Dalam memahami qadar Allah, jelas difahami segala perkara telah ditetapkan dan diketahui oleh Allah Azzawajalla. lni temasuk dalam cakupan ilmu Allah yang meliputi segala-galanya. la juga berlaku dengan kehendak Allah.
Ini berdasarkan kaedah:
Maksudnya: “Perkara yang Allah kehendaki ia pasti berlaku, dan perkara yang Allah tidak kehendaki berlaku maka ia tidak akan berlaku.”
Namun, timbul persoalan tentang ungkapan bahawa qadar mungkin boleh berubah. Ada disebutkan ungkapan bahawa qadar tidak ditolak melainkan dengan doa. Jika qadar menetapkan kita sakit, bukankah kita boleh berusaha untuk menjadi tidak sakit? Kalau qadar menetapkan kita akan terlibat dengan kemalangan, tidakkah kita boleh berusaha untuk mengelakkan daripada kemalangan itu berlaku?
Qadar Allah
Untuk menjelaskan isu ini, keterangannya seperti berikut:
1. Tiada ilmu bagi kita tentang qadar Allah.
Hakikatnya, tiada sesiapa mengetahui tentang qadar Allah kepadanya. Tiada manusia tahu bila dia akan sakit, apa penyakitnya, tentang kemalangan, kecurian dan sebagainya. Seorang pelajar tidak tahu ketentuan Allah sama ada dia akan berjaya atau gagal dalam peperiksaannya.
Seorang pelajar juga tidak tahu berapa nilai kecemerlangan atau gred A yang akan dia peroleh. Oleh sebab itu, kita tidak perlu menunggu qadar datang, sebaliknya berusaha mendapatkan qadar ketentuan yang terbaik daripada Allah.
2. Allah menghapuskan suatu ketetapan dan menetapkannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Allah menghapuskan apa-apa yang dikehendakinya dan Dia juga menetapkan apa-apa yang dikehendakinya.” (Surah al-Ra‘d 13: 39)
Menurut Ibn ‘Abbas r.a. dalam Tafsir Ibn Kathir ayat ini menjelaskan bahawa Allah menetapkan urusan selama setahun, lalu Dia memadamkan apa-apa yang dikehendakinya. Ini bermakna Allah menetapkan apa-apa yang dirancang dan juga
mengubah perkara yang sudah dirancang.
3. Qadar mubram dan qadar mu‘allaq.
Qadar mubram ialah qadar Allah yang terdapat di Lohmahfuz. Qadar ini tidak akan berubah dan tidak diketahui oleh sesiapa pun. Ia adalah rahsia ilmu Allah hinggakan para malaikat tidak tahu tentang perkara ini. Oleh sebab itu, kita tidak perlu membicarakan dan mempersoalkan qadar ini.
Seterusnya, qadar mu‘allaq iaitu qadar yang tergantung. Qadar ini tergantung pada faktor dan sebab. Ia disebut sebagai qadar yang ada dalam kitab-kitab di sisi para malaikat. Maka, rezeki, ajal, kematian dan usia tetap di sisi Allah s.w.t. Namun, catatan yang ada di sisi para malaikat adalah tidak tetap dan berubah dengan perintah daripada Allah.
Contohnya, di sisi Allah usia setiap insan adalah tetap. Walau bagaimanapun, kadar usia seseorang insan di sisi para malaikat adalah tidak tetap. Ia bergantung dengan sebab tertentu.
Ini telah jelas kepada kita sebuah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang suka jika diluaskan rezeki dan dipanjangkan usianya, hendaklah dia menghubungkan tali silaturahim.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
Dengan ini, kita boleh mengandaikan Allah menetapkan usia seseorang sekitar 50 tahun sahaja. Namun jika dia menghubungkan tali silaturahim sesama manusia, maka usianya akan ditambah sehingga mencapai 70 tahun. Malaikat
hanya mengetahui usia seseorang antara 50 dengan 70 tahun. Malaikat tidak tahu sama ada usia seseorang bertambah atau tidak kerana malaikat tidak tahu sama ada seseorang itu menghubungkan tali silaturahim atau tidak. Namun, hanya Allah mengetahui hakikat sebenar. Oleh sebab itu, menghubungkan tali silaturahim menjadi sebab pertambahan usia.
Tentukan Hala Tuju Diri
Apabila kita memahami qadar dengan spek begini, kita sebenarnya mempunyai kebebasan untuk menentukan hala tuju diri kita. Qadak dan qadar bukan asas untuk kita menjadi seorang yang pemalas. Jika Allah menentukan kita miskin, maka
kita tetap akan miskin walaupun kita rajin
berusaha.
Persoalannya, bagaimana kita tahu bahawa Allah menetapkan bahawa kita miskin? Mungkin Allah telah menetapkan kita sebenarnya kaya, cuma kekayaan itu diikat dengan satu syarat iaitu kita mesti rajin berusaha. Alangkah ruginya jika
berhujah dengan alasan qadar Allah dan malas untuk berusaha.
Begitu juga persoalan kebahagian.
Kita tidak tahu hakikat sebenar yang ditentukan oleh Allah. Namun, orang yang berusaha untuk mencari kebahagiaan akan menemui kebahagiaan tersebut.
Inilah ketetapan Allah yang umum dan pasti. Ada diriwayatkan dalam satu hadis bahawa sesiapa yang berusaha maka dia akan mendapatnya. Kaedah dalam hadis ini adalah kaedah umum yang mengikat kejayaan dengan usaha. Ini juga daripada qadar Allah. Oleh sebab itu, kejayaan yang sebenar diikat dengan jauhnya daripada azab api neraka.
Allah ber?rman yang bermaksud:
“Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya dengan kejayaan yang besar.” (Surah Ali ‘Imran 3:185)
Justeru, bagaimana kaedah untuk dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga? Adakah dengan menyerah bulat-bulat kepada ketentuan llahi?
Jika Allah menetapkan seseorang itu sebagai ahli syurga dan dijauhkan daripada azab api neraka, maka ia nikmat yang amat besar. Namun jika Allah menetapkan seseorang itu dimasukkan ke nenaka dan diazab, maka adakah dia perlu reda sahaja?
Kaedahnya telah dibentangkan dengan jelas dalam al-Quran iaitu keimanan kepada Allah dan melakukan amalan soleh.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal dengan amalan soleh sama ada Ielaki mahupun wanita, sedangkan dia beriman, maka mereka akan masuk ke syurga dan mereka tidak dizalimi walaupun sedikit.” (Surah al-Nisa’4: 124)
Iman dan amal soleh adalah sebab untuk menjauhkan seseorang daripada api neraka. Oleh sebab itu, setiap insan mesti berusaha untuk beriman dan melakukan amalan soleh. Kita tidak boleh memberi alasan berikut: “Jika Allah mentakdirkan saya sebagai ahli syurga, maka saya tetap akan masuk syurga walaupun saya jahat dan melakukan kejahatan. Begitu juga jika Allah mentakdirkan saya masuk ke neraka, maka saya tetap akan masuk ke dalamnya walaupun saya beriman dan beramal soleh.”
Cuba tanya kepada diri sendiri bagaimana kita sebagai manusia biasa mengetahui bahawa Allah mentakdirkan kita sebagai ahli syurga atau neraka?
Justeru, kaedah dan konsep yang sama hendaklah diaplikasikan dalam kehidupan ini.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment