DOA PELINDUNG DARI SIHIR
Berhati-hati dan amalkanlah ayat/doa-doa dibawah ni untuk
bertawakal dan berdoa agar dijauhkan dari sesuatu senjata yang amat
dasyat selain senjata tajam/berpeluru.. iaitu SIHIR
1. Baca Al-Fatihah
(1) Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari
Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami
sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6)
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang
yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
2. Baca Surah Al-Ikhlas
(1) Katakanlah (wahai Muhammad):
(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (2) Allah Yang menjadi tumpuan
sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (3) Dia tiada beranak dan
Dia pula tidak diperanakkan (4) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa
denganNya.
3. Baca Surah Al-Falaq
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku
berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (2)
Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (3) Dari bahaya gelap
apabila ia masuk. (4) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang
menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (5) Serta
dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
4. Baca Surah An-nas
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku
berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (2) Yang
Menguasai sekalian manusia, (3) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian
manusia, (4) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,
(5) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (6)
(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
2. Membaca surah 3 Qul setiap
hari. Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad"
(al-ikhlas) dan al-Mu'awizatain (surah an-Nas dan surah al-Falaq)
sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari
segala sesuatu. (Sunan at-Tirmizi - no: 5072 dinilai Sahih oleh
al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi - no: 3575)
5. Baca Ayatul Qursi
(255) Allah, tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal
selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk
usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di
bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya
melainkan dengan izinNya, Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka
dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui
sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah
kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan
kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan
kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah Yang Maha
Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
3. Ayat al-Kursi (surah
Al-Baqarah ayat 255), lebih baik jika memahami maksudnya sekali.
Daripada Abu Hurairah radhiallahu; Rasulullah s.a.w telah mewakilkan aku
supaya menjaga harta zakat Ramadhan, lalu datang seorang lelaki mencuri
makanan. Akupun menangkapnya dan berkata, "Aku akan membawa kamu kepada
Rasulullah s.a.w...Lalu dia berkata, "Sekiranya kamu pergi ke katilmu,
maka bacalah Ayat al-Kursi, kamu akan diiringi oleh seorang penjaga
daripada Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga waktu pagi."
Nabi s.a.w bersabda, "Dia telah bercakap benar kepadamu sedangkan dia
adalah penipu besar. Dia adalah syaitan," (Sahih al-Bukhari – no: 4723)
4. Membaca doa di atas setiap
hari sebanyak 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un
Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Rasulullah s.a.w
bersabda : Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan
petangnya : (terjemahan ayat) "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya. (Sohih Muslim, no 2731)
(285)
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada
Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya.
(Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain
Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami
pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat
kembali.
(286) Allah tidak memberati
seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala
kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. satu malam,
maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim).
5. Dua ayat terakhir surah al-Baqarah di
atas. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Barangsiapa
membaca dua ayat terakhir (ayat no. 285 dan 286) dari surah al-Baqarah
pada malam hari, maka mencukupi baginya (daripada diganggu oleh
Syaitan). (Sahih al-Bukhari - no: 3786; Sahih Muslim - no: 807)
6. Membaca zikir :
"Laa ilaaha illAllaah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu
wa huwa 'ala kulli syai'in qodir" (sepuluh kali sekurang²nya). Sabdalah
Nabi s.a.w; Barangsiapa mengucapkan "Tiada
tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala
kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan
Dia maha berkuasa atas segala sesuatu." sebanyak
seratus kali sehari, akan memperoleh ganjaran seperti membebaskan
sepuluh hamba, satu ratus hasanah (kebaikan) akan dicatatkan untuknya
dan satu ratus sa'iyah (keburukan) akan dipadamkan daripada catatannya,
dan ianya akan menjadi pelindung baginya daripada syaitan untuk hari
tersebut sehingga petang. Tidak ada seorang pun yang akan lebih baik
darinya melainkan orang yang melakukan melebihi dari apa yang dia
lakukan. (Sunan at-Tirmizi - no: 3390 dinilai Hasan oleh al-Albani di
dalam Sahih Sunan at-Tirmizi – no: 3534)
7. Membaca :
"A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq." Sabda Nabi
s.a.w; Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang :
(terjemahan ayat di atas) "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk",
nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. (Riwayat Muslim Rujuk
Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Ketika
Subuh, no 336, 1/225)
1 comment:
Assalamualaikum Ustaz. mcm mna sy nk tnya ustaz tntang mimpi yg sy alami? agak menyeramkan dan ada yg xmsuk akal. harap ustaz dpat membantu. trima kasih
Post a Comment