Wednesday, March 23, 2011

23 Petua Kejayaan Dunia dan Akhirat

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagai seorang mukmin kita perlu meningkatkan dan memperbaiki amalan-amalan kita setiap hari . Jika kita menjaga semua amalan-amalan dengan sempurna kita akan menjadi mukmin yang sempurna darisegi akhlak dan keperibadian. Petua-petua ini adalah demi kejayaan kalian di dunia dan akhirat.

Terdapat 23 amalan harian yang perlu kalian lakukan :

1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.

2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.

3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara. Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali kalian memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).

7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan kalian melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.

10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.

11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.

12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab kalian dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.

13. Menuntut hak-hak kalian dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.

14. Menyumbangkan harta kalian untuk dakwah Islam.

15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.

16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.

17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah kalian sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.

18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.

19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah

20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.

21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.

22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu kalian sehingga mampu mengendalikannya. Kalian mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal

23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan Islam terutama jika kalian disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.

Rujukan : Kitab Apa Ertinya Saya Memeluk Islam - Fathi Yakan. (Bahagian Kedua)

Sahabat yang dimuliakan,
Bersegeralah kita untuk melakukan amal-amal soleh kerana masa tidak akan menunggu kita, masa adalah kehidupan. Jika kita membazirkan masa bermakna kita telah membazirkan kehidupan kita sedangkan masa hidup kita hanya singkat sahaja.

Rasulullah S.A.W. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud: "Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia pada waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah. Ia seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit." (Hadis Sahih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripadaAbu Hurairah)

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah S.A.W.  menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.

Justeru itu kita perlu sentiasa istiqamah dengan amal-amal soleh, mengerjakan amal ibadah dengan ikhlas dan sentiasa konsisten dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiah untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Tuesday, March 22, 2011

Wanita Solehah Menjadi Pilihan Lelaki Soleh Untuk Membina Keluarga Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila seorang lelaki mukmin berhajat untuk  mendirikan rumah tangga, perkara yang paling penting difikirkan adalah mencari calun isteri terdiri daripada wanita solehah. Siapakah wanita yang solehah itu? Wanita solehah adalah wanita yang menutup auratnya, mempunyai akhlak yang mulia dan sentiasa menjaga kehormatan dirinya dan menjauhkan daripada fitnah dan pergaulan bebas tanpa had yang dibenarkan oleh syarak.

Sebelum pemilihan dilakukan, lelaki mukmin akan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T semoga dipertemukan calun isteri yang solehah. Jika telah bertemu apa yang dihajatkan yang dapat mengisi keperluan hidupnya dan dapat melayari bahtera kehidupan dengan tenangnya kerana hidup lelaki bujang tidaklah sama dengan lelaki yang berumah tangga.

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "(Surah ar-Rum ayat 21)

Nabi S.A.W pernah berdoa dihari perkahwinan puterinya Fatimah Azzahra dengan suaminya Sayyidina Ali bin Abi Talib : “ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “

Berdasarkan doa Nabi S.A.W. hakikat perkahwinan dalam Islam bukannya sekadar pertemuan dua mempelai lelaki dan perempuan dan memenuhi keparluan zahir dan batin semata-mata, tetapi perkahwinan dalam Islam meragkumi  keberkatan dalam kehidupan , diberi rahmat dalam keturunannya (mendapat anak yang soleh dan solehah),  menjadi sumber ilmu yang bermanfaat (isteri mendapat tarbiah dan bimbingan daripada suami dan suami pula mendapat nasihat daripada isteri), hikmah dan mendatangkan aman untuk umat (melahirkan baitulmuslim dan merelisasikan Islam dalam kehidupan).

Jika matlamat ini menjadi pegangan oleh setiap pasangan muslim yang ingin berkahwin maka tidak akan berlaku penceraian, fitnah memfitnah dan pergolakan rumah tangga yang parah.

Sahabat yang dimuliakan,
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda maksudnya  : "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya."

Inilah dia ciri wanita solehah pilihan lelaki mukmin yang soleh. Di wajah wanita solehah ini terdapat cahaya yang membuat hati suaminya terasa sejuk , mengembirakan dan mendatangkan cinta dan kasih sayang. Cahaya itu datang dari kesan wuduk, solat,  membaca al-Quran,  cinta dan kasih pada Allah S.W.T dan memiliki hati yang bersih daripada hasad dengki dan mabuk dunia.

Wanita solehah sentiasa taat pada perintah suaminya yang tidak bertentangan dengan syarak. Lahir kepatuhan ini kerana mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.

Suami yang soleh sentiasa berdoa seperti yang terdapat di dalam al-Quran : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya (menyejukkan mata) dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa." (Surah al-Furqan  ayat 74)

Wanita solehah juga sentiasa menjaga harta suaminya dengan amanah dan menjaga kehormatan dirinya dan tidak membuka keaiban suaminya kepada sesiapa saja termasuk kepada kedua orang tuanya.

Wanita solehah sentiasa berdoa selepas solat untuk menjaga kebahagiaan rumahtangganya dengan doa :
“ Ya Allah , ya Tuhanku, dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada diriku dan suamiku. Berkatilah keluarga yang kami bina  dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan kami ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah kami ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang kami bina ini berkekalan hingga ke akhir usia dan pertemukan kami nanti di syurga-Mu, dan kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di hari akhirat dan jauhkan kami daripada seksaan api neraka"

Sahabat yang dikasihi,
Wanita solehah sentiasa bekerja bersama-sama dengan suaminya untuk berdakwah dan menjalankan tarbiah. Dia juga sentiasa melaksanakan amar makruf nahi mungkar terutama untuk para wanita sendiri. Jika beliau seorang berilmu maka ilmunya akan sentiasa disampaikan kepada orang lain supaya ilmu tadi akan mendatangkan manfaat.

Jika dia seorang hafizah maka perlulah mengajarkan ilmu al-Quran untuk mereka yang memerlukannya terutama para ibu dan kanak-kanak.

Wanita solehah juga sentiasa menjadi pendorong dan penggerak kepada para suami jika ada saatnya si suami merasa futur dan ingin berehat-rehat di rumah, kerana iman ini kadangkala naik dan kadangkala turun. Begitulah berlaku saling nasihat menasihati di dalam rumah tangga yang dibena.

Wanita solehah hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah S.W.T.  Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya.  Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.

Sehingga dengan itu dia tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud: “Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”

Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.

"Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih  solehah? 'Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.”

Suami yang bertanggungjawab akan merancang dan melaksanakan tarbiah dirumah dan dibantu oleh isteri yang  solehah kerana tarbiah tidak boleh terhenti   dalam keadaan apa sekali pun kerana kelalaian dalam meneruskan tarbiah akan mendatangkan kepincangan.

Punca penceraian yang banyak berlaku kerana suami isteri hanya merancang dan melaksanakan hal-hal duniawi semata-mata dan tidak dimasukkan perancangan ukrawi iaitu pendidikan roh dan hati. Akibatnya jiwa tidak di isi dengan iman dan Islam dan akhirnya rohani menjadi kontang dan  nafsu menjadi penentu segala-galanya.

Sahabat,
Wanita solehah sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah S.W.T., bersedia menjadi isteri yang taat kepada suami, berfikiran positif terhadap poligami dan bersedia berkongsi kasih sayang jika di takdirkan berlaku di dalam rumah tangga.Menjaga kehormatan diri, menjaga harta suami dan meneruskan proses tarbiah keatas anak-anak ketika ketiadaan suami di rumah.

Wanita Solehah juga pandai mengemas dan menghias rumah. Pandai menguruskan perbelanjaan keluarga dengan berjimat cermat dan tidak boros. Pandai mengambil hati suami dan anak-anak dan tahu menyediakan menu makanan yang berhasiat untuk keluarga dan berkemahiran menjahit pakaian.

Wahai lelaki yang mukmin! Jika kalian berhajat memiliki wanita solehah untuk menjadi isteri kalian yang memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan di atas kalian perlulah memiliki ciri-ciri lelaki soleh yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya , berilmu dan mempunyai akhalak yang mulia. Maka barulah hajat kalian akan di makbulkan oleh Allah S.W.T. kerana dalam al-Quran Allah S.W.T. ada menyatakan bahawa lelaki soleh hanya  untuk wanita yang solehah. Sekufu dalam Islam adalah sama-sama beriman dan bertakwa, seiring sejalan menuju keredaan Allah S.W.T.

Empat Asas Utama Akhlak Yang Mulia

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Seseorang yang berbudi pekerti tinggi mempunyai perilaku murni, di mana dia melakukan sesuatu dari jiwa yang tulus, tanpa paksaan. Perbuatan-perbuatannya pula elok menurut ukuran akal dan syarak.

Mengikut Imam Ghazali, terdapat empat asas utama akhlak yang mulia:

Pertama : Kebijaksanaan yang dapat membezakan yang benar dan salah.

Kedua : Keberanian menahan atau mengarahkan kemarahan dengan menggunakkan akal.

Ketiga : Kebersihan jiwa bagi menahan keinginan syahwat dengan mendidiknya untuk tunduk kepada akal dan syarak.

Keempat : Keadilan iaitu kekuatan jiwa yang boleh mengatasi sifat marah dan keinginan syahwat lalu membimbingnya ke arah kebijaksanaan.

Keempat-empat sifat ini perlu ditegakkan untuk melengkapkan diri dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Di dalam sepotong hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Perbaikilah budi perkerti kamu sekalian."

Hadis ini secara langsung menyatakan, sifat dan budi pekerti seseorang mampu diperindahkan. Yang diperlukan ialah usaha berlatih membersihkan diri dan mendidik budi pekerti.

Huraian empat asas utama akhlak yang mulia adalah :

Pertama : Kebijaksanaan yang dapat membezakan yang benar dan salah.

Kebijaksanaan seseorang hanya akan dapat di perolehi dengan menuntut ilmu. Hanya dengan ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu akan mampu membezakan perkara yang hak dan benar dengan perkara yang salah dan batil.

Dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

من ÙŠŰ±ŰŻ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšÙ‡ ŰźÙŠŰ±Ű§ يفقهه في Ű§Ù„ŰŻÙŠÙ†

Maksudnya : “Barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan maka Dia akan memahamkan baginya agama (Islam).”(Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis yang mulia ini menunjukkan agungnya kedudukan ilmu agama dan keutamaan yang besar bagi orang yang mempelajarinya.

Kedua : Keberanian menahan atau mengarahkan kemarahan dengan menggunakkan akal.

Marah yang datang kepada manusia sebenarnya adalah daripada dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Emosi manusia ketika itu sudah tidak seimbang, maka keberanian seseorang dengan menggunakan akal yang waras akan dapat mengawal perasaan marah yang meluap-luap.

Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang harus di jauhi supaya kita tidak termasuk dikalangan orang yang memilikmi sifat tercela.. Sesiapa yang tidak dapat mengawal perasaan marah sebenarnya ia sedang dikuasi oleh hawa nafsu.

Dari Abu Hurairah r.a, bahwasanya seseorang berkata kepada Nabi s.a.w., "Berilah aku wasiat?."

Nabi S.A.W. bersabda: : "Janganlah engkau marah"

Orang tersebut mengulangi permintaannya hingga beberapa kali, sedang Nabi s.a.w. bersabda : " Janganlah engkau marah"

(Hadis Riwayat Bukhari).

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud, “Tidaklah seseorang dikatakan pemberani dan kuat kerana cepat meluapkan marahnya, tetapi seseorang dikatakan pemberani dan kuat kalau mampu menguasai diri dan nafsunya ketika marah"

Ketiga : Kebersihan jiwa bagi menahan keinginan syahwat dengan mendidiknya untuk tunduk kepada akal dan syarak.

Jiwa yang telah dididik dengan iman dan ayat-ayat Allah akan bersih daripada keinginan syahwat dengan mendidiknya untuk tunduk kepada akal dan syarak.

Untuk mendidik jiwa perlu kepada mujahadah dan muhasabah. Salah satu cara untuk mendidik jiwa adalah dengan membaca ayat-ayat al-Quran dan tadabbur maknanya, menghadiri majlis ilmu dan mencari tempat sunyi untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah S.A.W. Ia mengeluh, “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Hari-hariku penuh dengan perasaan tak tenteram, jiwaku gelisah, dan fikiranku kusut. Makan tak lalu, tidur pun tak lena," kata orang tersebut.

Ibnu Mas’ud menjawab, ”Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat :

(1) tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.

(2)  engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

(3) engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat mengabdikan diri kepada Allah.

Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang tersebut. Sampai saja di rumah, segera ia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan khusyuk. Selesai membaca, ia segera dapati hatinya memperoleh ketenteraman, dan jiwanya pun tenang. Fikirannya segar kembali, hidupnya terasa seronok kembali. Padahal, ia baru melaksanakan satu dari tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah S.A.W. tersebut.

Keempat : Keadilan iaitu kekuatan jiwa yang boleh mengatasi sifat marah dan keinginan syahwat lalu membimbingnya ke arah kebijaksanaan

Perlu ada sifat keadilan dalam diri seseorang. Adil maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apabila jiwa seseorang kuat dan mampu mengawal perasaan marah dan nafsu syahwat dan mendidiknya kepada hukum-hukum Allah ini bermakna jiwanya telah wujud sifat adil.

Perlu bersikap adil pada diri sendiri, maka keadilan itu akan dapat diberikan kepada orang lain. Biasanya orang yang zalim (tidak adil) tidak akan dapat mengawal nafsu marah dan nafsu syahwat menyebabkan jiwanya rosak dan jauh daripada hidayah Allah S.W.T. dan melakukan sewenag-wenagnya tanpa berfikiran yang waras.

Sahabat yang dimuliakan,
Akhlak yang mulia memegang peranan penting dalam kehidupan manusia. Akhlak yang baik akan membedakan antara manusia dengan hewan. Manusia yang berakhlak mulia, dapat menjaga kemuliaan dan kesucian jiwanya, dapat mengalahkan tekanan hawa nafsu syahwat syaitaniah, berpegang teguh kepada sendi-sendi keutamaan. Menghindarkan diri dari sifat-sifat kecurangan, kerakusan dan kezaliman. Manusia yang berakhlak mulia, suka tolong menolong sesama insan dan makhluk lainnya. Mereka senang berkorban untuk kepentingan bersama.Yang kecil hormat kepada yang tua,yang tua kasih kepada yang kecil. Manusia yang memiliki budi pekerti yang mulia, senang kepada kebenaran dan keadilan, toleransi, mematuhi janji, lapang dada dan tenang dalam menghadapi segala halangan dan rintangan.

Akhlak yang mulia akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi dan dihormati. Akhlak yang buruk akan membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan ummat manusia. Manusia yang mempunyai akhlak yang buruk senang melakukan sesuatu yang merugikan orang lain. Senang melakukan kekacauan, senang melakukan perbuatan yang tercela, yang akan membinasakan diri dan masyarakat seluruhnya.

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Oleh itu marilah kita bina empat asas utama untuk melahirkan akhlak yang mulia seperti di atas.

Monday, March 21, 2011

Berdoa Tanda Bersyukur Kepada Allah Untuk Diri Sendiri, Ibu bapa, Isteri dan Anak-anak

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagai seorang hamba Allah S.W.T. kita perlu berdoa kepada-Nya untuk bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita dan kepada kedua ibu bapa kita dan segala kebaikan itu akan berterusan hingga kepada zuriat keturunan kita. Berdoalah setiap hari ketika lepas solat.

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam"

Intisari doa ini terdapat di dalam ayat al-Quran surah al-Ahqaf ayat 15.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."

Berdoa untuk mendapat isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh dan solehah :

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."

Intisari doa ini terdapat di dalam surah al-Furqan ayat 74.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Oleh itu amalkanlah doa ini setiap hari terutama selepas solat kerana banyak kebaikannya untuk diri kita, kedua ibu bapa, isteri dan anak-anak dan zuriat keturunan kita.

Dua Hal Yang Membahagiakan


Dua hal yang tidak akan kekal pada diri seseorang adalah masa muda dan kekuatannya

Dua hal yang tidak akan berubah pada diri seseorang adalah tabiat dan bentuk tubuhnya

Dua hal yang tidak akan besar bersamanya adalah akal dan amalnya

Dan manusia tidak akan malu terhadap dua hal yaitu mengisi perutnya dan keperluannya

Manusia itu selalu malu pada dua hal iaitu mencuri dan berkhianat

Adapun dua hal yang bermanfaat bagi setiap manusia adalah akhlak yang baik dan jiwa yang bertimbang rasa

Dua hal yang membahayakan bagi setiap manusia adalah menghasat orang yang memperoleh nikmat dan dengki terhadap orang yang berwibawa

Dua hal yang apabila bertambah atau berkurang akan berakibat buruk pada seseorang iaitu makanan atau minuman

Dua hal yang apabila bertambah tidak berbahaya tetapi apabila keduanya berkurang akan membawa kepada kesan yang lebih baik iaitu kebiasaan dan sikap ikut-ikutan

Dua hal yang apabila berkurang akan  berbahaya jika bertambah akan memberikan kesan yang lebih baik iaitu ibadah dan ihsan (berbuat baik).

Dua hal yang membahayakan manusia secara materi tetapi memberi manfaat untuk orang banyak yaitu membelanjakan harta untuk kemuliaan dan mengorbankan jiwa ke jalan Allah.

Dua hal yang mendatangkan manfaat bagi manusia secara lahiraiah akan tetapi menimbulkan bahaya untuk kebanyakan orang iaitu melindungi rahsia suatu tugas dan menyimpan atas keberhasilan suatu penelitian

Dua hal yang di sukai manusia yaitu harta dan keindahan

Dua hal yang tidak di sukai manusia yaitu kesewenang-wenangan dan kerusakan

Dua hal yang menyilaukan atau melalaikan semua  manusia iaitu hawa nafsu dan anak-anak.

Dua hal  dimana manusia semua khawatir terhadapanya iaitu kemiskinan dan kematian

Dua hal yang selalu di perlukan oleh semua manusia iaitu halusinasi dan hayalan

Dua hal yang selalu di hindari oleh semua manusia iaitu penyakit dan kelaparan

Dua hal dimana manusia sangat suka melihatnya iaitu pahlawan dan para pelawak.

Dua hal yang selalu di harapkan manusia agar senantiasa ada dalam dirinya iaitu kesihatan dan kesenangan.

Dua hal yang suka di dengarkan manusia iaitu suara yang merdu dan berita yang mengembirakan.

Dua hal yang di mana semua manusia ingin mendapatkannya iaitu ketenangan dan pujian dari orang lain.

Dan yang terakhir......

Dua hal yang kelak manusia akan di tempatkan di akhir kehidupannya iaitu SYURGA atau NERAKA.

Semoga bermanfaat catatan ini memberi manfaat kepada kalian semua.

(Di petik daripada tulisan  Ustaz Anwar Anshory Mahdum - Catatan Islami)

Ujian Dahsyat Terhadap Iman

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
"Dari Abi Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang yang masih beriman di waktu petang kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dari sedikit mata benda dunia."

(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujian terhadap iman seseorang di akhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba ia menjadi kafir di waktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang menggadaikan imannya kerana hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, baginda menambahkan, "Kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah S.W.T dengan ilmu." Mudah-mudahan Allah S.W.T menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah S.W.T akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini..amin.


(Di petik daripada tulisan Rokiah Jaafar)

Dirikan Iman itu di Atas Empat Tiang iaitu Yakin, Sabar. Jihad dan Adil.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Iman ialah asas penting, yang menjadi tapak tempat berdirinya peribadi mukmin. Kalau manusia diibaratkan seperti sepohon pokok, maka iman ialah akar tunjang bagi pokok itu. Kalau pula manusia diibaratkan seperti sebuah rumah, maka iman ialah tapak di mana
terdirinya rumah itu.

Demikianlah pentingnya iman dalam usaha melahirkan seorang manusia yang sempurna lagi diredai Allah SWT. Tanpa iman, seseorang itu akan sama seperti pokok yang tidak berakar tunjang atau rumah yang ketiadaan "foundation". Maknanya, seseorang yang tiada iman tidak akan ada kekuatan untuk berdepan dengan hidup. Dia pasti gagal.

Kalaupun ada tanda-tanda Islam melalui ibadah lahir, tetapi ibadah itu tidak akan berfungsi apa-apa sewaktu manusia yang tiada iman berdepan dengan persoalan-persoalan hidup. Lagi banyak ibadah, lagi cepat gagalnya, sepertilah lagi besar pokok yang tidak berakar tunjang, lagi cepatlah tumbangnya atau lagi besar rumah yang didirikan di atas lumpur, lagi cepatlah robohnya.

Sahabat yang dimuliakan,
Orang yang kuat iman walau sehebat mana pun ujian ia tetap yakin, tenang, sabar ,reda, bersikap adil dan sentiasa berjihad dijalan Allah S.W.T. Tidak terlintas sedikit pun dihatinya untuk melanggar syariat dan meninggalkan perjuangan dan jemaah Islamiah.Islam dapat tegak dan kekal dalam peribadi atau masyarakat  manusia hanya kerana ada dan kuatnya iman. Tanpa iman yang kuat, Islam hanyalah satu simbol lahiriah yang diamalkan sebagai satu amalan tradisi dan kebiasaan semata-mata. Sebaliknya iman yang kuat akan menghasilkan peribadi yang benar-benar kuat dan Islamik.

Islam ialah amalan lahir. Iman ialah amalan hati (batin). Kalau iman kuat, Islam pasti kuat. Tetapi kalau Islam yang kuat belum tentu imannya kuat. Ini mesti diperhatikan betul-betul. Jangan kita jadi orang yang kuat beramal sahaja tetapi lemah imannya, sebaliknya jadilah orang yang kuat beriman dan kuat beramal. Allah menjanjikan keuntungan itu hanya tertentu bagi orang-orang yang beriman dan beramal. Firman Allah SWT maksudnya : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu semuanya berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh". (Surah al-Asr ayat 1-3)

Allah menyebutkan iman itu dahulu, sebagai syarat bahawa amalan yang didahului atau didorong oleh iman sahaja yang akan dinilai. Rasulullah S.A.W.  turut mengingatkan ini dengan sabda baginda maksudnya : "Allah tidak melihat kepada rupamu dan hartamu (gambaran lahir) tetapi Dia melihat hati kamu dan amalan kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Sayidina Ali k.wjh pernah berkata yang maksudnya: "Didirikan Iman itu di atas empat tiang. Petama ialah yakin,  kedua ialah sabar di atas segala ujian, yang ketiga jihad dan yang keempat adil."

Iman itu di dirikan di atas empat tiang iaitu :

Pertama : Yakin

Darisegi bahasa iman itu percaya dan yakin di dalam hati. Tanpa ada kepercayaan dan keyakinan maka seseorang itu belum lagi  beriman.

Darisegi istilah pula iman itu adalah membenarkan di hati, mengaku dengan lidah dan beramal dengan perbuatan.

Seorang yang beriman akan percaya dan yakin dengan 6 Rukun Iman iaitu :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qadak dan Qadar

Kedua : Sabar

Iman tidak boleh dipisahkan dengan sifat sabar, orang yang beriman akan bersabar dengan dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. kerana hanya orang yang tidak beriman akan berputus asa dengan rahmat Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman, maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Contoh yang berlaku dalam sirah para Rasul, Nabi Ayub a.s. walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, baginda masih tetap percaya Allah S.W.T ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya. Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah  S.W.T, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa dirinya.

Ketiga : Berjihad

Orang yang beriman tidak akan meninggalkan berjihad dijalan Allah S.W.T. kerana amanah berjihad adalah suatu yang difardukan oleh Allah S.W.T kepada orang-orang yang beriman.

Inilah kelebihan yang diberikan kepada orang yang berjihad. Allah juga berfirman yang bermaksud : "Allah memberi kelebihan kepada orang yang berjihad mengatasi orang yang berdiam diri tanpa berbuat apa-apa (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu keuzuran) dengan pahala yang amat besar. "Iaitu beberapa darjat (kelebihan) daripadanya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihani." m(Surah an-Nisa' ayat 95-96)

Perbezaan antara satu darjat dengan satu darjat yang lain itu ialah antara bumi dan langit. Allah juga berjanji memberi pahala yang sangat besar kerana orang yang berjihad kadang kala teringat kepada anak, isteri, keluarga dan harta sehingga menekan perasaannya di samping menghadapi musuh-musuh yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan apa sahaja kepadanya.

Keempat : Adil

Takrif adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Orang yang beriman akan melakukan keadilan kerana sikap adil adalah suatu perintah Allah S.W.T. kerana berlawanan dengan sikap adil adalah zalim.

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu orang yang menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Tegakkanlah keadilan, itulah yang lebih hampir dengan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah al-Khabir (Maha Mengenal) terhadap apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Maidah ayat 8)

Dalam ayat di atas Allah S.W.T. menyeru kepada orang-orang beriman supaya sentiasa berlaku adil di dalam menegakkan kebenaran. Kerana sikap adil adalah paling hampir dengan sifat takwa.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perbaiki iman kita dan dirikanlah iman kita dengan empat perkara pokok iaitu yakin, sabar, berjihad dan berlaku adil. Jika empat ciri-ciri ini ada pada diri kita ini bermakna kita mempunyai asas iman yang kukuh dan akan tertegaklah Islam pada diri kita dan di dalam masyarakat kita insya Allah.

Sunday, March 20, 2011

Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail

Qiamullail - Penjana Jati Diri Mukmin

Mukaddimah

Fizikal, intelek, emosi dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan. Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan daripada sifat mazmudah. Rohani pula dapat dibina dengan memperbanyakkan Ibadan ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.

Oleh itu Qiamullail merupakan salah satu cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jati diri setiap mukmin. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.

Pengertian

Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

Sejarah Qiamullail

Pada awalnya Qiamullail wajib bagi Rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10). Namun setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad bagi setiap Umat Islam. Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (lihat surah al-Muzammil 20)

Hikmah Qiamullail

◊ Meningkatkan keimanan individu
◊ Meninggikan darjat di sisi Allah
◊ Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
◊ Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
◊ Melatih diri menjadi insan bertakwa
◊ Melatih diri memperbanyakkan amalan sunat
◊ Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
◊ Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
◊ Melatih diri mengharap keredhaan Allah
◊ Memberi ketenangan jiwa (emosi)
◊ Memberi kesihatan (fizikal)
◊ Menajamkan akal fikiran
◊ Meneguhkan kekuatan rohani
◊ Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepada-Nya
◊ Melatih diri bersikap khauf (takut) dan roja’ (berharap) kepada Allah
◊ Dan lain-lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-Nya yang ikhlas dan istiqamah

Kelebihan Qiamullail

◊ Dimakbulkan doanya dan masin perkataan
◊ Tenang hati dan fikirannya
◊ Dimurahkan rezeki
◊ Dihormati masyarakat
◊ Dilindungi Allah daripada khianat manusia
◊ Jika dia pemimpin, dia akan disegani
◊ Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).

Waktu-Waktu Qiamullail

Waktu untuk solat malam ialah selepas Isya’ sehingga sebelum masuk Subuh. Bagi solat Tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.

Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.”(Hadis Riwayat Jamaah selain At-Tirmizi)

Panduan Bangun Awal

◊ Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya’.
◊ Tidak bekerja terlalu penat pada waktu siang
◊ Elakkan diri daripada melakukan maksiat
◊ Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
◊ Membaca tiga ayat terakhir surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
◊ Mematuhi adab-adab tidur

Adab-adab Qiamullail

◊ Berniat sebelum tidur untuk Qiamullail

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : ” Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya.”

(Hadis Riwayat an-Nasai dan Ibn-Majah Sanad Dahih dairpada Abu Darda’ R.A.)

◊ Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
◊ Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur.
◊ Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa (rujuk buku panduan Qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran.
◊ Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai.
◊ Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berQiamullail.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “ Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah.”
(Hadis Riwayat  Abu Daud Sanad Sahih daripada Abu Hurairah R.A.)

◊ Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk.
◊ Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
◊ Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail

◊ Solat sunat Tahajjud

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “ dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji.”(Surah Al-Isra’ ayat 79)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “ Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam.” (Hadis Riwayat Muslim)

◊ Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak dan solat sunat yang lain.
◊ Solat witir
◊ Berzikir, bertasbih dan bertahmid
◊ Membaca al-Quran
◊ Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.

Penutup

Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik-baik ganjaran, nikmat dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.

Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ’abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka? Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan takwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu?

Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan insyah Allah S.W.T. dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang dipikul. Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita.

Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan, kemungkaran, kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang, yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini? Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi....

(Di petik daripada tulisan Maizura Muzni)


Wanita Solehah Lebih Mulia Daripada Bidadari Bermata Jeli

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya :

Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?

Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?"

Baginda menjawab, "Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas."

Mereka berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."

(Hadis Riwayat ath-Tabrani)

Subhanallah...alangkah mulianya darjat seorang wanita solehah! Sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi motivasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

Wanita solehah seniasa mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada dirinya sendiri dan manusia seluruhnya.

Wanita solehah tidak suka perangai wanita jahiliah yang suka berhibur dan berhias diri hingga menimbulkan fitnah dunia.

Wanita solehah tidak bermusafir melainkan bersama mahram atau suaminya. Kecuali dalam keadaan terpaksa dan berhati-hati menjaga keselamatan dirinya.

Wanita solehah sentiasa membantu dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa dan menjauhkan dirinya daripada membantu dalam bermaksiat kepada Allah S.W.T.

Wanita solehah sentiasa bersedekah dan infak di jalan Allah, samaada dalam keadaan susah atau senang.

Wanita solehah sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, adik beradik dan kaum kerabatnya, tidak suka memutuskan silaturahim

Wanita solehah sentiasa menjaga solat fardu , puasa Ramadan, mentaati suaminya dan menjaga kehormatan diri.

Wanita solehah sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga dan menghormati tetamu.

Wanita solehah bukanlah dilihat  dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

Wanita solehah bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya , tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Wanita solehah bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya menyayi dan bernasyid, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan yang benar, tidak mengumpat, mengadu domba dan keluar kata-kata kesat.

Wanita solehah bukan dilihat dari keahliannya berbahasa dan berpidato, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah untuk menegakkan kebenaran.

Berdasarkan ayat 31, surah An Nurr, Abdullah Ibn Abbas dan lain-lainnya berpendapat,

"Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram"(As Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik"(Surah al-Ahzab ayat 32)

Wanita solehah bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian yang berfesion dan mahal-mahal tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Bertudung labuh dan berbaju kurung tidak membenarkan bentuk tubuhnya di tonton oleh lelaki yang bukan mahram.

Wanita solehah bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

Wanita solehah bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa reda dan kehambaan kepada Tuhannya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

 Wanita solehah bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul dan sentiasa menjauhkan dirinya daripada fitnah.

Sahabat yang dimuliakan,
Wanita solehah itu berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila dipandang mata serta menenteramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia sebagai penghuni surga dan penghulu (pemimpin) para bidadari.

Firman Allah S.W.T. dalam surah ad-Dukhan ayat 51-54 maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di tempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mata air-mata air. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal (duduk) berhadap-hadapan. Demikianlah dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari-bidadari bermata jeli".

Ingatlah wahai lelaki mukmin! Orang yang terbaik dikalangan kalian adalah orang yang berbuat baik kepada isterinya (wanita solehah) dan memuliakan kaum wanita. Nabi S.A.W mengatakan orang lelaki yang menghina wanita adalah orang yang tidak tahu budi.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Hadis Riwayat Abu ‘Asakir).

Nabi S.A.W.  bersabda yang bermaksud " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. "

Begitulah Islam memuliakan wanita solehah bukan saja dia adalah bidadari di dunia tetapi dia juga akan menjadi ketua bidadari di syurga.

Saturday, March 19, 2011

Fadilat Surah Al-Mulk

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.
Selawat serta salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat-sahabat baginda.
 
Surah Al-Mulk

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang fadilat,faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud,At-Tirmizi,An-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
 "Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu surah Al-Mulk."

Daripada Ibnu Abas r.a, seseorang sahabat Rasulullah SAW menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam.beliau lalu menemui baginda dan berkata : "Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui,saya mendengar seorang sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam." Maka Nabi SAW bersabda: "Itu yang menahan dan yang menyelamatkan dia dari Seksa Kubur."  (HR At-Tirmizi).

Daripada Jabir r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur sehingga Baginda membaca surah Alif Laam Miim Al-Sajadah dan surah Al-Mulk. (HR At-Tirmizi).

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Satu surah di dalam Al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga." (HR At-Tabrani).

An-Nasai juga meriwayatkan dari ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam maka Allah SWT mencegahnya daripada azab kubur."

Terdapat satu surah  di dalam kitab Allah (Al-Quran) yang mana mengandungi tiga puluh ayat,yang kelak memberi syafaat kepada orang yang membacanya,mengeluarkannya daripada neraka pada hari Kiamat lalu memasukkanya ke dalam Syurga iaitu surah Al-Mulk.

Anas r.a pula meriwayatkan, sesiapa yang membaca surah Al-Mulk dan As-sajdah pada waktu malam maka keadaannya seperti ia menemui malam Lailatul-Qadr.

azita_idris79@yahoo.com

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Aku melihat maut,
dan banyak orang yang sedih kerananya,
Padahal maut itu boleh jadi lebih baik baginya..

Ketika malam telah gelap,dia mendengar suara berbunyi:
Ingatlah orang yang sakit hati kerana kegelisahan
Aku telah melafazkan sebuah bait yg mudah dihafal
Apabila kesukaran semakin berat menimpamu
Maka renungkanlah surah "Alam Nasyrah'
Jika kesukaran itu berada diantara dua kemudahan
maka bergembiralah dan tinggalkan lah kesedihan.

(Di petik daripada tulisan Nor Azita Idris)

Doa Pelembut Hati Menggunakan Cara Zikir dan Ayat-ayat al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada manusia adalah sebagai petunjuk dan hidayah untuk dibaca, diyakini dan diamalkan dalam kehidupan kita. Al-Quran merupakan kalamuallh, yang mengandungi mukjizat akan digunakan oleh orang mukmin untuk menyelesaikan semua permasaalahan hidup di dunia ini.

Salah satu masaalah yang dihadapi adalah kita terpaksa berhadapan dengan sikap manusia yang mempunyai  keras hati, cepat marah dan sukar untuk menerima nasihat. Oleh itu cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka adalah dengan zikir dan ayat-ayat Allah S.W.T. dan berdoa semuga Dia melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati.

KAEDAH PERTAMA.

Mengikut aturannya, bacalah:

Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.



ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمِ (1)


Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ ۱َŰšِّ Ű§Ù„ْŰčَŰ§Ù„َمِينَ (2)


Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمِ (3)


مَŰ§Ù„ِكِ يَوْمِ Ű§Ù„ŰŻِّينِ (4)


Ű„ِيَّŰ§Ùƒَ نَŰčْŰšُŰŻُ وَŰ„ِيَّŰ§Ùƒَ نَŰłْŰȘَŰčِينُ (5)


Ű§Ù‡ْŰŻِنَۧ Ű§Ù„Ű”ِّ۱َۧ۷َ Ű§Ù„ْمُŰłْŰȘَقِيمَ (6)



Ű”ِ۱َۧ۷َ Ű§Ù„َّ۰ِينَ ŰŁَنْŰčَمْŰȘَ Űčَلَيْهِمْ Űșَيْ۱ِ Ű§Ù„ْمَŰșْ۶ُÙˆŰšِ Űčَلَيْهِمْ وَلَۧ Ű§Ù„Ű¶َّŰ§Ù„ِّينَ (7)

Maksudnya :
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
  
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21

59:21



Maksudnya : "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.

Ű·Ù‡ (1) 

مَۧ ŰŁَنْŰČَلْنَۧ Űčَلَيْكَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ لِŰȘَŰŽْقَى (2) 

Ű„ِلَّۧ ŰȘَ۰ْكِ۱َŰ©ً لِمَنْ يَŰźْŰŽَى (3) 

ŰȘَنْŰČِيلًۧ مِمَّنْ Űźَلَقَ Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶َ وَŰ§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ Ű§Ù„ْŰčُلَۧ (4) 


Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنُ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰčَ۱ْŰŽِ ۧ۳ْŰȘَوَى (5) 


Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5.  (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy."

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 


KAEDAH KEDUA

Kaedah dengan cara  zikir dan doa pelembut hati .

Zikir dan Doa Pelembut Hati

Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut atau suami yang mahu hati  isterinya menjadi lembut.

Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami
Kemudian baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) .

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


 KAEDAH KETIGA

Zikir dan Doa Pelembut Hati.

Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak  7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah Asy-Syura ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)

Hembus dimuka suami  dan hembusan itu dibawa turun ke hati suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati suami akan menjadi lembut.


Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

(Cara-cara ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu bapa kepada anak-anaknya)

{Amalkanlah cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada  perubahan dan kesannya.}


 KAEDAH KEEMPAT
Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah

Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84. berulang-ulang (Sila rujuk Al-Quran)

Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."

KAEDAH KELIMA

Apabila kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat marah bacakan doa ini :

"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sekiranya isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh baca doa diatas dan ubah sedikit :

"Ya Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan bin fulan) daripada dosa-dosa sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran."

KAEDAH KEENAM

Doa untuk melembutkan hati anak

Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur.

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri

ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku

Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah

iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)

iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
Amalkan doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.Boleh juga di amalkan oleh isteri atau suami.
KAEDAH KETUJUH DOA PENGASIH
Kita berdoa semoga kita dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan kita mengasihi orang yang beriman,  sebagaimana doa yang diajarkan Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap diri hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku."

Suami boleh juga berdoa dengan doa pengasih ini  supaya dia mengasihi dan dikasihi oleh isterinya :
"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap isteriku (Pulan bte Pulan) dan limpahkanlah juga perasaan cinta isteriku (Pulan bte Pulan) terhadap diriku"
(Jika berpoligami sebut isteri-isteriku tak payah sebut nama)

KAEDAH KE LAPAN : AMALAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA SUPAYA SUAMI SENTIASA MENCINTAI ISTERINYA.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

Sahabat yang dimuliakan,
Doa-doa di atas adalah cara dan ikhtiar kita untuk melembutkan hati insan yang dikasihi samaada isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja dengan niat dan hasrat untuk kebaikan. Semoga hati yang keras dapat dilembutkan dengan izin Allah. Jika sekiranya usaha dan doa telah dilaksanakan hati seseorang itu masih tidak mahu lembut dan tetap keras macam batu maka serahkanlah kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.

Nabi S.A.W. berdoa supaya Allah S.W.T. memberi hidayah dan melembutkan hati salah satu daripada dua Umar (iaitu Umar al-Khattab dan Umar bin Hisham (Abu Jahal) maka Allah S.W.T. makbulkan doa Nabi S.A.W. dengan diberinya taufik dan hidayah-Nya kepada Umar al-Kahattab.

Oleh itu kita jangan berputus asa jika insan yang dikasihi masih tidak mahu berubah, yang penting kita teruskan berdoa selepas lepas solat, dimalam hari selepas solat tahajjud dan di waktu-waktu mustajab doa semoga dimakbulkan doa dan hajat kita.








Friday, March 18, 2011

Nasihat Menasihati di Perlukan Walaupun Amalan Kalian Masih Belum Sempurna

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah S.A.W yang tercinta wafat.

Sebagaimana dikatakan seorang penyair: “Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia, maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”.

Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad S.A.W ”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata:
“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Sahabat yang dimuliakan,
Dari Abu Ruqayah Tamim Ad Daari radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Agama adalah nasihat". Kami berkata: "Kepada siapa?". Baginda bersabda maksudnya : "Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kandungan Hadis:

1. Agama Islam berdiri tegak di atas upaya saling menasihati, maka harus selalu saling menasihati di antara masing-masing individu muslim.
2. Nasihat wajib dilakukan sesuai kemampuan.

Kedudukan Hadis
Hadis ini sangat penting, kerana mengandung seluruh agama. Iaitu mengandung hak Allah, hak Rasul-Nya, dan hak hamba-Nya. Kewajiban penunaian hak-hak tersebut terkandung pada kata nasihat.

1. Nasihat untuk Allah.
Adalah menunaikan hak Allah S.W.T. seperti telah tersebut pada pembahasan iman kepada Allah.

2. Nasihat untuk kitab-Nya.
Adalah menunaikan hak kitab-Nya Al-Quran, seperti yang diyakini bahawa Al-Quran adalah kalamullah, mukjizat terbesar diantara mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan kepada para rasul, sebagai petunjuk dan cahaya. Selain itu juga membenarkan beritanya dan melaksanakan hukumnya.

3. Nasihat untuk Rasul-Nya.
Adalah menunaikan hak Rasulullah S.A.W. apabila dilaksanakan semua sunah dan amalan Nabi S.A.W, seperti telah tersebut pada makna syahadat Muhammad Rasulullah.

4. Nasihat untuk para imam.
Kata imam jika disebutkan secara mutlak maka berarti penguasa, dan adakalanya kata imam berarti ulama. Nasihat untuk para imam, meliputi imam dengan kedua maksud tersebut.

Nasihat untuk penguasa adalah menunaikan haknya, seperti, taat dalam hal yang makruf, tidak taat dalam kemaksiatan, tunduk dan tidak membangkang dan lain-lain yang merupakan hak penguasa yang telah dijelaskan dalam kitab dan sunah.

Nasihat untuk ulama adalah mencintai mereka kerana kebaikannya dan jasanya pada umat berkat ilmunya, dan dakwahnya, menjaga kehormatan dan kewibawaannya serta menyebarkan fatwa- fatwanya.

5. Nasihat untuk kaum muslimin
Memberi nasihat dan mengajak kepada makuf dan mencegah kemugkaran adalah tanggungjawab kita semua. Jangan diabaikan dan ditinggalkan tugas ini. Kita mengajak kepada kaum muslimin dimana saja mereka berada. Adalah memberikan semua yang menjadi hak mereka demi terwujudnya maslahat dunia dan akhirat mereka.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita teruskan tugas mulia dan menjadi amalan dan sunah Nabi S.A.W. iaitu nasihat menasihati dan berdakwah kepada sesiapa saja untuk mentaati Allah S.W.T. dan meninggalkan larangan-Nya walupun kita masih serba kekurangan dan masih banyak belum sempurna. Jangan rasa kecewa apabila nasihat kita tidak di dengari dan di ikuti kerana hidayah dan petunjuk itu hak Allah S.W.T. sedangkan hak memberi nasihat adalah tugas kita sebagai hamba-Nya. Allah S.W.T. akan memberi balasannya di hari akhirat apabila kita memenuhi tugas yang diamanahkan-Nya di dunia.

Thursday, March 17, 2011

Bersabar dan Syukur Sifat Orang Mukmin

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang di rahmati Allah S.W.T
Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W,kaum keluarga dan para sahabat-sahabat baginda.
 
Sabar
Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya. Cuma hakikatnya, kita sebagai manusia memang tidak lepas dari menghadapi dugaan ini.
Para ulama dan ahli ibadah zaman dahulu mengklasifikasikan ujian yang diterima oleh seseorang itu adalah mahar yang akan dijadikan saksi ketika hari yang tiada saksi melainkan amalan yang soleh, ia juga dianggap sebagai sebuah nikmat kerana bagi mereka Allah S.W.T. masih menerima amalan dan masih melihat mereka.
Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?                                                                                  
 
Sifat Syukur
Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang. Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa.
Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran sebagai iktibar kepada hamba-Nya.
 
Firaun Dan Pengikutnya
Firaun adalah seorang raja yang telah diberikan keistimewaan oleh Allah S.W.T dengan tidak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Di samping itu juga, dia diberikan sebuah kerajaan yang sagat besar dan kuat iaitu kerajaan Mesir ketika itu.
Tetapi malangnya, firaun menjadi sombong dan lupa diri. Oleh kerana keistimewaanya itu, dia merasakan dirinya adalah tuhan yang patut disembah - dia menyuruh seluruh rakyatnya menyembah dirinya.

Sehinggakan Allah S.W.T mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk menjadi petunjuk ke atas rakyat yang telah di zalimi tadi. Allah S.W.T juga memberi balasan yang setimpal ke atas perbuatan angkuh firaun itu dengan menenggelamkan dia di laut merah sewaktu cuba membunuh Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.

Begitu juga yang terjadi ke atas Haman; perdana menteri yang dilantik ketika pemerintahan firaun. Dia banyak menghabiskan duit rakyat dan sentiasa mengampu firaun dengan kata-kata manis untuk mengekalkan kedudukannya selaku perdana menteri; orang yang kedua tertinggi dalam kerajaan firaun laknatullah.
 
Kisah Raja Namrud
Raja Namrud juga salah satu contoh manusia yang tidak bersyukur atas pemberian Ilahi, bukan sahaja bersifat angkuh tetapi dia mahu membakarnya hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s. yang diutuskan oleh Allah S.W.T. ke atas kaum mereka. Namun dengan sifat kasih sayang Allah S.W.T, api yang sepatutnya bersifat panas dan membakar menjadi dingin dan selamat untuk Nabi Ibrahim a.s. dan Namrud pula akhirnya dimusnahkan oleh Allah S.W.T. dengan dihantar seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya untuk memakan otaknya.
 
Manusia Yang Paling Sabar
Nabi Ayub a.s. dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah S.W.T. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah S.W.T lebih hebat apabila Dia menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub a.s.. Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.

Mengenai pelbagai ujian itu Allah S.W.T berfirman, maksudnya:

"Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, baginda masih tetap percaya Allah S.W.T ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya. Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah  S.W.T, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa dirinya.
 
Bersabar dan Bersyukurlah
sahabat yang dimuliakan sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.
Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri. Moga Allah S.W.T. memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan. Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, sesungguhnya Allah mengetahui tahap kesanggupan setiap hamba-hambanya.

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."

"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."
                                                                                                                                                azita_idris79@yahoo.com

(Di petik daripada tulisan Nor Azita Idris)