Sunday, January 13, 2013

Kaedah Fiqh : Di Antara Dua Mudharat Pilih Yang Lebih Ringan.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Ulama Islam telah menghuraikan dengan jelas bagaimana kaedah yang harus diambil oleh umat Islam apabila berada di dalam keadaan yang genting terpaksa memilih salah satu di antara dua mudharat, iaitu mudharat yang kecil dengan mudharat yang besar. Maka ketika itu diharuskan memilih mudharat yang kecil berbanding mudharat yang lebih besar. Atau pun jika meninggalkan mudharat tersebut maka bahayanya lebih besar maka pemilihan untuk mengambil mudharat tersebut adalah diharuskan.

Huraiannya adalah seperti berikut :

KAEDAH FIQH : DI ANTARA DUA MUDHARAT PILIH YANG LEBIH RINGAN.

وضدُّه تزاحمُ المفاسدِ فارْتَكِب الأدنى من المفاس 


WADHIDDUHU TAZAKUMUL MAFASIDDI FARTAKABU ADNA MINAL MAFASIDI 

Maksudnya : adapun lawannya jika banyak mudharat antara mudharat satu dengan yang lainya maka diambil mudharat yang paling kecil dan ringan .

Jika  seseorang tidak mampu meningalkan dua mudharat & mafsadah ( bahaya) secara bersamaan yang dia mampu adalah meninggalkan yang satu tetapi tidaka boleh lepas dari bahaya yang lainnya, maka jika menghadapi keadaan yang demikian itu : dia harus memilih bahaya yang lebih kecil & ringan untuk mencegah bahaya & mafsadah yang lebih besar,.


Adapun dalil dari kaedah ini adalah firman Allah SWT : 


{ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ } (سورة البقرة آية : 173)


Maksudnya : "Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Baqarah ayat 173 ) 


وهنا تعارضت مفسدتان: المفسدة الأولى: مفسدة النفس، والمفسدة الثانية: الأكل من الميتة، فتُجُنِّبَت المفسدة الأشد، ولو كان في ذلك ارتكاب المفسدة الأقل بأكل الميتة.


Dari ayat ini diketahui adanya dua bahaya, iaitu bahaya bagi diri sendiri ( jika tidak makan dia akan mati ) , dan bahaya kedua memakan bangkai yang haram , maka jalan keluar dari 2 bahaya itu adalah memilih bahaya yang lebih ringan iaitu memakan bangkai. 


Bahaya terbahagi dua :

1. Mafsadah (bahaya) yang makruh, : مفاسد مكروهة

2. Mafsadah (bahaya) yang haram , المفاسد المحرمة yang diantaranya boleh termasuk bahaya yang besar adapula yang kecil , dan perbezaan ini bertingkat-tingkat tergantung keadanya.

Jika terdapat bahaya yang makruh dengan bahaya yang haram, maka kita tinggalkan bahaya yang haram walupun kecil dan kita memilih bahaya yang makruh.


Jika tidak ada pilihan lain terdapat bahaya haram yang besar dengan bahaya haram yang kecil maka kita pilih bahaya haram yang kecil dan tinggalkan bahaya haram yang besar. 


Dan begitu juga ada  bahaya yang kadang berhubungan dengan orang lain, dan berhubungan dengan diri sendiri, maka jika dalam hal seperti ini, kita harus memilih bahaya yang berhubungan dengan diri sendiri jika tidak mungkin meningalkan keduanya, misalnya : 


Jika ada seseorang yang sangat memerlukan kepada makanan dan tidak mendapati kecuali bangkai atau binatang yang haram serta makanan yang halal tetapi milik orang lain yang sama keadannya dengan dia ( sangat memerlukan makanan ) , maka jika dia makan makanan yang halal milik orang lain tersebut yang boleh menyebabkan bahaya orang lain , sedang jika kita makan bangkai tersebut tidak membahayakan orang lain maka kita harus memilih memakan bangkai yang hanya berhubungan dengan diri sendiri bukan orang lain.


Contoh yang lainnya : 

Jika dikatakan kepada seseorang bunuh orang lain jika tidak kami akan membunuhmu, maka di sana ada dua mudharat dan bahaya, iaitu : terbunuh jiwanya dan terbunuh orang, maka mafsadah yang kita ambil adalah mafsadah yang berhubungan dengan diri sendiri, dan kita siap dibunuh demi untuk menhilangkan bahaya yang lebih besar yang berhubungan dengan orang lain.

Contoh dari hadis Nabi SAW :


Sebagaimana di ceritakan tentang keinginan Umar al-Khattab r.a. untuk membunuh Abdullah bin Ubai bin Salul, di sana ada 2 mudharat yaitu : Abdullah bin Salul yang suka mencela & menghina Islam dan yang kedua jika di bunuh akan menimbulkan fitnah dan manusia akan mengira bahwasanya Rasulullah SAW telah membunuh para sahabatnya. Maka tidak membunuhnya lebih di utamakan oleh Rasulullah demi maslahat yang lebih utama dan memilih bahaya yang lebih kecil. (kemunafikan Abdullah bin Ubai)


Contoh lain : 

Jika dikatakan munimlah arak ( minuman keras ) kalau tidak aku akan bunuh kamu ? di sana ada dua mudharat iaitu minum arak yang haram dan di bunuh jika tidak mahu minum , maka kita memilih untuk minum arak demi menolak bahaya yang lebih besar iaitu keselamata jiwa kita terancam 

Sahabat yang dikasihi,
Agama Islam adalah agama yang cukup indah dan mampu menyelesaikan berbagai-bagai masaalah yang dihadapi oleh umatnya. Jika kita fahami dan hayati Islam sepenuhnya berdasarkan peraturan dan kaedah-kaedahnya maka ianya akan membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

Firman Allah SWT maksudnya : "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Maa-idah ayat 3)


No comments: