya dan kalau berjaya sekalipun ianya tidak akan berkat dan akhirnya akan menemui jalan buntu dan kegagalan.
Segala kekuatan lahir, pengalaman, kemahiran dan kekuatan batin daripada tenaga dalaman akan dipadukan untuk mencapai apa-apa yang dihajatkan. Apabila diketengahkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian do'a dan zikir mampu menjadi senjata yang ampuh.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Do'a dan zikir adalah suara hati. Namun jika do'a dan zikir itu kita ambil daripada do'a-do'a dan zikir-zikir yang diamalkan oleh Nabi s.a.w untuk memohon daripada Allah s.w.t.maka ianya menjadi lebih kuat dan mustajab.
Nabi s.a.w. berwasiat kepada Muaz bin Jabal r.a agar dapat mengamalkan do'a ini setiap lepas solat :
"Allahumma inni ala zikrika wasyukrika wahusni ibadatik"
(Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu (mengingati Allah), bersyukur kepada-Mu, dan memperelokkan ibadah kepada-Mu.) - Riwayat Abu Daud.
Do'a untuk keselamatan dunia dan akhirat :
"Allahumma inni asalukal 'afiya fiddunia wal akhirah"
(Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kesejahteraan di dunia dan akhirat) - Riwayat Tirmizi.
"Rabbana atinaa fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah wakina azabannar"
(Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab api Neraka) - Riwayat Bukhari.
Akhirkata peruntukkanlah masamu untuk beribadah, berdo'a dan berzikir kepada Allah s.w.t. terutama diseperiga malam untuk menambahkan kekhusyukan kepada-Nya. Kesemua amalan soleh ini akan menjadikan diri kita cemerlang dalam kehidupan di dunia dan di hari Akhirat.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment