Tuesday, March 23, 2010

Perasaan Baik Sangka (Husnu zan) Dengan Allah.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah s.w.t berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.

Dengan siapa kita perlu bersangka baik? Dengan Allah lebih utama dan sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama Muslim.

Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah :
1. Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.

2. Apabila berdo'a dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan do'anya.

3. Apabila dia berdosa , segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.

4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.

Reaksi seorang hamba yang bersangka baik sesama manusia lain.
1. Memandang seseorang dari sudut positif dan mengabaikan sisi negatif.

2. Tidak menyebarkan keburukan saudara seislam yang lain.

3. Nasihat menasihati andai ada kekurangan yang terserlah pada individu tersebut.

4. Saling mendo'akan kesejahteraan.

5. Mudah memaafkan.

Semoga hati-hati kita dilimpahi baik sangka dengan segala-galanya, baik sangka kepada Allah, sesama manusia dan terhadap segala peristiwa yang menimpa kita.

(Sumber dari Majalah Solusi isu No. 17)

No comments: