Dalam
Tafsir Ibnu Katsir surah Ali-Imran ayat 14. menjelaskan .
Firman Allah
SWT maksudnya , “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang
banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak
dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi
Allah-lah tempat kembali yang baik (Surga). (Surah Al-Imran (3) ayat 14)
Allah
SWT memberitahukan mengenai apa yang dijadikan indah bagi manusia dalam
kehidupan dunia, berupa berbagai ragam kenikmatan; wanita dan anak.
Allah SWT memulainya dengan menyebut wanita, kerana fitnah yang
ditimbulkan oleh wanita itu lebih berat, sebagaimana yang disebutkan
dalam sebuah hadis sahih, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Aku tidak meninggalkan suatu fitnah yang lebih bahaya bagi kaum laki-laki daripada wanita.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika
keinginan terhadap wanita itu dimaksudkan untuk menjaga kesucian dan
lahirnya banyak keturunan, maka yang demikian itu sangat diharapkan,
dianjurkan dan disunnahkan. Sebagaimana beberapa hadis telah
menganjurkan menikah dan memperbanyak isteri (maksima 4 orang dalam satu
masa). ”Ibnu 'Abbas radliyallah 'Anhu pernah bertanya kepada Sa'id bin
Zubair, "Apakah engkau telah menikah?' Dia menjawab, "Belum." Ibnu
'Abbas lalu berkata kepadanya,
فَتَزَوَّجْ فَإِنَّ خَيْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ أَكْثَرُهَا نِسَاءً
"Menikahlah, kerana sebaik-baik umat ini adalah paling banyak isterinya." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari, no. 4681)
Juga
Sabdanya: “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasannya
adalah wanita shalihah. Jika dia (suami) memandangnya dia (isteri)
menyenangkannya, jika memerintahnya maka dia mentaatinya, dan jika ia
(suami) tidak berada di sisinya, dia senantiasa menjaga dirinya dan
(menjaga) harta suaminya.” (Hadis Riwayat Muslim, an-Nasa’i dan Ibnu
Majah).
Dan
sabdanya dalam hadis lain: “Dijadikan aku menyukai wanita dan
wangi-wangian, dan dijadikan kesejukan mata hatiku di dalam solat.”
(Hadis Riwayat an-Nasa’i dan al-Hakim. Al-Hakim mengatakan, hadis ini
shahih dengan syarat Muslim tanpa kata “ju’ilat.” Dan diriwayatkan Imam
ath-Thabrani dalam kitab al-Ausath dan ash-Shaghiir.)
Kecintaan
kepada anak dimaksudkan untuk kebanggaan dan sebagai perhiasan, dan hal
ini termasuk ke dalam kategori (ayat) ini. Tetapi terkadang juga
kecintaan pada anak itu dimaksudkan untuk memperbanyak keturunan dan
memperbanyak jumlah umat Muhammad yang hanya beribadah kepada Allah;
semata, yang tiada sekutu bagi-Nya. Hal ini sangat terpuji, sebagaimana
tersebut dalam sebuah hadis:
"Nikahilah
wanita-wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga
dengan banyaknya jumlah kalian pada hari kiamat nanti di hadapan
umat-umat yang lain." (HR. Abu Dawud dan Nasai)
Demikian
halnya dengan kecintaan kepada harta benda. Terkadang dimaksudkan untuk
berbangga-bangga, angkuh dan sombong kepada orang-orang lemah serta
menindas orang-orang fakir, hal ini merupakan perbuatan tercela. Dalam
nas hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang
bermaksud:
"Perkahwinan
itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan
daripada kalangan umatku" (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Antara
nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada
golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan
kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Wahai
pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk
berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan
pandangan dan menjaga kehormatan diri" (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim).
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment