بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 63 adalah menjelaskan persoalan Allah SWT menutup aib hamba-Nya di hari akhirat, tanda-tanda disayangi Allah, soalan-soalan yang akan ditanya dahulu, perbicaraan di akhirat, dan sembahyang ibadah pertama dihisab.
601. Soalan : Allah SWT berjanji bahawa Dia akan menutup aib hamba-Nya di akhirat apabila hamba-Nya menutup aib saudaranya ketika di dunia. Bagaimana cara Allah SWT menutup aib hamba-Nya di hari akhirat nanti ?
Jawapan :
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba menutupi aurat
(aib ) orang lain di dunia kecuali Allah menutupi auratnya ( aibnya ) di akhirat "
(Hadis Riwayat Muslim)
"Sesungguhnya Allah mengadili hamba-Nya yang mukmin seorang diri pada hari kiamat, tidak seorang pun yang melihatnya dan tidak seorang pun yang mendengarnya. Allah Ta’ala benar-benar menutupi aibnya sehingga tidak seorang pun yang mengetahuinya. Allah menunjukkan kesalahan-kesalahannya dan berkata kepadanya: “Apakah kamu mengetahui dosa ini? Apakah kamu mengakui dosa ini?” Maka dia menjawab, “Ya wahai Rabb-ku, aku mengetahuinya.” Tiap kali ditunjukkan dosa-dosanya, ia terus mengakuinya sampai-sampai ia merasa pasti binasa. Lalu Allah Ta’ala berfirman kepadanya:
فَإنِّي قَدْ سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيا، وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ
Maksudnya : “Sesungguhnya Aku telah menutupi dosa-dosamu di dunia, dan sekarang Aku mengampuni dosa-dosamu.”Kemudian diberikan kepadanya catatan amal kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, VIII/353 –Fat-h, dan Muslim, no. 2768)
602. Soalan : Apakah tanda-tanda seorang hamba Allah itu dikasihi dan disayangi oleh Allah SWT?
Jawapan :
Terdapat tiga tanda-tanda seorang hamba itu di kasihi dan disayangi oleh Allah SWT di dunia ini. Tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Allah SWT memberikan balasan di dunia supaya di akhirat nanti akan terlepas balasan daripada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Apabila Allah mahukan kebaikan terhadap seseorang hambaNya,Ia terus mempercepatkan balasan kesalahannya di dunia ini lagi,dan sebaliknya apabila Allah mahukan keburukan terhadap seseorang hambaNya, ia tidak membalaskan perbuatannya yang berdosa di dunia sehingga ia membalaskannya nanti pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Tabrani )
Kedua : Allah SWT membukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang,nescaya ia bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh,Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya, ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap benar dan perangainya lurus,dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat." (Hadis Riwayat Abu As Sheikh dari Abu Zarr)

Ketiga
: Allah SWT akan memberi kefahaman terhadap agama Islam dan mampu pula
menghayatinya sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang Allah kehendaki
kebaikan pada dirinya, pasti Allah menganugerahinya pemahaman dalam
agama.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muhammad bin Ismail. Sahih al-Bukhari,
Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, jil. 1, hlm. 39, no. hadis : 71.)
603. Soalan : Apabila manusia menjejakkan kakinya dihari akhirat apakah soalan-soalan yang akan ditanya oleh Allah SWT kepada manusia?
Jawapan :
Terdapat 4 soalan yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat kepada setiap manusia sebelum mereka menerima buka catatannya. Soalan-soalan tersebuat adalah :
1. Umurnya pada perkara apakah ia habiskan.

2. Ilmunya untuk apakah ia gunakan.
3. Harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apa ia belanjakan.
4. Tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan, kemudaan dan kecergasannya.
Sebagaimana hadis Nabi SAW. dari Abi Barzah al-Aslami r.a., dari Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?"
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Apabila habis orang-orang yang disoal oleh Tuhan yang Maha Adil; maka suratan amal manusia dikeluarkan untuk diberi ke tangan masing-masing yang apabila menerimanya ia dapati suratan amalnya itu terbuka, boleh ditatap dan dibaca olehnya sendiri.
604. Soalan : Selepas ditanya 4 soalan mengenai umur, ilmu, harta dan tubuh badan, maka perbicaraan akan bermula. Apakah perkara yang pertama di adili oleh Allah SWT dan hukuman yang dijalankan?
Jawapan :
Terdapat 3 perkara yang akan di adili dan dilakukan perbicaraan terhadap amal perbuatan manusia ketika di dunia iaitu :
1. Perkara-perkara yang berkenaan dengan melakukan jenayah ke atas nyawa dan tubuh badan satu-satu makhluk seperti bunuh membunuh, tikam menikam, pukul memukul, seksa-menyeksa, sabung-menyabung, laga-melaga dan sebagainya.
2. Perkara-perkara yang berkenaan dengan melakukan jenayah
terhadap kehormatan diri dan maruah, seperti caci-mencaci,
buruk-memburuk, maki-hamun, umpat-keji, tuduh-menuduh,
ceroboh-mencerobohi, fitnah- memfitnah dan sebagainya.
3. Perkara-perkara yang bersabit dengan harta benda seperti curi-mencuri, rompak -samun, ragut, rebut-merebut, tipu-menipu, hutang-piutang dan lain-lainnya.
3. Perkara-perkara yang bersabit dengan harta benda seperti curi-mencuri, rompak -samun, ragut, rebut-merebut, tipu-menipu, hutang-piutang dan lain-lainnya.
Untuk menyelesaikan ketiga-tiga perkara di atas hukuman dan pembalasan akan dijalankan secara adil:
Pertama - Menerima balasan dari makhluk yang dilakukan jenayah itu terhadapnya.
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Kedua - Memberi amal kebajikannya kepada orang yang ia aniayakan, untuk membayar hutang orang itu atau mengganti-ruginya; dan apabila tidak ada lagi amal kebajikannya untuk diberi kepada orang itu, maka ia terpaksa menanggung dosa-dosanya.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”
Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)
Ketiga - Dimasukkan ke dalam penjara yang disediakan oleh Allah SWT (Neraka Jahanam) apabila telah menjadi muflis kerana amal pahala sudah habis diberikan kepada orang yang dizalimi dan amal dosa orang yang dizalimi di pikul pula ke atas bahu orang yang menzalimi orang lain.
605. Soalan : Setelah proses balasan dan hukuman diterima kerana dosa sesama manusia, maka apakah amal ibadah pertama yang akan di hisab oleh Allah SWT?
Jawapan :
Ada pun perkara-perkara yang berkenaan dengan ibadat kepada Allah, maka yang mula-mula dibicarakan ialah ibadat sembahyang yang lima sehari semalam - sesiapa yang sembahyangnya itu diterima Tuhan maka berjaya dan beruntunglah dia; sebaliknya rugi dan menderita orang yang tidak diterima sembahyangnya. Sesiapa yang didapati sembahyang fardunya terkurang, sama ada terkurang bilangannya, rukun, syaratnya, sunatnya atau khusyuknya maka ditampal dan dicukupkan dengan sembahyang-sembahyang sunatnya jika ada, kalau tidak ada terpulanglah hukumnya kepada keadilan atau kemurahan Tuhan Rabbul `Alamin.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: "Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?" Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Demikianlah pula halnya ibadat-ibadat puasa, zakat dan haji dibicarakan seperti sembahyang juga, iaitu apabila di dapati mana-mana fardunya terkurang maka ditampal dan dicukupkan dengan sunatnya yang ada.

No comments:
Post a Comment